The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENDIDIKAN ISLAM SKPTLDMKK, 2022-01-31 05:21:56

Nabi Isa disalib

Nabi Isa disalib

Dikeluarkan oleh:

Yayasan Tuan Sarifah
(1373465-A)
Yayasan Tuan Sarifah
(1373465-A)

“Mercu Amal Bakti”

“Mercu Amal Bakti”

Benarkah Nabi Isa Disalib?

© Rashidy Jamil al-Rawshwidwww.ywa.yyaaysaasannttuuaannsasraifraihf.achom.com

Emel:Emyaely: yaasyaansatnutuaannssaarrifiafha@[email protected]

Cetakan Ketiga belas Muharam 1439H

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dengan apa jua cara sama ada
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
terlebih dahulu daripada penulis asal.

Diterbitkan oleh:

PUSTAKA CTS
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Emel: [email protected]

Pengarah Urusan Dato’ Rashidy Jamil al-Rashid
Pegawai Pemasaran Muhammad ‘Athaillah al-Rashid
Ruqayyah Hasifah
Pereka Kulit & Rekaletak Muhammad al-Shanqiti al-Rashid
Fiqah Hasan

Isi Kandungan

Kata Pengarang vii

Muqaddimah x

Bab Pertama: Dosa Warisan

❖❖ Apakah dia Dosa Warisan? 2
❖❖ Berterima Kasihlah pada Adam! 3
❖❖ Akal yang Waras Menolak Idea Ini 4

Bab Kedua: Penebusan Dosa?
(Penyaliban dan Kebangkitan)

❖❖ Adakah Nabi Isa Disalib? 10
❖❖ Ismail atau Ishak? 12
❖❖ Isteri atau Gundik? 14
❖❖ Dosa Warisan Ciptaan Paulus! 17
❖❖ Jesus Sendiri Tidak Rela Disalib! 19
❖❖ Kisah Penyaliban yang Berbagai Versi! 22
❖❖ Rela Disalib 22
❖❖ Apakah ‘Kasih Sayang’ Itu? 23
❖❖ Bahkan ‘Putus Asa’! 24

❖❖ Tidak Rela Disalib 24
❖❖ Bahkan Bukan Jesus di Tiang Salib! 26
❖❖ Adakah Anda Percaya Tuhan Telah Mati? 27
❖❖ Bible Mengatakan Jesus Tidak Pernah Mati! 28
❖❖ Jesus Menjawab ‘bagi pihak’ Muslim 29
❖❖ Apa Jawapan Allah SWT Terhadap Mereka? 31

Bab Ketiga: Triniti
(Anak Tuhan dan Ketuhanan Jesus)

❖❖ Apakah dia Triniti? 36

❖❖ Holy Spirit di Dalam Agama Kristian 38

❖❖ Holy Spirit yang Membisu! 39

❖❖ ‘Anak-anak Tuhan’ 40

❖❖ “Tuhan-Tuhan” 43

❖❖ Ke Mana Menghilangnya Holy Spirit? 48

Rujukan 55

Maksudnya: Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab,
marilah (berpegang) kepada satu kalimah
(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara
kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah
kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia
dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian
kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai
Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling
maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah,
bahawa kami adalah orang-orang yang berserah
diri (kepada Allah).”

(Surah Ali-Imran 3:64)

Al-Fatihah

Buat Nenda tercinta,

Hajah Tuan Sharifah binti Tuan Tengah bin
Syed Abdul Qadir al-Yahya

yang telah kembali ke Rahmatullah
pada hari Jumaat

8 Rabiul-Awwal 1427H bersamaan 7 April 2006

Semoga Allah menghimpunkan semula kita di
Jannatun Naim.
Amin.

Kata Pengarang

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah
yang telah menjadikan Islam sebagai
Agama yang benar, Selawat serta Salam
buat Nabi Junjungan, Sayyidina Muhammad SAW,
Ahli Al-Bait, Sahabat-sahabat Baginda serta pengikut
Sunnah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan
Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al
Quran) dan Agama yang benar (Islam) untuk
dimenangkannya di atas segala agama, walaupun
dibenci oleh orang-orang musyrikin.

(Surah Al-Taubah 9:33)
vii

Di dalam arus kemodenan ini, gerakan Kristianisasi
telah menggunakan bermacam-macam cara dalam
menyalurkan akidah mereka kepada Umat Islam.
Selain dari menterjemahkan Bible mereka ke dalam
2000 bahasa yang berbeza ke seluruh dunia, mereka
juga telah ‘menodai’ kesucian Al-Quran dan Hadis
milik pusaka umat Islam dalam memesongkan
akidah kita. Adalah menjadi kewajipan kita untuk
mempertahankan Agama Islam yang suci ini dari
fitnah musuh-musuh Islam.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi serta
orang-orang Nasrani (Kristian) tidak akan sekali-
kali redha kepada engkau (Wahai Muhammad)
sehinggalah engkau mengikuti agama mereka.
Katakanlah; “Sesungguhnya petunjuk Allah
itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sekiranya
kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak
akan menjadi pelindung dan penolong bagimu.

(Surah Al-Baqarah 2: 120)
viii

Gerakan Buku ini adalah buku
Kristianisasi telah kecil di antara jutaan
buku-buku berbentuk
menggunakan Comparative Religion
bermacam- dan ia diolah dengan
cara yang ringkas
macam cara dalam sebagai titik awal untuk
menyalurkan menarik minat pembaca
akidah mereka dalam menghayati ilmu
perbandingan agama ini.
kepada Umat Islam.

Saya amat mengalu-alukan teguran dari pihak
pembaca sekalian demi usaha dakwah untuk
mempertahankan kesucian akidah Islam yang
dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad SAW.
Jazakumullah.

Cicit Tuan Sharifah.
10 Rejab 1426 / 15 Ogos 2005

ix



Muqaddimah

Ketika minum petang bersama dengan
guru Kristologi saya, Pak Engku, beliau
telah menghulurkan kepada saya sebuah
buku yang bertajuk, ‘Rahsia Jalan yang Lurus’. Buku
yang bersaiz ‘booklet’ itu cukup menarik minat saya.
Selain keceriaan gambar sebatang jalan lurus yang
dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau
di sepanjang jalan itu, gaya bahasa penulis ketika
menceritakan detik kematian manusia juga, amat
menyentuh hati saya.

Buku yang dimulakan dengan kalimah Bismillah
dan Assalamualaikum itu, dipenuhi juga dengan
ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi, sebagai
perangsang supaya manusia mencari ‘Jalan
Keselamatan’ yang hakiki agar tetap selamat selepas
mengalami kematian.

Namun, setelah membelek halaman demi
halaman berikutnya, saya amat terkejut apabila
‘Jalan Keselamatan’ yang dinyatakan itu, amat
bertentangan dengan ajaran Islam.

Dan akhirnya, barulah saya menyedari, rupa-
rupanya buku yang ‘berwajah Islam’ itu adalah
hasil tulisan seorang Paderi Melayu!

xi

Di atas dorongan serta semangat yang diberikan
oleh Pak Engku supaya menjawab fitnah-fitnah
Kristian tersebut, maka melalui buku kecil ini, saya
berusaha untuk menjelaskan kepada umat Islam
yang terpengaruh dengan ajaran ‘Jalan Keselamatan’
tadi agar meneliti kembali kepada Islam, serta saya
menyeru orang-orang Kristian agar meneliti kembali
‘Jalan Keselamatan’ yang telah mereka yakini.

xii





bab pertama

Dosa Warisan

Apakah dia Dosa Warisan?

Dosa warisan atau “Original Sin” adalah
antara rukun iman yang utama di dalam
Agama Kristian. Orang-orang Kristian
percaya bahawa Nabi Adam lah yang menyebabkan
terjadinya dosa warisan ini. Ini adalah kerana baginda
telah melanggar perintah Allah dengan memakan
buah dari pohon larangan setelah terpedaya dengan
godaan Iblis. Ini telah dinyatakan di dalam Perjanjian
Lama (Kejadian 3:6):

Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan
buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya
jika dia menjadi bijaksana. Maka dia memetik buah
itu dan memakannya serta ia juga memberikan pada
suaminya lalu suaminya memakan buah itu.
Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan
Adam, maka manusia turut sama menanggung dan
mewarisi dosa Adam. Bahkan bayi yang baru lahir
pun, turut sama mempunyai dosa warisan ini. Di sini
bermulanya asal usul dosa warisan dan orang-orang
Kristian mesti meyakininya untuk membenarkan
penyaliban Jesus sebagai penebus dosa warisan.

2

Dosa Warisan

Berterima Kasihlah pada Adam!

Seolah-olah Adam Setelah kita faham konsep
telah di‘set up’kan dosa warisan ini, kita
dapati seolah-olah Adam
untuk membuat telah di‘set up’kan untuk
dosa yang telah membuat dosa yang telah
mengakibatkan mengakibatkan seluruh
seluruh manusia manusia mendapat dosa
mendapat dosa
warisan secara warisan secara automatik.
automatik. Maka dengan itu, barulah

Allah dapat mengirimkan
Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini, untuk menebus
dosa warisan tadi.

Bertepatan dengan apa yang telah ‘dirancang
terhadap Adam’ ini, di dalam Perjanjian Baru
(Yohanes 3:16) telah menyatakan:

Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga
Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya
setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan
binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

mm Dalam Perjanjian Baru (Galatia 1:4) juga
menyatakan tentang idea penebusan dosa
warisan ini:
Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang
jahat ini, Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-
Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia
melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

3

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Tetapi tahukah anda? Sekiranya Adam tidak
melanggar perintah Allah dengan memakan buah
dari pohon larangan tadi, tentu Jesus tidak akan
dikirim oleh Allah ke atas dunia ini untuk menebus
dosa warisan dan Agama Kristian tidak akan wujud
sama sekali!

Maka orang-orang Kristian mesti berterima kasih
pada Adam!

Akal yang Waras Menolak Idea Ini
Saya pernah berbincang dengan seorang
Paderi tentang idea dosa warisan ini. Di dalam
perbincangan itu, saya menerangkan kepada beliau
dengan berkata: “Uncle, sungguh menghairankan!
Adam yang membuat dosa tetapi kita semua turut
menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?”. Saya
meneruskan lagi dengan berkata: “Kami sebagai
Muslim percaya bahawa setiap dosa hanya
ditanggung oleh diri sendiri”.
Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman:

Maksudnya: Barangsiapa yang berbuat sesuai
dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya

4

Dosa Warisan

dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan)
dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka
kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya)
sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan
dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa
orang lain dan kami tidak akan menimpakan
azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada
manusia).

(Surah Al-Isra 17:15)

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Bahkan,
Bible sendiri menyokong Al-Quran!”
mm Dalam Perjanjian Lama (Yeremia 31: 30)

menyatakan:
Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam,
dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap
orang akan mati kerana dosanya sendiri.
mm Manakala Perjanjian Lama (Yehezkiel 18: 20) juga
menyatakan:
Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak
menanggung akibat daripada dosa bapanya.
Demikian juga seorang bapa tidak menanggung
akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik
akan menerima ganjaran kerana kebaikannya,
dan seorang yang jahat akan menanggung akibat
daripada kejahatannya.

5

Benarkah Nabi Isa Disalib?

mm Perhatikan juga di dalam Perjanjian Baru (Matius
16: 27):
Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama
para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya.
Pada masa itu Dia membalas tiap-tiap orang
menurut perbuatannya sendiri.

mm Perjanjian Baru (Matius 19:14) menyebut:
Yesus berkata kepada pengikut–pengikut-Nya:
“Biarlah kanak–kanak itu datang kepada–Ku.
Jangan larang mereka, kerana orang seperti
inilah yang menikmati Pemerintahan Allah”

mm Perjanjian Baru (Roma 2: 5-6) juga menyatakan:
Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri
yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada
hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-
Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang
demikian itu adalah kerana Allah akan membalas
setiap orang, setimpal dengan perbuatannya
sendiri.

“Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yang
dikatakan oleh Al-Quran tadi”. Saya meneruskan
lagi dengan berkata: “Uncle,
pihak Gereja menyatakan
adanya dosa
warisan, sedangkan
Holy Bible pula
menyatakan
sebaliknya. Di

6

Dosa Warisan

antara kedua pendapat ini, (Gereja dan Holy Bible)
mana satukah yang patut diikuti oleh orang–orang
Kristian?”

Setelah beliau mendengar hujah yang saya
utarakan, dengan yakin Paderi itu menjawab:
“Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan ‘Original
Sin’ (Dosa warisan) ialah
kecenderungan untuk
membuat dosa, bukannya
dosa yang kita warisi
dari Adam.”

Setelah mendengar
konsep ‘baru’ tentang
dosa warisan itu,
saya terus menyatakan
lagi: “Jikalau begitu apa
gunanya Jesus disalib
kalaulah semata–mata
untuk menebus kecenderungan
berbuat dosa, kerana semua manusia diberi hawa
nafsu. Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut
Kristian yang meyakini dosa warisan mereka telah
tertebus pun masih mempunyai kecenderungan
membuat dosa.”

Amat menakjubkan! Selain daripada akal yang
waras, Bible mereka juga menolak idea dosa warisan
ini.

Jadi, siapakah yang sebenarnya telah mencipta
idea ini?

7



bab kedua

Penebusan Dosa?

(Penyaliban dan
Kebangkitan)

Adakah Nabi Isa Disalib?

Orang-orang Kristian meyakini, bahawa
Adam adalah penyebab kepada wujudnya
dosa warisan, sebagaimana yang telah saya
kupaskan di dalam bab pertama yang lalu. Mereka
juga meyakini bahawa Allah yang Maha Pengasih
telah mengutuskan anak-Nya yang tunggal (Nabi
Isa) ke dunia ini, untuk menebus dosa warisan
manusia.
mm Di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 3: 16)

menyatakan:
Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga
Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya
setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak
akan binasa tetapi memperolehi hidup sejati dan
kekal.
Orang-orang Kristian juga percaya bahawa kisah
penyembelihan Ishak oleh Nabi Ibrahim adalah
gambaran awal dari Allah SWT bahawa Jesus akan
disalib untuk menebus dosa warisan manusia.

10

Penebusan Dosa?

Ketika berbincang dengan seorang Paderi dan
isterinya tentang ‘Benarkah Ishak yang disembelih?,
saya berkata kepada beliau: “Uncle, kami sebagai
Muslim percaya bahawa Ismail yang telah
dikorbankan bukannya Ishak sebagaimana yang
dipercayai oleh orang-orang Kristian.

Walaupun Kristian membuktikan hujah mereka
melalui Perjanjian Lama, sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Perjanjian Lama (Kejadian 22:
2):

Allah berfirman: “Pergilah ke tanah Moria dengan
Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau
kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku
tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu
sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku.”
Namun, Kitab Bible sendiri menolak hujah ini!
Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Cubalah kita
lihat di dalam Perjanjian Lama (Kejadian 16: 15-16),
di mana Bible telah menyatakan:
Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang
anak lelaki, lalu Abram (Ibrahim) bapa anak itu
menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram
berumur 86 tahun.
Dan bandingkan pula dengan Perjanjian Lama
(Kejadian 21: 5) ini;
Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak
dilahirkan.

11

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Dengan menggunakan ‘White Board’ yang ada
di dalam gereja tersebut, saya melakarkan ayat–ayat
tadi agar beliau dapat memerhatikan dengan lebih
jelas tentang ‘keistimewaan’ ayat– ayat ini!

Ismail atau Ishak?
Saya berkata kepada beliau: “Uncle, perhatikan ayat-
ayat ini. Di antara Ismail dan Ishak, siapakah yang
lahir dulu?” Tanpa menunggu jawapan daripada
beliau, saya menyatakan bahawa Ismail yang
dilahirkan dulu kerana ketika Ismail dilahirkan
umur Nabi Ibrahim 86 tahun, sedangkan ketika
Ishak dilahirkan umur Baginda sudah menjangkau
100 tahun. Beliau dan isterinya nampak bersetuju
dengan apa yang saya nyatakan.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tetapi
Uncle, jika Ismail yang dilahirkan dulu, mengapa
di dalam Perjanjian Lama(Kejadian 22: 2) di atas
menyatakan Ishak adalah anak tunggal Ibrahim?
Sedangkan Ishak mempunyai abang iaitu Ismail”!

Saya berkata lagi: “Inilah buktinya bahawa
kalimah ‘Ishak’ di dalam Perjanjian Lama (Kejadian
22: 2) tadi adalah kalimah tambahan dari Ulama
Yahudi yang sememangnya dengki kepada Ismail
dan keturunannya.”

Setelah mendengar hujah yang saya kemukakan
tadi, beliau terus menjawab dengan penuh yakin:
“Sebenarnya Ishak adalah satu-satunya anak

12

Penebusan Dosa?

tunggal Ibrahim yang lahir daripada isteri yang
sah!. Manakala Ismail pula bukanlah anak Baginda
yang sah kerana Hagar (Hajar) adalah gundik
Ibrahim!”

Dengan segera saya berkata kepada beliau: “Kalau
begitu, tunjukkan pada saya di mana ayat di dalam
Bible yang menyatakan Hagar (Hajar) adalah gundik
Ibrahim?”

Beliau yang nampaknya terkejut dengan
permintaan saya itu, hanya mendiamkan diri sambil
membelek–belek kandungan Bible di hadapan
beliau.

Pada mulanya saya menyangka beliau tentu tahu
di manakah ayat yang menyebut tentang Hagar
adalah gundik Ibrahim kerana sememangnya
terdapat di dalam sesetengah versi Bible menyatakan
sedemikian.

Namun setelah menunggu agak lama serta
yakin beliau tidak dapat membuktikannya, maka
saya berkata kepada beliau: “Uncle, ayat yang
menyatakan bahawa Hagar (Hajar) adalah gundik
Ibrahim terdapat di dalam Perjanjian Lama, Kejadian
bab 16 ayat 3.”
mm Ayat tersebut menyatakan:

Maka Sarai (Sarah) memberikan Hagar (Hajar)
kepada Abram (Ibrahim) untuk dijadikan gundik.
Setelah saya menunjukkan ayat tersebut, beliau
nampaknya agak lega dengan ‘bantuan’ saya tadi.

13

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Tanpa menunggu ‘kelegaan’ beliau itu
berpanjangan, saya meneruskan hujah dengan
berkata: “Uncle, walaupun ayat ini menyatakan
Hagar sebagai gundik Ibrahim, sehinggakan Ismail
itu dituduh sebagai anak gundik, namun jika
kita buka di dalam Bible King James Version,
terjemahan English terhadap ayat ini adalah to be his
WIFE (untuk dijadikan sebagai isteri) bukannya to
be his concubine (untuk dijadikan sebagai gundik)
sebagaimana yang tercatat di dalam versi TEV
(Todays English Version) dan lain-lain versi!”

“Mengapa Bible mempunyai pelbagai versi jika
ia adalah benar-benar dari Allah. Lagipun, kalimah
Isteri (Wife) dan Gundik (Concubine) mempunyai
perbezaan dan maksud yang amat ketara. Tentu
Allah dapat membezakannya!”

Isteri beliau yang hanya mendiamkan diri sejak
awal perbincangan kami cuba menyatakan kepada
saya bahawa pada zaman dahulu, istilah isteri
dan gundik tidak dapat dibezakan dengan tepat.
Atas sebab itulah, terdapat kalimah isteri dan
gundik digunakan dalam tempat yang sama dalam
sesetengah Bible.

Isteri atau Gundik?
Saya tidak faham mengapa isteri beliau menyatakan
sedemikian, tapi dengan segera saya berkata
padanya: “Auntie, bukankah menurut kepercayaan
Yahudi dan Kristian bahawa Ibrahim telah berkahwin
seramai 3 orang iaitu Sarai, Hagar dan Ketura?

14

Penebusan Dosa?

Ini telah dinyatakan di dalam Perjanjian Lama
(Kejadian 25: 1-2):

Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan
yang bernama Ketura. Isterinya itu melahirkan
Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak dan Suah.
Di dalam ayat ini, jelas dinyatakan bahawa Ketura
adalah Isteri Ibrahim.

Saya meneruskan lagi dengan
berkata: “Tapi Auntie, cuba

bandingkan dengan apa yang
dinyatakan di dalam Perjanjian

Lama (1 Tawarikh 1: 32) ini:
Abraham mempunyai seorang
gundik bernama Ketura.
Gundiknya itu melahirkan
enam orang lelaki: Zimran,
Yoksan, Medan Midian,
Ishbak dan Suah……
Di dalam ayat ini,
dinyatakan pula Ketura
adalah gundik Ibrahim.
Bukankah jelas bahawa
kalimah isteri dan gundik
mempunyai perbezaan
dan penulis serta
periwayat Bible tahu
perbezaan ini!

15

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Apa pula yang hendak Auntie katakan tentang
ayat di dalam Perjanjian Lama (1 Raja-raja 11: 3):

Raja Salomo (Sulaiman) berkahwin dengan Tujuh
Ratus orang Puteri Raja dan mempunyai Tiga Ratus
orang Gundik.

Di dalam ayat yang sama, periwayat Bible sendiri
menunjukkan bahawa mereka tahu perbezaan
antara kalimah isteri dan gundik.

Dengan muka yang Terdapat
merah padam, isterinya perselisihan di
bangkit meninggalkan dalam ayat-ayat
perbincangan kami dan Bible dan sekaligus
saya lihat Paderi tersebut membuktikan ia
hanya menundukkan bukan Kalam Allah!
mukanya yang kemerahan.

Lantas saya meneruskan lagi dengan berkata:
“Uncle, melalui ayat-ayat yang saya nyatakan tadi,
jelaslah bahawa Ismail adalah anak sah dan Hagar
bukanlah gundik Ibrahim!”

Di sinilah buktinya bahawa terdapat perselisihan
di dalam ayat-ayat Bible dan sekaligus membuktikan
ia bukan Kalam Allah! Ia dikarang serta dipinda
sesuka hati oleh Ulama Yahudi.

Setelah saya berkata demikian, Paderi tersebut
hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian,
beliau menyatakan pada saya bahawa beliau ada
kerja yang ingin diselesaikan.

16

Penebusan Dosa?

Dosa Warisan Ciptaan Paulus!
Sebenarnya perintah
mengorbankan Ishak
(menurut kepercayaan
Kristian dan Yahudi)
tidak ada kaitannya
dengan gambaran awal
Jesus akan disalib!
Tetapi idea penebusan
dosa warisan ini telah
dicipta oleh Paul atau

Paulus, seorang yang dianggap ‘Rasul Kristus’ bagi
penganut Kristian. Sekiranya kita lihat di dalam
Perjanjian Baru (Galatia 1: 4) Paulus telah berkata:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang
jahat ini, Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-
Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia
melakukan bagi mentaati kehendak Allah bapa
kita.
Di dalam ayat lain pula Paulus, telah menyifatkan
golongan Yahudi yang enggan menerima ‘berita
baik’ penyaliban Jesus ini, sebagai musuh Allah.
Ini dapat kita saksikan melalui kata-kata Paulus di
dalam Perjanjian Baru (Roma 11: 28):
Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita
baik (penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa
manusia) daripada Allah ini, maka mereka menjadi
musuh Allah.

17

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Tetapi di dalam ayat lain, contohnya di dalam
Perjanjian Baru (1 Teselonika 2: 15), Paulus telah
menyatakan sebaliknya pula tentang idea penebusan
dosa ini:

Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan
Nabi–nabi serta menganiayai kami juga. Mereka
memusuhi semua orang dan menyebabkan Allah
sangat murka.
Sungguh pelik! Paulus yang mengajar idea
penghapusan dosa warisan ini dalam masa yang
sama juga telah mencela orang–orang Yahudi yang
‘membantu’ proses penghapusan
dosa ini! Sepatutnya orang–orang
Yahudi yang telah membunuh Jesus
ini, diberi pahala dan sanjungan
yang besar kerana merekalah yang
telah membunuh dan menyalib
Jesus, sehingga dosa warisan yang
membelenggu manusia selama
ini terhapus. Sekiranya Jesus
tidak dibunuh dan disalib oleh
mereka, tentu dosa warisan
masih lagi membelenggu
penganut Kristian
hingga ke hari ini
dan Agama Kristian
tidak mungkin wujud
sama sekali.

18

Penebusan Dosa?

Mari kita lihat pula apa kata Paulus di dalam
Perjanjian Baru (1 Korintus 2: 8):

Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah
dunia ini, tidak tahu kebijaksanaan itu. Seandainya
roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak
akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia.
Lihatlah! Betapa jelasnya percanggahan kata–kata
Paulus yang dianggap oleh orang–orang Kristian
sebagai ‘Rasul Kristus’.
Oleh kerana kata-kata Paulus sendiri
mengandungi percanggahan, maka saksi yang
paling layak untuk kita analisa bagi mencapai
kebenaran hakiki tentang idea penyaliban bagi
menebus dosa ini, adalah kata–kata Jesus sendiri.
Apa kata Jesus terhadap idea yang telah dicipta
oleh Paulus ini?

Jesus Sendiri Tidak Rela Disalib!

Jika anda perhatikan di dalam Perjanjian Baru
(Yohanes 7: 19), Jesus sendiri telah berkata kepada
orang–orang Yahudi yang ingin membunuh dan
menyalibnya:

“Bukankah Musa yang memberi Taurat kepada
kamu. Tetapi tidak seorang pun di antara kamu
yang mentaati Taurat itu. Mengapa kamu mahu
membunuh aku?”

19

Benarkah Nabi Isa Disalib?

mm Lihat pula di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 8:
37) di mana Jesus sendiri telah berkata:
“Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu
berusaha untuk membunuh aku, kerana kamu tidak
mahu menerima ajaranku”.

mm Di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 8: 44):
“Bapa kamu Iblis dan kamu anak–
anaknya. Kamu lebih suka menurut
kehendak bapa kamu. Sejak permulaan,
Iblis itu pembunuh..”

mm Di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 19:
11):
Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor
Kerajaan Rom), dan berkata: “Kamu

tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah
memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh
itu, orang yang menyerahkan aku
kepadamu, lebih besar dosanya
dari dosamu.

Perhatikan! Jesus sendiri
menolak idea penebusan
dosa ciptaan Paulus
ini! Bahkan, untuk
membuktikan keengganan
Jesus menghadapi
hukuman untuk menebus
dosa manusia, Matius
dan Markus telah

20

Penebusan Dosa?

menceritakan bagaimana Jesus
telah berusaha melarikan
diri dari orang-orang Yahudi
dan tentera Rom yang mahu
menangkap dan membunuh
baginda. Jika ini adalah perintah
Allah, mengapa Jesus melarikan
diri?
Perhatikan ayat ini:
mm Di dalam Perjanjian Baru

(Matius 26: 46)
“Bangunlah, mari kita pergi! Lihatlah, orang yang
mengkhianati aku sudah datang!”
mm Dan di dalam Perjanjian Baru (Markus 14: 42)
“Bangunlah, marilah kita pergi! Lihatlah, orang
yang mengkhianati aku sudah datang!”
Bahkan, sahabat-sahabat Jesus sendiri melarikan
diri ketika Jesus ditangkap! Jadi, siapakah yang
menjadi saksi peristiwa ini?
Jika benar penyaliban Jesus ini adalah perintah
Allah sebagaimana yang didakwa oleh Paulus
dalam Perjanjian Baru (Galatian 1: 4) tadi, sudah
tentu sahabat-sahabat baginda akan membantu
menyerahkan baginda kepada orang–orang Yahudi
dan tentera Rom. Perhatikan apa yang telah
diriwayatkan:

21

Benarkah Nabi Isa Disalib?

mm Dalam Perjanjian Baru (Matius 26: 56):
…kemudian semua pengikut Jesus lari meninggalkan
Dia.

mm Dan di dalam Perjanjian Baru (Markus 14: 50)
meriwayatkan:
Ketika itu, semua pengikut Jesus lari meninggalkan
Dia.
Sungguh menghairankan! Jika benar apa yang

dikatakan oleh Paul tentang penyaliban Jesus adalah
rancangan Tuhan untuk menebus dosa warisan,
maka kita dapat saksikan bahawa Jesus dan sahabat–
sahabat baginda sendiri ‘lari’ dari perintah Tuhan!

Kisah Penyaliban yang Berbagai Versi!
Kisah penyaliban Jesus telah dirakamkan oleh
4 Gospel yang utama di dalam Perjanjian Baru
iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Namun
tahukah anda, kisah penyaliban ini berbeza dan
berbagai versi keadaannya?

Rela Disalib
Orang-orang Kristian telah menggunakan Perjanjian
Baru (Lukas 23: 46) ini sebagai tanda Jesus telah rela
disalib untuk menebus dosa warisan manusia.

22

Penebusan Dosa?

mm Perhatikan ayat ini:
Lalu Jesus berseru dengan suara lantang, “Ya bapa,
aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu”. Setelah
berkata demikian dia pun meninggal.

mm Perhatikan pula di dalam Perjanjian Baru
(Yohanes 19: 28-30):
Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan
supaya apa yang tertulis di dalam Al-kitab berlaku,
dia berkata “Aku dahaga. Di situ ada sebuah mangkuk
yang penuh dengan wain murah. Bunga karang
dicelupkan ke dalam wain murah itu kemudian
dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke
mulut Jesus. Jesus mengecapnya lalu berkata: “Telah
selesai.” Setelah itu dia menundukkan kepalanya
dan meninggal.
Melalui dua ayat ini, orang-orang Kristian berkata

dengan megahnya, “Inilah tanda kasih sayang Jesus.
Dia sanggup mati demi dosa kita!”

Apakah ‘Kasih Sayang’ Itu?

Kepada orang-orang Kristian, saya bertanya:
“Apakah maksud kasih sayang di dalam agama
anda? Adakah semata-mata untuk menebus dosa
warisan dari Adam (yang hanya memakan sebiji
buah larangan) lalu Tuhan Maha Pengasih terpaksa
membunuh anak-Nya yang tunggal, kamu katakan
sebagai ‘kasih sayang’?”

23

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Bahkan ‘Putus Asa’!
Sebenarnya, apa yang telah dinyatakan di dalam
Perjanjian Baru (Lukas 23: 46 dan Yohanes 19: 28-30)
ini adalah menunjukkan putus asa Jesus!

Mengapa tidak? Jesus telah berusaha melarikan
diri dari tangkapan tentera Rom dan orang-orang
Yahudi selama hidupnya, tiba-tiba Bapa di Syurga
tidak membantu beliau melepaskan diri! Maka
dengan putus asa beliau mengucapkan: “Ya bapa,
aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu.”

Bahkan jika kita perhatikan kalimah ‘Ya bapa,
aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu’ ini juga,
dapat kita perhatikan ada 2 ‘Tuhan’ bukannya Satu
seperti yang didakwa oleh orang-orang Kristian.
Pertama, ‘Anak Tuhan’ yang mati di tiang salib dan
yang kedua, ‘Tuhan Bapa’ yang tidak mati bersama
anak-Nya. Dan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai tidak
bersatu sehinggakan ada Tuhan yang mati dan ada
yang tidak mati.

Tidak Rela Disalib
Kali ini kita perhatikan pula bagaimanakah dua ayat
ini menjelaskan keengganan Jesus untuk disalib.
mm Perhatikan Perjanjian Baru (Matius 27: 45-50):

Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu
menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru

24

Penebusan Dosa?

dengan suara lantang “Eli Eli lama sabakhtani?”
yang bermaksud “Allah Allah mengapa Engkau
tinggalkan aku?” Beberapa orang di situ mendengar
seruan Jesus lalu berkata “dia memanggil Elia.”
Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu
mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian
bunga karang itu dicucukkan pada sebatang kayu,
lalu dihulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang lain
di situ berkata: Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau
Elia datang menyelamatkan dia.” Kemudian Jesus
berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan
nafas terakhirnya.
mm KeenggananJesusuntukdisalibjugadigambarkan
oleh Perjanjian Baru (Markus 15:33-37):
Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri
itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus
berseru dengan suara lantang “Eloi Eloi lama
sabakhtani?” yang bermaksud “Ya Allah Ya Allah
mengapa Engkau tinggalkan aku?” Beberapa
orang di situ mendengar seruan itu lalu berkata “Dia
memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil
bunga karang, yang dicelup dengan wain murah
lalu mencucukkannya pada sebatang kayu, lalu
dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata “Tunggu!
Mari kita lihat kalau-kalau Elia menurunkan dia
dari salib.” Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan
hafasnya yang terakhir.

25

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Bahkan Bukan Jesus di Tiang Salib!

Kalimah “Eloi Eloi lama sabakhtani?” yang
bermaksud “Ya Allah mengapa Engkau tinggalkan
aku?” di dalam ayat-ayat di atas juga, jelas
menunjukkan bahawa bukan Jesus yang disalib.

Saya pernah memberitahu kepada seorang
Pastor berbangsa India di negeri saya ketika kami
berbincang mengenai
siapakah yang disalib
sebenarnya. Saya berkata
“Uncle, sekiranya Jesus
yang disalib, tentu dia
tidak akan menggunakan
lafaz ‘Allah, Allah’ tetapi
‘Bapa, bapa’. Ini adalah
kerana, Jesus adalah ‘anak
Tuhan’!

Amat menghairankan!
Matius dan Markus
telah meriwayatkan
berita penyaliban ini
dengan perbezaan yang
amat ketara berbanding
dengan versi yang dibawa oleh Lukas dan Yohanes.
Namun begitu, terdapat persamaan di antara
keempat-empat Gospel ini. Tahukah anda apakah
persamaan itu? Ia adalah tentang kematian ‘Tuhan’!

26

Penebusan Dosa?

Adakah Anda Percaya Tuhan Telah Mati?

“Adakah Tuan Saya pernah bertanya
kepada seorang Kristian
percaya bahawa dari Jamaica, yang secara
Tuhan (Nabi Isa) kebetulan saya temui
telah mati tiga hari ketika menunggu KLIA
tiga malam?” Ekpress menuju ke

Putrajaya. Pada mulanya
saya menyangka beliau seorang Arab Muslim
(memandangkan rupanya seperti Arab) tetapi setelah
beliau memperkenalkan dirinya sebagai Roger dan
menyatakan beliau seorang Kristian Protestan, saya
segera mengambil peluang keemasan tersebut untuk
bertanya tentang kematian ‘Tuhan’!

Di dalam kesempatan itu saya bertanya: “Uncle,
do you believe God (Jesus) died for three days and
three night?” (Adakah Tuan percaya bahawa Tuhan
(Nabi Isa) telah mati tiga hari tiga malam?) Beliau
tersenyum sambil berkata: “This is a very interesting
question.”

Saya menunggu agar Uncle Roger meneruskan
jawapannya tetapi apabila saya melihat beliau seperti
ingin lari dari menjawab soalan tersebut, saya ulangi
semula soalan itu untuk kali kedua. Dengan serba
salah beliau menjawab: “I do not believe God died.”
(Saya tidak percaya tuhan telah mati).

27

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Apabila saya ingin melanjutkan perbualan kami
ke topik yang lebih menarik berkaitan Kristian,
beliau dengan segera menjawab: “I’m very tired now
and I have to sleep.” (saya amat letih sekarang dan
perlu berehat).

Bible Mengatakan Jesus Tidak Pernah Mati!
Walaupun kita telah membuktikan kepada saudara
kita orang-orang Kristian bahawa Jesus sendiri
‘tidak merestui’ upacara penebusan dosa bahkan
bukan Jesus yang disalib oleh tentera Rom, namun
orang-orang Kristian masih lagi mempertahankan
hujah mereka dengan berkata: “Baiklah! Kami akan
membuktikan pada kamu melalui kata-kata Jesus
sendiri tentang kematian dan kebangkitannya!”
mm Dalam Perjanjian Baru (Matius 17: 22-23):

…Jesus berkata kepada mereka, “Tidak lama
lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam
kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi
pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.”
mm Dalam Perjanjian Baru (Lukas 24: 46):
Jesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis
bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah
mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit
daripada kematian pada hari ketiga.”

28

Penebusan Dosa?

“Lihatlah ayat–ayat ini! Pasti tiada seorang pun
Muslim yang mampu menyangkal tentang kematian
dan kebangkitan Jesus!”

Saudara, perhatikan! Sekiranya kita tidak
mempersiapkan diri dengan ilmu, sudah tentu ayat-
ayat di atas memutuskan hujah kita sebagai Muslim
yang berkeyakinan bahawa Jesus ataupun Nabi Isa
AS tidak pernah mati! Mereka mengutarakan hujah
yang diambil dari Holy Bible dan ayat-ayat tersebut
memang terdapat di dalam Bible mereka.

Jesus Menjawab ‘bagi pihak ’ Muslim

Oleh kerana orang-orang Kristian tidak menerima
Al-Quran sebagai ‘Perjanjian Terakhir’, maka
sudah tentu hujah yang terpaksa kita pakai untuk
membuktikan keyakinan Muslim tadi adalah melalui
Holy Bible mereka.

Katakan kepada mereka: “Wahai saudaraku,
perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Petrus atau
Peter dan bandingkan dengan apa yang telah Jesus
katakan tentang ‘kematian dan kebangkitannya’!
mm Petrus atau Peter menyatakan di dalam Perjanjian

Baru (1 Petrus 3: 18) bahawa, kebangkitan setelah
kematian itu hanya berlaku dalam bentuk ruh
atau ‘spirit’ sahaja. Perhatikan:
…Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani,
tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.

29

Benarkah Nabi Isa Disalib?

mm Sedangkan di dalam Perjanjian Baru (Lukas
24:39-40) Jesus pula menyatakan:
“Lihatlah tangan-ku dan kaki-ku ini. Inilah aku!
Peganglah aku, maka kamu akan tahu bahawa
aku bukan hantu (ruh) kerana hantu (ruh) tidak
mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku
masih mempunyainya.” Jesus berkata demikian
sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya
kepada mereka.
Perhatikan! Jesus menafikan apa yang telah

dinyatakan oleh Petrus dengan bahasa dan kalimah
yang amat jelas!

Bahkan, untuk meyakinkan bahawa Dia belum
mati sebagaimana yang diyakini oleh murid-
muridnya ketika itu dan orang-orang Kristian pada
hari ini, Jesus juga telah meminta makanan dari
mereka dan memakannya. Perhatikan ayat Perjanjian
Baru (Lukas 24: 41-43):

Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu
gembira dan hairan. Jesus bertanya kepada mereka,
“Adakah kamu mempunyai makanan di sini?”
Mereka pun memberi sepotong ikan yang sudah
dimasak kepada-Nya. Lalu Jesus memgambil ikan
itu lalu makan di hadapan mereka.
Sungguh jelas! Jesus menegaskan bahawa Dia tidak
pernah mati kerana Dia masih mempunyai daging
serta tulang. Sedangkan ruh tidak mempunyainya!
Dan demi meyakinkan mereka yang menyaksikan

30

Penebusan Dosa?

itu, Dia telah memakan
“Wahai Peter dan makanan yang diberikan.
umat Kristian, Aku
tidak pernah mati! Sungguh aneh! Petrus
Lihatlah aku masih atau Peter memberitahu
hidup dan lengkap umat Kristian bahawa
dengan ruh serta Jesus telah dibunuh dan
jasad!” bangkit dalam bentuk ruh
atau ‘spirit’. Sedangkan
Jesus menjawab: “Wahai Peter dan umat Kristian,
Aku tidak pernah mati! Lihatlah aku masih hidup
dan lengkap dengan ruh serta jasad!”

Siapakah yang anda pilih Jesus atau Petrus?

Apa Jawapan Allah SWT Terhadap Mereka?
Jika kita perhatikan kepada riwayat yang telah
disifatkan oleh empat Gospel tadi, (Matius, Markus,
Lukas dan Yohanes) seolah-olah Jesus sendiri ada
kalanya rela, ada kalanya tidak rela dan ada kalanya
putus asa. Sedangkan di dalam Islam, para Nabi
dan Rasul itu bersifat dengan benar dan tidak pula
pernah berdusta. Inilah di antara bukti bahawa
terdapat percanggahan yang amat ketara di dalam
kitab Bible serta juga Taurat orang-orang Yahudi.
Amat benarlah firman Allah di dalam Al-Quran:

31

Benarkah Nabi Isa Disalib?

Maksudnya: “Maka kecelakaan yang besarlah
bagi orang–orang yang menulis (merubah)
Alkitab dengan tangan mereka sendiri kemudian
mereka mengatakan: “Inilah dari Allah” (dengan
maksud) ingin memperolehi keuntungan yang
sedikit dari perbuatan itu. Maka kecelakaan
besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang telah
ditulis oleh mereka dan kecelakaan besarlah bagi
mereka, di atas apa yang telah mereka kerjakan”.

(Surah Al-Baqarah 2: 79)

Di dalam menjawab fitnah yang telah ditimbulkan
oleh orang-orang Yahudi dan Kristian melalui kitab
Taurat dan Bible mereka, maka Allah SWT juga telah
menyatakan secara jelas di dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Dan kerana ucapan mereka
‘Sesungguhnya kami telah membunuh al-

32

Penebusan Dosa?

Masih Isa anak Maryam pesuruh Allah. Dan
sebenarnya, mereka tidak membunuhnya dan
tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka
bunuh itu ialah) orang yang diserupakan dengan
Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang
yang berselisih faham tentang (pembunuhan)
Isa benar–benar di dalam keraguan tentang yang
dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan
tentang siapakah yang sebenarnya dibunuh
itu, kecuali mereka hanya menurut sangkaan
mereka sahaja. Mereka tidak pula yakin bahawa
yang mereka bunuh itu, adalah Isa. Tetapi
(sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-
Nya. Dan adalah Allah itu, Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.”

(Surah An-Nisa 4:157-158)

“...Mereka tidak
mempunyai keyakinan
tentang siapakah yang
sebenarnya dibunuh itu,
kecuali mereka hanya
menurut sangkaan mereka
sahaja. Mereka tidak
pula yakin bahawa yang
mereka bunuh itu, adalah
Isa. Tetapi (sebenarnya)
Allah telah mengangkat

Isa kepada-Nya...”

(Surah An-Nisa: 157-158)

33



bab ketiga

Triniti

(Anak Tuhan dan
Ketuhanan Jesus)

Apakah dia Triniti?

Triniti merupakan Akidah Utama di dalam
Agama Kristian. Ia bermaksud Tuhan itu
satu tetapi di dalam tiga keperibadian.
Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan
Holy Spirit. Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak
pernah berpisah.
mm Orang-orang Kristian meyakini akidah Triniti ini

berdasarkan Perjanjian Baru (1 Yohanes 5: 7-8):
“Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan
ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”.
Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang
dari cetakan Bible RSV (Revised Standard Version)
kerana Ulama-ulama Kristian mengakuinya sebagai
ayat palsu serta ditokok tambah!

36


Click to View FlipBook Version