f 1
PENAFIAN Garis Panduan ini dibangunkan oleh Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Unit Kaunseling Staf, Seksyen Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia untuk menjadi panduan umum dalam mengendalikan perkhidmatan pengurusan psikologi untuk kepentingan pelajar dan staf. Garis Panduan ini disusun oleh Pegawai Psikologi UTM dan merupakan garis panduan pernyataan yang umum daripada polisi dan prosedur yang dibina. Tidak diizinkan untuk mengubah, membuat sebarang pengubahsuaian, merakam, meminda, menyalin, menyebarluaskan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terlebih dahulu. Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas segala akibat, kesan dan risiko yang timbul daripada penggunaan Garis Panduan ini tanpa bimbingan dan kebenaran daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM. Universiti Teknologi Malaysia 2024 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 2
PRAKATA Garis Panduan Pengurusan Psikologi ini merupakan kompilasi percambahan minda, amalan dan proses kerja perkhidmatan Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM, Unit Kaunseling Staf, Seksyen Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan PTJ berkaitan. Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM juga ingin memberikan penghargaan kepada Pusat Kesihatan, Hal Ehwal Pelajar, Seksyen Keselamatan atau Bahagian Keselamatan, Pusat Islam, pihak kolej kediaman, pihak fakulti, Unit Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHE) dan jabatan di UTM yang saling bekerjasama dan menyumbang tenaga di dalam amalan dan aplikasi perkhidmatan Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM. Pihak Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM juga mengharapkan agar informasi di dalam garis panduan ini digunakan secara meluas oleh pihak fakulti dan jabatan apabila berkaitan dengan pengurusan kesihatan mental. Garis panduan ini merupakan dedikasi bagi membimbing pelajar dan staf UTM yang sedang berjuang mengalami kesakitan emosi dan simptom kecelaruan mental. Semoga anda sentiasa berjuang tanpa putus asa untuk memenangi dan sembuh sepanjang kehidupan ini. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 3
KANDUNGAN Bil. Tajuk Mukasurat 1. Prakata 3 2. Seksyen 1: Pengenalan 6 3. Seksyen 2: Keterangan Pelaksanaan Garis Panduan 9 4. Seksyen 3: Tadbir Urus 5. Seksyen 4 : Dokumen Sokongan 4.1 Carta Alir Bersepadu / Carta Alir Berkaitan 13 6. 4.1.1 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Pelajar Secara Walk-In/Temujanji/Sukarela/Rujukan 14 7. 4.1.2 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Pelajar (Tahap Risiko Sederhana/Kritikal) 16 8. 4.1.3 Carta Alir Pengurusan Aduan Kes Psikologi Pelajar Oleh Bahagian/Seksyen Keselamatan UTM 19 9. 4.1.4 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Di Kolej Kediaman Pelajar 21 10. 4.1.5 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Pelajar Di Kediaman Luar Kampus UTM 23 11. 4.1.6 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Pelajar Di Fakulti 24 12. 4.1.7 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Pelajar Di Pusat Kesihatan Universiti UTM 30 13. 4.1.8 Carta Alir Pengurusan Kes Spiritual Pelajar Oleh Pusat Islam UTM 32 14. 4.1.9 Carta Alir Pengurusan Kes Histeria Oleh Pusat Islam UTM 33 15. 4.1.10 Carta Alir Pengurusan Kes Kecemasan Psikologi Pelajar Antarabangsa Di Kolej Kediaman UTM 35 16. 4.1.11 Carta Alir Pengurusan Pemantauan Kes Kecemasan Pelajar Berkecelaruan Mental Di Kolej Kediaman Pelajar UTM 37 17. 4.1.12 Carta Alir Pengurusan Penghantaran Pulang Pelajar Tempatan Berisiko Tinggi (Kesihatan Mental) 39 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 4
18. 4.1.13 Carta Alir Pengurusan Perkhidmatan Bantuan Sokongan Psikologi Pelajar Di Atas Talian 41 19. 4.1.14 Carta Alir Pengurusan Psikologi Staf Secara Walk In/Temujanji/Sukarela/Rujukan 43 20. 4.1.15 Carta Alir Proses Kerja Pengurusan Kes Psikologi Staf Secara Walk In/Temujanji/Sukarela/Rujukan (Kes Ulangan Selepas Tamat Kes Pertama) 46 21. 4.1.16 Carta Alir Pengurusan Psikologi Staf Oleh Pusat Tanggungjawab (PTJj) Atau Fakulti 49 22. 4.1.17 Carta Alir Pengurusan Psikologi Staf Oleh Bahagian Keselamatan/ Seksyen Keselamatan 50 23. 4.1.18 Carta Alir Pengurusan Kes Psikologi Staf Oleh Pusat Kesihatan Universiti 53 24. 4.1.19 Carta Alir Pengurusan Perkhidmatan Bantuan Sokongan Psikologi Staf Di Atas Talian 55 25. 4.2 Borang Berkaitan 57 26. Seksyen 5 : Dokumen Rujukan 58 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 5
Diterbitkan Oleh: 1. Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia 2. Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur 3. Unit Kaunseling Staf, Seksyen Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia @ Hak Cipta Universiti Teknologi Malaysia 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar atau mencetak semula mana-mana bahagian daripada terbitan ini, sama ada untuk disimpan bagi pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia terlebih dahulu. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 6
Nama Garis Panduan : Garis Panduan Pengurusan Psikologi Universiti Teknologi Malaysia Nombor Garis Panduan : Diluluskan Oleh : Tarikh Kuat kuasa : Pautan Rasmi : SEKSYEN 1 : PENGENALAN 1.1 TUJUAN 1.1.1 Untuk memastikan proses kerja pengurusan psikologi dikendalikan secara seragam. 1.1.2 Untuk memastikan kaedah pengurusan psikologi adalah pada tahap yang terbaik, efektif dan efisien. 1.1.3 Sebagai langkah memastikan tahap kerahsiaan kes adalah pada tahap yang tertinggi. 1.2 SKOP 1.2.1 Garis panduan ini terpakai kepada semua staf Universiti Teknologi Malaysia bertaraf tetap, sementara dan kontrak lantikan Universiti dan lantikan Tabung. 1.2.2 Garis panduan ini terpakai kepada semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia. 1.3 POLISI / PROSEDUR BERKAITAN 1.3.1 Polisi Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Universiti Teknologi Malaysia 1.3.2 Psychiatric And Mental Health Services Operational Policy, Ministry of Health Malaysia UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 7
1.4 DEFINISI Istilah/Singkatan Umum Definisi/Penerangan Pelajar UTM Pelajar berdaftar di UTM PTJ Pusat Tanggungjawab UTMI Universiti Teknologi Malaysia International MPF Mesyuarat Pengurusan Fakulti PKU Pusat Kesihatan Universiti PPsi Pegawai Psikologi DASS Depression Anxiety Stress Scale PRID Perawat Rawatan Islam Darussyifa MSE Mental State Examination APM Angkatan Pertahanan Awam Malaysia PDRM Polis Diraja Malaysia PSM Pegawai Sumber Manusia PPPK Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling SPPK Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Istilah/Singkatan Khusus Definisi/Penerangan Rujukan Kes Pelajar atau staf yang dikenalpasti oleh pihak PTJ atau Fakulti sebagai mempunyai isu tertentu sehingga menjejaskan pencapaian akademik atau prestasi kerja mereka atau menimbulkan masalah kepada tempat pengajian atau tempat kerja. Mereka ini dirujuk kepada Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling atau Unit Kaunseling Staf, Seksyen Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UTM untuk dibantu menerusi sesi bimbingan/kaunseling/ konsultasi. Laporan Kes Dokumen dan rekod bertulis mengenai segala transaksi yang berlaku dari segi pemikiran, gaya pertuturan, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 8
penampilan diri, ekspresi wajah, komunikasi, perasaan dan tingkah laku klien sepanjang proses kaunseling dijalankan sama ada sekali atau beberapa kali. Meliputi dapatan hasil alat pengujian psikologi dan/atau alatan terapi lain yang ditadbir kepada klien. Agresif Tingkah laku yang bertujuan mencederakan orang lain secara fizikal atau psikologi dan berbeza daripada kemarahan. Simptom Normal (Sihat/ Kesihatan mental positif/ kemekaran) (Flourishing) Perubahan mood yang normal, pola tidur yang normal, sihat fizikal, bertenaga, prestasi yang konsisten, bersosial. Simptom Sederhana (Bertindak balas /Terganggu /Kesihatan mental lemah) (Struggling/Languishi ng) Gementar, kebimbangan, mudah marah, sedih, kesukaran untuk tidur, kurang bertenaga, ketegangan otot, sakit kepala dan letih. Simptom Kritikal (Sakit/ Menderita/ mengalami penyakit mental) (Floundering) Kebimbangan melampau, putus harapan, kesedihan yang melampau, mudah berang, mood kemurungan, sukar untuk tidur, gelisah, terlalu letih, penyakit fizikal, tidak mampu melaksanakan tugas, prestasi merosot, ketidakhadiran, pengasingan dan mengelak majlis-majlis sosial. 1.5 KONTEKS PERUNDANGAN Nama Dokumen Klausa Rujukan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Dan Peraturan-Peraturan Seksyen 22(1) (a) Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia) Perkara A.11.d. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 9
Akta Kesihatan Mental, 2001 Seksyen 8 - 11 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15(1) Akta 30, AUKU 1971 Seksyen 15D Kesalahan Tatatertib Am Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 75,211,234 Akta 234, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) Seksyen 28 Akta 521 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 Seksyen 18 Akta A1538, Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) Seksyen 2 Akta Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 Bahagian 2 Tatalaku Seksyen 3,6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam No. 5. Peranan Ketua Jabatan SEKSYEN 2 : KETERANGAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini disediakan bagi tujuan rujukan kepada warga Universiti Teknologi Malaysia bagi melaksanakan pengurusan psikologi yang komprehensif, pantas, dan berkesan. Ini adalah untuk memberi sokongan kesejahteraan yang positif terhadap pelajar. Oleh itu, garis panduan ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengendalikan kes kesihatan mental dengan lebih efisien dan mengambil kira kebajikan pelajar dan staf UTM. Selain daripada itu, objektif yang turut diambil berat untuk dicapai menerusi garis panduan ini ialah: 2.1 Pelaksanaan intervensi menerusi aspek pertumbuhan, perkembangan dan pencegahan. intervensi psikososial, rohani dan pemulihan untuk pelajar dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 10
staf UTM secara pendidikan berterusan, sokongan dan program atau aktiviti terutama bagi membantu pelajar dan staf yang berisiko. 2.2 Pendekatan komprehensif menerusi persekitaran yang sihat dan sejahtera dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelajar dan staf UTM dan juga amalan akademik yang boleh mempengaruhi interaksi dan jaringan kerjasama berkaitan isu kesihatan mental. 2.3 Peningkatan kesedaran warga UTM terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam menjalani kehidupan yang sihat fizikal, minda dan jiwa. SEKSYEN 3 : TADBIR URUS 3.1 PEMILIK GARIS PANDUAN DAN PENGURUS DOKUMEN POLISI Pemilik Garis Panduan Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia Pengurus Dokumen Garis Panduan PTJ Ketua Unit Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia Pengurus Dokumen Garis Panduan Ketua Seksyen Governan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 11
3.2 TANGGUNGJAWAB Pemilik Garis Panduan 1. Pemilik Garis Panduan bertanggungjawab kepada pindaan Garis Panduan serta mendapatkan perakuan daripada JKTDEU seterusnya kelulusan daripada JKDEU. 2. Pemilik Garis Panduan bertanggungjawab untuk memastikan Garis Panduan yang berkaitan didaftarkan dalam Daftar Polisi UTM. 3. Pemilik Garis Panduan bertanggungjawab untuk memastikan Garis Panduan yang berkaitan dihebahkan kepada warga Universiti. 4. Pemilik Garis Panduan bertanggungjawab kepada semakan Garis Panduan dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan. Pengurus Dokumen Polisi PTJ 1. Bertanggungjawab kepada semua penyimpanan, perekodan dan pengemaskinian Garis Panduan di peringkat PTJ. 2. Bertanggungjawab memantau dan memastikan pelaksanaan Garis Panduan pada peringkat PTJ. Pengurus Dokumen Polisi 1. Bertanggungjawab kepada semua penyimpanan, perekodan dan pengemaskinian Garis Panduan. 2. Bertanggungjawab memastikan semua Garis Panduan yang diluluskan oleh Universiti diwartakan oleh Pendaftar atau mana-mana jabatan yang berkaitan. 3. Bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada JKDEU. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 12
3.3 KAEDAH PEMANTAUAN DAN HEBAHAN Pemantauan dan Penambahbaikan (CQI) 1. Semua Garis Panduan Universiti hendaklah disemak setiap tahun untuk memastikan Garis Panduan tersebut masih relevan. 2. Sebarang pihak boleh mencadangkan pindaan Garis Panduan dengan cara memaklumkan kepada Pemilik Garis Panduan. Sebarang pindaan hendaklah merujuk perkara Garis Panduan Tadbir Urus Dokumen Polisi. 3. Pemilik Garis Panduan hendaklah memaklumkan kepada Pengurus Dokumen Polisi apabila berlaku sebarang pindaan kepada Garis Panduan. Penyiaran / Hebahan Garis Panduan 1. Polisi yang telah diluluskan oleh Senat/JPU akan didaftarkan dalam Daftar Polisi UTM oleh Pengurus Dokumen Polisi dan diwartakan oleh Pendaftar melalui Pekeliling Universiti. 2. Pemilik Garis Panduan hendaklah membuat hebahan Garis Panduan yang telah dilulus dan diwartakan untuk pelaksanaan polisi yang efektif. 3. Garis Panduan mestilah disimpan secara teratur mengikut kluster di dalam Daftar Polisi UTM. 4. Garis Panduan boleh diakses oleh warga Universiti. 3.4 KAWALAN VERSI DAN KRONOLOGI PERUBAHAN No Versi Tarikh Diluluskan Diluluskan oleh Pindaan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 13
SEKSYEN 4 : DOKUMEN SOKONGAN 4.1 CARTA ALIR BERSEPADU / CARTA ALIR BERKAITAN 4.1.1 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI PELAJAR SECARA WALK-IN/TEMUJANJI/SUKARELA/RUJUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 14
4.1.1.1 Pegawai Psikologi menyelaras pendaftaran klien secara atas talian. Pegawai Psikologi membuka fail SULIT klien. Pegawai Psikologi menyelaras pengisian borang data diri klien dan Kontrak Perakuan Termaklum dan Pelepasan Liabiliti Klien. 4.1.1.2 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi kaunseling selama 45 minit (masa minima). Pegawai Psikologi menyemak sama ada klien yang hadir adalah klien walk in, rujukan atau temujanji. 4.1.1.3 Pegawai Psikologi mentadbir penilaian saringan terhadap klien iaitu Penilaian Status Mental/Mental State Examination(MSE) dan pengujian psikologi atau konsultasi mengikut keperluan kes. Pegawai Psikologi menentukan tahap risiko klien sama ada klien normal, sederhana atau kritikal. 4.1.1.4 Sekiranya klien berada di tahap normal, klien akan menjalani program intervensi kelompok yang akan dikendalikan oleh Pegawai Psikologi mengikut keperluan. Pemakluman juga dilakukan kepada PTJ/Fakulti dan Penasihat Akademik bagi kerjasama pelaksanaan penyertaan klien dalam program intervensi tersebut. Sekiranya klien berada di tahap sederhana atau kritikal, Carta Alir 4.1.2 adalah dirujuk. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 15
4.1.2 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI PELAJAR (TAHAP RISIKO SEDERHANA/KRITIKAL) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 16
4.1.2.1 Pegawai Psikologi melaksanakan rujukan ke Pusat Kesihatan Universiti. Pegawai Perubatan melaksanakan saringan bagi menentukan sama ada kes dirujuk Hospital atau dipantau oleh Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM. Sekiranya kes adalah di tahap risiko sederhana, klien akan dirujuk semula ke Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk sesi pemantauan. Sekiranya kes adalah di tahap risiko kritikal, klien dirujuk ke Hospital dan diiringi oleh Pegawai Psikologi/Felo/ Pegawai PTJ klien dan seorang staf Bahagian/ Seksyen Keselamatan. 4.1.2.2 Sekiranya kes di tahap risiko sederhana dan tidak dirujuk oleh PKU ke Hospital, sesi pemantauan klien dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (seminggu sekali atau dua minggu sekali) bergantung kepada keperluan kes klien. 4.1.2.3 Melaksanakan pelaporan kes kepada PTJ/fakulti jika perlu mengikut penilaian Pegawai Psikologi. 4.1.2.4 Pegawai Psikologi melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Psikologi bagi kes kritikal. 4.1.2.5 Pegawai Psikologi / Pegawai Perubatan / Pengetua / Pegawai UTM melaksanakan penyerahan pelajar kepada keluarga melalui Borang Pemakluman kepada Waris/Penjaga bagi penjagaan 24 jam sepanjang berada di rumah oleh keluarga terdekat. Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA melaksanakan pengurusan penghantaran pelajar ke rumah ibu bapa sekiranya ibu bapa tidak memberi maklum balas mengambil klien pulang bagi penjagaan keluarga di rumah. Bahagian / Seksyen Keselamatan, Felo, Pusat Kesihatan Universiti mengiringi klien bagi penghantaran pulang ke rumah keluarga klien. 4.1.2.6 Ketua Jabatan/TP/PP Fakulti/PTJ melaksanakan mesyuarat bersama keluarga bagi perbincangan oleh pihak fakulti/PTJ dan sesi psikopendidikan oleh PPsi untuk persediaan keluarga menjaga klien di rumah. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 17
4.1.2.7 Pegawai Perubatan menyelaras pengeluaran memo kesihatan mental klien sama ada daripada Hospital atau Pusat Kesihatan Universiti bagi tujuan tangguh pengajian dan sebagainya oleh Fakulti. 4.1.2.8 Ketua Jabatan/TP/PP Fakulti/PTJ melaksanakan pemakluman status pengajian klien kepada Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian/ Seksyen Keselamatan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pengetua bagi tujuan pentadbiran. 4.1.2.9 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi pemantauan klien. Proses diulang semula mengikut proses kerja 4.1.2.1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 18
4.1.3 CARTA ALIR PENGURUSAN ADUAN KES PSIKOLOGI PELAJAR OLEH BAHAGIAN/SEKSYEN KESELAMATAN UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 19
4.1.3.1 Pegawai Keselamatan menerima aduan berkenaan kes kesihatan mental. 4.1.3.2 Pegawai Keselamatan mewujudkan parameter di kawasan kejadian di mana berlakunya kes kesihatan mental dan menempatkan anggota keselamatan untuk memantau dan mengawal di tempat kejadian. 4.1.3.3 Pegawai Keselamatan mengenalpasti dan menghubungi pihak berkaitan sahaja berada di lokasi iaitu Pusat /Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Wakil PTJ/Wakil Fakulti/PKU/Pusat Islam/Bomba/PDRM/APM/Hospital. 4.1.3.4 Pegawai Keselamatan mengenalpasti tahap risiko kes. 4.1.3.5 Pegawai Keselamatan mengenalpasti tahap risiko kes sama ada kritikal, sederhana atau normal. Jika kes adalah normal, kes akan dirujuk kepada Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.3.6 Jika kes adalah kritikal, pengendalian kes akan diserahkan kepada agensi berkaitan sama ada Bomba/PDRM/APM/Hospital. 4.1.3.7 Pegawai Keselamatan melaksanakan pelaporan kes. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 20
4.1.4 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 21
4.1.4.1 Pengetua/Felo/Pembantu Felo/Pengurus Asrama menerima aduan pelajar atau aduan mengenai kes kesihatan mental di kolej. 4.1.4.2 Pembantu Asrama/Pengurus Asrama mendapatkan maklumat pelajar melalui fail atau Sistem Academic Information Management System (MyAIMS) bagi mengetahui lokasi bilik pelajar. 4.1.4.3 Pengetua/Felo/Pembantu Felo/Pengurus Asrama melaporkan kes ke Bahagian/Seksyen Keselamatan untuk mendapatkan perkhidmatan staf keselamatan mengiringi Felo/Pembantu Felo bagi tujuan keselamatan semasa pemeriksaan bilik pelajar dilaksanakan. 4.1.4.4 Felo/Pembantu Felo membuat pemeriksaan pelajar di bilik diiringi oleh staf Bahagian/Seksyen Keselamatan. 4.1.4.5 Sekiranya pelajar berkelakuan agresif, pelajar dirujuk oleh Pengetua/Felo/Pengurus Asrama ke Pusat Kesihatan Universiti/Pusat Islam diiringi oleh staf Bahagian/Seksyen Keselamatan. Sekiranya pelajar berkelakuan normal, pelajar dirujuk ke Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.4.6 Sekiranya kes adalah kritikal, setelah mendapat keizinan keluarga pelajar, pelajar dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Bahagian Kecemasan, Hospital (jika berlaku di luar waktu bekerja) ATAU pelajar dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital (jika berlaku semasa waktu bekerja). 4.1.4.7 Pengetua/Felo/Pengurus Asrama menyerahkan pelajar kepada keluarga. Pihak keluarga hendaklah memahami dan menandatangani Borang Pemakluman Kepada Waris/Penjaga oleh Waris/Penjaga bagi penjagaan pelajar di rumah. 4.1.4.8 Pengetua/Felo/Pengurus Asrama menyerahkan satu salinan Borang Pemakluman Kepada Waris/Penjaga yang telah ditandatangan oleh Waris/Penjaga kepada Pusat Kesihatan Universiti, Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti, Bahagian/Seksyen Keselamatan dan Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 22
4.1.4.9 Sekiranya pelajar tidak berkelakuan agresif, pelajar dirujuk oleh Pengetua/Felo/Pengurus Asrama ke Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.4.10 Pengetua memaklumkan kes kepada Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA bagi pengurusan penghantaran ke rumah pelajar jika ibu bapa tidak mengambil pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta pemakluman kes kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 23
4.1.5 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI PELAJAR DI KEDIAMAN LUAR KAMPUS UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 24
4.1.5.1 Pengetua/Felo Luar Kampus menerima aduan pelajar mengenai kes kesihatan mental di kediaman pelajar di luar kampus. 4.1.5.2 Pengetua/Felo Luar Kampus mendapatkan maklumat pelajar melalui fail atau Sistem Academic Information Management System (MyAIMS) atau database sedia ada bagi mengetahui lokasi pelajar. 4.1.5.3 Pengetua/Felo Luar Kampus membuat pemeriksaan pelajar di bilik/rumah. 4.1.5.4 Sekiranya pelajar berkelakuan agresif, pelajar diserahkan oleh Pengetua/Felo Luar Kampus kepada Jabatan Kecemasan Hospital/PDRM mengikut situasi kes. 4.1.5.5 Pengetua/Felo Luar Kampus memaklumkan kepada keluarga pelajar. 4.1.5.6 Sekiranya kes adalah kritikal, pelajar dihantar ke hospital oleh Pengetua/Felo Luar Kampus dengan keizinan keluarga dan diberikan pemahaman dan menandatangani Borang Pemakluman Kepada Waris/Penjaga. 4.1.5.7 Pengetua/Felo Luar Kampus menghantar satu salinan Borang Pemakluman oleh Waris/Penjaga kepada Pusat Kesihatan Universiti, Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti, Bahagian/ Seksyen Keselamatan dan Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA. 4.1.5.8 Sekiranya pelajar tidak berkelakuan agresif, atau kes normal, pelajar dirujuk oleh Pengetua/Felo Luar Kampus ke Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.5.9 Pengetua memaklumkan kes kepada Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA bagi pengurusan penghantaran ke rumah pelajar jika ibu bapa tidak mengambil pelajar di UTM serta pemakluman kes kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 25
4.1.6 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI PELAJAR DI FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 26
4.1.6.1 Timbalan Dekan Akademik/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar/Pensyarah menerima aduan atau kes pelajar. 4.1.6.2 Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar memaklumkan kepada Penasihat Akademik. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 27
4.1.6.3 Penasihat Akademik membuat perjumpaan dengan pelajar untuk pemantauan asas. Sekiranya pelajar stabil, Penasihat Akademik meneruskan pemantauan asas terhadap pelajar. 4.1.6.4 Sekiranya pelajar tidak stabil, Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar akan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Fakulti. 4.1.6.5 Timbalan Dekan Akademik/Ahli Mesyuarat Pengurusan Fakulti membuat keputusan mesyuarat bagi kes pelajar sama ada keputusan untuk merujuk pelajar ke Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling atau Pusat Kesihatan Universiti mengikut keperluan kes. 4.1.6.6 Penasihat Akademik/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar merujuk ke Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling atau Pusat Kesihatan Universiti mengikut keperluan kes. 4.1.6.7 Pegawai Psikologi/Pegawai Perubatan mengendalikan kes rujukan pelajar oleh Fakulti dan membuat laporan. 4.1.6.8 Timbalan Dekan Akademik menerima laporan kes pelajar daripada Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling atau Pusat Kesihatan Universiti dan membuat keputusan terhadap kes pelajar. 4.1.6.9 Sekiranya kes pelajar normal, prosedur merehatkan pelajar oleh Pusat Kesihatan Universiti melalui kemudahan Cuti Sakit atau pelajar direhatkan dengan arahan Fakulti dilaksanakan. 4.1.6.10 Sekiranya kes pelajar adalah kritikal, pelajar diserahkan oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar kepada keluarga dan pemakluman berkenaan Borang Pemakluman Kepada Waris/Penjaga dilaksanakan. 4.1.6.11 Timbalan Dekan Akademik/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar mewajibkan pelajar/keluarga bagi (kes kritikal) secara bersurat untuk menghantar Laporan Kesihatan dari Hospital berkenaan Kesihatan Mental kepada Fakulti, Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dan Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.6.12 Timbalan Dekan Akademik/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar membuat keputusan mengikut kategori kes berdasarkan Laporan Kesihatan pelajar. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 28
4.1.6.13 Sekiranya diputuskan bahawa pelajar tidak disambung pengajian selepas habis kemudahan cuti sakit (jika ada), kes pelajar kritikal ini dibentangkan oleh Timbalan Dekan Akademik/ Penasihat Akademik/ Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar di dalam JKTS/ Mesyuarat Tertinggi. 4.1.6.14 Sekiranya diputuskan bahawa pelajar disambung pengajian selepas habis kemudahan cuti sakit (jika ada), pemakluman oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar mengenai pelajar disambung pengajian dilaksanakan. (Dengan kebenaran dan perakuan Pusat Kesihatan Universiti serta Surat Jaminan daripada ibu bapa). 4.1.6.15 Timbalan Dekan Akademik/Penasihat Akademik/ Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar mewajibkan pelajar secara bersurat bagi mengarahkan pelajar menjalani Perkhidmatan Pemantauan Sosial Kes Psikiatri (PPSKP) bersama Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.6.16 Pegawai Psikologi mengendalikan Perkhidmatan Pemantauan Sosial Kes Psikiatri (PPSKP). 4.1.6.17 Penasihat Akademik memantau perkembangan pelajar. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 29
4.1.7 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI PELAJAR DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTM 4.1.7.1 Jururawat/ PT PO/PO menerima pesakit. 4.1.7.2 Pendaftaran pelanggan di Kaunter Pendaftaran oleh Jururawat/ PT PO/PO. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 30
4.1.7.3 Pegawai Perubatan/Jururawat melaksanakan penilaian terhadap pesakit di Bilik Konsultasi. Ujian saringan kesihatan mental yang bersesuaian dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian kes. 4.1.7.4 Pegawai Perubatan/Jururawat melaksanakan intervensi terhadap pesakit. 4.1.7.5 Pegawai Perubatan/Jururawat melaksanakan pendaftaran dan Rekod Pesakit. 4.1.7.6 Mengikut penilaian Pegawai Perubatan, sekiranya pesakit tidak perlu dirujuk ke hospital, kes dirujuk ke Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling bagi pengendalian sesi kaunseling atau sokongan psikososial. 4.1.7.7 Pegawai Psikologi melaksanakan pengendalian sesi kaunseling rujukan. 4.1.7.8 Pegawai Perubatan menerima laporan hasil daripada Sesi Kaunseling Rujukan yang dikendalikan oleh Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.7.9 Sekiranya pesakit perlu dirujuk ke hospital, kes dirujuk ke hospital dengan iringan Pembantu Perubatan dan Staf Seksyen/Bahagian Keselamatan (jika perlu). Pegawai Perubatan menyelaras temujanji susulan di Pusat Kesihatan Universiti untuk menilai kemajuan pesakit setelah dirujuk ke hospital. Sekiranya pesakit tidak hadir, temujanji susulan diselaraskan semula. 4.1.7.10 Sekiranya pesakit hadir, penilaian kemajuan pesakit oleh Pegawai Perubatan dilaksanakan. 4.1.7.11 Pegawai Perubatan memaklumkan kes kepada Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Seksyen/Bahagian Keselamatan, Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA, Pengetua dan Fakulti (jika perlu dan mengikut kepada tahap risiko kes) bagi tujuan penyelarasan pentadbiran. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 31
4.1.8 CARTA ALIR PENGURUSAN KES SPIRITUAL PELAJAR OLEH PUSAT ISLAM UTM 4.1.8.1 Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) menerima kes rujukan dari Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.8.2 Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) menyerahkan kes rujukan kepada Pegawai Perunding bertugas bagi pengendalian kes. 4.1.8.3 Pengarah Pusat Islam/Timbalan Pengarah Pusat Islam/Penolong Pengarah Pusat Islam/Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) melaksanakan sesi rundingan tidak lebih daripada 10 hari bekerja. 4.1.8.4 Pengarah Pusat Islam/Timbalan Pengarah Pusat Islam/Penolong Pengarah Pusat Islam/Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) menyediakan laporan kes bagi pemakluman kepada Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 32
4.1.9 CARTA ALIR PENGURUSAN KES HISTERIA OLEH PUSAT ISLAM UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 33
4.1.9.1 Penerimaan kes histeria daripada PTJ. 4.1.9.2 Pemakluman kepada Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.9.3 Sekiranya kes adalah bukan kes gangguan makhluk halus, kes dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.9.4 Sekiranya kes adalah kes gangguan makhluk halus, kes dirujuk oleh Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa atau mana-mana Pusat Rawatan Islam yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 4.1.9.5 Sekiranya klien bertingkah laku agresif, permohonan bantuan daripada Bahagian/ Seksyen Keselamatan dilaksanakan. 4.1.9.6 Sekiranya klien tidak bertingkah laku agresif, permohonan bantuan daripada Bahagian/ Seksyen Keselamatan untuk mengiringi klien ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa (PRID) dilaksanakan. Perujuk kes (Pegawai Psikologi/ Pegawai Perubatan/Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar/ Felo) menyediakan air mineral/ garam/ lada hitam bagi kegunaan rawatan di PRID. 4.1.9.7 Pengendalian rawatan oleh Perawat PRID. 4.1.9.8 Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) melaksanakan dan menyelaraskan laporan kes. 4.1.9.9 Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam) menghantar laporan kepada Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Pusat Kesihatan Universiti serta Bahagian/Seksyen Keselamatan bagi tujuan pentadbiran. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 34
4.1.10 CARTA ALIR PENGURUSAN KES KECEMASAN PSIKOLOGI PELAJAR ANTARABANGSA DI KOLEJ KEDIAMAN UTM 4.1.10.1 Pengetua/Felo/Pembantu Felo/Pengurus Asrama menerima aduan pelajar atau aduan mengenai kes kesihatan mental di kolej kediaman. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 35
4.1.10.2 Pembantu Asrama/Pengurus Asrama mendapatkan maklumat pelajar melalui fail atau Sistem Academic Information Management (MyAIMS) bagi mengetahui lokasi bilik pelajar. 4.1.10.3 Felo/Pembantu Felo/Pengurus Asrama melaporkan kes ke Bahagian/Seksyen Keselamatan untuk mendapatkan perkhidmatan staf keselamatan mengiringi Felo/Pembantu Felo bagi tujuan keselamatan semasa pemeriksaan bilik pelajar dilaksanakan. 4.1.10.4 Felo/Pembantu Felo/Pengurus Asrama menghubungi UTM International bagi makluman kes. 4.1.10.5 Felo/Pembantu Felo/Bahagian/Seksyen Keselamatan membuat pemeriksaan pelajar di bilik diiringi oleh Staf Bahagian/Seksyen Keselamatan. 4.1.10.6 Sekiranya pelajar berkelakuan agresif, pelajar dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti oleh Pengetua/Felo/Pengurus Asrama diiringi staf Bahagian/Seksyen Keselamatan. 4.1.10.7 Sekiranya kes adalah kritikal, pelajar dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Bahagian Kecemasan Hospital (jika berlaku diluar waktu bekerja) ATAU pelajar dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital (jika berlaku semasa waktu bekerja). 4.1.10.8 Pengetua/Felo/Pengurus Asrama menyerahkan pelajar kepada pihak UTM International bagi urusan kedutaan. 4.1.10.9 Pengetua/Felo/Pengurus Asrama menyerahkan satu salinan Borang Pemakluman kepada Waris/Penjaga kepada Pusat Kesihatan Universiti, Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti, Bahagian/Seksyen Keselamatan dan Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA. 4.1.10.10 Sekiranya pelajar tidak berkelakuan agresif, pelajar dirujuk ke Pusat/ Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.10.11 Pengetua memaklumkan kes kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 36
4.1.11 CARTA ALIR PENGURUSAN PEMANTAUAN KES KECEMASAN PELAJAR BERKECELARUAN MENTAL DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 37
4.1.11.1 Pegawai Keselamatan/Pembantu Perubatan menerima pelajar berisiko dari hospital. 4.1.11.2 Pembantu Perubatan menempatkan pelajar di Bilik Rehat Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.11.3 Pembantu Perubatan memaklumkan kepada Pengetua/Felo berkenaan keadaan semasa pelajar. 4.1.11.4 Pengetua/Felo memaklumkan kepada Bahagian/Seksyen Keselamatan bagi pemantauan pelajar 24 jam sebelum penyerahan pelajar kepada keluarga dilaksanakan. 4.1.11.5 Penghantaran ke rumah oleh Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA/ Fakulti sekiranya keluarga tidak mengambil pelajar bagi penjagaan/pemantauan di rumah. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 38
4.1.12 CARTA ALIR PENGURUSAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR TEMPATAN BERISIKO TINGGI (KESIHATAN MENTAL) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 39
4.1.12.1 Pegawai Psikologi menerima aduan kes. 4.1.12.2 Pegawai Psikologi menyelaras pendaftaran klien. 4.1.12.3 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi kaunseling bersama klien. 4.1.12.4 Pegawai Psikologi melaksanakan penilaian saringan klien. 4.1.12.5 Sekiranya kes tahap risiko kritikal, Pegawai Psikologi merujuk klien ke Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.12.6 Pegawai Perubatan merujuk klien ke hospital. 4.1.12.7 Pegawai Psikologi melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Psikologi Pelajar. 4.1.12.8 Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Psikologi Pelajar/ Pengarah Hal Ehwal Pelajar melaksanakan pemakluman untuk pengurusan penghantaran pulang klien berisiko kepada Jabatan/Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa. 4.1.12.9 Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar memaklumkan penyerahan Borang Pemakluman kepada Waris/Penjaga kepada ibu bapa /waris klien. 4.1.12.10 Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar memaklumkan sesalinan Borang Pemakluman kepada Waris/ Penjaga kepada PKU, PPPK/SPPK, Seksyen Kebajikan, Kemudahan dan Tatatertib Pelajar/Unit Kesejahteraan dan Kemudahan Pelajar HEPA, Bahagian/Seksyen Keselamatan. 4.1.12.11 Pengarah Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling /Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni memaklumkan kes kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 40
4.1.13 CARTA ALIR PENGURUSAN PERKHIDMATAN BANTUAN SOKONGAN PSIKOLOGI PELAJAR DI ATAS TALIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 41
4.1.13.1 Pegawai Psikologi membuat hebahan bantuan sokongan psikologi di atas talian (poster, Whatsapp, Telegram, emel, talian Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, E-Temujanji). 4.1.13.2 Sekiranya kes adalah untuk tindakan segera, klien dilayan oleh Pegawai Psikologi melalui talian Hotline Pusat/Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. 4.1.13.3 Sekiranya kes bukan untuk tindakan segera, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) memberi panduan kepada klien bagi pengisian borang Temujanji Atas Talian. 4.1.13.4 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) memberi maklum balas emel bagi tarikh temujanji sesi bantuan sokongan psikologi. 4.1.13.5 Pegawai Psikologi melaksanakan bantuan sokongan psikologi. 4.1.13.6 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi bantuan sokongan psikologi lanjutan jika perlu. 4.1.13.7 Sekiranya kes simptom gangguan mental, kes dirujuk ke Klinik Kesihatan/Hospital berhampiran lokasi klien. 4.1.13.8 Pegawai Psikologi membuat pemakluman laporan kepada fakulti/ PTJ secara atas talian. 4.1.13.9 Pegawai Psikologi melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Psikologi mengikut keperluan kes secara atas talian. 4.1.13.10 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi pemantauan/ bimbingan. Sesi pemantauan adalah sesi pemantauan sokongan psikologi berkala secara atas talian bersama klien yang telah didiagnosis oleh hospital menghidapi kecelaruan mental. Sesi bimbingan adalah sesi bimbingan bagi bantuan sokongan psikologi secara atas talian untuk klien yang telah dikenalpasti oleh Hospital menghidapi penyakit fizikal seperti jangkitan COVID-19, kanser dan lain-lain yang memerlukan bantuan sokongan psikologi. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 42
4.1.14 CARTA ALIR PENGURUSAN PSIKOLOGI STAF SECARA WALK IN/TEMUJANJI/SUKARELA/RUJUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 43
4.1.14.1 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (PTPO)/Penolong Pegawai Tadbir (PPT)/Pegawai Psikologi (PPsi) menerima borang permohonan temujanji klien secara walk in/sukarela/temujanji atau secara rujukan daripada PTJ. 4.1.14.2 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) /Penolong Pegawai Tadbir/Pegawai Psikologi membuat semakan kekosongan tarikh. 4.1.14.3 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)) /Penolong Pegawai Tadbir /Pegawai Psikologi mendapatkan tarikh baru dengan menghubungi klien atau PTJ jika Pegawai Psikologi tidak mempunyai kekosongan masa pada tarikh yang telah dipilih oleh klien atau PTJ sebelum ini. 4.1.14.4 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) /Penolong Pegawai Tadbir /Pegawai Psikologi memaklumkan persetujuan tarikh kepada klien atau PTJ berdasarkan tarikh yang telah dipilih sebelum ini. 4.1.14.5 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) /Pegawai Psikologi merekodkan tarikh yang telah dipersetujui dan mengemelkan pemakluman kepada klien dan PTJ (jika berkaitan). 4.1.14.6 Pegawai Psikologi menjalankan sesi pertama pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Klien mengisi butiran dalam: a. Borang Biodata Klien b. Borang Kontrak Termaklum dan Pelepasan Liabiliti (Akta Kaunselor 1998, Kod Etika Kaunselor 2011) c. Borang Ujian Saringan Depression Anxiety Stress Scale (DASS) d. Penilaian Status Mental/Mental Status Examination (MSE) e. Berdasarkan sesi dan pengisian Borang DASS, Pegawai Psikologi menganalisis hasil dapatan Ujian DASS yang telah diisi oleh klien. Sekiranya analisis DASS menunjukkan simptom klien cenderung ke arah Normal. Pegawai Psikologi mengenal pasti keperluan sesi susulan. Jika tidak, sesi selesai. 4.1.14.7 Sekiranya analisis DASS menunjukkan simptom klien cenderung Teruk atau Sangat Teruk dengan mengambil kira sejarah genetik penyakit mental keluarga, tempoh mengalami simptom (tekanan/kebimbangan/kemurungan), simptom niat ingin membunuh UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 44
diri/simptom niat ingin mencederakan orang lain, klien akan dirujuk kepada PKU untuk pemeriksaan lanjut. Seterusnya Pegawai Psikologi mengenal pasti keperluan sesi susulan. Jika tidak, sesi selesai. 4.1.14.8 Jika ya, sesi susulan (bimbingan psikopendidikan) dijalankan mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan. 4.1.14.9 Menyediakan Laporan Psikologi (minimum 5 sesi) atau setelah sesi selesai, mana–mana yang terdahulu untuk dimajukan kepada PTJ (kes rujukan sahaja). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 45
4.1.15 CARTA ALIR PROSES KERJA PENGURUSAN KES PSIKOLOGI STAF SECARA WALK IN/TEMUJANJI/SUKARELA/RUJUKAN (KES ULANGAN SELEPAS TAMAT KES PERTAMA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 46
4.1.15.1 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) /Penolong Pegawai Tadbir/ Pegawai Psikologi menerima borang permohonan temujanji klien secara walk in/sukarela/temujanji atau secara rujukan daripada PTJ. 4.1.15.2 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) /Penolong Pegawai Tadbir /Pegawai Psikologi membuat semakan kekosongan tarikh. 4.1.15.3 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) / Penolong Pegawai Tadbir/ Pegawai Psikologi mendapatkan tarikh baru dengan menghubungi klien atau PTJ jika Pegawai Psikologi tidak mempunyai kekosongan masa pada tarikh yang telah dipilih oleh klien atau PTJ sebelum ini. 4.1.15.4 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)/ Penolong Pegawai Tadbir /Pegawai Psikologi memaklumkan persetujuan tarikh kepada klien atau PTJ berdasarkan tarikh yang telah dipilih sebelum ini. 4.1.15.5 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)/ Pegawai Psikologi merekodkan tarikh yang telah dipersetujui dan mengemelkan pemakluman kepada klien dan PTJ (jika berkaitan). 4.1.15.6 Pegawai Psikologi menjalankan sesi pertama pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Klien mengisi butiran dalam: a. Borang Biodata Klien b. Borang Kontrak Termaklum dan Pelepasan Liabiliti (Akta Kaunselor 1998, Kod etika Kaunselor 2011) c. Borang Ujian Saringan DASS. d. Penilaian Status Mental/Mental State Examination (MSE). e. Berdasarkan sesi dan pengisian Borang DASS, Pegawai Psikologi menganalisis hasil dapatan Ujian DASS yang telah diisi oleh klien. Sekiranya analisis DASS menunjukkan simptom klien cenderung ke arah Normal. Pegawai Psikologi mengenal pasti keperluan sesi susulan. Jika tidak, sesi selesai. 4.1.15.7 Sekiranya analisis DASS menunjukkan simptom klien cenderung Teruk atau Sangat Teruk dengan mengambil kira sejarah genetik penyakit mental keluarga, tempoh mengalami simptom (tekanan/kebimbangan/kemurungan), kecenderungan niat bunuh diri/mencederakan orang lain, klien akan dirujuk kepada PKU untuk UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 47
pemeriksaan lanjut. Seterusnya Pegawai Psikologi mengenal pasti keperluan sesi susulan. Jika tidak, sesi ditamatkan. 4.1.15.8 Jika ya, sesi susulan (bimbingan psikopendidikan) dijalankan mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan. 4.1.15.9 Menyediakan Laporan Psikologi (minimum 5 sesi) atau setelah sesi tamat, mana–mana yang terdahulu untuk dimajukan kepada PTJ (kes rujukan sahaja) atau Borang Staf Berkeperluan Khas. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 48
4.1.16 CARTA ALIR PENGURUSAN PSIKOLOGI STAF OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) ATAU FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 49
4.1.16.1 Pihak PTJ/Fakulti/Staf menerima aduan atau maklumat berkaitan isu staf yang mempunyai simptom isu psikologi. 4.1.16.2 Pihak PTJ/Fakulti/Staf memaklumkan isu psikologi staf kepada Ketua PTJ/Fakulti dan Pegawai Sumber Manusia (PSM) PTJ berkenaan. Ketua PTJ dan PSM memeriksa serta mengenalpasti tahap agresif staf berkenaan. 4.1.16.3 Sekiranya staf berkenaan berkelakuan agresif, PSM segera menghubungi Bahagian Keselamatan/Seksyen Keselamatan untuk tindakan selanjutnya. 4.1.16.4 Sekiranya staf berkenaan berkelakuan tidak agresif dan stabil, PSM mengatur perjumpaan untuk menjalankan perundingan dengan staf berkenaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu psikologi staf berkenaan. 4.1.16.5 PSM mengatur mesyuarat kes psikologi berkaitan dengan pihak pengurusan PTJ/Fakulti. Pihak pengurusan PTJ/Fakulti membuat keputusan berkaitan keperluan rujukan kes staf berkenaan ke Pusat Kesihatan Universiti atau kaunseling. Model Mental Health Continuum daripada Keyes (2002) boleh dirujuk bagi menentukan rujukan kes psikologi staf berkaitan. 4.1.16.6 Jika staf berada di tahap “ill” atau kritikal, staf berkenaan terus dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti. 4.1.16.7 Jika staf berkenaan berada di tahap “reacting” atau sederhana, staf berkenaan boleh dirujuk bagi mendapatkan perkhidmatan ke Kaunseling. 4.1.16.8 Jika staf berkenaan berada di tahap “healthy” atau normal, dan tiada keperluan rujukan, perkembangan staf dipantau dari semasa ke semasa oleh PSM. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 50