Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
i. letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan
B.
iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Aktiviti penggunaan kompas
I. mengenal arah mata angin.
II. mencari arah mata angin.
III. mencari arah kiblat.
IV. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
V. latihan di kawasan sekolah.
VI. menggunakan peta.
VII. merintis hutan menggunakan kompas.
VIII. pertandingan mencari bearing di hutan.
IX. mencari harta karun.
X. aktiviti orienteering atau pandu arah.
51
Mengesan tanda dan simbol
Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dsb.
Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.
Laporan Pengembaraan
Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang
bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah
untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun
melakukan kerja- kerja menyelamat sekiranya anda memerlukanbantuan. Bukan
itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih
terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.
Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
Catatan perjalanan.
Pembahagian tugasan ahli.
52
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH: 07 JULAI
2021
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
LOKASI: GOOGLE MEET
JURULATIH: EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN: MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA: 65 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi sehingga 12.00 2. Kemahiran Perkhemahan Asas Kawad Kaki
tengah hari Khidmat
Kesukarelawan Kawad Statik
Simpulan Kawad Dinamik
Ikatan
Asas Kawad Kaki
53
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 HARI: RABU
TARIKH: 07 JULAI 2021
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. KHIDMAT KESUKARELAWAN
Tujuan Umum
1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti
2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di kalangan
beliau dan generasi baru.
3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan
masyarakat setempat
4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat
kepada masyarakat
Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema tersebut,
mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja penambahbaikan,
pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Kejiranan
Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk di
kawasan perumahan, kampung, kampung baru, lading, rumah panjang, rumah
pangsa, rumah orang asli, FELDA dan lain-lain.
2. Perkhidmatan sosial
Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan,
perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institute, pertubuhan kerajaan
ataupun badan bukan kerajaan.
3. Alam sekitar
Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan
pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.
54
4. Kemudahan awam
Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman
rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas
awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain.
5. Penempatan di agensi kerajaan
Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara dan
peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi
agensi-agensi tersebut.
Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan
• Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam
• Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar
sekolah
Program khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkup
Institut masing-masing. Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus
yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.
Dalam sukatan pelajaran bagi GERKO unit beruniform semester 4, kesemua guru pelatih
pada semester ini wajib untuk menjalankan program khidmat komuniti bagi syarat wajib
lulus. Ia bermula dengan memberi cadangan, perancangan tarikh dan tempat, menghalusi
serta membentangkan cadangan program di hadapan pensyarah. Program ini merupakan
satu platform kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan
jaringan interaksi sesama sendiri, antara guru pelatih dan pensyarah, jabatan dan institusi
serta dengan masyarakat luar selari dengan kepentingan menguasai soft skills di
kalangan guru pelatih.
55
Tujuan Pelaksanaan Khidmat Komuniti:
1. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan selepas
program dilaksanakan
2. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih
3. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan objektif
umum kursus.
4. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal
di pedalaman
5. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam
pengurusan pentadbiran pendidikan.
6. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan modal insan di
era globalisasi
7. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi memperkasakan
pembangunan sistem pendidikan negara.
8. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru
9. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.
2. SIMPULAN
2.1 Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan
untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan
pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan
memulakan jahitan.
Contoh-contoh simpulan:
- Simpul Manuk
- Simpul Buku Sila
- Simpul Tindih Kasih
- Simpul Bunga Geti
- Simpul Balak
- Simpul Belit
56
2.1.1 SIMPUL MANUK
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet
(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi).
Fungsi:
- digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak
- tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat
- digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting
Teknik:
- mulakan simpul pada kayu
- kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi
- tarik hujung tali
57
2.1.2 SIMPUL BUKU SILA
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda -benda
kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat
khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsi:
- untuk menyambung dua tali yang sama saiz
- untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas
Teknik:
- letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain
- masukkan hujung A di bawah B
- kemudian, lakukan ikatan yang sama dengn memasukkan B di bawahnya
2.1.3 SIMPUL TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut. Ia juga
digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
58
Fungsi:
- digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut
- untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa
Teknik:
- mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
- kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
- masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
2.1.4 SIMPULAN BUNGA GETI
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.
Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break,
atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi:
- menyambung dua tali yang tidak sama saiz
- mengikat tali ke suatu tanjul
Teknik:
- mulakan simpul
- kemudian, masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
- seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
59
2.1.5 SIMPUL BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong.(ikatan
balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk).
Fungsi:
- untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
- agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
- untuk memulakan ikatan serong
- untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
Teknik:
- gunakan tali dengan mengelilingi kayu
- tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
60
2.1.6 SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, atau mengikat tali khemah pada pasaknya, atau
untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak
mudah tertanggal.
Fungsi:
- digunakan bagi mengikat tali pada tiang
- boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya
Teknik:
- mulakan simpul seperti dalam rajah
- kemudian lakukan dua lengkungan
- tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
3. IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform, beberapa
ikatan digunakan. Contoh-contoh ikatan:
- Ikatan Seraya
- Ikatan Serong
- Ikatan Lilit Kacang
61
3.1 IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang,
bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (cuba lihat gambar
no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.
Fungsi:
- digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik:
- dimulakan dengan simpul manuk
- kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
- seterusnya dililit dicelah kayu.
- akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
3.2 IKATAN SERONG/SILANG
Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan
simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang
dan matikan dengan simpulan manok.
62
Fungsi:
- untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
- digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet dan pioneering
Teknik:
- mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang
- kemudian belitkan membujur dan melintang
- seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas
- akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
3.3 IKATAN LILIT KACANG
Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu
gajet/binaan. Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul
manuk juga – contoh: meja makan
Fungsi:
- digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet
Teknik:
- mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak
- ikat selang seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang hinngga selesai
63
4. ASAS KAWAD KAKI
4.1 Pengenalan:
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan KRS dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan
badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah
berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan
yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu, kawad
kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat
akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
b. Latihan pergerakan.
iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:
a. membentuk peribadi individu;
b. menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
c. menanam perasaan yakin;
d. membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
e. menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f. menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a. Kawad Statik
b. Kawad Dinamik
c. Kawad Asas
d. Kawad Formasi
e. Kawalan Kehormatan
64
4.2 Bahasa Hukuman Kawad:
i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.
b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan
oleh skuad.
c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang
amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.
ii. Contoh bahasa hukuman kawad: Tindakan
Bahasa Hukuman Kawad
INGATAN
BERGERAK KE KANAN
HARKAT/AMARAN
KE KANAN…
PERBUATAN
PUSING
iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Masuk Baris;
b. Sedia;
c. Luruskan barisan;
d. Paras;
e. Senang Diri;
f. Rehatkan Diri;
g. Keluar Baris;
h. Pusing ke Kanan;
i. Pusing ke Kiri;
j. Pusing/Menghadap ke Belakang;
k. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
l. Kawad Jalan Kaki;
65
m. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n. Bersurai.
4.3 Kawad Statik dan Dinamik:
i. Latihan kawad statik dan dinamik
a. Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan
atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii) Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN DI
HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA
BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”
“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!
b. Paraskan Skuad:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU
BARISAN …… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus
membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)
NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah
kanan.)
66
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR
GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN,
KANAN DAN KIRI …… PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat dibarisan tengah, belakang,
hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
c. Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri rakan
sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik
barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali dalam
kedudukan SEDIA.)
d. Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan:
SENANG …… DIRI!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
67
e. Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
(ii) Arahan:
REHATKAN …… DIRI!
f. Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS …… SEDIA!
g. Buka Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang akan
bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)
h. Tutup Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang akan
bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)
68
i. Pusing ke Kanan:
KEDUDUKAN SEDIA
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
j. Pusing ke Kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
k. Pusing / Menghadap ke Belakang:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
69
l. Kawad Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan (bergantung kepada penanda):
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI atau
HENTAK KAKI.
(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri
skuad mencecah ke tanah.)
n. Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada perbarisan,
kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
(iii) Arahan:
KELUAR …… BARIS!
70
o. Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki
tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.
(ii) Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)
71
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH: 14 JUN 2021
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
LOKASI: GOOGLE MEET
JURULATIH: EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL & EN. SHAIFUDDIN BIN SALLEH
KETUA PLATUN: MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA: 65 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 pagi sehingga 12.00 2. Kemahiran Perkhemahan Asas Pertolongan Cemas
tengah hari Asas Pertolongan Tujuan dan prinsip
Cemas Anduh dan balutan
Merawat luka dan
3.Pengurusan dan gigitan.
Persiapan Perkhemahan Melecur, pitam dan
patah.
Konsep Keracunan dan
Penglibatan terseliuh.
Sijil Pemulihan
Tujuan pernafasan.
Perkhemahan
72
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL. : 4
TARIKH: 14 JULAI 2021 HARI: RABU
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:
i. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa
atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.
ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan
objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i. Tujuan pertolongan cemas:
a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam
nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan jantung, kulit terbakar
atau melecur dan yang seumpama dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.
** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.
73
ii. Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i. Anduh
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain
anduh yang baik berukuran satu meter.
c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera;
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;
(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
74
d. Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
(a) menahan pendarahan anggota atas.
(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iii) Anduh kecil (small sling):
(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
(a) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal.
75
ii. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
a. Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti
balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
(a) Mengurangkan kesakitan.
(b) Menggalakkan penyembuhan luka.
(c) Memperbaiki kosmetik kulit.
(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e) Mengawal kontaminasi luka.
(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g) Mengawal pendarahan.
(h) Mengawal kecederaan lanjut.
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
b. Pembalut atau balutan:
(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan,
luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan
jangkitan kuman.
(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu ,
mengipas dan pengikat gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular
atau spiraI dan balutan padi.
76
(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat
sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
(d) Mengurangkan kesakitan.
(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.
c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan
membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan
pembebatan dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
77
Merawat Luka dan Gigitan:
i. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam
badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut – muntah berdarah;
(b) rahim – tumpah darah;
(c) tali usus – darah pada dubur;
(d) buah pinggang – kencing berdarah;
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak.
78
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i) Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii) Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam
tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
79
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi
akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau
tuala yang sudah disteril.
Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan
tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau
persekitaran objek.
Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa
menekan objek.
Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
ii. Merawat gigitan:
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan
kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
80
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
d. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar:
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang
serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia
atau arus elektrik.
81
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Bahan api atau api.
Panas Terkena dengan objek panas seperti perkakas
kering dapur atau puntung rokok.
Geseran
Panas
lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Bahan
kimia Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput
Radiasi atau alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari
Elektrik (ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas
rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan
melibatkan dua tempat luka sahaja.
82
f. Tahap kecederaan:
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa
sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan ‘3B’:
(a) Burning stop – Padamkan.
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan ‘3C’:
(a) Cool – Sejukkan.
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
83
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit
atau sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala
ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak;
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh
panas.
84
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya
bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di
sekeliling tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
85
Keracunan dan Terseliuh:
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap
toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh
menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
Hirup udara segar di ruang terbuka.
Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan
air yang banyak.
Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata
bagi setiap mata.
86
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan,
terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-
duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi
had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari
kedudukan asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang
selesa)
I Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang
cedera)
C Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian
yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(iii) Dapatkan bantuan perubatan.
87
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil
alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya
berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan
darah.
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
S - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
88
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya
agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya
dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau
kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara
hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada
pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang
pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing
daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
89
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas
rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan…
Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa
dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan
dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
90
TAJUK: PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
1. KONSEP
a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang
amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga,
sekolah mahupun institusi sosial yang lain.
b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silatulrahim
sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan
gejala-gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat, terutamanya
golongan remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah, dan jenayah-
jenayah lain yang mungkin akan dapat dibendung melalui aktiviti ini.
c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan
sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit,
di gunung, dalam kawasan sekolah dan sebagainya.
d. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita. Ini bermakna, seandainya kita
berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan
alam semula jadi perlu kita utamakan.
e. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana
ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau
berkumpulan.
f. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental
dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah
kesanggupan kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan
sepanjang aktiviti ini dijalankan.
g. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan
kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi pendidikan.
91
2. PENGLIBATAN
a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:
(i) Kategori murid Sekolah Rendah:
(ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:
(iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:
(iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia
18 tahun dan ke atas:
(v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):
b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta
mengikuti aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah.
3. SIJIL Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil
a. Penyertaan atau Sijil Penghargaan.
4. TUJUAN PERKHEMAHAN
a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu;
(i) Tujuan Umum; dan
(ii) Tujuan Khusus.
b. Tujuan Umum:
Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:
(i) dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
(ii) dapat menghayati erti batasan kehidupan;
(iii) mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa
menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti yang lasak;
92
(iv) mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara
teori, seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan
dan sebagainya;
(v) menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan,
khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas
bukit-bukau, danau, lopak, dan sungai;
(vi) melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri
sendiri dan kumpulan;
(vii) mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan;
(viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan
meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin
sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain;
(ix) menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan
memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan
tapak perkhemahan;
(x) sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati,
atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;
(xi) berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;
(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan
(xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak
berfaedah.
93
c. Tujuan Khusus:
(i) Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum
dantempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu
perkhemahan.
(ii) Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan
terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar
belakang suasana backwoods (ala hutan).
(iii) Pengembaraan ekspedisi:
Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh
untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing,
team-building·, perancangan baru organisasi dan sebagainya.
(iv) Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi
berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau
kompas atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt.
(v) Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi
misalnya.
(vi) Ikhtiar hidup/survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang
lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan
membina semangat serta ketahanan diri.
Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;
Memupuk nilai-nilai murni individu.
Merancang segala aktiviti dan keperluan.
Menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan.
Menghilangkan stress.
Untuk berseronok.
Mengelak daripada gejala sosial yang tidak sihat.
94
RUJUKAN
BUKU
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Kawat
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Perlembagaan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
INTERNET
Dyrene Ngu. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KRS. Diakses daripada
https://pdfcoffee.com/struktur-dan-organisasi-pertubuhan-krs-pdf-free.html#Dyrene+Ngu
Sharmimi Ameera. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH. Diakses daripada
https://pdfcoffee.com/jalan-lasak-dan-pandu-arah-pdf-free.html
Shiao Mei Yeong. IKHTIAR HIDUP. Diakses daripada https://pdfcoffee.com/ikhtiar-hidup-4-pdf-
free.html
Unknown. KEMAHIRAN KRAF PERKHEMAHAN. Diakses daripada
https://pdfslide.tips/documents/kemahiran-kraf-perkhemahan-5687677f58d83.html
Yusof Osman. (2009). Nota Gajet Perkhemahan. Diakses daripada
http://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/gajet-gajet-perkhemahan/
Yusof Osman. (2010). ARCHIVE FOR THE ‘PINTU GERBANG’ CATEGORY. Diakses
dariapada http://yusofalhaj.wordpress.com/category/pioneering/pintu-gerbang/
95