The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pelan Antirasuah (OACP) LKTNS 2023-2027

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sayuthi Sabtuahim, 2023-07-30 22:01:27

Buku Pelan Antirasuah (OACP) LKTNS 2023-2027

Buku Pelan Antirasuah (OACP) LKTNS 2023-2027

PELAN ANTI-RASUAH LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027 www.sldb.com.my


Pejabat Korporat : Block H-47 & H-48 KK Times Square Signature Office, Off Coastal Highway, 88100, Kota Kinabalu Ibu Pejabat : Jalan Kelapa Sawit, 4KM Off Tuaran Road, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Diterbitkan Oleh : LEMBAGAKEMAJUANTANAHNEGERISABAH


وَن ِللُّسْحِت َّكاُل َكِذِب َأ ْل َسَّماُعوَن ِل Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya) - Surah al-Maidah (42) - Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58) Begitu juga dengan firman Allah SWT: نُتْم َتْعَلُموَن ْثِم َوَأ ْمَواِل الَّناِس ِبا ِإْل ِريًقا ِّمْن َأ َف وا ُكُل ْأ اِم ِلَت َّك ُح ْل ِإىَل ا ِبَها وا َباِطِل َوُتْدُل َل ُكم َبْيَن ُكم ِباْل ْمَوا َأ وا ُكُل ْأ َواَل َت Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). - Surah al-Baqarah (188) - Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda: ْلُمْرَتِشي َلْعَنُة ِهَّللا َعىَل الَّراِشي َوا Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)


31 34 35 41 ISI K A N D U N G A N BAB 1: PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Organisasi 1.2 Isu & Cabaran 1.3 Data Analisis 1.4 Bidang-Bidang Berisiko 11 23 25 27 71 72 73 74 76 77 78 BAB 2: MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH 2.1 Kerangka Pelan Antirasuah Organisasi 2.2 Analisis Kuadran 2.3 Keutamaan Strategi: Penekanan Inisiatif 2.4 Bidang Keutamaan BAB 3: TADBIR URUS 3.1 Mekanisme Pelaksanaan Inisiatif 3.2 Mekanisme Pemantauan Inisiatif 3.3 Mekanisme Pelaporan Pelaksanaan Inisiatif 3.4 Mekanisme Penilaian Semula Risiko BAB 4: KESIMPULAN 4.1 Kesimpulan 4.2 Penghargaan 4.3 Galeri PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027 K ERJ A S A M A . I N T E G RI T I . T A N G G U N G J AWA B. A D I L .


Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Amanat Kepimpinan Pengerusi LKTNS Saya ingin memetik ayat daripada “Surah Al-Baqarah ayat 188: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orangorang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. Sebagai masyarakat yang berilmu, kita sewajarnya mengambil pengajaran daripada pelbagai situasi yang kita alami dan mencari kebenaran dalam kehidupan ini. Janganlah sesekali kita mengikuti perbuatan mahupun perkara lain yang akan membawa kerosakan, seterusnya menghalang kita daripada mencapai kejayaan dan kemajuan. Marilah kita bersama bersatupadu untuk terus membina negara yang maju dan makmur, untuk Malaysia dan khususnya untuk negeri Sabah yang kita cintai. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) LKTNS 2023-2027. Setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan pelan ini. Inisiatif yang telah digariskan ini melambangkan hasrat dan usaha Kementerian secara kolektif untuk memastikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Pelan OACP ini menyatukan semua usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah yang merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Saya menyeru semua pihak khususnya warga LKTNS untuk menggembleng tenaga serta berganding bahu untuk menjadikan negara ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Berintegriti kita ampuh, tanpa integriti negara dan tamadun akan runtuh. YB Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Pernyataan Komitmen Pengurus Besar LKTNS Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam integriti, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah 2023-2027 telah berjaya dibangunkan dengan jayanya hasil usaha sama dan komitmen semua pihak. Saya amat berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan serta kerjasama erat warga LKTNS berjaya menghasilkan pelan ini dalam usaha menyahut seruan Kerajaan Negeri Sabah. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pihak Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS) yang tidak mengenal erti lelah bagi memastikan pelan ini berjaya direalisasikan. Ini merupakan satu manifestasi semua pihak dalam usaha meningkatkan nilai integriti dan membasmi amalan rasuah di negeri Sabah. Pembangunan Pelan Antirasuah LKTNS ini yang bersandarkan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019–2023 merupakan satu dokumen dasar yang mencerminkan komitmen LKTNS untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berintegriti, bebas rasuah dan meningkatkan profesionalisme berasaskan tadbir urus korporat yang terbaik. Pelan ini meliputi penambahbaikan terhadap isu–isu dalaman LKTNS berkaitan dengan kelemahan integriti, tadbir urus dan antirasuah yang harus ditangani dengan cepat, tepat dan berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya Pelan Antirasuah ini, segala ruang dan peluang serta kelemahan yang ada dapat diatasi dengan melaksanakan inisiatif–inisiatif yang telah dikenal pasti agar matlamat visi dan misi LKTNS dapat direalisasikan. Justeru, saya berharap agar semua kakitangan LKTNS akan memberikan sepenuh komitmen memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang di dalam Pelan Antirasuah ini. Saya percaya, jika prinsip dan teras yang digariskan di dalam pelan ini dijadikan nilai pegangan oleh semua kakitangan LKTNS secara kolektif dan berterusan, LKTNS mampu menjadi sebuah Badan Berkanun yang cemerlang yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dengan penuh berintegriti. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan pelan OACP LKTNS. Semoga pelan ini dapat menjadi panduan bagi memartabatkan integriti sekaligus menyumbang kepada aspirasi kerajaan untuk mencapai negara bebas rasuah. Sekian. Syaheddrul R Joddari Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027 7


AHLI LEMBAGA PENGARAH LKTNS PENGERUSI YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TIMBALAN PENGERUSI YBHG. DATIN SERI MALIANAH BINTI UGAU YB DATUK SERI PANGLIMA SR. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP YBHG. DATUK MOHD SOFIAN ALFIAN NAIR YBHG. DATUK SR. BERNARD LIEW CHAU MIN YBHG. DATUK PENGIRAN ABDUL AZIS PENGIRAN DAMSAH YBHG. ENCIK JOSEPH BIN GASIS YBHG. ENCIK SYAHEDDRUL R JODDARI YBHG. ENCIK FRED STANLEY SINIDOL PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


PASUKAN PENYUNTING Dari kiri berdiri: Nur-Syeela Edaiu Ateeka, Irene Yee Shuk Yeng, Najihah binti Sapawi, Siti Fasayatitah Annuar Shah Dari kiri duduk: Kamarudin @ Awang bin Karim, Fadzley Ardi bin Awang Damit, Mohammad Najib Ismail PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


LKTNS Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah OACP Pelan Antirasuah Organisasi KPI Petunjuk Prestasi Utama ALP Ahli Lembaga Pengarah FELDA Federal Land Development Authority SKSB Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. PPKT Projek Pekebun Kecil Terancang PPKB Projek Pekebun Kecil Berkelompok SMSB SLDB Management Sdn. Bhd. KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar Ha Hektar KIR Ketua Isi Rumah AET Aktiviti Ekonomi Tambahan PROSPEK Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin PPK Program Pemajuan Kawasan BSSB Borneo Samudera Sdn. Bhd. FAT Financial Accounting, Tender Procedures JAR Jawatankuasa Antirasuah IGU Unit Integriti dan Governans PARJKM Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri NACP Pelan Antirasuah Nasional GTCS General Terms and Conditions of Service TNA Training Need Analysis SOP Prosedur Operasi Standard CSR Corporate Social Responsibility BTS Buah Tandan Segar BOS Board of Survey AKRONIM DAN SINGKATAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


1.1 Latar Belakang LKTNS 1.2 Isu & Cabaran 1.3 Data Analisis 1.4 Bidang–Bidang Berisiko BAB 1: PENGENALAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


PENUBUHAN DAN PERANAN LKTNS LOGO LKTNS MISI, VISI DAN OBJEKTIF LKTNS NILAI DASAR PROGRAM LKTNS PETA LOKASI LADANG LKTNS STRUKTUR KORPORAT KUMPULAN CARTA ORGANISASI 1.1 LATAR BELAKANG LKTNS 11 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


12 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


LKTNS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1969 dan diberi mandat sebagai agensi badan kerajaan bagi mengendalikan projek penempatan peneroka di seluruh negeri Sabah. Pada waktu tersebut, LKTNS telah membangunkan dan mengendalikan lebih kurang 90,000 hektar ladang kelapa sawit dan 8 buah kilang kelapa sawit. “LKTNS adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Tanah NEGERI SABAH (No. 23 tahun 1981) bagi memajukan dan menjalankan projek-projek bagi kemajuan tanah dan penempatan, bagi mengadakan wang untuknya dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.” Pengkorporatan LKTNS Pada tahun 1996, Kerajaan negeri Sabah telah mengarahkan agar operasi ladang komersial LKTNS dikorporatkan melalui Perjanjian Pengkorporatan bertarikh 26 November 1996. Aset-aset LKTNS telah dipindahkan kepada Borneo Samudera Sdn. Bhd. (“BSSB”). BSSB merupakan anak syarikat kepada SKB dan SKB merupakan anak syarikat di bawah Jabatan Ketua Menteri Kerajaan negeri Sabah. Sebanyak 8 buah kilang dan lebih kurang 90,000 hektar tanah milik LKTNS dipindahkan kepada SKB dan BSSB. PENUBUHAN DAN PERANAN LKTNS 13 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Daun menggambarkan penampilan LKTNS sebagai pembangun tanah luar bandar sebagai teras utama perniagaan. Manakala, daun hijau muda menggambarkan komitmen LKTNS sebagai pemaju pembangunan pertanian secara lestari. Kepelbagaian sfera mewakili bidang perniagaan yang pelbagai, kreativiti, pencapaian dan kematangan. Bilah berwarna hijau mewakili sinergi integrasi antara alam sekitar dan pengubahsuaian oleh manusia berwarna kuning. Logo yang menerapkan elemen utama LKTNS iaitu pembangunan tanah bagi membela kepentingan masyarakat luar bandar. LOGO LKTNS 14 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


VISI MISI Memacu kegiatan transformasi kawasan luar bandar negeri Sabah melalui agenda pembangunan tanah bersepadu secara komersial dengan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar. Sebagai agensi pemangkin dan pelaksana pembangunan tanah luar bandar terulung berasaskan industri makanan di negeri Sabah. OBJEKTIF Melaksanakan program pembangunan yang berpandukan kepada kehendak agar menjadikan kawasan luar bandar di Sabah satu kawasan yang MENARIK, MAJU, dan MENGUNTUNGKAN. Mengamalkan kaedah pengurusan sumber yang sistematik. Membentuk peserta agar mempunyai kemahiran, jati diri dan berdaya saing. 15 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


K I T A NILAI DASAR KERJASAMA INTEGRITI TANGGUNGJAWAB ADIL Kerjasama itu sendiri adalah interaksi sosial antara individu atau kelompok yang secara bersama-sama mewujudkan kegiatan untuk mencapai tujuan bersama. Diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti, dan komitmen terhadap nilai-nilai murni. Tanggungjawab adalah pemenuhan kewajiban, atau peduli ketika membuat keputusan atau melakukan sesuatu. Tanggungjawab juga adalah kenyataan bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu. Meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul (berkenaan dengan) sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dan sebagainya. 16 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


PROGRAM UTAMA LKTNS Projek penanaman kelapa sawit secara usaha sama dengan penduduk setempat bagi membangunkan tanah kerajaan negeri yang belum dilupuskan (alienated). PROJEK PEKEBUN KECIL TERANCANG (PPKT) Projek penanaman kelapa sawit secara usaha sama dengan pemilik tanah bagi membangunkan tanah terbiar dan kurang produktif berasaskan kaedah pertanian moden dalam konteks “WIN/WIN” dan perkongsian. PROJEK PEKEBUN KECIL BERKELOMPOK (PPKB) Projek penanaman semula ladang sawit peneroka melalui kaedah sewa pajak bagi meningkatkan produktiviti dan kuantiti buah tandan segar melalui kaedah pengurusan estet. PEMULIHAN TANAH PENEROKA PROJEK MINI ESTET SEJAHTERA (MESEJ) Program ini dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMKe-9) dan dibangunkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS). Projek MESEJ terbahagi kepada empat kategori iaitu Pertanian (kelapa sawit dan getah), Akuakultur, Mikro dan Bersepadu . LKTNS telah dilantik oleh KPLBS sebagai salah satu agensi pelaksana program MESEJ di bawah kategori pertanian (kelapa sawit). 17 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


22 18 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


STRUKTUR KORPORAT KUMPULAN Syarikat-Syarikat Subsidiari Bersekutu SLDB Management Sdn. Bhd. Sabah Livestock Dairies Breeder Sdn. Bhd. SLDB Properties Sdn. Bhd. SABARAS Sdn. Bhd. SLDB Plantations Development Sdn. Bhd. Pandewan Agro Resources Sdn. Bhd. Sabah Agro Park Sdn. Bhd. Sabah Fertilizer Sdn. Bhd. Pandewan Palm Oil Mill Sdn. Bhd. Pamol Estates (Sabah) Sdn. Bhd. Keningau Palm Oil Mill Sdn. Bhd. Lahad Datu Edible Oils Sdn. Bhd. Sinaron - Sinua Plantation Sdn. Bhd. Keningau Agro - Venture Sdn. Bhd. 19 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


20 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027 CARTA ORGANISASI


21 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


““IINNTTEEGGRRIITTII PPEENNTTIINNGG DDAALLAAMM SSEETTIIAAPP OORRGGAANNIISSAASSII MMEENNJJAADDIIKKAANN KKIITTAA MMEELLAAKKSSAANNAAKKAANN SSEESSUUAATTUU KKEERRJJAA DDEENNGGAANN LLEEBBIIHH TTEENNAANNGG DDAANN BBAAHHAAGGIIAA.. IIAA BBUUKKAANN SSEEKKAADDAARR SSLLOOGGAANN TTEETTAAPPII IINNTTEEGGRRIITTII AADDAALLAAHH KKUUAALLIITTII KKEEPPIIMMPPIINNAANN YYAANNGG PPAALLIINNGG BBEERRHHAARRGGAA DDAANN DDIIHHOORRMMAATTII”” YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR KETUA MENTERI SABAH 22 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


KELEMAHAN PEMATUHAN DAN PEMANTAUAN MASALAH INTEGRITI DAN KELEMAHAN KOMPETENSI KAKITANGAN KELEMAHAN TADBIR URUS ORGANISASI PENGARUH DAN CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGA ISU DAN CABARAN DALAM MENANGANI SALAH LAKU DAN KETIDAKPATUHAN PROSEDUR 1.2 ISU & CABARAN 23 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


KELEMAHAN PEMATUHAN DAN PEMANTAUAN MASALAH INTEGRITI DAN KELEMAHAN KOMPETENSI KAKITANGAN ISU DAN CABARAN DALAM MENANGANI SALAH LAKU DAN KETIDAKPATUHAN PROSEDUR KELEMAHAN TADBIR URUS ORGANISASI PENGARUH DAN CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGA Ketidakpatuhan kepada polisi dan prosedur sedia ada, membawa kepada berlakunya salah laku di kalangan kakitangan. Ini diburukkan lagi dengan kelemahan pelaksanaan pemantauan terhadap polisi dan prosedur tersebut. Polisi dan prosedur LKTNS merupakan dasar utama Pengurusan dalam melahirkan pegawai yang berdisiplin dan berintegriti tinggi. Memperkasakan amalan pematuhan dilihat sebagai satu keutamaan bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat di peringkat pengurusan adalah konsisten selari dengan garis panduan yang telah wujud dan berkuatkuasa. LKTNS sentiasa berdepan dengan cabaran dalam memastikan semua pihak yang berkenaan mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh LKTNS. Dalam menjalankan tugas seharian, kakitangan LKTNS terdedah dengan risiko dugaan dan godaan dalam pelbagai bentuk selain tekanan bebanan ekonomi dan sosial yang membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam perkhidmatan. Cabaran sedemikian inilah menjadi keutaman kepada LKTNS memastikan setiap kakitangan menghayati nilai-nilai integriti dan meningkatkan nilai modal insan melalui latihan dan pembangunan kompetensi. Kelemahan sistem pengurusan dan tadbir urus adalah isu yang tidak dapat dielakkan dalam setiap organisasi. Kakitangan LKTNS memerlukan pendedahan tadbir urus yang baik melalui kaedah yang lebih holistik terhadap proses kerja yang digariskan di dalam kod etika LKTNS. Bagi memupuk tadbir urus yang baik, pengamalan konsep K.I.T.A di Lembaga merupakan fokus utama menerusi aktiviti pemantauan melalui pengauditan dan pengemaskinian polisi dan prosedur dalaman di samping melaksanakan pusingan kerja serta program kesedaran integriti yang berterusan. Campur tangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran Badan-Badan Berkanun bukanlah sesuatu yang baharu. Ini menimbulkan konflik dalam urusan pentadbiran mahupun kewangan di mana wujud unsur konflik berkepentingan. Campur tangan ini biasanya berlaku dalam proses membuat keputusan terutamanya yang melibatkan perolehan, pelantikan, penempatan kakitangan dan urusan pentadbiran. 24 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


SALAH LAKU DISIPLIN DAN KETIDAKPATUHAN PROSEDUR 1.3 DATA ANALISIS 25 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Berdasarkan rekod Salah Laku Disiplin dari tahun 2017 sehingga tahun 2021, ketidakpatuhan kepada Prosedur Kewangan, merupakan pelanggaran salah laku tertinggi yang telah direkodkan jika dibandingkan dengan salah laku yang lain. Ketidakpatuhan prosedur ini sering berlaku di peringkat operasi, antaranya seperti tidak mengikut tatacara pembayaran, kecuaian dalam merekod inventori ladang dan pelbagai lagi kesalahankesalahan yang lain. Bagi kes penyalahgunaan dadah, hanya dua (2) kes yang telah direkodkan dalam tempoh 5 tahun. Kedua-dua kes ini berlaku di lokasi yang sama dalam tempoh selang 2 tahun. Penemuan ini merupakan hasil tangkapan dan serbuan yang dilakukan oleh Unit Narkotik, Polis Diraja Malaysia. Tindakan tegas telah dilaksanakan ke atas kakitangan yang terbabit dan telah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesimpulannya, salah laku tertinggi yang telah direkodkan adalah sebanyak 60% dalam gred Eksekutif dan bukan Eksekutif dan 40% lagi adalah di kalangan peringkat Pengurusan. SALAH LAKU DISIPLIN DAN KETIDAKPATUHAN PROSEDUR 26 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA PEROLEHAN KEWANGAN TABDIR URUS OPERASI 1.4 BIDANG–BIDANG BERISIKO 27 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


PEROLEHAN Perolehan merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh organisasi. Perolehan yang dilaksanakan oleh organisasi akan melibatkan peruntukan dan sumber kewangan yang besar. Oleh itu, setiap organisasi perlu melaksanakannya dengan cekap dan teratur agar kepentingan organisasi dapat dilindungi, tiada pembaziran dan ketirisan sumber kewangan yang digunakan. SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN Unit Sumber Manusia dan Unit Pentadbiran merangkumi pengurusan hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia sesebuah organisasi dalam melaksanakan fungsi dan matlamat organisasi tersebut. Penyampaian perkhidmatan yang baik dan menepati kehendak golongan sasar akan memberikan kesan dan imej baik kepada organisasi. Hal ini juga bergantung kepada dasar dan kaedah yang telah digubal oleh organisasi untuk menepati kesesuaian semasa. Organisasi perlu mengambil pendekatan dan inisiatif yang lebih terancang dan sistematik bagi memastikan sektor pentadbiran dan sumber manusia diuruskan dengan cekap dan bertanggungjawab. Bagi memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang baik, inisiatif seperti program pembangunan profesionalisme berterusan, pemantauan kepatuhan terhadap proses kerja, pelaksanaan pusingan kerja merupakan antara pengisian strategi yang dimaksudkan. TADBIR URUS Tadbir urus merujuk kepada sistem peraturan, amalan dan proses bagi sesebuah organisasi dikawal selia dan diuruskan dengan berhemah. Tadbir urus yang baik bagi sesebuah organisasi akan dapat membantu dalam memastikan organisasi menggunakan modal dengan cekap dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak. Matlamat bagi sesebuah organisasi korporat adalah untuk memastikan organisasi beroperasi demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya yang mana menjadikan organisasi bertanggungjawab kepada semua pemegang taruh. KEWANGAN Pengurusan kewangan tidak hanya bertujuan bagi memastikan sumber organisasi adalah mencukupi bagi melaksanakan aktiviti tetapi yang lebih penting adalah untuk mempamerkan akauntabiliti. Kelemahan dalam akauntabiliti boleh mendorong berlakunya penyelewengan seperti penipuan, kecurian dan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sekiranya terdapat kelemahan pada pengurusan kewangan yang dilaksanakan oleh organisasi, ia akan melibatkan peruntukan dan sumber kewangan yang besar. Oleh itu, setiap organisasi perlu melaksanakannya dengan cekap dan teratur agar kepentingan organisasi dapat dilindungi, tiada pembaziran dan ketirisan sumber kewangan yang digunakan. OPERASI Operasi merujuk kepada pemantapan kecekapan, ketelusan dan integriti dalam menguruskan operasi ladang dengan memfokuskan kepada pengoptimuman kos operasi serta peningkatan produktiviti hasil sawit. Faktor ini adalah sangat penting dalam mencerminkan organisasi dalam memacu kegiatan transformasi kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar. 28 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


2.1 Kerangka Pelan Antirasuah Organisasi 2.2 Analisis Kuadran 2.3 Keutamaan Strategi: Penekanan Inisiatif 2.4 Bidang Keutamaan BAB 2: MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH 29 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Sumber Manusia & Pentadbiran Perolehan Kewangan Tadbir Urus Operasi STRATEGI : Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti STRATEGI : Mempertingkatkan keberkesanan serta ketelusan perolehan LKTNS STRATEGI : Memperkasakan sistem pengurusan kewangan LKTNS serta menutup ruang dan peluang rasuah STRATEGI : Membudayakan integriti dalam tadbir urus LKTNS STRATEGI : Mengukuhkan kecekapan dan pengamalan profesionalisme dalam pengurusan operasi OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Mengukuhkan penyeliaan dan pemantauan pengurusan pentadbiran. OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 Meningkatkan dan memperkasakan Polisi dan Prosedur Sumber Manusia. OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 Meningkatkan ketelusan, mengurangkan risiko rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan perolehan LKTNS. OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses kewangan LKTNS. OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 Memperkukuh keberkesanan Prosedur Kewangan LKTNS. OBJEKTIF STRATEGIK 4.1 Memperkasakan sistem pengurusan LKTNS ke arah tadbir urus baik. OBJEKTIF STRATEGIK 4.2 Memastikan pengamalan profesionalisme dalam tadbir urus LKTNS. OBJEKTIF STRATEGIK 5.1 Meningkatkan kompetensi, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan perladangan. OBJEKTIF STRATEGIK 5.2 Meningkatkan kesedaran dan pemahaman pemegang taruh bagi memperkukuh kecekapan pengurusan LKTNS. 30 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


2.1 KERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) LKTNS 31 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


VISI Ke arah pentadbiran LKTNS yang berintegriti dan bebas rasuah MISI Memperkukuhkan nilai dan integriti warga LKTNS melalui pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa MATLAMAT Membanteras jenayah rasuah dan salah laku integriti di kalangan warga LKTNS Meningkatkan kesedaran pegawai untuk melaporkan kesalahan rasuah dan salah laku kakitangan Memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif dan cekap dalam pelaksanaan matlamat LKTNS BIDANG KEUTAMAAN Pentadbiran & Sumber Manusia Perolehan Kewangan Tadbir Urus Operasi STRATEGI Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti. Mempertingkatkan keberkesanan serta ketelusan perolehan LKTNS. Memperkasakan sistem pengurusan kewangan LKTNS serta menutup ruang dan peluang rasuah. Membudayakan integriti dalam tadbir urus LKTNS. Mengukuhkan kecekapan dan pengamalan profesionalisme dalam pengurusan operasi. 32 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


5 STRATEGI 9 OBJEKTIF STRATEGIK 68 INISIATIF 19 JANGKA PENDEK JANGKA PANJANG 49 KERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) LKTNS 33 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


KOMPLEKSITI KUADRAN A Kuadran A mewakili inisiatif BERIMPAK TINGGI, KOMPLEKSITI RENDAH KUADRAN B Kuadran B mewakili inisiatif BERIMPAK TINGGI, KOMPLEKSITI TINGGI KUADRAN C Kuadran C mewakili inisiatif BERIMPAK RENDAH, KOMPLEKSITI RENDAH KUADRAN D Kuadran D mewakili inisiatif BERIMPAK RENDAH, KOMPLEKSITI TINGGI Impak: Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif Kompleksiti: Kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif IM P A K Tinggi Tinggi 51 16 1 2.2 ANALISIS KUADRAN INISIATIF-INISIATIF Rendah KOMPLEKSITI A B C D Jumlah Inisiatif = 68 inisiatif 34 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


39 PENEKANAN DARIPADA 68 INISIATIF DIKENAL PASTI MELALUI 5 BIDANG KEUTAMAAN 2.3 KEUTAMAAN STRATEGI: PENEKANAN INISIATIF 35 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


BIL. INISIATIF KUADRAN STRATEGI 1 Menguatkuasakan tindakan punitif yang lebih tegas kepada pegawai yang melakukan kesalahan B 1,2,3,5 2 Melaksanakan program penerangan Polisi Disiplin dan GTCS untuk semua kakitangan A 1,3,4,5 3 Melaksanakan program pengukuhan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah A 2,3,4,5 4 Melaksanakan program penerangan FAT untuk semua kakitangan A 1,3,4,5 5 Menguatkuasa pusingan kerja secara berkala untuk jawatan yang berisiko B 1,2,3,4,5 6 Melaksanakan Ikrar Aku Janji untuk semua kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarah A 2,3,4 7 Menjadikan ‘spotcheck’ di ladang yang berisiko sebagai skop audit dalaman A 3,5 8 Memantapkan penyeliaan kepatuhan terhadap FAT yang berkuatkuasa A 3 9 Mewujudkan Polisi Pengurusan Kenderaan A 1 10 Memperkukuh Prosedur Pengurusan Kenderaan LKTNS A 1 11 Mewujudkan sistem perolehan berasaskan teknologi (e-perolehan) B 2 12 Memperkasakan Pengurusan Aset LKTNS A 1 13 Menguatkuasa pematuhan prosedur pengurusan kenderaan dan pemeriksaan pada semua kenderaan LKTNS A 1 14 Melantik kakitangan yang mahir menyelenggara kenderaan A 1 15 Mengadakan latihan pelupusan aset kepada kakitangan A 1 36 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


BIL. INISIATIF KUADRAN STRATEGI 16 Menambah baik Prosedur Operasi BOS/BOD A 1 17 Menguatkuasakan arahan semakan secara mandatori ke atas penggunaan buku log kenderaan oleh pegawai penyelia A 1 18 Hebahan kesedaran penjagaan aset LKTNS kepada kakitangan A 1 19 Mewajibkan lawatan secara berkala di lapangan oleh pegawai penyelia aset A 1 20 Memperkasakan komunikasi mengenai keperluan mematuhi semua tatacara pengurusan aset LKTNS melalui pelbagai platform secara berterusan A 1 21 Menambah baik prosedur pengambilan kakitangan dengan flowchart yang jelas A 1 22 Membangunkan dan menguatkuasakan penggunaan borang permohonan perjawatan A 1 23 Memberi kefahaman prosedur kepada Ketua Unit/Penyelia tentang penguatkuasaan dan proses polisi disiplin LKTNS A 1 24 Penambahbaikan mekanisma sistem kehadiran pegawai ladang A 1 25 Pegawai penyelaras menghadiri latihan perancangan dan kompetensi yang berkaitan dengan kemahiran latihan A 1 26 Mengemaskini polisi latihan dan menambah baik "Training Need Analisis" (TNA) proses untuk memastikan keperluan setiap kakitangan A 1 27 Berkomunikasi dan berbincang tentang keperluan latihan kakitangan LKTNS dengan Unit Sumber Manusia A 1 28 Mewujudkan tatacara aduan mengenai gangguan seksual B 1 29 Memperkukuhkan pemantauan etika pemakaian di kalangan pegawai secara berterusan A 1 37 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


42 BIL. INISIATIF KUADRAN STRATEGI 30 Membuat hebahan mengenai polisi Whistleblowing kepada pegawai secara berterusan A 1 31 Membangunkan Kod Amalan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah A 1 32 Mengadakan latihan kesedaran dan pencegahan antidadah kepada semua kakitangan pelbagai peringkat C 1 33 Melaksanakan ujian saringan secara rawak dan berjadual terhadap kakitangan B 1 34 Menguatkuasakan Tatacara Penamatan Kontrak mengikut undang-undang B 2 35 Mewujudkan Polisi Sumbangan LKTNS A 3 36 Menguatkuasakan pematuhan garis panduan kementerian untuk pelaksanaan geran bantuan dan dana program A 3 37 Menguatkuasa pematuhan dan pemantauan serta penilaian pemeriksaan terhadap kerja-kerja tuntutan yang dikerjakan B 3 38 Menyebarluaskan mesej berkenaan antirasuah melalui pelbagai platform seperti laman sesawang dan buletin B 3 39 Menyenaraihitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut prosedur LKTNS A 3 40 Membuat pemeriksaan rekod pembayaran kepada kontraktor A 3 41 Mewujudkan sistem pemantauan bajet dalam sistem Plantware A 3 42 Menambah baik polisi dan prosedur wang pendahuluan dalam FAT dan GTCS yang sedia ada B 3 43 Mewajibkan permohonan wang pendahuluan melalui Unit Sumber Manusia A 3 44 Mewujudkan perjanjian Jual Beli Buah Tandan Segar antara LKTNS dan pihak ketiga B 3 45 Menyenarai hitam pihak ketiga yang gagal mematuhi peraturan LKTNS B 3 38 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


43 BIL. INISIATIF KUADRAN STRATEGI 46 Melaksanakan program kesedaran Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) B 4 47 Melaksanakan latihan dan pengenalan tentang Kod Tatalaku LKTNS A 4 48 Menambah baik Ikrar Aku Janji dengan mewujudkan klausa Akta Rahsia Rasmi A 4 49 Mewujudkan klausa pematuhan Akta Rahsia Rasmi dalam surat pelantikan kakitangan A 4 50 Hebahan mengenai sistem aduan LKTNS, Sistem i-Adu melalui pelbagai platform B 4 51 Mewajibkan mesyuarat Pengurusan Aduan Awam dua kali setahun A 4 52 Memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan perjanjian dibentangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan/Lembaga Pengarah untuk rekomendasi atau kelulusan A 4 53 Mengukuhkan sistem pengurusan rekod A 4 54 Mewujudkan Jawatankuasa Pemeriksaan dan Pemantauan Perjanjian A 4 55 Menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses pengauditan dengan memperbaiki senarai semak audit B 4 56 Memberi kursus pengukuhan dan kemahiran Pegawai Audit A 4 57 Mewujudkan polisi dan prosedur dalam pemilihan pemborong dan peruncit B 4 58 Menyediakan latihan berkaitan proses kerja pemasaran kepada pegawai yang terlibat A 4 59 Mengadakan program pemahaman peraturan dengan memberi taklimat garis panduan pindah milik lot peneroka setiap tahun A 4 39 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


BIL. INISIATIF KUADRAN STRATEGI 60 Menambah baik Garis Panduan Tuntut Waris agar selari dengan isu semasa A 4 61 Mewujudkan Polisi Sumbangan LKTNS A 4 62 Memperteguh semak dan imbang melalui kajian dan semakan semula melalui penubuhan jawatankuasa penilaian dan kelulusan CSR di LKTNS B 4 63 Mewajibkan ahli jawatankuasa penilaian dan kelulusan CSR LKTNS untuk menandatangani borang Akuan Pengisytiharan Konflik Kepentingan A 4 64 Menambah baik polisi dan prosedur wang pendahuluan dalam FAT dan GTCS yang sedia ada A 4 65 Mewajibkan permohonan wang pendahuluan melalui Unit Sumber Manusia A 4 66 Membuat pemeriksaan inventori untuk mengelakkan pemalsuan data bagi ladang yang berisiko tinggi A 5 67 Menyemak semula dan menambah baik garis panduan pengurusan ladang A 5 68 Memperkukuh kemahiran pegawai melalui latihan pengurusan ladang A 5 40 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


1.1 MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN KE ARAH TADBIR URUS BAIK 1.2 MENINGKATKAN DAN MEMPERKASAKAN POLISI DAN PROSEDUR SUMBER MANUSIA BIDANG KEUTAMAAN 1: PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA 41 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


46 BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Mengukuhkan penyeliaan dan pemantauan pengurusan pentadbiran NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 1. Kakitangan menyalahgunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan peribadi. Mewujudkan Polisi Pengurusan Kenderaan. Memperkasakan Pengurusan Aset LKTNS. Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran 2 Tahun (2023-2024) 2 Tahun (2023-2024) 2. Pegawai berpakat dengan bengkel baik pulih kenderaan untuk menaikkan kos penyelenggaraan sebenar. Menguatkuasa pematuhan prosedur pengurusan kenderaan dan pemeriksaan pada semua kenderaan LKTNS. Memperkukuh prosedur pengurusan kenderaan LKTNS. Melantik kakitangan yang mahir menyelenggara kenderaan. Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran Unit Sumber Manusia 5 Tahun (2023-2027) 2 Tahun (2023-2024) 2 Tahun (2023-2024) 42 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Mengukuhkan penyeliaan dan pemantauan pengurusan pentadbiran NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 3. Pegawai bersubahat dengan pihak ketiga dalam proses pelupusan aset tetap. Mengadakan latihan pelupusan aset kepada kakitangan. Melaksanakan program penerangan polisi disiplin dan GTCS untuk semua kakitangan. Melaksanakan program penerangan FAT untuk semua kakitangan. Menambah baik prosedur operasi BOS/BOD. Unit Pentadbiran Unit Sumber Manusia Unit Kewangan Unit Sumber Manusia 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 2 Tahun (2023-2024) 4. Pegawai salah guna kuasa dan menjual aset syarikat untuk kepentingan peribadi. Menguatkuasakan tindakan punitif yang lebih tegas kepada pegawai yang melakukan kesalahan. Menguatkuasa pusingan kerja secara berkala untuk jawatan yang berisiko. Unit Sumber Manusia Unit Sumber Manusia 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 43 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


48 BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Mengukuhan penyeliaan dan pemantauan pengurusan pentadbiran NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 5. Kakitangan gagal melaporkan kemalangan ke atas kenderaan/harta LKTNS. Memperkukuh prosedur pengurusan kenderaan LKTNS. Menguatkuasakan tindakan punitif yang lebih tegas kepada pegawai yang melakukan kesalahan. Unit Pentadbiran Unit Sumber Manusia 2 Tahun (2023-2024) 5 Tahun (2023-2027) 6. Kakitangan menyalahgunakan kad inden minyak milik LKTNS untuk kegunaan peribadi. Menguatkuasakan tindakan punitif yang lebih tegas kepada pegawai yang melakukan kesalahan. Menguatkuasakan arahan semakan secara mandatori ke atas penggunaan buku log kenderaan oleh pegawai penyelia. Mewujudkan Polisi Pengurusan Kenderaan. Hebahan kesedaran penjagaan aset LKTNS kepada kakitangan. Unit Sumber Manusia Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 2 Tahun (2023-2024) 5 Tahun (2023-2027) 44 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Mengukuhkan penyeliaan dan pemantauan pengurusan pentadbiran NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 7. Kegagalan pegawai mengurus aset LKTNS secara teratur (tidak dilabel, aset tidak diguna pakai, bilangan aset tidak direkodkan di dalam sistem, perbezaan bilangan aset dalam sistem dan fizikal). Mewajibkan lawatan secara berkala di lapangan oleh pegawai penyelia aset. Memperkasakan komunikasi mengenai keperluan mematuhi semua Tatacara Pengurusan Aset LKTNS melalui pelbagai platform secara berterusan. Menguatkuasakan tindakan punitif yang lebih tegas kepada pegawai yang melakukan kesalahan. Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran Unit Sumber Manusia 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 45 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


50 BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 Meningkatkan dan memperkasakan polisi dan prosedur Sumber Manusia NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 1. Pegawai menyalahgunakan kuasa dalam memilih calon yang ada kepentingan peribadi. Menambah baik prosedur pengambilan kakitangan dengan flowchart yang jelas. Membangunkan dan menguatkuasakan penggunaan borang permohonan perjawatan. Unit Sumber Manusia Unit Sumber Manusia 2 Tahun (2023-2024) 2 Tahun (2023-2024) 2. Kakitangan tidak hadir bertugas dengan sengaja tanpa memaklumkan kepada penyelia dengan alasan yang munasabah. Melaksanakan program penerangan Polisi Disiplin dan GTCS untuk semua kakitangan. Memberi kefahaman prosedur kepada Ketua Unit/ Penyelia tentang penguatkuasaan dan proses polisi disiplin LKTNS. Penambahbaikan mekanisme sistem kehadiran pegawai ladang. Unit Sumber Manusia Unit Sumber Manusia Unit Teknologi Maklumat 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 2 Tahun (2023-2024) 46 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


51 BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 Meningkatkan dan memperkasakan polisi dan prosedur Sumber Manusia NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 3. Kegagalan pegawai dalam mengenal pasti kursus yang signifikan terhadap kompetensi dan keperluan kakitangan. Pegawai penyelaras menghadiri latihan perancangan dan kompetensi yang berkaitan dengan kemahiran latihan. Mengemaskini polisi latihan dan menambah baik "Training Need Analysis" (TNA) proses untuk memastikan keperluan setiap kakitangan. Berkomunikasi dan berbincang tentang keperluan latihan kakitangan LKTNS dengan Unit Sumber Manusia. Unit Latihan Unit Latihan Unit Latihan 5 tahun (2023-2027) 5 tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 47 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


52 BIDANG KEUTAMAAN 1 PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA STRATEGI 1 Memantapkan keberkesanan pengurusan dan ketelusan dalam proses pentadbiran dan sumber manusia yang melahirkan modal insan yang berkompetensi dan berintegriti OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 Meningkatkan dan memperkasakan polisi dan prosedur Sumber Manusia NO. RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH MASA 4. Gangguan seksual di kalangan kakitangan. Mewujudkan tatacara aduan mengenai gangguan seksual. Memperkukuhkan pemantauan etika pemakaian di kalangan pegawai secara berterusan. Membuat hebahan mengenai Polisi Whistleblowing kepada pegawai secara berterusan. Unit Sumber Manusia Unit Sumber Manusia Unit Integriti dan Governans 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 5. Kakitangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dengan memiliki dan menagih dadah. Membangunkan Kod Amalan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Mengadakan latihan kesedaran dan pencegahan Antidadah kepada semua kakitangan pelbagai peringkat. Melaksanakan ujian saringan secara rawak dan berjadual terhadap kakitangan. Unit Sumber Manusia Unit Latihan Unit Sumber Manusia 4 Tahun (2023-2026) 5 Tahun (2023-2027) 5 Tahun (2023-2027) 48 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH 2023-2027


Click to View FlipBook Version