The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90412029, 2023-11-20 16:22:49

NUKILAN MPI, IPIS, IPGKPI

SJHK3043 2022

3.3 Temu bual bersama orang sumber 3.3.1 Puan Mahawa binti Pilus 3.3.2 Dr Abdullah bin Hamzah


3 LAMPIRAN ISI KANDUNG 4.0 Temubual Cikgu Haliza Danial Hakimi: Bismillah, Assalamualaikum W.B.T kepada CIkgu Haliza dan lain-lain. Saya perkenalkan diri. Nama saya Danial Hakimi dari S3T1.07 pengkhususan Bahasa Melayu. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Haliza atas kesudian untuk meluangkan masa bagi ditemubual untuk menjejak alumni MPI. Untuk pengetahuan Cikgu Haliza, saya akan melakukan rakaman untuk sesi temubual ini bertujuan rekod bukti terhadap penghasilan tugasan pentaksiran berterusan kami iaitu SJHK3043 (Sejarah Lisan dan Pendokumentasian). Oleh itu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini. Saya akan mulakan sesi soalan. Bagi soalan yang pertama, bolehkah Cikgu Haliza memperkenalkan diri terlebih dahulu? Dipersilakan Cikgu Haliza. Cikgu Haliza: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjemput cikgu untuk sesi temubual bagi tugasan kamu semua dari IPG Kampus Pendidikan Islam. Nama penuh cikgu ialah Puan Haliza binti Awi. Cikgu lahir pada 13 Oktober pada tahun 1973. Sekarang umur cikgu 49 tahun. Dilahirkan di Johor. Anak keempat daripada tujuh adik beradik. Sekarang ini, cikgu merupakan kaunselor. Cikgu mempunyai seorang suami dan 5 orang anak. 4 perempuan dan 1 jejaka Malaya. Hobi cikgu no, cikgu suka aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki gunung, berjalan-jalan dan sebagainya. Cita-cita cikgu dulu, nak jadi polis wanita, nak jadi doktor, tapi sekarang, cikgu merupakan seorang guru. Tapi kalau bolehlah, cita-cita cikgu ialah menjadi seorang insan yang cemerlang dunia dan akhirat namun tetap rendah diri. Danial Hakimi: Wah! pengenalan cikgu je pun dah sungguh menarik. Jadinya, boleh y akita teruskan kepada soalan yang berikutnya. Boleh tak kami tahu serba sedikit berkaitan masa belajar Cikgu Haliza ketika di MPI dahulu? Cikgu Haliza: Kalau nak diceritakan, panjang. Oleh itu, cikgu ringkaskan ya? Okay! Cikgu masuk Maktab Perguruan Islam pada tahun 1992 dan cikgu merupakan lepasan SPM pada umur cikgu 18/19 tahun macam tu. Dan cikgu merupakan orang yang termuda pada ketika itu. Pada waktu itu, kita panggil


Sijil Perguruan. Cikgu ambil pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK). Dan disebabkan cikgu paling muda dan aktif dahulu, cikgu dilantik sebagai ketua kuliah dan merupakan satu-satunya ketua kuliah perempuan pada ketika itu kerana ketua kuliah kelas lain semuanya lelaki. Cikgu aktif dahulu dalam syarahan. Syarahan antara maktab dalam Bahasa Inggeris. Cikgu juga aktif dalam St. John Ambulans. Dan cikgu merupakan pemain bola baling maktab. Juga, disebabkan suara sedap, cikgu sering dipanggil untuk menjadi pengacara majlis dan merupakan wakil nasyid maktab. Kemudian, disebabkan setiap kali peperiksaan, cikgu berjaya mendapat markah yang terbaik, jadinya cikgu sering dipanggil untuk menjadi pembentang modul di maktab. Dan diakhir tahun 1994, cikgu dinobatkan sebagai pelatih cemerlang kokurikulum. Sepanjang berada di MPI, banyak perkara yang kita pelajari. Selepas tamat pengajian, cikgu dihantar untuk mengajar di Sk Ayer Itam, Pulau Pinang. Dalam pada tahun 1995 itu, semasa mengajar, cikgu juga mengambil peperiksaan STPM. Dan cikgu sambung pengajian di UKM dengan pengkhususan psikologi komunikasi dan sehinggalah ke hari ini cikgu menjadi kaunselor. Jadinya, tiadalah lagi cikgu mengajar murid-murid prasekolah. Danial Hakimi: Panjang perjalanan cikgu dalam menempuh tempoh pengajian. Baiklah, kita pergi kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza bergelar sebagai guru di sekolah, ada tak sebarang keterlibatan Cikgu Haliza yang melibatkan program luar? Cikgu Haliza: Kalau nak kira, memang banyak program luar yang cikgu terlibat. Sebabnya, cikgu dah terlibat dengan dunia pendidikan sehingga sekarang ialah 27 tahun lamanya. Tapi, cikgu senaraikan apa yang cikgu ingat ya. Satu, cikgu merupakan salah seorang ahli kumpulan Smart Support Team. Jadinya, kumpulan ni merupakan kumpulan kaunselor yang memberikan kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana alam. Kemudian, cikgu juga merupakan pembina modul kecemerlangan bagi UPSR dan SPM. Jadinya, cikgu merupakan penceramah bagi Pembina modul kemerlangan SPM sekarang sebab UPSR sudah dimansuhkan. Cikgu juga merupakan penyelaras Patrol Denggi peringkat kebangsaan. Yang mana, Patrol Denggi ini kumpulan yang menghebahkan bahayanya denggi kepada masyarakat luar. Cikgu juga merupakan pengacara majlis di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Cikgu juga terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh NGO-


NGO. Cikgu juga merupakan pembentang amalan terbaik kaunseling. Maksudnya, sekiranya cikgu ada inovasi baru dalam kaunseling, maka cikgu akan bentangkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Kemudian, cikgu juga merupakan jurulatih utama pembimbing rakan sebaya sehingga ke peringkat kebangsaan. Cikgu juga merupakan jurulatih utama psikometrik di peringkat kebangsaan. Dan, cikgu suka membaca. Oleh itu, cikgu telah dijemput untuk menulis beberapa artikel dalam Berita Harian Didik dan terdapat satu atau dua artikel yang telah diterbitkan dalam Majalah e-baca daripada Syarikat Karang Kraf. Cikgu juga merupakan pengamal kepada Finger Print Analysis dan Art Therapy. Cikgu juga terlibat dengan kem kepimpinan dan waja diri bagi murid yang bermasalah serius dalam tatatertib salahlaku murid. Jadinya, itu sahaja yang cikgu dapat ceritakan setakat ini. Danial Hakimi: Wah! Banyak juga program yang cikgu terlibat secara langsung. Memang tepat pilihan saya untuk memilih cikgu bagi temuduga kali ini. Jadinya, kita pergi kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza mengajar, ada tak Cikgu Haliza mencapai sebarang pencapaian? Cikgu Haliza: Okay! Bercerita tentang pencapaian, kita tidak mengharapkan sebarang ganjaran. Bagi cikgu, cikgu galas suatu tugasan itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan Amanah. Dan cikgu juga nak semua orang rasa puas hati dengan hasil cikgu sendiri. Objektif semua tercapai. Itulah yang cikgu nak apabila kita melakukan sesuatu tugasan ataupun kerja. Jadinya, apabila kita tidak mengharapkan ganjaran, orang akan melihat daripada jauh tentang peribadi kita, karakter kita bagaimana, cara kita. Jadinya, jika nak bercerita tentang pencapaian sepanjang cikgu mengajar, ada lah beberapa pencapain yang telah cikgu terima. Yang pertama, cikgu dinobatkan sebagai ikon cemerlang guru bimbingan dan kaunseling negeri Perak. Anugerah yang tertinggi ialah anugerah Intergriti Negeri Perak. Intergriti maksudnya anugerah ini diberikan kepada guru-guru yang berintergriti tinggi dari pelbagai skop. Maksudnya, nampaklah kat situ bahawa bukan calangcalang orang yang boleh dapat anugerah ini. Kemudian, sebagai seorang guru, cikgu telah menerima tiga kali anugerah perkhidmatan cemerlang dari tahun 2002, 2014, dan 2017. Kemudian, cikgu juga telah diberikan anugerah pembentang amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan sebanyak 3 kali dari tahun 2014, 2015 dan 2017. Itu sahaja anugerah yang tertinggi


cikgu terima. Tak banyak, tapi cikgu amat hargai apa yang yang orang beri kepada kita. Danial Hakimi: Hebatnya Cikgu Haliza sehinggakan menjuarai pelbagai anugerah 3 kali pula itu! Memang benar Ckgu Haliza seorang yang aktif. Jadinya, kita pergi kepada soalan yang berikutnya. Sepanjang Cikgu Haliza menerima pelbagai pencapaian semasa menjadi guru, pernah tak Cikgu Haliza rasa terdapat cabaran dalam mengecapi sesuatu kejayaan itu? Bolehkah Cikgu Haliza ceritakan sekiranya ada cabaran itu. Cikgu Haliza: Sejujurnya, semua tugas ada cabarannya. Walaupun tidak bekerja, sudah pasti ada cabarannya. Pada cikgu, komitmen daripada rakan-rakan dalam mengendalikan program. Apabila kita membuat sesuatu program, kita nak komitmen daripada mereka semua untuk menjayakan program. Yang kedua, cabaran yang paling mencabar bagi cikgu ialah apabila adanya perubahan sesuatu perkara pada saat-saat akhir. Sebabnya, cikgu tidak suka kerja yang mesti dibuat pada saat-saat akhir. Biasanya, daripada awal sehinggalah ke akhir perjalanan program itu, walaupun sekecil zarah, kita dah tahu bagaimana perjalanan suatu program itu berlangsung. Tapi, kalau terdapatnya perubahan pada saat-saat akhir, perkara itu yang mencabar untuk kita menyusun semula jadual yang dirancang. Kemudian, apabila kita buat sesuatu program, sebagai penyelaras, kita kadang-kadang kena berfikir bagaimana untuk kita mendapatkan sumber kewangan kita. Sama ada kita minta sumbangan daripada orang luar, sumbangan daripada pihak PIBG, ataupun ambil dari mana-mana pun sumber tersebut, kita mesti cari kewangan bagi menjayakan program kita itu. Jadinya, bila kita nak mencari sumber kewangan dari orang luar, macam mana kita nak buat. Apa pandangan masyarakat luar. Kita nak minta duit ini. Jadinya, pelabagi tanggapan masyarakat nanti kepada kita dan pihak sekolah. Jadinya, kita kena positifkan tanggapan itu. Kemudian, dari segi tahap kesihatan pula. Kadang kita nak buat sesuatu program itu, kesihatan kita terjejas. Itu juga merupakan suatu cabaran kepada kita. Tapi, apa-apa pun cabaran yang ada dan datang, cikgu ni lebih kepada berfikir bahawa ianya merupakan cabaran yang membina diri kita. Cabaran-cabaran itu sebagai perangsang dan motivasi kepada diri kita untuk lebih berjaya. Itu yang kita nak. Jadinya, cabaran itu cikgu angap sebagai titik tolak kepada diri kita agar lebih berjaya. Dan kita akan menjadi lebih matang. Itu semua kita belajar. Sebabnya, bagi


cikgu, setiap hari, setiap jam, kita belajar. Tidak kiralah daripada siapa yang kita dapat. Tapi yang paling penting, kita semua ada 24 jam. Jadinya, bagaimana kita nak uruskan masa kita dengan sebaik mungkin. Sebabnya kita akan tertanya-tanya kenapa orang yang berjaya boleh berjaya dalam kehidupan dia. Orang yang berjaya itupun mempunyai 24 jam sama seperti kita. Jadinya, kenapa orang lain boleh berjaya tetapi kita tidak boleh. Renung-renungkan. Jadinya, bagaimana kita nak uruskan masa sahaja. Jadinya, apa-apa cabaran, memang ada, tapi kita kena redah sahaja. Danial Hakimi: Saya setuju dengan kata puan. Kita kena harungi jua walaupun liku-liku itu menyebabkan kesukaran kepada diri kita. Jadinya cikgu, kita teruskan kepada soalan yang seterusnya. Sokongan orang belakang juga merupakan satu aspek kepada kejayaan kita juga. Oleh itu, kami juga ingin tahu seandainya kejayaan Cikgu Haliza dari dahulu hinggalah kini juga bukan sahaja atas kudrat diri bahkan mempunyai sokongan yang kuat di belakang Cikgu Haliza. Boleh tak ceritakan serba sedikit siapa penyokongnya? Cikgu Haliza: Okay! Bagi cikgu, yang pertama sekali ialah Allah S.W.T. Sebab cikgu percaya kepada janji-janji Allah yang pasti. Dia kata, sekiranya kita usaha, Insya-Allah ada jalan dan ada ganjaran. Itu janji Allah. Maka, percaya kepada itu. Jadi, kalau kita memudahkan tugas orang, orang akan memudahkan tugas kita. Yang kedua, ada pada diri sendiri. Suisnya ada pada kita. Petik sahaja hati kita. Motivasikan hati kita. Insya-Allah, walaupun orang kata perkara yang kita lalui itu mencabar, mustahil untuk dibuat. Tapi kalau kita petik hati kita, kita yakin boleh, Insya-Allah kita boleh buat. Jadinya, dorongan pada diri. Yang ketiga, sudah pastinya sokongan dari suami dan anak-anak. Bagi cikgu, cikgu nak anak-anak cikgu tengok diri cikgu ni dan mereka jadikan cikgu sebagai model kepada mereka. Jadi, apabila mereka belajar, apa-apa pun pengkhususan itu, kita mesti teruskan juga. Bagi cikgu sendiri, selepas kahwin, dah bekerja, cikgu belajar untuk mendapatkan segulung ijazah. Jadinya, cikgu nak anak-anak cikgu tengok bahawa ummi mereka ini adalah model yang terbaik bagi mereka. Yang seterusnya, sudah pastilah rakan sejawatan dan majikan. Kejayaan kita pada hari ini, bukan kejayaan kita seorang akan tetapi sokongan daripada rakan sekerja dan majikan. Ada manusia yang berjaya tapi mesti ada komitmen daripada rakan-rakannya juga. Yang lain, masyarakat juga menjadi asbab kepada kejayaan kita pada hari ini. Masyarakat kenal kita,


masyarakat sokong kita, itu lah petanda kepada kejayaan kita sehingga ke hari ini kerana sokongan mereka. Itulah penghargaan yang memberikan motivasi kepada diri kita supaya menjadi lebih hebat dan hebat lagi pada masa akan datang. Danial Hakimi: Baik cikgu. Terima kasih atas perkongsian cikgu. Kita sudah sampai ke penghujungnya. Jadinya dengan berbaik satu soalan, kita teruskan dengan soalan yang berikut. Jadinya kami ingin tahu hasrat Cikgu Haliza terhadap pencapaian diri pada masa akan datang. Dipersilakan Cikgu Haliza. Cikgu Haliza: Hasrat cikgu sekarang ialah agar kesihatan cikgu dalam keadaan yang baik. Dan cikgu juga masih boleh menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan, Insya-Allah. Dan bagi cikgu, biarkah setiap hari motivasi cikgu ini lebih hebat dan jadi lebih hebat supaya dapat bantu diri untuk bantu orang lain dan melimpahkan kasih sayang kepada orang lain. Jadinya itu sahaja cikgu rasa lah hasrat cikgu. Danial Hakimi: Jadi, Alhamdulillah, soalan pun dah habis. Saya buka soalan kepada Sakinah dan Hazliezah untuk bertanyakan soalan tambahan sekiranya ada. Sakinah: Alhamdulillah, setakat ini saya tiada soalan. Seronok dengar perkongsian cerita daripada Puan Haliza. Cikgu Haliza: Terima kasih Sakinah! Danial Hakimi: Baik, terima kasih Cikgu Haliza atas segala perkongsian maklumat itu sebentar tadi. Alhamdulillah, segala maklumat yang dikongsikan kepada kami, akan kami gunakan dengan sepenuhnya dalam hasil penulisan tugasan kami ini. Untuk makluman Cikgu Haliza, Insya-Allah hasil penulisan kami ini akan dibukukan dalam bentuk e-book untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam dan orang awam pada masa akan datang. Kami rasa, itu sahaja untuk hari ini. Kami mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata, dan terguris rasa. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Cikgu Haliza pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version