BUKU LOG
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA : MOONEEGA A/P GREETO
NO. KAD PENGENALAN : 02013102084
OPSYEN : PJMS 3
KURSUS : PISMP
AMBILAN : JUN 2021
PENSYARAH : PUAN NOZIATI BINTI BORHAN
BIL ISI KANDUNGAN
1 PERKARA
2
3 Biodata pelajar
4 Kalendar perjumpaan
Sukatan BSMM S4
Sukatan Pelajaran BSMM Sekolah Rendah
5 Sejarah BSMM
6 Penubuhan BSMM
7 Carta Organisasi :
A. Carta Organisasi BSMM :
IPGK Raja Melewar
Unit pelajar
Kebangsaan
B. Carta Organisasi Unit Kokurikulum
8 Persetiaan BSMM
9 Cogan kata
10 Bendera
Bendera Malaysia
Bendera Negeri Sembilan
Bendera negeri lain
11. Hormat BSMM
12 Istiadat :
A. Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri
Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri kadet
Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Tunas
Istiadat Tapak Ladam Kuda Pandu Puteri Renjer/ Remaja
13 Istiadat Bendera
Naik / turun Bendera
Cara melipat Bendera
Penjagaan bendera
Pelupusan Bendera
14 Ikatan dan Simpulan
15 Perkhemahan
16 Gejet :
Gejet dapur
Gejet Pertolongan cemas
Gejet Perkhemahan
17 Kraf Gejet
18 Permainan
19 Nyanyian
20 Kawad/Istiadat BSMM :
21 Pengendalian Ujian Kecekapan :
( Modul BSMM)
22 Perlembagaan BSMM Terkini
23 Juru Pertolongan Cemas
24 Kertas Kerja Perkhemahan Satu
Contoh
25 Pengurusan dan Pentadbiran
a. Pendaftaran Keahlian
b. Pembelian Barang
BIODATA PELAJAR
NAMA : MOONEEGA A/P GREETO
ANGKA GILIRAN : 2021152340150
NO. KAD PENGENALAN : 020131-2-0844
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS / SEMESTER
AMBILAN : PISMP- SEMESTER 4
ALAMAT E – MEL : JUN 2021
ALAMAT RUMAH : [email protected]
: NO.34, JALAN MURNI INDAH, TAMAN
NO. TELEFON MURNI INDAH, 09600, LUNAS KEDAH
: 016 - 4164246
SUKATAN PANDU BSMM (SEMESTER 4)
SUKATAN PELAJARAN BSMM SEKOLAH RENDAH
1. Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
2. Pendidikan Kesihatan
3. Pertolongan Cemas Junior
4. Persahabatan dan Persefahaman Antarabangsa
5. Perkhemahan dan Hukum Kawad
6. Cara-cara Pemakaian Lencana
7. Kecekapan Untuk Ahli Kanak-kanak
8. Contoh Surat Akuan –Skim Lencana Kecekapan Untuk Kanak-kanak
1.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH & BSMM
1. KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk
memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di
mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan
serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk persefahaman,
persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia.
2. KESAKSAMAAN
Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan
politik. Tujuan asalnya adalah meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.
3. BERKECUALI
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian
yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
4. KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam
segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
5. KHIDMAT SUKARELA
Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.
1
6. BERSATU
Hanya terdapat satu PBSM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan
ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
7. KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia,
di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta
saling bantu-membantu antara satu sama lain.
2
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-
undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar
institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan
parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah
akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi
perlembagaan atau undang-undang adalah sebagai panduan menggerakkan
persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan
hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah
dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan
atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan,
Objektif BSMM:
“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan
cedera sama ada dari angkatan tentera dan pihak yang tiak berperang, kepada orang tawanan
perang dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-
waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajiban ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta
pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8 : Kewangan
3
Peraturan 9 : Penyertaan
Peraturan 10 : Aktiviti
Peraturan 11 : Peraturan-peraturan
Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan
Peraturan 13 : Perbubaran persatuan
Peraturan 14 : Tindakan disiplin
Peraturan 15 : Hal-hal lain
* Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah :
i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat
intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) Pendaftaran
persatuan v) Jawatankuasa kecil
LAMBANG & BENDERA PALANG MERAH DAN BSMM
LAMBANG PALANG MEREH
Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan
peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan
keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang menandakan berada di pihak yang
neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan
perlu diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak.
Rajah 1: Lambang Palang Merah
LAMBANG BSMM
Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh
Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan
4
oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka
daripada diserang ketika peperangan.
Rajah 2: Lambang Bulan Sabit Merah
Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah seperti
mana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross dan Red Crescent
pada Jun 2008. Sesiapa yang mempunyai lambang tersebut dikenali mempunyai
pertalian dengan pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak
semestinya dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
Rajah 3: Ukuran Piawai Lambang
Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau
pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada
sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu.
Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah.
Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150cm
panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang
5
mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah
ditetapkan.
Rajah 4: Ukuran Piawai Bendera Rajah 5: Bendera BSMM
1.3.3 LAMBANG PERSATUAN ANTARABANGSA
PERSATUANPERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
(IFRC)
IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/
Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman. Peranan lambang
ini adalah untuk mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang
dan adalah di bawah perlindungan undangundang kemanusiaan (tanda
perlindungan). Lambang IFRC mempunyai segi empat bergaris merah di latar
belakang.
Rajah 6: Lambang Persatuan Kebangsaan
1.4 COGAN KATA
“Cergas pada masa aman dan perang”
6
1.5 PERSETIAAN / IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN BSMM
“Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar, taat
setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah di negeri
kami,
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain dan
arahan walaupun di mana jua kami berada.
Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana
berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
7
UNIT BERUNIFORM BSMM
PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH
Rajah 7: Jean Henry Dunant (1828-1910)
Dia ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang
sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di
Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan
terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa
yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Selain itu, sebuah
buku kenangan dan pengalamannya “A Memory Of Solferino” telah dicetak dan
dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan
penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Dalam buku tersebut mencadangkan bahawa membentuk organisasi kemanusiaan
antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita
semasa peperangan serta mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang
cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. Hasilnya, pada 1864
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau
sendiri.
1.7.2 SEJARAH PENGASAS
Jean Henry Dunant lahir pada 8 Mei 1828. Beliau terkenal dengan gelaran
bapa palang merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya
seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. Beliau aktif dalam pelbagai
kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi
ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit
8
melawat penjara untuk memulihkan banduan ). Pada usia 30 tahun minatnya adalah
kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France, dan Belgium yang terkenal
dengan nama Young Mens Christian Union dan di England dikenali sebagai Young
Mens Christian Assosiation.
Pada 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah
dimulakan. Beliau menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk
YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja. Hasil desakan
Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.
Pada 1849, Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di
Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Disebabkan ketekunannya itu dia telah
diberi tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang
dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif. Beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri.
Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan.
Pada Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila
sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus.
didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu
orang yang sakit dengan sedaya upaya. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau
meninggalkan hal perniagaan. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang
bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringankan. “Kenangan di Solfarino
“buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kerjayanya. menyarankan agar
pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong
anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar
biasa. Konsep, trinity antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan
orang sakit telah menarik minat ramai.
Pada 1863 dan 1864, kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah
kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang
Merah ditubuh setelah itu pula persidangan diadakan dalam tranformasi itu ,beliau
menyepikan diridan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866
pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan
terhadap diri sendiri.
Pada tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan
perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan
9
hartanya untuk membayar hutang- piutang - ekoran daripada itu beliau mengambil
keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39 tahun).
20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang , beliau
terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya. Kadang kala
beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan England untuk diberi
penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah dan projek-projek lain
walau bagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.
Pada Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua akibat
kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden,
Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya
pada suatu waktu beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori
beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan
beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.
Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah
mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran
wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun
dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu beliau sebagai pengiktirafan
terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh
dan dekat.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan
(Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910, beliau telah meninggal dunia di
Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.
SEJARAH PENUBUHAN
SEJARAH BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada
tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah
Permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an,
lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang
pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun
10
1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu.
Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta
baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan).
Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu
Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada
1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia Akta1975 oleh Parlimen Malaysia.
11
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
Tahun 1948
Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu
Cawangan Palang Merah British
Tahun 1950
Ditubuhan di Pulau Pinang
Tahun 1951
Ditubuhan di Perak, Terengganu dan Selangor
Tahun 1952
Ditubuhan di Melaka, Johor dan Pahang
Tahun 1961
Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen.
Tahun 1962
16 April 1962, Akta Persekutuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah
Melayu (perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
c
Tahun 1963
Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima
pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah.
c
Tahun 1965
Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)
c
Tahun 1975
21 Ogos 1975 di atas persetujuan Diraja, nama Palang Merah ditukarkan kepada
Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta
162- Membenarkan pertukaran nama dan lambing)
12
TUJUAN PENUBUHAN Bulan Sabit Merah Malaysia adala untuk
Tujuan Persatuan
menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika
diperlukan,pertama di negara kita Malaysia dan kedua
kepada negara-negara jiran.
Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi
ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
Istiadat Perhimpunan
Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander a.
Bacaan doa oleh ahli bertugas
b. Nyanyian tiga buah lagu, iaitu lagu sekolah, lagu negeri dan lagu
‘Negaraku’
c. Laporan dari komander kepada guru penasihat
d. Arahan komander supaya membuka barisan
e. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh
guru penasihat dan komander
f. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
g. Arahan komander supaya menutup barisan
Keluar baris
Istiadat Meningkat Naik
a. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan
b. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan
istiadat ini diadakan
c. Ahli BSMM yang akan meniingkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat
yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian.
d. Berjabat tangan dengan kawan-kawan
e. Ahli lain memberi satu sorakan
f. Guru penasihat memberikan arahan menutup bulatan dan bersurai
13
iii. Istiadat Melantik
Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut
disahkan menjadi seorang ahli melalui sati istiadat
Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baharu yang akan menjadi
kenangan seumur hidup mereka dan kepada ahli kumpulan akan mendapat
seorang ahli baharu.
Istiadat diadakan secara perkataan dan upacara ringkas dan mudah dengan
ikhlas, khusyuk dan syahdu.
Prosedur:
- Diadakan di tempat lapang
- Diadakan di peringkat awal tahun
- Semua ahli yang terlibat harus dalam peranan masing-masing
- Guru penassihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat
ini pada perhimpunan sebelumnya
- Semua keperluan disediakan
Upacara perlantikan ahli baharu BSMM
- Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar
- Ketua pasukan berada dalam bulatan
- Guru penasihat berdiri di tengah bulatan
- Ketua pasukan dalam keadaan sedia
- Ahli baharu yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam
bulatan
- Wakil ahli membawa ahli baharu berdiri di depan guru penasihat
- Selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya
- Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di
sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri
dan lambang di lengan
- Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baharu
- Guru penasihat menyematkan kencana keahlian, tanda negeri dan
lambang di lengan ahli baharu.
- Ahli baharu memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing
- Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain.
14
1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
1.3.1 Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
Terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa antarabangsa yang bertanggungjawab
mengenai hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal pentadbiran.
Ia bermesyuarat seminggu sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM
Dari Geneva, Ibupejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang
menyokong aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan operasi (Pengurusan Pentadbiran
Wilayah, mengendalikan agensi pengesanan pusat), pertimbangan mengenai undang-
undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-sumber manusia,
sokongan kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi dan perhubungan
raya.
• 1990 – lebih 47 orang di Afrika, Amerika Latin Asia dan Timur Tengah
• 840 delegasi ditempatkan di medan dibantu oleh 4500 pekerja yang terdiri
daripada penduduk setempat
• 600 orang di Geneva memberi bantuan operasi dan pentadbiran
15
Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
Kemanusiaan Antarabangsa
1) Pemaju Konvensyen Geneva
Memajukan Undang-Undang untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen
Geneva.
2) Orang tengah yang berkecuali
Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuh
Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan
mendpat perlindungan dan pertolongan
3) Penjaga prinsip-prinsip
Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati.
Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.
Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:
Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen
Geneva dan European Community (EC).
Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Kebangsaan.
Sumbangan persendirian.
Sumber-sumber lain.
Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
1. Perlindungan
Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat
kediaman, layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya.
Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak
berkuasa.
2. Pengesanan
16
Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing.
Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan
memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.
3. Bahagian Bantuan Umum
Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak
yang memerlukan.
Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi
tertentu.
4. Bahagian Perubatan Umum
Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran
alatalat prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah
ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi
menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawanan
perang.
Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan disatukan di
persidangan perubatan antarabangsa dan membawa kepada Penubuhan Persekutuan
Persatuan-Persatuan Palang Merah Pada 5 Mei 1919.
1983 - Nama rasmi – Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan
November 1991 Bulan Sabit Merah
– telah ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa
Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah
Untuk mencapai tujuan umum seperti yang digariskan dalam Artikel Perlembagaan
Persekutuan, fungsi-fungsi persekutuan adalah antara lain seperti;
17
• Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan
pengkajian di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan & untuk memberi mereka
apa jua pertolongan yang diminta.
• Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan &
pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf.
• Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa
bencana alam.
• Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan
bencana, dalam organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasinya.
• Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras
dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa.
• Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan
dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan
masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.
• Menggalak dan menyelaras di antara Perstuan-persatuan Kebangsaan , pertukaran
idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan
untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua
negara.
• Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli
daripada penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul
pergerakkan
• Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan
perjanjian–perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (JAPM/ICRC)
• Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini & Prinsip-
18
Prinsip Asas di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan.
• Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa.
Diantaranya adalah dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan & perakuan
yang diterimapakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan & menjadi penjaga
kepada keutuhannya & pelindung kepada kepentingannya
• Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan
Antarabangsa.
Perhimpunan Agung
• 2 tahun sekali
• Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh perwakilan daripada
Persatuan-Persatuan Kebangsaan.
Majlis Eksekutif
• Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung
• Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan Presiden, Presiden Persekutuan
Kebangsaan bagi negara di mana Persekutuan beribu pejabat & 16 Persatuan
Kebangsaan yang dipilih oleh Perhimpunan Agung
Suruhanjaya Statut
• Buat masa ini ada lima iaitu, Kewangan, Belia, Bantuan Bencana, Pembangunan dan
Kesihatan & Perkhidmatan Masyarakat.
Sekretariat
• Beribu pejabat di Geneva
• Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan Agung atas nasihat
Majlis Eksekutif.
19
• Menghantar Laporan Tahunan Kepada semua Persatuan-persatuan Persekutuan
Sumber Kewangan adalah dari ahli persatuan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama,
jantina dan politik
Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan
perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.
Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di ibu pejabat
kebangsaan.
Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-
masing.
Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh
Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.
Jawatankuasa Eksekutif Catatan
Keahlian biasa
- Yuran tahunan sekurang-kurangnya
Ahli seumur Hidup
RM2 setahun
Ahli Kehormat Seumur
Hidup - Bayaran dibuat kepada Setiausaha
Cawangan atau Cabang.
Pasukan Bantuan Sukarela
- Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan
Cawangan
- Yuran: tidak kurang daripada RM1000
- Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah
Kebangsaan
- Tidak melebihi 4 orang setiap tahun
- Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran
sekaligus untuk 5 tahun.
20
Ahli Belia - Permohonan diluluskan oleh
Jawatankuasa Cawangan
- Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di
bahaian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak
(Link)
- Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di
unit
Bulan Sabit Muda (Junior)
- Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di
Unit
Pasukan Sukarela (Vountary Aid Detachment-
VAD)
Pendaftaran Kumpulan
Pasukan kanak-kanak
Pasukan Belia
Pasukan Belia Terbuka
Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan
Sukarela di IPT
21
KUASA PENGANJUR
Mengesahkan Meluluskan sebarang permohonan untuk menyelia dan persuratan rasmi
aktiviti luaran (seperti mengawal yang berkaitanrombongan, BSMM di mana sebagainya)
untuk ahli sekolahnya.
STRUKTUR UNIT
Struktur unit terdiri daripada:
Kanak-kanak (Link)
Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela
Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurangkurangnya 80%
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
Setiap unit mempunyai pengawai masing-masing.
Bagi Unit kanak-kanak pula, Pengawai Belianya adalah guru penasihat BSMM
yang dilantik oleh pengetua.
Setiap unit berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit
itu dari Sabang mana dan dari bahagian apa
Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan
oleh huruf (‘PK’) merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118
menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.
PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI
Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak
yang lain.
Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan
mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti serta penglibatan seseorang.
Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan atau harian
sesuatu aktiviti.
Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz
buku log (21cm x 32cm).
Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak.
22
Jawatan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pengerusi
Tugas
- Menjadi pengerusi persatuan guru dan
- Menjalankan tugas yang diberikan oleh
menggerakkan persatuan
- Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan
Timbalan - Menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan
Pengerusi pengerusi sekiranya tidak hadir
Setiausaha
- Menulis minit mesyuarat
Bendahari - Menulis laporan aktiviti mingguan
AJK Kecil - Menerima wang bagi pihak persatuan
- Menyimpan buku kira-kira
- Sebagai wakil untuk memberitahu ahli-ahli persatuan
mengenai aktiviti-aktiviti atau mesyuarat yang akan
diadakan
23
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
24
Pakaian Seragam Lelaki (Pengawai)
Pakaian seragam No.2 bagi pengawai lelaki
Penerangan potongan baju No.2 pengawai lelaki
25
Pakaian seragam No.3 bagi pengawai lelaki
Penerangan potongan baju No.3 pengawai lelaki Pakaian Seragam
Perempuan
26
Pakaian seragam No.2 bagi pengawai perempuan
Penerangan potongan baju No.2 pengawai perempuan Pakaian Seragam
Perempuan (ahli biasa)
27
Kelengkapan Pakaian: 2. Baju BSMM 3. Seluar pendek
1. Baju BSMM lelaki Perempuan
28
4. T-shirt BSMM putih 5. T-shirt BSMM putih lengan 6. T-shirt BSMM
lengan pendek panjang merah lengan
pendek
7. T-shirt BSMM putih lengan 8. Beret hitam 9. Lencana beret
panajng BSMM
10. lencana bahu negeri 11. Lencana bahu logo 12. Lencana kolar
BSMM BSMM
13. Lencana poket BSMM 14. Lanyard hitam single 15. Tali pinggang
29
16. Butang 17. Topi 18. Pangkat bagi
pelajar
19. Kasut potong hitam 20. Kain anduh
Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin BSMM:
1. Bush jaket pengawai 2. Bush jaket 3. Vest pengawai
lelaki pengawai wanita
4. Baju korporat pengawai lelaki 5. Baju korporat 6. Lanyard hitam double
pengawai wanita
30
7. Pangkat bagi pengawai 8. lencana pangkat belia – Penolong ketua seksyen
lencana
kain
Ketua utama
tiada peruntukkan
seksyen ketua
seksyen
31
32
33
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN
SSEENNAATTOORR
MAMJLAIJSLISKKEEBBAANNGGSASAANAN
JAWAJTAAWNATKAUNAKUSAASAEEKKSSEEKKUUTITF IKFEBKAENBGSAANAGNSAAN
JAWJAAWTAATNANKKUUAASSAACACWAAWNAGNANGAN
JAWJAWATATAANNKKUUAASSAACACBAANBGANG
UNIT
UNIT UNIT-UNIT PASUKAN
SUKARELA LAIN KEBAJIKAN
PASUKAN
BANTUAN
SUKARELA
BELIA KANAK-KANAK
34
CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM
PENGERUSI
DR. MAZLAN BIN ARIS
TIMBALAN PEGERUSI
EN. TAN BENG SIANG
PENYELARAS
EN. TAMICHELVAN A/L PERIASAMY
SETIAUSAHA
EN. MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSAN
AHLI
PN. AZIBAH BINTI BAHAROM (UB)
EN. TAMICHELVAN A/L PERIASAMY (S&P)
CIK NORAZIAN BINTI JAAFAR
(PERSATUAN/KELAB)
35
BENDERA
I. Bendera Malaysia
II. Bendera Negeri Sembilan
III. Bendera Negeri-negeri lain
Johor Kedah Kelantan
Melaka Pahang Penang
36
` Selangor
Sarawak
Terengganu
Perak Perlis Sabah
37
ISTIADAT BENDERA BSMM
1. ADAT SEBELUM MENAIKKAN BENDERA
Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebih dahulu
bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian
kemas
lengkap dengan Uniform BSMM.
Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
2. ADAT SELEPAS MENAIKKAN BENDERA
Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan.
Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan
sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan
semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
3. CARA MELIPAT BENDERA BSMM
Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak
terbalik.
Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
38
Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zig-zag.
Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian
bawah ke dalam lipatan tersebut.
4. PENJAGAAN BENDERA DAN PELUPUSAN BENDERA
Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di
tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau
menutup sesuat
Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera
yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya
menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara
yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup
tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
39
IKATAN DAN SIMPULAN
Simpulan/ Ikatan Fungsi
Simpul Manuk -Digunakan sebagai permulaan untuk
mengikat benda yang licin seperti kayu,
hujung pancang khemah, botol dan
sebagainya.
-Ia mudah diikat/disimpulkan dan
mudah ditanggalkan/dibuka.
-Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh.
Simpul Buku Sila -Digunakan untuk mengikat kain
pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk
mematikan ikatan barang-barang.
-Kedua-dua punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka semula.
40