The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafidahanuar9646, 2020-08-11 00:45:43

ILMU TAUHID DAN MA'RIFATULLAH

ILMU TAUHID DAN MA'RIFATULLAH

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah

Diringkas & disaring daripada AKIDAH
Kitab Tauhid az-Zindani Siri #1
Penyusun: EbookTarbiyah.Com

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK
INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:
RM4.50 SAHAJA KEPADA
AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected]
Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website
EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK
INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI
SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,
AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.
SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. 

Tarbiyah Made Easy!! 2

KATA PENGANTAR

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬

Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu
para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas
ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.
Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya
jua ebook “Ilmu Tauhid & Ma’rifatullah” ini berpeluang
untuk dizahirkan dihadapan pembaca.
Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama
daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid
az-Zindani.

Kitab Tauhid Az-Zindani
Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh
Abdul Majid az-Zindani ini memang
sesuai dijadikan bahan asas dalam
memahami ilmu tauhid (merangkumi
akidah dan Rukun Iman) di tahap
pemulaan Tarbiyah Islamiyah

Tarbiyah Made Easy!! 3

Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid:
• Jilid 1 terdapat 16 Fasal
• Jilid 2 terdapat 17 Fasal
• Jilid 3 terdapat 14 Fasal

Pendekatan Kitab ini.
Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan
dalam mengarang Kitab ini:

• Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab
dalam membahaskan topik-topiknya.

• Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan
contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir
dan merenung penciptaan alam dan diri manusia
(dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan
As-Sunnah (dalil naqli).

• Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim
(pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak
terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing
untuk memahami kaedah-kaedah ke arah
kesimpulan tersebut.
Contoh;Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was
Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir
tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah
itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran
atau Hadis.

Tarbiyah Made Easy!! 4

Ini dilihat selari dengan firman Allah SWT:

ÇÆ ÅÄÃÂÁ À
Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È

ÔÓ

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam
yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka
sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup
(bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

(Fushilat 41: 53)
Kenapa Ebook ini Ditulis?
Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid
yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama
dengan membaca ringkasan.
Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti
di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan
tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai
rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

Tarbiyah Made Easy!! 5

Konsep Istimewa Ebook Ini
Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:
• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di

komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini
memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada
bila-bila masa sahaja.
• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin
agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan
konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan
kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas
hati, barulah anda membuat pembayaran.
• Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan
tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar
untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu,
kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasal-
fasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun
daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu
Tauhid, Ma’rifatullah dll.
• Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik
perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat
pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal.
Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu
tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal
Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah:
Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”

Tarbiyah Made Easy!! 6

• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan
objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi
setiap tajuk.

• Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami
letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit
sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif
daripada aspek afektif dan psikomotor.

• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna
untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,
soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan
sebagainya.

• Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani
adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam.
Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda
dengan gambar-gambar yang sesuai.

Begitulah konsep yang kami gariskan dalam
menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini
sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami
mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang
membina daripada pembaca.

Semoga Allah redha. Wallahua’lam.
EbookTarbiyah.Com
Disember 2014

Tarbiyah Made Easy!! 7

ISI KANDUNGAN

Akad Pembelian (#2)
Kata Pengantar (#3)
Isi Kandungan (#8)

ILMU TAUHID: (#9)

1. Pengenalan Ilmu Tauhid (#11)
2. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Islam (#21)
3. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia (#34)

MA’RIFATULLAH: (#44)

1. Kepentingan Mengenal Allah & Beriman kepada-Nya (#46)
2. Bagaimana Kita Mengenal Allah? (#56)
3. Manusia Dipermudahkan Menerima Ilmu Pengetahuan (#69)
4. Boleh Dilihat Bukan Syarat untuk Beriman (#84)

Sekian (#93)
Akad Pembelian (#94)

p/s: # ialah mukasurat

Tarbiyah Made Easy!! 8

ILMU TAUHID

TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS:
1. PENGENALAN ILMU TAUHID

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menyatakan definisi iIlmu Tauhid
ii. Menjelaskan bidang perbahasan Ilmu Tauhid
iii. Menentukan kedudukan Ilmu Tauhid di antara ilmu-

ilmu lain
iv. Menjelaskan hukum mempelajari iIlmu Tauhid
v. Menggambarkan keperihatinan Al-Quran kepada

Ilmu Tauhid
vi. Menjelaskan kesan penumpuan dan pengabaian

umat Islam terhadap Ilmu Tauhid

2. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menjelaskan hubungan di antara Iman dan

penerimaan amal oleh Allah Taala
ii. Mengeluarkan dalil-dalil penolakan amalan orang

Kafir oleh Allah Taala
iii. Menjelaskan erti Dua Kalimah Syahadah sebagai

Rukun Islam pertama
iv. Mengaitkan di antara Syahadah dengan tuntutan

Tauhid

Tarbiyah Made Easy!! 9

3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menjelaskan kesan buruk kejahilan umat Islam

terhadap ilmu Tauhid.
ii. Menjelaskan implikasi ilmu Tauhid dalam

memperbaiki kehidupan manusia.

Tarbiyah Made Easy!! 10

* PENGENALAN ILMU TAUHID

TOPIK PERBAHASAN

MULA 5. AL-QURAN: 6. PERHATIAN
1. DEFINISI ILMU KITAB TAUHID UMAT ISLAM
TERHADAP ILMU
TAUHID TERAGUNG
4. HUKUM TAUHID
MEMPELAJARI TAMAT
ILMU TAUHID

2. BIDANG 3. KEDUDUKAN
PERBAHASAN ILMU TAUHID
ILMU TAUHID

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 1: Fasal Pertama (1)

Tarbiyah Made Easy!! 11

1. DEFINISI ILMU TAUHID

‫ِﻋْﻠ ُﻢ ﻳَـْﺒ َﺤ ُﺚ ِﻓﻲ إِﺛْـﺒَﺎ ِت اﻟَْﻌَﻘﺎﺋِﺪ اﻟ ﱢﺪﻳْﻨِﻴﱠِﺔ‬

“Ilmu yang membahaskan pengukuhan keyakinan-keyakinan

‫و(اﻟﻨﱠـ ْﻘ ِﻠﻴﱠﺔ‬aَ ki‫ِﺔ‬d‫ﻴﱠ‬a‫ِﻠ‬h‫َﻌ)ْﻘ‬aْ‫اﻟ‬ga‫ِﺔ‬m‫ﻨِﻴﱠ‬a‫ﻘْﻴ‬Iِsَ‫ﻴ‬lْa‫اﻟ‬m‫ﺑِﺎ ْﻷَ ِدﻟﱠ…ِﺔ‬

…dengan dalil-dalil yang diyakini, aqli (akal) dan naqli (Al-

‫ٍﻚ‬Qu‫َﺷ‬ran‫ ﱠﻞ‬d‫ُﻛ‬an‫ُﻞ‬Sْ‫ﻳ‬u‫ِﺰ‬nُ‫ﺗ‬na‫ﻲ‬hِ‫ا…ﻟﱠ)ﺘ‬

…yang dapat menghapuskan segala keraguan.”

Daripada definisi ini, Ilmu Tauhid mendedahkan segala:
i. kebatilan orang kafir;
ii. keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.
Memahami Ilmu Tauhid juga akan membuahkan:
i. ketenangan jiwa
ii. kelapangan hati
iii. ketetapan iman
Ilmu ini dinamakan Ilmu Tauhid kerana perbahasan
utamanya ialah untuk mentauhidkan Allah Taala.

Tarbiyah Made Easy!! 12

Firman Allah Taala:

. -, + * ) ( ' & % $ # "
210/

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-
Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu
(wahai Muhammad) perkara yang benar, sama
dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya
orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang
yang berakal sempurna.

(Ar-Ra’d 13: 19)

Tarbiyah Made Easy!! 13

2. BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID

BIDANG RUKUN IMAN
PERBAHASAN
ILMU TAUHID • ALLAH
• RASUL
• KITAB
• MALAIKAT
• HARI AKHIRAT
• TAKDIR

Bidang perbahasan Ilmu Tauhid ialah Rukun Iman:
1. Keimanan kepada Allah, pengesaan-Nya, pengikhlasan

diri dalam ibadah dan menjauhkan diri daripada syirik.
2. Keimanan kepada para Rasul yang membawa petunjuk

Ilahi, sifat yang wajib dan mustahil bagi mereka,
mukjizat serta bukti kebenaran risalah mereka.
3. Keimanan kepada semua Kitab Allah yang diturunkan
kepada para Rasul-Nya sebagai petunjuk buat manusia
di muka bumi sejak dulu, kini dan selamanya.
4. Keimanan kepada para Malaikat, tugas-tugas mereka
dan hubungan mereka dengan kita di dunia dan di
akhirat.
5. Keimanan kepada Hari Akhirat serta balasan yang
dijanjikan kepada orang beriman dan orang kafir, iaitu
syurga dan neraka.

Tarbiyah Made Easy!! 14

6. Keimanan kepada takdir (qadar) yang telah ditentukan
oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Takdir inilah yang
menentukan pergerakan semua benda yang wujud di
alam ini.

Firman Allah Taala:

p on m l k j i h g
yxwvutsrq

|{ z

Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang
diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula
orang-orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-
Nya dan rasul-rasul-Nya.

(Al Baqarah 2: 285)

Sabda Rasulullah SAW:

‫أََوﺗُْـنْﺆِﻣﺗُـَْﻦﺆِﻣﺑِﺎَﻟﻦَﻘ َﺑﺪِﺎِر ِﷲَﺧْﻴَِﺮوِﻩَﻣ َﻼوَﺋَِﺷَﻜﱢﺮﺘِِﻩِﻪ َوُﻛﺘُﺒِِﻪ َوُر ُﺳِﻠِﻪ َواﻟﻴَـْﻮِم اﻵ ِﺧ ِﺮ‬

“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-
malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhirat, dan
beriman dengan ketentuan (qadar) baik dan buruk
daripada-Nya.”

(Riwayat Muslim)

Tarbiyah Made Easy!! 15

3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DI ANTARA ILMU-ILMU LAIN
Lumrahnya, kemuliaan sesuatu ilmu terletak pada topik
dan bidang perbahasannya.
Contohnya, ilmu kedoktoran dikatakan lebih mulia
daripada ilmu pertukangan, kerana ilmu pertukangan
membahaskan tentang seni kayu kayan, sementara ilmu
perubatan membahaskan tentang fungsi tubuh badan
manusia.

Oleh demikian, ilmu Tauhid merupakan ilmu yang paling
penting dan mulia kerana topik perbahasannya adalah:
i. Allah Taala, Tuhan Yang Mencipta Semesta Alam.
ii. Para Rasul yang suci dan mulia.
iii. Hakikat, hikmah dan tujuan kewujudan manusia di

bumi.
iv. Kesudahan yang menanti manusia selepas kematian.
Ilmu Tauhid adalah sumber bagi semua ilmu keislaman,
sekaligus ilmu yang terpenting dan paling utama.

Tarbiyah Made Easy!! 16

4. HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID

BELAJAR ILMU FARDHU ‘AIN
TAUHID FARDHU KIFAYAH

Fardu ‘Ain bagi setiap muslim (lelaki dan perempuan)
hingga benar-benar:
i. Teguh hatinya
ii. Tenang akalnya
iii. Yakin berada di atas agama yang benar.
Perbincangan secara mendalam adalah Fardhu Kifayah.
Jika sudah ada sekumpulan muslim mempelajarinya,
muslim lain tidak lagi diwajibkan.

Firman Allah Taala:

áàß Þ ÝÜ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan
keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah…

(Muhammad 47: 19)

Tarbiyah Made Easy!! 17

5. AL-QURAN ADALAH KITAB TAUHID TERAGUNG
Topik asasi di dalam Al-Quran ialah ilmu Tauhid.
Setiap helaiannya sentiasa menyebut dan menyerukan:
• Keimanan kepada Allah Taala
• Keimanan kepada para Rasul-Nya
• Keimanan kepada Hari Akhirat
• Keimanan kepada para malaikat
• Keimanan kepada kitab-kitab samawi
• Keimanan kepada takdir (ketentuan-ketentuan Allah

untuk perjalanan alam ini)
Selama 13 tahun, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di
Makkah, hampir keseluruhannya berkisar mengenai ilmu
Tauhid dan peneguhan akidah.

Tarbiyah Made Easy!! 18

6. PERHATIAN UMAT ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID
Perhatian Umat Islam pada Ilmu Tauhid didasari oleh
perhatian Al-Quran terhadapnya:
i. Kita perlu memahami ilmu Tauhid agar dapat

menyeru manusia lain ke jalan Allah SWT dengan
berhikmah dan peringatan yang baik.
ii. Kefahaman yang mendalam tentang ilmu Tauhid,
akan membekalkan kita dengan dalil dan bukti dalam
mengukuhkan akidah dan mendakwahkannya.
iii. Umat Islam terdahulu sangat prihatin dan
menitikberatkan ilmu ini dalam kehidupan mereka,
lalu mereka dimuliakan dan dijadikan pemimpin
dunia.

Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 19

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Apakah yang bakal menimpa masyarakat yang
mencuaikan Ilmu Tauhid (akidah & keimanan) dalam
kehidupan mereka?
(Akidah goyah & mudah diserang, amalan rosak,
lemah & akhirnya dijajah musuh)

ii. Sebutkan contoh-contoh kemusyrikan yang wujud
akibat kecuaian terhadap Ilmu Tauhid?
(Perkara-perkara khurafat & Syirik)

iii. Apakah peranan kita dalam membimbing masyarakat
agar kembali memahami Ilmu Tauhid?
(Mantapkan kefahaman dan keyakinan diri, berhujah
dengan dalil-dalil aqli & naqli)

Tarbiyah Made Easy!! 20

* KEDUDUKAN ILMU TAUHID
DALAM ISLAM

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

1. IMAN ADALAH ASAS 4. DUA KALIMAH
DITERIMA AMAL SYAHADAH & TAUHID

2. DALIL-DALIL 3. PINTU MASUK
AMALAN ORANG KAFIR ISLAM: DUA KALIMAH

DITOLAK SYAHADAH

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 1: Fasal Kedua (2)

Tarbiyah Made Easy!! 21

1. IMAN ADALAH ASAS DITERIMA AMAL
Di antara syarat diterima sesuatu amalan ialah Iman dan
Islam.

IMAN
ANTARA
SYARAT
DITERIMA
AMAL

ISLAM

Soalan: Mengapa Allah SWT hanya menerima amalan
orang yang beriman sahaja?
Bukankah ramai orang bukan Islam yang baik peribadinya,
sering membantu sesama manusia dan malah
memperjuangkan keadilan bagi yang tertindas.

Apakah hanya kerana mereka
tidak beriman, semua amalan
baik itu sia-sia dan tidak
bermakna?
Adilkah perkara ini?

Tarbiyah Made Easy!! 22

Analogi: Kisah Dua Orang Lelaki yang Masuk ke Kebun
Lelaki pertama:
Dia masuk dan terus memakan buah-buahan yang ada
sehingga kenyang. Kemudian dia pun melakukan kerja-
kerja di dalam kebun tersebut. Ada pokok yang ditanam
dan yang dicabut sesuka hatinya. Malah, tidak
diendahkan langsung teguran wakil pemilik kebun itu.
Lelaki kedua pula,
Dia tidak berbuat apa-apa. Dia menunggu pemilik kebun
atau wakilnya datang terlebih dahulu. Kemudian, dia
mendengar segala arahan wakil pemilik kebun dan
bekerja mengikutnya.

Soalan:
Siapakah di antara kedua lelaki
tadi akan lebih dihargai dan
layak diberi upah oleh pemilik
kebun?
Mengapa begitu?

Tarbiyah Made Easy!! 23

Cuba kita kaitkan analogi ini dengan kewujudan manusia
di muka bumi:
i. Bukankah seluruh alam ini dan makhluk yang di

dalamnya dicipta dan dimiliki oleh Allah SWT?
ii. Kemudian, Allah mengutuskan para Rasul sebagai

wakil-Nya di bumi ini untuk mengenalkan manusia
kepada Allah, beriman dengan segala tuntutan dan
larangan-Nya, serta menjalankan tugas yang telah
ditetapkan.
iii. Orang-orang beriman menyambut risalah para Rasul
dan hidup di bumi ini berpandukan pentunjuk Ilahi.
Sedangkan orang-orang kafir engkar dan memusuhi
para Rasul-Nya. Mereka berbuat sesuka hati tanpa
mengendahkan perintah dan larangan Allah SWT.

‫?? ﷲ‬

Tarbiyah Made Easy!! 24

Oleh itu, antara sebab utama amalan orang-
orang Kafir tidak diterima adalah kerana
mereka:

Beramal bukan kerana
mengharapkan pahala dan redha

Allah SWT.

Tidak takut pada azab-Nya dan
mengabaikan halal dan haram.

Tidak berusaha mencari Ad-Deen
Allah, iaitu Islam.

Tidak berusaha mendengar 25
keterangan para Rasul.

Mengejek dan mentertawakan
wahyu Allah yang dibacakan

kepada mereka.

Tarbiyah Made Easy!!

Firman Allah Taala:

. -, + * ) ( ' & % $ # "
210/

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-
Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu
(wahai Muhammad) perkara yang benar, sama
dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya
orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang
yang berakal sempurna.

(Ar-Ra’d 13: 19)

Tarbiyah Made Easy!! 26

2. DALIL-DALIL AMALAN ORANG KAFIR DITOLAK

IBARAT DEBU YANG BERTERBANGAN
(Al-Furqan 25: 23)

IBARAT ABU YANG DITERBANGKAN ANGIN
PADA HARI RIBUT YANG KENCANG
(Ibrahim 14: 18)

IBARAT FATAMORGANA DI TANAH RATA
(An-Nur 24: 39)

Tarbiyah Made Easy!! 27

i. Ibarat debu yang berterbangan.
Firman Allah Taala:

JIHGFEDCB

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang
mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang
mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia
terbuang sebagai debu yang berterbangan.

(Al-Furqan 25: 23)

ii. Ibarat abu yang diterbangkan angin pada hari ribut
yang kencang.

Firman Allah Taala:

½ ¼» º¹¸¶µ
È Ç Æ Å Ä ÃÂ Á À ¿ ¾

ÏÎ ÍÌËÊÉ

Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang
yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti
abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang
kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu
faedahpun dari apa yang mereka telah usahakan itu.
Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang
jauh dari dasar kebenaran.

(Ibrahim 14: 18)

Tarbiyah Made Easy!! 28

iii. Ibarat fatamorangana di tanah rata.

Firman Allah Taala:

LK JIHGF
VUT SRQP ONM

] \ [ Z YX W

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka
adalah umpama fatamorgana di tanah rata yang
disangkakannya air oleh orang yang dahaga, (lalu
dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang
ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang
disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir,
tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana
yang disangkakannya) dan dia tetapi mendapati
hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah
menyempurnakan hitungan amalnya (serta
membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera
hitungan hisab-Nya.

(An-Nur 24: 39)

Tarbiyah Made Easy!! 29

3. PINTU MASUK ISLAM: DUA KALIMAH SYAHADAH

AL-ISLAM

Mengucap Dua Kalimah Syahadah
merupakan Rukun Islam yang pertama,
dan merupakan pintu masuk ke dalam
Islam.
Oleh sebab itu, ia bukanlah suatu
ucapan di mulut sahaja tanpa erti
yang bermakna.

Kalimah syahadah pertama (‫)أﺷﻬﺪ أن ﻻ إﻟﻪ إﻻ اﷲ‬

mengandungi erti bahawa kamu mengakui dan
mempercayai bahawa:

i. Alam ini ada Tuhan yang mencipta, membuat,
mengatur dan memerintahnya.

ii. Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa yang tidak ada
sekutu bagi-Nya.

iii. Kamu pula adalah sebahagian daripada ciptaan-
Nya.

Tarbiyah Made Easy!! 30

Kalimah syahadah kedua (‫)وأﺷﻬﺪ أن ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل اﷲ‬

pula mengandungi erti bahawa kamu beriman, percaya
dan yakin bahawa:

i. Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah Taala.

ii. Baginda diutuskan untuk membawa hidayah dan
keterangan tentang perkara halal yang diredhai
Allah dan perkara haram yang dimurkai-Nya.

iii. Hanya dengan mengikuti (ittiba’) Nabi Muhammad
SAW, kamu dapat melaksanakan ketaatan kepada
Allah dengan cara yang benar.

Tarbiyah Made Easy!! 31

4. DUA KALIMAH SYAHADAH & TAUHID

Syahadah yang dilafazkan itu adalah batil dan tidak
sempurna jika seseorang itu tidak melaksanakan Tauhid.
Kita mestilah mempelajari ilmu Tauhid agar syahadah,
keislaman dan amalan benar-benar diterima.
Begitulah kedudukan Tauhid di dalam Islam, sangat mulia
dan penting sehingga segalanya akan rosak binasa
tanpanya.
Firman Allah SWT:

>=<;: 987 654
GFED C B A @?

Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan
dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan
malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu
(mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Ali Imran 3: 18)
Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 32

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah mengubah
STATUS seseorang kepada Muslim (Beriman). Apakah
kepentingan status dalam kehidupan manusia?
(Agar diiktiraf & mendapat hak-haknya; contoh
status kewarganegaraan atau kemahasiswaan di
Universiti)

ii. Amalan orang-orang kafir ditolak oleh Allah, namun
bolehkah amalan orang-orang beriman ditolak?
Contohnya?
(Jika tidak ikhlas kerana Allah, bid’ah yang sesat)

iii. Bagaimana cara terbaik menerangkan konsep
Syahadah kepada orang bukan Islam?
(Bincangkan contoh selain analogi 2 pemuda dan
kebun)

Tarbiyah Made Easy!! 33

* KEPENTINGAN ILMU TAUHID
DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

1. KESAN 2. PENGARUH
KEJAHILAN ILMU ILMU TAUHID
DALAM KEHIDUPAN
TAUHID

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 1: Fasal Ketiga (3)

Tarbiyah Made Easy!! 34

1. KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA

KESAN KEJAHILAN • BUTA HAKIKAT
ILMU TAUHID KEHIDUPAN

DALAM KEHIDUPAN • MATERIALISTIK &
MANUSIA INDIVIDUALISTIK

• BERLELUASA
KEROSAKAN

i. Buta Hakikat Kehidupan:
Orang yang tidak kenal Penciptanya akan hidup seperti
orang buta. Dia tidak tahu tujuan penciptaan dan hikmah
kewujudannya di muka bumi ini.
Kehidupannya di bumi akan tamat, tanpa dia sendiri
ketahui kenapa ia bermula. Dia bakal keluar dari dunia,
tanpa mengetahui tujuan sebenar dia dimasukkan ke
dalamnya.

Tarbiyah Made Easy!! 35

Firman Allah Taala:

5 43 2 10 /.
876

…Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati
kesenangan di dunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan
minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka.

(Muhammad 47: 12)

ii. Materialistik dan Individualistik:
Orang yang tidak beriman dengan Hari Akhirat akan
terpedaya dengan kehidupan sementara di dunia. Dia
akan menjadikan segala amal kerjanya hanyalah untuk
mengejar kesenangan dunia sepuas hatinya sebelum
mati.
Dia akan berlumba-lumba kerana
tamakkan habuan dunia dan
mencari kemewahan dunia tanpa
mengenal halal dan haram. Dia
tidak menghiraukan bencana yang
menimpa orang lain akibat
tindakannya, bersifat individualistik
dan hanya mengejar kepentingan
diri sendiri.

Tarbiyah Made Easy!! 36

Sikap individualistik ini akan memecah-belahkan
masyarakat, merosakkan hubungan dan mencetuskan
peperangan di antara satu sama lain. Hal ini sangat
berbeza dengan masyarakat yang beriman teguh dengan
akidah Islam.

iii. Berleluasanya Kerosakan:
Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid semakin meluas,
maka akidah dan amalan manusia juga akan rosak binasa.
Manusia tidak kenal lagi sempadan halal dan haram,
pahala dan dosa. Akibatnya maksiat dan perbuatan keji
akan bermaharajalela tanpa batasan.
Tatkala itu, dibimbangi Allah Taala akan menurunkan
azab ke atas umat Islam yang telah mengabaikan dan
mensia-siakan agama mereka.

Firman Allah Taala:

Ø× ÖÕÔ ÓÒ ÑÐ

ßÞÝÜÛÚ Ù

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana
di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).

(Ar-Rum 30: 41)

Tarbiyah Made Easy!! 37

2. PENGARUH ILMU TAUHID DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA

PENGARUH ILMU • JELAS HAKIKAT
TAUHID DALAM KEHIDUPAN

KEHIDUPAN • KESATUAN &
MANUSIA KEHARMONIAN

• KEBERKATAN &
KEMENANGAN

i. Jelas Hakikat Kehidupan:
Orang yang beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya
akan mengetahui hakikat penciptaan dan tujuan
kehidupannya di dunia.
Dia akan menjalani kehidupan di dunia di atas jalan yang
lurus. Dia jelas akan permulaan dan pengakhiran
hidupnya. Dia akan sentiasa jauh daripada kegelapan dan
kesesatan.

Tarbiyah Made Easy!! 38

Firman Allah Taala:

ÅÄÃÂÁÀ¿¾½ ¼»
ÇÆ

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan
yang tidak betul), yang menyebabkan dia selalu
jatuh) tertumus di atas mukanya: boleh mendapat
hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul,
melalui jalan yang lurus rata?

(Al-Mulk 67: 22)

ii. Kesatuan dan Keharmonian:

Tauhid menyatukan hati manusia di bawah naungan Tuhan
yang satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat
yang satu. Iman telah menjadikan manusia berkasih-
sayang dan bersaudara.

Firman Allah Taala:

µ ´ ³² ± ° ¯ ® ¬
¹¸¶

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.

(Al-Hujuraat 49: 10)

Tarbiyah Made Easy!! 39

Masyarakat yang beriman sentiasa tolong menolong
dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. Mereka
saling menasihati, menegah kemungkaran dan
mendamaikan permusuhan.
Setiap individu bekerja/beramal demi mendapatkan
kejayaan dan keredhaan di sisi Allah Taala. Mereka
sentiasa berhati-hati agar tidak menzalimi dan
menganiayai hak orang lain.
Mereka menjauhi segala perbuatan keji seperti mencuri,
membunuh, menipu, berzina, rasuah, berdusta, hasad
dengki, mengaibkan dan menyakiti orang lain. Ini semua
adalah hasil keimanan mereka kepada Allah Taala dan
takut untuk berdepan dengan-Nya di akhirat kelak.

Firman Allah SWT:

43210/.
:98 765

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)…

(Ali Imraan 3: 110)

Tarbiyah Made Easy!! 40

iii. Keberkatan dan Kemenangan:

Apabila iman berkembang dalam masyarakat manusia, ia
akan membuahkan pelbagai amal soleh yang diredhai Allah
Taala. Dengan itu, pintu kebaikan akan dibuka dan
dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan mereka.

Firman Allah Taala:

)('&% $#"!
,+*

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk
negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami
akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan
bumi…

(Al-A’raaf 7: 96)

Masyarakat yang beriman dan beramal soleh juga akan
dikurniakan kekuatan dalam berhadapan dengan musuh
mereka.
Begitulah yang berlaku kepada generasi awal Islam.
Asalnya mereka adalah golongan yang lemah dan fakir,
namun dikurniakan kemenangan besar terhadap musuh-
musuh mereka.

Tarbiyah Made Easy!! 41

Firman Allah Taala:

®¬«ª©¨§¦¥

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu
membela (agama) Allah nescaya Allah membela
kamu (untuk mencapai kemenangan) dan
meneguhkan tapak pendirian kamu.

(Muhammad 47: 7)
Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 42

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Sebutkan pelbagai isu semasa yang melambangkan
kurangnya kefahaman dan keyakinan masyarakat
terhadap Ilmu Tauhid.
(Kaitkan isu-isu tersebut dengan kecuaian terhadap
Ilmu Tauhid)

ii. Jika kemantapan Akidah & Tauhid memberikan begitu
banyak faedah, mengapa umat Islam masih
mengabaikannya?
(Belajar akidah untuk peperiksaan sahaja, dihafal
tanpa penghayatan, sibuk dengan ilmu dunia)

iii. Bagaimana kita dapat menggerakkan perubahan
melalui Akidah & Tauhid?
(Membentuk individu, keluarga & masyarakat yang
benar akidahnya melalui Tarbiyah Islamiyah yang
syumul)

Tarbiyah Made Easy!! 43

MA’RIFATULLAH

(Mengenal Allah Taala)

TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS:
1. KEPENTINGAN MENGENAL ALLAH & BERIMAN

KEPADA-NYA

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menjelaskan kewajipan pertama bagi manusia
ii. Menggambarkan kehidupan manusia yang tidak

mengenal Tuhan di dunia.
iii. Menyatakan balasan yang menanti orang-orang

yang tidak mengenal Allah Taala dan tidak beriman
dengan-Nya.

2. BAGAIMANA KITA MENGENAL ALLAH TAALA?

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menjelaskan cara untuk mengetahui kewujudan

Allah Taala.
ii. Menjelaskan cara mengetahui sifat-sifat Allah

melalui tafakur pada makhluk-Nya.
iii. Menyatakan peranan Rasul dalam mengajar

manusia tentang Allah Taala.

Tarbiyah Made Easy!! 44

3. MANUSIA DIPERMUDAHKAN UNTUK MENERIMA
ILMU PENGETAHUAN

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Menentukan bahawa keistimewaan terpenting

manusia adalah ilmu pengetahuan.
ii. Menjelaskan peranan pancaindera yang lima (rasa,

sentuh, bau, lihat & dengar) sebagai pintu kepada
akal untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan.
iii. Menjelaskan keterbatasan akal dan peranan wahyu
dalam memjelaskan persoalan-persoalan yang
tidak mampu difikirkan oleh manusia.

4. BOLEH DILIHAT BUKAN SYARAT UNTUK BERIMAN

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:
i. Membuktikan bahawa tidak semua perkara yang

wujud dapat dilihat.
ii. Menjelaskan dalil beriman kepada Allah Taala

walaupun tanpa melihat-Nya.
iii. Menyatakan kisah umat terdahulu yang ingin

melihat Allah Taala sebelum beriman.

Tarbiyah Made Easy!! 45

* KEPENTINGAN MENGENAL
ALLAH & BERIMAN KEPADA-NYA

TOPIK PERBAHASAN

MULA

1. KEWAJIPAN TAMAT
PERTAMA MANUSIA 3. BALASAN DI
AKHIRAT KELAK
2. AKIBAT TIDAK
MENGENAL ALLAH &
BERIMAN PADA-NYA

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 2: Fasal Pertama (1)

Tarbiyah Made Easy!! 46

1. KEWAJIPAN PERTAMA MANUSIA
Kewajipan pertama manusia ialah mengenali Allah Taala
(ma’rifatullah) dan beriman dengan-Nya.

2. AKIBAT TIDAK MENGENAL ALLAH & BERIMAN
KEPADA-NYA

Jika manusia tidak mengenali Allah sebagai Pencipta,
Pemilik dan Pemerintah dirinya, mereka akan:

i. HIDUP DI DUNIA SEPERTI BINATANG

ii. MELAKUKAN KEROSAKAN DI DUNIA
DENGAN PERBUATAN BURUK

iii. MATI TANPA KETAHUI TUJUAN HIDUPNYA

iv. DIHARAMKAN MENDAPAT PERTOLONGAN 47
& REDHA ALLAH

Tarbiyah Made Easy!!

i. Hidup di Dunia seperti Haiwan.
Manusia yang tidak tahu siapa penciptanya dan tujuan
kehidupan di dunia seakan-akan haiwan. Dia makan,
minum, tidur, bangun dan menghabiskan umur tanpa tahu
kenapa dia hidup, dan kenapa dia wujud…

Firman Allah Taala:

5 432 10 /.
876

…Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati
kesenangan di dunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan
minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka.

(Muhammad 47: 12)

ii. Melakukan Kerosakan di Dunia dengan Perbuatan
yang Buruk.
Ini kerana dia tidak dapat membezakan di antara amal
soleh dan amal buruk, perbuatan yang diredhai dan
perbuatan yang dimurkai.
Analogi: Kita tidak tahu cara yang betul untuk
menggunakan sesuatu peralatan (mesin, kereta,
software) kecuali dengan tunjuk ajar dari pembuatnya.

Tarbiyah Made Easy!! 48

Begitu jugalah manusia tidak akan dapat mengetahui cara
yang betul untuk menggunakan seluruh alam ciptaan
Allah ini, tanpa tunjuk ajar daripada Penciptanya, iaitu
Allah Taala.
Orang-orang yang tidak mendapat petunjuk ini, akan
berbuat sesuka hati mereka, akhirnya mereka hanya
merosakkan alam dan mengundang bencana.

Firman Allah Taala: 49

~}|{zyxwv
©¨§¦¥ ¤£¢¡ ‫ﮯ‬

¬«ª

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli)
perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan
memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya
diperhubungkan, dan mereka pula membuat
kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu
ialah orang-orang yang sungguh rugi.

(Al-Baqarah 2: 27)

Tarbiyah Made Easy!!

iii. Mati Tanpa Ketahui Tujuan Hidupnya

Kehidupannya di dunia ini berakhir, sedangkan dia tidak
tahu kenapa ia bermula? Dia bakal meninggalkan dunia,
tanpa ketahui kenapa dia memasukinya?
Hatinya keluh kesah mengingatkan
kematian, sehingga dia tidak mahu
berfikir lagi tentangnya.

Namun, sudah pasti kematian itu
bakal menemuinya juga.

Firman Allah Taala:

¼» º ¹ ¸ ¶ µ ´ ³
ÅÄÃÂÁÀ¿¾ ½

ÇÆ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut
yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah
ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala
yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu
kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta
membalasnya)”.

(Al-Jum’ah 62: 8)

Tarbiyah Made Easy!! 50


Click to View FlipBook Version