The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khanh8116, 2023-10-03 22:41:13

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2021


MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN MUZIK (MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS) FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2021


ii UPSI/IPS-3/BO 32 Pind : 00 m/s: 1/1 INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Perakuan ini telah dibuat pada ………(hari bulan)…………….. (bulan) 20…….. i. Perakuan pelajar : Saya, _______________________________________________________________________________________ (SILA NYATAKAN NAMA PELAJAR, NO. MATRIK DAN FAKULTI) dengan ini mengaku bahawa disertasi/tesis yang bertajuk ____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________ adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya _________________________ Tandatangan pelajar ii. Perakuan Penyelia: Saya, _______________________________________________________ (NAMA PENYELIA) dengan ini mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk ___________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________ (TAJUK) dihasilkan oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Institut Pengajian Siswazah bagi memenuhi sebahagian/sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah __________________________________________________________________________________ (SLA NYATAKAN NAMA IJAZAH). ____________________ ________________________ Tarikh Tandatangan Penyelia Sila tanda (—) Kertas Projek Sarjana Penyelidikan Sarjana Penyelidikan dan Kerja Kursus Doktor Falsafah 16 FEB 21 KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM, M20161000410, FMSP MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH MOHD HASSAN BIN ABDULLAH MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH SARJANA PENDIDIKAN MUZIK


iii UPSI/IPS-3/BO 31 Pind.: 01 m/s:1/1 INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH / INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN TESIS/DISERTASI/LAPORAN KERTAS PROJEK DECLARATION OF THESIS/DISSERTATION/PROJECT PAPER FORM Tajuk / Title: ___________________________________________________ ___________________________________________________ No. Matrik /MaWULc¶V NR.: ___________________________________________________ Saya / I : ___________________________________________________ (Nama pelajar / SWXdeQW¶V NaPe) mengaku membenarkan Tesis/Disertasi/Laporan Kertas Projek (Kedoktoran/Sarjana)* ini disimpan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perpustakaan Tuanku Bainun) dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:- acknowledged that Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tuanku Bainun Library) reserves the right as follows:- 1. Tesis/Disertasi/Laporan Kertas Projek ini adalah hak milik UPSI. The thesis is the property of Universiti Pendidikan Sultan Idris 2. Perpustakaan Tuanku Bainun dibenarkan membuat salinan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan. Tuanku Bainun Library has the right to make copies for the purpose of reference and research. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Tesis/Disertasi ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange. 4. Sila Wandakan ( ¥ ) bagi pilihan kaWegoUi di baZah / POeaVe WLcN ( ¥ ) fRU caWeJRU\ beORZ:- SULIT/CONFIDENTIAL TERHAD/RESTRICTED Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. / Contains confidential information under the Official Secret Act 1972 Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan ini dijalankan. / Contains restircted information as specified by the organization where research was done. TIDAK TERHAD / OPEN ACCESS (Tandatangan Pelajar/ Signature) (Tandatangan Penyelia / Signature of Supervisor) & (Nama & Cop Rasmi / Name & Official Stamp) Tarikh: _________________ Catatan: Jika Tesis/Disertasi ini SULIT @ TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Notes: If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction. MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH M20161000410 KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM


iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji kepada Maha Pencipta Allah S.W.T. atas kurnian dan limpahnya kajian ini disiapkan dengan sempurna. Syukur tidak terhingga dipertemukan sumber-sumber, individu-individu dan agensi-agensi yang membantu dalam penyediaan kajian ini. Saya merakamkan sertinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang memberi ruang dan peluang perkongsian ilmiah ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih khusus kepada penyelia saya, Prof Dr. Mohd Hassan bin Abdullah yang sentiasa memberi tunjuk ajar, dorongan dan panduan dalam menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga Prof Madya Dr Mohd Azam bin Sulong yang bertindak sebagai penyelia kedua serta juga semua pensyarah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rakaman terima kasih kepada juga kepada pakar yang dirujuk dalam memperjelaskan lagi penghuraian kajian ini khususnya En. Che Mohd Nasir Yusof (Pok Nasir) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan juga En. Mohd. Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) dari Akademi Dikir Barat Arjunasukma yang telah memberikan input yang sangat berguna dalam penyelidikan ini. Penghargaan dan terima kasih juga diberikan kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam penyelidikan ini. Akhir sekali tidak dilupakan penghargaan dan terima kasih kepada ibu dan arwah bapa saya yang telah memberi sokongan dan galakan. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai ini dan semoga Allah S.W.T memberkati usaha ini.


v ABSTRAK Seni Dikir Barat merupakan salah satu muzik tradisional yang dikenali umumnya dalam masyarakat Malaysia walaupun seni budaya ini bertapak asalnya dari negeri Kelantan. Seni ini semakin mendapat tempat dijiwa rakyat Malaysia dan mula dipertontonkan di seluruh pelusuk negara tidak kira melalui persembahan pentas malah disiarkan juga di dalam media utama negara. Namun demikian Dikir Barat dipentaskan dalam bentuk pertandingan bagi peringkat pelajar sekolah menengah dan walaupun begitu, tidak ada satu keselarasan justifikasi pentaksiran terhadap penjurian dan tidak ada satu landasan teori yang kukuh terhadap elemen-eleman penjurian. Dengan ini, satu kerangka konsep penilaian yang berasaskan teori yang kukuh perlu dibangunkan untuk digunakan dalam penilaian pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah. Oleh itu kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif yang mana menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Grounded Theory diaplikasikan dalam membentuk kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat ini. Kajian ini telah menghasilkan satu kerangka konsep penjurian pertandingan Dikir Barat dan dapatan akhirnya terbentuk satu Borang Penjurian Dikir Barat yang menepati semua elemen dan sub elemen yang perlu ada dalam pertandingan tersebut. Hasil dari kajian ini mampu memberi panduan dan rujukan kepada kumpulan Dikir Barat terhadap penekanan elemen yang tepat untuk dinilai semasa pertandingan Dikir Barat. Malah juri pertandingan dapat menilai dengan jelas dan tepat bagi mengukuhkan lagi martabat seni budaya warisan ini. Kata kunci Dikir Barat, pentaksiran, penjurian, kerangka konsep, Borang Penjurian Dikir Barat


vi CONSTRUCT AND VERIFY THE ASSESSMENT CONCEPTUAL FRAMEWORK OF DIKIR BARAT COMPETITION IN SECONDARY SCHOOL LEVEL ABSTRACT Dikir Barat is one of the most popular traditional music in Malaysian society despite its cultural was originated from Kelantan. Dikir Barat is gaining attention among Malaysians and is being shown all over the country not only on stage but also on the country’s main media. However, Dikir Barat is set in the form of competition for secondary school students and yet, there is not a single conformity on the justification of the assessment in judging and there is no solid theoretical foundation for the elements in judging. With this, a strong theory-based conceptual framework for evaluation needs to be developed for the use in the evaluation of Dikir Barat Competition in school level. Therefore, this study applied qualitative research design which included observation, document analysis and interviews. Grounded Theory was applied to formulate a conceptual framework for the assessment of this Dikir Barat judging. This study has come up with a conceptual framework in judging the Dikir Barat Competition and from the findings, a Dikir Barat Judging Form that complies with all the elements and sub-elements needed in the competition were developed. The results from this study are able to provide guidance and reference to the Dikir Barat group in emphasizing the right elements to evaluate during the Dikir Barat Competition. Even the jury of the competition can assess in an assured and precise manners in order to strengthen the dignity of this art of cultural heritage. Keywords: Dikir Barat, assessment, judging, conceptual framework, Dikir Barat Judging Form


vii KANDUNGAN Muka Surat PENGAKUAN ii BORANG PENGAKUAN PENYERAHAN TESIS iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI FOTO xiv SENARAI SINGKATAN xv BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Batasan Kajian 9 1.7 Kesignifikanan Kajian 10 1.8 Definisi Terminologi /Istilah 11 1.9 Penutup 13


viii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 15 2.2 Dikir Barat 15 2.2.1 KSSM Pendidikan Muzik 16 2.3 Pentaksiran 17 2.4 Grounded Theory 19 2.5 Kerangka Konsep 22 2.6 Kajian Lepas 24 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 27 3.2 Rekabentuk Kajian 27 3.3 Instrumen Kajian 30 3.3.1 Analisis Dokumen 30 3.3.2 Temubual 31 3.3.3 Pemerhatian 32 3.4 Informan 33 3.5 Analisis Data 34 3.6 Tempat Kajian 35 3.7 Penutup 35 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 36 4.2 Persoalan Kajian 1 37 4.2.1 Borang Penjurian 37 4.2.2 Pemerhatian 38 4.2.3 Analisis Data 38


ix 4.2.3.1 Tok Jogho 39 4.2.3.2 Tukang Karut 43 4.2.3.3 Awak-awak 48 4.2.3.4 Muzik 51 4.2.3.5 Penilaian Keseluruhan 54 4.2.4 Rumusan Keseluruhan Soalan 1 56 4.3 Soalan Kajian 2 59 4.3.1 Cadangan Pentaksiran (Kerangka Konsep) 59 4.3.1.1 Tok Jogho 61 4.3.1.2 Tukang Karut 61 4.3.1.3 Awak-awak 61 4.3.1.4 Muzik 62 4.3.1.5 Penilaian Keseluruhan 63 4.3.2 Rakaman Video 63 4.3.3 Borang Cadangan 64 4.4 Soalan Kajian 3 65 4.4.1 Elemen Pentaksiran 65 4.4.2 Rujukan Pakar 67 4.4.2.1 En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pok Nasir) 67 4.4.2.2 En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) 68 4.5 Kerangka Akhir 70 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 76 5.2 Rumusan Keseluruhan 76


x 5.3 Aplikasi Penggunaan Borang Penjurian Dikir Barat 77 5.4 Kertas Konsep Pertandingan Dikir Barat 77 5.5 Cadangan 78 5.5.1 Cadangan Aplikasi 78 5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 79 5.6 Penutup 80 RUJUKAN 81 LAMPIRAN 83


xi SENARAI JADUAL No. Jadual Muka Surat 3.1 Contoh Analisis Data 34 4.1 Suntingan Elemen Tok Jogho dari Jadual Analisis 39 Perbandingan 4.2 Suntingan Elemen Tukang Karut dari Jadual Analisis 43 Perbandingan 4.3 Suntingan Elemen Awak-awak dari Jadual Analisis 48 Perbandingan 4.4 Suntingan Elemen Muzik dari Jadual Analisis 51 Perbandingan 4.5 Suntingan Penilaian Keseluruhan dari Jadual Analisis 54 Perbandingan 4.6 Analisis Keutamaan Elemen dan Sub Elemen Penjurian 57 Dikir Barat 4.7 Cadangan Pemarkahan Elemen dan Sub Elemen Dikir 60 Barat 4.8 Cadangan Borang Pemarkahan 64 4.9 Cadangan Pemarkahan 65 4.10 Rumusan Pakar untuk Cadangan Pemarkahan 70 4.11 Pemarkahan Akhir 73 4.12 Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat 75 Sekolah Menengah 6.1 Borang Penjurian Pertandingan PPDA 85 6.2 Borang Penjurian Karnival Pasir Mas 86 6.3 Borang Penjurian Pertandingan JKKN 86 6.4 Borang Penjurian Pertandingan MSSK 87


xii 6.5 Borang Penjurian Pertandingan Kolej Aminudin Baki 88 6.6 Borang Penjurian Pertandingan SIDRAT 2011 89 6.7 Analisis Perbandingan Elemen-elemen dalam Dikir 90 Barat


xiii SENARAI RAJAH No. Rajah Muka Surat 1.1 Proses Pembentukan Teori 20 3.1 Proses Pembentukan Cadangan Borang Penjurian 28 3.2 Rekabentuk Kajian 29 4.1 Cadangan Kerangka Konsep Pentaksiran Penjurian 60 Pertandingan Dikir Barat 4.2 Kerangka Akhir Pentaksiran Penjurian Pertandingan 74 Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah


xiv SENARAI FOTO No. Foto Muka Surat 6.1 Sesi Temubual Bersama En. Che Mohd. Nasir Yusoff 83 (Pok Nasir) 6.2 Sesi Temubual Bersama En. Mohd Sulhie bin Yusuf 84 (Yie Aurjunasukma)


xv SENARAI SINGKATAN DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah PPDa Pendidikan Pencegahan Dadah MPAC MSU Performing Arts Competition GT Grounded Theory JKKN Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara MSSK Majlis Sukan Sekolah Kelantan SIDRAT Senandung Irama Dikir Barat Inter Kolej SMK Sekolah Menengah Kebangsaan BSKK Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM Kementerian Pendidikan Malaysia


BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dikir Barat bukanlah satu kesenian yang hanya boleh dikhususkan untuk pembelajaran bagi pelajar atau sekolah yang berada di negeri Kelantan sahaja. Kesenian ini boleh diperkenalkan di mana-mana sekolah di seluruh Malaysia seiring juga dengan seni tradisional gamelan, kompang dan caklempong. Sebagaimana semua pendidik muzik sedia maklum bahawa ensembel muzik tersebut memang tersedia bagi sekolah yang terdahulu menyediakan mata pelajaran pendidikan muzik sebagai salah satu mata pelajaran pilihan di sekolah tersebut. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah meletakkan seni Dikir Barat sebagai salah satu ensembel cadangan untuk pengajaran pendidikan muzik di sekolah. Cadangan ini


2 sangat praktikal kerana kos penyediaan peralatan yang murah dan boleh melibatkan penglibatan keseluruhan satu kelas untuk melengkapkan ensembel ini. Tidak semua sekolah mempunyai kumpulan mahupun pasukan Dikir Barat walaupun ensembel muzik ini antara ensembel yang ekonomi untuk disediakan di sekolah. Cuma kadangkala persembahan Dikir Barat adalah bersandarkan adanya guru dari Kelantan yang dianggap mempunyai pengalaman dan pengetahuan Dikir Barat untuk mewujudkan pasukan Dikir Barat yang bersifat sementara untuk memenuhi sesuatu acara atau program sekolah. Namun demikian wujud juga sekolah yang menjadikan pasukan Dikir Barat ini sebagai salah satu etos sekolah memandangkan terdapat sokongan dan kewibawaan guru yang dipertanggungjawabkan. Malah Dikir Barat ini setiap tahun mendapat tempat untuk dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dari peringkat daerah sehinggalah kebangsaan. Ketelusan dalam pentaksiran penjurian Dikir Barat dilihat tidak konsisten. Juri yang dilantik tidak mampu membuat satu pentaksiran yang selaras memandangkan tidak ada ketetapan khusus yang ditetapkan terhadap elemen dalam penjurian Dikir Barat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan satu kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat agar satu pentaksiran yang selaras dapat diperolehi terhadap pertandingan Dikir Barat sekolah menengah.


3 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Dikir Barat sering dijadikan medium untuk menyampaikan sesuatu hasrat atau kempen melalui pertandingan yang akan membuka peluang dalam pembinaan lirik, lagu dan bentuk persembahan. Walau bagaimanapun penawaran pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah amat jarang dilaksanakan kecuali beberapa bentuk kempen yang menjadi acara tahunan di peringkat negeri malah terus dipanjangkan sehingga ke peringkat kebangsaan. Antara pertandingan Dikir Barat yang melibatkan pelajar sekolah adalah seperti Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang sering menjadi buah mulut penggiat Dikir Barat di peringkat sekolah menengah. Malah ada juga pertandingan Dikir Barat yang dianjurkan oleh agensi luar yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti MSU Performing Arts Competition (MPAC) yang menawarkan kategori Dikir Barat. Di peringkat sekolah, Dikir Barat dikategorikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang berdiri tegak sebagai satu Kelab Dikir Barat ataupun diletakkan dalam salah satu cabang di dalam Kelab Keseniaan dan Kebudayaan atau Kelab Muzik. Malah ada juga dijadikan keseniaan ini sebagai salah satu aktiviti pertandingan atau persembahan untuk diselitkan dalam program sekolah. Selain koir, Dikir Barat menjadi pilihan untuk disediakan memandangkan kesenian ini mampu melibatkan penyertaan ramai pelajar. Pertandingan dalaman di peringkat sekolah tidaklah diadili penjuriannya dengan terperinci kerana hanya dilihat dari sudut isi lirik yang disampaikan yang berkaitan tema atau program yang dijalankan.


4 Pertandingan Dikir Barat diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan memerlukan ketelusan dalam etika penjurian yang mewajibkan pihak penganjur menyediakan medium penjurian melalui penetapan di dalam kertas konsep, pemilihan juri, borang permarkahan dan pelaksanaan penjurian semasa pertandingan dijalankan. Kebiasaannya maklumat berkenaan elemen penjurian dilihat secara asas yang mengambil kira elemen muzik berkiblatkan elemen muzik barat yang kemungkinan tidak memenuhi bersifat kontra daripada kehendak entomuzikaliti muzik tradisional Malaysia. Penerapan ilmu muzik di sekolah pastinya harus menampakan kejelasan perbezaan di antara muzik barat dan juga muzik tradisional. Oleh yang demikian, satu langkah penyediaan kerangka konsep pentaksiran pertandingan Dikir Barat perlu dibina untuk mengukuhkan lagi dan menyangkal kekeliruan terhadap ketelusan keputusan atau pemilihan pasukan Dikir Barat terbaik yang melengkapi elemen aslinya. Pembinaan kerangka konsep ini menggunakan kaedah Grounded Theory yang mana kerangka dibina berdasarkan penghuraian elemen utama yang diperlukan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Pertandingan Dikir Barat sering diberi ruang di dalam sesuatu penganjuran berbentuk karnival atau diletakkan sebagai salah satu kategori melalui penganjuran acara berbentuk kebudayaan untuk memeriahkan lagi sesuatu program. Dikir Barat mendapat tempat untuk diketengahkan kerana keindahan lirik dan lagu serta bunga tangan dan kemantapan suara awak-awak. Pemilihan pemenang sesuatu pertandingan ini melibatkan penilaian yang dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur. Isu


5 yang diketengahkan adalah persoalan berkaitan apakah standard yang ditetapkan terhadap pentaksiran penjurian Dikir Barat tersebut. Pentaksiran terhadap mutu persembahan Dikir Barat harus seiring dengan keaslian seni Dikir Barat itu sendiri. Seiring dengan itu, lantikan juri dalam pertandingan Dikir Barat haruslah seiring dengan kewibawaan bagi memperlihatkan ketelusan dalam pentaksiran yang dibuat. Menurut Lim dan Mohd (2016), keaslian atau jati diri adalah khazanah penting yang tidak boleh dijual beli. Demikian dalam hal Dikir Barat ini, peralatan muzik yang digunakan, susunan segmen-segmen dalam persembahan, peranan Tok Jogho dan Tukang Karutnya, serta fungsi dan peranan awak-awak adalah estetika seni Dikir Barat yang sangat autentik dan mengagumkan. Dapatan pemerhatian, didapati kurangnya sumber bertulis terhadap penetapan standard yang jelas dalam muzik tradisional Malaysia untuk diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sumber rujukan dalam bentuk filmografi boleh diperolehi namun penghuraian berkenaan elemen yang jelas perlu dihuraikan dengan lebih terperinci. Seni muzik tradional tetap dipelihara sebagai seni warisan budaya bangsa. Muzik tradisional Malaysia hanyalah digunakan sebagai ‘penyeri majlis’ atau melengkapkan adat dan adab atau sebagai pelengkap protokol sesuatu acara. Begitu juga Dikir Barat yang mana jika dicari bahan rujukan berkenaannya, hasilannya kebanyakan adalah hasil penulisan bersahaja dan hampir serupa jika penulisannya berbeza individu. Apatah lagi jika rujukan berkaitan dengan elemen muzik dan langkah perjalanan satu-satu persembahan. Tetapi, jika rujukan dibuat terus daripada penggiat seni ini, pelbagai perkara dapat dikupas. Banyak perkara yang tidak dibukukan dan jelaslah seni muzik tradisional kebanyakannya diwarisi secara lisan dan kebiasaannya


6 warisan kekeluargaan diturunkan dari satu lapis generasi ke generasi seterusnya kecuali yang berguru tetapi penyampaiaan tetap sama melalui lisan, pemerhatian dan peniruan. Dalam satu persembahan Dikir Barat peringkat sekolah pihak penganjur menetapkan syarat yang perlu dilaksanakan dalam satu persembahan Dikir Barat yang lengkap. Terdapat ketetapan-ketetapan tertentu yang disyaratkan dari segi penggunaan alat, langkah-langkah persembahan, jenis-jenis lagu dan tema. Namun, adakala juri yang dilantik tidak kompeten untuk dijadikan pentaksir terhadap sesuatu pertandingan Dikir Barat. Alasan bahawa juri dilantik merupakan berasal dari Kelantan bukanlah satu kayu pengukur untuk sesorang mampu menilai sesuatu persembahan Dikir Barat. Tidak semestinya dengan bertitik tolak alasan tersebut dijadikan satu sandaran yang kukuh untuk individu tersebut menjuri Dikir Barat. Mungkin beliau sudah biasa dengan Dikir Barat dan sering mendengar Dikir Barat maka beliau lebih tahu apakah itu Dikir Barat. Sebagai contoh di dalam pertandingan MSU Performing Arts Competition 2017, juri yang dilantik merupakan Dato Suhaimi Mohd Zain yang merupakan seorang penggiat muzik tradisional tanah air, seorang pensyarah vokal dari UiTM dan seorang pegawai dari Jabatan Kesenian Negara. Tidak ada satu pun juri yang betul-betul berpengetahuan tinggi dalam Dikir Barat dan ini menyukarkan mereka memahami dengan lebih telus berkenaan kesenian Dikir Barat. Juri yang dilantik tidak betul-betul memahami elemenelemen yang terdapat dalam Dikir Barat. Elemen-elemen tersebut disokong oleh pendapat Lim dan Mohd (2016), Dikir Barat secara relatifnya menggabungkan empat elemen penting, iaitu seni suara, seni muzik, seni sastera dan seni gerak. Setelah melengkapkan gabungan empat elemen seni seperti di atas, ia perlu pula memenuhi pendukung persembahan iaitu Tok Jogho, Tukang Karut, pemuzik dan awak-awak.


7 Pelbagai sudut dan pandangan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam Dikir Barat. Tidak ada satu ketetapan yang khusus berkaitan apakah elemen-elemen yang perlu ada di dalam Dikir Barat peringkat sekolah. Malah dengan ini tidak kiralah jika semua juri yang dilantik itu memang diakui penggiat Dikir Barat tetapi setiap mereka akan menilai mengikut standard dan pilihan citarasa mereka sendiri. Melalui dapatan borang penjurian, pemberian markah dilihat mempunyai jalinan permarkahan yang telus. Contohnya jika salah seorang juri amat tertarik dengan Tok Jogho maka memungkinkan beliau memberi markah yang lebih terhadap persembahan tersebut. Tapi apakah ciri yang harus dinilai pada Tok Jogho kumpulan Dikir Barat tersebut. Setelah rujukan dibuat, didapati dokumen yang berkaitan elemen-elemen dalam dikir barat tidak mendapat tempat dalam kelompok bahan bertulis. Kebanyakan rujukan yang diperolehi adalah berkaitan sejarah asal-usul Dikir Barat, jenis-jenis lagu dan peralatan yang digunakan di dalam Dikir Barat. Pendekatan yang sesuai untuk menjawab persoalan ini adalah dengan merujuk sendiri dengan tokoh-tokoh Dikir Barat atau pakar berkaitan Dikir Barat melalui kaedah temubual. Melalui rujukan secara terus ini, kemungkinan agak sukar dihuraikan jika elemen-elemen moden dan barat digunakan untuk menghuraikan elemen-elemen yang dimaksudkan. Tetapi, kemungkinan terdapat terma-terma tertentu boleh dijadikan sandaran. Kadangkala kemungkinan terdapat cara pentaksiran yang cuba diselaraskan tetapi tidak standard dan tidak releven dengan pentaksiran yang dilaksanakan. Melihat kepada MSU Performing Arts Competition (MPAC), antara yang dilantik sebagai juri merupakan salah seorang, pakar dalam muzik tradsional. Seorang adalah guru vokal dan seorang lagi merupakan pensyarah muzik. Jika dilihat kepada juri tersebut, ketiga-


8 tiga mempunyai jurusan kepakaran yang berbeza. Bagaimana seorang guru vokal dapat menilai nyanyian awak-awak yang lebih kepada teknik menjerit dan adakalanya menggunakan suara hidung. Pastinya itu amat bertentangan dalam prinsip teknik vokal. Dengan segala permasalahan yang dinyatakan maka dapat disimpulkan perlunya diwujudkan satu Kerangka Konsep Pentaksiran Penjurian Pertandingan Dikir Barat Sekolah Menengah bagi memastikan ketelusan dalam penjurian Dikir Barat dapat dilaksanakan dan elemen utama yang perlu dititikberatkan dapat dikenalpasti yang mampu menjadi rujukan oleh guru dan pelajar dalam membentuk satu pasukan Dikir Barat. Selain itu, dengan wujudnya satu kerangka konsep ini maka juri dapat memberi penilaian yang seiring mengikut keaslian dalam Dikir Barat. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: i. Mengumpul dan menganalisis maklumat berkaitan elemen-elemen yang terdapat dalam penjurian pertandingan Dikir Barat. ii. Membangunkan kerangka konsep pentaksiran pertandingan Dikir Barat untuk peringkat sekolah. iii. Mengesahkan kerangka konsep pentaksiran pertandingan Dikir Barat peringkat sekolah.


9 1.5 PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan oebjektif kajian di atas, persoalan kajian yang dapat mencaknakan jawapan adalah: i. Apakah elemen-elemen yang diambil kira dalam penjurian Dikir Barat di peringkat sekolah? ii. Apakah kerangka konsep pentaksiran pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah? iii. Apakah pandangan dan pengesahan pakar dan pengamal Dikir Barat tentang kerangka konsep pentaksiran penjurian dikir barat peringkat sekolah? 1.6 BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi sasaran objektif yang ditetapkan dalam pertandingan Dikir Barat terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia dan fokus utama adalah di Selangor dan Kuala Lumpur. Kajian ini terbatas kepada perkaraperkara yang dihadkan oleh penyelidik. Di antara batasan-batasan tersebut di antaranya ialah, kajian ini hanya berfokus kepada pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah menengah. Ini melibatkan faktor keaslian loghat Kelantan yang mungkin budaya asal setempat dan juga melibatkan budaya ini bukan budaya setempat di kawasan kajian. Dapatan kajian ini mungkin dapat digeneralisasikan dan mampu juga menyumbang rujuk kepada pertandingan-pertandingan Dikir Barat lain yang bukan melibatkan pelajar-pelajar sekolah.


10 1.7 KESIGNIFIKANAN KAJIAN Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai salah satunya berfungsi untuk mengupas elemen-elemen dan apakah standard yang selaras yang boleh diguna pakai oleh siapa sahaja. Standard yang jelas ini merujuk kepada elemen-elemen yang perlu dititikberatkan dalam persembahan Dikir Barat. Standard pentaksiran ini bukan sematamata hanya kegunaan penjurian pertandingan, malah amat sesuai sekali digunakan dalam menyediakan satu pasukan Dikir Barat. Hasil kajian ini bukan sahaja akan menjurus untuk memastikan pengekalan keaslian elemen dalam Dikir Barat malah boleh menjadi panduan untuk pengajaran muzik dalam memperkenalkan muzik tradisional Dikir Barat seiiring dengan apa yang terkandung di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Kerangka kerja yang terhasil ini mengutamakan untuk panduan pelajar-pelajar sekolah menengah bukan sahaja amat berguna untuk membentuk satu pasukan Dikir Barat di sekolah malahan juga boleh digunakan oleh mana-mana kumpulan Dikir Barat. Dengan adanya kerangka konsep ini, tenaga pengajar akan mempunyai satu panduan yang jelas tentang keperluan elemen-elemen utama dalam Dikir Barat. Sekolah tidak perlu mendapatkan khidmat jurulatih luar untuk membentuk satu pasukan Dikir Barat dan kemungkinan bayaran elaun jurulatih itu boleh digunakan untuk menjemput kepakaran dikir barat untuk datang menilai dan memberi pandangan ke arah kebaikan di atas hasilan kumpulan dikir barat yang dilatih oleh guru muzik sekolah tersebut.


11 Selain itu, dengan adanya kerangka konsep ini maka kumpulan-kumpulan Dikir Barat dapat diselaraskan untuk mematuhi keaslian Dikir Barat yang sebenar. Tidak seperti contoh satu kumpulan yang pernah diperhatikan di dalam satu pertandingan yang menampakkan kumpulan ini tidak tahu apakah peranan Tukang Karut dan Tok Jogho malah cara penyampaian lagu juga menyalahi dari elemen sebenar Dikir Barat. 1.8 DEFINISI TERMINOLOGI / ISTILAH Melalui penyelidikan ini, terdapat istilah khusus yang digunakan. Di bawah adalah penerangan berkenaan istilah tersebut. i. Dikir Barat Perkataan dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian “Karut” itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir Pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut. ii. Tok Jogho Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar Tok Jogho ataupun Jogho sahaja. Pada kebiasaannya Tok Jogho akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok Jogho akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjela-jela mengikut kemahuan dan


12 moodnya bergaya zikir. Peranannya seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamerkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok Jogho juga berperanan memberi panduan kepada penyanyi selanjutnya iaitu Tukang Karut. iii. Tukang Karut Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan Dikir Barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil mengalunkan nyanyain. Beliau memiliki kemahiran mencipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audien. iv. Awak-awak Ahli pemain Dikir Barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang dinamakan awak-awak. Awak-awak berperanan menyanyikan korus yang disampaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awak-awak duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas anggota badan seolaholah menari mengikut irama muzik diselang seli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.


13 v. Kerangka Konsep Kerangka Konsep merupakan keseluruhan teori dan pembolehubah dipersembahkan dalam kerangka kajian dengan mempamerkan hubungkait antara satu dengan yang lain bagi menggambarkan hasil kajian yang dicapai. vi. Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (Lembaga Peperiksaan Malaysia [LPM], 2012). vii. Penjurian Penjurian merupakan satu proses untuk menilai sesuatu perkara atau perbuatan dengan berpandukan elemen, kriteria atau perkara yang ingin dinilaikan berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan. Penjurian akan menghasilkan satu pilihan terhadap perbandingan di dalam menilai elemen, kriteria atau perkara yang ditetapkan tersebut.


14 1.9 PENUTUP Warisan Dikir Barat merupakan salah satau khazanah indentiti Malaysia Timur yang perlu dijulang, dipelihara dan diangkat sebagai salah satu identiti warisan budaya Malasyia. Oleh itu, melalui pembinaan kerangka pentaksiran ini akan mampu menjadi rujukan untuk membentuk satu pasukan Dikir Barat yang memenuhi ciri-ciri utama dalam satu kumpulan Dikir Barat bukan sahaja di peringkat sekolah menengah malah boleh dan sesuai dirujuki oleh sesiapa pun.


15 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Dalam mengkaji pentaksiran penjurian Dikir Barat, pengkaji perlu menyorot kajiankajian lalu bagi mendapatkan gambaran terhadap elemen-elemen utama dan penting dalam Dikir Barat dan juga elemen-elemen berkaitan jenis pentaksiran yang sesuai untuk digunakan. Bab ni akan megupas mengenai pentaksiran serta elemen dalam Dikir Barat. 2.2 DIKIR BARAT Hashim (1987) menyatakan bahawa Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang kaya dengan gedung kesenian dan kebudayaan yang menarik perhatian semua pihak.


16 Bukan sahaja Wayang Kulit, Mak Yong dan Main Puteri, tetapi Dikir Barat juga salah satu bentuk kesenian rakyat yang semakin popular. Masyarakat menganggap Dikir Barat satu wadah untuk memahami budaya bangsa. Di samping berperanan sebagai hiburan, ia juga mempunyai nilai pembentukan peribadi dan personaliti serta penerapan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, kesenian ini amat releven untuk diperkenalkan kepada pelajar bermula di sekolah lagi dan bertepatan pula dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Menurut DSKP KSSM Pendidikan Muzik, Bidang Apresiasi Muzik memberi fokus kepada aktiviti mendengar secara aktif muzik daripada pelbagai budaya. Menerusi bidang ini ini murid diberi beri peluang untuk menghargai, menilai dan memberi ulasan secara kritis setiap genre muzik yang didengar atau ditonton. Setiap ulasan mereka adalah berkaitan elemen muzik, alat-alat muzik serta sejarah dan budaya sesuatu genre muzik tersebut. 2.2.1 KSSM Pendidikan Muzik Melalui DSKP KSSM Pendidikan Muzik, tidak mewajibkan Dikir Barat sebagai satu unit pembelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, Dikir Barat ini diletakkkan sebagai salah satu ensembel cadangan yang sesuai sebagai salah satu pilihan apresiasi Pendidikan Muzik. Pilihan Dikir Barat sebagai salah satu muzik pilihan ini sangat praktikal kerana hanya memerlukan kos yang rendah tetapi boleh melibatkan ramai ahli berbanding dengan muzik tradisioanal lain yang kebanyakannya memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan alat muzik sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.


17 2.3 PENTAKSIRAN Membincangkan dari sudut pertandingan Dikir Barat, maka jelas sesuai dikupas berkenaan pentaksiran yang diamanahkan kepada juri yang dilantik. Seiring dengan pendapat dalam Definisi Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian oleh Maridah (2013), pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pembangunan bakat pelajar melalui kesenian tradisional seperti Dikir Barat boleh dilihat melalui satu langkah pentaksiran yang bersesuaian dengan kesenian tersebut. Ini disokong oleh kenyataan LPM (2012) yang berpendapat bahawa transformasi pentaksiran ini memberikan satu pendekatan baru bagi membolehkan pembangunan potensi pelajar dapat dibina secara menyeluruh di samping dapat menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran Pentaksiran juga dilaksanakan bagi melihatkan tahap kemampuan pelajar dalam menguasai kemahiran yang dipelajari. Norsiah (2020), pentaksiran bertujuan menentukan sama ada murid ‘memahami’ atau boleh ‘lakukan sesuatu kemahiran. ‘Memahami’ditafsirkan sebagai murid dapat mengingat kembali apa yang diajar. Ini ditentukan sama ada murid berkenaan dapat memberi jawapan yang betul. Adalah lebih


18 tepat jika kita mengatakan bahawa tujuan pentaksiran ialah untuk menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran tercapai. Kemungkinan untuk pentaksiran penjurian Dikir Barat agak sukar untuk diperolehi sumber rujukan ataupun kajian yang lepas. Walau bagaimanapun, kemungkinan petaksiran di dalam ensembel lain seperti koir, pancaragam dan lain-lain boleh diadaptasikan mengikut kesesuaian elemen yang akan dinilai dalam pertandingan Dikir Barat peringkat sekolah menengah. Pentaksiran hanya dapat ditafsirkan melalui penilaian yang dilakukan semasa penjurian dilakukan. Menurut Arsaythamby (2011), penilaian juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar di sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan maka hubungan antara objektif, pengajaran dan pembelajaran dan penilaian adalah penting dan ketiga-tiga aspek ini mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Menurut Azizi (2010), penting untuk diketahui bahawa tujuan utama dan amalan pentaksiran dalam pendidikan atau pembelajaran bergantung pada rangka kerja teori pengamal atau penyelidik, yakni kefahaman tentang anggapan dan kepercayaan mereka terhadap minda dan pemikiran manusia secara semula jadi, asal usul pengetahuan dan proses pembelajaran. Hasilan daripada kerangka konsep ini diharapkan juga mampu menjadi panduan kepada pelajar seiring dengan pendapat Mas (2017), Pentaksiran sebagai pembelajaran adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu berfikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi


19 tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penghubung yang kritikal di antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya untuk mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan menggunakan maklum balas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami. Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuas hati dengan hasil refleksi serta analisis kritikal yang dijalankan oleh pelajar. 2.4 GROUNDED THEORY Grounded Theory ini berlandaskan pembinaan satu teori untuk menyelesaikan satu isu kajian untuk membolehkan kebolehgunaan kajian tersebut. Menurut Zalmizy (2014), tanpa teori sebagai sebuah perspektif, penyelidik tidak akan mampu memahami gejala untuk memperoleh makna (meaning), sehingga boleh jadi gejala yang penting pun untuk menjawab masalah kajian meninggalkannya begitu saja kerana penyelidik mempunyai kelemahan atau kekurangan wawasan mengenai tema yang diteliti, baik secara teoretik atau yang disebut sebagai perspektif teoretik dan wawasan empirik yang diperolehi dari pengesanan kajian atau penyelidikan sebelumnya.


20 Grounded theory adalah satu kaedah penelitian berlandaskan fakta iaitu data yang menggunakan analisis perbandingan yang melibatkan huraian data dan analisi data seperti Rajah 1.1 dengan tujuan membentuk teori dengan pengumpulan dan analisis dilakukan serentak. Ini bertujuan untuk menetapkan konsep dan membuktikan teori yang dibina. Rajah 1.1. Proses Pembentukan Teori Menurut Zalmizy (2014), Grounded Theory dibangunkan pada tahun 1967 oleh Barney G. Glaser dan Anselm L. Strauss dengan diterbitkannya buku berjudul The Discovery of Grounded Theory Strategies for Qualitative Research menyatakan “We believe that the discovery of theory from data-which we call grounded theory-is a major task confronting sociology today, for, as we shall try to show, such theory fits empirical situations, and is understandable to sociologists and layman alike”. Ini merupakan pertama kali istilah Grounded Theory (GT) diperkenalkan. Teori ini dipakai sebagai alat untuk memahami gejala atau fenomena hingga data yang diperoleh. Andaian, tanpa teori sebagai sebuah perspektif, penyelidik tidak akan mampu memahami gejala untuk memperoleh makna (meaning), sehingga boleh jadi gejala yang penting pun untuk menjawab masalah kajian meninggalkannya begitu saja kerana penyelidik mempunyai kelemahan atau kekurangan wawasan mengenai tema yang diteliti, baik secara teoretik DATA HURAIAN DATA ANALISIS DATA TEORI


21 atau yang disebut sebagai perspektif teoretik dan wawasan empirik yang diperolehi dari pengesanan kajian atau penyelidikan sebelumnya. Menurutnya lagi, Grounded Theory (GT) adalah metodologi penyelidikan kualitatif yang menekankan penemuan teori dari data pemerhatian empirik di lapangan dengan kaedah induktif (termasuk teori dari sejumlah data), generatif iaitu penemuan atau pembinaan teori menggunakan data sebagai evidensi, konstruktif mencari pembinaan teori atau kategori melalui analisis dan proses mengabstraksi, dan subjektif iaitu membina semula tafsiran dan pemaknaan hasil kajian berdasarkan konseptualisasi masyarakat yang dijadikan sebagai subjek kajian. GT fokus pada gerakan teori pembinaan dan pengesahan. GT disebut juga dengan local theory, patterned theory yang bersifat open ended dapat diperluaskan tanpa batas. Penyelidik GT harus terlibat secara langsung dengan dunia yang diteliti untuk memastikan hasil “grounded” dari masyarakat yang diteliti. Cokroaminoto (2011) pula menjelaskan bahawa Grounded Theory merupakan satu di antara pendekatan yang biasa digunakan dalam penelitian kualitatif. Keberhasilan penelitian kualitatif banyak ditentukan pada pemilihan teknik atau metode yang representatif dengan kondisi lapangan melalui data yang berhasil dikumpulkan. Pada bagian ini seperti ditulis IslamKuno, akan diuraikan tentang teknik penelitian dengan menggunakan metode grounded theory, dan secara sederhana teknik penelitian dapat diuraikan oleh Fasa Pengumpulan Data, Fasa Penyusunan Data, Fasa Analisis Data dan Fasa Perbandingan Literatur.


22 Data yang diperolehi akan dianalisis untuk membentuk satu kerangka konsep yang mana proses ini melibatkan satu pembinaan teori ke arah pembinaan kerangka konsep tersebut. Zalmizy (2014) menerangkan lagi bahawa, dari penjelasan-penjelasan tersebut di atas dapat ditarik kesimpulan bahwa Grounded Theory (GT) adalah suatu yang bersifat konseptual atau teori sebagai hasil pemikiran induktif dari data yang dihasilkan dalam penelitian mengenai suatu fenomena. Atau suatu teori yang dibangun dari data suatu fenomena dan dianalisis secara induktif, bukan hasil pengujian teori yang telah ada. Untuk menganalisis data secara induktif diperlukan kepekaan teori (theoretical sensitivity). Kesimpulannya, pembentukan GT merupakan satu proses tersusun sebagaimana dinyatakan oleh Zalmizy (2014) bahawa kegiatan pengumpulan dan analisis data dalam Grounded Theory adalah proses yang saling berkaitan erat, dan harus dilakukan secara bergilir-gilir (kitaran). Aktiviti analisis dalam kajian kualitatif dilakukan dalam bentuk pengekodan (coding). Pengekodan merupakan proses penguraian data, pengkonsepan, dan penyusunan kembali dengan cara baru. Tujuan pengekodan dalam kajian Grounded Theory adalah untuk: a) menyusun teori, b) memberikan ketepatan proses penyelidikan, c) membantu penyelidik mengatasi bias dan andaian yang keliru, dan d) memberikan landasan, memberikan kepadatan makna, dan mengembangkan kepekaan untuk menghasilkan teori.


23 2.5. KERANGKA KONSEP Kerangka Konsep adalah hasil akhir kajian bagi merumuskan dapatan kajian untuk digunapakai bagi mengukuhkan hasil kajian tersebut. Fariza (2016) menyatakan kerangka konsep mempunyai peranannya tersendiri. Ia bertindak sebagai sumber panduan kepada penyelidik dalam meneliti elemen-elemen yang terlibat dalam kajiannya. Misalnya, kerangka konsep mengandungi faktor-faktor penyebab kepada fenomena yang dikaji, pembolehubah, teori yang mendasari kajian serta bagaimana elemen-elemen ini berkiatan antara satu sama lain. Oleh kerana itu, anda biasa melihat kerangka konsep diilustrasikan dalam bentuk diagram atau rajah yang mengandungi anak panah ke sana sini. Hal ini bertujuan untuk memberi gambaran secara visual kepada pembaca akan hubung kait antara katakunci yang terdapat dalam rajah tersebut. Kerangka konsep yang baik adalah rajah yang mengandungi penerangan visual yang jelas dan mudah difahami, ringkas namun padat. Perkara yang perlu ada dalam kerangka konsep seperti yang dinyatakan tadi termasuklah pemboleh ubah, konsep, teori yang mendasari kajian, serta bagaimana penyelidik menerangkan hubungkaitnya antara satu sama lain yang akhirnya membawa kepada ‘ultimate aim of the research’ – iaitu objektif utama kajian. Saling hubung ini pula kebiasaannya ditentukan oleh hasil sorotan literatur penyelidik terhadap dapatan kajian lepas serta teori-teori berkaitan. Hal ini juga bermakna, pembangunan kerangka konsep tidak dibangunkan mengikut ‘rasa hati’ penyelidik semata-mata namun didasari oleh kajian empirikal terdahulu. Namun demikian, dalam mencari lompang kajian, penyelidik tentu sahaja menemui ruangruang yang belum diterokai oleh penyelidik sebelumnya secara ekspilit. Dalam keadaan ini, kemasukan pemboleh ubah baharu (yang belum diuji secara empirikal) boleh juga dimasukkan ke dalam kerangka konsep manakala hubungkaitnya adalah berdasarkan


24 hipotesis atau andaian pengkaji. Sama ada hubungan tersebut terbukti benar atau sebaliknya, bergantung kepada dapatan kajian. Oleh kerana itu kerangka konsep boleh juga dikatakan sebagai andaian atau gambaran awal saling hubung antara keseluruhan elemen. Kesimpulannya, Kerangka Konsep yang terhasil daripada kajian ini akan membuktikan satu panduan baharu untuk dijadikan sandaran dalam penjurian pertandingan Dikir Barat. 2.6 KAJIAN LEPAS Bagi menyediakan satu pasukan Dikir Barat, kepakaran bukanlah satu masalah utama yang harus diutamakan, tetapi kefahaman elemen muzik dan elemen yang perlu ada di dalam satu pasukan dan susun atur persembahan perlu dilihat sebagai perkara utama. Cukup dengan hanya keberadaan guru muzik di sesebuah sekolah adalah memadai untuk membentuk satu pasukan Dikir Barat. Menurut Wahi (2010), Di sekolah-sekolah yang mempunyai guru muzik dan pengetua yang berminat, kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Muzik atau apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan muzik akan menjadi lebih menarik. la berkembang dengan sihat dalam keadaan semula jadi dan menjadi satu tradisi kepada sekolah-sekolah itu. Di sekolah-sekolah seperti ini terdapat koir, nasyid, muzik tradisional, 'band kombo', ensembel rekoder, perkusi dan "brass band" yang baik. Melalui pengalaman pengkaji dalam pertandingan-pertandingan pancaragam yang telah disertai, didapati tahap persembahan pasukan pancaragam sekolah yang mempunyai jurulatih luar (bukan guru


25 muzik sekolah, iaitu jurulatih yang dibayar) adalah lebih baik dan sering mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut berbanding dengan pasukan pancaragam yang dilatih oleh guru muzik sekolah berkenaan. Jurulatih luar yang dimaksudkan adalah seperti Jimmy Anderson, Suhaimi Yaakob, Tang Chiang Hoe, Harisman Abdul Rahman, Azaharuddin Abd Syukur, Yap Mei Hong dan Tan Swee Kent. Pasukanpasukan yang dilatih oleh jurulatih luar ini bukan sahaja mampu untuk meraih kejayaan, tetapi juga dapat menghasilkan persembahan yang menepati segala unsur-unsur muzik yang dikehendaki dalam sesebuah penghasilan muzik dan juga dapat memenuhi kriteria yang diperlukan. Seni Dikir Barat tidak terdapat satu panduan khusus seperti buku atau modul yang boleh dirujuk untuk menjadi panduan memandangkan kebanyakan muzik kesenian dan kebudayaan Melayu merupakan seni yang diwarisi dan disampaikan secara lisan dan tidak tercipta satu sistem penulisan atau pembukuan yang khusus sebagaimana muzik barat. Menurut Matusky (1985) di dalam Kamarudin (2008), Muzik tradisional Melayu kini diajar melalui dua cara iaitu yang pertama belajar sambil membuat persembahan dan yang kedua belajar sebelum membuat persembahan. Cara pertama, pengajaran dan pembelajaran muzik tradisional memperlihatkan penurunan kemahiran bermain alat-alat muzik daripada generasi tua ke generasi muda secara tradisi oral melalui kaedah ‘rote teaching’. Menurut Kamarudin (2018) lagi, Kaedah ini memerlukan pelajar mengimitasi teknik permainan daripada ahli kumpulan ensemble yang lebih berpengalaman. Pengajaran dan pembelajaran wujud apabila seseorang mengamalkan sesuatu kemahiran bermain alat-alat dalam satu-satu ensemble. Menurut Lim & Mohd (2016) dalam bukunya yang bertajuk Tak Lerai Di Asak Zaman: Dikir Barat Seni Hiburan Rakyat, Dikir Barat merupakan sejenis seni hiburan


26 rakyat. Dikatakan seni hiburan rakyat kerana ia dipersembahkan sendiri daripada kalangan mereka untuk menghiburkan masyarakat itu pula. Ia sebenarnya muncul di negara ini sejak awal abad ke-20 lagi, menjadi salah satu seni yang sangat popular, digemari ramai dan dianggap cukup menghiburkan. Dikir Barat dipersembahkan dalam bentuk berkumpulan. Lazimnya, antara 15 hingga 25 orang ahli dalam satu-satu kumpulan. Setiap kumpulan terbahagi pula kepada dua komponen, iaitu pemuzik yang mengiringi, dan para pendikir yang menyampaikan nyanyian menurut tertib dan susunannya. Dikir Barat menjadi semacam sebuah institusi penyatuan orang ramai serta alat atau komponen ampuh dalam pemupukan jalinan gaya hidup yang harmonis. Jika dahulu, ia penting dan berkembang subur di kampung-kampung dan desa, kini ia menjengah kota-kota pula, menjadi item pilihan di pentas-pentas utama pelbagai majlis dan acara, bahkan dipersembahkan juga di peringkat antarabangsa. Elemen asas dalam kumpulan Dikir Barat adalah dua teraju utamanya, iaitu Tok Jogho dan Tukang Karut. Anggota kumpulan Dikir Barat tidak terhad kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya pertandingan, saiz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak dan empat pemuzik. Tok Jogho ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan diikuti Tukang Karut. Tidak seperti Tok Jogho, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Tok Jogho pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu. Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang didendangkan oleh dua teraju utama. Pemuzik perkusi pula terdiri daripada rebana ibu, rebana anak, marakas, tamborin, gong dan canang.


27 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini mengupas kaedah dan langkah-langkah dalam menjalankan penyelidikan ini yang meliputi rekabentuk kajian, pemilihan kaedah kajian, proses analisis data dan juga proses pengesahan data kajian. 3.2 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini melibatkan beberapa langkah kerja yang melibatkan permerhatian, analisis dokumen dan temubual ke arah pembentukan dan pembinaan satu kerangka kerja sebagai panduan untuk penjurian Dikir Barat. Ini akhirnya akan membawa kerangka


28 kerja yang dihasilkan tersebut untuk mendapat pengesahan pakar yang terdiri daripada pengamal Dikir Barat dan juga pakar Dikir Barat. Pemerhatian boleh dijalankan melalui secara terus di lapangan atau tempat kejadian sesuatu pertandingan Dikir Barat dijalankan. Manakala satu lagi cara, pemerhatian boleh juga dilakukan secara filmografi dengan meneliti video-video rakaman Dikir Barat. Walau bagaimanapun terdapat pro dan kontra di antara keduadua bentuk pemerhatian tersebut yang memungkinkan kejelasan bunyi dan ketepatan bunyi selain persembahan berbentuk langsung di lapangan berbanding secara rakaman. Dapatan daripada analisis data dan pemerhatian membolehkan pembentukan satu Cadangan Borang Penjurian. Seterusnya bagi mengesahkan cadangan borang tersebut, temubual pakar dilakukan. Proses ini boleh dilihat di dalam Rajah 3.1. Walau bagaimanapun jika borang cadangan tersebut perlukan penambahbaikan maka Cadangan Borang Penjurian tersebut dibentuk semula dan disahkan sekali lagi seperti Rajah 3.2 Rajah 3.1. Proses Pembentukan Cadangan Borang Penjurian Kumpul Borang Penjurian - 7 contoh porang diperolehi Analisis Data - Semua elemen dan sub elemen disenaraikan dalam jadual analisis perbandingan Cadangan Borang - Borang permarkahan dibina berdasarkan dapatan analisis Pemerhatian Rujukan video pertandingan dikir untuk kenalpasti elemen yang diterapkan BORANG PERMARKAHAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT TEMUBUAL / PENGESAHAN PAKAR 1. En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pensyarah ASWARA) 2. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Aktivis Dikir Barat / Pengasas Akademi Dikir Barat ArjunaSukma))


29 Rajah 3.2. Rekabentuk Kajian PEMERHATIAN • Pertandingan • Rakaman video ANALISIS DOKUMEN • Borang Juri • Kertas Konsep TEMUBUAL • Penggiat • Pakar • Penonton ELEMEN DALAM PENTAKSIRAN DIKIR BARAT KERANGKA KONSEP SEMENTARA PENGESAHAN • Pakar • Pengamal KERANGKA KONSEP AKHIR PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Penambahbaikan


30 3.3 INSTRUMEN KAJIAN 3.3.1 Analisis Dokumen Menurut Rapley (2007) dalam Corbin & Strauss (2008) analisis dokumen ialah prosedur yang sistematik untuk menilai sesuatu dokumen yang diperolehi. Seperti kaedah-kaedah yang lain, analisis dokumen memerlukan data yang diperoleh diperiksa dan ditafsir bagi mendapatkan makna yang jelas, memperoleh kefahaman dan memajukan perkembangan empirik. Tujuan yang lain ialah untuk memastikan dokumen yang digunakan adalah tepat dan sahih berdasarkan kepada kajian yang akan dijalankan. Analisis dokumen yang akan dijalankan untuk kajian ini melibatkan kertas konsep pertandingan dan borang penjurian pertandingan Dikir Barat peringkat sekolah menengah yang mana pembangunan kertas konsep yang telah disediakan akan dilihat sama ada releven atau tidak dengan pentaksiran penilaian yang dibuat oleh juri-juri yang dilantik. Sebelum itu, borang juri akan dikumpul untuk dibanding beza pemarkahan mengikut elemen-elemen yang dinilai dan dibuat kesimpulan terhadap keutamaan, keperluan dan ketidaksuaian elemen yang dinilai. Data dari kaedah diskografi dan filemografi juga dihuraikan dan akan saling menyokong dalam pembentukan kertas konsep. Analisis Konseptual digunakan dengan menghurai dan menjelaskan tentang konsep dalam sesuatu kandungan yang dikaji. Semua elemen akan disenaraikan berdasarkan penghuraian dari borang juri, kertas konsep pertandingan, penghuraian bahan diskografi dan filmografi. Perkataan yang memberi makna bersifat implisit


31 diperjelaskan dengan beberapa perkataan utama dan kekerapan penggunaannya dikenalpasti. Perkataan atau ungkapan yang dipilih kemudiannya dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut keutamaan penyelidik. Hasilnya elemen utama yang dilihat amat penting dan menjadi keutamaan berdasarkan kekerapan penggunaan akan digunakan atau diklasifikasikan sebagai elemen utama manakala elemen yang kekerapan tidak menjadi pengulangan penggunaannya boleh disatukan di bawah satau elemen atau disishkan terus. 3.3.2 Temubual Temu bual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan interaksi bersemuka antara penemubual / penyelidik dengan responden. Kaedah temubual dilaksanakan kepada kepada tiga golongan iaitu penggiat Dikir Barat, pakar dan penonton. Temubual dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi analisis dokumen dan pemerhatian yang dijalankan melalui video ataupun pertandingan secara langsung. Temubual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan subjek kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang releven. Melalui temubual, data diperolehi daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul maklumat kajian literatur. Cara pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan direkod oleh penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik. Chua (2014), temubual dikategori kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan temu bual tidak bersruktur.


32 Temubual yang digunapakai ialah berbentuk semi berstruktur. Soalan-soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budibicara penemubual dan peserta. 3.3.3 Pemerhatian Kajian boleh juga dilaksanakan melalui pemerhatian secara langsung semasa pertandingan dijalankan ataupun menonton semula rakaman video pertandingan Dikir Barat. Pemerhatian ini dibuat untuk melihat proses penjurian dilakukan semasa pertandingan dijalankan. Terdapat perbezaan jika pemerhatian dilaksanakan secara langsung atau melalui rakaman video. Jika pemerhatian secara langsung, kajian dapat dilaksanakan terus tanpa gangguan manakala melalui rakaman kemungkinan video tidak dapat dirakam dengan kualiti yang baik dan hasil daripada pemerhatian tidak jelas dan tidak mampu memberi dapatan yang tepat. Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian berstruktur yang mana pengkaji memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang telah dibina berdasarkan objektif kajian. Dalam pemerhatian berstruktur, pengkaji telah jelas mengenai elemen-elemen yang hendak dipatuhi. Untuk tujuan tersebut, pengkaji perlu menyediakan kod bagi perkara yang hendak diperhati. Pemerhatian dilakukan bagi melihat proses penjurian dilaksanakan oleh juri-juri yang telah dilantik dan seterusnya mengaitkan hasil daripada analisis borang-borang penjurian yang telah dikumpul.


33 3.4 INFORMAN Kajian ini memerlukan tiga responden utama yang akan merangsangkan data bagi menjawab soalan kajian yang telah dibina. i. Penggiat Dikir Barat Penggiat Dikir Barat adalah terdiri daripada golongan yang secara langsung berada dalam Dikir Barat iaitu Tukang Karut, Tok Jogho, awak-awak dan pemuzik Dikir Barat. Temubual ini melihat dari sudut kelemahan kumpulan dan kesukaran yang terdapat bagi setiap persembahan yang dilakukan. ii. Pakar Dikir Barat. Pakar Dikir Barat merujuk kepada individu yang sudah diketahui menjadi sumber rujukan untuk Dikir Barat. Individu ini adalah orang mempunyai peranan dalam perkembangan dan pemeliharaan keaslian Dikir Barat. Secara ringkasnya pakar ini boleh juga terdiri daripada pewaris asli Dikir Barat ataupun juga individu yang mempunyai pengetahuan khusus dalam seni Dikir Barat. Hakim juga merupakan pakar Dikir Barat. iii. Penonton Manakala penonton boleh dikategorikan kepada masyarakat yang meminati dan sering menonton persembahan Dikir Barat dan mampu memberi pendapat berkenaan seni Dikir Barat.


34 3.5 ANALISIS DATA Dokumen analisis akan digunakan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pertandingan Dikir Barat. Dokumen utama yang sering menjadi rujukan sesuatu pasukan yang akan bertanding malah digunakan juga oleh juri adalah kertas konsep pertandingan. Kertas konsep pertandingan jelas akan menyatakan segala syarat dan bentuk penilaian yang akan diberikan kepada setiap pasukan yang akan bertanding. Kebiasaannya juga di dalam kertas konsep akan dijelaskan bentuk pemarkahan setiap elemen yang akan dinilai. Keduanya adalah dengan menganalisis borang penjurian yang digunakan oleh setiap juri yang diamanahkan untuk membuat penilaian terhadap pasukan yang bertanding. Melalui analisis ini maka dapat dilihat kekuatan dan perbezaan dalam penilaian setiap juri dan dengan hasil dapatan tersebut dapat disimpulkan untuk disusun menjadi satu kerangka kerja untuk membentuk satu panduan penilaian Dikir Barat. Contoh analisis seperti rajah 3.1. Jadual 3.1 Contoh Analisis Data PASUKAN DIKIR BARAT ELEMEN PENILAIAN 1 2 3 4 5 6 7 KUMP 1 KUMP 2 KUMP 3 KUMP 4


Click to View FlipBook Version