i LAPORAN PROJEK DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA PENYELENGGARAAN JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI WISMA PERKESO ALOR SETAR, KEDAH MOHD NEKMAT BIN MOHD ZAHARI 248038 SISTEM PENGAGIHAN DAN PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK VOLTAN RENDAH F432-005-5:2019
ii PENGESAHAN LAPORAN PROJEK TAJUK PROJEK : PENYELENGGARAAN JANAKUASA TUNGGU SEDIA DI WISMA PERKESO ALOR SETAR, KEDAH DUTI / CU BERKAITAN : 1. C02 / OPERASI DAN PENYELENGGARAAN JANAKUASA DIESEL VOLTAN RENDAH Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman serta kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber. TANDATANGAN PEMOHON : NAMA : MOHD NEKMAT BIN MOHD ZAHARI NO. KAD PENGENALAN : 860816-30-5131 TARIKH : NAMA MAJIKAN (Jika Berkenaan): KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL “Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan ini adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan Kemahiran Malaysia” TANDATANGAN PPL-PPT : NAMA : Ts. NOOR AMIZAN BIN ABD. RAHMAN @ MOHD YAACOB NO. KAD PENGENALAN : 750629-04-5293 TARIKH :
iii PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Jutaan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pegawai pembimbing dan penilai untuk Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) saya, Ts Janain bin Burut dan Ts Noor Amizan Bin Abd Rahman @ Mohd Yaacob yang telah banyak memberi bimbingan serta nasihat kepada saya dalam menyiapkan Laporan Projek Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ini dengan penuh kesabaran. Tidak lupa kepada ahli keluarga (Isteri tersayang dan anak-anak Intan Noor Hanim Bt Abd Rahim, Muhammad Luqman Hafeez dan Sara Sumayyah, Ayahanda bonda dan Ayahanda mertua bonda mertua yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang LPKT ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dari Program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang yang secara langsung atau tidak langsung dalam memberi idea-idea dan cadangan. Tidak lupa juga diucapkan kepada pasukan Syarikat IZZ Electrical Engineering (Encik Muhammad Faiz Bin Othman) yang memberi kebenaran kepada saya menjalani Latihan Sangkutan Industri di syarikat beliau dan membantu menyiapkan Laporan Pencapaian Ketrampilan Terdahulu Tahap 5 ini. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan anda semua tidak akan saya lupakan. Semoga kajian yang dijalankan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. Sekian, terima kasih.
iv ABSTRAK Janakuasa tunggu sedia merupakan salah satu daripada perkakasan yang penting dalam sistem penghantaran kuasa elektrik di Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah. Wisma ini menggunakan satu janakuasa elektrik tunggu sedia jenis Volvo Penta 220kVA bagi memastikan bekalan elektrik di wisma ini tidak terganggu sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pihak Syarikat IZZ Electrical Engineering telah diamanahkan untuk melaksanakan penyelenggaraan berkala janakuasa tunggu sedia dengan tujuan mengurangkan risiko kegagalan sekiranya berlaku gangguan bekalan di Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah. Kerja penyelenggaraan ini melibatkan beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh Syarikat IZZ Electrical Engineering mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Kerja- kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan berdasarkan carta alir rancangan penyelenggaraan seperti Permit To Work (PTW), menyelenggara janakuasa, pengujian janakuasa dan pembatalan PTW. Penyelenggaraan yang dilakukan oleh Syarikat IZZ Electrical Engineering di Wisma Perkeso ini telah mencapai objektifnya berdasarkan maklumat daripada ujian-ujian yang dilakukan terhadap janakuasa menepati standard JKR, TNB dan juga ST.
v ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK PROJEK i PENGESAHAN LAPORAN PROJEK ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ISI KANDUNGAN v SENARAI JADUAL vii SENARAI RAJAH viii SENARAI LAMPIRAN ix BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang Projek 1 1.2 Pernyataan Projek 4 1.3 Objektif Projek 5 1.4 Kepentingan Projek 5 1.5 Skop Projek 6 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 7 2.1 Pengenalan 7 2.2 Jenis Penyelenggaraan Elektrik 8 2.2.1 Penyelenggaraan Berkala (Routine 8 / Periodic Maintenance) 2.2.2 Penyelenggaraan Pencegahan 8 (Preventive Maintenance) 2.2.3 Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan 8 Luar Jangka (Breakdown Maintenance / Force Maintenance)
vi 2.3 Penyelenggaraan Pencegahan 9 2.4 Janakuasa Tunggu Sedia 10 2.4 Papan AMF (Automatic Main failure) 10 2.5 Penyelenggaraan Janakuasa tunggu Sedia 11 2.6 Penyelenggaraan Janakuasa Tunggu Sedia 12 2.7 Faktor Keselamatan Pengendalian Janakuasa 13 Tunggu Sedia 2.7.1 Faktor Keselamatan 13 2.7.2 Peraturan Yang Berkaitan Dengan 13 Janakuasa Tunggu Sedia (Akta 447) BAB 3 METODOLOGI 15 3.1 Pengenalan 15 3.2 Kerja Penyelenggaraan Janakuasa Tunggu Sedia 16 Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah 3.3 Permit Menjalankan Kerja (PTW) 17 3.4 Menyelenggara Janakuasa 18 3.4.1 Memeriksa Kelengkapan dan Kondisi 20 Peralatan 3.4.2 Mematikan Bekalan Papan AMF Janakuasa 21 3.4.3 Menukar Minyak Pelincir dan Penapis 22 Janakuasa 3.4.4 Menukar Penapis Udara 26 3.4.5 Melakukan Pembersihan Tangki Simpanan 28 Air Radiator 3.4.6 Melakukan Pembersihan Terminal Cell 30 Bateri Nickel Cadmium (Ni-Cd) 3.5 Pengujian Janakuasa 34 3.5.1 Ujian Penglihatan (Visual Inspection) 34 3.5.2 Pengujian Janakuasa Tanpa Beban 35 (Off Load)
vii 3.5.3 Pengujian Janakuasa Dengan Beban 36 (On Load) 3.6 Batal Permit Menjalankan Kerja (PTW) 40 BAB 4 PENEMUAN, ANALISA DAN HASIL PROJEK 41 4.1 Pengenalan 41 4.2 Penemuan dan Analisa 41 4.2.1 PTW 42 4.2.2 Penyelenggaraan Janakuasa 42 4.2.2.1 Memeriksa Kelengkapan Dan 43 Kondisi Peralatan 4.2.2.2 Mematikan Bekalan Pada Papan 43 AMF Janakuasa 4.2.2.3 Menukar Minyak Pelincir Dan 44 Penapis Janakuasa 4.2.2.4 Menukar Penapis Udara 45 4.2.2.5 Melakukan Pembersihan Tangki 46 Simpanan Air Radiator 4.2.2.6 Melakukan Pembersihan Bateri 47 Nickel Cadmium 4.3 Hasil Projek 48 4.3.1 Keputusan Ujian Penglihatan (Visual 48 Inspections) 4.3.2 Keputusan Bacaan Voltan Bateri 49 4.3.3 Keputusan Pengujian Janakuasa 50 Tanpa Beban (Off Load) 4.3.4 Keputusan Pengujian Janakuasa 51 Dengan Beban (On Load)
viii BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 52 KESIMPULAN 5.1 Perbincangan 52 5.2 Cadangan 53 5.3 Kesimpulan 54 RUJUKAN 55 LAMPIRAN 56
ix SENARAI JADUAL NO TAJUK HALAMAN 1 Tempoh Senggaraan Yang Disyorkan 12 2 Data Janakuasa Yang Diselenggaran 18 3 Carta Gannt Proses Kerja Penyelenggaraan 19 4 Keputusan Ujian Penglihatan (Visual Inspections) 48 5 Rekod Bacaan Bateri Nickel Cadmium (Ni-cd) 49 6 Keputusan Pengujian Janakuasa Tanpa Beban 50 (Off Load) 7 Bacaan Panel Meter Papan Suis Utama 51
x SENARAI RAJAH NO TAJUK HALAMAN 1.1 Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah 2 1.2 Janakuasa Volvo Penta 220kVA 2 1.3 Plat Nama Enjin Janakuasa 3 1.4 Plat nama Alternator Janakuasa 3 2.1 Janakuasa Tunggu Sedia 10 2.2 Papan AMF 11 3.1 Carta Alir Rancangan Penyelenggaraan 16 3.2 Permit Menjalankan Kerja (PTW) 17 3.3 Kecatatan Alat Ganti Janakuasa 20 3.4 Bekalan Pada Papan AMF Dimatikan 21 3.5 Mengambil Bacaan Bateri Sebelum Menanggalkan 22 Terminal 3.6 Penggunaan Besen Dan Kain Pelapik 23 3.7 Penggunaan Pam Penyedut 23 3.8 Proses Membuka Penapis Minyak Pelincir, 24 Penapis Bahan Api Dan Penapis Bahan Penyejuk 3.9 Kerja Memasukkan Minyak Pelincir Baharu 25 3.10 Mengukur Paras Minyak Pelincir 26 3.11 Mengeluarkan Penapis Udara Lama 27 3.12 Memasukkan Penapis Udara Baharu 27 3.13 Membuka Tangki Radiator 28 3.14 Proses Pemasangan Semula Tangki Radiator 29 3.15 Bateri Jenis Glory Type KPX 30 30 3.16 Mengambil Bacaan Bateri 30 3.17 Menggosok Terminal Bateri Menggunakan 31
xi Berus Dawai 3.18 Pengujian Elektrolit Bateri Menggunakan 31 Hydrometer 3.19 Kerja Menyapu Gris Pelincir Pada Terminal 32 Bateri 3.20 Mengambil Bacaan Bateri Selepas Penyelenggaraan 33 3.21 Buku Log Penyelenggaraan 33 3.22 Penggunaan Lampu Suluh 34 3.23 Papan Kawalan AMF 35 3.24 Suis Pemilih Pada Mod Auto 36 3.25 Papan Suis Utama 37 3.26 Rekod Bacaan Meter 37 3.27 Pengukuran Bunyi Dalam Bilik Janakuasa 38 3.28 Pengukuran Bunyi Di Luar Bilik Janakuasa 39 3.29 Alat Ganti Dilabel 40 3.30 Pembatalan PTW 40 4.1 Meter Dan Lampu Pandu Berfungsi Sebelum 43 Bekalan Dimatikan 4.2 Pekerja Memegang Tiub Getah Penyedut 44 4.3 Penggunaan Corong Minyak 45 4.4 Keadaan Penutup Penapis Udara Dibuka 45 4.5 Mendapan Pada Tangki 46 4.6 Pemeriksaan Paras Elektrolit Bateri 47
xii SENARAI LAMPIRAN NO TAJUK HALAMAN 01 Surat Permohonan Masuk Ke Premis 57 02 Permit Menjalankan Kerja (PTW) 58 03 Laporan Projek Penyelenggaraan 61 04 Rekod Bacaan Bateri Sebelum dan Selepas 54 05 Laporan Projek Syarikat 55
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Projek Janakuasa tunggu sedia merupakan antara radas yang penting dalam suatu rangkaian sistem penghantaran kuasa elektrik. Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah di dalam Rajah 1.1 tidak terkecuali menggunakan janakuasa. Janakuasa ini telah ditempatkan di dalam bilik khas dengan menggunakan enjin diesel Volvo Penta seperti Rajah 1.2 yang berkapasiti 220kVA dan mempunyai kuasa kuda 302 HP dimana ianya boleh membekalkan bekalan voltan tiga fasa (415V). Kelajuan rotor janakuasa adalah 1500 rpm yang akan menghasilkan frekuensi 50Hz. Semua maklumat ini boleh dirujuk pada plat di dalam Rajah 1.3 dan Rajah 1.4. Janakuasa ini akan dikendali apabila terputusnya bekalan masukan daripada Tenaga nasional Berhad (TNB) dalam sela masa 5 ke 10 saat. Janakuasa ini berkemampuan untuk menjana bekalan tenaga elektrik secara purata sehingga 10 jam. Bagi menjamin kecekapan dan keberkesanan janakuasa tunggu sedia ini, Syarikat IZZ Electrical Engineering telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala dan pengujian terhadap janakuasa. Pihak syarikat telah mengambil langkah yang efektif dalam melaksanakan aktiviti penyelenggaraan yang berkesan sejajar kehendak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pihak syarikat juga telah memberi peluang kepada penulis (Mohd Nekmat Bin Mohd Zahari) untuk menimba pengalaman menyelenggara janakuasa dengan melantik sebagai
2 pembantu kepada penjaga jentera syarikat semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan. Rajah 1.1: Wisma PERKESO Alor Setar, Kedah Rajah 1.2: Janakuasa Volvo Penta 220kVA
3 Rajah 1.3: Plat Nama Enjin Janakuasa Rajah 1.4: Plat Nama Alternator Janakuasa
4 1.2 Pernyataan Projek Janakuasa elektrik jenis diesel merupakan salah satu mekanisme pembekalan kuasa yang paling dipercayai dan cekap sebagai penjana kuasa kecemasan apabila berlakunya gangguan bekalan dari pembekal TNB. Sistem penjanaan yang terbaik memerlukan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin bagi memastikan janakuasa berkendali dengan baik apabila diperlukan. Apabila janakuasa tunggu sedia gagal berkendali secara automatik seperti mana ia direkabentuk, ini pasti disebabkan prosedur penyelenggaraan yang telah diabaikan. Kegagalan janakuasa berkendali semasa diperlukan akan mengakibatkan aktiviti harian pengguna terjejas dari segi masa, tenaga malah mengakibatkan kerugian wang ringgit. Jika aspek penyelenggaraan tidak diberi perhatian sewajarnya, maka kesannya ialah kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi membaikpulih dan membina semula kemudahan tersebut. Kesemua isu ini boleh dihindarkan dengan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan rutin yang dilaksanakan oleh orang yang kompeten. Oleh itu adalah amat penting bagi kita menekankan keberkesanan penyelenggaraan sesebuah janakuasa tunggu sedia bagi menjamin kecekapannya untuk berkendali dengan baik apabila diperlukan.
5 1.3 Objektif Projek Objektif utama projek ini adalah seperti berikut: 1.3.1 Menyelenggara janakuasa tunggu sedia dengan menggunakan peralatan yang sesuai mengikut standard prosedur operasi yang ditetapkan. 1.3.2 Menguji janakuasa tunggu sedia dengan menggunakan alat uji yang sesuai bagi mendapatkan keputusan pengujian yang tepat mengikut senarai semak yang telah ditetapkan oleh syarikat. 1.3.3 Melaporkan penemuan dalam kesemua proses dan hasil kerja dengan menganalisa maklumat keseluruhan berdasarkan standard Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). 1.4 Kepentingan Projek Hasil daripada projek ini diharapkan akan dapat memastikan janakuasa yang diselenggara sentiasa dalam keadaan optimum dan terbaik serta dapat meningkatkan jangka hayat janakuasa tunggu sedia di Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah.
6 1.5 Skop Projek Skop projek ini adalah meliputi penyelenggaraan dan pengujian ke atas janakuasa tunggu sedia di Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah. Skop projek ini adalah seperti berikut: 1.5.1 Melakukan kerja menyelenggara janakuasa tunggu sedia. 1.5.2 Melakukan pengujian pada janakuasa tunggu sedia. 1.5.3 Membuat laporan dalam kesemua proses dan hasil kerja.
7 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Penyelenggaraan menurut kamus dewan edisi ke empat adalah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, perlaksanaan, pengelolaan ataupun cara pemerintahan. Dalam konteks teknologi elektrik pula, ia boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengekalkan sesuatu peralatan atau mesin supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan efisyen. Aktiviti ini meliputi aspek fizikal di mana peralatan yang diselenggarakan secara menyeluruh akan beroperasi dengan lebih baik dan meningkatkan lagi jangka hayat berbanding peralatan yang tiada aktiviti penyelenggaraan.
8 2.2 Jenis Penyelenggaraan Elektrik Terdapat tiga jenis penyelenggaraan dalam bidang elektrik iaitu 2.2.1 Penyelenggaraan Berkala (Routine / Periodic Maintenance) Penyelenggaraan jenis ini dijalankan secara berulang-ulang dalam satu jangka masa yang tertentu. Lazimnya, ia ditetapkan samada mengikut hari ataupun minggu. 2.2.2 Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) Penyelenggaraan jenis ini tidak dilakukan secara berulang-ulang tetapi dilakukan sekali sekala mengikut perancangan untuk mencegah dari kerosakan yang berat berlaku. Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala. 2.2.3 Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan Luar Jangka (Breakdown Maintenance / Force Maintenance) Penyelenggaraan dijalankan apabila berlakunya kerosakan diluar jangkaan contohnya kerosakan yang disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Kerja penyelenggaraan dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan atau kerosakan yang ditemui semasa penyelenggaraan berkala ataupun penyelenggaraan pencegahan.
9 2.3 Penyelenggaraan Pencegahan Penyelenggaraan pencegahan merupakan proses yang dijalankan secara rutin, berkala dan berdasarkan program penyelenggaraan yang dirancang atau penyelenggaraan jangkaan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kerosakan. Dalam proses melaksanakan kerja penyelenggaraan pencegahan seperti janakuasa tunggu sedia, terdapat beberapa elemen penting yang diperlukan bagi memastikan objektif penyelenggaraan pencegahan tercapai iaitu mencegah kerosakan dan memastikan janakuasa berkendali cekap serta selamat (Installation, Maintenance and Repair of Electrical Machines and Equipment MS-69, 2017). Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut : i. Pemeriksaan luaran bermaksud melihat samada terdapat kecacatan daripada bunyi yang lain dari kebiasaan dimana janakuasa masih dalam keadaan beroperasi. Pemeriksaan dalaman pula pemerhatian alat ganti dalaman dimana janakuasa mestilah berada dalam keadaan tidak beroperasi. ii. Baikpulih dan penyelenggaraan yang dilakukan 6 bulan sekali. iii. Alat ganti dan pelincir yang sesuai untuk kerja penyelenggaraan. iv. Perancangan dan penjadualan penyelenggaraan pencegahan. v. Segala rekod dan analisis dicatatkan didalam buku log penyelenggaraan. vi. Latihan yang mencukupi untuk pekerja yang mengendali serta yang melakukan penyelenggaraan.
10 2.4 Janakuasa Tunggu Sedia Janakuasa tunggu sedia seperti Rajah 2.1 mempunyai kadaran yang berbeza mengikut saiz beban yang perlu dibekalkan sekiranya berlakunya gangguan bekalan terjadi. Pengiraan beban amat penting dalam proses pemilihan janakuasa yang hendak dicapai. Rajah 2.1: Janakuasa Tunggu Sedia 2.5 Papan AMF (Automatic Main Failure) Papan AMF berfungsi untuk mengawal dan melindungi janakuasa. Semua jenis operasi dan kendalian janakuasa dikawal di papan ini. Begitu juga perlindungan pengulangalik dan enjin diesel dilakukan di sini. Papan AMF seperti Rajah 2.2 boleh dikendalikan secara manual ataupun automatik. Menu (mode) auto biasanya dipilih supaya janakuasa dalam keadaan bersedia (standby) manakala menu manual dipilih semasa melakukan pengujian pada janakuasa. Jika suis diselaraskan kepada mode auto, janakuasa akan hidup secara automatik dan beban (load) akan dipindahkan ke janakuasa tunggu sedia melalui suis tukar alih COC (changeover contactor) pada papan suis utama sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Apabila keadaan bekalan sudah pulih, beban akan dipindahkan semula pada bekalan utama melalui suis tukar alih semula dan akan memberhentikan janakuasa selepas beberapa saat.
11 Alat-alat yang terdapat pada papan AMF adalah seperti berikut: i. ACB (Air Circuit Breaker) atau MCCB (Moulded Case Circuit Breaker). ii. Meter penunjuk seperti Ammeter, Voltmeter, meter Frekuensi, meter hour run, meter faktor kuasa dan meter kWh. iii. Lampu penunjuk. iv. Loceng amaran. v. Suis pemilih (selector switch). vi. Geganti perlindungan elektrik (protective relays) seperti Control MCBs, Generator Under Frequency Relay, Generator Over Voltage Relay, Generator Under Voltage Relay, Alternator Failure Relay, Aux. Earth Fault Relay dan Oil Dash pot Over Current Relay. Rajah 2.2: Papan AMF
12 2.6 Penyelenggaraan Janakuasa Tunggu Sedia Penyelenggaraan sesebuah janakuasa perlu meliputi kesemua komponen utama iaitu : i. Sistem Pelinciran. ii. Sistem Bahan Api. iii. Sistem Penyejuk. iv. Panel Kawalan. v. Sistem Elektrik. vi. Ujian Perjalanan Janakuasa. vii. Sistem Pembumian. viii. Bilik Janakuasa. Secara amnya, tempoh penyelenggaraan janakuasa tunggu sedia boleh dirancang dan diterjemahkan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Tempoh Senggaraan yang Disyorkan BIL BUTIRAN SETIAP BULAN SETIAP 6 BULAN SETIAP 12 BULAN A SISTEM PELINCIRAN A1 Paras minyak pelincir, tambah jika perlu * A2 Penapis minyak, tukar setiap 250 jam * A3 Periksa kebocoran minyak pelincir * B SISTEM BAHAN API B1 Periksa operasi pam pindah minyak * B2 Periksa kebocoran bahan api * B3 Tukar penapis bahan api * B4 Bersihkan penapis udara * B5 Tukar penapis udara * C SISTEM PENYEJUK C1 Periksa paras bahan penyejuk, tambah jika perlu * C2 Periksa jika terdapat kebocoran * C3 Tukar bahan penyejuk * C4 Bersihkan radiator * D PANEL KAWALAN SETIAP HARI SETIAP BULAN SETIAP 6 BULAN D1 Periksa dan rekod bacaan meter * D2 Periksa lampu penunjuk * D3 Periksa dan uji alat perlindungan * E SISTEM ELEKTRIK E1 Periksa elektrolit bateri * E2 Buka dan bersihkan terminal bateri * E3 Rekod bacaan bateri * F UJIAN PERJALANAN JANAKUASA F1 Jalankan janakuasa tanpa beban selama 15 minit * F2 Jalankan janakuasa dengan beban selama 30 minit * G SISTEM PEMBUMIAN G1 Periksa dan ketatkan sambungan kabel bumi janakuasa * G2 Uji keterusan pengalir bumi dan rintangan elektrod bumi * H BILIK JANAKUASA H1 Bersihkan kawasan dalam bilik janakuasa * H2 Bersihkan kawasan luaran bilik *
13 2.7 Faktor Keselamatan Pengendalian Janakuasa Tunggu Sedia Berdasarkan buku akta bekalan elektrik dan peraturan-peraturan elektrik edisi 2022, Akta 447 dan peraturan-peraturan 1994 telah digunapakai. 2.7.1 Faktor Keselamatan i. Memastikan memakai pakaian keselamatan yang sesuai sebelum melakukan kerja penyelenggaraan janakuasa. ii. Memakai penutup telinga (ear-plug) semasa janakuasa berkendali. iii. Mestilah bersama orang kompeten semasa melakukan kerja. 2.7.2 Peraturan Yang Berkaitan Dengan Janakuasa Tunggu Sedia (Akta 447) i Peraturan 17(1) Mana-mana bahagian janakuasa, motor pengubah atau kelengkapan lain yang dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi yang boleh dicapai dengan bersahaja oleh seseorang hendaklah dilindungi jika perlu untuk mencegah “bahaya”. ii Akta 447 Seksyen 45(1)- Pelaksanaan semua akta kerja berkaitan dengan penjana kuasa dan pembekalan elektrik yang boleh menyentuh apa-apa lebuh, rel keretapi, landasan train, sungai, terusan atau laluan air lain atau apa-apa system pengairan, penyaliran atau bekalan air atau apa-apa kerja telegraf, telekom, komunikasi radio, pelabuhan atau kerja awam atau persendirianlain, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan samaada over head atau bawah tanah, hendaklah dijalankan mengikutcara yang ditetapkan dan tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian.
14 Seksyen 45(2)-Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini. Seksyen 48(1) – Tiada seorangpun boleh, semasa penjanakuasaan, penghantaran, pembekalan atau penggunaan elektrik, membenarkan manamana bahagian talian bekalannya disambung dengan bumi kecuali sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Akta ini atau dibenarkan dengan nyata oleh Suruhanjaya. Seksyen 48(2)-Sekiranya berlaku pelanggaran subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melalui perintah bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya mengalihkan sambungan itu dan boleh melarang penggunaan mana-mana talian atau kerja bekalan atau pemasangan sehinggalah perintah itu dipatuhi dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dipatuhi oleh orang berkenaan.
15 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Penyelenggaraan janakuasa elektrik tunggu sedia jenis Volvo Penta 220kVA di Wisma Perkeso Alor Setar ini melibatkan beberapa Standard Of Procedurs (SOP) yang perlu dipatuhi oleh Syarikat IZZ Electrical Engineering. Selain mematuhi SOP yang ditetapkan, syarikat juga termaktub dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Akta Kualiti Alam Sekeliling 127, OSHA 1994, keperluan CIDB, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), MS IEC 60364: Pemasangan Elektrik Bangunan, MS 1979 (COP), MS 1936: Panduan kepada MS IEC 60364, Peraturan Elektrik 1994, Pihak Berkuasa Tempatan, Ordinan Elektrik dan Peraturan Elektrik 1999, SEB, TNB dan DOSH. Peraturan dan akta ini bertujuan untuk memastikan semua kerja yang dilakukan adalah selamat (aset dan individu yang melakukan kerja) dan sebarang kecuaian akan mengakibatkan kerugian dan kemalangan.
16 3.2 Kerja Penyelenggaraan Janakuasa Tunggu Sedia Wisma Perkeso Alor Setar Kedah Sesuatu kerja penyelenggaraan yang melibatkan bangunan kerajaan adalah di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir rancangan kerja penyelenggaraan yang dilakukan pada Janakuasa Tunggu Sedia Wisma Perkeso, Alor Setar Kedah. Rajah 3.1: Carta Alir Rancangan Penyelenggaraan MULA PTW Menyelenggara Janakuasa Pengujian Janakuasa Batal PTW TAMAT TIDAK YA
17 3.3 Permit Menjalankan Kerja (PTW) Permit Menjalankan Kerja (PTW) adalah merupakan kebenaran yang diberikan kepada individu seperti orang kompeten dan juga kontraktor untuk melakukan kerjakerja berisiko tinggi. PTW penting bagi tujuan kawalan kerja dan pengurusan bersepadu ke atas suatu proses penyenggaraan. Pihak syarikat mestilah memohon kebenaran melakukan kerja penyelenggaraan kepada pemilik premis dahulu sebelum PTW dibenarkan. Dalam kerja penyelenggaraan Janakuasa Wisma Perkeso Alor Setar Kedah, nama saya termasuk di dalam senarai lima individu yang akan melaksanakan kerjakerja tersebut sebagai pembantu kepada penjaga jentera Syarikat IZZ Electrical Engineering iaitu saudara Muhammad Faiz Bin Othman (No. Kompeten : PJ-T4-B0477-2024) seperti di dalam Rajah 3.2 . Rajah 3.2: Permit Menjalankan Kerja (PTW)
18 3.4 Menyelenggara Janakuasa Kerja-kerja penyelenggaraan janakuasa mestilah mengikut senarai semak (checklist) yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Antara kerja penyelenggaraan janakuasa yang dilakukan adalah seperti berikut : 3.4.1 Memeriksa kelengkapan dan kondisi peralatan. 3.4.2 Mematikan bekalan pada papan AMF janakuasa. 3.4.3 Menukar minyak pelincir dan penapis janakuasa. 3.4.4 Menukar penapis udara. 3.4.5 Melakukan pembersihan tangki simpanan air radiator. 3.4.6 Melakukan pembersihan terminal bateri Nickel Cadmium. Data maklumat janakuasa yang diselenggaran adalah seperti Jadual 2. Jadual 2: Data Janakuasa Yang Diselenggara Bil Perkara Pernyataan 1 Jenama Volvo Penta 220kVA 2 Kuasa kuda 302 3 Ampere 306 4 Frekuensi 50 5 RPM 1500 6 Voltan Keluaran 415V Semua kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan di Wisma Perkeso ini telah dimasukkan di dalam Carta Gannt seperti di dalam Jadual 3.
Jadual 3: Carta Gannt ProsBil Tugasan 8.00am-9.00am 9.00am1 Permit Menjalankan Kerja (PTW) 2 Menyelenggara Janakuasa Mematikan Bekalan Pada Papan AMF Janakuasa Menukar Minyak Pelincir Dan Penapis Janakuasa. Menukar Penapis Udara. Melakukan Pembersihan Tangki Simpanan Air Radiator. Melakukan Pembersihan Terminal Bateri Nickel Cadmium. 3 Pengujian Janakuasa 4 Batal PTW
19 ses Kerja Penyelenggaraan Waktu Kerja Dilakukan m- 10.00am 10.00am- 11.00am 11.00am- 12.00pm 12.00pm- 1.00pm 1.00pm- 2.00pm
20 3.4.1 Memeriksa Kelengkapan dan Kondisi Peralatan Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan, semua peralatan mestilah berada dalam keadaan yang baik agar tugasan yang akan dijalankan berjalan lancar disamping menjamin keselamatan para pekerja. Alatan yang digunakan di dalam kerja penyelenggaraan adalah seperti pam penyedut, AC/DC Clamp Meter, Silent Meter dan Battery System Tester haruslah boleh berfungsi dengan baik. Semua komponen ataupun alat ganti janakuasa juga mestilah dalam kondisi yang baik. Pemeriksaan yang paling mudah dijalankan adalah pemeriksaan secara visual. Langkah ini penting agar masa penyelenggaraan tidak dibazirkan jika alat ganti didapati rosak ataupun terdapat kecacatan semasa kerja penyelenggaraan berjalan. Rajah 3.3 menunjukkan penapis udara dan penapis minyak yang didapati kemek dan jika alat ganti ini digunakan juga, ia akan menjejaskan operasi sesebuah janakuasa. Rajah 3.3: Kecacatan Alat Ganti Janakuasa
21 3.4.2 Mematikan Bekalan Papan AMF Janakuasa Setelah dikenalpasti semua alatan dan alat ganti dalam keadaan baik, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah memutuskan bekalan masuk pada papan AMF pada janakuasa. Langkah ini penting kerana kerja penyelenggaraan janakuasa mestilah dalam keadaan litar mati bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Sebelum memutuskan bekalan pada papan AMF, semua bacaan pada meter diambil dan dicatatkan. Selepas dipastikan bekalan telah diputuskan sepenuhnya seperti Rajah 3.4, kabel pada terminal bateri pula ditanggalkan. Ini penting bagi mengelakkan terkena arus dari bateri semasa kerja penyelenggaraan dijalankan. Pastikan bacaan bateri dicatatkan sebelum menanggalkan terminal bateri seperti Rajah 3.5. Rajah 3.4: Bekalan Pada Papan AMF Dimatikan
22 Rajah 3.5: Mengambil Bacaan Bateri Sebelum Menanggalkan Terminal 3.4.3 Menukar Minyak Pelincir Dan Penapis Janakuasa Langkah seterusnya adalah menggantikan minyak pelincir yang terdapat di dalam janakuasa dan menukar penapisnya. Sebelum menjalankan kerja ini, pemeriksaan secara penglihatan (visual inspection) perlu dijalankan terlebih dahulu bagi melihat sama ada terdapat kebocoran minyak (leaking) di kawasan sekitar dan pada badan janakuasa. Selepas semuanya berada dalam keadaan yang baik, kerja penyelenggaraan pencegahan boleh diteruskan. Penukaran minyak pelincir biasanya dilakukan dalam tempoh 6 bulan sekali ataupun selepas sesebuah janakuasa berkendali selama 250 jam. Selain menggantikan penapis minyak pelincir dengan penapis yang baharu, penapis bahan api dan penapis penyejukan (coolant) juga turut diganti. Sebelum membuka nat pengunci di bawah takungan minyak, pastikan besen diletakkan di bawah bertujuan untuk menadah minyak yang akan dikeluarkan. Kain pengelap juga perlu disediakan dan dijadikan sebagai pelapik untuk menyerap sisa minyak yang tumpah ke lantai semasa kerja membuka nat pengunci tangki minyak pelincir seperti Rajah 3.6.
23 Rajah 3.6: Penggunaan Besen Dan Kain Pelapik Apabila nat pengunci ditanggalkan, minyak pelincir lama akan turun ke dalam besen di bawahnya. Penggunaan pam penyedut seperti Rajah 3.7 penting bagi memudahkah kerja menyedut minyak dari dalam besen untuk disedut keluar ke tong minyak yang disediakan. Rajah 3.7: Penggunaan Pam Penyedut
24 Setelah semua minyak pelincir lama dikeluarkan, langkah seterusnya adalah membuka penapis minyak pelincir, penapis bahan api diesel dan penapis bahan penyejuk (coolant). Penapis akan dibuka dengan menggunakan pembuka penapis jenis tali sabuk (oil filter wrench belt type) seperti Rajah 3.8 bagi mengelakkan penapis daripada kemek dan rosak disamping boleh merosakkan ulir skru pada janakuasa. Kerja membuka penapis ini haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Sebelum memasang penapis minyak pelincir yang baharu, pastikan penapis baharu diisi penuh dengan minyak pelincir terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan halangan udara (air blocking) berlaku di dalam penapis. Langkah ini dilakukan juga perlu dilakukan semasa menukar penapis bahan api dan penapis bahan penyejuk. Penapis bahan api baharu hendaklah diisikan penuh dengan minyak diesel manakala penapis bahan penyejuk baharu diisi dengan bahan penyejuk sebelum melakukan kerja pemasangan semula. Rajah 3.8: Proses Membuka Penapis Minyak Pelincir, Penapis Bahan Api Dan Penapis Bahan Penyejuk
25 Selepas semua penapis yang baharu telah dipasang, nat penutup minyak perlu dikunci semula. Proses seterusnya adalah memasukkan minyak pelincir baharu ke dalam tangki minyak pelincir janakuasa. kebiasaannya kita akan menggunakan satu tong setengah minyak pelincir iaitu kira-kira 30 hingga 50 liter bergantung kepada jenis janakuasa yang digunakan. Kerja memasukkan minyak pelincir baharu dilakukan seperti di dalam Rajah 3.9. Pekerja juga perlu mengukur paras minyak pelincir yang telah dimasukkan dengan melihat tolok pengukur yang terdapat pada janakuasa seperti Rajah 3.10 supaya minyak pelincir yang dimasukkan berada pada tahap yang dikendaki. Rajah 3.9: Kerja Memasukkan Minyak Pelincir Baharu
26 Rajah 3.10: Mengukur Paras Minyak Pelincir 3.4.4 Menukar Penapis Udara Janakuasa Penapis udara antara komponen yang penting dalam menapis bahan asing yang terdapat di dalam udara yang masuk ke dalam sistem pembakaran sesebuah janakuasa. Oleh yang demikian, ianya perlulah ditukar setiap enam bulan ataupun setiap 250 jam janakuasa berkendali. Untuk penyelenggaraan ini, penulis telah diamanahkan untuk menukar penapis udara lama kepada penapis udara yang baharu. Penapis udara yang lama akan dikeluarkan dari bekasnya seperti Rajah 3.11. Kemudian, bahagian dalam dan luar bekas penapis udara akan dilap bagi menghilangkan segala kekotoran dan habuk yang melekat padanya. Selepas itu, baharulah penapis udara yang baharu akan dimasukkan seperti Rajah 3.12.
27 Rajah 3.11: Mengeluarkan Penapis Udara Lama Rajah 3.12: Memasukkan Penapis Udara Baharu
28 3.4.5 Pembersihan Tangki Simpanan Air Penyejuk Radiator Radiator merupakan pemboleh ubah haba yang direka untuk mengawal haba dari penyejuk (coolant) panas yang mengalir melaluinya kepada udara yang dikeluarkan oleh kipas penyejuk. Radiator mempunyai tangki di atasnya yang didalamnya terkandung air dan bahan penyejuk. Tangki simpanan air penyejuk ini hendaklah dicuci dan dibersihkan dalam penyelenggaraan kali ini. Sebelum melakukan kerja pembersihan, air di dalam tangka radiator mestilah dikeluarkan terlebih dahulu. Setelah semua air di dalam tangki dikeluarkan, tangka radiator akan ditanggalkan seperti Rajah 3.13 bagi memudahkan urusan mencuci tangki. Rajah 3.13: Membuka Tangki Radiator Kerja mencuci tangki radiator perlu menggunakan air paip yang bersih. Air akan dialirkan ke dalam tangki dan bahagian dalam tangki digosok menggunakan berus halus secara perlahan dan berhati- hati bagi menghilangkan segala kekotoran serta karat yang terdapat di dalam tangki.
29 Selesai sahaja melakukan kerja mencuci, tangki radiator akan dipasang semula seperti Rajah 3.14 dan diisikan dengan air serta bahan penyejuk yang baharu mengikut sukatan yang ditetapkan. Setelah semuanya selesai, penutup tangka akan dikunci dengan ketat dan kemas. Rajah 3.14: Proses Pemasangan Semula Tangki Radiator
30 3.4.6 Melakukan Pembersihan Terminal Bateri Nickel Cadmium (Ni-Cd) Janakuasa Volvo Penta ini menggunakan 20 unit bateri nickel cadmium. Bateri yang digunakan adalah jenis Glory Type KPX 30 seperti Rajah 3.15. Setiap tompokan asid kering yang terdapat pada terminal bateri mestilah dibersihkan. Sebelum melakukan kerja pembersihan, bacaan voltan pada setiap unit akan diambil menggunakan multimeter dan direkodkan terlebih dahulu seperti Rajah 3.16. Rajah 3.15: Bateri Jenis Glory Type KPX 30 Rajah 3.16: Mengambil Bacaan Bateri
31 Selepas semua bacaan telah direkodkan, setiap terminal bateri akan digosok secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus dawai halus seperti Rajah 3.17. Cecair elektrolit bateri juga mestilah berada di tahap yang dikehendaki. Pengujian dilakukan dengan menggunakan hydrometer seperti Rajah 3.18. Elektrolit bateri boleh ditambah jika ia didapati berada pada paras yang rendah. Rajah 3.17: Menggosok Terminal Bateri Menggunakan Berus Dawai Rajah 3.18: Pengujian Elektrolit Bateri Menggunakan Hydrometer
32 Selepas semua terminal bateri dibersihkan, bateri akan disusun semula mengikut urutan asalnya. Kemudian, setiap terminal bateri akan disapukan dengan gris pelincir untuk mengelakkan terminal berkarat seperti Rajah 3.19. Rajah 3.19: Kerja Menyapu Gris Pelincir Pada Terminal Bateri Langkah seterusnya adalah memasang semula bateri mengikut susunan asal. Kemudian, plat penyambung antara bateri akan dipasang semula dan bacaan bateri selepas penyelenggaraan akan direkodkan sekali lagi seperti Rajah 3.20. Bacaan voltan bateri ini penting untuk melihat perbezaan bacaan sebelum dan selepas penyelenggaraan. Segala bacaan yang diambil perlulah dicatatkan di dalam buku log penyelenggaraan di dalam Rajah 3.21.
33 Rajah 3.20: Mengambil Bacaan Bateri Selepas Penyelenggaraan Rajah 3.21: Buku Log Penyelenggaraan
34 3.5 Pengujian Janakuasa Selepas melaksanakan semua proses kerja penyelenggaraan, kerja pengujian janakuasa perlu dilaksanakan. Ini penting bagi memastikan janakuasa yang diselenggara mampu berfungsi dengan efisyen dan berada dalam keadaan siap siaga apabila diperlukan. Untuk penyelenggaraan kali ini, terdapat beberapa pengujian dijalankan pada janakuasa tunggu sedia ini. 3.5.1 Ujian Penglihatan (Visual Inspection) Ujian penglihatan merupakan salah satu cara pengujian mudah yang digunakan sebelum, semasa dan selepas penyelenggaraan. Ini adalah untuk memastikan janakuasa itu berada dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Institution of Electrical Engineers (IEE). Semua pengujian mestilah mengikut senarai semak yang disediakan oleh pihak syarikat. Ujian ini mestilah dijalankan dengan teliti dan mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Penggunaan lampu suluh diperlukan untuk melihat bahagian yang terlindung daripada cahaya seperti Rajah 3.22. Segala penemuan yang tidak normal ataupun mencurigakan akan dicatatkan di dalam buku log penyelenggaraan. Rajah 3.22: Penggunaan Lampu Suluh
35 3.5.2 Pengujian Janakuasa Tanpa Beban (Off Load) Setelah mendapati semua berada dalam keadaan normal, janakuasa akan dihidupkan tanpa sambungan dengan beban (load) terlebih dahulu. Ianya perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa janakuasa ini mampu beroperasi dengan baik sebelum ianya diuji bersama dengan beban. Suis pemilih akan dipusing ke arah manual pada papan kawalan AMF seperti Rajah 3.23. Kemudian, butang hijau mula (start) ditekan untuk menghidupkan janakuasa. Janakuasa akan dibiarkan hidup selama 30 minit dan seluruh keadaan pada badan dan persekitaran janakuasa diperhatikan. Pastikan semua pekerja memakai alat pelindung telinga (earmuff) kerana bunyi yang dihasilkan oleh janakuasa di dalam bilik adalah sangat bising dan mampu merosakkan pendengaran manusia. Setelah mendapati tiada lampu amaran menyala, ini bermakna tiada masalah yang berlaku pada janakuasa. Oleh itu, janakuasa boleh dimatikan (off) semula. Rajah 3.23: Papan Kawalan AMF
36 3.5.3 Pengujian Janakuasa Dengan Beban (On Load) Untuk melaksanakan pengujian dengan beban, bekalan masukan utama (incoming) perlulah diputuskan. Bekalan akan diputuskan di dalam bilik papan suis utama (main switch board). Suis pemilih pada papan AMF akan dipusingkan ke mod auto seperti Rajah 3.24. Rajah 3.24: Suis Pemilih Pada Mod Auto Selepas itu, penulis bersama penjaga jentera Muhammad Faiz masuk ke bilik papan suis utama seperti Rajah 3.25 untuk memutuskan bekalan masuk. Saya dibimbing untuk menekan butang trip pada pemutus litar udara (air circuit breaker) pada papan suis utama. Janakuasa hidup secara automatik dalam tempoh kurang dari 5 saat dan akan memberi bekalan pada beban dalam tempoh kurang dari 30 saat.
37 Rajah 3.25: Papan Suis Utama Semasa janakuasa berkendali dengan beban penuh, semua bacaan pada meter akan dicatat dan direkodkan seperti Rajah 3.26. Rajah 3.26: Rekod Bacaan Meter