ISLAM DI DUNIA Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 49 manakala sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa Syam bermula dari Sungai Furat di Iraq. Sementara itu, Ibn Hibban menyatakan bahawa Syam bermula dari Nablus di Palestin dan berakhir di Arish, Mesir. Muaz bin Jabal pula berpendapat bahawa Syam bermula dari Arish dan berakhir di Furat. Perbezaan pendapat oleh para ilmuwan dalam hal ini berpunca daripada perbezaan waktu dan garis masa sesuatu zaman. Sejarah juga merakamkan bahawa bumi Syam yang berkat ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai konflik dan siri peperangan. Namun demikian, menurut sejarawan dan ahli arkeologi, apabila disebut Syam, maka kawasan sempadan yang dimaksudkan seperti yang berikut: • Sempadan Utara: Dari daerah Iskenderun hingga ke Gunung Taurus di Turkiye. • Sempadan Timur: Dari Bukit Bishri, Deir al-Zur di Syria hingga ke Sungai Furat di Iraq. • Sempadan Barat: Laut Mediterranean. • Sempadan Selatan: Al-Arish di Mesir. Oleh hal yang demikian, Syam meliputi beberapa buah negara, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan, Syria, sebahagian kawasan di utara Iraq, sebahagian kawasan di selatan Turkiye dan sebahagian kawasan dari Semenanjung Sinai, Mesir. Keberkatan Bumi Syam Bertitik tolak daripada itu, kita dapat membayangkan sebuah kawasan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW serta memahami sejarah yang berlaku di sekitarnya. Thaur bin Yazid pernah mengungkapkan, “Tanah suci bagi bumi ialah Syam. Tanah suci bagi Syam pula ialah Palestin dan tanah suci bagi Palestin ialah Baitulmuqaddis.” Keberkatan Syam bukan sahaja dirakamkan menerusi kalam para ulama, bahkan Allah SWT telah mengiktiraf keberkatan Syam serta dibuktikan berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.” (Surah al-Anbiya’ 21:71). Menerusi ayat ini, difahami bahawa Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dan Nabi Lut ke bumi Syam yang diberkati. Di Syam, iaitu Palestin, Allah SWT mengurniakan seorang anak yang telah lama ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim dan isterinya bagi menjadikannya sebagai pewaris legasi dakwah Nabi Ibrahim dan para nabi yang terdahulu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “‘Beruntunglah penduduk Syam.’ Maka itu, para sahabat bertanya, ‘Kenapa, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Kerana malaikat al-Rahman mengembangkan sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam).’” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Menerusi hadis ini, Rasulullah SAW menyatakan bahawa malaikat mengembangkan sayap bagi memberkati Syam, bahkan Rasulullah SAW menisbahkan perkataan malaikat dengan nama Allah SWT, al-Rahman yang bermaksud Maha Pemurah, sekali gus menambahkan lagi keberkatan buat tanah tersebut. Selain itu, Rasulullah SAW juga secara jelas telah mendoakan keberkatan buat Syam menerusi sabda Baginda yang bermaksud, “Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Maka itu, dapat difahami bahawa Syam bukanlah sekadar tanah atau negeri biasa-biasa, tetapi kemuliaan kawasan ini lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang lain apabila Rasulullah SAW sendiri mendoakan keberkatan baginya. Konflik di Syria Daripada Muawiyah bin Qurrah, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sekiranya binasa penduduk Syam, maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok daripada umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberikan mudarat kepada mereka hingga hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). tan Syam, an dapan Syria
50 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam ISLAM DI DUNIA Hadis tersebut menjelaskan bahawa keadaan umat Islam di Syam akan memberikan impak kepada seluruh umat Islam secara langsung atau tidak langsung. Oleh hal yang demikian, sangat penting bagi umat Islam untuk sentiasa cakna akan perkembangan saudara Muslim di seluruh Syam secara umumnya. Pada tahun 2010, tercetus peristiwa Arab Spring atau lebih dikenali sebagai kebangkitan penduduk Arab yang bermula di Tunisia. Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dihadapi sejak puluhan tahun. Pada akhirnya, pemerintahan Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali sejak tahun 1987 berjaya ditumbangkan pada tahun 2011. Fenomena kebangkitan rakyat ini seterusnya tersebar ke Mesir, Libya serta Syria dan telah memberikan kesan yang luar biasa terhadap negara yang terlibat. Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Libya, Muammar Gaddafi kemudiannya berjaya digulingkan oleh rakyat sendiri. Akan tetapi, hal yang sama tidak berlaku di Syria apabila Presiden Bashar al-Assad berjaya menghalang kebangkitan rakyat yang menentangnya kerana menderita sejak pemerintahan bapanya, Hafez al-Assad. Kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Syria sebenarnya bukanlah tragedi baharu yang hanya dihadapi semasa pemerintahan Bashar al-Assad. Lebih daripada itu, mereka telah dizalimi, dihina dan dinafikan hak sejak pemerintahan Hafez al-Assad pada tahun 1971. Pada tahun 1982, berlaku tragedi yang dinamakan sebagai Pembantaian Hama. Peristiwa ini terjadi apabila Ikhwan Muslimin (IM) di Syria bertembung dengan polisi parti pemerintah, iaitu Parti Ba‘ath yang bersifat sekular. IM pada ketika itu merupakan kuasa pembangkang terbesar di Syria yang berpangkalan di Hama, Aleppo dan Homs. Akibat daripada perselisihan yang berpanjangan tersebut, Hafez al-Assad telah mengerahkan tenteranya untuk melanggar dan menawan Kota Hama. Kesannya, sebanyak 40 000 jiwa yang tidak bersalah telah terbunuh dalam Peristiwa Pembantaian Hama. Kekejaman sang bapa tidak hanya terhenti di situ. Apabila disebut tentang Penjara Sednaya yang terletak di pinggiran Damsyik, maka hal yang demikian sentiasa menjadi igauan ngeri buat seluruh rakyat Syria. Penjara ini amat sinonim dengan gelaran “Rumah Sembelihan Manusia” yang menggambarkan kesengsaraan penghuninya. Rakyat yang bersuara menentang kekejaman yang berlaku pasti menerima padah dan dihumban ke penjara yang penuh kezaliman tersebut tanpa penghakiman atau perbicaraan yang sah. Kekejaman tersebut berterusan hingga zaman pemerintahan Bashar al-Assad. Pada tahun 2011, kebangkitan rakyat Syria mula tercetus akibat daripada peristiwa seorang remaja yang bernama Hamzah al-Khatib, berumur 13 tahun, ditangkap dengan alasan beliau menyertai perhimpunan aman bersama-sama penduduk di Saida, Dara‘a. Hamzah bukan sahaja ditangkap malah diseksa serta dibakar keseluruhan badan sehingga menggelembung jenazahnya. Tindakan kejam oleh aparatus pemerintah itu lantas meledakkan kebangkitan rakyat dari kawasan paling selatan dan kemudiannya bergerak pantas ke ibu negara Syria, Damsyik. Kebangkitan ini dibalas kejam oleh Bashar al-Assad yang mengakibatkan konflik perang saudara yang berpanjangan. Kesan Konflik di Syria Harga yang perlu dibayar oleh rakyat Syria demi mendapatkan kebebasan dan keamanan amatlah mahal. Mereka dibunuh, dihalau dan diseksa oleh pemimpin yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat. Badan Hak Asasi Manusia merekodkan pelbagai bentuk pelanggaran hak asasi sejak tercetus revolusi Penderitaan rakyat Syria berakhir apabila pemerintahan Bashar al-Assad berjaya ditumbangkan.
ISLAM DI DUNIA Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 51 di Syria. Pada Julai dalam tahun yang sama, rakyat Syria yang menetap di Homs, Idlib dan Dara‘a telah melarikan diri ke sempadan Syria – Turkiye. Sejak itu, krisis pelarian kian meruncing sehingga Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengisytiharkan bahawa krisis pelarian Syria merupakan krisis pelarian yang paling buruk dan terbesar di dunia. Sejak tahun 2011, sebanyak lebih daripada 14 juta orang rakyat Syria terpaksa meninggalkan negara demi keselamatan. Pada masa yang sama, sebanyak 7.2 juta orang rakyat Syria diusir dan kehilangan tempat tinggal. Yang lebih menyedihkan apabila sebanyak 70 peratus daripada mereka memerlukan bantuan kemanusiaan, bahkan kira-kira 90 peratus daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan. Global Report melaporkan bahawa konflik di Syria telah mengakibatkan sebanyak 12 juta orang rakyat Syria menjadi pelarian yang merangkumi sebanyak 6.8 juta orang berada dalam negara, manakala sebanyak 5.4 juta orang pula berada di lebih daripada 55 buah negara. Krisis kemanusiaan yang berlaku di Syria tidak hanya terhad pada isu pelarian. Pembunuhan kejam oleh rejim al-Assad melibatkan pelbagai cara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Selain itu, krisis kemanusiaan yang mengejutkan masyarakat dunia telah berlaku pada tahun 2013. Krisis ini dinamakan sebagai Serangan Kimia di Ghoutah. Ghoutah merupakan sebuah daerah di Damsyik. Kawasan ini merupakan kawasan yang berjaya dikuasai oleh kumpulan pembebasan pada peringkat awal kebangkitan rakyat. Bagi mengekang kemaraan penentangnya daripada menyusup masuk ke ibu kota pemerintahan rejim, al-Assad telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang kawasan Ghoutah dengan senjata kimia sarin. Terdapat pelbagai laporan yang menyenaraikan jumlah mangsa korban serangan di Ghoutah ini. Agensi Amerika Syarikat melaporkan bahawa sebanyak 1429 orang terkorban manakala agensi Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pula melaporkan sebanyak 1144 orang penduduk Ghoutah terkorban. Selain itu, kira-kira 3600 orang yang tercedera telah mengalami kesan kimia neurotoksik yang membahayakan. Kebangkitan Rakyat Syria Setelah sekian lama ditekan oleh pemimpin, pada 27 November 2024, kumpulan pembebasan Syria yang menentang kezaliman rejim al-Assad mara dari Idlib di utara Syria menuju ke Damsyik. Dari Idlib, yang bersempadan dengan Turkiye, pejuang pembebasan terus mara ke Halab, kota kedua terbesar di Syria dan kemudian mereka berjaya membebaskan Hama. Sesungguhnya kejayaan membebaskan kota Hama seolah-olah mengembalikan keadilan untuk sebanyak 40 000 orang yang terbunuh dalam Tragedi Hama 1982 yang dilakukan oleh Hafez al-Assad. Pada 8 Disember 2024, detik yang dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Syria yang cinta akan keamanan pun tiba. Segenap lapisan masyarakat meraikan kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad. Rakyat Syria, tanpa mengira etnik, kaum dan agama meraikan detik bersejarah tersebut. Golongan Alawi di Latakia, Syiah Ismailiyah di Sullamiyah, Druze di Suwayda, hatta Kristian di Aleppo meraikan kemerdekaan bersama-sama saudara Sunni mereka. Banduan yang selama ini mengalami trauma penyeksaan zalim di Penjara Sednaya, Tadmur dan Hama kini benar-benar meraikan kebebasan yang diimpikan. Saudara-mara yang terpisah selama puluhan tahun dan tidak diketahui khabar pada akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga. Jutaan rakyat Syria yang menjadi pelarian berbondong-bondong pulang ke kampung halaman. Rumah yang sekian lama ditinggalkan kini boleh didiami dengan rasa aman. Para imam tempatan yang sebelum ini dihalang daripada berceramah kini mendapat sokongan dan penghormatan daripada rakyat. Sesungguhnya detik tersebut merupakan kejayaan yang besar buat Syria dan rakyatnya setelah menunggu kira-kira 15 tahun, bahkan 53 tahun sejak zaman Hafez al-Assad. Kemerdekaan dan keamanan buat Syria ialah suatu peristiwa yang mustahak dan Syria berhak bergembira atas pembebasan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sejarah telah mengisyaratkan bahawa jalan pembebasan untuk Baitulmuqaddis akan bermula dari bumi Damsyik di Syria. Semoga Allah SWT menyempurnakan nikmat kegembiraan ini dengan keamanan yang berkekalan. Fakta Nombor Kejatuhan pemerintahan diktator di Syria di bawah pemerintahan Bashar al-Assad berlaku pada 8 Disember 2024.
Masjid memainkan peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan masyarakat Islam. Sebagai pusat ibadat, masjid mengukuhkan perpaduan ummah melalui solat jemaah yang menjadi lambang kesatuan dan ketakwaan. Masjid menjadi ruang yang menyatukan umat Islam dalam pelbagai aktiviti sosial dan program komuniti, sekali gus sebagai nadi yang membentuk jati diri Islam dalam kehidupan seharian. Pengalaman sabatikal di Amerika Syarikat membuka mata penulis tentang transformasi fungsi masjid sebagai institusi yang bukan sekadar tempat ibadat, malah menjadi institusi utama dalam pembangunan masyarakat Muslim. Peranannya semakin meluas sebagai pusat komuniti yang komprehensif bagi memenuhi pelbagai aspek kehidupan umat Islam. Masjid kini merupakan pusat sehenti yang berperanan penting memperkukuh aspek spiritual, intelektual dan sosial komuniti Muslim di negara “Uncle Sam” tersebut. Transformasi masjid di Amerika Syarikat berkaitan rapat dengan keperluan komuniti yang pelbagai, perubahan sosiopolitik, serta peranan masjid sebagai Transformasi Masjid dalam Pembangunan Komuniti Muslim di Amerika Syarikat 52 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam KEMBARA SUNAH Ratna Roshida Ab Razak Profesor Madya Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
KEMBARA SUNAH pusat perpaduan dan pembangunan ummah. Masjid East Plano Islamic Centre (EPIC) di Dallas, Texas; Memphis Islamic Center di Tennessee; Muslim Community Association (MCA) di Santa Clara, California; dan Noor Islamic Cultural Centre di Columbus, Ohio merupakan antara masjid terkemuka yang mencerminkan transformasi tersebut. Masjid moden di Amerika Syarikat tidak hanya memfokuskan aspek ibadat malah lebih daripada itu, turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk perkembangan diri secara menyeluruh. Contohnya, Memphis Islamic Center memanfaatkan lokasi yang indah di tepi tasik untuk menggalakkan jemaah menghargai keindahan ciptaan Allah SWT. Ruangan luar yang hijau bukan sahaja menghadirkan suasana tenang dan selesa untuk beribadat, tetapi juga menjadi tempat untuk menginsafi diri akan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Masjid yang mengalami transformasi di Amerika Syarikat dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah dewan serba guna, kelas pendidikan Islam dan kawasan riadah. Di Masjid EPIC, misalnya, terdapat program pendidikan yang meliputi sekolah Ahad dan kelas hafazan al-Quran untuk semua peringkat umur. Hal ini secara tidak langsung membantu melahirkan generasi muda berpengetahuan yang memahami nilai Islam serta tanggungjawab terhadap masyarakat. Masjid tersebut juga berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan komuniti Muslim dengan masyarakat yang lain. Program dialog antara agama dan hari terbuka sering dianjurkan yang membolehkan masyarakat bukan Islam mengenali Islam secara lebih dekat. Menerusi inisiatif ini, masjid terbukti sangat berkesan dalam usaha mempromosikan pemahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat. Selain itu, masjid tersebut juga menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti majlis buka puasa pada Ramadan dan sambutan hari raya yang dapat memperkukuh ikatan persaudaraan di samping menanam semangat kekitaan dalam kalangan umat Islam yang merupakan penduduk minoriti di Amerika Syarikat. Walaupun masjid di Amerika Syarikat kini dilihat berfungsi sebagai pusat aktiviti sosial, fungsi utamanya tetap sebagai tempat ibadat. Di masjid, umat Islam dapat melaksanakan ibadat dengan selesa termasuklah solat lima waktu dan solat Jumaat. Masjid menyediakan ruang kondusif untuk pelaksanaan ibadat serta program keagamaan seperti pengajian al-Quran dan ceramah agama yang membantu meningkatkan pemahaman tentang Islam. Seperti masjid di negara yang lain, masjid di Amerika Syarikat juga berperanan penting dari aspek pendidikan. Program sekolah Ahad dan pelbagai kursus ditawarkan untuk semua peringkat umur yang secara tidak langsung dapat mewujudkan generasi muda yang berpengetahuan agama. Selain itu, sebahagian daripada masjid tersebut juga menyediakan ruang riadah seperti gimnasium dan padang permainan yang menggalakkan aktiviti fizikal dan interaksi sosial dalam kalangan jemaah. Khalayak pembaca pasti tertanya-tanya, bagaimanakah masjid di Amerika Syarikat memperoleh dana untuk melaksanakan pelbagai program? Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah dan langkah yang diambil oleh masjid di negara tersebut untuk mendapatkan dana demi kelangsungan operasi masjid. Sebagai contoh, Masjid EPIC memperoleh dana menerusi sumbangan orang awam, khususnya daripada jemaah. Pada kebiasaannya, jemaah memberikan sumbangan secara sukarela ketika solat Jumaat atau acara khusus ketika Ramadan. Sumbangan ini digunakan sebaikbaik mungkin untuk menampung Masjid East Plano Islamic Centre (EPIC) di Dallas, Texas. Penulis di hadapan Muslim Community Association (MCA), Santa Clara, California. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 53
perbelanjaan operasi harian masjid termasuklah penyelenggaraan bangunan dan gaji kakitangan. Masjid EPIC juga sering menganjurkan acara penjanaan dana seperti makan malam amal, lelongan barangan dan program komuniti yang lain. Acara ini bukan hanya bertujuan untuk mengumpulkan dana malah memperkukuh ikatan sosial dalam kalangan komuniti Muslim. Di samping itu, Masjid EPIC mengenakan yuran untuk program pendidikan dan kelas agama yang ditawarkan termasuklah sekolah Ahad, program hafazan dan kursus yang berkaitan dengan Islam. Masjid EPIC turut memperoleh pendapatan menerusi penyewaan ruang dewan untuk acara seperti perkahwinan dan seminar selain menerima derma daripada organisasi luar atau individu yang ingin menyokong aktiviti masjid. Hasil daripada aktiviti penjanaan kewangan tersebut, Masjid EPIC dapat melaksanakan pelbagai program bermanfaat untuk komuniti Muslim serta masyarakat di sekitarnya. Transformasi masjid di Amerika Syarikat mencerminkan keupayaan institusi Islam tersebut untuk berkembang seiring dengan cabaran zaman. Penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang memenuhi keperluan spiritual, intelektual, fizikal serta sosial membuktikan bahawa masjid merupakan institusi yang sentiasa relevan dan dinamik dalam konteks masyarakat majmuk di Amerika Syarikat. Peranan sebagai pusat sehenti komuniti bukan sahaja memperkukuh identiti Islam malah menjadikan masjid sebagai platform utama yang dapat membantu umat Islam menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam persekitaran yang asing tanpa mengorbankan nilai teras agama. Memphis Islamic Centre, Tennessee Noor Islamic Cultural Centre, Columbus, Ohio 54 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam KEMBARA SUNAH
Kemampanan Kesejahteraan Daya Cipta Hormat Keyakinan Ihsan 6 RUKUN MALAYSIA MADANI “Dalam keghairahan kita membuat penerokaan baharu, jangan kita tinggalkan landasan akar bumi kita. Antara pertimbangan yang penting termasuklah pemerkasaan bahasa dan budaya selaras dengan konsep MADANI.” – Petikan ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Perasmian Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan pada 24 Oktober 2023 di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya Selangor.
Ibn Khaldun I bn Khaldun menyatakan bahawa setelah sesebuah negara terbentuk hasil daripada gabungan pelbagai puak di bawah kekuasaan seseorang pemerintah, terdapat dua lagi ciri moral yang perlu ada dalam organisasi sosial yang dapat memperkukuh ikatan anggota masyarakat, iaitu asabiah dan agama. Para sarjana mendefinisikan istilah asabiah dengan beberapa pengertian, antaranya termasuklah perasaan kekitaan, perasaan kebersamaan, rasa persatuan, solidariti dan perasaan kelompok. Perkataan asabiah berkaitan erat dengan perkataan ‘asab yang bererti hubungan dan perkataan ‘isabah yang bererti ikatan. Pada asalnya, asabiah bererti ikatan mental yang menghubungkan orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Menurut Qamus al-Jadid, asabiah ialah suatu ikatan dan hubungan yang kukuh antara seseorang dengan keturunan atau kumpulannya serta bersungguhsungguh menolong mereka. Berdasarkan takrifan tersebut, asabiah bermaksud perasaan taasub seseorang terhadap dasar dan prinsip yang didukung oleh kumpulannya. Menurut Ibn Manzur pula, asabiah ialah kata nama daripada perkataan taasub dan ta’assubat yang bererti tidak menerima kebenaran walaupun telah dinyatakan dalil atau keterangan disebabkan oleh kecenderungan terhadap sesuatu pihak. Berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami bahawa terdapat dua jenis asabiah, iaitu asabiah dalam kategori terpuji yang bermaksud seseorang membela dan mempertahankan keluarga semampu mungkin yang terdiri daripada sebelah ayah atau ibu serta keturunannya. Sementara itu, pengertian yang lain ialah pandangan umum terhadap asabiah, iaitu perasaan taasub dan keterlaluan mengasihi kumpulan, membantu dan mempertahankan mereka tanpa mengambil kira sama ada berada pada pihak yang benar ataupun Falsafah Kepimpinan Menurut sebaliknya. 56 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam FIKRAH Ashaari Selamat
FIKRAH Selain itu, Ibn Khaldun juga berpendapat bahawa setiap individu memiliki kebanggaan terhadap keturunannya. Rasa kasih sayang dalam kalangan insan yang memiliki hubungan keluarga merupakan watak alami yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada setiap manusia. Sifat tersebut akan melahirkan semangat saling mendukung dan membantu serta berasa malu jika dalam kalangan yang memiliki hubungan kekeluargaan menghadapi perlakuan tidak adil atau hendak dihancurkan sehingga timbul keinginan untuk melindungi anggota keluarganya. Asabiah yang berasaskan hubungan darah dan kerabat atau tradisi kekeluargaan menurut Ibn Khaldun merupakan bentuk asabiah yang paling murni kerana membangkitkan perasaan solidariti. Oleh itu, asabiah penting kerana mampu menanamkan rasa kesatuan yang mendorong sesuatu kumpulan bekerjasama serta dapat mengelakkan daripada didominasi oleh kumpulan yang lain. Pada masa yang sama, kesatuan kerana agama diperlukan kerana faktor ini membolehkan kumpulan tersebut bergerak ke arah yang tepat. Faktor asabiah dan agama secara tidak langsung menghasilkan penyatuan masyarakat yang lebih kukuh dan mantap. Tanpa asabiah, seseorang mungkin mampu mendirikan negara tetapi lebih daripada itu, asabiah mampu mendorong individu untuk mengorbankan jiwa raga mempertahankan anggota kumpulannya. Ibn Khaldun mengakui bahawa pengaruh agama lebih kuat berbanding dengan pengaruh asabiah. Dalam erti kata yang lain, kesatuan menjadi lebih mantap apabila agama diperkuat oleh asabiah. Konsep asabiah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun merujuk perasaan atau sentimen kepuakan yang bertujuan untuk membolehkan kepimpinan Islam melaksanakan fungsinya sebagai khalifah Allah SWT dan bukannya untuk melakukan kezaliman sebagaimana yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW. Hal ini jelas ketika membicarakan syarat al-Qurasyiyyah dalam pelantikan khalifah, beliau mempertahankan syarat tersebut. Selain itu, Baginda berhujah bahawa kedudukan kepimpinan dalam kalangan Quraisy hanya patut berlaku apabila kumpulan tersebut memiliki asabiah terkuat mengatasi kumpulan lain dalam sesebuah negara. Jika kaum lain mempunyai asabiah yang lebih kuat, maka kaum itulah yang sepatutnya menjadi pemimpin. Tanpa asabiah dan kekuatan, maka sudah tentu pelaksanaan syariat tidak dapat dijayakan dalam sesebuah masyarakat. Hal ini bermakna, asabiah atau semangat kekitaan perlu dimanfaatkan untuk menegakkan syariat Islam dan bukan sebaliknya, apatah lagi untuk dijadikan wasilah untuk melakukan kezaliman, tindakan tidak berperikemanusiaan, diskriminasi atau menafikan hak kumpulan lain yang bertentangan. Sehubungan dengan itu, perlu ditegaskan bahawa semangat asabiah tidak sepatutnya dikaitkan dengan elemen negatif sematamata kerana asabiah boleh dijadikan mekanisme untuk menegakkan prinsip Islam lebih-lebih lagi asabiah yang dipandu oleh nilai moral yang ditetapkan oleh Islam atau asabiah terpimpin, bukannya asabiah jahiliah yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW. Menurut lbn Khaldun, agama dapat memperkukuh kekuatan menerusi asabiah. Selain itu, agama juga mampu meredakan pertentangan kelompok yang berbeza-beza dan menuntun ke arah kebenaran. Apabila perhatian khalayak tertumpu pada kebenaran, maka tujuan yang ingin dicapai akan mudah dilaksanakan dengan kesediaan mereka untuk berjuang hingga akhir hayat. Agama juga memperkenalkan Sifat asabiah yang terpuji mampu menanamkan rasa kesatuan yang mendorong sesuatu kumpulan bekerjasama dalam pelbagai keadaan. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 57
konsep persaudaraan Islam yang tentunya memainkan peranan penting mengukuhkan asabiah itu sendiri. Dalam konteks kepimpinan Khulafa’ al-Rasyidin, konsep asabiah yang mengutamakan bangsa Quraisy turut dijadikan sebagai syarat pelantikan para khalifah Islam. Sebenarnya, syarat Quraisy sebagai satu daripada kriteria pemilihan pemimpin Islam bukan ditentukan berdasarkan darah keturunan sematamata kerana Islam menganggap semua manusia ialah sama. Perkara asas yang diambil kira dalam hal ini ialah kekuatan yang terdapat pada bangsa tersebut yang memiliki gabungan antara sentimen keturunan dengan keagamaan yang kuat mengatasi bangsa lain pada zaman awal sejarah. Pendapat Ibn Khaldun yang menyatakan bahawa kekuatan Quraisy adalah berdasarkan asabiah tidak harus dilihat dalam konteks bangsa tersebut yang belum memeluk Islam tetapi setelah Quraisy menerima Islam dan muncul sebagai bangsa yang unggul. Menurut al-Dihlawi, bangsa Quraisy amat kuat berpegang pada ajaran Islam berbanding dengan bangsa lain, khususnya pada zaman awal Islam. Raja Ali Haji, penulis tersohor di alam Melayu tidak membincangkan syarat keturunan Quraisy ketika beliau membincangkan perihal syarat pemimpin dalam kitabnya, Tsamarat al-Muhimmah kerana menyedari bahawa syarat tersebut tidak relevan dengan realiti Kerajaan Melayu Riau – Lingga yang para sultannya berbangsa Melayu daripada keturunan Bugis. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa dalam konteks alam Melayu, orang Melayulah yang patut dilantik sebagai pemimpin tertinggi kerana memiliki ciri asabiah. Sekiranya asabiah yang dimiliki oleh bangsa Melayu tidak dipandu oleh agama berdasarkan sifatnya sebagai cara hidup, agama yang mengajar penganutnya agar melakukan kebaikan dan keadilan dan tidak melakukan kezaliman atau penindasan hatta kepada kaum yang dibencinya, maka asabiah tersebut dibimbangkan terperangkap dalam jenis asabiah yang dilarang keras oleh Islam. Ibn Khaldun mengutarakan konsep kepimpinan al-‘asabiyyah al-ghalibah atau bangsa berpengaruh dalam politik. Konsep ini berpandukan pernyataan bahawa keturunan Quraisy sebagai ketua negara. Hal ini dikatakan demikian kerana kedudukan Quraisy sebagai bangsa paling berpengaruh yang membolehkannya mendapatkan ketaatan rakyat selain mengekalkan keamanan. Di alam Melayu, orang Melayu menepati ciri al-‘asabiyyah al-ghalibah memandangkan kedudukannya sebagai majoriti, di samping pengiktirafan kepada etnik lain dan penguasaan dalam institusi penting. Hal tersebut juga bertepatan dengan maslahat (kepentingan umum) dan sad al-zarai‘ (menutup jalan) yang merupakan dalil syarak dengan menjamin kedudukan Islam di Malaysia daripada ancaman. Hal tersebut juga bukanlah asabiah terlarang kerana istilah tersebut juga bermaksud membantu bangsa daripada kezaliman. Berkaitan dengan pernyataan bahawa pemimpin adalah daripada Quraisy, Ibn Khaldun menyatakan bahawa hukum syariat pastinya memiliki tujuan dan hikmah yang mendalam atas sebab tertentu. Pelantikan keturunan Quraisy sebagai pemimpin tidak hanya bertujuan untuk mengambil berkat melalui pertalian darah Nabi Muhammad SAW seperti yang sering dipercayai, tetapi lebih kepada maslahat yang lebih luas dan mendalam yang dimaksudkan oleh syariat. Hal ini bertujuan untuk menjaga kestabilan, keserasian dan keharmonian dalam masyarakat, yang memperlihatkan asabiah berperanan penting memberikan perlindungan dan penyatuan, mengatasi perpecahan dan perselisihan. Oleh itu, prinsip syariat bukan hanya berfungsi untuk mengangkat martabat keturunan, tetapi lebih kepada mencipta maslahat dan keseimbangan dalam kehidupan umat. Menurut beliau lagi, syarat keturunan Quraisy pada dasarnya hanya bertujuan untuk mengelakkan pertelingkahan kerana mereka memiliki semangat asabiah yang kuat dan dominan. Namun begitu, syarak 58 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam FIKRAH
FIKRAH tidak membataskan hukum kepada generasi, zaman atau bangsa tertentu. Oleh itu, pelantikan ketua negara harus dilakukan berdasarkan kelayakan individu. Syarat keturunan Quraisy sebenarnya berkaitan dengan asabiah yang menjadi ‘illah (sebab) di sebaliknya. Oleh itu, untuk memegang urusan kaum Muslimin, seseorang harus berasal daripada kaum yang memiliki asabiah yang kuat dan dominan pada zaman tersebut, agar dapat memperoleh ketaatan dan menyatukan umat dalam pertahanan yang kukuh. Syarat keturunan Quraisy hanya terpakai pada zaman tersebut memandangkan pada ketika itu, Quraisy merupakan kabilah yang besar, berpengaruh dan paling dihormati dalam kalangan orang Arab. Ketua negara dalam kalangan Quraisy akan meletakkan negara dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang pemberontakan dan huru-hara kerana rakyat memberikan ketaatan sepenuhnya. Dalil qiyas telah digunakan untuk mengemukakan tafsiran tersebut. Beliau menggunakan kaedah pengeluaran ‘illah secara ijtihad, iaitu kaedah al-sabr wa al-taqsim. Al-Taqsim ialah proses menyenarai pendek ciri yang mungkin dijadikan ‘illah, sementara al-sabr ialah proses menguji ciri tersebut untuk memastikan kelayakan dan kesesuaian sebagai ‘illah. Kaedah ini menekankan pentingnya proses al-sabr untuk menilai kelayakan ciri yang boleh dijadikan sebagai sebab hukum. Oleh itu, kaedah ini disebut al-sabr wa al-taqsim kerana al-sabr lebih utama dalam penilaian ‘illah. Setelah meneliti pernyataan tentang keturunan Quraisy sebagai syarat pelantikan ketua negara, Ibn Khaldun menyatakan bahawa terdapat dua ‘illah yang mungkin mendasari hukum tersebut, iaitu al-tabaruk yang bermaksud mengambil keberkatan. ‘Illah yang kedua ialah asabiah atau al-‘asabiyyah al-ghalibah, iaitu bangsa yang kuat dan dihormati yang membolehkan ketua negara memperoleh ketaatan rakyat sekali gus mengekalkan kestabilan negara. Daripada kedua-dua ‘illah ini, al-tabaruk telah ditolak kerana tidak termasuk dalam maqasid syariah. Oleh itu, al-‘asabiyyah al-ghalibah yang menjadi faktor kestabilan negara merupakan satu-satunya ‘illah yang terpakai. Sekurang-kurangnya terdapat dua ciri asas al-‘asabiyyah al-ghalibah, iaitu bangsa yang kuat serta berpengaruh dan kemampuan memperoleh ketaatan rakyat untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan. Hal ini difahami dengan jelas apabila Ibn Khaldun menyatakan, “Quraisy ialah kabilah yang paling kuat daripada puak Mudhar dalam asal usul mereka dan kumpulan yang dominan daripada mereka. Mereka mempunyai kemuliaan ke atas sekalian Mudhar kerana banyak, kuat dan ciri kebangsawanan. Seluruh orang Arab mengiktiraf mereka disebabkan oleh faktor itu dan mereka berasa aman dengan dominasi tersebut. Jika urusan ini diberi kepada selain mereka, akan berlakulah perpecahan kalimat kerana orang menyanggah dan tidak patuh. Tiada sesiapa daripada puak Mudhar selain mereka mampu mengelakkan perselisihan dan tidak membawa mereka kepada huru-hara, lalu berpecahlah jemaah dan berselisihlah kalimat.” Kesimpulannya, orang Melayu di Malaysia menepati dua ciri al-‘asabiyyah al-ghalibah, iaitu bangsa yang kuat serta berpengaruh dan kemampuan menyatupadukan pelbagai etnik untuk mengekalkan keamanan. Hal ini terbukti berdasarkan tiga faktor, iaitu orang Melayu sebagai majoriti. Faktor kedua ialah pengiktirafan terhadap etnik lain dan pengaruh orang Melayu dalam institusi utama negara. Pada masa yang sama, konsep ini bertepatan dengan maslahat dan sad al-zarai‘ yang merupakan dalil syarak. Hal tersebut juga dapat menjamin kedudukan Islam daripada ancaman dan menutup kemungkinan kuasa politik diganggu gugat. Oleh itu, asabiah bukanlah sesuatu yang terlarang kerana asabiah juga bermaksud membantu kaum sendiri daripada kezaliman. Ibn Khaldun menekankan konsep asabiah sebagai penggerak utama dalam pembentukan dan pemeliharaan sistem politik sesebuah masyarakat. Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 59
KALAM 60 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam Mana Sikana Tiada sesiapa pun pernah menjangkakan bahawa syair Arab jahiliah dari negara yang berbatu pejal dan berbonggol-bonggol itu, boleh melintasi Lautan India sampai ke alam Melayu. Syair tersebut mempunyai maqam istimewa pada zamannya, dihormati pada zaman berikutnya dan dirindui pada zaman terkemudiannya. Merentas AlKesenia
KALAM Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 61 Mengalami proses Islamisasi pada zaman Rasulullah SAW, genre syair tersebut terus hidup pada zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Sebagai kesinambungan dakwah junjungan Nabi Muhammad SAW, para pendakwah datang ke alam Melayu. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa syair tersebut terlebih dahulu sampai ke kota Parsi, sebelum diikuti oleh genre prosa yang terkenal, iaitu hikayat. Genre sastera tersebut digunakan sebagai mekanisme dan manhaj pendakwahan di alam Melayu. Daripada syair Arab, terciptalah genre puisi yang disebut sebagai syair Melayu. Terbinalah sebuah rumah sastera Melayu, justeru melahirkan pula pelbagai genre puisi lainnya yang memperkaya khazanah perpuisian klasik Melayu. Yang menariknya, genre sastera yang datang dari negara Arab dan Parsi mendapat tempat yang istimewa dalam jiwa orang Melayu, sejajar dengan roh Islam yang berjaya menggantikan sistem kepercayaan lama masyarakat Melayu. Orang Melayu dikhabarkan tentang maqam syair di negara asalnya yang menduduki hierarki tertinggi pada zaman jahiliah. Kedudukan syair istimewa pada mata kabilah Arab, ibarat bulan penuh yang menyinar kerana mampu mempertahankan keperluan mata air dan ternakan di gurun yang berbatu pejal itu. Keindahan dan kekuatan bait syairnya berkuasa melonjakkan hierarki kabilah dan para syeikhnya, juga berkuasa melemahkan para musuhnya. Syair sangat dipuja dan diutamakan pada zaman jahiliah. Akan tetapi, pada zaman syiar Islam, syair hilang gemerlapannya, iaitu pada zaman Bani Umaiyah, namun kembali diletakkan di tempatnya pada zaman Bani Abbasiyah. Syair dengan genre prosa lainnya menduduki takhta tertinggi pada zaman Bani Abbasiyah itu. Para penyairnya pada sepanjang hidup dan zamannya mendapat penghormatan termulia. Pada zaman jahiliah, syair sering digunakan untuk menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Khususnya ketika Baginda berdakwah di Makkah, terdapat kira-kira 151 orang penyair di seluruh wilayah Hijaz yang menentang Islam secara individu atau kolektif. Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai seorang penyair seperti mereka dan mendakwa bahawa al-Quran hanyalah syair. Tiga orang penyair jahiliah yang terkemuka ialah Imru’ al-Qais, al-Nabighah al-Zibyani dan Zuhair bin Abi Sulma. Kekuatan Imru’ al-Qais adalah pada daya khayalnya dan pengalamannya dalam pengembaraan ke tempat yang jauh. Imru’ al-Qais terkenal kerana ingatannya yang kukuh. Ciptaan ghazal puisi percintaannya terakam nostalgia terhadap kisah cinta yang menimbulkan khayalan, memuja kekasih yang hilang, serta mencitrakan wanita dan kecantikannya. Lunak, halus dan padat gubahan bahasanya. Tersusun cantik, indah dan menawan kerana dihiasi majas dan isti‘arah. Al-Nabighah al-Zibyani pula memilih diksi yang estetik, disusunnya dengan irama wazan rentak tapak unta. Tidak sukar memahami syairnya kerana maknanya jelas dan dapat difahami oleh khalayak. Sementara itu, Zuhair bin Abi Sulma berbeza daripada penyair zamannya yang suka berbohong dan berlebih-lebihan ketika memuji seseorang tokoh. Bait syairnya dikagumi oleh khalayak kerana eksploitasi yang hak dan benar, malah bentuk syairnya terkawal dan kalimatnya jernih, bersih serta asli. Struktur syair jahiliah dikawal oleh rima abbb, aaba dan babb, iaitu rima yang paling disukai. Setiap baris tidak sama bilangan diksinya, iaitu tidak dapat ditentukan banyak perkataannya. Setiap satu bait atau disebut sebagai masrak mempunyai dua kerat. Hanya pada hujung bait pertama atau keratan kedua, rimanya perlu sama, dan penekanan pada tekanan meter seperti aliterasi dan asonansi pada kebiasaannya mencapai hingga 15 suku kata. Wazan ini dikatakan mengikuti Syair boleh mengandungi kebijaksanaan, nasihat dan pengajaran, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam atau mengandungi perkara yang buruk. am Melayu an Arab
62 Bil. 02/2025 Dewan Tamadun Islam KALAM rentak perjalanan unta. Meskipun dinamakan syair, padanya terdapat unsur qasas, iaitu penceritaan atau naratif. Struktur inilah yang dikekalkan pada zaman Islam dengan perubahan hanya daripada isinya. Hanya setelah hijrah, Nabi Muhammad SAW mendapat sokongan yang kuat daripada beberapa orang penyair Islam. Nabi Muhammad SAW mengarahkan penyair seperti Hassan ibn Thabit untuk mempertahankan Islam daripada serangan penyair musyrik. Hassan juga dikenali sebagai penyair sejarah kerana karyanya mengangkat kisah yang terkandung dalam al-Quran, yang seterusnya membuktikan kebenaran sejarah tersebut. Sementara itu, Kaab ibn Zubair dan Abdullah ibn Rawahah menggunakan syair untuk memperjuangkan al-Quran sebagai kitab suci yang penuh peringatan, serta memperjelas akidah dan syariat Islam. Struktur syair jahiliah tidak ditukar pada zaman Islam, hanya pengisiannya digantikan dengan tauhid dan akhlak islami. Sewaktu Islam berangkat ke negara lain dalam konteks pengembangan syiarnya ke seluruh dunia, para pendakwah membawa bersama-sama khazanah puisi itu. Alam Melayu juga menerima kehadiran syair tersebut pada kurun ke-15 bersama-sama prosanya seperti qasas, riwayat dan hikayat. Pada ketika itu, alam Melayu sendiri memiliki tradisi puisi tersendiri seperti jampi serapah, mantera dan pantun. Pantun ialah puisi yang paling popular dan dekat dengan jiwa orang Melayu, sementara gurindam sama rangkapnya serta kaya dengan pengajaran dan kebenaran. Dalam konteks penerimaan genre syair, secara asimilasi mereka telah melakukan transformasi dan modifikasi dengan mendekatkannya kepada irama dan lidah Melayu. Rimanya ialah aaaa dan mempunyai empat baris. Setiap baris memiliki imbangan sebanyak lapan hingga 12 suku kata. Keempat-empat baris isinya saling berkaitan dan setiap bait tidak berdiri sendiri. Setiap rangkap ialah sebahagian daripada cerita yang panjang. Syair dalam tradisi Arab tidak begitu panjang. Akan tetapi, dalam tradisi Melayu, syair mengemukakan cerita yang panjang. Syair Arab sememangnya mengandungi ceritera, tetapi terpenggal-penggal atau sebahagian daripada strukturnya sahaja, sedangkan cerita menjadi dasar penstrukturan syair Melayu. Menurut pandangan Syed Naquib al-Attas, Hamzah Fansuri ialah orang yang telah mengubah syair Arab dengan menjadikannya bersifat Melayu dan menyimpang daripada bentuk asalnya pada sekitar tahun 600 Masihi. Walau bagaimanapun, terdapat hujah yang menyatakan bahawa syair sudah lama hadir, contohnya Syair Dandan Setia dan Syair Yatim Nestapa. Dari segi bentuk, dapat disimpulkan bahawa syair Melayu sebenarnya amat berbeza daripada syair Arab. Syair Melayu hanya dipengaruhi sedikit oleh syair Arab, terutamanya dari segi sebahagian daripada rimanya dan gaya penceritaannya. Walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh dijadikan medium untuk mengisahkan sesuatu perkara. Berlainan pula bagi syair Arab yang kebanyakannya pendek dan lebih cenderung menceritakan sesuatu situasi sahaja, bukannya cerita yang panjang seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Nur Muhammad. Syair sering dilekatkan dengan ciptaan Hamzah Fansuri yang prolifik seperti Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Si Burung Pingai yang merupakan syair tasawuf. Perbezaan antara syair Arab dengan syair Melayu menunjukkan wujud kreativiti dalam kalangan cendekiawan Melayu ketika menerima pengaruhnya. Syair Melayu disesuaikan dengan pandangan alam dan budaya Melayu, yang menyerupai bentuk pantun. Hal ini menjadikannya popular pada kemudian hari. Syair juga pernah lebih digemari berbanding dengan pantun kerana kemampuannya untuk bercerita dan menyampaikan pelbagai topik kehidupan. Syair Siti Zubaidah merupakan satu daripada cerita Melayu yang menggabungkan unsur luar termasuklah dari tanah Arab.
KALAM Dewan Tamadun Islam Bil. 02/2025 63 Selain syair, terdapat juga puisi genre nazam, masnawi dan rubai yang hadir lewat sedikit daripada syair. Rima nazam ialah aaaaa dan panjang barisnya tidak sekata. Suku katanya juga tidak sama, asalkan berimbang. Setiap rangkap nazam tidak sama barisnya, asalkan yang dipentingkan ialah bunyi rima hujungnya sama. Nazam sebenarnya hampir dengan rima ayat al-Quran. Nazam dinyanyikan dan dilagukan, dan rentak lagu itulah yang mempengaruhi panjang pendek baris dan rangkapnya. Lazimnya, nazam merupakan suatu bentuk penceritaan yang berunsur puji-pujian, nasihat dan ajaran. Bacaannya diqasidahkan atau dinasyidkan. Populariti nazam hampir mengatasi syair. Dari segi etimologi, nazam bererti susunan, undang-undang atau keterikatan kepada sesuatu hukum. Nazam pernah digunakan untuk pengertian puisi, iaitu suatu bahasa yang berirama, justeru mempunyai susunan dan hukumnya yang tersendiri. Penulis nazam digelar sebagai nazim. Nazam berdiri dua-dua baris yang rimanya aa. Dalam erti kata lain, rangkapnya dihitung dua-dua kerat bagi serangkap. Satu lagi genre puisi bawaan Arab – Parsi ialah masnawi, yang mengingatkan kita kepada Jalaluddin Rumi, penyair abad ke-13 yang terkenal dengan karya masnawinya. Genre ini dikatakan diperkenalkan ke dunia Melayu oleh Bukhari al-Jauhari melalui Taj al-Salatin. Masnawi biasanya bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan dan kemasyhuran seseorang tokoh, serta berfungsi sebagai panduan, pengajaran dan nasihat kepada pendengar. Dari segi bentuk, masnawi menggunakan rima seperti aaba dan disusun dalam rangkap dua baris, dengan setiap baris mengandungi tiga hingga tujuh perkataan. Rimanya juga bebas seperti aabbcc, sementara suku katanya tidak terlalu terikat dengan rentak tertentu yang memberikan fleksibiliti dalam penyampaiannya. Genre rubai bermakna empat kerana puisi ini empat baris-empat baris, seperti pantun empat kerat. Genre ini ialah puisi Melayu yang boleh dikatakan tidak banyak bezanya daripada rubai Arab. Rimanya ialah aaba, sama seperti rubai Parsi yang rimanya juga aaba. Setiap rangkap atau bait membawa persoalan yang tidak berhubungan, bebas dan boleh berdiri sendiri. Begitulah syair Arab jahiliah yang dikagumi di seluruh dunia hingga ke bumi Melayu dan telah mengalami transformasi, sesuai dengan bentuk dan penerimaan khalayak tempatan. Agama Islamlah yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perkembangan perpuisian daripada khazanah Arab dan Parsi itu. Sebenarnya, dalam konteks prosa juga, Islam membawa beberapa genre seperti sastera risalah, hikayat dan sastera ketatanegaraan. Genre modennya, iaitu cerpen, novel dan sajak juga merupakan hasilan daripada peradaban Islam. Syed Syeikh Syed Ahmad al-Hadi yang bertanggungjawab membawa cerpen dan novel tersebut. Sementara itu, sajak berasal daripada puisi Arab, iaitu al-saja’. Hingga kini, syair masih didendangkan dengan pelbagai lagu. Sementara itu, nazam juga sekalisekala dibacakan. Masnawi dikenang sebagai genre yang pernah bertakhta dalam jiwa Melayu pada suatu masa dahulu, meskipun hampir hilang dalam tradisi puisi Melayu. Sesuai dalam penelusuran perjalanan puisi syair ini, mengingatkan kita akan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam syair itu terkandung hikmah.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Genre sastera yang datang dari negara Arab mendapat tempat yang istimewa di alam Melayu.
Hantarkan karya anda ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected] • Karya tidak boleh dihantar kepada mana-mana penerbit atau majalah lain. • Segala sumbangan karya yang diterima tidak akan dikembalikan. • Jika karya tidak disiarkan dalam tempoh enam bulan selepas dihantar kepada editor, karya tersebut dianggap tidak akan disiarkan. PELUANG PENERBITAN DALAM MAJALAH ARTIKEL BAHASA MELAYU Penggunaan istilah dan bahasa Melayu yang tepat. KARYA ASLI Bebas daripada sebarang unsur plagiat serta isu hak cipta. SEPARA ILMIAH Bukan berbentuk tesis, penulisan kertas kerja dan sebagainya. SUMBER FOTO Foto sendiri atau mendapat keizinan daripada pemilik foto asal. DITAIP DALAM MICROSOFT WORD • Antara 1500 hingga 1700 perkataan • Tujuh hingga sembilan halaman • Tulisan Arial saiz 12 • Langkau dua baris ARTIKEL KEAGAMAAN Penulisan berkisarkan isu keagamaan yang terkini dan bersifat semasa, atau tentang sejarah ketamadunan Islam pada zaman silam. SUMBER SAHIH Terjemahan al-Quran, dalil dan hadis yang dikemukakan mestilah daripada sumber yang sahih. MAKLUMAT PENULIS • Nama penuh • Nombor Kad Pengenalan • Alamat • Nombor telefon • Alamat E-mel • Nama dan nombor akaun bank (bank sendiri sahaja) Panduan Umum dan Syarat Penyertaan:
Wadah Penyebaran Ilmu dan Maklumat Agama Islam Bil. 01/2025 Imbas kod QR untuk melanggan majalah terbitan DBP. Jilid 13 • Semenanjung Malaysia RM11.00 • Sabah/Sarawak RM11.50 • Brunei B$11.50 • Singapura S$11.50 Dewan Tamadun Islam #MalaysiaMembaca KK 290-91913-0125 ISSN 2289-2893 Aspirasi Kepimpinan YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd. Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Merangkap Exco Pendidikan dan Agama Negeri Sabah MEMBANGUN DENGAN ILMU _FC_BC_Bil01_B.indd 17 12/12/2024 7:44 PM Imbas kod QR untuk melanggan majalah terbitan DBP. Majalah Terbaik DBP Bil. 12/2024 Dewan Tamadun Islam Jilid 12 • Semenanjung Malaysia RM11.00 • Sabah/Sarawak RM11.50 • Brunei B$11.50 • Singapura S$11.50 #MalaysiaMembaca JANGAN RESPONS DAHULU! KK 290-91912-1224 ISSN 2289-2893 “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Prinsip Keadilan Sosial Multietnik dalam Hadis Nabawi Berita Gembira untuk Orang Kurang Upaya di Akhirat _FC_BC_Bil12_A.indd 17 12/11/2024 6:41 PM ENAM NILAI TERAS MALAYSIA MADANI KEMAMPANAN KESEJAHTERAAN DAYA CIPTA HORMAT KEYAKINAN IHSAN Iklan_HariMalaysia2024.indd 49 10/08/2024 5:09 PM Bil. 11/2024 KK 290-91912-1124 ISSN 2289-2893 Dewan Tamadun Islam Jilid 12 • Semenanjung Malaysia RM11.00 • Sabah/Sarawak RM11.50 • Brunei B$11.50 • Singapura S$11.50 #MalaysiaMembaca "... mereka tidak lain hanyalah menuruti sangkaan dan mereka hanyalah berdusta." - (Surah al-An'am 6:116) AJARAN SESAT ANCAMAN MASA INI Doa buat Umat yang Lalai Taasub Jalan Menuju Kesesatan _FC_BC_Bil11_A.indd 17 11/10/2024 7:56 AM Kemampanan Kesejahteraan Daya Cipta Hormat Keyakinan Ihsan 6 RUKUN MALAYSIA MADANI “Dalam keghairahan kita membuat penerokaan baharu, jangan kita tinggalkan landasan akar bumi kita. Antara pertimbangan yang penting termasuklah pemerkasaan bahasa dan budaya selaras dengan konsep MADANI.” – Petikan ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Perasmian Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan pada 24 Oktober 2023 di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya Selangor. Bil. 10/2024 KK 290-91912-1024 ISSN 2289-2893 Jilid 12 • Semenanjung Malaysia RM11.00 • Sabah/Sarawak RM11.50 • Brunei B$11.50 • Singapura S$11.50 Dewan Tamadun Islam #MalaysiaMembaca "... Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil ... ." ― (Surah al-Nisa' 4:58) SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA _FC_BC_Bil10_E.indd 17 13/09/2024 9:31 PM Tamadun Islam DBP
Imbas kod QR untuk melanggan majalah terbitan DBP. Majalah Terbaik DBP