The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENDIDIKAN ISLAM SKPTLDMKK, 2022-01-31 05:17:49

Kewafatan Rasulullah SAW

Kewafatan Rasulullah SAW

Sikap Abu Bakar

Abu Bakar bergegas memecut kudanya dari rumahnya
di al-Sanah sehingga apabila sampai dia pun masuk ke
masjid tanpa berbicara sepatah kata pun dengan orang-
orang di situ. Setelah masuk menemui Aisyah dia terus
meluru kepada Rasulullah SAW yang ketika itu sudah
ditutupi dengan pakaian Habarah (buatan Yaman). Lalu
disingkapkan wajah Rasulullah kemudian dipeluk dan
diciumnya Baginda seraya dia menangis. Kemudian
dia berkata: “Demi bapa dan ibuku, Allah tidak akan
mengumpulkan dua kematian untukmu. Kematian yang telah
ditetapkan ke atas engkau telah pun engkau hadapinya.”

Kemudian Abu Bakar keluar sedang ketika itu Umar 39
masih lagi melontarkan kata-katanya kepada orang
ramai, lalu dia berkata: “Duduklah hai Umar.” Tetapi Umar Kesedihan Menyelubungi Para Sahabat
enggan duduk.

Replika ini adalah gambaran tempat
pembaringan Rasulullah SAW.

Menuju Teman Yang Maha TinggiLalu orang ramai beralih tumpuan kepada Abu Bakar
dan meninggalkan Umar. Abu Bakar pun berkata: “Barang
siapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad
SAW, maka sesungguhnya Muhammad telah mati, tetapi
barang siapa di kalangan kamu yang menyembah Allah,
maka sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati. Allah telah
berfirman:

40

Maksudnya: “Dan Muhammad itu tidak lain
hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului
oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau
terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau
terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah
menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik
(menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan
mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya)
Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-
orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak
ada bandingannya itu)”

(Ali-‘Imran: 144)

Ibn ‘Abbas berkata: “Demi Allah, seakan-akan manusia
tidak pernah mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan
sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang
mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang
yang mendengar ayat yang dibaca itu turut membacakannya.”

Ibn al-Musayyab berkata: Umar menyebutkan: “Demi
Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan
ayat itu maka aku menjadi lemah longlai sehingga tidak
berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi tatkala
mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku
bahawa Nabi SAW telah wafat.” 37

Abu Bakar berkata: 41
“Barang siapa di kalangan kamu yang
menyembah Muhammad SAW, maka Kesedihan Menyelubungi Para Sahabat
sesungguhnya Muhammad telah mati,
tetapi barang siapa di kalangan kamu yang
menyembah Allah, maka sesungguhnya

Allah hidup dan tidak mati.”



Persiapan Dan
Pengkebumian Jasad
Baginda Yang Mulia

43

ebelum jenazah Rasulullah
SAW diselenggarakan, terjadilah
perbalahan tentang urusan
khilafah sehingga membawa kepada
pertengkaran dan perbincangan hangat.

Menuju Teman Yang Maha Tinggirang-orang Muhajirin
saling tolak-menolak
di Saqifah Bani
Sa‘idah. Akhirnya mereka
sepakat menerima Abu
Bakar r.a sebagai khalifah.
Penyelesaian tentang isu
khalifah ini memakan masa
sehingga ke malam, pada hari
Isnin (hari kewafatan). Keadaan
tersebut menyebabkan orang
ramai sibuk sehingga melewatkan
penyelenggaraan jenazah Rasulullah
SAW. Sehinggakan pada akhir malam
-malam Selasa- sampai ke Subuhnya,
jasad Rasulullah masih terbaring
44 di atas pembaringannya dengan
ditutupi kain habarah, sedangkan
pintu rumahnya telah ditutup oleh
ahli keluarganya.
Pada hari Selasa mereka memandikan jenazah
Rasulullah SAW tanpa menanggalkan pakaiannya. Orang
yang memandikan Baginda ialah al-‘Abbas, Ali, al-Fadl
dan Qutham iaitu dua orang anak al-‘Abbas, Shuqran,
mawla (bekas hamba) Rasulullah SAW saw, Usamah bin
Zayd dan Aws bin Khawliy. Al-‘Abbas, al-Fadl dan Qutham
mengalih-alihkan jasad Baginda, sementara Usamah dan
Shuqran menyimbahkan air dan Ali memandikannya.
Aws pula menyandarkan jasad Baginda ke dadanya.

Kemudian mereka mengkafani jenazah Baginda
dengan tiga helai kain putih sahuliyyah yang diperbuat
daripada kapas. Baginda tidak dipakaikan gamis (baju)
dan serban38. Mereka memasukkan Baginda ke dalam tiga
pakaian itu sedikit demi sedikit.

Kemudian mereka berselisih pendapat di mana
hendak dikebumikan jasad baginda. Lantas Abu Bakar
berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Tiadalah seorang nabi yang dimatikan melainkan
dikebumikan di mana dia mati”. Lantaran itu Abu Talhah
pun mengangkat kain hamparan pembaringan Rasulullah
SAW, lalu digali tanah di bawahnya dan dibuat liang lahad
untuk kuburnya.

Ketika Nabi Muhammad SAW meninggal, 45
beliau dikuburkan di dalam kamarnya sendiri
(di tempat pembaringan Baginda ketika wafat). Persiapan Dan Pengkebumian Jasad Baginda Yang Mulia
Kamar yang merupakan ‘tempat tinggal’ Nabi
SAW dengan isterinya, Siti Aisyah.

Menuju Teman Yang Maha TinggiKemudian orang ramai masuk ke bilik itu bergilir-
gilir sepuluh orang selepas sepuluh orang untuk
menyembahyangkan ke atas Rasulullah SAW,
tanpa diimami oleh seseorang pun. Yang pertama
bersembahyang ke atasnya ialah kaum keluarganya,
kemudian orang-orang Muhajirin, kemudian orang-
orang Ansar. Orang-orang perempuan bersembahyang
ke atasnya setelah orang lelaki semua selesai. Setelah itu
kanak-kanak pula yang bersembahyang ke atasnya.

Sehari penuh pada hari Selasa itu dipenuhi dengan
urutan peristiwa ini, sehingga menjelang malam Rabu.
Aisyah berkata: “Kami tidak tahu entah bila Rasulullah SAW
dikebumikan sehinggalah kami mendengar bunyi penyodok
tanah di saat tengah malam pada malam Rabu.” 39

46

Makam Rasulullah SAW terletak di dalam bilik rumah Sayyidatina Aisyah.

Kini Makam Rasulullah SAW yang pada asalnya terletak di dalam
rumah Sayyidatina Aisyah r.a sudah menjadi sebahagian dalam Masjid
Nabawi setelah tapak Masjid Nabawi diperluaskan. Makam sahabat
nabi yaang dikebumikan bersebelahan Baginda adalah Abu Bakar al-
Siddiq dan Umar bin Khattab.

47

Persiapan Dan Pengkebumian Jasad Baginda Yang Mulia

Posisi makam Rasulullah SAW
ditandai dengan kubah hijau
di atasnya. Kubah hijau yang
dikenal dengan nama Kubah
Khudra dibangunkan pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud
(1233 H), dan kini menjadi ciri
khas atau identiti Masjid Nabawi.

48

Masjid Nabawi, Madinah pada masa kini.

49



Sifat dan Akhlak
Nabi SAW

abi SAW adalah seorang 51
insan yang istimewa
dengan keindahan fizikal
dan akhlaknya yang tidak cukup untuk
digambarkan dengan kata-kata. Kehebatan
peribadi Baginda itu dapat dilihat dengan
hati-hati manusia yang merasa kagum
dengannya. Berapa ramai orang yang
sanggup berkorban jiwa raga demi kerana
mempertahan dan membesarkan Baginda,
yang tak pernah dirakamkan dalam pentas
sejarah dunia kepada mana-mana orang
jua selain Baginda.

Kewafatan Rasulullah SAWrang-orang yang pernah bergaul dengan Baginda
sangat mencintainya sehingga sampai ke tahap
mabuk kepayang. Mereka tidak mempedulikan
lagi, biarpun dipenggal leher atau ditanggalkan kuku
mereka. Kecintaan yang begitu mendalam adalah tidak
lain kerana kesempurnaan-kesempurnaan yang ada pada
diri Rasulullah SAW yang mempesonakan dan tidak
dikurniakan kepada orang lain. Berikut adalah ringkasan
beberapa riwayat yang menerangkan tentang keindahan
dan kesempurnaan Rasulullah SAW, di samping kita
mengakui ketidakupayaan untuk merangkumkan semua
sifat kesempurnaan Baginda itu.

Keindahan Fizikal

52

Ummu Ma‘bad al-Khuza‘iyyah mensifatkan Rasulullah
SAW kepada suaminya tatkala Baginda singgah di
khemah mereka dalam perjalanan hijrahnya, dengan
katanya: “Seorang yang ketara keseriannya, putih mukanya,
baik akhlaknya, tidak merasai beban oleh badan yang besar,
tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil, indah
rupa paras dan menarik perhatian, luas dan tampak jelas mata
putih dan mata hitamnya, rambutnya lebat, suaranya serak-
serak basah, lehernya jinjang, mata hitamnya sangat ketara,
tampak urat lengannya, alisnya nipis, keningnya bersambung,
rambutnya sangat hitam, kalau dia diam nampak nyata
kehebatannya dan kalau dia berbicara nampak nyata
ketrampilannya, manusia paling menawan dan paling menarik
jika dipandang dari jauh, paling cantik dan manis dari dekat,

kata-katanya manis, kesegakannya memadai dengan selapis
pakaian sahaja, tidak bertutur yang sia-sia dan mengarut,
tutur katanya bagaikan jalinan batu permata yang menjulur
keluar, sederhana ketinggiannya, untuk memandangnya tak
perlu menunduk dan tak perlu mendongak, bagaikan satu
ranting di antara dua ranting, kalau dia bertiga maka dialah
yang menarik perhatian dan paling mendapat tempat, dia
mempunyai teman-teman yang mengelilinginya, kalau dia
berkata sesuatu mereka khusyuk mendengar kata-katanya,
kalau dia menyuruh sesuatu segera mereka melaksanakannya,
dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni, tidak bermuka masam
dan tidak memperlekehkan orang.”40

Ali bin Abu Talib mensifatkan Rasulullah SAW dengan 53
katanya: “Tidak tinggi melayup dan tidak terlalu rendah,
ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya Sifat dan Akhlak Nabi SAW
tidak kerinting dan tidak lurus tetapi antara keduanya, tidak
bermuka cengkung dan tidak tembam. Mukanya bulat dan
putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak
jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu,
badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal,
kalau dia berjalan maka diangkat kakinya tanpa menyeret
ke bumi bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun,
kalau dia berpaling maka dipalingkan berserta badannya,
antara dua belikatnya ada cap keNabian yang menunjukkan
Baginda penyudah segala Nabi, memiliki tapak tangan yang
paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan
dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang
dada –berdasarkan huraian ulama hadith-penterjemah),
paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan
perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia
pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali lalu terasa

Kewafatan Rasulullah SAWkehebatannya dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya
akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan
berkata: Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang
yang sepertinya SAW.”41

Dalam satu riwayat daripada Ali, beliau menyebutkan:
“Baginda seorang yang mempunyai kepala yang besar,
menonjol tulang-tulang sendinya, bulu-bulu antara dada dan
pusatnya halus dan panjang, jika dia berjalan maka menunduk
ke hadapan bagaikan sedang menuruni cerun.”42

Jabir bin Samurah berkata: “Baginda seorang yang luas
mulutnya, ada kemerah-merahan pada mata putihnya, tidak
banyak daging tumit kakinya.”43

Abu al-Tufayl berkata: “Baginda seorang yang putih,
bermuka manis dan sederhana tubuhnya, tidak tinggi, tidak
54 rendah, tidak gemuk dan tidak kurus.”44

Anas bin Malik berkata: “Baginda seorang yang luas tapak
tangannya”. Katanya lagi: “Seorang yang putih kemerahan,
tidak putih melepak dan tidak terlalu sawo matang, semasa
Baginda wafat di kepala dan janggutnya hanya terdapat uban
yang tidak melebihi dua puluh helai.”45

Kata Anas lagi: “Ada sedikit uban di dua pelipisnya”.
Dalam satu riwayat menyebutkan: “Di kepalanya ada
beberapa helai uban yang berserakan.”46

Abu Juhayfah berkata: “Aku melihat ada uban di bawah
bibir bawahnya yang disebut al-‘anfaqah.”47

Abdulah bin Busr berkata: “Pada ‘anfaqahnya (tempat
bawah bibir bawah) ada beberapa lembar uban.”48

Al-Barra’ berkata: “Baginda adalah seorang yang
sederhana, lebar dua bahunya, mempunyai rambut yang
mencecah cuping telinganya. Aku pernah melihatnya memakai
hullah (pakaian yang biasanya
dipakai sepasang) berwarna
“Baginda ialah merah, tak pernah aku lihat
orang yang paling sesuatu yang seindahnya.”49
tampan wajahnya
dan paling indah Pada mulanya Baginda
akhlaknya.” menguraikan rambutnya
(melepaskan ke hadapan
hingga mencecah ke
dahi) kerana suka untuk menyamai Ahli Kitab, tetapi
kemudiannya Baginda membelah rambutnya (membelah
di tengah kiri dan kanan).50

Al-Barra’ berkata: “Baginda ialah orang yang paling 55
tampan wajahnya dan paling indah akhlaknya.”51

Al-Barra’ ditanyakan: “Adakah wajah Nabi SAW seperti Sifat dan Akhlak Nabi SAW
pedang (panjang seperti pedang)?” Dia menjawab: “Tidak,
bahkan seperti bulan (bulat seperti bulan)”. Dalam satu
riwayat: “Wajahnya bulat.”52

Al-Rubayyi‘ binti Mu‘awwidh berkata: “Kalau engkau
melihat Baginda, bagaikan engkau melihat matahari yang
terbit.”53

Jabir bin Samurah berkata: “Aku pernah melihatnya
pada suatu malam yang terang, lalu aku melihat Rasulullah
SAW dan melihat ke arah bulan –Rasulullah SAW ketika itu
memakai hullah merah-, ternyata Baginda lebih indah padaku
daripada bulan.”54

Abu Hurayrah
berkata: “Tidak pernah
aku lihat sesuatu
pun yang lebih indah
daripada Rasulullah
bagaikan matahari
berarak di mukanya.
Tidak pernah aku lihat
seorang yang lebih
Sandal Rasulullah SAW cepat berjalan daripada

Rasulullah bagaikan bumi dilipatkan untuknya, dan kami
terpaksa menggagahi diri kami sedangkan Rasulullah SAW
berjalan bersahaja.”55

Kewafatan Rasulullah SAWKa‘ab bin Malik berkata: “Apabila Baginda gembira maka
bersinar-sinar wajahnya bagaikan belahan bulan.”56
56 Pernah sekali Baginda berpeluh di sisi Aisyah sehingga
raut wajahnya kelihatan berkilauan. Keindahan kilauan
itu diungkapkan oleh Abu Kabir al-Hudhaliy dengan
katanya:

“Apabila engkau melihat raut wajahnya
Ada kilauan bagaikan kilat yang memancar.” 57

Tatkala melihatnya, Abu Bakar berkata:

“Seorang yang amanah, terpilih, mengajak kebaikan
Bagaikan bulan purnama yang menghilangkan
kegelapan.” 58

Umar membacakan syair Zuhayr yang memuji Haram
bin Sinan:

“Kalau engkau bukan dari jenis manusia
Tentulah engkau cahaya yang menerangi di

malam purnama.”

Kemudian Umar berkata: “Begitulah juga perihalnya
Rasulullah SAW.”59

Apabila Baginda marah maka mukanya merah seolah-
olah tersembul di pipinya biji delima. 60

Jabir bin Samurah berkata: “Kedua betisnya halus 57
dan lembut, Baginda tidak tertawa melainkan sekadar
senyum. Kalau engkau melihat kepadanya maka engkau Sifat dan Akhlak Nabi SAW
akan mengatakan dua matanya dipakai celak, sedangkan
sebenarnya dia tidak bercelak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Dua batang gigi serinya agak jarang.
Apabila dia bercakap dilihat bagaikan ada cahaya yang terbit
dari celah dua gigi serinya.”61

Lehernya bagaikan anak patung yang elok daripada
perak yang jernih. Di tempat akar rambut berdekatan
keningnya terdapat sedikit rambut, janggutnya tebal,
dahinya luas, bulu keningnya nipis tanpa kelihatan
tulang yang menonjol antara dua keningnya, hidung
atasnya tinggi, hidung tengahnya melengkung dan dua
lubang hidungnya sempit, tidak banyak daging pada dua
pipinya, dari leher depannya hingga ke pusatnya ada bulu

Kewafatan Rasulullah SAW Dipercayai sebagai rambut
Rasulullah SAW. (Artifak ini
disimpan dalam muzium di
Dubai.)

58

yang mengurai seperti ranting sedangkan di perut dan
di dadanya tidak ada bulu seperti itu, pada dua lengan
dan dua bahunya ada bulu, perut dan dadanya rata
(tidak buncit), dadanya lebar, lengannya panjang, tapak
tangannya luas, belakang badannya sama (tidak bongkok),
tapak kakinya melengkung di tengah, anggota-anggotanya
panjang, pergerakannya padu dengan langkahan kaki
yang kemas dan perjalanan jalan yang sopan.62

Anas berkata: “Tak pernah aku sentuh sutera halus atau
sutera tebal yang terasa lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah SAW. Dan tak pernah aku hidu bau, -dalam satu

“Rasulullah SAW riwayat- tak pernah aku hidu
adalah haruman anbar atau kesturi atau sebarang
yang terharum.” wangian yang terlebih harum
daripada Rasulullah SAW.”63

Abu Juhayfah berkata: “Aku
mengambil tangan Baginda dan
meletakkan pada mukaku, lalu terasa lebih dingin daripada
salji dan lebih harum daripada kesturi.”64

Jabir bin Samurah berkata, ketika itu dia masih
kanak-kanak: “Baginda membelai pipiku lalu aku dapati
tangannya terasa dingin atau terhidu haruman bagaikan baru
dikeluarkannya dari bekas minyak wangi.”65

Anas berkata: “Peluhnya bagaikan permata”. Ummu
Sulaym berkata: “Rasulullah SAW adalah haruman yang
terharum.”66 59

Jabir berkata: “Tidak ada seorang yang menyusul melalui Sifat dan Akhlak Nabi SAW
satu jalan yang dilalui oleh Baginda melainkan ia mengetahui
Baginda telah lalu di situ daripada haruman tubuhnya”. Atau
katanya: “Daripada bau peluhnya.”67

Di antara dua belikatnya ada cop keNabian seperti telor
burung merpati yang mirip tubuhnya. Kedudukannya
terletak di bahagian atas belikat kirinya, bagaikan
genggaman tapak tangan yang di atasnya terdapat belang
(tanda) seperti otot. 68

Kewafatan Rasulullah SAWKesempurnaan Jiwa Dan
Kemuliaan Akhlak

Nabi SAW adalah seorang yang istimewa dengan
kefasihan lidahnya dan tutur katanya yang jelas. Dalam
hal ini Baginda adalah orang yang terbaik dan semua
orang sedia maklum tentangnya. Baginda seorang yang
bersikap pemudah. Perkataannya yang diucapkan jelas
dan terang, bicaranya fasih, tepat pengertiannya dan tidak
memberat-beratkan percakapannya. Baginda dikurniakan
jawami’ al-kalim (lidah yang fasih dan penerangan yang
tepat), keputusan yang dibuatnya adalah tepat. Baginda
mengetahui dialek orang-orang Arab dan berbicara
dengan setiap kabilah mengikut dialek masing-masing
60 serta berdialog dengan mereka mengikut bahasa mereka.
Pada diri Baginda telah sedia terkumpul daya berbicara
bahasa Arab kampung yang halus dan tebalnya serta
kejelasan menuturkan bahasa Arab pekan. Keindahan
tutur bicaranya mendapat bantuan ketuhanan yang
sumbernya adalah wahyu.

Baginda seorang yang tabah dan cekal, seorang
yang pemaaf walaupun berupaya membalas, sabar
menghadapi segala yang tidak disenanginya. Ianya adalah
sifat-sifat luhur yang dengan sifat itu Allah mendidiknya.
Semua orang yang tabah, sebelumnya pernah diketahui
ada kegelinciran dan pernah terbabas daripada tindakan
yang betul. Akan tetapi Rasulullah SAW tidak begitu,
semakin bertambah gangguan dan penyakitan maka
semakin bertambah kesabarannya. Sikap orang jahil

yang keterlaluan terhadapnya
Baginda dikurniakan hanya lebih menambahkan
jawami’ al-kalim ketabahannya. Aisyah berkata:
(lidah yang fasih dan “Tidaklah diberikan pilihan
penerangan yang kepada Rasulullah SAW antara
tepat), keputusan dua perkara, melainkan Baginda
yang dibuatnya akan memilih yang paling
adalah tepat. mudah antara keduanya selagi ia
bukannya dosa. Tetapi jika ianya
dosa, maka Bagindalah orang
yang paling menjauhinya. Baginda tidak pernah membalas
untuk dirinya sendiri kecuali jika dilanggar kehormatan
Allah, maka Baginda akan membalas pelanggaran itu kerana
Allah.”69 Baginda adalah orang yang lambat marah dan
cepat redha.

Sifat pemurah dan dermawannya tiada tandingannya. 61
Baginda memberi sesuatu pemberian tanpa bimbangkan
kefakiran. Ibn ‘Abbas berkata: “Nabi SAW adalah manusia Sifat dan Akhlak Nabi SAW
paling pemurah. Pada bulan Ramadan Baginda lebih pemurah
lagi iaitu tatkala Jibril datang menemuinya. Jibril bertemu
Baginda pada setiap malam di bulan Ramadan lalu bertadarus
al-Quran dengannya. Sifat pemurah Rasulullah SAW dalam
hal-hal kebaikan lebih cepat daripada angin yang bertiup”70.
Jabir berkata: “Tidak pernah Rasulullah SAW diminta
sesuatu, lalu dia menjawab: “Tidak.”71

Keberanian dan keperkasaan Baginda sedia
dimaklumi. Baginda adalah orang yang paling berani.
Baginda hadir pada semua tempat yang sukar. Bukan
sekali musuh yang bersembunyi atau jaguh yang
berani melarikan diri daripadanya, tetapi Baginda tetap

Kewafatan Rasulullah SAWteguh dan tidak berganjak, maju ke hadapan dan tidak
mundur, tidak goyah. Semua orang yang berani pernah
suatu ketika melarikan diri dan bertempiaran, kecuali
Rasulullah SAW. Ali berkata: Jika keadaan semakin gawat
dan dikepung bahaya maka kami akan berlindung dengan
Rasulullah SAW, di mana tidak seorang pun yang lebih
hampir kepada musuh selain Baginda 72. Anas berkata:
“Pada suatu malam penduduk Madinah terkejut (mendengar
satu bunyi), orang pun keluar menuju ke arah suara itu,
lalu menemui Rasulullah SAW yang sudah berpatah balik.
Rupanya Baginda telah mendahului mereka ke arah suara
itu. Ketika itu Baginda sedang menunggang kuda Abu Talhah
sambil menyangkut pedang di lehernya. Baginda berkata:
“Jangan khuatir, jangan khuatir.”73

Baginda adalah orang yang sangat pemalu dan
62 menundukkan pandangan. Abu Sa‘id al-Khudriy berkata:

“Baginda seorang yang sangat malu lebih daripada gadis sunti
dalam tabirnya. Kalau Baginda tidak menyenangi sesuatu
maka tampak kelihatan melalui raut wajahnya”74.Baginda
tidak menajamkan pandangan ke arah muka seseorang,
sentiasa menundukkan anak matanya, pandangannya
ke bumi lebih banyak dari pandangannya ke langit.
Pandangannya ditumpukan kalau bertujuan untuk
memikir. Baginda tidak berbicara dengan seseorang
sesuatu yang tidak disenangi kerana malu dan kemuliaan
jiwanya. Baginda tidak menyebutkan nama seseorang
yang sampai berita kepadanya tentang sesuatu yang
tidak disukai, malah Baginda hanya sekadar berkata:
“Mengapalah kaum itu berbuat begitu”. Bagindalah
selayaknya orang yang disifatkan oleh al-Farazdaq:

Diamnya kerana malu, dan diamnya kerana
menampakkan kehebatannya.

Maka tidaklah ia berbicara melainkan sambil
tersenyum Baginda SAW adalah seorang yang paling
adil dan paling menjaga kehormatannya, paling benar
tutur bicaranya dan paling amanah. Semua itu diakui
oleh kawan dan lawan. Sebelum menjadi Nabi Baginda
digelar dengan gelaran al-Amin (yang amanah). Semasa
jahiliah, sebelum kedatangan Islam Baginda dilantik
untuk menjadi hakim. Al-Tirmidhi meriwayatkan sebuah
hadith yang bersumberkan daripada Ali bahawa Abu
Jahal pernah berkata kepada Baginda: “Sesungguhnya
kami tidak mendustaimu, tetapi kami mendustai apa yang
engkau bawa”. Lalu Allah menurunkan firman-Nya:

63

Maksudnya: “…sebenarnya mereka bukan Sifat dan Akhlak Nabi SAW
mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu
mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan
kedegilan mereka semata-mata).”

(Al-An‘am: 33)75

Herkules pernah bertanya Abu Sufiyan: “Adakah kamu
pernah menuduhnya berbohong sebelum dia mengatakan apa
yang dikatakannya?” Abu Sufiyan menjawab: “Tidak”.

Kewafatan Rasulullah SAW Jubah ini merupakan antara jubah
milik Rasulullah SAW. (Kelihatan
sudah dimamah usia)

Baginda adalah orang yang paling merendah diri dan
paling jauh daripada kesombongan. Baginda melarang
orang bangun untuk menghormatinya sebagaimana
yang biasa dilakukan kepada raja-raja. Baginda sering
64 melawat orang miskin dan mendampingi orang-orang
fakir. Baginda menyahut jemputan hamba. Apabila
duduk bersama sahabatnya keadaannya sama seperti
salah seorang mereka. Aisyah berkata: “Baginda menampal
sendiri kasutnya dan menjahit pakaiannya. Baginda bekerja
dengan tangannya sebagaimana salah seorang kamu bekerja di
rumahnya. Dia sebagaimana manusia yang lain juga mencuci
pakaiannya sendiri, memerah susu kambing dan mengurus
dirinya sendiri.” 76

Baginda adalah orang yang paling menunai
janji, paling menghubung tali persaudaraan, paling
mengasihani manusia, paling baik pergaulan dan adab,
paling luhur akhlaknya, manusia paling jauh dari
akhlak yang buruk. Baginda bukan seorang yang keji,
tidak bercakap keji, tidak mengutuk dan tidak membuat

kebisingan di pasar. Baginda tidak membalas kejahatan 65
dengan kejahatan, tetapi lebih suka memaafkan, tidak
meninggalkan orang yang berjalan di belakangnya, tidak Sifat dan Akhlak Nabi SAW
melebih diri terhadap hamba sahayanya baik yang lelaki
atau wanita sama ada dalam soal makanan atau pakaian.
Baginda menolong orang yang menolongnya, tidak
pernah berkata “cis” kepada khadamnya sama sekali,
tidak pernah mencelanya kerana sesuatu perbuatan
atau kerana meninggalkan sesuatu kerja. Baginda cinta
kepada orang-orang miskin dan mendampingi mereka
serta menghadiri jenazah mereka. Tidak pernah Baginda
meremehkan orang fakir kerana kefakirannya. Dalam
sebahagian perjalanannya Baginda menyuruh diuruskan
seekor kambing untuk dimakan. Lalu ada seorang yang
berkata: “Biar aku yang menyembelihnya.” Seorang lagi
berkata: “Biar aku yang melapahnya.” Seorang lagi berkata:
“Biar aku yang memasaknya.” Kemudian Baginda berkata:
“Biar aku yang mengumpul kayu apinya.” Lantas mereka
berkata: “Cukuplah kami yang membuat kerjamu itu.” Tetapi
Baginda menjawab: “Memang aku tahu, kamu semua sudah
cukup untuk melakukan tugasku, akan tetapi aku tidak suka
untuk berbeza daripada kamu, sesungguhnya Allah tidak suka
hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada teman-temannya.”
Kemudian Baginda pun bangun dan pergi mengumpul
kayu api. 77

Biar kita dengar bagaimana Hindun bin Abu Halah
mensifatkan Rasulullah SAW. Katanya:

“Rasulullah SAW sentiasa dirundung kesedihan,
selalu berfikir, tidak ada masa rehat, tidak bercakap
tanpa keperluan, lama berdiam, membuka bicara
dan menutupnya dengan seluruh mulutnya bukan
dengan hujung-hujung mulut, bercakap dengan kata-
kata yang fasih dan tepat pengertiannya, cakapnya
tersusun tidak berlebihan dan tidak berkurangan,
percakapannya lembut tidak terlalu keras dan tidak
terlalu lembik. Baginda membesarkan nikmat
sekalipun sedikit, tidak mencela sesuatu, tidak
mencela makanan dan tidak terlalu memuji,
tidak cepat marah apabila terjadi sesuatu yang
66 bertentangan dengan kebenaran melainkan setelah

Kewafatan Rasulullah SAW benar-benar ternyata baginya, tidak marah kerana
kepentingan dirinya dan tidak pula membungkam
diri kerana terlalu berlembut. Apabila Baginda
menunjukkan isyarat maka ditunjukkan dengan
semua tapak tangannya, kalau isyarat itu kerana
kagum maka dibalikkan tapak tangannya. Kalau
marah maka dia berpaling, kalau gembira maka
ditundukkan anak matanya, paling tinggi ketawanya
hanyalah senyuman yang mirip seperti butiran ais.

Baginda menahan lidahnya daripada berbicara
kecuali yang benar-benar difahaminya. Baginda
menyatukan para sahabatnya dan tidak memecah

belahkan mereka. Baginda memuliakan siapa 67
sahaja yang mulia di kalangan sesuatu kaum, Baginda
melantik orang yang mulia itu untuk menguruskan Sifat dan Akhlak Nabi SAW
kaumnya, Baginda memberikan amaran dan
menyuruh mereka berwaspada tanpa menutup terus
harapan yang menggembirakan mereka.

Baginda mengambil berat hal ehwal sahabat-
sahabatnya dan bertanyakan orang apa permasalahan
di kalangan mereka, menerima yang baik sebagai baik
dan membenarkannya, memburukkan yang buruk
dan meremehkannya. Seorang yang saksama dalam
semua urusan, tidak suka berselisihan, tidak suka
berleka kerana bimbang sahabatnya juga akan turut
berleka atau bosan, Baginda sentiasa dalam bersedia
menghadapi apa sahaja keadaan di sisinya, tidak
mengabaikan kebenaran dan tidak menyerahkan
untuk diselesaikan oleh orang lain. Manusia yang
hampir dengannya ialah yang terbaik di kalangan
mereka, orang yang paling mulia di sisinya ialah
yang paling banyak memberi nasihat dan orang yang
paling agung di sisinya ialah orang yang paling baik
memberikan perhatian dan pertolongan.

Baginda tidak duduk atau berdiri melainkan
sentiasa dalam keadaan berzikir, tidak memilih
tempat istimewa untuk dirinya, apabila datang
kepada sesuatu kaum Baginda akan duduk di mana
masih ada ruang duduk dan disuruhnya orang
berbuat begitu juga. Baginda memberikan hak

setiap orang yang duduk dengannya sehingga tidak
terasa orang yang duduk di sisinya bahawa ada
seseorang yang lebih mulia daripadanya. Siapa
yang mengajak Baginda duduk atau berdiri maka
dilayaninya orang itu sehingga akhirnya orang itulah
yang beredar terlebih dahulu. Barang siapa yang
meminta suatu hajat kepadanya tidak akan ditolaknya
melainkan diberi apa yang diminta jika ada atau
dengan kata-kata yang lunak. Baginda melapangkan
untuk manusia dengan kemurahan dan akhlaknya
sehingga Baginda menjadi seperti bapa mereka dan
mereka pula di sisinya dalam soal kebenaran saling
bersamaan. Mereka hanya mendapat kelebihan di
sisinya dengan ketakwaan. Majlisnya adalah majlis
yang disaluti dengan kesopanan, malu, sabar dan
68 amanah. Dalam majlisnya tidak diangkat suara yang

Kewafatan Rasulullah SAW tinggi, tidak dibimbangi melanggar kehormatan,
mereka beramah mesra dengan penuh ketaqwaan,
mereka menghormati orang tua, mengasihani
kanak-kanak, membantu orang yang memerlukan
dan bermesra dengan orang yang terasing.

Baginda sentiasa menampakkan keceriaan,
mudah kira bicara, lemah lembut, tidak bengis dan
tidak bercakap kasar, tidak kalut, tidak bercakap keji,
tidak mengutuk, tidak terlalu memuji, berpura-pura
lalai terhadap sesuatu yang tidak menarik tanpa
menunjukkan bahawa dia tidak suka dengannya.
Baginda meninggalkan dirinya daripada tiga perkara:

Riya’, banyak bercakap dan memperkatakan apa 69
yang tidak penting baginya. Baginda meninggalkan
manusia daripada tiga perkara: Tidak mencela Sifat dan Akhlak Nabi SAW
seseorang, tidak mengaibkannya dan tidak
mencari kesalahannya. Baginda tidak berbicara
kecuali dalam hal yang diharapkan ada pahalanya.
Apabila berbicara, maka mereka yang di sisinya
menumpukan perhatian bagaikan ada burung yang
hinggap di kepala mereka. Apabila Baginda diam
barulah mereka bercakap. Mereka tidak bertengkar
di sisinya. Kalau ada seorang yang bercakap semasa
Baginda sedang bercakap maka orang lain akan
mendiamkannya sehinggalah Baginda selesai
bercakap, sama bahasa teguran mereka dengan orang
yang terlebih dahulu berbicara (menegur). Baginda
ketawa oleh sebab sesuatu yang menyebabkan
mereka ketawa, merasa kagum oleh sesuatu yang
mengkagumkan mereka, sabar mendengar tutur
bicara orang asing yang kasar sambil berkata:
“Apabila kamu melihat orang yang mempunyai hajat
maka bantulah ia”. Baginda tidak mengharapkan
pujian melainkan oleh yang selayaknya memuji. 78

Kewafatan Rasulullah SAWKharijah bin Zayd berkata: “Nabi SAW adalah orang
yang paling tenang dalam majlisnya, jarang sekali Baginda
mengeluarkan sesuatu dari mana-mana bahagian anggota
tubuhnya. Baginda banyak berdiam, tidak bercakap perkara
yang tidak perlu, berpaling daripada orang yang bercakap
tidak baik. Ketawanya ialah senyuman. Kata-katanya jelas
dan terang, tidak melalut dan tidak sambil lewa. Ketawa para
sahabat di sisinya juga ialah senyuman kerana menghormati
dan mengikutinya.”79

Secara umumnya Nabi SAW telah dihiasi dengan
sifat-sifat yang sempurna dan tiada tolok bandingnya.
Baginda diasuh oleh Tuhannya, justeru tentulah
Tuhan mengasuhnya yang terbaik, sehinggakan Allah
menujukan firman kepadanya dengan memujinya:

70

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau
mempunyai akhlak yang amat mulia”

(Al-Qalam: 4)

Kesemua sifat ini berupaya menarik jiwa kepadanya
dan menimbulkan kecintaan hati kepadanya. Ianya
menjadikan Baginda seorang pemimpin yang sering
menjadi ingatan. Sifat-sifat inilah yang telah melembutkan
kekerasan kaumnya yang pada mulanya enggan menerima
seruannya, sehingga akhirnya mereka berduyun-duyun
masuk ke dalam agama Allah.

Sifat-sifat yang kita sebutkan ini hanyalah beberapa
coretan yang terhad daripada gambaran kesempurnaan
dan keagungan sifatnya. Namun hakikat sebenar tentang
kemuliaan dan sifat-sifat yang melengkapi tidak dapat
ditanggapi dan tidak dapat diselami lubuk dasarnya.
Siapakah yang berupaya untuk mengetahui hakikat
sebenar manusia paling agung dalam kewujudan ini dan
mencapai tingkat paling sempurna, yang mendapat sinar
cahaya Tuhannya sehingga akhirnya al-Quran itu menjadi
akhlaknya?

“Ya Allah 71
rahmatilah Muhammad
dan keluarganya sebagaimana Sifat dan Akhlak Nabi SAW
Engkau merahmati Ibrahim dan
keluarganya, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah
berkatilah Muhammad dan keluarganya
sebagaimana Engkau memberkati
Ibrahim dan keluarganya,
sesungguhnya Engkau Maha

Terpuji lagi Maha
Mulia.”

Kewafatan Rasulullah SAW 72

Nota Hujung

1. Diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir, Bab Hajjatu
al-Nabiy SAW, 1/394.

2. Ibn Hajar membuat analisis yang agak menarik di
samping memperbetulkan fakta yang mengatakan
baginda keluar pada tanggal 5 Zulkaedah. Rujuk: Fath
al-Bari, 8/104.

3. Riwayat al-Bukhari daripada Umar, 1/207.

4. Ibn Hisham, 2/603. 73
5. Sahih Muslim, 1/397.

6. Ma‘din al-A‘mal, riwayat Ibn Majah dan Ibn ‘Asakir.
Rahmah Li al-‘Alamin, 1/623.

7. Muslim, 1/397.

8. Ibn Hisham, 2/605.

9. Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar…Rujuk:
Rahmah Li al-‘Alamin, 1/265.

10. Riwayat Muslim daripada Jabir, Bab Hajjatu al-Nabiy
SAW, 1/397-400.

Kewafatan Rasulullah SAW11. Riwayat Abu Dawud, 1/270.
12. Sahih al-Bukhari, Bab al-Khutbah Ayyam Mina, 1/234.
13. Riwayat al-Tirmidhi, 2/38, 135. Ibn Majah, Mishkah al-

Masabih, 1/234.
14. Abu Dawud, 1/269.
15. Untuk huraian lanjut mengenai ibadat haji Nabi SAW

sila rujuk: Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manasik, jld 1 & 2
hlm 631. Sahih Muslim, Bab Hajjatu al-Nabiy SAW. Fath
al-Bari, jld 3 huraian Kitab al-Manasik, jld 8 hlm 103-110.
Ibn Hisham, 2/601-605. Zad al-Ma‘ad, 1/196, 218-240.
16. Sahih al-Bukhari, Bab Ba’th al-Nabiy SAW Usamah,
74 2/1612.
17. Ibid. Ibn Hisham, 2/606, 650.
18. Sahih al-Bukhari, 2/585.
19. Sahih al-Bukhari, 1/62. Muwatta’ al-Imam Malik, hlm
360.
20. Muwatta’ al-Imam Malik, hlm 65.
21. Sahih al-Bukhari, 1/536.
22. Riwayat al-Bukhari & Muslim, Mishkah al-Masabih,
2/546.

23. Ibid, 2/584. Sahih al-Bukhari, 1/22, 429, 449, 2/638.
Sesetengah ahli hadith menafisrkan hadith tersebut
dengan maksud pemberitahuan oleh Rasulullah SAW
tentang bakal pengganti selepas kewafatannya secara
simbolik. Seolah-olah yang dimaksudkan dengan
perkataan “pintu” ialah jawatan khalifah, sementara
maksud semua pintu ditutup ialah jawatan khalifah
itu tidak boleh dituntut oleh sesiapa kecuali jika Abu
Bakar, maka tidak ada apa-apa halangan untuknya
berbuat demikian. (penterjemah).

24. Sahih al-Bukhari, 2/637.

25. Riwayat al-Bukhari & Muslim, Mishkah al-Masabih,
1/102.

26. Sahih al-Bukhari, 1/98-99. 75

27. Ibid, 2/640. Nota Hujung

28. Sahih al-Bukhari, 2/638.

29. Sesetengah riwayat menunjukkan bahawa perbualan
dan berita gembira ini bukannya berlaku pada hari
terakhir kehidupan Rasulullah SAW, malah pada
minggu terakhir hayat Baginda SAW. Rahmah Li al-
‘Alamin, 1/282.

30. Sahih al-Bukhari, 2/641.

31. Ibid.

Kewafatan Rasulullah SAW32. Sahih al-Bukhari, 2/640.
33. Ibid, 2/638-641.
34. Riwayat al-Darimiy, Mishkah al-Masabih, 2/547.
35. Sahih al-Bukhari, 2/641.
36. Ibn Hisham, 2/655.
37. Sahih al-Bukhari, 2/640-641.
38. Riwayat al-Bukhari & Muslim. Sahih al-Bukhari, 1/169.

Sahih Muslim, 1/306.
39. Abdullah al-Najdiy, op.cit, hlm 471. Huraian terperinci
76 tentang kewafatan Rasulullah SAW boleh dilihat

kepada Sahih al-Bukhari dalam bab “Nabi SAW Sakit”
serta bab-bab lain selepasnya di samping dalam kitab
Fath al-Bari, Sahih Muslim, Mishkah al-Masabih dalam
bab “Kewafatan Nabi SAW”. Ibn Hisham, 2/649-665.
Talqih Fuhum Ahl al-Athar, 38-39. Rahmah Li al-‘Alamin,
1/277-286. Kebanyakan masa dan waktu berkaitan
peristiwa ini dipetik dari sumber yang terakhir.
40. Zad al-Ma‘ad, 2/54.
41. Ibn Hisham, 1/401-402. Jami‘ al-Tirmidhi Ma‘a Syarhihi
Tuhfatu al-Ahwadhiy, 4/303.
42. Jami‘ al-Tirmidhi Ma‘a Syarhihi Tuhfatu al-Ahwadhiy,
4/303.

43. Sahih Muslim, 2/258.

44. Ibid.

45. Sahih al-Bukhari, 1/502.

46. Ibid. Sahih Muslim, 2/259.

47. Sahih al-Bukhari, 1/501-502.

48. Ibid, 1/502.

49. Ibid.

50. Sahih al-Bukhari, 1/503.

51. Ibid, 1/502. Sahih Muslim, 2/258. 77

52. Sahih al-Bukhari, 1/502. Sahih Muslim, 2/259. Nota Hujung

53. Riwayat al-Darimiy, Mishkah al-Masabih, 2/518.

54. Riwayat al-Tirmidhi dalam al-Syama’il, hlm 2. Al-
Darimiy, Mishkah al-Masabih, 2/158.

55. Jami‘ al-Tirmidhi Ma‘a Syarhihi Tuhfat al-Ahwadhiy,
4/306. Mishkah al-Masabih, 2/518.

56. Sahih al-Bukhari, 1/502.

57. Rahmah Li al-‘Alamin, 2/172.

Kewafatan Rasulullah SAW58. Khulasah al-Siyar, hlm 20.
59. Mishkah al-Masabih, 1/22. Al-Tirmidhi, 2/35.
60. Jami‘ al-Tirmidhi Ma‘a Syarhihi Tuhfat al-Ahwadhiy,

4/306.
61. Riwayat al-Darimiy, Mishkah al-Masabih, 2/518.
62. Khulasah al-Siyar, 19-20.
63. Sahih al-Bukhari, 1/503. Sahih Muslim, 2/257.
64. Sahih al-Bukhari, 1/502.
65. Sahih Muslim, 2/256.

78

66. Ibid.
67. Riwayat al-Darimiy..Mishkah al-Masabih, 2/517.
68. Sahih Muslim, 2/259-260.
69. Sahih al-Bukhari, 1/503.
70. Ibid, 502.
71. Ibid.
72. Al-Qadi ‘Iyad, Al-Shifa’, 1/89.
73. Sahih Muslim, 2/252. Sahih al-Bukhari, 1/407.

74. Sahih al-Bukhari, 1/504.
75. Mishkah al-Masabih, 2/521.
76. Ibid, 2/520.
77. Khulasah al-Siyar, hlm 22.
78. Al-Qadi ‘Iyad, Al-Shifa’, 1/121-126.
79. Ibid, 1/107.

79

JOM! Dapatkan

Ringkas, padat & mudah difahami.

Siri Tazkiyah al-Nufus

Siri Perbandingan Agama

NOVEL ISLAMIK BERGAMBAR DAN BERWARNA PENUH

Dapatkan juga
Tribute buat Nenda Jilid 1 & 2
untuk melengkapkan koleksi novel anda.

Siri Sirah Nabawiyah

BBeerrwgaarmnbaarPednaunh

diterbitkan oleh


Click to View FlipBook Version