Buku Resipi BY AIMI NAJIHAH
BUKU INI MENGANDUNGI RESIPI UNTUK KANAKKANAK YANG BERUMUR 6 BULAN SEHINGGA 4 TAHUN. IA MENGANDUNGI MENU UNTUK SARAPAN, MINUM PAGI DAN TENGAH HARI. RESIPI YANG DISEDIAKAN JUGA MUDAH UNTUK DIIKUTI LEBIHLEBIH LAGI KEPADA individu yang baru bergelar ibu. diharapkan pembaca dapat menambah ilmu dalam masakan apabila membaca buku ini. terima kasih ! Resipi Masakan Rumah
RESIPI KANAKKANAK UMUR 6 BULAN - 1 TAHUN AN EASY, NUTRITIOUS MEAL FOR BABY
MENU MASAKAN SARAPAN Bubur Kei-Chi bersama Ikan 1. 2.Baked Mashed Potato 3.Stew Buah-buahan 4.Creamy Banana Puree Bubur Oat Plum dan Pisang 5. MINUM PAGI 1.Snek Buah 2.Puding Roti Kurma 3.Lempeng Buah Naga 4.Chicken Potato Tempura 5.Keledek Lecek TENGAH HARI 1.Creamy Chicken Broccoli Soup Sup Labu, Bayam dan Ubi Kentang 2. Bubur Nasi, Brokoli dan Sup Ikan 3. 4.Bubur Oatmeal Pisang 5.Puree Ayam dengan Sayuran
BUBUR KEI-CHI BERSAMA IKAN ISNIN BAHAN-BAHAN ½ cawan nasi 2 sudu teh) kei-chi (biji wolfberry) ¼ cawan kepingan ikan, dipotong kecil 1 sudu makan lobak merah, dipotong dadu 1 biji tomato, dibuang kulit dan biji 1 biji bawang merah, dicincang 1 ulas bawang putih, dicincang 1 sudu makan minyak sayuran 1½ cawan air CARA PENYEDIAAN Tumis bawang merah dan bawang putih dengan menggunakan minyak sayuran sehingga kekuningan. 1. Masukkan air dan rebus nasi, kei-chi dan lobak merah di dalam periuk sehingga lembut. 2. Masukkan tomato diikuti dengan kepingan ikan dan masak selama 3 minit. 3. Lenyek campuran sehingga lembik 4.
BAKED MASHED POTATO BAHAN-BAHAN 1 biji kentang Lobak merah Ayam Susu full cream Sedikit blackpaper CARA PENYEDIAAN Rebus/kukus kentang, lobak merah, dan ayam hingga empuk 1. Masukkan setengah kotak kecil susu full cream dan sedikit blackpaper 2. Kisarkan bahan-bahan tadi hingga halus 3. Kemudian, sediakan bekas atau acuan yang bersesuaian 4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam bekas. 5. Bakar di dalam air fryer/oven suhu 170c selama 10 minit 6. SELASA
STEW BUAHBUAHAN BAHAN-BAHAN 1 biji buah pir, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana 250 ml (1 cawan) air CARA PENYEDIAAN Tuang air ke dalam kuali dan didihkan. 1. Masukkan buah epal ke dalam periuk. 2. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut. 3. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri. 4. RABU Buah pir boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah epal. TIPS HIDANGAN
CREAMY BANANA PUREE BAHAN-BAHAN 1 biji pisang berangan 100 ml susu full krim 1 sudu besar tepung jagung CARA PENYEDIAAN Satukan susu & tepung beras. Kacau dulu baru buka api. Sentiasa kacau hingga susu pekat. 1. Masukkan pisang. Kacau hingga pisang sedikit lembik 2. Sedia di hidangkan kepada bayi. 3. KHAMIS
BUBUR OAT PLUM & PISANG BAHAN-BAHAN 18 g (3 sudu makan) bijirin segera bayi (oat) 35 g (½ biji) plum masak, dibuang biji dan dicincang 50 g (½ biji) pisang masak, dilenyek 100 ml (¹⁄³ cawan) air CARA PENYEDIAAN Rebus plum dan pisang sehingga lembut. Lenyek sehingga menjadi puri dan masukkan ke dalam mangkuk. 1. Kacau campuran puri dengan sedikit air suam dan tambahkan bijirin segera bayi. 2. 3.Hidangkan segera. JUMAAT
SNEK BUAH ISNIN BAHAN-BAHAN 1 pisang masak 2 sudu makan mangga, dipotong kecil 3 sudu makan yogurt perisa asli 4 sudu makan oat, dihancurkan CARA PENYEDIAAN Lenyekkan yogurt dan pisang sehingga sebati. 1. Masukkan oat yang dikisar dan kiub mangga dan kacau sehingga sebati. 2. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk dan hidang semasa sejuk 3. Mangga boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti betik atau epal. TIPS HIDANGAN
PUDING ROTI KURMA BAHAN-BAHAN Roti Kurma Susu full cream CARA PENYEDIAAN Potong 2 keping roti dalam bahagian yang kecil dan masukkan dalam pengisar. 1. Masukkan 150 ml susu full cream ke dalam pengisar 2. Masukkan 3 biji kurma dengan membuang butirnya. 3. Kisarkan semua bahan sehingga hancur. 4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang kecil. 5. Kukus selama 10-12 minit dan sedia untuk dihidang. 6. SELASA
LEMPENG BUAH NAGA BAHAN-BAHAN 2 sudu makan tepung gandum 1/4 buah naga kisar 50 ml susu cair Air CARA PENYEDIAAN Kisar buah naga bersama susu cair 1. Campurkan tepung gandum dan buah naga kisar. 2. Gaul sebati tidak terlalu cair atau pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air atau susu 3. Panaskan kuali tidak melekat dan masak keduadua belah lempeng. 4. 5.Angkat dan boleh dimakan RABU
CHICKEN POTATO TEMPURA BAHAN-BAHAN Ubi kentang Dada ayam Keju Minyak zaitun CARA PENYEDIAAN Rebus kentang dan dada ayam sehingga lembut. 1. Lenyek kentang yang telah dikukus menggunakan garfu. 2. 3.Tambahkan sedikit keju. Kemudian, ricik halus ayam yang telah dimasak. 4. Ambil adunan dan bentuk menjadi bulatan. 5. 6.Goreng dengan minyak zaitun. Ratakan nugget menggunakan garfu atau spatula. 7. Masak sehingga kekuningan di kedua-dua belah 8. KHAMIS
KELEDEK LECEK BAHAN-BAHAN 1 biji ubi keledek kecil 2 sudu besar susu 1 ⁄ 4 sudu kecil minyak zaitun CARA PENYEDIAAN Kupas ubi keledek dan dipotong dadu. 1. Kukus ketulan keledek selama 15 minit atau sehingga lembut. 2. Puri ketulan sehingga menjadi pes yang sebati dan pekat. 3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan susu dan minyak zaitun sebelum dihidangkan. 4. JUMAAT Keledek mempunyai karbohidrat yang tinggi namun rendah lemak dan kolestral. Jadi bagi bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan ubi keledek ini kerana ia membantu meningkatkan berat badan bayi secara sihat. TAHUKAN ANDA ?
CREAMY CHICKEN BROCCOLI SOUP ISNIN BAHAN-BAHAN Dada ayam (direbus) Bunga kubis (dibuatkan puree) Bawang besar 1 Lobak merah (dicincang halus) Brokoli (dipotong kecilkecil) Minyak zaitun 1 cawan Air 1 cawan Susu Keju (pilihan) CARA PENYEDIAAN Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar. 1. Masukkan lobak merah, brokoli, 1 cawan air, 1 cawan susu dan puree bunga kubis. Kacau sehingga masak 2. 3.Masukkan keju. Tutup api. Hidang bersama-sama bihun atau spageti atau apa-apa yang anak minat. 4.
SUP LABU, BAYAM & UBI KENTANG BAHAN-BAHAN 1 sudu makan labu 1 sudu makan ubi kentang 1 cawan bayam, dicincang halus ¼ cawan daging ayam, dipotong dadu 2 sudu makan susu ibu 1 sudu makan minyak sayuran 1½ cawan air CARA PENYEDIAAN Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan daging ayam, labu dan ubi kentang. 1. Masukkan air dan renehkan selama 20 minit. Masukkan bayam dan rebus sehingga 5 minit atau sehingga lembut. 2. Lenyek semua bahan bersama susu ibu sehingga lembik. 3. Hidangkan bersama nasi lembik. 4. SELASA Susu boleh digantikan dengan sedikit keju mozzarella TIPS HIDANGAN
BUBUR NASI, BROKOLI DAN SUP IKAN BAHAN-BAHAN Beras Brokoli Ikan Tenggiri Bawang merah Halia CARA PENYEDIAAN Masak beras sehingga menjadi bubur 1. 2.Rebus brokoli sehingga masak Rebus juga ikan bersama bawang dan halia 3. Kisar bubur nasi bersama sayur brokoli yang telah direbus 4. Letakkan isi ikan ke dalan bubur tersebut bersama sup ikan 5. Gaulkan dan sedia untuk dihidang 6. RABU
BUBUR OATMEAL PISANG BAHAN-BAHAN 2 sudu besar instant oat 1 cawan air 1 biji pisang 1 sudu kecil serbuk cinnamon ¼ cawan susu formula CARA PENYEDIAAN Panaskan air dan tambahkan oat. 1. Biarkan mendidih sehingga oat menjadi kembang. 2. Tambahkan susu formula, potongan pisang dan serbuk cinnamon agar mengikut kepekatan. 3. 4.Siap untuk dihidangkan. KHAMIS Tidak perlu tambah gula kerana pisang sudah memberikan kemanisan kepada bubur TIPS HIDANGAN
PUREE AYAM DENGAN SAYURAN JUMAAT BAHAN-BAHAN 60 g (¼ cawan) isi ayam, dipotong kecil 45 g (½ biji) ubi kentang bersaiz sederhana ,dibersihkan dan dipotong 10 g (1 sudu makan) lobak merah, dibersihkan dan dipotong 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dikupas kulit 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran 500 ml (2 cawan) stok sayuran, disediakan sendiri 5 g (1 sudu teh) tepung beras CARA PENYEDIAAN Panaskan minyak di dalam periuk dengan api yang kuat. Salut daging dengan tepung dan goreng sehingga kekuningan. 1. Masukkan pati sayuran dan tutup periuk. Renehkan dengan api yang perlahan selama 20 minit. 2. Masukkan ubi kentang, lobak merah, dan kacang pis. Tutup dan renehkan selama 15 minit. Lenyek stew sehingga menjadi puri. 3.
Start Page Kids Food RESIPI KANAKKANAK UMUR 1 - 2 TAHUN About Menu Contact
MENU MASAKAN SARAPAN 1.Lempeng Pisang Chowder Ayam bersama Ubi Kentang 2. 3.Singapore Vermicelli 4.Bubur Tauhu Ayam 5.Dumpling Telur MINUM PAGI 1.Waffle Labu 2.Yogurt Parfait Omelette with Vegetables 3. 4.Mini Sandwic 5.Pai Epal TENGAH HARI 1.Sup Makaroni Ikan 2.Egg Drop Soup 3.Nasi Ayam Kukus Sup Ikan dengan Bayam 4. 5.Sup Jagung
Healthy Food LEMPENG PISANG CARA PENYEDIAAN Campurkan pisang, tepung gandum, telur, dan susu sehingga menjadi adunan lembut. 1. Panaskan sedikit minyak dalam penggorengan. 2. Tuangkan adunan kecil ke dalam penggorengan dan goreng sehingga kedua belahnya keemasan. 3. Hidangkan dengan potongan pisang sebagai hiasan. 4. Pisang masak lembut, dipotong halus Tepung gandum Telur Susu ibu atau susu formula Sedikit minyak sayuran BAHAN-BAHAN ISNIN
Recipe & Food CHOWDER AYAM BERSAMA UBI KENTANG SELASA CARA PENYEDIAAN 1.Panaskan mentega di dalam kuali kecil. Masukkan ayam dan ubi kentang, kacau dan masak sehingga lembut. 2. 3.Masukkan sayur campur dan susu ke dalam kuali. 4.Biarkan di atas api perlahan selama 10 minit. 5.Masukkan keju. 6.Hidangkan suam bersama roti bakar atau pasta. 200g dada ayam, dipotong dadu 1 biji sederhana ubi kentang (dipotong dadu) 1 cawan sayur campur (kacang pis, lobak merah dan jagung) 5 sudu makan keju Cheddar (diparut) 1 cawan susu penuh krim 1 sudu makan mentega BAHAN-BAHAN
Healthy Food SINGAPORE RABU 1/3 bihun 3-4 sudu olive oil 5 ulas bawang putih - dicincang 1 biji Telur 100 gm hirisan ayam 1/4 batang lobak merah yang dicincang atau diparut kasar Serbuk lada hitam Serbuk lada sulah Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN 1 - Rendam bihun dalam air panas 2- Panaskan minyak 3 - Tumiskan bawang putih sehingga keperangan 4 - Masukkan hirisan ayam, masakkan hingga bertukar menjadi warna putih 5- Masukkan sedikit air panas 6 - Masukkan hirisan carrot, kacau. 7 - Masukkan bihun yang telah ditoskan, tambah air jika bihun masih belum cukup lembut 8 - Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam 9 - Pecahkan telur, kacau hingga hancur 10-Gaul rata telur dengan bihun. Masak hingga air kering. CARA PENYEDIAAN VERMICELLI
Recipe & Food BUBUR TAUHU BAYAM KHAMIS Masukkan nasi, air, bawang dan halia ke dalam periuk dan masak nasi sehingga menjadi bubur. 1. Setelah bubur sedia, masukkan tauhu dan masak selama 10 minit lagi. 2. Masukkan bayam ke dalam bubur. Perlahankan api dan reneh selama 5 minit. 3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan hidang ketika panas. 4. 250 g (2 cawan) nasi 60 g (1 cawan) bayam, dicincang halus 152 g (1 blok) tauhu, dipotong dadu 500 ml (2 cawan) air 10 g (1) bawang merah, dihiris 5 g (¼ cm) halia, dihiris Garam dan lada sulah secukup rasa CARA PENYEDIAAN BAHANBAHAN
DUMPLING TELUR Healthy Food JUMAAT Campurkan daging ayam dan cendawan yang telah dicincang halus dalam satu mangkuk. 1. Tambahkan bawang besar, daun bawang, dan tepung jagung ke dalam campuran tersebut. Gaul rata. 2. Campur telur dengan sedikit air dan tepung jagung untuk mengelakkan kulit telur pecah. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sesuai untuk membuat cakera telur. 4. Tuangkan sedikit daripada campuran telur ke dalam kuali dan biarkan ia membentuk cakera. 5. Selepas kira-kira satu minit, tambahkan campuran daging ayam ke atas cakera telur. 6. 7.Lipat kulit telur di atas campuran daging ayam dan biarkan ia kembang. Goreng selama kira-kira satu minit di setiap sisi sehingga masak sepenuhnya. 8. Setelah itu, masukkan cakera telur yang telah dibentuk ke dalam periuk kukus dan kukus selama kira-kira 15 minit. 9. Sajikan panas sebagai hidangan utama atau pencuci mulut. Selamat mencuba! 10. CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN Ayam - dicincang halus Cendawan - dicincang halus Bawang besar - dicincang halus Tepung jagung Daun bawang - dicincang halus Telur Minyak masak
WAFFLE LABU Recipe & Food ISNIN CARA PENYEDIAAN 1.Kukus labu sehingga masak 2.Masukkan semua bahan dan gaul sebati. 3.Panaskan waffle pan masukkan unsalted butter. 4.Masak sehingga sedikit garing dan boleh angkat. 5.Boleh curahkan madu ketika menghidang. 6 sudu besar labu kukus 4 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung beras Sedikit susu full krim Unsalted butter 1 sudu kecil madu BAHAN-BAHAN
Healthy Food YOGURT PARFAIT SELASA Dalam mangkuk, lapiskan yougurt Greek, granola dan beri campuran 1. 2.Ulangi lapisan sehingga penuh. Hidangkan segera sebagai parfait yang lazat dan berkhasiat 3. 1/2 cawan yougurt Greek 1/4 cawan Granola 1/4 cawan beri campuran (blueberry,strawberry,rasberry) CARA PENYEDIAAN BAHANBAHAN
Recipe & Food OMELETTE WITH VEGETABLES RABU 1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tumis sayur-sayuran dengan sedikit minyak sehingga layu. 2. Tuangkan telur ke dalam kuali dengan sayursayuran dan masak seperti telur dadar biasa. 3. 4.Potong dadu kecil dan hidangkan. Telur ayam kampung atau telur organik Sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli, dipotong halus CARA PENYEDIAAN BAHANBAHAN
MINI SANDWICH Healthy Food KHAMIS 1.Campurkan tuna bersama yogurt Letakkan sehelai daun salad di atas sekeping roti. 2. Sapukan tuna di atas salad, kemudian letakkan tomato, timun dan tutup dengan keju cheddar. 3. 4.Tutup lapisan dengan sekeping roti. Potong sandwic secara serong kepada bahagian dan hidang. 5. CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN 8 keping roti mil gandum penuh 50 g (5 sudu makan) tuna dalam tin (dalam air), ditoskan 15 g (2 keping) daun salad 25 g (1 biji sederhana) tomato, dihiris 50 g (¹⁄5 biji) timun, dihiris 50 ml (3 sudu makan) yogurt perisa asli 2 keping keju Cheddar
PAI EPAL Recipe & Food CARA PENYEDIAAN 1.Panaskan ketuhar kepada 180°C. Masak epal dengan air dan gula sehingga lembut dan masukkan kismis. 2. 3.Susun dalam mangkuk tahan panas dan ketepikan. Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung gandum, mentega, dan serbuk kayu manis. Campurkan dengan sebati sehingga menjadi serdak seperti serbuk roti. 4. Tuangkan serdak ke atas epal yang sudah dimasak sehingga meliputi sepenuhnya. 5. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit, atau sehingga serdak bertukar menjadi perang gelap. 6. 7. Hiaskan dengan coklat masakan dan hidang segera. 210 g (4 biji sederhana) epal hijau, dikupas, dan dibaji nipis 30 g (2 sudu makan) gula 125 ml (½ cawan) air 40 g (¼ cawan) kismis Lapisan 40 g (3 sudu makan) gula perang 3 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis 35 g (4 sudu makan) tepung gandum 50 g (4 sudu makan) mentega, dipotong dadu Coklat untuk hiasan BAHAN-BAHAN JUMAAT
SUP MAKARONI IKAN Healthy Food ISNIN Rebus makaroni sehingga lembut. Keringkan dan basuh dengan air sejuk. 1. 2. Letak makaroni dalam mangkuk hidangan. Reneh air dalam periuk. Masukkan kepingan ikan dan masak sehingga lembut. 3. Masukkan bayam ke dalam sup dan rebus selama 1 minit. 4. 5.Tambahkan garam secukup rasa. 6.Tuangkan sup ke atas makaroni. 7.Biarkan sejuk sedikit dan hidangkan. BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN 120 g (1¹⁄³ cawan) makaroni 200 g (1 cawan) kepingan ikan, dihiris halus 60 g (1 cawan) bayam, dipotong halus 4 biji bebola ikan 375 ml (1½ cawan) air Garam dan lada putih secukup rasa
Recipe & Food EGG DROUP SOUP SELASA CARA PENYEDIAAN 1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih. 2.Masukkan air bancuhan tepung jagung. 3.Masukkan stok tulang ayam Masukkan batang sayur sawi hingga lembut atau hingga air mendidih. 4. Masukkan daun sayur sawi dan tunggu seketika. 5. Masukkan telur yang dicampur sedikit tepung jagung perlahan sambil dikacau mengikut arah lawan jam. 6. 7.Biarkan seketika dan angkat untuk hidang. Bawang Putih Tepung Jagung Stok tulang Ayam Sayur Sawi BAHAN-BAHAN Chicken bone broth bertujuan untuk menaikkan berat badan serta menjaga sistem antibodi anak.
NASI AYAM KUKUS Healthy Food CAAR PENYED CARA PENYEDIAAN 1 mangkuk kecil unsalted butter 1 mangkuk kecil beras pulut Isi ayam 2 ulas bawang putih Sedikit halia 1.Cairkan unsalted butter Tumis bawang putih dan halia yang telah dikisarkan. 2. Masukkan isi ayam yang telah dikisarkan. 3. Masukkan beras pulut dan tambahkan air secukupnya. 4. 5.Masak nasi seperti biasa. 6.Siap untuk dihidangkan. BAHANBAHAN TIPS HIDANGAN Beras pulut mempunyai tekstur yang lembut untuk kanak-kanak 1-2 tahun RABU
Recipe & Food SUP IKAN DENGAN BAYAM KHAMIS Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak sayuran di dalam periuk. Toskan minyak berlebihan. 1. 2.Masukkan air, diikuti dengan lobak merah. Rebuskan selama 20 minit. 3.Masukkan isi ikan dan rebus selama 5 minit lagi. 4.Masukkan sayur bayam 5.Tambahkan garam dan lada sulah sebagai perasa 6.Hidangkan bersama nasi panas. 160 g (1 keping) filet ikan merah, dipotong menjadi kiub, diperapkan dengan garam, lada sulah dan tepung jagung 60 g (1⁄2 cawan) lobak merah, dipotong dadu 60 g (3⁄4 cawan) sayur bayam dihiris halus 10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang halus 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran 10 g (1⁄2 inci) halia 400 ml (11⁄2 cawan) air Garam dan lada sulah secukup rasa CARA PENYEDIAAN BAHANBAHAN
Healthy Food JUMAAT SUP JAGUNG CARA PENYEDIAAN Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan air secukupnya untuk kuah. Tutup periuk dan biarkan mendidih. 1. Masukkan tongkol jagung, lobak merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Biarkan seketika. Masukkan isi jagung. 2. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan lihat kepekatan. 3. Akhir sekali tuangkan putih telur sedikit demi sedikit sambil sup dikacau nak bagi telur tu bertali halus. 4. 5.Kacau sampai telur masak dan tutup api. 6.Siap untuk dihidangkan. Paha ayam 2 inci lobak merah 1 biji telur Setongkol jagung manis (dihiris nipis) 2 biji bawang putih (ditumbuk) ½ inci halia (ditumbuk) 4 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) 1 liter air BAHAN-BAHAN Anda boleh menambah jenis sayursayuran yang lain seperti kubis, sawi atau cendawan TIPS HIDANGAN
RESIPI KANAK-KANAK UMUR 2 - 3 TAHUN new!
MENU MASAKAN SARAPAN 1.Sandwich Sardin 2.Waffle Nasi 3.Bubur Oat Ayam 4.Lempeng 5.French Toast MINUM PAGI 1.Nugget Nasi 2.Croquette 3.Fried Potato Patties 4.Mango Mousse 5.Potato Pillow TENGAH HARI 1.Nasi Dhal Lemon 2.Sup Makaroni Ayam 3.Nasi Goreng Lobak Merah 4.Nasi Tomato Daging 5.Sup Ikan Cendawan
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit. 1. Masukkan semua bahan seperti bawang, cili padi, garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan layu. 2. Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang dimasak tadi. Gaul rata. 3. Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, salad, inti sardin, timun dan tomato. Sedia untuk dinikmati. 4. BAHAN INTI CARA PENYEDIAAN Sandwich Sardin 1 TIN KECIL @100GM SARDIN 1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS NIPIS 4 BIJI CILI PADI DIPOTONG HALUS SEDIKIT JUS LEMON SECUBIT GARAM BAHAN SANDWICH ROTI KEPINGAN KEJU MAYONES SAYUR SALAD TIMUN JEPUN DIPOTONG BULAT TOMATO DIPOTONG BULAT ISNIN
Goreng ayam terlebih dahulu dalam pan menggunakan unsalted butter atau minyak zaitun 1. 2.Kisar hancur 1 senduk nasi, sebiji telur dan isi ayam Kemudian, masukkan tepung gandum dan sedikit air untuk mengelakkan waffle terlalu keras 3. Sapukan sedikit minyak di atas waffle maker, tuangkan adunan Dan TUNGGU SEHINGGA MASAK. 4. 5.Hidangkan bersama madu atau aiskrim homemade 1 senduk nasi Sebiji telur Isi ayam Tepung gandum Air BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Waffle Nasi SELASA
Tuangkan oat dan air panas ke dalam mangkuk Kacau sehingga ia kembang. 1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, halia sehingga wangi. 2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Tambah bancuhan oat tadi. 3. Jika terlalu pekat, anda boleh tambahkan air, lada sulah dan minyak bijan. 4. 5.Siap untuk dinikmati. 2 sudu makan minyak zaitun 1 inci halia dihiris nipis 1 sudu kecil bawang putih dikisar/ dipotong dadu 1/2 sudu kecil lada sulah Sedikit isi ayam (bahagian dada) dipotong kecil 2 cawan oat 4 cawan air panas 2-3 titik minyak bijan CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN Bubur Oat Ayam RABU
60G sudu makan tepung gandum 1⁄4 sudu teh Serbuk soda bikarbonat 1⁄2 sudu teh serbuk krim tartar 1 sudu makan Mentega 1 biji telur 1⁄4 cawan susu segar 1 sudu teh gula Secubit garam Ayak campuran tepung, serbuk soda bikarbonat dan serbuk krim tartar. 1. Panaskan mentega sehingga cair. Kemudian, campurkan mentega cair ke dalam 2. adunan tadi secara berperingkat supaya tekstur lempeng menjadi lembut. 3. 4.Masukkan telur dan susu segar gaul hingga sebati. 5.Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. 6.Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali. 7.Setelah masak, angkat dan hidangkan BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Lempeng Lempeng salah satu makanan yang amat dikenali di Malaysia khususnya pada penduduk Melayu. Ia dikenali sebagai "pancake" dalam Bahasa Inggeris, kerana ia dibuat diatas frying pan. Penkek merupakan kata pinjaman dari pancake, boleh dijumpai secara bertulis di Malaysia. TAHUKAH ANDA? KHAMIS
1.Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati. 2. Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dgn adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur. 3. Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan. 4. Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus. 5. 6. ANGKAT DAN HIDANGKAN. 4 keping roti 1⁄3 cawaN susu penuh krim 2 biji telur 1 sudu makaN minyak sayuran 1 sudu teh madu 1⁄4 sudu teh erbuk kayu manis Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN French Toast JUMAAT
Campurkan nasi yang telah disejukkan bersama telur. 1. Kisarkan nasi, telur, dada ayam yang telah dipotong dadu, bawang merah, bawang putih dan lobak merah 2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk kemudian perasakan, (kiub pati ayam, serbuk lada putih, garam dan hirisan daun sup) 3. Taburkan sedikit tepung gandum atas papan pemotong dan adunkan adunan tersebut menjadi bentuk nugget 4. 5.Salutkan dengan telur dan serbuk roti 6.Kukus selama 10 minit kemudian sejukkan Nugget boleh terus digoreng atau disimpan di dalam peti beku untuk dimasak kemudian. 7. 2 cawan nasi 1 biji telur 2 ketul dada ayam saiz kecil biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 biji lobak merah serbuk lada putih 1 1/2 sudu teh garam mushroom seasoning/secukup rasa/kiub pati ayam sedikit hirisan daun sup (optional) tepung gandum 2 biji telur (untuk salut nugget) serbuk roti (untuk salut nugget) CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN Nugget Nasi ISNIN
Mentega (separuh buku mentega) Tepung 100 gram Stok ayam (½ cawan) Campuran herba (mix herb) Susu (½ cawan) Jus lemon (½ sudu) Ayam rebus yang di carik (300 gram) Telur (tiga biji) Serbuk roti (200 gram) Cairkan mentega di dalam kuali, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati 1. Kacau sehingga bertukar warna coklat dan teskturnya menjadi pekat 2. 3.Maukkan air rendaman ayam ke dalam campuran tersebut, 4.Teruskan kacau dan masukkan susu Kacau sehingga pekat dan masukkan jus lemon, campuran herba dan sedikit perasa. 5. 6.Kemudian masukkan ayam yang sudah dicarik tadi. Masukkan adunan tersebut ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 7. Panaskan kuali, sementara itu adunan tadi dikeluarkan dan buat bentuk bulat. 8. 9.Salutkan adunan tersebut ke dalam telur dan serbuk roti 10.Kemudian gorengkan. BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN SELASA Croquettes
1.Kupas kentang dan potong dadu 2.Rebuskan kentang sehingga lembut Ambil daun parsley dan potong cincang 3. Masukkan kentang yang telah dilembutkan tadi ke dalam pinggan kemudian lenyekka 4. Kemudian masukkan tepung ayam, keju yang telah diparut dan daun parsley tadi ke dalam pinggan. (lenyekkan) 5. 6.Adunkan menjadi bentuk bulat Kemudian gorengkan sehingga keperangan dalam kuali yang panas 7. 2 BIJI Ubi kentang Daun parsley (secubit) Keju cheddar (diparut) -2 sudu Minyak zaitun (1 sudu) 1 SUDU Tepung 1 SUDU Tepung ayam BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Fried Potato Patties RABU
½ biji mangga (dilenyek menjadi puri) 1 cawan krim putar ¹⁄³ cawaN gula pasir 2 sudu teh gelatin tanpa perisa 4 sudu makan air Masukkan gelatin dan air ke dalam cawan kastard. Rendamkan cawan di 1. 2.dalam air panas dan kacau sehingga gelatin larut. Masukkan puri mangga ke dalam larutan gelatin yang telah sejuk, kacau 3. 4. sehingga sebati dan letakkan ke tepi. Masukkan krim ke dalam mangkuk berasingan yang telah disejukkan. Pukul 5. krim sehingga ia menjadi pekat. Kemudian perlahan-lahan masukkan gula 6. 7.dan pukul sehingga kembang dan stabil. Campurkan puri mangga tadi ke dalam krim dan kacau sehingga sebati. 8. 9.Masukkan sebatian ke dalam cawan/mangkuk hidangan berasingan. 10.Simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum menghidang. BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Mango Mousse KHAMIS
5 BIJI KENTANG 5 SUDU TEPUNG JAGUNG SERBUK CHEESE GARAM SECUKUP RASA LADA HITAM SECUKUP RASA 1.Rebus ubi kentang sehingga empuk 2.Lenyekkan ubi kentang 3.Masukkan tepung jagung dan uli adunan 4.Masukkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa 5.Masukkan serbuk cheese mengikut 6.Gaul dan uli adunan sehingga sebati Bentukkan doh secara segi empat dan tekan menggunakan garfu 7. 8.Goreng sehingga perang keemasan dan hidangkan BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Potato Pillow JUMAAT
1.Basuh beras dan tapis. Basuh kacang dal dan rendam selama 20 minit. Kemudian tapis. 2. Tumis biji sawi, bawang kecil, halia dan bawang putih dalam periuk sehingga bangkit baunya. 3. Campurkan beras, kacang dal dan garam dan kacau hingga rata. Masak hingga berwarna keperangan. 4. 5.Masukkan air dan jus lemon. Masak hingga mendidih. Perlahankan api dan tutupkan periuk. Biarkan ia masak. 6. Gaulkan badam ke dalam nasi sebelum dihidangkan. 7. 195 g beras wangi, dibasuh dan ditapis 35 g kacang dal kuning, dibasuh dan direndam selama 30 minit dan ditapis 3 g biji sawi 20 ml minyak 4 ulas bawang kecil, dihiris 2 hiris halia dan 2 ulas bawang putih, ditumbuk 15 ml jus lemon segar 625 ml air 5 g garam 55 g kacang badam, dihiris memanjang CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN Nasi Dhal Lemon ISNIN
Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dengan minyak zaitun sehingga keperangan. 1. Masukkan ayam, saderi dan lobak merah lalu kacau sebentar. 2. Kemudian tuangkan air mengikut konsistensi yang diingini. 3. Biarkan sehingga sup mendidih, masukkan makaroni. 4. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang. 5. 1 cawan makaroni, direbus hingga masak dan kembang 3 ketul ayam, dibuang tulang dan dihiris kecil 4 batang saderi, dihiris kecil 1 biji bawang Holland, dipotong dadu ½ batang lobak merah, dipotong dadu 2 ulas bawang putih, dicincang ½ inci halia, diketuk Daun bawang, dihiris 1 sudu besar minyak zaitun Garam secukup rasa 1-2 cawan air BAHAN-BAHAN CARA PENYEDIAAN Sup Makaroni Ayam SELASA