The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSTEM MATEMATIK TAMBAHAN v1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anuarjem, 2018-12-25 17:59:26

BSTEM MATE TAMBAH

BSTEM MATEMATIK TAMBAHAN v1

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM) – BSTEM

BSTEM
MATEMATIK TAMBAHAN

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

Terbitan Februari 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ISBN 978-967-420-198-2

Diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blk E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

KANDUNGAN v
vii
Rukun negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 9
14
Contoh PdP 1 – Sempadan Keselamatan 16
Pengenalan 17
Rancangan PdP
Komponen PdP 20
Aktiviti PdP 21
Lampiran bagi Contoh PdP 1 22
A Ujian Pra 24
B Ujian Pasca 26
C Jawapan Ujian Pra dan Pasca 27
D Borang Kaji Selidik 28
E Borang Penilaian Kumpulan
F Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Kendiri 33
G Lampiran contoh 37
39
Contoh PdP 2 – Taman Flora 40
Pengenalan
Rancangan PdP
Komponen PdP
Aktiviti PdP

Lampiran bagi Contoh PdP 2 45
H Ujian Pra 47
I Ujian Pasca 49
J Jawapan Ujian Pra dan Pasca 50
K Panduan dan Jawapan Aktiviti Murid 51
L Soalan Perkembangan 54
M Borang Penilaian Kumpulan 55
N Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Kendiri 56
O Lampiran contoh 58
Penghargaan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan
sebuah buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di
sekolah. STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi,
Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan
bidang pengajian yang merangkumi pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai murni dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 dan transformasi kurikulum yang
melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi perhatian dan penekanan. STEM
memperkukuhkan pembelajaran STEM dengan aktiviti hands-on, berasaskan
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri
tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di dalam buku ini. Buku ini mengandungi
contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata pelajaran dalam bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat
situasi sebenar yang mungkin pernah dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti
yang melibatkan pengalaman murid seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat,
meyakinkan dan merangsang daya fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bidang STEM di sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga buku
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal insan
yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini
Kementerian Pendidikan berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari.
Pelaksanaan pendidikan STEM bertujuan untuk meningkatkan minat murid di samping
melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat Kementerian Pendidikan tersebut, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah membangunkan bahan sumber PdP yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Buku ini merupakan
lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. BSTEM dikeluarkan dalam beberapa siri mata pelajaran bidang
STEM iaitu BSTEM Biologi, BSTEM Fizik, BSTEM Kimia, BSTEM Matematik
Tambahan, BSTEM Reka Cipta dan BSTEM Sains Komputer.

Buku ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM dalam BSTEM terdiri daripada
aktiviti yang dibangunkan menggunakan strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan
masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman pembelajaran yang mendalam
serta diperkaya.

Pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan agen perubahan yang menjadi
pemangkin kepada iklim sekolah yang berteraskan Pendidikan Abad ke-21 (PA 21).
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran abad ke-21 dan nilai dapat menghasilkan
murid yang mempunyai profil berdaya tahan, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin
tahu, patriotik, bermaklumat, berprinsip, mahir berkomunikasi serta penyayang dan
prihatin seperti yang dihasratkan.

Buku ini diharapkan menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP STEM di
bawah tajuk-tajuk lain dalam kurikulum mata pelajaran ini.

1



PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua contoh PdP
untuk mata pelajaran Kimia. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan panduan yang
boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain berdasarkan
kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh PdP dalam
bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
6. Lembaran Kerja Murid
7. Borang Pentaksiran

 Borang Penilaian Kumpulan
 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Kendiri

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian
pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra serta ujian pasca sebagai
refleksi PdP.

3

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh
murid:

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti

masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
sebagainya.

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam

bentuk inkuiri

4 Murid mengumpulkan data, menganalisis dan

mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
oleh orang lain

5 Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan

menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu
fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik

atau formula boleh juga diterima.
7 MMuurrididmmeemrbeeknatacnipgktaandeprnogdaukn dmeengnagnuldaisnogkiopnrgodseensgan

ujunsttiufikkamsi ednaatma bdaahnbaraikkapnrodlauink(dtiebremri apseulkuang untuk
kbearekdomahun)sikeacsai dransmisetmembearitkikan pendapat
8 Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan

masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

4

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM.
Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi
merancang dan mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah
langkah-langkah umum dalam melaksanakan PdP STEM.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELUM kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

FASA 7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
SEMASA kepada murid melaksanakan tugasan ini.

PdP 8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/
melengkapkan tugasan (dengan soalan-soalan yang telah
disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

FASA 11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
SELEPAS dilaksanakan.

PdP 12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM
5

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan
serta memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dihasratkan.

6

CONTOH PdP 1:

GEOMETRI KOORDINAT



PENGENALAN

Aktiviti “Sempadan Keselamatan” merupakan projek mini yang dilaksanakan setelah
murid selesai mempelajari topik Geometri Koordinat dalam sukatan pelajaran
Matematik Tambahan Tingkatan 4. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL). Murid didedahkan kepada suatu isu kehidupan sebenar
untuk mereka selesaikan dengan mereka cipta satu produk. Murid mengaplikasikan
pengetahuan Persamaan Lokus yang melibatkan jarak di antara dua titik dan
menerapkan nilai menghargai keselamatan diri serta keluarga untuk kebaikan
masyarakat. Cadangan peruntukan masa bagi melaksanakan aktiviti ini ialah 6 waktu
(anggaran 6 × 40 minit) mengikut kreativiti dan fleksibiliti guru.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan,
ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang diperlukan
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat
menggalakkan murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang
minima. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru sepanjang
aktiviti ini:

Sebelum PdP SESI PdP 1: Waktu 1 dan 2

 menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
khabar, majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan
kejadian jenayah pecah rumah dan ciri keselamatan di
kawasan rumah.

 mengenal pasti beberapa pautan dari Internet yan boleh
dilayari oleh murid untuk mendapatkan maklumat tentang
masalah pecah rumah dan cara mengatasinya, alat
pengesan gerakan dan lokus yang melibatkan jarak antara
dua titik.

 memperbanyakkan borang Ujian Pra (Lampiran A) dan Ujian
Pasca (Lampiran B), Borang Kaji Selidik (Lampiran D),
Borang Penilaian Individu, Kumpulan dan Kendiri (Lampiran
E dan F) untuk guru dan murid, serta Lampiran G yang
memaparkan contoh rumah yang boleh dipasang alat
pengesan gerakan, contoh pemasangan alat pengesan
gerakan dan contoh pengawal logik boleh atur cara.

9

Semasa PdP  membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
tentang cara mengatasi masalah pecah rumah, dan yang
Semasa dapat mengarahkan pemikiran murid kepada penghasilan
PdPSemasa sistem alat pengesan gerakan. Alat ini kemudian dikaitkan
PdP dengan idea lokus.

 menyediakan kertas mahjong/ kertas lukisan untuk murid
melakar pelan bangunan, kawasan sekitar bangunan, lokus
yang dapat dikesan oleh alat pengesan dan lokasi
pemasangan alat tersebut.

 mentadbir ujian pra ke atas murid.

 membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut
kesesuaian.

 mengedarkan Borang Kaji Selidik (Lampiran D), Borang
Penilaian Individu, Kumpulan dan Kendiri (Lampiran E dan
F) kepada murid.

 menayangkan video tentang kejadian jenayah curi di rumah.
Murid menonton dan mencatatkan fakta/ pemerhatian isu
atau masalah yang timbul dalam tayangan video berkenaan
menggunakan Borang Kaji Selidik Penayangan Video.

 meminta setiap kumpulan berbincang untuk mengenal pasti
isu/ masalah yang diperhatikan dari tayangan video dan
memberi cadangan penyelesaian masalah.

 bertindak sebagai fasilitator semasa proses sumbang saran
bagi menjana idea untuk penyelesaian masalah dan semasa
setiap kumpulan membentangkan cadangan penyelesaian.

 membuat ulasan dan membincangkan kaedah
menggunakan idea lokus untuk menghasilkan sistem alat
pengesan gerakan yang berkesan.

 membimbing murid untuk mengenal pasti lokasi kajian dan
data yang perlu diperolehi seperti luas kawasan yang
dilindungi, jarak yang boleh dikesan oleh alat pengesan
gerakan, bilangan alat yang diperlukan dan lokasi setiap alat
pengesan, dan sebagainya.

 meminta murid mencari maklumat dari pelbagai sumber
tentang alat pengesan gerakan dan lokus berkaitan jarak
antara dua titik. Beberapa pautan dicadangkan kepada
murid untuk pencarian maklumat.

 meminta setiap kumpulan menyediakan jurnal tentang
perkembangan perjalanan aktiviti sehingga terhasilnya alat
pengesan gerakan.

10

Selepas PdP  mengulas kembali data yang murid perlu perolehi dan
meminta setiap kumpulan menyediakan lakaran sempadan
lokus pada pelan lokasi kajian untuk dibentangkan pada sesi
PdP seterusnya.

 membimbing murid tentang jenis alat pengesan gerakan
yang boleh diperolehi.

 murid merancang dan menyediakan lakaran model dan
bagaimana alat yang dicadangkan boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah.

 menggalakkan murid mencari maklumat berkaitan dari
pelbagai sumber (Internet, surat khabar dsb)

Sebelum PdP SESI PdP 2: Waktu 3 dan 4

Semasa PdP  menyediakan peralatan yang diperlukan oleh murid untuk
Semasa membentangkan hasil kerja kumpulan.
PdPSemasa
PdP  mendapatkan persetujuan guru sains atau guru pakar
teknologi supaya dapat membantu murid untuk menjadikan
Selepas PdP alat pengesan berfungsi dengan baik.

 meminta murid merancang dan menyediakan model
berdasarkan lakaran yang disediakan dengan menggunakan
bahan-bahan dan alatan yang sesuai.

 memberi maklum balas tentang hasil pembentangan setiap
kumpulan.

 menilai bersama murid tentang keberkesanan jarak yang
dibatasi oleh sempadan lokus dan alat pengesan gerakan.

 memberi penerangan dan bimbingan tentang pengoperasian
sistem alat pengesan gerakan.

 memantau murid semasa mereka menjalankan simulasi
menggunakan alat pengesan gerakan di luar bilik darjah.

 membimbing murid mengumpul data dan menyediakan
laporan hasil simulasi dalam pelbagai bentuk (gambar,
video, dll.) mengikut kreativiti masing-masing.

 mengumpul salinan pelaporan data dan hasil simulasi murid.

11

Sebelum PdP SESI PdP 3: Waktu 5 dan 6

Semasa PdP  menyediakan peralatan yang diperlukan oleh murid untuk
Semasa membentangkan hasil kerja kumpulan.
PdPSemasa
PdP  menjadi pemudah cara dalam pembentangan laporan dan
simulasi murid. Apabila satu kumpulan membentang,
kumpulan lain diminta menilai pembentangan tersebut
dengan menggunakan Borang Pentaksiran Penilaian
Kumpulan (Lampiran E).

 menggalakkan sesi kritikan daripada murid dan memastikan
murid jelas dengan konsep dan justifikasi bagi
penambahbaikan keberkesanan alat pengesan gerakan.

 memantau murid semasa mereka menjalankan simulasi
sekali lagi jika penambahbaikan dibuat kepada alat
pengesan gerakan di lokasi yang sama.

 menilai hasil kerja akhir murid berdasarkan Borang
Pentaksiran Penilaian Kumpulan (Lampiran E).

 mengumpul semua produk murid.

 mentadbir ujian pasca.

 murid membuat refleksi dan penilaian kendiri dengan
mengisikan Borang Pentaksiran Penilaian Rakan Sebaya
dan Kendiri (Lampiran F).

 meminta murid menyiapkan jurnal masing-masing yang
perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.
Laporan dalam jurnal perlu melibatkan pemahaman mereka
tentang kandungan STEM dalam projek mereka.

Selepas PdP  membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk PdP
seterusnya.
Semasa
PdPSemasa  menyemak laporan murid dan menyimpan hasil kerja
PdP mereka yang boleh dijadikan sebagai bahan pameran dalam
Minggu Sains dan Matematik/ Hari Kokurikulum/ Bengkel
Sains.

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Carta 1.

12

1. MENGENAL PASTI MASALAH

2. MENGUMPUL MAKLUMAT

SESI 1 3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN
(MASA 1&2)
4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK
TERBAIK

5. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN DAN RADAS TERBAIK

6. i. MEMBINA ALAT PENGESAN BERDASARKAN LAKARAN
TERBAIK

SESI 2 6.ii.MENGUJI KEBERKESANAN MELALUI
(MASA 3&4) SIMULASI

SESI 3 TIDAK PROSES
(MASA 3&4) PENAMBAH
BERJAYA
YA BAIKAN

7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

KOMEN DAN SOAL JAWAB
8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan Alat Pengesan Gerakan

13

Rancangan PdP: Sempadan Keselamatan

Tingkatan: Tingkatan 4
Tajuk:
Kemahiran : Geometri Koordinat
Hasil Murid :
Tempoh (waktu): Mereka bentuk ‘Alat Pengesan Gerakan’

Ringkasan Aktiviti: Alat Pengesan Gerakan

6 waktu

Senario:

Sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah curi
semakin meningkat di kawasan kejiranan anda.
Anda bercadang untuk menyelesaikan masalah
tersebut dengan menggunakan alat penggera
yang mampu milik kerana penduduk
kebanyakannya terdiri daripada golongan
berpendapatan sederhana dan rendah.

1. Anda dikehendaki mencari satu lokasi yang
sesuai (sebagai contoh rumah atau kawasan
sekitar sekolah) untuk dijadikan tempat
kajian. Satu tempat yang sesuai dipilih untuk
meletakkan alat pengesan gerakan.

2. Dengan menggunakan kreativiti anda, reka
bentuk alat penggera pengesan gerakan.
Sensitiviti alat tersebut diuji dengan
menggunakan alat penggera bunyi atau
lampu. Beberapa orang murid akan bergerak
di kawasan yang dipilih. Guru akan
menetapkan beberapa titik yang berlainan
bagi setiap kumpulan. Titik tersebut adalah
sebagai tempat alat penggera akan
diletakkan. Sekurang-kurangnya enam titik
ditandakan pada kawasan maksima iaitu
kawasan yang alat tersebut tidak dapat
mengesan sebarang gerakan lagi.

3. Ukur jarak dari titik yang dipilih dengan
sistem alat penggera yang telah anda reka.

14

4. Lakarkan satu pelan (menggunakan lukisan
berskala) yang menunjukkan kedudukan alat
pengesan gerakan dan titik-titik yang
ditandakan. Kenal pasti bentuk lokus yang
terhasil. Nyatakan jenis lokus tersebut.

5. Isi borang yang diberikan oleh guru bagi
pengiraan persamaan lokus.

Apa pengetahuan, kemahiran dan Pengetahuan, kemahiran dan nilai
nilai yang murid perolehi setelah
melalui aktiviti ini?  Menggunakan pengetahuan sedia ada
tentang jenis lokus.

 Mencari sempadan (lokus) kawasan
gerakan boleh dikesan.

 Menentukan jenis lokus.
 Mengukur dan mengira.
 Inovatif, menyahut cabaran, berfikir secara

rasional, komited, tekal, sistematik,
bekerjasama, tanggungjawab sosial.
 Kolaborasi, berfikiran kreatif, merealisasikan
idea.

Apa pengalaman baharu murid Pengalaman baharu murid
setelah melalui aktiviti ini?
 Mengaitkan tajuk lokus dan tajuk yang
berkaitan dengan situasi kehidupan
sebenar.

 Menyedari kepentingan keselamatan di
kawasan rumah.

 Menjalankan secara praktikal tugasan di
lokasi kajian.

 Mampu menyediakan satu sistem
keselamatan dengan kos yang minimum.

15

Komponen PdP
Konteks:

 Kehidupan Harian

Alam Sekitar

 Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

 Kreativiti dan Inovasi
 Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
 Komunikasi dan Kolaborasi
 Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Kemahiran Hidup dan Kerjaya
 Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains: Pengesanan pergerakan, litar dan arus elektrik.
Teknologi:
Penggunaan software GSP/GeoGebra untuk menentukan
Kejuruteraan: sempadan pergerakan yang dapat dikesan.
Matematik: Penggunaan komponen bagi sistem pengesan pergerakan.

Lukisan pelan kawasan bangunan sekolah atau rumah yang diuji.
Reka bentuk sistem penggera.

Jenis lokus
Jarak lokus

Bahan Sumber:

Alat, Bahan dan Pita pengukur, penanda, kalkulator, alat pengesan gerakan, bekalan

Radas yang kuasa, jenis output (penggera bunyi, rakaman video, lampu).

diperlukan:

16

Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti PdP Penilaian
Aktiviti Formatif

Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM

Menyatakan jenis Murid menduduki Guru memberi Kertas Ujian Pra.

lokus. ujian pra. ujian pra.

Mengenal pasti isu/ Murid menonton Guru Isu/ masalah yang Borang Kaji
masalah dalam dan mencatatkan menayangkan berkaitan dengan Selidik
kehidupan fakta/ video YouTube kehidupan
sebenar. pemerhatian isu tentang: sebenar.  Pemerhatian
atau masalah
yang timbul  kejadian  Permasalahan/
dalam tayangan jenayah curi di isu
video berkenaan rumah.
menggunakan  Apa yang murid
Borang Kaji  ciri sudah tahu,
Selidik keselamatan di ingin tahu dan
Penayangan kawasan akan tahu
Video. rumah.
 Memberi
 https://www.yo cadangan
utube.com/watc penyelesaian
h?v=Wp_VgVf masalah
NTBA

Mengenal pasti Murid Guru memberi Melibatkan kerja
dan mendefinisikan mengemukakan cetusan minda berpasukan.
masalah. soalan dan serta membimbing
mengenal pasti dan
serta membangunkan
mendefinisikan kemahiran berfikir
masalah dalam murid.
kumpulan.

Murid berbincang
dalam kumpulan.

Menjana idea cara Murid Guru sebagai Murid diberi Menjana idea cara
untuk mengatasi mencadangkan fasilitator kepada peluang untuk mengatasi
masalah. beberapa murid. menyelesaikan masalah.
penyelesaian masalah dengan

17

masalah yang pelbagai cara
mungkin. yang munasabah.

Menyampaikan Murid Guru membuat Murid dapat Guru menilai
cadangan membentangkan ulasan dan berkomunikasi dalam borang
penyelesaian cadangan menyimpulkan dengan jelas dan penilaian
masalah. penyelesaian bahawa yakin dengan pembentangan.
masalah. penyelesaian menggunakan  Kemahiran
masalah yang pelbagai media
akan digunakan yang dipilih. berkomunikasi
ialah untuk
menghasilkan
sistem alat
pengesan gerakan
menggunakan
idea lokus.

Mendapatkan Murid mencari Guru memberi Murid terlibat Lembaran kerja
lokasi kajian dan lokasi kajian dan pilihan untuk dalam inkuiri dan
data. mengumpul data menentukan penerokaan murid
menggunakan lokasi kajian yang terbuka.
borang kaji selidik sesuai dan  Maklumat yang
Borang Data. mengedarkan dicari dan
borang diperolehi
pengumpulan
data.  Pembentangan
maklumat yang
Meneroka pelbagai Murid mencari Guru diperolehi
sumber maklumat. maklumat mencadangkan dalam pelbagai
daripada pelbagai beberapa pautan bentuk
sumber. untuk pencarian (gambar, video,
maklumat. dll.)

 Analisis dan
kesimpulan

 Inovasi
sekiranya ada.

Menentukan jenis Murid Guru membimbing
lokus dari data menentukan jenis murid membentuk
yang diperolehi. lokus lokus dari data
menggunakan yang diperolehi.
data yang
diperolehi.

Menerang dan Murid Guru memberi Penilaian guru dan
membincangkan membentangkan maklum balas murid berkaitan
hasil kerja hasil kerja. tentang hasil keberkesanan
kumpulan. pembentangan jarak yang dibatasi

18

setiap kumpulan. oleh sempadan
lokus dan alat
pengesan
gerakan.

Mengaplikasikan Menjalankan Guru memberi Melibatkan murid
konsep lokus aktiviti dengan penerangan mengaplikasikan
dengan menggunakan tentang pemahaman
menjalankan alat pengesan pengoperasian kandungan STEM.
simulasi gerakan untuk sistem alat
menggunakan alat menentukan pengesan gerakan
pengesan gerakan keberkesanan (sekiranya murid
untuk menentukan rantau yang gagal
keberkesanan dibatasi oleh menjalankan
rantau yang sempadan lokus. aktiviti).
dibatasi oleh
sempadan lokus.

Menerangkan hasil Membentangkan Guru membuat Melibatkan murid Pembelajaran
kerja setelah hasil simulasi penilaian akhir menerangkan Abad 21
penambahbaikan yang dijalankan hasil kerja murid hasil simulasi
dilakukan. di kawasan berdasarkan mereka dengan  ‘Gallery walk’
persekitaran rubrik Borang data dan  Penggunaan
sekolah yang Penilaian justifikasi.
dipilih. (Kumpulan). ICT

Mengaplikasikan Murid menduduki Guru memberi Kertas Ujian
pengetahuan ujian pasca. ujian pasca Pasca
baharu. pembelajaran.

Membuat Murid membuat Guru membuat PdP STEM yang Jurnal murid
kesimpulan dan refleksi dan refleksi/ bermakna kepada
refleksi. penilaian kendiri. kesimpulan dan guru dan murid.
menambahbaik
PdP

Refleksi:

19

Lampiran A

UJIAN PRA

[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

MATA PELAJARAN: MATEMATIK TAMBAHAN TARIKH : .........................
TAJUK: GEOMETRI KOORDINAT TING.: ..............................
NAMA: ...................................................................

Jawab semua soalan yang berikut.

1. Nyatakan ciri-ciri lokus (c)
(a) (d)
(b)

2. Cari jarak di antara pasangan titik berikut:

C (2, 7) D (5, 7)

A (2, 2) B (5, 2)

(a) jarak AB (b) jarak CD

3. Cari persamaan lokus titik P(x, y) yang bergerak supaya

(a) jaraknya dari titik (4, 7) ialah 5 unit
(b) jarak sama dari titik (−1, −2) dan (2, 3)

4. Dalam rajah di bawah, O ialah asalan dan titik Q(3, 0) ialah titik tetap. Titik P(x, y)
bergerak supaya jaraknya dari titik O dan Q dalam nisbah 2:1.
(a) Cari lokus persamaan Q.
(b) Tunjukkan bahawa titik (6, 0) terletak pada lokus P.
y

P(x, y)

x
O Q(3, 0)

20

Lampiran B

UJIAN PASCA

[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

MATA PELAJARAN: MATEMATIK TAMBAHAN

TAJUK : GEOMETRI KOORDINAT TARIKH : .........................

NAMA : ................................................................... TING. : .............................

Jawab semua soalan yang berikut.

1. y (km) Rajah di sebelah menunjukkan lokus bagi kapal
karam R di lautan dengan menggunakan sistem
Kapal Karam, R koordinat dengan merujuk kepada menara kawalan
Kawalan P O. Diberi bahawa garis OR mempunyai, persamaan

P (16, 2) . dan serenjang dengan PR.

Menara Kawalan,, P a) Cari koordinat bagi kapal karam R.

Menara Kawalan, O x (km ) Sebagai langkah keselamatan, sukatan terapung
diletakkan pada 100 m di sekeliling kapal.
b) Cari persamaan bagi sukatan terapung.

2. Selesaikan masalah yang wujud dalam setiap situasi yang berikut.

a) Peta harta karun menunjukkan harta karun disembunyikan di sebuah taman
berdekatan dengan sebatang pokok dan sebuah tugu. Jarak di antara pokok dan tugu
ialah 10 m. Harta karun ditanam 7 m daripada pokok dan 5 m daripada tugu.
Berapakah bilangan lokasi yang mungkin menjadi tempat harta itu ditanam?

b) Jarak di antara garis selari A dan B ialah 12 unit. Titik X berada di atas garis A.
Berapakah bilangan titik yang sama jarak dari garis A dan B dan 8 unit dari titik X?

c) Halaman belakang rumah Anita ada dua batang pokok yang berjarak 40 meter. Dia
hendak meletakkan tiang-tiang lampu supaya jarak antara tiang-tiang tersebut dari
kedua-dua pokok ialah 30 meter. Lakarkan kedudukan tiang-tiang lampu itu dan
nyatakan bilangan lokasi yang mungkin untuk menempatkan tiang-tiang tersebut.

3. Diberi A(5,  2) dan B(2, 1) adalah dua titik tetap. Titik Q bergerak dengan nisbah bagi
AQ kepada QB adalah 2 : 1.

a) Tunjukkan persamaan lokus bagi titik Q ialah x2  y2  2x  4 y  3  0 .

b) Tunjukkan bahawa titik C(1, 0) melalui lokus titik Q.
c) Cari persamaan bagi garis lurus AC.
d) Diberi garis lurus AC bersilang dengan titik lokus Q pada titik D, cari titik bagi D.

21

Lampiran C

JAWAPAN UJIAN PRA

[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

SOALAN 1
(a) Lokus Bulatan
(b) Lokus pembahagi dua sama serenjang
(c) Lokus dua garis selari
(d) Lokus pembahagi sudut dua garis serenjang

lokus lokus
Diberi 1 titik Diberi 2 titik

lokus lokus
lokus
lokus Diberi 2 garis
Diberi 1 garis
SOALAN 2 22
a) 3 b) 3
SOALAN 3
a)
b)

JAWAPAN UJIAN PASCA
[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]
1. (a) R( 12, 8 )
(b)

2. (a) 2
(b) 2

3. a) AQ = 2QB

b) Gantikan (1, 0) dalam lokus Q
(1)2  02  2(1)  4(0)  3  0 terbukti

c) m AC  20  1
51 3

d) y   1 x  1
3 3

 D 7 ,  4 
5 5

23

LEMBARAN KERJA MURID Lampiran D
[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

BORANG KAJI SELIDIK

AKTIVITI 1 Penayangan Video
KELAS
KUMPULAN

RUMUSAN ISU/ MASALAH INTERVENSI

24

BORANG KAJI SELIDIK

AKTIVITI 2 Borang Data
KELAS
KUMPULAN

TITIK PENGIRAAN JARAK

25

Lampiran E

Borang Penilaian Kumpulan
*Diisi pada akhir projek

[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

Tarikh : ........................... Nama Kumpulan :…………………......................

Nilaikan persembahan kumpulan mengikut kriteria yang berikut:

Amat Baik / Baik / Sederhana / Lemah / Sangat Lemah /
Sentiasa Kerap Kadang kala Jarang Tidak pernah

5 4 3 2 1

NO KRITERIA PENILAIAN

1 Rekaan kreatif

2 Diilhamkan dengan idea matematik
Tambahan

3 Perkembangan kemahiran

4 Menurut fakta Diberi

5 Maklumat yang lengkap

6 Kesedaran alam sekitar

7 Nilai-nilai moral yang baik

8 Laporan komprehensif

9 Pembentangan

10 Tanggapan keseluruhan

11 Kerja sama ahli kumpulan

JUMLAH

26

Lampiran F

Borang Penilaian Rakan Sebaya Dan Kendiri

*Diisi pada akhir projek

[CONTOH PDP 1: SEMPADAN KESELAMATAN]

Tarikh : ........................... Nama Kumpulan :…………………......................

Nilaikan yang berikut tentang diri anda sendiri dan ahli lain dalam kumpulan anda:

Sentiasa Kerap Kadang kala Jarang Tidak pernah
5 4 3 2 1

Nama Ahli Kumpulan

DIRI

Berkongsi idea bernas

Ambil bahagian dalam tugasan
kumpulan
Sikap positif terhadap tugas yang
diberi

Menghormati idea orang lain

Memberi komen membina

Ambil masa untuk mendengar

Membuat respon yang jujur

Berterima kasih atas bantuan
setiap ahli dalam kumpulan
Menunjukkan kesabaran yang
tinggi dalam masa-masa mencabar
Menghargai idea sesama
kumpulan
Saling membantu

Jumlah

Nilai Purata

27

Lampiran G

1 Contoh rumah yang boleh dipasang sensor

28

2 Contoh pemasangan sensor
29

3 Contoh programmable logic controller (pengawal logik boleh atur cara)

Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital, menggunakan
ingatan boleh atur cara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi
melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang
dan aritmetik dengan cara mengawal menerusi modul/ keluaran digital atau
analog untuk berbagai jenis mesin atau proses.

30

CONTOH PdP 2:

PEMBEZAAN

31

Designed by Freepik

32

PENGENALAN

Aktiviti “Taman Flora” merupakan projek mini yang dilaksanakan setelah murid selesai
mempelajari topik Pembezaan dalam sukatan pelajaran Matematik Tambahan
Tingkatan 4. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL). Murid didedahkan kepada suatu isu kehidupan sebenar untuk mereka
selesaikan dengan mereka cipta bentuk tangki yang berkeberkesanan kos yang perlu
ditentukan berdasarkan syarat yang diberi. Murid mengaplikasikan pengetahuan
Pembezaan secara mendalam untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Cadangan peruntukan masa bagi melaksanakan aktiviti ini ialah 6 waktu (anggaran 6 ×
40 minit) mengikut kreativiti dan fleksibiliti guru.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan,
ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang diperlukan
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat enggalakkan
murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru sepanjang aktiviti
ini:

Sebelum PdP SESI PdP 1: Waktu 1 dan 2
Semasa
PdPSemasa  menyediakan bahan ransangan seperti majalah, artikel,
PdP video atau imej yang berkaitan taman flora yang bersaiz
kecil dan sederhana, terutamanya di kawasan sekolah.
Semasa PdP
Semasa  memperbanyakkan borang ujian pra (Lampiran H) dan ujian
PdPSemasa pasca (Lampiran I), Soalan Perkembangan (Lampiran L),
PdP serta helaian borang penilaian kumpulan (Lampiran M) dan
kendiri (Lampiran N) untuk guru dan murid.

 menyediakan Lampiran O dalam bentuk pembentangan
PowerPoint atau diperbanyakkan lampiran tersebut dan
menyediakan juga media pencarian maklumat yang
diperlukan bagi menjalankan aktiviti.

 mentadbir ujian Pra ke atas murid.
 membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut

kesesuaian.

33

Selepas PdP  mengedarkan Borang Penilaian Individu, Kumpulan dan
Kendiri (Lampiran M dan N) kepada murid.

 menayangkan bahan ransangan yang disediakan untuk
menarik minat murid tentang bentuk taman flora yang boleh
dihasilkan.

 memberikan senario atau pernyataan masalah.
 mengedarkan kertas A4 dan peralatan lain untuk murid

melaksanakan aktiviti ini.
 menjadi fasilitator menggalakkan murid mengenal pasti

masalah dalam proses sumbang saran dan menjana idea
untuk menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
menggalakkan murid sendiri mencari maklumat berkaitan
dari pelbagai sumber (Internet, majalah dsb)
 membimbing murid dalam perbincangan cadangan
penyelesaian masalah termasuk menghubung kait antara
kos dan perimeter taman. Murid membentangkan cadangan
penyelesaian menggunakan pelbagai media yang dipilih.
 menilai pembentangan murid dan menggalakkan
perbincangan bersama kumpulan lain.

 mengumpul laporan strategi penyelesaian masalah.

Sebelum PdP SESI PdP 2: Waktu 3 dan 4

Semasa PdP  menyediakan peralatan yang diperlukan oleh murid untuk
Semasa membentangkan hasil kerja kumpulan.
PdPSemasa
PdP  murid merancang dan membina model berdasarkan
cadangan penyelesaian yang dibincangkan dengan
Selepas PdP menggunakan bahan-bahan dan alatan yang sesuai.

 menggalakkan murid mencari sendiri maklumat berkaitan
dari pelbagai sumber (Internet, majalah dsb)

 membimbing murid untuk melukis graf kuadratik
berdasarkan kiraan isi padu yang diperolehi oleh murid

 membimbing dan berbincang bersama murid untuk mencari
nilai maksimum dan minimum dari graf kuadratik.

 mengumpul dapatan hasil kerja murid.

34

Sebelum PdP SESI PdP 3: Waktu 5 dan 6

Semasa PdP  menyediakan media/ bahan peralatan untuk murid membuat
Semasa persembahan laporan penyiasatan/penyelesaian masalah.
PdPSemasa
PdP  menjadi pemudah cara semasa murid membuat
pembentangan tentang pelbagai bentuk tangki air.

 memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
matematik dalam kreativiti murid menyelesaikan masalah
tersebut semasa sesi kritikan dan ulasan.

 memantau dan membimbing murid mereka bentuk dan
menghasilkan model tangki air yang sesuai dan difikirkan
terbaik berdasarkan syarat yang diberi.

 Menilai produk yang dihasilkan oleh murid dalam kumpulan
mereka masing-masing.

 mengumpul semua laporan penyiasatan.

 mentadbir ujian pasca.

 murid membuat refleksi dan penilaian kendiri dengan
mengisikan borang penilaian rakan sebaya dan kendiri.

 meminta murid menyediakan laporan penyelesaian masalah
yang perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.

Selepas PdP  membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk PdP
seterusnya.

Semasa  menyemak laporan murid dan menyimpan hasil kerja murid.

PdPSemasa

SePpadnPjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Projek ini sesuai juga sebagai aktiviti dalam
persatuan. Aliran kerja dalam Carta 2 dapat menerangkan dengan ringkas proses PdP
yang berlaku dalam aktiviti ini.

35

Ujian Pra Pemberian Aktiviti 1
sebelum PdP borang-borang Pembentukan Kumpulan
yang berkaitan

Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4
Sesi perbincangan Cadangan Pembahagian
( Kenalpasti isu / masalah ) Penyelesaian Masalah
Tugasan

Aktiviti 5 Aktiviti 6
Pembentangan & Simulasi Hasil Dapatan
Perbincangan Hasil Dapatan

Aktiviti 7 Aktiviti 8 Aktiviti 9
Perbentangan & Penilaian Penulisan
Perbincangan akhir Pelaporan

Carta 2: Aliran Kerja Aktiviti “Taman Flora”

36

Rancangan PdP: Taman Flora

Tingkatan: Tingkatan 4
Tajuk:
Kemahiran : Pembezaan
Hasil Murid :
Tempoh (waktu): Mereka bentuk tangki air yang menepati syarat tertentu

Ringkasan Aktiviti: Tangki air berkeberkesanan kos

6 waktu

Senario:

1. Kelab yang anda sertai bercadang menyertai
pertandingan Flora 2017 yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Tapak Flora yang disediakan
oleh pihak penganjur ialah seluas 25 m2. Bagi
menyertai pertandingan tersebut anda perlu
i. membina pelan dan reka bentuk tapak
Flora tersebut.

ii. mencadangkan bentuk-bentuk tapak Flora
yang boleh dibina dengan kos minimun
untuk memagari tapak Flora tersebut. Kos
membina pagar ialah RM12 per meter.

2. Anda diminta untuk membina pasu hiasan
berbentuk silinder dan kon menggunakan
sehelai kertas A4 berbentuk segi empat tepat.

Bentukkan 2 silinder dengan saiz yang
berlainan serta kira isipadu yang terhasil.
Adakah terdapat perbezaan isipadu antara
kedua-dua objek?
Bincangkan dalam kumpulan anda.

Seterusnya dengan kertas A4 yang bersaiz
sama bentukkan kon dengan isipadu yang
maksimum.

3. Sebagai pengurus kepada taman tersebut
anda perlu membuat keputusan sama ada
memilih tangki air berbentuk:

37

i. silinder
ii. kuboid – panjang kuboid ialah dua kali
lebarnya.

Tangki yang dihasilkan perlu mampu
menampung air sebanyak 10 m3. Bina model
bagi mewakili kedua-dua bentuk tersebut.
Seterusnya kira bentuk yang mempunyai kos
pembinaan tangki yang paling murah. (Harga
kos dikira berdasarkan keluasan bahan yang
digunakan iaitu 1 m2 = RM1000).

4. Buat kesimpulan tentang konsep nilai
maksimun dan minimum.

Apa pengetahuan, kemahiran dan Pengetahuan, kemahiran dan nilai
nilai yang murid perolehi setelah
melalui aktiviti ini?  Murid mengetahui rumus untuk mencari luas
dan perimeter.

 Membanding dan membeza serta logik
matematik.

 Wujud kerjasama dan sumbang saran dalam
kalangan murid.

 Menyelesaikan masalah matematik yang
melibatkan nilai minimum dan maksimum.

Apa pengalaman baharu murid Pengalaman baharu murid
setelah melalui aktiviti ini?
 Mengaitkan tajuk pembezaan dan tajuk yang
berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar.

 Membentuk pasu bunga dan tangki air yang
menepati syarat tertentu.

 Mampu mereka bentuk tangki air yang
berkeberkesanan kos.

38


Click to View FlipBook Version