The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN IKBN BANDAR PENAWAR, 2025-03-05 18:41:29

Amalan 24 Jam Bersama Rasulullah SAW

Amalan 24 Jam Bersama Rasulullah SAW

51 berkata (kepada syaitan-syaitan yang lain): “Tiada tempat menginap dan tiada makanan untuk kamu.” Riwayat Muslim (2018) Hal ini seperti membaca ‘Basmalah’ (يم ِ حِ َّ ٰ ِن الر َّ ْح َمـ ِ الر ـه َّ ِ ْس ِم الل (ب dan mengucapkan salam ketika memasuki rumah. Imam al-Nawawi menjelaskan: “Dalam hadith ini terdapat anjuran berzikir kepada Allah ketika memasuki rumah dan ketika makan.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 13/173) Meminta izin sebanyak tiga kali Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, Rasulullah SAW pernah bersabda: ْ ِج ْع اَّل َ فار إَِّ � َ ِ َن َ ل َك، و ُذ أ ْئ َذا ُن َ ثَاَل ٌث َ، فإِ ْن � ِ ِ ْست ااِل Maksudnya: “Meminta izin (untuk masuk) hanya tiga kali, sekiranya diizinkan maka dipersilakan dan jika sebaliknya maka pulanglah.” Riwayat Muslim (2153)


52 Sunnah ketika Makan Membaca Basmalah dan guna tangan kanan Daripada ‘Umar bin Abi Salamah RA berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: ِ َ يك َل ِ َّما ي َ ُك ْل م ِ َك، و ِمين َ ِي َ ُك ْل ب لَه، و م ال� ِّ َ ُ ا غالَُم َ ، س ي Maksudnya: “Wahai anak kecil! Sebutlah (bacalah) nama ِح ِ يم) Allah َّ ٰ ِن الر َّ ْح َمـ ِ الر َّـه ِ ْس ِم الل ب (dan makanlah dengan tangan kananmu serta apa yang hampir denganmu terlebih dahulu.” Riwayat al-Bukhari (5376) Daripada Aisyah R.anha berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: ْن َ أ � َ َ َال َ ى، فإِ ْن َ ن ِسي ِ َ تع ه ل ْذ ُكِر ا ْس َم ال� َ َح ُد ُك ْم َ فْلي َ أ َ َك َل � أ إَِذا � � َ ُه َ �آ ِخر َلُه و َّ َو أ � ِ ه ل ِ ْس ِم ال� َ ُق ْل ب ِ َ فْلي ِه َّ ل َو أ ِي � َ َالى ف ِ َ تع ه ل َ ا ْس َم ال� َ ْذ ُكر ي


53 Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin makan, maka sebutlah nama Allah. Sekiranya dia terlupa menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum daripada makan) maka bacalah: Dengan nama Allah aku memulakannya dan aku mengakhirinya.” Riwayat Abu Daud (3767) Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menilai hadith ini adalah sahih li ghairihi. Menjilat jari Daripada Jabir RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: َُّه َاَل َ ُه َ ، فإِن ِع َ َصاب أ َ َق � ْلع َ ى ي َّ ِ ِ يل َ حت ْ ِمْند ِال َ َدُه ب َ ْم َس ْح ي َاَل ي َ و َ َكُة َر ْب ِ ال ِه َام ي َ طع ِّ َ أ ِي � َ ْد ِري ف ي Maksudnya: “Janganlah seseorang itu menyapu (membersihkan) tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jari-jemarinya kerana dia tidak mengetahui bahagian mana daripada makanannya yang berkat.” Riwayat Muslim (2033)


54 Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum Daripada Anas bin Malik R.A berkata: َا ِب ِي ا َّ لشر ف ُس ف ََّ َّ َم يَتَن َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َ صل ه ل َ ُس ُول ال� َك َ ان ر ف ُس ََّ تَن َ أ َنا � َ َن ٌس َ: فأ َ أ ُ َ، ق َ ال � أ �َ ْمر َ أ � َ ُ و أ �َ ْر ب َ أ � َ َى و ْو َر أ َُّه � إِن َُق ُول: � َ ي َثَاَلًثا، و َا ِب َ ثَاَلًثا ِي ا َّ لشر ف Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda SAW bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” Riwayat Muslim (2028) Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di dalam bab kemakruhan bernafas di dalam bekas air dan sunnah bernafas di luar bekas minuman sebanyak tiga kali (sebelum meminumnya kembali). (Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 198/13).


55 Memuji Allah selepas makan atau minum Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: ْ َها َ ْح َم َدُه َ عَلي َ ْكَلَة َ في أ ْ ُك َل ْاأْل َأ ْن ي َ أ � ِ ْد َب ْع ْ َض َى ع ِن ال َر لَه َ لي ن ال� إِ َّ � ْ َها َ ْح َم َدُه َ عَلي ْب َ َة َ في َ َب ا َّ لشر َ ْشر ْو ي َ أ � Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meredhai seorang hamba apabila dia makan dan minum, lalu dia memuji Allah disebabkannya.” Riwayat Muslim (2734) Tidak mencela makanan Daripada Abu Hurairah RA berkata: َ َه ُاه إِ ِن ا ْشت ط، � ُّ ً َ ا ق َام َّ َم َ طع َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبي َ َ ا ع َ اب الن م َ َكُه اَّل َ تر إَِّ � َ َ َكَلُه و أ � Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah mencela makanan walau sekali pun. Sekiranya Baginda SAW menyukainya,


56 maka Baginda akan memakannya. Namun jika sebaliknya, maka Baginda SAW akan meninggalkannya (tidak memakannya).” Riwayat al-Bukhari (5409) Berkumur selepas makan atau minum Daripada Ibn Abbas R.anhuma berkata: ً َ ا ف َم ْض َم َض، َّ َم ِ شَ ر َب َ لبَن َ َسل ِ و ْه ى اللَُّه َ عَلي َّ ِ َ صل ه َ ُس َول اللَّ ن ر َّ َ أ � ن َ لُه َ د َس ًما إِ َّ َ َق َ ال: � و Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW meminum susu, Baginda akan berkumur-kumur. Kemudian bersabda: “Sesungguhnya susu mengandungi lemak.” Riwayat al-Bukhari (211) Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, hadith ini dinyatakan sebab tuntutan agar berkumur selepas meminum susu (kerana ia berlemak) dan ia juga menunjukkan akan sunnah untuk berkumur daripada semua makanan atau minuman yang berlemak (bukan sahaja susu). (Lihat Fath alBari, 1/313)


57 Sunnah dalam Berpakaian Memulakan sebelah kanan pada perkara yang baik Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: َ َط َ اع َا ا ْست َ ُّم َن م ي َّ ب الت ُّ ُ ِح َّ َم ي َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبي َك َ ان الن ِ ِه َ ُّعل َ تَن ِ و ِه جل ُّ َ َ َتر ِ و ِ ُي طُه ِوره ِ، ف ه ِّ ِ ُ كل ِه ن ْ ِي شَ أ ف Maksudnya: “Adapun Nabi SAW suka mendahulukan sebelah kanan dalam setiap perbuatan seperti ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai selipar (kasut).” Riwayat al-Bukhari (426) Imam al-Nawawi berkata: “Kaedah syariat yang terus berlaku bahawa segala yang berhubungan dengan kemuliaan dan keindahan dianjurkan untuk memulakan dengan sebelah kanan, dan segala yang merupakan kebalikannya dianjurkan memulakan dengan sebelah kiri.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 3/160)


58 Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ُك ْم ِن َام ي َ ِأ ُوا ب ْ َدء ُ ْم َ، فاب ت ْ ضأ َّ َ إَِذا َ تو � َ ُ ْم، و إَِذا َ لِب ْست � Maksudnya: “Apabila kamu ingin memakai pakaian atau berwudhuk, maka mulakanlah dengan bahagian anggota yang kanan.” Riwayat Abu Dawud (4141). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menilai sanad hadith ini adalah sahih. Sunnah ketika memakai kasut (selipar) Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ْ أ ْ َد� َب َ َع َ فْلي إَِذا َ نز � َ ِم ِ ين، و َ ِالي ْ ب أ ْ َد� َب َح ُد ُك ْم َ فْلي َ أ َ َل � َع إَِذا اْنْت � َ ُع َ ُه َما تُْنز َ �آ ِخر َ ُل و َلُه َما تُْنع َّ َو أ َى � ُ ْمن َ ُك ِن الي ي ِ ِ ِّ الش َم ِ ال، ل ب Maksudnya: “Apabila kamu memakai kasut (selipar), maka mulakan dengan kaki kanan. Namun apabila kamu ingin menanggalkannya, maka mulakan dengan kaki kiri agar kaki kanan menjadi yang paling awal dipakai dan paling akhir ditanggalkan.” Riwayat al-Bukhari (5855)


59 Menggunakan Wangian Daripada Anas bin Malik R.A berkata: ْنَها ِ َّ ُب م َ َطي س َّكٌة يَت َّ َم ُ َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِّ َ صل َِّبي ِلن َك َان ْت ل Maksudnya: “Nabi SAW memiliki tempat simpanan minyak wangi untuk Baginda menggunakannya bagi tujuan berwangi-wangian.” Riwayat Abu Dawud (4162). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menilai sanad hadith ini adalah sahih. Sunnah ketika Ingin Tidur Menutup pintu dan lampu Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda: َا َب ْو ب َ أ ُِّقوا األ َ َغل ُ ْم، و َ َق ْدت إَِذا ر ِ َ يح � لم َصاب ُئوا ا َ ِ َ ْطف أ � Maksudnya: “Padamlah lampu sekiranya kamu ingin tidur dan tutuplah pintu.” Riwayat al-Bukhari (6296)


Ibn Daqiq al-‘Id berkata: “Menutup pintu mengandungi kemaslahatan agama dan duniawi, iaitu untuk menjaga jiwa dan harta daripada pelaku kerosakan, lebih-lebih daripada para syaitan.” (Lihat Fath al-Bari, 18/45) Mengebas Tempat Tidur Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: ،ِ إَِزا ِره � ِ ِ َدا ِخَلة َا ُشَ ه ب ِر َْنُف ْض ف ِ َ فْلي َا ِشه ِر إَِلى ف َح ُد ُك ْم � َ أ َى � َو أ إَِذا � � ِ ْه َ َ ا خَلَفُه َ عَلي َ ْد ِري م َ ي َُّه ال َفإِن Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengebas tempat tidurnya dengan memegang bahagian dalam kainnya kerana dia tidak mengetahui apa yang terdapat di atasnya.” Riwayat al-Bukhari (6320) 60


61 Berwudhuk dan Mengiring ke Kanan Daripada al-Bara’ R.A katanya, bahawa Nabi SAW bersabda: م َّ ُ ِ، ث ِ َّ لصالَة َ َك ل ُ ُضوء ْ و ضأ َّ َ َو َ َك َ ، فت َ ْض َجع ْ َت م َتي َ أ إَِذا � � ْ َم ِن ي َ أ ق َك األ ِّ ا ْض َط ِج ْع َ عَل ِ ى ش Maksudnya: “Apabila kamu ingin berbaring di tempat tidur, maka berwudhuklah sepertimana wudhuk solat. Kemudian, berbaringlah dengan mengiring ke kanan.” Riwayat al-Bukhari (247) Meletakkan Tangan Kanan di Bawah Pipi Kanan Daripada Hafsah R.Anha katanya: ُ َد ْق َر ْن ي َ أ َاَد � َر أ إَِذا � َّ َم َ ك َ ان � َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َ صل ه ل َ ُس َول ال� ن ر َّ َ أ � ِي ن ِ م ق َّ َُّه َُق ُول: الل م ي َّ ُ ِ ث ده ِّ َ َى ت ْح َت َ خ ُ ْمن ْي َ َدُه ال َ َض َع ي و َا ٍر ِر َ َاد َك َ ثَاَل َث م ِب َ ُث، ع ْع ْ َم تَب َو َ َك ي َع َذاب Maksudnya: “Apabila Baginda SAW ingin tidur, Baginda SAW akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi


kanan. Lalu Baginda akan membaca: “كَ َ ِ َ ي ع َذاب ن ِ َُّه َّم ق الل َ َاد َك ِب َ ُث، ع ْع ْ َم تَب َو ي) “Ya Allah, Peliharalah diriku daripada azab-Mu iaitu pada hari Engkau membangkitkan hambahamba-Mu!)” sebanyak tiga kali. Riwayat Abu Dawud (5045). Imam Ibn Hajar al-Asqalani menilai hadith ini sebagai hasan. Membaca doa Daripada Huzaifah RA berkata: ِ َ، ق َ ال: َا ِشه ِر إَِلى ف َى � َو أ إَِذا � َّ َم � َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبي َك َ ان الن َا َ ْحي أ � َ ُ ُ وت و َم أ اس ِم َك � ْ ِ ب Maksudnya: “Adapun Nabi SAW apabila ingin tidur, Baginda akan membaca: “اَ َ ْحي أ � َ ُ ُ وت و َم أ اس ِم َك � ْ ِ Dengan” (ب nama-Mu aku mati dan hidup).” Riwayat al-Bukhari (6312) 62


63 Rasulullah SAW memakai celak Terdapat banyak hadith, Rasulullah SAW memakai celak dan juga menyuruh sahabatnya bercelak. Antaranya: Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, katanya: َ َام ْن يَن َ أ ْ َل � َ ِح ُل َ قب َ ْكت َّ َم ي َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ِ َ صل ه َّ َ ُس ُول الل َك َ ان ر ْ ٍن ِ ُي ك ِّل َ عي ِ َ ثَاَلًثا ف ْإْلإِ ْث ِمد ِا ب Maksudnya: “Sebelum tidur, Rasulullah bercelak dengan batu celak (al-itsmid) tiga kali pada setiap mata.” Riwayat Ahmad (3320), al-Tirmizi dalam alSyama’il al-Muhammadiyyah (51). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya dha’if dalam takhrij Syarh al-Sunnah (3203). Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, sabda Rasulullah SAW: َ َ يُْنِب ُت ا َّ لشْعر َ، و َ َصر ْب َ ْجُلو ال ِ ُك ُم ْاإْلإِ ْث ِم ُد، ي َ ْك َحال أ � َ ْر ن َ خي إِ َّ � Maksudnya: “Sebaik-baik celak mata bagi kalian adalah batu celak al-itsmid, kerana ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”


64 Riwayat Abu Dawud (4061), al-Tirmizi (2048), al-Nasa’ie (8/149). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan: Isnadnya kuat mengikut syarat Muslim. (Lihat takhrij Sahih Ibn Hibban, no. 6073) Sunnah ketika bermimpi baik atau buruk Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ َ ْح َمد ِ َ ، فْلي ه ل َن ال� ِ ََّها م َُّه َ ا، فإِن ُ ِحب َا ي ُّ ْؤي َح ُد ُك ُم الر َ أ َى � أ �َ إَِذا ر � َ ُه، َ ْكر ِ َّما ي ِ َك م َ َ ذل ْر َ َى غي أ �َ إَِذا ر � َ َِها و د ْث ب ِّ ُ َح ْي َل ْ َها و لَه َ عَلي ال� ْ َها َ ْذ ُكر َ ي َال ِّ َها، و ِ ْن شَ ر ِ ْذ م َع َ ْست ْ َط ِ ان َ، فْلي َن ا َّ لشي ِ َ م ِي َّ َما ه َفإِن َُّه ََّه َ ا ل ْن َ ت ُضر ٍ َ ، فإِن َحد َ ِ أ أِل Maksudnya: “Sekiranya salah seorang daripada kamu bermimpi yang mana mimpi tersebut disukainya (mimpi yang baik), ketahuilah ia daripada Allah dan hendaklah kamu memuji Allah (menyebut alhamdulillah) serta ceritakanlah ia (kepada orang lain). Adapun sekiranya dia bermimpi selain daripada itu, iaitu mimpi yang


65 tidak disukai (mimpi buruk) olehnya, maka ia datang daripada syaitan. Hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada keburukannya, serta janganlah dia menceritakannya kepada sesiapa. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan memudharatkannya.” Riwayat al-Bukhari (7045) Daripada Abu Qatadah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: َح ُد ُك ْم َ أ ْ َط ِ ان َ ، فإِ َذا َ حَل َم � َن ا َّ لشي ِ ْ ُحْل ُم م َ ال ِ، و ه ل َن ال� ِ َا م ُّ ْؤي الر ِ ْن ِ م ِالله َّ ْذ ب َو َع َت ْي َل ِ َ ثَاَلًثا، و َ َس ِاره َْنُف ْث َ ع ْن يي َ ُهُه َ فْلي َ ْكر ُحْل ًما ي َُّه ََّه َ ا ل ْن َ ت ُضر ِّ َه َ ا، فإِن شَ ر Maksudnya: “Mimpi yang baik daripada Allah dan mimpi yang buruk daripada syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu bermimpi yang mana mimpi tersebut tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah (isyarat seperti meludah) sebanyak tiga kali di sebelah kirinya dan hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada keburukannya serta mimpi tersebut tidak akan memberi mudharat kepadanya.” Riwayat Muslim (2261)


66 Sunnah ketika Menziarahi Orang Sakit Antara sunnah dan adab-adab dalam menziarahi orang sakit ialah: Pertama: Hendaklah berniat ikhlas dan tujuan yang baik ketika menziarahi orang sakit. Rasulullah SAW bersabda: ِ ه ل ْ ِل ال� سِبي َ ْ ِي َ ْي ف أ � ِ ه ل ِي ال� ً َ لُه ف َخا أ � َ ْو َ زار َ أ � ً ْضا َ ِري َ ْن َ ع َاد م م ِ َّة ْ َجن َن ال ِ ْ َت م أ �َّ َو َ تَب َ ْم َش َ اك و َ َط َ اب م ْ َت و ْن ِ طب َ ِأ ٍ ب َاد ُن َن َاداُه م ً َ ْنِزال م Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah atau di jalan Allah, akan ada yang akan menyeru kepadanya: ‘Engkau telah melakukan kerja mulia dan langkahmu juga mulia (dalam menziarahinya), serta akan engkau menempati mahligai di Syurga.” Riwayat al-Tirmizi (2008) dan Ibn Majah (1433) Selain itu, orang yang ingin menziarahi hendaklah memilih situasi dan keadaan yang sesuai. Jangan


67 memberatkan orang yang diziarahi dan pilihlah waktu yang sesuai. Selain itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Kedua: Hendaklah orang yang menziarahi itu mendoakan orang yang sakit dengan kesembuhan dan kesihatan. Hal ini berdasarkan hadith: لُه. َ ال� إِ ْن شَ اء � ٌ ْر َس َ طُهو ْ َأ َ ب ْ ُد َ ق َ ال: ال ُو َع َ ْن ي إَِذا َ د َخ َل َ عَلى م � Maksudnya: “Apabila engkau menziarahi orang yang لُه’ :sebutlah, sakit َ ال� إِ ْن شَ اء � ٌ ْر َس َ طُهو ْ َأ َ ب ال) ‘Tidak mengapa, semoga sakitmu ini menjadikan dosamu bersih, insya Allah).” Riwayat al-Bukhari (5656) Ketiga: Mengusap bahagian yang sakit dengan tangan kanan dan mengucapkan: َ ْ ال ِي ْن َت ا َّ لشاف َ أ َ ا ْش ِف � َس و ْ أ َ ْب ِ ِب ال َ ْذه أ َّ ِ اس � ب الن َّ َ م ر َّ َُّه الل .ً سَقما َ ُ ِر َُغاد َ ي ً ال َّ ِ شَف ُاؤ َك ِ شَفاء إِال � َ ِشَفاء Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Pemelihara manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah. Engkaulah


Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan hanya kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit walau sedikit pun.” Riwayat al-Bukhari (5743) dan Muslim (2191) Keempat: Apabila melihat orang yang ditimpa musibah dan penyakit, hendaklah berdoa dengan suara yang perlahan untuk keselamatan dirinya, iaitu dengan doa: ْ َ عَلى ِي ضَلن َّ َ َف ِ و ِه َالَ َك ب ِ َّما ابْت ْ م ِي ِ ْي َ ع َافان ذ َّ ِ ال ْ َح ْم ُد ِلله اَل ْالً. ِ َّم ْن َ خَل َق َ تْف ِضي ْ ٍر م ِي َكث Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan daku daripada musibah yang Allah timpakan kepadamu. Dan Allah telah memberikan kemuliaan kepadaku melebihi orang lain.” Riwayat al-Tirmizi (3431) dan Ibn Majah (3892) 68


69 Sunnah ketika Menziarahi Orang Mati Orang lelaki sunat mengiringi jenazah ke kubur. Hal ini berdasarkan hadith, al-Barra’ bin Azib berkata: ِ َ َادة ِي َ ع ِِز، و َائ ْ َجن َ ِ اع ال ِاتِّب َّ َم ب َ َسل ِ و ْه لُه َ عَلي ى ال� َّ ُّ َ صل َِّبى ََنا الن َر َم أ � َ َن ْصِر ِى، و لداع ِ ا َّ إِ َجابَة � َ َ ِ اط ِس، و ْع َ َت ْش ِم ِ يت ال ْ َمِر ِ يض، و ال ْ َم ْظُل ِوم ال Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami mengiringi jenazah, menziarahi pesakit, mendoakan pesakit, mendoakan orang bersin, memenuhi jemputan dan membantu orang yang teraniaya.” Riwayat al-Bukhari (1182) Begitu juga sunat menunggu mayat selesai dikebumikan. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: َ ْن َ م َا ٌط، و ِير ْ َه َ ا فَلُه ق َ َ عَلي ى ِّ ُ َصل ى ي َّ َ َازَة َ حت ْ َجن َ ْن ِ شَ ه َد ال م َا َط ِ ان؟ ِير ْق َا ال َ م ِ َ يل و َا َط ِ ان. ق ِير ُ ْدَف َن َ ك َ ان َ لُه ق ى ت َّ ِشَ ه َد َ حت ْ ِن يمي َ ِظ َ ْع ْ ِن ال َلي َ ْ َجب ِ ْث ُل ال َق َ ال: م


70 Maksudnya: “Sesiapa yang bersama-sama jenazah sehingga selesai disolatkan dia mendapat satu qirath َاط) ِير ق (dan sesiapa yang bersama-samanya sehingga selesai dikebumikan dia mendapat dua qirath. Lalu Baginda ditanya: Apakah dua qirath itu? Baginda menjawab: Ganjarannya umpama dua buah bukit yang besar.” Riwayat al-Bukhari (1261) dan Muslim (945) Antara adab mengiringi jenazah ialah: Pertama: Mengiringi dengan berjalan kaki. Namun, ketika pulang, tidak mengapa sekiranya berkenderaan. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Thauban RA: َ َها ْ ِكب َر ْن ي َ أ َى � ب َ ِ َ فأ َ َازة لجن َ َع ا َ َ م َ ُهو ٍ و َّة ِ َداب َ ب ِي ت ُ أ � ِ ه ل ْ َل ال� َ ُسو ن ر َّ َ أ � ن إِ َّ ْ َل َ لُه َ ، فَق َ ال: � ِي َ ِك َب َ ، فق ٍ َ فر َّة ِ َداب َ ب ِي ت ُ أ َ َف � َفَل َّما اْن َصر ْ َن َ ْم ُشو َ ُه ْم ي ْ ِك َب و ر َ أ َ ُك ْن أل أ ِ َكَة َ ك َان ْت َ ت ْم ِش َي فَل ْم � ْ َمالَئ ال ْ ُت َ ِكب ْ ا ر ُو َفَل َّم َ ا ذ َهب Maksudnya: “Rasulullah SAW dibawakan binatang tunggangan kepadanya ketika Baginda sedang mengiringi


71 jenazah tetapi Baginda enggan menungganginya. Ketika balik, Baginda telah menunggangi pula binatang tunggangan yang dibawakan kepadanya. Apabila ditanya, Baginda menjawab: Ketika itu para malaikat bersamasama berjalan, masakan aku pula menaiki tunggangan sedangkan mereka berjalan kaki. Aku menaiki tunggangan setelah mereka pergi.” Riwayat al-Bukhari (3177) Hal yang demikian dianggap sunat kerana telah thabit bahawa Baginda SAW pernah juga berkenderaan ketika mengiringi jenazah pada masa yang lain. Kedua: Makruh berbuat bising ketika mengiringi jenazah. Hendaklah bertafakur mengingati kematian dan balasannya. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: َ َ ن ٍار َال ْ ٍت و ِ َصو َ َازُة ب ْ َجن َ ُع ال َ تُْتْب ال Maksudnya: “Jenazah tidak sepatutnya diringi bunyi suara dan api.” Riwayat Abu Dawud (3171)


72 Ketiga: Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW bersabda: ْ َح َانُه سب َُّه ُ َّ َ ك َس ُاه الل إِال � ٍ ِ ُم ِصيبَة َ َخ ُاه ب أ ِّى � َز ُع ِ ٍن ي ُ ْؤم ِ ْن م َا م م ِ َة َام ِي ْق ْ َم ال َو ِ ي َة َام ْ َكر ِ ْن ُ حَل ِل ال م Maksudnya: “Orang Islam yang mengucapkan takziah kepada saudaranya ketika ditimpa kemalangan, pasti Allah mengurniakannya kemuliaan pada hari Kiamat.” Riwayat Ibn Majah (1601). Hadith ini dinyatakan hasan dalam Sahih Ibn Majah (1311)


73 Sebahagian Zikir Amalan Rasulullah SAW Membaca atau mengkhatamkan al-Quran Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr R.A katanya, bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepadaku: َّ ًة َ، ق َ ال: ُو َ ِج ُد ق أ ِّي � إِن ُْل ُت: � ِ ُي ك ِّل ْ شَ ه َ ر. ق َ ال ق ْ�آ َن ف ُْقر ِ ال أ �َ ا ْقر َّ ًة َ ، ق َ ال: ُو َ ِج ُد ق أ ِّي � إِن ُْل ُت: � َْلًة َ . ق َ ال ق ِ ْشِر َ ين َ لي ِي ع ُه ف ْ أ �َ َف ْاقر ِ َك َاَل َ تِزْد َ عَل َى ذل َ ْ ٍع و ِ َي سب ُه ف ْ أ �َ َف ْاقر Maksudnya: “Bacalah (khatamkan) al-Quran pada setiap bulan. Aku berkata: Sesungguhnya aku lebih kuat daripada itu. Maka Nabi SAW bersabda: Jika begitu, bacalah (khatamkan) ia (al-Quran) pada setiap 20 malam. Aku berkata lagi: Sesungguhnya aku lebih kuat daripada itu. Lalu Nabi SAW bersabda lagi: Maka bacalah (khatamkan) ia (al-Quran) pada setiap 7 hari dan janganlah kamu menguranginya lagi daripada itu.” Riwayat Muslim (1159)


74 Memperbanyakkan Istighfar Daripada al-Aghar al-Muzani, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ٍ َّة َر ِائ َ َة م ْ ِم م َو ْي ِى ال ََّه ف ُ الل ِر َ ْغف ْست َ أ ِّى أل إِن � َ ُ َغ ُ ان َ عَل َى قْلِبى و َُّه َ لي إِن � Maksudnya: “Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.” Riwayat Muslim (7033) dan Abu Daud (1517) Imam al-Nawawi menyebut dengan menukilkan pendapat ahli bahasa: Perkataan ‘ان ُ غُ َ لي ’َbermaksud apa-apa yang melitupi hati. Al-Qadhi ‘Iyadh pula berkata, dikatakan maksudnya ialah waktu-waktu lemah dan lalai daripada zikir yang sepatutnya berterusan. Apabila hal ini berlaku, dia mengira sebagai dosa, justeru dia beristighfar. Ada pendapat berkata, dikatakan kerana Rasulullah SAW amat prihatin dan runsing terhadap umatnya. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 17/23) Dikehendaki dengan ‘نْ لغي َا ’iaitu masa-masa yang luput daripada zikir, yang biasanya seseorang itu sentiasa dalam


75 zikir. Apabila terluput dengan sesuatu sebab, maka dia mengira sebagai dosa, lantas dia istighfar daripadanya. Begitu juga, pendapat Ibn al-Jauzi, ‘الغين ’dengan maksud kegelinciran tabiat manusia yang tidak ada seorang pun yang terselamat. Para Nabi, sekalipun ma’sum daripada dosa besar, tetapi mereka tidak ma’sum daripada dosa-dosa kecil. Ini berdasarkan pecahan daripada khilaf yang terpilih. Tetapi yang paling rajih, para Nabi juga ma’sum daripada dosa-dosa kecil. Ibn Battal berkata: Para Nabi sekuat-kuat manusia dari sudut ibadat kerana kurniaan Allah kepada mereka daripada makrifah. Justeru mereka sentiasa mensyukurinya dan mengiktiraf kepada Tuhan atas kelemahan. Selain itu, dijelaskan juga bahawa bahawa istighfar itu daripada taqsir atau kekurangan dalam menunaikan hak yang wajib bagi Allah dan diandaikan juga kerana sibuk dengan urusan yang harus seperti makan, minum, bersama isteri, tidur, rehat, atau berbicara dengan manusia serta melihat kemaslahatan mereka dan menentang musuhmusuh mereka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/103) Ada juga riwayat menyebut sebanyak 100 kali. Antara kelebihan istighar adalah sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:


76 ا ١٠ ٗ َّار ف َ َ غ َ ن ُۥ اَك ه َّ ِن ۡ إ م ُ َّك ب َ ْ ر ُوا ِر ف ۡ غ َ ت ۡ ُ ٱس ۡت ل ُ ق َ ف م ُ ۡك ۡ ِدد م ُ ي َ ا ١١ و ٗ َار ۡر ِد ّ م م ُ ۡك ي َ ل َ َ ع ء ٓ ا َ َّم ِ ٱلس ۡ ِسل ر ُ ي َل ۡع َج ي َ ٰ ٖت و َّ َن ۡ ج م ُ ك َّ َل ل ۡع َج ي َ َ و نِني َ ب َ ٖل و ٰ َ ۡو م َ ِأ ب ا ٗ ر ٰ َ ه ۡ ن َ ۡ أ م ُ ك َّ ل Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurahcurah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh: 10-12) Ibn Kathir berkata: Maksudnya, jika kamu bertaubat kepada Allah, memohon ampun kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan membanyakkan rezeki kamu, menurunkan air hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan keberkatan dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu, melimpahkan air perahan


77 susu untuk kamu, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kamu, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan untuk kamu, dan mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun itu. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/449) Sunnah Rasulullah SAW Pada Waktu Malam Dikatakan Rasulullah SAW apabila sampai ke rumahnya pada waktu malam, ghalibnya selepas Isyak, Rasulullah SAW biasanya tidur awal. Baginda SAW membahagikan malamnya kepada tiga bahagian: � Sejuzuk daripadanya untuk beribadat, melakukan ketaatan dan ibadat sunat. � Sejuzuknya yang lain digunakan untuk menyelesaikan kehendak dan tanggungjawab kepada keluarganya, bahkan kadang-kadang Baginda menyertai mereka dalam memberi bantuan. � Sejuzuk yang lain, Baginda mengkhususkan untuk dirinya. Kemudian boleh jadi, pada juzuk ini, Baginda menjadikan pertemuan dengan sahabat-


sahabatnya yang khusus dan golongan yang terawal memeluk Islam kerana kemuliaan mereka dengan agama. Termasuk juga mereka yang ada keperluan sama ada hajat yang sedikit atau yang banyak. 78


79 PENUTUP M engikuti setiap yang dibawa oleh Nabi SAW adalah satu sifat yang terpuji kerana ia merupakan bukti kecintaan kita kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW. Tambahan pula, dengan mencintai dan mentaati Nabi SAW akan melahirkan kecintaan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran: ٓ ا َ م َ ٰ ف َّ َىَّل و َ َن ت َم و ۖ ََّ َ ٱهَّلل َ اع ط َ ۡ أ د َ ق َ َ ف ُول َّس ِطِع ٱلر ُ ن ي َّ م ا ٗ ِيظ َف ۡ ح ِم ه ۡ ي َ ل َ َ ع ٰك َ ن ۡ َل ۡس ر َ أ Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah kamu berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka daripada melakukan kesalahan).” (Surah al-Nisa’: 80)


80 Selain itu juga, seseorang itu mampu meraih cinta Allah SWT yang sebenar serta mendapatkan keampunan-Nya dengan mengamalkan sunnah atau petunjuk Nabi SAW dalam kehidupan seharian mereka. Firman Allah SWT: َُّ ُ ٱهَّلل م ُ ۡك ِب ب ۡ ُ ُ ِويِن حُي ِع ب َّ َٱت ََّ ف َ ٱهَّلل ُّون ِب ُ ۡ حُت م ُ نت ُ ِن ك ۡ إ ل ُ ق ٞ َّ ِحيم ٞ ر ور ُ ف َ َُّ غ َٱهَّلل و ۚ ۡ م ُ َك وب ُ ن ُ ۡ ذ م ُ َك ۡ ل ِر ف ۡ غ َ ي َ و Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah SAW), nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali ‘Imran: 31) Syeikh al-Maraghi menyebut bahawa ayat ini membawa maksud jika ada yang mendakwa bahawa dia mencintai Allah maka ikutlah Nabi SAW dalam segenap sudut. Ikutlah wahyu yang telah diturunkan kepada Baginda. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/140) Bukanlah kehidupan Rasulullah SAW sebagai satu rutin yang telah ditetapkan, sebagaimana kadang-kadang difahami dengan kalimah tersebut, bahkan sebarang tindakan Baginda SAW penuh dengan hidayah yang mempunyai tujuan dan


81 amalan yang diberkati. Sifatnya adalah fleksibel sebagai manusia yang boleh jadi sakit, demam dan mempunyai keperluan tertentu, tetapi semuanya diniatkan sebagai hamba Allah yang mengabdikan kepada-Nya. Benarlah firman Allah SWT: ِ ّ َب ِ ر َّ َ ِايِت ِهَّلِل َم َم َ و َاي ي ۡ َ َحَم ُ ِيِك و س ُ ن َ ِيِت و َ َ اَل ص َّ ِن ۡ إ ل ُ ق َ ِمني َ ٰل َ ع ۡ ٱل Maksudnya: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An’am: 162) Inilah serba sedikit cebisan sirah Nabi SAW dalam seharian atau 24 jam bersama Nabi SAW. Kami yakin, perlu penambahan dan dapatan dari pelbagai sumber, maraji’ dan maklumat untuk menyempurnakan lagi sebuah gambaran kehidupan Rasulullah SAW yang bersifat harian. Insya Allah, akan berlaku penambahan dari semasa ke semasa agar ia bertambah lengkap dan sempurna sehingga menjadi rujukan kepada kita semua. Kami akhiri dengan memohon kepada Allah SWT agar menghiasi diri kita semua dengan akhlak yang mulia


82 sepertimana junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di samping itu juga, marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa kepada Allah agar diberikan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW supaya dengan sebab itu, kita semua akan dihimpunkan bersama Baginda SAW serta bersama para pencinta Baginda SAW di dalam syurga kelak. Amin. Kami berdoa kepada Allah SWT: َا ْمن ِ َ َ ا عل ِ، م ِه َ �آ ِجل ِ و ِه ِ َ ع ِ اجل ه ِّ ْ ِر ُ كل َن ا َ لخي ِ ُ َك م ل َ َّ َ ا ن ْسأ إِن م � َّ َُّه الل ،ِ ِه َ �آ ِجل ِ و ِه ِ َ ع ِ اجل ه ِّ ِّ ُ كل َن ا َّ لشر ِ ِ َك م ْ ُذ ب ُو َ َنع َ َ ا ل ْم َ ن ْعَل ْم، و َ م ْنُه و ِ م َا ْ ِر م ِ ْن َ خي ُ َك م ل َ َّ َ ا ن ْسأ إِن م � َّ َُّه َ َ ا ل ْم َ ن ْعَل ْم، الل َ م ْنُه و ِ َا م ْمن ِ َ َ ا عل م ْ ُد َك ِ َ عب ِه َ َ ا ع َاذ ب م ِّ ِ ْن شَ ر ِ َك م ْ ُذ ب ُو َ َنع ُّ َك، و َ َنِبي ْ ُد َك و َل َك َ عب َ َسأ ِ ْن َ ق ٍول ْ َها م إَِلي َّ َب � َا قر َ م لجنََّة و ُ َك ا َ ل َ َّ َ ا ن ْسأ إِن م � َّ َُّه ُّ َك، الل َ َنِبي و ْو َ أ ْ ٍل � ِ ْن َ قو ْ َها م إَِلي َّ َب � َ َ ا قر َ م َّ ِار و َن الن ِ ِ َك م ْ ُذ ب ُو َ َنع ْو َ ع َم ٍل، و َ أ � ًا ْر َ َ ا خي َُه َ لن ْت ٍ َ ق َضي َ َل ُ ك َّل َ ق َضاء ْن َ ت ْجع َ أ ُ َك � ل َ َ َن ْسأ َع َم ٍل، و Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu daripada semua keburukan, baik


yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untuk kami.” 83


84 www.maktabahalbakri.com


Click to View FlipBook Version