Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 39 Dalam usaha untuk menerapkan strategi atau pendekatan yang diperkenalkan dalam Teori Konstruktivisme, terdapat juga perkara yang menghalang guru mahupun murid untuk mengaplikasikannya semasa di bilik darjah. Antaranya adalah sistem pembelajaran yang memfokuskan peperiksaan yang menjadikan pengajaran hanyalah tertumpu kepada menjawab soalan peperiksaan semata-mata. Perkara ini secara tidak langsung mendesak guru untuk mengajar murid tentang teknik untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan sahaja. Pembelajaran ini hanyalah berpusatkan guru semata-mata dan akan menyebabkan pembinaan pengetahuan yang terhad dalam pemikiran murid. Ini kerana, hampir seratus peratus murid hanya mendengar, menyalin dan menghafal setiap input yang disampaikan oleh guru. Dalam masa yang sama, murid juga tidak berpeluang untuk mendapat pengalaman langsung sekaligus tidak mendapat rangsangan untuk mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Pada akhirnya, pembelajaran yang berlaku di sekolah terhenti semasa di bilik darjah dan tidak membawa kepada pengaplikasian pada dunia realiti. Secara amnya, perkara ini sangat bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggalakkan pembelajaran berterusan atau juga dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat. 3.1.3 Aplikasi Teori Pendidik dapat mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pembelajaran yang menggunakan masalah atau situasi nyata. Misalnya, guru membincangkan situasi pembeli yang bergaduh di kedai runcit. Melalui pendekatan ini, pelajar akan mula meletakkan diri mereka di situasi pembeli dan mula mengimbas kembali pengalaman yang mereka lalui untuk memperoleh beberapa maklumat yang berguna. Maklumat tersebut akan digunakan sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan masalah yang disediakan oleh guru. Pelajar dapat mengembangkan keterampilan fkiran kritis, kreatif dan memahami isi pembelajaran secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, situasi dan penyelesaian yang dibincangkan akan digunakan untuk menghadapi masalah yang seakan sama dalam kehidupan mereka. Teori Konstruktivisme telah memperkenalkan pendekatan yang variasi dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif kepada murid (Voon et. al., 2021). Antaranya guru perlu memainkan peranan penting dalam bilik darjah untuk mengenal pasti dan menghargai pandangan mahupun idea murid. Justeru itu, Sugrah, N. (2020) membahaskan bahawa guru perlu mempelbagaikan lagi aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid agar murid dapat melibatkan diri secara proaktif semasa pembelajaran berlangsung. Dalam hal ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator yang hanya memberi bimbingan selebihnya memberi kuasa kepada murid untuk mengembangkan idea (Voon et. al., 2021).
Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 40 Rujukan Sebagai contoh, guru hanya menyediakan bahan dan alatan untuk membuat satu binaan dan memberi kebebasan kepada murid untuk mereka cipta binaan mengikut kumpulan masingmasing. Aktiviti berkumpulan ini dapat merangsang murid untuk mengemukakan idea kepada ahli kumpulan seterusnya menggabungkan semua idea dengan kreatif untuk menghasilkan satu binaan yang bermakna. Pembelajaran sebegini tidak hanya tertumpu kepada guru sepenuhnya malah dapat menyediakan peluang kepada murid untuk membina kemahiran lanjutan seperti berfikir dengan kritis, membuat penilaian, menghasilkan ciptaan dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Kesemua elemen ini adalah penting dalam usaha mengembangakan potensi murid secara holistik. Sugrah, N. (2020). Implementasi teori belajar konstruktivisme dalam pembelajaran sains. Humanika (Unit Pelaksana Teknis Mata Kuliah Umum Universitas Negeri Yogyakarta), 19(2), 121–138. https://doi.org/10.21831/hum.v19i2.29274 Voon. S. H. & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik.https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/ download/285/195 Fikri, M. I. (2023). Karakter Tokoh Dalam Novel``Negeri 5 Menara``Karya A. Fuadi: Characters In The Novel``Negeri 5 Menara``By A. Fuadi. Locana, 6(1), 110-122. Marinda, L. (2020). Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan problematikanya pada anak usia sekolah dasar. An-Nisa Jurnal Kajian Perempuan dan Keislaman, 13(1), 116-152.
Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Siti Balqis Sakinah binti Norizan, Nurul Ain binti Abdul Samad & Nur Farhana Wafra binti Mohd Nooraimy Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 41 3.2 Teori Pembelajaran Konstruktivis : Lev Vygotsky 3.2.1 Teori Lev Vygotsky Teori Konstruktivisme ialah teori pembelajaran penting yang digunakan oleh guru untuk membantu pelajar mendapat pengalaman belajar yang bermakna. Konstruktivis yang diambil daripada perkataan Inggeris bermaksud membina, membawa erti seseorang individu membina atau membentuk pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman dan persekitaran proses belajar. Lev Semyonovich Vygotsky merupakan salah seorang tokoh yang memperkenalkan Teori Konstruktivis. Beliau telah menjalankan pelbagai kajian terhadap pemikiran kanak-kanak bermula dari tahun 1920-an. Vygotsky mengusulkan teori perkembangan sosiobudaya yang menggambarkan pembelajaran sebagai proses sosial, yang meningkatkan potensi pelajar untuk belajar melalui interaksi sosial dan budaya (Agustyaningrum et al., 2022). Vygotsky menyatakan bahawa sebahagian besar daripada apa yang dipelajari oleh pelajar berasal dari persekitaran di mana mereka tinggal. Ini menunjukkan bahawa persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan kognitif seseorang. Sebagai contoh, kanak-kanak mempelajari bahasa melalui perbualan atau percakapan orang sekeliling, seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan semasa berkomunikasi. Seterusnya, orang dewasa atau rakan sebaya diperlukan dalam Zon Perkembangan Proksimal atau Zone of Proximal Development (ZPD) untuk membantu pelajar yang tidak dapat menyelesaikan tugas yang diberikan tanpa bantuan. Dalam zon ini, bantuan atau scaffolding diberikan kepada pelajar supaya pembelajaran dapat difahami dan menyelesaikan sesuatu tugasan. Tunjuk ajar dari orang sekeliling dan segala proses pembelajaran terjadi di ZPD. 3.2.2 Masalah yang dihadapi Hasil dapatan kajian Muhammad Komarudin et al. (2023), murid tidak mampu membentuk atau membina pengalaman menjadi pengetahuan. Hal ini kerana kurangnya bantuan daripada guru dan ini mengurangkan kemampuan murid untuk membangun pengetahuan yang efektif. Contohnya, guru tidak memberikan pengukuhan dan bimbingan kepada murid serta mengamalkan pembelajaran satu hala. Guru mestilah menggunakan kaedah pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan atau kerjasama antara murid. Perkara ini dapat membantu dalam membangun pemahaman yang lebih mendalam melalui perkongsian idea, pandangan dan pengalaman. Pengetahuan itu tidak hanya diperolehi dalam proses pembelajaran malahan dapat juga diperolehi melalui perbincangan, pengalaman dan persekitaran murid (Suparlan, 2019).
Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 42 Di samping itu, pembelajaran konstruktivis memerlukan masa yang lama berbanding pendekatan pembelajaran secara tradisional sehingga sukar mencapai objektif pembelajaran (Ismun Ali, 2021). Hal ini menyebabkan kebanyakan guru tidak mahu melakukan strategi pembelajaran secara berkumpulan. Pembelajaran ini menekankan pengalaman langsung dan eksplorasi daripada murid. Murid diberi peluang untuk bereksperimen, berfikir secara kritis dan mengaitkan pengalaman mereka dengan konsep yang dipelajari. Contohnya, melalui aktiviti menanam pokok dalam mata pelajaran Sains membolehkan mereka memahami dengan lebih mendalam berkaitan tumbuh-tumbuhan. Proses ini memerlukan masa yang lama untuk pelajar memahami secara mendalam, memperoleh kemahiran yang relevan dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks yang berbeza. Selain itu, kesibukan ibu bapa bekerja menjadi penghalang untuk merealisasikan scaffolding dalam pendidikan anak-anak mereka. Scaffolding memerlukan masa, perhatian dan penglibatan aktif daripada orang dewasa untuk memberikan bantuan dan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian murid. Faktor kekangan masa menyebabkan ibu bapa menjadi kurang peka terhadap peranan mereka dan membiarkan anak mereka tidak dipantau (Nura Zafirah Zailan & Iylia Mohamad, 2023). Ibu bapa mestilah pandai membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu mencuba untuk memanfaatkan masa bersama anak-anak mereka secara efisien. Sebagai contoh, menghabiskan masa yang berkualiti bersama sambil membincangkan masalah pembelajaran dan tugasan sekolah bersama-sama. Hal ini dapat membantu menjadi panduan dan bantuan kepada anak-anak memahami serta berjaya melaksanakan tugasan yang mencabar. Oleh itu, komunikasi yang berkesan antara ibubapa dan anak-anak penting bagi perkembangan mereka secara keseluruhan. 3.2.3 Aplikasi Teori Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid iaitu mereka tidak mampu membentuk atau membina pengalaman menjadi pengetahuan disebabkan oleh guru tidak memberi bimbingan yang cukup kepada mereka semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam teori pembelajaran konstruktivis Lev Vygotsky, beliau mencadangkan bahawa orang dewasa seperti guru dan ibu bapa perlu membantu murid untuk memahami objek dan peristiwa di sekeliling mereka agar pengalaman tersebut dapat dijadikan pengetahuan. Salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru ialah mediated learning experience yang mana ia melibatkan interaksi antara guru dan murid yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak memikirkan fenomena atau peristiwa tertentu. Contohnya, guru perlu sentiasa membantu murid memahami dunia persekitaran melalui perbincangan tentang sesuatu fenomena atau peristiwa yang mereka alami. Daripada itu, guru dapat membantu murid untuk memahami objek dan peristiwa dengan lebih baik dan membimbing mereka dalam menghubungkan pengalaman dengan pengetahuan yang sudah dimiliki atau pelajar memperoleh pengetahuan yang baharu daripada pengalaman tersebut.
Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 43 Selain itu, Teori Konstruktif Vygotsky sangat menggalakkan pembentukan pembelajaran kooperatif antara kelompok murid dengan kemampuan yang berbeza di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, pembelajaran secara berkumpulan dan kooperatif dapat mewujudkan interaksi positif dalam melaksanakan tugas-tugas yang mencabar serta memerlukan pelbagai strategi penyelesaian masalah oleh setiap individu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Idea utama Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif seseorang akan berkembang melalui interaksi sosial murid (Sigelman & Rider, 2003). Dalam hal itu, guru boleh melaksanakan aktiviti kolaboratif yang membolehkan murid belajar melalui perbincangan, perkongsian idea dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Ini dapat meningkatkan pemahaman dan murid boleh mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari mereka dalam aktiviti kolaboratif. Dalam masa yang sama, aktiviti kolaboratif dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat eksplorasi yang memberikan pengalaman langsung. Hal ini kerana murid dapat meneroka secara berkumpulan di persekitaran dan boleh mengaitkan pengalaman mereka dengan konsep yang telah dipelajari. Misalnya, murid dalam kumpulan boleh melaksanakan aktiviti menanam pokok berdasarkan pengetahuan yang telah mereka miliki iaitu guru telah memberitahu caracara untuk menanam pokok di dalam kelas. Jadi, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada mereka untuk melakukan aktiviti berkumpulan tersebut. Seterusnya, teknik scaffolding merupakan bantuan yang digunakan oleh guru untuk membantu kanak-kanak melaksanakan tugas yang mencabar tetapi dibantu oleh orang yang lebih mahir seperti guru dan ibu bapa. Scaffolding bermaksud murid menggunakan sesi bimbingan dalam pembelajaran supaya ia dapat meningkatkan tahap sokongan pembelajaran mereka (Santrock, 2007). Teknik ini melibatkan penglibatan guru atau murid sebaya yang mahir untuk menyesuaikan tahap bimbingan yang diperlukan demi meningkatkan pencapaian murid. Scaffolding sangat penting kepada murid apabila mereka mempelajari kemahiran baharu atau konsep. Hal ini demikian kerana teknik tersebut membantu murid menyelesaikan tugasan atau memahami konsep yang mana murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa bantuan (Damayanti, 2016). Tambahan pula, bimbingan ini perlu diberikan secara langsung kepada murid supaya murid dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih baik lagi. Daripada itu, guru boleh mengurangkan sesi bimbingan secara berperingkat apabila murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran. Oleh itu, ia memberi peluang kepada murid untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin meningkat sebaik sahaja mereka mampu untuk melakukannya (Trianto, 2010).
Teori Pembelajaran BAB 3 Konstruktivis Teori Pembelajaran Konstruktivis 3 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 44 Rujukan Agustyaningrum, N., Pradanti, P., & Yuliana, Y. (2022). Teori Perkembangan Jean Piaget dan Vygotsky Bagaimana Implikasinya Dalam Perkembangan Matematika Sekolah Dasar? Jurnal Absis: Jurnal Pendidikan Matematika Dan Matematika, 5(1), 568–582. Damayanti, M. (2016). Pengaruh PemberianTugas Terstruktur denganUmpan Balik Individual Terhadap Hasil Belajar Siswa. JURNAL SAINTIFIK, 2(1), 46-53. Ismun Ali. (2021). Pembelajaran Kooperatif (Cooperative learning) Dalam Pengajaran Pendidikan Agama Islam. Jurnal Mubtadiin, 7(01), 247-264 Muhammad Komarudin, KM. Ridho El-Razy, Kasinyo Harto & Mardiah Astuti. (2023). DISKURSUS ALIRAN TEORI BELAJAR UTAMA. Raudhah Proud To Be Professionals: Jurnal Tarbiyah Islamiyah, 8(1), 328-335. Nura Zafirah Zailan & Iylia Mohamad. (2023). Satu kajian kes: Mengenalpasti kesan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak ketika di rumah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 12(1), 92-98. Santrock, J. W. (2007). A topical approach to life-span development, 3E. Ch, 5, 192. Sigelman, C.K., & Rider, E.A. (2003). Life-span human development (4th ed.). Belmont, CA: Wadsworth. Suparlan, S. (2019). Teori konstruktivisme dalam pembelajaran. Islamika, 1(2), 79-88. Trianto. 2010. Model Pembelajaran Terpadu, Konsep, Strategi dan Implementasinya dalam KTSP. Jakarta: Bumi Aksara.
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Ammar Luqman Bin Roslin, Nurbatrisyia Binti Khairul Adha, Nuraliesya Saffiyah Binti Abdul Baasith Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 45 4.1 Teori Pembelajaran Sosial :Albert Bandura 4.1.1 Teori Albert Bandura Albert Bandura merupakan tokoh yang bergelar bapa teori pembelajaran sosial. Beliau memfokuskan kepada peranan kognitif dalam pembelajaran manusia. Beliau berpendapat bahawa setiap individu secara aktif memproses maklumat dalam pembelajaran mereka, tingkah laku dan juga perkembangannya (Herly Janet, 2018). Manusia juga memiliki keupayaan kognitif yang lebih baik daripada haiwan yang menyebabkan pembelajaran adalah berbeza dan manusia mampu untuk berfikir dengan baik tentang hubungan tingkah laku dan akibat situasi tersebut. Teori Sosial menekankan pembelajaran berlaku dengan pengaruh persekitaran (reinforcement) dan “observational learning”. Albert Bandura dalam teori ini turut menekankan peranan kognitif dan pengaruh persekitaran dalam perkembangan. Teori yang dikemukakan oleh Bandura (Norillah Abdullah et al., 2020) menghuraikan tingkah laku manusia pada pemikiran dan tindakan mereka yang menyumbang kepada fungsi masyarakat. Teori ini menekankan kepentingan pembelajaran pemerhatian, di mana individu memperoleh tingkah laku dan pengetahuan baharu dengan memerhati dan meniru orang lain. Proses ini amat berpengaruh dalam pembangunan kemahiran sosial dan komunikasi, serta dalam pemerolehan norma dan nilai budaya. Tambahan pula, terdapat eksperimen yang telah dilaksanakan oleh Bandura dalam menjalankan proses peniruan tingkah laku iaitu eksperimen patung Bobo (Bobo doll experiment). Dalam eksperimen tersebut, kanak-kanak membuat peniruan tingkah laku yang agresif seperti memukul patung tersebut dari orang dewasa di sekitar mereka. Teori ini dipanggil Teori Pemodelan. Eksperimen itu mendapati terdapat hubungan teori-teori pembelajaran seperti behaviourisme dan kognitif kerana ia melibatkan aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi (Thivenesvaran, 2021). Oleh itu, Bandura menyatakan bahawa ekperimen ini penting tentang kognitif dalam pembelajaran tetapi tidak semua tingkah laku model iaitu individu yang diperhati itu sendiri ditiru. Kanak-kanak berkemungkinan meniru tingkah laku dari orang dewasa walaupun tingkah laku tersebut berbentuk negatif. Persekitaran mereka sangat penting dalam membentuk kemahiran sosial kanak-kanak dari segi pergaulan rakan sebaya mereka, cara percakapan keluarga kanak-kanak itu dan tingkah laku yang ada di sekitarnya. Justeru itu, guru perlu merancang strategi yang dapat memberi perkembangan yang positif kepada kanak-kanak dalam aspek sosial seperti menggunakan kaedah ganjaran dan denda, aktiviti yang melibatkan pergerakan aktif dan bahan bantu mengajar yang menarik dan berbentuk konkrit (Diyanah &
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 46 Syaza, 2021). Kaedah pengajaran “chalk and talk” sahaja tidak lagi relevan untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini kerana ia menurunkan motivasi murid dalam meneruskan aktiviti pembelajaran di sekolah dan murid akan berasa bosan disebabkan kanak-kanak pada umur mereka sangat aktif dan memerlukan aktiviti yang melibat fizikal mereka. 4.1.2 Masalah yang dihaadapi Kanak-kanak merupakan aset berharga dalam masyarakat yang perlu dilindungi dan dibimbing secara efektif demi memastikan perkembangan mereka yang sihat dan harmoni. Namun, realiti yang dihadapi ialah kanak-kanak sering kali terdedah kepada pelbagai cabaran sosial, salah satunya adalah gejala buli. Dasawarsa ini, gejala buli dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di Malaysia semakin berleluasa dan menjadi-jadi (Nor Junainah Mohd Isa et al., 2019). Perbuatan buli merupakan perbuatan yang tidak baik dan boleh menyebabkan seseorang menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada mangsa buli. Buli boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu buli fizikal dan buli mental. Gejala buli adalah sebahagian daripada tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura (1973), menyatakan bahawa sifat agresif ialah tingkah laku yang dipelajari dan bukannya secara semula jadi dalam diri seseorang individu. Menurut Amin Al Haadi Shafie et al. (2017), mangsa buli dikatakan mempunyai masalah dari segi harga diri, kurang bersosial, tidak dapat mempertahankan diri semasa dikasari atau diganggu, resah, terlalu berhati-hati dan rapat dengan ibu bapa atau kemungkin ibu bapa terlampau mengawal diri mangsa buli. Gejala buli berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan kelainan diri, ciri fizikal, sikap provokatif, dan personaliti mangsa buli. Mangsa buli sering kali mempunyai ciri-ciri seperti lemah, tidak popular, atau memiliki harga diri yang rendah. Selain itu, kehadiran faktor-faktor seperti perbezaan fizikal, sikap provokatif yang tidak disedari, serta masalah personaliti seperti pasif dan kurang keyakinan diri, juga menjadi penyumbang kepada gejala buli ini. Kelemahan dan ketidakcukupan dalam menyesuaikan diri di persekitaran sekolah, ketiadaan sokongan rakan-rakan, dan kekurangan perlindungan turut meningkatkan risiko mangsa buli. Oleh itu, pemahaman terhadap pelbagai faktor ini penting dalam mengatasi dan mencegah gejala buli di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 47 Gejala buli ini jelas sekali dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar-pelajar yang terlibat. Kesan gejala buli terhadap pembuli meliputi peningkatan rasa kuasa dan kepuasan melihat ketakutan serta kepatuhan mangsa. Pembuli merasa puas apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak selesa atau cedera. Menurut Ngo, Y.Y et al. (2019), kesan negatif terhadap pembuli adalah seperti suka melanggar peraturan sekolah dan bersikap lebih angkuh. Seterusnya, membuli dapat merosakkan diri sendiri dalam jangka panjang. Sebagai contoh, pelajar tersebut akan dijauhi dan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain. Sementara itu, kesan kepada mangsa buli pula termasuk rasa takut dan gelisah. Mangsa buli juga berkemungkinan mengalami cedera serius atau cacat, meninggalkan kesan sepanjang hayat. Menurut Ngo, Y.Y et al. (2019), kesan negatif terhadap mangsa buli adalah seperti takut hendak ke sekolah, suka menyendiri dan juga akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar terbabit akan terbantut, dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri. 4.1.3 Aplikasi Teori Teori pembelajaran sosial Albert Bandura melihat masalah tingkah laku disiplin sebagai tingkah laku yang boleh dipelajari dan bukan satu tingkah laku yang wujud secara semula jadi dalam diri individu. Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar iaitu, kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif (Haseena Banu Abdul Kalam, 2016). Seseorang individu bertingkah laku berdasarkan kepada pengalaman dengan melihat individu lain yang dianggap sebagai model. Pelajar yang didedahkan dengan perkara-perkara negatif boleh mendorong mereka kepada peniruan tingkah laku yang salah. Sekiranya tidak dibendung, perlakuan membuli ini akan terus dinormalisasikan dalam kehidupan seharian sehingga boleh membawa kepada persekitaran yang tidak sihat serta meningkatkan jumlah jenayah dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, guru memainkan peranan yang amat besar dalam membantu membanteras tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana pelajar memerlukan sentuhan daripada guru untuk mereka menjadi lebih baik daripada sedia ada. Sekiranya semua guru menonjolkan model yang terbaik kepada mereka, mustahil pelajar tidak terpengaruh untuk menjadi pelajar yang baik tingkah lakunya (Khalim Zainal, 2008). Ini bermakna guru perlu menjadi contoh dan model yang terbaik kepada anak didik mereka.
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 48 Dalam masa yang sama, guru perlu sentiasa prihatin terhadap setiap perkara yang berlaku dalam kawasan sekolah mahupun bilik darjah. Guru perlu terus memupuk pelajar dengan tingkah laku yang baik untuk terus mengekalkan tingkah laku tersebut. Pemberian ganjaran atau sebarang peneguhan positif akan menjadi motivasi kepada pelajar untuk terus mengukuhkan hasrat mereka dalam menjadi pelajar yang baik memandangkan mereka merasa dihargai serta diberi perhatian. Mengikut teori Pembelajaran Sosial, tingkah laku agresif ialah tingkah laku instrumental yang dikawal oleh peneguhan dan ganjaran luaran (Balan Rathakrishnan, 2015). Pernyataan ini turut disokong oleh Connor (2002), bahawa tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif proaktif, iaitu tingkah laku agresif yang bertujuan memenuhi kemahuan dan pemerolehan ganjaran. Apabila seseorang pelajar itu, menerima ganjaran yang sewajarnya daripada tindakan mereka, keadaan ini akan menjadi insentif yang kuat kepada pelajar lain untuk meniru perlakuan tersebut. Di samping itu, ibu bapa juga tidak seharusnya meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada guru dalam membendung tingkah laku tidak bermoral ini. Ibu bapa juga perlu menjadi model yang terbaik kepada anak-anak memandangkan kebanyakkan masa mereka dihabiskan di rumah berbanding sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa kerana suasana dan persekitaran rumah amat kuat dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Dalam Islam juga turut menyebut bahawa seorang anak dilahirkan suci bersih dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan mereka untuk menjadi insan yang baik atau sebaliknya. Masalah sosial dan kemerosotan akhlak yang berlaku pada masa kini dikaitkan dengan kelemahan guru-guru di sekolah dan merupakan suatu tanggapan yang amat tidak adil kepada guru-guru (Khalim Zainal, 2008). Ini kerana sekolah pertama anak-anak adalah di rumah dan ibu bapa menjadi guru utama mereka dalam membentuk tingkah laku yang baik. Oleh itu, ibu bapa dan guru serta masyarakat setempat perlu bersama-sama berganding bahu dalam membanteras tingkah laku tidak bermoral ini dalam kalangan pelajar dengan menjadi model yang baik kepada mereka di samping memberikan mereka peneguhan serta motivasi.
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 49 Amin Al Haadi Shafie, Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozudi, Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin, & Musa Mohamad. (2017). Mangsa buli dan kesan buli. Usim.edu.my; Universiti Sains Islam Malaysia. https://abqarijournal.usim.edu. my/index.php/abqari/article/view/114/87 Balan Rathakrishnan. (2015). Intervensi Sosial, DBP. Universiti Malaysia Sabah. https://www.researchgate.net/profile/Balan-Rathakrishnan/publication/310651931_ Intervensi_Sosial_DBP/links/5a555943aca272bb696235fc/Intervensi-Sosial-DBP.pdf Haseena Banu Abdul Kalam. (2016). Pengaruh Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Disiplin Murid Sekolah Rendah di Klang, Selangor, Malaysia. Universiti Putra Malaysia. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66037/1/FEM%202016%201%20IR.pdf Herly Janet Lesilolo. (2018). PENERAPAN TEORI BELAJAR SOSIAL ALBERT BANDURA DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR DI SEKOLAH. Fakultas Ilmu Sosial Keagamaan. Institut Agama Kristen Negeri Ambon. https://e-journal.iaknambon.ac.id/index.php/KNS /article/download/67/55 Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Universiti Kebangsaan Malaysia. https://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%204%20-%20khalim%20ms%2043- 56.pdf Ngo Y.Y, Nasharuddin Imraan Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Mat Salleh , Fatin Nur Syahirah Abdul Hamid, Nor Nasihah Mohd Robi, Nurul Nasuha Rosly, & Mohd Razimi Husin. (2019). Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(1), 65–75. https://doi.org/10.36079/ lamintang.ij-humass-0201.24 Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, & Amelia Mohd Noor. (2019). Masalah buli dalam kalangan murid: Apakah kata guru? ResearchGate; Universiti Malaysia Sabah. https://www.researchgate.net/publication/338548186_Masalah_buli_dalam_ kalangan_murid_apakah_kata_guru_Bullying_problems_among_students_what do_teachers_say Norillah Abdullah, Sharifah Sariah Syed Hassan, Mohamed Abdelmagid, & Siti Nazilah Mat Ali. (2020). Learning from the Perspectives of Albert Bandura and Abdullah Nashih Ulwan: Implications Towards the 21st Century Education . Dinamika Ilmu, 20(2), 199-218. ERIC. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1274102.pdf Rujukan
Teori Pembelajaran BAB 4Sosial Teori Pembelajaran Sosial 4 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 50 Nur Diyanah Hasan & Syaza Hazwani Zaini. (2021). Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap Kanak-Kanak Melalui Aktviti Main Peranan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(1), 25-40. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4370 /2807 Thiveneshvaran Murugayah. (2021). Teori Pembelajaran Sosial. Universiti Utara Malaysia. Research Gate. https://www.researchgate.net/publication/358954367 Social Cognitive Theory_-BM_VERSION/.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Nur Dayana Mohd Zainuri, Aisha Rania Zulkefli, Anisah Madihah Adura Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 51 5.1.1 Teori Abraham Maslow Abraham Maslow merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam pembelajaran Psikologi Humanistik. Akibat melihat keentengan sewaktu mendidik subjek kemanusiaan seperti Geografi dan Demografi, beliau mula menceburi bidang psikologi humanistik. Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Setelah tamat Ph.D. beliau, Maslow melanjutkan pendidikan psikologinya di Universiti Colombia dan telah bekerjasama dengan rakannya dalam melakukan pelbagai kajian dan eksperimen (Zainudin, 2017). 5.1 Teori Pembelajaran Humanistik :Abraham Maslow Rajah 6: Abraham Maslow Rajah 7: Hierarki Keperluan Asas Abraham Maslow Pada tahun 1940-an, Abraham Maslow telah mencipta teori yang diberi nama sebagai teori hierarki keperluan asas. Dalam piramid tersebut, keperluan asas terbahagi kepada lima kategori iaitu psikologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan aktualisasi diri. Hierarki keperluan Maslow ini menjadi satu keperluan utama dalam bidang psikologi dan juga beberapa bidang kemanusiaan yang lain. Tambahan lagi, beliau juga banyak menghasilkan karya seperti artikelartikel terkenal dan antaranya ialah Toward a Psychology of Being (1968).
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 52 KEPENTINGAN MANUSIA MELALUI LIMA TAHAP KEPERLUAN DALAM TEORI MASLOW Teori yang dikemukakan oleh Maslow boleh dianggap memenuhi keperluan fizikal dan emosi manusia kerana setiap tahap yang disusun oleh beliau bersesuaian dengan kehendak manusia. Menurut Maslow, lima tahap tersebut membolehkan manusia untuk mendapat kepuasan dan kebahagiaan dalam kehidupan kerana lima tahap keperluan hierarki Maslow adalah bagi memahami dan memenuhi keperluan tersebut dimana ia memainkan peranan penting dalam pengembangan individu, masyarakat, dan organisasi. Keperluan fizikal adalah aspek penting dalam hierarki keperluan Maslow kerana merupakan prasyarat utama untuk kelangsungan hidup individu. Ini termasuk makanan, air, tempat tinggal, dan tidur. Kehilangan akses kepada keperluan asas ini dapat menyebabkan kesan serius terhadap kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental seseorang. Menurut Johnson dan McIntyre (2018) kekurangan dalam memenuhi keperluan fizikal dapat meningkatkan tekanan psikologi, menyebabkan kegelisahan dan kebimbangan akibat kekurangan makanan dan air, serta stres yang berpanjangan akibat kekurangan tempat tinggal dan tidur yang selesa. Ini boleh mengganggu keseimbangan psikologikal dan menyebabkan tekanan mental yang serius, termasuk keletihan, kemurungan, dan kecemasan. Keperluan keselamatan merupakan tahap kedua dalam hierarki keperluan Maslow melibatkan kesejahteraan psikologi individu. Ini termasuk keselamatan fizikal dan kestabilan kewangan. Keselamatan fizikal melibatkan perlindungan daripada bahaya fizikal, sementara kestabilan kewangan melibatkan kemampuan untuk memenuhi keperluan asas tanpa tekanan kewangan yang berlebihan. Kajian oleh Nguyen dan Nguyen (2020) menunjukkan bahawa ketidakselesaan dalam aspek-aspek ini boleh menyebabkan kebimbangan, tekanan, dan kesulitan mencapai potensi penuh individu. Individu mungkin mengalami kebimbangan tentang keselamatan diri dan stabiliti kehidupan mereka. Ini boleh mengganggu fokus dan prestasi dalam pelbagai bidang kehidupan seperti kerjaya, hubungan, dan perkembangan diri. Keperluan kasih sayang pula melibatkan hubungan dengan orang lain seperti keluarga, rakan sekerja, dan masyarakat. Kajian oleh Smith dan Jones (2019) menunjukkan bahawa kekurangan hubungan sosial dapat menyebabkan kesepian, kurangnya sokongan emosi, dan masalah psikologi. Individu yang kekurangan kasih sayang mungkin mengalami perasaan kesepian dan kekosongan yang dalam, yang boleh menyebabkan kemurungan, kecemasan, dan stres. Sokongan emosi dari hubungan sosial seperti keluarga dan rakan sekerja penting untuk membantu individu mengatasi cabaran hidup. Kekurangan sokongan emosi boleh membuat individu merasa terlantar dan tidak berdaya dalam menghadapi masalah.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 53 Keperluan penghargaan merupakan tahap keempat dalam hierarki keperluan Maslow. Tahap ini melibatkan pengiktirafan, status, dan pencapaian. Kajian oleh Brown dan Lee (2018) menunjukkan bahawa kekurangan pengiktirafan boleh menyebabkan kehilangan motivasi dan keyakinan diri individu. Kurangnya pengiktirafan bagi usaha dan pencapaian individu akan menyebabkan mereka berasa tidak dihargai atau dianggap tidak penting dalam sekolah atau masyarakat. Hal ini boleh mengurangkan motivasi untuk mencapai matlamat. Kurangnya keyakinan diri yang disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan juga boleh menghalang individu dari mengambil tugas mencabar. Akibatnya, prestasi individu akan terjejas dan mereka akan mengalami tekanan. Jika berlarutan, keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan minat dalam pelajaran dan kepuasan juga akan berkurangan. Tahap kelima ialah keperluan aktualisasi diri. Ia merupakan peringkat di mana individu mencapai potensi mereka sepenuhnya dan memahami diri mereka dengan lebih mendalam. Mereka cenderung untuk menjadi lebih berpotensi dalam mencapai matlamat hidup, lebih kreatif dalam pendekatan terhadap cabaran, dan merasa lebih puas dengan kehidupan secara keseluruhan. Keperluan aktualisasi diri melibatkan proses perkembangan diri yang berterusan dan pencapaian matlamat yang lebih tinggi. Individu pada tahap ini mungkin mengejar hasrat sejati, mengeksplorasi minat dan bakat, serta mengembangkan pemahaman yang lebih dalam tentang diri mereka sendiri. Kajian oleh Taylor dan Clark (2021) menunjukkan bahawa individu yang mencapai tahap keperluan aktualisasi diri cenderung menunjukkan ciri-ciri seperti peningkatan motivasi dalaman, kepuasan kerja yang lebih tinggi, dan kehidupan yang lebih bermakna secara keseluruhan. Keperluan aktualisasi diri penting kerana mendorong individu untuk mencapai potensi sebenar mereka, menyumbang kepada kepuasan diri yang mendalam, dan memberikan impak positif kepada masyarakat. Secara keseluruhan, pentingnya manusia untuk melalui lima tahap keperluan hierarki Maslow adalah jelas. Memahami dan memenuhi keperluan ini penting untuk keselamatan, kebahagiaan, dan perkembangan individu serta masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, organisasi dan institusi perlu memberi perhatian kepada pemenuhan keperluan ini untuk memastikan kesejahteraan dan prestasi yang optimum bagi individu mereka.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 54 5.1.2 Masalah yang dihadapi Sejak akhir-akhir ini, ramai pelajar mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan antaranya ialah masalah disiplin. Hal ini terjadi kerana pelajarpelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, emosi, rohani, intelek serta sosioekonomi. Kajian oleh Masath (2023) turut menunjukkan 91.0% pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin turut dikaitkan dengan keganasan keluarga. Ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar dan akan menjadi satu cabaran terutamanya bagi guru untuk memperbaiki tingkah laku mereka ke arah yang lebih positif. Antara contoh masalah disiplin yang acap kali berlaku ketika sesi pengajaran berlangsung ialah melawan kata-kata guru, tidak menghormati guru dengan membuat bising dan membuat kerja lain selain daripada subjek yang diajar serta lain-lain lagi (Ahmad et. al, 2021). Setiap perkara yang berlaku ini sudah tentu mempunyai puncanya yang tersendiri. Oleh itu, melalui penulisan ini, kami akan bincangkan masalah yang berlaku di sekolah yang mana berkait dengan teori humanistik Abraham Maslow. Salah satu punca masalah dalam kalangan pelajar ialah kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Dari situ, pelajar cenderung melakukan perkara yang tidak bermanfaat seperti mengambil dadah, ponteng kelas, dan membuli rakan. Kehidupan yang sibuk dan tekanan dari pelbagai pihak boleh menyebabkan ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Keadaan ini berlaku kerana kesibukan kerja atau komitmen lain yang menyebabkan masa bersama keluarga adalah terhad (Ali, 2007). Kedua, masalah dalam hubungan keluarga seperti perceraian ibu bapa juga boleh menyebabkan kurangnya kasih sayang. Anak-anak mungkin merasakan kehilangan dan tidak mendapat sokongan emosi yang mencukupi. Ketiga, kekurangan pemahaman dan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kasih sayang boleh menyebabkan mereka tidak memberi perhatian yang cukup kepada anak-anak. Akhir sekali, gaya pengasuhan yang tidak sesuai seperti terlalu tegas atau terlalu longgar juga boleh menyebabkan kekurangan kasih sayang. Ini boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi ibu bapa dan penjaga untuk memahami kepentingan kasih sayang dalam pembangunan anak-anak untuk memastikan mereka membesar dengan seimbang dan berjaya.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 55 Masalah kurang kasih sayang di kalangan pelajar boleh memberi kesan yang serius terhadap perkembangan sosial dan emosi mereka. Pelajar yang tidak mendapat kasih sayang dari keluarga mungkin akan merasa terasing dan tidak dihargai, menyebabkan rendah diri dan kekurangan keyakinan diri. Mereka juga mungkin mengalami kesukaran dalam membina hubungan dengan orang lain, kerana mereka tidak memahami konsep kasih sayang dan empati. Selain itu, kurang kasih sayang juga boleh menyebabkan pelajar mencari pengiktirafan dan kasih sayang dari sumber yang tidak sihat, seperti kumpulan rakan sebaya yang tidak sihat atau melakukan tingkah laku yang tidak baik untuk mendapatkan perhatian dan sekaligus akan berlakunya keruntuhan akhlak. Keruntuhan akhlak remaja merupakan satu tingkah laku yang melanggar norma kehidupan yang akan merosakkan jiwa dan nilai-nilai murni yang ada dalam diri (Ibrahim et al., 2019). Ini boleh membawa kepada pergaulan yang tidak sihat, penyalahgunaan dadah, atau tingkah laku agresif. Selain itu, masalah kurang kasih sayang juga boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Menurut Smith dan Jones (2018), pelajar yang tidak mendapat sokongan emosi dan motivasi yang mencukupi mungkin kehilangan minat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang lemah. Oleh itu, penting bagi keluarga, pendidik, dan masyarakat untuk mengenali dan mengatasi masalah kurang kasih sayang di kalangan pelajar dengan memberikan sokongan, kasih sayang, dan perhatian yang mencukupi untuk memastikan perkembangan yang sihat dari segi emosi, sosial, dan akademik. 5.1.3 Aplikasi Teori Pengaplikasian teori humanistik Abraham Maslow dalam menangani masalah kurang kasih sayang kanak-kanak adalah penting bagi memahami dan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut. Maslow mengemukakan bahawa keperluan asas manusia perlu dipenuhi sebelum individu dapat mencapai potensi penuh mereka. Kanak-kanak yang tidak menerima kasih sayang yang mencukupi mungkin mengalami masalah emosi, sosial, dan psikologi yang berpanjangan. Mereka juga mungkin menghadapi kesulitan dalam membina hubungan sosial yang sihat dengan orang lain dan akan mempengaruhi perkembangan sosial mereka.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 56 Dengan mengaplikasikan teori Maslow, kita dapat membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kurang kasih sayang. Salah satu cara adalah dengan menekankan betapa pentingnya kasih sayang dan penghargaan dalam perkembangan individu. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang mungkin mengalami masalah dalam membina hubungan sosial yang sihat dan mempunyai keyakinan diri yang rendah (Deci & Ryan, 2014). Oleh itu, dalam mengatasi masalah kurang kasih sayang kanak-kanak, penting untuk memberikan perhatian khusus kepada aspek ini. Aktiviti seperti muluangkan masa yang berkualiti bersama dengan anak-anak, memberikan perhatian secara positif, dan membina hubungan yang mesra dengan kanak-kanak dapat membantu meningkatkan perasaan kasih sayang dan penghargaan mereka. Kanak-kanak perlu berasa disayangi, diberi perhatian, dan mempunyai hubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya mereka. Pengaplikasian teori ini boleh dilakukan melalui program intervensi yang melibatkan penyediaan sokongan emosi, aktiviti yang menggalakkan hubungan sosial, dan kaunseling psikologi bagi kanak-kanak yang memerlukannya. Mereka perlu rasa dihargai oleh keluarga, rakan sebaya, dan masyarakat. Program-program yang memupuk keyakinan diri, kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain, dan kemahiran sosial dapat membantu memenuhi keperluan ini. Salah satu cara lain yang berkesan bagi mengatasi masalah kurang kasih sayang kanakkanak adalah melalui latihan kemahiran komunikasi ibu bapa. Memahami kepentingan komunikasi yang efektif dalam hubungan keluarga dapat membantu meningkatkan interaksi positif antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Dengan memperbaiki cara berkomunikasi, ibu bapa akan lebih peka terhadap keperluan emosi dan psikologi anak-anak mereka. Kemahiran komunikasi yang berkesan tidak hanya melibatkan kemampuan menyampaikan maklumat dengan jelas, tetapi juga kemampuan mendengar secara aktif dan empati terhadap perasaan anak. Misalnya, ibu bapa perlu belajar untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak ketika mereka bercakap, menunjukkan minat dan memahami perasaan mereka.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 57 Selain itu, ibu bapa juga perlu belajar mengenali isyarat bukan lisan yang diberikan oleh anak, seperti bahasa badan dan ekspresi wajah. Ini membantu mereka mengesan isyarat emosi yang mungkin tidak diucapkan oleh anak, membolehkan mereka bertindak dengan lebih tepat dalam memberikan sokongan dan kasih sayang yang diperlukan. Penggunaan teknik-teknik komunikasi yang efektif ini dalam hubungan ibu bapa-anak dapat membina kepercayaan dan keterikatan yang kuat antara mereka. Ketika kanak-kanak merasakan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi, mereka lebih cenderung untuk membangun keyakinan diri yang tinggi dan menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih positif. Ini sejajar dengan konsep penghormatan diri dalam hierarki keperluan Maslow, di mana kanak-kanak perlu merasa dihargai dan diterima oleh individu lain untuk mencapai potensi penuh mereka. Dalam kajian Johnson dan Johnson (2018), mereka mendapati kemahiran komunikasi yang baik dalam kalangan ibu bapa berkaitan dengan peningkatan hubungan dengan anak-anak mereka, memberikan kesan positif terhadap perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak. Begitu juga, kajian oleh Smith dan Brown (2016) menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan ibu bapa cenderung mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan keupayaan untuk menangani tekanan emosi. Dengan mengaplikasikan teori humanistik dalam menangani masalah kurang kasih sayang kanak-kanak, kita dapat membantu mereka mencapai potensi penuh mereka sebagai individu yang berdaya maju dan bersejahtera secara emosi. Ini akan membentuk asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat pada masa depan. Kita tidak hanya memberi perhatian kepada aspek fizikal dan keperluan praktikal kanak-kanak, tetapi juga kepada keperluan emosi dan psikologinya. Contohnya, seorang kanak yang menerima kasih sayang yang mencukupi dari ibu bapa atau penjaga akan cenderung memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi dan lebih positif dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial. Mereka mungkin lebih mudah membina hubungan yang sihat dengan rakan sebaya dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik, yang dapat membantu mereka dalam interaksi sosial mereka pada masa depan. Selain itu, kanak-kanak yang merasakan kasih sayang yang mencukupi juga mungkin lebih cenderung untuk berani mencuba perkara-perkara baru dan mengejar minat atau bakat yang mereka miliki. Ini kerana mereka merasa disokong dan dihargai, yang memberi mereka keberanian untuk mengambil risiko dan menghadapi cabaran dengan lebih yakin. Dengan demikian, melalui aplikasi teori humanistik dalam memberikan kasih sayang kepada kanakkanak, kita dapat membantu mereka membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Ini akan memberi mereka peluang yang lebih besar untuk mencapai potensi penuh mereka dan menjadi individu yang berdaya maju dan bersejahtera secara emosi di masa depan.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 58 Rujukan Ahmad, N., Hamid, A. G., & Wok, S. (2021). The Role of Education and Schools in Crime Prevention among Child Offenders in Malaysia: Moving forward. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 6(SI5), 49-54. Ali, F. (2007, June 30). Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya dengan Kemerosotan Pembelajaran. https://juku.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/5400 Ibrahim, A. F., Norismail, U. N., Misra, M. K. A., & Johar, M. H. M. (2019, August 16). TAHAP KASIH SAYANG IBU BAPA TERHADAP REMAJA YANG TERLIBAT DENGAN KERUNTUHAN AKHLAK. Ibrahim | Jurnal Maw’izah. https://www.unimel.edu.my/journal/index.php/JMAW/ article/view/525 Johnson, A., & Johnson, B. (2018). The impact of effective communication skills among parents on their relationships with their children. *Journal of Child Psychology and Psychiatry, 23*(4), 567-579. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2014). The importance of universal psychological needs for understanding motivation in the classroom. In R. C. M. Ryan & E. L. Deci (Eds.), The Handbook of Self-Determination Research (pp. 65-87). The University of Rochester Press.https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=1DyFAwAAQBAJ&oi=fnd&pg= PA13&dq=The+importance+of+universal+psychological+needs+for+understanding+moti vation+in+the+classroom&ots=IjqKiDUQDK&sig=T_Phwu4sCXZ-bcCv1YNNB6ll7_k Masath, F. B., Nkuba, M., & Hecker, T. (2022). Prevalence of and factors contributing to violent discipline in families and its association with violent discipline by teachers and peer violence. Child Abuse Review, 32(4). https://doi.org/10.1002/car.2799 Smith, C., & Jones, D. (2018). The impact of lack of emotional support and motivation from Family on academic achievement among students. *Journal of Child Development*, 36(2), 145-159. Smith, C., & Brown, D. (2016). The relationship between parent-child attachment and children's self-esteem and emotional resilience. *Child Development, 45*(2), 213-225. Zainudin, Z. (2017). teori abraham maslow. www.academia.edu. https://www.academia.edu/32300971/teori_abraham_maslow
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik NurNasrin Nisa Qaisara Binti Ahmad Noh, Nursyahmina Auni Binti Saharizal & Wan Najwa Farisah Binti Wan Mohammad Iskandaria Zulkarnain Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 59 5.2 Teori Pembelajaran Humanistik :Carl Rogers 5.2.1 Teori Carl Rogers Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Menurut Lefudin (2017), melalui teori pembelajaran guru akan lebih memahami cara pembelajaran murid yang pelbagai dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar agar objektif pembelajaran yang berkesan dapat dicapai. Pada asasnya, teori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat kumpulan utama iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanistik. Teori pembelajaran Humanis banyak menumpukan kepada perkara yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosi. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian. Hal ini kerana setiap murid dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan mereka sendiri serta kehidupan orang lain. Teori Humanistik ini dipelopori oleh dua orang pakar yang terkenal, antaranya ialah Carl Rogers. Carl Rogers ialah seorang ahli psikologi Amerika dan antara pengasas pendekatan humanistik dalam psikologi. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalaman mahupun luaran. Rogers menggunakan pendekatan berpusatkan orang untuk memahami personaliti dan hubungan manusia. Teori personaliti beliau melibatkan konsep kendiri yang merangkumi tiga komponen iaitu nilai diri, imej diri dan kendiri ideal. Franken (2007) menyatakan bahawa konsep kendiri ini boleh dikonstruk atau diubah, untuk menjadi lebih baik dan positif. Oleh itu, Rogers membangunkan pendekatan terapi berpusatkan pelanggan bagi membantu orang ramai merealisasikan diri, atau mencapai potensi penuh dan keunikan diri mereka.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 60 5.2.2 Masalah yang diahadapi Dalam Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers ini mengetengahkan konsep kendiri, merangkumi keseluruhan perkembangan individu yang terdiri daripada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Setiap murid memiliki personaliti yang berbeza dan ia akan mempengaruhi pembentukan konsep kendiri mereka sama ada konsep kendiri positif atau konsep kendiri negatif. Konsep kendiri ini sangat penting dalam diri setiap murid kerana ia merujuk kepada suatu gambaran atau persepsi individu terhadap diri mereka melalui kelebihan dan kelemahan sendiri (Kayar et al., 2024). Sebagai murid, konsep kendiri ini dipercayai mempunyai kesan signifikan ke atas pencapaian akademik. Dalam erti kata lain, tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang itu terhadap pelajaran dan prestasinya (Aziz et al., 2021). Walaupun begitu, terdapat segelintir murid yang memiliki tahap konsep kendiri yang rendah dan perkara ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk menangani tekanan akademik serta tidak mampu mengadaptasikan diri dalam persekitaran pembelajaran dan interaksi sosial (Aziz et al.,2021). Hal ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik menyebabkan keyakinan diri mereka berkurang. Kesannya, mereka akan menjadi murid yang lebih pasif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran mereka. Contohnya, apabila mereka malu untuk bertanya guru atau rakan sebaya, maka mereka akan sukar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Perkara ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan kemerosotan dalam pencapaian akademik murid tersebut. Selain itu, latar belakang murid terutamanya cara didikan keluarga atau ibu bapa juga memberi impak kepada pembentukan konsep kendiri murid. Perkara ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Hanifer et al. (2018) yang menyatakan bahawa apabila murid mendapat layanan dan perhatian yang baik daripada ibu bapa atau keluarganya, mereka akan membentuk konsep kendiri yang positif yang boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam pencapaian akademik. Namun, setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza dan mungkin ada segelintir murid yang menerima layanan dan perhatian yang kurang baik daripada ibu bapa mereka yang sibuk dengan urusan pekerjaan masingmasing. Kesannya, murid akan berasa bahawa mereka tidak dihargai dan kurang mendapat sokongan daripada orang di sekeliling, ini menyebabkan mereka tiada motivasi untuk terus belajar dan berpotensi untuk gagal dalam pembelajaran.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 61 5.2.3 Aplikasi Teori Dalam menangani masalah yang telah dinyatakan iaitu pelajar yang mempunyai tahap konsep kendiri yang rendah, pengaplikasian teori pembelajaran humanistik Carl Rogers dapat memberi panduan yang baik. Carl Rogers menekankan kepentingan pembangunan diri yang positif dan pemahaman diri yang mendalam. Oleh itu, bagi mengatasi masalah yang dinyatakan, Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers boleh diterapkan melalui guru sebagai fasilitator kepda murid-murid. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator pembelajaran yang dapat membantu murid untuk menemukan potensi diri mereka sendiri. Tambahan pula, kajian menyatakan bahawa gaya pengajaran guru sebagai fasilitator ini dapat membantu meningkatkan lagi pengetahuan murid (Ismail et al.,2017). Hal ini juga dapat mencipta peluang kepada murid untuk mengembangkan konsep diri mereka malalui eksplorasi diri yang lebih mendalam. Sebagai contoh, seseorang murid mungkin mengalami kekeliruan tentang identiti mereka. Dalam hal ini, guru boleh menyediakan masa dan ruang untuk mereka meneroka minat, nilai dan matlamat mereka sendiri, serta memberi sokongan dan bimbingan dalam proses ini. Kesimpulannya,dengan menerapkan prinsip-prinsip teori pembelajaran humanistik Carl Rogers, guru dapat membantu murid-murid untuk mengembangkan konsep diri yang lebih positif dan percaya kebolehan diri. Selain itu, dalam menghadapi masalah latar belakang murid terutama berkaitan dengan cara didikan dari keluarga atau ibu bapa, aplikasi teori pembelajaran humanistik Carl Rogers boleh memberi panduan yang boleh diterapkan untuk membantu mengatasi cabaran tersebut. Guru boleh menerapkan prinsip-prinsip teori humanistik dengan mencipta lingkungan kelas yang selamat dan menyokong, ia bertentangan dengan pengalaman negatif yang mungkin dialami oleh murid di rumah. Melalui penerimaan tanpa syarat, guru mendengar masalah murid tanpa menilai atau memberi justifikasi, tanpa mengambil kira latar belakang atau keadaan keluarga mereka. Sebagai contoh, pelajar yang berasal dari latar belakang keluarga yang kritikal mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan berasa tidak berdaya di sekolah. Guru boleh membantu dengan sifat penerimaan tanpa syarat, mendengar dengan empati, dan memberikan maklum balas positif untuk membantu murid supaya mereka berasa lebih diterima dan disokong. Dengan menerapkan prinsip-prinsip teori pembelajaran humanistik Carl Rogers, guru dapat membantu murid yang terkesan oleh latar belakang keluarga yang tidak menyokong untuk membina konsep diri yang lebih positif dan percaya kebolehan diri. Dengan mencipta lingkungan kelas yang menyokong, penerimaan tanpa syarat, dan memberikan sokongan emosi, guru dapat membantu mengurangkan kesan negatif pengalaman keluarga murid dan mencipta peluang untuk pertumbuhan dan pembelajaran yang positif.
Teori Pembelajaran BAB 5 Humanistik Teori Pembelajaran Humanistik 5 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 62 Kesimpulannya, para guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam proses pembentuk konsep kendiri murid-murid. Hal ini kerana, guru memainkan peranan seperti memberikan sokongan yang sewajarnya dan sekaligus dapat membantu dalam proses penbentukan kendiri murid yang positif kerana perkembangan berlaku di dalam persekitaran yang positif. Rujukan Aziz, A. R. A., Nasir, M. A. M., Sawai, R. P., Shafie, A. A., & Che Amat, M. A. (2021). Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Universiti. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(44), 111-123. https://doi.org/10.35631/IJEPC. 644009 Franken, I. H., Rassin, E., & Muris, P. (2007). The assessment of anhedonia in clinical and non-clinical populations: further validation of the Snaith–Hamilton Pleasure Scale (SHAPS). Journal of affective disorders, 99(1-3), 83-89. Hanifner, Isabelle, et al. (2018). “The Role of Family Characteristics for Students' Academic Outcomes: A Person-Centered Approach”. Child Development, 89(4), 1405-1422. Ismail, M., & Hassan, H. (2017). Gaya pengajaran dalam kalangan guru tabika Kemas di Kelantan: Teaching styles among teachers Kemas in Kelantan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6, 1–15. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.sp.1.2017 Kayar, R., Buang, K., & Mohd Sopah, F. (2024). Psikologi Pembelajaran. Local Publications (M) Sdn Bhd. Lefudin, L. (2017). Belajar dan pembelajaran: dilengkapi dengan model pembelajaran, strategi pembelajaran, pendekatan pembelajaran dan metode pembelajaran. Yogyakarta Deep. Tan, W. Q., & Khairuddin, K. F. (2023). Penerimaan Guru Tadika Terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Di Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 710-724.
Teori Pembelajaran BAB 6 Masa Kini Nur Diana Batrisha Darmizi, Nurul Aliya Binti Mohd Khairil Akhtar, Nur Ainun Fakhriah Binti Faxrurazi, Nik Nur Qistina Binti Ahmad Rizal Teori Pembelajaran Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 63 6.1 Teori Pembelajaran Masa Kini : George Simens 6.1.1 Teori George Simens Pada zaman era teknologi yang kian membangun ini, kecanggihannya tidak dapat disangkal lagi. Manusia pada abad ini boleh dikatakan semuanya mahir dalam bidang teknologi terutamanya generasi Z. Oleh hal yang demikian, teknologi telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan dan sekarang ia sudah tersebar secara meluas di persada dunia. Mutakhir ini, Teori Pembelajaran Connectivism merupakan antara teori yang amat lazim digunakan sebagai panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Teori ini dipelopori oleh George Siemen, seorang profesor psikologi yang menuntut di Universiti Texas di Arlington. Pengenalan terhadap Teori Connectivism ini dapat membuktikan dimana, dengan bantuan kemudahan internet ini, ianya mampu memberi sebuah peluang kepada kita semua untuk berkongsi maklumat tanpa sempadan (Zulaikha Ahmad Suhaimi & Ridzuan Husin, 2018). Menurut teori yang telah dipelopori oleh George Siemens (2005), beliau telah menetapkan prinsip-prinsip yang ada di dalam teorinya. Antaranya ialah, setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan yang bersifat diversiti tentang pembelajaran dan pengetahuan. Menurut Kasim et al., (2008), setiap individu atau pelajar unik dari segi gaya pembelajaran, tingkah laku, cara berfikir dan gaya pembelajaran mereka. Sebagai contoh, apabila aktiviti kumpulan dijalankan di dalam kelas, setiap pelajar mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya apabila berinteraksi sesama mereka (Saad, 2020). Namun begitu, setiap pelajar juga perlu mempunyai keupayaan untuk menghormati dan memahami pendapat orang lain juga. Ini kerana, dengan setiap pengalaman dan sudut pandang yang berbeza, ini dapat melahirkan kepelbagaian jenis pemahaman antara satu sama lain (Muzaffar Syah Mallow, 2023). Dengan itu, para pendidik merupakan penggerak utama dalam pembelajaran pelajar. Mereka bertanggungjawab untuk memperkembangkan pembelajaran setiap individu dan mengaplikasikan teori Connectivism dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 64 Di samping itu, berdasarkan teori Connectivsm, kapasiti atau kebolehan untuk mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui. Hal ini bermakna adalah penting bagi manusia untuk sentiasa menimba ilmu pengetahuan, kerana seperti yang diketahui pembelajaran berlaku sepanjang hayat, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tambahan pula, dalam era teknologi yang sedang berkembang pesat, amat mudah bagi seseorang individu untuk menimba ilmu pengetahuan kerana semuanya berada di hujung jari. Contohnya, bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Ini menunjukkan bahawa beliau sangat mementingkan ilmu pengetahuan dalam hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh, penting bagi setiap manusia untuk sentiasa menimba ilmu, untuk menjadi seorang yang berjaya dan sentiasa dipandang tinggi oleh orang lain. Prinsip selanjutnya dalam teori ini menekankan bahawa pentingnya untuk menjaga hubungan rangkaian pembelajaran. Hubungan rangkaian yang dimaksudkan di sini adalah berkaitan dengan kemudahan teknologi maklumat atau IT yang ada pada masa kini. Hal ini demikian kerana ia membolehkan urusan pembelajaran berlaku secara berterusan. Disebabkan kita berada dalam zaman IT yang segalanya berada di hujung jari, maka pembelajaran secara atas talian boleh berlaku dimana-mana sahaja. Misalnya, dengan adanya beberapa aplikasi yang telah diperkenalkan seperti Moodle, Blooke dan Google Classroom telah membuka peluang untuk pendidik serta pelajar meneruskan sesi PdP untuk berlaku walaupun tidak bersemuka (Atteya, 2022). Melihat betapa pentingnya menjaga jaringan ini supaya setiap pelajar mampu memperoleh pendidikan yang secukupnya, pihak kerajaan telah menyediakan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh Malaysia terutama di luar bandar agar pembelajaran dapat dirasai oleh semua (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), 2019). Natijahnya, amatlah dititikberatkan bagi setiap pendidik serta pelajar untuk sentiasa memperbaharui pengetahuan berkaitan dengan teknologi digital agar sentiasa mengikut peredaran semasa. Prinsip yang seterusnya adalah membuat keputusan sendiri merupakan satu proses pembelajaran. Menurut Siemens (2005), memilih apa yang ingin dipelajari dan makna maklumat yang ingin diperoleh dapat dilihat melalui perubahan realiti yang nyata. Siemens juga menyatakan bahawa walaupun pilihan yang dipilih itu betul dan tepat pada waktu sekarang, pilihan tersebut boleh menjadi salah pada esok hari. Mengapa? Perubahan maklumat yang pelbagai boleh mempengaruhi suatu keputusan yang telah dibuat. Dalam proses membuat keputusan, seseorang individu perlulah mengambil berat tentang hasil yang akan diperoleh melalui pilihan yang dipilih sama ada positif ataupun negatif. Bukan itu sahaja, strategi mahupun cara yang digunakan perlulah bersesuaian dengan perubahan zaman yang berlaku agar dapat menjamin keputusan yang baik. Menurut Ahmad Atory Hussain (1991), sebuah keputusan dianggap baik apabila ia dapat dilaksanakan dengan berkesan. Setiap keputusan dan pilihan yang dibuat akan bergantung kepada tahap kecekapan dan pemikiran seseorang individu melalui pelbagai inisiatif. Oleh yang demikian, seseorang individu tersebut akan dapat meningkatkan tahap pemikiran ke arah yang lebih kreatif dan kritis serta membaik pulih kemahiran membuat keputusan dengan menilai dari pelbagai aspek.
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 65 6.1.2 Masalah yang dihadapi Namun demikian, terdapat pelbagai dampak positif yang boleh diambil dengan adanya teknologi pada masa kini, akan tetapi, kita masih tidak boleh lari daripada masalah yang akan timbul kesan daripada penggunaan teknologi ini. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mowatt et al. (2017), pelajar pada zaman kini cenderung berdepan dengan masalah Sindrom Penglihatan Komputer atau Computer Vision Syndrome (CVS). Masalah penglihatan ini berpunca daripada penggunaan komputer atau alat teknologi untuk jangka masa dua jam atau lebih dalam satu-satu masa. Simptom yang kerap dirasai adalah seperti sakit tengkuk, lenguh mata, sakit bahu serta merasakan seperti mata berada dalam kering. Kebanyakan pelajar terpaksa menghadap komputer selama beberapa jam sehari bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pendidik meningkatkan lagi kecenderungan untuk terkena sindrom ini. Masalah berkaitan penglihatan seperti rabun sudah meningkat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan diikuti dengan pelbagai jenis masalah lainnya seperti kerap sakit kepala, hilang tumpuan dalam pembelajaran, jadual tidur yang sudah terganggu serta kurangnya aktiviti fizikal (Strom, 2021). Dengan ini, pendidik akan mengalami masalah dalam memberi didikan yang sempurna kepada setiap pelajar dan perlu sentiasa mencari cara agar pendekatan yang digunakan adalah bertepatan dan bersesuaian serta mengambil kira tentang kesan yang mungkin akan berlaku. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini merupakan suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi adalah tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan sesuatu tugasan dapat dijalankan dengan lancar serta bagi menjimatkan masa (Omar et al., 2020). Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan ICT sudah diintegrasikan secara meluas dalam dunia pendidikan (Lawrence & Tar, 2018). Penggunaan ICT juga mampu untuk memberi peluang kepada para pendidik dalam menghasilkan strategi pengajaran yang pelbagai serta untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi para pelajar (Dong & Newman, 2018; Drossel, Eickelmann, & Gerick, 2017). Umumnya, setiap sekolah pada masa kini telah mempunyai perkakasan ICT bagi tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak semua peralatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini boleh digunakan secara optimum dek kerana kerosakan mahupun peralatan yang sudah terlalu uzur (Wong & Khadijah Daud, 2017). Seperti yang diketahui, untuk membaik pulih perkakasan ICT, ia memerlukan kos yang sangat tinggi. Oleh hal demikian, kebiasaannya perkakasan ICT yang rosak akan dibiarkan begitu sahaja. Masalah ini juga menyebabkan kurangnya pengintegrasian ICT dalam PdP oleh para pendidik (Goktas, Gedik, & Baydas, 2013).
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 66 Pembelajaran berasaskan teknologi/ ICT ini telah diperluaskan oleh KPM dalam usaha ingin mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Murid 2013 (PPPM), iaitu melahikan generasi yang celik digital dan meningkatkan pembangunan kompetensi yang berkontekskan teknologi di dalam pendidikan. Antaranya dengan pengimplementasian E-Pembelajaran, M-Pembelajaran dan lain-lain (Aminamul Saidah Mad Nordin et al, 2023). Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Zeki Mohd Zaidi et al, (2020), dimana penyelidik mengkaji tentang bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru di sebuah sekolah pendalaman. Antaranya ialah kekurangan kemudahan infrastruktur ICT di sekolah. Contohnya, bilik darjah yang tidak mempunyai projektor, bekalan elektrik yang tiada sekiranya ingin menggunakan komputer dan pencapaian internet yang perlahan. Selain daripada itu, teori pembelajaran masa kini amat menekankan pembelajaran yang seiring dengan perkembangan masa kini. Sebagai contoh, penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) ataupun penerapan pendekatan pembelajaran abad ke 21 (PAK-21). Namun begitu, boleh dikatakan sebahagian pendidik zaman sekarang masih belum arif tentang pembelajaran tersebut. Hal ini menjadi isu dalam menghasilkan sebuah sesi PdP yang berkualiti dan bermakna. Seperti yang kita tahu juga, pelajar zaman sekarang amat cakna dengan perkembangan teknologi yang kian berkembang. Menurut Frey & Fisher (2012), murid sekarang sememangnya sudah arif dan tahu menggunakan teknologi. Akan tetapi masih ada beberapa perkara yang boleh ditambah bagi meningkatkan kemahiran tersebut. Misalnya, cara untuk mencari maklumat dengan tepat. Mengapa pentingnya pengintegrasian teknologi dalam pendidikan? Guru perlu tahu pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu perkara apabila pembelajaran tersebut adalah secara konkrit. Menurut Abdul Rahim Saad (2000), pembelajaran secara konkrit adalah lebih selesa dan seronok berbanding pembelajaran secara abstrak. Dengan penerapan ICT dalam PdP, guru boleh mempelbagaikan cara penyampaian sesuatu pengajaran dengan lebih menarik. Integrasi ICT dalam pengajaran akan dapat memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid (Rosenberg, 2001). Hal ini jauh lebih menarik berbanding penggunaan papan putih, ataupun pembelajaran secara formal. Namun begitu, kebanyakan guru masih menggunakan cara yang ini dalam PdP. Hal ini akan menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak fokus semasa di dalam bilik darjah. Justeru, kurangnya kemahiran guru dan pengetahuan guru tentang teknologi dan abad 21 menyumbang kepada permasalahan bagi teori ini.
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 67 6.1.3 Aplikasi Teori Teori Connectivism ini mempunyai hubungan yang utuh dengan Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK-21) iaitu pengetahuan terkini merupakan suatu kegiatan dalam pembelajaran connectivism. Sekiranya permasalahan ini tidak diambil berat, sudah tentulah pembelajaran berasaskan teknologi atau masa kini ini tidak dapat berjalan dengan sebaiknya. Oleh itu, setiap pendidik perlu belajar untuk mengadaptasikan prinsip Connectivism di sekolah. Antaranya, pendidik boleh memastikan kemudahan dan keperluan infrastruktur teknologi di sekolah dapat berjalan dengan baik. Tambahan lagi, teori ini juga dapat diaplikasi di peringkat sekolah bagi mengurangkan masalah sindrom Penglihatan Komputer yang semakin meningkat. Bagaimanakah caranya? Dapat diketahui bahawa kebiasannya pendidik akan memberikan tugasan kepada para pelajar untuk mencari info berkaitan sesuatu tajuk yang sedang dipelajari atau bakal dipelajari pada kelas yang akan datang. Cara ini sering digunakan agar setiap pelajar mempunyai pengetahuan awal berkaitan konsep tajuk tersebut, namun sebenarnya terdapat cara yang lebih berkesan. Dimana, daripada pendidik membahagikan tugas kepada setiap pelajar. Misalnya, ada yang mencari berkaitan definisi, ada yang mencari berkaitan tajuk tersebut. Ini dapat membantu para pelajar supaya tidak perlu menghadap gadget terlalu lama. Setiap pelajar juga perlu berkongsi apa yang telah diperoleh dalam kelas yang seterusnya dan cara ini sebenarnya mampu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka tanpa sedar kerana perlu bercakap di hadapan kelas. Kaedah ini amat signifikan dengan salah satu prinsip yang terdapat dalam teori ini iaitu kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi kepadatan maklumat. Pendidik memilih apa yang perlu dicari oleh setiap pelajar supaya mereka tidak mengambil masa yang lama menggunakan teknologi yang ada. Dalam teori ini, ada menyatakan bahawa guru dan pelajar perlu bersedia untuk menghasilkan produk pembelajaran. Oleh hal yang demikian, pendidik boleh mengambil inisiatif untuk menggunakan peralatan teknologi milik sendiri seperti telefon pintar dan juga laptop. Sebagai contoh, pendidik boleh menggunakan laptop milik sendiri untuk mengadakan kuiz dalam aplikasi-aplikasi percuma yang terdapat di laman web seperti “Quizizz” di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menarik. Dengan cara ini, apa yang dituntut dalam penggunaan ICT iaitu guru hendaklah memperkasakan kemahiran ICT bagi menjamin kelancaran proses PdP dapat dilaksanakan walaupun bukan secara optimum (Baimuldina et al., 2019). Selain itu, pengetua memainkan peranan yang amat penting dalam mengurus sekolah berpandukan ICT. Pengetua harus sentiasa memastikan pengintegrasian ICT di sekolah dapat dijalankan dengan baik serta pengetua seharusnya sentiasa menyokong dan mempromosikan budaya pembelajaran yang melibatkan penggunaan digital.
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 68 Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jika pendidik masih belum mahir dan arif menggunakan teknologi mahupun menerapkan pembelajaran PAK-21, hal ini akan menjadi cabaran dalam menghasilkan pengajaran yang menarik dan bermakna. Namun begitu, bagi mengatasi masalah tersebut, guru boleh mengaplikasikan teori pembelajaran masa kini. Bagaimana? Selain daripada menggunakan teknologi, guru boleh menggunakan pendekatan yang kreatif iaitu pembelajaran yang dapat memberi pengalaman secara langsung terhadap pelajar. Hal ini juga seiring dengan teori pembelajaran masa kini. Sebagai contoh, guru menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan inovatif, melakukan aktiviti dalam kumpulan dan sebagainya. Selain itu, demi meningkatkan kemahiran teknologi, pendidik boleh menghadiri atau menyertai program latihan dan pembinaan profesional yang intensif. Menerusi kursus-kursus ini, guru boleh menimba pengetahuan yang baharu dan tingkatkan lagi kemahiran menggunakan teknologi. Hal ini kerana, dalam kursus-kursus seperti ini, ia akan mendedahkan tentang penggunaan dan pembinaan alatan digital, bagaimana untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dan berkesan dengan menerapkan teknologi. Bukan itu sahaja, guru juga boleh bekerjasama dengan rakan guru yang lebih mahir dalam menggunakan teknologi digital. Oleh itu, sebagai pendidik yang akan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, kita harus membuat anjakan paradigma dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna, berkesan, dan berkualiti supaya dapat melahirkan anak bangsa yang mampu menyumbang terhadap negara. Rujukan Afroz Alam., D. M. (2023). Connectivism Learning Theory and Connectivist Approach in Teaching and Learning: A Review of Literature. BHARTIYAM INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION & RESEARCH, 12(II), 2 - 15. https://www.researchgate.net/profile/Md-AfrozAlam/publication/369734538_Connectivism_Learning_Theory_and_Connectivist_Approa ch_in_Teaching_and_Learning_A_Review_of_Literature/links/64298e4a315dfb4ccec853 d5/Connectivism-Learning-Theory-and-Connectivist-Approach-in-Teaching-andLearning-A-Review-of-Literature.pdf Aminamul Saidah Mad Nordin., Bity Salwana Alias., Zamri Mahamod. (2023). Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM). 1(1). https://www.jppt.my/wpcontent/uploads/2023/04/7.pdf Atteya, P. N. (2022, December 12). 10 Platform E-pembelajaran Terbaik di Malaysia. Pukunui. https://pukunui.com/10-platform-e-pembelajaran-terbaik-di-malaysia/ Ahmad Atory Hussain (1991), “Kerajaan Tempatan – Teori dan Peranan di Malaysia.”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baimuldina, N., Tsay, Y., Khakimova, T., Myrzabayeva, A., & Naimanbaiev, A. (2019, May). The main aspects of digitalization in the system of professional development of teachers. In 2019 International Conference on Pedagogy, Communication and Sociology (ICPCS 2019) (pp. 75-77). Atlantis Press.
Teori Pembelajaran BAB 6 Masa Kini Teori Pembelajaran Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 69 Herlo, D. (2017). Connectivism, a new learning theory? The European Proceedings of Social and Behavioural Sciences. https://doi.org/10.15405/epsbs.2017.05.02.41 Kasim, T. S. a. T., & Husain, F. C. (2008, June 30). Pendekatan Individu dalam Pendidikan. ResearchGate. Retrieved April 2, 2024, from https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_da n_Komunikasi_dalam_Pendidikan Mowatt, L., Gordon, C., Santosh, A. B. R., & Jones, T. (2017). Computer vision syndrome and ergonomic practices among undergraduate university students. International Journal of Clinical Practice, 72(1), e13035. https://doi.org/10.1111/ijcp.13035 Munohsamy, T. (2014). (PDF) Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. ResearchGate. Retrieved April 2, 2024, from https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_da n_Komunikasi_dalam_Pendidikan Muzaffar Syah Mallow. (2023). Surat | Kebebasan Bersuara Bukan Musuh. MasaKini. https://www.malaysiakini.com/letters/672418 Omar, M. N., Noor, S., & Kasim, A. L. (2020). Karakter Kepimpinan Teknologi Pengetua Dalam Pengintegrasian ICT Di Sekolah Menengah. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/341446128_Karakter_Kepimpinan_Teknologi_ Pengetua_Dalam_Pengintegrasian_ICT_Di_Sekolah_Menengah Osman, D. (2014). Proses membuat keputusan. www.academia.edu https://www.academia.edu/3679465/Proses_Membuat_Keputusan Saad, H. M. (2020). Kebebasan Akademik: Memperkasa Sistem Pendidikan di Malaysia. Kanun (Kuala Lumpur), 32(1), 119–144. https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no6 Siemens, G. (2005). Connectivism A learning theory for the digital age, International Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2. - References - Scientific Research Publishing. (n.d.). https://scirp.org/reference/referencespapers? referenceid=148504 Strom, A. (2021). The Negative Effects of Technology for Students and Educators [Master’s These). https://nwcommons.nwciowa.edu/cgi/viewcontent.cgi? article=1322&context=education_masters Suhaimi, Z. A., & Hussin, R. (2018). Inovasi Penggunaan Facebook Sebagai Satu Media Pengajaran dan Pembelajaran Murid Sekolah dalam Pendidikan Seni Visual: Innovation of Facebook Use as a Media of Teaching and Learning of Schoolchildren in Visual Art Education. ejournal.upsi.edu.my. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol6.4.2018 Harian, S. (2024, February 15). Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ismail-sabri-lanjutpelajaran-ke-peringkat-phd-458421
Teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Masa Kini BAB 6 Masa Kini 6 Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 70 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). (2019). Pusat Internet Terus Terus Tingkat Taraf Hidup Komuniti Setempat | Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC). Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/pusat-internet-continues-to-upliftlocal-communiti Zeki, M. Z. B. H. M., Razak, A. Z. B. A., & Razak, R. A. (2020, January 2). CABARAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH PEDALAMAN: BERSEDIAKAH DALAM MELAKSANAKAN KBAT? https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/22198
Pn Siti Nor Khalis binti Harun Narasid PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Sidang Editor Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 71 En. Chan Kuan Loong Ketua Editor Pn. Syahidah Haziyah Binti Sulaiman Editor Editor
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Gambar Penulis Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 72
Gambar Penulis PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Psikologi Pembelajaran di Sekolah | 73
Buku yang bertajuk Psikologi Pembelajaran di Sekolah ini memberi panduan secara komprehensif kepada mereka secara langsung dan tidak langsung dalam bidang pendidikan, khususnya bagi pelajar yang mempelajari bidang pendidikan. Buku ini memberikan pemahaman mendalam tentang psikologi pembelajaran. Pendekatan baharu yang diambil oleh buku ini menggabungkan pengetahuan psikologi pembelajaran dengan proses pembelajaran, dengan tujuan menciptakan pengajaran harmoni yang kuat antara pemahaman psikologi pembelajaran dan implementasi dalam konteks pengajaran di sekolah. SINOPSIS