The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PBL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SURAH AL KAFIRUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENDIDIKAN ISLAM SKPTLDMKK, 2021-06-22 07:28:00

PBL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SURAH AL KAFIRUN

PBL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 SURAH AL KAFIRUN

PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK

‫ڤنديديقن اسلام تاهون تيڬ‬

‫بيدڠ القرءان‬
‫سورة الكافرون‬

21 JUN – 2 JULAI 2021

#menghasilvideopendek

Tekan link dibawah dan tonton video tersebut
sebelum memulakan pembelajaran.

https://youtu.be/Tepz0A6i3J4



Kisah sebabnya turunnya Surah Al Kafirun, Godaan
Kaum Kafir Quraisy Kepada Nabi Muhammad SAW

Kaum kafir Quraisy berusaha keras memujuk dan mempengaruhi Rasulullah
saw. agar mengikuti ajaran mereka. Mereka menawarkan harta kekayaan yang sangat
banyak, agar beliau menjadi orang terkaya di kota Mekah. Kepada beliau dijanjikan
akan dikawinkan dengan wanita yang paling cantik, baik gadis maupun janda yang
beliau kehendaki.

Dalam upaya memujuk Rasulullah saw., mereka mengatakan, “Inilah wahai
Muhammad yang kami sediakan untukmu, agar kamu tidak memaki dan menghina
tuhan kami dalam satu tahun!”

Orang-orang kafir Quraisy mengajukan tawaran kepada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, “Wahai Muhammad, sekiranya kamu tidak keberatan mengikuti agama
kami selama satu tahun, maka kami akan berbalik mengikuti agamamu selama satu tahun
pula.” Sebagai jawapan dari permasalahan ini, Allah Subhanahu wata’ala memerintahkan
malaikat Jibril untuk menurunkan wahyu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,
yaitu surah Al-Kafirun. Secara terang-terangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
memberikan jawapan kepada mereka, selamanya tidak akan bertemu dalam satu titik
agama kufur dengan agama Islam yang hak.

Walid bin Muhirah, Al-‘Ash bin Wail, Aswad bin Muthalib dan Umayyah bin Khallaf pada suatu waktu
bertemu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka berkata, “Wahai Muhammad, mari kita
mengadakan persekutuan iaitu kita bersama-sama menyembah apa yang kami sembah, kemudian
pada saatnya kami menyembah apa yang kamu sembah. Dan kita bersekutu dalam segala urusan apa
saja. Kamulah yang menjadi pemimpin dalam hal ini.” Sehubungan dengan tawaran tokoh-tokoh kafir
Quraisy ini, maka Allah Subhanahu wata’ala menurunkan surah Al-Kafirun sebagai jawapan atas
ajakan mereka tersebut. Secara tegas Allah Subhanahu wata’ala memberikan keterangan kepada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa tidak ada persekutuan mahupun persaudaraan antara
orang-orang kafir dengan orang-orang beriman, baik dalam urusan apa saja.

Baiklah, begitulah serba sedikit kisah
mengenai sebab turunnya surah Alkafirun.

Sekiranya murid-murid telah faham, tugasan
yang perlu kamu buat adalah…..

Arahan Tugasan :

1) Murid hendaklah menghasilkan video pendek
mengenai asbabul nuzul surah Alkafirun.

2) Rakaman video tidaklah melebihi dua minit.

3) Boleh menggunakan pelbagai aplikasi seperti
‘tik tok’, ‘instagram’ dan sebagainya ikut kreativiti
masing-masing.

Makluman penting :

• Tugasan ini merupakan
Pembelajaran Barasaskan
Projek (PBL) anda.

• Markah anda akan dinilai
melalui penghasilan projek
ini.

• Tarikh akhir penghantaran
tugasan projek pada 2 Julai
2021.

Hantar tugasan anda pada link dibawah :

https://forms.gle/xCWPKtQ3iYRRNA5D9

Terima kasih…


Click to View FlipBook Version