JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
“Perkhemahan Iskandar Puteri Sustainable Development Goals
(SDG) Camp merupakan program yang pertama kalinya diadakan
oleh Persekutuan Pengakap Malaysia bagi memberi pendedahan
mengenai 17 SDGs. Melalui program ini, kami telah memberi
pendedahan dan penerangan mengenai 17 SDGs kepada
masyarakat yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah rendah
dan menengah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di
stesen-stesen SDG. Sebagai contoh, stesen enam iaitu Clean Water and
Sanitation. Di stesen ini, kami menyediakan satu permainan iaitu pelajar harus memasukkan air
ke dalam botol menggunakan tapak tangan. Daripada permainan tersebut, pelajar menyedari
bahawa banyak air telah dibazirkan. Selepas itu, kami pula memberi penerangan bagaimana
proses untuk menghasilkan air yang bersih yang digunakan oleh kita semua. Dari situ, pelajar
mempelajari bahawa mereka tidak harus sewenang-wenangnya membazir air dan mencemarkan
air semulajadi kita.
Selain itu, program ini juga banyak memberi pengalaman dan pengajaran yang bermakna
kepada saya. Antaranya, pengurusan yang cekap dan professional. Pengurusan yang cekap dan
strategik mampu membentuk dan menggerakkan sesebuah organisasi dalam melaksanakan
tugasan dengan lancar. Bukan itu sahaja, kerjasama antara semua pihak juga amat diperlukan
bagi menjayakan sebuah program. Sepanjang program ini berlangsung, kami sentiasa bersama-
sama dalam menggerakkan tugas dan arahan yang telah diberikan. Jika terdapat beberapa
masalah yang timbul, kami akan segera berbincang dan menyelesaikannya dengan tenang dan
mencapai kata permuafakatan. Melalui program ini juga, saya memperoleh ramai rakan baharu
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Rakan-rakan sentiasa memberi
pendapat yang bernas dan tidak lokek berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing
sepanjang menyertai program-program pengakap. Akhir sekali, saya berharap agar program
seperti ini diteruskan lagi bagi mencapai matlamat pembangunan mampan secara lebih meluas.”
Nur Amielia Nabila Binti Sumun
KLM 07, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
EDISI 2/2019 51
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
“Melalui program ini, saya memperolehi banyak manfaat
yang berguna dan kelemahan yang perlu saya atasi.
Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara untuk
menguruskan para peserta yang ramai pada masa yang
sama. Sememangnya, mereka sangat sukakan aktiviti
yang lebih kepada pergerakan. Oleh itu, saya
menyediakan aktiviti yang memerlukan mereka untuk
bergerak dengan aktif disamping berfikir secara kritis. Aktiviti
ini juga membantu mereka untuk memupuk semangat kerjasama
dalam ahli kumpulan mereka yang terdiri daripada pelajar dan murid daripada pelbagai sekolah
rendah dan menengah. Aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam diri pelajar
terutamanya pelajar yang berumur lebih tua.
Selain itu, disebabkan oleh bilangan peserta yang ramai, para petugas perlu bekerjasama antara
satu sama lain bagi menjayakan program ini. Contohnya di tapak Messengers of Peace, peserta
yang berkumpul di sana sangat ramai. Oleh itu saya dan petugas yang lain turut membantu
untuk menguruskan tapak tersebut secara bergilir-gilir. Walaupun ada dalam kalangan petugas
itu yang saya tidak kenali namun kami dapat berkomunikasi dengan baik untuk menyatakan
idea dan kritikan yang membina termasuklah daripada kontinjen-kontinjen negara lain yang
turut membantu kami.
Di samping itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris saya. Oleh sebab
terdapat peserta dari negara lain, dan juga peserta Malaysia yang kurang faham arahan dalam
bahasa Melayu, saya menggunakan bahasa Inggeris untuk menyampaikan arahan dan maklumat
kepada mereka. Secara tidak langsung, saya dapat mempertajamkan kemahiran berbahasa
Inggeris saya. Selain Bahasa Inggeris, saya juga berpeluang meningkatkan kemahiran
berbahasa Hindi, Cina, Tamil dan juga bahasa Melayu sendiri. Hal ini amat membantu saya
dalam meningkatkan keyakinan diri saya dalam berkomunikasi.
Tambahan lagi, saya juga dapat mempelajari banyak perkara yang dapat menyelamatkan alam
sekitar kita seperti cara untuk membina dapur solar, memasak menggunakan dapur solar dan
sebagainya. Saya juga dapat mengetahui bahawa pentingnya tenaga solar ini kepada kita
kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan api fossil yang makin berkurangan dan
banyak mengundang pencemaran kepada alam sekitar terutamanya dalam pencemaran udara.
EDISI 2/2019 52
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Perkara ini amat penting kerana punca utama pemanasan global adalah daripada pencemaran
udara itu sendiri.
Dengan melihat para peserta melakukan aktiviti, saya sedar bahawa mereka amat seronok
apabila kami, para sukarelawan turun padang melakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka.
Contohnya, ketika sesi persegaran, para peserta amat seronok melakukan senarobik bersama-
sama dengan kami dan juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para kontinjen negara lain.
Disebabkan oleh ini juga, kami sama-sama berasa seronok dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan kami dengan para peserta.
Kesimpulannya, program ini banyak mengajar saya nilai-nilai dan pengetahuan yang penting
dalam kehidupan. Melalui program ini juga menjadi satu pengalaman bagi saya yang dapat
membuka mata dan minda saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan memahami dunia
kanak-kanak dan remaja yang akan banyak membantu saya dalam kerjaya saya sebagai
seorang guru kelak.
Nurul Syazwani binti Zikri
KLM 23, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
EDISI 2/2019 53
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
KLM TETAP UNGGUL!
“Try and leave this world a little better than
you found it, and when your turn comes to
die, you can die happy in feeling that at any
rate, you have not wasted your time but
have done your best.”
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell
Pengasas Kepengakapan Sedunia
Laman web rasmi: http://mpklm.com.my/
KAGUM 2019!!!
EDISI 2/2019 54
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
LARIAN KOMANDO
NAIB JOHAN
ORIENTEERING
TEMPAT KEEMPAT
REKA CIPTA BAHAN TERBUANG
TEMPAT KETIGA
KAWAD KAKI
TEMPAT KELIMA
EDISI 2/2019 55
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
MALAM
PERSEMBAHAN
JOHAN
PERMAINAN
TRADISIONAL
JOHAN
ROSLI BIN PITRI 56
ANUGERAH PESERTA
TERBAIK
EDISI 2/2019
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
BOOTH MOP DI
KAGUM UB IPGM
EDISI 2/2019 57
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
AKELA MENERIMA ANUGERAH PINGAT DATO’
SAGOR (PERAK)
Oleh: Theodorus Clarence Tessensohn
Bangunan Perak Darul Ridzuan, 4 Mei; SUDUT INFORMASI
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM
KLM, YBhg. Tuan Zainal Ariff bin Mat telah Pingat Dato’ Sagor (Perak) HANYA
disenaraikan sebagai salah seorang BOLEH DIANUGERAHKAN kepada
penerima anugerah Pingat Dato’ Sagor TIDAK LEBIH DARI 25 penerima
(Perak) semasa Majlis Penganugerahan untuk setiap tahun. Pingat ini boleh
Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja dianugerahkan kepada Pesuruhjaya,
PPM Perak. Majlis telah diadakan di Dewan Pemimpin dan Pengakap Kelana PPM
Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Perak. Walaubagaimanapun, Pengakap
Kelana dan pemimpin negeri lain atau
warganegara asing yang telah berjasa
dan mengharumkan nama PPM Negeri
Perak juga boleh dianugerahkan.
EDISI 2/2019 58
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
S: Apakah Pingat Dato' Sagor (Perak) dan TEMU RAMAH
bagaimana Tuan mendapatnya? BERSAMA
J: Pingat Dato’ Sagor merupakan pingat yang TUAN AKELA
dikeluarkan oleh PPM Negeri Perak. Pingat
Dato’ Sagor dianugerahkan kepada mereka
yang banyak memberikan sumbangan
dalam menggerak dan memajukan
pergerakan pengakap seluruh Malaysia,
khususnya sokongan kepada PPM Negeri
Perak.
S: Apakah perasaan Tuan setelah
mendapat anugerah ini?
J: Sememangnya, saya rasa sangat teruja
sebab kebetulan saya memang keturunan
Dato' Sagor.
S: Apakah matlamat Tuan selepas
mendapat anugerah ini?
J: Saya masih akan terus menyokong dan
memberikan sumbangan secara ikhlas dan
tanpa rasa jemu kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia, khususnya kepada PPM
KLM.
S: Kepada orang yang ingin mencapai
kecemerlangan dalam Pengakap
seperti Tuan, apakah mesej Tuan
kepada mereka?
J: Teruskan memberi sumbangan dalam
memajukan pergerakan pengakap tanpa
rasa jemu dan tanamkan rasa keseronokan
setiap kali berpeluang mengikuti sebarang
aktiviti kepengakapan. Sekali berpengakap
terus-terusan berpengakap.
Sumber: Edwin Lam,
Media Rasmi PPM
EDISI 2/2019 59
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
EDISI 2/2019 60
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
EDISI 2/2019 61
JK PROFIL KEPENGAKAPAN PPM KLM EDISI 2/2019
Sekian, terima kasih~
Jumpa lagi tahun depan~
EDISI 2/2019 62