JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2 / 2019
BULETIN PPM KLM
TAHUN 2019
AKTIVITI SEPANJANG PPM KLM DI PENTAS KLM TETAP UNGGUL!
TAHUN ANTARABANGSA
Aktiviti menarik yang Penglibatan dan kejayaan Kejayaan ahli Pengakap
disertai dan dianjurkan para pengakap PPM KLM di PPM KLM sepanjang tahun
PPM KLM peringkat peringkat antarabangsa. yang menjadi peristiwa
daerah, negeri dan manis buat 2019.
kebangsaan sepanjang
tahun.
EDISI 2/2019 1
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
ISI KANDUNGAN
3 SEKAPUR SIRIH
Sepatah dua kata oleh kepimpinan yang telah
menyokong penerbitan buletin PPM KLM Edisi
2/2019 ini.
GALERI INFO PENGAKAP 5
Visi dan Misi Persekutuan Pengakap Malaysia,
Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap
serta sejarah penubuhan PPM KLM.
12 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
Aktiviti menarik yang disertai serta dianjurkan
oleh PPM KLM peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan sepanjang tahun.
PPM KLM DI PENTAS ANTARABANGSA 46
Penglibatan dan kejayaan para pengakap PPM KLM
di peringkat antarabangsa.
54 KLM TETAP UNGGUL!
Kejayaan ahli Pengakap PPM KLM sepanjang tahun
yang menjadi peristiwa manis buat 2019.
EDISI 2/2019 2
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Salam pengakap.
TUAN ZAINAL ARIFF BIN MAT Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah
KETUA PESURUHJAYA S.W.T atas limpah perkenan dan keizinan-Nya PPM KLM
akhirnya berjaya menghasilkan wadah tahunan atas
PENGAKAP NEGERI PPM KLM nama Buletin PPM KLM edisi kedua yang diterbitkan pada
tahun 2019. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Profil
Pengakap, PPM KLM yang dipengerusikan oleh YM Tuan
Rosdan bin Tuan Muda dan barisan jawatankuasanya
yang dipimpin oleh Saudari Nadia Liyana binti Ahmad
Faouzi serta Sidang Editorial Buletin yang diketuai oleh
Saudara Theodorus Clarence Tessensohn kerana telah
berusaha dengan jayanya hingga buletin ini dapat
diterbitkan.
Penerbitan Buletin KLM ini merupakan sebahagian
daripada usaha KLM untuk memperkasakan KLM dengan
cara menyebarluaskan segala program dan aktiviti yang
telah dilaksanakan, sama ada di peringkat siswa guru
ataupun pemimpin/jurulatih pengakap di IPG. Adalah
menjadi harapan saya agar penerbitan Buletin PPM KLM
tidak berhenti di sini, sebaliknya diteruskan oleh generasi
yang akan datang. Perkongsian berita dan ilmu yang ada
dalam buletin ini mampu membantu IPGM dan PPM untuk
menghasilkan pendidik dan pemimpin pengakap abad ke-
21 yang holistik dan cemerlang daripada pelbagai aspek.
Tahniah sekali lagi diucapkan.
BUAT HABIS BAIK UNTUK KECEMERLANGAN PPM
EDISI 2/2019 KLM 3
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Salam Pengakap,
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,
Buletin PPM KLM bagi tahun 2019 dapat diterbitkan buat
kali kedua.
Buletin ini memuatkan pelbagai aktiviti dan peristiwa
kepengakapan yang menjadi memori indah,
membanggakan dan seharusnya dihebahkan kepada
orang ramai. Buletin ini menjadi satu wadah dalam
usaha meningkatkan profil PPM KLM di samping
fungsinya sebagai media mempromosikan aktiviti- TUAN ROSDAN BIN TUAN MUDA
PENOLONG KETUA PESURUHJAYA
aktiviti kepengakapan di Institut Pendidikan Guru (IPG). NEGERI PPM KLM
(PROFIL KEPENGAKAPAN)
Buletin ini turut menjadi agen penghubung untuk
menyatukan kesemua Pengakap Daerah KLM di semua
27 kampus IPG di bawah naungan PPM KLM.
Diharapkan pada masa hadapan, lebih banyak
Pengakap Daerah KLM dapat menyumbangkan bahan
untuk penerbitan buletin bilangan yang seterusnya.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
jumpa lagi pada buletin yang seterusnya.
EDISI 2/2019 4
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
GALERI INFO PENGAKAP
“The spirit is there in every boy; it has to be
discovered and brought to light.”
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Pengasas Kepengakapan Sedunia
Laman web rasmi: http://mpklm.com.my/
VISI PPM UNDANG-UNDANG
PENGAKAP
Menjelang tahun 2025, Persekutuan
Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai 1. Dipercayai
sebuah organisasi yang diurus secara 2. Taat
cekap, moden dan berdikari bagi 3. Berguna
menyediakan program muda remaja yang 4. Bersaudara
berkualiti, berteraskan nilai melalui 5. Berbudi
pemimpin yang bertanggungjawab dan 6. Kasih kepada binatang
berwibawa membangun warganegara 7. Menurut perintah
yang berguna. 8. Tabah hati
9. Berjimat
Sumber: Laman Web Rasmi Persekutuan Pengakap 10. Suci fikiran, perkataan,
Malaysia
perlakuan.
MISI PPM
Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan
generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan Persetiaan
dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang
lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu
serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat
Sumber: Laman Web Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
EDISI 2/2019 5
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang
saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap
Sumber: Laman Web Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
SENARAI AKELA PPM KLM
TN. HJ. ABU BAKAR TN. HJ. ABDUL SHUKOR TN. HJ. MOHAMAD KAMAR
BIN HAJI AHMAD BIN MOHSIN BIN ZAINUDIN
1985 - 1994 1985 - 1994 2007 - 2010
TN. HJ. MOHD. RADZI TUAN ZAINAL ARIFF
BIN JOHARI BIN MAT
2011 - 2018 2018 - Kini
EDISI 2/2019 6
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
SEJARAH PENUBUHAN PPM KLM
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian
Pendidikan Guru (MPKLM/BPG) ialah sebuah Negeri Pengakap
yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Pengurusan
Pendidikan Negara yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin
Baki (IAB). Perasmian telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk
Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku Ketua Pengakap Negara
merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Perkara
ini telah direstui oleh Y.B. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi, Menteri Pelajaran pada 8 Ogos 1985, semasa merasmikan
Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama.
MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai sebuah negeri bagi mentadbirkan
pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan (kini Institut
Pendidikan Guru) di Malaysia yang merangkumi 31 buah semasa
penubuhannya. Kini, selaras dengan pentadbiran baharu Institut
Pendidikan Guru, nama MPKLM/BPG ditukarkan kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia, Kumpulan Latihan Malaysia
(PPM KLM). Terdapat 6 zon PPM KLM iaitu Zon Timur, Zon Utara,
Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak.
LOGO RASMI LOGO RASMI LOGO RASMI PPM KLM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERSEKUTUAN PENGAKAP 7
MALAYSIA MALAYSIA
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
PENGURUSAN TERTINGGI PPM KLM
PENGERUSI
YBRS. DR. JAMIAH BINTI MOHAMAD
TIMBALAN REKTOR KANAN IPGM
TIMBALAN PENGERUSI
YBRS. EN. DAHLAN BIN ABDUL KADIR
KETUA PENOLONG PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN INSANIAH
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP) IPGM, KPM
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI
TUAN ZAINAL ARIFF BIN MAT
SETIAUSAHA KEHORMAT 1 PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT 1
TN. HJ. OTHMAN BIN CHE MAN PN SULIANA BINTI WAN CHIK
BENDAHARI KEHORMAT
EN KHAIRUDIN BIN SAIDIN
EDISI 2/2019 8
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
JAWATANKUASA PROFIL KEPENGAKAPAN
NEGERI PPM KLM
TUAN ZAINAL ARIFF BIN MAT
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri PPM
KLMIPGM
TUAN ROSDAN BIN TUAN MUDA
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri PPM KLM
(Unit Profil Kepengakapan)
NADIA LIYANA BT AHMAD FAOUZI
Pengerusi
JK Profil Kepengakapan Negeri
THEODORUS CLARENCE TESSENSOHN
Timbalan Pengerusi
JK Profil Kepengakapan Negeri
WAKIL JK PROFIL KEPENGAKAPAN SETIAP DAERAH
EDISI 2/2019 9
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
WAKIL JK PROFIL KEPENGAKAPAN SETIAP DAERAH
KLM 05, IPG KAMPUS KLM 07, IPG KAMPUS KLM 10, IPG KAMPUS
PULAU PINANG PEREMPUAN MELAYU MELAKA BAHASA ANTARABANGSA
ABDUL MUIZZ BIN NUR AMIELIA NABILA BINTI KHAIRUN NADIAH BINTI
MOHD RAMZI SUMUN MOHAMAD ZAINI
PISMP JUN 2017 PISMP JUN 2017
MATEMATIK PISMP JUN 2016
PENDIDIKAN KHAS BAHASA INGGERIS (SK)
KLM 14, IPG KAMPUS (MASALAH PEMBELAJARAN)
RAJA MELEWAR KLM 17, IPG KAMPUS
KLM 15, IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM
ILMU KHAS
TAN LIT VOON JAMES NGU MING ZHI MOHAMAD ARIF AIZAT BIN
PISMP JUN 2016 PISMP JUN 2017 MOHAMAD ALI
PISMP JUN 2015
BAHASA CINA BAHASA INGGERIS (SK)
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KLM 18, IPG KAMPUS KLM 19, IPG KAMPUS
SULTAN MIZAN PERLIS KLM 20, IPG KAMPUS
DARULAMAN
MUHAMMAD RASHID BIN AHMAD ZULHILMI BIN AHMAD LEIN EN WEI
RADZUAN ZAINI PISMP JUN 2017
MATEMATIK (SJKC)
PISMP JUN 2016 PISMP JUN 2015
SEJARAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING 10
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM KLM 22, IPG KAMPUS EDISI 2/2019
IPOH
KLM 21, IPG KAMPUS KLM 23, IPG KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM PENDIDIKAN ISLAM
SHERNOLD BIN AG SALLEH MOHAMAD SYAMIL BIN MUHAMMAD ASRUL HAZIQ
PISMP JUN 2016 ABDUL HAMID BIN ANUAR
PISMP JUN 2016
BAHASA INGGERIS (SK) BAHASA MELAYU PISMP JUN 2017
KLM 26, IPG KAMPUS KLM 29, IPG KAMPUS KLM 30, IPG KAMPUS
KENT BATU LINTANG DATO RAZALI ISMAIL
JORDEAN IRINIUS AZRUL AZEEM BIN SELAMAT FAKHRUL AFIF BIN MOHD
PISMP JUN 2017 PISMP JUN 2015 FADZIL
SEJARAH
BAHASA INGGERIS (SK) PISMP JUN 2016
SEJARAH
KLM 32, IPG KAMPUS KLM 34, IPG KAMPUS KLM 36, IPG KAMPUS KLM 37, IPG KAMPUS
KENINGAU TG AMPUAN AFZAN TUANKU BAINUN TUN ABDUL RAZAK
SYRVISON SIGGOH MUHAMMAD NAZRI LIN KIN TING ESTHERLYNA UKONG
PISMP JUN 2016 BIN SALIM PISMP JUN 2016 PISMP JUN 2016
BAHASA PENGAJIAN MELAYU SAINS (SK)
PISMP JUN 2016
KADAZANDUSUN (SK) PEND. AGAMA ISLAM
EDISI 2/2019 11
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
AKTIVITI SEPANJANG
TAHUN
“The method of instruction in Scouting is that of
creating in the boy the desire to learn for himself”
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Pengasas Kepengakapan Sedunia
BENGKEL SCOUTS OF THE WORLD AWARD
KLM 14!
Oleh: Tan Lit Voon
IPGK RAJA MELEWAR, 1-3 MAC; seramai 48 orang peserta dari 8 buah daerah klm
telah menyertai bengkel ‘scouts of the world award discovery’ yang telah dianjurkan
oleh klm 14, ipg kampus raja melewar. Sememangnya, para peserta telah menimba
ilmu sepanjang 3 hari ini yang dikendalikan oleh tuan amir hamzah bin aman, penolong
ketua pesuruhjaya pengakap negara. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah
pengenalan kepada laman rasmi wosm ataupun scouts.org yang dikendalikan oleh tuan
adha fikris bin mokhtar, pesuruhjaya ibu pejabat kebangsaan (messengers of peace);
pengenalan kepada matlamat pembangunan lestari atau ‘sustainable development
goals’; dan garis panduan mengambil gambar berkualiti yang dikendalikan oleh tuan
edwin lam zhen de, pesuruhjaya ibu pejabat kebangsaan (profil kepengakapan). Antara
kemuncak atau ‘highlights’ bengkel ini ialah lawatan ke rumah penjagaan megaways,
seremban di mana para peserta telah mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat.
EDISI 2/2019 12
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah
persembahan tarian, sesi ramah mesra
dan aktiviti membersihkan kawasan
persekitaran Rumah Megaways. Dengan
berbekalkan pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi sepanjang 3
hari 2 malam, maka bermulalah misi 48
orang peserta untuk merancang serta
melaksakan program SWA mereka di
tempat masing-masing. Selamat
berjaya!
Tuan Amir Hamzah memberikan taklimat
kepada para peserta
Sesi pembentangan. Para peserta sedang melayari laman web
scouts.org.
Sesi khidmat masyarakat.
EDISI 2/2019 SUDUT INFORMASI
SWA atau Scouts of the World Award
dilancarkan pada tahun 2004 untuk
menggalakkan belia berusia 15 hingga
26 tahun untuk menangani isu global,
khususnya isu alam sekitar,
pembangunan dan keamanan. Kini,
SWA diletakkan bawah kerangka
Better World Framework.
13
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
MUTIARA KATA
“Sememangnya Pengakap merupakan antara organisasi sukarelawan yang terbesar di
Malaysia dan di dunia. Aktiviti kepengakapan bukan sahaja meningkatkan sifat
kepimpinan siswa pendidik IPG, tetapi juga menyediakan mereka untuk menjadi
pendidik abad ke-21 yang kreatif, inovatif, berdedikasi dan berjaya. Bengkel ‘Scouts
of the World Award Discovery’ yang dijalankan pada 1 hingga 3 Mac 2019 ini juga
merupakan salah satu aktiviti kesukarelawan pengakap yang diiktiraf dunia.
Sememangnya, program ini akan menjadikan siswa pendidik warga Malaysia yang
bertanggungjawab dan komited terhadap pembangunan negara. Inilah antara ciri-ciri
pendidik yang ingin kami lahirkan selaras dengan Visi dan Misi Institut Pendidikan
Guru Malaysia.”
Dr Haji Nizam bin Abd Latib
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar
EDISI 2/2019 14
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Peserta di stesen Copenhagen Solar Cooker semasa sesi SgS Road Show
BENGKEL SCOUTS GO SOLAR KEBANGSAAN!
Oleh: Abdul Muizz bin Mohd Ramzi
IPGK Pulau Pinang, 23 - 26 Mac; Filipina (Boy Scouts of the Philippines)
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Encik Silver Rajoo dari Singapura
telah mengelolakan buat julung kalinya (Singapore Scouts Association).
Bengkel Scouts Go Solar (SgS)
Kebangsaan bertempat di IPG Kampus Panggilan video dalam talian telah
Pulau Pinang. Program ini telah dibantu diadakan bersama-sama dengan tiga
oleh KLM 05 sebagai urusetia dan tokoh. Cynthia Marquez dari World
fasilitator. Scout Bureau berbicara tentang
Matlamat Pembangunan Mampan dan
Bengkel ini diketuai oleh Pesuruhjaya kerangka Better World Framework;
Kebangsaan Program Negara, Cik Lau manakala Tina Susann Hugli dari
Hooi Lin, dan disertai oleh 32 orang Solafrica berbicara tentang program
peserta dari seluruh negara. Antara Scouts Go Solar; dan Michael Götz
penceramah jemputan yang diundang dari Kanderstag International Scouts
termasuklah Encik Bernand G.De Leond Centre berbicara tentang Solar Panels
dan Encik Edwin C. Villanueva dari and Solar Home Systems.
EDISI 2/2019 15
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Aktiviti lain yang dijalankan Enam stesen aktiviti solar telah
termasuklah sesi How To Run SgS dibentuk iaitu botol solar, masakan
Roadshow yang dikendalikan oleh Cik solar, Devil’s Ray, serangga solar, peti
Lau Hooi Lin, sesi Impact Of The Sun simpanan tenaga solar dan seni solar.
On Health & Environment yang
dikendalikan oleh Dr. Khor Aik Kheong; Pada akhir bengkel ini, buat pertama
sesi membina Copenhagen Solar
Cooker, Dryer And Haybox yang kalinya seramai 32 orang peserta telah
dikendalikan oleh Encik Bernando De
Leon, sesi Solar Art dan meja putar ditauliahkan sebagai Solar Rangers
oleh Encik Silver Rajoo dan juga
penghasilan LED Torch Light yang atau koordinator Scouts Go Solar
dibimbing oleh Encik Edwin Villanueva.
Para peserta bengkel sendiri turut kebangsaan. Mereka akan kembali ke
mengadakan satu SgS Roadshow
dengan pengakap dari sekolah di negeri masing-masing untuk
sekitar Pulau Pinang sebagai peserta.
mengendalikan program Scouts Go
Solar di peringkat akar umbi pula.
Aktiviti mengukur suhu air dalam botol Aktiviti membuat serta menggunakan
berbeza warna jam solar
EDISI 2/2019 16
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Aktiviti Devil’s Ray
SUDUT INFORMASI
SgS merupakan satu inisiatif di
bawah kerangka Better World
Framework. Inisiatif ini ialah hasil
kerjasama WOSM, Solafrica dan
Green Peace untuk menggalakkan
para pengakap sedunia agar lebih
prihatin terhadap kepenggunaan
tenaga alternatif secara mampan.
Untuk bahan dan informasi lanjut,
sila layari laman web WOSM
Services di https://services.
scout.org/service/5
Aktiviti membuat bateri solar 17
(Sumber: Edwin Lam, Media Rasmi PPM)
Para peserta bengkel bersama Pesuruhjaya
Kebangsaan, Cik Lau Hooi Lin (berbaju putih)
(Sumber: Edwin Lam, Media Rasmi PPM)
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
MESYUARAT AGUNG PPM KLM KALI KE-9
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
IPGK Tuanku Bainun, 2 April;
Mesyuarat Agung PPM KLM
Bilangan 09 telah berlangsung
pada 2 April 2019 di IPG Kampus
Tuanku Bainun. Pada kali ini
terdapat lantikan baharu bagi Ahli
Majlis Tadbir dan juga beberapa
jawatan tertinggi yang melibatkan
pegawai di IPGM. YBrs. En. Mohd
Saat bin Abas, Pengarah IPG
Kampus Tuanku Bainun merangkap
Pengerusi Pengakap KLM 36 telah
merasmikan mesyuarat agung
berkenaan.
EDISI 2/2019 18
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
En. Khairudin bin Saidin (tiga dari kanan) bersama ahli kumpulannya
BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN
KEBANGSAAN 2019
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
Pusat Latihan JAKOA, 26-28 April; PPM KLM telah menghantar tiga orang wakil
untuk menghadiri Bengkel Penyediaan Laporan Tahunan Kebangsaan 2019 yang
telah dianjurkan Jawatankusa Profil Kepengakapan Negara, PPM. Bengkel yang
dihadiri Tuan Haji Othman bin Che Man, En. Khairudin bin Saidin dan Puan Hajah
Kamaliah binti Ismail itu telah memberi banyak maklumat berguna yang
sememangnya bertujuan meningkatkan kualiti laporan tahunan yang diterbitkan
Pengakap negeri. Antara topik yang dibincangkan termasuk garis panduan menilai
gambar yang berkualiti mengikut standard WOSM, cara penulisan laporan yang
efektif dan intipati laporan yang dikehendaki Ibu Pejabat PPM. Sesi ceramah
penulisan laporan yang efektif juga telah diadakan dengan kerjasama FINE
Training Academy Sdn. Bhd.
SUDUT INFORMASI
WOSM atau ‘World Organisation of the Scout Movement’ merupakan organisasi yang
menguruskan kepengakapan sedunia. PPM merupakan antara ahli WOSM yang
berdaftar, iaitu dalam rantau Asia Pasifik. Terdapat 6 rantau kepengkapan di dunia.
Pejabat World Scout Bureau terletak di Brickfields, Kuala Lumpur!
EDISI 2/2019 19
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta Bengkel Penyediaan Laporan Tahunan Kebangsaan 2019
En. Khairudin bin Saidin (dua dari kanan) Tuan Haji Othman bin Che Man
semasa aktiviti berkumpulan (dua dari kanan) memberi pendapat
semasa sesi soal jawab
MUTIARA KATA
“Jangan berbicara mengenai kepengakapan kepada kawan Pengakap kamu sahaja.
Berbicara lah mengenai kepengakapan kepada keluarga kamu, jiran kamu, sahabat
kamu dan orang-orang bukan Pengakap yang lain. Kamu bertanggungjawab
menyebarkan aktiviti, imej dan falsafah kepengakapan kepada masyarakat luar.”
Mej. Jen. Prof Dato’ Dr. Hj. Mohd Zin Bin Bidin (B)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
semasa Ucapan Majlis Penutup Bengkel Penyediaan Laporan Tahunan Kebangsaan
2019
EDISI 2/2019 20
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para penerima -manik kayu 2 butir dari KLM 21, IPGK Sultan Abdul Halim
MAJLIS PENGALUNGAN MANIK KAYU 2 BUTIR
PENGAKAP KLM 21
Oleh: Shernold Bin Ag Salleh
IPGK Sultan Abdul Halim, 22 Mei; Istiadat pengalungan manik kayu 2 butir bagi
Unit Pengakap Kanak-Kanak telah diadakan di Dewan Munsyi, Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 22 Mei. Majlis tersebut
telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainal Ariff bin Mat, Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri PPM KLM. Penerima manik kayu 2 butir terdiri daripada 18 orang
ahli KLM 21. Saudara Muhammad Amir Farhan bin Azman telah mengetuai
pembahuruan persetiaan Pengakap.
Pengalungan manik kayu 2 butir bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak ini merupakan
satu pengiktirafan bagi siswa guru yang bakal berkhidmat di sekolah kelak. Selain
itu, pengalungan ini perlu dianggap sebagai amanat untuk mereka terus
berkhidmat dan menabur bakti sebagai pemimpin Pengakap.
Syabas dan tahniah kepada barisan jurulatih KLM 21 terutama kepada Pu an Nur
Eliyawaton binti Mohd Alias atas kegigihan melahirkan generasi pemimpin
Pengakap yang baharu.
EDISI 2/2019 21
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Tapak perkhemahan KAGUM Unit Beruniform di IPGK Sultan Mizan
KARNIVAL GERAK KERJA KOKURIKULUM
(KAGUM) UNIT BERUNIFORM IPGM 2019
Oleh: Muhammad Rashid bin Radzuan
IPGK Sultan Mizan, 13–16 Jun; Seramai 44 orang peserta dari 24 daerah KLM
Perkhemahan Karnival Gerak Kerja telah mengambil bahagian. Turut mengiringi
Kokurikulum (KAGUM) Unit Beruniform IPGM mereka ialah 8 orang pemimpin KLM.
telah diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum
(PULAKO) Institut Pendidikan Guru Kampus Majlis perasmian KAGUM Unit Beruniform telah
Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Seramai 276 dilangsungkan dengan jayanya pada 15 Jun
orang peserta dari 26 IPGK seluruh negara 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan
telah menyertai perkhemahan ini. KAGUM Unit oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, Timbalan
Beruniform pada kali telah melibatkan enam Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Turut hadir
pasukan unit beruniform terdiri daripada Kadet ialah YBhg. Dr Hajah Rusmini binti Ku Ahmad,
Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Rektor IPGM, YBrs. Encik Abu Hanifah @ Fauzi
Malaysia (BSMM), Pandu Puteri Islam Malaysia bin Zahari, Pengarah Bahagian Pendidikan
(PPIM), Pergerakan Pandu Puteri Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta Dr.
(PPPM), SISPA Pertahanan Awam dan Mohd Sidek bin Said, Pengarah Institut
Persektuan Pengakap Malaysia – Kumpulan Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Latihan Malaysia (PPM KLM).
Pada majlis tersebut, Nurul Hadirah binti
Tajudin, wakil peserta dari KLM25, IPG
EDISI 2/2019 22
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Kampus Gaya, telah diberikan Lawatan Khidmat Sosial
penghormatan dilantik sebagai ketua skuad. Kontinjen Pengakap depan pintu
gerbang mereka
Sebanyak enam pertandingan telah
dilangsungkan iaitu larian komando,
permainan tradisional, orienteering, rekaan
kreatif bahan terbuang, kawad kaki dan
malam kebudayaan. Pasukan PPM KLM telah
berjaya mengungguli pertandingan
persembahan malam kebudayaan dan
permainan tradisional dengan memperolehi
tempat pertama. Pasukan PPM KLM juga
telah memperoleh tempat kedua dalam
pertandingan larian komando, tempat ketiga
dalam pertandingan rekaan kreatif bahan
terbuang, tempat keempat dalam
pertandingan orienteering dan tempat
kelima dalam pertandingan kawad kaki.
Selain itu, para peserta juga telah terlibat
dalam aktiviti kemasyarakatan bersama
komuniti setempat di sekitar daerah Besut.
Rosli bin Pitri, peserta dari KLM 35,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah
terpilih selaku peserta terbaik KAGUM Unit
Beruniform 2019. Adalah diharapkan
bahawa pasukan PPM KLM akan
memperoleh kejayaan yang lebih
membanggakan pada edisi akan datang.
EDISI 2/2019 Malam unggun api di kem Pengakap
23
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
MAJLIS PENGALUNGAN -
MANIK KAYU DUA BUTIR
DI IPG KAMPUS PEND.
ISLAM
Oleh: Nurul Syazwani binti Zikri
Istiadat pengalungan manik kayu 2 butir IPGK Pendidikan Islam, 6 Ogos; Seramai
dan penyampaian sijil manik kayu empat orang siswa guru PISMP semester tujuh
dan empat belas orang lepasan program
Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) telah
dikalungkan manik kayu dua butir bertempat di
Dewan Besar Nik Mohyideen Musa. Dalam
majlis itu juga, YBrs. Dr. Abdul Rahman bin
Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Islam dan Dr Noor Habibah binti
Kaderan turut dikalungkan manik kayu dua
butir selepas mereka berjaya melengkapkan
syarat-syarat yang ditetapkan. Istiadat
pengalungan tersebut telah disemurnakan oleh
YBrs. Tuan Zainal Ariff bin Mat, Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLM.
Semoga para penerima manik kayu akan terus
bergiat aktif dalam aktiviti kepengakapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada semua jurulatih yang terlibat
dalam membimbing mereka selama ini.
Salah seorang penerima 24
manik kayu dua butir
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
SCOUTS TALENT ID @ IPSAH
Oleh: Shernold Bin Ag Salleh
IPGK Sultan Abdul Halim, 10–11
September; Unit Kokurikulum IPG Kampus
Sultan Abdul Halim telah mengadakan
Scouts Talent ID sempena International
Peace Month pada 10-11 Sept 2019 di
IPGKSAH. Seramai sembilan orang
jurulatih, sepuluh orang guru pelatih,
empat orang guru pengiring dan lima puluh
orang peserta dari SK Sg Pasir Kechil, SK
Bukit Kiara, SK Sungai Petani dan SK
Merbau Pulas telah mengambil bahagian.
Para peserta merupakan ahli pengakap
berdaftar dan mereka telah mempelajari
pelbagai teknik, peraturan serta latihan
permainan yang diceburi.
Talent ID diadakan untuk mengenal pasti
bakat yang terpendam dalam kalangan
murid-murid, khususnya dalam permainan
bola jaring dan petanque. Pada hari
pertama, murid-murid bermain permainan
tersebut dan para pensyarah serta guru
pelatih mengenal pasti aspek yang boleh
diperbaiki. Kemudian, murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan
dan setiap kumpulan bergerak dari stesen
ke stesen. Setiap stesen mengajar teknik
bermain yang betul.
Permainan bola jarring semasa Talent ID @ IPSAH
EDISI 2/2019 25
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Pada hari kedua, ujian teknik diadakan dan murid-murid diberikan markah berdasarkan
kebolehan masing-masing. Selepas tamat latihan, perubahan pada murid jelas dapat
dilihat.
Program ini telah membantu guru-guru untuk mengenal pasti murid yang berbakat
dalam permainan bola jaring dan petanque serta menyerlahkan bakat yang terpendam
dalam kalangan murid-murid.
Para peserta Scouts Talent ID @ IPSAH
SUDUT INFORMASI
International Peace Month, atau lebih tepatnya International Day of Peace merupakan
satu sambutan yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).
Dilancarkan pada tahun 1981, sambutan ini diadakan pada 21 September setiap
tahun. Sambutan ini diadakan khusus untuk meraikan keamanan menjangkaui
perbezaan serta mempromosikan budaya keamanan di seluruh dunia.
Tema pada tahun 2019 ialah ‘Climate Action for Peace’ di mana Jawatankuasa
Messengers of Peace Kebangsaan telah bertungkus-lumus mempromosikan sambutan
ini bagi menggalakkan para pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia bergiat aktif
dalam melibatkan diri serta menjayakan sambutan ini.
EDISI 2/2019 26
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta lelaki dilepaskan oleh YB Anthony Loke di Larian Keamanan IPGKRM
LARIAN KEAMANAN IPGKRM
Oleh: Tan Lit Voon
IPGK Sultan Mizan, 13–16 Jun; Para peserta jemputan dari KLM 10, IPG Kampus
Pengelolaan Larian Keamanan IPGKRM Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
merupakan projek yang bertujuan untuk
menyebarkan konsep keharmonian dan
kesejahteraan serta mengeratkan
hubungan antara kaum. Semua ahli
pengakap KLM 14, IPG Kampus Raja
Melewar (IPGKRM) terlibat secara
langsung dalam merancang, mengurus
dan melaksanakan kejohanan ini dengan
kerjasama Unit Kokurikulum dan Biro
Sukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Larian Keamanan ini turut disertai oleh
35 orang penolong pemimpin dari tiga
Institut Pendidikan Guru Kampus.
EDISI 2/2019 27
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Projek yang dianjurkan sempena YB Anthony Loke dalam majlis
International Peace Month itu turut perasmian program
mendapat sokongan para pensyarah dan
staf sokongan IPGKRM. Turut serta YB Anthony Loke turut serta dalam sesi
adalah siswa siswi IPGK Ipoh (KLM 22), senamrobik sebelum larian
IPGK Bahasa Antarabangsa (KLM 10) dan
IPGK Pendidikan Islam (KLM 23).
Program ini menerima kunjungan YB
Anthony Loke Siew Fook, Menteri
Pengangkutan Malaysia, serta wakil
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Sembilan. YB Anthony Loke Siew
Fook telah merasmikan pembukaan
Larian Keamanan IPGKRM 2019.
Selepas menyertai sesi senamrobik
bersama para peserta, YB Anthony Loke
Siew Fook melepaskan 6 kategori
peserta iaitu Kategori Lelaki IPGKRM,
Kategori Perempuan IPGKRM, Kategori
Lelaki Jemputan, Kategori Perempuan
Jemputan, Kategori Pensyarah dan Staf
Lelaki dan Kategori Pensyarah dan Staf
Perempuan dengan melepaskan
tembakan pistol.
Lee Wen Ching dari KLM 22, IPG Kampus
Ipoh telah menyuarakan
kegembiraannya menyertai larian
keamanan pada kali ini. “Walaupun
mengalami masalah jerebu, namun
larian ini dapat dijalankan dengan begitu
lancar dengan komitmen daripada pihak
penganjur.” Menurut Lee lagi, “Saya juga
berasa sangat bersyukur kerana dapat
menyempurnakan larian kali ini dan
berjaya sampai ke penamat.”
EDISI 2/2019 Para peserta perempuan menunggu
untuk dilepaskan
28
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Dr Ali Ahmad bin Seman dari KLM 23, IPG Peserta dari KLM 10, IPG Kampus
Kampus Islam antara pemenang kategori Bahasa Antarabangsa, Theodorus
Clarence Tessensohn pula rasa gembira
pensyarah lelaki jemputan dapat berjumpa rakan-rakan dari daerah
KLM yang lain. “Oleh sebab setiap
Timbalan Pengarah IPGKRM, Puan Azlina binti daerah KLM berada di negeri-negeri yang
Ahmad memberi cenderamata kepada lain, program seperti ini sangat bagus
YB Anthony Loke untuk merapatkan silaturrahim antara
satu sama lain di samping beriadah
untuk menyihatkan badan. Saya sangat
gembira dapat berjumpa kawan lama
dan baru dari IPG Raja Melewar, IPG
Kampus Ipoh dan IPG Kampus Islam.”
Bagi Nurul Syazwani binti Zikri dari KLM
23, IPG Kampus Islam pula, beliau rasa
gembira kerana beliau sememangnya
mengharapkan keamanan “di mana
semua orang tidak kira bangsa, agama,
warna kulit dapat bersama-sama
menikmati sesuatu perkara tanpa
wujudnya sebarang sikap prejudis antara
satu sama lain.
Sememangnya Larian Keamanan
IPGKRM 2019 berlangsung dengan
jayanya dan diharapkan program seperti
ini akan dianjurkan lagi pada masa
hadapan.
Pasukan pihak penganjur Larian Keamanan SUDUT INFORMASI
IPGKRM 2019
PPM KLM mempunyai 27 daerah KLM.
EDISI 2/2019 Setiap Institut Pendidikan Guru di
seluruh Malaysia merupakan daerah
dalam PPM KLM.
29
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Sebilangan ahli Pengakap PPM KLM 29, IPGK Batu Lintang yang menyertai perkhemahan ini
KEM UNIT BERUNIFORM KLM 29
Oleh: JK Profil Kepengakapan Daerah PPM KLM 29, IPGK Batu Lintang
IPGK Batu Lintang, 10–13 September; KLM 29, IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform mereka yang telah dijalanlan di IPG
Kampus Batu Lintang. Seramai 52 orang ahli Pengakap KLM 29 telah menyertai
perkhemahan ini.
EDISI 2/2019 Sumber:
JK Profil
Kepengakapan
Daerah KLM 29
30
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Mesyuarat Agung PPM KLM di IPGK Raja Melewar, Seremban
MESYUARAT AMT PPM KLM BIL 3/2019
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
IPGK Raja Melewar, 5 Oktober; Dr Ali Seman (kanan), Tuan Zainal Ariff bin Mat
Mesyuarat Ahli Majlis Tadbir (AMT) PPM (tengah) dan Tuan Othman bin Che Man (kiri)
KLM Bil 3/2019 telah berlangsung di IPG semasa mesyurat
Kampus Raja Melewar. Mesyuarat
dipengerusikan oleh YBhg. Encik Zainal
Ariff bin Mat, Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri PPM KLM. Antara
agenda penting yang dibincangkan ialah
pelaksanaan aktiviti tahun 2020.
Mesyuarat sedang berlangsung
EDISI 2/2019 31
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta Kursus Koordinator Messengers of Peace Zon Tengah 2019
KURSUS KOORDINATOR MESSENGERS OF PEACE
ZON TENGAH 2019
Oleh: Azmira binti Mohamed
IPGK Bahasa Antarabangsa, 11-13 Oktober; Seramai 79 orang ahli pengakap
berlatar belakangkan pelbagai kerjaya telah menyertai Kursus Koordinator Messengers
of Peace Peringkat Kebangsaan – Zon Tengah yang telah berlansung dengan jayanya di
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Ketua Jurulatih untuk kursus ini ialah
Pesuruhjaya Kebangsaan Messengers of Peace, Tuan Amir Hamzah bin Aman.
Selama kursus tiga hari dua malam berlangsung, aktiviti-aktiviti yang dijalankan
termasuklah pengenalan kepada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), pengenalan
kepada Scouts of the World Award (SWA), World Scout Environment Programme
(WSEP), pendaftaran akaun Scouts.org, sesi belajar tarian MOP dan permainan
‘Networking Game’. Majlis penutup dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
PPM KLM, Ybhg. Tuan Zainal Ariff bin Mat.
EDISI 2/2019 32
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Kebangsaan, Tuan Edwin
Lam sedang memberi
ceramah berkaitan garis
penduan mengambil
gambar mengikut piawaian
WOSM
Tengah kanan:
Para peserta sedang belajar
tarian MOP.
Bawah kanan:
Para peserta sedang
bermain ‘Networking Game’
SUDUT INFORMASI
Program Messengers of Peace merupakan
salah satu inisiatif utama bawah kerangka
Better World Framework yang bertujuan
menggalakkan para pengakap
menyerbarkan keamanan di samping
mencapai 17 SDGs.
Untuk menjadi seorang Messengers of
Peace, terdapat 4 langkah yang harus dilalui
iaitu Inspirasi (Inspire); Belajar dan
Membuat Keputusan (Learn and Decide);
Implementasi (Do); dan Kongsi (Share).
EDISI 2/2019 33
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta Kursus Kepimpinan Manik Kayu peringkat 1 Zon Utara
KURSUS KEPEMIMPINAN MANIK KAYU 1
ZON UTARA
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
IPGK Sultan Abdul Halim, 15 - 18 Oktober; SUDUT INFORMASI
Bertempat di Pusat Kokurikulum Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Negeri PPM KLM merupakan negeri
Sungai Petani, Kedah, seramai 103 orang ahli yang memberi tumpuan kepada
Pengakap KLM 05 (IPGK P. Pinang), KLM 20 pembentukan pemimpin pengakap
(IPGK Darulaman) dan KLM 36 (IPGK Tuanku di sekolah. Oleh sebab itu, PPM
Bainun) telah mengambil bahagian sebagai KLM sangat menekankan ahli-
peserta dalam kursus kepimpinan manik kayu ahlinya menyertai kursus -manik
(KMK) peringkat pengenalan dan satu. Dr. Ali kayu kerana pengalungan -manik
Ahmad bin Seman, Timbalan Pesuruhjaya kayu itu sendiri merupakan tanda
Pengakap Negeri PPM KLM telah berperanan bahawa ahli Pengakap tersebut
sebagai Ketua Kursus Peringkat Pengenalan telah menjadi pemimpin pengakap
sementara Haji Othman Che Man, Bendahari yang bertauliah dan sedia
Kehormat PPM KLM dan Tuan Rosdan Tuan berkhidmat apabila memulakan
Muda Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Profil perkhidmatan kelak.
Kepengakapan sebagai Ketua Kursus Peringkat
1 untuk Pek 1 dan Pek 2.
EDISI 2/2019 34
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Manakala Puan Siti Rodziyah Nyan, Para peserta mendengar sesi sidang
Pesuruhjaya Pengakap Zon Utara berperanan
sebagai Ketua Kem. Dua belas orang jurulatih
dan pembimbing telah berganding bahu
menjayakan KMK pada kali ini. Tuan Zainal
Ariff Mat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
PPM KLM telah hadir menyempurnakan Istiadat
Pengalungan Manik Kayu Dua Butir bagi 21
orang ahli Pengakap KLM 21 (IPGK Sultan
Abdul Halim) dan juga menyempurnakan Majlis
Perasmian Penutupan KMK Peringkat 1. Turut
hadir dalam majlis perasmian penutupan ialah
Pn. Hjh. Nor Asiah Osman, Timbalan Pengarah
IPGK Sultan Abdul Halim selaku Naib Pengerusi
2, Majlis Pengakap Zon Utara.
Majlis pengalungan -manik kayu dua butir Para peserta sedang belajar istiadat Laung
Agung
SUDUT INFORMASI
Semasa kursus -manik kayu dijalankan,
para peserta akan memakai epolet tanpa
lencana. Selepas kursus tamat, para peserta
akan menukarkan epolet tersebut kepada
epolet berlencana.
Sesi memakai scarf pengakap semasa
permulaan kursus
EDISI 2/2019 35
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta di stesen ‘Morse Code’
JOTA JOTI DI STESEN KUALA LIPIS, 9M4CTA
Oleh: Sarudin bin Md Amin
IPGK Tengku Ampuan Afzan, 18 - 20 Oktober; Seramai 140 ahli Pengakap telah
berkumpul di Pusat Latihan Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang untuk program JOTA JOTI ataupun Jamboree on the
Air and Jamboree on the Internet 2019. KLM 34, IPGK Tengku Ampuan Afzan telah
mengendalikan Stesen Kuala Lipis dengan nama panggilan 9M4 CTA. Sebanyak 34 stesen
Berjaya dihubungi dari 21 negeri dan juga stesen luar negara, iaitu dari Indonesia,
Thailand dan Israel. Antara aktiviti lain yang dilakukan ialah pengenalan kepada
penggunaan bendera isyarat semaphore, pengenalan kepada Abjad Fonetik Antarabangsa
(IPA), pengenalan kepada isyarat Morse Code, aktiviti memanah dan banyak lagi.
EDISI 2/2019 36
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
IMBASAN SEKITAR
STESEN 9M4CTA
EDISI 2/2019 37
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Setiausaha Program Negara, Tuan Mohd Zairi bin Zaharin (empat dari kanan) sedang memberi
penjelasan kepada salah satu kumpulan semasa sesi beliau
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS, WSEP
KEBANGSAAN 2019
Oleh: Tan Lit Voon
IPGK Raja Melewar, 8-10 November; WSEP; Tuan Riyan Prompasit a/l Seet,
Seramai 36 orang peserta dari PPM KLM, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan
Institut Pendidikan Guru Kampus yang WSEP dan Tuan Mohamad Shaqim bin Mat
berlainan telah menyertai bengkel Training Rabi, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan
of Trainers (ToT), World Scout SWA.
Environment Programme (WSEP) yang
pertama kali dianjurkan oleh PPM KLM 14, Program yang dijalankan dalam bengkel
IPG Kampus Raja Melewar. Bengkel ini
dikendalikan oleh lima orang jurulatih iaitu ini berpandukan 5 matlamat WSEP, dan
Tuan Haji Zulkifli bin Dato’ Haji Maulud,
Pesuruhjaya Program Negara; Tuan Mohd. setiap peserta telah diberi pendedahan
Zairi bin Zaharin, Setiausaha Program
Negara; Tuan Kalaimani Supramaniam, tentang kelima-lima matlamat,
Pesuruhjaya Kebangsaan
pengendalian aktiviti mengikut matlamat,
tujuan setiap matlamat serta cara
memainkan peranan sebagai seorang
jurulatih WSEP. Antara aktiviti yang
dijalankan termasuklah mengukur tahap
kebersihan sumber air, flora dan fauna
yang berbahaya, aktiviti ‘Animal
Conference’, sesi mencipta permainan
EDISI 2/2019 38
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
WSEP mengikut kumpulan dan sekitar. Beliau berharap Pengakap di
sebagainya. Tuan Haji Zulkifli Maulud telah Malaysia akan lebih peka terhadap alam
mengendalikan sesi matlamat kelima iaitu sekitar, yang akan membantu terhadap
berkaitan bencana alam. Tuan Zairi pula pencapaian Matlamat Pembangunan
mengendalikan sesi mengenai penulisan Lestari (SDGs).
laporan serta refleksi dan Tuan Kalaimani
telah mengendalikan sesi berkaitan Majlis penutupan Bengkel WSEP
sumber air dan udara yang bersih dijalankan turut dihadiri Puan Azlina binti
(matlamat 1) serta flora dan fauna yang Ahmad. Beliau telah diiringi oleh Ketua
berbahaya (matlamat 2). Di samping 5 Unit Kokurikulum, Encik Tan Beng Siang
matlamat tersebut, Tuan Riyan Prompasit untuk melawat pameran yang disediakan
telah memberi pendedahan mengenai oleh setiap kumpulan sebelum majlis
Scouts go Solar, dan Tuan Shaqim telah tersebut. Puan Azlina berasa amat kagum
memberi pendedahan mengenai Scouts of kerana peserta bengkel dapat menguasai
the World Award. ilmu yang disampaikan oleh jurulatih
pengakap dalam masa yang singkat.
Menurut Puan Azlina binti Ahmad, Kesemua 36 orang peserta telah tamat
Timbalan Pengarah iPGKRM, bengkel ini bengkel dengan jayanya dan diberi sijil
merupakan salah satu aktiviti pengakap penyertaan bengkel ini. Kembalinya
yang bermakna dan berharga dimana ahli- mereka ke kampus masing-masing,
ahli Pengakap diajar untuk menjaga alam mereka dikehendaki merancang projek
sekitar kita. “Peserta juga boleh WSEP mereka bagi mendapatkan lencana
mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam WSEP.
pengajaran di sekolah untuk melatih anak
murid mereka supaya bertanggungjawab 39
terhadap alam sekitar kita.” Pesuruhjaya
Program Negara, Tuan Haji Zulkifli Maulud
pula memuji bengkel ini, dan menyatakan
bahawa bengkel ini menepati kehendak
PPM, di mana kita sedang berusaha
mengikut sasaran WOSM untuk lebih
prihatin terhadap alam sekitar. Beliau
berharap Pengakap di Malaysia akan lebih
peka terhadap alam sekitar, yang akan
EDISI 2/2019
membantu terhadap pencapaian Matlamat
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta ketika aktiviti
mengukur kebersihan air
Para peserta ketika
perbincangan kumpulan
EDISI 2/2019 Para peserta menunjukkan
hasil yang dicipta waktu
sesi Scouts go Solar
40
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta sedang memberi perhatian kepada taklimat yang disampaikan penceramah
jemputan dari WOSM, Encik Alhassan Soltan
BENGKEL SCOUTS FOR SDGS KEBANGSAAN 2019
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
Ibu Pejabat PPM, 10 November; SUDUT INFORMASI
Mohamad Afiq Syahmi B Abd Manap dan Matlamat Pembangunan Lestari atau
Mohamad Shahrulnizam B Suhairi dari Mampan (SDGs) merupakan 17
KLM 22, IPG Kampus Ipoh telah mewakili matlamat yang dilancarkan oleh
negeri PPM KLM untuk menyertai Bengkel Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN)
Scouts for SDGs Kebangsaan 2019 di Ibu untuk menjadikan dunia ini lebih baik
Pejabat Persekutuan Pengakap. Bengkel menjelang 2030.
ini bertujuan memberi pendedahan kepada
belia pengakap di Malaysia mengenai WOSM telah melancarkan kerangka
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Better World Framework (BWF) sebagai
serta kerangka Better World Framework. inisiatif kepengakapan dalam mencapai
SDGs ini. Antara inisiatif yang
Dua orang pegawai dari WOSM turut hadir dilaksanakan bawah BWF termasuklah
sebagai penceramah jemputan untuk SWA, WSEP, MOP dan Scouts Go Solar.
menerangkan mengenai BWF, kompetensi
utama SDGs serta Landasan Scout
Donation Platform di mana dana boleh
didapati untuk menjalankan projek.
EDISI 2/2019 41
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Sesi berkaitan kerangka ‘Better World Bengkel ini turut dihadiri Timbalan Ketua
Framework’ yang disampaikan penceramah Pesuruhjaya Pengakap Negara, Haji
jemputan dari WOSM, Encik Alhassan Soltan Nasaruddin bin Haji Shamsuddin; dan
Pesuruhjaya Antarabangsa, Dr. Haji
Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani.
Menurut Haji Nasaruddin, para peserta
yang telah mendapat pendedahan melalui
bengkel ini akan menjadi peneraju serta
duta SDGs di negeri masing-masing dan
beliau berharap ilmu yang diperolehi akan
dikongsi Bersama sehingga ke peringkat
akar umbi.
SUDUT INFORMASI
Berikut merupakan tujuh belas Matlamat Mohamad Afiq (kanan belakang) dan Mohamad
Pembangunan Lestari yang dipersetujui Shahrulnizam (kanan depan) semasa latihan
kesemua ahli Persatuan Bangsa-bangsa dalam kumpulan
Bersatu (UN) termasuk Malaysia, semasa
pelancaran Agenda untuk Pembangunan
Lestari UN 2030 pada tahun 2015.
EDISI 2/2019 Mohamad Afiq (kiri) semasa perbincangan
berkaitan inisiatif ‘Messengers of Peace’.
42
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Stesen pengenalan kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) di IPSDG
ISKANDAR PUTERI
SDGS INTERNATIONAL CAMP 2019
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
Iskandar Puteri, 21-27 November; Seramai 25 ahli pengakap PPM KLM telah membantu
sebagai petugas di Perkhemahan Antarabangsa Iskandar Puteri Sustainable Development
Goals International Camp (IPSDG). Ahli-ahli yang membantu termasuklah dari KLM 07, IPG
Kampus Perempuan Melayu Melaka; KLM 10, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa; KLM 14,
IPG Kampus Raja Melewar; KLM 22, IPG Kampus Ipoh; KLM 23. IPG Kampus Pendidikan
Islam; dan KLM 29, IPG Kampus Batu Lintang. Ahli-ahli PPM KLM telah membantu
melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), kerangka Betterworld Framework serta Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Para peserta terdiri daripada pengakap kanak-kanak, muda dan
remaja dari Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. Peserta antarabangsa pula merupakan
Pengakap Kelana dari Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan India.
(Laporan penuh di muka surat 49)
EDISI 2/2019 43
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Para peserta pertandingan boling Piala KLM
PROGRAM APRESIASI PPM KLM 2.0 2019
Oleh: Khairudin bin Saidin
Bukit Mertajam, 28 Disember; Program Apresiasi PPM KLM 2.0 telah diadakan untuk
meraikan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Pesuruhjaya Zon Pengakap PPM KLM yang telah
bersara dan juga yang akan bersara pada awal tahun 2020. Turut sama hadir ialah mantan
Akela, Tn Hj. Muhammad Kamar dan Tn Hj Radzi Johari, mantan Pengerusi Zon Utara Tn Hj
Wan Kamaruddin, mantan Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Latihan, Hj Ariffin dan Pak Pie.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan boling Piala KLM, jamuan makan,
karoeke dan sambutan majlis persaraan. Yang diraikan pada malam tersebut ialah mantan
AMT, Tn Hj. Ab Rahim Abdullah, Tn Hj Yusuf, Pen. Pesuruhjaya Negeri Unit Data Dan
Pendaftaran, Tn Hj Hamdan Medan Ab Manaf dan Pengerusi Zon Selatan, Tuan Kamarul
Ibrahim.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLM, Ybhg. Encik Zainal Ariff bin Mat, telah
mengucapkan tahniah kepada Zon Utara dan tuan rumah IPGK Tuanku Bainun atas
kejayaan menganjurkan Program Apresiasi Kepemimpinan PPM KLM 2.0 dgn baik. Beliau
juga berharap Program Apresiasi Kepemimpinan PPM KLM 3.0 pada tahun depan (2020)
akan dianjurkan oleh KLM Zon Selatan pula dan mengingatkan Pesuruhjaya Zon Selatan
untuk membuat persediaan awal dari segi tarikh, tempat dan pengisian program.
EDISI 2/2019 44
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Mantan KPPNg, Tuan Haji Mohd. Radzi bin Johari sedang menyampaikan hadiah dan
cenderamata kepada para penerima.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
PPM KLM, Dr Ali Ahmad bin Seman sedang
memberikan hadiah penghargaan kepada
mantan KPPNg, Tuan Haji Mohd. Radzi bin
Johari
Para peserta Program Apresiasi PPM KLM 2.0 2019
EDISI 2/2019 45
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
PPM KLM DI PENTAS
ANTARABANGSA
“Giving responsibility is the key to success with
boys, especially with the rowdiest and most difficult
boys.”
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Pengasas Kepengakapan Sedunia
Laman web rasmi: http://mpklm.com.my/
EDISI 2/2019 46
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Sebilangan peserta forum dari negara Malaysia, Brunei, Myanmar,
Singapura dan Taiwan.
ASEAN SCOUT YOUTH FORUM, SINGAPURA
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
Bishan Community Centre Singapore, 13-15 September; Persekutuan Pengakap
Malaysia (PPM) telah menghantar 6 orang ahli Pengakap untuk mewakili PPM ke Asean
Scout Youth Forum, Singapura. Salah seorang ahli yang mewakili PPM ialah Theodorus
Clarence Tessensohn dari negeri PPM KLM, daerah KLM 10, IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa. Forum tiga hari dua malam tersebut bertemakan ‘Young People and
Community Involvement’ dan pelbagai aktiviti berasaskan tema tersebut telah
dijalankan.
Forum anjuran Pertubuhan Pengakap ASEAN untuk Kerjasama Serantau (ASARC) ini
telah mendapat penyertaan dari 9 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei,
Thailand, Vietnam, Myanmar, Philippines, Taiwan dan tuan rumah, Singapura. Antara
aktiviti yang dijalankan termasuklah bengkel latihan kerusi roda, perbincangan
mengenai SDGs, kerangka Better World Framework serta khidmat masyarakat bersama
warga emas.
EDISI 2/2019 47
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
INFORMASI GAMBAR 48
Atas kiri dan kanan: Sesi khidmat masyarakat
bersama warga emas.
Tengah kiri: Sesi perbincangan kumpulan
Tengah kanan: Sesi pembelajaran mengenai
SDGs
Bawah kanan: Kontinjen PPM bersama Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara Singapura, Tuan
Antong S Rahmat
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Tan Lit Voon (kanan) dan Ting Sing Leong (satu dari kanan) dari KLM 14,
IPGK Raja Melewar di stesen Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).
ISKANDAR PUTERI SDGS INTERNATIONAL
CAMP 2019
Oleh: Nurul Syazwani binti Zikri
Iskandar Puteri, 21-27 November; Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah
menganjurkan Kem Sustainable Development Goals (SDG) peringkat antarabangsa di
EduCity, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Kem yang berlangsung sehingga 26
November 2019 ini disertai seramai 350 pelajar dari sekolah rendah dan sekolah
menengah dari seluruh Malaysia termasuklah beberapa orang wakil daripada organisasi
pengakap negara India, Taiwan, Hong Kong dan Indonesia. Kem ini juga dibantu oleh
para sukarelawan daripada pengakap kelana dan pemimpin pengakap dari seluruh
Malaysia bagi melancarkan program seperti yang dirancang.
Tujuan kem ini adalah untuk mewujudkan rangkaian perhubungan, persahabatan dan
persaudaraan di semua peringkat samada di dalam negeri Johor sendiri sehinggalah ke
peringkat Negara-negara Rantau Asia-Pasifik. Program ini juga berhasrat untuk
membentuk masyarakat minda kelas pertama terutama sekali di bawah rangka program
“Better World Framework” dan pendedahan kepada inisiatif perkembangan Revolusi
Industri Ke-4 Negara. Pada masa yang sama, program ini bertujuan untuk memberikan
pengalaman kepada semua peserta di pelbagai peringkat dalam mengenalpasti cabaran
EDISI 2/2019 49
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
dunia masa kini dan membangunkan kemahiran dan motivasi mereka bagi
menghadapinya, bukan sahaja dalam komuniti mereka malah di persada dunia.
Secara kesimpulannya, kem ini dapat meningkatkan pelbagai kemahiran para peserta
dalam pelbagai perkara dan juga dapat memberi kesedaran terhadap para peserta
tentang betapa pentingnya kerjasama dalam mencapai 17 SDG ini bagi melahirkan
sebuah dunia yang sejahtera. Mereka juga sedar betapa pentingnya usaha-usaha yang
berterusan supaya dapat memastikan matlamat pembangunan lestari tercapai.
Walaupun kem ini merupakan kali pertama yang dianjurkan, namun objektifnya
tercapai.
Para petugas dari PPM KLM dari KLM 07, KLM 14,
KLM 22, KLM 23, dan KLM 29
Ong Jinq Xian (kiri) dari KLM 22, IPGK Ipoh
sedang mengetuai perbincangan kumpulan
Petugas dari KLM 10 (skarf oren) sedang Para petugas PPM KLM mengetuai
berbincang dengan para peserta senamrobik pagi
EDISI 2/2019 50