BERKASIH DENGAN IPAR SENDIRI? Bil. 02/2025 Jilid 13 • Semenanjung Malaysia RM11.00 • Sabah/Sarawak RM11.50 • Brunei B$11.50 • Singapura S$11.50 Tamadun Islam DBP #MalaysiaMembaca KK 290-91913-0225 ISSN 2289-2893 • Meraikan Kepelbagaian dan Menghormati Perbezaan • Keberkatan Syam, Konflik dan Masa Hadapan Syria
روکون نݢارا بهاواساڽ نݢارا کيت مليسيا مندوکوڠ چيتا٢ هندق: منچاڤاي ڤرڤادوان يڠ لبيه ارت دامل کالڠن سلوروه مشاركتڽ؛ ممليهارا ساتو چارا هيدوڤ دميوکراتيک؛ منچيڤتا ساتو مشارکت عاديل دمان کمعمورن نݢارا اکن داڤت دنعمتي برسام سچارا عاديل دان سقسام؛ منجامني ساتو چارا ليربل ترهادڤ ترادييس٢ کبوداياءنڽ يڠ کاي دان ڤلباݢاي چورق؛ ممبينا ساتو مشارکت ڤروݢريسيف يڠ اکن مڠڬوناکن ساءين س دان تيکنولوݢي مودن. مک کامي، رعيت مليسيا، براقرار اکن منومڤوكن سلوروه تناݢ دان اوسها کامي اونتوق منچاڤاي چيتا٢ ترسبوت بردارسکن اتس ڤرينسيڤ٢ يڠ برايکوت: کڤرچاياءن کڤد توهن کستياءن کڤد راج دان نݢارا کلوهورن ڤرملباݢاءن کدولنت اوندڠ٢ کسوڤنن دان کسوسيالءن RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman ataupun lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dewan Tamadun Islam diterbitkan pada setiap bulan mulai Januari 2013. Sidang editor berhak menyunting tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat Dewan Tamadun Islam atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala sumbangan yang dikirimkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah bebas daripada sebarang isu hak cipta atau plagiat dan penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang isu yang terkait dengannya. Karya yang dikirimkan juga sama ada disiarkan ataupun tidak, tidak akan dikembalikan. Jika karya tidak disiarkan dalam tempoh enam bulan selepas dihantar kepada editor, karya itu dianggap tidak akan disiarkan. Sidang editor tidak bertanggungjawab atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos. Apabila mengirimkan sebarang tulisan, sila catatkan nama sebenar (di samping nama pena, jika ada), nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (jika ada) untuk tujuan pendaftaran dan bayaran honorarium sekiranya berjaya diterbitkan. Tanpa maklumat ini, tulisan yang dikirim kepada kami tidak akan disiarkan. Sila nyatakan sama ada makalah yang dihantar kepada Dewan Tamadun Islam juga dihantar kepada penerbit lain ataupun tidak. © HAK CIPTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2025 Ketua Pengarah Dr. Haji Hazami Jahari Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Haji Md. Johari Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Zulfa Hamzah Pengarah Penerbitan M Azahari Edin Ketua Editor Dr. Rosmani Omar ([email protected]) Timbalan Ketua Editor Aninah Janang ([email protected]) Editor Syaza Wardina Abd Khalik ([email protected]) Timbalan Editor Mohd Fairus Sabli ([email protected]) Pentadbiran Zanariah Husali, Rafidah Ramli, Wan Mohd Safuan Wan Ahmad @ Wan Hassan, Uswatun Hasanah Mohamad Amin, Mohamed Radzuan Mohamed Noor Urusan Langganan Bahagian Pemasaran dan Pengedaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka, Lot 1037, Jalan AU 3/1, 54200 Ampang/Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-41010033 | Faks: 03-41012019 | E-mel: [email protected] http://www.facebook.com/dbpniaga | http://dbpniaga.my Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak Halaman Mohamad Khusairy Razaali Dicetak oleh Mihas Grafik Sdn. Bhd., No. 9, Jalan SR 4/19, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Telefon: 03-89429054 | E-mel: [email protected]
BOIKOT Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 1 02 KALAM EDITOR Mahabbah dalam Mehnah Kekeluargaan 03 AL-ASMAUL HUSNA Al-Musawwir 08 TAMADUN Ipar ialah Maut SHUHADA SHAARI RINIEZATHUL RAMLAN HIDAYAH KAMARUZAMAN 12 SEMASA Meraikan Kepelbagaian dan Menghormati Perbezaan AHMAD AKRAM MAHMAD ROBBI 16 TASAWUR Sepuluh Universiti Islam Terbaik di Dunia Tahun 2024 17 PUISI Membaca Arah Pulang SITI ZAITON AHMAD Janji Sang Pencinta RUZAINI AWANG 22 SUNAH Tradisi Periwayatan Sahih al-Bukhari (Bahagian 2) KHAIRUL NIZAM ZAINAL BADRI 31 PUISI JAWI Mujahid HAIRUL HELLAS 32 PEDOMAN Mendamba Keampunan Ilahi 34 CERPEN Rezeki Dijamin Tuhan SARAH ROSS 38 HAWA Memahami Asas Fiqh Darah Wanita SITI FALIHAH YAAKOB 44 TAADIB Pendidikan Karakter Membentuk Sikap dan Nilai Positif Pelajar MOHAMAD BAITH ALMUTTAQI AHMAD 47 SANTAI JAWI ZURAINI ZAKARIA 48 ISLAM DI DUNIA Keberkatan Syam, Konflik dan Masa Hadapan Syria ANAS BAD LATIF ISLAM DAN SAINS Perkaitan Fikiran dan Alam Semesta TAHIR AHMAD NORAINI ISMAIL 26 MEHNAH Bahaya Ketagihan Pornografi SHAHANA SHUKRI 40 TAMADUN Berkasih dengan Ipar Sendiri? NAJAH NADIAH AMRAN 04 Bil. 02/2025 Jilid 13 Bil. 02/2025/1446H | KK 290-91913-0225 | ISSN 2289-2893 52 KEMBARA SUNAH Transformasi Masjid dalam Pembangunan Komuniti Muslim di Amerika Syarikat RATNA ROSHIDA AB RAZAK 56 FIKRAH Falsafah Kepimpinan Menurut Ibn Khaldun ASHAARI SELAMAT 60 KALAM Kesenian Arab Merentas Alam Melayu MANA SIKANA 18 FARDU AIN Halal Bukan Pilihan Tetapi Kewajipan NORKUMALA AWANG
2 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam KALAM EDITOR Dalam beberapa tempoh belakangan ini, nama watak seperti Falah dan Suri sering menjadi sebutan segelintir masyakarat, hasil daripada lakonan luar biasa dalam drama yang penuh emosi, menyentuh hati dan memaparkan isu kekeluargaan yang sangat mendalam. Tidak lama sebelum itu, sebuah filem dari negara seberang juga hangat diperkatakan. Kedua-dua karya seni tersebut mengangkat tema yang hampir sama, iaitu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang ironinya bukan orang asing, tetapi orang yang dekat dalam sesebuah keluarga. Kisah yang ditonjolkan bukan sahaja mencetuskan topik perbualan dalam media sosial, bahkan turut tampil menjadi tajuk forum, ceramah dan audio siar. Tidak dinafikan, kisah sebegini sememangnya berlaku dan perlu diperkatakan, tetapi kita juga perlu berhati-hati agar tidak dinormalisasikan dalam masyarakat. Apabila sesebuah filem atau drama mengetengahkan tema seperti ini, penulis mengharapkan agar masyarakat dapat mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku serta bersikap rasional ketika membuat penilaian. Di sebalik kisah duka dan isu kekeluargaan yang berlaku, jarang kita memberikan perhatian terhadap kisah keindahan hidup berkeluarga yang sebenar. Terdapat begitu banyak keluarga yang menjalani kehidupan dalam suasana saling menyayangi, menghormati dan penuh hikmah. Ikatan kekeluargaan memberikan kekuatan dan keyakinan, membuatkan seseorang tidak bersendirian kerana Syaza Wardina ahabbah akan sentiasa ada orang yang memberikan sokongan dalam apa-apa juga keadaan yang menimpa. Dalam Islam, keluarga ialah anugerah besar yang perlu dijaga sebaik-baik mungkin. Hubungan yang harmoni sesama ahli keluarga dan orang sekeliling perlu dibina atas asas keimanan, kejujuran dan sikap saling menghormati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik kalian ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Apabila seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkan dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Sebagai masyarakat, kita perlu saling mengingatkan dan belajar daripada pengalaman manis dan pahit yang dikongsikan. Namun demikian, yang lebih penting ialah kita memahami panduan yang digariskan oleh agama dalam usaha menjaga hubungan dengan ahli keluarga dan orang yang dekat dengan kita. Usah biarkan hubungan kekeluargaan dicemari oleh kerosakan. Jadikanlah hubungan tersebut sebagai wadah untuk menyemai kasih sayang dan kebahagiaan serta meraih kebaikan yang berterusan. Hidup berkeluarga sebenarnya indah jika kita menghargai kehadiran pasangan dan ahli keluarga. Ketawa bersamasama, saling menguatkan tatkala mengharungi dugaan dan sentiasa mendoakan antara satu dengan lain – bukankah hal tersebut yang memberikan makna sebenar kepada keluarga? Semoga kita diberi kekuatan untuk menjaga amanah berkeluarga ini sebaik-baiknya. Mdalam Mehnah Kekeluargaan
Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam 3 AL-ASMAUL HUSNA Al-Musawwir Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dialah Allah, yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk; yang Mengadakan Ciptaan (daripada tiada kepada ada); yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya (menurut yang dikehendaki-Nya); yang mempunyai nama-nama yang terbaik (al-Asmaul Husna) … .” ― (Surah al-Hashr 59:24)
Berkasih dengan Ipar Sendiri? Saban hari, kita disajikan dengan kisah percintaan yang bertentangan dengan syariat dan isu kecurangan rumah tangga terutamanya dalam media sosial. Lebih membimbangkan, ada yang sanggup mengkhianati pasangan hidup dengan terlibat dalam hubungan terlarang bersama-sama ipar sendiri. Pendedahan kisah dan kes jenayah sosial tersebut membuktikan wujud institusi kekeluargaan yang goyah, sekali gus mencerminkan krisis moral yang meresahkan masyarakat. 4 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAMADUN Najah Nadiah Amran Pensyarah Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia
TAMADUN Tujuan Perkahwinan Perkahwinan merupakan tuntutan agama yang bertujuan untuk memelihara kesucian keturunan, menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram, melahirkan zuriat yang berkualiti lagi beriman bagi membentuk keluarga sejahtera serta membangunkan masyarakat. Menerusi perkahwinan dua individu, hubungan keluarga terjalin dan menyuburkan lagi ikatan silaturahim. Islam telah menetapkan hukum yang jelas dan tegas berkaitan dengan urusan kekeluargaan demi menjaga keturunan dan maruah. Perkahwinan ialah akad perjanjian tulus bagi menyempurnakan hak dan tanggungjawab antara dua pihak, iaitu suami dengan isteri. Apabila ikatan dimungkiri, maka hal tersebut akan memberikan kesan buruk terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hukum Syariat Berkaitan dengan Keluarga Ketegasan Islam dalam hal perkahwinan termaktub melalui hukum-hakam yang telah disyariatkan. Antaranya termasuklah hukum berbentuk larangan dalam hal perkahwinan. Pertama, pertalian nasab menyebabkan hukum perkahwinan seseorang dilarang atau menjadi haram untuk dilakukan selama-lamanya. Tiada seorang lelaki atau perempuan pun yang boleh berkahwin dengan individu yang berikut: 1. Ibunya atau bapanya. 2. Neneknya atau datuknya ke atas sama ada daripada sebelah bapanya ataupun daripada sebelah ibunya. 3. Anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya atau cucu lelakinya ke bawah. 4. Saudara perempuannya atau saudara lelakinya seibu sebapa, saudara perempuannya atau saudara lelakinya sebapa dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu. 5. Anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuannya ke bawah. 6. Ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapanya ke atas. 7. Ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya ke atas. Kedua, disebabkan oleh hubungan perkahwinan yang telah terjalin, maka seseorang lelaki atau perempuan dilarang selama-lamanya untuk berkahwin dengan individu yang berikut: 1. Ibu mentuanya atau bapa mentuanya ke atas. 2. Ibu tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya. 3. Nenek tirinya, iaitu isteri kepada datuknya atau datuk tirinya, iaitu suami kepada neneknya sama ada daripada sebelah bapa ataupun sebelah ibu. 4. Menantu perempuan atau menantu lelakinya. 5. Anak perempuan tirinya atau anak lelaki tirinya ke bawah daripada isteri atau suami yang perkahwinan telah disatukan. Ketiga, pertalian disebabkan oleh susuan. Seseorang lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang mempunyai hubungan dengannya melalui penyusuan. Jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki tersebut tetap dilarang berkahwin oleh sebab nasab atau pertalian perkahwinan. Keempat, seseorang lelaki tidak boleh mempunyai dua orang isteri yang mempunyai pertalian melalui nasab, perkahwinan atau susuan pada satu masa yang sama. Pedoman al-Quran Tujuan perkahwinan adalah untuk memperoleh keberkatan dan ketenangan. Pasangan yang berkahwin mendambakan ketenteraman menerusi ikatan perkahwinan yang dibina. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan antara tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum 30:21). Selain itu, perkahwinan juga bertujuan untuk menyuburkan hubungan kekeluargaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “... dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.” (Surah al-Nisa’ 4:1). Hubungan sulit antara suami atau isteri dengan ipar boleh menyebabkan keruntuhan institusi keluarga dan Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 5
memusnahkan kasih sayang yang dibina secara sah. Perbuatan tersebut bukan sekadar pengkhianatan terhadap pasangan malah lebih daripada itu, merupakan pelanggaran terhadap hukum syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Sekiranya hubungan sulit melibatkan perbuatan zina, maka pasangan tersebut telah terjerumus dalam jenayah terkutuk dan dosa besar. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu ialah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra’ 17:32). Islam telah meletakkan asas selamat sebagai benteng dalam hubungan sosial. Asas tersebut berkaitan rapat dengan cara manusia berinteraksi. Secara umumnya, Islam tidak menolak hubungan dan interaksi antara lelaki dengan wanita dalam hubungan sosial, pekerjaan dan kekeluargaan. Namun begitu, perkara tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang sopan, tertib, hormat serta terpelihara. Oleh hal yang demikian, Islam menganjurkan agar pihak lelaki dan perempuan yang berinteraksi saling merendahkan pandangan sebagai petunjuk penghormatan diri serta saling menjaga batasan perhubungan. Dalam konteks penampilan, kedua-dua pihak perlu menjaga batasan aurat. Secara khususnya, wanita dikehendaki berpakaian sopan dengan menutupi anggota badan, tidak berpakaian nipis dan tidak ketat. Begitu juga dengan adab pergaulan, Islam melarang perbuatan gerak-geri badan secara berlebih-lebihan dan intonasi suara yang dibuat-buat yang bertujuan untuk menggoda atau menaikkan nafsu syahwat. Oleh hal yang demikian, bersuara dengan nada manja atau beraksi dengan gerak-geri mempesonakan hendaklah dielakkan kerana dikhuatiri boleh membuka ruang kepada godaan syaitan. Ipar ialah Maut Daripada Uqbah bin Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah kalian masuk ke rumah wanita (yang sedang bersendirian).” Lalu seorang lelaki suku kaum Ansar bertanya selanjutnya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapat engkau tentang al-hamwu (ipar)?” Lalu Baginda SAW menjawab: “Ipar ialah maut.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Perbuatan berdua-duaan tersebut dianggap sebagai perbuatan yang dibenci oleh agama berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa tidaklah seseorang lelaki dan seseorang perempuan itu berduaduaan melainkan yang ketiganya ialah syaitan.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Dalam satu riwayat lain yang direkodkan oleh Imam Muslim, terdapat kisah tentang interaksi sosial dan kesannya terhadap kesejahteraan sesebuah keluarga, iaitu hadis yang lebih khusus berkaitan dengan tegahan terhadap lelaki daripada bersendirian dengan wanita yang bukan isteri atau mahram. Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As telah menukilkan bahawa semasa Abu Bakar al-Siddiq tiada di rumah, sebilangan lelaki daripada keluarga Bani Hisyam telah datang ke rumahnya. Asma’ binti Umais, isteri Abu Bakar al-Siddiq terpaksa menerima tetamu tersebut berkemungkinan disebabkan oleh hubungan kekeluargaan antara mereka. Apabila Abu Bakar sampai di rumah, beliau berasa kurang senang dengan rombongan tersebut kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu tentang kedatangan mereka. Perkara tersebut kemudiannya disuarakan kepada Rasulullah SAW. Pada awalnya, Baginda memberikan respons dengan menyatakan bahawa budaya ziarah tersebut tidak mengandungi sebarang keburukan. Selepas beberapa ketika masa berlalu, turunlah wahyu tentang keperluan tetamu meminta izin daripada tuan rumah jika ingin berkunjung ke rumahnya. Maka itu, Rasulullah SAW berkhutbah di mimbar yang bermaksud, “Sesungguhnya bermula dari hari ini, seseorang lelaki tidak dibenarkan mengunjungi seseorang wanita khususnya semasa suami wanita tersebut tiada di rumah melainkan dia datang secara berkumpulan dan berteman.” (Hadis riwayat Muslim). Hubungan terlarang dalam keluarga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. 6 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAMADUN
TAMADUN Secara lebih spesifik, kedatangan tetamu hendaklah dengan izin agar pertalian keluarga dan hubungan antara suami dengan isteri tidak terjejas disebabkan oleh pihak luar. Hadis ini juga menekankan perihal larangan bersendirian antara lelaki ajnabi dengan wanita yang tiada sebarang ikatan sama ada melalui hubungan kekeluargaan ataupun perkahwinan. Angkara Hubungan Terlarang Hubungan sulit dengan ipar sendiri ditegah untuk memelihara kepercayaan, maruah dan keturunan. Perkara pertama yang hilang apabila terbongkar perbuatan dan hubungan terlarang tersebut ialah kepercayaan. Kemudian akan mula hilang rasa kasih sayang yang berganti menjadi perasaan marah, dendam dan kecewa. Pihak yang terlibat pula berkemungkinan menghadapi kegelisahan dan rasa bersalah yang berpanjangan sesama ahli keluarga. Tidak dapat dinafikan bahawa antara punca hubungan terlarang tersebut termasuklah faktor godaan nafsu yang menguasai diri selain tidak memahami atau sengaja mengabaikan hukum-hakam agama. Hubungan terlarang antara seseorang dengan ipar sendiri boleh mencetuskan konflik dan perbalahan sesama ahli keluarga. Perbuatan tersebut juga mencemarkan nama baik keluarga. Berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan, terdapat individu yang terlibat dengan perbuatan tersebut berasa menyesal atas ketelanjuran yang dilakukan. Lebih parah lagi apabila ada yang dihalau oleh keluarga serta adik-beradik selain mengalami kemurungan dan trauma. Sementara itu, ada juga yang berterusan kekal dalam hubungan terlarang kerana tidak menemukan jalan keluar disebabkan telah terlanjur dan terdesak dari aspek kewangan untuk menyara anak hasil daripada hubungan sulit dengan ipar sendiri. Jika pihak yang terlibat tidak berhenti dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh, perbuatan tersebut boleh mengakibatkan lebih banyak masalah sosial lain seperti yang berikut: 1 Perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang sah. 2 Pengkhianatan amanah yang menyebabkan hilang kepercayaan. 3 Perbalahan sesama ahli keluarga. 4 Trauma dan tekanan emosi terhadap pasangan dan anak yang terlibat. 5 Hilang kehormatan dan maruah serta merosakkan reputasi keluarga. 6 Kelahiran anak tidak sah taraf. Hindari Kerosakan dalam Hubungan Kekeluargaan Menyedari bahawa isu hubungan terlarang ini merupakan sesuatu yang amat serius dan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan masyarakat, maka langkah pencegahan dan penyelesaian mestilah dilakukan. Antaranya termasuklah: 1 Setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa ikatan perkahwinan yang dimeterai merupakan suatu institusi penting yang harus dipelihara dan dipertahankan. 2Inisiatif untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan hendaklah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dengan sokongan ahli keluarga. 3 Adab pergaulan Islam hendaklah dititikberatkan serta disemai dalam kalangan anak sejak kecil selain dibudayakan terutamanya ketika berinteraksi dengan anggota keluarga dan saudara-mara. Seorang penyair bermadah, “Ketahuilah, bahawa zina itu hutang, bayarannya keluarga kamu sendiri … Wahai orang yang merobohkan benteng, wahai orang yang memutuskan kemesraan … hidup anda tidak akan lagi dihormati orang.” Pihak yang terlibat dalam perbuatan terlarang ini hendaklah segera menghentikan perbuatan tersebut dengan mengambil langkah mengasingkan diri secara fizikal dan emosi. Mereka juga disarankan untuk mengikuti sesi bimbingan, kaunseling dan intervensi bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, usaha untuk mendapatkan bimbingan daripada pakar amat penting bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu jiwa. Selain itu, usaha memperbanyak amalan kerohanian dan ibadat perlu dilaksanakan secara berterusan sebagai penguat dan benteng psikologi. Sedarilah bahawa perbuatan mengikut rasa dan hawa nafsu hanya akan menghumbankan diri ke lembah dosa. Dosa yang dibiarkan bertambah akan memberatkan jiwa, lantas menyebabkan hati menjadi keras bagaikan batu kerikil yang gagal menyerap air untuk berubah. Hati yang keras akan mengawal mata, telinga, lidah dan kaki lalu mengheret pemiliknya melakukan perkara yang sia-sia, durjana dan dimurkai oleh Allah SWT. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 7
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar menjauhi perbuatan berdua-duaan antara lelaki dengan wanita bukan mahram termasuklah ipar. Rasulullah SAW menggambarkan ipar sebagai maut untuk menunjukkan bahaya yang lebih besar dalam hubungan rapat keluarga yang sering dianggap remeh kerana hal yang demikian boleh membuka ruang fitnah dan kerosakan akhlak. Penekanan ini menunjukkan betapa seriusnya Islam menjaga kehormatan dan batas pergaulan walaupun dalam hubungan kekeluargaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah kalian masuk ke rumah wanita (yang sedang bersendirian).” Maka itu, seorang lelaki suku kaum Ansar bertanya selanjutnya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapat engkau tentang al-hamwu (ipar)?” Lalu Baginda menjawab: “Ipar ialah maut.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ipar ialah Maut 8 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAMADUN Shuhada Shaari, Riniezathul Ramlan, Hidayah Kamaruzaman
TAMADUN Orang Ketiga Pemusnah Kebahagiaan Ungkapan “ipar sebagai maut” bukanlah suatu perkara yang asing kerana situasi ini sering berlaku dalam rumah tangga apabila kehadiran orang ketiga meruntuhkan kebahagiaan yang telah dibina. Pelbagai pengalaman berkaitan dengan isu ini mencerminkan sisi gelap yang wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini, seperti yang diangkat menjadi sebuah filem di Indonesia. Filem yang dimaksudkan ialah Ipar adalah Maut arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo. Filem yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar ini mengisahkan konflik kekeluargaan akibat daripada hubungan terlarang antara abang ipar dengan adik ipar. Penghasilan filem berdasarkan kisah benar yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia tersebut menjadi bukti bahawa pernyataan “ipar ialah maut” bukan hanya cerita rekaan, malah merupakan realiti pahit dalam kalangan masyarakat. Melihat kisah yang lebih dekat, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30 tahun berkongsi pengalaman pahit apabila mahligai rumah tangganya runtuh disebabkan oleh perbuatan suaminya yang menjalinkan hubungan terlarang dengan adik kandungnya sendiri. Pada mulanya, wanita tersebut mengesyaki bibit cinta antara suami dengan adiknya, tetapi memilih untuk berfikiran positif dan tidak bertindak melulu membuat tuduhan. Dalam keadaan hamil, beliau bersabar dan menahan diri menghadapi konflik tersebut. Namun begitu, sangkaannya terbukti benar apabila suami dan adiknya mengaku telah terlanjur. Pada akhirnya, wanita tersebut membuat keputusan untuk berpisah demi menjaga maruah dan ketenangan dirinya. Kes sebegini sememangnya masih berlaku dalam dunia moden pada hari ini. Kejahilan terhadap ilmu pengetahuan dan hukum-hakam agama merupakan faktor utama yang mendorong perlakuan sumbang yang sukar diterima akal, sehingga semakin dianggap biasa dalam masyarakat. Pada hakikatnya, Islam melarang sekeras-kerasnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram bercampur dalam satu ruangan yang boleh menimbulkan fitnah. Hal yang demikian dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Pada asasnya, hukum ipar-duai berlainan jantina tinggal serumah ialah haram bagi menutup pintu fitnah yang bakal terjadi disebabkan oleh tindakan tersebut. Walaupun begitu, keadaan ini terkecuali selagi terdapat mahram di sisi ipar-duai dan aman daripada fitnah. Hadis al-hamwu al-maut (ipar ialah maut) seperti yang dinyatakan pada mukadimah makalah ini membuktikan bahawa isu tersebut merupakan hal penting yang tidak patut diambil mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana dibimbangkan akan berlaku perkara yang tidak diingini seperti terjadinya hubungan terlarang antara ipar-duai yang hanya akan merosakkan hubungan kekeluargaan dan pencetus keruntuhan kebahagiaan yang dibina. Hadis tersebut juga membuktikan bahawa pentingnya untuk menjaga hubungan sesama ipar-duai agar perkara buruk dapat dihindari di samping menjaga keharmonian keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, serta dari kanan mereka dan dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan Kejahilan terhadap ilmu pengetahuan dan hukum-hakam agama merupakan faktor utama yang mendorong perlakuan sumbang yang sukar diterima akal, sehingga semakin dianggap biasa dalam masyarakat. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 9
mereka bersyukur.” (Surah al-A‘raf 7:17). Ayat tersebut menyatakan bahawa syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam hingga hari kiamat. Kebanyakan kes hubungan terlarang ipar-duai berlaku apabila pihak yang terlibat tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Keadaan ini membuka ruang kepada interaksi tanpa batas yang boleh mencetuskan fitnah dan godaan syaitan. Seperti yang terpapar dalam filem Ipar adalah Maut, hubungan antara watak suami dengan adik ipar berpunca apabila hanya mereka berdua berada di rumah. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seseorang perempuan melainkan mahram perempuan itu ada bersamasamanya.” Berdasarkan hadis ini, Imam Ibn Battal menyatakan bahawa seseorang lelaki diharamkan berdua-duaan dengan iparnya kerana perbuatan tersebut mampu mencetuskan kebinasaan melalui perasaan curiga orang lain dan membuka ruang fitnah yang terhasil daripada bisikan syaitan seperti zina dan sebagainya. Adab Kehidupan Ipar-duai Dalam Islam, hubungan sesama ahli keluarga harus dijaga dengan baik agar tidak menimbulkan konflik atau permasalahan. Islam mengajar kita agar saling menghormati dan menjaga batasan termasuklah dalam hubungan antara ipar-duai dan pasangan. Dalam Surah al-Nisa’ ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Bertakwalah kepada Tuhan yang telah menciptakan kamu daripada satu jiwa (Adam); dan daripadanya Allah SWT menciptakan pasangannya (Hawa) … .” Secara umum, ayat ini menekankan bahawa hubungan sesama manusia perlu berlandaskan ketakwaan dan sikap saling menghormati, termasuklah dalam konteks hidup bersama-sama ipar-duai. Dari perspektif Islam, ipar-duai bukan mahram dan tidak boleh digauli secara sembarangan. Oleh itu, Islam amat menekankan konsep batasan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Setiap interaksi antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram hendaklah dalam keadaan sopan dan sederhana. Interaksi tersebut haruslah bertujuan untuk keperluan yang sah, seperti dalam urusan pekerjaan, perniagaan dan pendidikan, serta tidak boleh melampaui batas dengan perbualan yang tidak perlu atau yang mengundang fitnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya ialah syaitan.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Oleh itu, peraturan yang jelas tentang pemisahan ruang dan interaksi yang sesuai penting untuk menjaga keharmonian dan melindungi diri daripada godaan nafsu yang tidak diingini. Di samping itu, Islam menekankan kepentingan menjaga hubungan kekeluargaan dengan penuh kasih Situasi ipar sebagai maut dapat dielakkan dengan cara menghargai kepercayaan yang diletakkan oleh pasangan. 10 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAMADUN
TAMADUN sayang dan memelihara keseimbangan antara hak dengan tanggungjawab. Walaupun dengan cara tinggal bersama-sama mungkin mendatangkan manfaat dari segi ekonomi dan sosial, namun keharmonian keluarga dan keadilan harus sentiasa diutamakan. Hargai Hubungan dengan Kebijaksanaan Dalam situasi tertentu, pasangan suami isteri perlu bijak mengimbangkan kebaikan terhadap orang lain tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri. Walaupun hubungan keluarga itu penting, seseorang tetap perlu berhati-hati kerana kepercayaan harus dijaga dengan penuh tanggungjawab. Tidak perlu memutuskan hubungan dengan ahli keluarga, tetapi kadangkala kita perlu bijak menghadapinya dengan sabar tanpa melebihkan kepentingan mereka sehingga mengorbankan kesejahteraan diri. Situasi ipar sebagai maut dapat dielakkan dengan cara menghargai kepercayaan yang diletakkan oleh pasangan. Kepercayaan dalam bentuk kebebasan untuk bergaul dengan orang lain menjadi sia-sia apabila pasangan tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan kecurangan. Hal tersebut tidak akan berlaku sekiranya pasangan saling menghargai. Penghargaan terhadap pasangan boleh dizahirkan dengan cara memberikan keyakinan kepada mereka bahawa hubungan tersebut layak untuk dipertahankan tanpa gangguan pihak ketiga. Sikap hormat-menghormati serta toleransi sesama pasangan terbukti mampu menyelesaikan pelbagai konflik rumah tangga. Sementara itu, adik-beradik yang saling menghormati tidak mungkin menjadi duri dalam daging. Dalam beberapa kes hubungan terlarang antara ipar-duai, didapati bahawa ketidakpuasan hati dan perasaan dendam terhadap adik-beradik merupakan antara punca permasalahan tersebut berlaku. Oleh itu, sikap saling menghormati perlu dipupuk bagi menghindarkan diri daripada pergaduhan dan salah faham dalam perhubungan. Sering kali kita mendengar bahawa membina sesebuah rumah tangga itu ibarat membangunkan masjid, namun sesebuah masjid tidak akan teguh tanpa tiangnya. Begitu juga dengan rumah tangga. Pegangan agama ialah asas kepada keutuhan institusinya. Jika kita meneliti hadis yang dinyatakan, agama dengan tegas melarang ipar-duai untuk tinggal serumah tanpa mahram. Didikan agama yang lemah membuka peluang kepada bisikan syaitan sehingga mendorong seseorang terjerumus ke lembah maksiat. Oleh itu, jelaslah bahawa pegangan agama yang teguh akan memandu seseorang untuk menjaga adab dan pergaulan, terutamanya dengan yang bukan mahram. Banyak perkara negatif timbul apabila kita tidak meletakkan had dalam hubungan ipar-duai. Selain merosakkan hubungan antara suami isteri, perbuatan tersebut juga memecahbelahkan hubungan kekeluargaan. Status ipar-duai ialah haram muaqqat, iaitu haram untuk dinikahi pada satu masa yang sama. Perumpamaan ipar seperti maut merupakan suatu bentuk peringatan keras oleh Rasulullah SAW agar umat Islam memahami bahawa ipar-duai bukanlah mahram, maka batasan yang digariskan oleh Islam tentang perhubungan antara ipar-duai perlu sentiasa dijaga demi kesejahteraan keluarga. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 11
Manusia diciptakan unik berbanding dengan makhluk Allah SWT yang lain. Antara keunikan tersebut termasuklah manusia bebas untuk mempunyai pilihan dan pandangan yang berbeza-beza. Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam SEMASA 12 Ahmad Akram Mahmad Robbi Pensyarah Kanan Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Meraikan Kepelbagaian dan Menghormati Perbezaan
SEMASA Sudah menjadi sunnatullah bahawa manusia sentiasa mempunyai kecenderungan yang berbezabeza disebabkan oleh faktor yang pelbagai. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu umat manusia yang satu. (Akan tetapi, Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud 11:118). Mufasir ulung, Imam Qatadah berpandangan bahawa Allah SWT berkuasa menjadikan semua manusia sebagai Muslim. Namun begitu, pada akhirnya manusia akan tetap memilih jalan yang berbeza-beza. Demikianlah ketetapan dan fitrah manusia sejak awal penciptaannya. Berbekalkan kelebihan tersebut, manusia diberi tanggungjawab yang besar sebagai khalifah untuk mentadbir dunia mengikut kehendak Allah SWT. Urusan pentadbiran tersebut memerlukan sudut pandang yang abstrak dan tidak jumud. Hal yang demikian membolehkan manusia mempunyai ruang untuk berfikir, berinteraksi dan beradaptasi dengan perubahan semasa, dan seterusnya menghasilkan penyelesaian terbaik terhadap setiap permasalahan yang timbul. Panduan Wahyu dalam Pengurusan Perbezaan Asas dan panduan pengurusan perbezaan pandangan telah pun ditunjukkan melalui contoh teladan yang baik pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan para sahabat turut melalui fasa konflik perbezaan pandangan sepanjang tempoh dakwah Baginda. Hal tersebut sebagai tanda Baginda menghargai peranan para sahabat sebagai pemikir, penggerak dan pelaksana perintah Allah SWT. Para sahabat dididik untuk menerima setiap perintah Rasulullah SAW tanpa kompromi atau alasan yang terkeluar daripada tujuan pensyariatan berdasarkan firman Allah yang bermaksud, “Apa-apa juga yang diberi oleh Rasulullah (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah; dan apa-apa juga yang dilarangnya daripada kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hashr 59:7). Imam Ibn Juraih mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa setiap perintah ketaatan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW hendaklah diamalkan dan sebarang tegahan Baginda pula hendaklah dihindari. Demikianlah asas yang dipegang Kepelbagaian pandangan merupakan suatu hal yang diraikan oleh Rasulullah SAW. Namun begitu, perlu difahami bahawa perbezaan pandangan tidak boleh sewenangwenangnya dijadikan alasan untuk seseorang menyanggah prinsip agama. oleh para sahabat. Namun demikian, ada masanya tatkala wahyu diturunkan, para sahabat menghadapi kekeliruan yang mencetuskan perdebatan disebabkan oleh pemahaman yang berbeza-beza. Sebagai contoh, Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Umar yang bermaksud, “Jangan sesiapa menunaikan solat asar melainkan di Bani Quraizah.” Beliau menjelaskan, waktu solat asar telah masuk ketika sebahagian daripada mereka masih dalam perjalanan. Sebahagian daripada mereka memutuskan untuk tidak menunaikan solat kecuali setelah sampai di Bani Quraizah, manakala yang lain memutuskan untuk menunaikan solat di tempat mereka berada dan menyatakan bahawa niat Nabi Muhammad SAW bukanlah seperti yang difahami oleh kumpulan pertama. Apabila perkara tersebut diberitahu kepada Nabi Muhammad SAW, Baginda tidak menyalahkan mana-mana pihak. Berdasarkan hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pandangan merupakan suatu hal yang diraikan oleh Rasulullah SAW. Namun begitu, perlu difahami bahawa perbezaan pandangan tidak boleh sewenangwenangnya dijadikan alasan untuk seseorang menyanggah prinsip agama. Jelaslah bahawa perbezaan yang berlaku dalam kalangan sahabat berteraskan tafsiran atau kaedah pelaksanaan perintah berkenaan, dan tidak sedikit pun kedua-dua pandangan tersebut menyanggah prinsip asas wahyu yang menyentuh kefarduan solat. Mazhab Islam Khazanah Terulung Manifestasi perbezaan pandangan ini jelas terlihat menerusi kemunculan serta perkembangan mazhab akidah dan fiqh Islam. Mazhab utama dalam fiqh misalnya, terbina berdasarkan kepelbagaian pandangan para fuqaha yang mempunyai idea dan tafsiran yang berbeza-beza terhadap sesuatu Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 13
permasalahan yang didasari oleh nas al-Quran dan sunah. Ulama ulung kontemporari, Dr. Uthman Shabir menjelaskan bahawa geografi dan adat yang berbezabeza merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kemunculan dan perkembangan mazhab tersebut. Misalnya, Imam Abu Hanifah merupakan tokoh fiqh yang menetap di Kufah di wilayah Parsi. Imam Malik bin Anas pula menetap dalam tempoh yang lama di Madinah al-Munawwarah. Sementara itu, Imam Syafii pernah berkelana ke beberapa kawasan seperti Hijaz, Iraq, Yaman dan Mesir. Seterusnya, Imam Ahmad bin Hanbal yang berasal dari Kota Basrah telah mengembara untuk mencari guru dari segenap benua. Kesemua tokoh tersebut telah melalui pengalaman bertemu dengan masyarakat, adat setempat serta berdepan dengan permasalahan yang berbeza-beza dan memerlukan pendekatan yang pelbagai. Oleh itu, mazhab yang terbina atas dasar kefahaman, pendekatan dan tafsiran para fuqaha ini menjadi teras rujukan umat zamanberzaman hingga hari ini. Oleh hal yang demikian, tidak seharusnya usaha serta pengorbanan mereka dahulu tidak dihargai atau diabaikan begitu sahaja. Selain itu, tidak sepatutnya terbit amalan membanding-bandingkan mazhab kerana setiap mazhab mempunyai pendekatan dan cirinya yang tersendiri. Kepelbagaian mazhab tersebut telah menyumbang kepada khazanah keilmuan yang tidak ternilai kepada dunia Islam, malah dunia Barat turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada tokoh imam mazhab tersebut dalam usaha menyelesaikan permasalahan umat. Begitu juga dari aspek akidah. Perkembangan pelbagai mazhab akidah termasuklah aliran al-Asyairah, al-Maturidiah dan Ahli Hadis berlaku disebabkan oleh keperluan pada ketika itu. Tokoh pemikir Islam, Dr. Qahtan al-Duri dalam tulisannya, ‘Aqidah al-Islam wa Mazahibuha menyimpulkan bahawa kewujudan mazhab akidah Islam berlaku disebabkan oleh reaksi para ulama yang mendepani ujian besar apabila aliran seperti Muktazilah, Murji’ah dan Qadariah mula mempengaruhi dan dilihat menjadi ancaman terhadap masyarakat Islam. Lebih daripada itu, ideologi Muktazilah suatu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai akidah rasmi umat Islam. Demi memelihara maruah dan kesucian akidah Islam, maka tokoh mazhab al-Asyairah, al-Maturidiah dan Ahli Hadis bingkas membentengi serta mempertahankan akidah umat menerusi pendekatan Tokoh fiqh kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan Dr. Sa‘id Ramadan al-Buti menggunakan pendekatan wasatiyah dalam usaha meraikan kepelbagaian pandangan. 14 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam SEMASA
SEMASA dan tafsiran yang berbeza-beza khususnya pada ayat sifat Allah SWT. Para tokoh semisal Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari, Imam Abu Mansur al-Maturidi, Imam Abu Hamid al-Ghazali, Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah tidak lelah mencurahkan keringat untuk berhujah serta menulis manuskrip rujukan demi memastikan akidah umat Islam kekal terjaga. Maka itu, di sebalik perbezaan yang berlaku, usaha ulama terdahulu untuk memelihara akidah tidak sewajarnya menjadi jurang yang menyebabkan keretakan persaudaraan sesama umat Islam. Meraikan dan Mengharmonikan Kepelbagaian Pandangan Rasulullah SAW sentiasa menitikberatkan semangat ukhuwah islamiah yang berteraskan tauhid kepada Allah SWT. Jika diamati, prinsip utama yang diperjuangkan oleh para fuqaha atau pemikir Islam sama ada dalam kalangan pengasas mazhab Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali, ataupun akidah seperti al-Asyairah, al-Maturidiah dan Ahli Hadis berpaksikan tauhid kepada Allah SWT dan tidak mencemari sifat kesempurnaan Allah SWT. Pada masa yang sama, tidak dinafikan bahawa tokoh tersebut mempunyai kecenderungan dan tafsiran yang berbeza-beza, namun tidaklah sehingga membawa kepada pengubahan makna dan pengertian Islam. Hal yang demikian merupakan pendekatan wasatiyah (pertengahan) tokoh kontemporari termasuklah Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi, Almarhum Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan Almarhum Dr. Sa‘id Ramadan al-Buti yang ingin melihat umat Islam hidup bersatu padu dalam suasana harmoni dengan meraikan kepelbagaian pandangan. Inilah sunah yang ditunjukkan oleh para sahabat pada zaman setelah kewafatan Rasulullah SAW. Sekalipun para sahabat tidak sentiasa bersetuju terhadap pandangan sahabat yang lain, persaudaraan mereka tetap utuh di bawah payung akidah Islam yang berpaksikan wahyu Ilahi. Marilah kita renungkan, tatkala perbezaan tidak lagi diraikan, permusuhan akan muncul untuk memecahbelahkan persaudaraan umat Islam. Kemuncak permusuhan ini dapat dilihat apabila para sahabat tidak dapat menahan diri daripada mengangkat senjata dan berperang sesama mereka. Hal tersebut berlaku kerana tiada lagi nilai toleransi dalam kalangan umat Islam. Betapa ironinya, agama ini pada asasnya bertujuan untuk mendamaikan manusia sejagat. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 15 “Minda ekstrem sentiasa ghairah mempertajam khilaf. Sebaliknya, minda wasatiyah sentiasa berusaha meredakan khilaf, bijak mengurus perbezaan dan tahu meletakkan keutamaan.” — Dr. Mohd Aizam Mas‘od Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. “Ubat paling mujarab untuk menangani perbezaan tidak lain tidak ialah sifat insaf dalam diri. Insaf di sini merujuk ‘amalahu bi al-‘adli, yang bermaksud berinteraksi atau berurusan dengan seseorang secara adil. Sebagai contohnya, menerima kebenaran sekalipun kebenaran tersebut datang daripada pihak lawan. Demikian juga menolak kesalahan sekalipun kesalahan tersebut datang daripada pihak kawan.” — Muhammad Fahmi Rusli Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. PERSEPSI
Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TASAWUR 16 SEPULUH UNIVERSITI ISLAM TERBAIK DI DUNIA TAHUN 2024 Sumber: www.uniranks.com Universiti Kaherah, Mesir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia Universiti Sains dan Teknologi Jordan, Jordan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, Indonesia Universiti Umm al-Qura, Arab Saudi Universiti Cadi Ayyad, Maghribi Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka, Indonesia Universiti Punjab, Pakistan Universitas Islam Indonesia, Indonesia Universiti Teknik Karadeniz, Turkiye 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PUISI Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam 17 Membaca Arah Pulang Pada dua puluh empat putaran kita singgah di lima detik lidah dan hati bersatu menepis kesibukan menghampar rukun fikiran menjelajah alam bersimpang-siur mencari jalan keluar khusyuk terlalu sukar datang menambat hati yang longgar kitakah yang bermundar-mandir ditarik kanan dan kiri bagaimana mahu pulih seperti janji-janji mendera lagi dan lagi kitakah yang membaca arah pulang semakin dekat dan dekat! Siti Zaiton Ahmad Pinggiran Tapah, Perak Janji Sang Pencinta Masa semakin melebarkan sayap matangnya dan hayat masih terus menghirup udara percuma. Masihkah kauingat pada tali janji? Sudah gawat namun ligat kepada dunia! Tenat tetapi tidak penat kepada dunia! Syukur kerana masih mengingat namun syukurnya masih ada yang alpa. Dunia cuma persinggahan insan fana. Bernoktah pabila nafas berdetik tanpa duga. Masih mendongak dengan tembok megah. Karam bersama kapal mazmumah! Adakah lamunan dengan derita? Adakah igauan sang pencinta? Sehingga janji yang diikat terlupa, lalu terhumban di sudut dunia! Kita dengan sandiwara tak pernah berbeza kerana mabuk dengan dunia. Aku dan dia juga khalifah. Mengingatkan pada lena khalifah yang semakin senja! Khusyuk tidur pada medan fana. - - Haruskah merenung pada bicara? Pada lampau yang menjadi sejarah, kita cuma pembicara pada janji setia kepada Dia, Sang Pencipta. - - Namun, sampai bila? Ruzaini Awang Sandakan, Sabah
Halal dalam syariat Islam bermaksud diizinkan dan dibenarkan, yang memberikan jaminan bahawa sesuatu produk memenuhi standard kebersihan, keselamatan dan etika. Pertumbuhan industri halal juga mencerminkan komitmen umat Islam untuk mematuhi ajaran agama dalam kehidupan harian dan meletakkan halal sebagai piawaian yang perlu dipatuhi dalam pemilihan makanan atau barangan. Dalam konteks globalisasi, permintaan terhadap produk halal bukan sahaja datang daripada masyarakat Muslim tetapi juga bukan Muslim yang tertarik kepada jaminan kualiti dan integriti yang ditawarkan. Sebagai pengguna, umat Islam perlu sentiasa berusaha untuk memastikan setiap produk yang digunakan bukan sahaja halal tetapi juga tayyib yang bermaksud baik, bersih dan bermanfaat. Al-Quran menegaskan kepentingan memilih makanan dan rezeki yang halal lagi baik (halalan tayyiban) seperti firman Halal Bukan Pilihan Tetapi Kewajipan Permintaan terhadap produk halal semakin meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi Muslim global serta kesedaran masyarakat Islam tentang kepentingan menjalani gaya hidup halal dan sihat. Dalam Islam, konsep halal bukan sahaja merangkumi sumber pemakanan malah melibatkan kebersihan, kesihatan, keadilan dan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah cara penghasilan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran produk. BOIKOT 18 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam FARDU AIN Norkumala Awang Felow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia
FARDU AIN Allah SWT yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah 2:168). Dengan peningkatan kesedaran ini, gaya hidup halal menjadi simbol tanggungjawab bagi diri, keluarga dan masyarakat. Keutamaan makanan halal bukan sekadar suatu pilihan, tetapi merupakan kewajipan yang jelas termaktub dalam ajaran Islam. Konsep halalan tayyiban menjadi suatu piawaian penting untuk diaplikasikan dalam pemilihan sesuatu makanan atau barangan. Tidak Peduli Makanan Halal atau Haram Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya tentang manusia yang tidak lagi mengambil berat soal halal atau haram. Mereka menjadi kurang peka terhadap sumber makanan yang diperoleh meskipun isu pemakanan merupakan aspek penting dalam ajaran Islam. Hal tersebut berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Akan datang suatu zaman nanti, seseorang tidak mempedulikan apa-apa yang diambil, adakah daripada yang halal ataupun perkara yang haram?” (Hadis riwayat al-Bukhari). Hal ini jelas berlaku dalam realiti kehidupan pada hari ini. Segelintir pengguna Islam berpusu-pusu memilih restoran yang tidak mempunyai sijil halal. Alasan yang sering kali digunakan untuk menyedapkan hati ialah pekerja restoran ialah orang Melayu atau wanita bertudung dan banyak pelanggan Muslim menikmati makanan di premis tersebut. Makanan tular yang disajikan mendapat perhatian lantas menjadi pilihan. Mereka seolah-olah tidak sensitif sedangkan negara ini mewah dengan pilihan restoran dan makanan yang halal. Maka itu, makanan halal bukanlah sukar untuk diperoleh malah menjadi kewajipan bagi umat Islam. Dilema dalam Pemilihan Produk Dalam konteks dunia moden, umat Islam sering berdepan dengan situasi yang membingungkan ketika memilih restoran, sama ada memilih tempat yang memiliki sijil halal ataupun tidak dipersijilkan halal. Tambahan pula, tindakan boikot terhadap entiti yang dikaitkan dengan sokongan kepada pihak tertentu seperti rejim Zionis Israel memberikan kesan terhadap pertimbangan keputusan pengguna Muslim. Persoalan yang timbul adalah tentang kesedaran umat Islam terhadap isu halal, pemahaman tentang pensijilan halal dan faktor lain yang mempengaruhi keputusan mereka. Bagaimanakah umat Islam harus mengimbangkan antara kewajipan memilih makanan halal terutama di restoran yang memperoleh pensijilan halal dengan tanggungjawab moral dalam usaha menyokong kempen boikot terhadap entiti yang tidak mematuhi nilai kemanusiaan dan keadilan? Kefarduan dalam pemilihan makanan atau produk halal menjadi tanggungjawab hakiki umat Islam. Sesetengah daripada mereka menghadapi dilema untuk membezakan antara kepatuhan agama dengan tanggungjawab sosial di tengah-tengah isu boikot terhadap Israel. Umat Islam harus sedar tentang naratif yang dimainkan oleh segelintir pihak yang mengetengahkan isu boikot berbanding dengan tindakan memilih makanan yang dipersijilkan halal. Momokan tentang isu boikot terhadap produk tertentu dikhuatiri akan terus sebati dalam prinsip pemilihan makanan umat Islam, sedangkan perkara yang lebih utama adalah untuk memastikan kehalalan sesuatu makanan yang menepati hukum syarak. Di Malaysia, pensijilan halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama Islam negeri serta diiktiraf secara meluas pada peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, perlu difahami bahawa tidak semua restoran yang tiada pensijilan halal menyediakan makanan yang haram. Sesetengah restoran tetap menjaga kebersihan dan integriti dalam penyediaan makanan tetapi tidak memohon pensijilan halal atas faktor kos, prosedur yang rumit atau keperluan perniagaan yang lain. Namun demikian, ketiadaan pensijilan halal boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna Muslim. Dalam Islam, sumber makanan yang diragui status halalnya perlu dihindarkan bagi menjaga kesucian iman. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh sebahagian manusia. Pendidikan dan kesedaran perlu disuburkan secara berterusan untuk memastikan umat Islam tidak terpengaruh oleh naratif yang menganggap bahawa seseorang boleh memilih restoran tanpa sijil halal yang tidak diboikot. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 19
Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka dibimbangkan akan terjerumus dalam perkara yang haram … .” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Boikot atau Halal? Terdapat beberapa faktor yang mendorong umat Islam membuat pemilihan restoran tanpa pensijilan halal. Satu daripada faktor utama ialah kepercayaan terhadap nama baik atau golongan pengikut restoran tersebut. Jika restoran tersebut diketahui pemiliknya seorang Muslim atau telah lama beroperasi dengan sokongan masyarakat Islam, pengguna mungkin cenderung untuk mempercayai bahawa makanan yang disediakan ialah halal walaupun tiada pensijilan halal secara rasmi. Dalam Islam, pemilihan makanan yang halal merupakan satu daripada kewajipan yang dituntut. Perlu diketahui bahawa restoran yang tidak mempunyai sijil halal tidak semestinya menyajikan makanan yang tidak halal, tetapi ketiadaan pensijilan tersebut boleh menimbulkan persoalan tentang status halal sesebuah premis terutamanya premis makanan. Pada masa ini, banyak pengguna yang bergantung pada penilaian sendiri dalam pemilihan makanan dan maklumat tentang restoran tersebut. Sebagai contoh, reputasi pemilik restoran atau jenis makanan yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pengguna, walhal penggunaan pensijilan halal merupakan kaedah untuk memastikan keyakinan terhadap status halal. Hal ini dikatakan demikian kerana pensijilan halal perlu melalui proses yang ketat dan pemantauan berkala daripada pihak berwajib. Dalam situasi tertentu, restoran yang tidak mempunyai pensijilan halal juga mungkin dikaitkan dengan isu yang lebih besar seperti sokongan kepada entiti yang terlibat dalam konflik Israel – Palestin. Pada masa yang sama, terdapat juga premis makanan halal yang didakwa menyumbang kepada entiti tersebut diboikot secara meluas oleh umat Islam. Sebahagian daripada masyarakat mungkin tidak menyedari hubungan restoran tertentu dengan isu konflik tersebut, manakala sebahagian lagi mungkin memisahkan isu halal dengan agenda boikot. Sikap ini menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai pemahaman yang berbeza-beza tentang isu halal dan boikot. Tindakan boikot terhadap produk atau perniagaan yang dikaitkan dengan Israel misalnya, bergantung pada tahap kesedaran dan pemahaman individu terhadap konflik tersebut. Dalam hal ini, umat Islam perlu memahami kepentingan syariat dalam pemilihan makanan yang lebih utama berbanding dengan pertimbangan politik atau sosial. Sijil halal membantu memastikan bahawa sumber makanan mematuhi syariat, namun dengan mengutamakan restoran tanpa sijil halal semata-mata kerana tidak diboikot boleh menafikan kepentingan syariat dalam prinsip asas ini. Sebarang tindakan moral atau sosial seperti tindakan boikot tidak sepatutnya mendahului atau menafikan keperluan untuk memenuhi kewajipan agama. Sementara itu, tindakan boikot mempunyai pengaruh kepada pengguna terhadap persepsi halal dalam kalangan masyarakat. Boikot terhadap restoran yang mempunyai sijil halal boleh membentuk persepsi baharu tentang konsep halal itu sendiri. Persepsi yang membentuk budaya pemilihan pengguna tersebut tidak hanya melihat halal sekadar persoalan makanan tetapi juga mencerminkan identiti, politik dan prinsip moral. Dalam hal ini, pengguna Muslim mungkin berasakan bahawa mereka tidak hanya bertanggungjawab untuk memastikan makanan yang diambil oleh mereka halal, tetapi juga mengambil kira faktor etika yang lebih luas seperti keadilan sosial dan tanggungjawab perniagaan. Permintaan global terhadap produk halal keluaran Malaysia kian meningkat saban tahun. 20 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam FARDU AIN
FARDU AIN Pengguna Bijak dan Rasional Untuk menghadapi dilema moral seperti tindakan boikot, umat Islam perlu dilatih untuk membuat keputusan yang seimbang antara tuntutan agama dengan pertimbangan etika. Sekiranya terdapat restoran yang telah dipersijilkan halal tetapi diboikot atas alasan politik atau etika, maka pengguna Muslim harus mempertimbangkan alternatif yang lain dan bukannya memilih restoran tanpa sijil halal hanya kerana tidak diboikot. Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu membuat keputusan yang lebih baik dalam situasi yang kompleks dengan memberikan penekanan terhadap prinsip agama yang kukuh di samping mengambil kira isu etika. Pendidikan dan kesedaran perlu disuburkan secara berterusan untuk memastikan umat Islam tidak terpengaruh oleh naratif yang menganggap bahawa seseorang boleh memilih restoran tanpa sijil halal yang tidak diboikot. Pengguna Muslim perlu dididik tentang kepentingan sijil halal sebagai alat piawaian serta kewajipan menjaga pemakanan yang suci dan halal. Pada masa yang sama, isu etika dan moral seperti tindakan boikot perlu ditangani secara seimbang tanpa mengabaikan tanggungjawab agama yang lebih tinggi. Dengan pendekatan yang menyeluruh, umat Islam dapat membuat keputusan yang lebih rasional dan memenuhi tuntutan syariat dalam pemilihan makanan halal. Cabaran dan Langkah ke Hadapan Isu halal merupakan cabaran besar kepada pihak berkuasa, ulama dan masyarakat Islam secara keseluruhannya. Pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan pensijilan halal dan menyediakan panduan yang mudah untuk difahami. Pada masa yang sama, ulama perlu lebih proaktif membincangkan isu ini dalam platform awam untuk meningkatkan kesedaran secara berterusan. Seiring dengan hal itu, umat Islam perlu meningkatkan kefahaman dan memperkasakan literasi halal khususnya dalam konteks makanan. Halal bukan sekadar ketiadaan bahan haram, tetapi merangkumi keseluruhan rantaian pemprosesan makanan daripada sumber bahan sehingga proses penyembelihan dan penyimpanan serta penyediaan. Pensijilan halal berfungsi sebagai jaminan bahawa setiap aspek ini telah dipantau dan mematuhi syariat Islam. Tanpa sijil halal, sukar untuk seseorang memastikan ketelusan dan kebersihan rantaian tersebut. Dalam hal ini, institusi pendidikan, penyelidikan dan organisasi berkaitan dengan halal memainkan peranan yang penting untuk menyediakan maklumat yang tepat termasuklah mempromosikan kepentingan sijil halal yang sah. Bagi pengguna pula, langkah terbaik adalah dengan membuat keputusan yang bijak berdasarkan maklumat yang tepat, memilih alternatif halal yang lebih jelas jika terdapat keraguan, dan menyokong kempen kesedaran halal pada peringkat komuniti. Selain itu, pengguna boleh memainkan peranan aktif dengan cara menyuarakan keperluan kepada pihak berwajib untuk mempermudah akses kepada pensijilan halal dan mempromosikan pilihan makanan yang mematuhi syariat. Dengan pemerkasaan kesedaran dan kefahaman, diharapkan agar umat Islam dapat membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab selari dengan prinsip agama dan etika. Maka itu, keharmonian antara keperluan harian dengan tuntutan agama dapat dicapai dengan baik. Proses pensijilan halal harus sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dalam usaha menyeimbangkan antara keperluan undang-undang dengan peningkatan permintaan terhadap produk halal. Pengguna harus lebih bijak membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dalam menghadapi isu boikot dan produk halal. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 21
Dalam keluaran lalu, penulis memperkenalkan kitab Sahih al-Bukhari yang merupakan satu daripada koleksi hadis yang paling dihormati dalam tradisi Islam. Dalam usaha mengekalkan khazanah keilmuan ini, Majlis Sama‘ Hadith Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang bertujuan untuk menghidupkan sunah Rasulullah SAW dan menghubungkan generasi terkini dengan warisan Islam melalui periwayatan hadis. Tradisi periwayatan ini bukan sahaja mengungkapkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW tetapi juga menjadi medium pemindahan ilmu melalui kaedah periwayatan yang diwarisi sejak kurun ketiga dan keempat Hijrah. Sejak zaman dahulu, ulama bukan sahaja mempelajari hadis tetapi juga menyambungkan sanad riwayatnya dan seterusnya menjadikan periwayatan sebagai suatu bentuk penghormatan terhadap ilmu. Tradisi ini mengaplikasikan pelbagai kaedah seperti pendengaran langsung (al-sama‘), pembacaan langsung (al-qira’ah) dan kebenaran (al-ijazah). Kaedah tersebut berakar pada prinsip penerimaan dan 22 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam SUNAH Khairul Nizam Zainal Badri Tradisi Periwayatan Sahih al-Bukhari (Bahagian 2)
SUNAH penyampaian (al-tahammul wa al-ada’) yang melibatkan sanad sebagai rangkaian perawi dan matan sebagai isi kandungan hadis. Setiap kaedah periwayatan memiliki keutamaan serta peraturan tersendiri, dan kaedah al-sama‘ dianggap paling tinggi kerana melibatkan pendengaran langsung daripada guru. Dalam konteks majlis sama‘ hadis, pendekatan bacaan seperti al-sard digunakan untuk mempercepat pembacaan kitab hadis tanpa syarahan. Pendekatan ini sering dipilih untuk memastikan kesinambungan sanad dalam masa yang terhad. Namun begitu, terdapat juga pendekatan lain seperti bacaan berserta syarahan sederhana dan terperinci, bergantung pada tujuan majlis dan keperluan pembelajaran. Tradisi ini terus diamalkan oleh ulama moden untuk memelihara hubungan daripada generasi kepada generasi dan warisan keilmuan Islam, di samping memastikan kesinambungan ilmu yang sahih. Di institusi pengajian yang menggunakan kurikulum aliran Deoband, pengkhataman kitab Sahih al-Bukhari merupakan kemuncak yang paling bermakna bagi pelajar tahun akhir yang mengikuti bidang pengajian Islam dan bahasa Arab yang juga dikenali sebagai pengajian alim. Pelajar yang berjaya mengkhatamkan kitab tersebut setelah mengikuti pengajian selama tujuh tahun atau lapan tahun akan dianugerahkan sijil sanad hadis berserta sijil syahadah pengajian. Mereka akan diraikan dalam majlis yang berskala besar seumpama majlis konvokesyen yang diadakan di kolej atau universiti. Pengkhataman kitab Sahih al-Bukhari juga merupakan tradisi dalam kalangan Bani Alawi di kota Tarim, Yaman. Satu daripada jalur keturunan Nabi Muhammad SAW yang bernama Imam Alwi bin ‘Ubaidillah yang merupakan cucu kepada Imam Ahmad al-Muhajir, mereka akan membacanya sepanjang bulan Rejab pada setiap tahun. Tradisi pembacaan kitab Sahih al-Bukhari dikatakan telah bermula di kota Zabid sebelum diteruskan oleh para ulama di tempat lain di Yaman. Kitab Sahih al-Bukhari dikhatamkan pada bulan Rejab bersempena dengan keberkatan bulan tersebut sebagai bulan yang dianggap mulia. Selain itu, majlis ilmu tersebut juga diadakan bagi memperingati bulan berkenaan sebagai tanda meluasnya ajaran Islam ke wilayah Tarim. Pengkhataman kitab Sahih al-Bukhari bukan semata-mata menjadi tradisi, sebaliknya diyakini oleh para ulama khususnya dalam kalangan ahli hadis bahawa majlis ilmu tersebut memiliki banyak kelebihan. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 23
Menurut Iqbal Nursyahbani, Viki Junianto, Khamim dan Maulana Thalia Salsabila dalam kajian yang bertajuk Khataman Sahih Bukhara by PCNU Jombang (A Study of Living Hadith), majlis pengkhataman kitab Sahih al-Bukhari pada suatu masa dahulu bukan sahaja menjadi tradisi para ulama malah pemerintah sebagaimana yang tercatat dalam karya Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah al-Idrus bertajuk al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Ashir. Pada bulan Rejab tahun 974 Hijrah, penguasa Habsyah, al-Fakhkhan menganjurkan bacaan Sahih al-Bukhari di rumahnya dengan menyajikan hidangan mewah kepada tetamu. Bacaan tersebut dipimpin oleh Qadhi Jamaluddin Muhammad al-Muhayimi dan dihadiri oleh al-Fakhkhan bersamasama hadirin yang lain. Sementara itu, dalam buku Muqaddimah Tazkir al-Qari bi Syarhi Sahih al-Bukhari karya Syeikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari yang diterjemahkan oleh Dr. Bashir Mohamed al-Azhari dan diterbitkan khas bersempena dengan Majlis Sama‘ Hadith Sahih al-Bukhari Antarabangsa 2024, dinyatakan bahawa telah menjadi adat bagi penduduk di kota Baghdad, Damsyik, Istanbul, Kaherah, Tunis, Fez dan Marrakesh pada zaman kegemilangan Islam mengadakan majlis bacaan Sahih al-Bukhari pada bulan Rejab, Syaaban, Ramadan atau pada bulan Ramadan sahaja. Terdapat juga di sesetengah tempat, majlis bacaan Sahih al-Bukhari diadakan secara besar-besaran pada hari kelahiran Rasulullah SAW yang turut dihadiri oleh para ulama dan pembesar. Pengkhataman kitab Sahih al-Bukhari bukan sematamata menjadi tradisi, sebaliknya diyakini oleh para ulama khususnya dalam kalangan ahli hadis bahawa majlis ilmu tersebut memiliki banyak kelebihan. Sebagai contoh, pendapat oleh al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti menerusi kitab Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi yang menyatakan bahawa rahmat Allah SWT mengiringi majlis bacaan hadis. Oleh itu, pembacaan kitab Sahih al-Bukhari menjadi tradisi amalan oleh para ulama sebagai bacaan tambahan selain al-Quran dan doa untuk mengharapkan rahmat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh Maulana Muhammad bin Maulana Haroon Abasoomar. Dalam kitab Hady al-Sari yang merupakan karya al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, beliau menyatakan bahawa antara keutamaan lain Sahih al-Bukhari termasuklah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Abi Jamrah, “Beberapa orang soleh berkata kepadaku bahawa setiap kali Sahih al-Bukhari dibacakan pada masa kesusahan, kesusahan tersebut dikeluarkan (hilang) … sebabnya adalah kerana Imam al-Bukhari ialah seorang insan yang doanya diterima oleh Allah SWT (mustajab al-da‘wah) dan dia berdoa khusus untuk orang yang membaca kitabnya.” Secara signifikan, Sahih al-Bukhari merupakan kitab yang sangat dihormati, diteliti dan diamalkan secara meluas sehingga menarik perhatian para ulama dan penduduk Islam di seluruh dunia secara umumnya. Kepentingan kitab ini terpancar daripada keaslian dan kebolehpercayaannya yang tidak berbelah bahagi, di samping doa khusus pengarangnya kepada para pembacanya yang menjadikannya sebagai takungan ilmu yang begitu bernilai bagi insan yang ingin menambah pengetahuan tentang sunah Rasulullah SAW dan mencari keberkatan dalam kehidupan sama ada dari sudut zahir mahupun batin, dan juga jasmani mahupun rohani. Penganjuran majlis sama‘ hadis menyuburkan tradisi pengajian hadis yang diwarisi oleh ulama zaman-berzaman. 24 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam SUNAH
SUNAH 8 KITAB SAHIH AL-BUKHARI 3 2 6 7 Penyusun Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (194H – 256H). Nama Penuh Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi (Kitab yang Mengumpulkan Hadis Sahih yang Bersanad dan Ringkas daripada Urusan Rasulullah SAW, Sunah serta Hari-harinya). 1 Tempoh Penyusunan 16 tahun. Tujuan Penulisan Mengumpulkan hadis yang sahih sahaja dengan syarat yang sangat ketat, termasuklah periwayat yang adil dan kuat hafalannya serta sanad yang bersambung. Jumlah Hadis Lebih daripada 7000 hadis 5 (termasuk ulangan). Kira-kira 2600 hadis (tanpa ulangan). Susunan Kitab Terdiri daripada 97kitab (bab utama) yang merangkumi pelbagai aspek, termasuklah akidah, ibadat, muamalat dan sejarah. Kedudukan • Dianggap kitab hadis yang paling sahih selepas al-Quran. • Disepakati oleh para ulama sebagai rujukan utama dalam bidang hadis. • Diakui di seluruh dunia Islam sebagai antara sumber rujukan utama bagi umat Islam. • Menjadi asas rujukan dalam usaha memahami sunah Nabi Muhammad SAW dan hukum-hakam Islam. Keistimewaan • Imam al-Bukhari memilih hadis selepas berwuduk dan solat istikharah. • Membuka setiap bab dengan ayat al-Quran untuk menunjukkan kaitan hadis dengan dalil al-Quran. 4 Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 25
Makalah ini mengajak pembaca menggunakan akal fikiran untuk merenungi penciptaan langit dan bumi dengan mengambil inspirasi daripada Surah Ali ‘Imran ayat 190 hingga ayat 191. Perkaitan Fikiran dan Alam Semesta 26 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam ISLAM DAN SAINS Tahir Ahmad Felow Persatuan Sains Matematik Malaysia Noraini Ismail
ISLAM DAN SAINS Hayati Kandungan al-Quran Keistimewaan al-Quran terletak pada mukjizat ilmunya yang berkekalan hingga hari kiamat. Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sebagai umat Islam, menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita untuk mempelajari dan mendalami al-Quran. Tadabur al-Quran ialah proses mendalami dan merenungi ayat al-Quran untuk memahami makna serta mengambil pengajaran daripadanya. Tadabur dalam bahasa Arab bermaksud pemikiran dan penelitian terhadap sesuatu perkara yang baik. Selain itu, tadabur juga bermaksud menghayati, merenungi dan memikirkan tentang ayat suci al-Quran untuk memahami makna, maksud, hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Tadabur bukan sekadar membaca, tetapi melibatkan refleksi yang mendalam terhadap mesej Allah SWT kepada manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang penuh keberkatan untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Sad 38:29). Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang, terdapat tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan (tafakur) tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.’” (Surah Ali ‘Imran 3:190–191). Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT mengalualukan hamba-Nya termasuklah ulama, golongan intelek, saintis dan umat manusia secara amnya agar menggunakan akal untuk bertafakur serta memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. Kalimah tafakur berdasarkan Kamus Dewan Perdana bermaksud hal atau perbuatan merenung sambil menumpukan perhatian dan fikiran kepada sesuatu. Sementara itu, Ibrahim Mustafa dalam al-Mu‘jam al-Wasit mengutarakannya sebagai menggunakan daya akal dalam suatu urusan dan menyusun masalah yang diketahui untuk mengetahui sesuatu yang sebelumnya belum diketahui. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 27
Berfikir dengan Akal Banyak sarjana yang membincangkan perihal kedudukan akal dalam Islam secara panjang lebar. Secara ringkasnya, akal merupakan suatu bentuk kerohanian manusia yang dapat mengingat, menganalisis, menyimpulkan dan membezakan antara sesuatu yang hak dengan yang batil sehingga manusia memiliki akhlak yang baik serta dapat memperkuat iman dan takwa kepada Allah SWT. Otak pula ialah suatu sistem saraf pusat yang berfungsi mengatur seluruh aktiviti kehidupan manusia. Manusia seharusnya menggunakan akal dan otaknya untuk berfikir secara baik supaya tidak terjerumus kepada sesuatu kesalahan, kezaliman dan kemaksiatan. Lantaran itu, banyak pihak berpendapat bahawa otak dan akal ialah sama, namun terdapat juga pihak yang berpendapat sebaliknya. Bagi mentadabur ayat 190 hingga ayat 191 Surah Ali ‘Imran, akal dan otak digunakan untuk memikirkan penciptaan langit dan bumi (alam semesta). Sudah pasti hubungan antara otak (fikiran) dengan alam semesta akan menjadi titik tolak. Antara perkara yang menjadi persoalan termasuklah otak dan alam semesta ialah dua entiti dengan saiz yang berbeza-beza, justeru adakah berbaloi untuk dikaji? Elemen yang terdapat dalam otak juga berbeza daripada elemen yang menghiasi seluruh alam semesta, maka adakah sesuai untuk dibicarakan? Sains sebagai Penyuluh Walaupun sains membahaskan hal yang nyata dan empirikal, namun sains juga dapat menjelaskan beberapa perkara yang ghaib atau dipanggil sebagai keghaiban dalam kenyataan. Sebagai contoh, kelajuan elektron dalam wayar tembaga tidak dapat dikesan oleh penglihatan manusia, namun dapat dijelaskan secara ilmiah apabila mentol menyala pada hujungnya. Walaupun sains dianggap sebagai nyata, namun turut memiliki sisi yang ghaib. Di sebalik keghaiban dalam kenyataan, wujud juga kenyataan dalam keghaiban khususnya keyakinan orang yang beriman. Contohnya, walaupun kewujudan Allah SWT sama sekali tidak mampu dicerap oleh pancaindera hamba-Nya, namun kehadiran Allah SWT adalah nyata. Banyak fenomena menakjubkan yang memaparkan perkaitan antara otak dengan alam semesta dan terbukti menerusi kalamullah (Surah Ali ‘Imran 3:190–191) yang disuluh oleh sains seperti yang berikut: Anatomi dan Astronomi Mark Miller dari Universiti Brandeis, Massachusetts, Amerika Syarikat telah meneliti, bagaimanakah neuron dalam otak bersambung antara satu dengan lain? Miller dan rakan penyelidik telah melaporkan dapatan mereka dalam jurnal Nature Neuroscience pada tahun 2005 melalui makalah bertajuk “Taksonomi Molekul Kelas Neuronal Utama dalam Otak Depan Tikus Dewasa” dengan menganalisis sebanyak 12 neuron otak depan tikus dewasa. Hasil daripada kajian tersebut, hubungan antara otak dengan alam semesta dikenal pasti secara visual. Imej sel otak dan alam semesta mempunyai perkaitan yang istimewa. Pada imej alam semesta, terdapat gugusan besar galaksi (kuning terang) yang dikelilingi oleh ribuan galaksi bintang dan jirim gelap (dark matter) yang saling terkait. Imej sel otak pula memperlihatkan sel neuron yang menyala (dua merah Al-Quran bukanlah ensiklopedia sains mahupun buku matematik. Oleh itu, al-Quran tidak memaparkan hasil kajian makmal mahupun teorem. Yang ada hanyalah petunjuk untuk kita cerap dan hayati bersama-sama. Sel Otak Alam Semesta Struktur sel otak dan alam semesta seakan-akan memaparkan senario yang sama. 28 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam ISLAM DAN SAINS
ISLAM DAN SAINS dan satu kuning) berserta dendritnya. Secara sekali imbas, imej alam semesta dan sel otak seakan-akan memaparkan satu senario yang serupa. Strukturnya seperti jaringan yang saling bersambung ke kawasan berkepadatan tinggi. Dalam gambaran otak, rumpun tersebut hanyalah sel neuron, iaitu tempat elektron terkumpul, terjana dan potensi elektrik dikesan akibat daripada tindak balas kimia dalam sel. Dendrit neuron pula menyediakan laluan untuk cas yang membawa elektron (denyut berpotensi) untuk bergerak. Dalam gambaran alam semesta pula, keadaan serupa berlaku semasa pengembangan alam semesta. Rumpun ialah gugusan besar galaksi dan tempat kelahiran bintang. Struktur seperti jaringan (jirim gelap) pula merupakan laluan untuk bintang dan galaksi bergerak (berevolusi) apabila alam semesta berkembang pada skala yang lebih besar. Pengukuran Kuantitatif Selama setengah abad, pakar neurosains menyatakan bahawa otak manusia mengandungi sebanyak 100 bilion neuron. Walau bagaimanapun, ahli neurosains dari Universiti Vanderbilt, Profesor Suzana HerculanoHouzel telah menyangkal bilangan tersebut dalam jurnal Frontiers in Human Neuroscience pada tahun 2009 dengan melaporkan bahawa sebanyak 86 billion neuron sahaja yang terdapat dalam otak manusia. Walaupun terdapat perbezaan dari segi bilangannya, namun beliau menyatakan bahawa angka tersebut bergantung pada saiz badan dan otak seseorang. Namun begitu, makmal Colon-Ramos di Sekolah Perubatan Yale, Amerika Syarikat masih mengekalkan angka 100 billion untuk bilangan neuron dalam otak manusia. Yang menakjubkan adalah apabila NASA Goddard Space Flight Center turut mendakwa bahawa saintisnya menganggarkan terdapat sebanyak 100 billion bintang dalam galaksi Bima Sakti juga! Jumlah tersebut menyerupai jumlah neuron dalam otak manusia. Pemodelan Matematik Ribut Otak Berhubung dengan penyelidikan tentang ribut otak (brainstorm) ketika seseorang pesakit menghadapi serangan sawan (epilepsi), Dr. Noraini Ismail telah mendokumentasikan kajian beliau dalam tesisnya yang berjudul Menggunakan Penyelesaian Reissner-Nordstrom untuk Memodelkan Sawan Epileptik pada tahun 2013. Antara dapatan beliau termasuklah perbandingan nisbah isipadu otak – elektron dengan nisbah isipadu alam semesta – bintang terbesar secara kasar melalui pengukuran bagi isipadu otak, jejari elektron, jejari bintang dan jejari alam semesta. Nisbah kasar bagi kedua-dua entiti berkenaan kemudiannya ditentukan oleh beliau dan dapatan nilai anggaran nisbah keduaduanya yang begitu hampir amat mengejutkan! Perkara ini dijelaskan seperti pada rajah yang berikut: Isipadu Otak 1.450 x 10-3m3 2.82 x 10-15m Otak Manusia Alam semesta yang diketahui e 1.6 x 1015m Bintang Gergasi Rajah Perbandingan dan kiraan nisbah isipadu otak – elektron dan nisbah isipadu alam semesta – bintang terbesar. Nisbah isipadu alam semesta – bintang terbesar 3 Nisbah isipadu otak – elektron 3 Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 29
Selain itu, terdapat banyak keselarian antara fenomena evolusi alam semesta dengan fenomena ribut otak yang berjaya dikenal pasti dan hasil dapatan tersebut telah dibentangkan dalam Persidangan Matematik Asia 2009 melalui kertas kerja penulis yang berjudul “Keselarian Peristiwa antara Ribut Otak Sawan Epileptik dengan Evolusi Alam Semesta”. Sesungguhnya al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW yang dapat dibuktikan oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di manamana sahaja asalkan mereka mahu mempelajari, mengkaji dan merenunginya. Dalam hal ini, perlu diketahui bahawa al-Quran bukanlah ensiklopedia sains mahupun buku matematik. Oleh itu, al-Quran tidak memaparkan hasil kajian makmal mahupun teorem. Yang ada hanyalah petunjuk untuk kita cerap dan hayati bersama-sama. Al-Quran ialah mukjizat yang sempurna dan tiada satu kesilapan pun ditemukan setelah berlalu 14 abad sejak diturunkan kepada Rasulullah SAW. Dengan mukjizatnya yang berlapis-lapis, manusia boleh berfikir dan melihat dari pelbagai sudut kerana al-Quran ialah kebenaran (al-haq). Hakikat luar biasa ini terserlah apabila penciptaan langit dan bumi serta otak (akal fikiran) yang terdapat dalam ayat 190 dan ayat 191 Surah Ali ‘Imran, dan seterusnya kini dengan jelas membuktikan keselarasan antara dua entiti tersebut. Hal ini mendorong manusia untuk terus beriman dengan keyakinan yang teguh dan bertakwa, agar semakin dekat kepada Allah SWT. Merenungi hikmat kejadian alam dapat menginsafkan diri akan keagungan Allah SWT. 30 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam ISLAM DAN SAINS
PUISI JAWI Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam 31 Transliterasi oleh: Mohd Riduwan Wahab نفسو مڠينتاي دباليق بايڠ دتڠه ڬلورا، مننتڠ باداي ستياڤ لڠكه، اونتاين هارڤن مڠهاڤوس راس منبوس دوسا دالم كاسيهمو، كوتموءي جنة. هايرول هيللس لڠڬيڠ، نڬري سمبيلن مجاهد
Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam PEDOMAN 32 Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT berfirman, ‘Wahai anak Adam, selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi.’” — (Hadis riwayat al-Tirmidzi dan Ahmad) MENDAMBA KEAMPUNAN I L A H I
PEDOMAN Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 33
Berulang-ulang kali kaujeling jarum jam di tangan. Sebenarnya, waktu janji temu belum pun tiba, ada setengah jam lagi. Sengaja kaudatang lebih awal. Jiwamu resah, berkecamuk. Gelas berisi air kosong di atas meja sudah hampir habis diminum. Matamu menjamah lagi peranti kecil berbentuk bulat yang bermaharkan harga kayangan. Dahulu, begitu engkau berbangga menggayakan jam tangan berprestij dan berketepatan tinggi daripada cita rasa kelas atasan. Kini, jam itu tidak lebih, cuma alat untuk dimanfaatkan. Menghitung-hitung waktumu yang kian sesak. Sekalipun engkau mengeluh atas keborosanmu ketika mengatur belanja hidup yang memberikan impak terhadap masa kini, tiada tindakan yang boleh diundurkan lagi. Istilah “kalaulah” semakin sering meniti di bibirmu. Ya, kalaulah engkau beringat, namun “kalau” tidak memberikan apa-apa kesan tanpa sesalan yang sebenar. Sudah dua kali pelayan kafe itu singgah ke meja untuk mengambil pesanan, dan engkau cuma memberikan isyarat – tunggu. Matamu melilau ke luar dinding kaca yang rapi dilapkan bersih. Dinding besar itu jika tidak diurus dengan baik, seperti engkau mengurus hidup, tentulah kotor dan dipenuhi cap jari yang mengelabui pandangan. Adakah setelah itu masih ada pelanggan yang mahu singgah minum di situ? Orang yang kauajak berjumpa masih belum muncul. Punggungmu resah. Sekejap-sekejap berkalih duduk dan sepasang matamu masih setia menyorot ke luar. Engkau amat berharap pada kali ini. Sudah acap kali DIJAMIN TUHAN REZEKI 34 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam CERPEN Sarah Ross
CERPEN rakan-rakan menolak permintaanmu untuk bertemu. Tidak seperti dahulu, pantang diajak minum bersamasama, masing-masing terpacak awal menadah setia. Waktu begini, persahabatan sedang teruji. Teman senang seperti semut yang berduyun-duyun mengerumuni gula. Habis kemanisan, mereka akan pergi. Engkau sedar, tiada lagi sebutir gula untuk kautaburkan. Maka itu, makna persahabatan juga berakhir. Engkau mengeluh lagi. Mungkin sesal, tersalah memilih taulan. Setelah menyaring nama-nama kenalanmu, tersisa satu nama yang sedang meningkat naik, namun tidak gah sebanding kejayaanmu dahulu. Nama yang pernah kaucemuh itulah yang dirayu seperti menjilat kembali ludah di lantai. Engkau malu? Persetankan rasa malu! Engkau di ambang nestapa. Tiada sesiapa lagi yang sudi menyambut tanganmu yang sedang berpaut pada hujung ranting yang hampir patah. ‘Mahu tidak Khalil berjumpa aku?’ Engkau ragu, tetapi pilihan pun tidak memberimu pilihan pada kali ini. Mahu atau tidak, engkau terpaksa berhadapan dengan kesombongan yang membaham dirimu sendiri. “Kejayaan itu anugerah Allah, Hakimi. Bukan atas usaha kita. Usaha kita itu juga anugerah Allah. Tiada yang menjadi milik kita.” Nasihat itu pernah kauludahi dengan keyakinan bahawa engkau mendaki puncak tinggi atas usahamu yang besar. Atas kesungguhanmu memijak sesiapa sahaja untuk melonjakkanmu naik takah demi takah. Sepasang mata lusuhmu semakin renyuk menatap cuaca yang mulai gelap. Tidak lama kemudian, rintikrintik kasar berlumba-lumba melencunkan bahu jalan. Cuaca juga seakan-akan tidak memihak kepadamu. Kepada siapa lagi ingin kausandarkan serpihan harapan yang telah retak? Jiwamu meraung, pilu! “Assalamualaikum.” Sungguh, mata engkau tiba-tiba bercahaya bagai bintang timur pada malam gelita. Sosok yang ditunggutunggu benar-benar menepati janjinya untuk hadir, dan engkau memandangnya penuh mukjizat. Belum pun dia memberikan apa-apa persetujuan, namun cukuplah kehadirannya benar-benar meluruhkan resah daripada tangkai dadamu. Tiba-tiba engkau berasa pipimu tersentuh oleh titisan air yang perlahan menyusuri wajahmu. Mungkinkah hujan di luar, tempiasnya melepasi dinding kaca itu? Engkau meraba-raba dan malu sendiri. “Engkau apa khabar?” Dia bertanya setelah pelayan cepat-cepat berulang ketiga kali mengambil pesanan di meja setelah melihat sebuah kerusi di hadapanmu dipenuhi. Sedang engkau menyusun kata, dan dilihatnya engkau begitu sulit untuk menuturkannya, dia menambah, “Aku dengar, syarikat engkau sedang bermasalah.” Engkau cuma mampu mengangguk lemah. Itulah khabar engkau sekarang. Lidah engkau erat terbelenggu untuk mengucapkan sebaris kata, “Boleh kaubantu aku, Khalil?” Hujan kian lebat di luar. Suhu pendingin hawa di kafe itu mula menyelinap ke dalam bajumu yang berlengan pendek lalu segera kedua-dua tanganmu memeluk tubuh. Tidak lama kemudian, hidangan tiba di meja. Kauhitung sisa kepingan kertas yang terselit di celah dompetmu. Barangkali cukup untuk melunaskan harganya, fikirmu. Dia menghirup kopi panas penuh nikmat, sementara engkau mereguk dengan hatimu yang rawan. Engkau masih menimbang cara untuk memulakan perbualan yang terasa sangat berat seolah-olah dia seorang hakim yang akan memutuskan perbicaraan atas kesalahanmu. “Aku perlukan bantuan engkau, Khalil.” Akhirnya engkau memberanikan diri meluahkan rasa. Itu pun setelah kaupulang dari tandas, membuang minuman kosong tadi yang digesa oleh cuaca sejuk kafe. “Bantuan yang bagaimana? Syarikat aku tidak mampu mendanai syarikat engkau yang besar.” Kauberdiam. Ya, kauakui itu. Sementara kausibuk memikirkan apa kehendakmu sebenarnya dengan berjumpa Khalil, dia terlebih dahulu menawarkan sesuatu yang amat engkau perlukan. “Mungkin aku boleh bantu engkau, tetapi bukan dengan wang.” Engkau tertarik untuk mengetahui lebih lanjut kerana semua jalan keluar telah tertutup dan tidak terlihat sebuah lubang cahaya pun. Tidak lama lagi, engkau akan diisytiharkan muflis. Begitu berat beban yang tertanggung di pundakmu ketika ini, menggesa engkau cepat bertanya, “Bagaimana?” “Makanlah dahulu.” Engkau akur. Pantas kausudahi kunyahan sekeping roti bakar. Itu sahaja yang menepati seleramu ketika ini. Sewaktu duitmu banyak, seleramu ikut besar. Kini, segala-galanya kauukur dan berkira-kira. Sabar kaumenanti dia menyelesaikan sepinggan pasta goreng. Sabar yang jarang-jarang engkau miliki kecuali ketika mengampu orang besar. Golongan kayangan yang mempunyai kabel untuk menyongsong engkau naik. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 35
“Adakah engkau bersetuju untuk beri kerjasama, jika aku bersetuju untuk membantu engkau?” Dia menguji. Bukan sekadar menguji. Lebih tepat, dia meminta sepenuh kesungguhanmu. Pantas engkau menyanggupi jika dia benar-benar boleh menjadi sumber cahaya untuk menyuluh jalanmu yang gelita. Tidak sanggup lagi engkau teraba-raba mencari arah. “Aku percaya, selama kaubangunkan syarikat itu, engkau tidak pernah membayar zakat.” Kelat. Liur diteguk terasa kesat dan tajam. Rengkungmu luka untuk mengeluarkan sepatah kata, “ya”. Pandanganmu menekur meja, menyembunyikan rasa malu dan bersalah. “Lunaskan bayaran zakat yang tertunda. Kalau tidak mampu semua, lunaskan separuh atau sebahagiannya.” Dia semakin melebarkan upaya. Namun begitu, engkau tetap tidak mampu melakukannya. “Akan tetapi … tidak ada lagi wang yang tinggal padaku. Semuanya hutang. Bagaimanakah aku hendak melunaskannya?” Engkau tidak melihat walau satu jalan pun daripada cadangannya itu. Kalau ada pintu keluar, di manakah kuncinya? “Cairkan aset syarikat.” Cadangan itu hadir tanpa diduga. Engkau teringat akan pelbagai aset syarikat, yang sebahagiannya kini menjadi beban. Mengapakah engkau yang disangka bijak tidak mampu memikirkannya? “Buat yang itu dahulu. Nanti kita jumpa lagi.” “Khalil!” Sebelum pergi, dia memberikan isyarat bahawa dia telah membuat bayaran di kaunter. Engkau menarik nafas lega. Walaupun tidak dapat menahan pemergiannya, sekurang-kurangnya dia masih sahabat yang baik dan tidak mengambil kesempatan atas kesulitan engkau. Sepanjang jalan pulang dan sepanjang hari, engkau memikirkan cadangannya tadi. Hatimu berbolakbalik sama ada ingin melunaskan pembayaran zakat ataupun mengitarkannya sebagai modal pusingan. Siang tadi, telah kauarahkan pekerja untuk mencairkan beberapa aset yang ada dengan kadar segera. Ranjang yang empuk tidak membiarkan engkau lena seperti malam sebelumnya. “Lunaskan bayaran zakat yang tertunda. Kalau tidak mampu semua, lunaskan separuh atau sebahagiannya.” Ungkapan itu berulang-ulang dalam fikiran dan akalmu tidak mampu lagi menolaknya. Untuk sekali ini, engkau cuba menewaskan nafsumu yang sekian lama beraja. “Mungkin cadangan Khalil benar.” Enjin kereta dihidupkan dan laju kaupacu ke pejabat. Engkau tidak mampu bertangguh lagi. Engkau mula menyelak akaun syarikat dan membuat kira-kira hasil pendapatan yang perlu diasingkan sebahagiannya sebagai tuntutan seorang Muslim. Banyak, sungguh banyak! Sama ada engkau terkejut kerana terpaksa mengeluarkan amaun sebegitu banyak ataupun engkau tidak percaya betapa cuainya kaujalankan tugas sebagai hamba. Dari jendela pejabat, kaurenung ke ruangan parkir. Tiada sebuah kenderaan pun di situ, namun engkau teringat akan sebuah kereta mewah, bahkan beberapa buah kenderaan mewah lain di rumah besarmu. Kaucapai kalkulator dan menghitung lagi. Mengangguk-angguk dan berpakat dengan tekadmu untuk melangsaikan sebahagian daripada amaun zakat yang tertunda. “Zarif.” Terkulat-kulat dia menyambut panggilanmu ketika embun mulai turun. “Pagi nanti, hubungi syarikat jualan kenderaan. Jual tiga unit kereta saya dan dua buah motosikal.” “Nanti tuan hendak guna kereta apa?” “Belikan saya sebuah kereta kecil. Terpakai pun tidak mengapa. Dapatkan tawaran tinggi. Kita ada perkara besar yang perlu dilakukan. Saya perlukan seberapa banyak tunai.” Tekadmu cukup bulat. Engkau mesti keluar daripada kemelut ini seberapa segera. Hanya ini satu-satunya jalan yang kaunampak sekarang. Engkau mesti mencuba walaupun masih sedikit ragu akan apa-apa yang menanti di hadapan. Sekurang-kurangnya kaucuba menebus kesilapan sebelum engkau benarbenar kehilangan segala-galanya. Benarlah kata Khalil 36 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam CERPEN
CERPEN dahulu, tiada apa-apa yang kaumiliki. Semuanya milik Allah. Engkau cuba memujuk jiwamu agar bertahan untuk beberapa ketika lagi. Sungguh ajaib, urusanmu untuk membayar zakat berjalan dengan lancar. Sungguh tidak dapat kaugambarkan perasaan itu. Terasa seolah-olah beban di pundakmu menyusut, meski separuhnya masih berbaki dan engkau bertekad untuk membayarnya nanti. Rumah besar itu pula terbayang di benakmu. “Mungkin itu jalannya.” “Tetapi, tuan ... .” “Cepat cari pembelinya.” Engkau tidak lagi selesa untuk tinggal di rumah itu. Tilamnya yang empuk tidak dapat membeli lena. Engkau perlukan ketenangan. Mungkin rumah sewa yang kecil memadai buatmu pada ketika ini. Satu ketukan singgah pada pintu sebelum Rina muncul dengan wajah bercahaya. “Tuan, projek hartanah di Terengganu telah diluluskan dan sebahagian pembayaran telah pun dimasukkan ke dalam akaun syarikat!” “Projek yang tertunda selama tiga tahun itu?” Engkau masih ingat, projek itu telah lama ditandatangani, namun belum dimulakan kerana masalah kelulusan. Di lantai pejabat itu, engkau pantas bersujud. Kaumenangis semahu-mahunya. Begitu pemurahnya Tuhan, membayar semula zakat yang sengaja lama engkau tunda dan baru saja kaulunaskan. Kautanya pada diri, sebagai hamba, apakah lagi yang hendak engkau dustakan? Pantas kauhubungi Khalil. Bantuannya itu benarbenar ajaib. Engkau ingin mendapatkan lebih banyak nasihatnya. Dia turut bersyukur dan pertemuan diaturkan. “Terima kasih, Khalil!” Sungguh-sungguh kauucapkannya dari dasar hatimu yang paling dalam. “Aku terhutang budi dengan engkau.” “Bukan dengan aku, Hakimi. Berterima kasihlah kepada Allah. Aku hanya menyampaikan suruhannya dalam al-Quran. Bilakah kali terakhir kaubaca al-Quran?” Engkau terdiam. Senyuman lebar pada wajahmu tadi, kendur. Engkau tidak ingat kerana sudah lama tidak menyentuhnya. “Bimbing aku, Khalil.” Kaumerayu, kerana kini engkau sedar bahawa dia ialah obor yang akan memandu perjalananmu. Dia bukan sembarangan sahabat. Kata-katanya mutiara, bahkan kejora di langit. “Solat jangan tinggal dan bacalah al-Quran. Semoga engkau tenang.” “Insya-Allah, Khalil. Aku akan ikut nasihat engkau.” Lancar kaulempar janji. “Islam itu panduan hidup. Hidupmu akan aman jika kauamalkan segala perintah Tuhan, bahkan dalam urusan perniagaan.” “Apakah maksud engkau, Khalil?” Engkau meminta kepastian kerana sebahagian zakat telah kaulunaskan. “Ada apa-apa lagi?” “Berniagalah dengan jujur. Khianat tidak akan memberikan keberkatan pada rezeki yang engkau dapat, sekalipun banyak dan melimpah.” Engkau tidak berani membantahnya kerana kesilapan itu telah dilakukan oleh tanganmu sendiri. Ya, engkau banyak mengambil kesempatan dan menekan syarikat kecil sehingga mereka akhirnya terpaksa gulung tikar atas nafsu halobamu. Engkau faham benar akan maksud dia. Wajah engkau pucat seperti sedang dihisab atas dosa-dosamu yang besar. “Bertaubatlah sebelum terlambat. Pohonlah kemaafan mereka dan kembalikan hak mereka apabila perniagaan engkau bertambah baik nanti.” “Ya. Aku menyesal, Khalil!” Engkau terjelepok ke lantai. “Jangan di sini. Sujudlah kepada Allah. Dia tidak pernah berpaling ketika hamba meminta keampunan dan rahmat-Nya.” Engkau mengangguk-angguk, mengiyakan. Engkau bangkit, kembali memenuhi kerusi. Menyapu sisa basah pada wajahmu. Belum pernah engkau menangis seperti akhir-akhir ini. Perasaan malu semuanya ditolak ke tepi. Engkau lebih berasa malu akan perbuatanmu sendiri. Syukur umurmu masih panjang dan Tuhan masih mahu memberimu teguran. Dia menelek jam pada tangan. Kausedar bahawa engkau telah mengambil masanya yang berharga. Namun begitu, terdapat satu soalan yang begitu mendesakmu dan engkau ingin tahu. “Khalil, aku dengar, pejabatmu ditutup pada waktu solat?” “Ya. Kenapa?” “Aku yang mahu bertanya. Kenapa?” Memang benar. Sesiapa yang mahu berurusan dengan syarikat itu, perlulah datang selain waktu solat. Sepuluh minit sebelum waktu solat, pintu akan ditutup dan para pekerja akan bersiap sedia untuk menunaikan solat berjemaah di sebuah bilik yang dijadikan surau. “Rezeki kita telah dijamin oleh Tuhan, Hakimi. Jika Dia telah menjaminnya, siapakah yang boleh menahan ketika kita taat kepada Allah? Cepat-cepatlah menyahut panggilan-Nya supaya Dia juga segera mengabulkan permintaan engkau.” Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 37
38 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam HAWA Siti Falihah Yaakob Walaupun bidang perbahasan ini dianggap sebagai topik yang rumit, tetapi cabang ilmu ini sangat penting untuk difahami oleh setiap Muslimah. Imam al-Syarwani menyatakan bahawa hukum mempelajari ilmu fiqh darah wanita merupakan tuntutan fardu ain, iaitu wajib ke atas semua mukalaf sama ada lelaki ataupun perempuan. Pengetahuan tentang fiqh darah wanita ialah asas kepada pemahaman yang betul untuk melaksanakan ibadat seperti solat, puasa dan haji. Tanpa ilmu yang jelas, seseorang wanita mungkin terdedah kepada kekeliruan yang mengakibatkan kesalahan dalam usaha menyempurnakan kewajipan agama. Oleh itu, memahami ilmu ini bukan sahaja menyelesaikan isu yang berkaitan dengan fiqh malah turut memberikan ketenangan dan keyakinan ketika menjalani kehidupan seharian sebagai Muslimah. Darah Wanita dari Perspektif Syariat Haid dan nifas merupakan fenomena fisiologi yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebagai sebahagian daripada ciptaan-Nya terhadap wanita. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya ini ialah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kaum wanita daripada anak cucu Adam.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Dalam Islam, darah haid dan nifas bukan sekadar isu biologi malah turut mempunyai implikasi hukum syarak yang mendalam. Pada masa yang sama, hal yang berkaitan dengan istihadah atau darah penyakit turut memerlukan pemahaman yang teliti kerana melibatkan pengecualian hukum tertentu. Perbincangan ini menunjukkan keindahan Islam yang menyesuaikan hukum dengan keadaan fizikal wanita serta menetapkan garis panduan yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Secara umumnya, haid merupakan darah semula jadi yang keluar dari rahim wanita pada waktu tertentu mengikut syarat tertentu. Nifas pula merupakan darah yang keluar setelah kosongnya rahim wanita daripada kehamilan. Al-Bujairimi menyatakan bahawa darah yang mengalir dari rahim selepas keluarnya ketulan daging atau seketul darah dikenali sebagai nifas. Hal ini bermakna, jika seseorang wanita mengalami keguguran, maka darah yang keluar selepas itu turut dikenali sebagai darah nifas. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang darah yang keluar semasa keguguran mempunyai perincian tersendiri yang akan dibicarakan dalam penulisan akan datang. Seterusnya, darah terakhir yang sering kali dialami oleh kaum wanita ialah darah istihadah. Istihadah merupakan darah yang keluar dari pangkal rahim wanita yang keluar bukan pada waktu haid dan waktu nifas. Istihadah juga dikenali sebagai darah penyakit. Sebahagian daripada fuqaha Syafi‘iyyah berpandangan Memahami Asas Fiqh Darah Wanita Fiqh darah wanita merupakan satu daripada cabang perbahasan ilmu Islam yang sering menjadi perbincangan ulama silam dan kontemporari. Perbahasan ilmu ini merangkumi perbincangan tentang tiga jenis darah yang dialami oleh wanita, iaitu haid, nifas dan istihadah.
TAHUKAH ANDA? Wanita mengalami tiga jenis darah dalam kehidupan, iaitu: •Haid •Nifas •Istihadah Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 39 HAWA bahawa darah yang keluar daripada seorang wanita sebelum mencapai umur minimum haid, iaitu sembilan tahun qamariyyah taqribiyyah serta darah yang keluar selepas mencapai umur menopaus dikenali sebagai darah fasad, manakala sebahagian daripada fuqaha yang lain pula berpandangan bahawa darah yang keluar melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam dikenali sebagai darah istihadah. Namun begitu, pandangan yang kuat ialah darah istihadah atau darah fasad hanya berbeza dari sudut terma. Dari aspek hukum, kedua-duanya masih sama. Hal ini bermaksud bahawa wanita yang mengalami istihadah atau fasad tetap diwajibkan untuk beribadat seperti biasa sebagaimana wanita dalam keadaan suci beribadat. Menerusi huraian tiga jenis darah tersebut, maka dapatlah difahami bahawa darah haid dan nifas mempunyai persamaan dari aspek hukum. Wanita yang sedang haid atau nifas dilarang untuk melaksanakan ibadat seperti solat, puasa dan beberapa ibadat yang lain. Berbeza daripada istihadah, walaupun secara kasarnya darah masih keluar, namun wanita istihadah tetap diwajibkan untuk melaksanakan solat, puasa dan ibadat lain seperti biasa kerana darah ini tidak menghalang wanita tersebut daripada melaksanakan kewajipannya. Kekeliruan dan Cabaran dalam Pemahaman Masyarakat Walaupun topik darah wanita pada masa ini sering diajarkan di sekolah, masjid atau menerusi pelbagai platform media sosial, namun masih banyak individu yang menghadapi kesukaran untuk membezakan antara haid, nifas dengan istihadah. Kekeliruan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja malah melibatkan golongan wanita dewasa yang kurang pendedahan secara mendalam terhadap ilmu agama. Dalam masyarakat moden pada hari ini, masih wujud stigma terhadap darah haid yang menyebabkan banyak wanita berasa malu untuk bertanya atau membincangkan isu ini secara terbuka. Hal ini menimbulkan cabaran besar khususnya untuk memastikan ilmu fiqh darah wanita dapat difahami dan diamalkan dengan betul. Rentetan itu, inisiatif seperti modul pendidikan khas tentang topik darah wanita, ceramah agama dan bahan bacaan berstruktur sangat diperlukan untuk menangani jurang pengetahuan ini. Keutamaan Memahami Fiqh Darah Wanita Fiqh darah wanita bukan sahaja penting dari sudut ibadat, tetapi juga dalam membentuk keyakinan wanita terhadap diri sendiri. Dengan memahami hukum-hakam yang berkaitan dengannya, wanita dapat melaksanakan ibadat dengan lebih yakin. Bagi lelaki pula, pengetahuan tentang fiqh darah wanita membantu mereka menjadi suami, ayah atau saudara yang lebih memahami dan menyokong ahli keluarga wanita. Dalam konteks yang lebih luas, hal tersebut dapat membantu menghapuskan stigma sosial yang sering dikaitkan dengan darah wanita, sekali gus mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan peka terhadap isu biologi wanita dalam kerangka syariat Islam. Fiqh darah wanita bukan sahaja relevan untuk dipelajari oleh wanita tetapi juga oleh masyarakat secara keseluruhannya. Hal tersebut mencerminkan betapa Islam mengambil kira keunikan dan keperluan biologi wanita dalam pelaksanaan syariat. Dalam usaha mendidik masyarakat, perbahasan ilmu ini harus terus diketengahkan menerusi penulisan, ceramah dan pendidikan formal agar dapat menghasilkan pemahaman yang lebih baik. Oleh itu, dalam penulisan yang akan datang, penulis akan memfokuskan perbincangan topik ini dari segi pengiraan darah serta merungkaikan kekeliruan yang sering timbul menerusi soalan yang lazimnya ditanyakan oleh wanita. Pemahaman tentang fiqh darah wanita boleh menghapuskan stigma sosial terhadapnya dalam kalangan masyarakat.
Pada era digital yang serba canggih hari ini, isu pornografi semakin berleluasa dan kian membarah dalam kalangan masyarakat tanpa mengira jantina, peringkat umur dan latar belakang. Kandungan berunsurkan pornografi boleh diakses sepantas kilat hanya dengan beberapa klik pada skrin peranti pintar berbanding dengan kebolehcapaian yang terhad pada suatu masa dahulu. Ketagihan bahan pornografi merupakan antara punca yang menjerumuskan remaja dalam krisis moral yang lebih serius seperti kehamilan luar nikah. Lebih menyedihkan apabila golongan dewasa yang sepatutnya menjadi pembimbing atau suri teladan turut terjebak dalam gejala negatif ini. Oleh itu, sudah tiba masanya semua pihak bertekad dan berganding bahu untuk menoktahkan permasalahan ini yang jika tidak dibendung, bakal meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat bahkan negara. Pornografi didefinisikan sebagai bahan visual atau bertulis yang menggambarkan secara jelas tentang perilaku seksual yang bertujuan untuk merangsang nafsu syahwat. Antara bahan pornografi termasuklah gambar, audio, video, cerita dan sebarang penulisan yang mempunyai unsur lucah. Akses kepada bahan pornografi boleh dilakukan menerusi pelbagai medium seperti Internet, majalah, novel, televisyen, permainan video dan aplikasi dalam telefon pintar. 40 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam MEHNAH Shahana Shukri Bahaya Ketagihan Pornografi
MEHNAH Pornografi dalam istilah lain juga dikenali sebagai porn, smut, blue dan bahan lucah. Budaya Barat cuba mengklasifikasikan pornografi kepada dua jenis bahan, iaitu pornografi ringan (soft pornography) dan pornografi keterlaluan (hard pornography). Pengelasan ini kononnya dijadikan sebagai kriteria atau garis panduan bagi filem tontonan umum, tontonan mengikut umur tertentu dan tontonan pada peringkat bawah umur. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis bahan ini haram sama sekali bagi umat Islam. Pornografi ringan merupakan bahan yang mengandungi elemen seksual yang bersifat erotik tetapi tidak menunjukkan aktiviti seksual secara langsung atau terang-terangan. Kandungan tersebut tidak menjurus kepada paparan aksi seksual yang sebenar, namun mampu merangsang fikiran dan nafsu syahwat. Pornografi jenis ini lazimnya didapati melalui iklan model yang memperagakan pakaian mencolok mata, aksi romantik dan menggoda yang dilakonkan dalam drama atau filem, serta klip video hiburan yang memaparkan tarian yang mengghairahkan. Sementara itu, pornografi keterlaluan merupakan bahan yang memaparkan aktiviti seksual yang sebenar secara jelas tanpa sebarang tapisan. Kandungan ini sangat eksplisit serta memperlihatkan segala bentuk perlakuan seksual dengan nyata. Bahan pornografi ini sering didapati dalam laman web pornografi, platform media sosial, saluran kandungan dewasa dan sebagainya. Umum mengetahui hukum menonton pornografi atau video lucah menurut Islam ialah haram dan berdosa. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan melihat aurat orang lain merupakan tegahan sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram). Demikian itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa-apa yang dikerjakan oleh mereka (melalui penglihatan dan kemaluan mereka). Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) ... .” (Surah al-Nur 24:30–31). Ayat tersebut jelas menekankan perintah menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri bagi kaum lelaki dan wanita supaya tidak terjerumus kepada perbuatan tidak berakhlak yang meruntuhkan iman dan moral. Dalam hal ini, amalan menonton pornografi jelas bertentangan dengan prinsip menahan pandangan dan memelihara kehormatan daripada perkara yang haram. Bukan itu sahaja, Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu ialah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (yang membawa Ketagihan pornografi umpama belenggu yang jika tidak dirawat, bakal menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 41
kerosakan).” (Surah al-Isra’ 17:32). Menonton pornografi dianggap sebagai satu daripada perbuatan mendekati zina. Perkara ini boleh menjadi pencetus kepada perlakuan zina yang sebenar kerana tontonan pornografi mampu membangkitkan nafsu selain melemahkan kawalan diri terhadap dorongan seksual. Pendedahan diri kepada bahan berunsur pornografi merupakan perlakuan awal yang menjuruskan seseorang kepada perbuatan zina yang sangat ditegah berdasarkan ayat tersebut. Adakah seseorang dibolehkan menonton video lucah untuk mengelakkan zina? Berdasarkan buku yang berjudul Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, hukum bagi perbuatan tersebut tetap haram. Hal ini dikatakan demikian kerana nafsu tidak boleh dikawal dengan nafsu, dan cara mengawal nafsu adalah dengan beragama. Maka itu, kembalilah kepada agama kerana itulah jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai para pemuda! Sesiapa antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah kerana nikah dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa dapat menjadi perisai baginya (untuk membendung syahwat).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Situasi ini jelas menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan antara jalan terbaik untuk mengelakkan perbuatan zina. Sekiranya tidak mampu berkahwin, maka seseorang hendaklah berpuasa bagi mengawal hawa nafsu. Hal ini memperlihatkan keindahan Islam yang amat lengkap aturannya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang besar. Sekalipun terdapat kelonggaran dalam situasi tertentu, namun perlu sentiasa diingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam erti kata lain, meskipun berniat baik, namun seseorang tetap tidak dibenarkan menggunakan cara yang haram untuk mencapainya. Sebahagian daripada masyarakat kini menganggap bahawa menonton atau mengakses bahan pornografi merupakan perkara biasa yang dijadikan sebagai hiburan. Keadaan ini sangat tidak wajar dan berbahaya jika dibiarkan terus menular dalam kalangan masyarakat. Ketagihan pornografi akan menyebabkan urusan harian seseorang terganggu. Orang yang kerap menonton video lucah akan cenderung berfikiran kotor dan berfantasi tentang keinginan syahwat sepanjang masa sehingga gagal menumpukan perhatian terhadap tugasan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, apabila seseorang mengalami tahap ketagihan pornografi yang tidak terkawal, mereka mula melihat sesuatu atau seseorang terutamanya perempuan sebagai objek seks. Hal inilah yang mendorong seseorang untuk bertindak tanpa berfikir secara rasional sehingga terjadinya jenayah rogol, sumbang mahram dan perzinaan. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah apabila terjadi kes individu melakukan seks luar tabii dengan seekor lembu. Hal ini kelihatan janggal, namun demikianlah dahsyatnya satu daripada kesan ketagihan pornografi yang membuatkan seseorang hilang pertimbangan akal yang waras. Pada masa yang sama, pornografi membuatkan emosi seseorang tidak stabil dan boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan seseorang sehingga menyebabkan kerosakan pada saraf otak dalam jangka panjang. Di samping itu, kecanduan terhadap pornografi akan merosakkan hubungan suami isteri. Menonton filem dewasa boleh menyebabkan seseorang sukar mendapatkan kepuasan apabila bersama dengan Sekiranya perbuatan menonton bahan pornografi dilakukan secara berulang-ulang, lama-kelamaan hati akan menjadi gelap dan keras sehingga tiada lagi rasa bersalah atau berdosa ketika melakukan perbuatan keji tersebut. 42 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam MEHNAH
MEHNAH pasangan. Hal ini terjadi apabila individu tersebut mempunyai jangkaan seks yang tinggi terhadap pasangan seperti yang digambarkan dalam video pornografi yang ditonton. Sekiranya pasangan tidak dapat menunaikan keinginan seperti yang diharapkan, individu tersebut semakin kurang berminat dan memilih untuk mendapatkan kepuasan seks dengan cara sendiri. Keadaan ini juga boleh menyebabkan terjadinya kecurangan terhadap pasangan yang sah. Di sisi Islam, ketagihan pornografi mengakibatkan berlaku banyak kemudaratan terhadap kehidupan seseorang, baik di dunia mahupun di akhirat. Melihat aurat orang lain melalui bahan pornografi boleh menumpulkan akal fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini dilakukan tanpa henti, dikhuatiri akan mempercepat kemunculan gejala nyanyuk atau pelupa sebelum usia. Sekiranya perbuatan menonton bahan pornografi dilakukan secara berulang-ulang, lama-kelamaan hati akan menjadi gelap dan keras sehingga tiada lagi rasa bersalah atau berdosa ketika melakukan perbuatan keji tersebut. Keadaan ini mengakibatkan seseorang sukar untuk menerima nasihat yang baik dan mudah tertarik akan perkara maksiat dan perbuatan mungkar. Jika seseorang Muslim tidak bertaubat daripada perbuatan dosa ini semasa hidup, maka ketagihan terhadap bahan pornografi akan terus menguasai dirinya dan seterusnya menghalang hati daripada menerima kebenaran lantas mengundang kemurkaan Allah SWT. Kesimpulannya, perbuatan menonton atau mengakses bahan pornografi hukumnya haram serta tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Pornografi hanya akan merosakkan akal fikiran, meruntuhkan nilai moral dan etika, serta memporakperandakan hubungan atau institusi kekeluargaan. Selain itu, perbuatan tersebut juga mengundang jenayah seksual, mengganggu kesihatan mental, dan menjadikan seseorang Muslim semakin jauh daripada rahmat Allah SWT. Jika bahaya dan kesan negatif pornografi dihuraikan satu per satu, senarai tersebut pasti tidak berpenghujung. Hal ini membuktikan bahawa akses kepada bahan pornografi tidak mempunyai sedikit pun kebaikan bahkan memberikan impak negatif kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap Muslim perlu berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada terjebak dan terperangkap dengan perkara maksiat sebegini. Jika sudah terlanjur melakukannya, bertaubatlah dengan segera dan berazamlah untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi. Ketidakstabilan emosi merupakan antara kesan buruk akibat ketagihan pornografi. Ketagihan pornografi boleh menggugat keharmonian alam rumah tangga. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 43
Pendidikan Karakter Membentuk Sikap dan Nilai Positif Pelajar Pendidikan karakter merupakan satu daripada elemen penting dalam sistem pendidikan yang bertujuan untuk mengembangkan sikap dan nilai positif pelajar. Pendidikan ini melibatkan usaha yang sistematik secara berterusan untuk membentuk sahsiah yang baik, mengembangkan nilai murni serta memupuk etika yang cemerlang. Dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar, pendidikan karakter ternyata semakin penting dan berperanan membentuk generasi baharu yang bertanggungjawab. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Sebaik-baik kalian ialah orang yang diharapkan kebaikannya dan (orang lain) berasa aman daripada kejelikannya.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Mengapakah Pendidikan Karakter Penting? Pendidikan karakter menjadi asas penting untuk membentuk individu yang berintegriti dan berdaya tahan, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan dunia yang harmoni. Selain membantu menangani cabaran sosial, pendidikan karakter juga mempersiapkan individu untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, seiring dengan tuntutan agama untuk melahirkan insan berakhlak mulia dan bermanfaat kepada ummah. Dalam konteks pentarbiahan diri pelajar, pendidikan karakter membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah menerusi penerapan nilai positif dalam diri pelajar sejak awal. Apabila pelajar memahami dan menghayati nilai seperti tanggungjawab, kejujuran dan rasa hormat, mereka lebih cenderung untuk mematuhi peraturan sekolah dan mengelakkan tingkah laku negatif seperti tidak hadir ke sekolah dan melakukan keganasan fizikal. 44 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAADIB Mohamad Baith Almuttaqi Ahmad
TAADIB Melalui pendidikan karakter, pelajar dididik tentang kepentingan disiplin dan seterusnya mereka boleh bertindak mempengaruhi orang lain serta persekitaran pembelajaran. Maka itu, pelajar lebih cenderung untuk bersikap positif dan mengekalkan sikap tersebut sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah, di samping mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih aman, selamat dan kondusif. Secara tidak langsung, hal tersebut membantu mengurangkan bebanan guru dan sekolah khususnya untuk mendepani isu disiplin pelajar. Pendidikan karakter menekankan kepentingan membentuk sikap hormat-menghormati, kejujuran dan belas kasihan dalam kalangan pelajar. Sikap hormat membantu pelajar menghargai perbezaan pendapat dan latar belakang orang lain. Sementara itu, kejujuran menggalakkan pelajar bertindak secara berintegriti dalam semua situasi. Empati pula membolehkan pelajar memahami dan menghargai perasaan serta keperluan orang lain. Nilai tersebut sangat penting untuk membentuk keharmonian dalam masyarakat. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Karakter Pengajaran dan pembelajaran pendidikan karakter boleh dilakukan melalui pelbagai pendekatan yang holistik dan interaktif, antaranya termasuklah: 1Aktiviti Kokurikulum Aktiviti seperti sukan, kelab dan program komuniti memberikan peluang kepada pelajar untuk menerapkan nilai positif dalam konteks yang fleksibel dan praktikal. Sebagai contoh, penyertaan dalam kelab sukan mendidik pelajar tentang semangat berpasukan demi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sementara itu, pelaksanaan projek komuniti seperti aktiviti kesukarelawanan atau kempen kesedaran membolehkan pelajar menghayati nilai empati dan tanggungjawab sosial dengan cara membantu pihak yang memerlukan. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut melatih pelajar untuk berinteraksi dan menghadapi cabaran secara bijak dan tenang. 2Model dan Teladan Guru dan kakitangan sekolah berperanan sebagai teladan kepada pelajar. Apabila mereka menunjukkan sikap dan akhlak yang baik seperti jujur, bertanggungjawab dan saling menghormati, secara tidak langsung mampu mempengaruhi pelajar. Demikian juga apabila guru berintegriti dan bersikap positif dalam interaksi bersama-sama pelajar atau rakan sekerja. Suri teladan yang baik bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelajar malah lebih daripada itu, mampu melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi dan bertamadun. 3Simulasi dan Permainan Peranan Satu daripada kaedah pendidikan karakter adalah dengan melibatkan pelajar dalam situasi praktikal untuk menerapkan nilai karakter dalam kehidupan sebenar. Melalui kaedah ini, pelajar diberi peranan tertentu dan diminta untuk bertindak dalam senario yang melibatkan konflik moral atau situasi sosial yang memerlukan keputusan etika. Melalui simulasi dan permainan peranan, pelajar memperoleh pengalaman langsung kesan daripada tindakan mereka dan belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan prinsip etika yang betul. Pelajar tidak hanya memahami teori moral, tetapi juga mengembangkan kemahiran praktikal dengan cara mengambil tindakan yang sesuai dalam kehidupan sebenar. Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Karakter Pelaksanaan pendidikan karakter menghadapi beberapa cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanannya. Antara cabaran utama yang sering dihadapi termasuklah: 1 Sokongan daripada Keluarga dan Masyarakat Dalam dunia yang semakin terhubung, pendidikan karakter memerlukan kerjasama erat daripada sekolah, keluarga dan komuniti untuk memastikan nilai positif yang dipelajari boleh diterapkan secara konsisten oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pada hari ini, dapat diperhatikan bahawa banyak keluarga tidak menyedari atau memahami akan kepentingan pendidikan karakter. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan kurang sokongan atau pelibatan dalam proses tersebut. Misalnya, sesetengah ibu bapa menganggap bahawa tanggungjawab dan nilai moral hanya perlu diajarkan di bilik darjah dan bukan di rumah. Ibu bapa tersebut tidak menyedari bahawa pendidikan karakter memerlukan tindakan yang praktikal dalam kehidupan seharian yang pada hakikatnya harus dimulakan dari rumah. Dalam hal ini, sangat Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 45
penting bagi setiap anggota masyarakat untuk saling membantu dan menunjukkan teladan yang baik seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” (Hadis riwayat Muslim). 2Pengaruh Media Sosial Pada era digital hari ini, pengaruh media sosial dan teknologi yang semakin canggih menjadi trend dalam kehidupan masyarakat. Penggunaan telefon pintar mendedahkan pelajar kepada informasi menerusi capaian Internet yang tiada sempadan. Kandungan media sosial sebahagiannya menampilkan unsur negatif yang tidak selari dengan nilai moral dan sosial seperti yang diajarkan di sekolah termasuklah elemen kehidupan glamor, perbandingan yang tidak sihat dan buli siber. Kewujudan media sosial tidak dinafikan mampu mempengaruhi sikap dan jati diri pelajar terutamanya dari sudut cara mereka berinteraksi dan membuat keputusan. Keadaan ini dapat dilihat melalui ketaasuban sesetengah pelajar terhadap cara hidup pempengaruh yang dikagumi oleh pelajar. Hal ini bukan sahaja memberikan kesan terhadap gaya hidup, malah turut membentuk pola pemikiran dan sikap pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Akibat terpengaruh dengan imej dan nilai yang dipaparkan dalam media sosial, pelajar mungkin lebih cenderung untuk mengikuti trend tanpa mempertimbangkan impaknya terhadap identiti dan keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, pendidikan karakter yang dilaksanakan secara teratur dan bersepadu merupakan elemen yang sangat penting untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah. Apatah lagi pelajar merupakan tonggak dan generasi pelapis yang berperanan penting memimpin masa hadapan negara. Mutiara kata daripada sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Jika pelajar pada hari ini tidak dibimbing dengan baik, aspirasi negara mungkin hanya tinggal impian. Oleh itu, setiap pelajar perlu dididik dengan nilai murni dan keperibadian mulia sejak kecil. Pada masa yang sama, semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha melahirkan generasi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri pelajar. Semangat berpasukan merupakan nilai positif yang ditekankan menerusi pendidikan karakter. 46 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam TAADIB
Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam 47 SANTAI JAWI Oleh:Zuraini Zakaria Lengkapkan teka silang kata di bawah. 1. Sistem pemerintahan beraja. 2. Sekumpulan sel tisu yang diperoleh daripada proses pembiakannya dalam bahan nutrien di makmal. 3. Tinggalan jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba. 4. Lambang kebesaran. 5. Sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. 6. Keinginan yang kuat. 7. Cara mempelajari al-Quran secara bersemuka. 8. Keterangan atau berita tentang perbuatan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh sahabat. 9. Maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu sebagai asas kajian. 10.Rangkaian perawi dan lafaz yang digunakannya untuk sampai kepada matan. PEMBAYANG JAWAPAN 1 م 2 ک 4 3 ف 5 ش ت 6 ا 7 8 ر ت 9 10 س د
48 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam ISLAM DI DUNIA Anas Bad Latif Jika ingin mengungkapkan keistimewaan bumi Syam, ternyata tidak terhitung kelebihan kawasan yang luas ini. Hal tersebut telah dinukilkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali menerusi karyanya yang bertajuk, Fadail al-Syam (Kelebihan Syam). Menerusi karya yang menarik ini, Ibn Rajab al-Hanbali membuktikan kelebihan Syam berdasarkan dalil al-Quran, hadis serta petunjuk daripada para sahabat dan tabiin. Maka itu, apakah yang terdapat di bumi Syam dan apakah pula keistimewaannya? Sebelum membicarakan keistimewaan tersebut dengan lebih lanjut, penting untuk diteliti sempadan Syam. Hal ini dikatakan demikian kerana Syam merupakan terma yang sering digunakan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama sebagai kawasan yang berkat, bahkan amat penting bagi peristiwa akhir zaman kelak. Ibn Rajab al-Hanbali telah menyenaraikan beberapa pendapat para ulama berkaitan dengan sempadan Syam, antaranya termasuklah pendapat Imam al-Syafii yang menyatakan bahawa sempadan Syam bermula di Tabuk (kini di Arab Saudi). Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa sempadan Syam bermula dari Arish di Mesir, KeberkatKonflik dMasa Had