TITLE A TITLE B TITLE C TITLE D TITLE E TITLE F
HERE GOES YOUR TITLE
And here your subtitle
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM MINGGU 1 TITLE A
NOR NADHIRAH BINTI NOR AZMI
TITLE B
Namaku Nor Nadhirah binti Nor Azmi. Aku merupakan seorang pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018-2021. Aku akan bergraduasi pada bulan TITLE C
November 2021 dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian
(Usuluddin dan Falsafah). Sebelum tamat pengajian lagi, aku sudah merancang untuk TITLE D
mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan Islam ini kerana minatku untuk menjadi
seorang pengajar itu lebih kelihatan. TITLE E
Pada minggu pertama, kelas EEA7103 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
dijalankan secara atas talian dan Dr. Hayati binti Ismail merupakan pensyarah yang akan
mengajar aku dan rakan-rakan. Sewaktu kelas dijalankan, Dr. Hayati bertanyakan soalan
mengenai apa perbezaan pelajar pra dan pascasiswazah? Aku terdiam seketika dan
memikirkan jawapan bagi soalan tersebut. Pelbagai jawapan yang keluar dari mulutku
pada waktu itu. Kemudian aku terus mencari jawapan di internet supaya aku dapat
menjawab soalan tersebut dengan tepat.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM Perbezaan antara pelajar prasiswazah dan pascasiswazah ialah pelajar prasiswazah ini lebih TITLE A
bergantung kepada nota pensyarah dan arahan pensyarah. Berbeza dengan pelajar
pascasiswazah, mereka ini lebih kepada mencari bahan-bahan bacaan yang lain bagi TITLE B
menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Di samping itu, pelajar pascasiswazah ini tidak
akan menunggu arahan pensyarah dalam melakukan sesuatu perkara, mereka ini pandai TITLE C
berdikari dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, sebelum pensyarah memberikan arahan
untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk atau perkara sebagai persediaan di kelas nanti, TITLE D
mereka ini terlebih dahulu sudah mencari pelbagai maklumat dan telah bersedia sebelum
kelas bermula. Selain itu, bagi pelajar prasiswazah, mereka ini masih belajar secara teori dan TITLE E
ia berbeza dengan pelajar pascasiswazah yang memerlukan praktikal seperti membuat kajian
dan menganalisis situasi serta berfikiran secara kritis. TITLE F
Setiap kajian yang dilakukan perlu dikemukakan pembuktian bagi menyokong pernyataan
yang dibuat. Tambahan maklumat mengenai pelajar pascasiswazah ini, aku ada terbaca satu
jurnal yang menyatakan tentang cabaran menjadi pelajar pascasiswazah ini lebih sukar
daripada menjadi pelajar prasiswazah. Menurut Abdul Munir Ismail (2019) di dalam
jurnalnya yang bertajuk Cabaran Pembelajaran Pelajar Lepasan Ijazah Pengajian Islam di
Malaysia, terdapat segelintir pelajar pasca siswazah yang tidak dapat menamatkan pengajian
pada tempoh yang ditetapkan. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dan
permasalahan kepada individu dan juga kerajaan bagi mencapai matlamat negara maju.
Pelajar pascasiswazah dewasa khususnya yang telah bekerja didapati mempunyai masalah
dalam pembahagian masa, cara pembelajaran yang berkesan dan mendisiplinkan diri.
(Hamizatun Akmal, 2013)
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Bercakap mengenai perbezaan antara prasiswazah dan pascasiswazah ini telah TITLE B
mengingatkan aku tentang situasi ketika aku tahun satu di UKM. Pada waktu aku mendapat
tugasan pertama yang diberikan oleh pensyarah, aku hanya mencari maklumat daripada bahan TITLE C
bacaan yang diberikan oleh pensyarah kerana pada waktu itu, aku masih lagi seorang budak
yang belum arif dalam mencari bahan-bahan bacaan di perpustakaan. Setelah aku berada di TITLE D
tahun ketiga, aku lebih pandai dan banyak mencari maklumat-maklumat di internet, jurnal,
artikel mahupun buku-buku di perpustakaan. Hal ini demikian kerana aku berpegang kepada TITLE E
satu ayat al-Quran dalam surah al-Insyiqaq ayat 6 iaitu "Wahai manusia, sesungguhnya kamu
telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-
Nya."
Akhir sekali, aku amat bersyukur kerana segala usaha dan doa dari ibu bapa serta
tunjuk ajar dari rakan-rakan telah menjadikan aku seorang yang berjaya dalam menghabiskan
ijazah sarjana mudaku ini dan aku percaya bahawa setiap usaha yang dilakukan pasti akan
mendatangkan hasil. Kini aku sudah bergelar seorang pelajar pascasiswazah.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 2 TITLE A
NUR ALIA AWATIF BINTI MOHAMAD BUKHRI 2211237
TITLE B
Pejam celik pejam celik, harini sudah masuk minggu kedua aku sebagai mahasiswa
Program DPPPI. Dan semestinya kelas pertama bagi setiap minggu adalah kelas TITLE C
Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah bersama Dr. Hayati Ismail. Agak tertunggu-tunggu
isu menarik apa yang bakal dimeteraikan kelak. Bermacam jenis perbincangan telah TITLE D
kami diskusi sehinggalah satu perkara yang dibangkitkan oleh Dr dalam sesi kalini
telah membuatkan nostalgia aku dahulu kembali menyinggah, iaitu berkenaan dengan TITLE E
kesamarataan sosial dalam sistem pendidikan.
TITLE F
Apa yang dapat aku petik daripada kajian Siti Suria Salim (2019)
mengatakan bahawa setiap keadilan sosial di sekolah mampu memberikan peluang
pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira faktor lain. Keadilan
sosial perlu wujud di sekolah terutamanya di bilik darjah melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, layanan guru dan pengasingan pelajar mengikut aliran.
Guru yang berjiwa pendidik seharusnya kompeten dalam aspek pedagogi,
sosial, profesional, dan peribadi. Guru-guru yang kompeten dalam semua aspek
tersebut akan mendidik dengan sentuhan kasih sayang, bertindak dengan penuh
tanggungjawab, dan menjadi suri teladan semata-mata menjadikan pelajarnya insan
yang unggul.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Berbalik dengan secebis kisah aku. Aku dulunya seorang pelajar yang “biasa- TITLE B
biasa” sahaja. Bukanlah penghuni kelas pertama bukan juga penghuni kelas terakhir. Tetapi apa
yang telah mengembalikan memori aku adalah setiap kali cikgu masuk ke kelas aku ada saja TITLE C
moment perbandingan serta puji-pujian antara kelas aku dengan kelas hadapan. Jiwa belum
matang ketika itu, siapa sahaja tidak terasa mahupun ambil hati. Tapi hujung daripadanya aku TITLE D
percaya mesti ada asbab musabab guru itu berbuat demikian. Lama juga aku terfikir
mengenangkan kisah aku itu tetapi apa yang aku mahu katakan setiap daripadanya mesti ada TITLE E
hikmah yang muncul dihujungnya.
TITLE F
Sungguhpun begitu, mungkin setiap bait pujian yang dilontarkan itu adakalanya
ada maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada kami pada saat itu. Salah satunya untuk
menaikkan rasa tercabar kami untuk lebih bersemangat meningkatkan gred bagi subjek
tersebut. Terpulang kepada kita sebenarnya aku ambil secara positif ataupun sebaliknya.
Mental fikiran yang positif InsyaAllah kedepan kehidupan kita turut positif.
Kini aku juga seorang guru, aku faham sangat situasi yang ini. Apa-apapun guru
itulah yang perlu menghidupkan suasana positif biar anak murid senang dengan dirinya. Lama
kelamaan pelajar sendiri akan berterima kasih kepada kita. Teringat lagi satu kata-kata yang
mengharukan dari seorang pelajar aku, namanya Yusuf “Yusuf seronoklah mengaji dengan
ustazah, Yusuf sekarang dah pandai mengeja jawi, terima kasih ustazah”. Alhamdulillah,
always the happiest, with the little good things.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Peranan guru bukan hanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan malah sebagai, penunjuk cara TITLE B
dan pembentuk jiwa.
TITLE C
وقُ ِل ٱ ۡع َملُواْ فَ َسيَ َرى ٱَّ هللُ َع َم َل ُك ۡم َو َر ُسولُهۥُ َوٱۡل ُم ۡؤ ِمنُو َن َو َستُ َردُّو َن ِإلَ ٰى ٰ َع ِل ِم ٱۡلغَ ۡي ِب َوٱل هش ٰ َهدَةِ فَيُ َن ِبئُ ُكم
١٠٥ بِ َما ُكنتُ ۡم تَ ۡع َملُو َن TITLE D
Maksudnya: TITLE E
“Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan
melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang
ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.
Kepimpinan guru untuk kemakmuran, perpaduan dan integrasi nasional bukan
sahaja diperlukan dalam kurikulum malah juga dalam aktiviti kokurikulum (Ab. Alim Abdul Rahim
1995). Pencapaian matlamat kurikulum Pendidikan Kebangsaan dalam mewujudkan kesepaduan
sosial bergantung kepada cara bagaimana guru mengendalikan proses P & P dalam
menyampaikan pengetahuan, nilai dan kemahiran berdasarkan hasil pembelajaran yang
sepatutnya dicapai oleh pelajar.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 6 : TITLE A
NURUL FILZAH BINTI ABDUL RASHID (2211164)
TITLE B
Sabtu, 20 November 2021. Pejam celik pejam celik, sudah minggu ke-6 aku mengikuti
kursus DPPPI ini. Alhamdulillah, aku masih bertahan demi untuk masa depan yang ku TITLE C
harapkan lebih cerah. Moga aku bertahan sehingga habis pengajian. Aku boleh!... Pagi
ini seperti biasa jam 8, kelas bersama Dr Hayati. Kelas dimulakan dengan bacaan doa TITLE D
dan terus kepada isu pendidikan iaitu berkenaan ayat “Kami Bukan Robot” yang
dikomen oleh murid di posting Tiktok guru mereka. Aku pernah terlihat akan ayat itu di TITLE E
akhbar online, tapi tidak sempat membaca lebih lanjut.
Ketika perbincangan bagi pertanyaan aras tinggi, Dr mengutarakan
berkenaan “Kenapa robot” ? Aku mula terfikir dan pertanyaan itu secara tak langsung
memberi kesan pada diri aku, betul juga, kenapa murid tersebut mengumpamakan
robot. Jika dilihat pada ciri-ciri robot yang dibincangkan, itulah justifikasinya “kenapa
robot?”. Robot tiada perasaan dan jiwa, robot tak ada rasa penat, robot tiada emosi dan
robot menerima sahaja apa-apa arahan. Walaupun sepanjang pandemik murid lebih
banyak masa di rumah, belajar secara online, sebenarnya banyak faktor yang
membuatkan mereka mengalami gangguan emosi dan mahupun masalah-masalah lain
sepanjang PdPr.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Sebagai contoh, masalah capaian internet. Capaian internet yang lemah akan membantutkn TITLE B
proses pembelajaran mereka (Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada
Hamzah, 2021). Berkemungkinan ada murid-murid yang terlalu ingin menyertai kelas yang TITLE C
diadakan, namun mengalami gangguan capaian internet. Isu yang dibincangkan ini, sepertinya
ada kaitan dengan tajuk yang aku pelajari pada hari ini iaitu berkenaan Pendekatan dan Teknik TITLE D
Mengajar.
TITLE E
Setiap apa yang kita rancangkan perlulah dimulakan dengan strategi yang betul
dari segi pendekatannya, kaedah dan tekniknya. Teringat aku ketika aku menjadi guru mengaji
sementara di Pusat Mengaji Al-Baghdadi. Itu adalah pengalaman pertama aku mengajar murid-
murid mengaji menggunakan teknik al-Baghdadi. Aku sendiri sebelum ini tidak pernah
mempunyai pengalaman menggunakan teknik tersebut. Seronok aku rasakan dapat sekali
belajar perkara baru. Sampai sekarang aku masih ingat caranya. Sebelum aku mengajar sudah
tentu aku sendiri perlu mahir untuk mengajarkan. Matlamat aku adalah aku ingin murid-
muridku nanti mahir mengaji menggunakan teknik al-Baghdadi. Perkara pertama, aku belajar
daripada salah seorang guru di situ dengan cara aku mengikuti dan menyertai kelas
pengajarannya. Aku belajar bersama murid-murid di situ. Tidaklah begitu susah. Hehe.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Kemudian, barulah aku mengajar murid-murid di kelas yang ditentukan. Alhamdulillah, walaupun TITLE B
sementara sahaja, aku dapat melihat prestasi yang baik daripada murid. Akan tetapi, masih ada
juga segelintir kecil pelajar yang kurang menguasai. Sementara yang aku rasakan sangat TITLE C
bermakna sebab aku juga dapat belajar sekali dalam masa yang sama. Aku hanya merancang,
Allah juga merancang. Dalam surah al-Imran ayat 54, TITLE D
… َوّل ٰلاُ َخ ْي ُر ا ْل ٰم ِك ِر ْي َن
Maksudnya: … Dan Allah sebaik-baik perancang.
Adakalanya sebelum kita ingin melaksanakan sesuatu untuk mencapai tujuan atau
matlamat, kita sudah pun merangka strategi dan merancang sebaik mungkin, akan tetapi apakan
daya, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Dari sudut pendidikan, sebagai guru, perlulah
membuat strategi dan perancangan yang relevan dengan pengajaran yang hendak disampaikan.
Walaupun berkemungkinan matlamat tidak tercapai, kita masih ada peluang untuk memperbaiki
mana yang kurang dan teruslah merancang strategi yang lebih baik. Insha Allah.
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 7 TITLE A
NOR NADHIRAH BINTI NOR AZMI
TITLE B
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu topik yang dibincangkan pada
kelas minggu ke-7, hari Sabtu bersamaan dengan 27 November 2021. Kementerian TTIITTLLEECC
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan PBS yang mana ia merupakan
penilaian yang dilakukan kepada murid-murid untuk menilai beberapa aspek seperti TITLE D
kognitif, afektif, psikomotor dan juga sosial yang seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. TITLE E
Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa dengan adanya aktiviti soal
jawab yang dilakukan oleh Dr. Hayati dan kami sebagai pelajar-pelajarnya. Dr. Hayati
ada memaparkan satu isu di dalam kelas mengenai Isu Pentaksiran Setara Standard
2021 yang dimuat naik oleh seorang guru yang sudah lama bekerja sebagai seorang
tenaga pengajar di sekolah. Beliau menyatakan bahawa beliau dan guru-guru lain
berada dalam tekanan kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Aku tergamam
apabila membaca isu yang dimuat naik oleh guru ini. Aku tahu bukan mudah untuk
menjadi seorang guru kerana untuk menjadi seorang guru, seseorang itu perlu bersedia
untuk melakukan banyak jenis pekerjaan yang melibatkan fizikal dan mental.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Aku ada terbaca satu artikel berkaitan dengan peranan guru kepada pelajar yang ditulis oleh TITLE B
Kamarul Azmi Jasmi (2012). Artikel ini menerangkan peranan seorang guru itu bukan sahaja
membuat kerja menanda kertas soalan, menyiapkan laporan dan data setiap orang murid TITLE C
bahkan guru sendiri berperanan untuk menjaga murid-muridnya dalam memberikan kefahaman
yang berkesan dengan menggunakan pelbagai cara dalam pengajaran di dalam kelas. Apa yang TITLE D
aku ingin jelaskan di sini ialah tugas guru ini merangkumi semua perkara yang melibatkan
kertas kerja dan juga murid-muridnya. Tambahan lagi, terdapat segelintir ibu bapa yang TITLE E
mendesak guru-guru supaya menjadi penjaga anak-anak mereka.
Sedang aku membaca isu ini, aku ingin mengimbas kembali sewaktu aku berada
di Tingkatan 5. Terdapat seorang guru perempuan yang meluahkan isi hatinya kepada diriku
kerana tertekan dengan sistem pentaksiran yang sering bertukar-tukar. Bukan itu sahaja, beliau
juga merupakan seorang warden asrama yang bertanggungjawab menjaga murid-murid yang
menetap di asrama tersebut. Dalam situasi begini, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana
pihak, bagi aku apa yang perlu dilakukan pada waktu itu adalah memberikan kata-kata
semangat kepadanya. Peranan aku pada ketika itu hanyalah menenangkannya dan memberikan
kata-kata yang positif supaya beliau berasa tenang sedikit.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Tugas guru adalah tugas yang sangat mulia, di dalam surah al-Mujadalah ayat 11, Allah berfirman: TITLE B
ََ َٰٰي ْر َفعِ ٱَّهللُ ٱله ِذي َن َءا َمنُو ۟ا ِمن ُك ْم َوٱله ِذي َن أُوتُو ۟ا ٱ ْل ِع ْل َم َد َر TITLE C
Maksudnya: “Supaya Allah ta’ala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu TITLE D
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.”
Ayat al-Quran ini menjelaskan bahawa tugas seorang guru itu sangatlah mulia dan perlu TITLE E
dihormati dan dipandang tinggi. Ini kerana, tugas seorang guru adalah mendidik dan
menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya supaya anak-anak muridnya menjadi orang
yang sangat berguna di kemudian hari.
Oleh itu, kita sebagai sebagai masyarakat yang bergelar pelajar dan ibu bapa
seharusnya tidak memberikan tekanan kepada seorang guru, tugas mereka terlalu banyak, pada
luaran kita hanya nampak bahawa tugas mereka hanya mengajar dan mengambil rekod
kehadiran. Sebenarnya mereka ini terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Bagi aku, untuk
menjadi seorang guru pada masa akan datang, aku perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan
mental.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 8 TITLE A
ALIA NAJHAN BINTI ARSELAN HAKIM (2211162)
TITLE B
Minggu berganti minggu, kini sudah tiba kelas yang ke-8 aku bersama Dr Hayati di
dalam subjek Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah. Kelas bermula seawal jam 8 pagi. TITLE C
Seperti biasa setiap hujung minggu aku bergegas bangun dari tidur yang lena bagi
memulakan rutin sebagai seorang pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan TITLE D
(Pendidikan Islam). Hujung minggu terpaksa aku korban demi memperoleh ilmu di
dalam bidang pendidikan ini. TITLE E
Aku yakin tidak lama lagi semua ini akan berlalu dan menjadi kenangan TITLE F
indah buat aku dan rakan-rakan meskipun kami hanya belajar secara atas talian. Namun
kami merasakan jiwa kami dekat kerana perlu menyiapkan tugasan yang diberi oleh
pensyarah secara berkumpulan. Kami sering berbincang melalui Google meet supaya
setiap dari kami berperanan dalam tugasan tersebut.
Kelas dimulai dengan bacaan doa dari pelajar lelaki, kemudian bacaan
terjemahan doa dalam Bahasa Inggeris oleh pelajar perempuan. Dr Hayati memulakan
kelasnya dengan begitu semangat dan ceria. Pada awalnya, para pelajar diminta untuk
merefleksi topik Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada minggu lepas dan
membentangkan tugasan pada Dr Hayati.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Kemudian, Dr Hayati memulakan kelas dengan menyentuh topik 8 di dalam modul Pengurusan TITLE B
Kurikulum Bilik Darjah. Pada minggu ini kami mempelajari mengenai Penerapan Nilai
Merentas Kurikulum dan Pendidikan Islam. Dr Hayati telah menyentuh elemen merentas TITLE C
kurikulum iaitu bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotism
dan keusahawanan. Dr Hayati menjelaskan bahawa elemen merentas kurikulum (EMK) ini TITLE D
ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan untuk TITLE E
mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan. TITLE F
Di samping itu, Dr Hayati juga turut mengajar mengenai keperluan menulis
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang mengandungi elemen merentas kurikulum.
Pembelajaran yang agak menarik minat aku pada waktu itu adalah mengenai nilai patriotism.
Ini bermaksud semangat patriotik yang perlu dipupuk melalui mata pelajaran, aktiviti
kurikulum dan khidmat masyarakat.
Berdasarkan Mahat Jamal, 2015 di dalam penulisannya “Semangat Patriotisme
Melalui Lagu-Lagu Patriotik: Kajian Persepsi Beberapa Orang Belia Di Kota Kinabalu,
Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo. Vol. 4”, beliau berpendapat bahawa pendidikan berkaitan
dengan nilai-nilai patriotisme sangat penting dalam memastikan generasi akan datang
dapat menyemai perasaan cinta akan negara.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Aku terkenang sewaktu di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu, TITLE B
setiap tahun kami akan menyambut bulan kemerdekaan. Semasa di sekolah rendah, aku
telah memenangi tempat ke-2 di dalam pertandingan mewarna bendera Malaysia. Apabila TITLE C
aku sudah dewasa, aku menyedari bahawa tujuan aktiviti tersebut agar aku dan rakan-rakan
menanamkan sifat cinta dan sayang akan negara. Tanah air ini adalah negara yang telah TITLE D
bebas dari penjajah sejak 31 Ogos 1997. Justeru, sebagai generasi muda dan pelapis negara
pentingnya untuk mempertahankan negara sampai bila-bila. TITLE E
Minda aku turut mengimbas kenangan program Outbound semasa aku belajar
di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Aku dan rakan-rakan telah pergi ke Universiti Sunan
Kalijaga Yogyakarta, Indonesia selama dua minggu pada awal Februari tahun 2020. Di
sana aku mempelajari banyak perkara mengenai Indonesia. Bukan sahaja soal makanan,
budaya, sejarah malah aku dan rakan-rakan turut mengikuti perkuliahan di universiti
mereka dan melawat peradilan (mahkamah) mereka. Selama dua minggu berada di sana,
aku dapat melihat perbezaan antara negaraku dan Indonesia. Bak kata perpatah hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Belum seminggu
di sana aku mulai merindui ibu dan ayah di Malaysia dan aku berasa bersyukur kerana
menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai sistem pemerintahan demokrasi yang adil
dan saksama.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Sabda Rasulullah SAW : TITLE B
َع ْن أَ َن ٍس أَ هن النهبِ هي َصلهى َّل هلاُ َع َل ْي ِه َو َسله َم َكا َن ِإذَا قَ ِد َم ِم ْن َسفَ ٍر َفنَ َظ َر إِلَى ُجدُ َرا ِت ا ْل َم ِدي َن ِة أَ ْو َض َع TITLE C
نَا َقتَهُ َوإِ ْن َكا َن َعلَى دَابه ٍة َح هر َك َها ِم ْن ُحبِ َها
TITLE D
Diriwayatkan dari sahabat Anas; bahwa Nabi SAW ketika kembali dari bepergian, dan melihat
dinding-dinding Madinah beliau mempercepat laju untanya. Apabila beliau menunggangi unta TITLE E
maka beliau menggerakkannya (untuk mempercepat) karena kecintaan beliau pada Madinah.
(HR. Bukhari, Ibnu Hibban, dan Tirmidzi). TITLE F
Melalui hadis ini membuat aku amat terkesan supaya sayang dan cinta akan tanah airku iaitu
Malaysia.
Banyak kesimpulan yang boleh aku dapati pada pelajaran hari ini. Antaranya ialah
penerapan nilai merentas kurikulum ini haruslah dipupuk sejak awal persekolahan agar murid
mempunyai peribadi yang unggul dan cemerlang. Selain itu, aku yakin dengan adanya
semangat patriotik di dalam diri, kita akan dapat hidup dengan aman dan damai serta saling
bertolak ansur walaupun terdapat perbezaan bahasa, agama serta budaya. Aku turut
bermuhasabah dengan peristiwa pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969, semoga
peristiwa itu tidak berulang lagi dengan adanya perpaduan yang kuat antara rakyat Malaysia.
Semangat patriotik yang digilap sejak di bangku sekolah menjadikan kita sebagai keluarga
Malaysia yang sejahtera hingga ke hari ini.
SLIDESMANIA.COM MINGGU 9 TITLE A
ALIA NAJHAN BINTI ARSELAN HAKIM (2211162)
TITLE B
Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Mataku terpisat-pisat bangun dari tidur yang
lena demi kelas Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) (DPPPI) yang akan TITLE C
bermula seawal jam 8 pagi. Ibu aku berpesan untuk bersarapan sebelum memulakan kelas
agar mempunyai tenaga dan semangat untuk belajar. Subjek yang pertama adalah bersama TTIITTLLEE DD
Dr Hayati iaitu Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah. Kelas DPPPI pada setiap hujung
minggu berjalan seperti biasa. TITLE E
Namun kali ini agak berbeza kerana pada minggu ke-9 ini kelas diadakan TITLE F
secara asynchronous. Pihak USIM mengadakan kelas secara asynchronous kerana
melihatkan keadaan banjir yang sedang melanda di beberapa buah negeri di Malaysia.
Negeriku Pahang tidak terkecuali namun aku bersyukur kerana rumah aku selamat dan
berada di kawasan yang tinggi. Ucapan takziah kepada beberapa rakan sekelasku yang
sedang dilanda banjir. Semoga musibah banjir ini membawa hikmah yang besar buat kita
rakyat Malaysia.
Pada minggu yang lalu kami telah mempelajari topik Penerapan Nilai Merentas
Kurikulum dan Pendidikan Islam. Kali ini, Dr Hayati meletakkan bahan pengajaran di
aplikasi Whatsapp dan kami diminta menonton rakaman di Youtube di bawah topik
Persediaan Rancangan Mengajar. Dr Hayati menerangkan secara terperinci kaedah bagi
menulis Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Selain RPH membantu mencapai objektif
PdP, turut menerapkan nilai dan etika yang akan membantu merealisasikan aspirasi negara
dalam jangka masa panjang.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Aku ada membaca penulisan oleh Ahmad Mohd Salleh, 2008 di dalam bukunya TITLE B
Pengajian Agama Islam & J-QAF : Metodologi Dan Pedagogi Pendidikan Untuk KPLI. Beliau
mendefinisikan RPH sebagai satu dokumen perancangan pengajaran yang mengandungi TITLE C
maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan oleh
guru. Penyediaan RPH dikatakan nadi utama yang menggerakkan seorang guru untuk TITLE D
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.
TITLE E
Berbicara mengenai persediaan sebelum mengajar membuat aku terkenang
sewaktu menjadi guru ganti pada bulan Mac hingga Mei 2021 di Sekolah Menengah Agama
Al-Khairiah, di Temerloh, Pahang. Aku berasa sangat teruja kerana aku belum pernah mengajar
sebelum ini. Pada waktu itu aku menggantikan guru yang cuti bersalin bagi subjek Matematik
dan Sejarah. Guru tersebut adalah Cikgu Najwa iaitu guruku pada sekolah menengah dahulu.
Cikgu Najwa banyak membantu aku dalam penyediaan mengajar meskipun hanya melalui
aplikasi whatsapp dan call. Cikgu Najwa sering berpesan kepadaku perekodan dan penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) amat penting sebelum PdP untuk memastikan objektif
pembelajaran dicapai dan PdP berjalan dengan lancar. Walaupun hanya sebentar menjadi guru
ganti, banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku bersyukur kerana dapat merasai
pengalaman menjadi guru.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Kata-kata hikmat yang sering aku sematkan dalam diri sejak remaja hingga kini ialah “Jika TITLE B
anda gagal untuk merancang maka bermakna anda merancang untuk gagal.” Dengan adanya
perancangan, ini bagi memastikan semuanya tersusun dan berjalan lancar. Kalau setiap apa TITLE C
yang dilakukan tanpa perancangan kemungkinan besar ia boleh menjadi sia-sia. Walaupun ada
ketika rancangan itu tidak berjalan seperti yang dikehendaki setidaknya aku mempunyai TITLE D
matlamat untuk dicapai dan aku akan terus berusaha dalam setiap perbuatanku.
Manusia itu tidak pernah lari dari sifat lupa. Jadi perancangan sangat penting agar
semua kerja dapat berjalan dengan baik walaupun ada cabaran dan halangan yang perlu
ditempuh. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Imran ayat ke-54:
َو َم َك ُر ْوا َو َم َك َر َّلهلاُ ۗ َوَّلهلاُ َخ ْي ُر ا ْل َما ِك ِر ْي َن
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik
Perancang.”
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Kita mestilah yakin Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan kita TITLE B
hendaklah melakukan perkara yang baik dan diredhai oleh Allah. Sebagai kesimpulan,
penyediaan RPH mempunyai banyak kepentingan terhadap guru misalnya RPH memberi TITLE C
idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut.
Selain itu, RPH bagi membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran.
Aku turut bermuhasabah bahawa setiap langkah kehidupan ini mestilah penuh
dengan perancangan yang teliti dan berbuat baik kepada semua kerana kelak kita akan disoal
oleh setiap perbuatan kita sebelum menuju ke alam akhirat.
TITLE D
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 10 TITLE A
NURUL FILZAH BINTI ABDUL RASHID (2211164)
TITLE B
Minggu ini, minggu ke-10 sudah aku mengikuti pengajian diploma pascasiswazah ini.
Minggu ini kelas dilaksanakan secara asynchronous kerana dua sebab iaitu 1)hari Sabtu, TITLE C
25/12/2021 adalah cuti umum dan, 2)cuti bencana. Dr Hayati telah merakamkan video
pengajaran di Microsoft Teams pada hari Sabtu, dan aku baru sempat menontonnya TITLE D
pada hari Ahad malam kerana aku salah seorang mangsa bencana banjir. Hari Sabtu itu,
aku sibuk mengemas, mencuci rumah. Berderet 4 hari aku dan keluarga mengemas TITLE E
rumah, mengasingkan barang-barang setelah air surut dan pada hari Sabtu inilah kami
baru selesai mencuci rumah dengan bantuan daripada saudara mara. Alhamdulillah.
Secara peribadinya, aku tidak pernah menjangkakan hal ini akan berlaku di kawasanku
kerana sepanjang aku hidup di Bukit Changgang, tidak pernah banjir. Ianya adalah satu
pengalaman dan peringatan bahawa Allah akan uji hambaNya, Allah juga akan tarik
nikmat dan harta pinjaman bila-bila masa sahaja. Kesyukuran terbesarku pada saat
ditimpa bencana ini, Allah masih pinjamkan mereka yang aku sayang iaitu keluargaku
:’)
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Berbalik kepada perbincangan minggu 10, pada awal rakaman, Dr Hayati memberi komen TITLE B
terhadap tugasan penulisan RPH. Terkesan aku pada kata-kata Dr tentang ‘Cikgu perlu
menyediakan murid untuk masa hadapannya’. Pendidikan memainkan peranan penting dalam TITLE C
menentukan kualiti dan keupayaan generasi baru menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan
perubahan drastik dari peradaban global (Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali, 2019). TITLE D
Besar tanggungjawab seorang guru. Masuk kepada topik pembelajaran minggu 10 adalah
berkenaan Pengurusan Bilik Darjah. Dalam penerangan, Dr ada memberikan satu contoh bagi TITLE E
fakor sosial iaitu ; ‘kalau ada murid pakai baju tak bergosok, guru kena fikirkan kenapa
bajunya kedut? Mesti sebab murid tersebut tidak ada seterika. Jadi guru boleh cuba belikan.’
Terimbas aku semasa aku menjadi guru di sebuah sekolah rendah agama. Waktu
itu aku menjadi guru kelas bagi kelas kedua. Ya, ada pelajar yang bajunya setiap hari berkedut,
kasutnya pula sangat lusuh. Aku sering bertanya kepadanya kenapa. Dia sedikit ‘istimewa’.
Dulu, aku seorang guru tanpa ilmu seorang pendidik sebenar. Sekarang, dalam program
pascasiswazah pendidikan ini, aku belajar banyak perkara. Sejujurnya, memang ada terlintas
untuk membantunya tetapi tidak pernah kesampaian dan lama kelamaan sepi sehingga aku
lupa. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang. Moga baik-baik.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Allah Azza wa Jalla berfirman: TITLE B
َوتَ َعا َونُ ْوا َعلَى ا ْلبِ ِر َوالته ْق ٰوى َوََّل تَ َعا َونُ ْوا َع َلى اَِّْلثْ ِم َوا ْلعُ ْد َوا ِن َواتهقُوا َّلهلاَ ۗ ِا هن َّلهلاَ َش ِد ْيدُ ا ْل ِع َقا ِب TITLE C
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong- TITLE D
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]
Seorang guru perlu ada sifat tolong menolong terhadap muridnya sama ada dari
segi penyampaian dan penerimaan ilmu mahupun pertolongan dari segi pemakaian dan
sebagainya. Pemakaian yang bersih dan kemas secara tak langsung akan memberikan suasana
PdP yang selesa. Murid tersebut pun pasti lebih teruja dan bermotivasi mahu belajar kerana
keselesaan yang diterima. Inilah salah satu tanggungjawab atau peranan guru dalam bilik
darjah. Guru perlu mengambil berat tentang kondisi murid-muridnya.
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 11 : TITLE A
MOHD ZAIRUL RIDZUAN BIN ABDUL RAHAMAN (2211165)
TITLE B
Hari ini tanggal 02/1/2022 sedar atau tidak aku telah melalui lebih separuh minggu sesi
perkuliahan aku sebagai seorang pelajar pasca siswazah DPPPI kohort 7. Alhamdulillah TITLE C
Allah memberikan aku kesempatan dan ruang untuk menimba ilmu dalam bidang
Pendidikan Islam. Hari ini hari ke-2 tahun baru. Sudah semestinya aku telah menanam TITLE D
azam yang baru untuk aku capai pada tahun 2022 ini. Kali ini, kelas Dr Haryati
dilaksanakan secara asynchronous . TTIITTLLEEEE
Topik pelajaran pada minggu ini ialah berkenaan dengan “Guru dan TITLE F
Pembinaan Hubungan Dengan Murid”. Topik pada hari ini bagi aku, sangat menarik
bagi melatih aku sebagai seorang guru yang profesional. Umum mengetahui, Keadaan
sudah berubah mengikut perkembangan masa dan zaman. Sudah tentulah sedikit
sebanyak tamadun manusia ini telah berlaku perubahan. Sama ada dari sudut pandang
intelektual dan adab seorang murid.
Hal ini selari dengan kenyataan Dr Haryati dalam rakaman
pembelajaranya yang menyatakan guru pada masa kini perlu mencari jalan untuk
mendekati dan menarik minat murid dalam pelajaran. Terutama pada era pembelajaran
digital contohnya PDPR yang berlaku kini. Guru perlu mencari jalan bagaimana untuk
melahirkan produk murid yang beradab. Sedangkan guru dan murid kini tidak dapat
bersua muka bagi menjalankan sesi pdpr, Oleh itu, guru masakini perlu lebih kreatif
dan mengikut peredaran masa bagi memastikan jurang fahaman antara murid dan guru
dapat di dekatkan.
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Menurut Wentzel, K. R. (2009), guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina TITLE B
hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat, dan boleh
dipercayai. Sebelum itu, Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam membina hubungan TITLE C
guru dan pelajar, sewajarnya melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara
berperikemanusiaan. Hal ini dibahaskan Wentzel, K. R. (2009), bahawa hubungan yang TITLE D
berkualiti, mampu menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap
positif, dan motivasi dalam mencapai hasil akademik. Selain itu, kemahiran- kemahiran sosial TITLE E
yang sebenar juga dapat diperolehi.
Keperibadian guru terhadap murid juga dapat ditunjukkan dengan tidak
memalukan murid-muridnya sama ada secara bersemuka atau di hadapan kelas. Tindakan ini
bermaksud para guru melayan pelajar-pelajarnya dengan penghormatan yang tinggi. Pendidik
juga perlu bersifat pemaaf, positif, menaruh harapan tinggi, menanamkan rasa dipunyai, belas
kasihan, mengaku kesalahan sendiri, penyayang, bertanggungjawab, meletakkan kepercayaan
terhadap pelajar, jenaka, sabar, adil dan saksama, serta ikhlas (Mohd Sahandri Gani et al,
2010). Maka semua ini akan memberikan satu motivasi kepada pelajar untuk lebih berusaha
kerana mempunyai hubungan yang erat dengan guru mereka.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Dalam kajian Ahmad firdaus Mohd Noor et.al (2016) mendapati terdapat hubungan yang TITLE B
positif di antara hubungan guru dengan pelajar dengan motivasi sosial dan akademik pelajar
dan pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, terdapat persoalan adakah hubungan guru TITLE C
dengan murid ini penting?. Berdasarkan kajian-kajian lepas, hubungan guru dengan murid
adalah penting kepada pelajar, tanpa mengira umur, tetapi hubungan ini mempersoalkan fungsi TITLE D
sokongan emosi dalam kehidupan pelajar.
TITLE E
Hal ini disokong berdasarkan kajian Rohani Arbaa et al. (2010) yang menjelaskan
hubungan guru-pelajar dilihat melalui ciri kualiti guru yang merupakan faktor terbaik dalam
meningkatkan kesungguhan pelajar belajar. Perbandingan guru dengan ibu bapa dan rakan
sebaya dengan melihat kualiti interaksi guru dengan murid adalah sama dengan kualiti
hubungan di rumah.
Terkenang kisah lalu, tentang seorang guru ku ketika di zaman persekolahan
beliau merupakan seorang guru yang tidak garang tetapi beliau dihormati oleh semua murid di
sekolah itu, Apa yang menjadikan beliau begitu dihormati ialah sikap beliau yang membuatkan
orang mudah dan senang berurusan dengannya. Selain itu juga beliau seorang yang tidak
sombong dan sering memberikan contoh teladan yang baik kepada pelajar. Hal ini selari
dengan hadis nabi
TITLE F
SLIDESMANIA.COM Rasulullah bersabda : TITLE A
َول ِك هن ال َوا ِص َل اله ِذي ِإذَا قَ َطعَ ْت َر ِح ُمهُ َو َصلَ َها،لَ ْي َس ال َوا ِص ُل بِال ُم َكافِئ TITLE B
Maksudnya: “Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang TITLE C
membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi
penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia TITLE D
bertindak menyambungnya.” Riwayat al-Bukhari (5991)
TITLE E
Berkata Ibnu Abi jamrah dalam Kitabnya Bahjah An-Nufus Rahimahullah Ta'ala:
”Silaturrahim boleh dilakukan dengan harta, menolongnya ketika ia berhajat, membantunya TITLE F
menolak kemudharatan, bermuka manis, berdoa. Semua ini dilakukan sekiranya kaum kerabat
tersebut mereka istiqamah di dalam kebaikan. Namun, sekiranya mereka golongan kuffar dan
sering melakukan kejahatan maka memutuskan silaturrahim dengan mereka dengan niat kerana
Allah SWT dan berusaha menasihati mereka (mengikut kadar kemampuan) kemudian
memberitahu sekiranya ia berterusan di dalam kejahatan yang dilakukan maka itulah menjadi
sebab terputusnya silaturrahim. Maka tindakan inilah sebenarnya dinamakan silaturrahim
dengan mereka.
Selari dengan kenyataan dan hadis berkenaan dengan hubungan maka iannya
menjadi harapan dan azam kepada aku untuk menjadi seorang guru yang sentiasa menjaga
hubungan sesama manusia dan membimbing murid supaya menjadi insan yang berguna dan
berakhlak mulia sekaligus mencapai aspirasi pendidikan negara. Insyaallah.
Sekian …
SLIDESMANIA.COM MINGGU 12 TITLE A
ANWARUL HAKIM BIN AMINUDIN (2211216)
TITLE B
Bau ayam yang digoreng oleh ibu di dapur dapat ku hidu semasa aku bersiap untuk
kelas Dr Hayati pagi itu subjek Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah. Seperti biasa aku TITLE C
akan bersarapan terlebih dahulu sebelum kelas bermula untuk aku lebih fokus. Topik
yang akan dibincangkan pada hari ini ialah Dasar Pendidikan- Memperkasa Pendidikan TITLE D
Islam.
TITLE E
Sebelum kami memulakan perbincangan, Dr Hayati ada mengajukan
soalan iaitu kenapa peperiksaan akhir bagi matapelajaran KBD ini open book test . Lalu
pelbagai jawapan yang diberi oleh rakan-rakan ku antaranya ialah soalan subjek KBD
ini susah. Ya, aku pun beranggapan begitu. Tetapi aku jadi terfikir sesuatu. Dalam
hatiku berkata “Dr mesti ada jawapan yang membuatkan kami melihat semula diri
kami sendiri dan sedar bahawa itu adalah tujuan sebenar”. Memang sudah ku duga
jawapan yang Dr Hayati berikan itu seperti apa yang ku fikirkan iaitu melatih untuk
merujuk. Aku amatlah bersetuju akan jawapan Dr itu kerana sebagai pelajar
pascasiswazah, kami harus melatih diri kami ini sentiasa ada bukti dan rujukan apabila
bercakap tentang sesuatu perkara untuk menyokong dan menguatkan lagi apa yang
diperkatakan itu.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Seperti biasa, sebelum kami memulakan perbincangan topik, kami akan TITLE B
membincangkan tentang isu berkaitan pendidikan. Adakah guru dianggap profesional kalau
marah? Itulah persoalan yang diberi oleh Dr Hayati kepada kami. Seperti yang Dr Hayati TITLE C
katakan mengenai isu ini, guru boleh menunjukkan marah itu kepada murid untuk melihat
bagaimana reaksi mereka tetapi perlu ada tahap dan batasnya supaya tidak berlaku isu mendera TITLE D
murid dan sebagainya. Hal ini penting kerana apabila seorang guru itu melakukan sedemikian
murid akan belajar dari apa yang telah berlaku. Sebagai contoh, apabila murid masuk lewat ke
kelas perlunya seorang guru menunjukkan perasaan marah tetapi jangan sampai menyinggung
perasaan murid dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau menyentuh perkara yang
sensitif bagi seseorang murid itu kerana guru adalah role-model kepada anak didiknya. Murid
akan melihat tingkah laku, percakapan dan penampilan guru mereka apatah lagi guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, seorang guru perlu mempunyai akhlak
dan tingkah laku yang baik supaya menjadi teladan kepada anak muridnya sekaligus
menjadikan tingkah laku itu sebagai sunnah Baginda Nabi SAW. Dalam hadis Baginda SAW
bersabda “Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya”.
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Seterusnya, kelas kami diteruskan dengan topik yang akan dibincangkan pada hari ini iaitu TITLE B
Dasar pendidikan- Memperkasa Pendidikan Islam. Seperti sedia maklum, di Malaysia KPM
memberikan pelbagai pilihan pendidikan agama Islam selain daripada sekolah arus perdana TITLE C
iaitu sekolah agama awam yang terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan, Sekolah Agama
Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). TITLE D
Antara usaha lain KPM wujukan bagi mengukuhkan lagi laluan Pendidikan Islam TITLE E
ini adalah dengan meningkatkan pengiktirafan antarabangsa bagi kelayakan pendidikan agama.
Sebagai contoh , Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diiktiraf setara dengan STPM di mana
STAM diterima sebagai syarat kemasukan universiti dalam dan luar negara seperti Universiti
Al-Azhar, Mesir. Di dalam laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, ada mengeluarkan
infografik tentang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Antara isi kandungan infografik
tersebut ialah Sijil STAM sebagai syarat kelayakan memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir.
Selain itu, pemegang sijil STAM layak memohon ke IPTA dengan sijil ini. Ini menunjukkan
bahawa murid lepasan menengah khususnya dalam pendidikan agama berkelayakan untuk
melanjutkan pelajaran di universiti tempatan mahupun luar negara dalam bidang yang ingin
diceburi.
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Dalam topik ini juga ada menyatakan bahawa KPM mewujudkan Kurikulum TITLE B
Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Teringat akan aku
pengalaman mengajar di salah sebuah sekolah (SABK) iaitu Sekolah Menengah Agama Al- TITLE C
Hasanah, Keratong, Pahang. Sejujurnya aku tidak tahu apa itu KBD dan apa mata pelajaran
yang diajarkan kepada murid di sekolah ini. Aku pun mengambil langkah untuk bertanyakan TITLE D
kepada pengetua, GPK Kurikulum dan panitia Bahasa Arab di situ walaupun aku ada membuat
sedikit carian di google tetapi belum membuatkan aku faham tentang KBD ini. Alhamdulillah
daripada maklumat yang aku dapat hasil dari temubual yang aku lakukan itu, aku faham apa itu
KBD dan apa matapelajaran yang terkandung di dalam kurikulum ini yang mana ia
menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantara. Ini berkait rapat dengan Elemen
Merentas Kurikulum (EMK) iaitu guru perlu menitikberatkan penggunaan bahasa pengantar
yang betul dalam semua subjek. Apa yang aku praktik dan terapkan kepada murid semasa aku
mengajar Bahasa Arab di dalam kelas ialah cara sebutan yang betul, tatabahasa yang betul dan
istilah-istilah yang sering digunakan dalam kehidupan seharian agar mereka lebih mudah
memahami apa yang dipelajari di dalam kelas.
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Kesimpulannya, usaha yang dilakukan oleh KPM bagi memperkasakan lagi TITLE B
Pendidikan Islam amatlah penting di dalam memastikan kemenjadian murid dari aspek intelek,
emosi, rohani dan jasmani khususnya murid yang berpendidikan agama. Selain itu, usaha ini TITLE C
juga adalah untuk memastikan kualiti Pendidikan Islam sentiasa dipertingkatkan dan ditambah
baik secara menyeluruh. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting
khususnya guru Pendidikan Islam dalam menjayakan usaha dan program yang telah disediakan
oleh KPM demi melahirkan generasi yang bermoral dan berakhlak di masa akan datang.
TITLE D
TITLE E
TITLE F
SLIDESMANIA.COM MINGGU 13 TITLE A
KHAIRATUL NADIAH BINTI MOHD FALDZI (2211214)
TITLE B
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun pon sudah
berganti. Tidak sangka 13 minggu sudah perjalanan ini. Alhamdulillah untuk 13 TITLE C
minggu yang cukup membanggakan ini. Walaupun ada peritnya. Walaupun ada
tangisnya. Walaupun ada tatihnya. Ya, seperti anak kecil yang ingin bertatih untuk TITLE D
berjalan dan berlari. Itulah pengumpamaan yang sesuai untuk aku untuk membiasakan
diri dengan cara universiti di Malaysia. Teringat 13 minggu sebelum ini, bermacam TITLE E
perkara terlintas dalam fikiran. Mampukah aku? Bagaimana perjalanan sebagai
mahasiswi di sini? Yang pasti 100% beza dengan perjalanan degree ku. Dan hari ini,
walaupun belum berakhir lagi, sekurang-kurangnya aku tahu, aku mampu untuk berada
disini demi menyahut impian ibubapa ku.
Perjalanan aku untuk hari Sabtu ini masih sama lagi. Akan tapi, yang luar
dari kebiasaannya, pagi ini aku mendengar suara Dr Shima bukan lagi Dr Hayati. Hari
ini Dr Hayati bersama aku pada belah petang. walaupun pada waktu petang, dengan
suara yang cerianya, memang takkan mengantuk, takkan tidur. Beranilah tidur! Sekali
nama kene petik, haaa rasa macam nak tercabut kelopak mata.
TTIITTLLEE FF
SLIDESMANIA.COM TITLE A
Petang ini, Dr mulakan kelas dengan rutin kebiasaan dan seterusnya dengan recap TITLE B
pembelajaran bagi minggu 12. Melalui sesi itu, satu perkara yang terlintas dalam hati aku
‘powerlah Dr! Dr ingat setiap satu turutan pembelajaran dari mula kelas. Satu-satu Dr minta TITLE C
kami sebut apa yang kami belajar. Sehinggalah seorang dari kami menyebut mengenai sistem
pendidikan pada pada zaman penjajahan dahulu kala. Lalu Dr mengaitkan dengan 5 aspirasi TITLE D
sistem yang ditetapkan dalam PPPM iaitu ekuiti, perpaduan, kecekapan, akses dan kualiti.
TITLE E
Seterusnya Dr mula menyentuh mengenai pelajaran hari itu, iaitu mengenai
kokurikulum. Setiap individu pastinya mempunyai bakat dan minat yang berbeza. Namun
begitu, bakat dan minat ini tidak dapat terlihat melainkan dengan mencungkil dan
mengasahnya. Menurut Naufal Ahmad Muzakki dalam makalahnya menyatakan minat adalah
satu proses yang tetap untuk memperhatikan dan memfokuskan diri pada sesuatu yang
diminatinya dengan perasaan senang dan rasa puas manakala bakat adalah kemampuan bawaan
yang merupakan potensi yang masih perlu dikembangkan atau dilatih manakala Oleh yang
demikian, menjadi pihak sekolah mengambil tanggungjawab bagi memastikan muridnya dapat
mengenal pasti bakatnya. Hal ini kerana, ia akan membantu murid untuk membina diri mereka
dimasa hadapan.
TITLE F