Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
MPU 3062
UNIT BERUNIFORM (KRS)
PISMP Ambilan Jun 2020
Semester 1 Tahun 2 (Sesi Jan-Mei 2021)
Kumpulan/Unit: BAHASA MELAYU 3
Tarikh Hantar: 9/9/2021
Nama Pelajar No. Kad Angka Giliran
NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR Pengenalan
Nama Pensyarah : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL
Tarikh Terima ENCIK SHAIFUDDIN BIN SALLEH
: ___1/9/2021________________
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.
_______ABDUL WAFI_______
Nama: NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR
Tarikh: 9/9/2021
1
BIODATA PELAJAR
NAMA : NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR
NO. KAD PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN : NO. MATRIK:
UNIT : BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020 TAHUN 2 SEMESTER 1
NAMA MENTOR : ENCIK ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
NAMA JURULATIH : ENCIK NIK ZAIDI BIN ISMAIL
ENCIK SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KUMPULAN KULIAH : PISMP BM3 SEM 3
IPG KAMPUS : TENGKU AMPUAN AFZAN
ALAMAT RUMAH :
NO. TELEFON :
JAWATAN (KRS) : AHLI PLATUN
TANDA TANGAN : ABDUL WAFI
2
SENARAI NAMA AHLI PLATUN Unit
BM 1
AMBILAN JUN 2020 BM 1
BM 1
SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS BM 1
BM 1
Bil Nama Pelajar BM 1
1 FARIS NUQMAN BIN CHE SAMSUDIN BM 1
2 MUHAMMAD AZAHAR BIN MUHAMMAD HAFIZ BM 1
3 MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN FAUZI BM 1
4 MUHAMMAD HAZRUL IMRAN BIN ABD RASHIB BM 2
5 NG SHENG WEN BM 2
6 NUR AIZAH BM 2
7 SRI NEEVETHA A/P BALU BM 2
8 VIENASSRI A/P VENKETRAMANA BM 2
9 WAN ZHARFANHADI BIN WAN ZAHARI BM 2
10 DANNEIL HAQIMMI BIN MAJID BM 3
11 MUHAMMAD SAADUDDIN BIN NOR AZMAN BM 3
12 NUR HAZIQAH BINTI HASKI BM 3
13 NURUNNISA BINTI ABDUL KHALIL FADZLI BM 3
14 SHARVNI A/P MURUGESAN BM 3
15 VAITHISHWARY A/P VELMURUGAN BM 4
16 MOHAMAD FAKHRUL NAJMI BIN CHE RAZAK BM 4
17 ISMAH FARZANA BT AHMAD RAZALI BM 4
18 NUR NAJAHAH BINTI MOHD NASIR BM 4
19 SANGGITA A/P GUNALAN BM 5
20 NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR BM 5
21 MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR BM 5
22 MUHAMMAD HAIQAL ALIF BIN SAHARIN BM 6
23 MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA'ARI BM 6
24 WAN ALIFF NAIMAN BIN WAN IDRIS PAI 1
25 RENUKAH A/P RAVI PAI 1
26 SALINA ANAK MARIN PAI 1
27 THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM PAI 1
28 ABDUL AIMAN BIN AZALEE PAI 1
29 HAMIZAN BIN ABU KARIM PAI 1
30 AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI PAI 2
31 MUHAMMAD AKMAL BIN MAT SUAN PAI 3
32 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN ROHAIZAM PAI 3
33 NIK NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL PAI 3
34 SITI BATRISYIA DANIA BINTI SHAMSUDDIN
35 TUAN NABILA HANIM BINTI TUAN RAHIM
36 WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HANIPA
37 IZZAT AMIRUL BIN SALLEH
38 MUHAMMAD NUR AZHAN BIN ABDUL RAUF
39 MUHAMMAD RAZIN FARIS BIN FOUZI
3
40 NUR ANIS SOLEHAH BINTI ABD HALIM PAI 3
41 NUR FATIN FARHANAH BINTI RAHIM PAI 3
42 SITI NUR AISYAH BINTI ALIAS PAI 3
43 MOHAMAD NABIL FADLAN BIN MOHAMAD FARIS BNK 3
44 SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN BNK 3
45 KHAIRUN NISA BINTI JAYA BNK 3
46 NUR ANIS IRDINA BINTI MOHAMAD ZUHDI BNK 3
47 NUR AQILAH HUSNA BINTI HASNAN BNK 3
48 NUR ZIELYANA BINTI BUHARI BNK 3
49 NURUL IZZATUL FATIHAH BINTI ABDUL MANAN BNK 3
50 NURULHUDA AMIRAH BINTI MOHD RAFI BNK 3
51 SHAFYNIE BINTI ZULKEFFLEEY BNK 3
52 MUHAMAD AFIQ HAIQAL BIN MOHAMAD NOR BNK 2
53 MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ABD HALIMEE BNK 2
54 MUHAMAD AZRIN BIN NOR AZIAN @ MOHD ISHAM BNK 2
55 RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN BNK 2
56 MUHAMMAD AIZAT AIMAN BIN MOHD AERWADI BNK 1
57 MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN JAMIRON BNK 1
58 MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR BNK 1
59 MUHAMMAD FARHAN BIN AZRI BNK 1
60 NAZRAN IQMAL AMRULLAH BIN MAHDA BNK1
61 NURFAIZZATUL NAJWA BINTI ZARA'IM BNK 1
62 NIK AHMAD FAKHRURRAZI BIN NIK AZLAN PAKK 2
63 JOANNE TING CHIEN HUEI PAKK 2
64 LEE JIE PING PAKK 2
65 NUR FARHANA BINTI A.RAZAK TESL
4
CARTA ORGANISASI
Pengerusi : Muhammad Azraei Bin Khairul Idzhar
Naib Pengerusi : Muhammad Mirza Bin Asha’ari
Setiausaha : Mohamad Hazrul Hakim Bin Mansor
Penolong Setiausaha : Muhamad Azrin Bin Nor Azian
Bendahari : Akif Kashfullah Bin Fauzi
Penolong Bendahari : Wan Zharfanhadi Bin Wan Zahari
Peralatan Ahli Jawatankuasa
: Wan Muhammad Hasif Bin Wan Hanipa
: Nur Aizah
Disiplin : Muhammad Saaduddin Bin Nor Azman
: Nur Zielyana binti Buhari
Makanan : Hamizan Bin Abu Karim
: Nur Haziqah Binti Haski
Keselamatan : Danneil Haqimmi Bin Majid
: Salina Anak Marin
Kerohanian : Izzat Amirul bin Salleh
: Sharvni A/P Murugesan
Fotografi & : Muhammad Razin Faris Bin Fouzi
Dokumentari : Vaithishwary A/P Velmurugan
5
LOGO DAN MOTTO PLATUN
“Ilmu Iman Amal”
Ilmu: Asas keintelektualan dan keterampilan ahli Kadet Remaja Sekolah.
Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelaktual dan disiplin diri.
LOGO KRS DAN HURAIAN
1. Logo KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA
PERKARA MAKNA
Perisai Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan Dan Bintang Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Dua Tangkal Padi Resmi padi iaitu berilmu dan keterampilan serta matang dan rasional
Bersilang dalam semua tindakan.
Buku yang Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk
Terbuka dan Rehal semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang
budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Warna Hijau Alam sekitar yang sihat.
Warna Merah Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta
Warna Kuning Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia
Warna Putih Keikhlasan serta kesucian.
6
BENDERA KRS
Warna hijau melambangkan:
- Tunas muda/ remaja yang masih boleh dibentuk.
- Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
- Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
LAFAZ KESETIAAN KRS & LAGU KRS
IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH
Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah Malaysia berjanji dan bersetia akan menyemaikan
semangat patriotik, tetap berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, beriman, dan beramal. Kami juga
akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar, mempunyai ketahanan
mental dan fizikal serta bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa, dan
negara, serta mendukung Rukun Agama dan Rukun Negara sepanjang kami menjadi anggota
kadet.
7
LAGU KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
8
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 1 TARIKH: 23 JUN 2021
TAJUK: PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN KRS
LOKASI: GOOGLE MEET
JURULATIH: EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN: MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA: 65 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi hingga 12.00 1. Pengenalan,Konsep,Sejarah
tengah hari dan Kepentingan Unit
Beruniform
Perlembagaan Pertubuhan
Sejarah Unit Beruniform
Struktur dan organisasi
Pertubuhan
9
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 1
TARIKH: 23 JUN 2021 HARI: RABU
TAJUK: PENGENALAN, KONSEP SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN KRS
1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1.0 Nama dan alamat berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau
ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
bagi Sekolah Rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.
10
2.0 Tujuan
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
keterampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai
cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-
nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan
Wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah,
budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan
hidup bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai
isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
11
2. SEJARAH UNIT BERUNIFORM
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad
Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam
Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar
Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri
daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan
pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia,
bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan
ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah
sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek.
Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek.
Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama
Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah
menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.
Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13
September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan.
Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet.
Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA -
PUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar
kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan
oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar
nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar
keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah
diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
12
3. KONSEP KRS
1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan
pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum
merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina
disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun
demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi
yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan
sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/ rendah kerajaan
dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di
sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat
dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
4. RASIONAL
4.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam
Pasukan Pakaian Seragam.
4.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi
masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah,
ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
4.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu
usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat
sokongan padu daripada semua pihak.
4.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
13
5. Struktur dan Organisasi Pertubuhan
5.1 Struktur & Organisasi Peringkat Antarabangsa (jika ada)
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
f. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM)
Bahagian Sekolah
g. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua Orang)
h. Bendahari : Dilantik
i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
j. Juruaudit : Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan
Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Tiga ahli dilantik
Dua Wakil Jurulatih KRS
Dua Wakil Jurulatih TKRS
Dilantik
5.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
e. Setiausaha Kemanusiaan
f. Pen.Setiausaha 1 : Ketua Unit Kokurikulum
: Penyelia PPSrg.
Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS
g. Bendahari Kehormat : Dilantik
h. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai
i. Juruaudit Pelajaran Daerah
2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih
TKRS
Wakil PKPSM dan MGB
: Dilantik
14
5.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah
a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
e. Setiausaha ( SPPK )
f. Pen. Setiausaha : Penyelia
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli : Dilantik
: Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2
i. Ex-Officio
j. Juruaudit Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB
: Pegawai Tadbir KRS Negeri
: Dilantik ( 2 orang )
Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh pengerusi setiap
jawatankuasa.
5.4 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah
a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri
b. Penasihat : PPD
c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum
e. Setiausaha : Dilantik
f. Penolong Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun
KRS/TKRS )
i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru
Nota:
Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah.
Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.
Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada
Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program
KRS/TKRS.
Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan
lagi aktiviti KRS/TKRS
15
CARTA
ORGANISASI
KOMPENI (KRS)
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni
berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan,
Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun.
Ketua Kompeni
Penolong
Ejutan
Pegawai Waran
Platun A Platun B Platun C Platun D
16
PLATUN ( KRS )
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai,
1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.
Pegawai Platun
Staf Sarjan
Sarjan Platun
Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3
SEKSYEN ( KRS)Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang
diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.
Ketua Seksyen
Penolong Ketua Seksyen
10 Anggota Kadet
17
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 2 TARIKH: 29 JUN 2021
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
LOKASI: GOOGLE MEET
JURULATIH: EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN: MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA: 65 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi sehingga 12.00 2. Kemahiran Perkhemahan
tengah hari Kraf Perkhemahan
Ikhtiar Hidup
Kebudayaan
Jalan Lasak dan
Pandu Arah
18
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 2 HARI: RABU
TARIKH: 29 JUN 2021
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. KRAF PERKHEMAHAN
A. Gajet-Gajet Perkhemahan
Peralatan yang dibuat oleh ahli unti beruniform untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan.
Buatlah gajet-gajet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gajet perkhemahan:
- lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan
daripada bahan sekitar perkhemahan.
- kedudukan gajet.
- aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di
antara patrol.
B. Tujuan Membuat Gajet
Meninggikan taraf Perekaan membuat gajet Dalam membina gajet,
penghidupan di kem disamakan dengan hendaklah ia mempunyai
seperti kebersihan, situasi di rumah.
fungsi.
kemudahan dan
keselesaan.
Dalam membina gajet Semangat pertandingan Dapat melahirkan idea-
semangat kekitaan dalam yang sihat. idea yang baru.
kumpulan dapat
diterapkan dan
dipraktikkan.
‘Feeling of sense of Meninggikan mutu
achievement´, serta perkhemahan.
kejayaan dalam
menghasilkan gajet.
19
C. Bahan Untuk Membuat Gajet
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.
D. Jenis / Cara Membuat Gajet
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau
yang berhampiran.
E. Jenis-Jenis Gajet
Gajet kawasan pintu.
Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gajet kawasan tempat basuhan.
Gajet kawasan tempat tinggal.
Gajet kawasan pengeringan.
Lain-lain gajet.
20
F. Gajet Kawasan Pintu
Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan
iaitu:
-Bahagian pintu hadapan
-Bahagian pagar
-Bahagian pintu belakang
Variasi-variasi pintu hadapan
-Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
-Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
-Pintu gerbang bukan gajet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
-Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan
kemasdan adanya kawalan keselamatan.
-Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
21
G. Gajet-Gajet Kawasan Dapur
Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur seperti:
-Rak pinggan mangkuk
- Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
-Meja makan
-Penyangkut cawan / gelas.
-Rak menyimpan kayu api / tong gas.
-Gajet gerobok (camp larder).
-Gajet lubang basah dan kering.
H. Gajet Kawasan Tempat Membasuh
Gajet tempat meletak besen air.
Gajet tempat menyimpan alat pergigian.
Gajet tempat menyimpan sabun.
Gajet mengantung tuala mandi.
Gajet kawasan tempat basuhan.
22
I. Gajet Kawasan Tempat Tinggal
Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat
kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian,
penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan
lain-lain.
J. Gajet Tempat Menjemur Kain
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
23
K. Gajet-Gajet Lain
Buatlah gajet lain yang mustahak seperti:
-Tiang bendera
-Menara memerhati
-Gendang / Kantung kem
-Gajet pembawa barang (Indian Travois)
-Gajet pondok lalang (tempat berteduh)
L. Gajet Api
Api penting digunakan dalam kehidupan seharian
Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu
badan, keselesaan, memasak dan sebagainya.
Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah
menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok.
Membuat Unggun Api
i. Kaedah “Fire Triangle”
o Bentuk huruf A Menggunakan 3 elemen iaitu haba, angin dan bahan bakar.
o Membuat Unggun Api Bentukkan huruf‘A’ menggunakan ranting kayu
dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin.
o Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’ dan nyalakan api.
o Kipas secara perlahan dan letakkan lagibahan bakar untuk menyala.
ii. Hunter's Fire
Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai tungku untuk
memasak kerana ia disusun rapat.
24
iii. Reflector Fire
o Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu
arah Reflector Fire Contoh:memanaskan badan.
o Boleh digunakan untuk memanggang
iv. Star Fire
Boleh digunakan kayu pelbagai saiz dan panjang.
v. Teepee Fire
o Paling sesuai dan mudah digunakan.
o Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu.
vi. Log Cabin Fire
o Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil.
o Apabila terbakar, api hanya membakar bahagian dalam.
25
vii. Council Fire
o Dikenali sebagai ‘Api piramid’.
o Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan.
M. Kraf Perkhemahan| Kraf Alatan
Kraf alatan merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kraf perkhemahan di mana
ia merupakan kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau di dalam hutan.
Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan para peserta untuk
melakukan aktiviti rekreasi luar ketika berada di dalam hutan.
Contoh jenis-jenis alatan adalah seperti: pisau, batu, kayu, buluh, besi dan lain-lain lagi.
N. Penempatan Gajet Dalam Kawasan Perkhemahan
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang
basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gajet alatan tajam seperti
kapak, gergaji dan parang, gajet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong
gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gajet
Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.
26
O. Prinsip Membuat Gajet
Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua
ahli unti beruniform.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau
roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gajet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet.
Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
P. Simpulan Dan Ikatan Dalam Membuat Gajet
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gajet, perlu dipelajari
lebih dahulu supaya gajetnya kekal.
Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) : mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan
yangkuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) : mengikat tiang dan juga sebagai penyambung
gajet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting : mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada
pintu pagar.
Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai
untuk pembinaan gajet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu
yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong.
Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat ikatan gajet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan
untuk membuat sesuatu loop pada tali.
Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.
27
2. IKHTIAR HIDUP
PENGENALAN
Ikhtiar hidup atau ‘survival’ ialah keupayaan atau kebolehan kita untuk meneruskan
hidup dalam situasi kecemasan seperti berada di dalam hutan, di laut dan sebagainya.
Situasi kecemasan ini adalah apabila kita terputus dengan hubungan luar dan tanpa
mempunyai bekalan makanan yang cukup dan memerlukan kita berikhtiar mencari tempat
berteduh dan mencari makanan sendiri dengan menggunakan sumber alam yang ada.
Selain itu, ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha ikhtiar yang dilakukan oleh
seseorang untuk terus hidup ketika menghadapi sesuatu halangan, bencana atau
ancaman. Keupayaan dan kemampuan ikhtiar hidup atau ‘survival’ bergantung kepada
persiapan diri kita dan sumber alam. Bagi individu yang mempunyai pengalaman
terhadap persekitaran dan kemahiran ikhtiar hidup, masalah yang dihadapi dapat diatasi
dengan mudah dan selamat.
TUJUAN
1. Mendapat pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di
bukit, di gunung dan rimba.
2. Memperoleh pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari makanan,
perlindungan dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.
4. Membina keyakinan diri untuk hidup
5. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati
keindahannya.
6. Mencari dan menggunakan alam semulajadi sebagai makanan untuk terus hidup.
7. Bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi
merbahaya.
28
PELAKSANAAN/ AKTIVITI
Cadangan Aktiviti Ikhtiar Hidup Semasa Perkhemahan.
Konsep dan Kaedah
a. Peserta akan dipecahkan kepada 4 atau 5 orang dalam satu-satu kumpulan.
b. Setiap kumpulan akan dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan di dalam hutan
dan ditinggalkan;
c. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan keperluan bahan makanan mentah
yang minimum di samping tiga puntung mancis.
d. Peserta digalakkan untuk mencari sumber makanan daripada alam sekitar.
e. Peserta hendaklah menyiapkan semua tugasan tersebut dalam jangka masa
yang telah ditetapkan.
Keperluan Kumpulan
Sebilah parang
3 puntung mancis
Sehelai poncho
Bahan makanan mentah (beras, telur, tepung)
Mastin – 1
Buluh – 1 batang
Rajah keperluan yang digunakan ketika menjalani aktiviti ikhtiar hidup.
29
Arahan tambahan
Anda DILARANG sama sekali :
1. Menebang pokok-pokok di sekitar kawasan penempatan;
2. Membunuh binatang liar;
3. Membakar hutan, semak dan rumput;
4. Merayau-rayau di luar kawasan penempatan seorang diri;
5. Turun ke sungai atau laut seorang diri;
6. Menegur atau hairan kepada sesuatu yang ganjil (takbur);
7. Membuat bising, mengganggu hidupan lain;
8. Membuang sampah merata-rata; dan
9. Melakukan atau melanggar peraturan yang ditetapkan.
Langkah-langkah Am Keselamatan.
Memakai jungle boot, seluar tebal dan baju berlengan panjang;
Pastikan tempat perlindungan selamat dan selesa;
Guna bahan-bahan yang dibekalan sebaik mungkin;
Elak daripada memakan tumbuhan yang tidak dikenali; dan
Menentukan jalan keluar semasa kecemasan.
Perkara-perkara yang perlu DIBERI PERHATIAN semasa menjalankan aktiviti ikhtiar
hidup.
a) Keselamatan
Bahaya-bahaya dari alam semulajadi seperti bentuk mukabumi, angin
dan ribut petir.
Bahaya serangan binatang buas.
Kegunaan tumbuhan sebagai bahan ubatan.
Rekaganti senjata sebagai perlindungan diri.
Penggunaan unggun api.
30
b) Makanan
Mengeksploitasi sumber-sumber yang ada untuk mendapatkan makanan
dan minuman.
Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.
Memerhatikan makanan haiwan yang tertentu untuk memastikan
makanan yang selamat untuk dimakan.
Simpan sumber makann yang ada untuk masa kecemasan.
c) Utamakan Keselamatan
Percaya kepada tuhan.
Yakin pada diri sendiri.
Peka kepada bahaya sekeliling.
Kurang perlakuan yang membazir.
Panduan-panduan Khas Semasa Menjalani Aktiviti Ikhtiar Hidup
a) Memilih tapak yang sesuai untuk perlindungan rekaganti.
Perlindungan rekaganti adalah perlindungan yang perlu dibuat sendiri dengan
menggunakan sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada alam sekitar. Di antara
tapak perlindungan yang mudah dibuat ialah pokok poncor, pisang sesikat, pondok pokok
tumbang dan ‘backwoodsman’.
i. Jenis atau bentuk tempat perlindungan berdasarkan tempoh masa.
ii. Keperluan untuk melindungi diri daripada hujan, panas, angin atau
ancaman binatang buas, ular atau serangga yang merbahaya.
iii. Pemilihan tapak yang sesuai:-
berdekatan dengan sumber air
berekatan kayu api yang mencukupi
terdapat bahan untuk membina tempat perlindungan
tempat yang rata, tinggi dan kering dan saliran yang baik.
31
iv. Gunakan alam semulajadi.
b) Mencari dan mengenalpasti sumber air.
Sebolehnya tempat berteduh atau tempat perlindungan hendaklah di tempat yang mudah
mendapatkan sumber air:
Sumber dari tumbuhan
Lopak-lopak air
Perigi
Hujan
Tadahan embun
c) Mencari dan mengenalpasti sumber makanan
Di dalam aktiviti Ikhtiar Hidup, makanan terbahagi kepada dua kategori:-
a. tumbuhan
b. haiwan
a. Tumbuhan
Kebanyakan tumbuhan di dalam hutan boleh dimakan. Sekiranya kita was-was
kita boleh memerhatikan monyet atau burung makan kerana apa yang mereka makan,
kita juga boleh memakannya. Anda boleh mencuba sedikit tumbuhan tersebut dengan
lidah. Sekiranya terasa pedas atau menggigit ianya beracun. Anda juga boleh menggosok
tumbuhan pada lengan, sekiranya terasa gatal elakkan daripada memakannya. Di
samping itu berhati-hati apabila berjumpa tumbuhan atau buahan yang mengandungi
banyak lendir, kerana ianya juga bahaya untuk dimakan:
mengenalpasti tumbuhan yang boleh dimakan seperti buah, daun,ubi, umbut
atau kulat.
Mengenalpasti binatang atau hidupan yang boleh dimakan seperti burung, ikan,
hidupan laut, binatang-binatang kecil dan mengetahui cara-cara menangkapnya.
Tahu membuat atau membina jerat asas untuk menangkap binatang.
32
Tahu membuat menggunakan pancing serta sumber umpan.
I) Ciri-ciri tumbuhan yang perlu dielakkan untuk dimakan
Rasanya pedas dan pahit
Tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna putih
Tumbuhan yang berwarna cerah seperti warna merah
Rasanya menggigit lidah
Tumbuhan banyak lendir
Tumbuhan yang kurang pasti boleh dimakan
II) Tumbuhan yang boleh dimakan
Pokok palma seperti nipah, rotan, rumbia dan kelapa; mempunyai umbut
dan buah.
Buluh yang ada rebung
Pucuk paku
Buah-buahan hutan seperti kepayang, cermai, tampoi, pecepak, keranji,
durian hutan, sentol, kedondong, kelubi, salak, asam paya, gemial,
senangin dan binjai
Jenis buah ubi
Jenis kulat
III) Mengenalpasti tumbuhan yang boleh dibuat ubat
Tongkat ali
Buah gorek
Dukong anak
Pokok bakung
Pokok ara pulas
Pokok halban
Pokok selayang
Pokok nataltik
33
b) Haiwan
Di sungai atau kali terdapat sumber makanan yang mudah didapati. Oleh itu, adalah
digalakkan untuk berkhemah berdekatan dengan sungai kerana haiwan-haiwan darat akan
pergi ke sungai untuk minum. Di samping itu, kehidupan yang terdapat dalam sungai juga
banyak iaitu seperti ikan dan siput sungai. Haiwan kecil mudah ditangkap seperti burung dan
tidak mengancam keselamatan manusia. Terdapat pelbagai cara untuk menangkap haiwan-
haiwan ini seperti memancing, menyumpit dan menjerat.
I) Kemahiran menghidupkan api dalam keadaan seperti hujan, angin dan lain-lain
Panduan menghidupkan api Api adalah penting untuk :-
Memasak
Memanaskan badan
Menghalau haiwan
II) Jenis-jenis kayu untuk menghidupkan api
Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan iaitu:
Ranting kayu – ranting yang digunakan untuk menyalakan api
Kayu lambat bakar –kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang
Kayu cepat bakar – kayu yang terbakar dengan kuat
III) Tapak untuk menyalakan api Tapak mestilah :
a) Jauh dari khemah dan pokok
b) Kering
c) Dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat
lain
IV) Menghidupkan api
a) Api jenis Tee Pee atau Wigham
- Letakkan habuk kayu atau daun kering di atas tanah.
- Sebatang kayu ditekan ke dalam tanah condong ke arah daun atau habuk
kayu tersebut.
- Letakkan ranting-ranting kayu menegak dan menindih kayu yang ditekan ke
tanah tersebut.
- Nyalakan api
b) Api Bersilang
- Letakkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah
dalam kedudukan selari.
34
- Tindih kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.
- Letakkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-
kayu tersebut.
- Nyalakan api.
APLIKASI
Jerat dan perangkap Jerat
Kaedah ini digunakan untuk menangkap haiwan dan haiwan itu akan
cedera ataupun mati.
Biasanya ia menggunakan benda-benda yang tajam, berat, keras
atau kaedah jerutan.
Antara jenis jerat yang digunakan ialah jerat bidas (sesuai untuk
menjerat burung, ayam hutan dan pelanduk), jerat racik (burung, ayam
hutan) dan jerat hempap (landak, pelanduk).
Perangkap
Kaedah ini digunakan untuk menangkap haiwan hidup-hidup tanpa
mencederakan haiwan tersebut.
Teknik yang digunakan biasanya dengan ikatan, kurungan atau jaring.
Antara jenis perangkap yang digunakan ialah bubu, taut dan serkap.
a) Jerat Bidas
Ikat jerat pada hujung joran dan kemudiannya buatkan “running bowline’
di hujung tali tersebut.
Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.
Pasangkan kayu lengkung pada denai (laluan) binatang dengan
mencacakkan kedua-dua hujung di atas tanah.
Jerat Bidas
b) Jerat Racik
Ikat racik pada puntung kayu (5 cm) sebanyak 15 racik.
35
Kemudian, pacakkan kayu-kayu yang telah diikat racik di atas tanah
dalam dua barisan.
Ikat racik menggunakan ikatan ‘pasdul’.
Pacakkan kayu pemati dan ikat tali racik pada kayu tersebut
menggunakan ikatan manok
Jerat Racik
c) Jerat Hempap
Alat-alat diperlukan adalah sebatang kayu yang besar, tali dan beberapa
dahan kecil.
Dahan-dahan kecil itu digunakan untuk memagari kawasan bagi
mengelakkan haiwan tersebut bergerak pantas menyelamatkan diri.
Setiap pancang pagar kayu diikat dengan tali tangsi/akar menggunakan
ikatan manok.
Di hujung batang kayu (besar) diikat menggunakan ikatan manok dan tali
itu disangkutkan ke dahan pokok, seterusnya ke injap jerat.
Injap jerat diikat menggunakan ikatan manok.
Apabila haiwan terlanggar injap, batang pokok akan menghempap
haiwan.
Langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian ketika melakukan jerat ini.
Jerat Hempap
d) Perangkap Lubang
Alatan yang digunakan ialah kayu panjang, cangkul, daun yang lebar
(contohnya daun pisang), daun-daun kering.
36
Gali sebuah lubang mengikut saiz yang sesuai.
Susun batang kayu yang panjang di atas lubang tersebut yang dijangka
dapat menampung berat daun yang hendak diletakkan di atas lubang
tersebut.
Setelah itu, daun besar dilapik ke atas rangka kayu dan kemudiannya
diikuti dengan daun kering.
Perangkap Lubang
e) Bubu
Alatan yang diperlukan ialah buluh, tali rafia, parang, pisau, rotan.
Buluh dibelah dan diraut sebesar 0.5 cm.
Bilah-bilah buluh disusun pada gelung rotan, diikat menggunakan ikatan
lilit kacang.
Untuk membuat pintu perangkap bubu, bilah buluh disusun mengikut
bulatan gelung dari besar ke kecil (secara tirus).
Buluh yang digunakan untuk membuat hujung pintu perangkap bubu
hendaklah ditajamkan.
Untuk pintu bubu, tempurung kelapa sesuai digunakan.
Bubu
f) Taut
Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ buluh kecil, tali tangsi dan mata
kail.
Tali tangsi diikat pada bilah buluh/ buluh kecil menggunakan lilitan balak.
Pada mata kail pula, ikatan ‘fisherman knot” digunakan.
Umpan yang digunakan mestilah masih hidup seperti anak ikan, katak,
belalang ataupun serangga yang sesuai.
37
Taut
Cara Memasak Makanan
a) Memanggang
Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ ranting kayu dan
ikan/ayam.
Bilah buluh dibelah dua sehingga membentuk Y.
Kemudian ikan/ ayam disepit di celah belahan buluh dan hujungnya
diikat dengan akar.
Bagi memanggang roti lilit, adunan yang telah siap dililit pada bilah
buluh/ ranting kayu.
(Adunan roti lilit ialah tepung gandum, gula/garam, air, telur)
Kaedah Memanggang
b) Memasak nasi
Alatan yang diperlukan ialah buluh.
Terdapat dua cara memasak nasi yang boleh digunakan.
Cara yang pertama ialah ruas buluh ditebuk pada bahagian tengah dan
bahagian lebihannya dijadikan tudung.
Beras yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam ruangan yang telah
ditebuk dan diisi air secukupnya.
Lubang tersebut ditutup semula dengan tudung dan api dinyalakan.
Cara yang kedua ialah buku buluh ditebuk dan dibersihkan.
Kayu berbentuk Y digunakan sebagai penyokong.
38
Buku yang telah dibersihkan, dimasukkan ke dalam buluh tersebut dan
dimasak.
Kaedah Memasak Nasi di dalam Buluh
39
c) Memasak dalam tanah
Alatan yang diperlukan ialah tanah liat dan daun pisang
Sebagai contoh dalam aktiviti memasak ikan.
- Ikan yang telah dibersihkan, dibungkus dengan daun pisang.
- Kemudian ikan tersebut dibalut dengan tanah liat.
- Setelah itu, ikan tersebut dimasukkan ke dalam lubang dan
lubang itu ditimbus dengan tanah.
- Unggun api dibuat di atas timbusan tersebut selama 30 minit.
- Ikan yang telah masak dihidangkan.
* Perhatian :- Cara ini boleh juga digunakan untuk memasak bahan
makanan yang lain seperti telur, ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu dan
lain-lain.
Kaedah Memasak dalam Tanah
d) Memasak dalam darurat
Peperangan, bencana alam dan sebagainya
Alatan yang diperlukan ialah kawah, beras, pisang, lobak merah,
kekacang, ayam, bawang merah, putih, halia, minyak, ikan bilis, udang
kering.
Cara memasak (biasanya dilakukan secara bergotong-royong)
Cara penyediaan:-
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
- masukkan beras ke dalam kawah selepas air mendidih.
- masukkan bahan ke dalam kawah dan kacau.
- sedia untuk hidangan.
40
Kaedah Memasak Ketika Darurat
Perlindungan rekaganti.
a) Banir
b) Pondok Poncor
c) Pondok Lereng Lengkok
d) Pisang sesikat
41
RUMUSAN
Menguasai kemahiran ikhtiar hidup merupakan salah satu penekanan yang amat
dititikberatkan dalam membentuk jati diri dan semangat berdikari di kalangan setiap ahli Kadet
Remaja Sekolah. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, diharapkan agar ahli dapat membina
keyakinan diri di samping dapat membuat sesuatu pertimbangan yang sewajarnya dalam apa-
apa situasi atau keadaan.
Selain daripada itu, aktiviti ikhtiar hidup juga dapat menyemai peraaan kecintaan
kepada alam semulajadi yang merupakan khazanah yang amat berharga untuk dijadikan
warisan generasi akan datang.
42
3. KEBUDAYAAN
PENGURUSAN MALAM PERSEMBAHAN
Pengurusan Malam Kebudayaan juga penting dalam menjayakan sesuatu Malam Kebudayaan.
Untuk itu, seseorang pengurus atau penyelaras perlulah dilantik. Pengurus atau penyelaras
akan bertanggungjawab:
Menyusun dan menyelaras acara yang hendak dipersembahkan.
Pengurus berhak untuk menolak atau mengubahsuai acara-acara yang hendak
dipersembahkan.
Mengadakan sesi pemilihan atau pertunjukan ujian. Tujuannya untuk memastikan tiada
persembahan yang serupa atau mempunyai isu sensitif.
Dalam hal ini, seorang pengurus yang hendak dilantik perlulah seorang yang mahir dan tahu
tentang kebudayaan. Dia juga perlu mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan sesuatu
majlis rasmi. Seorang pengurus yang baik mempunyai kreativiti yang tersendiri dan mampu
menghidupkan suasana Malam Kebudayaan. Persembahan juga dapat dijalankan dengan
lancar dan tanpa sekat-sekat kerana ada penyelarasan. Acara yang dapat dijalankan dengan
teratur dan lancar boleh memberi semangat kepada kumpulan yang ingin membuat
persembahan.
Selain itu, seorang pengurus hendaklah bersikap tegas dan diplomatik. Dia hendaklah
pandai mengawal keadaan, cepat membuat keputusan, berupaya memimpin dan menilai
persembahan. Setiap keputusannya hendaklah munasabah dan boleh diterima oleh semua
peserta termasuk penonton. Segala kreativiti dan ciri-ciri yang dimiliki ini mampu menjadikan
Malam Kebudayaan lebih ceria dan bertenaga.
Persediaan Alatan
Sebelum memulakan persembahan, setiap kumpulan sepatutnya telah menyediakan
peralatan yang akan digunakan dalam persembahan mereka. Bahan terbuang atau bahan
terpakai amat sesuai digunakan dalam hal ini. Setiap kumpulansepatutnya digalakkan untuk
menggunakan bahan-bahan yang terbuang ini dan keupayaan sesebuah kumpulan
menggunakan kreativiti mencipta alat persembahan sendiri patut diberi pujian.
43
Peralatan yang dibawa atau dihasilkan juga hendaklah:
Bersaiz kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana.
Tidak berbahaya.
Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising (peralatan yang hendak dijadikan alat
muzik).
Tidak menjadi sampah atau boleh mengotorkan kawasan persembahan.
Pembesar suara juga elok digunakan semasa persembahan. Alatan ini penting untuk
menarik penonton-penonton yang mungkin duduk jauh dari kumpulan yang menyampaikan
persembahan. Jika ada persembahan lakonan, pembesar suara amat diperlukan bagi
memudahkan penonton mendengan dialog yang diucapkan dengan jelas.
Bagi mewujudkan suasana yang menarik dan semula jadi, jangan gunakan terlalu banyak
lampu elektrik. Dengan demikian, suasana kelam hari malam dapat dirasai sepuas-puasnya.
Pakaian
Semasa Malam Kebudayaan, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut
acara persembahan mereka. Sebagai contoh, pakaian beragam, pakaian yang dibuat dari bahan
terbuang dan sebagainya. Kreativiti seseorang peserta untuk mereka cipta pakaian pada
persembahan Malam Kebudayaan pastinya menjadi daya penarik kepada persembahan
mereka.
JENIS ACARA MALAM KEBUDAYAAN
Upacara Pembukaan
Upacara pembukaan merupakan suatu upacara yang ada dalam setiap program
persembahan. Untuk upacara pembukaan, ahli KRS perlulah mengikut peraturan dan tidak
membuat bising. Mereka juga perlu mengikut ketua mereka untuk masuk ke kawasan
perhimpunan pada malam tersebut. Seterusnya, mengambil tempat yang telah ditetapkan. Jika
ada orang yang merasmikan malam tersebut, ahli KRS hendaklah berdiri sebagai tanda hormat
apabila orang berkenaan masuk ke kawasan perhimpunan. Pastikan semua persembahan
dibuat menghadap tetamu, terutama sekali jemputan khas.
Lakonan
44
Lazimnya acara lakonan dipersembahkan. Untuk acara lakonan, untuk acara lakonan,
seelok-eloknya dijalankan dalam masa 3 minit sahaja atau tidak lebih daripada 5 minit kerana
masa yang diberikan adalah terhad. Lakonan hendaklah logik dan terancang. Jangan sesekali
mengadakan lakonan yang tidak diterima akal.
Selain itu, lakonan yang boleh menimbulkan masalah, menyentuh agama, kaum, bangsa
atau menyentuh peribadiseseorang perlu dielakkan. Juga lakonan yang terlalu banyak dialog
kerana boleh menimbulkan kebosanan. Cuba adakan lakonan yang lucu, tetapi dapat memberi
pengajaran.
Semasa berlakon, bahasa yang digunakan perlukan kawalan. Pastikan tiada dialog yang
lucah atau mengelirukan. Alatan lakonan pula biarlah berpada-pada dan tidak perlu banyak
buang masa untuk menyusun alatan.
Yell Atau Sorak
Yell mest diberi kepada setiapkumpulan yang telah selesai membuat persembahan. Yell
merupakan salah satu cara untuk melepaskan perasaan. Dalam keseronakan berseronok, ia
hendaklah dikawal supaya tidak menimbulkan kekecohan.
Tujuannya untuk memberi pujian dan semangat kepada kumpulan yang telah
menyampaikan persembahan. Dengan memberi Yell, diharapkan kumpulan yang berkenaan
akan terasa dihargai dan puas. Pastikan Yell yang diberikan tidak mempunyai unsur
menyakitkan hati kumpulan tersebut atau menyentuh peribadi seseorang. Berilah Yell yang
bersemangat seperti „Baik, baik, baik...!‟ „Cuba lagi, cuba lagi, cuba lagi...! „Bagus, bagus,
bagus...!‟ dan lain-lain lagi.
Yell yang diberikan juga ada caranya yang tertentu. Contohnya, ketua dari satu kumpulan
bangun lalu menyeru kepada semua ahli ahli unti beruniform untuk memberikan Yell berbunyi
„Ya, ya bagus!‟ sebanyak tiga kali kepada kumpulan yang menyampaikan persembahan.
Arahanya itu akan diikuti oleh ahlinya yang lain. Mereka akan bangun, bergerak ke kanan dan
melangkah ke hadapan dengan tangan kanan tergenggam.
Ketua yang dilantik tadi akan memberi arahan “Satu, dua, tiga!” semua ahli akan bangun
dan bersorak bersama-sama sambil melaungkan dengan penuh semangat perkataan „Ya, ya,
bagus‟ sebanyak tiga kali. Kumpulan yang menerima Yell tadi berada dalan keadaan duduk.
Kumpulan tersebut akan bangun pula lalu mengucapkan terima kasih dengan cara mereka
sendiri.
Yell juga perlu diberikan dengan cepat. Sebaik sahaja sesebuah kumpulan selesai membuat
persembahan. Cara penyampaian Yell adalah terpulang kepada ahli sendiri. Yang penting, Yell
mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
45
Stunt Atau Acara Luar Biasa
Acara ini merupakan salah satu acara yang boleh dipersembahkan. Acara ini lain daripada
yang lain kerana memerlukan individu yang melakukannya berkebolehan melakukan pelbagai
perkara yang luar biasa. Contohnya, berkebolehan melakukan pergerakan gimnastik.,
memadamkan kebakaran kecil, menunggang basikal satu roda, menduga akal dan banyak lagi.
Pastikan semua ahli faham akan kandungan persembahan stunt tersebut.
Acara stunt juga hendaklah dilakukan dalam masa yang singkat, tetapi kemas. Seelok-
eloknya stunt itu menarik perhatian dan tidak membahayakan diri atau orang lain. Untuk acara
stunt, semua ahli KRS yang terlibat perlulah mengadakan latihan dengan sebaik mungkin
supaya acara yang hendak dilakukan tidak gagal.
Persembahan Solo
Tujuan persembahan solo ialah untuk memberikan peluang kepada ahli KRS yang berbakat
menunjukkan kebolehan terpendam secara solo. Terpulanglah kepada pengurus Malam
Kebudayaan untuk menetukan persembahannya. Sebagai contoh, permainan alat muzik moden
atau tradisional, pertunjukkan silap mata, kebolehan mencipta sesuatu, lawak jenaka, nyanyian
serta persembahan lain yang mengagumkan.
Persembahan Tarian
Tarian yang dipersembahkan termasuklah tarian moden atau tradisional. Tarian yang
dipersembahkan juga boleh berunsurkan kebudayaan negara kita. Untuk satu malam,
memadailah dipersembahkan dengan dua atau tiga jenis tarian. Jika ada tarian yang istimewa
adalah lebih baik dari tarian joget.
Selalunya jika diadakan perhimpunan secara besar-besaran, persembahan dari negeri
masing-masing akan dipersembahkan. Untuk perhimpunan atau perkhemahan kecil-kecilan,
memadai dengan tarian yang mudah asalkan menghiburkan.
Selain itu, terdapat juga tarian yang didasarkan kepada pelbagai kaum di negara kita.
Termasuklah tarian singa oleh kaum cina, tarian kaum india, tarian kaum sikh, tarian kaum
portugis dan sebagainya.
Selain tarian, persembahan lain seperti boria, dikir barat, dondang sayang, wayang kulit juga
boleh dipersembahkan. Secara tidak langsung, kepelbagaian persembahan ini melambangkan
kepelbagaian kebudayaan masyarakat negara kita.
Permainan
Untuk mempelbagaikan acara pada Malam Kebudayaan, acara permainan juga boleh
diselitkan. Antara acara yang sesuai termasuklah permainan menduga akal dan kepetahan
46
kumpulan menjawab atau memberi soalan. Tujuan permainan ini diadakan ialah untuk
menajamkan daya pemerhatian serta menguji keupayaan setiap anggota kumpulan daripada
melakukan sebarang kesilapan.kerjasama antara kumpulan menjadi factor utama kejayaan
sesebuah kumpulan.
Permainan juga boleh melatih tindak balas panca indera anggota KRS. Acara permainan ini
juga boleh mengeembalikan kecergasan ahli dalam memberi tumpuan terhadap perjalanan
Malam Kebudayaan.
Permainan lain:
Permainan Bom.
Permainan Iklan.
Permainan Teka-teki
Permainan Kim atau Permainan Panca indera.
Permainan Meneka Pekerjaan
Permainan Kuiz Spontan dan sebagainya.
Perjalanan sesuatu permainan selalunya dikendalikan oleh pengurus Malam Kebudayaan
bersama-sama dengan beberapa orang penbantu atau pemimpin yang bertanggungjawab.
Penetapan masa amat penting dalam acara permainan yang dilangsungkan.
Celoteh
Acara celoteh juga boleh dipersembahkan pada Malam Kebudayaan. Walaubagaimanapun,
kesesuaian acara tersebut bergantung kepada keadaan masa (jika ada masa lebih). Acara
celoteh merupakan suatu penceritaan yang berupa nasihat atau cerita tentang pengalaman
seseorang yeng berkaitan dengan pergerakan atau penglibatannya dalam KRS.
47
Selalunya, acara celoteh disampaikan oleh pemimpin atau jemputan yang hadir pada malam
tersebut. Celoteh yang hendah sisampaikan biarlah pendek tetapi padat. Janganlah celoteh itu
terlalu panjang dan meleret-leret sehingga menjemukan atau menjejaskan masa persembahan
kumpulan lain.
Antara contoh celoteh yamg sesuai disampaikan termasuklah tentang cerita hutan, cerita
sejarah pergerakan KRS, cerita-cerita binatangatau cerita-cerita yang menghiburkan yang
berkaitan dengan kehidupan. Selain itu, cerita yang sesuai ialah cerita yang mempunyai unsur
teladan, yang memberi tunjuk ajar dan cerita yang dapat membangkit kesedaran ahli supaya
terus berjaya dan dapat hidup sempurna.
4. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN & PERSEDIAAN
Kebenaran
• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting
sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga
adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada
mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
Persediaan Alatan
Titik kawalan (control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.
48
Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.
Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
Keterangan Kawalan
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir- butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk kod/gambar rajah.
Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
Titik kawalan dengan tanda bulatan.
Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
49
KOMPAS
• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
Kompas bearing sudut:
Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.
Kompas mata angin 16
Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
gatu besar yang berada di persekitaran.
50