The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN IKBN BANDAR PENAWAR, 2025-03-05 18:41:29

Amalan 24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Amalan 24 Jam Bersama Rasulullah SAW

1


MUKADIMAH A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Bersempena dengan kedatangan bulan Rabi’ al-Awwal ini yang merupakan bulan kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, siri e-Bahth Ilmi pada kali ini akan memfokuskan perbahasan berkaitan amalan-amalan seharian oleh Rasulullah SAW. Maka kami tajukkan penulisan ini dengan “24 Jam Bersama Rasulullah SAW.” Saya meminjam kata-kata Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi, katanya: � Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok 2


3 dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW. � Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda. � Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW teladan dan contoh bagi anda. � Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda. � Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang. � Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya. � Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha. (Lihat Ma’rifah Rasulullah SAW, hlm. 52-53) Adalah Rasulullah SAW suluhan akhlaknya berdasarkan kepada al-Quran al-Karim. Ia sebagai qanun al-akhlaq yang wajib kita ikuti. Benarlah dalam hadith sahih, seperti riwayat Aisyah R.Anha menyebut:


ْ�آ َن ُْقر َك َ ان ُ خُلُقُه ال Maksudnya: “Adalah akhlak Nabi SAW itu Al-Quran.” Riwayat Ahmad (25813). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya sahih mengikut syarat al-Syaikhain. (Lihat takhrij al-Musnad, no. 25302) Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan kita di sepanjang hayat. Amin. 4


5 RASULULLAH SAW SEBAGAI QUDWAH DAN USWAH S ebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yang terbaik sepertimana yang telah dijelaskan di dalam alQuran dan juga hadith Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT: َن ِم ّ ٞ ل ة َ َ ن َس ح ٌ ة َ ۡو س ُ ِ أ َّ ُ ِول ٱهَّلل َس ۡ ِ يِف ر م ُ َك َ ل َ ن ۡ اَك د َ ق َّ ل ا ٗ ِري ث َ ََّ ك َ ٱهَّلل ر َ ك َ َذ َ و َ ِ ٱٓأۡلخر م ۡ َو ۡ َٱيۡل ََّ و ْ ٱهَّلل ُوا ۡج ر َ َ ي َ ن اَك Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)


6 Menurut al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini merupakan asas yang penting dalam berpegang dengan Rasulullah SAW pada ucapan, perbuatan dan hal keadaan Baginda SAW. (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 6/391) Oleh sebab itu, Baginda SAW menyeru umatnya agar berpegang dengan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda SAW. Di samping itu juga, Allah SWT mengiktiraf Rasulullah SAW di dalam kitab-Nya yang mulia bahawa Baginda SAW mempunyai akhlak yang terpuji. Allah SWT turut berfirman: ِظ ٖيم َ ٍ ع ق ُ ل ُ ٰ خ َ َىَل ع َ َ ل َّك ِإَون Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kamu (Rasulullah SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam: 4) Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya, berkata: “Sebagaimana Allah SWT menjadikan Rasul-Nya SAW berada di atas akhlak yang agung, Dia juga menjadikan syariat-Nya bagi membawa manusia untuk berakhlak dengan akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan.


Oleh yang demikian, bertambah jelaslah makna tamakkun yang ditunjukkan oleh huruf isti‘la’ sepertimana yang disebut dalam َ َل ٰى ُ خُل ٍق َ ع ِظ ٍ يم” ,Nya-firman َّ َك َ لع إِن � َ iaitu” و Baginda benar-benar mampu untuk berakhlak dengan akhlak yang agung dalam dirinya sendiri, dan juga mampu untuk berakhlak dengan akhlak yang agung dalam menyampaikan dakwah agamanya.” (Lihat alTahrir wa al-Tanwir, 29/64). Selain itu, terdapat banyak hadith yang menyeru agar kita sentiasa berpegang dengan sunnah atau petunjuk daripada Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Antaranya sepertimana dalam riwayat daripada ‘Irbadh bin Sariyah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ضوا ُّ ْ َن َ ع ي ِّ ِي ْ َم ْهد ْ َن ال ِي َّا ِشد ِ الر ْ ُخَلَفاء ِ ال َّة َ ُسن ِي و ت َّ ِ ُسن ْ ُك ْم ب َ َلي َفع ن ُ ك َّل ْ ِر َ ، فإِ َّ ُو م ُ أ ُ ْح َدَث ِ ات ْاأل َ م َّ ُ اك ْم و إِي � َ ِ، و َا ِجذ و َّ ِالن ْ َها ب َعَلي ٍ َ ضالََلٌة ِ ْد َعة ب Maksudnya: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang 7


8 mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jangan kamu mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua perkara bid’ah itu adalah sesat.” Riwayat Abu Dawud (4607), al-Tirmizi (2676), Ibn Majah (42), dan Ahmad (17144). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih Antara istifadah daripada hadith ini adalah wajibnya mengikut sunnah Nabi SAW. Inilah jalan penyelamat iaitu dengan kembali kepada sunnah Nabi SAW dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin. Baginda SAW menamakan mereka sebagai Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang memberi maksud ‘pengganti-pengganti yang pintar dan mendapat petunjuk’ adalah kerana mereka merupakan bintang ummah yang dididik secara langsung oleh Baginda SAW, serta mereka banyak menghayati keperibadian Rasulullah SAW. Mereka mengetahui akan kebenaran dan berhukum dengannya. Begitu juga Allah hidayahkan mereka dengan kebenaran. Dalam hadith di atas juga, perintah berpegang dengan sunnah Nabi dan khulafa’ al-Rasyidin dibahasakan dengan gigi taring atau geraham bagi menunjukkan kesungguhan


9 berpegang dengan petunjuk di atas. (Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40, hlm. 266) Selain itu, Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ي ِّ ِن ْ َس م ِ َي فَلي ت َّ سن ِ َب َ ع ْن ُ َغ َف َم ْن ر Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripada kalanganku (umatku).” Riwayat al-Bukhari (5063) Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: ْغب ُ َة َ ع ِن َّ َ الر ْ َض و َْفر ِ ُل ال َُقاب ِي ت ت َّ لطِر َيق ُة َاَل ال َّ ِ ا َّة السن ُّ ِ َا ُد ب ْ ُمر ال ِي َ َك َ طِر َيقت َ ْن َ تر َا ُد م ْ ُمر َ ال ِ و ْ ِره إَِل َى غي َا ُض َ عْنُه � ِ ْاإْلإِ ْعر ْ ء ا َّ لشي ي ِّ ِن ْ َس م ْ ِر َي فَلي ِ َ غي ِ َطِر َيقة َ َخَذ ب أ � َ و Maksudnya: “Maksud sunnah di sini adalah jalan hidup Baginda SAW, bukan ‘sunnah’ yang bertentangan dengan ‘fardhu’. Lafaz raghiba (بِ َ َغ ر (pada hadith ini ertinya


10 berpaling daripada sesuatu menuju yang lain. Maksudnya, sesiapa yang meninggalkan jalanku dan mengambil jalan selainku, maka dia bukan daripadaku.” (Lihat Fath al-Bari, 9/105) Manakala dalam riwayat lain, daripada ‘Amr bin ‘Auf alMuzani R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: َن ِ ن َ لُه م ِ َ ي، فإِ َّ َ ْعد َ ْت ب ِيت ُم أ ِ َي ق ْد � ت َّ سن ِ ْن ُ ّ ً َة م ا سن ُ َ َ ْحي أ َ ْن � َُّه م إِن � ِ ْم ُج ِوره ُ أ ِ ْن � َنُق َص م ْن ي ْ َ أ ْ ِر � ِ ْن َ غي َِها م َ ْن َ ع ِم َل ب ِ ْث َل م ْجِر م َ أ األ ًْئا شَ ي Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan sunnahku yang telah mati selepas kewafatanku, maka baginya ganjaran (pahala) sepertimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi ganjaran mereka (yang mengamalkannya) sedikit pun.” Riwayat al-Tirmizi (2677). Imam alTirmizi menilai hadith ini sebagai hasan. Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa maksud menghidupkan di sini adalah dengan menzahirkan sunnah


tersebut dan menyebarkannya dengan kata-kata atau perbuatan. Atau dia menghidupkannya kembali sunnah Baginda yang telah ditinggalkan selepas kewafatan Baginda dengan cara mengerjakan atau mendorong orang lain untuk mengetahuinya, maka baginya ganjaran sepertimana orang yang mengamalkannya.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/443) Justeru, daripada kenyataan di atas, difahami bahawa sunnah merupakan satu jalan yang ditempuh atau dilalui dengan berpandukan kepada Baginda SAW dan juga para khalifah Baginda SAW kerana mereka sama sekali tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyelisihi sunnah atau petunjuk Baginda SAW. 11


12 DEFINISI SUNNAH DAN KEPENTINGAN BERPEGANG DENGANNYA S unnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan sama ada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun dari sudut istilah pula terbahagi kepada dua antara definisi ahli hadith dan juga ahli usul: � Di sisi ahli Hadith: “Sunnah adalah setiap yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah (akhlak), sifat khalqiyyah (penciptaan) dan kehidupan baginda SAW sama ada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi rasul.” (Lihat Qawa’id al-Tahdith, 61) � Di sisi ahli Usul: “Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-


Quran melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW.” Kesimpulannya, ahli hadith dan ahli usul bersepakat mengatakan bahawa sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun persetujuan daripada Nabi SAW. Kepentingan Berpegang dengan Sunnah Sesungguhnya kepentingan berpegang dengan Sunnah adalah sangat jelas. Kami nukilkan di sini beberapa ucapan tokoh ulama’ berhubung isu ini. Antaranya: Pertama: Imam Ahmad berkata: َ َق ْد اَّل و إَِّ َّ َم � َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِّ َ صل َِّبي ِ ًيث َ ا ع ِن الن ْ ُت َ حد َ َ ا كتَب م ِ ِه َع ِمْل ُت ب Maksudnya: “Tidak aku menulis (meriwayatkan) satu hadith (sunnah) pun daripada Nabi SAW melainkan aku telah mengamalkannya.” (Lihat al-Jami’ li Akhlak alRawi, 1/144) 13


14 Kedua: Nafi’ berkata: َ َثر َ أ َ َع � َب ّ إَِذا ات َ َال َى عْنُه � لُه َ تع َ ال� َ ِضي َ ر ْ ِن ُ ع َمر إَِلى اب ْ َت � ْ َ ن َظر َلو ْ ٌن ُو َ ْجن َّ َم َ لُقْل َت َ ه َذا م َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِّ َ صل َِّبي الن Maksudnya: “Sekiranya kamu melihat cara Ibn ‘Umar RA berpegang dengan sunnah Nabi SAW, nescaya kamu akan berkata: Dia seorang yang gila.” (Lihat Hilyah al-Awliya’, 1/310) Ketiga: Al-Zuhri berkata: ِ َّة السن ُّ ِ ِ َص َام ب ِ ْعت ن ااِل إِ َّ ْ َن � ُو ْل َُقو َا ي ن ِ ِ ْن ُ عَل َمائ َ َضى م َ ْن م َك َ ان م َن َج ٌاة Maksudnya: “Adapun para ulama kita yang terdahulu berkata: Sesungguhnya berpegang (beramal) dengan sunnah merupakan satu jalan yang selamat.” (Lihat Hilyah al-Awliya’, 3/369)


SIRAH RINGKAS RASULULLAH SAW S ebelum kami membicarakan berkaitan beberapa sunnah-sunnah harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, ada baiknya sekiranya kita mengenali latar belakang junjungan yang mulia ini secara ringkas. Kami menukilkan sebahagian biografi ringkas ini daripada karya Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi yang bertajuk “Mukhtasar Sirah Nabi SAW.” Nama dan Kuniyah Rasulullah SAW Abu al-Qasim (Kuniyah) Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan. 15


16 Tarikh Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah SAW Berkenaan hal ini, tahun kelahiran yang disepakati adalah Tahun Gajah dan bulan yang disepakati adalah bulan Rabiul Awal. Namun, ahli sejarah telah berselisih pendapat berkenaan tarikh kelahiran Rasulullah SAW kepada beberapa pendapat. Antaranya: D 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M. Inilah pendapat Ibn Ishak, al-Zahabi dan al-Tabari. D 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M yang juga tahun pertama serangan tentera bergajah. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan Ahli Falak terkenal, Mahmud Basha. Begitu juga yang dinyatakan dalam Nur al-Yaqin. D 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi. D 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat dalam Sifat al-Safwah. Ini juga pendapat Ibn Abdi al-Bar, Imam al-Nawawi dan al-Baihaqi. Adapun Baginda SAW wafat ketika berusia 63 tahun pada waktu Dhuha hari Isnin 12 Rabiul Awal.


17 Ibu Rasulullah SAW Aminah binti Wahb bin ‘Abd al-Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib. Ibu Susuan Rasulullah SAW Suwaybah yang merupakan hamba perempuan Abu Lahab dan Halimah binti Abi Zuaib al-Sa’diyyah. Isteri-Isteri Rasulullah SAW Baginda SAW mempunyai 11 orang isteri, iaitu: D Khadijah binti Khuwailid D Saudah binti Zam’ah D ‘Aisyah bin Abu Bakr D Hafsah binti ‘Umar D Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan D Ummu Salamah Hind binti Abu Umayyah D Zainab binti Jahsy


18 D Zainah binti Khuzaimah D Juwairiyyah binti al-Harith D Safiyyah binti Huyay D Maimunah binti al-Harith Anak-Anak Rasulullah SAW Baginda SAW dikurniakan tujuh orang anak, iaitu tiga lelaki dan empat perempuan: v Al-Qasim v ‘Abdullah v Ibrahim (anak daripada Mariah al-Qibtiyyah yang merupakan seorang hamba yang dihadiahkan oleh pembesar Mesir iaitu al-Muqawqas kepada Rasulullah SAW) v Zainab v Ruqayyah v Fatimah v Ummu Kalthum


19 SUNNAH-SUNNAH HARIAN RASULULLAH SAW S etelah kita mengenali secara ringkas biografi junjungan yang kita cintai, maka marilah bersamasama kita mempelajari sebahagian sunnahsunnah harian Rasulullah SAW: Sunnah Ketika Bangun daripada Tidur Membaca doa bangun daripada tidur Daripada Huzaifah R.A, katanya: “Apabila Baginda SAW bangun daripada tidur, Baginda akan membaca: ُ ُّ ُشور ِ الن ْه إَِلي � َ َا و َاتَن َم أ َا � َ ْع َد م َ َانا ب َ ْحي أ ِي � ذ َّ ِ ال ِله لح ْم ُد ل ا َ


Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali selepas mematikan kami dan kepada-Nya tempat kembali.” Riwayat al-Bukhari (6312) Apabila Rasulullah SAW terjaga pada pertengahan malam atau sebelum pertengahan malam, atau selepasnya, maka Rasulullah SAW membaca doa: ُ َك ل َ ْسأ َ أ � َ ِ َذْنِبي و ُ َك ل ِر َ ْغف ْست َ أ م � َّ َُّه ْ َح َان َك الل سب ْن َت ُ َ أ � َّ إِال إَِلَه � � َ ال ِي َن إِ ْذ َ ه َديْت َ ْع َد � ُِز ْغ َ قْلِبي ب َ ت َال ِ ْل ًما و ِي ع م ِ زْدن َّ َُّه َ َك الل َ ْح َمت ر ه ُ اب . َّ َ ْو ْن َت ال َ أ َّ َك � إِن َ ْح َمًة � ِ ْن َ ل ُدْن َك ر ِي م َ َه ْب ل و Maksudnya: “Tidak ada tuhan kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, ya Allah. Aku memohon maghfirah-Mu kerana dosaku. Aku memohon rahmat-Mu. Ya Allah, tambahlah ilmu pengetahuan kepadaku. Jangan engkau sesatkan hatiku setelah Engkau berikan hidayah kepadaku. Berilah rahmat kepadaku dari sisimu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi.” Riwayat Abu Dawud (5061) 20


21 Menyapu muka dan membaca 10 ayat Ali-‘Imran Daripada Ibn ‘Abbas R.anhuma, katanya: َ ْم َس ُح َّ َم َ، ف َجَل َس ي َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َ صل ه ل َ ُس ُول ال� ْ َق َظ ر َي ا ْست ِ ْن َم م ِ َات َ ِ ات ا َ لخو آي َ اآل َ ْشر َ الع أ �َ م َ قر َّ ُ ِ، ث ِه َد ِي ِ ب َ ْجِهه ْ َم َ ع ْن و و َّ الن َا َن ِ ْمر ِ �آ ِل ع َة ُسور Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW bangun daripada tidur, Baginda akan duduk sambil menyapu muka (bagi menghilangkan kesan-kesan tidur di muka) Baginda dengan tangan Baginda. Kemudian, Baginda akan membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah Ali ‘Imran.” Riwayat al-Bukhari (183) Membasuh tangan Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ْن َ أ ْ َل � َ َدُه َ قب َ ْغ ِس ْل ي ِ َ فْلي ِه ْ م ِ ْن َ نو َح ُد ُك ْم م َ أ ْ َق َظ � َي إَِذا ا ْست � َ و َ ُدُه َ َات ْت ي ْ َن ب ي َ أ َ ْد ِري � َ ي َح َد ُك ْم ال َ أ ن � ِ َ، فإِ َّ ِه َ ُضوئ ِي و ُ ْد ِخَلَها ف ي


22 Maksudnya: “Apabila seseorang itu bangun daripada tidur, basuhlah tangannya terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam bejana (bekas air) ketika dia berwudhuk. Ini kerana, seseorang itu tidak mengetahui di mana tangannya berada (ketika dia sedang tidur).” Riwayat al-Bukhari (162) Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, Imam Syafi’i dan jumhur ulama’ berpedoman dengan keumuman lafaz “ِ ِه ْ م ِ ْن َ نو ,“م yakni digalakkkan perbuatan tersebut setiap kali seseorang bangun tidur. (Lihat Fath al-Bari, 1/263) Bersiwak (memberus gigi) Daripada Huzaifah R.A, katanya: وص َ ُش ُ ْ ِل، ي ي َّ َن الل ِ إَِذا َ ق َام م َّ َم � َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبي َك َ ان الن َا ِك السو ِّ ِ َف ُاه ب Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila bangun pada pertengahan malam (daripada tidur), Baginda akan memberus mulutnya dengan siwak (memberus gigi).” Riwayat al-Bukhari (245)


23 Ulama’ telah menyenaraikan beberapa faedah bersiwak (memberus gigi). Antaranya dapat membersihkan mulut, memutihkan gigi, menghilangkan bau, mengukuhkan gusi, memberi kesegaran mulut, menajamkan penglihatan, kecergasan fikiran, membersihkan hati dan kemuliaan untuk mengucap syahadah ketika menghadapi kematian. Bersiwak termasuk dalam sunat fitrah dalam agama kerana membersihkan mulut membawa kepada keredhaan-Nya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 1/300). Sunnah Apabila ke Tandas Membaca doa masuk dan keluar dari tandas Daripada Anas bin Malik R.A: َ َ ق َ ال: إَِذا َ د َخ َل ا َ لخَاَلء م � َّ َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِبي َك َ ان الن ِ ِث َ ا َ لخبائ ُ ِث و َن ا ُ لخب ِ ِ َك م ْ ُذ ب ُعو َ أ � ْ ي ِّ إِن م � ا ُ لله َّ Maksudnya: “Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda berdoa: “ ثِ ِ َ ا َ لخبائ ُ ِث و َن ا ُ لخب ِ ِ َك م ْ ُذ ب ُعو َ أ � ْ ي ِّ إِن “ ا ُ لله َّم � (Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.)” Riwayat al-Bukhari (139)


24 Daripada Aisyah R.Anha, katanya: ،ِ ْ َخَاَلء َن ال ِ َ َج م إَِذا َ خر َّ َم � َ َسل ِ و ْه َُّه َ عَلي ى الل َّ ُّ َ صل َِّبي َك َ ان الن َاَن َك َق َ ال ُ : غْفر Maksudnya: “Apabila Nabi SAW keluar dari tandas, َاَن َك” :berdoa akan Baginda :Bermaksudُ ” (غْفر “Keampunan-Mu.”) Riwayat al-Tirmizi (7) Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Sunnah Sebelum Menunaikan Solat Subuh Sifat Solat Malam Nabi SAW Daripada Aisyah R.anha, beliau berkata: ِْل َك َ صالََتُه َ ًة َ ، ك َان ْت ت َ ْكع َ َة ر إِ ْح َد َى ع ْشر ي � ِّ ُ َصل َك َ ان ي َح ُد ُك ْم َ خ ْم ِس َ ين َ أ � ُ أ �َ َ ْقر َا ي َ م ِ َك َ ق ْدر ِ ْن َ ذل لس ْج َدَة م َ ْس ُج ُد ا َّ ي َسُه ْ أ �َ ْ َف َع ر َر ْن ي َ أ ْ َل � �آي ً َة َ ، قب


25 Maksudnya: “Adapun Nabi SAW menunaikan solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Baginda SAW adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya.” Riwayat al-Bukhari (1123) Daripada Abu Salamah R.A, beliau bertanya Aisyah R.anha: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah R.anha berkata: َ َض َ ان َم ِي ر َِز ُ يد ف َّ َم ي َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َ صل ه ل َ ُس ُول ال� َ َ ا ك َ ان ر م ً َ ا، فالَ َع ْب َر أ ي � ِّ ُ َصل َ ًة ي َ ْكع َ َة ر َر إِ ْح َد َى ع ْشر ِ َ عَلى � ْ ِره ِ َي غي َ ف َال و ً َ ا، فالَ َ ت َس ْل َع ْب َر أ ي � ِّ ُ َصل م ي َّ ُ ن، ث َّ ِ ِه َ ُطول ن و َّ ِ ِه َت َس ْل َ ع ْن ُ ح ْسن ِّ َي ثالًَثا ُ َصل م ي َّ ُ ن، ث َّ ِ ِه َ ُطول ن و َّ ِ ِه َع ْن ُ ح ْسن Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi sebelas rakaat sama ada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW menunaikan solat sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW menyambung lagi sebanyak empat rakaat


26 dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW menyambung lagi dengan tiga rakaat.” Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738) Berdoa Sebelum Memberi Salam Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ْن ِ م ِالله َّ ْذ ب َو َع َت آ ِخِر َ ، فْلي ِ ْاآْل هد ُّ َّ َش َن الت ِ َح ُد ُك ْم م َ أ َ َغ � إَِذا َ فر � ِ ْتْنَة ِ ِ ْن ف َ م ْ ِر، و َْقب ِ ْن َ ع َذا ِب ال َ م َّ َم، و ِ ْن َ ع َذا ِب َ جَهن َ ٍع: م ْب َر أ � ج ِ ال لد َّ ْ َم ِس ِ يح ا َّ ِّ ال ِ ْن شَ ر َ م ْ َم َم ِ ات، و َ ال َا و ْ َم ْحي ال Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada empat perkara: Daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian serta daripada kejahatan al-Masih al-Dajjal.” Riwayat Muslim (588)


27 Solat Witir Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ ْن َ ط ِم َع َ م َلُه و َّ َو أ � ْ ِر ُوت ْ ِل َ فْلي ي َّ ِ ْن �آ ِخِر الل َُق َوم م َ ي ْن ال َ أ َ ْن َ خ َ اف � م ْ ِل ي َّ ن َ صالََة �آ ِخِر الل ْ ِل َ فإِ َّ ي َّ َ الل ْ �آ ِخر ِر ُوت َ ُه َ فْلي َُق َوم �آ ِخر ْن ي َ أ � َْف َض ُل أ ِ َك � َ َذل َ ْشُه َودٌة و م Maksudnya: “Barang siapa yang bimbang tidak terbangun pada saat akhir malam, maka hendaklah dia menunaikan solat witir di awal malam (sebelum dia tidur). Barang siapa yang yakin bahawa dia akan bangun pada akhir malam, maka hendaklah dia menunaikan solat witir di akhir malam. Sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.” Riwayat Muslim (755) Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A agar melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah RA:


28 ِ َ ِ ام َ ثالَثَة َِثالَ ٍث ِ : صي َّ َم ب َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َي صل ِيل ِ َي خل ْو َصان َ أ � ْن َ أ ْ َل � َ َ قب ِر ُوت أ ْن � َ أ � َ َ ِي ا ُّ لض َحى، و َت َ ْكع َر ِ ْن ُ ك ِّل ْ شَ هٍر، و َّ ٍ ام م ي َ أ � َن َام َ أ � Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Nabi Muhammad SAW) berpesan kepadaku agar melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat sunat witir sebelum aku tidur.” Riwayat al-Bukhari (1981) Solat Sunat Sebelum Fajar Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ َيها َا ف َ م َا و لدْني َن ا ُّ ِ ٌ م ْر َْف ْجِر َ خي َا ال َت َ ْكع ر Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) al-Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.” Riwayat Muslim (725) Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim (6/5) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan


29 “lebih baik daripada dunia dan segala apa di dalamnya” bererti lebih baik daripada harta benda dunia. Solat sunat ini dikategorikan oleh ulama sebagai salah satu solat sunat rawatib yang mengiringi solat fardhu, iaitu solat fardhu Subuh. Waktu ditunaikannya adalah setelah masuk waktu subuh dan sebelum ditunaikan fardhu Subuh. Hadith di atas jelas dalam menggambarkan kelebihan mendirikan solat sunat sebelum subuh adalah amat besar dan menjadi tuntutan untuk kita sebagai umat Islam memelihara ibadah ini. Bahkan kata Ummu al-Mu’minin A’isyah R.A: “Aku tidak pernah melihat bahawa Rasulullah SAW lebih bersegera ke arah mengerjakan solat-solat sunat melainkan dua rakaat sebelum Subuh.” Doa Menuju ke Masjid Oleh kerana rumah Rasulullah SAW berhampiran dengan masjid, lazimnya Rasulullah SAW menuju ke masjid selepas diazankan solat Fajar. Kemudian, Nabi SAW keluar dengan berdoa: َ ْل َ ا ْجع ًا، و ُور ِي ن َسان ِ ِي ل َف ًا، و ُور ِ َي قْلِبي ن َ ْل ف م ا ْجع ا ُ لله َّ ِ ْن َ ْل م َ ا ْجع ًا، و ُور َ َصِري ن ِي ب َ ْل ف َ ا ْجع ًا، و ُور ِي ن ِ َي س ْمع ف


30 ًا، ُور ِي ن ْق ِ ْن َ فو َ ْل م َ ا ْجع ًا، و ُور ِي ن َام َم أ ِ ْن � َ م ًا، و ُور ِي ن َخْلف ًا ُور ِي ن ْع ِطن َ أ م � ًا، ا ُ لله َّ ُور ِي ن ِ ْن َ ت ْحت َ م و Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah cahaya di dalam hatiku, jadikanlah cahaya pada lidahku, jadikanlah cahaya pada pendengaranku, jadikanlah cahaya pada penglihatanku, jadikanlah cahaya dari belakangku dan cahaya dari hadapanku, jadikanlah cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku. Ya Allah kurniakanlah cahaya kepadaku.” Riwayat al-Bukhari (6316) dan Muslim (763) Sunnah Selepas Menunaikan Solat Subuh I’tikaf di dalam masjid sehingga terbit matahari Daripada Jabir bin Samurah R.A berkata: َ َ جَل َس َْف ْجر ى ال َّ إَِذا َ صل َّ َم َ ك َ ان � َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ َّ َ صل َِّبي ن الن َّ َ أ � ًا َّ َى ت ْطُل َع ا َّ لش ْم ُس َ ح َسن اَّلُه َ حت َّ ُ َص ِي م ف


31 Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila selesai menunaikan solat fajar, Baginda akan duduk (beri’tikaf) di tempat solat Baginda sehingga matahari terbit meninggi.” Riwayat Muslim (670) Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Dhuha merupakan di antara solat sunat yang sentiasa dilazimi oleh Baginda Rasulullah SAW. Antara hadith yang menunjukkan kepentingan perkara tersebut adalah: Daripada Abu Zar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ُك ْم َ ص َدَقٌة َ ، ف ُك ُّل َحد َ أ ِ ْن � َى م سَاَلم ِ ُح َ عَل ُ ى ك ِّل ُ ُ ْصب ي ٍ ِ َيلة َ ُك ُّل َ ت ْهل ٍ َ ص َدَقٌة، و َ ُك ُّل َ ت ْح ِم َ يدة ٍ َ ص َدَقٌة، و َت ْسِب َ يحة ُ ِ وف َ ص َدَقٌة، ْ َم ْعر ِال ٌ ب ْمر َ أ � َ ٍ َ ص َدَقٌة، و َة َ ُك ُّل َ ت ْكِبير َص َدَقٌة، و َ ِ ان َت َ ْكع ِ َك ر ِ ْن َ ذل ُ ْجِز ُئ م َ ي ْ ُمْن َكِر َ ص َدَقٌة، و ٌ َ ع ِن ال َ َن ْهي و َن ا ُّ لض َحى ِ ُ ُه َما م ْ َكع َر ي Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi setiap orang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka


32 setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Semua itu memadai (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” Riwayat Muslim (720) Daripada Nu’aim bin Hammar R.A, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT (di dalam hadith Qudsi): َّ ِل َ نَه ِارَك، َو أ ِي � َ ٍ ات ف َ َكع َ ِع ر ْب َر أ ِ ْن � ِي م ْ ن ُ ْع ِجز ْ َن �آَدَم، َاَل ت َا اب ي َ ُه ِ َك �آ ِخر َ ْكف أ � Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku empat rakaat pada awal siangmu (solat sunat dhuha). Nescaya Aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.” Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289) Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh


33 Syu’aib al-Arna’ut menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai). Sunnah Solat Rawatib (Muakkad) Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan bilangan sebenar solat sunat Rawatib yang muakkad ini kepada dua pandangan iaitu: Pendapat Pertama: Sepuluh rakaat. Daripada Ibn ‘Umar R.anhuma berkata: َ ٍ ات َ َكع َ ر َّ َم َ ع ْشر َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِّ َ صل َِّبي َن الن ِ ِ ْظ ُت م َحف َ ْع َد ْ ِن ب َي َت َ ْكع َر َ ْع َد َها، و ْ ِن ب َي َت َ ْكع َر لظْهِر، و ُّ ْ َل ا ْ ِن َ قب َي َت َ ْكع ر ،ِ ِه ْت َي ِي ب ِ ف ِ َشاء َ ْع َد الع ْ ِن ب َي َت َ ْكع َر ِ، و ِه ْت َي ِي ب لم ْغِر ِب ف ا َ ْ ِح ِ ا ُّ لصب ْ َل َ صالَة ْ ِن َ قب َي َت َ ْكع َر و Maksudnya: “Aku memelihara daripada apa yang Nabi SAW sampaikan iaitu sepuluh rakaat: dua rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya (zohor), dua rakaat selepas


34 Maghrib, dua rakaat selepas Isyak di rumah Baginda dan dua rakaat sebelum subuh.” Riwayat al-Bukhari (1180) Pendapat Kedua: Dua belas rakaat. Daripada Ummu Habibah R.anha berkata, Nabi SAW pernah bersabda: ْ ٌت َي َ َ لُه ب ِي ُن َ ًة ب َ ْكع َ َة ر ْ َ ع ْشر َي ْنْت ِ ٍ ث َْلة َلي َ ْ ٍم و َو ِي ي ى ف َّ َ ْن َ صل م ْ ِن َي َت َ ْكع َر َ ْع َد َها، و ْ ِن ب َي َت َ ْكع َر لظْهِر، و ُّ ْ َل ا ً َ ا قب َع ْب َر أ � :ِ َّة لجن ِي ا َ ف ِ ْ َل َ صَاَلة ْ ِن َ قب َي َت َ ْكع َر ِ، و ِ َشاء َ ْع َد الع ْ ِن ب َي َت َ ْكع َر لم ْغِر ِب، و َ ْع َد ا َ ب ِ ْ َغ َداة ِ ال َْف ْجِر َ صَاَلة ال Maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat pada setiap hari sebanyak 12 rakaat, maka akan dibina baginya sebuah rumah di dalam syurga iaitu: empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya (zohor), dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum fajar (subuh) iaitu solat al-Ghadah (solat fajar).” Riwayat al-Tirmizi (415) Imam alTirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih.


35 Menggunakan sutrah apabila mendirikan solat Daripada Sahl bin Abi Hathmah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ْ َط ُ ان َ ْق َطِع ا َّ لشي َاَل ي ْنَها ِ َ ْد ُن م ٍ َ فْلي َة إَِل ُى سْتر َح ُد ُك ْم � َ أ ى � َّ إَِذا َ صل � ِ َ صَاَلَتُه ْه َعَلي Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu solat dengan menghadap ke arah sutrah, maka hendaklah dia mendekatinya serta janganlah sampai syaitan membatalkan solatnya.” Riwayat Abu Daud (695) Imam Ibn Hibban menilai hadith ini sebagai sahih. Sutrah ialah penghadang sebagai tanda pemisah di antara orang yang sedang solat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya seperti dinding, tiang, tongkat dan sebagainya. Oleh itu, menjadi sunnah bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat (secara bersendirian) untuk menggunakan sutrah. Adapun, ketika solat secara berjemaah sutrah bagi makmum adalah imam (sutrah imam).


Sunnah Pada Waktu Pagi Rasulullah SAW tidak lupa membaca doa. Antaranya, hadith daripada Ummi Salamah, katanya: Bahawa Nabi SAW apabila Baginda solat Subuh, ketika memberi salam, Baginda membaca: ًاًل َّ ََقب ُت َ َع َمًاًل م ًا، و ب ِّ َ ِرْزًق َ ا طي ًا، و ِع ِ ْل ًم َ ا ناف ُ َك ع ل َ ْسأ َ أ ِّي � إِن م � َّ َُّه الل Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” Riwayat al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930), Ibn Majah (925) dan Ahmad (26700). Hadith ini dinyatakan sebagai hasan dengan syawahidnya, dalam takhrij Zad al-Ma’ad (2/342) oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’ut. Daripada Abd al-Rahman bin Abza, beliau berkata: Bahawasanya Nabi SAW membaca ketika pagi dan petang: 36


37 َ َعَلى ِ ْاإْلإِ ْخَاَل ِص و َمة ِ َ َعَل َى كل ِ ْاإْلإِ ْسَاَلِم و َة ِ ْطر َ َ ا عَلى ف َ ْحن َ ْصب أ � َا ِين ب َ أ � ِ ة َّ ِل َ َعَلى م َّ َم و َ َسل ِ و ْه َُّه َ عَلي ى الل َّ ٍ َ صل َّمد ُ َح َا م ن ِّ ِ ِ ين َ نِبي د ْ ُم ْشِرِك َ ين ِ ْن ال َ َ ا ك َ ان م َ م ِ ًيفا و ِ َ يم َ حن َاه ْر إِب � Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah syahadah), dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dari kalangan orang-orang musyrik.” Riwayat Ahmad (15360), (15363); al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9831) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (293). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan bahawa sanad hadith ini sahih sesuai dengan syarat al-Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW biasanya solat Subuh berjemaah apabila selesai, duduk zikir kepada Allah sehingga terbitnya matahari. Sunnah Pada Waktu Petang Rasulullah SAW solat Asar secara berjemaah. Kemudian, Rasulullah SAW menziarahi semua isteri dengan memberi


38 salam dan menyelesaikan masalah mereka. Kadangkadang, semua isteri-isterinya berhimpun di sisinya di rumah salah seorang daripada mereka dan Rasulullah SAW menyampaikan apa yang dihasratkannya atau sebaliknya. Rasulullah SAW juga cuba menyelesaikan masalah sahabat dan umatnya. Hal ini berdasarkan kepada perintah Baginda SAW: َ ْن َُّه م َُه َ، فإِن ِ َي ح َ اجت َْاَلغ إِب َ ِط ُ يع � َ ْست َ ْن َاَل ي ِ َي ح َ اجَة م ِ ُغون ْل ب َ أ � َ و لُه َّ َت ال� َّ ُاه- ثَب إِي َْاَل َغَها � إِب َ ِط ُ يع � َ ْست َ ْن َاَل ي سْل َط ًان َ ا ح َ اجَة م َْل َغ ُ ب َ أ � ِ َة َام ِي ْق ْ َم ال َو ِ ي ْه َي َق َدم Maksudnya: “Sampaikan kepadaku hajat siapa yang tidak mampu menyampaikan kepadaku hajatnya, kerana sesungguhnya sesiapa yang menyampaikan kepada pemimpin sebarang hajat yang tidak mampu disampaikannya sebagai pertolongan, nescaya Allah akan thabitkan dan tetapkan kedua kakinya pada hari Kiamat.” Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah (1/286), Ibn Hibban dalam al-Thiqat (2/145) dan alTabarani (22/155)


39 Dalam riwayat lain, dengan dengan lafaz: َ ِر أكب َ ِع األ َ َوم ا َلفز لُه ي َه ال� من أَّ � Maksudnya: “Nescaya Allah mengamankannya pada hari ketakutan yang amat besar.” Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (8/200), al-Qadha’i dalam Musnad al-Syihab (537) dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (10/263) Rasulullah SAW juga duduk bersama sahabat-sahabatnya dengan penuh kemuliaan, ihsan yang sempurna, tawaduk yang indah, mengajarkan mereka serta menunjuk ke arah kebaikan, menunaikan hajat mereka, sama-sama berkorban untuk mereka, menziarahi orang sakit di kalangan mereka, memerintah kemaslahatan ummah, berbicara dan berkhutbah, memberi peringatan dan berita gembira, membahagikan harta benda, menerima tetamu dan utusan, membaca ayat-ayat al-Quran al-Karim serta tidak pernah dihalang oleh mana-mana penjaga dan beliau sekali-kali tidak akan bertemu seseorang dengan cara kemarahan dan kebencian.


40 Sunnah dalam Muamalah dengan Manusia Memberi Salam Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: وا، ُّ َّ َى ت َحاب ُوا َ حت ِن ُْؤم َاَل ت َ ُوا، و ِن ُْؤم ى ت َّ ّ َ َة َ حت ْ َجن َاَل َ ت ْد ُخُل َون ال َْف ُشوا أ ُ ْم؟ � ُ ُم ُوه َ ت َحابَبْت َ ْلت إَِذا َ فع � ٍ ْ ء ُّ ُك ْم َ عَلى شَ ي ُدل َ أ َاَل � َ َو أ � َ ُك ْم ْن َي لسَاَلَم ب ا َّ Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kamu melakukannya, nescaya kamu akan saling menyayangi di antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sesama kamu.” Riwayat Muslim (93) Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:


41 ِ ُ يل َ ا َلقل ِ، و ِد ُّ َ عَلى ا َلقاع لمار َ ا َ ُ َ عَلى ا َ لكِب ِير، و ِير ِّ ُم ا َّ لصغ ُ َسل ي ِ ِير َعَلى ا َ لكث Maksudnya: “Yang muda (hendaklah) memberi salam kepada yang tua, orang yang sedang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk, dan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai.” Riwayat al-Bukhari (6231) Memberi Salam kepada Kanak-Kanak Daripada Anas bin Malik R.A, apabila beliau melewati kanakkanak, maka beliau akan memberikan salam kepada mereka. Anas bin Malik R.A berkata: َ ُلُه َ ْفع َّ َم ي َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبي َك َ ان الن Maksudnya: “Adapun Nabi SAW melakukan hal seperti itu (memberikan salam kepada kanak-kanak.” Riwayat al-Bukhari (6247) Daripada Anas bin Malik R.A berkata, aku pernah berjalan bersama Nabi SAW:


42 ْ ِه ْم َّ َم َ عَلي ِ ْل َم ٍ ان َ ف َسل َّ َ عَلى غ َر م Maksudnya: “Apabila Baginda SAW melewati kanakkanak maka Baginda SAW akan memberikan salam kepada mereka.” Riwayat Muslim (2168) Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan Imam Ibn Battal berkaitan tuntutan memberi salam kepada kanak-kanak adalah bagi mendidik mereka akan adab-adab agama dan padanya (perbuatan memberi salam kepada kanak-kanak) juga bagi tujuan membuang pakaian (sifat) takabbur (sombong) yang ada pada diri orang dewasa agar bersifat tawadhu’ serta mesra (dengan manusia). (Lihat Fath al-Bari, 11/33) Senyum Daripada Abu Zar R.A berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: َ ِخ َ يك َ ل َك َ ص َدَقٌة أ � ِ َ ْجه ِي و َ ُّس ُم َك ف تَب


43 Maksudnya: “Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah sedekah bagimu.” Riwayat al-Tirmizi (1956) Imam alTirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib dan Imam Ibn Hibban menilainya sebagai sahih. Bercakap perkara yang bermanfaat Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: َ ْص ُم ْت ي ِ ْو ل َ أ ًا � ْر َ ُق ْل َ خي آ ِخِر َ فْلي ْ ِم اآل َو َ الي ِ و ِالله ِ ُن ب ُْؤم َ ْن َ ك َ ان ي َ م و Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik (bermanfaat) atau dia diam (sekiranya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan).” Riwayat al-Bukhari (6018) Daripada hadith ini, dapat diambil istifadah bahawa setiap Muslim hendaklah berhati-hati dalam percakapan, dan bercakap hanya dalam perkara yang bermanfaat, serta hendaklah menahan diri dalam apa juga keadaan daripada bercakap perkara yang haram.


44 Perkataan yang tidak bermatlamat kadang-kala boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan dan tertegah daripada memasuki syurga. Oleh itu, setiap Muslim yang hendak berbicara hendaklah berfikir terlebih dahulu supaya apa yang dibicarakannya itu baik dan berhak untuk memperolehi pahala. Sekiranya ucapannya itu membawa kepada keburukan dan tersebarnya kebatilan, maka hendaklah dia menahan daripada berbicara. (Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40, hlm. 148-152) Memberi Makan (bersedekah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr R.A berkata: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam apakah yang terbaik? Nabi SAW bersabda: َ ْن َ َعَلى م َ ْف َت و َ ْن َ عر لسالََم َ عَلى م ُ ا َّ أ �َ َ َتْقر َ َام، و لطع َّ ِ ُم ا ُ ْطع ت َل ْم َ ت ْعِر ْف Maksudnya: “Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal.” Riwayat al-Bukhari (6236)


45 Sunnah bersalaman Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ْ َل َ َ لُه َم َ ا قب ِر اَّل ُ غف إَِّ َ َص َاف َح ِ ان، � َت َ ِ ان َ، في ِي َق ْلت َ ْ ِن ي َمي ِ ُ ْسل ِ ْن م َا م م ََّقا ََفر ْن يَت َ أ � Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang Islam itu apabila bertemu, lalu bersalaman, melainkan akan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum mereka berpisah.” Riwayat Ahmad (18547). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menilai hadith ini sebagai sahih li ghairih. Daripada Qatadah R.A, beliau berkata kepada Anas bin Malik RA: ِ ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِّ َ صل َِّبي َ ْص َح ِ اب الن أ ِي � لم َص َاف َحُة ف َ َك َان ِت ا ُ أ � َ ْم َّ َم َ ؟ ق َ ال َ : نع َ َسل و Maksudnya: “Adakah terdapat perbuatan bersalaman dalam kalangan sahabat Nabi SAW?” Jawab Anas: “Ya.” Riwayat al-Bukhari (6263)


46 Imam Ibn Battal menyatakan bersalaman merupakan satu kebaikan menurut kebanyakan ulama dan Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa bersalaman merupakan sunnah yang disepakati ketika bertemu. (Lihat Fath al-Bari, 55/11) Sunnah saling memberi hadiah Hadiah berasal daripada perkataan bahasa Arab, yang bermaksud pemberian seseorang yang sah memberi ketika dia masih hidup, secara tunai tanpa ada sebarang syarat dan mengharapkan balasan. (Lihat Aqrab al-Masalik, 5/342) Daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW: وا ُّ َتَه ُادوا َ ت َحاب Maksudnya: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah. Nescaya, kamu akan saling mengasihi dan mencintai.” Riwayat al-Baihaqi (6/169), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (7240), dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (594). Hadith ini isnadnya dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Talkhis al-Habir (3/1047)


47 Abu Hurairah R.A turut meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: ِس َن ْ ِر ْ ف َلو َ َها و ِ َ ت ِ َجار َ ٌة ل ن َ جار َّ َ ِر َ َ ت ْحق َم ِ ات ال ِ ْ ُم ْسل َ ال َساء ِ َا ن ي ٍ شَ اة Maksudnya: “Wahai wanita-wanita beriman, janganlah seseorang jiran tetangga meremehkan untuk (memberikan) kepada jiran tetangganya walaupun (berupa) kuku kambing.” Riwayat al-Bukhari (2566) dan Muslim (1030) Manakala dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Zar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: َاَن َك َ َاه ْد ِ جير َ َتع َ َها و َاء ْ م ِر َ ْكث َ َقًة َ فأ َر َ ْخ َت م إَِذا َ طب � ٍّ َ َ ا ذر ب َ أ َا � ي Maksudnya: “Wahai Abu Zar, sekiranya engkau memasak sayur, maka perbanyakkanlah airnya (kuahnya) dan berilah sebahagian kepada jiran tetanggamu.” Riwayat Muslim (2625)


48 Aisyah R.A pula meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Aku mempunyai dua jiran. Yang mana satukah aku perlu berikan hadiah?” Maka Baginda SAW menjawab: ًا َاب ْن ِك ب ِ ِ ِه َما م َ ب َْقر أ إَِلى � � Maksudnya: “Kepada yang paling dekat pintunya darimu.” Riwayat al-Bukhari (2259) Selain itu, Rasulullah SAW akan membalas hadiah yang diberikan kepadanya. Aisyah R.Anha meriwayatkan, katanya: ْ ُب ِي ُث َ ي ِيََّة و ْ َهد َ ُل ال َ ْقب َّ َم َ ك َ ان ي َ َسل ِ و ْه ى اللَُّه َ عَلي َّ َّ َ صل َِّبي ن الن َّ َ أ � ْ َها. َعَلي Maksudnya: “Rasulullah SAW menerima hadiah dan Baginda membalasnya.” Riwayat Abu Daud (3536). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya hasan.


49 Mendoakan orang yang bersin Daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW: َ ُخ ُوه أ َ ُق ْل َ لُه � ْي َل ِ، و ِله لح ْم ُد ل َ ُق ْل: ا َ َح ُد ُك ْم َ فْلي َ أ إَِذا َ ع َط َس � � ْ َح ُم َك ا َللُه، َر لُه َ ، فإِ َذا َ ق َ ال َ لُه: ي ْ َح ُم َك ال� َر ُُه: ي ْو َ ص ِ احب َ أ � َ َال ُك ْم ِ ُح ب ُ ْصل َ ي لُه و ِ ُ يك ُم ال� َ ْهد َ ُق ْل: ي َفْلي Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “ِ ِله لح ْم ُد ل ا َ (Segala puji bagi Allah).” Maka hendaklah saudara atau sahabatnya menyebut: “هُل ْ َح ُم َك ال� َر ي) Semoga Allah merahmati kamu).” Sekiranya seseorang itu mendoakan kepadanya (orang yang bersin): “ هُل ْ َح ُم َك ال� َر Semoga (ي Allah merahmati kamu),” maka hendaklah dia menyebut: َ َال ُك ْم ” ِ ُح ب ُ ْصل َ ي لُه و ِ ُ يك ُم ال� َ ْهد ي) Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu serta memperelokkan urusan kamu).” Riwayat al-Bukhari (6224) Sunnah ketika menguap Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


50 َا َ ْك ِظ ْم م َح ُد ُك ْم َ فْلي َ أ َ َب � َثاء ْ َط ِ ان َ ، فإِ َذا تَ َن ا َّ لشي ِ َث ُاؤ ُب م َّ الت َ َط َ اع ا ْست Maksudnya: “Menguap itu daripada syaitan. Barang siapa yang menguap maka hendaklah dia menahannya sedaya yang mungkin (dengan meletakkan tangan atau merapatkan mulutnya).” Riwayat Muslim (2994) Sunnah ketika masuk ke rumah Daripada Jabir bin ‘Abdillah R.A berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: ،ِ ِه َام ْن َد َ طع ِ َ ع ِ و ِه ْن َد ُ د ُخول ِ لَه ع َ ال� َُه َ، ف َذ َكر ْت َي َّ ُج ُل ب إَِذا َ د َخ َل الر � َ َاَل َ ع َشاء َ َِب َ يت َ ل ُك ْم، و َاَل م ْ َط ُ ان: َق َ ال ا َّ لشي Maksudnya: “Apabila seseorang itu masuk ke dalam rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika memasukinya dan juga ketika makan. Lalu, syaitan akan


Click to View FlipBook Version