The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul EDUPD2053 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iedasalam, 2021-09-09 11:41:55

Modul EDUPD2053 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Modul EDUPD2053 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

EDUPD2053
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018


2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN
MALAYSIA.

MODULINI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

2

KANDUNGAN

MUKASURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis ii
Hak Pengarang
Kandungan iii
iv
Panduan Pelajar vi
vii
Pengenalan

Agihan Tajuk Kursus

UNIT 1 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN 10
UNIT 2 REKA BENTUK PENGAJARAN 18
UNIT 3 PERALATAN PEMBELAJARAN 26
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TOPIK 3
UNIT 4 INTEGRASI PERISIAN APLIKASI PEJABAT UNTUK 28
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UNIT 5 PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TOPIK 4 32
UNIT 6 VISUAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 40
PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN
UNIT 7 PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TOPIK 6 49
AUDIO DAN VIDEO UNTUK PENGAJARAN DAN
UNIT 8 PEMBELAJARAN 58
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TOPIK 7
UNIT 9 INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 71
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TOPIK 8
ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bibliografi 89
Panel 91
Simbol 92

3

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

4

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat
Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam elemen asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui e-mel atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini
akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

5

PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan teknologi dalam
pendidikan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat
pendidikan awal kanak-kanak.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menerangkan konsep, prinsip asas serta faktor-faktor teknologi dalam pendidikan.
2. Menghasilkan perancangan aktiviti berdasarkan reka bentuk pengajaran.
3. Membentangkan perancangan aktiviti yang mengaplikasi teknologi dalam

pendidikan yang dicadangkan.

6

AGIHAN TAJUK KURSUS
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM

INTERAKSI BERSEMUKA
60%

24 JAM

TAJUK/ TOPIK KESELURUHAN KULIAH/ DALAM MODUL
40 JAM TUTORIAL/ TALIAN 40%
1. Teknologi dalam
Pendidikan AMALI 20% 16 JAM
• Konsep Teknologi 40% 8 JAM
Pendidikan dalam 2
Revolusi Industri 4.0 16 JAM
(IR 4.0) (K) 2
● Konsep Technology 3
Pedagogy Content
Knowledge(TPCK) (M) 1

2. Reka Bentuk Pengajaran 3
• Peranan reka bentuk 1
pengajaran dalam
proses pengajaran 3 2
dan pembelajaran (M) 1
• Aplikasi model reka
bentuk pengajaran
ASSURE (M) /SAMR
(K)

3. Peralatan Pembelajaran
• Mobile Learning (K)
• Media Sosial (DT)

7

4. Integrasi Perisian 9 6 12
Aplikasi Pejabat untuk 3 1 2
Pengajaran dan 6 2
Pembelajaran 6 2 13
• Pemprosesan 13
Perkataan (K/T/A) 8
• Hamparan Elektronik
(K/T/A)
• Persembahan
Elektronik (M/ DT)

5. Visual untuk Pengajaran
dan Pembelajaran
● Peranan Visual
dalam pengajaran
dan pembelajaran
(K/T/A)
● Jenis-jenis visual (M)
● Mereka bentuk visual
(M)

6. Pembangunan Media
Pengajaran
● Pemilihan media
pengajaran (M/DT)
● Pengubahsuaian
media pengajaran
(M)
● Penghasilan media
pengajaran (K/T/A)

7. Audio dan Video untuk
Pengajaran dan
Pembelajaran
● Peranan audio dalam
pengajaran dan
pembelajaran (DT)
● Sumber audio dan
format fail audio (M)
● Penghasilan klip
audio kreatif untuk
pengajaran dan
pembelajaran (K/T/A)
● Peranan video dalam
pengajaran dan
pembelajaran (DT)

● Sumber video dan
format fail video (M)

● Penghasilan klip
video kreatif dan

inovatif untuk
pengajaran dan
pembelajaran (K/T/A)

8. Internet untuk 9 3 42
Pengajaran dan
Pembelajaran 3 1 2
● Konsep dan jenis-jenis 45 JAM 18 JAM
pembelajaran dalam 9 JAM 18 JAM
talian (LMS) (M)
● Peralatan dan aplikasi
untuk pembelajaran
dalam talian.
(K/T/A/DT)

9. Isu dan Cabaran
Penggunaan Teknologi
untuk Pengajaran dan
Pembelajaran.

● Isu harta intelek,
undang-undang siber,
plagiat, kerahsiaan
penyebaran maklumat.
(M)

● Cabaran pengajaran
dan pembelajaran
dalam penggunaan
media sosial. (K/T/A)

JUMLAH

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

9

UNIT 1 Teknologi dalam Pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan konsep teknologi dan teknologi dalam pendidikan.
ii. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi dalam pendidikan.
iii. Menghuraikan konsep Technology Pedagogy Content Knowledge (TPCK) dan
komponen.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep teknologi,
teknologi dalam pendidikan dan TPACK. Seterusnya menjelaskan tentang peranan dan
kepentingan teknologi dalam PdPc berdasarkan pemahaman terhadap model TPACK.

KERANGKA TAJUK

1.1 Konsep teknologi dan teknologi pendidikan
1.2 Peranan dan kepentingan teknologi dalam pendidikan
1.3 Prinsip-prinsip teknologi pendidikan
1.4 Konsep Technology Pedagogy Content Knowledge (TPACK) atau Pengetahuan

Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)
1.5 Komponen TPACK

1.1 Konsep Teknologi Dan Teknologi Pendidikan

Pengenalan

Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ia dilihat
sebagai asas pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang miskin dalam teknologi tidak boleh
berkembang dalam senario hari ini. Ini kerana teknologi membuat kerja kita lebih mudah

dan kurang memakan masa. Kesan teknologi dapat dirasakan dalam setiap bidang
termasuklah bidang pendidikan (Raja & Nagasubramani, 2018).

Pengguna teknologi ialah mereka yang sedang melaksanakan tugas dengan
komputer atau sedang mengakses internet untuk apa sahaja tujuan sama ada membina
hubungan sosial melalui laman sesawang, mencari bahan atau maklumat atau sedang
mereka bentuk persembahan multimedia. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar
pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka
teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan.

Menurut Association for Educational Communication and Technology (AECT),
teknologi pendidikan adalah suatu proses yang kompleks dan terpadu dengan melibatkan
peralatan, idea, prosedur, orang dan organisasi untuk menganalisis permasalahan,
menemukan penyelesaian masalah, membuat penilaian serta mengelola pemecahan
masalah yang berkaitan dengan semua aspek belajar manusia.

Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969), teknologi bukan semata-mata alat
dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya
pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif
terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan
awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan,
kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan
“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

Konsep Teknologi

Istilah teknologi seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat
elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat,
perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon
bimbit. Secara umumnya teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Justeru itu, terdapat banyak pandangan tentang maksud teknologi antaranya ialah:

● Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik yang tersusun
secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam
melaksanakan tugasan sehingga mencapai kejayaan (Gailbrath, 1967).

24

● Teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-
tujuannya (Evan & Nation, 2000).

● Teknologi mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah
penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau
alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain
cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.

Konsep Teknologi Pendidikan

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan
pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional (Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia, 1988). Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP dengan
mereka bentuk dan mengaplikasinya dengan sepadukan elemen idea, tenaga, sumber
atau bahan, serta kaedah dan tatacara. Manakala, Bahagian Teknologi Pendidikan di
Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai
aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, teknologi
pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk
memberi kesan baik kepada pendidikan. Kesimpulannya ialah teknologi pendidikan
adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Peranan dan Kepentingan Teknologi dalam Pendidikan

Pembelajaran Kendiri

Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan prestasi akademik tanpa
bergantung pada guru. Contohnya pelajar boleh membuat tugasan dengan mencari
maklumat untuk dipindahkan kepada satu bentuk yang mudah difahami seperti peta
minda.

Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran

Penerangan guru lebih mudah difahami apabila dibantu pelbagai bahan yang mampu
menterjemahkan penerangan guru. Contohnya video bencana alam mampu
meninggalkan kesan mendalam terhadap jiwa pelajar.

25

Peluang Belajar untuk Semua

Membuka peluang kepada sesiapa sahaja belajar tanpa sekolah dan guru. Contohnya
menyambung pengajian secara jarak jauh yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja
untuk belajar.

1.3 Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan prinsip teknologi pendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu kepada
guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran.
Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan membantu murid
belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan. Tegasnya, teknologi
pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang
digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran. Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan
untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi
tujuan seperti;

i. pengenalan
ii. perkembangan pelajaran
iii. penutup atau kesimpulan
iv. penilaian
Sumber pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk
mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan
perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu;
i. Sebelum penggunaan

merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar.
ii. Semasa penggunaan

merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.
iii. Selepas penggunaan
merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga aktiviti pengukuhan.

26

1.4 Konsep Technology Pedagogy Content Knowledge (TPACK) atau
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Technological Pedagocal Content Knowledge disingkat TPACK (sebelumnya disingkat
TPCK) merupakan pengetahuan yang diperlukan untuk mengintegrasikan teknologi
dalam pembelajaran. Kerangka pengetahuan ini berasal daripada konstruk Shulman
(1986) tentang Pedagogical Content Knowledge (PCK). TPACK adalah satu kerangka
kerja untuk memahami dan menerangkan jenis ilmu yang diperlukan oleh seorang guru
untuk pengintegrasian teknologi yang berkesan (Mishra & Koehler, 2006). Kerangka
pengetahuan ini terdiri daripada pengetahuan guru tentang teknologi, pedagogi dan
kandungan.

1.5 Komponen TPACK
Menurut Mishra dan Koehler (2006), komponen dalam TPACK dibahagikan kepada tujuh
komponen (Rajah 1) iaitu:

i. Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge),
ii. Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge),
iii. Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge),
iv. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge),
v. Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge),
vi. Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge) dan
vii. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical

Content Knowledge).

Rajah 1: Koehler, M. J. (2011). TPACK – Technological Pedagogical Content
Knowledge.

27

Anda boleh melayari laman web berikut untuk melihat klip video Model TPACK.
https://www.youtube.com/watch?v=yMQiHJsePOM

Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge)

TK ialah pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang merupakan antara keperluan
asas yang perlu dipenuhi oleh setiap pengamal pendidikan apatah lagi seorang guru.
Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk berfikir tentang, dan bekerja dengan
teknologi, alat dan sumber. Pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau
perisian termasuklah kebolehan mengendalikannya dengan baik sehingga membantu
atau memudah cara pengajaran (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahaja
pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam
pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan lain-
lain) mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge)

CK ialah pengetahuan tentang sukatan pelajaran yang akan dibelajarkan atau diajarkan
(Mishra & Koehler, 2006, p. 1026). Seorang guru harus mengetahui tentang isi kandungan
pelajaran yang akan mereka ajarkan yang merupakan satu daripada komponen
pengetahuan guru yang penting. Kefahaman guru tentang isi kandungan subjek juga
memberi kesan kepada peluang pelajar untuk belajar di mana guru bukan hanya
menyampaikan fakta dan maklumat sahaja tetapi membantu pelajar mempelajari dan
memahami sesuatu perkara tentang isi kandungan subjek tersebut. Menurut Shulman
(1986), apa yang seseorang guru perlu tahu tentang isi kandungan subjek adalah lebih
daripada tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum sekolah. Guru bukan sahaja
mampu menyampaikan maklumat tentang isi kandungan subjek malahan boleh
menjelaskan mengapa isi kandungan subjek tersebut perlu dikuasai serta kaitannya
dengan isi kandungan subjek lain. Penguasaan kandungan seharusnya dimiliki oleh
seorang guru yang terlatih dalam bidang masing-masing untuk memastikan guru tersebut
dapat menyampaikan pengetahuan yang dimiliki supaya dapat difahami oleh pelajar.

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge)

28

Pedagogi secara literalnya bermaksud seni atau ilmu pengetahuan tentang mendidik
anak-anak dan sering digunakan sebagai satu sinonim untuk suatu pengajaran.
Pengetahuan pedagogi (PK) bermaksud pengetahuan guru yang mendalam tentang
proses, amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi antara lain
tujuan pendidikan, nilai dan matlamat termasuklah untuk memahami bagaimana pelajar
belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar
(Koehler & Mishra, 2009). Pada tahun 1986, Shulman telah memperkenalkan
Pengetahuan Pedagogi sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan
kandungan dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan
kandungan secara berkesan.

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge)

PCK merupakan keupayaan guru menterjemahkan maklumat atau pengetahuan ke dalam
bentuk yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya berasaskan kepada pengetahuan
pedagogi dan juga pengetahuan kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan
digambarkan sebagai pengetahuan yang khusus bagi guru di mana ia dapat mengenal
pasti keperluan pengetahuan subjek bagi guru berbeza daripada yang difahami oleh pakar
isi kandungan subjek. PCK merupakan satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang
guru dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan
tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu
diajar).

Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge)

Pengetahuan Teknologi Kandungan (TCK) merujuk kepada pengetahuan yang
membolehkan para guru memilih jenis-jenis perkakasan teknologi pendidikan yang sesuai
untuk digunakan bagi memahami subjek yang diajar. TCK merupakan pengetahuan
tentang bagaimana teknologi boleh menciptakan perwakilan yang baru untuk kandungan
yang spesifik. Dengan menggunakan teknologi yang tertentu, guru boleh mengubah cara
guru mengajar dan memahami konsep di dalam kandungan tertentu. Guru-guru perlu
menguasai lebih daripada perkara mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai
pemahaman yang mendalam tentang cara bagaimana perkara boleh diubah oleh
penggunaan teknologi tertentu. Pemahaman tentang proses pengajaran dan
pembelajaran boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang
tertentu.
Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge)

29

TPK merupakan pengetahuan tentang bagaimana PdP boleh berubah apabila teknologi
tertentu digunakan dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi
pengetahuan pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan
disiplin reka bentuk pedagogi dan strategi pengajaran. Koehler dan Mishra (2008)
menyatakan bahawa seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana PdP perlu
dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong proses dan
amalan pengajaran semasa. Pengetahuan tentang perkakasan teknologi pendidikan
boleh digunakan dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK)

TPACK merujuk kepada pengetahuan yang diperlukan oleh guru untuk mengintegrasi
teknologi dalam pengajaran mereka dalam mana-mana kandungan pelajaran.
TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang dilakukan
mengikut disiplin ilmu dan perlu difahami secara mendalam dari aspek pengetahuan
kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahaun teknologi, pengetahuan pedagogi
kandungan, pengetahuan teknologi kandungan dan pengetahuan teknologi pedagogi
(Koehler, 2011).

Soalan Tutorial
● Pada pendapat anda sejauh manakah guru telah mengaplikasi pengetahuan
teknologi dalam proses PdPc dalam bilik darjah?

LATIHAN

Teliti situasi berikut.

Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-
teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan
pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang
penting bagi mencapai objektif tersebut.

Hasil analisis anda terhadap situasi di atas, apa yang anda boleh nilaikan bagi
mendapatkan pengajaran yang berkesan. Perbincangan hendaklah menjurus
kepada peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda dalam bilik darjah berdasarkan model
TPACK.

UNIT 2 Reka Bentuk Pengajaran
30

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran.
ii. Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran dan
iii. Menganalisis model ASSURE atau model SAMR
iv. Mengaplikasikan model ASSURE atau model SAMR dalam pengajaran.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dihuraikan ialah tentang konsep reka bentuk
pengajaran (RP). RP adalah amalan berasaskan bukti (dalam proses menghasilkan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang mendorong kepada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran secara lebih cekap, berkesan dan menarik. Turut
dibincangkan adalah kepentingan RP dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dua
model RP iaitu model ASSURE dan SAMR merupakan model RP yang sering menjadi
panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media.

KERANGKA TAJUK

2.1 Reka bentuk Pengajaran (RP)
2.2 Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran
2.3 Model-model reka bentuk pengajaran (ASSURE atau SAMR)

FIKIR !
Pada pandangan anda bagaimanakah reka bentuk pengajaran membantu
guru mencapai objektif pembelajaran?

2.1 Reka bentuk Pengajaran (RP)
Pengenalan

31

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai
objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.
Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa
dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu
perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang
digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan
Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk
merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan
rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Model ini berfokus kepada
perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.

Konsep RP

Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video
pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk
dan proses membina bahan. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran
sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan,
penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran
sesuatu unit pelajaran berlaku. Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan proses
untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira
perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Gagne (1985)
menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara
berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-
peringkat. Richey (1986) telah menggariskan enam elemen asas iaitu:

i. Menentukan keperluan pelajar
ii. Menentukan matlamat dan objektif
iii. Membina prosedur penilaian
iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v. Mencuba sistem pengajaran
vi. Menilai keseluruhan sistem

Kategori Reka Bentuk Pengajaran
Terdapat 3 kategori reka bentuk pengajaran yang dinyatakan iaitu:

32

Rajah 2: Kategori Reka Bentuk pengajaran

RBP sebagai satu Proses
Merujuk kepada pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan
mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Proses ini merangkumi aspek
menganalisis keputusan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem
penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti
P&P, melaksanakan perancangan P&P seterusnya membuat penilaian pengajaran dan
aktiviti pembelajaran. Merangkumi keseluruhan proses :-

i. Menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran.
ii. Membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran.
iii. Menyediakan bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
iv. Melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran.
v. Membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran .

RBP sebagai satu Disiplin
Merujuk kepada cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori
tentang strategi pengajaran termasuk menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan
bagi memastikan pembelajaran berlaku.Duffy & Jonasen (1991) menyatakan ianya
sebagai satu proses pelaksanaan strategi pengajaran.

RBP sebagai satu Sains

33

Merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana,
menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit
pembelajaran. Satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana,
menilai, dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit
pembelajaran, baik kecil ataupun berskala besar pada semua peringkat. Bermodelkan
pengajaran bilik darjah dan bermodelkan kurikulum, kursus atau produk. Mereka bentuk,
mengembangkan, dan menguruskan pembelajaran. (Yusup Hashim, 1998), proses untuk
menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang mengandungi empat bidang;

i. Reka bentuk sistem pengajaran
ii. Reka bentuk strategi
iii. Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar

2.2 Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap
yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap
guru, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan
pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
Kepentingan dan peranan RP:

i. Meningkatkan pencapaian pelajar.
ii. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
iii. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran

mudah tercapai
iv. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras

bagi kumpulan yang pelbagai.
v. Membantu proses membuat keputusan.
vi. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khususnya bagi sesuatu

program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

2.3 Model-model reka bentuk pengajaran

34

Komponen penting yang terdapat dalam RP bersistem ialah merancang, mereka bentuk,
melaksana dan menilai. Di antara model RP yang dibincangkan ialah:

i. Model ASSURE
ii. Model SAMR

Model ASSURE
Model ASSURE adalah sebuah formulasi untuk kegiatan pembelajaran yang
berorientasikan kelas yang menekankan pemanfaatan teknologi dan media dengan baik
agar siswa belajar secara aktif. Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah
direka bentuk oleh R.Heinrich, M.Molenda, J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan
model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada
perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar.
Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan
bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.

Model ASSURE
Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini
terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

• A - Analyse learners (Analisis pelajar).
• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan).
• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
• R - Require learner participation (Penglibatan pelajar dalam pembelajaran).
• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Rajah 2: Model ASSURE

35

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam
rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain
menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran

Langkah 1: Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi tentang umur pelajar, kelas, latar belakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh
diperoleh dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan guru dapat
mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Peringkat pertama berkaitan
dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan
pelajaran. Maklumat diperoleh daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama
mereka.

Langkah 2: Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif pengajaran yang
disediakan dengan baik akan memandu guru ke arah pencapaian yang dikehendaki.
Objektif yang disediakan itu seharusnya realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta
minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang
susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan
kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat
tiga perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

i. Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk
disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set
induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik
perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah

36

perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang
baru.
ii. Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan
secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer
multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.
iii. Memilih bahan

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran
dalam bentuk nota dan latihan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan
media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat
mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan
dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta
projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan
yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu
untuk belajar. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta di beri selepas
pelajar memberi tindak balas yang betul. Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan
bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dan mempastikan
proses pembelajaran berlaku.

Langkah 6: Penilaian / semak semula bahan
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses PdPc mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah
program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan
pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu
dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar
penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang

37

maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai
tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang
diambil terhadap perkara yang dinilai.
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti
dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan
mediasecara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Waktu Rehat
Sementara waktu rehat, secara santai buat rujukan internet dan
bincangkan bersama rakan anda tentang model reka bentuk pengajaran
SAMR.

LATIHAN

Setelah selesai membaca Unit 2:
Anda adalah seorang guru satu mata pelajaran di sebuah sekolah. Sebagaiseorang
guru anda memilih ModelASSURE untuk merancang dan menghasilkan pengajaran
yang berkesan.
• Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model SAMR
sebagai reka bentuk pengajaran anda?
• Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran anda?

38

UNIT 3 PERALATAN PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Membezakan antara peralatan pembelajaran dengan sumber pembelajaran.

SINOPSIS
Dalam unit ini, pelajar perlu mengetahui tentang perbezaan antara peralatan
pembelajaran, bahan serta media sebagai sumber pembelajaran. Fokus dalam unit ini
ialah berkenaan dengan mobile learning dan media sosial.

KERANGKA TAJUK

3.1 Mobile Learning
3.2 Media Sosial

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Berikut adalah prosedur menjalankan pembelajaran secara dalam talian (DT) bagi Topik
3 (Peralatan Pembelajaran) dan melibatkan sebahagian Unit 2 iaitu Media sosial dalam
Modul ini.
A. Media Digunakan

i. Perisian WhatsApp
ii. Masa DT bagi Topik 3 adalah 2 jam. Pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dalam talian (DT) sekurang-kurangnya 1 jam bagi
setiap sesi. (rujuk Agihan Tajuk).
B. Tajuk Pembelajaran: Topik 3: Peralatan Pembelajaran
● Media sosial (rujuk Agihan Tajuk).
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Media sosial
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

40

UNIT 4 INTEGRASI PERISIAN APLIKASI PEJABAT
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Membezakan pelbagai jenis Perisian Aplikasi; Pemprosesan Perkataan,
Persembahan Elektronik dan Hamparan Elektronik

ii. Mengintegrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai ialah tentang
pelbagai jenis perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Perisian aplikasi pejabat seperti Pemprosesan Perkataan, Persembahan Elektronik dan
Hamparan Elektronik adalah perisian yang boleh dintegrasikan bagu tujuan PdP.

KERANGKA TAJUK

4.1 Definisi dan Jenis-jenis Perisian aplikasi
4.2 Pemprosesan Perkataan dalam PdP

4.3 Persembahan Elektronik dalam PdP
4.4 Hamparan Elektronik dalam PdP
4.5 Integrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

FIKIR!
Pada pandangan anda bagaimanakah sesuatu perisian aplikasi pejabat
itu dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran?

4.1 Definisi dan Jenis Perisian Aplikasi
Perisian yang digunakan untuk membolehkan pengguna menggunakan komputer.
Mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut penggunaan. Paling cepat
berkembang kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.

Jenis-jenis Perisian Aplikasi
Terdapat pelbagai perisian aplikasi yang boleh digunakan dalam PdP. Antaranya ialah:

▪ Pemprosesan Perkataan
▪ Persembahan Elektronik
▪ Hamparan Elektronik

4.2 Pemprosesan Perkataan

Ia merujuk kepada perisian yang digunakan untuk membina, mengolah, menyusun dan
membentuk teks, menyimpan dan mencetak dokumen. Antara contoh perisian
pemprosesan perkataan (word processing) ialah, Microsoft Word, Word Star, Word
Perfect, Chiwriter. Google Docs

Pemprosesan Perkataan Dalam PdP

Perisian pemprosesan perkataan membantu guru dalam PdP Perisian pemprosesan
digunakan untuk mengolah, menyusun dan membentuk teks serta membuat kerja
penyuntingan. Guru boleh menyediakan bahan pengajaran:

i. rancangan pengajaran harian,
ii. nota edaran,
iii. latihan,
iv. lembaran kerja / lain-lain bahan sokongan pengajarannya.

Dalam PdP bahasa ia sangat membantu dalam:

i. aktiviti mencantum ayat, memperbaiki ejaan, membina cadangan ayat
ii. mencari makna, perkataan seerti
iii. menambah dan membetulkan tanda bacaan
iv. membetulkan tatabahasa
v. Mengira jumlah perkataan
vi. Menukar perkataan dengan perkataan lain dalam satu karangan
vii. menulis bibliografi menggunakan format yang dipilih. Dll

42

Dalam urusan pengurusan guru, pemprosesan perkataan boleh membantu guru:
i. membuat surat,
ii. kertas kerja,
iii. buku program,
iv. buletin,
v. membuat borang
vi. membuat sijil

4.2 Persembahan Elektronik
Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan persembahan
elektronik multimedia yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Antara perisian yang
biasa digunakan ialah;

i. MS PowerPoint
ii. Harvard Graphic
iii. Lotus Free Lance
iv. Prezi
v. Google Slides

Persembahan Elektronik dalam PdP
Persembahan multimedia elektronik merujuk kepada persembahan oleh seseorang
pembentang kepada seorang atau sekumpulan pengguna. Pembentang mempunyai
kawalan sepenuhnya terhadap tajuk dan teknik persembahan. Biasanya persembahan
cara ini melibatkan suatu proses komunikasi satu hala yang linear. Persembahan jenis ini
adalah penting apabila pembentang ingin memanfaatkan sepenuhnya teknologi
multimedia dan dalam masa yang sama mengawal sepenuhnya corak persembahan yang
digunakan. Berikut merupakan antara kegunaan perisian persembahan elektronik:

i. Membantu guru mengukuhkan sesi PdP, di samping menarik perhatian pelajar
terhadap pengajaran guru.

ii. Membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio, dan
video untuk diintegrasikan dalam satu persembahan multimedia yang menarik
serta dapat menarik minat pelajar.

iii. Sesuai digunakan untuk semua subjek dan kurikulum dan boleh untuk
seorang atau untuk aktiviti pembelajaran kumpulan.

iv. Membolehkan guru membangunkan satu persembahan slaid bagi
menyampaikan isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz,
peperiksaan dan sebagainya

43

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Berikut adalah prosedur menjalankan pembelajaran secara dalam talian (DT) bagi Topik
4 (Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat Untuk Pengajaran dan Pembelajaran) dan
melibatkan unit 3 iaitu Persembahan Elektronik.

A. Media Digunakan
i. Perisian WhatsApp
ii. Masa DT bagi Topik 4 adalah 1 jam. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam talian (DT) sekurang-kurangnya 1 jam bagi
setiap sesi. (rujuk Agihan Tajuk).

B. Tajuk Pembelajaran: Topik 4: Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat Untuk
Pengajaran Dan Pembelajaran.
● Persembahan Elektronik

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: Integrasi Perisian Pemprosesan Perkataan dan
Persembahan Elektronik untuk Pengajaran dan Pembelajaran

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

44

UNIT 5 VISUAL UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Menghuraikan peranan visual dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Menghuraikan jenis-jenis visual.
iii. Membezakan antara elemen dan prinsip mereka bentuk visual.

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai klasifikasi media
visual yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, mengenal pasti jenis-jenis visual yang digunakan dalam PdP.

KERANGKA TAJUK

5.1 Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran
5.2 Jenis-jenis Media Visual
5.3 Mereka bentuk visual

5.1 Peranan Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengertian
Media Visual merupakan semua alatan yang digunakan dalam proses belajar yang dapat
dilihat melalui pancaindera mata. Media visual memainkan peranan yang sangat penting
dalam proses belajar. Media visual boleh mempercepatkan pemahaman dan
mengukuhkan ingatan. Visual dapat pula meningkatkan minat pelajar dan dapat
menghubungkait antara isi kandungan pelajaran dengan dunia nyata.Justeru itu, media
visual boleh diertikan sebagai alat pembelajaran yang hanya boleh dilihat untuk
memudahkan pemahaman dan mengukuhkan ingatan akan isi kandungan pelajaran.

45

5.2 Jenis-jenis Visual

Visual ialah sesuatu yang boleh diperhatikan yang merupakan suatu bentuk alat
komunikasi yang lebih konkrit berbanding dengan komunikasi secara verbal. Dalam
proses PdP penggunaan bahan visual sangat penting. Namun begitu, keberkesanan
penggunaan visual adalah bergantung kepada reka bentuk dan kualiti visual itu sendiri.
Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
berkesan. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya
mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Ini
menunjukkan bahawa bahan visual seperti gambar lebih mampu merangsang otak
berbanding perkataan.

Kesimpulannya, visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej
yang dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau bertulis.
Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada kualiti visual tersebut.

46

Visual boleh didapati dalam dua bentuk;
i. Visual Tayangan (Transparensi OHP, Projektor LCD, slaid, kamera, video dan
televisyen); Elektronik/ Berkomputer
Grafik berkomputer merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan
sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphics dan sebagainya). Imej
berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan
ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh
komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

ii. Visual Bukan Tayangan (Grafik; lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta,
kartun dan sebagainya)

Grafik
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau
lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek
“graphikos” bererti lukisan. Grafik juga merupakan kombinasi gambar-gambar, lambang-
lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea daripada pengirim kepada penerima dalam proses
menyampaikan maklumat. Grafik merujuk kepada pelbagai fotograf, lukisan, kartun,
diagram, rajah, carta, ilustrasi dan sebagainya:

1. Fotograf (Gambar Foto)
Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video
warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan
di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan
peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan
latarbelakang bagi teks dan grafik.

2. Lukisan
Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian,
ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar.
Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

3. Kartun
Kartun merujuk kepada lukisan yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan
sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah
kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna.

47

4. Diagram
Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu
sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana
gambar jantung yang sebenar.

5. Graf/ Carta
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu
maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau
graf.

Ciri-ciri visual yang baik
i. Mudah dan jelas.
ii. Mesej dapat ditafsir.
iii. Mendorong interaksi yang aktif.
iv. Membantu memfokuskan perhatian.

5.3 Mereka bentuk visual

Elemen dan Prinsip Reka Letak Visual (Grafik)

Reka Letak Grafik
Reka letak grafik merujuk kepada proses menentukan susun atur ke semua elemen agar
membentuk satu rekaan yang mampu menyampaikan mesej yang diperlukan dan dalam
masa yang sama mempunyai nilai seni atau estetika yang bersesuaian dengan keperluan.
Penetapan reka letak bertindak sebagai alat komunikasi yang menterjemah sesuatu
konsep atau idea secara visual kepada semua pengguna. Bagi menghasilkan sesuatu
reka letak grafik yang menarik dan berkesan, ianya perlulah dirancang dengan teliti
sebelum projek rekaan sebenar dibangunkan. Perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh seseorang pereka bentuk dalam menghasilkan reka bentuk visual
yang menarik.

i. Elemen asas dalam reka bentuk visual
ii. Prinsip Asas Reka Bentuk (CASPER)

48

Elemen Asas Reka Bentuk Visual

Reka bentuk visual adalah satu prinsip asas sesebuah grafik yang kualitinya bergantung
kepada elemen dan prinsip asas reka letak visual itu sendiri.

Elemen Huraian
Titik • Satu tanda berbentuk noktah kecil yang diletakkan pada satu ruang.
Garisan • Boleh digabungkan bersama dengan elemen titik yang lain bagi

Bentuk membentuk kesan seperti garisan, arah pergerakan, ton, ilusi
kedalaman dan sebagainya.
• Kombinasi garisan membentuk imej dua dimensi ataupun tiga
dimensi.
• Elemen asas yang sering digunakan dalam susun atur surat khabar,
majalah dan rekaan laman web yang memisahkan antara tajuk
dengan isi kandungan.
• Garisan juga sering digunakan sebagai garis luaran sesuatu objek
khususnya bagi membentuk objek yang lebih jelas.
• Merujuk kepada objek-objek tertutup yang mempunyai struktur
tertentu seperti segi empat atau bulat.
• Digunakan untuk membantu menyusun atau mengorganisasikan
maklumat secara keseluruhan.

i. Bentuk geometri

49

Tekstur Bentuk yang berstruktur dan dibentuk dari garis lurus, bulatan dan
Ruang sebagainya.
Warna ii. Bentuk organik
Bentuk yang kelihatan lebih bebas dan tidak berstruktur.
• Tekstur dapat memberi gaya, jiwa atau perasaan kepada sesuatu
permukaan objek.
• Memberikan kesan realistik dan mampu meningkatkan daya tarikan
kepada sesuatu subjek.
• Penggunaan tekstur juga dapat menghasilkan penekanan.
• Tekstur yang dipilih sewajarnya mempunyai hubungan dengan subjek
atau isi kandungan maklumat yang cuba disampaikan.
• Kawasan kosong yang dimuatkan dalam lakaran.
• Ruang dikatakan positif juga ruang itu digunakan dan dikatakan
negatif jika ruang dibiarkan kosong.
• Seseorang pereka bentuk haruslah menggunakan ruang dengan baik
supaya grafik tidak kelihatan terlalu kosong atau terlalu padat dengan
maklumat.
• Bagi membentuk keseimbangan di dalam sesuatu rekaan visual, 60%
hingga 80% ruang akan digunakan manakala di antara 40% hingga
20% ruang dibiarkan kosong.
• Dalam memilih warna, pereka bentuk haruslah mempertimbangkan
produk, isi kandungan atau kumpulan sasaran yang akan membaca
rekaan visual tersebut.
• Pereka haruslah mengambil tahu makna yang dibawa atau diwakili
oleh sesuatu warna.
• Pemilihan warna turut dipengaruhi oleh budaya, bangsa, jantina, umur
atau jenis pekerjaan.

50

Prinsip Asas Reka Bentuk (CASPER)
Prinsip reka bentuk visual membantu kita bagaimana untuk menggunakan elemen-
elemen dalam reka bentuk. Ia juga membantu menghasilkan visual yang lebih menarik
dan menyenangkan bila dilihat. Enam prinsip reka bentuk (CASPER) diaplikasi
terutamanya untuk menghasilkan persembahan elektronik yang baik. Prinsip-prinsip
berikut perlu dipertimbangkan:

Prinsip Huraian
• Perbezaan antara dua item yang berbeza haruslah
Kontras
(Contrast) diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dengan warna
putih.
• Cara yang berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan
terhadap sesuatu reka bentuk.
• Memanipulasi prinsip kontras dengan imej, warna dan tipografi.
• Kreativiti dalam mengadun elemen kontras menyebabkan reka
letak sesuatu bahan visual menjadi lebih representatif dan
mesej dapat disampaikan dengan lebih mudah dan efektif.

51

Keseimbangan ● Setiap item sama ada teks, imej atau kedua-dua teks dan imej,
(Alignment) harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain
Mudah pada setiap paparan.
(Simplicity)
Berhampiran ● Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea.
(Proximity) Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Penegasan ● Kumpulan (group) item yang berkaitan diletakkan bersama atau
(Emphasize) berhampiran.

Pengulangan ● Memperlihatkan satu ikatan atau perhubungan yang lebih kuat
(Repetition) di antara elemen dalam suatu reka bentuk.

● Elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema
dan mesej yang hendak disampaikan.

● Jarak antara teks, jarak antara grafik dan jarak antara teks
dengan grafik perlu dipertimbangkan.

• Pusat tumpuan atau fokus utama.
• Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti

ditampilkan dengan jelas agar dapat dilihat dan difahami
maksudnya oleh audien. Item utama ini mesti mengusai item-
item lain untuk menyokongnya.
• Prinsip pengulangan menyatakan bahawa sesuatu reka bentuk
harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu.
• Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan,
garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk,
format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.
• Elakkan terlalu banyak pengulangan kerana boleh
menyebabkan grafik menjadi kurang menarik dan tidak dapat
menyampaikan mesej asal yang hendak dikemukakan.

52

UNIT 6 Pembangunan Media Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. menjelaskan konsep media dan media pengajaran.
ii. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan dan pengubahsuaian media
pengajaran.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah
satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan langkah
penyediaan dan pengubahsuaian media pengajaran.

KERANGKA TAJUK

6.1 Konsep Pemilihan Media Pengajaran
6.2 Penyediaan dan Pengubahsuaian Media Pengajaran`

6.1 Konsep Pemilihan Media Pengajaran

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah media berasal daripada
bahasa Latin iaitu ‘medius’ yang secara harfiah bererti; tengah, perantara atau
pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari

53

pengirim kepada penerima pesan. Media adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan
daripada proses PdP bagi mencapai tujuan pendidikan pada umumnya dan tujuan
pembelajaran di sekolah khususnya. Apabila media itu membawa informsi yang
bertujuan instruksional atau mengandungi maksud-maksud pengajaran maka media
itu disebut sebagai Media Pembelajaran. Contoh media termasuklah filem, televisyen,
radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Pemilihan Media Pengajaran

Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk membantu
seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang lepas
penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran.

Prinsip-prinsip Pemilihan Media
Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pengajaran perlu menjalani proses
pemilihan yang rapi. Proses ini haruslah dilakukan dengan memberi perhatian terhadap
beberapa prinsip asas iaitu:

i. Kepentingan Dari Segi Objektif Pengajaran
Dalam sesuatu pengajaran terdapat dua objektif am dan objektif khusus. Objektif am
merupakan matlamat yang hendak dicapai dalam jangka masa yang panjang. Sementara
objektif khusus ialah matlamat jangka pendek, matlamat selepas sesuatu pengajaran.
Media yang dipilih mestilah bersesuaian dengan objektif pelajaran. Guru harus dapat
memikirkan jenis bahan yang akan digunakan dalam pengajarannya berpandukan objektif
khusus. Bahan primer atau sekunder sama-sama berperanan penting dalam mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

ii. Kepentingan Terhadap Pelajar
Media yang telah dipilih perlu disesuaikan supaya menjadi lebih menarik, berkesan, dan
bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia berperanan merangsang dan
mencabar pemikiran pelajar untuk bertindak dan mendorong mereka untuk terus maju
dalam pelajaran. Rangsangan dan dorongan penting kerana dapat mewujudkan

54

tanggapan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan, generalisasi, prestasi dan maklum
balas.

Minat dan pengetahuan pelajar perlu diambil kira semasa pemilihan bahan
pengajaran. Perbezaan umur, kebolehan, perkembangan mental, fizikal, emosi, dan juga
latar belakang serta persekitaran pelajar juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
membuat pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Kepelbagaian bahan amat
diperlukan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar pintar serta membantu
pelajar-pelajar yang kurang cerdas memahami sesuatu pelajaran.

Persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang membentuk perangai dan
mempengaruhi tingkah laku pelajar seperti berbudi bahasa dan memiliki moral yang baik.
Bahan-bahan yang telah dipilih hendaklah bersesuaian dengan keadaan semula jadi
pelajar seperti sifat suka bersaing, bermain, dan ingin tahu.

Media pengajaran juga hendaklah disesuaikan dengan minat, nilai dan kebolehan
pelajar agar hasil pembelajaran mencapai tahap yang dikehendaki.

iii. Kepentingan Dari Segi Masa
Masa merupakan suatu aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru perlu merancang penggunaan masanya denga teliti dan
munasabah agar bahan-bahan tersebut dapat memanfaatkan pelajar. Perancangan guru
hendaklah berbeza-beza mengikut perkara yang diajarkan atau dirancangkan contohnya
objektif yang hendak dicapai, ruang yang hendak digunakan, cara pentadbiran, dan
kebolehan serta minat para pelajar.

Fikir !
1. Apakah kelebihan menggunakan media dalam pengajaran?

55

Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media

Media pengajaran terbahagi kepada dua:
i. Media cetak
ii. Media bukan cetak

Media Cetak
Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk
buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota, prosiding
seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya.

Jenis Media Cetak
Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana
yang dinyatakan seperti berikut:

a. Alat bantu mengajar
b. Bahan untuk latihan
c. Bahan maklumat
d. Bahan untuk peningkatan ilmu

a. Media Sebagai Alat Bantu Mengajar
Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan yang
mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang terdapat
dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah
untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan mudah.

b. Media Sebagai Bahan Untuk Latihan
Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di
sini pembaca akan disogokkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan
dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk ”manual”,
”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran (study guides).

i. Manual
Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.
Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu

56

kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan
catatkan di manual yang diedarkan itu.
ii. Nota atau catatan
Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada
murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat
dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan
objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber
bahan untuk rujukan.

iii. Panduan Pembelajaran (Study Guides)
Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan
”handout” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan
poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout” dengan ”study
guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada ”handout”
penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala ”study
guides” maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci.

c. Media Sebagai Bahan Maklumat
Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi
mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan
sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure)
surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.

d. Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu
Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan
ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini
boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen.

Kebaikan Media Cetak

Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain,
ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana
sahaja.

ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan
dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.

57

iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang
terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.

iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat
menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk
sedekad yang akan datang.

Kelemahan Media Cetak

Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat
beberapa kelemahan seperti berikut:

i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat
memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.

ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu
menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan
menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.

iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan
kemudahan telefon atau internet.

Media Bukan Cetak

Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak
yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian
(software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.

Bahan Jenis Perkakasan (Hardware) Bahan Jenis Perisian (software)
● Kamera filem 35mm ● Filem
● Kamera video ● Transparensi
● Perakam audio ● Kaset audio
● Radio ● Slaid
● Televisyen ● Perisian komputer
● Projektor filem ● Mikro filem
● Projektor OHP
● Projektor slaid
● Projektor LCD
● Projektor legap

58

Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya boleh
diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut:

Media Tayang
Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks
untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan yang lain.
Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan mikro filem.

Bahan Kos Rendah
Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3
dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf, lukisan,
fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan
buatan manusia yang menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada
kategori berikut:

i. Bahan berbentuk model
ii. Bahan realia
iii. Bahan berbentuk diorama
iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi
v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka

bertali.
vi. Bahan mudahalih (mobile)

6.2 Penghasilan Media Pengajaran

Perancangan
i. merupakan langkah yang sangat penting.
ii. menggariskan objektif pengajaran dan pembelajaran.
iii. analisis situasi pengajaran seperti masa, tempat dan ruang aktiviti PdP

Pemilihan Media Pengajaran
Pemilihan dibuat berdasarkan topik pengajaran aktiviti dan pendekatan pembelajaran
yang dirancang. Selalunya dilakukan semasa menyediakan rancangan pengajaran.
Sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, harus beri tumpuan kepada 4 perkara:

a. sifat fizikal media
b. objektif pembelajaran
c. ciri-ciri murid

59

d. situasi pengajaran/kaedah pengajaran

Kriteria Pemilihan Media Pengajaran
i. kesesuaian
ii. kewibawaan, kredibiliti dan kemas kini
iii. aspek-aspek teknikal
iv. ciri-ciri praktikal berkaitan

Penghasilan Media Pengajaran
Guru perlu teliti dalam setiap perancangan. Terdapat 8 langkah dalam menghasilkan
media:
i. cetuskan idea
ii. nyatakan objektif
iii. analisis murid
iv. kumpul dan susun bahan
v. tukar idea dalam bentuk bahan atau visual
vi. rancangan penglibatan murid
vii. semak perancangan
viii. penerbitan

Fungsi Media Pengajaran

Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah:

i. Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

ii. Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah gemuruh
(podium fright) semasa penyampaian pengajaran.

iii. Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran, memberi
maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan memberi
hiburan (entertainment).

iv. Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan sekeping
gambar. Justeru itu, dapat mengurangkan masa penerangan.

v. Meningkatkan kesan penerimaan maklumat pelajar dan kualiti pengajaran.
vi. Memperdalam ingatan dan pemahaman pelajar dengan paparan yang jelas dan

berkualiti.

60

RUMUSAN

Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang
berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini
berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu ilmu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini berbeza
mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru perlu membuat
pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Berikut adalah prosedur menjalankan pembelajaran secara dalam talian (DT) bagi Topik
6 (Pembangunan Media Pengajaran) dan melibatkan Unit 1 iaitu pemilihan media
pengajaran.

A. Media Digunakan
i. Perisian WhatsApp
ii. Masa DT bagi Topik 6 adalah 1 jam. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam talian (DT) sekurang-kurangnya 1 jam bagi
setiap sesi. (rujuk Agihan Tajuk).

B. Tajuk Pembelajaran: Topik 6 (Pembangunan Media Pengajaran)
● pemilihan media pengajaran (rujuk Agihan Tajuk).

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: Pemilihan Media Pengajaran

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

61

UNIT 7 Audio dan Video untuk Pengajaran dan
Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran (DT)
ii. Menyatakan sumber audio dan format fail audio (M)
iii. Menghuraikan Peranan video dalam pengajaran dan pembelajaran (DT)
iv. Menyatakan sumber video dan format fail video (M)

SINOPSIS

Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai definisi perisian
aplikasi dan jenis-jenisnya. Pemprosesan Perkataan, Persembahan Elektronik dan
Hamparan Elektronik adalah perisian yang boleh dintegrasikan bagu tujuan PdP.

KERANGKA TAJUK

7.1 Peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran (DT)
7.2 Sumber audio dan format fail audio (M)
7.3 Peranan video dalam pengajaran dan pembelajaran (DT)
7.4 Sumber video dan format fail video (M)

7.1 Peranan audio dalam pengajaran dan pembelajaran (DT)

Perisian audio digunakan untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio
seperti muzik, kesan khas dan lain-lain. Rakaman audio yang asas seperti perisian Sound
Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows). Perisian audio menyediakan kemudahan
seperti merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan
kepadanya. Rakaman audio yang lebih baik dengan kesan khas yang lebih menarik
menggunakan perisian Sony Sound Forge (untuk PC), Audacity dan Macromedia Sound

62


Click to View FlipBook Version