Triniti
mm Di dalam Perjanjian Baru (Matius 3: 16-17)
menyatakan:
Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu.
Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah
turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian
terdengarlah suara Allah berfirman: “Inilah Anak-
Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku”.
mm Di dalam Perjanjian Baru (Lukas 3: 21-22):
Setelah semua
orang itu dibaptis,
Jesus juga dibaptis.
Ketika Dia berdoa,
langit terbuka dan
roh Allah berwujud
burung merpati
turun ke atas-Nya.
Lalu terdengar
suara dari syurga
mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang Aku
kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku”.
Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya
tiga kesaksian atau Triniti dalam Agama Kristian.
Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan
mereka adalah satu. Jika benar ‘Tuhan-Tuhan’ ini
tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus mati di
tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup?
Ini menunjukkan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai dan
mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!
37
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Holy Spirit di Dalam Agama Kristian
Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari
Allah sebagai ‘Tuhan Bapa’ dan Jesus sebagai ‘Anak
Tuhan’, mereka juga meyakini bahawa ‘Holy Spirit’
adalah oknum ketiga
di dalam akidah Triniti
mereka. Ketiga-tiga oknum Orang-orang
ini adalah Tuhan dan Kristian mendakwa
mereka semua adalah satu.
bahawa mereka
semua adalah umat
‘kelahiran kembali’
‘Holy Spirit’ adalah dan mengakui
pengganti Jesus di bumi ini.
Dialah yang mengambil alih ‘Holy Spirit’ atau
tugas Jesus yang sekarang ‘Ruh Kudus’ telah
ini berada di sebelah menguasai mereka.
kanan ‘Tuhan Bapa’ di
langit. Orang-orang Kristian mendakwa bahawa
mereka semua adalah umat ‘kelahiran kembali’
dan mengakui ‘Holy Spirit’ atau ‘Ruh Kudus’ telah
menguasai mereka.
mm Di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 3: 3)
menyatakan:
Jesus menjawab: “Percayalah, tidak seorang pun
dapat menikmati pemerintahan Allah, kecuali dia
dilahirkan kembali”.
Bahkan, untuk memahami Al-Kitab pun, mereka
mendakwa harus mempunyai ‘Ruh Kudus’ atau
38
Triniti
‘Holy Spirit’ terlebih dahulu. Di dalam Perjanjian
Baru (1 Korintus 2: 13-14) menyatakan:
Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang
Allah kepada orang yang mempunyai ‘Ruh kudus’,
kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan
manusia, tetapi menurut ajaran ‘Ruh kudus’.
Sesiapa yang tidak mempunyai ‘Ruh kudus’, tidak
dapat menerima kurnia daripada ‘Ruh Kudus’,
kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya
dan menganggapnya sebagai satu kebodohan sahaja.
Kurnia daripada ‘Ruh Kudus’ hanya dapat dinilai
secara rohani.
Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-
orang Kristian ketika menjawab soalan-soalan
tentang percanggahan di dalam kitab mereka.
Mereka mengatakan: “Kamu harus mempunyai
‘Ruh Kudus’ terlebih dahulu sebelum memahami
kitab kami!”
Holy Spirit yang Membisu!
Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja
di Selangor, kenalan Kristian saya telah menceritakan
bahawa terdapat sebuah keluarga Melayu telah
menganut Agama Kristian manakala seorang Melayu
di Puchong pula, telah pun menjadi Paderi!
Dengan harapan agar cerita tadi dapat
‘merangsang’ saya untuk menjadi ‘saudara baru’
mereka, maka kenalan Kristian saya yang berbangsa
39
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Cina dan India itu, cuba
memberi kefahaman
pada saya tentang akidah
mereka. Antaranya,
bagaimanakah Jesus
dianggap sebagai ‘Anak
Tuhan’ dan ‘Tuhan’ oleh
Penganut Kristian.
Mereka mengatakan
Jesus sebagai ‘Anak Tuhan’ kerana di dalam Bible
sendiri menyatakan demikian. Saya bertanya
kepada mereka: “Adakah semata-mata kerana Bible
menggunakan kalimah ‘Anak Tuhan’, maka Jesus
dianggap ‘Anak Tuhan’? Sedangkan dalam masa
yang sama, Bible turut menggunakan kalimah ‘Anak
Manusia’ sebagai panggilan kepada Jesus. Bahkan
penggunaan kalimah ‘Anak Manusia’ lebih banyak
berbanding dengan kalimah ‘Anak Tuhan’.”
‘Anak-anak Tuhan’
Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kalaulah
semata-mata penggunaan kalimah ‘Anak Tuhan’
ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus
sebagai ‘Anak Tuhan’, maka ramailah ‘Anak Tuhan’
di dalam Bible.”
mm Di dalam Perjanjian Lama, (Kejadian 6: 1-4):
…anak-anak Allah mengahwini anak-anak
manusia…
40
Triniti
mm Di dalam Perjanjian Lama, (Keluaran 4: 22):
…Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku.
mm Di dalam Perjanjian Lama, (Yeremiah 31: 9):
…Efraim adalah anak-ku yang sulung.
mm Di dalam Perjanjian Baru, (Lukas 3: 38):
…menurut pendapat orang…Dia (Jesus) anak
Yusuf, anak Eli, anak Matat……anak Enos, anak
Set, anak Adam, anak Allah.
mm Di dalam Perjanjian Lama, (Roma 8: 14):
Orang yang dipimpin oleh Ruh Allah, maka
mereka itu, anak-anak Allah.
Saya bertanya lagi: “Berapa ramaikah ‘Anak
Allah’ di dalam Bible?” Mereka terdiam dan saya
dapati salah seorang dari mereka agak tegang
dan penuh emosi. Manakala yang lain pula
(kemungkinan) berminat untuk mendengar hujah
saya yang selanjutnya. Saya tidak pasti mengapa dia
tegang dengan situasi perbincangan dan soalan yang
telah saya kemukakan. Sedangkan jika dia membaca
di dalam Perjanjian Baru (1 Petrus 3: 15-16) telah
menyebut:
“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai
tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa
bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja
yang meminta kamu menjelaskan harapan yang
kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah
41
Benarkah Nabi Isa Disalib?
lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu
murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup
dengan baik sebagai pengikut Kritus, orang yang
memfitnah kamu itu akan menjadi malu.”
Tanpa menghiraukan keadaan yang agak
tegang tadi, saya meneruskan lagi dengan berkata:
“Sebenarnya kalimah ‘Anak Allah’ di sini ialah
kiasan ataupun metafora di dalam bahasa Yahudi.”
Dengan memetik kata
demi kata dari pidato
Allahyarham Syeikh
Ahmed Hoosen Deedat
(semoga Allah merahmati
beliau), saya membawakan
contoh lain bagi mereka
dengan mengatakan:
“Saudara, cuba kita
perhatikan Perjanjian Baru
Syeikh Ahmed Hoosen (Yohanes 10: 34-36):
Deedat
Jesus berkata kepada
mereka: “Bukankah tertulis di dalam Taurat kamu:
Allah berfirman, ‘kamu Tuhan’? Kita tahu bahawa apa
yang tertulis di dalam Alkitab berlaku untuk selama-
lamanya. Allah menyebut, orang yang menerima
firman-Nya sebagai ‘Ilahi’. Aku ini dipilih dan diutus
oleh bapa ke dunia. Adakah kamu mengatakan aku
mengkufuri Allah semata-mata aku mengatakan aku
‘anak Allah’? (Sedangkan dalam bahasa kamu, kamu
dipanggil sebagai ‘Ilahi’).
42
Triniti
“Inilah buktinya! Bukankah kalimah ‘Anak
Allah’ yang digunakan oleh Jesus berdasarkan ayat
ini adalah metafora semata-mata dan di sinilah Jesus
cuba memberi faham kepada umat Kristian, bahawa
Allah tidak pernah mempunyai anak dan Jesus bukan
Anak Allah seperti yang dipercayai oleh jutaan umat
Kristian pada hari ini!”
“Tuhan-Tuhan”
Saya berkata lagi: “Kalaulah semata-mata kalimah
‘Anak Allah’ yang telah disebut oleh Jesus tadi kita
menerimanya tanpa memikirkan unsur kiasan atau
metafora, bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?”
mm Di dalam Perjanjian Lama (Keluaran 7: 1):
Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku
akan menjadikan engkau ‘Tuhan’ di depan Firaun,
dan Harun sebagai Nabimu.
mm Di dalam Perjanjian Baru (Mazmur 82: 6):
“Aku berkata bahawa kamu semua ‘Tuhan’, bahawa
kamu semua ‘anak Yang Maha Tinggi’.”
mm Di dalam Perjanjian Baru (2 Korintus 4: 4):
…Iblis adalah ‘Tuhan’ pada zaman ini……
mm Di dalam Perjanjian Baru (Yohanes 10: 34):
Jesus berkata kepada mereka: “Bukankah telah
tertulis di dalam Taurat kamu bahawa Allah telah
berfirman: “Kamu adalah Tuhan?”
43
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Saya bertanya lagi: “Adakah Tuhan yang
disebutkan dalam ayat-ayat ini adalah Tuhan yang
membawa makna hakiki?” Mereka semua terdiam.
Tanpa menunggu jawapan, (dan sama sekali mereka
tidak berupaya untuk memberikan jawapan) maka
saya meneruskan hujah dengan berkata: “Inilah
buktinya bahawa kalimah ‘Anak Tuhan’ dan
‘Tuhan’ di dalam ayat-ayat yang saya nyatakan
tadi merupakan metafora di dalam Bahasa Yahudi.
Bila Jesus menyebutkan dia sebagai ‘Anak Tuhan‘
sebagaimana yang difahami oleh orang-orang
Kristian. Maha Suci Allah dari mempunyai anak
atau diperanakkan.”
Seterusnya saya menyambung lagi dengan
berkata: “Al-Quran telah menerangkan kepada
manusia bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak
atau diperanakkan sebagaimana firman-Nya”:
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad):
“Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat
bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak
dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun
yang setara dengan-Nya.
(Surah al-Ikhlas 112: 1-4)
44
Triniti
“Sekarang, cuba anda terangkan kepada saya, dari
sudut manakah lagi yang ingin anda pertahankan
bahawa Jesus itu sebagai ‘Anak Tuhan’ dan juga
‘Tuhan’?”
“Jika anda katakan dia memang ‘Anak Tuhan’ dan
juga ‘Tuhan’ kerana telah menghidupkan sahabatnya
yang telah mati iaitu Lazarus sebagaimana yang
telah dikisahkan dalam Perjanjian Baru (Yohanes 11:
38-44), Elia dan Elisha juga pernah menghidupkan
orang yang telah mati.”
Elia pernah menghidupkan seorang kanak-kanak
kecil yang telah mati sebagaimana yang tercatat di
dalam Perjanjian Lama (1 Raja-Raja 17: 20-22):
Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, “Ya
tuhan, Allahku, mengapakah engkau melakukan
perkara yang sedahsyat ini kepada balu itu? Dia
sudah memberikan tumpangan kepadaku, tetapi
engkau telah membunuh anaknya!”. Kemudian Elia
menelengkupkan badannya di atas anak itu tiga kali
sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah
45
Benarkah Nabi Isa Disalib?
semula anak ini!” Tuhan mengabulkan doa Elia.
Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.
Bahkan, cara Elisha menghidupkan orang mati
lagi mengagumkan. Ini adalah kerana Elisha telah
menghidupkan orang mati setelah Elisha sendiri
mati dan telah pun menjadi tulang.
mm Perhatikan Perjanjian Lama, (2 Raja-Raja 13: 21):
Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang
menguburkan orang mati, mereka nampak
gerombolan orang Moab. Oleh sebab ketakutan,
mereka melemparkan mayat itu ke dalam kubur
Elisha, lalu melarikan diri. Sebaik sahaja mayat itu
terkena pada tulang-tulang Elisha, mayat itu hidup
semula dan berdiri tegak.
“Dan jika anda katakan dia adalah
‘Anak Tuhan’ dan juga ‘Tuhan’
kerana tidak mempunyai bapa
sebagaimana manusia yang
normal, bagaimana pula
dengan Adam AS? Adam
tidak mempunyai ibu
dan juga bapa. Bukankah
begitu?”
Dan sudah tentu anda
pernah membaca tentang
Melkisedik sebagaimana yang
tercatat di dalam Perjanjian Baru
(Ibrani 7: 1-3):
46
Triniti
“Melkisedik adalah Raja Salem dan Imam Allah
Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan
Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim
kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim
memberikan kepada Melkisedik sepersepuluh dari
harta yang dirampasnya. Menurut erti nama
Melkisedik itu ialah, Raja kebenaran. Oleh sebab dia
adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna
Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak
mempunyai ibu, tidak ada salasilah keturunan,
harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada
kesudahan dan ia dijadikan sama dengan anak Allah,
ia tetap menjadi Imam selama-lamanya.”
“Jadi, cuba anda terangkan kepada saya, di atas
dasar apakah Jesus itu dianggap ‘Anak Tuhan’ dan
juga ‘Tuhan’?
Salah seorang dari mereka menjawab: “Kamu
tidak boleh menggunakan akal semata-mata
dalam memahami Tuhan. Dan yang paling penting
seseorang itu seharusnya mempunyai ‘Holy Spirit‘
terlebih dahulu sebelum mentafsirkan ayat-ayat di
dalam Al-Kitab.”
Saya menjawab: “Mengapa tidak boleh
menggunakan akal? Bukankah Tuhan yang
memberikan kita akal? Bahkan di dalam Perjanjian
Baru (Markus 12: 30) mengatakan:
“Cintailah Tuhan Allah mu dengan sepenuh hatimu,
dengan segenap jiwamu, dengan seluruh AKALmu
dan dengan segala kekuatanmu.”
47
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Dan banyak lagi ayat-ayat di tempat lain yang
menyatakan pentingnya akal untuk menyintai
Allah.”
Ke Mana Menghilangnya Holy Spirit?
Saya meneruskan lagi
dengan berkata: “Orang-
orang Kristian mendakwa “Kamu mengatakan
bahawa mereka adalah pula bahawa
umat yang mempunyai
serta dipimpin oleh seseorang itu perlu
‘Holy Spirit‘ . Dan bila mempunyai ‘Holy
kami sebagai Muslim Spirit’ terlebih dahulu
bertanya kepada kamu untuk memahami
Al-Kitab.”
tentang percanggahan-
percanggahan di dalam Al-Kitab, kamu mengatakan
pula bahawa seseorang itu perlu mempunyai ‘Holy
Spirit‘ terlebih dahulu untuk memahami Al-Kitab.
Sungguh menghairankan! Apa yang telah ‘Holy
Spirit‘ buat pada kamu sehinggakan kamu sebagai
umat yang telah merasai ‘Holy Spirit‘, terdiam
membisu setiap kali soalan diutarakan kepada
kamu? Ke mana menghilangnya ‘Holy Spirit‘ itu?”
Salah seorang dari mereka menyatakan secara
ikhlas kepada saya: “Saya tak mampu untuk
memberikan jawapan tentang apa yang telah kamu
timbulkan tadi, tetapi saya berdoa semoga satu hari
nanti, kamu mendapat hidayah dari ‘Holy Spirit‘.”
48
Triniti
Lihatlah, betapa
mereka masih
mempertahankan akidah
mereka yang rapuh itu
walaupun segala bukti
dan hujah untuk menolak
idea dosa warisan ini
datangnya dari kitab suci
mereka sendiri!
Mereka meremehkan
ajaran Jesus yang
menafikan dosa warisan dan penebusan dosa
melalui penyaliban ‘Anak Tuhan’. Dan amat malang
lagi, mereka lebih mempercayai apa yang dikatakan
oleh Paulus, Petrus dan lain-lain berbanding apa
yang dikatakan oleh Jesus sendiri!
Sedangkan Jesus menyeru mereka supaya
mentauhidkanAllah Yang Esa bukannya menyembah
makhluk selain Allah atau mensyirikkan-Nya
dengan sesuatu.
Perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Jesus
terhadap mereka:
Jesus menjawab: “Inilah perintah yang paling
utama, “Dengarlah wahai bangsa Israil Tuhan Allah
KITA, Dialah Tuhan Yang ESA.” Kasihilah Tuhan
Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap
jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala
kekuatanmu.”
Perjanjian Baru (Markus 12: 29-30)
49
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Dan Nabi Muhammad SAW sendiri telah
membenarkan apa yang dikatakan oleh Jesus melalui
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang telah
diturunkan kepada Baginda:
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad):
“Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat
bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak
dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun
yang setara dengan-Nya.
(Surah al-Ikhlas 112: 1-4)
Inilah kalimah tauhid yang dibawa oleh para
Rasul dan Nabi-nabi dan kaumnya termasuk Jesus
sendiri.
Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil ini
dengan hati yang ikhlas dalam mencari kebenaran,
maka sudah pasti mereka akan memilih Islam
sebagai ‘Jalan Keselamatan’ hakiki, namun bagi
mereka yang tertutup pintu hatinya dari kebenaran,
maka mereka tetap mempertahankan akidah mereka
walaupun telah datang cahaya kebenaran melalui
utusan-utusan Allah SWT.
50
Triniti
Di dalam hal ini, Allah SWT telah menggambarkan
kepada Muslim tentang sikap sesetengah mereka
yang masih ingin mempertahankan akidah mereka
yang bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh
Jesus sendiri serta menyeru umat Islam agar terus
berdakwah kepada golongan Ahli Kitab ini. Firman
Allah SWT:
Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik
yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh
kepada makruf, dan mencegah dari kemungkaran
dan beriman pada Allah. Dan sekiranya Ahli
51
Benarkah Nabi Isa Disalib?
Kitab itu beriman, tentulah (keimanan)
itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Surah Ali-Imran 3: 110)
Perhatikan, betapa benarnya Al-Quran
dalam menyatakan sifat mereka ini terhadap
Islam dan kita sebagai Muslim wajib
menyampaikan dakwah ini kepada seluruh
umat Nabi Muhammad SAW agar terus
berakidah dengan akidah yang sebenar. Dan
yakinlah, Allah SWT akan membantu kita
yang membantu agama-Nya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang
beriman, jika kamu menolong (Agama)
Allah, pasti Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu).
(Surah Muhammad 47:7)
52
Triniti
53
Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil
ini dengan hati yang ikhlas dalam mencari
kebenaran, maka sudah pasti mereka akan
memilih Islam sebagai ‘Jalan Keselamatan’
hakiki, namun bagi mereka yang tertutup
pintu hatinya dari kebenaran, maka mereka
tetap mempertahankan akidah mereka
walaupun telah datang cahaya kebenaran
melalui utusan-utusan Allah SWT.
54
Rujukan
• Al-Quran.
• Tafsir Pimpinan al-Rahman, (Jabatan Perdana Menteri).
• Tafsir al-Azhar, Prof. Abdul Malik Karim Amrullah
(Hamka).
• Hidayah al-Hayara fi Ajwibah al-Yahudi wa an-Nasara,
Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
• Izhar al-Haq, Syeikh Rahmatullah al-Kairanawi al-
Hindi.
• Al-Milal wa an-Nihal, Imam Shahrastani.
• The Choice, Syeikh Ahmed Hoosen Deedat.
• Holy Bible, King James Version.
• Holy Bible, Revised Standard Version.
• Holy Bible, Todays English Version.
• Al-Kitab, (Bible Versi Melayu).
2004
55
Ringkas, padat & mudah difahami.
diterbitkan oleh
PUSTAKA CTS