The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90412029, 2023-11-20 16:22:49

NUKILAN MPI, IPIS, IPGKPI

SJHK3043 2022

1


i PENSYARAH PEMBIMBING: DR. SITTI HASNAH BINTI BANDU PENSYARAH DI JABATAN SAINS KOGNITIF IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM NAMA: NUR SAKINAH BINTI ANUAR KELAS: S3T1.09 PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU ELEKTIF TERAS: SEJARAH AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021 NAMA: NUR HAZLIEZAH BINTI RAMLI KELAS: S3T1.09 PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU ELEKTIF TERAS: SEJARAH AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021 NAMA: AHMAD DANIAL HAKIMI BIN MOHAMAD HAIRUDIN KELAS: S3T1.07 PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU ELEKTIF TERAS: SEJARAH AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2021


ii PRAKATA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Nukilan MPI, IPIS & IPGKPI ini telah berjaya dihasilkan. E-book ini merupakan sejarah ringkas IPG Kampus Pendidikan Islam yang merangkumi sejarah awal penubuhan MPI, IPIS kepada IPG Kampus Pendidikan Islam, mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam serta alumni cemerlang MPI. E-book ini diterbitkan untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam untuk mengetahui berkaitan sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam dengan lebih mendalam. Pelbagai cabaran yang kami hadapi dalam menghasilkan e-book ini, namun usaha tersebut membuahkan hasil. Kaedah yang kami gunakan dalam mencari maklumat juga memerlukan kami untuk berusaha dalam mencari orang sumber yang tepat sesuai dengan soalan tugasan. Selain itu, dalam e-book ini juga, kami turut membincangkan sedikit dan sekelumit tentang sejarah penubuhan IPGKPI. Oleh itu, kaedah temubual sahaja tidak mencukupi, kaedah mencari sumber maklumat lain juga perlu dilakukan. Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah subjek SJHK3043, Dr Sitti Hasnah binti Bandu di atas usaha beliau menyediakan panduan kepada kami untuk menghasilkan penulisan ini. Tidak dilupakan orang-orang sumber iaitu, Dr Abdullah bin Hamzah, Encik Nasharuddin, Puan Mahawa binti Pilus, dan Puan Haliza yang sudi meluangkan masa dalam membantu pihak kami untuk mendapatkan maklumatmaklumat penting berkaitan IPG. Semoga penulisan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya oleh semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam. Sekian, terima kasih. Nur Sakinah Nur Hazliezah Ahmad Danial Hakimi


iii ISI KANDUNGAN PRAKATA ii ISI KANDUNGAN iii 1.0 PENGENALAN 1 2.0 SEJARAH PENUBUHAN MPI, IPIS DAN IPGKPI 2.1 Pengenalan 2 2.2 Sejarah Penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI) 2 2.3 Sejarah Penubuhan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) 4 2.4 Sejarah Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) 5 2.5 Rumusan 6 3.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH IPGKPI 3.1 Pengenalan 7 3.2 Latar Belakang Mantan Pengarah 7 3.3 Cabaran Yang Dihadapi Sewaktu Menjadi Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam 8 3.4 Sumbangan dan Pencapaian Mantan Pengarah 9 3.5 Rumusan 11 4.0 JEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM (MPI) 4.1 Pengenalan 12 4.2 Transkripsi Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI) 4.2.1 Latar belakang alumni 12 4.2.2 Zaman belajar di MPI 13 4.2.3 Penglibatan program luar 14 4.2.4 Pencapaian sepanjang perkhidmatan 15 4.2.5 Cabaran yang dihadapi 15 4.2.6 Sokongan orang belakang 15 4.2.7 Harapan 16 4.3 Rumusan 16 5.0 RUMUSAN 17 RUJUKAN LAMPIRAN


1 1.0 PENGENALAN E-book yang direka ini merupakan suatu rujukan kepada pelajar dan orang luar untuk mengetahui serba sedikit tentang keunikan penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). E-book ini juga memaparkan hasil maklumat yang diperoleh daripada, saksi mata, kata dengar dan orang proto serta rujukan bagi mengisi ruang kosong dalam maklumat yang diberi dan seterusnya digabungkan bagi menghasilkan e-book ini. Tiga perkara yang akan difokuskan dalam menelusuri jejak IPG ini termasuklah sejarah penubuhan, mantan pengarah yang telah berkhidmat serta alumni MPI yang telah berjaya dilahirkan dari IPG Kampus Pendidikan Islam. Ketigatiga isi perbincangan juga disusun mengikut urutan yang tepat agar pembaca memahami kronologi sejarah penubuhan IPGKPI ini. Oleh itu, harapan kami sebagai penulis untuk menjadikan e-book ini sebagai rujukan kepada orang awam terutama sekali kepada para pelajar sama ada warga IPG mahupun pelajar luar kampus merupakan objektif kami dalam menghasilkan e-book ini. Dengan maklumat yang telah disatukan, kami berharap e-book ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam mengikuti perkembangan IPG Kampus Pendidikan Islam yang mempunyai keistimewaannya sendiri.


2 2.0 SEJARAH PENUBUHAN MPI, IPIS, DAN IPGKPI 2.1 Pengenalan Institut Pendidikan guru adalah sebuah institusi latihan yang berperanan untuk melatih bakal–bakal guru. Bakal guru ataupun lebih dikenali sebagai siswa guru yang dilahirkan akan menjadi pendidik yang ditempatkan di sekolah rendah. Institut Pendidikan Guru juga merupakan institut latihan yang dikendalikan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) merupakan salah satu IPG yang melatih guru khsususnya dalam bidang pendidikan islam. Ia juga merupakan salah satu kampus daripada 27 kampus yang mempunyai budaya tersendiri yang bersifat lebih Islamik. Walau bagaimanapun, IPGKPI merupakan perubahan yang berlaku pada suatu ketika dahulu yang bergelar Maktab Perguruan Islam dan Institut Perguruan Islam dan sehinggalah Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, sejarah penubuhan akan menjadi fokus untuk diperincikan dari mana dan bagaimana tertubuhnya Maktab Perguruan Islam, Institut Perguruan Islam dan seterusnya Insititut Pendidikan Islam dengan lebih lanjut. Maklumat yang diperoleh juga adalah daripada kaedah menemubual, saksi mata, kata dengar dari Pensyarah sendiri yang telah lama berkhidmat dah tahu tentang perubahan yang berlaku dalam sejarah penubuhan. Selain itu, kaedah mencari maklumat di perpustakaan juga turut dilaksanakan bagi mengisi lompang kosong dalam maklumat yang diperoleh dari temubual. 2.2 Sejarah Penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI) Pada suatu ketika dahulu, Maktab Perguruan Islam hanya merupakan satu unit Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur pada Februari 1977. Unit Pnediidkan Agama Islam juga telah emnawarkan kos kepada sejumlah 87 orang pelatih guru dengan bimbngan


3 tiga orang pensyarah. Kursus yang ditawarkan pada ketika itu hanya Kursus Perguruan Sekolah Menengah. Unit Pendidikan Islam hanyalah menumpang di bangunan Institut Bahasa. Sehingga 25 April 1977, tertubuhkan Maktab perguruan islam secara rasmi yang berpindah dari satu unit di MPIK ke bangunan Insitut Bahasa yang dijalankan pada sesi petang sehingga Noevmber 1977. Kursus dimulkan dengan pengambilan 237 pelatih guru dengan tawaran kursus pendidikan perguruan sekolah rendah. Setelah itu wujudnya Jabatan Pendidikan Islam dan Jabatan Bahasa Malaysia. Maktab Perguruan Islam berpindahn buat kali kedua ke bangunan Unit Kebangsaan Malaysia di Petaling Jaya pada bulan Noavember 1977 hingga 1983. Selain daripada tiga jabatan yang ditubuhkan , dua unit lagi diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeri dan Unit Gerko. Pads mei 1983, Maktab Perguruan Islam berpindah di Bnagunann Lembah Pantai Kuala Lumpur sewaktu menunggu Bangunan baru khusus buat MPI disiapkan di Bangi, Selangor. Maktab mengalami perkembangan yang pesat sejak ia ditubuhkan. Buktinya bilangan peatih terus bertambah kepada 1217 pelatih guru dan pensyarahnya kepada 110 orang. Oleh yang demikian, Kursus yang ditawarkan selain dari Kursusu Perguruan Asas Sekolah Menengah dan Rendah, Kursus Cuti, Kursus Diploma Pendidikan dan Kursus Dalam Perkhidmatan juag ditawarkan. Di samping itu, Tujuh buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Bahasa, Jabatan Kajian Sosial dan Jabatan Bahasa Inggeris. Pada 14 Julai, 1990 Maktab perguruan islam telah berpindah ke bangunan kampus baru bangi, Semua kaki tangan terlibat dalam proses perpeindahan itu. Kini MPI terus berkembang pesat atas faktor bangunan baru.


4 2.3 Sejarah Penubuhan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) Pada 1 April 2006, MPI telah bertukar kepada Insitut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) melalui satu pengisytiharan yang dibuat di Institu Perguruan Tun Abdul Razak IPTAR, Kota Semarahan, Sarawak. Pengisyitiharan ini berlaku pada maktab perguruan laim yang bertujuan untuk menaikkan taraf Maktab perguruan. Institut Pegruruan ini pada dasarnya diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). BPG ini berperanan dalam menguruskan guru yang sudah berkhidmat. Ini yang membezakan IPIS dengan IPGKPI .Pertukaran nama ini juga merupakan suatu usaha naik taraf maktab kepada institut perguruan. Walupun perubahan berlaku, namun tidak banyak yang memberi kesan kepada IPIS ketika ini. Buktinya, logo rasmi, lagu dan visi misi masih dikekalkan. Namun perubahan yang dilihat adalah daripada sijil yang dikeluarkan. Jika MPI hanya mengeluarkan sijil, IPIS pada ketika itu suda mula mengeluarkan Sijil dan Diploma dalam pendidikan. IPIS juga ketika ini mempunyai banyak kolaborasi dengan pihak lain. Hal ini dibuktikan melalui penemuan cenderamata penghargaan yang ditemui di perpustakaan yang menunjukkan hubungan IPIS dan pihak luar. Gambar akan disertakan dalam lampiran.


5 2.4 Sejarah Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam IPG distruktur semula menjadi institusi pilihan utama pelajar serta bersaing dengan IPTA dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam sistem terbuka pengambilan guru. KPM menggariskan tiga peringkat melalui 40 inisiatif sepanjang Program Transformasi IPG bermula pada tahun 2016 sehingga 2025.113 Selaras dengan transformasi tersebut, IPG turut menawarkan 21 program pengajian untuk kumpulan PISMP dengan jumlah siswa guru seramai 15722 orang di seluruh Malaysia.114 Transformasi dilaksanakan untuk mengekalkan IPG sebagai peneraju utama dalam bidang latihan perguruan di Malaysia. Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkanyya menganugerahkan ijazah sarjana muda Perguruan kepada siswa guru. Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 bersetuju menaikkan taraf Maktab-maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Perkara ini diselaraskan dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah sarjana mud perguruan pada tahun 2011 setelah menamatkan pengajian selama 5 tahun termausk temoh persediaan. Dapat dilihat bahawa pertukaran membawa impak kepada beberapa pihak termasuklah pensyarah, pelajar dan kakitangan. Menurut, saksi mata yang ditemubual, IPGKPI juga telah dinaik taraf dan membaw perubahan kepada perjawatan serta peruntukkan untuk IPGPI. Kesan perpindahan juga turut dirasai oleh warga IPG antaranya ialah dari segi impak kepada pensyarah ialah dari segi penjawatan yang semakin kecil manakala dari segi peruntukan menjadi semakin terhad. IPGKPI jug adalah dibawah IPGM dan mempunyai satu rector sahaja ,


6 berbeza dengan Universiti yang setiap kampus mempunyai rector. Sehingga kini, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakn salah satu IPG daripada 27 IPG yang bertahan. 2.5 Rumusan Namun, walaupun IPGKPI pesat berkembang sehingga kini, terdapat penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh pihak IPG. IPGKPI juga mempunyai sejrah penubuhan yang unik dan menarik untuk menjadi rujukan para pelajar dan masyrakat. Sejarah penubuhan ini juga memberi kesan kepada warga IPG kerana perpindahan yang berlaku sebanyak 3 kali sehinggalah mempunayi bangunan sendiri. Seuai dengan nama “kampus pendidikan islam” IPGKPI ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi sejrah penubuhan mahupun budaya yang diamalkan di sini. Sehinggalah sekrang IPGKPI masih antara IPG yang melahirkan paling ramai graduan dalam bidang pengkhususan Pendidikan Rendah Islam dan Bahasa Arab. Malh pernah mencapai IPGKPI juga mempunyai banyak pencapaian yang patut dibanggakan dan perlu untuk siswa guru tahu. Oleh itu, dengan ebook yang akan dihasilkan akan menjadi alternatif yang baik untuk pelajar dan orang luar untuk mengetahui sejarah penubuhan IPGKPI yang telah melahirkan ramai siswa guru berkualiti dari tertubuhnya MPI sehinggalah IPGKPI. Sejarah yang dihasilkan juga merupakan hasil daripada kata dengar dan saksi mata pensyarah yang telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang serta sejrah penubuhan institusi. Dapat disimpulkan bahawa setiap sejarah mempunyai keistimewaan untuk menjadi iktibar dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.


7 3.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH IPGKPI 3.1 Pengenalan Kepimpinan merupakan kebolehan seseorang dalam mengetuai sesebuah organisasi untuk bersama-sama bekerja bagi merealisasikan suatu visi yang dikongsi bersama. Ini bermaksud kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah dan memimpin kakitangan secara keseluruhan. Dengan itu, jelaslah bahawa seorang pemimpin yang dilantik hendaklah memiliki ciri-ciri yang sesuai dan layak untuk dijadikan pemimpin. Bukan itu saja, tidak dinafikan bahawa tugas seorang pemimpin atau ketua juga amatlah besar. Namun begitu, sifat kepimpinan yang adil dan tegas dalam memimpin kaki tangan pensyarah dan staf ini dapat dilihat pada mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman bin Hussain. Dalam konteks kajian berkaitan mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam saya telah melakukan kaedah yang sistematik bagi memastikan hasil kajian ini bernilai sejarah dan objektif kajian dapat direalisasikan. Antara proses penting dalam menghasilkan kajian ini ialah kaedah merancang projek dan proses rakaman, Syed Ismail (2015). Dalam mengumpul maklumat berkaitan mantan pengarah pula, saya telah mengenal pasti beberapa orang sumber iaitu individuindividu yang memberikan keterangan lisan yang diyakini mempunyai maklumat berkenaan dengan mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman bin Hussain. Orang sumber pertama dalam kajian ini ialah Ketua Jabatan Bahasa Arab iaitu Dr Abdullah bin Hamzah. Manakala orang sumber kedua pula ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu iaitu Puan Mahawa binti Pilus. 3.2 Latar Belakang Mantan Pengarah Dato Haji Osman bin Hussain


8 Dato Haji Osman bin Hussain merupakan pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam yang mula berkhidmat sekitar tahun 2011. Beliau dan keluarga menetap di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat mendapat Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dan Ijazah Sarjana (MSc) Penyelidikan dan Penilaian, (Majalah An-Nur 2011). Semasa beliau berkhidmat menjadi pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau dikenali sebagai seorang yang berani, tegas, lantang bersuara dan mahir dalam bidang hal ehwal pelajar serta aktif dalam kokurikulum. Walaupun mempunyai keperibadian yang tegas, namun Dato Osman merupakan seorang ketua yang sangat mengambil berat akan kakitangan dan pelajar. Ini kerana, walaupun jadual beliau sangat padat dan mempunyai masa yang terhad, namun beliau sedaya upaya untuk mengambil peluang mendekati dan berinteraksi dengan semua warga kampus. Selepas beliau menjadi pengarah di IPG KPI beliau seterusnya telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Beliau juga sering menghadiri mesyuarat untuk para pensyarah dan mengamalkan “management by walking about” iaitu membuat rondaan dan berjumpa dengan pensyarah dan staf dari jabatan ke jabatan. Beliau juga merupakan seorang pengarah yang dekat dengan pelajar kerana beliau sering untuk cuba menghadirkan diri ke program-program yang dianjurkan oleh pelajar, (Majalah An-Nur, 2011). Sebelum beliau melangkahkan kaki ke IPG KPI, mantan pengarah iaitu Dato Osman telah cuba untuk mengkaji sedalam-dalamnya matlamat, visi dan misi IPG serta hasrat kerajaan dan masyarakat terhadap IPG KPI bertujuan untuk memudahkan beliau mentadbir dan mengurus IPG ini berdasarkan kepada kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang ada. Sewaktu mula berkhidmat di IPG iaitu pada tahun 2011, beliau telah menetapkan hala tuju IPG KPI dalam tempoh dua tahun iaitu ingin memastikan IPG KPI menjadi IPG yang unggul dalam bidang latihan guru serta menjadi rujukan utama di seluruh negara khususnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 3.3 Cabaran yang Dihadapi Sewaktu Menjadi Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Sewaktu beliau berkhidmat sebagai pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam pelbagai cabaran yang dilalui beliau begitu juga dengan para kakitangan pensyarah dan pihak pentadbiran dalam memastikan IPG Kampus Pendidikan Islam terus unggul dan maju kehadapan. Antara cabaran yang telah dilalui beliau


9 dan kakitangan IPG ialah dari aspek pengurusan disiplin pelajar. Hal ini kerana, terdapat beberapa isu berkaitan disiplin pelajar yang perlu diberi tindakan, disingkirkan dan dibuang kerana telah melanggar akta 174. Bukan itu saja, terdapat juga cabaran dari aspek peningkatan tahap professional pensyarah Pendidikan Islam di IPG KPI. Hal ini kerana, penjawatanpenjawatan tinggi gred 54 hanya dikuasai oleh pensyarah jabatan lain seperti Jabatan Bahasa Inggeris dan Jabatan Pengajian Melayu yang pada dasarnya tidak berkaitan dengan Jabatan Pendidikan Islam atau Bahasa Arab yang seharusnya menjadi teras utama di IPG ini. Hal ini berlaku bukan kerana pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam mahupun Jabatan Bahasa Arab tidak berkebolehan atau tidak berkelayakkan namun perkara ini terjadi disebabkan kesibukan masa dan kerja yang menyebabkan beberapa keperluan-keperluan penjawatan terabai. 3.4 Sumbangan dan Pencapaian Mantan Pengarah Antara sumbangan yang dilakukan oleh mantan pengarah IPG KPI iaitu Dato Osman kepada IPG ialah, beliau merupakan pencetus idea kepada penubuhan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab (PKPBA). Menurut (Abdullah 2022), Dato Osman merupakan pencetus idea kepada penubuhan PKPBA kerana beliau melihat tidak ada lagi pusat pedagodi bahasa Arab di Malaysia pada masa itu. Idea yang dicetuskan oleh beliau ini masih disambung sehingga kini dengan adanya kesinambungan usaha daripada pengarah-pengarah IPG KPI yang seterusnya. Walau bagaimanapun, idea dan hasrat beliau dalam penubuhan PKPBA ini akan diteruskan oleh kaki tangan IPG KPI dengan lebih giat lagi selepas sesi pendemik ini. Selain itu, sewaktu beliau menjadi pengarah, IPG KPI berjaya mengajurkan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam (PKPI). Persidangan yang diadakan pada 3 Julai 2012 di Royale Bintang Seremban ini merupakan sebuah persidangan yang julung-julung kali diadakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Dari sesi plenari hingga ke sidang selari, persidangan ini telah banyak memberi input semasa yang boleh digunakan dan difikirkan untuk penambahbaikan dari segi idea dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Mahawa, 2022), beliau pada masa itu merupakan ketua urus setia di bawah Dato Osman dalam menjayakan PKPI pada tahun 2012 di bawah IPG KPI.


10 Di samping itu, sumbangan yang dibawa oleh beliau kepada IPG juga ialah apabila beliau berani untuk menyenaraikan sebanyak 15 orang pensyarah bagi mendapat markah cemerlang dalam penilaian tahunan. Menurut (Mahawa, 2022), beliau merupakan seorang yang komited dalam melaksanakan tugas. Dengan itu, beliau sanggup menulis laporan untuk pensyarah-pensyarah yang berpotensi untuk mendapat markah cemerlang yang pada akhirnya menjadikan IPG KPI sebagai satu-satunya IPG pada masa itu yang mempunyai bilangan pensyarah cemerlang terbanyak daripada 27 buah IPG. Perkara ini juga di sokong oleh pandangan (Abdullah, 2022) yang berpendapat bahawa mantan pengarah IPG KPI merupakan pengarah yang tidak luak dalam memberikan markah kepada para pensyarah. Akhir sekali, sumbangan mantan pengarah iaitu Dato Osman kepada IPG KPI ialah dengan melaksanakan penstrukturan semula jawatan pensyarah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab khususnya. Hak ini kerana, berdasarkan kepada cabaran yang dilalui oleh beliau sewaktu berada di IPG iaitu kekurangan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang memiliki gred penjawatan tinggi seperti gred 54 menyebabkan beliau pada masa itu gigih berusaha bagi memastikan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mampu untuk naik pangkat. Dalam memastikan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab setaraf dengan pensyarah di jabatan lain, inisiatif yang telah beliau lakukan pada masa itu ialah menugaskan pegawai di bahagian pentadbiran untuk mengumpul pensyarah yang berpotensi membimbing dan membantu melengkapkan diri supaya melayakkan mereka naik pangkat. Dengan usaha itu, dilihat banyak pensyarah yang berjaya memiliki gred 54.


11 3.5 Rumusan Secara keseluruhan, dalam menghasilkan kajian ini kaedah merancang projek sejarah lisan dan proses rakaman melibatkan suatu proses yang perlu dirancang dengan teliti dan memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan itu saja, kajian berkaitan mantan pengarah ini juga membuktikan bahawa untuk mendapat maklumat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku, sejarah lisan merupakan sumber yang penting dalam mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika pentadbiran mantan pengarah IPGKPI iaitu Dato Osman. Dengan itu, jelaslah bahawa sejarah lisan ini merupakan satu sumber sejarah yang penting dalam menggambarkan kembali peristiwa-peritiwa yang telah berlaku pada masa lalu.


12 4.0 JEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM (MPI) 4.1 Pengenalan Sejarah merupakan perkara yang penting bagi seseorang. Sejarah menceritakan tentang latar belakang seseorang itu, menceritakan tentang kisah hidupnya dan menceritakan tentang kejayaan dan liku-liku cabaran yang dihadapi olehnya sepanjang seseorang itu hidup di atas muka bumi Allah ini. Menurut Alif Yusri (2020) yang mengambil kata-kata Herodotus, sejarah merupakan satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh, masyarakat dan juga peradaban. Sejarah juga merupakan sebuah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab kepada sesuatu yang mereka lakukan. Terdapat banyak kepentingan sejarah. Antaranya ialah manusia tertarik dengan pengalaman lalu seseorang. Menurut Hani (2013), seseorang itu akan tertarik untuk mendampingkan dirinya dengan pengalaman hidupnya kerana pengetahuan masa lalu yang membolehkannya mengenali dirinya yang merangkumi minat, karakter diri, gaya, dan falsafah hidup. Berdasarkan kepada penghasilan tugasan ini, dapat kita mengkaji tentang ketokohan yang dilahirkan oleh Maktab Perguruan Islam disamping mengetahui latar belakang dan kehidupan ketokohan tersebut agar menjadi contoh kepada orang ramai. Kesimpulannya, sejarah penting bagi melahirkan individu yang berkaliber tinggi dan menjadikan seseorang itu lebih matang. Oleh itu, sebagai guru Sejarah, amat penting untuk menguasai dan mengetahui sejarah agar menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita semua. 4.2 Transkripsi Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI) 4.2.1 Latar belakang alumni Nama penuh beliau ialah Haliza binti Awi. Beliau dilahirkan pada 13 Oktober pada tahun 1973. Beliau merupakan anak jati kelahiran negeri Johor. Beliau


13 merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Umur beliau yang terkini ialah 49 tahun. Pekerjaan beliau yang terkini ialah seorang kaunselor di sekolah. Menengah. Beliau mempunyai seorang suami dan mempunyai lima orang anak iaitu empat perempuan dan seorang lelaki jejaka malaya. Hobi beliau ialah melancong dalam negeri dan luar negara. Cita-cita beliau ialah untuk menjadi seorang polis wanita, hendak menjadi seorang doktor. Namun, cita-cita yang beliau yang terkini ialah untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat namun sentiasa rendah diri kepada masyarakat luar dan orang sekeliling. 4.2.2 Zaman belajar di MPI Menurut beliau, jika diceritakan daripada zaman awal belajar, sudah pasti jalan ceritanya lebih panjang. Jadinya, Cikgu Haliza bercadang untuk memendekkan ceritanya agar memudahkan penceritaan zaman belajarnya ketika di Maktab Perguruan Islam (MPI). Cikgu Haliza memasuki Maktab Perguruan Islam (MPI) pada tahun 1992 dan beliau merupakan pelajar lepas SPM pada ketika itu yang menandakan bahawa umur Cikgu Haliza pada ketika itu ialah dalam lingkungan 18 atau 19 tahun. Beliau juga menyatakan bahawa beliau merupakan pelajar yang termuda pada ketika itu. Beliau mengambil Sijil Perguruan bagi pengkhususan Pendidikan Awal Kanakkanak (PAKK). Menurut beliau, beliau sangat aktif ketika di maktab dahulu. Oleh itu, beliau telah dilantik untuk menjadi ketua kuliah kerana beliau sangat aktif dan yang paling muda dalam kelas dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa beliau merupakan satu-satunya ketua kuliah wanita kerana ketua kuliah bagi kelas lain merupakan para ustaz. Cikgu Haliza amat aktif dalam syarahan. Beliau pernah menyertai pertandingan syarahan Bahasa Inggeris dan beliau juga aktif dalam unit beruniform St. John Ambulans. Selain itu juga, beliau aktif sebagai pemain bola baling maktab dan pernah mewakili bagi Maktab Perguruan Islam (MPI). Beliau turut menyatakan bahawa yang beliau turut aktif dalam bidang pengacaraan majlis dan mewakili pasukan nasyid bagi MPI kerana suaranya yang lunak dan sedap untuk didengar. Tambahan pula, Cikgu Haliza selalu mendapat markah yang cemerlang dalam setiap semester dan disebabkan itu Cikgu Haliza selalu menjadi pembentang modul di maktab.


14 Pada akhir tahun 1994, Cikgu Haliza telah dinobatkan sebagai pelatih guru cemerlang kokurikulum. Kemudian, pada tahun pertama Cikgu Haliza mengajar, Cikgu Haliza telah dihantar untuk mengajar di SK Ayer Itam di Pualu Pinang. Pada tahun 1995, Cikgu Haliza juga turut mengambil peperiksaan STPM sambil mengajar sebagai guru di SK Ayer Itam. Kemudian, Cikgu Haliza meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan psikologi komunikasi. Oleh itu, sehingga ke hari ini, beliau menjadi seorang kaunselor yang bertauliah di sekolah dan sudah tidak mengajar prasekolah lagi. 4.2.3 Penglibatan program luar Menurut Cikgu Haliza, beliau banyak menyertai program-program luar. Antaranya ialah penglibatan dalam kumpulan ‘Smart Support Team’. Kumpulan ini merupakan kumpulan para kaunselor yang memberikan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir. Selain itu, Cikgu Haliza juga merupakan pembina modul kecemerlangan murid dan penceramah bagi murid-murid UPSR dan SPM. Cikgu Haliza juga merupakan penyelaras kepada patrol dengi di peringkat kebangsaan yang mana patrol denggi ini digerakkan oleh murid-murid di bawah bimbingan Cikgu Haliza untuk menghebahkan berkaitan bahayanya denggi. Tambahan pula, CIkgu Haliza juga dijemput sebagai pengacara majlis bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Tidak lupa juga, Cikgu Haliza merupakan pembentang amalan terbaik kaunseling yang mana sekiranya terdapat inovasi dalam kaunseling, maka Cikgu Haliza akan membentangkan modul tersebut sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Cikgu Haliza juga terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO-NGO. Tidak ketinggalan, Cikgu Haliza merupakan jurulatih utama pembimbing rakan sebaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan jurulatih utama psikometrik di peringkat kebangsaan. Selain itu, Cikgu Haliza pernah dijemput untuk menulis beberapa artikel di Berita Harian Didik dan terdapat satu atau dua artikel yang ditulisnya telah diterbitkan dalam majalah e-baca daripada Syarikat Karang Kraf. Cikgu Haliza juga merupakan pengamal kepada ‘Finger Print Analysis’ dan ‘Art Therapy’. Cikgu Haliza juga terlibat dengan kem kepimpinan dan waja diri bagi murid yang mempunyai masalah dalam mendisplinkan diri.


15 4.2.4 Pencapaian sepanjang perkhidmatan Sepanjang Cikgu Haliza berkhidmat sebagai guru selama 27 tahun, terdapat banyak anugerah yang telah beliau terima. Antaranya ialah Cikgu Haliza telah dinobatkan sebagai ikon cemerlang gurubimbingan dan kaunseling bagi peringkat negeri Perak. Beliau juga menerima anugerah intergriti negeri Perak. Selain itu juga, beliau pernah menerima aungerah perkhidmatan cemerlang dari tahun 2002, 2014, dan 2017. Tambahan pula, beliau diberikan anugerah pembentang amalan terbaik kaunseling di peringkat kebangsaan sebanyak 3 kali dari tahun 2014, 2015, dan 2017. 4.2.5 Cabaran yang dihadapi Dalam usaha untuk mencapai suatu kejayaan, sudah pasti cabaran itu akan hadir bagi menjadikan diri kita lebih berjaya. Menurut Dr. Mohd Daud Bakar (2017), cabaran adalah suatu perkara mesti berlaku, malah sekiranya wujud orang yang berjaya tanpa cabaran, tanpa rintangan, maka itu bukan kejayaan yang sebenar. Sama juga dengan situasi Cikgu Haliza. Menurut beliau, setiap tugasan yang dilakukan, pasti adanya cabaran. Antara cabaran yang beliau pernah hadapi ialah komitmen daripada rakan-rakan dalam mengendalikan sesuatu majlis. Selain itu, cabaran yang ketara yang telah dihadapi oleh Cikgu Haliza ialah perubahan sesuatu perkara pada saat-saat akhir. Misalnya, perubahan tentatif ataupun jenis program pada saat-saat akhir. Perkara ini yang menjadi suatu cabaran kepada Cikgu Haliza kerana ianya memerlukan masa untuk menyusun semua jadual yang telah dirancang. Selain itu, sumber kewangan juga menjadi salah satu cabaran kepada diri Cikgu Haliza. Hal yang demikian kerana kaedah atau cara untuk kita mendapatkan duit atau peruntukkan bagi menjalankan sesuatu program tidak mudah. Perkara ini akan menyebabkan kepada stigma masyarakat atau tanggapan terhadap sekolah dan guru dalam pengurusan kewangan sekolah. Tambahan pula, kesihatan juga menjadi asbab kepada cabaran yang mana apabila kesihatan badan seseorang itu terjejas, maka orang tersebut tidak boleh melaksanakan program yang telah dirancang. 4.2.6 Sokongan orang belakang Menurut Cikgu Haliza, penyokong yang pertama ialah Allah S.W.T. Hal yang demikian kerana Cikgu Haliza mempercayai dengan janji-janji Allah yang mana sekiranya kita berusaha, maka ada jalan dan ganjarannya. Yang


16 kedua, dorongan hati. Menurut Cikgu Haliza, sekiranya kita petik hati dan memotivasikan diri untuk meyakini diri agar mampu melakukan suatu cabaran itu, sudah pasti kita boleh mengharungi cabaran itu walaupun terdapat anasir-anasir jahat yang mendatang. Yang ketiga, sokongan daripada ahli keluarga. Menurut Cikgu Haliza, dia ingin menjadikan dirinya sebagai idola kepada anak-anaknya agar anak-anaknya melihat usaha seorang ibu yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Tambahan pula, Cikgu Haliza menyatakan bahawa sokongan daripada rakan sejawatan dan majikan antara salah satu asbab kejayaan seseorang itu pada hari ini. Tidak dilupakan juga, masyarakat yang kenal Cikgu Haliza pada hari ini menjadikan Cikgu Haliza diangkat sebagai seorang ikon guru cemerlang sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 4.2.7 Harapan Menurut Cikgu Haliza, beliau mengharapkan kesihatan beliau sentiasa dalam keadaan baik agar mampu untuk membantu orang lain. Selain itu juga, beliau mengharapkan agar motivasi pada dirinya akan bertambah dari hari ke hari dan dapat melimpahkan kasih sayang kepada orang lain. 4.3 Rumusan Kesimpulannya, sejarah menjadikan diri seseorang itu lebih baik daripada dirinya yang dahulu. Oleh itu, penting bagi seseorang itu mengetahui sejarah agar menjadi panduan kepada dirinya pada masa akan datang. Sebagai guru Sejarah, amat penting penguasaan ilmu sejarah agar dapat memberikan manfaat kepada diri dan juga kepada masyarakat luar.


17 5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, dari perkembangan MPI kepada IPG Kampus Pendidikan Islam, ketokohan pentadbir IPG Kampus Pendidikan Islam dan alumni cemerlang yang dilahirkan oleh MPI, IPIS mahupun IPG Kampus Pendidikan Islam jelas membuktikan bahawa IPG ini merupakan institut yang berdaya saing dan mampu untuk terus unggul ke hadapan. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dari aspek penubuhan, infrastruktur serta beberapa aspek yang masih belum dapat dikembangkan namun, ia tidak menghalang daripada menjadikan IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah institusi yang terus berusaha kearah yang lebih baik lagi. Dengan itu, pengetahuan terhadap sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam ini wajar untuk diketahui oleh para kaki tangan pensyarah, staf pentadbiran serta pelajar agar mampu untuk terus berusaha dalam menjadikan IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah institut guru yang mampu melahirkan bakal guru yang bukan saja cemerlang namun kreatif dan berdaya saing.


RUJUKAN Abdullah Hamzah. (2022). Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam [Radio]. Bangi Mahawa Pilus. (2022). Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam [Radio]. Bangi. Haliza Awi. 2022. Alumni Maktab Perguruan Islam (MPI) [rekod suara]. Teluk Intan: Perak. Syed Ismail. (2016). Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Sasbadi SDN. BHD. Alif Yusri. 2020. Pengertian Sejarah Mengikut Tokoh. dimuat turun pada (31/03/2022) daripada https://www.scribd.com/document/477268155/PENGERTIAN-SEJARAHMENGIKUT-TOKOH-copy-docx Hani. 2013. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia. dimuat turun pada (01/04/2022) daripada http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/kepentingan-sejarah-kepadamanusia.html Mohd Daud Bakar. 2017. Cabaran Adalah Perkara Biasa Dalam Kehidupan. dimuat turun pada (02/04/2022) daripada https://amanieadvisors.com/cabaran-dalam-kehidupan/ (n.d.). INSTITUT PENDIDIKAN GURU - KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI SELANGOR KURSUS SEJARAH PPG. https://kursussejarahppg.weebly.com/ Musa, N. B. (n.d.). Sejarah IPG. KPM - Utama. https://www.moe.gov.my/pendidikan/IPGm/sejarah-IPG Yumpu.com. (n.d.). Taklimat JHEP Dan Sejarah IPGKPI 2020 flip. yumpu.com. https://www.yumpu.com/id/document/view/63137344/taklimat-jhep-dan-sejarahIPGKPI-2020-flip Kementerian Pendidikan Malaysia, Sejarah IPG, http://www.moe.gov.my/index.php/IPGm, dicapai pada 21 April 2019. Persidangan Kebagsaan. (2012). Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012. Eteman.blogspot.com. Diakses pada 3 April 2022, daripada http://eteman.blogspot.com/2012/07/persidangan-kebangsaan-pendidikanislam.html.


LAMPIRAN 1 LAMPIRAN ISI KANDUNG 2.0 Berikut merupakan cenderamata Koleksi Kolaborasi IPIS, MPI DAN IPG


Lampiran 2- VISI MISI IPIS


LAMPIRAN 3 - TRANSKRIP TRANSKRIP 1 – SESI BERSAMA PUAN MAHAWA (PENSYARAH JPM) Penemubual : Boleh saya bertanya latar belakang puan, Puan Mahawa: Saya dilahirkan di Melaka pada tahun 1964 dan saya bersekolah di sk tamping smk tamping shinggga tingkatan 6 dan saya masuk ke UM untuk penulisan deskripsi kemudain saya masuk dip pendidikan Um saya sambung ijazah pertama pada 1984 kemudia saya sambung diploma pendidikan saya sambung master dalam bidang urusan kepedidikan semua itu saya dpat cemerlang sekarang saya tinggal di bangi lah. Penemubual : Soalan seterusnya puan sudah berapa lama berkhidmat di IPGKPI Puan Mahawa: Saya berkhidmat di IPGKPI tahun 2004-2007 lepastu saya cuti lepastu saya belajar baik saya belajar balik , 2004.2007, 2010-2012,lepast pindah ipoh , September balik semual hingga sekaran Penemubual : Agak lama ya, puan. Soalan seterusnya apa perbahan yang ketara sepanjang puan berkhidmat sini Puan Mahawa: Saya datang sini saya Cuma, saya rasa tak banyak sangat perubahan infrasturktur, dari awal bangunan ini bangunan lama masih tak bertambah Cuma, dibaiki yang sedia ada. Should be bangunan baru. Saya rasa begitu sebab tak Nampak banyak perubahan Penemubual : Faham puan sebab peruntukkan , betul puan ? Puan Mahawa: Ya betul, Cuma dibuat pindah sini, ubah sini Cuma keluasan kalau boleh kita nak lebih selesa, macam ada lif kerana ada 5 tingkat tapi kerajaan tak boleh bagi lif, tapi masa di ipoh lagi teruk hanya duduk di khemah, macam orang pergi haji ,sebba itu kita ada litar pintas, bila kita nak baiki yang lama dia jadi mcm tu lah Penemubual : Sepanjang pengetahuan, kenapa berlaku nama perubahan IPG ? Puan Mahawa: Perubahan nama itu menunjukkan ia membawa kepada tugasan yang lebih besar dan peningkatan kepada kita punya ni dulu namanya MPI bila nama maktab dia stkt sijil dan diploma perguruan, tapi masa tu saya di keningau kemudian naik lagi institut pendidikan guru itu setakat degree,


tapi perubahan nama itu membawa standard lebih tinggi maksudnya kita boleh lagi besar sekarang kita ada sarjana muda , PDPP, kemudian dia akaa ada masters education sarjana pendiidkan sebab itu nama itu berubah semakin luas dia punya bidang lebih tinggi sijil yang dilahirkan, jika kita keluar master kita sama tinggi dengan university. Semua IPG begitu bukan IPIS sahaja. Sekarang kita ada 27 IPG. Penemubual : Adakah perpindahan IPG memberi kesan kepada warga IPG? Puan Mahawa: Termasuk semua IPG, bukan IPG kita sahaja, mula2 sijil lepastu diploma, lepastu degree lepastu ijazah , masa nama maktab hanya ada satu , iaitu sijil. Penemubual : Soalan setersnya apa pengalaman yang puan tak boleh lupakan di IPGKPI Puan Mahawa: Banyak pengalaman manis tapi paling menarik dapat dua award bagaimana menulis dengan mudah peringkat antarabangsa . saya memenangi satu anugerah emas dan diamond . dan paling manis saya ialah pengasas kepada puteri Islam seluruh Malaysia . Sayalah orang yang mengasaskn pueteri islam seluruh Malaysia dibawah nama maktab sehingga sekarang kita ada puetri islam jadi yang manisnya , dapat melaksanakan aktiviti yang bersandarkan islam , pelajar kena belajar Asma ul husna, Kiamulail, saya menubuhkan itu pada umur sayan 23 tahun, saya lah orang menubuhkan puteri islam di bawah IPG kerana saya berpengalamn menubuhkan sedekah subuh. Saya menyiapkan buku dan paling banyak inovasi, dimana buku itu bila kita scan sudah keluar lagu. Kita juga telah mengeluarkan 20 buku pada tahun 2019. Puan Mahawa: Soalan lain ? Penemubual : Adakah perubahan ipis ke IPG memberi kesan kepada puan sendiri ? Puan Mahawa: Bukan memberi kesan kepada saya tapi semua orang, kita perlu meningkatkan kemahiran diri kita , kita kena belajar balik banyak berusaha memperbaiki diri kita,memang kena bayak belajar, perubahan meang banya sangat berbeza guru zaman dulu dan guru zaman sekarang, kena cepat, jadi memang saya rasa itu masalah untuk generasi sekrang.


Penemubual : Soalan terkahir, apa harapan puan terhadap IPGKPI Harapan saya supaya IPGKPI ni , dia sangat istimewa sebab dia overall , budak IPG islam ni sangat2 hebat, dia boleh baca quran, main boleh sepak, bagi pelajar bukan pendidikan islam dia disni dia belajar budaya islam itu tapi trdapat perbezaan, kerana dulu sangat strivt, semua pakai tudung labuh namun sekrang sudah berubah , saya ingatt soerang pelajar pengkhususan pra sekolah, cikgu bm yang tahu pasal islam,pelajar yang bukan pengkhususan islam banyak belajar, Penemubual: Terima kasih Puan atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Dr/En/Pn/Cik, Insya-Allah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk e-book untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Puan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.


TRANSKRIP 2 – SESI BERSAMA CIK NASH (PENSYARAH JIP) Penemubual : Assalamualaikum, Tuan , sebelum itu izinkan saya untuk bertanya tentang latar belakang Tuan. Tuan Nash : Asal Negeri Sembilan Dibesarkan di KL. Umur 54 No 3 dari 6 orang adik beradik. Penemubual : Boleh Tuan jelaskan latar belakang pendidikan Tuan sebelum berkhidmat di IPGKPI> Cik Nash *B.Sc Edu. (UTM) M.Sc Adm. Edu (UPM) Dip. Perguruan Khas. Dip. Perguruan. Berkhidmat : Sekolah Rendah (Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan. Sekolah Menengah (Negeri Sembilan) Sekolah Swasta: MARA, FELDA, AADK, JAKIM, BTUAN dan JHEOA . Bahagian : Bahagian Perkembangan Kurikulum. Bahagian Pendidikan Islam dan IPGM Induk. Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran, Undang-undang.Ketua Penolong Pengarah Pembangunan. Pegawai Protokol. Penemubual : Dah berapa lama berkhidmat di IPGKPI? Cik Nash : Lebih 4 tahun. Penemubual: Apa perubahan yang ketara sepanjang Tuan berkhdimat di sini? Mungkin dari infrastruktur kemudahan asas dan sebagainya. Sepanjang berkhidmat di IPPIS tidak banyak perubahan malah tidak ada perubahan. (tempoh perkhidmatan yang pendek) Hanya melihat pertukaran Pengarah dan Timbalan Pengarah. Perubahan Struktur Organisasi. Penemubual: Sepanjang pengetahuan Tuan tentang perubahan nama IPG, kenapa brlaku perubahan nama tersebut? Cik Nash : Berlaku perubahan struktur IPG dipecahkan kepada 2, bpg dan IPGm , bpg organisasi jabatan yang menguruskan free service mereka yang telah mnjadi gru, IPG menguruskan IPG2 yang studentuanya belum menjadi guru itu perbezaannyalah mengapa perubahan , kesimpuannya bila berlaku perubahan pentadbiran ataupun status maktab kepada isnititut, disebabkan hasil keluarannya sijil kepada


ijazah, bila ijazah dia memerlukan beberapa requirement drpd MQA , kita ada 27 IPG dan dibawah 1 rektor. Penemubual: Boleh kongsikan tak peranan Tuan semasa dalam perkhidmatan d IPGKPI? Cik Nash : Saya di IPGKPI ni baru 4 tahun , sebelum ni saya di IPGm di hq ataupun pusat, dan ahh apa peranan saya ketika mula2 masuk saya di LDP latihan dalam perkhidmatan kemudian saya bertugas JIP peranan saya banyak darisudut disiplin profesional,- saya sebagai pensyarah di JIP yang mengajar tentang ilmu pendidikan sayalah seta di peringkat penguruan saya setiausaha pada bahagian pembangunan di IPG sebab sebelu,m ini saya ketua penolong pengarah pembangunan di KPM , saya akan bagi CD untuk menjawab latar belakang bagi soalan kedua saya bachelor science pentadbiran and master science pentadbiran saya ada diploma peguruan dan bertugas di bahagian protokal, pegawai udnag2, pengalaman saya di luar IPG lebih banyak. Penemubual: Apa perbezaan ipis dan IPGKPI ? Cik Nash : Ipis diuruskan BPG IPGKPI duruskan oleh IPGm. BPG menguruskan guru yang sudah berkhidmat , IPGm menguruskan guru pelatih yang belum berkhidmat. Penemubual: Adakah Perpindahan IPG memberi kesan kepada warga IPG ? Cik Nash : Dia ada banyak kesan dari struktur penjawatan, kedudukan , bila IPG berpindah pengruusan dari bpg kepada IPGM. IPGm memunyai peruntukan sendiri sebelum ini bpgm dibawah KPM bahgaian pembangunan maka saya tidak pasti untung atau rugi pada saya rugi kerana kita menjadi satu bahagian daripada struktur pentadbiran besar KPm kerana saya pernah menjadi pengurus bahagian pembangunan saya faham bila kita menjadi sebahagian KPM maka peruntukan kita lebih kecil berbanding kita menjadi sebahagian anak kpm itu sendiri, pro –IPGM ada kuasa autonomi sebab itu dia ada rektor, bahagian-bahagian lain dia ada pengarah ,bahagian tapi kita


tiada pengarah, tapi kita ada pengarah, kita ada satu layer yang lebih tinggi daripada pengarah lah sebab apa rektor dia menguasai pengarah,jadi disitu dari segi struktur dari segi penjawatan rugi, diaman pengarah2 bahagian dia berstatus Jusa, jusa C jusa B , pengarah kita tidak berstatus jusa, pengarah kita brstatus 54 dan beberapa orang shaja mendapat jusa, disitu sedikit ruginya, kesan pada warga IPG ada dua, warga itu sama dan pentadbir pensyarah atau warga murid, dari segi pelatih tiada impak perubahan, daripada segi penysrah pentadbir dia ada kesan dimana penjawatan kita semakin kecil dan peruntukan pembangunan semakin terhad kerana kita hanya sebahagian daripada kpm,pengarah kita hanya bertaraf 54 sedangkan pengarah bahagian2 lain bertaraf jusa , jusa C paling kecil , timbalan jusa C , contohnya pengarah BPG jusa B timbalan pengarah Jusa B. sdgkn pngarah kita hanya bertaraf 54. Penemubual: Pengalaman yang tidak boleh dilupakan di IPG? Cik Nash : Saya tidak mempunyai banyak pengalaman disebabkan saya hanya baru 4 tahun hampir saya, semua ingat, hampir semua saya lupa. Adakah perubahan IPIS ke IPG memberi kesan kepada tuan sendiri? Adakah kesan positif atau negative. Mungkin kesan dari sistem peraturan dulu dan sekarang. Cik Nash : Kesannya samalah dari struktu penjawatan, ehh sebabbnya saya sendiri dah 54 so oleh kerana saya berada di IPG kesannya ialah kesan dari penjawatan dan bagi saya negative. Tetapi beban tugas agak ringan sikit sebab saya pernah ada di bahagain dan di IPG saya hanya ,menjaga IPGKPI sahaja kalau saya duduk di bahagian. Saya menjaga dari perlis sehingga ke sabah. Perubahan ini sangat ketara dari segi penjawatan. Penemubual: harapan Cik terhadap IPGKPI? Cik Nash : Harapan saya IPG KPI bukan IPGKPI sahaja tetapi semua IPG. Harapan saya mereka berdiri sebagai ipt , sebnrnya skg ni IPG ni dia tidak bertaraf ipt, kita bertafar insitust latihan sahaja sebab itu walaupun kita mengeluarkan graduan ijazah, dan insyaallah bertaraf master tetapi status kita masih bertaraf insitiusi latihan sebab itu kita


tidak ada rektor, timb rektor dan harapan saya pada suatu masa nanti setiap IPG ada rektornya sendiri dan ada timbalan rektor sendiri dan mempunyai kuasa autonomi lebih besar dan boleh menentukan hala tuju institut sendiri, sekarang ni IPG kita ditentukan IPGM ditentukan oleh pusat, pengarah tidak bolehmenentukan dulu, kita menerima melaksanakan tugas kita pelaksana kepada pembuat dasar di IPG harapan saya kita boleh berdiri sendiri dan ada kuasa autonomi sendiri dan ada rektor sendiri intead kita jadi pelaksana kepada dasar yang dilaksankan oleh org lain ,sebab apa, orang yang duduk di pejabat ,dengan kita tidak menjiwai merasai apa yang berlaku di bawah, orang orang yang berada di cyberjaya tidak merasai apa yang sebenarnya berlaku di IPG KPI bangi, dia tidak tau, sebab itu dasar yang mereka menyusahkan pensyarah ,sebab itu harapan saya suatu hari nanti IPG ni boleh berdiri sendiri dan mempunyai kuasa autonomi sendiri. Penemubual: Terima kasih Cik Nash atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Dr/En/Pn/Cik, InsyaAllah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk e-book untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Dr/En/Pn/Cik pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.


LAMPIRAN 4 – SESI TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH JIP IPGKPI – Cik Nasarudin SESI TEMUBUAL BERSAMA PENSYARAH JPM IPGKPI – Puan Mahawa


2 LAMPIRAN ISI KANDUNG 3.0 1. Temubual bersama Dr Abdullah bin Hamzah (Ketua Jabatan Bahasa Arab IPG KPI) Penemubual Asalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Abdullah bin Hamzah selaku (emm) Ketua Jabatan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam. Nama saya ialah Nur Sakinah binti Anuar, pelajar S3T1.09 opsyen Bahasa Melayu, elektif Sejarah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Abdullah bin Hamzah kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual bagi membantu saya mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan (Mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman). Untuk makluman Dr, saya akan melakukan rakaman bagi sesi temu bual ini untuk tujuan rekod bukti terhadap penghasilan tugasan pentaksiran berterusan iaitu SJHK3043 (Sejarah Lisan dan Penokumentasian). Oleh itu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini. Baiklah, apa khabar Dr? Saya berharap Dr sentiasa dalam keadaan yang sihat serta dilindungi oleh Allah. Dr Abdullah Baik, alhamdulillah. Terima kasih, alhamdulillah sihat. Penemubual Baik, terima kasih Dr. Sebelum mengajukan (emm) soalan berkaitan dengan Dato Osman iaitu pengarah mantan Pengarah IPGKPI, bolehkah erm saya mengetahui serba sedikit berkaitan Dr dari aspek latar belakang, bilangan adik beradik, usia, pendidikan err Dr yang bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat err seterusnya? Dr Abdullah Ehm Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih, ni biodata saya kan? ahh. Penemubual Berkaitan Dr. Err Saya err Abdullah bin Hamzah, lahir pada tahun, masa tahun 1976 pada bulan Mac 14 hari bulan. Saya dilahirkan di kota Bharu Kelantan. Erm Kota Bharu Kelantan dan mulakan pendidikan di SK Panggong Pasir Puteh Kelantan dan kemudian menyambung


pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh dan kemudian menyambung err sekolah di peringkat sekolah menengah tingkatan 3 hingga tingkatan 5 di Maahad Muhammadi Kota Bharu dan saya mengambil SPM pada tahun 1983 dan kemudian saya menyambung pelajaran ke Jordan di bawah biasiswa Kementerian Pendidikan (ya) selama 5 tahun dalam pengkhususan Bahasa Arab dan kemudian saya habis belajar pada tahun 2000, pada tahun 1989, balik ke Malaysia dan saya membuat KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) pada tahun 2000 sehingga la mula berkerja dan mula berkerja sehingga dan mula diposting pada tahun 2001 di SMK Elopura Sandakan Sabah. Kemudian saya masuk ke IPG Tawau pada tahun 2007 dan kemudian saya bercuti belajar master sehingga tahun 2010 atau 2011 dan saya pula masuk ke IPG KPI pada tahun 2011 eh. Erm pada tahun 2011 di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (ya). Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan tugas sini sehingga 2015 dan saya sambung belajar lagi PHD erm cuti belajar selama 3 tahun saya menyambung pelajaran PHD di Universiti Putra Malaysia sehingga tahun 2018 dan 2018 saya kembali ke IPG KPI sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Arab dan pada tahun 2000 ya 2020, satu, erm 2020 saya dilantik sebagai ketua Jabatan Bahasa Arab sehingga kinilah. Saya ada mempunyai 9 orang adik-beradik saya anak pertama (ermm) anak pertama, saya sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak (err) apa lagi ya? Ada tertinggal? Penemubual Alhamdulillah, semua lengkap Dr. Kalau macam itu, boleh saya tahu erm serba sedikit berkaitan hobi Dr mungkin? Dr Abdullah Okay. Biasa hobi saya hobi saya ni (em) pergi melancong, melancong, membaca, dan menonton tvlah dengan drama-drama dan cerita-cerita dan sebagainya. Itu antara hobi yang saya selalu buat yang saya tidak nafikanlah. Melancong, berjalan ke tempattempat lain dan membaca. Itu diantara hobi utama sayalah Penemubual Erm baiklah, hobi Dr memang sangat-sangat menyeronokkan Err samakah? (ketawa)


Penemubual Membaca tu amalan yang mulia, banyakkan membaca (ketawa) Alhamdulillah Penemubual Alhamdulillah (ketawa). Boleh saya tahu Dr err sewaktu err Dr masuk ke IPG masa itu, Dato Osman sudah menjadi pengarah atau macam mana Dr? Dr Abdullah Err Sewaktu saya masuk pada 2011, itu ahh 2000 ahh, ya 2011 itu err IPG KPI tak ada pengarah, masa itu ada timbalan Ustaz Abdullah bin Ahmad. Pada tahun 2012 tak silap saya barulah beliau, kami mendapat pengarah iaitu Dato Osman dan beliau sebenarnya adalah merupakan seoraang pensyarah di tak silap saya di IPG mana datang ke sini sebagai pengarah di Pendidikan Islam. Bermakna saya tidak mengenali beliau sebelum itu, saya mengenali beliau ketika datang sinilah saya rasa 2012 macamtu. Penemubual Baiklah, kalau macam itu bolehkah Dr menceritakan sedikit sebanyak perkara yang Dr tahu berkaitan dengan Dato Osman ni dari aspek latar belakang dan peribadi beliau? Err Dato Osman ini dia adalah err seorang pensyarah, dia ada pengalaman sebagai pensyarahlah. Dulu sebelumnya dia adalah pensyarah di IPG KBA (Bahasa Antarabangsa). Lepastu di pergi Baling Kedah, sebagai pengkaji saya tak ingat IPG mana dia, yang saya tahu dia adalah penyarah di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Beliau adalah lepasan UTM ni saya tidak pasti yang pasti ialah dia telah melanjutkan pelajaran master di UK dalam bidang penilaian. Ini yang saya ingatlah, maknanya pengalaman beliau dalam, dalam pengurusan sebab dulu dia berada di HEP juga semasa di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, menyebabkan beliau banyak pengalaman tentang, tentang pengurusan pelajar. Kemudian beliau erm beliau terlibat dalam pelbagai perkara, dalam, dalam professional dan sebagainya. Berkaitan beliau berpengalaman, banyak pengalaman dalam bidang pengurusanlah. Apabila dia dilantik, datang ke sini pada tahun 2012 dulu, saya baru mengenali beliau. Beliau seorang yang saya nampak sebagai seorang yang garang. Selalu ucapan-ucapannya


agak keras namun begitu pada sebalinya beliau ialah seorang yang baik. Banyak ilmu yang saya belajar daripada beliau dari segi pengurusan, erm macam mana cara nak menguruskan tugas dengan baik dan erm macam mana nak menguruskan pegawaipegawai dibawah kita dan sebagainya. Saya masih lagi maknanya banyak perkara yang saya belajar dari dia dari aspek pengurusan. Erm cara perlaksanaan secara professional ok. Err itu saja setakat ini. Ada soalan lain? Penemubual Err baiklah, jadi saya boleh err rumuskan bahawa sebenarnya Dato Osman ini merupakan seorang yang tegas. Walau bagaimanapun, err terdapat juga sifat yang mana beliau itu menunjukkan sikap tegas bagi membimbing kaki tangan untuk jadikan IPG KPI terus unggullah kan Dr? Dr Abdullah Ya Penemubual Baiklah seterusnya, saya nak tanya Dr, semasa berkhidmat bersama beliau, apakah cabaran terbesar yang pernah Dr serta kaki tangan IPG Kampus Pendidikan Islam lalui bagi memastikan IPG KPI terus unggul? Erm Pada pengalaman saya sepanjang berada di bersama beliau dari 2012, 2013, 2014 dalam tempoh 3 tahun. Saya banyak di HEP, di Hal Ehwal Pelajar. Beberapa isu berkaitan pelajar dari sebahagian kerja sayalah. Jadi disitu saya dapat banyak pengalaman daripada beliau bagaimana nak disiplin pelajar, macam mana nak buat pendakwaan dan menjadikan saya sebagai ketua unit disiplin yang terlibat macam mana untuk err menguruskan disiplin pelajar yang agak mencabar juga pada masa itu yang ada pelajar yang perlu dibuang, disingkirkan dan ada perlu digantung dan diberi tindakan. Jadi beberapa kes yang saya hadapi, yang agak kritikal dalam pengurusan. Beberapa pelajar perlu dibuang yang telah melanggar akta 174, ia saya mendapat banyak nasihat daripada beliau dalam menguruskan hal ini supaya kita dapat melakukan tugas dan melakukan hukuman dengan mematuhi SOP, standard yang betul sehingga supaya kita tidak, supaya kita tidak menzalimi pelajar dan juga tidak erm tidak


melakukanorang panggil betul-betul mematuhi proses yang betulah. Jadi sinilah saya dapat banyak pengalaman bersama beliau dan erm cabaran yang besar juga pada masa itu antaranya ialah macam mana nak menguruskan erm nak meningkatkan professional pensyarah di sini. Kan beliau datang, ni saya menceritakan bagaimana beliau telah mengubah beberapa landskap erm jawatan pensyarah. Contohnya, ini ialah IPG KPI, Kampus Pendidikan Islam tetapi pada masa itu penjawatanpenjawatan tinggi, gred 54 hanya dikuasai oleh pensyarah lain sama ada dari bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Melayu yang tidak ada kaitan dengan Jabatan Pendidikan Islam, Bahasa Arab ataupun JAPIM. Jadi antara benda yang beliau perbetulkan balik. Jadi mana dia bawa gagasan untuk melihat mana-mana pensyarah yang berpotensi jadi pensyarah cemerlang ataupun perlu ditingkatkan penjawatan diuruskan dengan baik supaya mereka pensyarah-pensyarah ini dapat sehingga mereka ini layak mendapat gred 54 yang sesuai dengan teras pendidikan Islam dinamakan Kampus Pendidikan Islam ni teras yang mana jawatanjawatan besar di bawah Pendidikan Islam. Kerana apa saya lihat, bukan pensyarah jabatan pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu tidak layak tapi oleh kerana kesibukan masa kerja yang terlampau banyak menyebabkan beberapa keperluan-keperluan penjawatan itu terabai. Contohnya borang tidak diisi beberapa tidak disusun dengan baik contohnya biodata dan sebagainya menyebabkan apabila nak memohon penjawatan itu, borang tidak lengkap. Dengan err dan apa yang dibuat dengan pengarah pada masa itu, dia menugaskan pegawai di bahagian pentadbiran dengan bantuan saya bagaimana nak mengumpul pensyarah yang berpotensi bagaimana kita membimbing dan membantu melengkapkan dia supaya melayakkan mereka naik pangkat. Dengan usaha itu, dilihat banyak berjaya, beberapa orang pensyarah yang dapat gred 54, yang dikatakan pensyarah kananlah err itulah perubahan yang saya nampak ketara yang dia pernah buat. Begitu juga dengan, saya sendiripun bagaimana dengan bimbingan dia saya dapat mampu untuk menyelesaikan beberapa masalah dengan mudah. Jadi itu adalah bagi saya amat


bernilailah. Juga bagaimana mengatur pensyarah-pensyarah di sini supaya berperanan dengan lebih efektif. Err Ramai pensyarah hebat-hebat tapi tersalah letak peranan mereka jadi kurang efektif ah disini kita kena gerakkan beberapa pensyarah kepada jabatanjabatan tertentu utnuk mereka lebih berperanan dengan lebih efektif. Dan cabaran yang saya nampak ialah penubuhan PKPB. PKPB ini Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab ideanya telah dicipta pada masa beliau. Beliau melihat, cakap pada kami bahawa dia tidak nampak lagi ada pusat kecemerlangan bahasa Arab di Malaysia ini berbandin dengan LTEK iaitu pusat kecemerlangan Bahasa Inggeris juga di bawah IPG. Jadi beliau telah menggunakan inisiatif mengwujudkan jabatan pedagogi yang sekarang masih ada di bawah kita yang mana err Jabatan ini telah diwujudkan sebagai tapak di IPG KPI ini sebagai asas untuk akan dikembangkan menjadi satu Institusi Pusat Bahasa Arab yang akan err secara terasing nanti. Cuma perlu beberapa usaha diperingkat pengurusan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kepada kerajaan supaya kita mendapat satu identiti khas untuk pusat Bahasa Arab tu kalau kamu lihat di sini ada Jabatan Bahasa Arab dan ada Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab tapi seolah-olah tak berfungsi. Sebenarnya kami cuba berdiskusi supaya Jabatan Pedagogi ini akan dikembangkan sebagai satu identity yang terasing selepas ini. Err namun usaha ini telah dimulakan oleh beliau dan telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Alhamdulillah itu telah dijumlah secara asas Cuma perlu kepada kesinambungan usaha yang disambung oleh pengarah selepas itu iaitu Puan Nik Samihah dan Dr Mohd Hussein dan sehingga kini. Dan, insya Allah kita akan cuba lagi selepas sesi pendemik ini kita akan lebih berani menyambung lagi dan ini adalah benda yang dicetuskan oleh beliau. Itu antaranya, setakat ni ada soalan lain? Penemubual Okay, baiklah berdasarkan kepada cabaran yang Dr telah kemukakan tadi, saya dapat lihat cabaran tersebut merupakan kekuatan bagi menjadikan apa yang IPG KPI mungkin akan ada dan ada pada masa kini. Betul Dr?


Dr Abdullah Ya, betul. Penemubual Okay baiklah seterusnya, saya hendak tanya berkaitan pengalaman manis Dr bersama beliau. Mustahil sekiranya tidak ada pengalaman manis yang pernah Dr lalui sewaktu Dr berkhidmat di bawah mantan Pengarah IPG KPI iaitu Dato Osman. Oleh itu, bolehkah Dr menceritakan pengalaman manis yang pernah Dr lalui sewaktuberkhidmat bersama beliau? Mungkin dari aspek pencapaian dan penglibatan Dr di IPG KPI? Dr Abdullah Okay terima kasih, pengalaman manis ni banyaklah. (Err) Dato Osman ini seorang yang peramah, bijak dan melawak. Walaupun beliau luah dalam ucapan-ucapan dan tidak disukai oleh beberapa oranglah tapi oleh kerana saya di HEP err saya cuba mendekati macam cara pengurusan pelajar, macam mana nak membaca akta 174 dan sebagainya. Ah Jadi banyak bimbingan yang beliau bagitahu yang saya belajar dari dia bagaimana nak mendekati rakan, pelajar, bagaimana cara menguruskan wakil, ibu bapa dan sebagainya dan kerja-kerja sebegini menyebabkan saya lebih structer dan tersusun Dan pada masa beliau juga antara kenangan manis yang saya belajar sampai sekarang ialah bagaimana beliau membimbing saya dan beberapa pensyarah untuk berkerja dengan lebih baik dan berhak mendapat markah yang tinggi LMPT ya markah tahunan. Dan Alhamdulillah saya mendapat markah yang agak tinggi dan saya layak mendapat fast track dia punya pangkat lebih daripada orang lain. Jadi mana sebelum dalam seluruh Malaysia itu saya ingat kita ada beberapa orang yang kita point markah itu dan Alhamdulillah saya layak. Oleh kerana, ini adalah orang panggil cara beliau berkerja, mereka lihat dari saya kalau kita jadi pengarah jangan kedekut markah dengan pensyarahpensyarah dibawah kita. Tidak luak markah kita, kalau kita nampak dia naik kita bagi jangan bagi markah yang rendah dibawah 90. Kenapa teruk sangat. Walaupun kita nampak, walaupun kita tidak nampak bahawa dia kata markah itu apa yang kita return kita dapat sebagai ketua jabatan erm tapi biarlah itu adalah rezeki yang kita bagi pada orang mungkin Allah akan bagi pa akita rezeki yang lain. Bermakna saya dapat kenaikan pangkat DG48 yang saya dapat


pada tahun 2014 tak silap saya. Itu adalah fast track yang saya dapat melebihi 3 tahun daripada tahun sebenarnya yang saya layak. Jadi maknanya satu bagi saya terima kasihlah kepada Dato Osman dan kawan saya yang membimbing saya mencapai. Ah Jadi dengan keadaan umur saya sekarang, tadi saya lupa nak bagitahu umur saya 46, 47 saya sudah dapat gred 54, ni professor madya kalau dalam jawatan gred 54 ini dah menjangkau umur 55 tahun biasanya 55, 56 tahun ke atas tapi saya 46 tahun dah dapat. Bermakna beberapa gap saya dapat daripada dulu dan ini adalah diantara sumbangan Dato Osman jugalah yang bombing saya jadi itulah kenangan manis saya. Yang lain beliau selalu bersama saya, pelajar dalam majlis-majlis dengan para pelajar dan beliau aalah seorang yang orang panggil rapat dengan pelajarlah. Jadi bagi saya itu adalah kenangan manis yang sehingga sekarang beliau adalah pengarah yang begitu rapat dengan hal-hal pengurusan pelajar dan boleh berbincang pengarah lain mungkin sibuklah tapi beliaupun sibuk tapi oleh kerana keluarganya berada di Pulau Pinang, jadi sayalah selalunya bersembang-sembang berbual dan sebagainya. Okay boleh. Penemubual Baiklah, Alhamdulillah banyak sangat kenangan manis yang Dr kongsikan bersama dengan mantan pengarah IPG kita iaitu Dato Osman. Err Seterusnya saya ini bertanya bagaimana pula dengan pencapaian terbesar yang pernah dicapai oleh beliau sewaktu menjadi pengarah di IPG KPI? Dr Abdullah Saya mungkin berbeza sedikit dengan orang lain, pencapaian yang signifikan yang kitab oleh nampak keberanian beliau memulakan sesuatu, mencipta idea yang baru dan menggerakkan PKPB tu la. Bagiamana nak mulakan dengan penuh kesabaran, macam mana nak mulakan kertas kerja, brain storming itu adalah satu benda yang besarlah yang dimulakan oleh beliau. Yang kedua, tentang bagaimana menstrukturkan balik penjawatan di IPG KPI ini dari segi jawatan yang saya sebut sebentar tadi. Jadi kalau dulu saya datang ni memang agak tenggelam jabatan pendidikan Islam dan Bahasa Arab dari segi penjawatan. Dengan apa yang beliau telah lakukan Alhamdulillah banyak perbezaan dari segi penjawatan itu.


Walaupun mungkin semua orang tidak nampak, itu yang saya nampaklah dan saya belajar sesuatu pengarah mesti bersedia mesti ada sesuatu yang idea baru yang digerakkan yang memberi kesan kepada organisasi. Jadi bagi saya dia adalah seorang yang beranilah dan selalupun ka;au dia jumpa saya sekarang dia akan selalu apa projek, mesti buat sesuatu yang baru yang boleh memberi impak kepada organisasi dan juga masyarakat sekeliling saya nampak dan saya sebutkanlah. Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab dan penstrukturan jawatan di kalangan penysarah. Sehinggakan pensyarah kita ada yang, Nur Sakinah tak sempatlah ada yang dah pencen 2 tahun lepas tak silap saya kita ada pensyarah USASI Puan Rahimah dia adalah diantara yang saya nampak pensyarah USASI iaitu gred pensyarah tersebut sebagai pensyarah USASI kepakaran lebih tinggi daripada pengarah lebih tinggi dari beliau sendiri. Tapi beliau mengangkat lobi beliau dan sebagainya dengan bimbingan beliau macam mana mendapat USASI bagaimana mendapat USASI bagi saya adalah amat agresif. Beliau membimbing hingga layak untuk mendapat gred USASI memerlukan kretria yang amat ketat. Tapi beliau berjaya dan Alhamdulillah IPG kita disenaraikan sebagai IPG yang ada pensyarah USASI. Penemubual Baiklah, Alhamdulillah banyak yang kita dapat lihat daripada beliau ini. Baiklah, kita kini berada pada soalan terakhir berkaitan dengan mantan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman. Berdasarkan kepada semua yang telah Dr sampaikan berkaitan pembaharuan, kekuatan dan keberanian yang ditujukkan olehDato Osman, adakah Dr rasa hasrat dan impian beliau semasa berkhidmat sebagai Pengarah IPG KPI telah tercapai pada masa kini di IPG kita? Dr Abdullah Berdasarkan kepasa apa yang saya sebut tadi berkaitan PKBA, PKBA hasrat masih lagi belum berjayalah. Sehingga kita berjaya pusat Bahasa Arab ini berdiri sendiri bukan lagi berada di IPG KPI. Itu adalah antara yang saya memerlukan masa yang panjanglah. Insya Allah akan diusahakan oleh kami dan juga pengarahpengarah selepas ini supaya hasrat beliau yang diinginkan berjaya.


Tapi apa yang saya lihat berjaya ialah tentang bagaimana menyususn gred pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kedepan. Bukan saja dari jawatan dan kriteria dan sebagainya, bagi saya diantara yang sudah berjaya. Dan apa yang telah beliau mulakan alhamdulillah dah berjaya dan idea banyak tentang penggerakan pensyarah-pensyarah Bahasa Arab ke unitunit yang lain masih berjalanlah idea masih digunakan pada masa beliau dahulu. Bagi saya itu adalah satu usha yang baiklah, cuma yang saya boleh simpulkan ialah seorang ketua perlu berani, mempunyai banyak idea, visi dan misi dan perlu berani. Ini antara perkara yang perlu ada pada seorang pemimpin. Jadi saya nampak itu adalah perkara yang menyerlahkan kepimpinan beliau dalam tempoh perkhidmatan. Bagi saya beliau ialah seorang yang strategi menghadapi tempoh yang beliau disini tidak lama kerana beliau telah dilantik sebagai pengarah JPN Pulau Pinang, sebagai Pengarah Pendidikan Negeri. Beliau telah sempat pencen dengan USASI sebagai pengarah JPN Pulau Pinang. Jadi maknanya beliau telah berjaya jugalah dalam career, careernya berakhir dengan kejayaan. USASI adalah penghormatan yang besar. Penemubual Baiklah, terima kasih Dr atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Dr, Insya-Allah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk e-book untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Dr pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.


2. Temubual bersama Puan Mahawa binti Pilus (Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG KPI) Penemubual Asalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada Puan Mahawa selaku Ketua Unit Praktikum IPG KPI. Nama saya ialah Nur Sakinah binti Anuar, pelajar S3T1.09 opsyen Bahasa Melayu, elektif Sejarah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Mahawa kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan (Mantan Pengarah IPGKPI iaitu Dato Osman). Untuk makluman puan, saya akan melakukan rakaman bagi sesi temu bual ini untuk tujuan rekod bukti terhadap penghasilan tugasan pentaksiran berterusan kami iaitu SJHK3043 (Sejarah Lisan dan Penokumentasian). Oleh itu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini. Penemubual Okay baiklah, (Erm) Saya teruskan sesi seterusnya dengan soalan berkaitan mantan pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu Dato Osman. Jadi bolehkah puan menceritakan sedikit sebanyak perkara yang puan tahu berkaitan dengan Dato Osman dari aspek latar belakang dan peribadi beliau? Puan Mahawa Okay, Dato Osman ni dia adalah pengarah ketiga yang saya jumpa. Saya duduk sini daripada sebelum tu Ustaz Amin, lepastu ada sorang lagi Ustaz Shuib dan kemudian Dato Osman. Dulu panggil Haji Osmanlah sebelum dia dapat Dato Osman. Dato Osman ni berbeza dengan yang lain ya, dia sangat berbeza namun satu dia vokal em dia akan cakap sakit hati je kalau dengar eh. Kalau dia marah dia akan marah habis, tapi dia baik hati, dia baik hati eh sebenarnya. Ah, dia sangat aktif orang kokurikulum, dia ustaz yang overall, dia ustaz sebenarnya. Dia ustaz saya tak tahu dia ustaz eh, dia ustaz yang overall maksudnya dia sangatsangat em suka kalau dia tegur dia akan tegur em dan dia cakap tu sangat keras. Sangat keras ya. Tapi em dia orang utara saya tak tau Penang ke Kedah tapi ada perkara yang specialnya pasal dia ya.


Dia akan kat awak kalau awak tak betul dia akan marah direct ja. Ya memang kasarnya awak, kalau cakap takut. Tapi dia cakap yang betul, perkara yang baik ini ya ialah (batuk). Sorry. Contoh, dia kata “ha engkau ni kena buat kerja macam ni” ya. (Batuk) Dia suruh kita buat dan dia akan bagi you markah, saya rasa tak semua orang akan buat macam dia (Batuk) sekejap (Batuk). Misalnya dia kata “Sakinah, saya bagi awak cemerlang”. Orang tak nak, tak semua oraang nak bagi orang cemerlang walaupun orang itu cemerlang. Sebab bila bagi cemerlang kena buat laporan. Kenapa Sakinah cemerlang, kena buat karangan, gini gini. Penat, jadi janganlah bagi cemerlang. Kalau markah cemerlang 95, 96 bagi ja 95. Senang kerja tak payah buat laporan. Tetapi (Batuk) saya jumpa dia “Awak mari sini! Aku bagi kau cemerlang”. Saya pun terdiam, saya terdiamkan. Lepastu dia kata “Kau tau tak”, dia kata “Aku, saya tulis pasal engkau buat karangan tau tidur sampai pukul 3 pagi”. Dia buat karangan 3 pagi. Maksudnya dia betul-betul tulis supaya awak berjaya. Jadi saya adalah 15 orang yang terpilih cemerlang. IPG terbanyak yang dapat ialah IPG kita sebabnya pengarahnya rajin buat karangan (ketawa). Sakinah ni begini, begini, begini sebab kalau kamu tak tulis tak dapat cemerlang. Jadi 15 orang yang tulis dapat cemerlang jadi saya pun kerana cemerlang saya pun ditukarkan ke Ipohlah kan. Susahlah hati saya, baik tak payah cemerlang duduk ja kat sini. Saya pindah dua, setahun kat Ipoh. Kemudian kalau dia buat silap dia akan minta maaf. Itu pengalaman peribadi saya dapat. “Mahawa, aku ni pengarah”. Ah mengapa pula, mengapa tuan haji, “Aku nak minta maaflah, aku ada buat silap dengan engkau” (ketawa). Dia direct minta maaf “Aku minta maaflah”. Dia boleh cakap “Saya silap, saya minta maaf”. Sebab ada orang melaporkan tak betul pasal saya jadi lepas itu bila dia tahu, “Alamak, ish silaplah salah”. Jadi dia telefon saya dia kata em, dia buat silap. Itu susah nak jadi pada ketua bila dia buat silapkan. Jadi dan dia, dia sangat rajin, sangat aktif, dia jalan, ada sorang lagi pengarah Haji, saya ada banyak pengarah di sini ada empat ke lima pengarah kat sini. Tapi Haji Dato Osman dia aktif, sangat aktif, jalan ja sana-sini sekejap-kejap dia check kita. Jadi macam tu la dia akan cabar.


Penemubual Err, Puan Mahawa? Puan Mahawa Hello saya tukar line putus Penemubual Oh, faham puan Puan Mahawa Okay, em Sakinah ada lagi soalan? Penemubual Err, Berdasarkan yang puan cerita berkaitan Dato Osman betul saya dengar beliau seoranag yang berani dan lantang bersuara. Walau bagaimanapun. Puan Mahawa Betul Penemubual Walau bagaimanapun, beliau mempunyai peribadi yang em baik dan ni la bersopan santun. Soalan seterusnya ialah berkaitan perkhidmatan puan bersama beliau. Sewaktu puan berkhidmat bersama beliau, apakah cabaran terbesar yang pernah puan serta kaki tangan IPG lalui dalam memastikan IPG KPI terus unggul? Puan Mahawa Okay, sewaktu saya berkhidmat dengan dia, dia datang eh dia datang ke jabatan kami dan dia tengok bilik kami yang sangat teruk, dengan wayar-wayar keluar semuakan, dengan apani sangat teruklah macam stor. Dia kata “Ha, macam mana bilik awak ni”. Jadi err, sehinggalah, tapi lepas itu saya dah tinggalkanlah jabatan itu jabatan saya di bawah jabatan pendidikan, dia mencabar kita supaya usaha lebih bagus, usaha lebih baik sehingga kita orang berjaya melaksanakan satu program em PKPI (Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam), saya jemput Menteri masatu. Memang saya ketua urusetia dibawah beliau. Dia cabar “Eh korangkan” dia cabar “tak boleh ke buat macam ni”. Kita orang sahut cabarannya itulah yang paling, yang kita berjaya bawa IPG kita ke satu tahap, masa tu susah nak buat. Sekarang ni online senang, masa itu susah jadi kita berjaya mengumpulkan ramai pembentang dan berjaya juga menyediakan satu seminar yang besar. Peringkat kebangsaan yang kepada seluruh Malaysia datang join bersama-sama. Saya tak ingat tahun berapa tapi memang berjaya, saya ingat sangat berjayalah.


Penemubual Baiklah seterusnya soalan berkaitan dengan pengalaman manis yang puan lalui. Mustahil sekiranya tidak ada pengalaman manis yang pernah puan lalui sewaktu puan berkhidmat di bawah mantan Pengarah kita iaitu Dato Osman. Oleh itu, bolehkah puan menceritakan pengalaman manis yang pernah puan lalui sewaktu berkhidmat bersama beliau? Mungkin dari aspek pencapaian dan penglibatan puan di IPG? Puan Mahawa Pengalaman manis ni sebenarnya, macam mana ya. Saya rasa terkejutlah kerana dia sangat er berani dan bersungguh-sungguh mencalonkan pegawai-pegawai, staf-staf dia yang cemerlang. Maksudnya kalau di tempat lain mungkin dia tak nak lah buat sebab banyak kerja. Maksudnya dia cadangkan saya, bersama dialah kali pertama IPG yang paling banyak mendapat kenaikan pangkat ialah IPG Islam. Paling ramai daripada 27 IPG dan tempat 0.5 sahaja. Kita ada 15 orang yang dapat cemerlang maksud saya. Jadi dia sangguplah mencalonkan dan berjuang. Maksudnya bila kita calonkan, mereka akan menilai jadi dia mempertahankan 15 orang ini. Jadi sebab itu kita dapat 15 ya paling besar, orang lain mungkin dapat 2, satu ipg 3 orang, 2 orang tapi IPG Islam 15 orang di bawah Dato Osman dia bersedia untuk menjawab. Sebab Dato Osman ini dia adalah seorang debater, seorang pendebat jadi dia sangat cekap jawab, kita cakap macam ini, dia sangat pandai berhujah. Dia debater, dia debat tu bukan calang-calanglah orang yang hebat dalam bidang debat. Okay. Penemubual Baiklah er, soalan seterusnya pula, bagaimana pula dengan pencapaian terbesar yang pernah dicapai oleh beliau sewaktu menjadi pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam? Seingat puan. Puan Mahawa Okay, seingat saya pencapaian terbesar ialah yang tu la tadi kita berjaya kali pertama mengadakan persidangan kebangsaan Pendidikan Islam. Itu satu, kemudian kita err kita juga berjaya, kita pernahlah er kita ada program-program yang sangat mencabar err, err. Dia tidak mahu ada ustazah-ustazah ni, kalau ustazah-ustazah kan dia diam ja macam takut ja nanti kat sekolah semua kena buat. Jadi dia berjaya menggerakkan pelajar-pelajar dan pensyarah-


pensyarah untuk aktif. Macam kita buat persembahan, yang tu paling besar saya rasa persembahan main muzik tradisional yang menggunakan alat-alat muzik tradisionallah yang paling besar dia buat. Di IPG Islam dan memang jadi bisinglah eh sebab IPG Islam, tapi dia buat persembahan Islamic, muzik dalam Islam macamtu la dia buat. Itu kejayaan yang dia buat bagi saya. Okay. Penemubual Baiklah, betul kata puan terlalu banyak err pencapaian yang kita dapat lihat daripada err mantan pengarah kita iaitu Dato Osman. Baiklah seterusnya kita berada pada soalan terakhir iaitu berkaitan dengan mantan pengarah kita Dato Osman. Berdasarkan kepada semua yang telah Dr eh puan sampaikan berkaitan Dato Osman sebentar dari, adakah puan rasa hasrat dan impian beliau semasa berkhidmat sebagai Pengarah IPG KPI telah tercapai pada masa kini? Puan Mahawa Em, ya saya rasa apa yang dia rencanakan, em pada masa dia kita ada peralihan ya. Kita kalau sebelum ini ada yang err tidak aktif dia akan cabar, dia kan orang selain dari pendebat dia bukan saja pendebat tapi dia juga seorang yang hebat dalam kokurikulum. Diab oleh, panjat dan kepala turun ke bawah ya ikut tali, dia bukan main-main. Kita tengok dia buat persembahan sendiri depan kami. Kita tengok sendiri bukan-bukan, dia buat di dataran gerko. Dia sendiri panjat dari atas turun ke bawah dengan menggunakan tali. Jadi err, jadi siapa yang lembik, lemah macam lemau ja kan semua kena aktif eh. Kena pergi buat, maksudnya dia boleh, dia overalllah eh dia boleh dari segi agama, dia boleh dari segi pendebat, dia boleh dari segi kokurikulum dan dia juga sangat berani dan lantang bersuara sebab itu dia dapat em jadi pengarah, selepas dia dari IPG kita dia dinaikkan pangkat jadi Pengarah Pendidikan Pulau Pinang. Jadi bukan sembarangan nak jadi tu bukan senang nak dapat. Banyaklah dulu IPG Islam semua, tapi bila dia masuk semua jadi aktif. Jadi begitulah. Penemubual Baiklah dengan berakhirnya, eh dengan soalan tadi maka berakhirlah sesi temu bual kita pada hari ini. Dengan itu terima kasih Puan atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami,


akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman puan, Insya-Allah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk e-book untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan puan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. 3.0 Bahan bergambar 3.1 Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam


3.2 Majalah En-Nur Edisi 22 tahun 2011


Click to View FlipBook Version