The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruzita rosli, 2023-06-18 02:16:45

E-BOOK ANALISIS MAKNA PERKATAAN DALAM PANTUN

E-BOOK SEMANTIK KUMPULAN 3

ANALISIS MAKNA PERKATAAN DALAM N U R I N N A J W A M D R O N I N U R U L E L L Y S A J A M I Z A N N U R U L A T H I R A H M A T N A W I R U Z I T A R O S L I N U R ' I L ' A I N M U H A M A D A Z M I P A N T U N Editor HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN


ANALISISMAKNA PERKATAAN DALAM PANTUN NURIN NAJWA BINTI MD RONI NURUL ELLYSA BINTI JAMIZAN NURUL ATHIRAH BINTI MAT NAWI RUZITA BINTI ROSLI NUR 'IL' AIN BINTI MUHAMAD AZMI Universiti Pendidikan Sultan Idris


©Ebook ini ialah Hak Cipta Terpelihara dan merupakan karya asli Nurin Najwa Md Roni, Nurul Ellysa Jamizan, Nurul Athirah Mat Nawi, Ruzita Rosli dan Nur 'Il' Ain Muhamad Azmi. Hak Cipta tidak membenarkan mengeluar ulang atau mengedar manamana bahagian daripada penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan apa-apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman, mekanik dan lainnya sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungan ini adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis sendiri. i PENAFIAN DAN HAK CIPTA


الحمد لله رب العالمين والصالة والسالم عىل رسول المصطفى أشرف األنبياء والمرسلين وعىل آله وصحبه وسلم. أما بعد. Segala puji kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya, buku ini dapat diselesaikan bagi dijadikan sebagai rujukan berkaitan analisis makna dalam pantun. Dalam buku ini, diperjelaskan tentang makna implisit yang ditujukkan dalam setiap rangkap pantun. Selain itu, buku ini merupakan buku pertama yang dibina. Prakata ii


Perkara Muka Surat Penafian dan Hak Cipta i Prakata ii Isi Kandungan iii Penghargaan v Biodata Penulis vi BAB 1 Pengenalan 2-4 BAB 2 Maksud Pantun 6-11 BAB 3 Makna Kamus 13-15 Makna Afektif 16-23 Makna Asosiatif 24-25 Bahasa Figuratif 26-27 Makna Kontekstual 28-33 Makna Peribahasa 34-35 Makna Sinonim 36-38 Makna Tematik 39-40 Makna Rujukan 41 Makna Konotatif 42 BAB 4 Teori Relevans 43-60 Teori Tradisional BAB 5 Kesimpulan 62 Rujukan 63-64 iii Isi Kandungan


Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kursus semantik dan pragmatik (BML3083) ini dengan jayanya. Seterusnya, pada kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Husna Faredza Binti Mohamed Redzwan selaku pensyarah bagi kursus BMl 3083 kerana telah memberi tujuk ajar dan bimbingan sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami juga turut berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan yang telah menghulurkan bantuan dalam memberi idea. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai. v Penghargaan


vi Nurul Athirah BInti Mat Nawi, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (UPSI). Merupakan Mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan yang dipelajari ialah Semantik dan Pragmatik. PENULIS Nurin Najwa Binti Md Roni, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (UPSI). Merupakan Mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan yang dipelajari ialah Semantik dan Pragmatik. Nurul Ellysa Binti Jamizan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (UPSI). Merupakan Mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan yang dipelajari ialah Semantik dan Pragmatik. Ruzita Binti Rosli, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (UPSI). Merupakan Mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan yang dipelajari ialah Semantik dan Pragmatik. Nur 'Il' Ain Binti Mohamad Azmi, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (UPSI). Merupakan Mahasiswa di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Bidang pengkhususan yang dipelajari ialah Semantik dan Pragmatik.


BAB 1 PENGENALAN


2 Terdapat 11 pantun yang telah diketengahkan untuk dianalisis dalam E-Buku ini. Tema yang digunakan ialah pantun nasihat. Menurut Paul Daillie (2010) pantun ialah bentuk puisi lisan Melayu yang digunakan untuk menyatakan idea dan emosi yang rumit. Pantun biasaanya terdiri daripada baris bernombor genap dan berima abab. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris, dikenali sebagai pantun dua kerat. Manakala pantun terpanjang ialah pantun enam belas kerat yang mempunyai 16 baris. Pantun terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah pernyataan pendahuluan yang disebut pembayang atau sampiran yang tidak mempunyai logik langsung atau hubungan naratif dengan pernyataan kedua atau penutup yang dipanggil maksud atau isi. Dalam budaya Melayu, pantun merupakan alat komunikasi yang penting dalam pelbagai aktiviti sosial, budaya, dan ekonomi. Pantun digunakan secara tradisional untuk meluahkan perasaan, memberi nasihat, teka-teki, dan juga untuk memaniskan perbualan. Sebagai contoh, pantun digunakan dalam pertukaran lisan adat dalam majlis perkahwinan (atau pertunangan) orang Melayu, terutamanya sebagai sebahagian daripada salam budaya antara wakil pengantin lelaki dan pengantin perempuan setibanya di rumah pengantin perempuan. PENGENALAN


Berikut adalah contoh pantun: Jalan-jalan ke tepi pantai, Lihat tempat duduk bersantai. Kalau tuan datang malam nanti, Jangan lupa bawa kain pelikat. Dua baris pertama (pembayang atau sampiran) ialah perihalan pemandangan: seseorang sedang berjalan di sepanjang pantai dan melihat seekor siput. Dua baris terakhir (maksud atau isi) adalah mesej: orang itu menjemput seseorang untuk datang melawat mereka pada waktu malam, dan mereka harus membawa sarung. Pantun merupakan sebahagian daripada budaya Melayu yang berharga, dan dianggap sebagai cara yang kreatif dan bermakna untuk berkomunikasi. Seterusnya, sebanyak 10 jenis-jenis makna yang digunakan bagi menunjukkan makna perkataan dalam pantun iaitu makna kamus. makna afektif, makna asosiatif, bahasa figuratif, makna kontekstual, makna peribahasa, makna sinonim, makna tematik, makna rujukan dan makna konotatif. Terdapat dua teori yang digunakan dalam E-buku ini untuk dikaitkan dengan perkataan-perkataan yang dipilih, iaitu teori relevans dan juga teori tradisional. Teori relevans merupakan teori komunikasi yang dibangunkan oleh Dan Sperber dan Deirdre Wilson pada tahun 1986. Teori tersebut menyatakan bahawa komunikasi berjaya apabila penutur dan pendengar berkongsi asas yang sama, iaitu satu set andaian tentang dunia. Penutur dan pendengar menggunakan asas persamaan ini untuk membuat kesimpulan maksud ujaran. Menurut Mohd. Rashidi Mohd. Nor (2010) teori relevans digunakan untuk menerangkan pelbagai fenomena linguistik, seperti implikatur, ironi, dan metafora. 3 Sumber Asal Informasi dari : wikipedia


4 Implikatur ialah inferens yang dibuat oleh pendengar, tetapi tidak dinyatakan secara eksplisit oleh penutur. Sebagai contoh, jika pembesar suara berkata "Di sini agak sejuk", pendengar mungkin membuat kesimpulan bahawa pembesar suara mahu pendengar menutup tingkap. Ironi ialah kiasan di mana penutur mengatakan satu perkara tetapi bermaksud sebaliknya. Contohnya, jika penceramah berkata "Hari yang indah!" dalam nada menyindir, pendengar akan faham bahawa penceramah sebenarnya bermaksud hari itu mengerikan. Metafora ialah kiasan di mana satu perkara dibandingkan dengan perkara lain yang tidak serupa secara literal. Sebagai contoh, jika penceramah berkata "Cinta saya adalah mawar merah, merah," penceramah tidak benar-benar mengatakan bahawa cinta mereka adalah bunga. Sebaliknya, mereka menggunakan metafora untuk membandingkan cinta mereka dengan keindahan dan keghairahan mawar merah. Teori tradisional merujuk kepada satu set teori mengenai bahasa yang dikembangkan pada abad ke-19 dan awal abad ke20. Teori-teori ini berdasarkan idea bahawa bahasa ialah satu sistem peraturan yang boleh digunakan untuk menjana dan memahami ayat. Ahli teori tatabahasa tradisional yang paling penting ialah Panini, Ferdinand de Saussure, dan Noam Chomsky. Tatabahasa tradisional ini telah dikritik kerana terlalu kaku dan tidak mengambil kira hakikat bahawa bahasa sentiasa berubah. Walau bagaimanapun teori ini tetap kekal sebagai asas penting untuk kajian bahasa (Ahmad Boestamam, 2004).


BAB 2 MAKNA DALAM RANGKAP PANTUN


6 Pada bab 2 ini, maksud dan takfsiran awal bagi setiap pantun yang dipilih akan diperlihatkan. Hendak gugur gugurlah nangka Jangan ditimpasi ranting pauh, Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. PANTUN ISI TERSURAT Kita tidak perlulah mengenang atau mengingatkan akan seseorang yang jauh dari mata sehingga menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain dalam kehidupan seharian. Tandaadat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang, Tanda umat berbudiakhlak, Kelakuan manis hati penyayang Pantun berikut membawa maksud bahawa Quran dan Hadis dijadikan sebagai pegangan hidup dan sebagai umat yang berakhlak mulia, kita perlulah berkelakuan baik. Padi mudajangan diturut, Kalau diturut patahbatangnya; Hati mudajangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. Kita tidak boleh menuruti kehendak hati yang masih remaja kerana kita belum dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara. Jika dituruti juga, bimbang akan memakan diri. Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari, Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budayasemai di hati. Kita hendaklah mematuhi adat dan budaya kita agar adat dan budaya itu kekal tersemat di hati. Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


7 Baik-baik mengirai padi, Takut mercik ke muka orang, Baik-baik menjaga diri, Takut nanti diejek orang PANTUN ISI TERSURAT Kita perlulah menjaga diri dengan sebaik-baiknya agar orang tidak memandang rendah terhadap kita. Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu. Pantun nasihat itu merujuk kepada kita sebagai murid perlulah sentiasa menghormati guru kerana guru merupakan ibu bapa kedua yang kita adasetelah ibu bapa kitasendiri. Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya. Pantun nasihat itu merujuk bahawa kita sebagai individu ataupun insan hendaklah sentiasa bersikap sopan dan baik, bukan sekadar berupa cantik namun disebaliknya buruk rupa. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal, Langkah pahlawan tengah gelanggang, berpantang mati sebelum ajal Pantun ini bermaksud seseorang atau pahlawan yang mempunyai keberanian yang tinggi. Mereka tidak kenal erti takut dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Apabila mereka berjuang maka mereka akan berjuang habishabisan. Perjuangan mereka ini tidak akan berhenti sehingga ajal yang memanggil. Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


8 Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpasi ranting pauh, Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. PANTUN ISI TERSURAT Pantun ini berkisarkan perasaan rindu seseorang kepada orang yang jauh. Perasaan rindu yang berat dalam hati telah mengakibatkan tidurnya tidak lena. Perasaan rindu yang membuku di hati telah menyebabkan seseorang itu selalu terkenang walaupun jarak yang jauh. Terang cuaca udara nyaman Taman Firdausi, seluas hamparan Al-Quran dibacajadi pedoman Bagai pelita menerangi kehidupan Pantun ini berkisarkan tentang kelebihan membaca kalam Allah atau Al-Quran. Seseorang yang mendampingi Al-Quran dalam kehidupannya akan mendapat petunjuk kearah kebaikan. Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpa si ranting pauh, Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. Perkataan gugur dapat didefinisikan sebagai jatuh atau luruh. Berdasarkan baris pertama pantun ini, perkataan gugur digunakan untuk merujuk kepada buah nangka yang hendak gugur atau jatuh ke tanah. Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang, Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. Perkataan manis membawa maksud sesuatu rasa yang seperti gula atau madu. Perkataan manis ini juga boleh merujuk kepada perwatakan seseorang. Padi muda jangan diturut, Kalau diturut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. Perkataan muda didefinisikan sebagai usia yang masih remaja. Perkataan muda bagi pantun ini pada baris pertama dan baris ketiga merujuk kepada makna yang berbeza. Perkataan muda pada baris pertama merujuk kepada padi yang masih belum masak manakal perkataan muda pada baris ketiga merujuk kepada usia yang masih remaja. 9 Takfsiran awal bagi setiap maksud perkataan yang dipilih daripada setiap pantun Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari, Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai di hati. Kita hendaklah menghormati dan mematuhi adat budaya kita agar adat dan budaya itu kekal tersemat di hati. Baik-baik mengirai padi, Takut mercik ke muka orang, Baik-baik menjaga diri, Takut nanti diejek orang Kita perlulah menjaga diri dengan sebaik-baiknya agar orang tidak memandang rendah terhadap kita. Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati Pantun berikut membawa maksud kita perlu bersama-sama menghargai adat resam dan juga menanam atau memupuk semangat cintakan budaya dalam diri masing-masing. 10 Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu. Pantun nasihat itu merujuk kepada kita sebagai murid perlulah sentiasa menghormati guru kerana guru merupakan ibu bapa kedua yang kita ada setelah ibu bapa kita sendiri. Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya. Pantun nasihat itu merujuk bahawa kita sebagai individu ataupun insan hendaklah sentiasa bersikap sopan dan baik, bukan sekadar berupa cantik namun disebaliknya buruk rupa. Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpa si ranting pauh ,Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. Pantun ini berkisarkan perasaan rindu seseorang kepada orang yang jauh. Perasaan rindu yang berat dalam hati telah mengakibatkan tidurnya tidak lena. Perasaan rindu yang membuku di hati telah menyebabkan seseorang itu selalu terkenang walaupun jarak yang jauh. Terang cuaca udara nyaman Taman Firdausi, seluas hamparan Al-Quran dibaca jadi pedoman Bagai pelita menerangi kehidupan Pantun ini berkisarkan tentang kelebihan membaca kalam Allah atau Al-Quran. Seseorang yang mendampingi Al-Quran dalam kehidupannya akan mendapat petunjuk ke arah kebaikan. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal Langkah pahlawan tengah gelanggang Berpantang mati sebelum ajal Pantun tersebut bertemakan keberanian. Perkataan yang dipilih untuk dianalisis ialah perkataan berjejal. Perkataan berjejal ini merujuk kepada keadaan yang sesak. Dalam sajak tersebut perkataan berjejal itu merujuk kepada batang meranti yang mempunyai daun yang lebat. Dapat kita simpulkan di sini, perkataan berjejal itu merujuk kepada lebat. 11 Sumber Asal Informasi dari : irujukan.my


BAB 3 JENIS-JENIS MAKNA


13 Bab 3 membincangkan maksud perkataan dalam pantun berdasarkan jenis-jenis makna MAKNA KAMUS BERJEJAL Perkataan berjejal menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat. Berdasarkan maksud kamus ini, perkataan berjejal sesuai digunakan bagi ayat yang merujuk kepada kenderaan yang sesak namun berdasarkan pantun di atas, perkataan berjejal bukan merujuk kepada kenderaan tetapi merujuk kepada daun yang lebat. Pada baris kedua dalam pantun di atas iaitu batang meranti rimbun berjejal jelas menunjukkan bahawa perkataan berjejal itu bukan merujuk kepada keadaan sesak bagi kenderaan. PAUH Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pauh bermaksud sejenis tumbuhan (pokok dan buah). Berdasarkan pantun di atas bagi baris kedua iaitu jangan ditimpa si ranting pauh menjelaskan bahawa leksikal ‘pauh’ tersebut membawa maksud sebenar iaitu sejenis tumbuhan. Perkara ini dikuatkan lagi dengan frasa pada baris kedua tersebut iaitu jangan ditimpa si ranting, perkataan ranting tersebut menjelaskan bahawa perkataan pauh itu membawa makna sebenar. Jika kita lihat pada frasa jangan ditimpa si ranting ini, pengarang memilih pokok pauh untuk diletakkan dalam pantun tersebut kerana mempunyai sebab yang tersendiri. Dari segi aspek fizikal pokok pauh itu sendiri mempunyai ranting pokok yang kecil dan jika kita melihat perkara ini secara logik wajarlah pengarang menggunakan elemen pokok pauh tersebut bagi frasa jangan ditimpa si ranting pauh kerana jika buah nangka menimpa ranting pokok pauh tersebut maka akan patah.


14 PELITA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan pelita merujuk kepada bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yang digunakan untuk memberi cahaya. Berdasarkan frasa bagai pelita menerangi kehidupan pada baris kedua dalam pantun di atas tidak merujuk makna sebenar. Hal ini demikian kerana perkataan pelita dalam pantun di atas merujuk kepada cahaya. Sememangnya sifat pelita tersebut berperanan untuk memberikan cahaya namun dalam konteks pantun ini cahaya yang diterapkan bukanlah cahaya untuk menerangi kegelapan dalam ruang atau bilik tetapi pelita tersebut berperanan memberikan cahaya bagi menerangi kehidupan seseorang. MUDA Secara umumnya, perkataan muda dapat didefinisikan sebagai usia yang masih remaja atau belum matang. Perkataan muda dalam konteks pantun ini mempunyai dua maksud, iaitu perkataan muda yang pertama merujuk kepada padi yang masih belum masak manakala perkataan muda yang kedua merujuk kepada hati yang belum matang atau belum mencapai kedewasaan. Perkataan ‘suci’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bersih dari segi agama. Berdasarkan maksud kamus perkataan ‘bersih’ ini sesuai untuk digunakan bagi ayat yang merujuk kepada seseorang yang tidak mempunyai dosa, kudus, nirmala soleh dan bersih daripada sebarang kejahatan atau keburukan. Berdasarkan pantun di atas perkataan ‘suci’ bukan merujuk kepada bersih dari segi agama tetapi merujuk kepada sikap seseorang yang melambangkan kesuciannya. Pada baris kedua kalau tidak dengan sucinya menunjukkan bahawa perkataan sucinya itu bukan merujuk kepada keagamaan. SUCINYA


Perkataan pukul menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah ketuk dengan menggunakan benda yang keras atau berat, kene ketuk atau mengalami kerugian. Berdasarkan maksud kamus perkataan pukul ini sesuai untuk digunakan bagi ayat yang merujuk kepada sesuatu yang dipukul atau seseorang yang kena pukul namun berdasarkan pantun di atas perkataan pukul bukan merujuk kepada seseorang yang dipukul sebaliknya merujuk kepada masa menunjukkan jam berapa. Pada baris kedua pergi ke sekolah pukul satu jelas menunjukkan bahawa perkataan pukul itu bukan merujuk kepada seseorang yang kene pukul atau sesuatu yang dipukul. PUKUL 15 Berdasarkan (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2015), perkataan mengirai merujuk kepada perbuatan menyelerakkan sesuatu yang tersusun. Namun begitu, di dalam konteks pantun yang dipilih, maksud perkataan tersebut adalah merujuk kepada perbuatan mengibaskan padi dengan menggunakan tangan bagi meleraikan beras daripada kulitnya. Di samping itu, melihat kepada leksikal ‘mengirai’ yang juga tergolong dalam golongan kata kerja, ianya juga boleh dikaitkan dengan jenis makna tematik. MENGIRAI


16 MAKNA AFEKTIF Menurut Kamus Linguistik (1997), afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikiran. Makna afektif ini dinilai berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan beberapa perkara seperti nada suara, intonasi dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa-apa yang diucapkan dan kepada siapa hendak diucapkan. Perasaan penutur termasuk sikapnya terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan baik. Perasaan itu pula melibatkan perkara yang positif atau negatif. Pada bahagian ini, pengkaji akan menunjukkan contoh-contoh ayat yang melibatkan perkataan manis dalam makna afektif yang mempunyai unsur positif dan negatif. Berikut merupakan contohcontoh ayat yang mempunyai perkataan manis dalam makna afektif yang berunsurkan positif dan negatif : MANIS UNSUR POSITIF UNSUR NEGATIF “Sedap teh yang kamu buat ini. Tapi, teh ini agak manis untuk abah” kata Encik Mahmud kepada Alisa. “Hoi, Alisa! Teh ini manislah! Alisa nak bunuh abah ke?!” tengking Encik Mahmud kepada Alisa. “Jangan ketawa besar sangat. Kamu tu perempuan. Tak manis ditengok” tegur Makcik Jamilah kepada anak perempuannya. “Ketawa macam hantu! Tak malu ke?! Orang tengok nanti tak manislah!” jerkah Makcik Jamilah kepada anak perempuannya.


17 Berdasarkan konteks ayat di atas, nada dan intonasi juga antara elemen penting dalam menyampaikan sesuatu perkara. Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa nada dan intonasi yang tinggi adalah berbaur negatif dan perkara ini akan memberi kesan kepada perasaan orang yang ditujukan. Contohnya, pada ayat 1, Encik Mahmud menengking Alisa kerana air teh yang diberikan kepadanya berasa manis. Ayat Encik Mahmud yang kasar itu sudah pasti akan mengguris perasaan Alisa. Pada ayat 2 pula, Makcik Jamilah menjerkah anak perempuannya kerana ketawa terlalu kuat. Ayat Makcik Jamilah yang kurang sopan itu akan memberikan kesan kepada jiwa anak perempuannya. MUDA Perkataan muda juga dapat dibahas berdasarkan aspek afektif. iaitu berkait rapat dengan perasaan dan emosi. Berdasarkan nada dan intonasi ujaran seseorang, kita sebagai pendengar dapat membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan penutur termasuk sikapnya terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan baik. Perasaan bagi aspek ini terbahagi kepada dua, sama ada positif atau negatif. Contoh penggunaan perkataan muda dalam aspek afektif: UNSUR POSITIF UNSUR NEGATIF Golongan muda pada masa ini perlu bersikap terbuka untuk menceburi bidang-bidang yang memerlukan kemahiran seperti juruelektrik, tukang jahit, tukang paip dan sebagainya. “Nazim, kau muda lagi! Tindakan kau ni boleh musnahkan masa depan kau. Kau tak fikir ke sebelum buat?”, luah Baim dengan kecewa.


18 Perkataan muda dalam ayat 1 merupakan aspek afektif positif, iaitu memberi galakan kepada golongan belia atau remaja untuk menceburi bidang-bidang yang memerlukan kemahiran seperti juruelektrik, tukang jahit, tukang paip dan sebagainya. Manakala ayat 2 pula merupakan ayat aspek afektif negatif, iaitu luahan kecewa Baim terhadap Nazim yang masih muda, tetapi tidak berfikir sebelum bertindak sehinggakan tindakannya itu boleh memusnahkan masa depan Nazim. Berdasarkan pantun di atas juga, perkataan menjunjung dapat dibahas berdasarkan aspek afektif. Makna aspek afektif ini dikaitkan dengan reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan perkataan yang diujarkan atau ditulis sama ada dari sudut positif ataupun negatif. Contoh penggunaan perkataan junjung dalam aspek afektif adalah seperti di bawah: MENJUNJUNG UNSUR POSITIF UNSUR NEGATIF “Saya sangat menjunjung tinggi semangat para atlet yang bertanding di sukan Komanwel kali ini”, ujar Perdana Menteri. “Kalau betul kau tak buat, aku nak kau junjung Quran ini dan bersumpah dengan nama Allah!”, kata Pak Ali kepada anaknya Amirah. Perkataan menjunjung dalam ayat 1 merujuk kepada perihal menghargai semangat-semangat yang ditonjolkan oleh para atlet sukan Komanwel. Manakala dalam ayat 2, perkataan junjung digunakan oleh Pak Ali terhadap anaknya yang telah menconteng arang ke muka keluarga dengan meminta anaknya supaya bersumpah dan menjunjung Al-Quran yang merupakan kitab suci bagi umat Islam jika betul dia bercakap benar.


19 GUGUR Berdasarkan pantun di atas juga, perkataan gugur dapat dibahas berdasarkan aspek afektif. Afektif membawa maksud makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata atau kalimat. Makna afektif juga dapat dikaitkan dengan reaksi pendengar atau pembaca dalam dimensi rasa maka dengan sendirinya makna afektif ini berhubungan pula dengan gaya bahasa dan disebabkan konsep inilah makna afektif juga dikenali sebagai makna emotif. Dalam makna afektif terlihat adanya reaksi yang berhubungan dengan perasaan pendengar atau pembaca setelah mendengar atau membaca sesuatu. Perasaan yang muncul dapat dibahagikan kepada unsur positif dan unsur negatif. Darmojuwono (2005) menyatakan berpendapat bahawa makna afektif memiliki peranan yang penting. Menurut beliau juga, makna afektif berkaitan dengan perasaan seseorang jika mendengar atau membaca kata tertentu. Nordquist (2019) pula menjelaskan bahawa makna afektif ini melebihi makna yang ada di dalam kamus dan sifatnya adalah subjektif. Makna afektif juga muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata-kata yang digunakan dalam bahan yang didengar atau dibacanya. Contohnya penggunaan perkataan gugur dalam aspek afektif : UNSUR POSITIF UNSUR NEGATIF Air mata Puan Aisyah gugur apabila melihat anak lelakinya kini telah berjaya menamatkan pengajian. “Aku nak kau gugurkan kandungan itu!” jerit Samad kepada Nurul.


20 SEMAI Seterusnya, perkataan ‘semai’ yang terdapat dan dipilih melalui pantun yang bertemakan adab dan budi juga merupakan salah satu perkataan yang boleh dikaitkan dari segi makna afektifnya. Berdasarkan kepada baris keempat pantun tersebut iaitu merujuk kepada ayat “Tunggak budaya semai dihati”, ‘semai’ itu merujuk kepada perbuatan menerapkan semangat dalam jiwa. Makna afektif ini dapat diperjelaskan lagi dengan merujuk kepada contoh lain misalnya dalam konteks ayat berikut: Ayat 1 Kalau kita tidak semai semangat cintakan negara dalam diri murid-murid siapa lagi yang hendak diharapkan? Ayat 2 Marilah kita semai kasih sayang yang murni, agar tali persaudaraan kita akan kekal selamanya.


21 Sesuatu kata atau perkataan itu dikatakan mempunyai makna afektif sekiranya kata tersebut dapat menimbulkan “nilai rasa” sama ada dalam bentuk positif mahupun negatif. Rasa yang timbul tersebut merujuk kepada pertuturan yang dihasilkan oleh keduadua pihak iaitu baik penutur dan juga pendengar (Sucipto, N. H. , 2017). Justeru, selaras dengan apa yang difahami bahawa selain rasa, sikap atau perbuatan yang mengiringi sesuatu pernyataan itu juga perlu dikenalpasti. Merujuk pada contoh ayat 1 di dalam jadual di atas,, ayat tersebut menunjukkan bahawa wujudnya perasaan marah atau kecewa terhadap seseorang yang tidak mempedulikan tanggungjawab sebagai seorang guru. Oleh itu, perkataan ‘semai’ yang berada dalam ayat tersebut merujuk kepada makna afektif dalam aspek negatif. Berbanding dengan ayat 2, konteks ayat tersebut memperlihatkan penutur mengajak semua orang untuk bersama-sama menerapkan perasaan kasih sayang dalam diri. Ayat ini menunjukkan makna afektif yang positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, perasaan ataupun nilai rasa yang muncul dalam diri pendengar apabila mendengar ayat yang dituturkan oleh penutur merujuk kepada suatu permintaan dengan cara yang baik dan lembut. Jika dilihat, kedua-dua ayat tersebut memperlihatkan makna afektif yang positif dan juga negatif disebabkan ayat 1 akan menjadikan pendengar merasakan bahawa penutur menunjukkan emosi marah manakala ayat 2 pula menunjukkan kelembutan penutur dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa makna afektif merupakan makna yang dihasilkan oleh penutur ataupun pendengar yang menggambarkan perasaannya.


Makna afektif dalam konteks semantik, merujuk kepada aspek emosi, sosial, dan moral makna. Perkara ini berkenaan dengan bagaimana perkataan dan frasa membangkitkan emosi dan bagaimana perkataan itu digunakan untuk membina hubungan, dan bagaimana ia mencerminkan nilai moral. Aspek afektif sering diabaikan dalam teori semantik tradisional di mana teori tradisional lebih memberi tumpuan kepada aspek kognitif makna. Walau bagaimanapun, aspek afektif merupakan makna penting untuk memahami bagaimana bahasa digunakan dalam kehidupan sebenar. Sebagai contoh, perkataan "cinta" mempunyai makna yang berbeza dalam lagu cinta berbanding dalam karya ilmiah. Perbezaan makna adalah disebabkan oleh aspek afektif kedua-dua konteks. PUKUL Aspek afektif makna juga penting untuk memahami bagaimana bahasa digunakan untuk membina hubungan. Contohnya, penggunaan pujian dan permintaan maaf boleh membantu membina hubungan dan kepercayaan antara orang ramai. Akhir sekali, aspek afektif makna adalah penting untuk memahami bagaimana bahasa mencerminkan nilai moral. Sebagai contoh, penggunaan perkataan seperti "baik" dan "buruk" boleh membantu untuk menyatakan pertimbangan moral. Aspek afektif adalah bidang penyelidikan yang kompleks dan menarik. Ia adalah penting untuk memahami bagaimana bahasa digunakan dalam kehidupan sebenar, dan ia mempunyai implikasi penting untuk kajian semantik, pragmatik, dan sosiolinguistik. 22


BIL AYAT 1 Dia suka memukul bola dengan raketnya. 2 Ayah saya selalu memukul gendang pada waktu malam 3 Pemain itu terpaksa dikeluarkan kerana memukul pemain lawan. 4 Dia terpaksa memukul pintu kerana tidak ada orang yang membukakan pintu. 5 Adik dipukul oleh abang kerana ponteng sekolah. Berikut merupakan contoh ayat 'pukul' yang menggunakan makna afektif 23


24 MAKNA ASOSIATIF Seterusnya, berdasarkan pantun di atas, pengkaji juga akan mengulas tentang perkataan gugur berdasarkan aspek asosiatif. Asosiatif adalah fenomena di mana satu idea datang dengan idea atau pemikiran lain. Kim dan Lee (2015) menjelaskan bahawa makna asosiatif ialah makna yang timbul dalam fikiran kerana persatuan. Asosiatif juga membawa makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata yang memiliki hubungan dengan sesuatu yang ada di luar bahasa. Leech (1976) pula berpendapat bahawa makna asosiatif adalah makna yang dimiliki oleh sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolotatif. Selain merujuk kepada maksud jatuh, berikut merupakan antara makna-makna asosiatif bagi perkataan gugur : GUGUR PERKATAAN MAKNA ASOSIATIF CONTOH AYAT Gugur Berhentinya kehamilan secara spontan saat usia kehamilan belum mencapai 20 minggu. Encik Jamil berasa sedih mendengar berita tentang isterinya yang keguguran. Terkorban, mati atau meninggal dunia. Air mata yang mengalir. Membebaskan Anggota yang gugur semasa di peperangan itu akan dibawa balik ke negara secepat yang mungkin.Air matanya gugur apabila melihat wajah insan yang amat dirinduinya itu.Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


25 MENJUNJUNG Seterusnya, pengkaji juga akan mengulas perkataan menjunjung berdasarkan aspek asosiatif. Menurut Setiawati Dermojuwono dalam Abdullah Yusof et.al (2009), makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu. Asosiatif ini dipengaruhi unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Selain daripada makna membawa sesuatu di atas kepala, junjung juga mempunyai makna yang lain. Berikut merupakan makna-makna asosiatif bagi perkataan junjung: PERKATAAN MAKNA ASOSIATIF CONTOH AYAT Menjunjung Membawa sesuatu di atas kepala Perempuan tua itu menjunjung barang jualannya sambil berjalan kaki ke pasar. Mematuhi atau menurut perintah Patik menjunjung titah tuanku. Amat menghormati. Memuliakan, amat menghargai Tanda kasih ingatan berkekalan, cenderamata tanda menjunjung budi.


26 Dari segi bahasa figuratif, pengkaji akan membincangkan perkataan muda dari aspek metonimi. Menurut Abdullah Yusof et.al (2009), metonimi ialah penggunaan nama sesuatu untuk merujuk kepada benda lain yang sifatnya ada hubungan logik dengan makna rujukan tersebut. Menurut Rahman Shaari (1993), metonimi bermaksud gaya berbahasa yang menyebut sesuatu untuk maksud lain yang berkait rapat dengannya. Contoh perkataannya ialah pucuk muda, tenaga muda dan darah muda. Perkataan muda dalam contoh frasa-frasa tersebut merujuk kepada orang yang masih muda. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), bahasa figuratif merujuk pada situasi iaitu dapat berkomunikasi secara analogi dan menunjukkan bahawa makna sesuatu kata atau ekspresi itu dikembangkan untuk mengisi ruang yang lebih luas atau ruang yang berbeza. Bahasa figuratif banyak menggunakan perlambangan atau analogi untuk menjelaskan sesuatu makna. Penulis dan penutur dapat memahaminya kerana terdapat kesamaan atau perhubungan antara kedua-dua perkara tersebut (Anida Sarudin, Husna Fardedza Mohamed Redzwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof, 2023) Bahasa figuratif juga dikenali sebagai gaya bahasa atau stilistik dalam penulisan dan pertuturan yang boleh dijadikan perlambangan bagi sesuatu perkara. MUDA BAHASA FIGURATIF


27 GUGUR Secara umumnya, perkataan gugur dapat didefinisikan sebagai jatuh atau luruh. Perkatan gugur dapat diajukan kepada situasi buah yang jatuh dari pohon. Dari segi bahasa figuratifnya, pengkaji akan membincangkan perkataan gugur dari aspek pejorasi. Pejorasi merupakan proses perubahan makna sesuatu kata daripada yang asal kepada yang mempunyai nilai makna yang rendah. Pejorasi juga dapat membawa maksud perubahan iaitu peluasan makna sesuatu makna daripada makna yang baik kepada yang kurang baik. Konsep kata baharu yang diberikan adalah terbatas kepada pendefinisian yang terhad. Nathesan (2016) menjelaskan bahawa konsep kata baharu ini sebagai kata yang mencakupi pelbagai bidang ilmu iaitu semantik, morfologi dan leksikografi yang hadir secara terus-menerus dan akan memasuki bahasa melalui pelbagai sumber sama ada sumber bertulis atau lisan. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2014) pula menyatakan bahawa kata baharu ini merupakan kata yang terhasil daripada ciptaan penggunaan popular yang mengungkapkan perkara, kejadian, keadaan dan benda yang berkait rapat dengan kehidupan. Perkataan gugur di atas boleh dikaji melalui aspek pejorasi. Berdasarkan aspek pejorasi, perkataan gugur pada masa kini bukan sahaja merujuk kepada jatuh atau luruh. Perkataan gugur juga boleh merujuk kepada maksud meninggal. Contohnya, sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1. Perkataan gugur di ayat di atas merujuk kepada tentera Australia yang telah meninggal.


Bil Ayat Makna Kontekstual 1. Generasi muda perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang seimbang. Orang yang belum tua 2. Mangga muda itu sangat masam. Masih putik atau belum masak 3. Perusahaan ini masih muda. Masih baru 4. Malam masih muda tetapi jalan raya telah mulai lengang. Masih awal 5. Abang saya lulus temuduga leftenan muda maritim. pangkat 6. Yang mana satu isteri muda Haji Kasim? Yang terakhir atau baru 7. Warna kegemaran saya hijau muda. Warna yang kurang gelap Perkataan muda juga dapat dikaji melalui aspek makna kontekstual, iaitu makna kata yang digunapakai berdasarkan konteks. Konteks yang dimaksudkan merujuk kepada situasi ujaran atau tulisan tersebut, iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Makna kontekstual muncul akibat hubungan antara ujaran dan situasi. (Anida Sarudin et.al, 2023). Contoh perkataan muda dari aspek makna kontekstual adalah seperti di bawah: 28 MAKNA KONTEKSTUAL MUDA


29 MANIS Berdasarkan pantun di atas, perkataan manis juga dapat dikaji melalui aspek makna kontekstual. Makna kontekstual membawa maksud kata yang digunakan berdasarkan konteks. Makna kontekstual terjadi akibat hubungan antara ujaran dan situasi. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan manis yang digunapakai dalam aspek kontekstual : BIL AYAT MAKNA KONTEKSTUAL 1 Sambil menunggu, mereka menikmati tebu yang sangat manis rasanya. Perkataan manis merujuk kepada rasa sesuatu makanan. 2 Buat pertama kalinya, dia menguntum senyuman manis. Perkataan manis merujuk kepada senyuman yang menawan. 3 Sudah tentu tidak manis kalau diherdik atau ditegur di depan pekerja yang lain. Perkataan manis merujuk kepada suatu kelakuan. Berdasarkan ayat tersebut, perbuatan mengherdik atau menegur pekerja di depan pekerja lain adalah satu kelakuan yang kurang sopan. 4 Kulit kayu manis boleh memanaskan dan mengeringkan. Perkataan manis merujuk kepada sejenis rempah. Kayu manis merupakan bumbu makanan yang digunakan oleh manusia dalam masakan. 5 Zaman pop yeh yeh banyak memberi kenangan manis dan pahit kepada penyanyinya dan mereka kurang mendapat liputan kini. Perkataan manis merujuk kepada sesuatu kenangan yang menggembirakan.


30 Perkataan berjejal dalam pantun di atas boleh dilihat melalui makna kontekstual, menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kontekstual berkaitan dengan atau menurut konteks, perkara ini menunjukkan bahawa satu-satu perkataan itu digunakan mengikut konteks yang bersesuaian dan makna bagi setiap perkataan yang digunakan dalam konteks yang berbeza ini akan membawa makna yang berbeza. Seterusnya, menurut Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof (2023), “makna kontekstual bermaksud kata yang digunapakai berdasarkan konteks. Seperti contoh pantun di atas perkataan ‘berjejal’ tersebut merujuk kepada daun yang lebat dan bukannya kawasan yang sesak. Selain itu, jika kita melihat pada sudut sains pokok meranti itu sendiri mempunyai daun yang lebat, kerana perkataan merimbun yang terdapat dalam pantun pada baris kedua itu sendiri (batang meranti rimbun) membawa maksud lebat. Oleh itu pengarang menggunakan perkataan berjejal bagi menunjukkan daun pokok meranti yang sangat lebat. BERJEJAL Berdasarkan pantun di atas, perkataan menjunjung juga dapat dikaji melalui aspek makna kontekstual. Untuk mengetahui makna kontekstual bagi sesuatu perkataan, kita perlu melihat konteks ayat yang diujarkan. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan menjunjung yang digunapakai dalam aspek kontekstual : MENJUNJUNG


BIL AYAT MAKNA KONTEKSTUAL 1. Nampaknya kau takut bendara, takut kalau hanya akan menjunjung impian. Perkataan menjunjung merujuk kepada perbuatan yang hanya memasang impian tanpa melaksanakannya sehingga tercapai. 2. Kita hanya perlu menegaskan saja bahawa Islam adalah agama menjunjung keamanan. Perkataan menjunjung dalam konteks ayat ini merujuk kepada mengutamakan keamanan. 3.. Sumpah itu bermaksud setiap daripada mereka itu hendaklah menjunjung prinsip kedaulatan dan perlembagaan negara dengan taat setia. Perkataan menjunjung dalam konteks ini merujuk kepada pematuhan terhadap prinsip kedaulatan dan perlembagaan negara. Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, jelaslah bahawa setiap perkataan yang diujarkan atau ditulis perlu melihat kepada konteks kerana maksud perkataan berbeza mengikut konteks. 31


32 Menurut Jalaluddin, Nor Hashimah, Rosnani Hashim (2005) aspek kontekstual merujuk kepada cara makna sesuatu perkataan atau frasa boleh berubah bergantung pada konteks di mana ayat tersebut digunakan. Sebagai contoh, perkataan "bank" boleh mempunyai makna yang berbeza bergantung pada konteks. Dalam konteks kewangan, bank ialah institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan seperti akaun cek dan simpanan, pinjaman dan pelaburan. Walau bagaimanapun, dalam konteks sungai, tebing adalah pinggir sungai. Aspek kontekstual juga penting untuk memahami bagaimana cara bahasa berfungsi. Sebagai contoh, jika anda menulis laporan mengenai sistem kewangan, anda ingin menggunakan perkataan "bank" dalam erti kata kewangannya. Walau bagaimanapun, jika anda menulis cerita tentang sungai, anda perlu menggunakan perkataan "bank" dalam pengertian sungai. Maksud perkataan itu berbeza-beza bergantung pada konteksnya. Makna sesuatu perkataan boleh berubah bergantung pada konteks. Pemahaman yang tepat tentang aspek kontekstual sangat penting untuk penggunaan bahasa yang berkesan. Pemahaman yang tepat tentang aspek kontekstual adalah sangat penting untuk penggunaan bahasa yang berkesan. Selain itu, penulis perlu berhati-hati untuk menggunakan perkataan dalam konteks yang sesuai. Penulis harus berhati-hati menggunakan perkataan dalam konteks yang sesuai agar pembaca tidak salah faham mengenai apa yang diceritakan sebenarnya. Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan perkataan ‘suci’ mengikut aspek kontekstual yang berbeza: SUCI


Bil Ayat Makna Kontekstual 1. Hati yang suci adalah hati yang bersih dari segala dosa. Menerangkan hati yang bersih dari niat buruk. 2. Air suci dapat digunakan untuk membersihkan diri dan menyembuhkan penyakit. Air yang bersih seperti air zam-zam yang sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa dialunkan al-quran. 3. Tempat suci adalah tempat yang dihormati oleh umat yang beragama islam Menunjukkan masjid atau surau. 4. Perbuatan suci adalah perbuatan yang baik dan mulia Menunjukkan sifat seseorang. 33


34 MAKNA PERIBAHASA MENJUNJUNG Umumnya, perkataan menjunjung merupakan kata kerja yang didefinisikan sebagai membawa sesuatu di atas kepala. Pengkaji akan mengulas tentang perkataan menjunjung berdasarkan aspek metafora. Metafora tergolong dalam teknik kiasan dan sasaran dalam sesebuah pantun. Menurut Eizah Mat Hussain, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Salina Jaafar (2015) masyarakat Melayu telah menyatakan kiasan terlebih dahulu dalam pembayang pantun sebelum menyampaikan maksud di bahagian rangkap maksud pantun. Metafora merujuk kepada bahasa figuratif, misalnya perumpamaan, personifikasi, mitos dan peribahasa yang merupakan bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah fenomena di mana rupa bentuk sesuatu material akan dipersembahkan dengan refleksi sesuatu objek dari fizikalnya. Berikut merupakan contoh perkataan metafora menjunjung dalam peribahasa Melayu: BIL PERIBAHASA MAKSUD 1. Memikul di bahu, menjunjung di kepala Mengerjakan sesuatu menurut aturan 2. Menjunjung sangkak ayam Mendapat malu besar 3. Kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek Lebih mementingkan kerja orang lain daripada kerja sendiri 4. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan.


Berdasarkan contoh-contoh di atas, perkataan menjunjung menunjukkan perbuatan meletakkan atau membawa sesuatu di atas kepala. Namun begitu, setiap perkataan tersebut sebenarnya perlu dilihat dari aspek yang tersirat. Sebagai contoh, peribahasa memikul di bahu, menjunjung di kepala merujuk kepada perbuatan mengerjakan sesuatu yang menurut aturan atau mematuhi arahan. Bagi peribahasa menjunjung sangkak ayam pula merujuk kepada perbuatan meletakkan sangkak ayam di atas kepala. Maksud tersirat bagi peribahasa ini sebenarnya ialah mendapat malu besar kerana menjunjung sangkak ayam itu dianggap sebagai satu perkara yang memalukan. Seterusnya, kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek membawa maksud lebih mementingkan kerja orang lain berbanding kerja sendiri. Akhir sekali, peribahasa yang sering kita dengar iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Peribahasa ini merujuk kepada seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diberikan. 35


36 MAKNA SINONIM Dari aspek sinonim pula, perkataan menjunjung sebenarnya mempunyai banyak perkataan sinonim yang merujuk terus kepada perbuatan yang hendak dinyatakan. Menurut Nor Eliza Abdul Rahman & Mohd Shahrizal Nasir (2014), sinonim merupakan salah satu bidang semantik dalam komponen ilmu Linguistik. Bidang ini menyentuh struktur makna atau hubungan antara makna perkataan. Menurut Raminah dan Rahim (1985), sinonim ialah kata-kata dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna yang hampir-hampir sama. Kata-kata itu dikatakan mempunyai makna yang hampir sama kerana sebenarnya perkatan tersebut bukanlah seratus peratus sama maknanya antara satu sama lain. Berikut merupakan perkataan-perkataan yang bersinonim dengan perkataan menjunjung: MENJUNJUNG PERKATAAN SINONIM Menjunjung -mengangkat -membawa -mendaulat -mendukung -menghargai -menuruti -mentaati -menyanjung


PERKATAAN SINONIM Manis 1. Rasa Enak Lazat Sedap Nikmat Legit 2. Kelakuan Sopan Menawan Cantik Beradab Berbudi bahasa 37 MANIS


Selain itu, bukan sahaja perkataan ‘menjunjung’ yang dikatakan mempunyai makna yang bersinonim dengannya malah perkataan ‘semai’ juga mempunyai kata yang seerti dengannya. Misalnya, dalam konteks “setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan, Pak Long lantas menyiraminya”. Berdasarkan contoh ayat berikut, ianya memberi makna bahawa Pak Long menabur biji benih sayur sawi di atas tanah yang telah digemburkan. Perkataan semai itu merujuk kepada biji benih semaian. Justeru, berdasarkan aspek semantik leksikal, perkataan semai ini juga dapat dikaitkan dengan perkataan lain yang mempunyai makna seerti dengannya iaitu seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah: PERKATAAN SINONIM  Semai 38 SEMAI 1. Benih 2. Semar 3. Ipukan 4. Redih


39 MAKNA TEMATIK MENGIRAI Pertama sekali, Leksikal merupakan kata, kosa kata atau perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa. Selain itu, leksikal juga didefinisikan sebagai kata yang telah diterjemahkan di dalam kamus yang mempunyai makna. (Asmah, 1993) mendefinisikan leksikal sebagai kata yang mempunyai makna tersendiri dan tidak terikat dengan dengan sistem tatabahasa normatif. Di dalam bahagian ini juga, terdapat beberapa leksikal yang akan dikaitkan dengan jenis-jenis makna yang berada di bawah bidang semantik. Antaranya adalah seperti leksikal ‘mengirai’, ‘semai’ dan lain-lain. Pada asalnya, leksikal ‘mengirai’ membawa makna bermaksud mengibas-ngibas dengan keras manakan leksikal ‘semai’ pula merujuk pada benih tumbuhan yang akan ditanam di tempat lain. PERKATAAN JENIS MAKNA CONTOH AYAT Mengirai Makna Tematik 1. Wanita itu mengirai kain batiknya setelah melalui kawasan yang berdebu itu. 2. Kain batik itu dikirai oleh wanita itu setelah melalui kawasan yang berdebu.


40 Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015), perkataan mengirai merujuk kepada perbuatan ‘mengirai’, mengibasngibaskan dengan keras. Namun begitu, dengan melihat pada contoh di dalam jadual di atas, perkataan ‘mengirai’ dikategorikan sebagai salah satu perkataan yang mempunyai makna tematik. Hal ini disebabkan, berdasarkan kepada kedua- dua contoh ayat tersebut berlaku penegasan. Di dalam ayat 1, perkara yang ditegaskan adalah siapa yang melakukan perbuatan mengirai tersebut iaitu merujuk kepada ‘wanita’. Kemudian, pada ayat 2 pula, perkara yang ditegaskan adalah hasil daripada perbuatan yang ditunjukkan iaitu merujuk kepada kain batik yang dikirai tersebut dan bukan wanita yang mengirai kain tersebut.


41 MAKNA RUJUKAN Perkataan Pauh juga berdasarkan pantun di atas boleh dilihat melalui jenis makna rujukan. Menurut Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof (2023), “makna rujukan merujuk kepada sesuatu yang dirujuk berupa bahan konkrit”. Leksikal ‘pauh’ merupakan bahan konkrit kerana boleh dilihat dan disentuh. Pokok pauh merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai bunga kecil berwarna putih. Bijinya pula berbentuk leper dan hanya mempunyai satu biji yang tunggal tidak seperti buah-buahan yang lain. PAUH Pokok pauh mempunyai rasa masam dan manis bergantung kepada kematangan buah tersebut. Ciri-ciri yang terdapat pada buah pauh ini merupakan makna rujukan kepada buah pauh berbanding buah yang lain. Pengarang pantun menggunakan buah pauh kerana merujuk kepada rantingnya yang kecil jika ditimpa oleh buah nangka yang besar akan patah atau rosak. Berikut merupakan rajah bagi buah pauh.


42 MAKNA KONOTASI PELITA Pantun di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang yang mendampingi atau berpegang teguh dengan Al-Quran akan sentiasa mendapat petunjuk ke arah kebaikan daripada Allah SWT. Perkataan pelita dalam pantun di atas merujuk kepada makna konotasi. Menurut Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof (2023), “makna konotasi adalah makna yang berpunca daripada akibat penilaian penutur secara afektif atau emosional dan biasanya bersifat negatif”, perkara ini bermaksud konotatif ialah perkataan yang bukan daripada makna kamus.


BAB 4 TEORI RELEVANS & TEORI TRADISIONAL


Click to View FlipBook Version