The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diniadlina8, 2022-04-16 11:46:27

etika e folio

etika e folio

01



KUMPULAN 3

02 Subject-class-any group

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan E-
majalah yang bertajuk "Punca dan pengajaran peristiwa tragedi
13 mei 1969" . Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih Kepada kepada pensyarah kami iaitu Puan
Jariah kerana banyak memberi tunjuk ajar dan teguran kepada
kami untuk menghasilkan E-majalah ini.
Isi yang kami perolehi semasa proses pembuatan E-majalah ini
ialah betapa pentingnya untuk kita membina jalinan yang kuat
dalam perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia,
supaya peristiwa 13 mei ini tidak berulang Kembali
Akhir kata, kami sekumpulan ingin memohon maaf sekiranya
terdapat Kekurangan di dalam E-majalah kami ini dan kami
berharap agar semua pembaca mendapat mesej utama yang kami
ingin sampaikan menerusi E-majalah kami.

OBJEKTIF

1. MENGETAHUI TENTANG SEJARAH PERISTIWA 13 MEI
2. MENGETAHUI TENTANG MASYARAKAT TANAH MELAYU SEMASA

PENJAJAHAN DAN KESAN HUBUNGAN KAUM DAN PERPADUAN
3. MENGETAHUI TENTANG RUKUN NEGARA , SEJARAH PENUBUHAN

DAN KAITANNYA DENGAN PERISTIWA 13 MEI
4. MENGETAHUI BAGAIMANA RUKUN NEGARA DAPAT

MENGUKUHKAN PERPADUAN
5. MENGETAHUI CONTOH CONTOH PERISTIWA YANG

BERTENTANGAN DENGAN SEMANGAT RUKUN NEGARA
6. MENGETAHUI CARA MENGATASI MASALAH YANG TIMBUL

BERDASARKAN CONTOH PERISTIWA YANG DI PILIH
7. MENGETAHUI PENGAJARAN DAN PERKARA YANG PERLU

DIELAKKAN BEDASARKAN PERISTIWA 13 MEI
8. MENGETAHUI BAGAIMANA MELAHIRKAN REMAJA YANG

BERPEGANG DAN BERTINDAK MENGIKUT PRINSIP RUKUN
NEGARA

03

04 p e n g e n a l a n d a n k r o n o l o g i t r a g e d i Subject-class-any group

13 mei

Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan
sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-
sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.Tragedi
ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969' yang
merupakan satu sejarah negara Malaysia kronologi
1-Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 mempunyai kaitan rapat tragedi 13 Mei ini. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
2- Pada pilihanraya mum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3
diparlimen,walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu
kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat(parlimen) telah menurun daripada 89
kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
3- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilangdalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei1969. Perarakan tersebut sebenarnyatidak bermotif untuk menimbulkan
isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan. PetaralanDAP TRAGEDI 13 MEI 1969 (identiti mereka tidak dapat
diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan is perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.
4-Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari"Democratic Action Party" dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan
melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang
lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan

05 MASYARAKAT TANAH MELAYU SEMASA
PENJAJAHAN

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk Anggota Pasukan Simpanan sedang Sekatan jalanraya diadakan bagi
melakukan rondaan di kawsan yang menyekat merebaknya rusuhan
rusuhan di stadium Jalan Raja Muda perasaan semasa peristiwa 13 Mei berlaku rusuhan.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Seorang anggota polis sedang mengawal Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Jalanraya menjadi sesak berikutan
sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 orang ramai ramai ketika bantuan sedang mengawal rusuhan rusuhan kaum 13 Mei
makanan diberikan oleh pihak kerajaan

06

KESAN KEPADA HUBUNGAN KAUM
DAN PERPADUAN

KESAN KEPADA HUBUNGAN KAUM DAN PERADUAN

kesan positif yang terdapat di dalam peristiwa ini ialah kerajaan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang
memperkenalkan program memupuk hubungan baik antara kaum.Lagu Muhibbah digubah dan diarahkan
semua sekolah supaya pelajar mereka menyanyikannya

Kerajaan juga memperkenalkan Rukunegara sebagai ideologi bangsa Malaysia. Malah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) juga diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan
adalah kesemuanya untuk menyemai perpaduan kaum. Ia sama sekali bukan bertujuan untuk mewujudkan
dominasi orang Melayu terhadap kaum lain tetapi mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Kebanyakan partiparti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungka
n pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengata si maslah
perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Keba ngsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia (M IC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta
enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan B arisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik
dan sesuai dengan pindaan Perl embagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang
cukup membe rangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

RUKUN NEGARA,SEJARAH Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran
PENUBUHAN DAN KAITANNYA daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya permusuhan
DENGAN PERISTIWA 13MEI kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu. Permusuhan dan
berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima
oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berakar
umbi sejak pemerintahan British, kemudian diteruskan dengan
penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa kepada
kaum Melayu. Keadaan demikian telah menjadi ‘barah’ sehingga
tercetusnya peristiwa ini. Masyarakat Malaysia seharusnya
mengambil iktibar dan pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969
supaya negara terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu,
masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun
Negara yang telah ditetapkan.

07

BAGAIMANAKAH RUKUN NEGARA DAPAT Subject-class-any group

MENGUKUHKAN PERPADUAN

Objektif dan Prinsip Rukun Negara
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Rukun negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa, dan negara.
Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat ekoran huru – hara tercetus pada 13 MEI 1969. Semasa
darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis Perundingan
Negara (MPN) yang bertanggungjawab menggubal Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara dalam
membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Ideologi ini tercetus dalam mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari
1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Objektif Rukun
Negara adalah seperti yang berikut:
a) Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
b) Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
c) Melahirkan sebuah masyarakat yang adil supaya dapat menikmati kemakmuran bersama.
d) Membentuk masyarakat liberal terhadap kebudayaan masing – masing.
e) Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
Untuk mencapai objektif tersebut, setiap rakyat Malaysia perlu menghayati sepenuhnya prinsip – prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang digubal ini mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan
antara kaum di Malaysia. Oleh itu, Rukun Negara sangat penting sebagai peraturan dan norma hidup bagi mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelbagai kelompok etnik di negara ini.

08

CONTOH CONTOH PERISTIWA YANG Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, masih wujud isu bendera
BERTENTANGAN DENGAN SEMANGAT terbalik, menukar Jata Negara dan sengaja mengibarkan bendera
bukan Jalur Gemilang yang bertentangan dengan undang-undang
RUKUN NEGARA negara, kata Profesor Datuk Dr Ismail Sualman.
Antaranya garis panduan yang telah ditetapkan ialah bendera terbabit
hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Ia tidak boleh dipasang
secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar.
Walau bagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak
sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline).
Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan
sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan bulan
kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.
Dakyah perkauman
Selagi kita masih bersifat menolak dan mengabaikan Rukun Negara,
kita tidak akan mampu mencapai matlamat yang pertama, iaitu
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Kita masih terperangkap dengan dakyah perkauman yang
menghalang untuk terus bersatu dan maju.
Selagi kita tidak menjadikan matlamat Rukun Negara yang pertama
ini sebagai jalan hidup ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia
bersatu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai perpaduan
yang membawa kepada kesejahteraan.

09

CARA MENGATASI MASALAH YANG perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai
TIMBUL BEDASARKAN PERISTIWA 13 oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia.
“Tanpa perpaduan, sesebuah negara akan menjadi lemah, sukar untuk
MEI dibangunkan dan mudah diancam serta diceroboh oleh anasir luar
atau dalam negara itu sendiri. “Justeru, Rukun Negara menjadi satu
titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan
semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud
Rukun Negara, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara
Dakyah perkauman pula , Oleh itu, janganlah kita lupakan falsafah
kebangsaan ini. Mungkin Rukun Negara tidak sesuai dijadikan
mukadimah dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi Rukun Negara
perlu diberi satu akta khas supaya ia tidak lagi diabaikan baik oleh
golongan pemerintah mahupun masyarakat. Percayalah, jika Rukun
Negara diamalkan dengan baik, diamalkan dengan cara mengikuti
prinsipnya untuk mencapai segala matlamat Rukun Negara, Malaysia
pasti akan menjadi lebih baik.

10

PENGAJARAN DAN PERKARA YANG PERLU Subject-class-any group

DIELAKKAN BERDASARKAN PERISTIWA 13MEI

Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa
pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Bagi felo utama
Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun
lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.Peristiwa 13
Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan
semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa, katanya kepada Bernama. Katanya, kejadian itu turut
menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih
penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik,
tambahnya. Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr
Ahmad Marthada Mohamed juga senada mahu ahli politik berhenti memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu-isu
sensitif yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara. Beliau berkata dalam usaha mengekang rusuhan kaum
daripada kembali berulang, pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang
membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama. Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang
memberi komen-komen melampau dalam media sosial, jika tidak diambil tindakan tegas terhadap mereka, ini akan
menyebabkan individu lain melakukan perkara sama dan tindakan provokatif sebegini amat berbahaya kepada keharmonian
negara, katanya. Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang Melayu dan bumiputera terutama
golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Antara punca
berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi,
lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, katanya sambil menambah bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga
tidak boleh diabaikan. Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13 Mei hingga
31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah kematian
adalah lebih tinggi. Dilaporkan, kejadian selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu juga menyebabkan kira-kira
6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak
atau terbakar.

11

BAGAIMANA MELAHIRKAN REMAJA YANG BERPEGANG Subject-class-any group
DAN BERTINDAK MENGIKUT PRINSIP RUKUN NEGARA

1. Mengadakan Kempen Kesedaran
Tujuan: Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Huraian: masyarakat zaman sekrang tidak mengambil peduli tenntang rukun Negara dan kesejahteraan Negara Malaysia
ini.oleh itu pihak berkuasa boleh mengambil berat dan mengadakan kempen-kempen untuk memupuk sifat patriotic dalam
seseorang.pihak berkuasa juga boleh mengambil berat untuk memupuk perpaduan kaum dan memastikan rakyat Malaysia
mengetahui tentang maksud rukun Negara.
Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.

2. Melalui Pendidikan
Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll.
Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negaradalam mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,
dan Pendidikan Moral.
Huraian: Untuk memastikan warga pendidik khususnya para
pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara. Para guru-guru di sekolah juga mesti mengambil berat
dan mengajar tentang kebaikan Rukun Negara dan maksud untuk para pelajar. Para guru juga boleh mengadakan quiz atau
sesi soalan tentang Rukun Negara.

3. Peranan Media Massa
Huraian: Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi
kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah
boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
Contoh: Surat khabar, iklan televisyen, dan lain – lain.
Tujuan: Untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan Rukun Negara dan menghayatinya.

12

13

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak,malah ia turut
mamaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa
yangmencakupi bidang-bidang politik,social dan ekonomi
sertabetapa pentingnya integrasi nasional.Andai kata petanda-
petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-
cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
Makmur aka menjadi bayangan sahaja

END The End

RUJUKAN

• http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/l
angkah.html?m=1

• https://ismaweb.net/2020/09/07/isu-bendera-
terbalik-pertikai-kuasa-raja-melayu-mana-
prinsip-rukun-negara/

• https://www.bharian.com.my/amp/rencana/kom
entar/2018/02/382788/abai-rukun-negara-jejas-
keharmonian

• https://anyflip.com/tzeoq/vpve/basic
• http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/s

ejarah-rukun-negara_26.html
• https://online.fliphtml5.com/rttmb/qvni/

END The End

TTHHAANNKK YYOOUU


Click to View FlipBook Version