Dalam bab 4 ini, terdapat dua teori yang digunakan untuk menganalisis perkataan yang terdapat dalam pantun iaitu relevans dan teori tradisional. Teori relevans merupakan teori yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), teori ini membincangkan kerelevanan seseuatu komunikasi itu yang bersangkutan dengan aspek kognisi. Menurut Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof (2023),“teori relevan juga menyangkut komunikasi dan kognisi mampu membantu kita memahami ujaran yang dihasilkan dengan sistematik dan saintifik serta ia membantu untuk memahami ujaran melalui proses-proses yang telah diterapkan dengan menggunakan konsep konteks, kesan konteks dan kos proses”. Konteks bermaksud andaian tentang dunia yang dibina oleh psikologi pendengar, perkara ini bermaksud maklumat yang diperoleh oleh pendengar dalam komunikasi yang dijalankan. Seterusnya kesan konteks, kesan konteks pula ialah andaian awal pendengar terhadap perkara yang dituturkan oleh penutur. Semasa proses kesan konteks, pendengar perlu menggunakan kognitif dan pengalamannya untuk memahami makna pertuturan yang dihadapi. Penutur memainkan peranan penting untuk menuturkan perkara yang berada dalam batasan kognitif dan pengalaman pendengar supaya komunikasi dua hala tersebut dapat dijalankan dengan baik. Bagi kos proses pula ialah proses pendengar memahami makna ujaran oleh penutur. Jika kos memproses oleh pendengar rendah maka pendengar dapat memahami ujaran yang dituturkan dengan cepat manakala jika kos memproses maklumat yang diambil oleh pendengar agak lama maka kesannya pendengar lambat memahami ujaran yang 44
Berdasarkan pantun yang dipilih, perkataan gugur membawa maksud jatuh atau luruh. Perkara ini dapat dikaitkan dengan teori tradisional. Teori tradisional menekankan tentang makna sinonim dan antonim sesuatu perkataan. Pengkajian makna boleh berlaku dengan melihat makna perkataan secara sinonim dan antonim. Di bahagian ini, pengkaji akan mengaitkan perkataan gugur dengan aspek sinonim. Menurut Kamus Linguistik (1997), sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Perkataan gugur bersinonim dengan batal, jatuh, mangkat, mati, meninggal, runtuh dan tanggal. Namun begitu, berdasarkan teori tradisional ini, tidak semua kata-kata bersinonim sesuai digunakan dalam konteks ayat. Berdasarkan pantun yang dikaji, perkataan gugur diterangkan untuk menjelaskan buah nangka yang hendak gugur. Maksud perkataan gugur di sini adalah bersinonim dengan perkataan jatuh. Namun, mengikut sesetengah konteks ayat, perkataan gugur tidak sesuai sekiranya menerangkan sesuatu yang sedang jatuh. Contohnya, Ali menangis kerana dia gugur dari basikal. Walaupun perkataan gugur bersinonim dengan jatuh tetapi dalam ayat tersebut perkataan gugur tidak sesuai digunakan. 45 dituturkan. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain semasa proses komunikasi dijalankan. GUGUR
BIL AYAT 1 Dia mencium bunga ros hingga gugur kelopaknya. 2 Daun-daun sena yang kering, gugur ditiup angin. 3 Burung dan segala fauna memakan buah-buah hutan yang gugur atau tidak ke tanah. 4 Sesekali sari-sari bunga jambu yang sedang membiak di ranting dahan gugur setelah lerai dari jambul bunga dan bersedia menjadi putik. 5 Barangkali juga ingatan itu ada kaitan dengan jajaran pokok buluh itu yang daunnya banyak gugur melayang ke lantai datarn ini. Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘gugur’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji. 46 MANIS Perkataan manis membawa maksud sesuatu rasa yang seperti gula atau madu. Manis juga bersinonim dengan penampilan yang cantik atau kelakuan yang sopan. Dalam teori tradisional, selain aspek sinonim, teori ini juga turut melihat makna antonim dalam sesuatu perkataan itu. Berdasarkan pantun di atas, perkataan manis bersinonim dengan kelakuan yang sopan dan beradab. Kamus Dewan (1998) mendefinisikan perkataan antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Jadual berikut menunjukkan perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan manis dari aspek kelakuan :
Ayat 1 “Manis betul budi bicara anak perempuan kamu ini” kata Puan Kamila kepada Puan Jemaimah. Ayat 2 “Kurang ajar betul anak kamu ini!” jerkah Puan Kamila kepada Puan Jemaimah. Berdasarkan jadual di atas, ayat 1 menunjukkan perkataan “manis” yang menjelaskan tentang kelakuan atau personaliti seseorang. Perkataan “manis” di ayat 1 adalah merujuk kepada seseorang yang sopan-santun. Pada ayat 2 pula, perkataan “kurang ajar” merupakan antonim bagi perkataan manis (sopansantun) iaitu kelakuan yang tidak sopan. 47 Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘manis’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji : BIL AYAT 1 Manis tingkah lakunya. 2 Bertandang berambih pekan Marudi, terpikat gadis muda rupawan, menjunjung kasih setia budi, bahasa yang manis hati tertawan. 3 Jika dilihat pekerti raja itu, tiada baik dan peri raja itu keji maka hendak-lah dengan kata yang lemah lembut manis mengerjakan Rajanya.
48 BIL AYAT 4 Penari perempuan ditarikan oleh pondan kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak manis jika perempuan menari. 5 Adam memang terkenal di kalangan orang Melayu sebagai seorang yang suka bergaul dan bermesra dengan orang Melayu, bercakap dengan bahasa Melayu, yang manis dan lemah lembut, supaya ia digemari oleh orangorang Melayu, MUDA Berdasarkan pantun yang dipilih, perkataan muda membawa maksud putik, belum masak atau masih belum matang. Penggunaan perkataan muda dalam pantun tersebut ada dua, dan kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh pantun tersebut, pembaca perlu melihat kepada konteks penggunaannya. Perkara ini dapat dikaitkan dengan teori relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson. Teori ini mencakupi fakta tentang pembentukan dan pemilihan konteks serta prinsip relevans. Dalam teori ini, terdapat tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses. Teori relevans menekankan kepada kerelevanan sesuatu ujaran. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1991), teori ini memberi penekanan kepada penutur dan pendengar iaitu kedua-dua mereka mestilah saling memahami bentuk ujaran antara satu sama lain semasa berkomunikasi.
1) Tolong ambilkan baju berwarna biru muda itu, kata Fatin kepada penjual. 2) Pokok kedondong itu masih muda, sebab itu belum berbuah. Berdasarkan kedua-dua contoh di atas, kita dapat bezakan penggunaan perkataan muda dalam ayat tersebut. Dalam ayat pertama, perkataan muda merujuk kepada warna biru yang tidak terlalu tua atau pekat. Manakala dalam ayat kedua, perkataan muda merujuk kepada pokok kedondong yang masih belum matang dan disebabkan itulah pokok itu belum berbuah. 49 Sebagai contoh, penggunaan kata muda dalam ujaran lain adalah seperti berikut: Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘muda’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji BIL AYAT 1. Generasi muda harapan umat Islam Kemboja. 2. Anak-anak muda tiada yang menegur aku. 3. Usianya yang begitu muda ketika merantau dan kurangnya bekalan agama mungkin menyebabkan … 4. Kalau dia mula mengusahakan perniagaan kelapa muda, kelapa muda itu sendiri boleh diindustrikan. 5. Sekiranya padi masih muda, Leha akan turun mengutip siput yang ada.
50 Berdasarkan pantun yang telah dipilih, perkataan ‘menjunjung’ merujuk kepada mematuhi atau menurut. Setelah menganalisis maksud bagi perkataan tersebut, pengkaji mendapati bahawa perkataan menjunjung juga sebenarnya mempunyai banyak makna. Oleh itu, pengkaji akan mengaitkannya dengan teori Relevans sebagaimana yang telah dijelaskan pada 4.3. Dalam teori Relevans, gagasan utama yang ditekankan berkait rapat dengan konteks berlakunya ujaran tersebut. Oleh itu, untuk memahami sesuatu perkataan, pembaca atau pendengar perlu mengambil kira konteks apa yang hendak disampaikan oleh penulis atau penutur. Sebagai contoh, penggunaan kata menjunjung dalam ayat lain adalah seperti di bawah: 1) Penduduk terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer sambil menjunjung beras dan barangan dapur disebabkan jalan utama telah putus. 2) Inilah malam Allah bertitah dan para malaikat menjunjung perintah. Berdasarkan contoh penggunaan perkataan menjunjung di atas, jelaslah terdapat perbezaan maksud yang ingin disampaikan. Untuk memahami sesuatu ujaran itu, kita tidak boleh terus menterjemahkan perkataan itu ataupun terus membuat andaian bahawa perkataan tersebut sama dengan maksud yang kita fahami. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk memahami sesuatu ujaran, kita perlu melihat kepada konteks apa yang hendak disampaikan. MENJUNJUNG
BIL AYAT 1. Saya sangat menjunjung tinggi usaha para penulis yang mempunyai daya imaginasi… 2. Inisiatif yang menyentuh sikap dan mentaliti yang positif, menjunjung nilai etika dan moral yang tinggi, meningkatkan pembangunan … 3. Pakaian dan hatiku dalam beribadat menjunjung syariat dan rahsia kenabian antara manusia dengan Tuhan. 4. Malaysia yang sememangnya menjunjung semangat setia kawan dan prihatin terhadap masalah Indonesia… 5. Masyarakat Padang yang menjunjung pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘menjunjung’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji : 51 MENGIRAI Di samping itu, perkataan lain yang dipilih daripada pantun yang juga boleh dikaitkan dengan teori tradisional adalah perkataan ‘mengirai’. Berdasarkan kepada pemahaman tentang teori tradisional, ianya memperlihatkan tentang perkataan yang mempunyai kata bersinonim dan juga antonim. Namun begitu, pada bahagian ini, hal yang ditekankan adalah berkaitan dengan perkataan ‘mengirai’ yang dikaitkan dengan kata yang bersinonim dengannya iaitu antara salah satunya adalah kata ‘mengibas’. Jika
BIL AYAT 1. Norisah mengirai rambutnya dengan pengering rambut ungu di beranda tingkat lima flatnya. A. Samad Said. Hujan Pagi. Sastera, 1992 2. "Pak Imam manalah yang punya." Dia mengirai serban yang cantik dan bersih itu dengan keinginan yang begitu kuat untuk memilikinya. Zahariah Nawawi. Panglima Salleh Selempang Merah. Ekonomi, 2019 3. Hakikatnya, apabila nafsu mula menguasai pertimbangan, tidak mustahil jika ada ayam betina, selepas puas berketuk, ia mengirai bulu cuba berkokok pula. Ahmad Khawari Isa. Pegawai FA mesti elak dituduh berwatak dungu. Sukan, 1996 4. Di situ ada bidadari yang cantik menawan menunggu dengan keduadua sayap yang mengirai indah. Nazri Hussein. Istana Menghadap Laut. Sejarah, 2021 5. Angin laut mengirai rambutnya yang sedia kusut. Rogayah A. Hamid. Pecah- Pecah Ombak. Sastera, 1988 diteliti semula, berdasarkan pantun yang dipilih, perkataan ‘mengirai’ membawa maksud mengibas- ngibas dengan keras. Namun, begitu, perkataan tersebut juga perlu dilihat dalam sesuatu konteks. Hal ini disebabkan perkataan ‘mengirai’ adakalanya tidak sesuai untuk digunakan dalam sesuatu kontes. Sebagai contoh dengan merujuk kepada dapatan daripada data korpus seperti yang ditunjukkan di bawah: 52 Perkataan yang dianalisis ialah perkataan ‘mengirai’. Berdasarkan kepada contoh ayat daripada korpus, perkataan ‘mengirai’ pada ayat yang pertama tersebut membawa maksud bahawa Norisah
sedang mengibas helaian rambutnya supaya cepat kering. Seterusnya bagi konteks ayat ketiga pula, perkataan ‘mengirai’ yang digunakan menggambarkan satu perbuatan mengepakngepak yang dilakukan oleh seekor ayam betina. Berdasarkan pantun di atas, perkataan ‘semai’ merujuk kepada perbuatan untuk menerapkan sesuatu nilai yang baik di dalam diri sendiri. Justeru, setelah menganalisis perkataan tersebut, terdapat satu teori yang boleh dikaitkan dengannya iaitu teori yang diperkenalkan oleh Wilson dan Sperber (1986) yang diberi nama Teori Relevans. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa teori relevans ini terdiri daripada tiga gagasan iaitu konteks, kesan konteks dan juga kos memproses. Dalam teori ini, ianya memerlukan perbualan diantara dua pihak iaitu penutur dan pendengar. Selain itu, kedua-dua pihak ini seharusnya perlu memahami bentuk ujaran antara satu sama lain ketika berkomunikasi. Di samping itu, dalam erti kata yang lebih mudah, teori Relevans ini juga menjelaskan hubungan ataupun peranan minda manusia melalui cara berbual bagi tujuan mentafsir makna lain sebelum mentafsir makna sebenar ayat tersebut. Sebagai contoh, penggunaan kata semai dalam ujaran lain seperti berikut: Contoh Ujaran: (A) Petang nanti saya akan ke kebun untuk semai benih pokok cili jika cuaca cerah. (B) Jika langit mendung, saya akan pulang terus ke rumah. 53 SEMAI
BIL AYAT 1. Perahu kecil ini juga mereka gunakan di sawah, diisi semai atau benih padi, dan sang kerbau menariknya dalam air sedalam betis atas lumpur sawah. Arena Wati. Meniti Kala. Sastera, 1993 2. Boleh jadi baru buat tapak semai. Mohamad Saleeh Rahamad. Antologi Cerpen Empat Negara: Memanah Bulan. Sastera, 2013 3. Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. Kurik Kundi Merah Saga. Sastera, 1990 Berdasarkan kepada ujaran tersebut, ianya menghasilkan konteks kerana pertama sekali, pendengar akan membuat andaian awal bahawa penutur akan pergi ke kebun untuk menanam biji benih cili. Kemudian, daripada ujaran tersebut juga, akan berlaku kesan konteks yang mana pendengar akan berandaian bahawa sekiranya pada petang tersebut hujan maka, penutur tidak akan dapat menanam biji benih cili tersebut. Justeru akan terbentuknya kos memproses. Kos memproses ini berlaku apabila cuaca pada hari tersebut benar-benar mendung dan hujan, justeru, andaian yang dibuat oleh pendengar tersebut adalah relevan. Hal ini kerana pendengar tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk memikirkan atau membuat kesimpulan bahawa pada hari tersebut, penutur tidak dapat pergi ke kebun untuk berkebun. Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘semai’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji : 54
Merujuk kepada contoh daripada data korpus, diperlihatkan bahawa makna daripada perkataan yang digunakan dalam setiap konteks membawa makna yang sama seperti makna perkataan ‘semai’ yang dipilih dalam pantun bertemakan adab dan budi tersebut. Jika diteliti pada contoh korpus yang pertama, penggunaan kata ‘semai’ tersebut membawa makna jelas tentang biji benih tumbuhan yang akan ditanam di atas tanah. Begitu juga dengan contoh yang kedua yang membawa makna terdapat satu tapak untuk menanam biji benih yang baru disediakan. Penggunaan perkataan ‘pukul’ dalam teori relevan adalah berdasarkan prinsip perkaitan iaitu menyatakan bahawa komunikasi hanya berjaya jika perkataan itu relevan kepada pendengar. Oleh itu, dengan menggunakan perkataan ‘pukul’, penutur memberikan isyarat kepada pendengar yang membantu mereka mengenal pasti bahagian-bahagian yang berkaitan dalam ujaran. Ini menjadikan komunikasi lebih cekap dan berkesan. Walaubagaimanapun terdapat dua maksud pukul di sini di mana yang pertama ialah pukul sesuatu dan maksud yang kedua ialah menunjukkan waktu. 55 PUKUL BIL AYAT 4. Benih rambutan gading yang aku semai di dangau dekat umbi pohon rambutan mesti ditanam sebagai penyeri halaman… Zahari Afandi. Manisnya Rambutan Kampung. Keluarga, 2018 5. Cuma dihubungi batas kecil ke petak semai saja. Osman Ayob. Detik Yang Tergugat. Sastera, 1988
BIL AYAT 1 … ibu negara Thai, Gus Dur akan berlepas pada pukul 10 malam ini waktu Bangkok (11 malam waktu … Nasib Wiranto ditentukan hari ini. Global, 2000. 2 “Kenapa kamu pukul Adha? Mohd Helmi Ahmad.. Projek Bahulu Nenek. 2016. 3 … 3.50 pagi, pertengahan gerhana pukul 4.21 pagi, mulai cerah pukul 4.52 pagi dan gerhana berakhir pukul 5.59 pagi. Mohamed Jusoh (Wartawan Utusan). Dunia lihat lima kali gerhana tahun ini. Rencana, 2001. 4 PERMAINAN gode anak atau pukul anak ialah sejenis permainan mengejar dan memukul pemain … Mohd Zamri. Penyakit Kerbau. 1990. 5 … waktu yang secukupnya untuk balik ke khemah sebelum pukul satu. Sharif Putera. Pahlawan Muda. Umum, 2019. Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘pukul’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji: 56
Teori Relevans digunakan untuk menganalisis perkataan ‘suci’. Perkataan suci ini boleh digunakan untuk menerangkan bagaimana pembaca memahami bahasa samar-samar dan kiasan yang sering ditemui mengenai makna perkataan ‘suci’. Dalam teori relevan perkataan ‘suci’ boleh digunakan untuk menganalisis cara ritual dilakukan. Sebagai contoh, boleh digunakan untuk menerangkan bagaimana peserta dalam upacara memahami tindakan yang mereka lakukan dan bagaimana tindakan ini berkaitan dengan yang makna ‘suci’ itu. Seterusnya, berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, ‘suci’ ini boleh digunakan untuk menerangkan bagaimana orang memahami pengalaman mereka tentang ketuhanan dan bagaimana pengalaman ini berkaitan dengan kepercayaan mereka tentang mengenai diri mereka yang ‘suci’ apabila mereka bertaubat bagi yang beragama islam. Secara umumnya, teori relevan ini boleh digunakan untuk memberikan pemahaman yang lebih bernuansa dan canggih mengenai cara orang berinteraksi mengenai makna perkataan ‘suci’. Teori ini membantu kita memahami cara untuk memahami teks, ritual dan pengalaman yang berkaitan dengan makna ‘suci’ ini dengan lebih terperinci, dan bagaimana perkara ini berkaitan dengan kepercayaan mereka mengenai maksud ‘suci’. 57 SUCINYA Berikut merupakan data korpus yang melibatkan perkataan ‘sucinya’ yang mempunyai makna yang sama dengan pantun yang dipilih oleh pengkaji:
BIL AYAT 1 … arak dan segala macam perbuatan keji, menyebabkan hati sucinya menjadi gundah gulana. Wan Marzuki Wan Ramli. Kemurnian iman tarik Arab jahiliah peluk agama Islam. Agama, 2003. 2 … tentera, dapunta hiyam telah memperolehi kejayaan dalam perjalanan sucinya. Peradaban Melayu.1997 3 … tidak banyak yang diketahui mengenainya selain daripada tokoh sucinya Dalai Lama. Utusan Malaysia. Phorpa ...kehebatan pengarah Tibet. Hiburan, 2001. 4 … macamnya, Bunting hingga keluar anaknya, Haid tiga kali sucinya, Kecil dan luput tiga bulannya. Araba’iyah Mohd Noor & Mohd Hanafi Ibrahim Raja Ali Haji:Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19. Sejarah, 2015. 5 … nyanyuk itu begitu khuatir kalau Mawar mengkhianati cinta sucinya, atau lebih tepatnya cinta orang tua terhadap seorang ... Raja Sabarudin Abdullah. Bunga Dari Gurun kutip episod sejarah Islam. Sastera dan Budaya, 1995. 58
Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal Langkah pahlawan tengah gelanggang Berpantang mati sebelum ajal Perkataan yang akan dianalisis di atas ialah perkataan ‘berjejal’. Dalam konteks pantun di atas, perkataan berjejal membawa maksud lebat. Jika seseorang penutur menggunakan perkataan berjejal ini untuk menyatakan pokok atau daun yang lebat tetapi pendengar tidak memahami maksud berjejal tersebut maka komunikasi tersebut tidak akan berjaya. Hal ini demikian kerana konteks yang dipilih tidak bersesuaian dengan tahap kognitif pendengar (konteks) dan pendengar tidak boleh melaksanakan andaian awal (kesan konteks) yang membawa kepada kos proses yang lambat. Berikut merupakan contoh pantun daripada korpus bagi perkataan berjejal yang membawa maksud lebat. Daun meranti gugur berjejal, Buah pinang pecah di taman; Berpantang mati sebelum ajak, Jasa dikenang zaman-berzaman SHARIFAH ABD. RAHMAN. ANTOLOGI SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN. Sastera, 2013 59 BERJEJAL
Mungkin kali ini buah pauh telur menjadi lebih dari musim lalu WAN NOOR WAN CHIK. Setanggi Zaman. Sejarah, 2016 Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan ditimpa si ranting pauh, Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh. Berdasarkan pantun di atas, perkataan yang akan dianalisis ialah ‘pauh’. Pauh dalam konteks di atas membawa makna buah atau tumbuhan. Terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak memahami perkataan pauh tersebut. Jika perkara ini berlaku maka penutur tidak boleh menggunakan perkataan ‘pauh’ untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak mengetahui makna ‘pauh tersebut’. Seterusnya berdasarkan contoh yang terdapat dalam korpus ini akan menunjukkan dengan lebih lanjut berkaitan penggunaan perkataan ‘pauh’ dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat di atas, perkataan buah dalam ayat itu dapat memberi gambaran berkaitan perkataan ‘pauh’ tersebut. Jika seseorang tidak dapat memahami apa itu maksud ‘pauh’ namun melalui perkataan buah yang berada di sebelahnya akan memberi gambaran kepada makna ‘pauh’ tersebut kepada pendengar. Perkara ini merujuk kepada kerelevanan dalam komunikasi. 60 PAUH
BAB 5 PENUTUP
Kesimpulannya, berdasarkan kepada analisis makna bagi perkataan yang terkandung dalam pantun yang bertemakan adab dan budi, dapat dilihat bahawa perkataan yang digunakan oleh penulis bukanlah semata- mata bertujuan menjadikan sesuatu ayat Itu sempurna tetapi untuk memperlihatkan makna-mana di sebalik maksud sebenar sesuatu kata. Justeru, di dalam kajian ini. Diperlihatkan beberapa jenis makna yang terkait dengan perkataan-perkataan yang dipilih berdasarkan pantun. Di samping itu, bukan setakat itu sahaja, malah, beberapa teori juga telah diperjelaskan bagi menghubung kaitkan antara makna perkataan yang dianalisis. Dengan adanya dua teori iaitu teori relevans dan teori tradisional, segala makna daripada perkataanperkataan yang dianalisis dapat diperkukuhkan lagi. Oleh Itu, diharapkan agar analisis yang dijalankan ini dapat membantu masyarakat untuk memperluaskan pengetahuan terutama dalam bidang semantik leksikal. Kesimpulan 62
RUJUKAN Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Batu Caves: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Siti Saniah Abu Bakar & Abdullah Yusof (2023). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Boestamam (2004). Memoir Ahmad Boestamam. Bangi: Penerbitan UKM. Asmah Haji Omar, (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Eizah Mat Hussain, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Salina Jaafar (2015). Simbol Tumbuhan dalam Pantun dari Perspektif Puitika Sastera Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 26. 236-255. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Rashidi Mohd. Nor (2010). Teori Relevan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Eliza Abdul Rahman & Mohd Shahrizal Nasir (2014), Faktor Kewujudan Sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab : Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Melayu, 12(1), 51-69. 63
Paul Daillie (2010). Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Sabran & Rahim Syan. 1985. Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Sucipto, N. H. (n.d.). PDF: Makna Afektif dalam Mantra Tradisi Brokohan Padi Desa Suru Sooko-ponorogo: Kajian Etnosemantik. https://caritulisan.com/paper/243012/makna- afektif-dalam-mantra-tradisi-brokohan-padi-desa-suru-sooko- ponorogo-kajian 64
E-buku ini menjelaskan tentang analisis jenis-jenis makna bagi beberapa perkataan daripada pantun yang bertemakan nasihat. Antara makna yang dibincangkan adalah berkaitan makna leksikal, makna afektif, makna asosiati, makna kontekstual dan lain-lain. Selain itu, e-buku ini juga mengandungi penjelasan berkaitan teori-teori di bawah bidang semantik dan pragmatik yang menghubungkan antara makna dengan perkatan-perkataan terpilih. SINOPSIS