The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Pengurusan Psikologi Universiti Teknologi Malaysia.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Kaunseling UTMKL, 2024-06-25 00:39:37

Garis Panduan Pengurusan Psikologi Universiti Teknologi Malaysia.docx

Garis Panduan Pengurusan Psikologi Universiti Teknologi Malaysia.docx

Keywords: Garis Panduan Pengurusan Psikologi Universiti Teknologi Malaysia

4.1.17 CARTA ALIR PENGURUSAN PSIKOLOGI STAF OLEH BAHAGIAN KESELAMATAN/ SEKSYEN KESELAMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 51


4.1.17.1 Pengawal Keselamatan menerima aduan daripada PTJ/ Fakulti berkenaan kes berkaitan isu psikologi. 4.1.17.2 Pengawal Keselamatan/Pen. Peg. Keselamatan/Peg. Keselamatan menuju ke PTJ/Fakulti berkaitan untuk memantau dan mengawal tempat kejadian. 4.1.17.3 Pengawal Keselamatan/Pen. Peg. Keselamatan/Peg. Keselamatan mengenalpasti tahap risiko kes berkenaan. Jika staf berkenaan adalah agresif dan berisiko, Pihak Keselamatan menghubungi pihak yang berkaitan untuk berada di tempat kejadian (Contoh: PKU/Pusat Islam/ Bomba/APM/PDRM). 4.1.17.4 Jika staf berkenaan tidak agresif dan tidak berisiko, Pihak Keselamatan mengiringi staf berkenaan ke PKU untuk rawatan selanjutnya. 4.1.17.5 Pihak Keselamatan memaklumkan atau melaporkan status staf berkenaan kepada pihak PTJ/Fakulti. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 52


4.1.18 CARTA ALIR PENGURUSAN KES PSIKOLOGI STAF OLEH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 53


4.1.18.1 PKU menerima kes rujukan berkaitan isu psikologi daripada perujuk/PTJ/ Fakulti. Pegawai Perubatan menilai tahap kestabilan staf. 4.1.18.2 Jika keadaan staf tidak stabil, pihak PKU menyediakan surat rujukan staf kepada hospital untuk rawatan lanjut. 4.1.18.3 Pihak PKU membawa staf ke hospital dengan iringan Bahagian/Seksyen Keselamatan (jika perlu). Pegawai Perubatan memaklumkan status staf berkenaan kepada pihak perujuk/ PTJ/Fakulti. 4.1.18.4 Jika keadaan staf adalah stabil, Pegawai Perubatan menjalankan konsultasi bersama staf. Pegawai Perubatan menilai dan menyemak keperluan rujukan staf ke hospital untuk rawatan lanjut. 4.1.18.5 Jika staf perlu dirujuk ke hospital, pihak PKU menyediakan surat rujukan staf ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Jika tiada keperluan untuk merujuk staf ke hospital, Pegawai Perubatan memaklumkan status kepada pihak perujuk/PTJ/Fakulti. 4.1.18.6 Pegawai Perubatan memaklumkan status staf berkenaan kepada pihak perujuk/PTJ/Fakulti. Pegawai Perubatan menilai keperluan pemantauan terhadap staf berkenaan. Jika tiada keperluan, proses adalah selesai. 4.1.18.7 Jika terdapat keperluan pemantauan kes staf berkenaan, Pegawai Perubatan menjalankan pemantauan secara berkala terhadap staf mengikut keperluan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 54


4.1.19 CARTA ALIR PENGURUSAN PERKHIDMATAN BANTUAN SOKONGAN PSIKOLOGI STAF DI ATAS TALIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 55


4.1.19.1 Menerima permohonan sesi secara atas talian (poster, Whatsapp, Telegram, emel, talian) atau telefon. 4.1.19.2 Sekiranya kes adalah untuk tindakan segera, klien dilayan oleh Pegawai Psikologi melalui secara atas talian. 4.1.19.3 PPsi mengenalpasti simptom gangguan mental ke atas klien. Sekiranya tiada simptom gangguan mental yang dikenalpasti, PPsi melaksanakan sesi bantuan sokongan psikologi kepada klien. Sekiranya kes mempunyai simptom gangguan mental, kes dirujuk ke Klinik Kesihatan/Hospital berhampiran lokasi klien. 4.1.19.4 PPsi membuat pemakluman laporan kepada fakulti/PTJ. 4.1.19.5 Pegawai Psikologi melaksanakan sesi pemantauan/bimbingan. Sesi pemantauan adalah sesi pemantauan sokongan psikologi berkala secara atas talian bersama klien yang telah didiagnosis oleh hospital menghidapi kecelaruan mental. Sesi bimbingan adalah bantuan sokongan psikologi secara atas talian untuk klien yang telah dikenalpasti oleh hospital menghidapi penyakit fizikal seperti jangkitan COVID-19, kanser dan lain-lain yang memerlukan bantuan sokongan psikologi. 4.1.19.6 Sekiranya kes bukan untuk tindakan segera, PTPO atau PPsi akan memberi panduan kepada klien bagi pengisian borang Temujanji Atas Talian. 4.1.19.7 PTPO atau PPSi memberi maklum balas emel bagi tarikh temujanji sesi bantuan sokongan psikologi. 4.1.19.8 PPsi melaksanakan bantuan sokongan psikologi. 4.1.19.9 PPsi melaksanakan sesi bantuan sokongan psikologi lanjutan jika perlu. Setelah itu, proses kerja adalah selesai. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 56


4.2 BORANG BERKAITAN 4.2.1 Borang Biodata Klien 4.2.2 Borang Kontrak Perakuan Termaklum dan Pelepasan Liabiliti (Akta Kaunselor 1998, Kod Etika Kaunselor 2011) 4.2.3 Borang Maklumat Perkhidmatan 4.2.4 Borang Laporan Pertemuan Pertama 4.2.5 Borang Laporan Kemajuan Sesi Individu 4.2.6 Borang Perancangan Pelan Intervensi 4.2.7 Borang Laporan Sesi Kelompok 4.2.8 Borang Penilaian Status Mental 4.2.9 Borang Ujian Saringan Depression Anxiety Stress Scale (DASS) 4.2.10 Borang Penilaian Status Mental/Mental State Examination (MSE) 4.2.11 Borang Kes Rujukan 4.2.12 Borang Merujuk Kes 4.2.13 Borang Pelaporan Ujian Psikologi 4.2.14 Borang Laporan Kaunseling 4.2.15 Borang Pemakluman Kepada Waris / Penjaga 4.2.16 Borang Tanggungjawab Mengambil Berat dengan Memberi Amaran Risiko Bahaya atau Kemudaratan Dalam Kes Kecemasan Kesihatan Mental 4.2.17 Borang Maklum Balas Perubahan Psikologi Klien 4.2.18 Borang Pemantauan Sokongan Sosial Kes Psikiatri 4.2.19 Borang Staf Berkeperluan Khas 4.2.20 Borang Biodata Klien 4.2.21 Borang Kontrak Termaklum dan Pelepasan Liabiliti (Akta Kaunselor 1998, Kod Etika Kaunselor 2011) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 57


SEKSYEN 5 : DOKUMEN RUJUKAN Nama Dokumen Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) Akta 615, Akta Kesihatan Mental 2001 Buku Panduan Kesihatan Mental (2020). Kuala Lumpur: Persatuan Psikiatri Malaysia. Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor. Kuala Lumpur: Penerbit Lembaga Kaunselor. http://www.myhealth.gov.my/ Keyes, C., L., M. (2002). The mental health continuum: From languishing to flourishing in life. Journal of Health and Social Behaviour, 43(2), 207–222. https://doi.org/10.2307/3090197 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (VERSI 1.0, 2024) 58


Click to View FlipBook Version