The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENDIDIKAN ISLAM SKPTLDMKK, 2022-01-31 05:17:49

Kewafatan Rasulullah SAW

Kewafatan Rasulullah SAW

Dikeluarkan oleh:

Yayasan Tuan Sarifah
(1373465-A)
Yayasan Tuan Sarifah
(1373465-A)

“Mercu Amal Bakti”

“Mercu Amal Bakti”

Kewafatan Rasullah SAW: Satu Adaptasi dari Karya
al-Raheeq al-Makhtuwmwwww.ywa.yyaaysaasannttuuaannsasraifraihf.achom.com
© Rashidy Jamil al-REmasehl:Eimydaely: yaasyaansatnutuaannssaarrifiafha@[email protected]

Cetakan Pertama Zulhijjah 1439H

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dengan apa jua cara sama ada
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
terlebih dahulu daripada penulis asal.

Diterbitkan oleh:

PUSTAKA CTS
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Emel: [email protected]

Pengarah Urusan Dato’ Rashidy Jamil al-Rashid
Pegawai Pemasaran Muhammad ‘Athaillah al-Rashid
Ruqayyah Hasifah
Pereka Kulit & Rekaletak Muhammad al-Shanqiti al-Rashid
Fiqah Hasan

Isi
Kandungan

Dedikasi iv

Secangkir Kata v

Kata Penyusun ix

±± Haji Perpisahan 1

±± Tanda-Tanda Perpisahan 17

±± Detik Terakhir 33

±± Kesedihan Menyelubungi Para Sahabat 37

±± Persiapan Dan Pengkebumian Jasad 43
Baginda Yang Mulia

±± Sifat dan Akhlak Nabi SAW 51

Nota Hujung 73

Dedikasi

ejuta penghargaan buat
sahabat yang sentiasa di dalam
bisikan doa, Y.Bhg Dato’Sri
Haji Shafiz dan Y.Bhg Datin Sri Hajah
Rogayah di atas ketulusan serta kebaikan
dalam persahabatan. Jua buat Kekanda
yang banyak ku teladani akhlak dan
iv kesederhanaannya, Y.Bhg Dr.Haji Azlin
dan Y.Bhg Dr. Hajjah Huda binti Almarhum
Tuan Guru Prof. Dato’ Dr. Haron Din serta
tak dilupakan juga buat Y.Bhg Ayahanda
Haji Arshad Ali al-Makki.
Semoga kita berhimpun lagi di tanah
haramNya serta bumi RasulNya, Sallallahu
‘Alaihi Wa Sallam.

Secangkir Kata

aya diminta oleh YBhg Dato’ Ustaz Rashidy v
Jamil Al-Rashid untuk memberikan kata-kata
aluan buku beliau yang berjudul Kewafatan
Rasulullah SAW walhal saya bukannya orang yang
berkelayakan untuk tujuan itu, kerana saya bukannya
berada dalam barisan para ilmuwan.
YBhg Dato’ Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid yang saya
kenal adalah seorang ahli ilmu yang gigih, menuntut ilmu
dan menyampaikannya. Beliau seorang yang berbudi
pekerti yang tinggi. Pembabitan beliau dalam dunia
dakwah dan penulisan serta budi perkerti beliau adalah
manifestasi ilmu yang terpendam dalam dada beliau.
Saya mengagumi daya ingatan beliau yang kuat
terhadap fakta-fakta ilmu yang disampaikan terutamanya
ketika membicarakan tentang sirah junjungan besar
Rasulullah SAW. Beliau selayaknya menitipkan kepada
umat Islam pengetahuan beliau tentang sirah Rasulullah
SAW dalam bentuk penulisan supaya dapat dimanfaatkan
secara lebih meluas selain daripada penerangan dan
ceramah yang beliau sampaikan di segenap pelosok.
Menelusuri perjalanan hidup Rasulullah SAW adalah
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap
muslim, sekurang-kurangnya mengenali peribadi dan

ahli keluarga Baginda SAW kalaupun tidak berupaya
mengingati seluruh perjalanan dan perjuangan Baginda
SAW. Detik-detik kewafatan Baginda SAW adalah
peristiwa yang paling memilukan dalam sejarah umat
manusia. Ia adalah saat yang paling menyedihkan
terutama di kalangan penduduk Madinah pada zaman
Baginda SAW. Menghayati susah payah dan merasai
sendiri kepiluan tatkala Baginda SAW meninggalkan
kita merupakan satu faktor yang menambahkan lagi
rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah SAW. Cinta
dan kasih kepada Rasulullah SAW itulah yang menjadi
tuntutan kepada setiap umat sebagaimana sabda Baginda
SAW :

vi

Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu
melainkan aku menjadi orang yang lebih dicintainya
berbanding orang tuanya, anaknya dan seluruh
manusia yang lain).”

(Riwayat al-Bukhari)

Semoga usaha yang dilakukan ustaz YBhg Dato’ Ustaz
Rashidy Jamil Al-Rashid ini diterima Allah sebagai
amal jariah yang berpanjangan. Saya mendoakan
beliau sentiasa dalam rahmat dan taufik Allah demi

meneruskan lagi usaha murni menyebarkan ilmu-ilmu
Islam terutamanya sirah Rasulullah SAW.
Ustaz Muhammad Ramzi bin Omar
26 Zulhijjah 1439
6 September 2018

vii

viii

Kata Penyusun

ewafatan Rasulullah SAW merupakan satu ix
musibah buat ummat. Dengan kembalinya
Baginda ke hadratNya, ia meninggalkan
satu kepiluan dan kesedihan yang amat mendalam di
lubuk sanubari setiap Muslim. Pemergiaan Baginda
ditangisi, keberadaan Baginda dirindui, tutur kata dan
segala yang ada pada Baginda diikuti dengan segenap
daya oleh para sahabat serta ummatnya sehingga kini.
Benarlah kata Ummu Aiman ketika ditanya
mengapakah beliau meratapi kewafatan Baginda SAW?

Jawabnya: “Sesungguhnya tangisanku ini bukan kerana
perpisahan dengan Baginda semata-mata (kerana setiap
yang hidup itu pasti akan menemui Tuhannya) namun
yang paling aku ratapi ialah dengan kewafatannya
Baginda, maka terputuslah hubungan kita dengan
wahyuNya.”

Risalah kecil di tangan anda ini merupakan satu
susunan dari terjemahan karya Syeikh Safiyyu Rahman
al-Mubarakfuri dalam merakamkan detik-detik kewafatan
Rasulullah SAW. Ia diolah dengan penceritaan yang santai
tetapi menarik dengan harapan kerinduan yang tumbuh

subur pada Baginda
kelak pasti akan
membawa hidupnya
sunnah Baginda serta
Qudwah Hasanah
yang ada pada insan
teragung ini. Sedang,
tiadalah kejayaan
hidup yang sebenarnya
akan dicapai oleh
insan melainkan hanya
dengan menjadikan
sunnah Baginda
sebagai jalan hidup
bagi mencapai kejayaan
di dunia dan akhirat.
x Dengan menyedari
tiadalah satu susunan
bahasa yang mampu
menggambarkan betapa pemergiaan Baginda itu
merupakan satu musibah. Penyusun cuba mengekalkan
penterjemahan asal agar kalam ulama’ berserta ruh
penulisan mereka dapat dihayati dengan sebaiknya oleh
kita.

Di kesempatan ini, penyusun merakamkan salam kasih
yang berpanjangan buat Ayahanda Tuan Haji Zakaria
Muda serta Bonda YM. Hajjah Tuan Syarifah Akmal
Syed Salleh al-Aydarus serta Nenda YM. Tuan Nafisah
Syed Abdullah al-Yahya. Mertua Y.Bhg Tuan Haji Johari
serta Bonda Y.Bhg Hajjah Zamilah Syeikh Abdullah,
jua buat isteri tercinta, Ummu ‘Athaillah dan anak-anak.

Tak dilupakan buat guru-guru, Sahibul Samahah Mufti
Wilayah Persekutuan, Tuan Guru Dato’ Seri Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri serta Tuan Guru Dr. Muhammad
Romzi Omar.

“Ya Allah, sekiranya ada kebaikan pada susunan
penterjemahan ini, aku persembahkan pahalanya

buat Nabiku Muhammad SAW.
Serta ahli keluarga Baginda dan sahabat-

sahabat yang telah menerima
redhaMu keseluruhannya.
Amin.”

xi

Selamat Membaca,

YH. Dato’ Rashidy Jamil al-Rashid
16 Zulhijjah 1439H,
Selesai menunaikan Haji,
Dalam penerbangan Saudi Arabia.
12:24 Tengahari (Waktu Saudi).



Haji Perpisahan

1

empurnalah sudah kerja-kerja
dakwah dan penyampaian risalah
serta pembentukan masyarakat
baru atas asas menetapkan ketuhanan hanya
kepada Allah serta menafikan ada Tuhan
selain-Nya. Dakwah yang juga diasaskan
atas kepercayaan terhadap kerasulan Nabi
Muhammad SAW.

Kewafatan Rasulullah SAW agaikan ada bisikan halus dalam sanubari
Rasulullah SAW yang menimbulkan
perasaannya bahawa tempatnya di dunia
sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sehinggakan
apabila Baginda mengutuskan Mu‘adh ke Yaman pada
tahun 10 Hijrah, antara lain yang dikatakan oleh Baginda
kepadanya ialah: “Hai Mu‘adh, boleh jadi kamu tidak akan
bertemuku selepas tahun ini, boleh jadi kamu akan lalu di
masjidku dan kuburku ini”. Lantaran itu Mu‘adh menangis
kerana sayu untuk berpisah dengan Rasulullah SAW.
Allah menghendaki agar Rasul-Nya melihat sendiri
keberhasilan dakwah yang dijalankannya, setelah
melalui pahit maung selama lebih dua puluh tahun. Di
Mekah ramailah kabilah Arab dan wakil-wakilnya yang
datang kepada Nabi SAW untuk mengambil daripada
2 Baginda sendiri syariat-syariat dan hukum-hakam
agamanya. Baginda pula mengambil daripada mereka
persaksian bahawa Baginda telah menunaikan amanah,
menyampaikan risalah dan menasihati umat manusia.
Rasulullah SAW mengisytiharkan tujuannya untuk
menunaikan haji mabrur yang bakal menjadi kenangan.
Oleh kerana itu ramailah manusia yang datang ke
Madinah mengharapkan dapat mengikut Rasulullah
SAW1. Pada hari Sabtu empat hari sebelum tamatnya
bulan Zulkaedah Nabi SAW sudah bersiap-siap untuk
berangkat2. Baginda pun menyisir rambutnya dan
meminyakinya serta memakai sarung dan baju litupnya
serta memasang tanda pada binatang korbannya. Selepas
Zohor, Baginda berangkat sehingga apabila sampai di Dhi

al-Hulayfah sebelum masuk waktu Asar, di situ Baginda 3
menunaikan solat dua rakaat. Di situ Baginda bermalam
hingga keesokan harinya. Pada pagi esoknya Baginda Haji Perpisahan
berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Semalam ada utusan
dari Tuhanku yang datang kepadaku seraya berkata: “Salatlah
di lembah yang diberkati ini dan katalah: “Umrah berserta
haji” 3.

Sebelum menunaikan solat Zohor, Baginda
terlebih dahulu mandi sunat ihram. Kemudian Aisyah
memakaikan kepadanya harum-haruman dari jenis
dharirah dan misk (kesturi) di badan dan kepala Baginda,
sehinggakan kilatan minyak wangi itu dapat dilihat di
tengah-tengah kepala dan janggutnya. Kemudian Baginda
membiarkan haruman itu berterusan pada tubuhnya
tanpa membasuhnya. Setelah itu Baginda memakai
sarung dan selendangnya lalu bersembahyang Zohor
secara qasar dua rakaat. Kemudian Baginda mengucapkan
talbiah untuk haji dan umrah di tempat sembahyangnya
beriringan antara keduanya. Kemudian Baginda keluar
lalu menaiki untanya al-Qaswa’ sambil mengucapkan
talbiah lagi. Kemudian Baginda bertalbiah lagi setelah
untanya sampai di al-Bayda’.

Baginda meneruskan perjalanannya hingga
menghampiri Mekah, lalu Baginda bermalam di Dhi
Tuwa. Setelah itu barulah Baginda masuk ke Mekah
selepas solat Subuh dan mandi pada pagi hari Ahad 4
Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Baginda mengambil masa
lapan hari untuk perjalanannya di mana ianya adalah
jarak pertengahan. Setelah masuk ke Masjidil Haram
Baginda pun bertawaf di Baitullah dan bersa‘iy antara

Kewafatan Rasulullah SAW Safa dan Marwah, tetapi Baginda tidak bertahallul kerana
haji yang dilakukan adalah Haji Qiran dan Baginda sudah
4 membawa binatang korban bersamanya. Kemudian
Baginda singgah di bahagian atas Mekah iaitu di al-Hujun
dan menetap di sana. Baginda tidak kembali menunaikan
tawaf melainkan tawaf haji.

Baginda menyuruh sahabat-sahabatnya yang tidak
membawa binatang korban supaya berihram untuk
umrah, kemudian setelah tawaf dan Sa‘iy mereka
hendaklah bertahallul dengan sempurna. Tetapi para
sahabat itu teragak-agak untuk berbuat demikian, lantas
Baginda bersabda: “Kalaulah aku telah bersiap untuk
melakukan urusanku nescaya aku tidak akan berundur,
dan kalaulah tidak kerana aku membawa binatang korban
nescaya aku juga akan bertahallul. Oleh itu siapa yang tidak
ada binatang korban hendaklah bertahallul”. Lalu mereka
pun mendengar dan mematuhinya.

Pada hari kelapan bulan Zulhijjah –iaitu Hari 5
Tarwiyyah- Nabi bergerak menuju ke Mina. Di situ
Baginda menunaikan salat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’
dan Subuh – iaitu lima waktu salat - kemudian Baginda
menanti sekejap sehingga terbit matahari. Kemudian
Baginda pun bergerak menuju ke ‘Arafah. Sesampainya
di ‘Arafah Baginda mendapati sebuah khemah telah
terpasang dan disediakan untuk Baginda, lalu Baginda
singgah di situ. Apabila matahari telah gelincir Baginda
memanggil untanya al-Qaswa’ dan menunggangnya
lalu datang ke tengah lembah itu (‘Uranah). Ketika itu
terdapat seratus dua puluh empat atau seratus empat
puluh empat ribu orang yang sudah berkumpul. Lantas
Nabi bangun untuk menyampaikan khutbahnya. Inilah
khutbah yang merangkumi semua maksud seperti yang
disampaikannya:

Haji Perpisahan

“Hai manusia, dengarlah kata-kataku. Sesungguhnya
aku tidak mengetahui entahkan aku tidak akan bertemu
kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini buat selama-
lamanya” 4.

“Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah haram
terhadapmu sebagaimana kehormatan hari ini pada
bulan ini dan di negeri kamu ini. Ingatlah, semua perkara
yang berhubung dengan kelakukan jahiliah telah terhapus
di bawah tapak kakiku ini. Darah yang ditumpahkan
semasa jahiliah dihapuskan. Tuntutan darah yang
pertama aku hapuskan ialah darah Ibn Rabi‘ah bin al-
Harith (Ibn Rabi‘ah sedang mencari wanita penyusu di
tempat Bani Sa‘ad, tiba-tiba dia dibunuh oleh kabilah
Hudhayl). Riba jahiliah semuanya terhapus, dan riba
6 kita yang pertama sekali aku hapuskan ialah riba ‘Abbas

Kewafatan Rasulullah SAW bin ‘Abd al-Muttalib, riba itu semuanya telah terhapus”.

“Bertakwalah kepada Allah dalam soal wanita kerana
kamu mengambil mereka dengan amanah Allah. Kamu
menghalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah.
Mereka berkewajipan menunaikan tanggungjawab
terhadap kamu iaitu dengan tidak membenarkan seorang
pun yang kamu tidak suka masuk ke rumahmu. Jika
mereka melakukan demikian maka pukullah mereka
dengan pukulan yang tidak mencederakan. Dan kamu
pula berkewajipan memberikan hak mereka yang berupa
makan minum dan pakaian secara yang baik”.

“Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu, yang jika kamu 7
berpegang dengannya maka selama-lamanya kamu tidak
akan sesat, iaitu kitab Allah” 5.

“Hai manusia, sesungguhnya tidak ada nabi lagi
selepasku, dan tidak ada umat lagi selepas kamu. Ingatlah,
maka sembahlah Tuhanmu, tunaikan salat lima waktu,
berpuasalah di bulan Ramadan, tunaikanlah zakat
hartamu dengan penuh kerelaan jiwa, tunaikanlah haji
di rumah Tuhanmu dan taatilah para pemimpin yang
mengendalikan urusanmu, nescaya kamu akan dapat
masuk syurga Tuhanmu” 6.

“Tentu ada yang kamu ingin tanyakan tentangku,
maka sebutlah apa yang ingin kamu katakan?”

Mereka menjawab: “Kami mempersaksikan bahawa Haji Perpisahan
engkau benar-benar telah menyampaikan, menunaikan dan
menasihati”.

Lalu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke langit
dan sesekali menghalakannya kepada orang ramai,
Baginda berkata: “Ya Allah saksikanlah”. Diulangnya kata-
kata itu sebanyak tiga kali. 7

Orang yang berteriak mengucapkan semula kata-kata
Rasulullah SAW (supaya dapat didengar oleh orang ramai)
–semasa Baginda berada di ‘Arafah itu- ialah Rabi‘ah bin
Umayyah bin Khalaf.8

Kewafatan Rasulullah SAW Selesai Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya,
turunlah kepadanya ayat al-Quran:

‫ﮆ‬

Maksudnya: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan
bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi ugama untuk kamu…”

(Al-Ma’idah: 3)

Tatkala Abu Bakar mendengar ayat itu dibaca oleh
Baginda, maka beliau pun menangis, lalu orang bertanya
8 kepadanya: “Mengapa engkau menangis?” Jawabnya:
“Tidak ada selepas kesempurnaan melainkan akan datanglah
kekurangan”. 9

Selepas selesai khutbah Bilal pun berazan dan
beriqamat, kemudian Rasulullah SAW menunaikan salat
Zohor bersama orang ramai. Setelah itu diiqamatkan
sekali lagi, kemudian Baginda menunaikan salat Asar
pula (secara jamak) tanpa diselangi antara dua salat itu
dengan salat yang lain. Kemudian Baginda menunggang
untanya dan datang ke tempat wukuf. Dilepaskan untanya
merapatkan perutnya ke batu-batu dan tali untanya
berada di hadapannya. Sambil mengadap kiblat (di atas
unta) Baginda berwuquf hingga terbenam matahari dan
warna kuning di langit hilang sedikit sehingga akhirnya
bebola matahari itu hilang daripada pandangan.

Setelah itu Baginda
Sambil mengadap memboncengkan Usamah
kiblat Baginda di atas untanya dan bergerak
berdoa, bertakbir, menuju ke Muzdalifah.
bertahlil dan Baginda menunaikan
mengucapkan
kalimah tauhid. salat Maghrib dan Isya’ di
Muzdalifah dengan satu
azan dan dua iqamat tanpa
diselangi oleh tasbih antara
kedua-dua salat itu. Kemudian Baginda berbaring hingga
terbit fajar. Setelah menunaikan salat Subuh Baginda
menungang untanya al-Qaswa’ hingga ke sampai ke al-
Mash‘ari al-Haram. Sambil mengadap kiblat Baginda
berdoa, bertakbir, bertahlil dan mengucapkan kalimah
tauhid. Baginda terus menunggu di situ hingga waktu
Subuh sudah agak lewat.
9

Kemudian dari Muzdalifah Baginda bertolak ke Mina Haji Perpisahan
sebelum terbit matahari. Baginda memboncengkan al-
Fadl bin ‘Abbas sehingga sampai ke lembah Muhassir
lalu bergerak perlahan, kemudian Baginda mengambil
jalan tengah yang membawa keluar ke tempat Jamrah al-
Kubra. Sehingga apabila Baginda sampai ke Jamrah yang
berdekatan dengan pokok (iaitu Jamrah al-Kubra tersebut,
pada masa itu berdekatan jamrah tersebut ada pokok.
Jamrah ini juga dikenali dengan nama Jamrah al-‘Aqabah
dan Jamrah al-Ula). Di situ Baginda melontar tujuh anak
batu sebesar anak batu yang digunakan untuk melastik
sambil bertakbir pada setiap kali lontaran. Baginda
melontarnya dari dalam lembah tersebut. Kemudian
Baginda pergi ke tempat menyembelih lalu menyembelih

Kewafatan Rasulullah SAW Seratus ekor unta
disembelih sebagai
binatang korban.
Rasulullah SAW
sendiri menyembelih
sebanyak 63 ekor
dan selebihnya
diuruskan oleh
Sayyidina Ali r.a.

10

enam puluh tiga ekor unta dengan tangannya sendiri,
kemudian diserahkan kepada Ali untuk menyembelih
yang selebihnya iaitu tiga puluh tujuh ekor unta sebagai
menggenapkan seratus ekor unta. Kemudian Baginda
mengarahkan diambil sebahagian daging dari setiap unta
yang disembelih lalu dimasak. Baginda dan Ali memakan
daging yang dimasak itu dan menghirup kuahnya.

Selepas itu Rasulullah SAW menunggang untanya
pergi ke Ka’bah. Di Mekah Baginda menunaikan salat
Zohor. Kemudian Baginda datang kepada kaum kerabat
Bani ‘Abd al-Muttalib yang sedang mengendalikan
urusan memberi minum orang-orang haji, seraya berkata:
“Biarkan Bani ‘Abd al-Muttalib yang menguruskan minuman
orang haji, kalaulah tidak kerana bimbang orang lain berebut

mengambil tugas memberi minuman ini daripada kamu, 11
nescaya aku akan bersama kamu memberikan minuman”.
Kemudian mereka menghulurkan sebaldi air, lalu Haji Perpisahan
Baginda minum daripadanya.10

Pada hari korban iaitu hari 10 Zulhijjah, Baginda turut
menyampaikan khutbahnya tatkala masuk waktu Duha.
Baginda menyampaikan khutbah di atas keldai putih yang
bertompok hitam, sementara Ali menjadi penyampai
bagi pihak Baginda. Semasa khutbah disampaikan orang
ramai ada yang berdiri dan ada yang duduk11. Dalam
khutbah ini Baginda mengulang semula sebahagian
khutbah yang disampaikannya semalam. Al-Bukhariy
dan Muslim meriwayatkan hadith daripada Abu Bakrah
yang berkata: Nabi SAW menyampaikan khutbah kepada
kami pada Hari Korban. Baginda bersabda:

“Sesungguhnya masa telah berpusing sebagaimana
bentuknya pada hari diciptakan langit dan bumi. Setahun
mengandungi dua belas bulan. Empat bulan darinya
ialah bulan-bulan Haram. Tiga bulan berturut-turut iaitu
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram serta bulan Rejab
Mudar (dipanggil Rejab Mudar sempena kabilah Mudar
yang berlebih-lebih membesarkan bulan Rejab) yang berada di
antara dua bulan Jumadi dan Sha‘ban.”

Baginda bertanya: “Bulan apakah ini?” Kami menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Kemudian
Baginda diam sehingga kami menyangka Baginda akan
menamakan bulan ini dengan nama yang lain. “Bukankah
sekarang ini bulan Zulhijjah?” Tanya Baginda.

Kewafatan Rasulullah SAW Kami menjawab: “Bahkan”. Baginda bertanya lagi:
“Negeri apakah ini?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-
Nya yang lebih tahu”. “Bukankah ini negeri kamu?” Tanya
Baginda. Kami menjawab: “Bahkan”. “Hari apakah ini?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Kemudian Baginda diam sehingga kami menyangka
Baginda akan menamakannya dengan nama yang lain.
“Bukankah hari ini Hari Korban?” Tanya Baginda. Kami
menjawab: “Bahkan”.

Sabda Baginda: “Sesungguhnya darah, harta benda dan
kehormatan kamu adalah haram terhadap kamu sebagaimana
haramnya (kehormatan) hari ini, di negeri ini dan di bulan ini.
Kelak kamu akan bertemu Tuhanmu dan Dia akan menyoal
kamu tentang amalan yang kamu lakukan. Ingatlah, janganlah
kamu berpatah balik menjadi sesat setelah ketiadaanku, saling
12 bunuh membunuh antara satu sama lain. Ingatlah, bukankah
aku telah menyampaikan?”

Mereka menjawab: “Benar”. Baginda bersabda:
“Ya Allah, saksikanlah”. “Hendaklah orang yang hadir
menyampaikan kepada orang yang tidak hadir. Adakalanya
orang yang disampaikan berita kepadanya lebih faham
daripada orang yang mendengar sendiri”.12

Dalam riwayat lain, Baginda menyebutkan dalam
khutbah itu: “Ingatlah, tidak boleh seorang berbuat
jenayah (kesalahan) melainkan dia sendiri memikul
tanggungjawabnya, tidak boleh seorang berbuat kesalahan
untuk dipertanggungjawabkan terhadap anaknya dan
tidak boleh seorang anak berbuat kesalahan untuk
dipertanggungjawabkan terhadap bapanya. Ingatlah,

sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah di 13
negeri kamu ini selama-lamanya, akan tetapi ia akan ditaati
disebabkan kamu meremeh-remehkan amalan kamu, dan ia Haji Perpisahan
sudah berpuas hati dengan cara itu”.13

Baginda menetap di Mina pada hari-hari Tashriq
sambil menunaikan ibadat-ibadat haji, mengajarkan
syariat-syariat, menegakkan sunnah-sunnah petunjuk
yang diwarisi daripada agama Nabi Ibrahim serta
menghapuskan kesan-kesan syirik dan mercu-mercu
tandanya. Pada sesetengah hari-hari Tashriq itu,
Baginda turut menyampaikan khutbahnya. Abu Dawud
meriwayatkan sebuah hadith dengan isnad yang hasan
daripada Sarra’ binti Nabhan yang berkata: Rasulullah
SAW menyampaikan khutbah kepada kami pada hari
al-Ru’us (Hari Tahsriq yang kedua). Baginda bersabda:
“Bukankah hari ini adalah Hari Tashriq yang pertengahan?”14.
Khutbah yang disampaikan oleh Baginda pada hari itu
adalah sama seperti khutbahnya pada Hari Korban.
Khutbah ini disampaikan sebaik sahaja turunnya surah
al-Nasr.

Baginda menetap di Mina pada hari-hari
Tashriq sambil menunaikan ibadat-ibadat haji,

mengajarkan syariat-syariat, menegakkan
sunnah-sunnah petunjuk yang diwarisi daripada
agama Nabi Ibrahim serta menghapuskan kesan-

kesan syirik dan mercu-mercu tandanya.

Kewafatan Rasulullah SAW Pada hari Nafar al-Thani –13 Zulhijjah- Nabi bertolak
meninggalkan Mina lalu singgah di cerun bukit Bani
Kinanah dalam kawasan al-Abtah. Baginda menetap di
situ menghabiskan saki baki hari tersebut dan malamnya.
Di situ Baginda menunaikan salat Zohor, Asar, Maghrib
dan Isya’. Kemudian Baginda tidur sekejap. Setelah itu
Baginda menunggang kenderaannya pergi ke Ka’bah lalu
melakukan Tawaf Wada’.

Setelah selesai semua ibadat hajinya, Baginda
mengarahkan semua rombongannya untuk balik ke Kota
Madinah yang suci, tetapi bukan balik untuk berehat,
malah untuk meneruskan semula perjuangan dan jerih
payah kerana Allah dan di jalan Allah.15

14 Misi Ketenteraan Terakhir

Keangkuhan kerajaan Rom telah menjadikan ia menolak
untuk menerima hak kebebasan hidup. Keangkuhan itu
mendorongnya untuk membunuh rakyatnya yang masuk
agama Islam, sebagaimana yang diperlakukan terhadap
Farwah bin ‘Amru al-Jadhmiy yang menjadi gabenor Rom
di Ma‘an.

Melihat kepada kebiadaban dan keangkuhan ini,
Rasulullah SAW mempersiapkan sepasukan tentera yang
besar pada bulan Safar tahun 11 Hijrah. Baginda melantik
Usamah bin Zayd bin Harithah untuk mengetuai
pasukan itu. Disuruhnya Usamah membawa kudanya

masuk ke sempadan Balqa’ dan Darum dalam kawasan 15
Palestin. Tujuannya ialah untuk menakutkan Rom serta
mengembalikan kepercayaan orang-orang Arab yang Haji Perpisahan
tinggal di kawasan-kawasan sempadan itu. Jangan sampai
ada yang menyangka bahawa kebiadaban pihak gereja itu
tidak ada yang berani bertindak balas, dan masuk Islam
akan mendedahkan pengikutnya kepada pembunuhan.

Tetapi orang ramai mula memperkatakan tentang
panglima perang yang dilantik itu kerana dia masih
muda. Justeru, mereka meminta ditangguhkan misi
Usamah. Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Jika
kamu mempertikaikan kepimpinannya, bererti kamu
mempertikaikan kepimpinan bapanya sebelum ini. Demi
Allah, bapanya adalah seorang yang benar-benar layak
diserahkan kepimpinan ini dan dia adalah antara orang
yang paling aku cintai. Sesungguhnya anaknya ini juga
termasuk di kalangan orang yang paling aku cintai selepas
bapanya”.16

Kemudian barulah orang ramai sedia mengikut
Usamah dan bergabung dalam pasukan tenteranya.
Akhirnya mereka pun keluar hingga sampai ke al-Juruf
sejauh satu farsakh dari Madinah. Akan tetapi berita yang
membimbangkan tentang kesihatan Rasulullah SAW
memaksa mereka untuk melambat-lambatkan perjalanan
sehingga mereka dapat tahu apa yang dilakukan oleh
Allah terhadapnya. Allah telah mentakdirkan bahawa
misi ini akan menjadi misi ketenteraan pertama yang
dilancarkan semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq.17



Tanda-Tanda
Perpisahan

17

etelah dakwah Islam mula
sempurna dan Islam mula
menguasai kedudukan,
maka mulalah kelihatan tanda-tanda
bahawa Baginda akan meninggalkan
kehidupan dan manusia ini. ianya
terpancar melalui perasaan Rasulullah
SAW dan tampak jelas melalui
ungkapan-ungkapan dan tindak-
tanduknya.

Menuju Teman Yang Maha Tinggi emasa bulan Ramadan tahun 10 Hijrah,
Baginda beriktikaf selama dua puluh hari,
padahal sebelum itu Baginda hanya beriktikaf
sepuluh hari sahaja. Jibril datang kepadanya untuk
bertadarus al-Quran sebanyak dua kali pada tahun
itu. Semasa Haji Wada’, Baginda ada menyebutkan:
“Sesungguhnya aku tidak pasti, entahkan aku tidak akan
bertemu kamu lagi selepas tahun ini di tempat ini buat selama-
lamanya”. Katanya lagi, ketika berada dekat Jamrah al-
‘Aqabah: “Pelajarilah daripadaku ibadat-ibadat haji kamu,
kerana boleh jadi aku tidak akan berhaji lagi selepas tahun ini.”

Surah al-Nasr pula turun kepada Baginda pada
pertengahan hari-hari Tahsriq. Justeru, dapatlah difahami
bahawa ianya membawa maksud perpisahan dan Baginda
rupanya sedang menyiarkan berita kematiannya sendiri.

18

Pada awal bulan Safar tahun 11 Hijrah, Rasulullah
SAW keluar ke Uhud. Di situ Baginda berdoa kepada para
syuhada’ bagaikan orang yang mengucapkan selamat
tinggal untuk orang hidup dan orang mati. Kemudian
Baginda beredar dan naik di atas mimbar seraya berkata:
“Sesungguhnya aku akan mendahului kamu, dan aku akan
menjadi saksi terhadapmu. Demi Allah aku sekarang benar-
benar sedang melihat kepada kolamku. Sesungguhnya aku
diberikan kunci seluruh kekayaan bumi atau kunci-kunci
bumi. Demi Allah, aku bukannya bimbang kamu akan syirik
selepasku tetapi yang aku bimbangkan ialah kamu berlumba-
lumba merebut dunia.” 18

Pada suatu malam – pada waktu tengah malam-
Baginda keluar ke Baqi’, lalu memohon pengampunan

Perkuburan Baqi’ “...Demi Allah,
aku bukannya
bimbang kamu akan
syirik selepasku tetapi
yang aku bimbangkan
ialah kamu berlumba-
lumba merebut

dunia.”

untuk penghuni perkuburan Baqi’ sambil berkata: 19
“Assalamualaikum hai penghuni kubur. Moga kamu bersenang
lenang dengan nikmat yang kamu kecapi di dalamnya Tanda-Tanda Perpisahan
berbanding orang lain yang menghadapi keadaannya. Telah
datang fitnah-fitnah persis sebahagian malam yang gelap
gelita. Fitnah yang kemudian menyusuli selepas yang awal
sedangkan yang kemudian itu lebih buruk dari yang awal.”

Kemudian Baginda menggembirakan penduduk kubur
itu dengan katanya: “Sesungguhnya kami akan menyusuli
kamu.”

Mula Jatuh Sakit

Pada 29 Safar tahun 11 Hijrah – iaitu pada hari Isnin-
Rasulullah SAW menghadiri pengkebumian jenazah di
Baqi’. Setelah kembali, iaitu semasa dalam perjalanan
pulang Baginda ditimpa rasa sakit kepala. Kepanasannya
meningkat dengan mendadak sehinggakan mereka

mendapati ketinggian suhu Semasa sakitnya,
panasnya itu dari atas serban Baginda masih
yang membaluti kepalanya. menunaikan salat
secara berjemaah
Semasa sakitnya, Baginda dengan para
masih menunaikan salat sahabatnya selama
secara berjemaah dengan para sebelas hari.
sahabatnya selama sebelas
hari, sedangkan keseluruhan
hari-hari sakitnya ialah tiga
belas atau empat belas hari.

Minggu Terakhir

Menuju Teman Yang Maha Tinggi20 Sakit Rasulullah SAW semakin berat, lantas Baginda
bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana?”
“Di mana aku esok?” Isteri-isterinya segera memahami
maksud tujuan Baginda, lalu menyerahkan kepadanya
untuk memilih di mana sahaja ia ingin berada. Lantaran
itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah sambil berjalan
kaki dengan dipapah oleh al-Fadl bin ‘Abbas dan Ali bin
Abu Talib. Dalam keadaan kepala yang berbalut, Baginda
melangkah sehingga masuk ke rumah Aisyah. Lalu,
Baginda menghabiskan minggu terakhir kehidupannya
di sisi Aisyah.
Aisyah membacakan surah al-Mu‘awwadhat (surah
al-Falaq & surah an-Nas) dan doa-doa yang dihafalnya
daripada Rasulullah SAW, sambil meniupkan ke tubuh
baginda, kemudian dia memegang tangan Baginda untuk

Gambaran ilustrasi rumah
Rasulullah SAW.

disapukan ke seluruh tubuhnya kerana mengharapkan
keberkatannya.

Lima Hari Sebelum Kewafatan 21

Pada hari Rabu, iaitu lima hari sebelum kewafatan, tubuh Tanda-Tanda Perpisahan
Baginda bertambah panas sehingga menambahkan
kegeringannya dan menyebabkan Baginda pitam.
Kemudian Baginda berkata: “Simbahkan ke atasku tujuh
geriba air dari perigi-perigi yang berlainan, supaya aku dapat
keluar bertemu orang dan menyampaikan amanat kepada
mereka.”

Kemudian mereka pun mendudukkan Baginda dalam
besen besar lalu menuangkan air ke atasnya sehingga
terasa sedikit kesegaran kepadanya. Kemudian Baginda
berkata: “Cukuplah, cukuplah.”

Setelah itu Baginda terasa sedikit kelegaan lalu
Baginda masuk ke masjid sambil berbungkus kepalanya.
Setelah duduk di atas mimbar, Baginda berkhutbah
kepada manusia yang telah berkerumun di sekitarnya.
Katanya: “Allah menimpakan kutukan-Nya ke atas-orang
Yahudi dan Nasrani. Mereka itu menjadikan kubur nabi-nabi
mereka sebagai masjid.”

Dalam riwayat yang lain:
“Allah menimpakan “Allah memerangi orang-orang
kutukan-Nya ke atas- Yahudi dan Nasrani yang
orang Yahudi dan menjadikan kubur nabi-nabi
Nasrani. Mereka itu mereka sebagai masjid.” 19
menjadikan kubur
nabi-nabi mereka Baginda juga bersabda:
“Jangan jadikan kuburku sebagai
sebagai masjid.”
22 berhala yang disembah.” 20

Menuju Teman Yang Maha Tinggi Baginda menawarkan
dirinya supaya diqisas dengan katanya: “Barang siapa
yang aku pernah merotan belakang tubuhnya, maka inilah
belakang tubuhku, silalah membalasnya. Sesiapa yang pernah
aku jatuhkan maruahnya, nah inilah maruahku silakan
membalasnya.”

Kemudian Baginda turun dari mimbar dan menunaikan
salat Zohor. Kemudian Baginda kembali semula duduk di
atas mimbar lalu mengulangi semula kata-katanya tadi
berkaitan pembalasan dan selainnya. Lalu ada seorang
lelaki yang berkata: “Sesungguhnya aku ada hak di sisimu
sebanyak tiga dirham.”

Replika adalah
rupabentuk
asal mimbar
Rasulullah SAW
yang mempunyai
3 anak tangga.

Lalu Baginda berkata: “Hai Fadl, serahkan haknya”. 23
Kemudian Baginda mewasiatkan tentang orang-orang
Ansar dengan katanya: “Aku berpesan kepadamu tentang Tanda-Tanda Perpisahan
orang Ansar, sesungguhnya mereka adalah tempat amanahku
zahir dan batin. Mereka telah menunaikan kewajipan mereka
dan masih tinggal lagi hak untuk mereka. Oleh itu terimalah
orang yang berbuat baik dari kalangan mereka dan maafkan
orang yang bersalah dari kalangan mereka.”

Dalam satu riwayat yang lain, Baginda menyebutkan:
“Sesungguhnya manusia semakin ramai, sementara orang
Ansar semakin sedikit sehinggakan seperti garam di dalam
makanan. Oleh itu barang siapa yang menjadi pemimpin dan
berupaya menjatuhkan hukuman terhadap seseorang atau
mendatangkan kebaikan terhadapnya, maka hendaklah ia
menerima orang Ansar yang berbuat baik dan memaafkan
orang Ansar yang berbuat salah.” 21

Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ada seorang hamba
yang Allah berikan pilihan kepadanya untuk memberikan

kepadanya segala kesenangan dunia atau memilih apa yang
ada di sisi-Nya, lalu hamba itu memilih apa yang ada di sisi
Allah.”

Abu Sa‘id al-Khudriy berkata: “Mendengarkan itu maka
Abu Bakar pun menangis seraya berkata: “Kami tebus dirimu
dengan bapa dan ibu kami.”

Kata-kata Abu Bakar itu menghairankan kami, lalu
ada orang yang berkata: “Lihatlah orang tua ini.” Rasulullah
SAW memberitahu tentang seorang hamba yang diberikan
pilihan oleh Allah samada untuk mendapatkan kesenangan
dunia atau memilih apa yang ada di sisi-Nya, tiba-tiba dia
berkata: “Kami tebus dirimu dengan bapa dan ibu kami”.
Sebenarnya hamba yang
diberi pilihan itu ialah
Rasulullah SAW dan Abu
24 Bakar ialah orang yang

Menuju Teman Yang Maha Tinggi paling mengetahuinya di
kalangan kami.” 22

KemudianRasulullah
SAW bersabda lagi:
“Sesungguhnya orang
yang paling pemurah
kepadaku dalam bersahabat dan mengorbankan harta
bendanya ialah Abu Bakar. Kalaulah aku boleh mengambil
seorang kekasih selain Tuhanku nescaya aku mengambil Abu
Bakar sebagai kekasih. Tetapi hubungan itu hanya sekadar
persaudaraan dan kasih sayang di dalam Islam. Jangan
dibiarkan mana-mana pintu di dalam masjid melainkan
hendaklah ditutup, kecuali pintu Abu Bakar.” 23

Empat Hari Sebelum Kewafatan Tanda-Tanda Perpisahan

Pada hari Khamis empat hari sebelum kewafatan
baginda, di saat sakitnya semakin bertambah, Baginda
bersabda: “Marilah aku tuliskan untuk kamu satu surat yang
kamu tidak akan sesat selepas ketiadaanku”, ketika itu dalam
rumah ada beberapa orang lelaki termasuk Umar. Lalu
Umar berkata: “Baginda terlalu gering sekarang, sedangkan
di sisi kamu ada al-Quran, memadailah untuk kamu kitab
Allah”. Lalu timbullah perselisihan pendapat di kalangan
mereka yang ada di dalam rumah itu sehingga mereka
saling berbalah.

25

Di kalangan mereka ada yang berkata: “Marilah hampiri
supaya Rasulullah SAW dapat menulis untuk kamu”. Tetapi
sebahagian lagi mengatakan seperti yang dikatakan
oleh Umar. Oleh kerana banyak terjadi riuh rendah dan
perselisihan, maka Rasulullah berkata: “Bangunlah kamu
dari sisiku.” 24

Menuju Teman Yang Maha Tinggi Replika rupabentuk asal
Masjid Nabawi.

Pada hari itu Baginda berpesan dengan tiga perkara:
Baginda berpesan supaya orang-orang Yahudi, Nasrani
dan Musyrikin hendaklah dikeluarkan dari Semenanjung
Arab. Baginda berpesan lagi supaya menyambut dan
melayani para utusan yang datang sebagaimana Baginda
26 melayani mereka. Pesanan yang ketiga tidak diingat oleh
perawi. Ada kemungkinan Baginda berpesan supaya
berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah, atau
berpesan supaya melangsungkan misi ketenteraan
Usamah, atau mungkin juga Baginda berpesan tentang
salat dan hal hamba sahaya.

Walaupun sakit, Nabi bertambah gering namun
Baginda tetap menunaikan salatnya secara berjemaah
dengan orang ramai, sampailah ke hari itu – hari Khamis
empat hari sebelum kewafatannya. Pada hari itu Baginda
bersalat Maghrib dengan orang ramai dan di dalam salat
itu Baginda membaca surah al-Mursalat. 25

Semasa waktu Isya’ sakit Baginda bertambah kuat
sehingga Baginda tidak berupaya lagi untuk keluar

ke masjid. Aisyah menceritakan: Nabi SAW bertanya:
“Adakah orang semua sudah sembahyang?” Kami menjawab:
“Belum, wahai Rasulullah, mereka sedang menantimu.”

Baginda berkata: “Siapkan
Baginda berpesan untukkuairdidalambesenbesar.”
supaya orang-orang Lalu kami pun melakukannya.
Yahudi, Nasrani dan Setelah mandi Baginda cuba
Musyrikin hendaklah untuk bangkit, tetapi Baginda
dikeluarkan dari jatuh pengsan. Setelah sedar,
Semenanjung Arab. Baginda bertanya: “Sudahkah
orang semua sembahyang?”,
kemudian berlaku lagi kali
kedua dan kali ketiga sebagaimana yang berlaku pada
kali pertama iaitu, Baginda mandi, kemudian pengsan
tatkala hendak bangkit. Kemudian Baginda mengarahkan
supaya Abu Bakar mengimami manusia. Lalu pada hari-
27

hari itu Abu Bakar menjadi imam sebanyak tujuh belas Tanda-Tanda Perpisahan
waktu salat semasa Rasulullah SAW masih hidup.

Aisyah cuba memujuk Rasulullah SAW sebanyak tiga
atau empat kali supaya dilantik orang lain selain Abu
Bakar untuk menjadi imam supaya orang tidak merasa
bosan, tetapi Baginda enggan dan berkata: “Kamu semua
seperti wanita-wanita yang menggoda Yusuf. Suruhlah Abu
Bakar menjadi imam kepada orang ramai.”

Sehari Atau Dua Hari sebelum
Kewafatan

Pada hari Sabtu atau Ahad, Nabi berasa sedikit kelegaan,
lalu Baginda keluar dengan dipapah oleh dua orang
lelaki untuk menunaikan salat Zohor. Ketika itu Abu
Bakar sedang mengimamkan mereka. Tatkala Abu Bakar
melihat kedatangan Rasulullah, dia pun berundur, tetapi
Rasulullah SAW mengisyaratkan kepadanya supaya tidak
berundur.

Baginda berkata kepada dua orang yang memapahnya:
“Dudukkan aku di sebelahnya.”

28 Mereka pun mendudukkannya di sebelah kiri Abu
Bakar. Lantas Abu Bakar mengikut solat Rasulullah
Menuju Teman Yang Maha Tinggi sambil memperdengarkan takbir. 26

Sehari Sebelum Kewafatan

Sehari sebelum kewafatan Baginda – hari Ahad, Nabi
SAW memerdekakan semua hamba sahayanya dan
bersedekah tujuh dinar yang ada dalam simpanannya.
Baginda memberikan senjata-senjatanya kepada orang-
orang Islam. Pada malamnya Aisyah meminjam minyak
pelita daripada jirannya. Sebelum itu baju besi Rasulullah
digadai kepada seorang Yahudi dengan bayaran tiga puluh
gantang gandum.

Sebelum kewafatan Baginda –hari
Ahad, Nabi SAW memerdekakan semua
hamba sahayanya dan bersedekah tujuh

dinar yang ada dalam simpanannya.

Hari Terakhir Kehidupan Rasulullah

Anas bin Malik meriwayatkan: Tatkala orang-orang 29
Islam sedang bersalat Subuh pada hari Isnin dengan
diimamkan oleh Abu Bakar, tiba-tiba mereka dikejutkan Tanda-Tanda Perpisahan
oleh Rasulullah SAW yang menyingkap tabir bilik Aisyah
lalu memandang ke arah mereka. Ketika itu mereka
berada di dalam saf, kemudian Baginda tersenyum dan
tertawa. Lantas Abu Bakar berundur ke belakang untuk
masuk dalam saf kerana menyangka Rasulullah SAW
hendak keluar untuk salat bersama mereka.

Anas berkata: Orang-orang Islam terasa hendak
menghentikan salat kerana gembira dengan Rasulullah
SAW, tetapi Rasulullah SAW mengisyaratkan kepada
mereka dengan tangannya supaya menyempurnakan
salat mereka. Kemudian Baginda masuk semula ke bilik
dan menutup tirainya. 27

Kemudian tidak datang
“Peliharalah salat, lagi waktu salat yang lain
peliharalah salat dan dalam kehidupan Rasulullah
hamba-hamba yang SAW selepas itu.
kamu miliki.” Setelah waktu Duha

semakin meninggi, Nabi
SAW memanggil Fatimah lalu membisikkan sesuatu
kepadanya, lantas Fatimah pun menangis. Kemudian
Baginda memanggilnya sekali lagi lalu membisikkan
sesuatu sehingga Fatimah tertawa. Aisyah berkata:
“Kami bertanya tentang hal itu – tidak lama selepas itu,
lalu Fatimah menjawab: “Rasulullah SAW membisikkan
kepadaku bahawa Baginda akan wafat dengan sakit yang
sedang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian
Baginda membisikkan kepadaku bahawa akulah ahli
30 keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, lalu
aku pun tertawa.” 28
Menuju Teman Yang Maha Tinggi
Nabi SAW juga turut menghiburkan Fatimah bahawa
dia adalah ketua seluruh wanita di alam maya ini. 29

Tatkala Fatimah melihat penderitaan hebat yang
ditanggung oleh Rasulullah SAW, dia pun berkata:
“Alangkah deritanya ayahanda”. Lalu Rasulullah SAW
berkata kepadanya: “Selepas hari ini tidak ada lagi
penderitaan ke atas ayahandamu.” 30

Baginda memanggil al-Hasan dan al-Husayn lalu
berpesan dengan kebaikan kepada mereka berdua.
Kemudian Baginda memanggil isteri-isterinya lalu
menyampaikan nasihat dan peringatan kepada mereka.

Masjid Nabawi

Rumah Rumah
Hafshah binti Umar Fatimah Az-Zahra RA
(Puteri Rasulullah SAW)
al-Khattab
Rumah
Rumah Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq Zainab binti Jahsy
(Rumah inilah di mana Rasulullah SAW
Rumah Saudah binti Zam’ah
menghembuskan nafas terakhir dan
dimakamkan). 31

Sakit Baginda bertambah kuat. Kesan racun daging Tanda-Tanda Perpisahan
kambing yang sempat dikunyahnya sedikit semasa di
Khaybar mula kelihatan, sehinggakan Baginda bersabda:
“Hai Aisyah, aku masih lagi terasa bisa makanan yang aku
makan di Khaybar, maka sekarang tibalah masanya aku
merasai bagaikan hendak putus urat tengkokku akibat racun
itu.” 31

Kemudian Baginda berpesan kepada orang ramai
dengan katanya: “Peliharalah salat, peliharalah salat dan
hamba-hamba yang kamu miliki.” Baginda menyebut
pesanan itu berulang kali.



Detik Terakhir

33

ibalah sudah detik
terakhir kehidupan
Baginda SAW, lalu
Aisyah menyandarkan Baginda ke
ribaannya. Dalam hal ini Aisyah
pernah berkata: “Antara nikmat-nikmat
yang Allah kurniakan kepadaku ialah
Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku
semasa giliranku dan di rangkulanku
antara dada dan leherku. Dan Allah
mengumpulkan air liurku dan air liur
Baginda ketika kewafatannya.”

Menuju Teman Yang Maha Tinggibdul Rahman bin Abu Bakar masuk sambil
memegang kayu sugi. Ketika itu aku sedang
meriba Rasulullah SAW, lalu aku lihat
Baginda memandang ke arah Abdul Rahman, dan aku
sedar bahawa Baginda tertarik dengan kayu sugi itu.
Aku pun berkata: “Mahukah aku ambilkan kayu sugi
untukmu?” Baginda mengisyaratkan dengan kepalanya
tanda setuju. Lalu aku hulurkan kayu sugi kepadanya
tetapi terasa keras olehnya. Aku pun berkata: “Mahukah
aku lembutkannya untukmu?” Baginda mengisyaratkan
dengan kepalanya tanda setuju. Lalu aku lembutkan,
kemudian Baginda menyuruh supaya disugi, dalam
satu riwayat yang lain menyebutkan: “Baginda

bersugi dengan kayu sugi dengan cara yang
lebih baik daripada persugiannya
selama ini”. Ketika itu di hadapan

34 Baginda ada bekas kecil berisi air.
Baginda mencelupkan tangannya
di dalam bekas air itu kemudian

menyapukan ke mukanya sambil bersabda: “Tidak ada
tuhan selain Allah, sesungguhnya bagi kematian itu ada
sakarat (mabuk).” 32

Sebaik sahaja selesai bersugi Baginda mengangkat
tangannya atau jarinya serta mendongak pandangannya
ke bumbung. Ketika itu bibirnya bergerak. Aisyah
merapatkan kepadanya dan mendengar Baginda
menyebutkan: “Bersama orang-orang yang Engkau berikan
nikmat kepada mereka dari kalangan nabi-nabi, siddiqin,
syuhada’ dan solihin. Ya Allah ampunkanlah daku dan
rahmatilah daku, serta pertemukan daku dengan Teman Yang
Tertinggi, Ya Allah, Teman Yang Tertinggi.” 33

Baginda mengulangi kalimah yang akhir itu sebanyak
tiga kali, kemudian tangannya terkulai layu dan Baginda
pun bertemu Teman Yang Tertinggi. Inna lillahi wa inna
ilaihi raji’un.

Saat kematian Baginda ialah ketika matahari sudah
meninggi pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah.
Usia Baginda ketika kewafatannya genap enam puluh
tahun empat hari.

Bilik Aisyah

35

Kedudukan tempat Detik Terakhir
pembaringan
Rasulullah SAW
semasa Baginda
jatuh sakit sehingga
Baginda wafat.

Ruang Tamu

Replika ini merupakan
gambaran susunatur di dalam
rumah Sayyidatina Aisyah r.a.



Kesedihan
Menyelubungi Para

Sahabat

37

erita yang menggemparkan
mula tersiar. Penduduk
Madinah terasa suasana
sekeliling dan ruang angkasanya
bagaikan gelap gelita.

Menuju Teman Yang Maha Tingginas berkata: “Aku tidak pernah melihat hari
yang paling baik dan berseri-seri melainkan
hari Rasulullah SAW sampai kepada kami dan
aku tidak pernah melihat hari yang paling buruk dan gelap
melainkan hari kewafatan Rasulullah SAW.” 34
Setelah Baginda wafat, Fatimah berkata: “Duhai
ayahanda kesayanganku yang telah menyahut panggilan
Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga al-Firdaus
tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada
Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.” 35

Sikap Umar

38 Umar bin al-Khattab yang ketika berita kematian
Rasulullah SAW telah menyebabkan dia hilang
pertimbangan lalu bangun dan berkata: “Ada beberapa
orang lelaki munafik mendakwa bahawa Rasulullah SAW
telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak mati, akan
tetapi Baginda pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa
bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya
selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali kepada
kaumnya setelah orang mengatakan dia telah mati. Demi
Allah, Rasulullah SAW akan kembali, dan memotong tangan
dan kaki orang yang mengatakan Baginda telah mati.” 36


Click to View FlipBook Version