The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khanh8116, 2023-10-03 22:41:13

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

MEMBANGUN DAN MENGESAHKAN KERANGKA KONSEP PENTAKSIRAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH (Semakan Akhir)

35 Seterusnya adalah dengan menjalankan temubual untuk mengesahkan dan menambahbaik ciri-ciri atau elemen-elemen yang perlu ada di dalam Dikir Barat, dan selain itu dapat melihat adakah elemen-elemen yang dinyatakan tepat terhadap analisis yang dilihat sebelum ini. Temubual ini akan dijalankan terhadap dua kategori kumpulan iaitu penggiat Dikir Barat dan pakar Dikir Barat. Hasil dapatan ini maka satu bentuk ciri-ciri elemen yang penting dapat disusun mengikut keutamaan untuk membentuk satu kerangka kerja pentaksiran sementara Dikir Barat. Maka dengan adanya kerangka kerja sementara ini, untuk memastikan ianya boleh dan sesuai digunakan, maka pengesahan amat diperlukan daripada pengamal dan juga pakar Dikir Barat. Jika terdapat kelemahan, perlu ditambah baik dan jika sesuai dan menepati maka kerangka kerja pentaksiran Dikir Barat ini boleh digunakan. 3.6 TEMPAT KAJIAN Kajian ini difokuskan ke beberapa buah sekolah iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai kumpulan Dikir Barat yang aktif. Manakala rujukan akan melibatkan pakar-pakar Dikir Barat terdekat dan juga melibatkan kepakaran pakar Dikir Barat dari Kelantan untuk mendapatkan respon temubual. 3.7 PENUTUP Bab ini merumuskan berkaitan langkah kerja, prosedur dan kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini.


36 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan tentang dapatan kajian proses pengumpulan data yang merupakan dapatan dan borang-borang penjurian yang melibatkan pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah. Borang ini dikumpulkan untuk dibentuk satu analisis berkaitan elemen yang harus dan perlu diberi perhatian semasa proses pentaksiran penjurian pertandingan dilaksanakan. Data ini akan memberi jawapan terhadap persoalan kajian 1. Seterusnya data yang dianalisis untuk memastikan penentuan elemen yang perlu diambil kira untuk membentuk Kerangka Konsep bagi menjawab persoalan kajian 2. Akhir sekali pengesahan melalui rujukan pakar dilaksanakan untuk memastikan pembentukan cadangan borang penjurian yang memenuhi aspek penilaian dalam petaksiran penjurian Dikir Barat peringkat sekolah menengah sebagai jawapan persoalan kajian 3.


37 4.2 SOALAN KAJIAN 1 Bagi menjawab Soalan Kajian 1 iaitu, apakah elemen-elemen yang diambil kira dalam penjurian Dikir Barat di peringkat sekolah?, akan dihuraikan dalam tajuk ini. Untuk mendapatkan data bagi menjawab soalan kajian ini, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan. Salah satu pertandingan iaitu dalam Karnival Program Pencegahan Dadah (PPDa) telah dijalankan pemerhatian semasa pertandingan dijalankan dengan melihat aspek elemen yang disenaraikan dalam borang penjurian. Pemerhatian ini untuk mengukuhkan keperluan yang disenaraikan borang penjurian memandangkan setiap pasukan telah diedarkan Kertas Konsep Pertandingan yang menjelaskan elemen yang akan dinilai di dalam pertandingan Dikir Barat. 4.2.1 Borang Penjurian Sebanyak 7 borang penjurian pertandingan Dikir Barat iaitu dari Karnival Program Pencegahan Dadah (PPDa), Karnival Kami ‘Saye’ Pasir Mas 2017, Pertandingan Dikir Barat Terbuka JKKN Kelantan 2018, Bahagian Permainan Tradisional Teknik Kebudayaan MSSK, Kolej Ungku Omar, Minggu Gaya Hidup Sihat 2011 dan Pertandingan Senandung Irama Dikir Barat Inter Kolej 2011 (SIDRAT 2011) telah berjaya diperolehi.


38 4.2.2 Pemerhatian Pemerhatian telah dilakukan semasa Pertandingan Karnival Program Pencegahan Dadah (PPDa) Peringakat Negeri Selangor di SMK Setia Alam. Pemerhatian ini bertujuan bagi melihat proses penjurian dilaksanakan di dalam pertandingan tersebut. 3 orang juri telah dilantik. Juri yang dilantik terdiri darpada seorang Tukang Karut yang bergiat aktif dalam Kumpulan Dikir Barat Lembah Klang dan 2 orang lagi juri merupakan ahli kumpulan Dikir Barat juga tetapi banyak melibatkan diri dalam kejurulatihan Dikir Barat untuk sekolah-sekolah. Pertandingan dimulakan dengan mengikut giliran berdasarkan susunan undian. Setiap juri diberikan borang pemarkahan yang sama dan membuat penilaian bagi setiap pasukan yang mempersembahkan. Setelah selesai pertandingan, juri akan bersidang di dalam bilik tanpa campur tangan pihak jawatankuasa pengelola. Keputusan diumumkan setelah markah dicampurkan secara purata dan berdasarkan pengesahan persetujuan semua juri terhadap pemenang yang ditetapkan. 4.2.3 Analisis Data Data yang diperolehi daripada semua borang penjurian dikeluarkan dan diringkas di dalam satu Jadual Analisis Perbandingan (sila rujuk lampiran Rajah 6.7 Analisis Perbandingan Pemarkahan Pertandingan Dikir Barat). Melalui data yang diperolehi, dapat dikategori pengasingan elemen yang berlaku dapat dipecahkan kepada 8 elemen utama yang terdiri daripada pentaksiran yang dilaksanakan terhadap Tok Jogho, Tukang Karut, Awak-awak, muzik, pasukan, pakaian, disiplin dan gaya.


39 4.2.3.1 Jogho Jadual 4.1 merupakan suntingan eleman Jogho daripada Jadual Analisis Perbandingan yang disediakan dalam lampiran kajian. Jadual 4.1 Suntingan elemen Tok Jogho dari Jadual Analisis Perbandingan PERTANDINGAN TOK JOGHO Kemerduan Suara Lagu Kebolehan Membawa Lagu Pantun Isi Gaya Persoalan PPDA 25 P -------P---------------- P P - 10 -------5----------------- 5 5 KARNIVAL PASIR MAS 20 P P P P P 4 4 4 4 4 JKKN KELANTAN 20 P MSSK 20 P P - P - P - 5 5 5 5 KOLEJ UNGKU OMAR - - - - - - - MINGGU GAYA HIDUP SIHAT 2011 - - - - - - - SIDRAT 2011 - - - - - - - JUMLAH KEKERAPAN 3 2 2 3 2 3 1


40 Elemen Tok Jogho telah dilengkapi dengan 7 sub elemen yang terdiri daripada Kemerduan Suara, Lagu, Kebolehan Membawa Lagu, Pantun, Isi, Gaya dan Persoalan. Dalam borang penjurian PPDA sub elemen Persoalan tidak diletakkan sebagai satu keperluan untuk dinilai. Manakala dalam borang penjurian Karnival Pasir Mas, menyatukan Lagu dan Kebolehan Bawa Lagu sebagai satu sub elemen dan Pantun dan Isi sebagai satu sub elemen. Rujukan pakar akan dibuat untuk menghuraikan keperluan menyatukan atau mengasingkan setiap sub eleman tersebut. Borang penjurian JKKN Kelantan hanya meletakkan penilaian umum terhadap Tok Jogho tanpa ada sub elemen yang perlu diteliti. MSSK hanya meletakkan 4 sub elemen untuk dinilai iaitu Kemerduan Suara, Lagu, Pantun dan Gaya. Tiga borang penjurian iaitu Kolej Ungku Omar, Minggu Gaya Hidup Sihat 2011 dan SIDRAT 2011 tidak meletakkan sebarang penilaian berfokus kepada Tok Jogho. Terdapat 4 sub elemen yang menjadi pilihan utama daripada semua borang penjurian yang diperolehi iaitu Kemerduan Suara dengan PPDa memberatkan sebanyak 10 markah, Karnival Pasir Mas dengan pemberatan 4 markah dan manakala MSSK sebanyak 10 markah. Tetapi, dalam pertandingan lain tidak ada penilaian dan pemberatan markah diletakkan. Kemerduan dilihat daripada lenggok suara oleh penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu Tok Jogho. Ini juga dilihat terhadap kesesuaian suara penyanyi untuk menyanyikan lagu Tok Jogho. Ini bersesuaian dengan saranan Tim dan Mohd (2016) yang menyatakan bahawa seorang Tok Jogho memerlukan alunan suara yang merdu, sebutan yang jelas dan kemahiran mengawal pernafasan yang baik.


41 Sub elemen Lagu, Karnival PPDa dan MSSK telah meletakkan 5 markah untuk dinilai, manakala Karnival Pasir Mas menggabungkan sub elemen Lagu bersama Kebolehan Membawa Lagu dengan hanya 4 markah. Pertandingan lain tidak membuat penilaian terhadap sub elemen ini. Lagu ini merujuk kepada hasil ciptaan lagu yang meliputi unsur-unsur nasihat, puji-pujian yang mana setiap rangkapnya sentiasa saling melengkapi untuk membentuk satu penceritaan. Alun suara amat penting kerana ciptaan lagu Jogho perlukan kreativiti yang pelbagai untuk mengalunkan lenggok suara. Pantun hanya dinilai dalam pertandingan MSSK dengan pemberatan sebanyak 5 markah. Walau bagaiamanapun, borang penjurian dalam pertandingan PPDA dan Karnival Pasir Mas dinilai dengan menggabungkan sub elemen Isi dengan masingmasing 5 markah dan 4 markah. Markah penjurian lain tidak menekankan permarkahan untuk Pantun dan Isi. Pantun merujuk kepada lirik lagu yang dicipta yang mempunyai keindahan bahasa dan susunan ayat dan ritma yang indah. Tim dan Mohd (2016) juga menyatakan bahawa puisi menjadi elemen penting dalam kesenian ini. Terdapat dua jenis puisi yang digunakan, iaitu syair dan pantun. Pantun yang digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Gaya dilihat hanya 3 pertandingan membuat penilaian iaitu PPDa sebanyak 5 markah, Karnival Pasir Mas 4 markah dan MSSK 5 markah. Dalam pertandingan lain sub elemen ini tidak dinilai. Gaya merujuk kepada cara Tok Jogho membuat persembahan yang melibatkan penghayatan dan lenggok badan ketika lagu disampaikan.


42 Hasil daripada analisis juga mendapati dalam pertandingan PPDa sub elemen Kebolehan Membawa Lagu dengan 5 markah dan manakala sub elemen Persoalan dinilai di dalam Karnival Pasir Mas dengan 4 markah. Kedua-dua sub elemen ini tidak dinilai dalam pertandingan lain melainkan sub elemen Kebolehan Membawa Lagu telah digabungkan dengan sub elemen Lagu dalam Karnival Pasir Mas. Persoalan yang dinilai di sini dilihat merujuk kepada tema lagu atau penceritaan yang disampaikan di dalam lagu Tok Jogho. Kesimpulannya keempat-empat sub elemen Kemerduan Suara, Pembawaan Lagu, Pantun dan Gaya paling kerap digunakan untuk dilihat pemberatan penilaian. Maka dengan skor analisis tersebut, perlu diguna pakai untuk pembentukan kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat. Bagi sub elemen Isi dan Penghayatan perlu dirujuk pakar untuk mendapatkan kepastian adakah elemen tersebut lemah ataupun boleh digabung dengan sub elemen lain.


43 4.2.3.2 Tukang Karut Suntingan daripada Jadual Analisis Perbandingan dilampirkan sebagai Rajah 4.2. Jadual 4.2 Suntingan elemen Tukang Karut dari Jadual Analisis Perbandingan PERTANDINGAN TUKANG KARUT Isi / Mesej Lagu Kebolehan Membawa Lagu Pantun Gaya Kreativiti Suara Perwatakan Urutan Pantun PPDA 30 P P P P - - - 10 8 6 6 KARNIVAL PASIR MAS P P P P P P P 5 5 5 5 5 5 5 JKKN KELANTAN 30 P MSSK 25 - P - P P - P - - 5 10 5 5 KOLEJ UNGKU OMAR - - - - - - - - - MINGGU GAYA HIDUP SIHAT 2011 15 P SIDRAT 2011 - - - - - - - - - JUMLAH KEKERAPAN 2 3 2 3 3 2 2 1 1 Elemen utama kedua yang merupakan Tukang Karut juga perlu menjadi keutamaan. Terdapat 9 sub elemen yang dikenalpasti melalui analisis data dan 3 sub elemen amat dititiberatkan. 9 elemen tersebut terdiri daripada Isi dan Mesej, Lagu


44 (pemilihan lagu), Kebolehan Membawa Lagu, Pantun, Gaya, Kreativiti, Suara, Perwatakan dan Urutan Pantun. Karnival Pasir Mas meletakkan bahawa kesemua 9 sub elemen tersebut harus dinilai. Borang penjurian dalam PPDA hanya meletakkan 4 sub elemen yang perlu dinilai iaitu Isi/Mesej dan Pantun. Tetapi sub elemen Lagu dan Kebolehan Membawa Lagu disatukan sebagai satu sub elemen dan begitu juga Gaya dan Kreativiti juga disatukan sebagai satu sub elemen. Begitu juga dalam pertandingan MSSK yang meletakkan hanya 4 sub elemen yang perlu perhatian iaitu Lagu, Pantun, Gaya dan Suara. Bagi borang penjurian yang diperolehi daripada pertandingan JKKN Kelantan dan Minggu Gaya Hidup Sihat 2011 telah meletakkan penilaian umum terhadap Tukang Karut dengan markah yang berbeza iaitu 30 dan 15 markah. Manakala Kolej Ungku Omar dan SIDRAT 2011 tidak menetapkan sebarang penilaian terhadap Tukang Karut. Berdasarkan 9 sub elemen yang dikenalpasti melalui analisis data, dirumuskan hanya 3 sub elemen yang menjadi kekerapan tertinggi, menjadi pilihan utama untuk dinilai iaitu Lagu, Pantun dan Gaya. Manakala 4 sub eleman iaitu Isi/Mesej, Kebolehan Membawa Lagu, Kreativiti dan Suara juga perlu dilihat keperluan memandangkan analisis menunjukkan sub elemen ini perlu tetapi tidak menjadi keutamaan. 2 sub elemen yang lain seperti Perwatakan dan Urutan Pantun tidak menjadi pilihan dalam penilaian. Walau bagaimanapun, Perwatakan dan Urutan Pantun dilihat terlalu lemah untuk dijadikan sub elemen untuk dinilai kerana skor yang diperolehi hanya 1 skor


45 kekerapan sahaja. Rujukan Pakar diperlukan untuk menyimpulkan keperluan sub elemen kerana sub elemen ini terlalu bebas untuk dinlai. Isi/Mesej merupakan rujukan terhadap penceritaan atau tema yang dikaitkan dalam lagu-lagu Tukang Karut. Hanya dua pertandingan yang menyediakan pemberatan untuk sub elemen ini iaitu PPDa dan Karnival Pasir Mas yang masingmasing meletakkan 10 markah dan 5 markah. Bagi pertandingan lain sub elemen ini tidak dinilai. Lagu dalam segmen Tukang Karut mempunyai perbezaan dengan Tok Jogho. Perbezaan yang ketara adalah Tukang Karut harus menyampaikan beberapa lagu yang harus didahului dengan Karut Yenki dan diakhiri dengan Lagu Wau Bulan. Ini disokong oleh pendapat Lim & Mohd (2016) iaitu Tukang Karut juga perlu mahir menyampaikan berbagai-bagai melodi lagu. Ini kerana Tukang Karut perlu menyanyikan lebih banyak melodi lagu berbanding Tok Jogho dalam satu-satu persembahan. Hanya penilaian yang dibuat oleh MSSK sahaja yang membuat penilaian terhadap Lagu dengan nilai 5 markah. Walau bagaimanapun, dalam pertandingan PPDa dan Karnival Pasir Mas tetap membuat penilaian terhadap Lagu tetapi digabungkan dengan sub elemen Kebolehan Membawa Lagu. Kedua-dua sub elemen ini saling berkait rapat kerana seorang Tukang Karut sepatutnya sudah mahir dengan lagu-lagu karut. PPDa meletakkan pemberatan sebanyak 8 markah. Manakala Karnival Pasir Mas meletakkan sebanyak 5 markah. Bagi pertandingan lain, tiada pemberatan markah disediakan untuk sub elemen ini.


46 Pantun dalam lagu Tukang Karut lebih pendek daripada Tok Jogho dan lebih mempraktikkan kepada pantun dua kerat. Pantun ini bukan dilihat pada bacaan bahasa baku tetapi pantun ini lebih berfokus kepada dialeg dalam bahasa Kelantan pada setiap penyamaan hujung pantunnya. Pertandingan PPDa menetapkan pemarkahan sebanyak 6 markah, Karnival Pasir Mas, 5 markah dan manakala MSSK telah memberatkan sebanyak 10 markah. Penilaian sub elemen seperti ini tidak berlaku dalam borang penjurian pertandingan lain. Gaya adalah peranan seorang Tukang Karut yang dilihat menyanyi sambil berdiri dan mampu menari di atas pentas. Cuma MSSK sahaja menyediakan pemberatan untuk markah iaitu sebanyak 5 markah. Walau bagaimanapun, Kreativiti juga boleh digabungkan sebagaimana pertandingan PPDa dan MSSK yang menetapkan penilaian sebagai Gaya dan Kreativiti kerana kedua-dua sub elemen ini amat berkait rapat. PPDa dan Karnival masing-masing menetapkan markah yang sesuai dinilai di sudut ini adalah 5 markah. Bagi pertandingan lain, sub elemen ini tidak mendapat tempat. Seharusnya pemilihan seorang Tukang Karut juga perlu dilihat dari sudut Suara. Kesesuaian suara dengan lagu-lagu karut akan menjadi bonus kepada sesuatu pasukan kerana penyanyi karut dilihat sebagai seorang yang penyanyi yang mempunyai unsur humor dan bersahaja. Karnival Pasir Mas dan MSSK sahaja yang dilihat mengambil kira sub elemen Suara untuk dinilai dan masing-masing menetapkan markah untuk sub elemen ini adalah 5 markah.


47 Perwatakan ini dilihat bagaimana kemampuan seorang Tukang Karut mampu membawa watak sebagai Tukang Karut yang bersifat humor, bersahaja dan lebih bagus mampu menyanyikan lagu secara sponton berdasarkan tema persembahan atau pertandingan dikir barat. Tetapi hanya Karnival Pasir Mas menyediakan ruang pemberatan iaitu sebanyak 5 markah. Urutan Pantun merujuk kepada susunan lagu-lagu Karut dalam satu persembahan lengkap Dikir Barat. Sub elemen ini dilihat lemah kerana hanya Karnival Pasir Mas yang memberi pemberatan Markah iaitu hanya 5 markah. Kesimpulannya keempat-empat sub elemen Suara & Lagu, Isi Pantun, Ritma Urutan Pantun dan Kreativiti Pentas dilihat pemberatan penilaian yang digunakan. Maka dengan skor analisis tersebut, perlu diguna pakai untuk pembentukan kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat.


48 4.2.3.3 Awak-awak Jadual 4.3 menunjukkan suntingan daripada bahagian Awak-awak di dalam Jadual Analisis Perbandingan. Jadual 4.3 Suntingan elemen Awak-awak dari Jadual Analisis Perbandingan PERTANDINGAN AWAK-AWAK Kesepaduan Suara Keseragaman Keharmonian Suara Keaslian Berdikir Kesungguhan Kreativiti PPDA 20 P P - - - P 10 5 5 KARNIVAL PASIR MAS 20 P P P P P P 4 4 4 4 4 4 JKKN KELANTAN 10 P MSSK 10 - - - - - P KOLEJ UNGKU OMAR - - - - - - MINGGU GAYA HIDUP SIHAT 2011 15 P SIDRAT 2011 - - - - - - JUMLAH KEKERAPAN 3 2 1 1 1 2 Karnival Pasir Mas menggariskan 6 sub elemen yang harus dinilai dalam elemen awak-awak Dikir Barat. Tetapi dalam pertandingan PPDA hanya 3 sub elemen yang disenaraikan iaitu Kesepaduan Suara, Keseragaman dan Kreativiti.


49 Selain itu, 3 pertandingan meletakkan hanya satu penilaian dilakukan terhadap awak-awak yang bersifat penilaian umum yang menggabung semua sub elemen dalam satu kategori elemen tetapi perbezaan hanya dari sudut markah yang diperuntukan. Ini dilihat dalam borang JKKN Kelantan dengan 10 Markah dan Minggu Gaya Hidup Sihat 2011 dengan 15 Markah. Berbeza pula dengan borang MSSK yang menggariskan hanya satu sub elemen Kesepaduan Suara dalam menilai elemen awak-awak. Walau bagaimanapun, borang Kolej Ungku Omar dan SIDRAT 2011 tidak membuat sebarang penilaian ke atas awak-awak. Dalam menilai awak-awak, terdapat 6 sub elemen dikeluarkan iaitu Kesepaduan Suara, Keseragaman, Keharmonian Suara, Keaslian Berdikir, Kesungguhan dan Kreativiti dan daripada semua yang disenaraikan terdapat sub elemen yang tidak diperlukan seperti Keharmonian. Keaslian tidak jelas untuk dinilai hanya pada awakawak kerana keaslian berdikir perlu merujuk kepada keseluruhan persembahan Dikir Barat sesuatu kumpulan. Walau bagaimanapun sub elemen Keharmonian Suara yang dimaksudkan dalam Karnival Pasr Mas amat memerlukan rujukan pakar berkenaan maksud sebenar Keharmonian Suara dalam Dikir Barat. Kesepaduan Suara merujuk kepada kemampuan awak-awak untuk menyanyi dengan suara yang kuat. Selain suara yang kuat, awak-awak mampu menyanyikan lagu yang mempunyai nada yang tinggi, suara yang bertenaga dan menepati melodi lagu. 3 borang penjurian mengambilkira sub elemen ini iaitu dalam pertandingan PPDa dengan 10 markah, Karnival Pasir Mas 4 markah dan MSSK dengan 10 markah. Kumpulan tidak menetapkan penilaian seperti ini.


50 Keseragaman adalah dari segi kekemasan tepuk yang serentak dan padu oleh awak-awak. Ini adalah salah satu kekuatan sesebuah kumpulan Dikir Barat. Hanya pertandingan PPDa dan Karnival Pasir Mas melihat sub elemen ini dengan 5 markah dan 4 markah. Keharmonian Suara dilihat Karnival Pasir Mas meletakkan penilaian dengan ketetapan 4 markah. Keharmonian yang dmaksudkan dilihat kurang jelas kerana lagulagu Dikir Barat seharusnya dinyanyikan secara unison oleh semua awak-awak. Kemungkinan ada perbezaan lenggok suara Tok Jogho dan Tukang Karut yang berbeza dengan awak-awak yang dimaksudkan Kerhamonian Suara tersebut. Kesungguhan ini terlalu sukar untuk dibuat penilaian tetapi apa yang dimaksudkan adalah kesediaan sesuatu pasukan untuk memberi saingan dalan pertandingan. Karnival Pasir Mas sahaja yang mengambil kira sub elemen ini sebanyak 4 markah. Kreativiti juga dinilai dalam Karnival Pasir Mas dengan 4 markah. Kreativiti ini boleh digabungkan dengan Keseragaman kerana sesuatu bunga tangan yang dicipta harusnya mampu dilakukan oleh setiap awak-awak. Kesimpulannya ketiga-tiga sub elemen Kesepaduan Suara, Keseragaman Berdikir dan Kreativiti dilihat pemberatan penilaian memenuhi kehendak untuk dinilai. Maka dengan skor analisis tersebut, perlu diguna pakai untuk pembentukan kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat.


51 4.2.3.4 Muzik Jadual 4.4 yang merupakan suntingan bahagian Muzik daripada Jadual Analisis Perbandingan. Tanpa muzik persembahan Dikir Barat tidak akan ada rohnya. Berdasarkan skor analisis yang terdiri daripada 5 sub elemen iaitu Kemahiran, Keaslian, Kombinasi Bunyi, Kesesuaian Rentak dan Kreativiti. Sekali lagi, borang penjurian dalam Karnival Pasir Mas menyenaraikan sub elemen lengkap dengan ke semua 5 sub elemen tersebut. Manakala dalam pertandingan PPDA dilihat persamaan dengan Karnival Pasir Mas dari sudut jumlah markah iaitu 15, tetapi dalam PPDA hanya 3 sub elemen digariskan iaitu Kemahiran, Kombinasi Bunyi dan Kesesuaian Rentak. Walau bagaimanapun, baki 5 borang lain hanya meletakkan permarkahan bahagian muzik secara umum iaitu 10 Markah kecuali MSSK Kelantan dengan 15 Markah. Jadual 4.4 Suntingan elemen Muzik dari Jadual Analisis Perbandingan PERTANDINGAN MUZIK Kemahiran Keaslian Kombinasi Bunyi Kesesuaian Rentak Kreativiti PPDA 15 P - P P - 5 5 5 KARNIVAL PASIR MAS 15 P P P P P 3 3 3 3 3 JKKN KELANTAN 10 P MSSK 15 P KOLEJ UNGKU OMAR 10 P (bersambung)


52 Jadual 4.4 (Sambungan) PERTANDINGAN MUZIK Kemahiran Keaslian Kombinasi Bunyi Kesesuaian Rentak Kreativiti MINGGU GAYA HIDUP SIHAT 2011 10 P SIDRAT 2011 10 P JUMLAH KEKERAPAN 2 1 2 2 1 Analisis untuk muzik memperlihatkan satu dapatan yang agak seimbang. 3 sub elemen yang terdiri daripada Kemahiran, Kombinasi Bunyi dan Kesesuaian Rentak menjadi fokus utama untuk dinilai, manakala Keaslian dan Kreativiti perlu dirujuk Pakar sama ada kedua-dua sub elemen tersebut diperlukan atau memang sedia terdapat dalam 3 sub elemen yang lebih utama tersebut. Kemahiran yang dilihatkan pada kemampuan pemuzik rebana ibu mengawal pasukan semasa persembahan. Selain itu, yang lebih utama adalah kemampuan semua pemuzik memainkan setiap alat dengan rentak yang sesuai dengan lagu. PPDa dan Karnival Pasir Mas meletakkan marakah 5 dan 3 untuk sub elemen ini dalam borang pertandingan. Keaslian merujuk kepada rentak-rentak lagu yang dimainkan adalah rentak yang tepat berdasarkan lagu-lagu karut yang disampaikan. Hanya Karnival Pasir Mas yang membuat penilaian terhadap Keaslian. Ini selaras dengan pendapat Tim dan Yusuf (2016), alat-alat muzik ini dimainkan oleh para pemuzik untuk mengiringi setiap lagu


53 yang dinyanyikan oleh Tok Jogho dan Tukang Karut. Ia mempunyai beberapa jenis rentak paluan mengikut kesesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. Kombinasi Bunyi merupakan keseimbangan bunyi yang dihasilkan oleh pemuzik semasa lagu dimainkan dalam persembahan. Ini juga penting supaya setiap alat dapat diteliti dan dapat didengar dengan baik. Karnival PPDa meletakkan 5 markah untuk dinilai, manakala Karnival Pasir Mas meletakkan 3 markah penilaian. Pertandingan lain tidak menetapkan sebarang penilaian. Keseuaian Rentak juga amat penting sebagaimana telah disebut terdapat rentak paluan mengikut kesesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. Pemilihan rentak seharusnya dilakukan dengan tepat. Permarkahan juga sama iaitu PPDa dengan 5 markah dan Karnival Pasir Mas dengan 3 markah. Kreativiti dilihat penyesuaian rentak yang dipelbagai dengan improvisasi yang baik bagi menambah sedap bunyi yang dihasilkan. Walau bagaimanapun hanya Karnival Pasir Mas yang menyediakan pemberatan untuk sub elemen ini dengan 3 markah dan tidak berlaku dalam pertandingan lain. Kesimpulannya ketiga-tiga sub elemen Kemahiran Alat Muzik, Kombinasi Bunyi dan Rentak dan Kreativiti dilihat pemberatan penilaian memenuhi kehendak untuk dinilai. Maka dengan skor analisis tersebut, perlu diguna pakai untuk pembentukan kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat.


54 4.2.3.5 Penilaian Keseluruhan Bagi melengkapkan penilaian persembahan Dikir Barat, penilaian terhadap keseluruhan persembahan dilihat amat perlu. 6 sub elemen dan 3 elemen telah dikenalpasti. Jadual 4.5 merupakan suntingan Penilaian Keseluruhan daripada Jadual Analisis Perbandingan. Rajah ini menunjukkan nilai data yang diperolehi daripada analisis tersebut. Jadual 4.5 Suntingan Penilaian Keseluruhan dari Jadual Analisis Perbandingan PERTANDINGAN MUZIK Pakaian Disiplin Gaya Isi Pantun Penghayatan Kreativiti Tema Suara dan Lagu PPDA - - - - - - 6 4 - P P KARNIVAL PASIR MAS ---------10-------- ----------P-------- JKKN KELANTAN ------10----- ---------------10-------------- ------P----- ---------------P--------------- MSSK 10 5 10 5 P P P P KOLEJ UNGKU OMAR 60 15 15 P P P MINGGU GAYA HIDUP SIHAT 2011 10 P SIDRAT 2011 ------30----- 25 10 15 ------P----- P P P JUMLAH KEKERAPAN 3 2 1 1 1 1 6 4 3


55 Borang penjurian PPDA hanya meletakkan Pakaian (6 Markah) dan Disiplin (4 Markah) sebagai elemen yang perlu dinilai secara keseluruhan. Begitu juga Karnival Pasir Mas yang seiring dengan PPDA tetapi kedua-dua elemen tersebut disatukan dengan jumlah Markah sama sebanyak 10 Markah. JKKN Kelantan menetapkan dalam penilaian keselurahan dalam satu pasukan dengan markah sebanyak 30 Markah dengan pecahan 20 Markah adalah penilaian gabungan terhadap Isi dan Pantun. Manakala 10 Markah lagi menggabungkan penilaian terhadap Pakaian, Disiplin dan Gaya. Dua borang penilaian yang menggariskan hanya 4 sudut penilaian yang perlu dinilai untuk melihat keseluruhan persembahan pasukan Dikir Barat. MSSK menggariskan 4 elemen itu sebagai Isi (10 Markah), Penghayatan (5 Markah), Pakaian (10 Markah) dan Gaya (5 Markah). Manakala elemen yang tedapat dalam SIDRAT 2011 adalah Isi (30 Markah), Suara dan Lagu (25 Markah), Disiplin (10 Markah) dan Gaya (15 Markah) Borang penjurian Kolej Ungku Omar menetapkan hanya 3 elemen yang perlu dinilai secara keseluruhan iaiu Kreativiti (60 Markah), Tema (15 Markah) dan Pakaian (15 Markah). Manakala Minggu Gaya Hidup Sihat 2011 pula membuat penilaian keseluruhan terhadap Pakaian sahaja iaitu 10 Markah. Pandangan pakar perlu dirujuk bagi memastikan elemen yang benar-benar sesuai dibuat secara keseluruhan dan elemen mana yang perlu dibuat secara berfokus.


56 Penilaian keseluruhan lebih memperlihatkan penilaian berskala besar terhadap keseluruhan persediaan dan persembahan sesebuah pasukan Dikir Barat. Pakaian dilihat mendapat perhatian untuk dinilai kerana pemilihan pakaian Dikir Barat yang sesuai, mampu menarik perhatian penonton. Manakala sub elemen Disiplin mendapat perhatian juga oleh penyedia borang penjurian. Walau bagaimanapun sub elemen seperti Pantun, Penghayatan, Kreativiti, Disiplin dan Gaya sudah tersedia di dalam elemen-elemen lain dan tidak perlu dinilai dalam bentuk keseluruhan persembahan. Tetapi Tema perlu dilihat secara keseluruhan supaya setiap elemen tidak menyimpang daripada tema asal persembahan tersebut. Kesimpulannya kedua-dua sub elemen Tema dan Pakaian dilihat pemberatan penilaian memenuhi kehendak untuk dinilai. Maka dengan skor analisis tersebut, perlu diguna pakai untuk pembentukan kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat. 4.2.3.6 Rumusan Keseluruhan Soalan 1 Bagi merumuskan hasil analisis semua borang penjurian yang diperolehi, maka jadual 4.6 seperti di muka surat sebelah menunjukkan keutaaman yang dilihat berdasarkan keperluan yang perlu dinilai di dalam sebuah pertandingan Dikir Barat.


57 Jadual 4.6 Analisis Keutaamaan Elemen dan Sub Eleman Penjurian Dikir Barat Elemen Sub Elemen Huraian Skor Analisis Jogho Kemerduan Suara Merujuk kepada alunan suara lenggok lagulagu Tok Jogho 4 Lagu Pemilihan lagu yang sesuai atas peranan sebagai seorang Tok Jogho 4 Pantun Olahan dan lenggok bahasa dalam penyampaian lirik lagu dan menepati tema. 4 Gaya Gaya persembahan seorang Tok Jogho yang memperlihatkan penceritaannya sampai kepada penonton melalui gaya bahasa dan bahasa badan. 4 Tukang Karut Lagu (pemilihan) Lagu-lagu yang yang dipilih dan disusun dan bersesuaian dengan tema persembahan yang telah ditetapkan 5 Pantun Olahan dan lenggok bahasa dalam pemyampaian lirik lagu dan menepati tema. 5 Gaya Gaya seorang Tukang Karut dengan memainkan bahasa secara bersahaja dan bersesuaian dengan lagu yang lebih berunsur jenaka. 5 Kreativiti Pentas Tukang Karut perlu menggayakan aksi tarian yang sesuai untuk memperlihatkan unsur jenaka. Penguasaan pentas perlu ada di dalam seorang Tukang Karut 4 Awak Awak Kesepaduan Suara Peranan utama sebagai awak-awak adalah memperlihatkan kesepaduan suara untuk menyambut pantun-pantun yang dinyanyikan oleh Tok Jogho dan Tukang Karut 5 Keseragaman Nyanyian dan tepukan oleh awak-awak perlu dilihat seragam untuk memperlihatkan kerjasama dalam kumpulan awak-awak 4 Kreativiti Melalui pertandingan Dikir Barat, kreativiti dapat dibentuk melalui bunga tangan awak awak berselang seli dengan tepukan yang seiring dengan paluan gong. 4 (bersambung)


58 Jadual 4.6 (Sambungan) Elemen Sub Elemen Huraian Skor Analisis Muzik Kemahiran Pemuzik terutama pemain rebana ibu perlu mahir memainkan rentak yang sesuai dengan lagu. 7 Kombinasi Bunyi Merujuk kepada keseimbangan bunyi setiap alat muzik bagi memastikan bunyi yang dihasilkan adalah seimbang. 7 Keseuaian Rentak Rentak lagu boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti untuk menghasilkan rentak yang kreatif tetapi perlu sesuai dengan lagu tersebut. 7 Keseluruhan Dalam Pasukan Isi Tema Isi dan tema perlu digabungkan kerana saling berkait rapat dan kebiasaannya sesuatu pertandingan, tema akan ditetapkan dan perlu dipatuhi. 3 1 Pakaian Pakaian juga menjadi satu keperluan pemarkahan supaya menampakkan persembahan lebih berdisiplin, menarik dan sepakat dalam satu pasukan. 6 Semua elemen dan sub elemen yang disenaraikan ini dikeluarkan untuk membentuk satu kertas konsep cadangan permarkahan Dikir Barat yang lebih berfokus berdasarkan keperluan yang sepatutnya dilihat semasa persembahan berlangsung berdasarkan analisis data yang dibuat ke atas semua borang pemarkahan yang telah dikumpul. Borang yang terhasil akan dirujuk kepada pakar bagi memastikan cadangan tersebut sah untuk digunapakai.


59 4.3 SOALAN KAJIAN 2 Tajuk ini bertujuan untuk menghurai Soalan Kajian 2 iaitu, Apakah kerangka konsep pentaksiran pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah? 4.3.1 Cadangan Pentaksiran (Kerangka Konsep) Dapatan daripada 7 borang penjurian yang telah dianalisis, pecahan elemen yang disenaraikan dalam borang penjurian didapati terdapat persamaan dan perbezaan. Terdapat juga penilaian permarkahan dibuat secara penilaian umum yang menyeluruh tanpa bersandarkan kepada elemen tertentu untuk dinilai. Berdasarkan skor perolehan kekerapan, terdapat sub-sub elemen dalam elemen utama yang boleh disatukan, malah ada juga sub elemen yang boleh digugurkan memandangkan sub elemen tersebut dilihat tidak memberi impak besar dalam pentaksiran. Begitu juga dalam elemen utama, terdapat elemen utama yang boleh dijadikan sub elemen dengan disatukan dan dijenamakan sebagai satu elemen utama. Elemen yang diperolehi di dalam Borang Analisis Perbandingan menghasilkan 5 elemen utama. Markah yang dicadangkan bagi setiap elemen adalam 20 Markah memandangkan markah keseluruhan elemen itu seharusnya berjumlah 100 markah, dan sub elemen dipecahkan markah dengan seimbang atau mengikut keutamaan sub elemen di dalamnya. Berdasarkan rumusan keseluruhan soalan 1, maka satu Kerangka Konsep dapat dibentuk melalui dapatan dalam Jadual 4.7 dan yang menghasilkan Rajah 4.1


60 Jadual 4.7 Cadangan Pemarkahan Elemen dan Sub Elemen Dikir Barat Elemen Sub Elemen 1 Sub Elemen 2 Sub Elemen 3 Sub Elemen 4 Tok Jogho 20% Alun Suara 5% Lagu & Pembawaan 5% Isi Pantun 5% Penghayatan 5% Tukang Karut 20% Suara & Lagu 5% Isi Pantun 5% Ritma Urutan Pantun 5% Kretaiviti Pentas 5% Awak-awak 20% Kesepaduan Suara 7% Keseragaman Berdikir 6% Kreativiti 7% - Muzik 20% Kemahiran Alat Muzik 7% Kombinasi Bunyi 6% Rentak & Kreativiti 7% - Keseluruhan 20% Tema 10% Pakaian 10% - - Rajah 4.1. Cadangan Kerangka Konsep Pentaksiran Penjurian Dikir Barat JOGHO 20% TUKANG KARUT 20% AWAK AWAK 20% MUZIK 20% KESELURUHAN 20% ALUNAN SUARA 5% LAGU & PEMBAWAAN 5% ISI PANTUN 5% PENGHAYATAN 5% SUARA LAGU 5% ISI PANTUN 5% RITMA URUTAN PANTUN 5% KREATIVITI PENTAS 5% KESEPADUAN SUARA 7% KESERAGAMAN BERDIKIR 6% KREATIVITI 7% KEMAHIRAN ALAT MUZIK 7% KOMBINASI BUNYI 6% RENTAK & KREATIVITI 7% TEMA 10% PAKAIAN 10%


61 4.3.1.1 Jogho Hasil daripada kekerapan analisis memperlihatkan penekanan menjurus kepada 4 sub elemen barikut; Alun Suara, Lagu dan Pembawaan, Isi Pantun dan Penghayatan. Elemen Jogho membawa markah sebanyak 20 markah dan terdapat 4 sub elemen di bawahnya. Markah sub elemen dipecahkan seimbang iaitu 5 markah bagi setiap sub elemen tersebut. 4.3.1.2 Tukang Karut Elemen Tukang Karut iaitu 20 markah juga membariskan 4 sub elemen yang dipecahkan markah seimbang sebanyak 5 markah bagi setiap sub elemen yang terdiri daipada Suara dan Lagu, Isi Pantun, Ritma Urutan Pantun dan Kreativiti Pentas. Memandangkan markah penuh untuk elemen ini adalah 20 markah, maka keseimbangan 5 markah amat bersesuaian untuk dipecahkan kepada sub elemen di bawahnya. 4.3.1.3 Awak-awak Kesepaduan Suara merupakan elemen yang paling penting dalam kumpulan awakawak dan melalui sub elemen ini sudah memadai untuk melihat kesungguhan pasukan yang dinilai. Markah yang disediakan untuk sub elemen ini adalah 7 markah. Keduanya adalah Keseragaman Berdikir yang dilihat melalui ketepatan tepukan yang serentak dan


62 penghasilan bunyi tepuk yang padu dan sub elemen ini adalah 6 markah. Sub elemen Kreativiti dengan 7 markah, merujuk kepada tepukan awak-awak tetapi fokus utamanya adalah terhadap ciptaan bunga gerak tangan yang sesuai dan menepati maksud lirik yang disampaikan. Maka markah keseluruhan bagi elemen awak-awak adalah 20 markah. 4.3.1.4 Muzik Markah keselurahan elemen Muzik adalah 20 markah. Kemahiran Alat Muzik merupakan sub elemen yang penting dan boleh digabungkan dengan keaslian. Seorang pemuzik Dikir Barat perlu menguasai teknik dan cara bermain alat muzik. Pastinya dalam pertandingan perlunya mengikut peraturan dan keaslian berdikir. Markah untuk sub elemen ini adalah 7 markah. Kombinasi Bunyi pastinya perlu dalam apa jua persembahan pentas. Ini bagi memastikan muzik yang dihasilkan seimbang dan setiap alat muzik dapat didengar . Sebahagian daripada alat muzik Dikir Barat diperbuat daripada besi yang pastinya akan menjanjikan bunyi yang kuat dan nyaring. Sedangkan alat paling utama dalam dikir barat merupakan rebana ibu yang memerlukan keseimbangan bunyi untuk melontarkan kejelasan bunyi rebana tersebut. Markah yang disediakan adalah 6 markah. Untuk itu penghasilan lagu perlu disesuaikan dengan rentak yang sepadan dan sesuai dengan lagu. Rentak dan Kreativiti disatukan sebagai sub elemen untuk menilai persembahan. Kreativiti yang tinggi merupakan bonus dan markah yang sesuai diberikan untuk sub elemen ini adalah 7 markah.


63 4.3.1.5 Penilaian Keseluruhan Bagi menilai persembahan Dikir Barat secara keseluruhan, terdapat dua sub elemen yang boleh disandarkan. Setiap pertandingan Dikir Barat biasanya akan ditentukan kepada sesuatu tema. Pasukan harus bersedia berlandaskan tema yang ditetapkan. Memandangkan markah yang dinilai adalah bagi keseluruhan persembahan, maka markah yang sesuai diletakkan untuk sub elemen Tema adalah 10 markah Walau bagaimanapun, Pakaian bukanlah sesuatu yang dilihat penting di atas kertas. Persembahan yang mantap dan dilengkapi dengan pakaian yang indah akan menarik minat mata penilai. Selain itu pemilihan pakaian akan menampakkan kekemasan dan keseragaman dalam pasukan. Markah yang ditetapkan untuk sub elemen ini adalah 10 markah. Markah keseluruhan bagi elemen ini adalah 20 markah. 4.3.2 Rakaman Video Rakaman video pertandingan Dikir Barat untuk Pertandingan Pecegahan Dadah dijadikan rujukan untuk mengenalpasti penerapan elemen-elemen yang ditekankan wujud dalam pasukan tersebut dan jelas dapat dilihat setiap elemen tersebut digunakan oleh pasukan tersebut.


64 4.3.3 Borang Cadangan Berdasarkan analisis yang dikeluarkan, dapatlah dicadangkan satu borang permarkahan yang meliputi aspek yang telah diperincikan. Selain itu, borang ini juga tidak perlu dibentuk untuk satu pasukan untuk satu borang, malah boleh disatukan dalam satu borang yang melengkapi semua aspek penilaian dan bilangan pasukan yang perlu dinilai. Sila rujuk lampiran. Borang Cadangan seperti Jadual 4.8 yang meliputi elemen Tok Jogho (Sub elemen; Alun Suara, Lagu dan Pembawaan, Isi Pantun dan Penghayatan), elemen Tukang Karut (Sub elemen; Suara dan Lagu, Isi Pantun, Ritma Urutan Pantun dan Kreativiti Pentas), elemen awak-awak (Sub elemen; Kesepaduan Suara, Keseragaman Berdikir dan Kreativiti), elemen Muzik (sub elemen; Kemahiran Alat Muzik, Kombinasi Bunyi dan Rentak & Kreativiti), dan elemen Keseluruhan (sub elemen; Tema dan Pakaian). Jadual 4.8 Cadangan Borang Pemarkahan ALUN LAGU ISI SUARA ISI RITMA KREATIVITI KESEPADUAN KESERAGAMAN KEMAHIRAN KOMBINASI RENTAK JUMLAH SUARA & PANTUN PENGAHAYATAN & PANTUN URUTAN PENTAS SUARA BERDIKIR KREATIVITI ALAT BUNYI & TEMA PAKAIAN 100 PEMBAWAAN LAGU PANTUN MUZIK KREATIVITI 5 5 5 5 5 5 5 5 7 6 7 7 6 7 10 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 BORANG PERMARKAHAN CADANGAN 20 20 20 BIL PASUKAN 20 20 JOGHO TUKANG KARUT AWAK AWAK MUZIK KESELURUHAN CADANGAN BORANG PEMARKAHAN


65 4.4 SOALAN KAJIAN 3 Pengesahan pakar diperolehi bagi menjawab Soalan Kajian 3 iaitu, Apakah pandangan dan pengesahan pakar dan pengamal Dikir Barat tentang kerangka konsep pentaksiran penjurian Dikir Barat peringkat sekolah? 4.4.1 Elemen Pentaksiran Bagi mendapatkan pengesahan pakar yang terdiri daripada En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pok Nasir) dan En. Mohd. Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma), Jadual 4.9 iaitu Cadangan Pemarkahan ditunjuk bersama Jadual 4.8 iaitu Cadangan Borang Pemarkahan. Cadangan Pemarkahan menerangkan huraian bagi setiap sub elemen dalam Cadangan Borang Penjurian. Jadual 4.9 Cadangan Permarkahan ELEMEN & MARKAH HURAIAN Tok Jogho 1. Alun Suara (5 Markah) 2. Lagu & Pembawaan (5 Markah) 3. Isi Pantun (5 Markah) 4. Penghayatan (5 Markah) Kemerduan dan alun lenggok suara yang sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu Tok Jogho. Pemilihan lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu Tok Jogho dan cara bawaan alunan lagu oleh penyanyi. Penyusunan lirik puisi dalam bentuk pantun atau syair untuk dinyanyikan dan menepati tema. Pemahaman penyanyi terhadap tema dan penyampaian mesej yang berkesan kepada penonton. (bersambung)


66 Jadual 4.9 (Sambungan) ELEMEN & MARKAH HURAIAN Tukang Karut 1. Suara & Lagu (5 Markah) 2. Isi Pantun (5 Markah) 3. Ritma Urutan Pantun (5 Markah) 4. Kreativiti Pentas (5 Markah) Penetapan lagu dan kesesuaian penyanyi untuk menyanyikan Lagulagu Karut. Penyusunan Lagu-lagu Karut dan ciptaan lirik yang menekankan penceritaan dan tema utama pertandingan. Penekanan penulisan pantun yang kaya dengan betuk penulisan pantun dua kerat mengikut dialeg Kelantan. Penguasaan pentas oleh Tukang Karut yang perlu berdiri serta menari semasa menyanyi. Penggunaan pentas juga perlulah seimbang. Awak-awak 1. Kesepaduan Suara (7 Markah) 2. Keseragaman Berdikir (6 Markah) 3. Kreativiti (7 Markah) Kekuatan suara, nada yang tinggi, suara yang bertenaga dan menepati melodi lagu. Ketepatan tepukan yang sekata dan suara yang unison secara serentak. Ciptaan bunga tangan Dikir Barat yang kreatif. Muzik 1. Kemahiran Alat Muzik (7 Markah) 2. Kombinasi Bunyi (6 Markah) 3. Rentak & Kreativiti (7 Markah) Keupayaan pemuzik untuk menguasai alat muzik yang dimainkan. Keseimbangan bunyi yang dihasilkan semua pemuzik. Kreativiti untuk mengimprovisasikan rentak dan penggunaan pelbagai rentak dalam lagu. Keseluruhan 1. Tema (10 Markah) 2. Pakaian (10 Markah) Menepati tema yang dipilih penganjur untuk sesebuah pertandingan. Persediaan kostum kumpulan Dikir Barat yang kebiasaannya menggunakan warna-warna terang menampakkan keceriaan di atas pentas ataupun yang mana difikirkan sesuai dan menarik.


67 4.4.2 Rujukan Pakar Dua orang pakar telah dirujuk bagi mengesahkan dapatan kajian ini. Pakar yang dirujuk adalah: 1. En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pok Nasir) 2. En. Mohd. Sulhie bin Yusuf (Yie Arujunasukma) 4.4.2.1 En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pok Nasir) En. Che Mohd Nasir Yusoff atau lebih dikenali sebagai Pok Nasir merupakan Pensyarah Seni Pentas Tradisional (PUTRA) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau diiktiraf sebagai Tokoh Muzik Wayang Kulit. Walau bagaimanapun, beliau mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dalam perkembangan seni Dikir Barat dan juga pergendangan Melayu Kelantan. Tema merupakan perkara utama yang harus ditekankan di dalam sebuah persembahan Dikir Barat kerana tema ini akan menentukkan segala arah tuju penceritaan dan penghuraian di dalam sebuah persembahan Dikir Barat. Pok Nasir amat bersetuju dengan cadangan borang penjurian yang telah disediakan dan memadai untuk digunakan dalam sebarang pentandingan Dikir Barat. Beliau amat bersetuju dengan segala elemen dan sub elemen serta pembahagian markah yang disenaraikan.


68 4.4.2.2 En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) Mohd Sulhie bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Yie Arjunasukma merupakan seorang penggiat Dikir Barat yang sangat aktif di sekitar Lembah Klang. Beliau merupakan jurulatih dan telah menubuhkan Akademi Dikir Barat Arjunasukma. Rujukan dalam kajian ini juga dibuat daripada buku tulisan beliau selain daripada sesi temuramah dan pengesahan pakar yang dibuat bersama beliau. Mohd Sulhie telah melihat cadangan borang permarkahan yang telah disediakan dan bersetuju dengan segala elemen dan sub elemen yang dinilai kerana mematuhi segala keperluan yang perlu dinilai dalam satu pasukan Dikir Barat. Walau bagaimanapun, beliau mempersoalkan permarkahan yang disediakan kepada Tukang Karut kerana beliau berpendapat bahawa seorang Tukang Karut mempunyai peranan lebih penting daripada seorang Tok Jogho berdasarkan Tukang Karut diuji dengan pelbagai melodi dengan beberapa jenis lagu manakala Tok Jogho hanya menyanyikan satu lagu sahaja dengan keadaan duduk sahaja. Tukang Karut perlu diberi penekanan kerana seorang Tukang Karut diuji dengan pelbagai lagu dengan pembawaan yang berbeza dan perlu pandai menguasai pentas dalam keadaan berdiri dan menari secara kreatif. Maka markah yang lebih tinggi perlu diberikan dengan pecahan 5 sub elemen yang perlu dinilai iaitu Suara dan Penguasaan Melodi, Keupayaan Membawa Lagu, Isi Pantun, Ritma Urutan Pantun dan Kreativiti Pentas. 30 Markah adalah lebih releven bagi seorang Tukang Karut dan dipecahkan kepada sub elemen tersebut. Suara dan Lagu juga perlu dinamakan semula kepada Suara dan Penguasaan Melodi kerana fokus utama adalah penukaran jenis lagu


69 dengan melodi yang berbeza dan keupayaan seorang Tukang Karut menyanyikan Lagulagu Karut. Markah dicadangkan adalah 8 markah memandang ini sub elemen paling utama bagi seorang Tukang Karut. Keupayaan membawa lagu merujuk kepada alun suara yang mampu mengangkat melodi lagu-lagu dengan baik dan menepati ciri-ciri Dikir Barat. Selain itu, keupayaan membawa lagu sangat perlu dilihatkan kerana Tukang Karut perlu menyanyikan 4 atau 5 lagu iaitu Karut Yengki, Karut Kreatif, Karut Matang, Karut Kelantan dan Wan Bulan. 7 Markah diperuntukkan untuk sub elemen ini sebagai sub elemen kedua terpenting bagi seorang Tukang Karut. Bagi sub elemen Isi Pantun, Ritma Urutan Pantun dan Kreativiti Pentas, hanya 5 markah yang dinilai dan ketiga-tiga ini perlu ada dan menyokong keperluan seorang Tukang Karut. Markah Keseluruhan dikurangkan daripada 20 markah kepada 10 markah kerana fokus yang dinilai adalah Tema dan Pakaian. Tema dinilai dengan 5 markah dan ini adalah berkait rapat dengan Isi Pantun yang telahpun dinilai dalam elemen Tok Jogho dan Tukang Karut. Pakaian juga dikecilkan kepada 5 markah kerana pakaian ini hanya memperlihatkan keseragaman ataupun kesatuan ahli Dikir Barat dalam persembahan dan jika satu kumpulan mempunyai satu kostum khas, maka itu menjadi satu bonus yang boleh diberi markah untuk menampakkan persembahan lebih menarik. Hasil daripada dapatan ini maka Cadangan Borang Permarkahan (Jadual 4.8) dimurnikan semula dengan membentuk Kerangka Akhir Petaksiran Pertandingan Barat Peringkat Sekolah Menengah dan Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah.


70 4.5 KERANGKA AKHIR Jadual 4.10 menunjukkan dapatan ataupun ulasan yang boleh digunakan untuk ditambahbaik terhadap dapatan yang telah dihasilkan. Maka dengan ulasan dan pengesahan pakar ini meliputi perubahan pemarkahan dan juga penambahan sub elemen dalam elemen Tukang Karut. Jadual 4.10 Rumusan Pakar untuk Cadangan Pemarkahan ELEMEN KOMEN PAKAR Jogho 1. Alun Suara Kemerduan dan alun lenggok suara yang sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu Jogho. 2. Lagu & Pembawaan Pemilihan lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu Jogho dan cara bawaan alunan lagu oleh penyanyi. 3. Isi Pantun Penyusunan lirik puisi dalam bentuk pantun atau syair untuk dinyanyikan dan menepati tema. 4. Penghayatan Pemahaman penyanyi terhadap tema dan penyampaian mesej yang berkesan kepada penonton. En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. (bersambung)


71 Jadual 4.10 (Sambungan) ELEMEN KOMEN PAKAR Tukang Karut 1. Suara & Lagu Penetapan lagu dan kesesuaian penyanyi untuk menyanyikan lagu-lagu karut. 2. Isi Pantun Penyusunan lagu-lagu karut dan ciptaan lirik yang menekankan penceritaan dan tema utama pertandingan. 3. Ritma Urutan Pantun Penekanan penulisan pantun yang kaya dengan betuk penulisan pantun dua kerat mengikut dialeg Kelantan. 4. Kreativiti Pentas Penguasaan pentas oleh Tukang Karut yang perlu berdiri serta menari semasa menyanyi. Penggunaan pentas juga perlulah seimbang. En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. Walau bagaimanapun penekanan dan markah yang lebih tinggi harus diberikan kepada Tukang Karut kerana peranan dan jumlah lagu yang harus disediakan melebihi dari Jogho. Untuk sub elemen Suara dan Lagu dicadangkan supaya ditukarkan kepada Suara dan Penguasaan Melodi kerana selain suara yang sesuai, Tukang Karut juga harus menguasai melodi lagu yang pelbagai untuk satu persembahan Dikir Barat yang lengkap. Awak-awak 1. Kesepaduan Suara Kekuatan suara, nada yang tinggi, suara yang bertenaga dan menepati melodi lagu. 2. Keseragaman Berdikir Ketepatan tepukan yang sekata dan suara yang unison secara serentak. 3. Kreativiti Ciptaan bunga tangan Dikir Barat yang kreatif. En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. Muzik 1. Kemahiran Alat Muzik Keupayaan pemuzik untuk menguasai alat muzik yang dimainkan. 2. Kombinasi Bunyi Keseimbangan bunyi yang dihasilkan semua pemuzik. 3. Rentak & Kreativiti Kreativiti untuk mengimprovisasikan rentak dan penggunaan pelbagai rentak dalam lagu. En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. (bersambung)


72 Jadual 4.10 (Sambungan) ELEMEN KOMEN PAKAR Keseluruhan 1. Tema Menepati tema yang dipilih penganjur untuk sesebuah pertandingan. 2. Pakaian Persediaan kostum kumpulan Dikir Barat yang kebiasaannya menggunakan warnawarna terang menampakkan keceriaan di atas pentas ataupun yang mana difikirkan sesuai dan menarik. En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Bersetuju dengan cadangan elemen dan sub elemen. KOMEN PAKAR KESELURUHAN En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir) - Sesuatu persembahan Dikir Barat wajib menekankan kepada Tema kerana sesuatu persembahan Dikir Barat merupakan satu penceritaan yang mempunyai perkaitan cerita di dalam setiap lagunya. En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) - Cadangan yang disediakan amat baik dan boleh dijadikan rujukan dan kegunaan untuk semua penganjuran pertandingan Dikir Barat. Perubahan nisbah pemarkahan dimurnikan dengan meletakkan Tok Johgo (20 markah), Tukang Karut (30 markah), Awak-awak (20 markah), Muzik (20 markah) dan Keseluruhan (10 markah). Ini adalah mengambilkira pendapat En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma) yang berpendapat bahawa penekanan dan markah yang lebih tinggi harus diberikan kepada Tukang Karut kerana peranan dan jumlah lagu yang harus disediakan melebihi dari Tok Jogho. Untuk sub elemen Suara dan Lagu dicadangkan supaya ditukarkan kepada Suara dan Penguasaan Melodi kerana selain suara yang sesuai, Tukang Karut juga harus menguasai melodi lagu yang pelbagai untuk satu persembahan Dikir Barat yang lengkap. Selain itu juga Keupayaan Membawa Lagu dipisahkan menjadi satu lagi sub elemen yang merujuk kepada kemampuan Tukang Karut melenggokkan alun suara pelbagai lagu Karut dengan tepat. Perkara ini merujuk


73 kepada kemungkinan Seorang Tukang mampu menyanyikan lagu Karut Yengki dengan baik, tetapi tidak berupaya membawa lagu Wau Bulan dengan baik. Markah bagi setiap sub elemen tersebut juga berubah mengikut keutamaan sebagai seorang Tukang Karut. Jadual 4.11 Pemarkahan Akhir menunjukkan pemarkahan elemen dan sub elemen pertandingan Dikir Barat. Jadual 4.11 Pemarkahan Akhir Elemen Sub Elemen 1 Sub Elemen 2 Sub Elemen 3 Sub Elemen 4 Sub Elemen 5 Tok Jogho 20% Alun Suara 5% Lagu & Pembawaan 5% Isi Pantun 5% Penghayatan 5% Tukang Karut 30% Suara & Penguasaan Melodi 8% Keupayaan Membawa Lagu 7% Isi Pantun 5% Ritma Urutan 5% Kretiviti Pentas 5% Awak-awak 20% Kesepaduan Suara 7% Keseragaman Berdikir 6% Kreativiti 7% - - Muzik 20% Kemahiran Alat Muzik 7% Kombinasi Bunyi 6% Rentak & Kreativiti 7% - - Keseluruhan 10% Tema 5% Pakaian 5% - - - Dapatan daripada Jadual 4.11 menghasilkan satu Kerangka Akhir Petaksiran Pertandingan Barat Peringkat Sekolah Menengah seperti Rajah 4.2 dan menghasilkan Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah seperti Jadual 4.12


74 JOGHO 20% TUKANG KARUT 30% AWAK AWAK 20% MUZIK 20% KESELURUHAN 10% ALUNAN SUARA 5% LAGU & PEMBAWAAN 5% ISI PANTUN 5% PENGHAYATAN 5% PENGEUASAAN MELODI 8% KEUPAYAAN MEMBAWA LAGU 7% ISI PANTUN 5% KREATIVITI PENTAS 5% KESEPADUAN SUARA 7% KESERAGAMAN BERDIKIR 6% KREATIVITI 7% KEMAHIRAN ALAT MUZIK 7% KOMBINASI BUNYI 6% RENTAK & KREATIVITI 7% TEMA 5% PAKAIAN 5% RITMA URUTAN 5% Rajah 4.2. Kerangka Akhir Pentaksiran Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah


75 Jadual 4.12 Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah ALUN LAGU ISI SUARA KEUPYAAN ISI RITMA KREATIVITI KESEPADUAN KESERAGAMAN KEMAHIRAN KOMBINASI RENTAK JUMLAH SUARA & PANTUN PENGAHAYATAN & MEMBAWA PANTUN URUTAN PENTAS SUARA BERDIKIR KREATIVITI ALAT BUNYI & TEMA PAKAIAN 100 PENGUASAAN LAGU PEMBAWAAN MELODI PANTUN MUZIK KREATIVITI 5 5 5 5 8 7 5 5 5 7 6 7 7 6 7 5 5 12345678910 BORANG PERMARKAHAN CADANGAN 20 30 20 PASUKAN BIL 20 10 JOGHO TUKANG KARUT AWAK AWAK MUZIK KESELURUHAN


76 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini akan menekankan perbincangan dan cadangan bagaimana dapatan kajian ini mampu digunapakai dalam penganjuran pertandingan Dikir Barat. Dapatan ini juga bukan sahaja boleh dirujuk dan digunakan untuk pertandingan peringkat sekolah sahaja, tetapi boleh juga diguna dalam sebarang penganjuran pertandingan Dikir Barat. 5.2 RUMUSAN KESELURUHAN Dapatan akhir daripada kajian ini telah menghasilkan satu Kerangka Akhir yang mendapat pengesahan daripada dua orang pakar iaitu En. Che Mohd Nasir Yusoff (Pok Nasir) dan En. Mohd. Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma). Kerangka Akhir


77 Pentaksiran Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah (Rajah 4.2) membentuk satu Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah (Jadual 4.12) yang memenuhi keperluan bagi satu persembahan Dikir Barat. Borang ini boleh digunakan untuk penjurian pertandingan Dikir Barat di peringkat sekolah malah boleh juga diperingkat luar. 5.3 APLIKASI PENGGUNAAN BORANG PENJURIAN DIKIR BARAT Kajian ini telah menghasilkan satu Kerangka Akhir Pentaksiran Penjurian Pertandingan Dikir Barat dan Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat yang menepati elemenelemen yang perlu dinilai dalam satu persembahan lengkap Dikir Barat. Elemenelemen ini juga menepati keaslian seni Dikir Barat dan boleh dijadikan panduan pembentukan satu pasukan Dikir Barat. Borang Penjurian ini perlu digunakan dalam penjurian Dikir Barat bagi sekolah-sekolah di Malaysia. 5.4 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DIKIR BARAT Bagi pembentukan sebuah pertandingan, Kertas Kosnep berkaitan pertandingan tersebut perlu disediakan oleh jawatankuasa pertandingan tersebut. Kertas Konsep merupakan perincian berkaitan bentuk, syarat dan peraturan terhadap pertandingan yang akan dianjurkan. Begitu juga dalam pertandingan Dikir Barat. Bagi memastikan penjurian yang akan dilaksanakan sejajar dengan penilaian dan pentaksiran penjurian seperti dapatan kajian ini, maka kertas konsep pertandingan perlu dibina seiring


78 menepati kandungan dalam borang ini. Kertas konsep akan menerangkan secara terperinci segala eleman dan sub elemen penilaian yang akan dilihat dalam satu persembahan Dikir Barat. Kerangka Akhir dijadikan panduan dalam nisbah permarkahan bagi setiap elemen dan sub elemen. 5.5 CADANGAN Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah adalah hasil rujukan dan pengesahan pakar. Terdapat 2 cadangan bagi kajian ini iaitu Cadangan Aplikasi dan Cadangan Kajian Lanjut. 5.5.1 Cadangan Aplikasi Borang Penjurian Pertandingan Dikir Barat Peringkat Sekolah Menengah ini menepati untuk digunapakai dalam setiap penganjuran Dikir Barat. Borang ini boleh dimajukan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk disebarkan ke semua penganjuran pertandingan Dikir Barat di bawah seliaan KPM. Selain itu, borang ini juga berserta Kertas Konsep boleh dimajukan kepada Persatuan Muzik Tradisional Malaysia supaya disebarkan kerana penubuhan Persatuan Dikir Barat Malaysia atas dasar memelihara seni budaya bangsa dan persatuan ini pasti akan menjadi rujukan dalam kesenian dan budaya bangsa.


79 5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan Untuk kajian lanjut bagi tajuk ini, terdapat beberapa perkara boleh dipertimbangkan untuk dikaji dan dilihat akan mampu memberi manfaat. Perkara-perkara yang perlu dikaji dengan lebih mendalam adalah seperti: i. Ciri-ciri sub elemen dalam Dikir Barat. Setiap sub elemen yang telah dihasilkan melalui kajian ini perlu dikaji secara mendalam bagi menghasilkan satu kumpulan Dikir Barat yang hebat. Kajian yang boleh ditekankan adalah berkaitan teknik latihan dan penjelasan terhadap keperluan sebagai panduan yang jelas bagi menerangkan sub elemen yang dimaksudkan supaya lebih jelas. Penilaian dapat diperhati jika semua ciri-ciri sub elemen tersebut diuji secara praktikal. Hasil kajian ini mampu dijadikan satu bentuk modul atau kurikulum dalam pembelajaran dan pengekalan keaslian seni Dikir Barat. ii. Melaksanakan kajian keberkesanan penggunaan Borang Penjurian Dikir Barat ini di peringkat Sekolah Menengah. Kajian yang telah dijalankan ini hanya melibatkan proses pengesahan pakar dan tinjauan kesesuaian penggunaan borang ini. Walaupun Borang Penjurian Dikir Barat ini memenuhi kehendak penilaian bagi pertandingan Dikir Barat, tetapi borang ini belum digunakan dalam sebarang pertandingan Dikir Barat. Dicadangkan supaya kajian lanjut menguji keberkesanan borang ini ke atas Pertandingan Dikir Barat Sekolah Menengah.


80 5.6 PENUTUP Seni budaya bangsa yang bernilai besar ini memerlukan pewaris dan pengekalan keasliannya. Siapa lagi yang akan mengangkat budaya ini jika bukan kita. Di Singapura terdapat lebih daripada 100 kumpulan Dikir Barat sedangkan di Malaysia sendiri terdapat pelajar yang tidak pernah tahu dan tidak kenal apa itu Seni Dikir Barat. Semoga dengan terhasilnya Borang Penjurian untuk Dikir Barat ini akan jelas memberi panduan kepada sekolah-sekolah untuk membentuk satu pasukan Dikir Barat dan diperkenalkan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


81 RUJUKAN Arsaythamby V. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran. Universiti Utara Malaysia. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan (3rd ed.). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (Malaysia). Cokroaminoto (2011). Pendekatan grounded theory dalam penelitian kualitatif. dalam Menulis Proposal Penelitian. (http://www.menulisproposalpenelitian.com/2011/01/ pendekatan-groundedtheory- dalam.html) diakses pada 22 Mei 2018. Corbin, J., & Strauss, A. (2008). Basics of qualitative research: Techniques and procedures for developing grounded theory (3rd ed.). Sage Publications, Inc. https://doi.org/10.4135/9781452230153 diakses pada 23 Mei 2018. Fariza Khalid. (2016). Kerangka konsep. UKM. https://www.farizakhalid.com/research-support/kerangka-konsep diakses pada 20 Nov 2020. Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kamarudin Yusoff. (2008). Teknik permainan serunai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran muzik tradisional wayang kulit Kelantan: satu kajian kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2012). Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia. Lim S.T. & Mohd Sulhie Yusuf. (2016). Tak lerai di asak zaman: dikir barat seni hiburan rakyat. Kedah: UUM Press. Maridah Alias. (2013). Definisi pentaksiran, pengujian dan penilaian. (http://drmaridah.blogspot.my/2013/06/definisi-pentaksiran-pengujiandan.html) diakses pada 21 Mei 2018. Mas Azieani Mustari. (2017). Pentaksiran sebagai pembelajaran. dalam Nota Cikgu Mas. (http://notacikgumas.blogspot.com/2017/11/pentaksiranpembelajaran.html) diakses pada 23 Mei 2018. Norsiah Baluan. (2020). Bab 1 konsep asas pentaksiran. dalam Academia. (https://www.academia.edu/17147286/BAB_1_Konsep_Asas_PENTAKSIRA N) diakses pada 20 Nov 2020.


82 Wahi Sanusi. (2010). Kaedah pengajaran jurulatih (pancaragam) yang cemerlang dalam membentuk pasukan pancaragam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang Terengganu: satu kajian kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zalmizy Hussin. (2014). Aplikasi pendekatan grounded theory dan pengekodan (coding) dalam analisis dan interprestasi data kualitatif. Sosial Sciences Postgraduate International Seminar, Universiti Sains Malaysia.


83 LAMPIRAN Foto 6.1 Sesi temubual bersama En. Che Mohd. Nasir Yusoff (Pok Nasir)


84 Foto 6.2 Sesi temubual bersama En. Mohd Sulhie bin Yusuf (Yie Arjunasukma)


Click to View FlipBook Version