The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku yang dihasilkan oleh PAKK 1 dan PAKK 2 IPGM KTAA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHAN KUAN LOONG (IPGM-TENGKUAMPUANAFZAN), 2024-05-30 20:21:57

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

Buku yang dihasilkan oleh PAKK 1 dan PAKK 2 IPGM KTAA

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN PAKK 1 & PAKK 2 Ambilan Jun 2022/2027 EDUP3113 DI SEKOLAH Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan


DI SEKOLAH Psikologi Pembelajaran i


Diterbitkan Oleh Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis, Pahang. PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana pihak mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penerbit. Penerbitan Pertama: 2024 ii eISBN: 978-629-7507-16-3 Hak Cipta Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur Bilangan Halaman: 73


PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Penasihat Chan Kuan Loong Syahidah Haziyah Binti Sulaiman Siti Nor Khalis binti Harun Narasid Azie Ariesyah Binti Ab Aziz Nurul Anis Binti Mohd Yazi Editor Tuan Haji Fazli Bin Mohd Bazin iii


PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Penulis Adhlyn Shaqirah Binti Azman Afifah Hamimi Binti Mohd Zahari Ainul Safiyah Binti Yusoff Aisha Rania Binti Zulkefli Alya Qistina Binti Mohd Azman Amni Zakirah Binti Ahyat Anisah Madihah Binti Adura Azie Ariesyah Bt Ab Aziz Durrah Kaisah Iwani Binti Khairul Nizam Fadlhlin Sakina Binti Mohmmad Fadhli Noor Aunie Atiyah Adilah Binti Mohd Zaimi Mielin Ormilya Voon Nik Nur Qistina Binti Ahmad Rizal Maizatul Najwa Binti Yusof Nor Arisha Nabila Binti Mohd Zamri Normalyna Binti Airolnodin Nur Ainun Fakhriah Binti Faxrurazi Nur Diana Batrisha Darmizi Nur Eisha Irdina Binti Mohd Anuwi Zarina Binti Zakaria Nur Dayana Binti Mohd Zainuri Nurul Aliya Binti Mohd Khairil Akhtar iv


PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Penulis Nur Elisha Maisara Binti Ridzuan Nur Farahliza Binti Abdullah Nurul Anis Binti Mohd Yazi Siti Mashitah Binti Abdullah Noor Hafizul Fadli Bin Noor Azmi Nureen Fadhilah Binti Muhammad Amran Syamimiey binti Khairul Anuwar Siti Hajar Binti Alias Syarah Syafiqah Binti Muda Ummu Hani Binti Adnan Nur Hazirah Binti Mat Ali Nur Sabrina Binti Shaari Nur Shazaliyna Aina Binti Zailani Nur Fathiah Binti Ishak Nurul Ain Binti Abdul Samad Nur Farhana Wafra Binti Mohd Nooraimy Siti Balqis Sakinah Binti Norizan Nuraliesya Saffiyah Binti Abdul Baasith Nurbatrsyia Binti Khairul Adha Ammar Luqman Bin Roslin Nurnasrin Nisa Qaisara Binti Ahmad Noh Wan najwa Farisha Binti Wan Mohammad Iskandaria Zulkarnain Nursyamina Auni Binti Saharizal v


Kata Alu-Aluan Pengarah Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Psikologi Pembelajaran Di Sekolah berjaya diterbitkan. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan editor dan para penulis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang sangat berharga dan akan menjadi rujukan akademik serta memberi manfaat kepada dunia pendidikan negara. Buku ini merupakan kompilasi idea dan maklumat para pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mengandungi 6 Bab yang merangkumi Teori Pembelajaran Behavioris, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran Konstruktivis, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Pembelajaran Humanistik dan Teori Pembelajaran Masa Kini. Setiap bab memberikan penerangan yang terperinci berkenaan Teori dan Aplikasi Teori dalam bilik darjah. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak atas penghasilan buku ini. Semoga lebih banyak buku seperti ini akan dihasilkan pada masa akan datang. Haji Abdullah bin Mohd Yusoff (S.M.P) Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. vi


Sepanjang menjalankan tugas hakiki mengajar, guru sering dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan kompleksiti dalam memahami dan membantu perkembangan pelajar. Justeru, pemahaman tentang psikologi pendidikan menjadi semakin penting kepada guru. Selain daripada dapat mengenal pasti keperluan pelajar, guru seharusnya berupaya melaksanakan strategi yang sesuai dalam membimbing perkembangan dan pembelajaran pelajar. Buku ini mampu menjadi sumber ilmu yang bermanfaat bagi para guru dalam memperbaiki kaedah pengajaran dan menggalakkan perkembangan holistik pelajar. Jadikan ia penyemangat dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. seterusnya membantu meningkatkan profesionalisme. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dalam penyusunan buku ini. Semoga usaha ini membawa impak positif sekaligus pemangkin untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Fazli Mohd Bazin Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. Prakata Penasihat vii


Psikologi pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk landasan pengajaran yang efektif dan pembelajaran yang bermakna bagi setiap murid. Pemahaman tentang psikologi dapat membantu guru menentukan kekurangan setiap murid dan merancang strategi pengajaran yang sesuai. Selain itu, psikologi pembelajaran penting dalam pengembangan keterampilan sosial dan emosional murid seterusnya menciptakan lingkungan belajar yang inklusif, efektif, dan berdaya saing. Buku yang bertajuk Psikologi Pembelajaran di Sekolah ini memberi panduan secara komprehensif kepada mereka secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan, khususnya pelajar dalam bidang pendidikan. Pendekatan baharu yang digunakan dalam buku ini menggabungkan pengetahuan psikologi pembelajaran dengan proses pembelajaran. Kaedah ini dapat membantu guru mencipta pengajaran harmoni yang kuat antara pemahaman psikologi pembelajaran dan implementasi dalam konteks pengajaran di sekolah. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama para pensyarah dan pelajar PAKK 1 dan 2 ambilan 2022/2027 dalam menggembleng tenaga dan mengorbankan masa yang berharga demi menyempurnakan karya yang bernilai ini. Semoga dengan penerbitan buku ini, segala matlamat yang diharapkan dapat dicapai. Chan Kuan Loong Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. Prakata Ketua Editor viii


Buku Psikologi Pembelajaran di Sekolah ini ditulis berdasarkan koleksi idea, maklumat dan bahan kuliah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan. Penerbitan buku ini amat relevan dengan pembelajaran pelajar khususnya kepada bakal guru kerana buku ini membuat kupasan berkenaan teori yang berkait rapat dengan dunia pendidikan. llmu psikologi pembelajaran juga membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Diharapkan buku ini dapat memberi gambaran awal berkenaan dunia pendidikan sebenar yang boleh diaplikasikan oleh bakal guru atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang ini terutamanya cara memahami pembelajaran pelajar dan pelbagai kesukaran serta pengendaliannya. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada para pensyarah dan pelajar PAKK1 dan PAKK2 ambilan 2022/2027 atas usaha dan komitmen tinggi sehingga selesainya penulisan buku ini, Akhir kata, semoga kesempurnaan buku ini boleh memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Syahidah Haziyah binti Sulaiman Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. Prakata Editor ix


Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, Jabatan Ilmu Pendidikan IPGMKTAA telah berjaya menerbitkan buku Psikologi Pembelajaran Di Sekolah dengan usahasama para pelajar, pensyarah yang terlibat. Merangka sebuah pengajaran dalam bilik darjah bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya tidak bergantung kepada isi kandungan pengajaran sematamata, malah satu proses seumpama sebuah perjalanan yang melalui pelbagai cabaran yang memerlukan komitmen seorang pendidik. Sasaran buku Psikologi Pembelajaran Di Sekolah ini untuk membantu para siswa guru mempelajari, mendalami Psikologi Pembelajaran dari aspek teori dan aplikasi teori dalam membuat persediaan sebelum melangkah ke alam ‘mengajar’ sebenar kelak, malah buku ini juga turut membantu para guru dan pembaca di luar sana memantapkan lagi kualiti pengajaran serta peningkatan ilmu dalam bidang pendidikan. Perkongsian info oleh para penulis dalam buku ini cukup bermanfaat, sesuai sebagai sumber rujukan dalam pendidikan. Dengan terhasilnya buku ini dapat memberi kebaikan, kemudahan dan manfaat kepada semua pencinta ilmu. Siti Nor Khalis binti Harun Narasid Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. Prakata Editor x


Isi Kandungan KATA ALU-ALUAN ................................................................ vi PRAKATA .................................................................................... viii ISI KANDUNGAN .................................................................... xi Bab 1 : Teori Pembelajaran Behavioris 1.1 Teori Ivan Pavlov .............................................................. 1 1.2 Teori E. L. Thorndike ..................................................... 4 1.3 Teori B. F. Skinner .......................................................... 8 Bab 2 : Teori Pembelajaran Kognitif 2.1 Teori Wolfgang Kohler ................................................ 13 2.2 Teori Jerome Bruner .................................................... 16 2.3 Teori Robert Gagne ..................................................... 22 2.4 Teori Jean Piaget ......................................................... 27 2.5 Teori David Ausubel ..................................................... 33 Bab 3 : Teori Pembelajaran Konstruktivis 3.1 Teori Jean Piaget ........................................................... 37 3.2 Teori Lev Vygotsky ....................................................... 41 Bab 4 : Teori Pembelajaran Sosial 4.1 Teori Albert Bandura ................................................... 45 Bab 5 : Teori Pembelajaran Humanistik 5.1 Teori Albraham Maslow .............................................. 51 5.2 Teori Carl Rogers............................................................. 59 Bab 6 : Teori Pembelajaran Masa Kini 6.1 Teori Pembelajaran George Simens ................... 63 BARISAN EDITOR DAN PENULIS ............................... 71 xi


Teori Pembelajaran Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 BAB 1 Amni Zakirah binti Ahyat, Nur Eisha Irdina binti Mohd Anuwi, Maizatul Najwa binti Yusof Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 1 1.1 Teori Pembelajaran Behavioris:Ivan Pavlov 1.1.1 Teori Ivan Pavlov Teori pembelajaran behavioris merupakan suatu teori yang menekankan interaksi seseorang individu terhadap persekitarannya. Teori ini memberi keutamaan kepada keupayaan fizikal. Hal ini disebabkan oleh kepercayaan ahli behavioris bahawa pembelajaran adalah anjakan tingkah laku seseorang individu dalam keadaan tertentu. Terdapat dua kategori teori behaviorisme iaitu pelaziman operan dan pelaziman klasik. Menurut teori pelaziman klasik Ivan Pavlov, pembelajaran dibentuk oleh korelasi rangsangan dan gerak balas. Terdapat beberapa konsep yang diketengahkan oleh Pavlov iaitu rangsangan bersyarat, rangsangan tidak bersyarat, reaksi bersyarat dan penguatan. Rangsangan bersyarat merupakan rangsangan neutral yang diberikan bagi memberikan sesuatu reaksi. Rangsangan tidak bersyarat pula ialah suatu penguatan terhadap rangsangan bersyarat tadi. Reaksi bersyarat atau conditioned response merupakan reaksi yang dilaksanakan secara sendiri hasil dari rangsangan yang diberikan. Rajah 1: Eksperimen Ivan Pavlov Eksperimen yang dilakukan oleh Ivan Pavlov adalah berkenaan anjing yang dirangsang untuk menghasilkan sesuatu tingkah laku yang baru. Hal ini kerana anjing tersebut dirangsang untuk melelehkan air liur mereka apabila bunyi loceng diberikan yang menandakan waktu anjing tersebut untuk menerima makan. Apabila perkara ini dipraktikkan beberapa kali, bunyi loceng tersebut adalah suatu alat pemanggil kepada anjing tersebut untuk makan sekaligus merangsang air liur mereka secara automatik. Kesannya, air liur tersebut masih dikeluarkan oleh anjing apabila dibunyikan loceng walaupun makanan anjing itu tidak disediakan. Hal ini membuah suatu teori pelaziman klasik yang menjelaskan bahawa perkaitan antara dua rangsangan menghasilkan gerak balas daripada rangsangan yang diterima oleh seseorang. Menurut Rosly et. al. (2024) prinsip pelaziman Pavlov yang diketengahkan melalui teori ini ialah generalisasi, diskriminasi, dan penghapusan.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 2 1.1.2 Masalah yang Dihadapi Salah satu masalah yang sering dihadapi dalam menerapkan Teori Pavlov dalam pengajaran adalah kesulitan dalam memberikan penguatan yang efektif kepada pelajar untuk memastikan pengulangan tingkah laku yang diinginkan secara konsisten. Sebagai contoh, pelajaran ulangkaji sering hanya dilakukan oleh pelajar menjelang musim ujian, dan perilaku tersebut cenderung hilang setelah ujian selesai. Masalah ini terjadi kerana pelajar hanya merespons stimulus (ujian) dan tidak mempertahankan perilaku belajar secara konsisten. Akibatnya, pelajar dapat mengalami kekangan waktu yang signifikan saat mengulangkaji secara terburu-buru, yang seringkali tidak mempunyai pemahaman yang mendalam atas kandungan pelajaran. Hal ini mencerminkan tantangan umum di sekolah terkait dengan masalah dalam memotivasi pelajar untuk belajar secara konsisten di luar situasi tertentu, seperti ujian, sehingga mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran. Dalam konteks ini, ujian sebagai stimulus yang merangsang tingkah laku pengulangan belajar dapat dikaitkan dengan Teori Pavlov tentang pelaziman klasik. Menurut Teori Pavlov, stimulus neutral seperti peperiksaan dapat menjadi stimulus yang dikaitkan dengan stimulus lain yang alami misalnya, pembelajaran dan persiapan untuk menghasilkan respon yang diinginkan iaitu ulangkaji pelajaran. Namun, masalah timbul ketika ulangkaji pelajaran hanya terjadi saat ujian mendekat, ini menunjukkan bahawa respons belajar tidak dihasilkan secara konsisten tanpa stimulus ujian. Hal ini menunjukkan bahawa pembentukan ulangkaji pelajaran belum mencapai tahap yang diinginkan dalam pelaziman klasik. Oleh itu, penting bagi pelajar untuk menetapkan tujuan yang jelas dan mengorganisasi waktu dengan baik, seperti yang disarankan oleh Teori Pavlov, untuk meningkatkan konsistensi dan efektiviti respon belajar. Dengan melakukan persiapan awal dan mengulang kaji secara teratur, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan lebih siap menghadapi situasi ujian tanpa bergantung pada stimulus eksternal seperti ujian. Prinsip pelaziman Pavlov boleh digunakan di dalam bilik darjah, di mana pengajar mesti menyampaikan rangsangan kepada pelajar untuk memerhatikan reaksi mereka. Sebagai contoh, apabila pengajar memberikan pujian (stimulus/rangsangan) kepada murid mereka setiap kali murid tersebut mencapai hasil yang positif (gerak balas). Di dalam bilik darjah, generalisasi boleh berlaku apabila pelajar memberikan jawapan yang seperti yang diharapkan. Jawapan tersebut biasanya umum menjurus pemikiran atau bayangan yang sama apabila mendapat rangsangan yang sama. Contohnya, murid yang mempunyai pengalaman belajar bersama guru matematik yang garang menganggap semua guru mata pelajaran tersebut mempunyai sifat yang sama. Seterusnya, guru haruslah membahagikan pelajar mengikut aras kefahaman mereka agar dapat bertukar pendapat sesuai dengan perkembangan mereka. Hal ini kerana, gaya pembelajaran seseorang adalah berbeza mengikut personaliti mereka. Sehubungan dengan itu, Sekiranya peneguhan tidak diberikan, maka penghapusan mungkin akan berlaku. Ini menunjukkan bahawa jika sesuatu tingkah laku tidak dikukuhkan, maka tingkah laku tersebut yang selama ini dipraktikkan akan terhapus begitu sahaja. Oleh itu, guru haruslah menggunakan pendekatan pelaziman Pavlov agar menyediakan pendekatan yang inklusif dalam setiap bilik darjah.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 3 Rujukan 1.1.3 Aplikasi Teori Teori yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov ini mampu dilaksanakan di dalam bilik darjah melalui pelaksanaan prinsip pelaziman di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Ariane et al. (2023), guru dapat melaksanakan prinsip ini melalui penyediaan syarat tertentu untuk memudahkan pembelajaran, seperti dalam proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, untuk mendapatkan nilai tambahan murid perlu melaksanakan arahan guru. Apabila murid melaksanakan sesuatu tersebut berulang kali, mereka akan bertanggapan bahawa setiap kali mengalami situasi yang sama mereka seharusnya bertindak sedemikian. Selain itu, nilai tambahan ini juga dapat diklasifikasikan sebagai ganjaran. Hal ini penting bagi menjamin proses pembelajaran yang berkesan kerana mampu meningkatkan motivasi murid. Ini penting agar murid lebih aktif, fokus dan percaya akan kemampuan diri sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Sebagai guru, kita seharusnya memberikan penghargaan langsung berbentuk pujian atau stimulus tambahan seperti motivasi dan sokongan apabila murid berjaya menunjukkan respon seperti yang diingini. Di samping itu, menjadi satu keperluan bagi kita sebagai guru untuk peka akan masa belajar pelajar. Hal ini telah menjadi salah satu kekurangan yang dapat kita lihat dalam pengaplikasian teori Pavlov ini. Menurut Ariane et al., (2023), pelajar yang belajar bahasa Arab disarankan mengulangkaji pembelajaran itu pada waktu pagi cenderung supaya otak mereka dapat bertindak balas dengan lebih cepat terhadap rangsangan guru berbanding mereka belajar pada waktu petang. Hal ini kerana ketika di waktu petang, murid telah melalui beberapa kelas pembelajaran yang lain. Hal ini menyebabkan mereka mungkin kepenatan dan tidak mampu untuk kekal fokus di dalam kelas. Perasaan penat ini juga boleh mengakibatkan prinsip pelaziman yang cuba dijalankan menjadi kurang berkesan. Oleh itu, guru perlu menekankan mengenai masa sesuai pada setiap subjek pembelajaran mereka agar prinsip pelaziman dapat dilakukan oleh para pelajar. Nafila, A., Utami, D., & Mardani, D. (2023). Teori Belajar Behaviorisme Ivan Pavlov Implikasinya Rosly Kayar, Kamisah Buang, & Faridah Mohd Sopan. (2024). Psikologi Pembelajaran. dalam Pembelajaran Bahasa Arab Siswa Madrasah Tsanawiyah Negeri. Journal on Education, 5(4), 12332–12344. https://doi.org/10.31004/joe.v5i4.2207 Percetakan Jiwabaru


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Nurul Anis binti Mohd Yazi, Nur Elisha Maisara binti Ridzuan, Nur Farahliza binti Abdullah & Siti Mashitah binti Abdullah. Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 4 1.2 Teori Pembelajaran Behavioris:E.L. Thorndike 1.2.1 Teori E.L. Thorndike Edward Lee Thorndike menyatakan bahawa belajar ialah proses interaksi antara stimulus dan respon (Asfar et. al., 2019). Dalam erti kata lain, belajar merupakan suatu perubahan dalam kemampuan pelajar untuk bertingkah laku dengan cara yang baharu sebagai hasil interaksi antara rangsangan dan tindak balas. Oleh hal yang demikian, seseorang akan menunjukkan perubahan dalam tingkah laku setelah mempelajari sesuatu. Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu hukum kesediaan (Law of Readiness), hukum latihan (Law of Exercise) dan hukum kesan (Law of Effect). Beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan. Hukum kesediaan merupakan perkara yang penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Misalnya, seseorang murid perlu mempunyai persiapan rapi sebelum memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas. Hukum latihan pula menerangkan bahawa hubungan antara rangsangan dan tindak balas akan bertambah kukuh sekiranya pengukuhan kerap kali diberikan. Di samping itu, hukum kesan Thorndike menyatakan bahawa tingkah laku yang disusuli dengan ganjaran atau peneguhan lebih berkemungkinan untuk diulangi pada masa akan datang. Manakala, tingkah laku yang diberikan hukuman berkemungkinan untuk semakin berkurang dan tidak diulangi pada masa akan datang. Sebagai contoh, guru memberikan motivasi kepada murid untuk menghantar tugasan mengikut waktu yang ditetapkan dengan menggunakan token ekonomi. Hal ini menyebabkan murid lebih bersemangat dan kekal berminat untuk menyiapkan tugasan yang diberi. 1.2.2 Masalah yang Dihadapi Pencapaian akademik pelajar adalah sesuatu perkara yang diperoleh melalui usaha dan ketekunan individu terhadap penguasaan ilmu atau kemahiran yang dipelajarinya (Hafizah, 2015). Kerajaan sangat komited terhadap pendidikan demi merealisasikan sebuah negara yang maju. Namun begitu, terdapat masalah yang dihadapi oleh sekolah iaitu ramai pelajar semakin kurang tumpuan dan minat dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan penggerak utama untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan dari segi pengajaran dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memastikan pelajar sekolah memperoleh hasil-hasil pembelajaran yang maksimum. Pemilihan kaedah pembelajaran turut mempengaruhi tahap daya tumpuan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (Hasmiza Yaakob et al., 2023). Oleh itu, para guru perlulah kreatif serta inovatif dalam memastikan sistem penyampaian menjadi menarik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat pelajar untuk belajar.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 5 Guru boleh mengaplikasikan teori pembelajaran Behavioris oleh E.L. Thorndike dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teori Thorndike menekankan mengenai proses rangsangan dan tindak balas dalam pembelajaran. Dalam proses pembelajaran, Thorndike mengetengahkan prinsip di mana pembelajaran memerlukan latihan dan ganjaran. Rangsangan daripada guru dalam bentuk pujian mahupun ganjaran akan menghasilkan tindak balas yang diingini. Misalnya, bagi mengekalkan kesungguhan pelajar di dalam kelas, guru haruslah memberi stimulus berbentuk pujian atau pengiktirafan setiap kali pelajar terlibat aktif dalam sesi PdP. Bagi mengurangkan tindak balas tidak diingini pula, guru boleh memberi hukuman setiap kali pelajar berkelakuan buruk. Walau bagaimanapun, senario ini akan mengakibatkan pelajar terlalu bergantung kepada guru untuk belajar di mana mereka tidak akan berusaha sendiri bagi melakukan sesuatu perkara. Walhal, pembelajaran seharusnya bermula dari dalam diri seseorang pelajar itu sendiri. Hal ini dapat dikaitkan dengan motivasi intristik (dalaman) serta ekstrinsik (luaran). Seseorang pelajar yang mempunyai tahap motivasi intristik yang tinggi seharusnya memiliki keinginan kendiri untuk meningkatkan potensi melalui belajar tanpa sentiasa mengharapkan ganjaran daripada orang lain. Demikian itu, amatlah tidak wajar sekiranya guru menjadikan ganjaran atau pengiktirafan yang merupakan sumber motivasi ekstrinsik sebagai satu-satunya cabang untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Ini kerana motivasi intristik lebih kuat berbanding motivasi ekstrinsik kepada pelajar (Nasrul Fuad Erfansyah, 2021). 1.2.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, aplikasi teori pembelajaran Behavioris oleh Edward Lee Thorndike memainkan peranan penting dalam membentuk strategi pembelajaran yang berkesan. Prinsip-prinsip Behavioris menekankan interaksi antara rangsangan (stimulus) dan tindak balas (response) dalam proses pembelajaran, serta pentingnya penguatan positif dan pengurangan tindak balas yang tidak diingini. Menurut teori behaviorisme belajar merupakan perubahan tingkah laku, dimana ciri perubahan tingkah laku berdasarkan paradigma S-R (stimulus-respon), iaitu proses yang memberikan respon tehadap sesuatu yang terjadi dan proses tersebut terjadi atas beberapa unsur dorongan (Muhammad Soleh Hapudin, 2021). Salah satu aspek penting dari teori Behavioris adalah pujian dan ganjaran. Penting bagi guru memberikan pujian dan ganjaran kepada pelajar setiap kali mereka terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Contohnya, dalam sesi pembelajaran matematik, seorang pelajar berjaya menyelesaikan soalan latihan dengan betul dan memberi jawapan yang tepat. Guru boleh memberikan pujian kepada pelajar tersebut di hadapan kelas bagi mengakui usaha dan kecekapan pelajar tersebut. Dalam hal ini, ia dapat memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya serta memberi contoh positif kepada pelajar lain untuk berusaha keras.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 6 Apabila seorang pelajar menerima ganjaran atau mencapai prestasi belajar yang memuaskan, ia akan mendorongnya untuk mengulangi atau melanjutkan respon serta tindakan yang sama. Ini disebabkan mereka memahami apa yang dilakukannya akan membawa kepada ganjaran atau kejayaan (Ibrahim & Muhsyanur, 2022). Oleh itu, pujian dan ganjaran ini berperanan sebagai penguatan positif supaya tingkah laku tersebut akan berulang di masa depan serta memotivasi pelajar untuk berusaha lebih keras dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dalam pelbagai subjek. Selain itu, hukuman juga merupakan aspek penting dalam teori Behavioris. Hukuman digunakan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Guru perlu memastikan bahawa hukuman yang diberikan sejajar dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki tingkah laku mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar berulang kali mengganggu kelas dan rakan yang lain dengan kelakuan yang tidak sesuai. Setelah beberapa teguran, guru memberikan hukuman ringan seperti pelajar lewat 5 minit untuk pergi berehat. Hukuman ini bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku tidak diingini dan memberi kesan kepada pelajar bahawa tindakan tersebut tidak dapat diterima dalam konteks pelajaran. Namun demikian, penggunaan hukuman yang tidak sesuai atau berlebihan boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap motivasi dan persepsi diri pelajar. Oleh itu, penting untuk guru menggunakan hukuman dengan bijaksana dan berhati-hati agar tidak memberi kesan negatif terhadap pelajar. Secara keseluruhannya, aplikasi teori Behavioris dalam bilik darjah memiliki pelbagai implikasi positif yang dapat membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pencapaian pelajar. Dengan memahami dan mengaplikasikan dengan teliti prinsip-prinsip Behaviors dalam bilik darjah, guru dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang sihat dan kompetitif yang akan memberi dorongan kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan mencapai pencapaian akademik yang tinggi di samping mencipta persekitaran pembelajaran yang bermotivasi terhadap perkembangan pelajar. Rujukan Asfar, A. M. I. T., Asfar, A. M. I. A., & Halamury, M. F. (2019). Teori behaviorisme. Makasar: Hafizah Abdul Razak. (2015). Hubungan Antara Big Five Terhadap Pencapaian Akademik Hapudin, H. M. S. (2021). Teori belajar dan pembelajaran: menciptakan pembelajaran yang kreatif dan efektif. Prenada Media. Hasmiza Yaakob, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Abdul Rashid Abdul Aziz, & Mohd Ropizam Program Doktoral Ilmu Pendidikan. Universitas Negeri Makassar. Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Mohamad Zainun. (2023). Masalah Pembelajaran Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dalam Mata Pelajaran Sains. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(1), 22–35. Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 7 Ibrahim dan Muhsyanur, Psikologi Pendidikan (Suatu Stimulus Pemahaman Awal), Jawa Barat: Forum Silaturahmi Doktor Indonesia (FORSILADI), 2022 Kiki Mardiyani (2022). Tujuan dan Penerapan Teori Behaviorisme dalam Pembelajaran. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Kearifan Lokal (JIPKL) Vol. 2 No. 5 September 2022, Hal. 260-271. e- ISSN: 2964-0687 https://jipkl.com/index.php/JIPKL/article/view/30/33 Nasrul Fuad Erfansyah. (2021). Upaya Meningkatkan Semangat Belajar Murid Berbasis Motivasi. Al-Ifkar: Jurnal Pengemabangan Ilmu Keislaman. 16(2), 147-166. http://ejournal.kopertais4.or.id/mataraman/index.php/ifkar/article/view/4655


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Mielin Ormilya Voon, Fadlhlin Sakina binti Mohmmad Fadhli, Nor Arisha Nabila binti Mohd Zamri Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 8 1.3 Teori Pembelajaran Behavioris:B.F. Skinner 1.3.1 Teori B.F. Skinner B. F. Skinner (1904-1990) merupakan ahli psikologi dari Amerika yang terkenal dengan teori behaviorisme. Pada tahun 2002, beliau telah diiktiraf dan dikenali sebagai ahli psikologi yang berpengaruh pada abad ke-20.Teori Behaviorisme adalah salah satu pendekatan dalam psikologi yang menekankan pada perilaku yang dapat diamati dan diukur secara objektif. Teori ini berpendapat bahawa perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran dan lingkungan eksternal, pembelajaran dan pengalaman serta menekankan pentingnya stimulus dan respons dalam membentuk perilaku. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan dengan fizikal. Ini adalah kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku cara seseorang. Menurut Skinner, perubahan tingkah laku perlu diperhatikan dalam jangka masa yang panjang. BF Skinner menggunakan eksperimen yang dipanggil sebagai Kotak Skinner. Skinner telah menjalankan tiga eksperimen bagi membuktikan hipotesis beliau yang berpendapat bahawa manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Pada eksperimen pertama, seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner. Di dalam kotak tersebut terdapat sebuah mangkuk disambungkan kepada alat penekan. Jika alat itu dipijak maka makanan akan disalurkan ke mangkuk tersebut. Tikus yang kelaparan tersebut berlari-lari di dalam kotak untuk mencari makanan. Apabila tikus tersebut terpijak alat penekan lalu makanan disalurkan ke dalam mangkuk. Tindakan yang berulang kali tersebut telah disedari tikus tentang cara memperoleh makanan. Pada peringkat ini, tikus telah mempelajari cara memperolehi makanan dengan memijak alat penekan tersebut. Pada eksperimen kedua, Skinner memutuskan hubungan mangkuk dengan alat penekan. Di dinding bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan untuk kajian selanjutnya. Melalui eksperimen ini, ia dapat menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujudnya ganjaran. BF Skinner juga telah memperkenalkan konsep peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan kata-kata pujian selepas pelajar membuat sesuatu perkara. Hal yang demikian supaya perlakuan itu diulangi


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 9 Peneguhan positif yang diberikan oleh guru sedikit sebanyak dapat mendorong murid untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi. Peneguhan positif juga dapat mendorong pelajar untuk meningkatkan perilaku yang positif dan baik. Peneguhan positif perlu diberikan dengan jelas dan sistematik. Peneguhan negatif pula dapat dielakkan dengan menggunakan proses dendaan atau tatacara yang boleh mengurangkan pengulangan tingkah laku yang tidak diingini. Menerusi proses dendaan, pelajar dapat mengetahui tujuan dia dihukum. Peneguhan negatif juga akan kekal ditunjukkan jika tiada tindakan yang dilakukan oleh individu kepada individu terbabit. Rajah 2: Eksperimen B.F. Skinner atau diperkuatkan lagi. Sebagai contoh, guru memberikan murid hadiah atau kata pujian jika mereka dapat menjawab soalan dengan baik dan betul. Dengan itu, kanak-kanak akan sentiasa membuat ulang kaji agar dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru agar mendapat ganjaran daripada guru. Seperti yang kita ketahui, murid akan lebih bersemangat jika guru memberikan ganjaran kepada mereka jika mereka melakukan sesuatu yang baik. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar untuk menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi. Peneguhan negatif pula ialah rangsangan yang mewujudkan keadaan yang tidak selesa selepas tingkah laku ditunjukkan. Sebagai contoh, seorang pelajar dimarahi oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 10 1.3.2 Masalah yang dihadapi Masalah 1: Pelajar mempunyai masalah tingkah laku, motivasi dalam pembelajaran dan kemahiran pembelajaran. Pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku dan hilang motivasi dalam pembelajaran memberi impak yang negatif kepada usaha mereka dalam mencapai potensi yang maksimum dalam pendidikan. Oleh kerana masalah tingkah laku memberi dan meliputi imej dan perilaku yang negatif, tidak patuh atau menghadapi gangguan lain yang mengganggu pembelajaran dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara punca berlakunya masalah tingkah laku ialah faktor daripada masalah keluarga, masalah kesihatan mental dan masalah sosial. Disebabkan faktor ini maka wujudnya pengurangan motivasi dalam melakukan tugas sebagai belajar. Motivasi yang rendah dapat menghambat kemampuan pelajar untuk belajar dengan baik. Oleh kerana mereka telah tidak mempunyai minat untuk belajar jadi tugasan bahan pembelajaran yang diberi guru tidak dihiraukan. Antara kesan yang dapat kita lihat dari masalah tingkah laku ialah lahirnya pelajar yang tiada kepercayaan diri kerana tidak mendapat dukungan dan dorongan yang penuh dari lingkungannya lebih-lebih lagi dari ibu bapa. Seperti yang kita tahu, segelintir masyarakat akan tidak bergaul dan memandang hina kepada pelajar yang bermasalah jadi mereka akan terus berada dalam kepompong kegelapan dan tidak akan berubah. Dalam aspek kemahiran pembelajaran, mereka akan hilang kemampuan mengatur waktu, mengatasi cabaran dalam hidup dan kemampuan mereka belajar secara kendiri. Pelajar yang mengalami kesulitan dalam kemahiran pembelajaran mungkin akan susah mengingati dan memahami penyampaian ilmu pengetahuan dan maklumat dalam kelas oleh guru. Oleh itu, sebagai orang tua dan pendidik adalah penting untuk memahami keadaan ini dan menganalisis dan mengidentifikasikan strategi yang tepat untuk mengatasi masalah mereka dan mencapai kejayaan dalam pendidikan. Masalah 2: Tingkah laku pelajar dipengaruhi oleh persekitaran pembelajaran, terutamanya peranan dan kepribadian pendidik. Tingkah laku pelajar dipengaruhi oleh persekitaran pembelajaran terutamanya peranan dan kepribadian pendidikan. Hal ini kerana pelajar secara semulajadi merespons dan bereaksi terhadap persekitaran mereka. Individu yang mereka banyak habiskan masa bersama ialah guru. Oleh itu mereka menganggap guru sebagai model perilaku. Pelajar cenderung meniru perilaku yang mereka lihat dari guru di sekitar mereka. Jika guru menunjukkan sikap positif dan perilaku baik maka pelajar pun akan bertindak mengikuti perkara yang sama. Selain itu, keperibadian pendidikan menyumbang kepada hubungan interpersonal antara pendidik dan pelajar. Pendidik yang mempunyai kepribadian yang hangat, ramah dan empati cenderung membina hubungan yang lebih baik dengan pelajar. Oleh itu, kita dapat mengambil langkahlangkah untuk menciptakan persekitaran yang mendukung dan memotivasikan pelajar untuk belajar dan berkembang secara positif.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 11 1.3.3 Aplikasi Teori Menerapkan amalan peneguhan positif Dengan menerapkan konsep ganjaran dalam kelas, ia akan meningkatkan motivasi pelajar. Hal ini kerana mereka mempunyai tujuan dan semangat untuk mencapai objektif pembelajaran. Sebagai contoh, guru memberikan ganjaran untuk pulang awal sekiranya dapat menyiapkan tugasan mengikut arahan yang betul. Pada masa yang sama, mereka menjadi lebih semangat dan teliti dalam menyiapkan tugasan dengan tepat. Selain peneguhan yang berbentuk ganjaran, peneguhan juga boleh dibuat daripada segi memberi pujian kepada pelajar yang berjaya untuk menyiapkan tugasan. Guru juga boleh memberi perhatian kepada usaha pelajar bukan sahaja pencapaian mereka. Hal ini kerana usaha juga akan membuahkan hasil yang baik dan akan memakan masa. Oleh itu, pelajar perlu menikmati proses pembelajaran mereka. Penguatan Negatif Dengan menerapkan konsep oleh B.F. Skinner juga, dapat menghilangkan tingkah laku negatif oleh pelajar. Contohnya dengan menghukum atau ‘punishment’. Walaupun bukan pilihan yang utama dalam pendekatan Skinner, namun hukuman ini dapat digunakan sebagai upaya untuk mengurangkan gejala salah laku pelajar. Guru juga boleh menggabungkan ‘punishment’ dengan penguat positif agar lebih efektif. Membentuk Sahsiah Mulia Konsep B.F Skinner juga amat mementingkan pembentukan tingkah laku yang mulia. Tingkah laku yang mulia tersebut perlu diterapkan oleh guru dan juga ibu bapa sejak dari awal peringkat kanak-kanak lagi. Oleh itu, menggunakan pendekatan B.S. Skinner juga dapat membentuk keterampilan yang baik dengan mengaplikasikan konsep shaping dalam komunikasi antara guru dan kanak-kanak. Menggunakan penguatan untuk membentuk perilaku kompleks dengan memperkuatkan perilaku yang semakin mendekati perilaku yang diinginkan. Sebagai contoh dengan memberikan pujian kepada pelajar yang mencuba menjawab pertanyaan bahkan jika jawapan yang diberikan salah guru tetap memberi pujian. Hal ini supaya dapat merangsang mereka untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Teori Pembelajaran BAB 1 Behavioris Teori Pembelajaran Behavioris 1 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 12 Rujukan MSEd, K. C. (2023, March 12). B. F. Skinner's Life, Theories, and Influence on Psychology. Verywell Mind. https://www.verywellmind.com/b-f-skinner-biography-1904-1990- 2795543#toc-biography-of-b-f-skinner Pelaziman Operan. (2011, October 29). Pedagogi Dalam Pendidikan. https://pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-operan/ Murniyati, M., & Suyadi, S. (2021). Penerapan teori belajar behavioristik Skinner dalam pembelajaran baca tulis Al-Qur’an. DOAJ (DOAJ: Directory of Open Access Journals). https://doi.org/10.47200/ulumuddin.v11i2.895 Andriani, K. M., Maemonah, & Wiranata, R. R. S. (2022). Penerapan Teori Belajar Behavioristik B. F. Skinner dalam Pembelajaran : Studi Analisis Terhadap Artikel Jurnal Terindeks Sinta Tahun 2014 - 2020. Saliha, 5(1), 78–91. https://doi.org/10.54396/saliha.v5i1.263


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Noor Hafizul Fadli bin Noor Azmi , Nureen Fadhilah binti Muhamaad Amran, Syamimey binti Khairul Anuwar & Siti Hajar binti Alias Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 13 2.1 Teori Pembelajaran Kognitif :Wolfgang Kohler 2.1.1 Teori Wolfgang Kohler Teori pembelajaran merupakan satu prinsip yang digunakan untuk menjelaskan kepada seseorang mengenai pemerolehan pengetahuan, keterampilan dan sikap melalui proses belajar. Wolfgang Kohler merupakan seorang tokoh dalam teori pembelajaran kognitif. Beliau juga merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang terpenting dalam teori pembelajaran iaitu Teori Pembelajaran Berwawasan yang disebut sebagai teori Gestalt. Konsep utama teori Kohler adalah "insight learning" atau pembelajaran dengan wawasan. Kohler berpendapat pemahaman tiba-tiba biasa terjadi saat individu menghadapi masalah atau situasi baru, di mana mereka secara tiba-tiba menyedari penyelesaian yang sebelumnya tidak pernah guna. Ini menunjukkan bahwa proses pembelajaran melibatkan lebih dari sekadar mengasosiasikan stimulus dengan respons; melainkan, melibatkan pemahaman mendalam yang mungkin melibatkan penstrukturan pemikiran atau pemecahan masalah secara kreatif. Selain itu, teori Kohler menunjukkan pentingnya melihat situasi secara holistik, sebagai keseluruhan yang lebih besar. Ini bermaksud, dalam memahami suatu konsep atau masalah, individu tidak hanya memproses informasi secara terpisah, tetapi juga mempertimbangkan hubungan antara pelbagai elemen. Dengan itu, pemahaman menjadi lebih lengkap dan berwawasan. Teori Kohler juga menekankan kemampuan untuk memindah pemahaman dari satu situasi ke situasi lain. Ketika seseorang memahami suatu konsep atau masalah dalam satu konteks, mereka dapat menerapkan pemahaman itu dalam konteks yang berbeza, yang menyokong fleksibel pemikiran dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah secara efektif dalam pelbagai situasi. Teori pembelajaran Gestalt merupakan satu pembelajaran yang bukan sekadar rangsangan dan respon, namun begitu ia merupakan satu pemahaman mengenai suatu masalah yang dapat memberikan satu kesimpulan baru yang lebih berwawasan. Teori gestarl melihat pembelajaran sebagai proses pemahaman yang berbeza dengan teori-teori yang lain dimana teori ini melihat kaedah pembelajaran dengan menggunakan pemahaman. Ia mampu memahami maksud saling perhubungan antara satu sama lain. Contohnya, seseorang perlu mencari penyelesaian atau kaedah untuk menyelesaikan masalah dan ia mesti memikirkan semua aspek yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan menyelaraskan segala-galanya secara kognitif dengan kaedah lain sehingga masalah tersebut dapat diselesaikan. Selepas seseorang dapat mencari penyelesaian masalah tersebut, ia boleh memahami masalah tentang kejadian itu. Ini menunjukkan bahawa, seseorang dapat menerapkan pemahaman dalam memahami sesuatu peristiwa dalam situasi dan keadaan yang lain.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 14 Namun, Wolgang Kohler telah mengetengahkan eksperimen terhadap cimpanzi dalam teori pembelajarannya. Hal ini kerana melalui eksperimen keempat beliau,beliau telah menggunakan cimpanzi, sangkar, pisang dan kotak sebagai penyelidikannya. Namun, Kohler telah menambah dua kotak lagi dan jumlah kotak yang digunakan adalah sebanyak lima kotak. Pada awalnya, cimpanzi mencuba untuk mencapai pisang menggunakan satu kotak sahaja namun gagal mencapainya. Cimpanzi mendapat idea baru untuk menambah kotak.Cimpanzi menyusun kotakkotak itu sehingga tingga tinggi dan memanjat atas kotak-kotak tersebut untuk mencapai pisang yang terdapat di dalam sangkar. Kesimpulannya, Eksperimen Kohler ini membuktikan bahawa cimpanzi mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan pemahaman tentang pengalaman lepas. 2.1.2 Masalah yang dihadapi Belajar merupakan proses interaksi antara individu dengan persekitaran (Djamarah, 2010). Setiap pembelajaran yang dilakukan sentiasa memberi makna kepada para pelajar. Ini bermakna setiap ilmu yang pelajar perolehi akan sentiasa diingati hingga akhir hayat. Malahan proses pembelajaran dipengaruhi oleh individu sendiri atau persekitaran seperti keluarga atau persekitaran sosial (Arifin, 2013). Pada masa yang sama, pembelajaran berdasarkan teori Gestalt dalam pandangan tokoh Wolfgang Kohler ialah pemahaman dalam bentuk spontan mengenai hubungan antara masalah dan penyelesaian. Dalam kata lain, kemahiran penyelesaian yang betul ketika muncul dimana-mana dan berulang untuk proses penyelesaian masalah seterusnya. Seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang terdapat pada manusia akan membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Masalah yang sentiasa dihadapi oleh guru di dalam kelas berdasarkan teori Kohler ialah para pelajar mengalami masalah dalam memahami sesi pembelajaran dengan baik. Ini kerana pelajar tidak bersedia untuk menjalani sesi pengajaran secara fizikal atau mental menyebabkan proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar. Sikap seorang pelajar yang cemerlang ialah sentiasa bersedia menimba ilmu dimana sahaja dia berada. Bagi pelajar yang celik akal, dia akan dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Ini kerana celik akal dapat membantu murid mencipta cara untuk mengingati sesuatu yang dipelajari. Selain itu, kesukaran dalam mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi langsung. Ini dikatakan kerana pelajar cenderung mengalami masalah dalam memindahkan pemahaman mereka kepada situasi atau konteks tertentu. Ini menunjukkan keperluan untuk pelajar bentuk pembelajaran yang akan memudahkan pemindahan pengetahuan. Tambahan lagi teori kognitif Kohler dapat terkenal dengan beberapa eksperimen yang telah beliau laksanakan. Ini dapat menyukarkan pelajar untuk memahami secara abstrak. Kesukaran dalam mengaitkan eksperimen tersebut dengan pengalaman sebenar dan contoh konkrit mungkin dapat membantu namun tidak semua pelajar dapat memahaminya dengan mudah.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 15 2.1.3 Aplikasi teori pembelajaran Masalah-masalah yang digambarkan dalam pembelajaran sejajar dan berkait rapat dengan pendekatan Gestalt. Gestaltisme menganggap pembelajaran sebagai proses penyelesaian masalah. Oleh itu, guru boleh menggalakkan pembelajaran melalui penyelesaian masalah, yang melibatkan penggunaan pemikiran kreatif dan pemecahan masalah yang menghasilkan pemahaman yang mendalam. Selain itu, pemahaman menyeluruh atau holistik juga merupakan konsep utama dalam teori Gestalt, mengakui bahawa pengalaman individu adalah subjektif dan dipengaruhi oleh faktor kontekstual dan peribadi. Menekankan kepentingan mempertimbangkan konteks dan hubungan antara elemen yang berbeza dalam membentuk pemahaman yang lebih baik. Dalam masalah yang dinyatakan, guru boleh membangunkan pengalaman pembelajaran yang merangkumi pelbagai aspek, menyediakan peluang untuk pengalaman langsung, refleksi, dan aplikasi. Menggunakan contoh konkrit dapat membantu pelajar dalam memahami konsep-konsep abstrak. Guru boleh menghubungkan konsep-konsep akademik dengan pengalaman sehari-hari atau situasi nyata yang berkait bagi pelajar. Pembelajaran aktif juga ditekankan dalam teori Gestalt, merujuk kepada pandangan bahawa pembelajaran berkesan berlaku apabila individu terlibat secara langsung dalam meneroka dan menyelesaikan masalah. Ini bermaksud bahawa pelajar itu sendiri akan berusaha mencari penyelesaian untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Contohnya, guru-guru perlu sentiasa menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat tentang sebarang isu yang dibincangkan jika mereka tidak fahami subjek tersebut. Rujukan Arifin, B. (2013). On the competitiveness and sustainability of the Indonesian agricultural export commodities. On the Competitiveness and Sustainability of the Indonesian Agricultural Export Commodities, 81-100. Djamarah, S. B., & Zain, A. (2010). Strategi belajar mengajar. Fauzi, A., & Karneli, Y. (2022). Penerapan Teori Gestalt Dalam Pemahaman Pembelajaran Siswa Di Sekolah. Algebra: Jurnal Pendidikan, Sosial dan Sains, 2(1), 33-37. https://ejournal.yana.or.id/index.php/algebra/article/view/71 Mab. (n.d.). TEORI CELIK AKAL KOHLER. https://teorikognitif-mab.blogspot.com/2010/08/arnab-kura-kura.html Mok Soon Sang (2002), “ Panduan Latihan UKELP, Bahagian C Iventori Sahsiah Keguruan”, Edisi Ketiga, Percetakan Sentosa (KL) Nuqul, F. L. (2018). Teori kognitif.http://repository.uin-malang.ac.id/3757/7/3757.pdf Safitri, S. I., Saraswati, D., & Wahyuni, E. N. (2021, May 11). Teori Gestalt (Meningkatkan Pembelajaran melalui Proses Pemahaman). Safitri | At-Thullab : Jurnal Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah. https://journalfai.unisla.ac.id/index.php/at-thulab/article/view/450/pdf


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Azie Ariesyah binti Ab Aziz, Durrah Kaisah Iwani Binti Khairul Nizam, Afifah Hamimi binti Mohd Zahari Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 16 2.2 Teori Pembelajaran Kognitif : Jerome Bruner 2.2.1 Teori Jerome Bruner Jerome Bruner merupakan salah seorang ahli teori yang terlibat dalam Teori Psikologi Kognitif yang dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Namun begitu, beliau mempunyai semangat yang kuat dalam menuntut ilmu sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Duke dalam jurusan Psikologi dan pada tahun 1937. Beliau juga turut menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan, pembelajaran dan proses pengajaran. Bagi konsep pembelajaran yang diperkenalkan ialah pembelajaran konsep melalui proses pengkategorian. Konsep dibentuk dengan mengasingkan sesuatu benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Contohnya dalam pengajaran bentuk kanak-kanak akan mengenal sisi bentuk dan menyusun mengikut kategori bentuk-bentuk yang sesuai. Teori yang dipelopori oleh Bruner ini berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk induktif. Beliau juga membahagikan perkembangan kognitif melalui tiga tahap iaitu Enaktif, Ikonik dan Simbolik. Enaktif Peringkat enaktif adalah tahap pertama dalam perkembangan kanak-kanak, di mana mereka berinteraksi dengan persekitaran sosial terutama di rumah bersama keluarga. Pendedahan awal ini penting untuk merangsang perkembangan kognitif mereka. Umum mengetahui bahawa setiap perbuatan, tindakan mahupun kegiatan dalam setiap kehidupan manusia merupakan sebuah proses pembelajaran yang tidak dapat dipisahkan (Sundari & Fauziati, 2021). Menurut Juliharti (2023), pengalaman seseorang mampu melahirkan kebolehan dalam berfikir secara bebas serta melatih kemampuan kognitif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui pengalaman langsung dalam kehidupan seharian, kanak-kanak membentuk kemahiran sosial dan kognitif. Mereka juga belajar untuk berfikir secara bebas dan menyelesaikan masalah. Interaksi dengan rakan sebaya membentuk kualiti hubungan sosial yang sihat. Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa pada peringkat enaktif ini, kanak kanak dapat membentuk pengetahuan baharu yang mampu menghasilkan konsep dan idea baharu terhadap pemahaman yang mampu mengembangkan potensi kanak-kanak (Buto, 2010).


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 17 Ikonik Peringkat ikonik merupakan tahap perkembangan kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun di mana mereka memahami dunia sekitar melalui bahan visual dan situasi sebenar. Kanak-kanak pada tahap ini mudah mempelajari melalui visual dan bahan maujud. Pembelajaran secara visual adalah sesuatu gaya pengajaran yang sangat dekat untuk digunakan kepada kanakkanak ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (Faraliza & Shahlan, 2023). Ini sesuai dengan teori Jerome Bruner dan Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP), yang menekankan penggunaan aktiviti aktif dan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran (Norhaziah et al., 2022). Contohnya, penggunaan bahan bantu mengajar dalam kelas dapat membantu kanakkanak memahami konsep dengan lebih jelas dan menarik perhatian mereka. Hasilnya, kanakkanak dapat memahami dengan lebih baik dan cepat serta menyerap pelajaran dengan lebih mendalam pada tahap ini. Simbolik Tahap terakhir teori ini ialah simbolik dimana murid-murid membuat konsep umum melalui teori, tafsiran, dan analisis terhadap realiti yang diperhati dan dialami oleh mereka sendiri. Contohnya, penggunaan simbol-simbol untuk mewakili objek, konsep dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Simbol yang diguna boleh digambarkan seperti kata-kata, gambar, simbol matematik dan sebagainya. Teori Bruner amat menekankan penggunaan simbol kerana ia merupakan proses pembelajaran serta pemahaman manusia. Dalam kata mudahnya simbolik digunakan untuk memahami gagasan abstrak dan logik. Menurut (Sundari & Fauziati, 2021) Murid akan dapat menyampaikan idea dalam bentuk abstrak dengan pengaruh tahap pembangunan kognitif mengikut peringkat perkembangan yang dialami. Selain itu, teori ini menyatakan bahawa penggunaan simbol dapat membantu manusia untuk memahami dunia mereka dengan lebih mendalam dan fleksibel. Simbol juga dapat membolehkan manusia untuk berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan mereka dengan orang lain. Pelbagai cara dapat diaplikasi dan diguna dengan adanya tahap simbolik ini. Jelaslah ia seiring dengan kepercayaan Bruner bahawa penggunaan simbol memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif manusia. Hasilnya, dengan memahami dan menggunakan simbol ini, setiap individu dapat memperluaskan pengetahuan mereka sekaligus menyokong perkembangan kognitif. Ini membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang dunia dan keupayaan untuk setiap individu atau murid berfikir secara abstrak serta kreatif.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 18 2.2.2 Masalah yang dihadapi Masalah 1: Perbezaan Tahap Kecerdasan Teori pembelajaran kognitif Bruner banyak digunakan oleh para pendidik kerana keberkesanannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walaubagaimanapun, masih timbul permasalahan dalam kalangan pelajar semasa menggunakan Teori Belajar Penemuan (Free Discovery Learning). Permasalahannya ialah memerlukan pelajar yang mempunyai kecerdasan tinggi kerana pelajar yang kurang cerdas akan menyebabkan kesan atau hasil teori ini kurang efektif (Juliharti et al., 2023). Ini bermaksud ia tidak sesuai untuk digunakan kepada semua lapisan pelajar terutama bagi pembelajaran yang menekankan hasil pembelajaran yang tinggi. Contohnya, bagi mata pelajaran sejarah, guru berkemungkinan lebih banyak menekankan teknik penghafalan kepada murid-murid yang kurang cerdas tanpa memberi kefahaman yang mendalam kepada mereka. Ini akan menyebabkan situasi pembelajaran berfokuskan kepada fakta dan konsep semata. Pembelajaran yang terlalu berfokuskan pada penggunaan visual, simbol dan bahan maujud akan menyebabkan murid tidak mendapat kefahaman yang mendalam terhadap suatu topik yang dipelajarinya. Justeru itu, ia akan menyebabkan wujudnya murid yang berbeza tahap pemikiran dan murid yang kurang dalam kemahiran kognitif tidak dapat berkembang dengan baik kerana sering ketinggalan. Selain itu, pada masa kini juga murid tidak dapat menjalankan pembelajaran penemuan dengan baik. Hal ini kerana ianya memerlukan mereka mencari dan mengumpulkan maklumat tersebut dengan sendirinya (Binti & Murniyati, 2021). Ini adalah berkemungkinan daripada kekurangan idea dan perkembangan kognitif yang tidak selari dengan perkara yang dipelajari. Ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai aspek utama berlakunya penjejasan dalam pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Contohnya, kanak kanak hanya bergantung sepenuhnya melalui bahan yang diberikan oleh guru tanpa memahami dan memberikan respons yang baik terhadap proses pembelajaran tersebut. Dengan ini, wujudnya suasana pembelajaran yang pasif dan sehala semata mata yang tidak merangsang perkembangan kognitif kanak kanak dengan baik. Ini akan menyebabkan kanak kanak tidak mampu dalam menghasilkan proses pembelajaran yang reflektif. Hal ini disebabkan oleh murid tidak dapat menghubungkan maklumat yang dipelajari berdasarkan situasi sebenar yang mereka alami. Kesannya, murid murid akan berasa bosan dan kurang minat terhadap subjek yang diajar serta guru tidak dapat mencapai objektif pembelajaran dengan maksima.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 19 Masalah 2: Masa Yang Diperlukan Untuk Pembelajaran Penemuan Teori pembelajaran penemuan Bruner menunjukkan bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui penemuan lebih baik dikekalkan, mempunyai kesan pemindahan yang lebih baik, dan meningkatkan kemahiran penaakulan dan menyelesaikan masalah. Namun demikian, pembelajaran penemuan memerlukan masa yang lama berbanding dengan kaedah pembelajaran yang lebih terarah dan berstruktur. Hal ini kerana, proses eksperimen, pencarian dan juga refleksi yang menggunakan masa yang lebih lama akan menyebabkan ianya tidak sesuai dalam konteks di mana matlamat pembelajaran mungkin akan tidak dapat dicapai. Tambahan pula, kanak-kanak juga akan lebih cepat bosan sekiranya sesuatu pembelajaran itu mengambil masa yang lama menyebabkan objektif pelajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, masalah ini menjadi salah satu cabaran kepada guru di mana akan adanya tekanan masa yang ketat untuk mencapai matlamat pembelajaran sekaligus ingin memberikan peluang pembelajaran yang baru kepada pelajar. Malah, masa yang berlebihan juga akan diambil sekiranya digunakan untuk mempelajari fakta-fakta asas ataupun konsep yang mudah menggunakan pembelajaran penemuan. Perkara ini akan menyebabkan pembelajaran penemuan ini menjadi tidak efisien untuk mencapai sesuatu matamat pembelajaran yang khusus. Hal ini kerana, fakta asas dan konsep yang mudah dapat dipelajari menggunakan pembelajaran terarah sahaja di mana ianya dapat menjimatkan masa pelajar dan guru untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Selain itu, pembelajaran penemuan juga memerlukan lebih banyak masa daripada penyampaian maklumat secara langsung. Hal ini kerana, pembelajaran penemuan menyebabkan pelajar memerlukan bimbingan yang lebih intensif daripada guru untuk membantu mereka ketika menjalankan eksperimen, meneroka idea dan juga mencari penyelesaian. Malah, guru juga harus memberikan penerangan dahulu sebelum menjalankan pembelajaran penemuan agar pelajar dapat faham apa yang cuba dilakukan. Tambahan pula, pembelajaran penemuan ini juga mengambil masa yang lebih lama bagi pelajar yang kurang proaktif ataupun pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran untuk memahami dan juga melibatkan diri dalam pembelajaran penemuan ini. Hal ini kerana, pembelajaran penemuan mungkin tidak sesuai ataupun praktikal untuk digunakan bagi sesetengah mata pelajaran yang memerlukan penguasaan konsep - konsep asas dengan cepat untuk membolehkan pelajar untuk memahami dan melangkah ke tahap berikutnya.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 20 2.2.3 Aplikasi Teori Penyelesaian masalah pertama dapat dilakukan dengan mengenal pasti tahap kecerdasan dalam kalangan murid dan menyesuaikan gaya atau kaedah pembelajaran mengikut tahap kecerdasan mereka. Contohnya, bagi murid yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik, guru boleh menggunakan kaedah simbolik sebagai kaedah pengajaran dengan memberi tugasan yang berbentuk penulisan, membaca atau bertutur supaya murid dapat meluahkan dan mengekspresikan kefahaman mereka terhadap apa yang dipelajarinya. Seterusnya, pengunaan kaedah enaktif iaitu penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Contoh aktiviti yang boleh guru laksanakan ialah teki-teki matematik, eksperimen, simulasi atau permainan yang dapat memberi pengalaman langsung kepada murid. Murid akan menggunakan kemahiran kognitif mereka semasa aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi memperoleh hasil pembelajaran. Ini akan meningkatkan tahap kecerdasan murid secara perlahan-lahan. Bagi kaedah ikonik pula, guru boleh menambah baik penggunaanya dengan cara penggunaan visual beserta penerangan agar murid bukan sahaja memahami melalui visual tetapi mereka mengetahui secara mendalam lagi terhadap isi pembelajaran yang mereka pelajari. Guru boleh menggunakan gambar, tajuk cerita, klip video dan lain-lain sebagai sumber pengajaran (Lina, 2014). Penggunaan visual seperti video yang menggunakan animasi yang memberi penerangan juga dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dan sekaligus meningkatkan tahap kecerdasan mereka serta keberkesanan pembelajaran. Disamping itu juga, penyelesaian masalah kedua yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah dengan penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran melalui rangsangan situasi sebenar yang dipelbagaikan. Hal ini kerana, menurut Bruner sekiranya suatu proses aktif dapat dilaksanakan, manusia akan menemui idea baharu yang berada di luar pengetahuan serta mampu memberikan impak yang berkesan terhadap diri mereka (Widyaningrum, 2013). Contohnya, sekiranya kanak kanak belajar tentang permainan tradisional, guru boleh membuat aktiviti permainan tradisional bersama kanak kanak seperti permainan gasing, batu seremban dan lain-lain. Proses pembelajaran ini bukan sahaja dapat membantu murid mengenali sesuatu perkara sahaja malah ianya memberikan kefahaman yang mendalam terhadap dunia sebenar sesebuah proses pembelajaran yang ingin mereka ketahui. Kesannya, kanak-kanak dapat membina pengetahuan yang kreatif dan kritis seiring memberi kanak kanak peluang dalam membina pengalaman dalam diri mereka untuk kegunaan di masa hadapan.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 21 Rujukan Binti, K., & Murniyati. (2021). Peran Teori “Discovery Learning” Jerome Bruner dalam Buto, Z. A. (2010). Implikasi Teori Pembelajaran Jerome Bruner Dalam Nuansa Pendidikan Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Thawalib: Jurnal Kependidikan Islam, 2(2),103– 130. Modern. Millah, ed(khus), 55–69. https://doi.org/10.20885/millah.ed.khus.art3 Juliharti, L. Y. F. (2023). Berpikir Tingkat Tinggi Siswa Sekolah Dasar. Jurnal Ilmiah Pendidikan Juliharti, L., Fitria, Y., & Amini, R. (2023). Analisis Teori Pembelajaran Bruner terhadap berfikir Bahasa, Sastra Indonesia Dan Daerah, 13(2), 750–759. Tingkat tinggi siswa Sekolah Dasar. journal.unpas.ac.id. https://doi.org/10.23969/literasi.v13i2.8221 Lina, C. (2014). Teori. www.academia.edu. https://www.academia.edu/4127887/Teori Mohamed, F. & Surat, S. (2023). Pengetahuan dan Amalan Pengajaran VAK Guru dalam Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002329.https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2329 Seman, N., Awang, Z., Jani, N., Atan, A., & Md Ali, H. (2022). Implementation of Development Appropriate Practices (DAP) of Pupils among Early Childhood Educators in Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15, 62-75. https://doi.org/10.37134/bitara.vol15.sp.7.2022 Sundari, S., & Fauziati, E. (2021). Implikasi Teori Belajar Bruner dalam Model Pembelajaran Kurikulum 2013. Jurnal Papeda: Jurnal Publikasi Pendidikan Dasar, 3(2), 128–136. https://doi.org/10.36232/jurnalpendidikandasar.v3i2.1206 Widyaningrum, R. (2013). Tahapan J. Bruner Dalam Pembelajaran Matematika Pada Penjumlahan Dan Pengurangan Bilangan Bulat Di Sekolah Dasar (SD/MI). Jurnal Cendekia,9,68–69. https://jurnal.iainponorogo.ac.id/index.php/cendekia/article/view/865/677


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Nur Hazirah Binti Mat Ali, Syarah Syafiqah Binti Muda & Ummu Hani Binti Adnan Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 22 2.3 Teori Pembelajaran Kognitif :Robert Gagne 2.3.1 Teori Robert Gagne Robert Mills Gagne dilahirkan pada tahun 1916. Beliau merupakan ahli eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran. Idea dan sumbangan Gagne memberi pengaruh yang mendalam terhadap pendidikan di Amerika. Menurut Teori Pembelajaran Kognitif, proses belajar adalah lebih penting daripada hasil pembelajaran (Muhammad Syaikhul Basyir et al., 2022). Istilah “cognitive” ini berasal daripada perkataan cognition yang bermaksud pengertian atau mengerti. Oleh itu, ia melibatkan penggunaan mental dalam memahami sesuatu perkara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap individu dipercayai mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman bagi mengaitkannya dengan permasalahan yang dihadapi. Robert Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks. Guru perlu memastikan pelajar menguasai kemahiran asas terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi. Gagne telah memperkenalkan lapan peringkat pembelajaran yang bermula dengan pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran, pertalian, bahasa, pembelajaran, diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan pembelajaran penyelesaian masalah. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Jika diteliti dengan lebih mendalam, Robert Gagne telah memberi pelbagai sumbangan dan idea terhadap reka bentuk pengajaran, jurulatih dan guru (Rosly Kayar et al., 2024). Teori yang dihasilkan oleh beliau dibahagikan kepada tiga bidang utama. Pertamanya merupakan taksonomi hasil pembelajaran. Menurut Mohammad Syamsul Anam & Wasis D. Dwiyogo (n.d.), taksonomi diertikan sebagai perbuatan untuk mengklasifikasikan tujuan dalam bidang pendidikan yang dibahagikan kepada beberapa domain atau bidang utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Teori Gagne menekankan lima kategori hasil pembelajaran yang melibatkan maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, sikap dan kemahiran motor. Bidang seterusnya melibatkan keadaan pembelajaran dalaman iaitu kebolehan seseorang murid untuk mengingat apa yang telah mereka pelajari sebelumnya serta keadaan pembelajaran luaran yang berkisarkan rangsangan yang diberikan kepada murid. Bidang yang ketiga dalam Teori Pembelajaran Kognitif Robert Gagne ialah peristiwa pengajaran. Gagne telah merumuskan sembilan peristiwa pengajaran yang dapat meningkatkan proses pembelajaran bagi pelajar. Bagi peristiwa pengajaran yang pertama iaitu guru perlu menarik perhatian pelajar supaya mereka bersedia untuk menerima pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, guru perlu memaklumkan kepada pelajar tentang objektif pembelajaran supaya pelajar mengetahui harapan dan tujuan yang perlu dicapai dalam sesi pembelajaran. Guru juga perlu merangsang pelajar untuk mengingat kembali pembelajaran terdahulu supaya mereka dapat mengaitkan maklumat terdahulu dengan maklumat yang baru.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 23 2.3.2 Masalah yang dihadapi Seterusnya, barulah guru menggajar dengan kaedah yang pelbagai dan sesi pembelajaran menjadi lebih seronok. Selain itu, guru perlu membimbing pelajar sepanjang sesi pembelajaran. Keenam ialah meningkatkan prestasi melalui latihan dengan mengadakan kuiz dan sebagainya. Maklum balas penting di akhir sesi pembelajaran supaya guru dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Seterusnya, guru perlu menilai prestasi pelajar sama ada mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak. Akhir sekali, guru perlu membantu mengingat ilmu baharu dengan mengaitkannya dengan situasi di dunia nyata. Menurut dapatan kajian yang dibuat oleh Yesi Novitasari & Mohammad Fauziddin (2021), perkembangan setiap pelajar adalah bervariasi dan tidak bersifat statik. Kajian yang dibuat lebih menekankan kepada permasalahan pelajar berusia 4-5 tahun dari segi perkembangan kognitif yang berbentuk auditori iaitu seramai 20 orang di Taman Kanak-Kanak Islam Terpadu Taruna Islam Pekanbaru. Perkembangan auditori merupakan kemampuan seseorang dalam mendengar melalui proses menerima kumpulan bunyi benda, kosa kata, atau perkataan yang mempunyai makna dalam sesuatu topik yang dibincangkan (Khadijah, 2016). Oleh hal demikian, tahap pengetahuan pelajar dari hasil pengamatan dan pendengaran dijadikan bahan kajian bagi mengetahui sama ada pelajar mampu memahami sesuatu perkara yang didengar melalui telinga, dapat meniru, mengingat serta dapat menyebut kembali hasil pendengaran tersebut. Melalui kajian ini, terdapat segelintir pelajar mempunyai masalah dari segi auditori iaitu sebanyak 73% bagi kemampuan mendengar bunyi, 41% bagi kemampuan anak meniru bunyi, 53% bagi mengingat bunyi, dan 43% bagi kemampuan mengulang kembali bunyi yang didengar. Perkembangan auditori yang baik akan memberi pengaruh yang baik dari segi pengetahuan, kemampuan, dan pengalaman pelajar. Hal ini kerana seseorang dapat mengembangkan kemahiran kognitif mereka melalui pengalaman pembelajaran mereka iaitu mengamati dan membuat persepsi melalui apa yang ditutur atau dilafazkan oleh guru-guru mereka. Namun begitu, terdapat beberapa punca yang akan menghalang perkembangan kognitif pelajar melalui auditori ini. Antaranya adalah apabila berlakunya gangguan dalam sesi pembelajaran. Sebagai contoh, bunyi bising yang terlampau menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian atas apa maklumat yang disampaikan oleh guru. Oleh hal demikian, mereka tidak dapat memahami, menyusun dan memproses maklumat dengan betul. Bukan itu sahaja, keterlambatan perkembangan bahasa juga akan menjadi penghalang kepada perkembangan kognitif melalui auditori ini. Hal ini kerana mereka mengalami kesulitan dalam memahami dan menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat membuat persepsi ke atas bunyi, mengenal pasti bunyi setiap perkataan dan memahami makna bunyi yang didengar. Oleh itu, mereka tidak dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru dengan tepat. Kesannya, pelajar ini tidak mampu mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh guru secara berkesan dan juga pelajar ini tidak boleh belajar secara optimum disebabkan masalahmasalah yang dihadapi. Oleh itu, berlakunya masalah perkembangan kognitif ke atas pelajar tersebut.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 24 2.3.3 Aplikasi teori pembelajaran Masalah tersebut boleh diatasi dengan cara mengaplikasikan penerapan teori kognitif yang dicadangkan oleh Robert Gagne dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam salah satu teori yang dikemukakan oleh Gagne, terdapat sembilan peristiwa pengajaran yang boleh diterapkan oleh guru dalam usaha untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak yang berumur empat hingga lima tahun di prasekolah. Pertamanya, guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berupaya untuk menarik perhatian pelajar. Dalam usaha untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, proses pencarian maklumat yang lebih lanjut tentang strategistrategi pengajaran yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang ingin diajar oleh guru perlu dilakukan dengan lebih teliti. Sebagai contoh, guru menggunakan permainan ‘Cikgu kata..’ yang diubahsuai dari permainan ‘Simon Say..’ untuk melatih kemahiran mendengar kanak-kanak disamping mengajar mereka untuk mengenali nama objek yang ada di sekeliling mereka. Apabila kanak-kanak mendengar objek yang disebutkan oleh guru, mereka akan meresponnya dengan menyentuh objek tersebut. Pendekatan ini bertepatan dengan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu pendekatan belajar melalui bermain yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar di dalam suasana yang bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna untuk mereka (KSPK, 2017). Pemerhatian yang dilakukan oleh guru sepanjang melaksanakan aktiviti di dalam kelas berupaya mengesan kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran mendengar dan memberi bimbingan yang khusus kepada mereka. Peristiwa pengajaran seterusnya yang dicadangkan oleh Gagne adalah memaklumkan kepada pelajar tentang objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Secara dasarnya, apabila guru memaklumkan objektif pengajaran yang akan diajar, kanakkanak pastinya akan merespon percakapan guru. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sebenarnya memproses informasi atau pengetahuan yang diberikan oleh guru terlebih dahulu sebelum memberi tindak balas. Menurut Risda et.al (2023), pemprosesan informasi mampu menjadikan kognitif seseorang lebih aktif kerana mereka berusaha memberi tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Seterusnya ialah merangsang untuk mengingat kembali pembelajaran terdahulu. Pada peringkat ini, guru bolehlah memulakan pembelajaran dengan mengaktifkan pengetahuan atau pengalaman sebelumnya berkaitan tajuk yang ingin diajar. Umumnya mengetahui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai pengalaman sedia ada yang berbeza mengikut persekitaran masing-masing. Apabila guru memulakan pengenalan pembelajaran dengan sesi soal jawab, kanak-kanak akan merespon pertanyaan guru berdasarkan pengalaman yang mereka ada. Aktiviti soal jawab ini akan membantu untuk menguji tahap pendengaran kanak-kanak. Disamping itu, teori Gagne turut mencadangkan supaya guru membentangkan isi kandungan pembelajaran terhadap pelajar. Ini bermaksud guru memulakan pengajaran tentang intipati tajuk yang ingin diajar. Pengajaran yang dilaksanakan ini boleh menerapkan pelbagai teknik yang mampu meraih perhatian dan fokus murid yang mendengar.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 25 Sebagai contoh, bagi mengajar tajuk pranombor dalam subjek matematik, guru bolehlah mengajar kanak-kanak mengenal nombor dengan menggunakan teknik menyanyi. Rajah 3: Penggunaan teknik nyanyian di dalam kelas Penggunaan teknik nyanyian di dalam kelas mampu menarik perhatian murid-murid untuk fokus dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, nyanyian juga dapat membantu meningkatkan kemahiran mendengar kanak-kanak kerana mereka perlu meniru nyanyian yang dibuat oleh guru. Apabila mereka berjaya menyanyi mengikut apa yang diajar oleh guru, ia menjadi salah satu kayu ukur dalam menilai peningkatan kemahiran mendengar kanak-kanak. Selain itu, Robert Gagne juga menegaskan untuk guru memberi bimbingan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru merupak scaffolding kepada pelajar yang membantu perkembangan mereka. Terdapat pelajar yang akan menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran yang tidak pernah mereka pelajari sebelum ini. Oleh itu, bantuan daripada guru amat diperlukan agar tidak berlaku salah faham dalam pembelajaran mereka dan pelajar terus bersemangat untuk belajar. Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan contoh yang tepat dan tidak tepat supaya pelajar dapat memahami konsep dengan tepat.Pentingnya peranan guru dalam memberikan panduan pembelajaran kepada pelajar dengan menunjukkan pelbagai strategi pembelajaran. Robert Gagne juga mencadangkan supaya pelajar dapat meningkatkan prestasi dengan melaksanakan latihan. Dalam pada itu, guru dapat melatih murid untuk mengaplikasikan kandungan pelajaran untuk meneguhkan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari sama ada dapat dikuasai dengan baik atau sebaliknya. Guru boleh melaksanakan latihan dalam pelbagai kaedah misalnya, ujian bertulis, pembentangan, penghasilan produk dan sebagainya. Hal ini dapat membantu mereka mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dan secara tidak langsung memberi nilai tambah terhadap pelajar untuk menguasai pembelajaran tersebut. Menurut Robert Gagne juga, maklum balas juga penting diberikan oleh guru terhadap penguasaan pembelajaran pelajar. Pelajar akan dapat mengetahui sejauh mana mereka capai terhadap pembelajaran yang dipelajari. Hal ini demikian adalah untuk meningkatkan pembelajaran dan menambah baik kekurangan mereka dalam pembelajaran mereka.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 26 Selain daripada itu, guru memainkan peranan penting dalam memberi maklum balas yang positif terhadap hasil pembelajaran mereka dengan memberi penguatan atau memuji pelajar. Hal ini agar dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar untuk terus belajar. Robert Gagne juga mengutarakan untuk guru menilai prestasi pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru perlu menyemak dan menilai hasil kerja, latihan serta tugasan dan diberikan skor yang sesuai (Rosly Kayar et. al, 2023). Guru menilai sejauh mana murid berupaya mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penilaian dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan dan juga penulisan. Semua aspek ini perlu dinilai dalam memastikan prestasi pembelajaran pelajar dicapai. Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Khadijah. (2016). Pengembangan Kognitif Anak Usia Dini. Perdana Publishing. https://core.ac.uk/download/pdf/53037014.pdf Mohammad Syamsul Anam & Wasis D. Dwiyogo. (n.d.). Taksonomi hasil belajar menurut Bloom, Gagne dan Merril. https://www.academia.edu/31932380/TAKSONOMI_HASIL_BELAJAR MENURUT_BLOOM_GAGNE_DAN_MERRIL Muhammad Syaikul Basyir, Aqimi Dinana & Aulia Diana Devi. (2022). Kontribusi Teori Belajar Kognitivisme David P. Ausubel dan Robert M. Gagne dalam Proses Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Madrasah, 7(1). https://ejournal. uin-suka.ac.id/tarbiyah/JPM/article/view/ 71.12/2360 Risda, Fathia Jogi Septriwinti & Fauziah Nasution. (2023). Pendekatan pemprosesan Informasi. Jurnal Mudabbir, 3(1). https://jurnal.permapendis-sumut. org/index.php/mudabbir/article/ view/260/190 Rosly Kayar, Kamisah Buang, Mat Ali Abdul Ghani & Faridah Mohd Sopah. (2023). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Local Publications. Rosly Kayar, Kamisah Buang & Faridah Mohd Sopiah. (2024). Psikologi pembelajaran. Local Publications. Yesi Novitasari & Mohammad Fauziddin. (2021). Perkembangan Kognitif Bidang Auditori pada Anak Usia Dini. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5(1), 805-813. https://obsesi.or.id/index.php/obsesi/article/view/640/pdf


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Ainul Safiyah Binti Yusoff, Alya Qistina Binti Mohd Azman, Normalyna Binti Airolnodin Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 27 2.4 Teori Pembelajaran Kognitif :Jean Piaget 2.4.1 Teori Jean Piaget Teori kognitif telah dipelopori oleh tokoh yang terkenal iaitu Jean Piaget. Kemahiran kognitif biasanya menggunakan pengalaman sedia ada di mana ianya dapat membantu proses pembelajaran. Teori pembelajaran didefinisikan sebagai hipotesis-hipotesis oleh ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran (Dale, 2012). Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka pada masa kini dan di kemudian hari. Ini menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana manusia dan organisma belajar (Winfred, 2012). Kemahiran kognitif merupakan keupayaan seseorang individu untuk berfikir, memberikan idea, memahami dan mengingati tentang sesuatu perkara yang berlaku di persekitarannya. Menurut Fanera (2013), kemahiran ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan sebagainya. Dalam konsep pembelajaran, seseorang yang memiliki kemahiran kognitif yang baik menggalakkan dirinya untuk lebih efektif dalam memproses informasi, mengingat dan memahami konsep-konsep baru serta dapat diterapkan dalam konsep yang berbeza. Kemahiran intelek juga dapat diukur melalui cara seseorang untuk menggunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah. Ahli psikologi kognitif percaya bahawa pembelajaran merupakan suatu tugas mental atau proses dalaman yang mengaitkan kemahiran seseorang untuk menghubungkan pelbagai maklumat sehingga memperoleh pengetahuan baharu atau dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya termasuk cara seseorang individu itu memproses maklumat, mengingati, memahami serta menggunakan pengetahuan mereka dalam aktiviti mental. Teori pembelajaran kognitif menekankan perubahan yang berlaku terhadap bagaimana seseorang manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga peringkat dewasa. Rajah 4: Perkembangan mental yang berlaku bermula dari bayi sehingga dewasa dan berbeza mengikut peringkat umur


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 28 Piaget percaya bahawa kanak-kanak secara aktif membina pemahaman mereka tentang dunia melalui proses asimilasi, akomodasi, dan penyesuaian. Pertama, Piaget mencadangkan bahawa individu mempunyai struktur mental yang dipanggil "skema" yang merupakan corak pemikiran dan tingkah laku yang membantu kita memahami dan berinteraksi dengan dunia. Contohnya, bayi yang baru lahir mampu melakukan beberapa gerakan pantulan seperti menggerakkan kaki dan tangan, menghisap, memegang dan sebagainya. Apabila individu menemui maklumat atau pengalaman baharu, mereka mengasimilasikan maklumat ini ke dalam skema sedia ada mereka. Kedua, proses akomodasi melibatkan penyesuaian atau pengubahsuaian skim sedia ada agar sesuai dengan maklumat atau pengalaman baharu yang dihadapi oleh individu. Dalam erti kata lain, individu mungkin perlu menyesuaikan pemahaman semasa mereka untuk memasukkan pengetahuan baru. Akhir sekali, penyesuaian merujuk kepada proses keseluruhan untuk mencapai keseimbangan antara mengasimilasikan maklumat baharu dan menampung pengetahuan sedia ada. Melalui kitaran asimilasi, akomodasi dan penyesuaian yang berterusan, individu dapat mengembangkan kebolehan kognitif mereka dan membina pemahaman yang lebih canggih tentang dunia di sekeliling mereka. Secara keseluruhannya, teori Jean Piaget menonjolkan peranan aktif yang dimainkan oleh individu dalam perkembangan kognitif mereka sendiri dan menekankan kepentingan kedua-dua asimilasi dan akomodasi dalam proses pembelajaran dan pemahaman. Menurut pandangan Piaget, kemampuan atau perkembangan kognitif merupakan hasil dari hubungan perkembangan otak dan sistem saraf serta pengalaman-pengalaman yang membantu seseorang individu untuk menyesuaikan dengannya. Setiap manusia akan mengalami pertumbuhan intelektual dari peringkat bayi sehingga ke peringkat dewasa. Oleh itu, dalam teori perkembangan kognitif Piaget, beliau telah membahagikan tahap perkembangan kognitif manusia kepada empat peringkat, iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Peringkat Deria Motor (0-2 tahun) Piaget telah mengatakan bahawa pada peringkat ini, kanak-kanak berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka melalui deria. Kemahiran deria motor mereka berkembang dari semasa ke semasa di mana mereka mempelajari sesuatu konsep dan menghubungkan konsep tersebut melalui tindakan fizikal. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak memasukkan bola ke dalam mulutnya bagi mengetahui dan mengenali objek tersebut. Daripada situ, mereka dapat meneroka tekstur dan rasa bola tersebut yang berada di dalam mulut mereka. Kesannya, kanak-kanak itu telah mengetahui bahawa bola tersebut bukan makanan. Selain itu, pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bayi yang baru lahir memiliki sistem sensori yang sensitif. Namun begitu, sistem sensori mereka dapat diselaraskan dengan lebih baik seiring dengan perkembangan mereka. Apabila mereka mendengar bunyi seperti suara ibunya yang memanggilnya, bayi tersebut akan menggerakkan kepalanya dan melirikkan mata ke arah bunyi itu. Ini telah membuktikan bahawa mereka sedang mengalami pengalaman belajar awal yang penting dalam menghubungkan input sensori dengan deria motor mereka.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 29 Peringkat Praoperasi (2-7 tahun) Menurut Piaget, perkembangan yang paling utama di tahap ini adalah penggunaan bahasa. Pada tahap ini kanak-kanak mula menggunakan simbol-simbol seperti perkataan dan imej bagi menyatakan objek, orang dan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh mereka. Contohnya, kanakkanak menunjukkan gambar seekor kucing sebagai haiwan kesayangannya. Namun begitu, pemikiran kanak-kanak di tahap ini masih rendah dalam penggunaan logik dan gagasan konkrit. Mereka lebih cenderung terikat dengan pandangan mereka sendiri dan sukar untuk memahami pendapat orang lain. Piaget turut mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanakkanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kemahiran asas yang berlaku, iaitu perkembangan kemahiran mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara. Ianya seperti kebolehan mengira, membuat latihan secara berulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dibina dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil dan hal-hal yang memang difahami oleh seseorang untuk mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mengalami perkembangan yang pesat dalam operasi kognitif dan mengaplikasikan kemahiran ini semasa berfikir tentang objek, situasi atau persekitaran yang dilihat oleh mereka. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak lebih gemar untuk bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang dewasa. Selain itu, mereka juga belajar cara bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebayanya kerana di tahap ini mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas) Di peringkat akhir, kanak-kanak dapat melakukan proses mental secara logik ke atas objek dan peristiwa konkrit dan berfikir secara hipotetikal. Mereka boleh melakukan proses mental ke atas idea atau akta dan andaian-andaian. Pemikiran kanak-kanak di peringkat formal sudah tidak terikat dengan perkara yang konkrit dan boleh diperhatikan, mereka turut dapat berfikir tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik walaupun ianya bukan realiti. Di peringkat ini, objek yang sebenar (konkrit) tidak lagi diperlukan dan operasi mental boleh dilaksanakan ‘di kepala’ menggunakan istilah abstrak. Pemikiran mereka juga dapat difikirkan dan menjadi kurang egosentrik. Keupayaan intelek dewasa adalah misi yang utama dalam operasi formal ini, iaitu titik utama teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Selain daripada itu, mereka juga mampu memahami dan menerima perspektif orang lain. Mereka dapat mempertimbangkan berbagai sudut pandangan sebelum membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan. Sebagai contoh, kanak-kanak menerima pandangan masing-masing tentang topik pengajaran dan membuat kesimpulan secara keseluruhan tanpa melukai perasaan orang lain semasa aktiviti berkumpulan. Kesannya, kanak-kanak lebih berfikiran matang dan memupuk diri mereka untuk menjadi individu yang lebih terbuka dengan menerima pandangan orang dengan baik.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 30 2.4.2 Masalah yang dihadapi Dasawarsa ini, kemajuan teknologi telah meningkatkan tahap kebergantungan setiap individu terhadap internet. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka boleh mencari maklumat tanpa batas dengan menggunakan hujung jari sahaja. Contohnya, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini dengan hanya menggunakan aplikasi seperti Google, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jadi, pelajar hanya menyiapkan tugasan tanpa berusaha untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh melalui usaha sendiri. Tambahan pula, kemunculan AI seperti ChatGPT menjadikan pelajar sentiasa berada di zon selesa. Kesannya, mereka kurang menggunakan kemahiran kognitif dengan baik. Oleh itu, guru perlu mempunyai strategi yang baik untuk meningkatkan kemahiran Dasawarsa ini, kemajuan teknologi telah meningkatkan tahap kebergantungan setiap individu terhadap internet. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka boleh mencari maklumat tanpa batas dengan menggunakan hujung jari sahaja. Contohnya, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini dengan hanya menggunakan aplikasi seperti Google, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jadi, pelajar hanya menyiapkan tugasan tanpa berusaha untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh melalui usaha sendiri. Tambahan pula, kemunculan AI seperti ChatGPT menjadikan pelajar sentiasa berada di zon selesa. Kesannya, mereka kurang menggunakan kemahiran kognitif dengan baik. Oleh itu, guru perlu mempunyai strategi yang baik untuk meningkatkan kemahiran kognitif pelajar agar mereka lebih berusaha ketika menyiapkan tugasan. Selain itu, kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza juga menjadi cabaran terhadap guru yang mengajar. Sebagai contoh, ada murid yang mampu belajar dalam suasana yang bising dan ada yang terganggu dengan suasana tersebut. Pemikiran yang terganggu boleh menjejaskan kemahiran kognitif murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid memerlukan gaya pembelajaran yang betul supaya dapat memberi perhatian yang baik di dalam kelas. Guru perlu menarik minat murid terhadap subjek yang diajar. Keadaan murid zaman kini yang lebih suka belajar secara maya menyebabkan guru perlu mahir menggunakan teknologi. Penggunaan bahan bantu mengajar yang membosankan menjadikan emosi murid semakin menurun. Kesannya, mereka berasa tidak seronok untuk belajar. Seterusnya, sumber bahan yang tidak mencukupi juga menjadi salah satu cabaran terhadap guru untuk memberi pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk setiap murid. Contohnya, mereka sukar mencari maklumat yang relevan untuk dipadankan dengan silibus terkini. Tambahan pula, isi kandungan bahan pembelajaran yang semakin sukar menyebabkan guru perlu meneroka pelbagai bahan untuk memahami isi kandungan yang perlu diajar. Kesannya, guru perlu mengambil masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang terbaik supaya murid mendapat pemahaman yang optimum.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 31 2.4.3 Aplikasi Teori Jean Piaget (1952) mencadangkan supaya manusia sentiasa cuba memahami dunia luar melalui proses berfikir serta melalui kecenderungan asas organisasi dan adaptasi. Teori ini memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran. Sekiranya, guru dapat mengesan dan membantu pelajar untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan (Azizi Yahya, et. al, 2005). Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat. Perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat dijelaskan melalui teori kognitif ini. Piaget memulakan kajian dengan mengkaji kesilapan jawapan yang diberikan oleh kanakkanak dan mendefinisikan cara-cara manusia memperoleh pengetahuan. Kajian Kognitif berkembang meliputi perkembangan bahasa, pengetahuan matematik dan hubungan ruang serta psikologi kanak-kanak. Piaget melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif dan menegaskan bahawa pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan persekitaran sosialnya. Interaksi ini dikenali sebagai penyerapan, penyesuaian dan keseimbangan. Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkahlaku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika, kita harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Muridmurid sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah membuktikan teorm harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teori geometri yang abstrak.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 32 Rujukan Didapati bahawa, murid-murid sekolah rendah mahupun tadika tidak dapat membuat generalisasi daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukumhukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang di ajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk membimbing murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit. Mardhiyah, M. (n.d.). Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget. Scribd. https://www.scribd.com/document/380103824/Teori-Pembelajaran-Kognitif-Jean-Piaget Prezi, N. N. O. (n.d.). Konsep utama Jean Piaget (skema, asimilasi dan akomodasi). prezi.com https://prezi.com/p/yhwcndon-arq/konsep-utama-jean-piaget-skema-asimilasi-danakomodasi/ Sofian, S. (2024, April 1). Cabaran serta Peranan Guru dan Murid dalam Konstruktivisme Pandai. https://app.pandai.org/teacher/lesson/cabaran-serta-peranan-guru-dan-muriddalam-konstruktivisme-1631696104/start Syanafiz, H. (n.d.). Cabaran-cabaran dihadapi oleh guru dalam bilik darjah pelbagai. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/349068721/Cabaran-cabaran-Dihadapi-Oleh-GuruDalam-Bilik-Darjah-Pelbagai Winfred, Arthur., & Doverspike, D. (2012). Predicting motor vehicle crash involvement from a personality measure and a driving knowledge test. In Workplace Safety (pp. 35-42). Routledge. Azizi, Yahya. H., & Ahmad, A. L. (2005). Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat. Jurnal Teknologi, 63â-86. Dale, R., Anisimoff, I., & Narroway, G. (2012, June). HOO 2012: A report on the preposition and determiner error correction shared task. In Proceedings of the Seventh Workshop on Building Educational Applications Using NLP (pp. 54-62).


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Nur Shazaliyna Aina binti Zailani, Nur Sabrina binti Shaari & Nur Fathiah binti Ishak Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 33 2.5 Teori Pembelajaran Kognitif :David Ausubel 2.5.1 Teori David Ausubel Perkataan kognitif berasal dari bahasa Latin “Cogirate” yang bermaksud “berfikir”. Teori Pembelajaran Kognitif dapat didefinisikan sebagai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk melihat pertalian dengan masalah yang dihadapi oleh setiap manusia. Pengolahan oleh otak manusia dimulai dengan pengamatan atau penginderaan atas informasi yang berada dalam lingkungan manusia serta penyimpanan iaitu dalam jangka pendek atau panjang. Seterusnya, penyimpulan terhadap informasi-informasi yang tersimpan dan setelah membentuk pengertian kemudiannya dikeluarkan kembali oleh pelajar. Teori ini juga berpegang kepada cara individu mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat dalam menghadapi sesuatu perkara. Bukan itu sahaja, teori kognitif turut melibatkan perubahan persepsi dan pemahaman yang tidak selalu dilihat sebagai perubahan perilaku yang konkrit. David Paul Ausubel (1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi dari Amerika dan telah dilahirkan pada 25 Oktober 1918 serta dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau telah menjadi salah seorang rujukan utama untuk psikologi konstruktivis dan telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Beliau telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Selain itu, Ausubel menekankan bahawa langkah pertama seorang guru dalam tugas mengajar ialah mengenal pasti pengetahuan sedia ada setiap pelajar. Pengajaran Ausubel adalah proses pelajar membantu untuk terus meningkat dan menyempurnakan pengetahuan yang telah dimiliki. Ausubel mengklasifikasikan pembelajaran kepada dua dimensi iaitu cara informasi atau bahan pelajaran yang diberikan kepada pelajar melalui penerimaan atau penemuan. Kedua, cara pelajar menghubungkaitkan informasi dengan struktur kognitif yang telah ada. Ianya meliputi fakta, konsep dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh pelajar. Pengalaman belajar yang bermakna akan terbentuk apabila konsep atau informasi baharu dapat dikaitkan dengan yang telah sedia ada. 2.5.2 Masalah yang dihadapi Masalah yang sering berlaku dalam teori kognitif ini boleh dikaitkan dengan pemikiran. Pemikiran seseorang memainkan peranan untuk mengingati semua maklumat yang ada dalam otak pelajar. Ingatan ini dapat didefinisikan sebagai proses mental yang menyimpan perkara yang telah dipelajari dan akan mengeluarkannya semula untuk tindak balas ketika situasi yang diperlukan. Maka masalah yang sering terjadi dalam teori kognitif ini adalah ingatan jangka masa


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 34 2.5.3 Aplikasi teori pembelajaran yang pendek pada diri seseorang. Ingatan jangka masa yang pendek ini digunakan untuk menyimpan data hanya beberapa saat dan kemudiannya akan hilang. Perkara ini akan berlaku ketika ingin menggunakan maklumat akan hilang dan sukar untuk mengingatinya semula. Hal ini demikian kerana pelajar tidak mengulang semula pembelajaran seperti latih tubi di rumah dan hanya menghadkan pembelajaran tersebut di sekolah. Para pelajar ini bergantung kepada guru ketika pembelajaran yang dijalankan dan berhenti mengingati setelah selesai pembelajaran.Maka dengan itu, pemprosesan maklumat yang melebihi had ingatan bekerja akan mengakibatkan ketepuan dalam ingatan, iaitu ingatan bekerja tidak dapat menyediakan ruang ingatan atau sumber kognitif yang mencukupi untuk melakukan aktiviti-aktiviti kognitif (Hisham & Lai Chee, 2012). Oleh itu guru memainkan peranan yang penting untuk kanak-kanak menerapkan ingatkan yang kuat. Guru boleh memberikan pembelajaran yang pelbagai kepada murid-murid. Contohnya, membuat aktiviti berdasarkan hands-on, memberikan latihan gejala dan sebagainya. Dengan itu, maklumat disusun semula dalam cara yang membolehkan pelajar menyimpan maklumat tersebut dalam ingatan jangka panjang, supaya tersedia untuk didapatkan semula pada masa akan datang. Seterusnya, minat merupakan sifat yang relatif dalam diri seseorang dan dapat mempengaruhi kegiatan yang dilakukan. Minat memberikan kesan yang positif kepada pembelajaran setiap individu (Hasmiza Yaakob, 2023). Maka, masalah yang sering dihadapi dalam teori kognitif ini ialah kekurangan semangat dan tidak terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana sikap malas dan tidak mempunyai minat untuk melakukan inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran pembelajaran mereka. Pandangan pelajar yang menganggapkan bahawa sesetengah mata pelajaran yang susah akan menganggu dan menyebabkan timbulnya sikap yang negatif pada mata pelajaran tersebut. Oleh itu, ianya akan menhalang pelaksanaan pembelajaran yang bermakna dan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian secara tidak langsung akan merosot dan keinginan pelajar untuk melakukan dan membuat ulangkaji di rumah akan rendah. Maka dengan itu guru perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan aktiviti pelajar sehingga dapat membantu guru untuk mencapai tujuan pembelajaran yang diajar (Hidayatul Muamanah, 2020). Seterusnya, minat merupakan sifat yang relatif dalam diri seseorang dan dapat mempengaruhi kegiatan yang dilakukan. Minat memberikan kesan yang positif kepada pembelajaran setiap individu (Hasmiza Yaakob, 2023). Maka, masalah yang sering dihadapi dalam teori kognitif ini ialah kekurangan semangat dan tidak terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana sikap malas dan tidak mempunyai minat untuk melakukan inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran pembelajaran mereka. Pandangan pelajar yang menganggapkan bahawa sesetengah mata pelajaran yang susah akan menganggu dan menyebabkan timbulnya sikap yang negatif pada mata pelajaran tersebut. Oleh itu, ianya akan menhalang pelaksanaan pembelajaran yang bermakna dan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian secara tidak langsung akan merosot dan keinginan pelajar untuk melakukan dan membuat ulangkaji di rumah akan rendah.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 35 Maka dengan itu guru perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan aktiviti pelajar sehingga dapat membantu guru untuk mencapai tujuan pembelajaran yang diajar (Hidayatul Muamanah, 2020). Belajar bermakna adalah pembelajaran di mana seseorang dapat menghubungkaitkan antara ilmu baharu dengan ilmu yang telah mereka peroleh sebelum ini. Maka dengan adanya pembelajaran bermakna yang dilakukan oleh guru di dalam kelas, secara tidak langsung hasil yang dapat pelajar perolehi ialah mereka dapat mengaitkan hubungan antara teori-teori, fakta atau maklumat pembelajaran baharu yang sesuai dengan kognitif mereka. Hal ini kerana, seperti yang kita ketahui pembelajaran bukan hanya dari segi menghafal maklumat-maklumat, malah apabila pembelajaran itu dapat menghubungkan dengan seluruh konsep-konsep yang ada pelajar akan mudah untuk mengingati sesuatu pembelajaran itu dengan mudah. Dengan teori pembelajaran David Ausubel ini, pelajar dapat meningkatkan lagi keyakinan diri dan semangat belajar mereka sehingga dapat membantu guru untuk mencapai tujuan mata pelajaran yang diajar (Hidayatul Muamanah, 2020). Sehubungan dengan itu, pentingnya peranan guru itu sendiri dengan menerapkan konsep belajar bermakna Ausubel di dalam bilik darjah. Hal ini kerana ia merupakan satu pola interaksi antara pelajar dengan guru di dalam kelas yang menyangkut strategi, pendekatan, metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan dalam pelaksanaan kegiatan belajar di dalam kelas (Nur Rahimah, 2013). Ini bermakna guru dapat membantu pelajar untuk memperoleh maklumat, idea, nilai dan cara berfikir mengekspresikan diri mereka (Nur Rahimah, 2013). Bukan itu sahaja, ia dapat meningkatkan pemahaman, pengetahuan yang relevan pada dunia nyata, meningkatkan motivasi, mendorong pelajar untuk terus berfikir dengan kreatif dan kritis serta kemampuan sosial pelajar dapat ditingkatkan (Delia Nurul Fauzah, 2016). Jelaslah bahawa, belajar bermakna yang dinyatakan oleh David Ausubel dapat mengatasi masalah yang dihadapi pelajar. Ini kerana pelajar informasi yang dipelajari secara bermakna akan lebih lama diingat malah informasi baru yang dikaitkan dengan konsep dan teori yang sebelum ini dapat memantapkan lagi pemikiran seorang pelajar sehingga dapat memudahkan proses belajar mereka. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan penting dengan mengenalpasti dahulu pelajar mereka serta perlu melakukan kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dengan mereka.


Teori Pembelajaran BAB 2 Kognitif Teori Pembelajaran Kognitif 2 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 36 Budiyanti, K., M.Zaim, & Thahar, H. E. (2023). Teori-Teori Pendidikan Dan Pengaruhnya Terhadap Pembelajaran Bahasa Abad Ke-21. https://www.jer.or.id/index.php/jer/article/download/761/397 Delia Nurul Fauzah. (2016). Penerapan Model Problem Based Learning Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Siswa Pada Pembelajaran IPS Di Sekolah Dasar. https://ejournal.upi.edu/index.php/jpgsd/article/download/6550/4432 Hasmiza Yaakob. (2023). Masalah Pembelajaran Murid Sekolah Rendah Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains. 8(1):31. Hidayatul, Muamanah., Suyadi. (2020). Pelaksanaan Teori Belajar Bermakna David Ausubel Dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam.5(1):161-180.doi:10.29240/BELAJEA. V5I1.1329 Hisham & Lai Chee. (2023). Beban Kognitif Dalam pembelajaran berasaskan masalah. https://www.researchgate.net/publication /267210885 BEBAN KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH Muamanah, H. (2020). Pelaksanaan Teori Belajar Bermakna David Ausubel Dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. http://journal.iaincurup.ac.id/index. php/belajea/article/download/1329/882 Nur Rahimah. (2013). Belajar Bermakna Ausebel. http://ejournal.iainpalopo.ac.id/index. php/al-khwarizmi/article/download/54/43 Rujukan


Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Adhlyn Syaqirah Binti Azman, Noor Aunie Atiyah Adilah Binti Mohd Zaimi, Zarina Binti Zakaria Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 37 3.1 Teori Pembelajaran Konstruktivis : Jean Piaget 3.1.1 Teori Jean Piaget Teori konstruktivisme telah dipelopori oleh tokoh Jean Piaget pada tahun 1977 yang menjelaskan tentang pembelajaran melibatkan tindakan mencipta pengetahuan daripada pengalaman yang diperolehi. Seseorang individu akan mengembangkan intelektual mereka sehingga mampu beradaptasi dan mengorganisasi persekitaran. Menurut Jean Piaget, pengetahuan diperoleh melalui lingkungan persekitaran seseorang dan bukannya lingkungan sosial (Muhammad Fikri Ilham et al., 2023). Jean Piaget juga berpendapat bahawa teori ini dihasilkan daripada pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara yang bersifat fakta iaitu daripada lingkungannya. Selain itu, perkembangan intelektual seseorang berlaku secara berperingkat dan semua manusia akan melalui urutan peringkat yang sama. Peringkat tersebut adalah berkait dengan rangkaian proses mental manusia yang melibatkan perkembangan intelektual. Menurut Muhammad Fikri Ilham et al. (2023), seorang individu perlu melalui peringkat yang dilengkapi dengan keseimbangan, proses yang menggambarkan interaksi antara pengalaman (asimilasi) dan struktur awal kognitif (adaptasi) untuk mencapai perkembangan intelektual yang maksimum. PROSES PEMBINAAN PENGETAHUAN SKEMATA Teori konstruktivisme Jean Piaget menerangkan bahawa pemikiran setiap kanak-kanak mempunyai satu struktur yang disebut sebagai skemata. Skemata ialah satu konsep yang berubah dan beradaptasi semasa kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran mereka. Sejak lahir, kanak-kanak sudah dilengkapi dengan struktur kognitif yang dinamakan skema kemudian ianya akan berkembang dari semasa ke semasa mengikut tahap perkembangan seseorang kanak. Justeru, ianya membolehkan seseorang individu untuk mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sama ada untuk berinteraksi mahupun bekerjasama. Rajah 5: Jean Piaget


Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 38 ASIMILASI Asimilasi merujuk kepada pengintegrasian antara maklumat-maklumat dari luar terhadap struktur yang sudah terbentuk dalam kognitif individu iaitu maklumat internal (Sugrah, N., 2020). Pengintergrasian ini merupakan satu titik perubahan daripada maklumat eksternal kepada pembentukan maklumat internal yang baharu. Menurut Leny Marinda (2020), proses asimilasi ini digambarkan bahawa proses asimilasi ini boleh berlaku pada setiap saat dalam kognitif setiap individu. AKOMODASI Dalam melalui pengalaman baharu atau mendapat sebarang rangsangan, seseorang tidak dapat mengasimilasikan skemata dengan pengalaman yang baharu diperoleh. Pengalaman yang baharu berkemungkinan tidak sesuai dengan skemata yang sedia ada dan ianya akan membentuk akomodasi. Akomodasi juga akan berlaku untuk membentuk sebuah skema yang baharu supaya pemahaman seseorang individu adalah selari dengan rangsangan diperolehinya dari semasa ke semasa. KESEIMBANGAN Keseimbangan merupakan pengaturan kendiri makalumat secara mekanis bagi menyeimbangan proses asimilasi iaitu penyerapan dan akomodasi iaitu pengubahsuaian. Apabila kanak-kanak menerima input baru, proses asimilasi akan berlaku dan sekiranya berjaya, maka tercapailah tahap keseimbangan. Namun jika proses asimilasi tersebut tidak berjaya, maka proses akomodasi untuk mengubahsuai maklumat akan berlaku bagi mencipta skema baru akan berlaku. Jika skema baru tersebut berjaya disesuaikan, maka tercapailah tahap keseimbanagan tersebut. 3.1.2 Masalah yang dihadapi E-pembelajaran sememangnya sangat berguna dan memberi kemudahan kepada sesetengah murid dan guru. Namun begitu ada juga sesetengah golongan yang menghadapi banyak cabaran terutama murid-murid yang menjadikan pembelajaran melalui dalam talian tidak begitu memuaskan. Hal ini kerana kesediaan belajar pelajar memainkan peranan yang sangat penting. Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran belajar kendiri yang kuat, dan ini boleh menyebabkan kesukaran dalam memotivasikan diri untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Hal ini dikatakan sedemikian kerana semangat belajar kendiri kanak-kanak akan terbantut dengan adanya kekangan seperti tidak mempunyai capaian internet yang baik serta teknologi yang terbatas. Oleh yang demikian, sekiranya guru melakukan pembelajaran melalui dalam talian, kanak-kanak yang mempunyai kekangan akan hilang rasa minat mahupun rasa ingin belajar mereka. Lama-kelamaan, kanak-kanak ini tidak lagi rasa bersemangat untuk belajar serta menganggap pembelajaran ialah satu proses yang sukar bagi mereka.


Click to View FlipBook Version