The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mooneegagreeto, 2022-09-06 08:18:32

BUKU LOG BSMM ( MOONEEGA ) PJMS 3

BUKU LOG BSMM ( MOONEEGA ) PJMS 3

Simpul Tindih Kasih -Untuk membuat ikatan yang pantas
dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya.

-Sesuai digunakan untuk menyelamat,
mengikat leher binatang dan
sebagainya.

Simpul Bunga Geti -Untuk menyambungkan hujung dua tali
yang berlainan jenis/ berlainan saiz.

Simpul Balak -Digunakan untuk mengangkat atau
menurunkan kayu, papan, atau
peralatan.

-Digunakan untuk mengikat hujung tali
pada tiang atau pokok dengan mudah,
untuk menarik balak/ kayu dan untuk
memulakan ikat serong.

41

Simpul Belit -Digunakan bagi mengikat tali pada
tiang, dan mengikat tali khemah pada
pasaknya.

Ikatan Seraya - Gunanya ialah bagi membuat
Ikatan Serong jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan manuk
kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan
dengan simpulan manuk juga.

-Digunakan untuk mengikat dua batang
kayu/ buluh yang bersilang untuk
membina gajet. Contohnya, pintu
gerbang.

-Digunakan untuk membuat jamabatan,
menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan pengikat balak pada
tempat kayu bersilang. Belitkan
membujur kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan manuk.

- Digunakan untuk merapatkan dan
mengikat dua batang kayu/ buluh yang
bersilang seperti meja makan

42

Ikatan Lilit Kacang -Digunakan untuk mengikat
(Lilit Kacang/ Ular)
batangbatang kayu/ buluh bagi
(Lilit Kacang Dua Lilit)
membuat lantai untuk sesuatu gajet/

binaan. Dimulakan dengan

menggunakan simpul manuk dan

diakhiri dengan simpulan manuk juga.

Contohnya, meja makan.

-Digunakan untuk mengikat kayu/buluh
ketika membina gajet dengan lebih
kemas, ketat dan kuat. Dimulakan
dengan ikatan seraya kemudian
diselang-seli dan tarik tali dengan kejap
supaya ikatan kemas dan kuat.
Contohnya, lantai gajet.

43

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

1.0 Konsep Perkhemahan
1.1 KRAF PERKHEMAHAN

1.1.1 Pengenalan:

i. Konsep Khemah

a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.

b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh
atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan
tersebut mampu memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan
juga kesejukan.

c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau
di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya.
Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.

d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping
melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.

e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mentaldan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan & ketidakselesaan.

ii. Konsep Kraf Perkhemahan

a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar
atau perkhemahan.

44

b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaan-Nya; dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam
flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.

iii. Objektif
a. Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf

perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi

serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau
tapak perkhemahan; dan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.

45

2.0 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang dan
sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah. Perkhemahan melibatkan melibatkan beberapa
aspek iaitu perancangan, pengurusan dan penjagaan khemah. Tempat perkhemahan
dan kemudahan prasarana yang disediakan perlu dikenal pasti dahulu sebelum
memulakan aktiviti perkhemahan dan memastikan kesihatan fizikal dan mental berada
di tahap optima sebelum melakukan aktiviti perkhemahan.

Pengurusan Khemah Penjagaan Khemah
 Sentiasa melindungi
 Jangan menyimpan makanan di
pancang khemah dan
memastikan pancang/ tiang dalam khemah untuk

khemah berada dalam mengelakkan binatang mencari
keadaan baik.
dan merosakkan khemah anda.
 Letakkan sedikit pelincir  Sentiasa membersihkan khemah
untuk memudahkan
memasukkan dan setiap kali selepas trip dan
mengeluarkan pancang/
tiang. memeriksa setiap kotoran dan sisa

 Letakkan pelincir pada sampah yang tertinggal.
zip untuk mengelakkan
zip daripada jem dan  Pastikan khemah berada dalam

menyebabkan susah untuk keadaan kering.
dibuka.
 Sekiranya khemah berada dalam

keadaan basah, elakkan daripada

menekan, menarik atau apa cara

sekalipun untuk mengelakkan

daripada terkoyak.

 Jangan menggunakan bahan api

atau membuat pembakaran

terbuka berdekatan dengan

khemah.
 Menggunakan peralatan yang

berkuasa bateri di dalam khemah

untuk mengelakkan mudarat yang
berlaku.

46

2.1. JENIS-JENIS KHEMAH Keterangan
Jenis-jenis Khemah
Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Ia diperbuat
Dome Tent daripada bahan nilon (nylon) yang
ringan supaya mudah dibawa dan
Frame Tent dilipat. Sangat sesuai untuk outdoor
yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti
bergantung pada saiz.

Khemah yang paling glamour. Ia

berbentuk gelembung dan

menggunakan bahan yang sesuai

serta fleksibel. Ianya ringan, mudah

dibawa dan sesuai digunakan untuk

perkhemahan seperti di sekolah dan

sebagainya.

Khemah jenis besar ini biasa
digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian
barulah dipasang kanvas. Tidak
sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor.
Banyak terdapat waktu kenduri
kahwin dan sebagainya.

47

Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di
puncak khemah. Khemah jenis ini
A-Frame Tent agak kukuh kerana disokong oleh
Hoop tiang di tengah-tengahnya dan
ditambah dengan tali yang tegang di
sekeliling. Khemah jenis ini juga
sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis
‘dome’.

Bingkai berkaki 2 di bahagian luar
hujung khemah dan membentuk
khemah bersegi tiga. Khemah jenis ini
telah lama digunakan dan antara jenis
khemah terawal.

Menggunakan 1 hingga 3 gegelung
dan khemah akan menjadi bentuk
terbular. Dinding khemah berbentuk
melengkung membenarkan isi padu
yang lebih luas dengan permukaan
yang sama. Khemah jenis ini kukuh
dan kuat.

48

Khemah Avian Mempunyai satu atau dua pole tegak.
Wedge Flaysheet dibentangkan untuk
Pyramid menutupi bahagian dalam. Ia selalu
digunakan untuk perlindungan yang
cepat dan hanya untuk keadaan
cuaca yang elok.

Dua gegelung separa bulatan yang
disambungkan di tengah-tengahnya
dan membentuk khemah sama ada
bentuk petak atau bulat. Ia adalah
khemah yang sangat popular kerana
menggabungkan kekukuhan dan
kurang menggunakan material yang
berat.

Satu poles di tengah-tengah dan
flysheet ditarik dan dibentangkan di
sekeliling tiang membentuk poket
berbentuk pyramid. Ia jarang
digunakan untuk perkhemahan
kerana bentuknya tidak begitu sesuai.

49

2.1.1 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

2.1.2 Pemilihan Tempat

Mengenal pasti lokasi perkhemahan:

 Keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta
perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak
perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan
untuk istirahat;

 Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti;
 Memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya

nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan
sebagainya;
 Contoh tapak perkhemahan yang luas, selesa dan selamat
 Kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan
bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh,
dan seumpamanya;
 Kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah
serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan
menimpa khemah;
 Kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
 Kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan;

50

 Kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orangorang jahat yang mungkin
boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;

 Menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-
keperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan, seperti:

o surau;
o tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
o bekalan elektrik
o bekalan air bersih
o sistem komunikasi

 memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh
digunakan; dan menempah lokasi perkhemahan

2.2.2 Aspek Keselamatan Perkhemahan:

Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan
dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

• tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta
berkondisif;

• mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
• sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan

perkhemahan;

(b) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan
keutamaan, termasuklah:

51

• kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;
• jangkitan penyakit;
• keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan
• serangan binatang buas.

(c) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan
dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu
perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat
jurulatih pada setiap malam;

(d) menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti
perkhemahan yang telah dirancangkan; dan

(e) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan
dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan

(f) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil
penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

GAJET

TUJUAN MEMBUAT GAJET

i. Sebagai tempat menyimpan, menyusun dan mempamerkan bahan,
peralatan, pakaian serta maklumat di tapak perkhemahan.

ii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
iii. Melindungi makanan daripada tercemar dengan serangga-serangga

perosak.
iv. Meningkatkan taraf kehidupan di kem perkhemahan seperti keselesaan,

kemudahan serta kebersihan.
v. Memudahkan untuk merujuk atau mendapatkan maklumat.
vi. Memudahkan kerja memasak dan menghidang makanan.
vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang

bendera.

52

FAEDAH MEMBUAT GAJET

a. Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan

mensyukuri ciptaan Tuhan.

b. Mengetahui cara untuk mencari ikhtiar hidup apabila berada di dalam

hutan.

c. Memahami habitat dan alam semulajadi seperti tahu kegunaan kayu,

ranting serta akar-akar pokok.

d. Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik

kraf perkhemahan dalam kegiatan.

e. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli.

f. Menanam semangat kerjasama untuk menyiapkan gajet dalam tempoh

singkat.

PRINSIP MEMBUAT GAJET
Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan
kepada yang lain. Prinsip membuat gajet adalah seperti berikut:

 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan boleh

patah atau roboh
 Gunakan ikatan yang betul
 Gunakan bahan semulajadi
 Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran
 Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
 Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal
 Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu
 Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet
 Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai
 Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri

53

JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

Jenis Gajet Contoh Gajet Kegunaan
-Melindungi makanan dari
Kawasan dapur dan -Rak pinggan mangkuk -Rak tercemar.
-Memudahkan kerja-kerja
yang berkaitan alatan tajam seperti pisau, memasak dan

parang, dan kapak menghidangkan makanan.
-Mengelakkan kemalangan
-Meja makan seperti terlanggar peralatan
yang tajam.
-Penyangkut cawan/ gelas - - Peralatan dapur tersusun rapi
dan kemas.
Rak penyimpan kayu api/

tong gas

-Penyangkut periuk dan cerek

untuk masak

-Gajet gerobok (camp larder) -
Tempat menyimpan
bahanbahan masakkan

54

Kawasan pintu Terletak di bahagian -Mercu tanda iaitpuerkhemahan

hadapan sekali: pintu gerbang dan tiang

-Bahagian pintu hadapan bendera. -

-Bahagian pagar Mencantikkan kawasan
-Bahagian pintu belakang pemandangan di

perkhemahan.

Variasi pintu hadapan: -Penanda kawasan
-Tulis nama patrol dengan sempadan dan
bahan-bahan semula jadi - kawasan
Bahagian pintu yang boleh keselamatan.

tertutup sendiri

Kawasan tempat Bahagian pagar -Tempat menyimpan,
tinggal Menandakan kawasan
sempadan, suasana menyusun dan
perkhemahan kemas dan
teratur serta adanya kawalan memperagakan bahan,
keselamatan.
peralatan, pakaiandan
-Rak kasut
-Rak beg maklumat di tapak

-Rak peralatan perkhemahan.

-Meja tulis -Memudahkankita merujuk
-Kerusi
-Papan kenyataan atau mendapatkan maklumat.
-Buaian
-Kekemasan dan keselamatan
-Penyangkut lampu terjamin.
-Penyapu
-Fitting room dan lain-lain

Kawasan tempat -Tempat meletak besen air - -Memudahkan penyimpanan
basuhan Tempat menyimpan alat dan penyusunan
pergigian
-Tempat menyimpan sabun -
Tempat menggantung tuala
mandi
-Kawasan tempat basuhan

55

Kawasan -Ampaian pakaian -Menyidai pakaian
pengeringan -Menjaga kebersihan dan
kekemasan diri di kawasan
perkhemahan.

Lain-lain -Tiang bendera
-Menara pemerhati
-Gendang/ Kantung Kem
-Gajet pembawa barang
(Indian Travois)
-Gajet pondok lalang (tempat
berteduh)

56

Gejet Pertolongan Cemas

Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:

1. plaster - berbagai saiz dan bentuk

2. dressing sterill - berbagai saiz

3. kapas

4. kasa sterill serta swab kasa

5. dressing khas untuk kes terbakar

6. bandage 3 segi

7. bandage crepe penggulung

8. pita lekat

9. pad mata

10. termometer

11. gunting hujung tumpul

12. penyepit

13. pin penyelamat

14. kertas tisu

15. losyen antiseptik

16. losyen kalamin

17. beberapa jenis bat seperti panadol, pil-pil rawatan

18. lampu suluh

57

19. pensil dan kertas

NYANYIAN/ LAGU PERKHEMAHAN

Tujuan:

i. Melahirkan ahli BSMM yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara dan

negeri mengikuti protokol yang betul.

ii. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan

negara semasa menyanyikan lagu patriotik.

iii. Memastikan ahli-ahli tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu BSMM

dengan baik.

Panduan Mengajar Nyanyian:
a. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek,

mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
b. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum
mengajar kepada para ahli.
c. Nyanyikan berulang kali untuk para ahli mendengarkannya.
d. Nyanyian lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah
e. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para ahli supaya
mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
f. Nyanyian jurulatih dan para ahli perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya
walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah.

58

Lagu-lagu:
i. Lagu Kebangsaan

ii. Lagu Rasmi BSMM

59

iii. Lagu Perkhemahan

KALAU RASA GEMBIRA
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.

tepuk peha,
hentak kaki,
petik jari, ( tak bunyi )
kata horey

SAYONARA

Sayonara, Sayonara
Sampai jumpa lagi 2x
Buat apa susah, 2x
Susah itu tiada gunanya, 2x Ingat-ingat
itu remember,
Jangan lupa itu don’t forget,
Saya sayang i love you,
Hanya engkau only you

MANDOLO

Mandolo, mandolo di papa le 2 x
Ala tendang, ala tendang

Ala tendang, ala tendang, tendang

Berkhemah, mari kita berkhemah, khemah 2 x
Ala hujan, ala hujan, ala hujan Ala hujan ,
basah !!!

60

Memasak, mari kita Memasak, Memasak 2 x
Ala hangit, ala hangit, ala hangit
Ala hangit, nasik !!!

Berlari, mari kita Berlari, Berlari
2 x Ala letih, ala letih, ala letih Ala

letih, pancit !!!

Menyanyi, mari kita Menyanyi, Menyanyi 2 x
Ala hujan, ala hujan, ala hujan Ala hujan ,
basah !!!

PERMAINAN
Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang BSMM. Aktiviti ini dijalankan
bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat kerjasama,
kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada
ahli. Contoh permainan adalah seperti berikut:

Jenis Cara Bermain
Permainan

Harta Karun - Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas,

objek seperti kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).

- Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan
tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat,
misalnya: di kawasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan
arahan lain untuk dijalankan oleh ahli BSMM itu. Bereng kompas
boleh diberi untuk panduan ahli BSMM mencari arah lain
sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu.

61

Nature’s Hunt - Ahli-ahli BSMM dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti

serangga, daun-buahan, bunga dan lain-lain.

Tuliskan arahan atau tugasan di kertas dan masukkan ke dalam
sampul surat. Lebih elok adakan satu cerita, misalnya: ‘ Wahai
pahlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah masanya untuk
menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi
penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan benda-benda
sebagai ubat: Seekor semut, seekor nyamuk, seekor belalang,
daun ketapang, lalang, buah jambu... Bendabenda yang
dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/ perolehi di kawasan
itu dan senarai yang diberi kepada setiap patrol hendaklah
berlainan/ berbeza.

Ibu Ayam - Seorang ahli BSMM menjadi ‘helang’ dan pemimpin/ketua patrol
menjadi ‘ibu ayam’. Semua ahli BSMM dibahagikan kepada
beberapa petrol. Setiap patrol memilih nama seekor burung. Ibu

ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama burung
yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak

burung berlari ke arah ‘ibu ayam’, ‘helang’ akan cuba
menangkapnya. ‘Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah

kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama
jauh dari ‘ibu ayam’.

‘Baloo’ di mana - Alatan : Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.
kamu

Ahli BSMM membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih;
seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar
‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk

dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf.

Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut

tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang
sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan

boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali
sahaja. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar

pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi

tidak boleh bergerak dari tempatnya.

62

Lembu Kena - Ahli kumpulan memegang tangan dan membuat satu bulatan.
Kepung
Seorang ahli BSMM menjadi ‘lembu’ dan berdiri dalam bulatan.
Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan
sebarang cara dan ahli-ahli BSMM yang membuat bulatan pula
cuba seberapa yang boleh menahan ‘lembu’ tersebut dari keluar
daripada bulatan tersebut. Jika ‘lembu’ itu dapat keluar daripada
kepungan itu, tukarkan ahli BSMM lain sebagai ‘lembu’ dan
begitulah seterusnya.

Harta - Ahli BSMM disuruh keluar mencari beberapaobjek atau benda
Tersembunyi yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumputrampai,
buah-buahan dan lain-lain. Pasukan yang pertama dapat
menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.

Memasak - Ada dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan
alat-alat dapur dan memasak cara hutan/`Backwoodsman”. Satu

peraduan boleh diadakan untuk menentukan ahli yang cekap

sekali dalam masakan.

Elak Bola - Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu)
dalam Bulatan
Pilih dua kumpulan untuk membentuk satu bulatan yang besar.
Kumpulan lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli
BSMM yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola
dan sekiranya terkena BSMM tersebut dikira ‘MATI’. Rejaman
hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut ahli yang
berada dalam bulatan. Ahli BSMM yang ‘terkena’ rejaman itu iaitu
sudah ‘MATI’, hendaklah mengambil tempat dengan segera di
garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam
bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubitubi dengan seberapa
cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang.
Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang ahli
sahaja berada dalam bulatan bulatan dan dia diisytiharkan
sebagai pemenang.

63

Lakonan Bisu - Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu

gerak kerja yang perlu dilakukan oleh BSMM)

- Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dia
dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca
kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan kumpulannya
dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

Daftar Alat - Ahli BSMM diberi sehelai kertas dan pen. Mereka dikehendaki
Perkhemahan menyeranaikan seberapa banyak yang boleh peralatan
perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu
setengah minit atau dua minit. Ahli yang paling banyak
menyeranaikan peralatan dengan tepat/ betul adalah
diisytiharkan pemenang.

64

ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT

Pengenalan:

i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit
beruniform, seperti Pergerakan BSMM dan Kadet Remaja Sekolah yang
melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak mengikut arahan
yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki
yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang
diberikan oleh ketua..

ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan
berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam
pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu
yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan
ketua.

iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:

 Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan

 Latihan pergerakan.

iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:

 membentuk peribadi individu;

 menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;

 menanam perasaan yakin;

 membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;

 menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan

 menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan
berhemah tinggi.

v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:

 Kawad Statik
 Kawad Dinamik
 Kawad Asas

65

 Kawad Formasi
 Kawalan Kehormatan

Bahasa Hukuman Kawad:

i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan:

Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka
buat.
b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan
dilakukan oleh skuad.
c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan
suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.

ii. Contoh bahasa hukuman kawad: Tindakan
INGATAN
Bahasa Hukuman Kawad HARKAT/AMARAN
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA PERBUATAN
KE KANAN…
PUSING

66

iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:

a. Masuk Baris;
b. Sedia;
c. Luruskan barisan;
d. Paras;
e. Senang Diri;
f. Rehatkan Diri;
g. Keluar Baris;
h. Pusing ke Kanan;
i. Pusing ke Kiri;
j. Pusing/Menghadap ke Belakang;
k. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
l. Kawad Jalan Kaki;
m. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n. Bersurai.

Kawad Statik dan Dinamik:

i. Latihan kawad statik dan dinamik

a. Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat

hendak dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR
BARIS, iaitu berehat.

67

(ii) Arahan:

“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN
TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD
HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU
BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA
MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau
MASUK BARIS …… GERAK!

b. Paraskan Skuad:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:

YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN
…… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS
dan terus membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari
sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU
LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali

68

sebagai PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN
DAN KIRI …… PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan
tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
c. Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN
(ii) Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati
bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil
meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan
kembali dalam kedudukan SEDIA.)

69

d. Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

Arahan:
SENANG …… DIRI!

KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.

Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
e. Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG

DIRI.
(ii) Arahan:

REHATKAN …… DIRI!
f. Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan

REHATKAN DIRI.

70

Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:

Arahan:
BARIS …… SEDIA!

KEDUDUKAN SEDIA

71

g. Buka Barisan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

h. Tutup Barisan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)

i. Pusing ke Kanan:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA

KE KANAN……… PUSING!
atau

KE KIRI……… PUSING!
atau

KE BELAKANG……… PUSING!

72

j. Pusing ke Kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……… PUSING!

atau
KE KANAN……… PUSING!

atau
KE BELAKANG……… PUSING!

73

k. Pusing / Menghadap ke Belakang:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan:

BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG

KE BELAKANG……… PUSING!
atau

KE KANAN……… PUSING!
atau

KE KIRI……… PUSING!

l. Kawad Jalan Kaki:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

(ii) Arahan (bergantung kepada penanda):

DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau

DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau

DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)

m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:

(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD
JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.

(ii) Arahan:

74

BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut
sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)
n. Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan

akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
(iii) Arahan:

KELUAR …… BARIS!
o. Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat

atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang
lain.
(ii) Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)

75

LENCANA KECEKAPAN PBSMM UNTUK AHLI BELIA
1) PERSAHABATAN ANTARABANGSA

 Ahli Belia Dikehendaki Lulus Mata Pelajaran Pendidikan Palang Merah /
Bulan Sabit Merah Untuk Mendapatkan Lencana Ini.

2) PERTOLONGAN CEMAS

 Perkara Ini Termasuk Didalam Persijilan PBSMM . Ahli Belia Yang Telah
Lulus Didalam Latihan Praktikal Dan Lisan Pertolongan Cemas Asas
Dan Rawatan Rumah/Pendidikan Kesihatan Layak Memakai Lencana Ini

3) KAWAD KAKI

 Ahli Belia Harus Menguasi Bahasa Hukum Kawat Sekurang – Kurangnya
25 Daripada 47 Hukum Kawat Yang Telah Dikenal Pasti

76

4) KEM KRAF

 Ahli Belia Perlu Menghadiri Sekurang – Kurang 3 Kali Aktiviti
Perkhemahan Dengan Bantuan Guru Penasihat Belia.

5) CEGAH KEBAKARAN

 Ahli Belia Perlu Lulus Ujian Mencegah Kebakaran ( Praktikal ) Yang
Dikendalikan Oleh Pegawai Dari Jabatan Bomba & Penyelamat Mengikut
Tajuk Yang Diberikan Oleh PBSMM.

6) LENCANA SEKOLAH

 Lulus Peperiksaan Pendidikan Pelang Merah dan Bulan Sabit Merah
Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas Mendapat Keenam-enam
Lencana Kecekapan Belia PBSMM.

77

7) LENCANA KEPIMPINAN

 Ketua Utama Seksyen Unit Sekolah Layak Memakai Lencana Ini.
- Beliau Perlu Lulus 2 Kursus Bersijil,
i.e. Pertolongan Cemas Asas Dan Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit
Merah
- Memiliki Kesemua Lencana Kecekapan Yang Tersebut Diatas.

8) KETUA UTAMA SEKSYEN

 Mempunyai Kelulusan Seperti Berikut :
1.Lulus Sijil Pertolongan Cemas Asas
2.Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3.Memperolehi Keenam – enam Lencana Kecekapan
( Rujuk Kepada Buku Skim Lencana Kecekapan )
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Unit Belia Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 15 Tahun

78

9) KETUA SEKSYEN

 Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1.Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
2.Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3.Memperolehi Sekurang – Kurang Lima Lencana Kecekapan
4.Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5.Menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Unit Belia Sekolah
Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun

10) PENOLONG KETUA SEKSYEN

 Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1. Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
2. Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3. Memperolehi Sekurang – Kurang Empat Lencana Kecekapan
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Ahli Yang Aktif Dalam Unit Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun

79

11) PENOLONG KETUA SEKSYEN 1

 Mempunyai Kelayakan Seperti Berikut :
1. Lulus Sijil Pertolongan Cemas Asas
2. Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
3. Memperolehi Sekurang – Kurang Tiga Lencana Kecekapan
4. Mendapat Sokongan Pegawai Belia Sekolah
5. Menjadi Ahli Yang Aktif Dalam Unit Sekolah Berkenaan
6. Berumur Sekurang – Kurangnya 14 Tahun

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Definisi:
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum
tibanya bantuan perubatan.
Variasi nama:
• First Aid
• Bantu Mula • Pertolongan Cemas
Objektif:
• Menyelamat nyawa
• Mengelak mangsa cedera lebih serius
• Mengurangkan kesakitan
• Menguruskan pemindahan ke hospital

80

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada
mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit
dengan tiba-tiba. Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih
merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor
atau ahli perubatan diperolehi.

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubatubatan serta
peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan
di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanakkanak. Setiap ubat yang ada
perlu dilabel dengan jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa
setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga
premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga
patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti
bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu
ada ialah:

1. Dresing steril - beberapa saiz.
2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. 6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil.

ISI ‘KOTAK FIRST AID’

81

Termometer Kain Pembalut Luka Elastoplast
Mangkuk Enamel Kain Tekap Ubat Luka
Ubat Cium Kapas Papan Tuap
Asprin Gunting Kain Segitiga
Panadol Kain Kapas Ubat Cuci Mata
Ubat Melepuh Pin Semat Pembalut Berelastik
Adesif Lekat Sendiri Pembalut Terbuka Pembalut Pembebat

TUJUAN DAN PRINSIP

1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba.
2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk.
3. Memberi kelegaan dan keselesaan.
4. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh.
5. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang

lain.

ANDUH DAN BALUTAN

Kain Anduh:
 Mengampu bahagian yang cedera atau parah.
 Menghentikan atau menahan pendarahan.
 Menetapkan bahagian yang cedera.
 Menutup tempat yang luka atau cedera.
 Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

PEMBEBATAN & PEMBALUT: dan
• Pembebatan digunakan untuk menutup luka

mengawal pendarahan.

• Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

JENIS KAIN PEMBALUT:
• Pembalut Tiga Segi
• Pembalut Lebar
• Pembalut Kecil
• Pembalut Gulung

82

Pembalut Tiga Segi Lipatan Tiga Segi

Jenis Anduh/Balutan Keterangan
Anduh Lengan Menyokong lengan, pergelangan tangan
yang cedera (patah/ terkehel)
Anduh Kepala -Bucu atas kain anduh hendaklah
diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas
bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada
siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.

Anduh di kepala digunakan untuk menutup
luka di bahagian kepala.
-Lipatan sedikit kain anduh dan letakkannya
pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu
atas kain anduh berada di belakang kepala.
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala

kemudian dibawa ke dahi dan diikat

buku sila. di belakang untuk

-Lipat kain lebihan
lebih kemas.

83

Anduh Pergelangan/ Tangan/ Kaki -Letakkan tapak tangan yang tercedera di
atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
tangan.

Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh
di atas dan bawah.

-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada
atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambar rajah di bawah.

Anduh Lutut -Lipat sedikit kain dan letakkan di atas lutut

yang tercedera.

-Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut. -Tutup
ikatan tersebut dengan bucu atas kain
anduh untuk lebih kemas.

84

Balutan luka dada - Semua balutan menggunakan ikatan buku
sila

Luka di bahagian depan

Luka di bahagian belakang
Balutan luka bahu

85

Balutan luka peha
Balutan luka siku
Balutan luka lutut
Balutan luka lengan
Balutan luka jari

86

MERAWAT LUKA DAN GIGITAN JENIS-JENIS LUKA:
1. Luka Terhiris
2. Luka Terkoyak
3. Luka Tertikam / Tembus

4. Luka Lebam

87

5. Luka Kena Tembak
6. Luka Kecil

7. Luka di Perut
8. Luka di Dada
9. Pendarahan bahagian dalam Telinga

88

Gigitan:
Patukan Ular
SIMPTOM / TANDA AWAL

1) Sepasang lubang bekas patukkan.
2) Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk.
3) Bengkak dan merah di sekeliling patukkan.
4) Pernafasan yang tercungap-cungap 5) Kemungkinan terhenti pernafasan.
6) Berpeluh dan penglihatan berpinar-pinar

BAHAYA
 Patukan ular berbisa bergantung kepada spesis, amaun racun, kedudukan

dan kedalaman patukkan.
 Boleh membawa kepada maut.
 Mangsa rasa terkejut dan cemas.

89

MELECUR, PITAM DAN PATAH

Sebab Simpton Cara merawat

Melecur terkena: -Kulit melecur dan -Baringkan mangsa di
Pitam
Patah • Air panas kemerahan - tempat teduh, sejuk
• Minyak panas Bahagian terbakar dan selesa.
• Wap panas mengelembung -Tanggalkan

dan bengkak pakaiandan

dengan cepat perhiasan pada

-sakit anggota

tercedera

seperti kasut, cincin,

jam tangan dan lain-

lain.

-Jika serius elakkan

beri minuman dan

makanan.

Kekurangan bekalan -Muka pucat -Hantar ke hospital
jika perlu.
-Baringkan di

darah ke otak -Berpeluh sejuk tempat teduh dan

untuk seketika -Denyutan nadi berudara bersih. -

waktu. cepat tetapi lemah Longgarkan pakaian
Sebab: -Rasa loya yang ketat
-Berdiri tegak terlalu lama -Pening -Tinggikan bahagian
dalam cuaca panas -Pandangan kabur kaki

-Terlalu letih, kelaparan -Tenangkan dan

-Tindak balas saraf beri keselesaan

terhadap kesakitan - -Galakkan tarik

Persekitaran yang sesak nafas

-Emosi -Rawat semua

kecederaan

-kecederaan tulang meliputi -Lebam dan bengkak - Blanket Lift

patah atau retak -Anggota tidak

-Kemungkinan dapat digerakkan

kecederaan berlaku

90


Click to View FlipBook Version