38 Pada ketika ini, bunyi yang dikeluarkan oleh janakuasa di dalam bilik seperti Rajah 3.27 dan di luar bilik seperti Rajah 3.28 akan diukur menggunakan meter pengukur bunyi bagi memastikan bunyi yang dihasilkan mematuhi tahap yang telah ditetapkan [5]. Rajah 3.27: Pengukuran Bunyi Dalam Bilik Janakuasa
39 Rajah 3.28: Pengukuran Bunyi Di Luar Bilik Janakuasa
40 3.6 Batal Permit Menjalankan Kerja (PTW) Selepas permit menjalankan kerja (PTW) dibatalkan seperti Rajah 3.30, maka tiada sebarang kerja penyelenggaraan boleh dilakukan lagi. Ini bermaksud, semua kerja penyelenggaraan telah selesai sepenuhnya. Oleh itu, sebelum membatalkan PTW, pastikan bilik janakuasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. Semua alat ganti yang ditukar akan dilabel tarikh penyelenggaraan seperti Rajah 3.29 agar memudahkan urusan penyelenggaraan pada masa akan datang. Rajah 3.29: Alat Ganti Dilabel Rajah 3.30: Pembatalan PTW
41 BAB 4 PENEMUAN, ANALISA DAN HASIL PROJEK 4.1 Pengenalan Sesebuah janakuasa sentiasa berada dalam keadaan bersedia 24 jam sehari. Janakuasa yang cekap mampu membekalkan tenaga elektrik dengan pantas sekiranyanya berlakukanya gangguan bekalan. Sesuatu proses penyelenggaraan pencegahan bermula sebaik sahaja sesebuah janakuasa itu diterima dan beroperasi kerana komponennya akan berubah sifat kesan daripada penuaan. 4.2 Penemuan dan Analisa Pada bahagian ini, segala penemuan yang diperolehi sepanjang melakukan kerja- kerja penyelenggaraan dan pengujian direkodkan di dalam buku log penyelenggaraan. Analisa dan perbincangan berdasarkan carta alir perancangan yang dinyatakan dalam bab 3 meliputi PTW, penyelenggaraan janakuasa, pengujian janakuasa dan pembatalan PTW.
42 4.2.1 PTW PTW (Permit To Work) merupakan lesen atau surat kebenaran yang diwajibkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada orang kompeten dan pekerja syarikat untuk melakukan kerja- kerja pemasangan dan penyelenggaraan di kawasan berisiko tinggi yang berkaitan dengan bekalan elektrik. Permit ini merupakan keutamaan kepada pemilik bangunan, kontraktor dan juga orang kompeten sebelum melakukan sebarang kerja. Di dalam borang PTW, terdapat maklumat lengkap berkenaan nama syarikat, punca bekalan, lokasi serta radas yang digunakan semasa penyelenggaraan, nama orang kompeten, senarai pekerja dan masa kerja diselesaikan. Kegagalan untuk memohon PTW adalah merupakan satu kesalahan menurut Akta dan Peraturan Elektrik 1994. Selain itu, PTW penting untuk melindungi pemilik bangunan, kontraktor dan juga orang kompeten daripada pendakwaan di mahkamah seandainya berlaku kemalangan serta kecelakaan. 4.2.2 Penyelenggaraan Janakuasa Kerja-kerja penyelenggaraan janakuasa tunggu sedia mestilah dilaksanakan oleh orang yang berpengalaman dan orang kompeten. Penyelenggaraan ini melibatkan kerja-kerja berikut iaitu: 4.2.2.1 Memeriksa kelengkapan dan kondisi peralatan. 4.2.2.2 Mematikan bekalan pada papan AMF janakuasa. 4.2.2.3 Menukar minyak pelincir dan penapis janakuasa. 4.2.2.4 Menukar penapis udara. 4.2.2.5 Melakukan pembersihan tangki simpanan air radiator. 4.2.2.6 Melakukan pembersihan bateri Nickel Cadmium. Kerja-kerja ini memerlukan ketelitian untuk memastikan tidak berlakunya kesilapan, kecuaian serta meningkatkan kecekapan janakuasa disamping memastikan proses penyelenggaraan mengikut standard JKR dan ST.
43 4.2.2.1 Memeriksa Kelengkapan Dan Kondisi Peralatan Proses pemeriksaan segala kelengkapan dan peralatan biasanya dilakukan sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh melakukan kerja penyelenggaraan. Ini dapat memberi masa kepada kontraktor untuk menukar alat ganti yang tidak mengikut standard yang diperlukan. Semasa melakukan proses pemeriksaan kelengkapan, didapati terdapat kecacatan ataupun kesan kemek pada penapis udara dan penapis minyak pelincir. Ruang masa yang ada telah digunakan oleh kontraktor untuk mendapatkan alat ganti yang baharu daripada pihak pembekal. 4.2.2.2 Mematikan Bekalan Pada Papan AMF Janakuasa Pemutusan bekalan kuasa sebelum melakukan kerja menyelenggara adalah penting bagi menjamin keselamatan pekerja semasa melakukan kerja- kerja penyelengaraan. Semasa melakukan kerja mematikan bekalan, tidak berlaku sebarang masalah mahupun kesulitan. Proses berjalan dengan baik dan lancar. Semua meter penunjuk dan lampu pandu mestilah berfungsi sebelum bekalan dimatikan seperti Rajah 4.1. Rajah 4.1: Meter Dan Lampu Pandu Berfungsi Sebelum Bekalan Dimatikan
44 4.2.2.3 Menukar Minyak Pelincir Dan Penapis Janakuasa Proses penukaran minyak pelincir janakuasa dan penapis berjalan dengan lancar. Namun begitu, terdapat sedikit kesulitan semasa menyedut minyak pelincir dari dalam besen ke dalam tong minyak. Ini kerana jarak antara janakuasa dan lantai yang agak terhad. Ini menyebabkan tiub getah penyedut sedikit bengkok dan memaksa pekerja untuk sentiasa memegang serta meluruskan tiub getah yang bengkok sepanjang kerja menyedut minyak berjalan seperti Rajah 4.2 sehingga kerja menyedut selesai. Rajah 4.2: Pekerja Memegang Tiub Getah Penyedut Kerja memasukkan minyak pelincir baharu memerlukan tenaga dua orang pekerja. Ini kerana tong minyak pelincir agak berat dan membahayakan kesihatan pekerja jika dilakukan seorang diri. Penggunaan corong seperti Rajah 4.3 penting bagi memastikan tidak berlakunya tumpahan minyak semasa proses memasukkan minyak baharu.
45 Rajah 4.3: Penggunaan Corong Minyak 4.2.2.4 Menukar Penapis Udara Dalam proses penukaran penapis udara, cara membuka penutup ruang penapis udara mestilah dilaksanakan dengan cermat dan berhati-hati. Ini bagi mengelakkan klip pengikat daripada patah. Setelah penutup dibuka seperti Rajah 4.4, bahagian luar dan dalam ruang penapis udara perlulah dilap dengan kain bersih sebelum memasukkan penapis udara yang baharu. Rajah 4.4: Keadaan Penutup Penapis Udara Dibuka
46 4.2.2.5 Melakukan Pembersihan Tangki Simpanan Air Radiator Semasa ingin melaksanakan kerja pembersihan tangka simpanan air radiator, didapati terdapat mendapan kelabu kehitaman pada dinding tepi dan dasar tangki seperti Rajah 4.5. Hal ini terjadi berkemungkinan berpunca daripada penggunaan cecair penyejuk (coolant) yang tidak sesuai ataupun tangki ini tidak dibersihkan dengan sempurna semasa kerja penyelenggaraan sebelum ini. Rajah 4.5: Mendapan Pada Tangki Pekerja perlu mencuci dengan menggunakan berus kecil halus secara perlahanlahan agar tidak mencalar dan merosakkan bahagian dinging dan dasar tangki. Namun begitu, kesan mendapan ini tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Namun begitu, ia tidak menjejaskan fungsi utamanya sebagai menakung air untuk radiator. Kontraktor juga menyarankan agar menukar tangki yang baharu sekiranya tangki yang diperbuat daripada plastik ini sudah menjadi semakin kusam dan berkemungkinan boleh reput.
47 4.2.2.6 Melakukan Pembersihan Bateri Nickel Cadmium Janakuasa ini menggunakan 20 unit bateri jenis Nickel Cadmium (Ni-Cd) untuk menghidupkan enjin janakuasa. Oleh yang demikian, setiap unit bateri mestilah dibersihkan dengan cermat dan teliti. Paras elektrolit bateri juga diperiksa seperti Rajah 4.6 dan didapati paras elektrolit bateri berada pada tahap yang sepatutnya. . Rajah 4.6: Pemeriksaan Paras Elektrolit Bateri Kerja membersihkan terminal bateri juga berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah mahupun kesulitan berlaku semasa proses pembersihan berjalan. Selepas selesai kerja pembersihan terminal, bateri akan disusun semula mengikut kedudukan asal. Gris akan disapu pada setiap terminal sebelum besi plat penyambung dipasang semula. Secara keseluruhannya, kesemua 20 unit bateri ini berada pada tahap yang optimum.
48 4.3 Hasil Projek Hasil projek ini ditunjukkan serta dinyatakan berdasarkan maklumat keputusan ujianujian yang dilakukan setelah kerja penyelenggaraan janakuasa tunggu sedia ini selesai dilaksanakan. Hasil projek ini melibatkan beberapa keputusan ujian seperti keputusan ujian penglihatan (visual inspection), keputusan bacaan voltan bateri, keputusan pengujian janakuasa tanpa beban (off load) dan keputusan pengujian janakuasa dengan beban (on load). 4.3.1 Keputusan Ujian Penglihatan (Visual Inspection) Keputusan ujian penglihatan pada janakuasa tunggu sedia adalah seperti Jadual 4 Jadual 4: Keputusan Ujian Penglihatan (Visual Inspection) A PERKARA KEADAAN NORMAL CATATAN YA TIDAK 1 Keadaan dalam dan luar bilik janakuasa / Keadaan bersih 2 Keadaan operasi meter dan lampu pandu papan AMF / Semua berfungsi dengan baik 3 Keadaan badan dan bawah janakuasa / Baik dan tiada kesan kebocoran 4 Paras minyak enjin / Baik 5 Paras bahan api diesel / Baik 6 Paras cecair penyejuk / Baik namun terdapat mendapan pada dasar tangki 7 Keadaan air bateri / Baik 8 Peralatan keselamatan di dalam bilik janakuasa / Ada 9 Pemeriksaan sambungan dan pendawaian / Semua sambungan diikat ketat dan kemas
49 4.3.2 Keputusan Bacaan Voltan Bateri Jadual 5 menunjukkan rekod bacaan bateri sebelum dan selepas melaksanakan kerjakerja penyelenggaraan. Bacaan voltan bateri yang baik mestilah sekurang- kurangnya ataupun melebihi daripada 1.12V. Jadual 5: Rekod Bacaan Bateri Nickel Cadmium (Ni-Cd) NO. BATERI BACAAN VOLTAN (V) KEADAAN PARAS ELEKTROLIT (H-High,MMedium, L-Low) CATATAN SEBELUM (25.79V) SELEPAS (28.91V) 1 1.24V 1.36V BAIK H N/A 2 1.25V 1.35V BAIK H N/A 3 1.35V 1.36V BAIK H N/A 4 1.34V 1.37V BAIK H N/A 5 1.23V 1.36V BAIK H N/A 6 1.24V 1.33V BAIK H N/A 7 1.24V 1.35V BAIK H N/A 8 1.33V 1.36V BAIK H N/A 9 1.25V 1.35V BAIK H N/A 10 1.25V 1.36V BAIK H N/A 11 1.23V 1.35V BAIK H N/A 12 1.23V 1.35V BAIK H N/A 13 1.25V 1.36V BAIK H N/A 14 1.34V 1.35V BAIK H N/A 15 1.33V 1.35V BAIK H N/A 16 1.34V 1.35V BAIK H N/A 17 1.33V 1.37V BAIK H N/A 18 1.34V 1.34V BAIK H N/A 19 1.34V 1.35V BAIK H N/A 20 1.34V 1.37V BAIK H N/A
50 4.3.3 Keputusan Pengujian Janakuasa Tanpa Beban (Off Load) Keputusan pengujian janakuasa tanpa beban (off load) adalah seperti Jadual 6. Jadual 6: Keputusan Pengujian Janakuasa Tanpa Beban (Off Load) BIL PERKARA BERFUNGSI / HIDUP CATATAN YA TIDAK 1 Meter Voltan (Voltmeter) / Bacaan 28.91V 2 Enjin Janakuasa Hidup / Janakuasa Dihidupkan Selama 30 Minit 3 Lampu Pandu Gagal Untuk Hidup (Fail To Start) / Tiada Kegagalan Berlaku 4 Lampu Pandu Tekanan Minyak Rendah (Oil Low Pressur) / Tiada Kegagalan Berlaku 5 Lampu Pandu Suhu Air Tinggi (High Water Temp) / Tiada Kegagalan Berlaku 6 Lampu Pandu Kelajuan Lampau (Over Speed) / Tiada Kegagalan Berlaku 7 Lampu Pandu Perhatian Relay (R. Attention Lamp) / Tiada Kegagalan Berlaku 8 Punat Tekan Uji Lampu (Lamp Test) / 9 Punat Tekan Hidup (Start) / 10 Punat Tekan Batal Penggera (Alarm Cancel) / 11 Punat Tekan Reset / 12 Butang Henti Kecemasan (E/Stop) / 13 Suis Pemilih (Selector Switch) / 14 Bunyi Ganjil Pada Janakuasa / Janakuasa Beroperasi Dengan Baik
51 4.3.4 Keputusan Pengujian Janakuasa Dengan Beban (On Load) Keputusan bacaan pengujian janakuasa dengan beban (on load) pada panel meter digital papan suis utama (PSU) adalah seperti Jadual 7. Jadual 7: Bacaan Panel Meter Papan Suis Utama BIL PERKARA BAHAGIAN BACAAN 1 Amps Per Phase (A) I1 74.95 A I2 51.35 A I3 70.16 A 2 Volts Per Line (V) L1 430.20 V L2 431.06 V L3 430.91 V 3 Summary Volts 248.55 V Amps 62.81 A Power 8.91 kW E Del 995.69 Mwh
52 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Perbincangan Perlaksanaan penyelenggaraan secara bersistematik dan berkesan penting bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Proses ini memerlukan satu polisi pengurusan yang baik dan pemantauan secara menyeluruh agar setiap yang dilakukan memenuhi kriteria dan senarai semak yang ditetapkan. Kerja penyelenggaraan janakuasa tunggu sedia di Wisma Perkeso Alor Setar, Kedah ini telah berjalan dengan jayanya. Hasil daripada pengujian yang telah dijalankan, didapati janakuasa tunggu sedia jenis Volvo Penta 220kVA ini berkendali dengan optimum apabila terdapat gangguan pada bekalan masuk. Buku log penyelenggaraan juga merekodkan kerja penyelenggaraan dilakukan mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan.
53 5.2 Cadangan Penyelenggaraan merupakan suatu langkah kerja yang tidak boleh dipandang remeh serta diabaikan pada sesebuah enjin janakuasa. Terdapat sesetengah pemilik bangunan yang berpendapat bahawa janakuasa tidak perlu penyelenggaraan yang proaktif dan cukup memadai mengambil tindakan atau penggantian alat apabila berlakunya kerosakan sahaja. Hal ini berlaku kerana gangguan bekalan elektrik daripada pihak pembekal Tenaga Nasional Berhad (TNB) jarang berlaku. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada pemilik bangunan yang mempunyai janakuasa di premis agar melakukan beberapa cadangan penambahbaikan antaranya adalah seperti berikut: 5.2.1 Melantik penyelia bertaraf chargeman untuk menjaga serta menyelia bilik janakuasa dan bilik papan suis utama 5.2.2 Menyediakan rancangan penyelenggaraan yang lebih komprehensif, berkualiti dan terancang di mana kerja penyelenggaraan bertujuan sama ada untuk mencegah ataupun membaik pulih. 5.2.3 Memastikan tahap kebersihan di dalam dan di luar bilik janakuasa sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. 5.2.4 Membuka tender kepada kontraktor yang mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang penyelenggaraan janakuasa.
54 5.3 Kesimpulan Janakuasa elektrik merupakan salah satu aset yang bernilai tinggi dan perlu penyelenggaraan yang sempurna. Kegagalan menyelenggara janakuasa ini boleh mengganggu kelancaran dalam pembekalan elektrik sekiranya berlakunya gangguan bekalan elektrik. Secara kesimpulannya, syarikat Izz Electrical Engineering telah melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan jayanya. Matlamat penyelenggaraan yang dilakukan oleh syarikat ini dalam memberi perkhidmatan berkualiti, memenuhi permintaan pelanggan dan bekalan elektrik yang konsisten serta selamat telah tercapai.
55 RUJUKAN 1. Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Terdahulu (PPT), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Sumber Manusia, 2021. 2. Akta Bekalan Elektrik, Peraturan-Peraturan Elektrik, Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti), MDC Publishers Sdn Bhd. 3. Madhvi Gupta (2014), Installation, Maintenance and Repair of Electrical Machines and Equipments, S.K.Kataria & Sons. 4. Tarlok Singh (2001), Installation Commissioning & Maintenance Electrical Equipments, S.K.Kataria & Sons. 5. Guidelines for Noise Labelling and Emission Limits of Outdoor Sources, Department of Environment, Ministry of Environment and Water, 2021. 6. https://pakarradiator.com/blog/to-blog-or-not-to-blog-blog.-of-course-wedsay-that. 7. http://adlielektronikciast.blogspot.com/2015/11/tujuan-purpose-kertaspenerangan.html
56 LAMPIRAN
57 Lampiran 1 SURAT PERMOHONAN MASUK KE PREMIS
58 Lampiran 2 PERMIT TO WORK (PTW)
59
60
61 Lampiran 3 LAPORAN PROJEK PENYELENGGARAAN
62
63
64
65
66
67
68
69