The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJAH NORMAH DARO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pcellamang, 2020-03-05 01:12:10

MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJAH NORMAH DARO

SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI
HAJAH NORMAH daro

SABTU, 7 MAC 2020

DEWAN TERBUKA
SMK TPDPH NORMAH

1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Isi Kandungan

Perkara M/s

1. Kata-kata Aluan YDP PIBG……………………………………………… 2
2. Kata-kata aluan Pengetua……………………………………………... 3
3. Aturcara Majlis…………………………………………………………….. 4
4. Senarai AJK PIBG TAHUN 2020………………………………………..... 5 - 8
5. Senarai EXCO PIBG 2018/2019………………………………………… 9
6. Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019................................... 10-19
7. Laporan Setiausaha PIBG 2019……………………………………….. 20 - 30
8. Laporan Kewangan PIBG 2019……………………………………….. 31

2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Sekapur Sireh

YANG DIPERTUA PIBG SESI 2018/2019

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin
saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul
amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SMK Toh Puan
Datuk Patinggi Hajah Normah, Daro. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan
menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia
yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang
mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum
sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat
mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi
akademik dan kokurikulum SMK TPDP Hajah Normah bagi melahirkan insal kamil yang bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan
jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk
kecemerlangan murid-murid dan SMK TPDP Hajah Normah. Marilah kita sama-sama mendokong
dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SMK TPDP Hajah Normah selari dengan
perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan
segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi
daripada warga PIBG SMK TPDP Hajah Normah amat diperlukan bagi menjayakan setiap program
yang akan dilaksanakan nanti. Moga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi 2018/2019
bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu menjana
kecemerlangan SMK TPDP Hajah Normah. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan
dan kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

PUAN HASIAH BT MAHMUD
Yang Dipertua PIBG
SMK TPDP Hajah Normah, Daro

3 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Kata – kata Aluan

PENGETUA SMK TPDP HAJAH NORMAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK TPDP Hajah Normah.
Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2020 yang
telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti. Justeru, berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM
telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di
Malaysia pada tahun 2025, iaitu Memantapkan kepimpinan sekolah, Memaksimumkan potensi
guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran, Mengukuhkan
penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Oleh itu, atas
rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan sesuatu yang
bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SMK TPDP Hajah Normah
yang merupakan sekolah TS25 semenjak 2017.

Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) diwujudkan selaras dengan melakukan anjakan
daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan
masyarakat. Penyediaan pendidikan berkuaIiti kepada semua murid merupakan tanggungjawab
bersama antara ibu bapa, sekolah dan komuniti. Pendidikan awal bermula di rumah, diberi
penekanan di sekolah dan pengukuhan amalannya di rumah. Kesediaan dan keterlibatan semua
pihak perlu untuk mencapai aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, nilai dan etika serta identiti nasional sebagaimana yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ibu bapa dan komuniti
amat digalakkan untuk menjalin kerjasama yang utuh dengan pihak sekolah dalam mewujudkan
ekosistem pembelajaran yang lebih luas dan meningkatkan kualiti pendidikan dan pengalaman
pembelajaran murid. Sikap kepedulian yang positif ibu bapa dan komuniti di dalam sekolah akan
membantu pihak sekolah meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan murid dalam pelbagai
aspek seperti akademik, aktiviti kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T
hendak-Nya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan
agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK TPDP Hajah Normah terus mara dan proaktif
dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SMK TPDP
Hajah Normah.

Sekian, terima kasih.

PUAN MORDIANA BINTI HAJI NAWI
Pengetua
SMK TPDP Hajah Normah
Daro

4 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

7.30 a.m Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan
8.00 a.m Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)

8.10 a.m SMK TPDPH Normah, Daro
8.20 a.m 2020
8.30 a.m
Ketibaan ibu bapa / penjaga dan guru

Ketibaan Yang Dipertua PIBG SMK TPDP Hajah Normah
Sesi 2018/2019

Pn Hasiah Bt Mahmud

Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku

Bacaan Doa oleh Ustaz Ismail Bin Majelis

Ucapan Aluan Ex Officio PIBG Sesi 2020/2021
Puan Mordiana Binti Haji Nawi
Pengetua, SMK TPDP Hajah Normah, Daro

Ucapan YDP PIBG
Puan Hasiah Binti Mahmud

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK TPDP Hajah Normah, Daro 2019 bermula
dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG. Antara agenda-agendanya
ialah:

1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sesi
2019

2. Perkara-perkara berbangkit.
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG

sehingga 31 Disember 2019
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan

PIBG berakhir 31 Disember 2019
5. Membentang, menerima dan meluluskan Belanjawan

PIBG SMK TPDP Hajah Normah, Daro 2020
6. Membahaskan usul dan cadangan ibu bapa
7. Pembubaran EXCO PIBG bagi sesi 2018/2019
8. Penyerahan sijil dan cenderahati kepada EXCO PIBG 2018/2019
9. Pemilihan EXCO PIBG bagi sesi 2020/2021
10. Ucapan Penangguhan

11.00 a.m Bersurai

5 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TPDPH NORMAH, DARO
2020

TARIKH : 7 Mac 2020
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SMK TPDPH NORMAH, DARO

EX OFFICIO : Puan Mordiana Binti Haji Nawi
(Pengetua SMK TPDPH Normah, Daro)
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA : Pn Hasiah Bt Mahmud
SETIAUSAHA : En Mokthar Bin Hasim
PENOLONG SETIAUSAHA : Pn Fatimah binti Rasda
BENDAHARI : Pn Diana Binti Jakaria
PENOLONG BENDAHARI : En Wan Alui B Wan Bujang
AJK GURU :En Andrew Kintan anak Selawin
: En Halpattiko bin Haldin
: En Ibrahim bin Maknun
: En Syaidin bin Mostapa
:Pn Rakiah Binti Suhaili
: Pn. Najaliah Binti Jaafar
: En Rahman bin Wahed
: En Doby bin Sabri

AJK IBU BAPA :

1. Pn. Lau Sieng Mee

2. Pn. Aspalela

3. Pn. Saamah Binti Junaidi

4. Pn. Zerina Narudin

5. Pn. Masniah

6. Pn. Lepah Anak Ngalambai

7. En. Ahmad Bin Sahnu

6 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT BIDANG TUGAS

BAHAGIAN SAMBUTAN DAN PROTOKOL: i. Menyusun urutan tetamu jemputan dan
1. En Rahman Bin Wahed (K) ahli-ahli EXCO PIBG
2. En Syaidin Bin Mostapa
3. En Ibrahim B Maknun ii. Menyambut kedatangan tetamu / ibu
4. En Doby Bin Sabri bapa / penjaga / guru
5. En Mohamad Bin Ahmad Kassim
6. En Ismail Bin Jaimi iii. Memastikan tetamu jemputan menanda-
7. cik Nancy Anak Ngumbang tangani buku pelawat
8. En Ahmad Forqan B Ismail
9. Pn Salmah Mohamad Ali iv. Menyediakan borang kehadiran dan
10. Rivelino Don Anak Junggai mencatat kehadiran ibu bapa dan guru

BAHAGIAN PENDAFTARAN IBUBAPA: i. Menyediakan borang pendaftaran
1. Cik Zohara (Ketua) ii. Memastikan pendaftaran berjalan lancar
2. Puan Sabrina Binti Sabri
3. Puan Haninah pada hari kejadian
4. Cik Eliza Lau
5. Pn Halini Binti Morni i. Memastikan kebersihan dewan sebelum
dan selepas mesyuarat berlangsung.
BAHAGIAN KEBERSIHAN DEWAN : SEBELUM
1. Cik Surina ( Ketua ) i. Menyusun kedudukan kerusi di dalam
1. Fatihi Bin Kepli dewan
2. Mohamad Shaidin Bin Samin
3. Cik Kong Siaw Wei ii. Menyusun kerusi dan meja untuk juru acara
4. Cik Luk Jing majlis, pencatat minit mesyuarat dan
sistem siaraya
BAHAGIAN KEBERSIHAN DEWAN : SELEPAS
1. En Roslan Bin Tafa (Ketua) iii. Menyusun kerusi dan meja di atas pentas
2. Cik Norayati Bt Sahat iv. Memasang kain ‘skirting’ untuk meja
3. Muhamad Han B Keria
4. Has B Noh pengerusi majlis, mengalas dan menghias
5. En Sudin Anak Mankau meja kecil tetamu jemputan dan
menceriakan dewan
BAHAGIAN PERSIAPAN DEWAN: (SEBELUM)
1.En Mohd Zulfadhli Bin Ramli (Ketua)

2. Puan Norhaiza Bt Yahya
3. Puan Norzaimah Binti Yahya
4. En Teo Yeo Lik
5. Nurul Akma bt Tio @ Usup

7 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

BAHAGIAN PERSIAPAN DEWAN : SELEPAS i. Menyusun kedudukan kerusi di dalam
1. Cik Zuriah Binti Gobil (ketua) dewan ke tempat asal
2. Pn Kasmah Bt Jenani
3. Pn Jerinar Bt Amat ii. Menyusun kerusi dan meja untuk juru
4. En Abdul Wahab Bin Zamzi acara majlis, pencatat minit mesyuarat
5. En Rajman Bin Rapli dan sistem siaraya ke tempat asal

BAHAGIAN PERALATAN: iii. Menyusun kerusi dan meja di atas pentas
1. En Jamal bin Salbi (Ketua) ke tempat asal
2. En Hamad Bin Baiduri
3. En Saufi B Ahmad Kassim iv. Menanggalkan kain ‘skirting’ untuk meja
4. En Khairul Nizam pengerusi majlis, mengalas dan menghias
5. En Hadeli Bin Japaruddin meja kecil tetamu jemputan dan
menceriakan dewan
BAHAGIAN JAMUAN:
1. Pn Fittriza bt che Ali (Ketua) v. Mengemas semula dewan seperti
2. Pn Ruziah Binti Jenani keadaan asal sebelum majlis berlangsung
3. Pn Haseni Bt Bahani
4. Pn Rakiah Bt Suhaili i. Menyediakan kerusi dan meja di dalam
5. Pn Maria Bt Hasimi dewan untuk tetamu, pengerusi majlis dan
6. cik Nik Aliani bt nik Adeeb Sanusi EXCO PIBG
7. Pn Hartini bt Baharuddin
ii. Menyediakan set kerusi tetamu jemputan
BAHAGIAN SISTEM SIARAYA: iii. Menyediakan LCD dan skrin LCD
1.En Vennoel bin Raislar (Ketua) iv. Menghantar semua kerusi, meja dan
2. En Abdul Ghaffar Bin Mohd Jamal
3. En Andrew Kintan ak Selawin kelengkapan yang telah digunakan ketika
4. En Amin Bin Haji Kassim mesyuarat

BAHAGIAN KAWALAN KESELAMATAN: i. Menyediakan makanan untuk jamuan
1. En Wellter Anak Jitap (ketua) minum pagi
2. En Jeffry B Hj Jemi
3. En Mohd Hairi Bin Mohd Ali ii. Merancang strategi pembahagian
4. En Asri B Salbi makanan dan minuman kepada tetamu
5. En Sara Binti Minhat jemputan dan ibu bapa
6. Noorashida bt mohmad suif
iii. Mengatur dan menyediakan tempat
jamuan untuk tetamu jemputan (jika ada)

i. Menyediakan peralatan siaraya
ii. Mengendalikan dan mengawal sistem PA

sepanjang mesyuarat berlangsung

i. Membantu menunjuk arah laluan dari pintu
pagar ke dewan kepada tetamu dan ibu
bapa

ii. Mengawal keadaan di dalam dan di luar
dewan sebelum dan selepas mesyuarat

iii. Memastikan keadaan tetamu dan ibu
bapa dalam suasana terkawal

BAHAGIAN BACK-DROP/KAIN RENTANG: i. Menyediakan back-drop / kain rentang
1. Nurulhuda Bt Indi (Ketua)
2. RabiatulAsna bt Nassier

BAHAGIAN BUKU PROGRAM: i. Membuat dan mengedar buku program
1. Cik Priscilla Tundak Ak Dauglas (Ketua)
2. Encik Muhammad Ghaznawi
3. En Farid Syazwan

8 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

PENCATAT MINIT MESYUARAT: i. Mencatat minit mesyuarat
1. Siti Rozianawaty bt sarakawi (Ketua)
2. Cik Haslina ii. Merancang pembahagian tugas
3. pn Najaliah selepas
4. Pn Noorhabsah Bt Ali mencatat minit mesyuarat
5. Ting Ying Ying
6. Nur Asyurra Ibrahim Bt Abdullah iii. Minit mesyuarat siap 72 jam
7. Pn. Diana Zakaria
mesyuarat agung berlangsung
JURUGAMBAR:
1. Siti Noraini (Ketua) i. Mengambil gambar sekitar majlis
2. En Halpatiko Haldin berlangsung
3. En Abdul Rahman
ii. Menyerahkan kesemua gambar kepada
JURUACARA MAJLIS: setiausaha PIBG dalam masa 72 jam
1. Nisha Sabrina Bt Ahmad (Ketua) selepas mesyuarat agung berlangsung
2. En Mohd Shahril Nizam Bin Dolhan
i. Mengacarakan majlis sebelum dan selepas
MENGIRA UNDIAN mesyuarat berlangsung
1. Pn Habibah bt Yahya (Ketua )
2. En Baidillah Bin Muda i.Mengira jumlah undian bagi pelantikan EXCO
3. En Rafiq Bin Malik PIBG
4. Pn. Wong Ai Ching ii. mengambil nama yang dicadangkan dan
disokong

9 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Exco Persatuan Ibu Bapa & Guru

TAHUN 2018/2019

Pengerusi (YDP) : Pn. Hasiah binti Mahmud
Naib Pengerusi (NYDP) : En. Mokthar bin Hasim
Setiausaha : Pn. Fatimah binti Rasda
Naib Setiausaha : Pn. Diana binti Jakaria
Bendahari : En. Wan Alui bin Wan Bujang

Ahli Jawatan kuasa ibu bapa: : Puan Lau Sieng Mee
: Puan Lepah anak Ngelambang
Pasar Daro : Puan Sa’amah binti Junaidi
Kampung Budok : Puan Masniah binti Paie
Kampung Masjid : Encik Ismail bin Osman
Kampung Itol/Badong : Puan Zerina Binti Narudin
Kampung Tebaang : Puan Aspalela binti Kiprawi
Kampung Nangar
Kampung Baru

Ahli Jawatan kuasa Guru:

En Ibrahim bin Maknun
En Syaidin bin Mostapa
Pn Rakiah Binti Suhaili
Pn. Najaliah Binti Jaafar
En Rahman bin Wahed
En Doby bin Sabri

10 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TPDPH NORMAH, DARO
2019

Tarikh : 16 Febuari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Serbaguna, SMK TPDPH Normah, Daro
Penasihat : Ustazah Norhayati Binti Sulaiman,

Yang Dipertua (YDP) Pengetua SMK TPDPH Normah, Daro
Naib Yang Dipertua (NYDP) : Puan Hasiah Binti Mahmud
Setiausaha : Encik Mohtar Bin Hashim
Naib Setiausaha : Puan Fatimah Binti Rasda

Puan Diana Binti Jakaria

Bendahari : Encik Wan Alui Bin Wan Bujang
Naib Bendahari Encik Andrew anak Kintan

Kehadiran : Rujuk Lampiran

Bil Agenda Perkara
1.0 Ucapan alu-aluan Ex- 1.1 Ustazah Norhayati binti Sulaiman, Pengetua SMK TPDPH
Normah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
Officio PIBG sesi 2018- ucapan terima kasih di atas kehadiran tetamu-tetamu serta
2019 semua warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana
membantu dalam kelancaran program walaupun mesyuarat
1.2 kali ini tidak ada tetamu khas yang dijemput.
Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa sekolah telah
1.3 mendapat kelulusan untuk menjemput Yang Berhormat (YB)
Ahmad Johnie. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat
hadir atas kekangan masa. Namun, beliau ada menyalurkan
bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar sekolah sebagai
tanda keprihatinan beliau terhadap kebajikan pelajar.
Ahli mesyuarat turut dimaklumkan dengan beberapa
pencapaian pelajar SMK TPDPH Normah seperti:

11 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

1.3.1 Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
1.3.2 mengalami peningkatan (3.84) di mana terdapat
1.3.3 dua orang pelajar berjaya mendapat 10 A. Walau
1.3.4 bagaimanapun, pelajar-pelajar tersebut memilih
untuk menyambung tingkatan 4 di sekolah ini.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mengalami peningkatan dari tahun 2017, dua orang
pelajar berjaya memperoleh keputusan semua A
dalam subjek yang diambil. Pihak sekolah masih
menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan pada
bulan Mac hadapan.
Bagi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) terdapat juga peningkatan dari
tahun 2016 – 2017 iaitu 2.42 kepada 2.49. Semua
guru tingkatan 6 perlu bekerjasama untuk
membimbing para pelajar dalam mendapatkan
keputusan yang lebih baik.
Dalam aspek kokurikulum, pelajar-pelajar SMK
Normah turut bergiat aktif dalam mengharumkan
nama sekolah sama ada di peringkat bahagian
atau peringkat negeri. Pada tahun 2017 hingga
tahun semasa, terdapat para pelajar yang menjadi
wakil sekolah bagi permainan catur, bola sepak,
merentas desa, bola jarring dan olahraga.
Manakala bagi aktiviti persatuan, sekolah turut
menghantar wakil dalam pertandingan nasyid,
Bahas Piala Ketua Menteri dan Program Khas Inklusif
(PPK).

1.4
1.5

12 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

1.6 Ahli mesyuarat turut memaklumkan bahawa para pelajar

perlu bijak bersaing pada peringkat global untuk Berjaya

dan lebih maju.

1.7 Pengetua memaklumkan bahawa Kolej Vokasional (KV)

menawarkan bidang kemahiran yang luas seperti

automobile, teknikal perbankan dan lain-lain. Oleh itu, para

pelajar digalakkan untuk memohon kemasukkan ke Kolej

Vokasional untuk survival pada masa hadapan.

1.8 Ahli mesyuarat serta para ibu bapa perlu memberi

sokongan kepada anak-anak bagi mengasah kemahiran

sedia-ada. Walau bagaimanapun, kekangan dari faktor

kewangan tidak dapat dinafikan antara punca pelajar-

pelajar yang berpontensi tidak memohon ke Kolej

Vokasional yang bersesuaian.

1.9 Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat perubahan

format dalam peperiksaan PT3 mulai tahun 2019 manakala

bermula tahun 2021, peperiksaan SPM juga akan

menggunakan format yang baharu. Oleh itu, pihak sekolah

dan ibu bapa seharusnya bersedia menghadapi

perubahan tersebut.

1.10 Pengetua menyatakan bahawa pihak sekolah memerlukan

kerjasama erat guru-guru, ibu bapa, komuniti dan Badan

Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendukung segala

perancangan dan perlaksanaan program sekolah TS25.

1.11 Selain itu, pihak sekolah akan cuba mewujudkan prasarana

dan persekitaran yang bersesuaian dengan TS25.

Semua ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa SMK Normah

akan bersama-sama dengan SK Campuran bagi

menjayakan program TS25 ini.

2.0 Ucapan Yang 2.1 Pengetua menyatakan bahawa tanpa sokongan padu ibu

Dipertua (YDP) PIBG bapa, sekolah tidak akan mampu mencipta kejayaan para

pelajar.

2.2 Ucapan alu-aluan
2.1.1 Puan Hasiah bt Mahmud memaklumkan kepada ahli
mesyuarat bahawa Setiausaha PIBG yang lama iaitu
Puan Norain binti Hailie diganti dengan Setiausaha
PIBG yang baru iaitu Puan Fatimah binti Rasda.

2.3 2.1.1 YDP PIBG turut mengucapkan terima kasih kepada

13 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

3.0 Membentang dan semua ibu bapa yang berjaya hadir.
menerima Minit 2.4 YDP PIBG turut menyampaikan ucapan tahniah kepada
Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG sesi semua guru dan pelajar atas kejayaan-kejayaan yang telah
2018 dinyatakan oleh pengetua.
Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak PIBG amat
4.0 Perkara-perkara bersyukur dengan sumbangan yang telah diberikan dan
berbangkit akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
3.1 Ahli mesyuarat turut dimaklumkan bahawa walaupun YB
Johnie tidak dapat menghadirkan diri, beliau telah
menyumbangkan sebanyak RM2000 kepada para pelajar
3.2 sebagai intensif kecemerlangan kerana kejayaan mereka
dalam peperiksaan PT3, SPM dan juga STPM. Sumbangan
tersebut akan disampaikan pada hari Isnin bertarikh 18
Febuari 2019 sempena Program ‘Jom ke Sekolah’.
4.1 Pembentangan Minit Mesyuarat
4.2 YDP PIBG Puan Hasiah binti Mahmud membentangkan minit
mesyuarat agung yang lepas sesi 2018
Dibentang oleh :
YDP PIBG Puan Hasiah binti Mahmud.

5.0 Membentang dan 5.1 Rujukan adalah minit mesyuarat lepas bil 9.0/2018
Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2018
menerima Laporan Dicadangkan : Encik Jaya bin Misbah
Disahkan oleh : Abdul Wahab bin Luwi
Tahunan PIBG 5.2
Dibentang oleh :
sehingga 31 Disember Puan Fatimah binti Rasda, Setiausaha PIBG, SMK TPDP Hajah
Normah Daro.
2018

6.0 Membentang, 6.1 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan PIBG
tahun 2018 (rujukan lampiran laporan)
menerima dan Dicadangkan : Encik Jaya bin Misbah
Disokong oleh : Encik Fauzi bin Nusi
meluluskan Penyata 6.2
Dibentang oleh Bendahari PIBG
Kewangan PIBG Pembentang : Encik Wan Alui bin Wan Bujang.
Pengesahan laporan penyata kewangan.(rujukan lampiran)
berakhir 31 Disember Dicadangkan : Puan Sauyah binti Berawi

2018

7.0 Membentang, 7.1
menerima dan

14 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

meluluskan Disokong oleh : Puan Habsah binti Abdul Razak
Belanjawan PIBG SMK
TPDPH Normah, 2019 Dibentang oleh Bendahari PIBG bagi sesi
Pembentang : Encik Wan Alui bin Wan Bujang
7.2 Pengesahan laporan Belanjawan PIBG
2018/2019.(rujukan lampiran)
Dicadangkan : Puan Sofiah binti Abdul
Disokong oleh : Puan Sauyah binti Berawi

8.0 Membahaskan usul 8.1 Ustazah Norhayati binti Sulaiman selaku Tuan Pengetua SMK
TPDPH Normah Daro membentangkan beberapa usul yang
telah dikemukakan. Antara usul tersebut ialah :
8.1.1 Baik pulih kawasan susur gajah

Cadangan : Encik Mansor bin Sulhi
Ulasan :

• Pengetua memaklumkan bahawa tiada
peruntukan daripada pihak JPN. YB Shafiee
telah menyumbangkan RM2000 untuk
tujuan tersebut.

• Pengetua turut mengatakan bahawa kerja
pembaikan akan dilakukan secara
berperingkat.

8.1.2 Tandas-tandas yang rosak dan tidak berfungsi

Cadangan : Encik Mansor bin Sulhi
Ulasan:

• Pengetua menyatakan bahawa tandas-
tandas dibaiki pada setiap bulan (2018).
Pihak sekolah turut berusaha membuat
anggaran belanjawan untuk membaik
pulih tandas pelajar disamping memohon
peruntukan daripada JPN.

• Pengetua turut memaklumkan pihak
sekolah akan menggunakan sedikit duit
LPBT sekolah untuk melakukan kerja baik
pulih untuk sementara waktu.

15 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

8.1.3 Memperbanyakkan alat kemudahan internet untuk

memudahkan pencarian maklumat.

Cadangan : Puan Normah binti Ahmad

Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa agak

mustahil untuk pihak sekolah menyediakan

kemudahan internet bagi semua pelajar.

Walau bagaimanapun, para pelajar boleh

menggunakan ‘wifi’ KKM yang disediakan di

kawasan kampung untuk mencari

maklumat.

• Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa

penggunaan internet dirancang sendiri oleh

guru mata pelajaran. Tambahan pula, pihak

sekolah masih berusaha untuk

memperkenalkan Frog VLE kepada para

pelajar dan ibu bapa bagi tujuan

pembelajaran. Pelajar Tingkatan 5 pula

diwajibkan meminjam komputer riba melalui

Skim Pinjaman Komputer Riba.

8.1.4 Bantuan kepada pelajar yang kurang dari segi

kewangan.

Cadangan : Puan Normah binti Ahmad

Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa pelajar

yang kurang berkemampuan

sememangnya diberikan bantuan.

Antaranya ialah bantuan daripada

peruntukan kerajaan seperti bantuan khas

awal persekolahan (RM100), bantuan

biasiswa kecil persekutuan (tertakluk

kepada syarat-syarat yang telah

ditetapkan), bantuan pakaian seragam

dan Bantuan Yayasan Sarawak.

• Pengetua turut meminta agar semua guru

kelas mengemaskini maklumat data

pelajar supaya tidak berlaku keciciran

16 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

dalam agihan bantuan.

8.1.5 Memasang wifi di block Tingkatan 6
Cadangan : Encik Kelana bin HJ Dollah
Ulasan:

• Pengetua menyatakan bahawa pihak
sekolah tidak mampu menyediakan
kemudahan tersebut. Pada masa yang
sama, 1 Bestari Net yang sedia ada tidak
mampu sampai hingga ke blok Tingkatan
6. Talian telefon juga dikatakan agak
lemah dikawasan tersebut.

8.1.6 Membenarkan pelajar Tingkatan 6 membawa
telefon bimbit ke sekolah untuk tujuan membuat
kerja.
Cadangan : Encik Kelana bin HJ Dollah
Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa pihak
sekolah berpegang kepada Pekeliling KPM
yang telah ditetapkan (April,2009) dimana
pelajar adalah dilarang sama sekali
membawa telefon bimbit ke sekolah. Oleh
itu, cadangan tersebut tidak akan
diluluskan.

• Guru Tingkatan 6 yang memerlukan pelajar
mereka mencari maklumat menggunakan
telefon bimbit perlu meminta kebenaran
daripada Pengetua.

8.1.7 Mewujudkan kumpulan perbualan dalam aplikasi
‘Whatsapp’ bagi setiap kelas anak-anak untuk
mengetahui perkembangan semasa.
Cadangan : Puan Siti Hasmah binti Salman
Ulasan:

17 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

• Pengetua memaklumkan bahawa perkara
tersebut atas budi bicara guru kelas. Walau
bagaimanapun, cadangan berkenaan
tidak digalakkan kerana guru juga
memerlukan masa untuk diri sendiri dan
juga keluarga mereka.

8.1.8 Mempercepatkan kelas tambahan Tingkatan 5
secepat mungkin.
Cadangan : Puan Law Ai Hiong
Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa kelas
tambahan bagi pelajar SPM akan bermula
pada minggu ke-9 persekolahan.

• Kelas akan bermula pada 0630-0700 bagi
pelajar kelas 5A dan guru mata pelajaran
akan memaklumkan ibu bapa supaya
menghantar anak-anak awal ke sekolah.

8.1.9 Utamakan disiplin dan pembelajaran murid.
Cadangan : Hj. Julaihi bin Hj.Sulaihi
Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa setiap
pagi semasa perhimpunan, guru-guru
disiplin akan membuat kawalan disiplin
pelajar. Terdapat beberapa program yang
bakal dijalankan seperti Program
Pembangunan Sahsiah, Program Jati Diri,
Program Nafas Segar Tanpa Rokok dan
juga program-program lain di bawah Unit
Bimbingan dan Kaunseling.

• Pengetua turut memaklumkan bahawa
dua kesalahan yang sering dilaporkan
adalah kes rokok dan lambat hadir ke
sekolah. Kes salah laku pelajar akan
direkodkan secara atas talian melalui
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan semua
pihak dapat melihat data tersebut

18 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

terutamanya JPN dan KPM.

• Pengetua juga menyatakan bahawa pihak

sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya

membuang pelajar kerana proses tersebut

melibatkan masa hadapan mereka.

• Semua ahli mesyuarat turut dimaklumkan

bahawa murid yang mempunyai rekod

disiplin yang teruk tidak akan mewakili

sekolah dalam apa jua bentuk

pertandingan.

• Dari aspek pembelajaran murid, Pengetua

memaklumkan bahawa pemantauan

sering dilakukan dari semasa ke semasa

sama ada daripada pihak pentadbir atau

pihak PPD.

• Ahli mesyuarat turut dimaklumkan bahawa

guru-guru menggunakan kaedah

pembelajaran abad k-21 bagi

meningkatkan kemahiran berkomunikasi

antara murid di sekolah.

8.1.10 Disipilin pelajar di luar kawasan sekolah
Cadangan dan usul: Yaakob bin Akel
Ulasan:

• Pengetua memaklumkan bahawa disiplin
pelajar di luar kawasan sekolah merupakan
tanggungjawab ibu bapa dan juga
komuniti. Manakala bidang kuasa guru
hanyalah tertakluk di dalam kawasan
sekolah.

• Pihak sekolah akan mengadakan program
‘Jom ke Sekolah’ dengan kerjasama
daripada pihak PDRM yang bakal
dilancarkan di peringkat daerah Daro.

• Selain itu, Pengetua turut memaklumkan
bahawa Program Cakna Guru seperti
menziarah ke rumah pelajar akan
dijalankan bagi mengenal pasti punca
masalah ketidakhadiran dalam kalangan

19 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

9.0 Hal-hal lain 9.1 pelajar.
9.2 • Pengetua turut menegaskan bahawa ibu
10.0 Ucapan 9.3
penangguhan 9.4 bapa perlu menggunakan kuasa mereka
10.1 sebaik-baik mungkin dan mencari
pendekatan yang relevan dalam
membendung masalah disiplin pelajar.
Pertukaran setiausaha PIBG
Perpindahan Puan Norain binti Hailie digantikan kepada
Puan Fatimah binti Rasda. Mesyuarat telah bersetuju
dengan perkara ini.
Bayaran tambahan persekolahan.
Bayaran tambahan untuk buku kerja secara pakej dari
koperasi sekolah mengikut tingkatan. Mesyuarat telah
bersetuju dengan perkara ini.
Gotong-royong kelas
Tuan Pengetua memaklumkan aktiviti gotong royong kelas
akan dilakukan pada hari selasa (19 febuari 2019) dan
sumbangan daripada ibu bapa amat dialu-alukan.
Rambut pelajar lelaki diseragamkan
Tuan Pengetua memaklumkan kepada mesyuarat untuk
menyeragamkan rambut pelajar lelaki, dipotong mengikut
satu fesyen sahaja. Mesyuarat telah bersetuju dengan
perkara ini.
Puan Hasiah merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-
guru dan ibu bapa kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat pada kali ini. Beliau juga memohon
maaf atas kekurangan penganjuran mesyuarat dan
sekaligus mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa
yang terlibat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.41
pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………. …………………………
(FATIMAH BINTI RASDA) (HASIAH BINTI MAHMUD)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SMK TPDPH Normah, SMK TPDPH Normah,
Daro Daro

20 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

LAPORAN SETIAUSAHA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI
HAJAH NORMAH, 96200 DARO

PENDAHULUAN

1. Sepanjang tahun 2019, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK TPDPH Normah, Daro
telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti anjuran sekolah demi merapatkan
hubungan ibu bapa dan guru bagi kemajuan sekolah dan pembangunan akademik dan
sahsiah pelajar. Terutamanya dalam 6 aktiviti utama yang melibatkan ibubapa. Antara
aktiviti yang mewajibkan penglibatan ibu bapa adalah.

i) Hari pendaftaran tingkatan 1 tahun 2019.
ii) Hari penetapan target tahun 2019.
iii) Mesyuarat tahunan PIBG 2019.
iv) Hari pelaporan 2019
v) Sukan tahunan sekolah 2019.
vi) Dan hari anugerah kecemerlangan 2019

2. PIBG juga tidak pernah gagal untuk menyumbang sebarang hadiah-hadiah galakan
terutama yang berupaya sumbangan dana yang mana dalam kiraan PIBG telah
menjangkau ribuan ringgit pada tahun 2019 kepada aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah sama ada di dalam kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah
dan semestinya matlamat utama penglibatan PIBG SMK Normah adalah untuk kebaikan
anak-anak murid SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Untuk pengetahuan
ibubapa, terdapat lebih 20 aktiviti yang mana PIBG SMK Normah tidak pernah gagal untuk
menyumbangkan dana.

3. PIBG juga telah menjadi persatuan yang proaktif dalam menghubungkan segala
maklumat kepada ibu bapa sama ada dalam bentuk lisan ataupun bersurat kepada ibu
bapa di daerah daro. Ibu bapa di daerah Daro tiada masalah untuk menerima maklumat
yang ingin di sampaikan oleh sekolah terutamanya.

4. Demi kebajikan para pelajar sepanjang tahun 2019, pihak persatuan juga telah berusaha
selama berbulan bulan untuk merealisasikan pembinaan laluan berbumbung yang
memudahkan dan memberi keselesaan kepada semua warga SMK Toh Puan Datuk
Patinggi Hajjah Normah Daro. Ramai pihak yang terlibat dalam membantu pihak sekolah
dan PIBG dalam menjayakan impian setiap anggota warga normah.

5. PIBG juga telah dijemput bukan hanya untuk penglibatan dan aktivitii akademik pelajar
malah PIBG juga telah melibatkan diri dalam pembangunan sahsiah pelajar. Di mana kami
boleh katakan yang mana kiranya PIBG SMK Normah telah terlibat secara aktif dalam
semua pelbagai bidang yang akan mengembangkan potensi anak-anak tuan/puan.

21 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

1. PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
1.1 HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1

Permulaan tahun 2019 iaitu 2 Januari 2019, Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SMK TPDPH Normah, Daro telah menyumbangkan tenaga untuk membantu ibu bapa
pelajar tingkatan 1 sewaktu pendafataran pelajar tingkatan 1. Malah YDP PIBG Puan
Hasiah Binti Mahmud sendiri yang berada di kaunter pendaftaran jika ibu bapa pelajar
mempunyai sebarang pertanyaan untuk diajukan kepada sekolah mahupun pihak PIBG
SMK Normah.

1.2 HARI PENETAPAN TARGET TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5

Tarikh :1. Feb.2019
Masa : 8.00 pagi
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Belatong (Tingkatan 5) dan Surau (Tingkatan 3)

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah bermula dengan hari penetapan target
pada Februari di mana pihak sekolah telah menjemput semua ibu bapa murid tingkatan
3 dan 5 ke sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan ibu bapa
dengan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Sambutan yang
diterima daripada para jemputan amat menggalakkan kerana hampir jemputan dapat
menghadiri program tersebut. Ketika program dilakukan, wartikah projek A telah berjaya
dilakukan di mana ia memberi motivasi kepada pelajar dan ibu bapa yang terpilih untuk
lebih berjaya pada masa yang akan datang. Kehadiran ibu bapa ke hari penetepan
target tingkatan 3 dan 5 sangat memberangsangkan. PIBG juga menyumbangkan
sarapan pagi dan air mineral kepada ibu bapa yang hadir.

22 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN HARI PENETAPAN TARGET

1.3 HARI PELAPORAN TINGKATAN 3 DAN 5 TAHUN 2019

Tarikh : 15 Julai 2019
Masa : 8.00 pagi
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Belatong (Tingkatan 5) dan Surau (Tingkatan 3)

Akademik merupakan satu elemen yang perlu diberi perhatian seiring dengan kemajuan negara
di samping elemen-elemen lain dalam diri seseorang individu. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
institusi keluarga sangat memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi seseorang
pelajar. Perkembangan tersebut merangkumi potensi dalam bidang sahsiah, jasmani, emosi, dan
khususnya intelek. Oleh yang demikian, pantauan demi pantauan perlu dilakukan dengan
sebaiknya secara lebih mendalam dan menyeluruh kepada para pelajar. Justeru, melalui
program pelaporan ini, diharap boleh menjadi satu médium untuk menghubungkan para guru
dangan ibu bapa dalam membincangkan dan memastikan perkembangan potensi pelajar di
sekolah terutamanya dalam bidnag akademik mencapai prestasi cemerlang.

23 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Hari Pelaporan juga menglibatkan Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Objektif
program pelaporan ini adalah mewujudkan persefahaman muafakat antara sekolah dan ibu
bapa ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk
mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak di sekolah Membantu dalam
mencari penyelesaian terbaik dengan adanya kolaborasi antara ibu bapa dan para guru di
sekolah dalam menangani pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan akademik, sosial,
kokurikulum dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, Hari Pelaporan Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 ini hakikatnya amat
efektif bagi memastikan peningkatan prestasi pelajar dan memberi gambaran kepada ibu bapa
untuk lebih memahami perkembangan akademik anak-anak mereka. Program ini telah berjaya
dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama daripada guru matapelajaran adalah amat baik
dan kehadiran ibu bapa juga amat memberangsangkan. Dengan adanya kehadiran yang
sangat memberangsangkan ini dapat mengutuhkan lagi perhubungan antara pihak sekolah dan
ibu bapa pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga tidak pernah gagal untuk menyumbangkan
sumbangan dana bagi membeli makanan kepada ibu bapa supaya ibu bapa yang datang
supaya ibu bapa dalam keadaan yang selesa. Pihak sekolah berbesar hati dengan segala
bantuan yang telah disumbangkan oleh persatuan ibu bapa dan guru.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN HARI PELAPORAN

24 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

1.4 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2019

Tarikh : 15 November 2019
Masa : 8.00 pagi
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Belatong

Hari Anugerah kecemerlangan murid merupakan acara rasmi yang diadakan pada setiap tahun.
Di mana program ini akan menjemput ibubapa yang mempunyai anak berpencapaian
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan yang mempunyai jawatan penting di
sekolah. Sambutan yang diterima daripada ibubapa amat menggalakkan kerana jemputan
dapat menghadirkan diri ke acara tersebut. Di sini dapat kita lihat bahawa ibu bapa sentiasa
menyokong penglibatan anak-anak dan aktiviti di sekolah

Persatuan Ibubapa SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah telah menjadi tulang
belakang kepada pihak sekolah dalam menyumbangkan dana untuk melancarkan majlis
tersebut. Para Guru juga kelihatan bersemangat dalam menjayakan hari anugerah
kecemerlangan pada tahun 2019. Supaya dengan adanya program seperti ini ia dapat
mendorong lebih ramai pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan aktif dalam
semua bidang pada masa akan datang. Kehadiran ibu bapa adalah amat memuaskan.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

25 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

2. SUMBANGAN LAIN PIBG SMK TPDPH NORMAH DARO SEPANJANG TAHUN 2019

2.1 MINGGU PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

Tarikh : 24-30 Jun 2019
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa
tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini
menyebabkan pelajar kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut
terlibat. Menyedari hakikat ini, SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro dengan
kerjasama PEMADAM Daerah Daro mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program
Minggu Pembangunan Sahsiah Murid bagi Tahun 2019. Kesedaran tentang bahaya bahana
dadah di peringkat lebih awal perlu didedahkan kepada lapisan komuniti masyarakat khususnya
bagi pelajar sekolah.

Melalui perlaksanaan program seperti ini, pencegahan awal adalah bertujuan untuk
melindungi pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak awal lagi. Untuk
mencapai matlamat ini, seseorang pelajar perlu mempunyai pengetahuan tentang keburukan
najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai
keagamaan, moral, budaya dan sosial yang murni. Pelajar perlu sedar bahawa dadah adalah
penghalang utama ke arah pencapaian cita-cita.

Pihak sekolah secara proaktif telah berkerjasama dengan PIBG kerana program ini
melibatkan banyak institusi awam seperti bomba, penjara jabatan agama islam dalam aktiviti
membangunkan sahsiah murid. Ramai pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan
penglibatan semua pihak dilihat sangat memberangsangkan. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat
dilaksanakan pada masa yang akan. Pihak PIBG sangat membantu dalam pelancaran program
ini.

26 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN MINGGU PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

2.2 MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU 2019

Tarikh : 10 Oktober 2019
Masa : 7.00 pagi
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Belatong

Majlis solat hajat dan restu ilmu juga melibatkan Penglibatan ibu bapa. Rasionalnya Majlis Restu
Ilmu kerana restu ibu bapa dan guru dapat memberi bimbingan & motivasi kepada pelajar dan ia
dapat menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan
berterusan daripada pihak sekolah. Oleh yang demikian, matlamat program ini diadakan adalah
untuk memberi peluang dan ruang kepada guru-guru dan ibu bapa untuk memberi restu kepada
pelajar yang dikasihi agar para pelajar dapat menjawab dengan tenang dan lancar.

Secara keseluruhannya, Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu bagi Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
ini hakikatnya amat efektif dalam memberi peluang kepada pelajar memohon doa dan restu
daripada ibu bapa dan juga guru. Program ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan lancar.
Penceramah jemputan juga memberi kerjasama yang amat baik dan memberi pengisisan dan
input yang berkesan kepada ibu bapa dan pelajar semasa slot ceramah. Kerjasama daripada ibu
bapa dan guru matapelajaran adalah amat baik. Kehadiran pelajar dan ibu bapa juga amat
memberangsangkan.

27 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Komen positif daripada pelajar, mereka dapat mengambil peluang ini untuk bersama-
sama ibu bapa melaksanakan solat hajat memohon doa yang terbaik untuk menghadapi
peperiksaan kelak. Pelajar juga menggunakan sebaiknya masa dan ruang tersebut untuk
meluahkan perasaan dan memohon restu daripada ibu bapa dan guru mata pelajaran mereka.
Pelajar juga dapat mendengar luahan hati ibu bapa mereka dalam slot ceramah dan mohon
restu membuatkan mereka rasa lebih dekat dan faham pengorbanan ibu bapa mereka selama
ini. Kebanyakkan pelajar menginsafi dan mengalirkan air mata semasa sesi bersalaman dan
mohon restu.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU

2.3 PROGRAM JATI DIRI (SLOT BERSAMA YDP PIBG)
Program ini diadakan pada 23 Ogos 2019 Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kekuatan jati diri serta melahirkan pelajar yang bermotivasi. Dengan adanya program
seperti ini, pelajar mampu meningkatkan motivasi untuk terus belajar dan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik. Di samping itu, matlamat program ini ialah memupuk
peribadi pelajar yang mempunyai matlamat dan wawasan hidup.

Keseluruhan pelajar memberikan komen positif terhadap sesi ceramah motivasi yang
disampaikan oleh Puan Hasiah Binti Mahmud kerana telah menerapkan dengan pelbagai tip-tip
untuk mengingat pelajaran yang telah pelajari. Aktiviti santai yang dijalankan juga
menyeronokkan. Pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 juga telah mendapat
pendedahan tentang hala tuju mereka dalam kehidupan yang bergelar pelajar. Puan Hasiah

28 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

juga menasihatkan pelajar supaya mereka menjaga disiplin diri dan maruah keluarga dan
sekolah.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN PROGRAM JATI DIRI 2018

2.4 PEMOHONAN MEMBAIK PULIH LALUAN BERBUMBUNG
PIBG pada tahun 2019 telah berusaha meminta dana daripada pihak YB Shafiee
DUN N43 untuk mebaikpulih laluan berbumbung bagi keselesaan pelajar dan warga sekolah.
Baikpulih laluan berbumbung ini memerlukan dua fasa iatu fasa pertama pada bulan Mac dan
fasa kedua pada bulan September. Sebanyak lebih kurang RM 40 000 dana sumbangan YB ini
digunakan untuk membaikpulih laluan berbumbung ini. Projek pembinaan ini adalah hasil
perbincangan mesyuarat EXCO PIBG yang dibantu oleh pekerja swasta.
GAMBAR-GAMBAR LALUAN BERBUMBUNG

29 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

2.5 SAMBUTAN GAWAI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2019
Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan acara rasmi yang diraikan pada 21 Jun 2019 di Dewan
Terbuka. Ini merupakan program yang melibatkan penglibatan pihak exco PIBG SMK Normah
dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Matlamat utama kerjasama PIBG adalah untuk
memperkasakan penglibatan ibu bapa dan komuniti sebagai rakan yang aktif dalam semua
aktiviti di sekolah.

Matlamat utama daripada program ini adalah untuk mencetuskan kerjasama aktif PIBG
dengan komuniti di sekolah dan di luar sekolah dalam usaha membangunkan modal insan yang
berketrampilan dan berkepimpinan dalam kalangan pelajar untuk mengurus sesuatu program.
Kehadiran Puan Hasiah dan exco pibg yang lain memeriahkan lagi sambutan ini. Pelbagai acara
dan kreativiti daripada pelajar dan guru ditunjukkan dalam acara yang penuh meriah ini. Dengan
adanya penglibatan daripada pihak PIBG, Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan
memberi impak kepada semua warga sekolah. Ia bersesuaian dengan kerangka tranformasi
sekolah yang menglibatkan komuniti secara aktif dalam aktiviti di sekolah.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SAMBUTAN HARI RAYA 2019

30 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

PENUTUP

Sebelum laporan ini saya akhiri, kami pihak persatuan memohon agar semua ibu bapa yang hadir
pada hari ini untuk menjadi lebih proaktif dan memberikan kerjasama yang erat terhadap usaha
membantu mendidik dan memajukan anak-anak pelajar. Bantulah kami terutamanya pihak guru
dalam memperbetulkan sikap para pelajar sekarang yang terlalu enggan menerima nasihat.
Tegurlah dan hukumlah anak-anak tuan puan jika mereka terbukti bersalah dan jangan dibiarkan
kerana jika dibiarkan mereka akan membawa tabiat tersebut ke sekolah. Jika di rumah ibu bapa
pun tidak melakukan apa-apa jika anak-anak melakukan kesalahan, siapalah pula kami pihak
guru di sekolah ingin menghukum mereka jika mereka melanggar kesalahan displin di sekolah.

Sebagai renungan dan peringatan bersama, diharapkan agar ibu bapa tidak mudah
mempercayai kata-kata anak-anak pelajar sekarang sebaliknya rujuklah dahulu dengan pihak
sekolah dan janganlah terus dirujuk kepada pihak lain seperti pihak polis atau para pemberita
yang sememangnya ingin mencari berita sensasi untuk disiarkan kerana kami khuatir akhirnya
nanti tuan puan semua juga yang malu terhadap tindakan tuan puan apabila terbukti anak-anak
tuan puan sememangnya bersalah. Seandainya kami pihak guru yang bersalah, jangan bimbang,
jangan risau, kami pihak guru akan bertanggungjawab.

Dengan laporan ini, saya berharap agar pihak ibu bapa dan guru berani tampil ke
hadapan sebentar nanti dalam menyumbang dan memberikan idea serta buah fikiran di mana
yang sesuai dan fleksibel untuk dijadikan sebagai program pada masa hadapan. Saya selaku
Setiausaha PIBG sessi 2018/2019 sentiasa mengharapkan agar segala kekhilafan dan kesilapan
sepanjang saya memegang jawatan ini dapat dimaafkan atas dasar ketidaksempurnaan saya
sebagai seorang hamba Allah.

Sekian. Terima Kasih

Disediakan oleh:

FATIMAH BINTI RASDA
Setiausaha PIBG
SMK TPDPH Normah, Daro

31 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021

Laporan Kewangan

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)

SMK TPDP HAJAH NORMAH

1. PENYATA KEWANGAN PIBG 2019
2. CADANGAN BELANJAWAN PIBG 2020


Click to View FlipBook Version