The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafidahanuar9646, 2020-08-11 00:45:43

ILMU TAUHID DAN MA'RIFATULLAH

ILMU TAUHID DAN MA'RIFATULLAH

iv. Diharamkan Mendapat Pertolongan & Redha Allah

Mereka diharamkan daripada mendapat keredhaan,
pertolongan dan bantuan Allah Taala, kerana Dia hanya
redha dan menolong orang-orang beriman yang teguh
dengan agama-Nya.

Firman Allah Taala:

NM L K J

…Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang
menolong agama-Nya…

(Al-Hajj 22: 40)

Tarbiyah Made Easy!! 51

3. BALASAN DI AKHIRAT KELAK

Diharamkan Terdedah kepada
daripada Kehancuran di
Neraka
keredhaan-Nya &
Nikmat Syurga

i. Diharamkan daripada keredhaan Allah Taala &
menikmati syurga-Nya.

Keduanya hanyalah khusus buat orang-orang yang
beriman, beramal soleh dan taat kepada-Nya.

Firman Allah Taala:

£¢¡‫}~ﮯ‬

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan
ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi
orang-orang Islam yang taat patuh.

Tarbiyah Made Easy!! 52

©¨§¦¥¤

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan
kepada mereka): “masuklah kamu ke dalam Syurga
bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman),
dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan
kesenangan”.

³ ² ±° ¯ ® ¬ « ª
» º ¹¸ ¶ µ ´

½¼

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan
piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula
disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta
dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada
mereka):”Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.

ÅÄÃÂÁÀ¿¾

Dan (dikatakan lagi kepada mereka): “Inilah Syurga
yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa
yang kamu telah kerjakan.

(Az-Zukhruf 43: 69-72)

Tarbiyah Made Easy!! 53

ii. Terdedah dengan Kehancuran di Neraka

Diri mereka terdedah kepada kesia-siaan dan kehancuran
dalam nereka yang disediakan buat orang kafir. Bahan
bakarnya adalah manusia dan batu-batu.

Firman Allah Taala:

w v uts rq

(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman
kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan
saksi itu): “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke
dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap
degil dalam kekufurannya.
(Qaf 50: 24)
Firman Allah Taala lagi:

²±°¯ ®¬
¾ ½¼ » º¹ ¸ ¶µ ´ ³

ÁÀ¿

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan
perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka
Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah
neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah
melaknatkan mereka, dan bagi azab seksa yang
kekal.

(At-Taubah 9: 68)

Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 54

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Adakah ramai manusia sedar tentang kewajipan
mengenal Allah (ma’rifatullah)? Mengapa begitu?
(Realiti semasa menunjukkan kurang kesedaran ini;
Banyak belajar teori dan falsafah, tapi kurang aspek
penghayatan & praktikal)

ii. Apakah perasaan anda tatkala melihat rakan-rakan
kita dari bukan Islam yang menyembah selain Allah?
Apakah sepatutnya tugas kita sebagai Muslim kepada
mereka?
(Umar al-Khattab RA menangisi para paderi & Rahib
sambil membaca Surah al-Ghasiyah ayat 3-4;
pentingnya Dakwah Non-Muslim)

Tarbiyah Made Easy!! 55

* BAGAIMANA KITA MENGENAL
ALLAH TAALA?

TOPIK PERBAHASAN

MULA

1. BAGAIMANA TAMAT
MENGETAHUI 3. BERFIKIR
KEWUJUDAN ALLAH? TENTANG
2. BAGAIMANA PENCIPTAAN
MENGETAHUI SIFAT- MAKHLUK SAHAJA
SIFAT ALLAH? TIDAK CUKUP

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 1: Fasal Keempat (4) & Jilid 2: Fasal Kelima (5)

Tarbiyah Made Easy!! 56

1. BAGAIMANA KITA TAHU KEWUJUDAN ALLAH TAALA?
Cuba lihat jam di tangan, telefon bimbit ataupun kerusi
meja. Percayakah anda jika diberitahu bahawa alat-alat
ini tiada siapapun yang menciptanya?

Percayakah anda jika ada orang yang mengatakan
bahawa secara kebetulan pokok-pokok di hutan
tumbang, kemudian kebetulan ada lori yang
mengangkutnya ke kilang, dan kebetulan gergaji
bergerak sendiri memotong batang-batang kayu itu,
paku-paku pula secara sendiri membenam ke dalam
kayu dan mencantumkannya, lalu terbentuklah
sebuah kerusi yang cantik lagi kukuh.
Jika anda percayakan cerita ini, pasti anda tidak waras.
Ini kerana, bagi…
• Setiap perbuatan, mesti ada pelakunya.
• Setiap rekaan, mesti ada perekanya.
• Setiap ciptaan, mesti ada penciptanya.

Tarbiyah Made Easy!! 57

Bayangkan pula anda melihat…
• Sebuah kereta yang sedang bergerak dari tempat yang

jauh. Tentu anda yakin bahawa ada pemandu yang
menggerakkannya.
• Sebuah kapal terbang yang sedang terbang tinggi di
udara. Tentu anda yakin bahawa ada juruterbang yang
mengendalikannya.

Soalan: Kenapa anda begitu yakin bahawa kereta dan
kapal terbang itu mempunyai pemandunya? Mustahilkah
ia bergerak sendiri?
Baiklah, mari kita renungkan pula mengenai…
• Matahari, bulan, bintang dan planet yang bergerak di

orbit masing-masing tanpa berlaku pelanggaran.
• Malam dan siang yang silih berganti, bergilir-giliran

tanpa mendahului antara satu sama lain.
• Alam ini yang dipenuhi pelbagai makhluk hidup yang

sentiasa membiak dan menghuni di habitat masing-
masing.

Tarbiyah Made Easy!! 58

Soalan: Logikkah sistem makro dan mikro yang kompleks
ini wujud secara sendiri, kebetulan dan mengatur
perjalanannya sendiri?

Sistem Solar yang Makro Sistem Zarah yang Mikro

Bukankah ini menunjukkan bahawa di sebaliknya
terdapat Tuhan yang mencipta dan mengatur segala yang
berlaku? Iaitu Allah Taala!
Baiklah, cuba bayangkan jika tiada kekuasaan yang
mencipta dan mengatur segala makhluk tersebut.
Apakah yang bakal terjadi?
• Tentu matahari, bulan, bintang dan planet akan

berhenti bergerak atau terkeluar dari paksinya, lalu
saling berlanggar.
• Siang dan malam berhenti dari bergilir dengan teratur.
• Alam ini dan semua makhluk akan hancur binasa.
• Jika Pencipta makhluk tiada, sudah tentu makhluk
pun tidak wujud.

Tarbiyah Made Easy!! 59

Oleh demikian, amat mustahil Allah Taala tidak wujud,
kerana sesuatu yang tiada, tidak mungkin mampu
melakukan sesuatu!

Firman Allah Taala:

DCBA@?>= <;:
K J I H GF E

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka
telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau
adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu?
(Sudah tentu tidak,) Bahkan mereka adalah orang-
orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang
mereka pernah mengakuinya).

(At-Thur 52: 35-36)

Tarbiyah Made Easy!! 60

2. BAGAIMANA KITA TAHU SIFAT-SIFAT ALLAH TAALA?
Dengan berfikir tentang penciptaan sebuah kereta, kita
akan mendapati bahawa:

• Badannya daripada logam: Jadi pembuatnya pasti
memiliki logam dan mampu membentuknya menjadi
komponen kereta.

• Cerminnya daripada kaca: Jadi pembuatnya pasti
memiliki kaca dan mampu membentuknya menjadi
cermin, tingkap dan lampu.

• Enjin dan Litar Elektrik: Jadi pembuatnya pasti
memiliki wayar dan komponen elektronik yang boleh
menyalurkan arus elektrik.

Lebih dari itu, pembuat kereta itu juga pasti memiliki:
• Kepakaran untuk membuat setiap komponen kereta.
• Kepakaran dalam teknologi kejuruteraan automotif.
• Kehendak untuk menghasilkan sebuah kereta

berdasarkan bahan yang ada padanya.
Begitulah caranya kita mampu mengenali serba sedikit
tentang sifat pembuat kereta tersebut.

Tarbiyah Made Easy!! 61

Seperti analogi di atas, maka kita juga boleh mengetahui
sebahagian sifat-sifat Allah Taala dengan berfikir tentang
makhluk ciptaan-Nya.
Pada masa dahulu, seorang Arab Badwi berkata untuk
membuktikan imannya:

“Sekiranya tahi unta menunjukkan adanya unta, 62
tapak kaki di jalanan menunjukkan adanya orang
yang melaluinya. Maka bumi yang bergunung-ganang
dan langit yang berbintang, tidakkah ia menunjukkan
wujudnya Tuhan Yang Maha Lembut lagi Amat
Mendalam Pengetahuan-Nya?
Firman Allah Taala:

3210/.- ,+*
:9 87654

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri
kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang
yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang
membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang
meyakininya.

(Al-Jaathiyah 45: 3-4)

Tarbiyah Made Easy!!

Firman Allah Taala:

('&%$#"!
3210/. -,+*)
>=<;:987654
EDCBA@?

LKJIHGF

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan
(pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-
kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-
benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian
juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit
lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di
bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari
berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa
Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda
(yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi
kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(Al-Jaathiyah 2: 164)

Tarbiyah Made Easy!! 63

Dengan berfikir dan merenung hakikat penciptaan
makhluk-makhluk Allah, kita dapati:
• Hikmah pada setiap makhluk,

maka Allah itu pasti Maha
Bijaksana (Al-Haakim).

• Kepakaran pada setiap
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Mendalam Pengetahuan-
Nya (Al-Khaabir).

• Kekuatan pada setiap
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Perkasa (Al-Qawiy).

• Kecantikan pada setiap
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Membentuk Rupa lagi
Cantik Ciptaan-Nya
(Al-Musawwar Al-Badi').

Tarbiyah Made Easy!! 64

• Petunjuk pada setiap makhluk,
maka Allah itu pasti Maha
Memberi Petunjuk (Al-Haadi).

• Kehidupan pada setiap
makhluk, maka Allah itu
pasti Maha Menghidupkan
(Al-Muhyi).

• Pengetahuan pada setiap
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Mengetahui (Al-'Aalim).

• Pemeliharaan pada setiap 65
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Memelihara (Al-Haafiz).

Tarbiyah Made Easy!!

• Pengurusan rezeki pada setiap
makhluk, maka Allah itu pasti
Maha Memberi Rezeki
(Al-Razzaaq).
• Sistem yang bersepadu dan
konsisten pada setiap makhluk,
maka Allah itu pasti Maha Esa
(Al-Wahiid).

Tarbiyah Made Easy!! 66

3. BERFIKIR TENTANG MAKHLUK SAHAJA TIDAK CUKUP
Dengan berfikir tentang ciptaan Allah sahaja, kita masih
belum mampu ketahui kesemua sifat-sifat Allah Taala.
Jika melihat pada sebuah kereta, kita belum tahu semua
sifat pembuat atau pemiliknya:
• Adakah dia seorang pemurah atau bakhil?
• Tinggi atau rendah?
• Baik atau jahat?
Begitulah juga bagi Allah Taala, masih banyak lagi sifat-
Nya yang belum diketahui, melainkan dikhabarkan oleh-
Nya sendiri.
Oleh sebab itulah, diutuskan para Rasul kepada manusia.
Melalui perantaraan mereka, Allah Taala mengajar kita
tentang hakikat sebenar diri-Nya.

Firman Allah Taala:

àÁ À¿¾½¼»

…sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberi tahu kepadanya)…

(Al-Baqarah 2: 255)
Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 67

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Kejadian alam semesta ini sudah cukup membuktikan
kewujudan Tuhan. Namun, kenapa masih ada
golongan yang menafikannya?
(Terpedaya dengan teori kebetulan dan evolusi, tidak
menerima Tuhan yang tidak dapat dilihat, tidak
saintifik. Namun, mereka tidak dapat menolak
terdapat suatu kuasa “nature” yang dikatakan
mengatur alam ini)

ii. Terdapat ramai manusia yang percaya kewujudan
Tuhan Semesta Alam (Rububiyah), namun kenapa
mereka masih tidak beriman kepada Allah Taala
(Uluhiyah)?
(Tidak beriman dengan para Rasul-Nya yang
mengenalkan manusia dengan Allah Taala;
kepentingan Rasul kepada manusia)

Tarbiyah Made Easy!! 68

* MANUSIA DIPERMUDAHKAN UNTUK
MENERIMA ILMU PENGETAHUAN

TOPIK PERBAHASAN

MULA

1. KEISTIMEWAAN TAMAT
MANUSIA

2. BAGAIMANA 3. PERANAN WAHYU
MANUSIA

MENDAPATKAN ILMU?

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 3: Fasal Kedua (2)

Tarbiyah Made Easy!! 69

1. KEISTIMEWAAN MANUSIA
Soalan: Apakah keistimewaan manusia berbanding
hidupan yang lain?
Terlalu banyak keistimewaan manusia berbanding
hidupan lain. Dan mungkin keistimewaan yang paling
penting bagi manusia adalah Ilmu Pengetahuan.

Ilmu Pengetahuan merupakan ciri
istimewa bagi manusia.

2. BAGAIMANA MANUSIA MENDAPATKAN ILMU?
Sebagai makhluk istimewa, Allah SWT mengurniakan
manusia dengan pelbagai keupayaan untuk mendapatkan
Ilmu Pengetahuan.
Keupayaan-keupayaan ini dianugerahkan Allah Taala
kepada manusia melalui organ-organ yang begitu
kompleks, hebat dan indah penciptaannya, sehingga
memudahkan kita menerima pelbagai Ilmu pengetahuan.

Tarbiyah Made Easy!! 70

Soalan: Apakah keupayaan-keupayaan tersebut?

Keupayaan Merasai Keupayaan
Rasa yang Berbeza Mengetahui Berat

dan Keadaan
Permukaan

Keupayaan Mengesan Keupayaan Melihat
Bau Bentuk, Warna dan

Gambar

Keupayaan Mengesan Kekuatan Memahami
Bunyi dan Berfikir

i. Keupayaan Merasai Rasa yang Berbeza
Sebuah organ unik bernama lidah dicipta oleh Allah
SWT untuk membezakan antara rasa manis, pahit,
masam, masin dan pelbagai jenis peringkat rasa.
Allah SWT telah melengkapkan lidah dengan sel-sel
rasa, iaitu sel-sel kecil yang dicipta untuk mengesan
rasa dan membezakan tahap rasa sesuatu.

Tarbiyah Made Easy!! 71

Jika Allah yang Maha Pencipta
tidak mencipta sel rasa ini,
manusia tidak dapat menikmati
sebarang kesedapan makanan.
Fungsi deria rasa ini hanya
melibatkan makanan yang sampai
ke lidah kita. Apabila makanan
meresap dalam air liur, barulah
kita dapat merasai makanan
tersebut.
ii. Keupayaan Mengetahui Berat dan Keadaan Permukaan
Sebuah organ seni, teliti penciptaannya dan tersusun
rapi bernama kulit telah dicipta oleh Allah SWT untuk
tujuan di atas.
Kulit mengandungi sel-sel hidup. Melaluinya manusia
dapat merasai berat sesuatu jisim yang diletakkan di
atas kulit. Juga dapat mengetahui keadaan permukaan
sesuatu jisim samada tajam, licin, kasar, keras, lembut
atau cair.

Tarbiyah Made Easy!! 72

Allah SWT menjadikan sel-sel ini agar dapat mengesan
perkara tersebut sepertimana sel-sel lidah dapat
merasa. Sedangkan, asalnya kejadian manusia daripada
sel yang sama dan dari makanan yang sama.
Fungsi deria ini hanya melibatkan benda yang disentuh
oleh kulit, iaitu dengan sentuhan yang memadai.
Jika Allah yang Maha Pencipta tidak mencipta sel-sel
ini, kita tentu terdedah kepada bahaya terbakar,
terluka atau terpotongnya anggota badan tanpa
disedari.
iii. Keupayaan Mengesan Bau

Organ deria bau membolehkan manusia menghidu
pelbagai bauan daripada pelbagai bahan.

Organ yang unik dan seni penciptaannya ini wujud
pada dinding hidung sebelah dalam. Ia mengandungi
jaringan besar sel bau yang berupaya mengesan
pelbagi bauan wangi dan busuk.

Tarbiyah Made Easy!! 73

Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk mencipta sel
bau, kita selama-lamanya tidak akan mengetahui
kewujudan bauan wangi dan busuk.
Kita juga tidak akan tahu kepelbagaian bahan dan
jenisnya. Tanpanya kita tidak dapat menikmati
kelazatan bau-bauan makanan yang membuka selera.
Fungsi deria ini bagaimanapun terhad dalam lingkungan
10 meter, dan hanya dapat mengesan benda yang
mempunyai bau.
iv. Keupayaan Melihat Bentuk, Warna & Gambar

Deria penglihatan, iaitu pada organ mata terdiri
daripada beberapa bahagian yang Allah SWT ciptakan
dengan penuh kesempurnaan, teliti dan tertib.
Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bentuk, warna
dan imej.

Antara bahagian yang terpenting ialah retina yang
salah satu lapisannya terdiri daripada 30 juta saraf
dan 3 juta kon. Ia berfungsi menerima pelbagai imej.

Tarbiyah Made Easy!! 74

Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk menjadikan
saraf mata dan kon ini, tentu kita akan buta, tidak
dapat melihat apa-apa.
Walaupun kecil, mata kita dapat melihat sesuatu objek
pada jarak ratusan kilometer. Kita juga dapat melihat
kilauan bintang-bintang di langit secara kasar.
Namun, tahap penglihatan kita terhad kepada jenis
cahaya (pancaran) tertentu. Contohnya, kita tidak
mampu melihat gelombang radio.
Manusia menggunakan akal telah mencipta peralatan
canggih seperti mikroskop yang dapat melihat objek
kecil, tapi skop penglihatannya masih terbatas
kemampuannya.

Penglihatan manusia
terbatas, kita

memerlukan alat
bantuan untuk

melihat sesuatu yang
tidak mampu dicerap

oleh mata kasar.

Manusia juga masih belum mampu melihat objek yang
berada di sebalik tabir atau dinding secara terus,
kecuali menggunakan kamera yang dipancarkan dari
tempat tersebut.

Tarbiyah Made Easy!! 75

v. Keupayaan Mengesan Bunyi
Deria pendengaran membolehkan manusia mengenal
bunyi-bunyian serta tahap kekuatan dan
kenyaringannya.
Untuk tujuan tersebut, Allah SWT telah menciptakan
organ yang sempurna, tertatur dan sistematik, iaitu
telinga. Dengan telinga kita dapat mengesan benda
yang tidak dapat dilihat atau dirasai.

Walaupun terbatas pada jarak yang dekat, namun
telinga merupakan pintu penting kepada pengetahuan
manusia. Kita dapat mengetahui pelbagai perkara yang
tidak dapat dilihat oleh mata atau dikesan oleh
pancaindera yang lain.
Melalui telinga kita dapat mengetahui perkhabaran dari
negara lain, mendengar hasil penemuan cerdik pandai,
mengetahui perkara ghaib.

Tarbiyah Made Easy!! 76

Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk mencipta
telinga ini, manusia tidak akan dapat bercakap-cakap
antara mereka dan sifat tolong-menolong tidak akan
wujud. Negara dan masyarakat juga tidak akan
terbentuk dengan sempurna.
v. Keupayaan Memahami & Berfikir
Akal berfungsi membezakan antara kebenaran dan
kebatilan, kemudaratan dan kebaikan. Ia juga
membezakan antara manusia dan haiwan.

Walaupun haiwan juga mempunyai lima pancaindera
seperti manusia, malah lebih kuat seperti deria bau
anjing atau deria penglihatan helang, namaun akal
manusia lebih istimewa.

Dengan menggunakan akal, manusia dapat
menggunakan segala kebaikan yang ada di bumi.
Mereka dapat terbang di udara, menyelam di dalam air
dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dengan
bantuan oleh lima pancaindera.

Tarbiyah Made Easy!! 77

3. BATASAN AKAL MANUSIA
Soalan: Apakah terdapat batasan terhadap akal manusia?

Walau sehebat manapun
akal manusia, namun
fungsinya tetap terbatas
kepada pancaindera dan
kekuatan imaginasinya.

Manusia hanya mampu memikirkan perkara yang dapat
dicapai oleh pancainderanya sahaja.
Bayangkan seorang yang tidak memiliki deria penglihatan,
pendengaran, bau, rasa, sentuhan dan tidak dapat
berkhayal tentang sesuatu, mampukah dia mengetahui
keadaan sekelilingnya atau mendapatkan pengetahuan?

Ketika itu, dia sama seperti benda yang tidak bernyawa.
Walaupun mempunyai akal yang dapat berfikir dan
mentadbir, tapi akal tidak mampu berfungsi kerana segala
pintu ilmu pengetahuan telah tertutup.

Tarbiyah Made Easy!! 78

Oleh itu, akal tidak dapat mengetahui secara mutlak
(dengar berfikir sendiri):
i. Permulaan kewujudan manusia
ii. Kenapakah kita diciptakan di dunia ini?
iii. Siapakah Pencipta manusia dan alam ini? Apakah

perkara yang diredhai dan dimurkai oleh-Nya?
iv. Kenapa manusia dimatikan? Ke manakah kita akan

pergi selepas kematian?
v. Apakah jalan atau sistem kehidupan terbaik yang

mampu menjamin kebahagiaan hidup manusia di
dunia dan akhirat?
Soalan: Mengapa begitu?
Ini kerana semua perkara tersebut berada di luar
kemampuan pancaindera manusia…

Tarbiyah Made Easy!! 79

4. PERANAN WAHYU
Soalan: Jadi, bagaimana manusia mampu menjawab
persoalan-persoalan tersebut?
Memandangkan akal manusia terbatas, sedangkan Allah
Yang Maha Mencipta ingin menyempurnakan ilmu manusia
agar berguna kepada kehidupan dan kewujudannya.
Maka, Allah SWT menurunkan wahyu dan mengutuskan
para Rasul AS kepada sekalian alam untuk menunjukkan
mereka ke arah Jalan-Nya.

Firman Allah SWT:

ÑÐ Ï Î Í Ì Ë Ê É È
ÕÔÓÒ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang
menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada), dan
mengadakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan
hati (untuk kamu bersyukur, tapi) amatlah sedikit
kamu bersyukur.”

(Al-Mulk 67: 23)

Allah SWT menggunakan perkataan “hati” untuk
menunjukkan “kekuatan kesedaran”. Dari ayat ini juga
kita dapati bahawa pendengaran, penglihatan dan hati
adalah wadah terpenting untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan.

Tarbiyah Made Easy!! 80

543210/.-,
@ ? > = <; : 9 8 7 6

DCBA

Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran
kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta
penglihatan kamu, dan Dia pula memeterai atas hati
kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa
mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana
Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda
kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada
itu, mereka tetap juga berpaling – engkar.

(Al-An’am 6: 46)

¯®¬ «ª©¨§
´³ ²±°

º¹¸¶µ

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada
kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan
kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu
(iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami
kepada kamu, dan membersihkan kamu (daripada
amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu
kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah Kebijaksanaan,
dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

(Al-Baqarah 2: 151)

Tarbiyah Made Easy!! 81

8765 43210
:9

Maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan
mengerjakan solat secara lebih sempurna),
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang
kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah 2: 239)

Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 82

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Apakah yang dapat difahami daripada tadabbur
terhadap ayat di bawah?
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
Jahannam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti
keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.
(Al-A’raf 7: 179)

ii. Mengapakah berilmu diutamakan sebelum beramal?
(Memulai sesuatu amal dengan Ilmu dapat
membangkitkan keyakinan; menghindarkan keraguan
& menuntun kepada benarnya amalan)

Tarbiyah Made Easy!! 83

* BOLEH DILIHAT BUKAN SYARAT
UNTUK BERIMAN

TOPIK PERBAHASAN

1. MATA MANUSIA
TIDAK BOLEH

MELIHAT SEMUA
BENDA

2. BAGAIMANA TAMAT
YAKINI SESUATU
YANG BERLAKU DI
LUAR PENGLIHATAN

3. BAGAIMANA 4. KAUM TERDAHULU
BERIMAN DENGAN YANG INGIN MELIHAT
TUHAN YANG TIDAK
ALLAH
DAPAT DILIHAT?

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;
Jilid 3: Fasal Ketiga (3)

Tarbiyah Made Easy!! 84

1. MATA MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT SEMUA BENDA
Soalan: Adakah mata kita dapat melihat semua benda?
Tidak! Kemampuan mata manusia untuk melihat dan
menyaksikan sesuatu sangat terbatas, contohnya:
• Mata tidak mampu melihat benda di sebalik objek

legap (seperti dinding dll).
• Mata tidak mampu melihat udara yang meliputi kita.
• Mata tidak dapat melihat graviti bumi.
• Mata tidak mampu melihat melihat atom-atom dan

strukturnya.

02 C02 02 C02
02 C02 02

Apa yang Graviti
terdapat di
sebalik kotak ini?

Kesimpulannya, banyak benda yang tidak dapat dilihat
dengan mata, tapi sebenarnya wujud di sekeliling kita

Tarbiyah Made Easy!! 85

2. BAGAIMANA KITA MEYAKINI SESUATU YANG BERLAKU
DI LUAR PENGLIHATAN?

i. Kita mengetahui kewujudan perkara itu melalui kesan
yang berlaku:

• Objek yang dilemparkan ke
atas pasti jatuh ke bawah.
Ini membuktikan wujudnya
tarikan graviti bumi.

• Daun-daun pokok bergerak
melambai-lambai, pasti
ada angin yang bertiup.
Rumah pun boleh roboh
disebabkan ribut kencang.

• Wujudnya akal memberi
kewarasan kepada manusia,
dengannya kita dapat
menilai dan berfikir secara
rasional. Orang gila pula
telah hilang akalnya, sebab
itu dia melakukan perkara
yang tidak masuk akal.

Kita percaya kewujudan semua perkara ini, walau tiada
seorangpun yang pernah melihat bagaimana rupa bentuk
graviti, angin dan akal itu.

Tarbiyah Made Easy!! 86

ii. Kita yakin kewujudan sesuatu dengan mendengar dari
sumber yang dipercayai.
• Guru geografi menceritakan tentang wujudnya tempat-

tempat bernama Amerika, Russia, India, Australia dan
lain-lain. Sedangkan, dia sendiri belum pernah pergi ke
sana dan melihatnya.
• Seorang doktor mengesyorkan sejenis ubat untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit. Kita terus
percayakannya, tanpa meminta bukti bahawa ubat itu
pernah menyembuhkan penyakit tersebut.

Begitulah sikap kita kepada cerdik pandai dan pakar yang
memberitahu kita tentang sesuatu yang mereka ketahui,
tetapi kita tidak pernah melihatnya. Kita yakin mereka
telah merujuk sumber yang benar dan boleh dipercayai.
Soalan: Bagaimana pula perihal ketuhanan? Siapakah pula
rujukan yang dipercayai?

Tarbiyah Made Easy!! 87

3. BAGAIMANA BERIMAN DENGAN TUHAN YANG TIDAK
DAPAT DILIHAT?

Keimanan kepada Allah Taala dapat dicapai menggunakan
cara yang sama seperti yang disebutkan sebelum ini:

i. Melalui kesan keagungan Allah dan makhluk ciptaan-
Nya yang menjadi cerminan kepada kekuasaan Allah
Taala. Kesan tersebut memenuhi langit dan bumi ini.

ii. Melalui perantaraan risalah Allah yang diturunkan
sepanjang sejarah manusia. Risalah ini disampaikan
kepada manusia melalui para Rasul yang suci dan
wahyu-Nya yang agung.

Firman Allah Taala:

ÕÔÓÒ ÑÐÏÎÍ ÌË
à ßÞÝÜ ÛÚÙ Ø×Ö

âá

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa
Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan
wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari
sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja),
atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu
utusan itu menyampai wahyu kepadanya dengan izin
Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya
Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

(As-Syura 42: 51)

Tarbiyah Made Easy!! 88

4. KAUM TERDAHULU YANG INGIN MELIHAT ALLAH

Soalan: Adakah terdapat kaum terdahulu yang
meletakkan syarat untuk beriman kepada Allah dengan
melihat-Nya?

Ada, iaitu kaum Nabi Musa AS.

Firman Allah Taala:

¤£¢¡‫{|}~ﮯ‬z
©¨§¦¥

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai
Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga
kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan
mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar
petir, sedang kamu semua melihatnya.

(Al-Baqarah 2: 55)
Bahkan Nabi Musa AS sendiri pernah meminta untuk
melihat Allah Taala. Hal ini diceritakan dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala:

¨§¦¥ ¤£¢¡‫ﮯ‬
´ ³ ² ± ° ¯ ® ¬ «ª ©
¾½ ¼»º¹¸¶ µ

Tarbiyah Made Easy!! 89

Ç Æ Å ÄÃ Â Á À ¿

ÎÍÌË ÊÉÈ

Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami
telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata
dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan)
berkata: “Wahai Tuhanku! Perhatikanlah kepadaku
(Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-
Mu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan
sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung
itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya,
nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”. Setelah
Tuhannya “Tajalli” (menzahirkan kebesaran-Nya)
kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan
gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh
pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia:
“Maha Suci Engkau (wahai Tuhan-Ku) aku bertaubat
kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama
beriman (pada zamanku).

(Al-A’raaf 7: 143)

Tarbiyah Made Easy!! 90

Begitu lemah mata manusia yang tidak mampu melihat
terus kepada pancaran matahari walau hanya seminit,
bagaimana ia mampu menanggung cahaya (nur) Allah
sekiranya dizahirkan Dzat-Nya yang Maha Agung?

Nabi Musa AS yang seorang Rasul sahaja tidak berupaya
menanggung kesan tajalli Allah ke atas bukit, apatah lagi
manusia lain?

Wallahu a’lam…

Tarbiyah Made Easy!! 91

DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Terbukti bahawa tidak semua fenomena yang wujud
di alam ini dapat dilihat oleh mata. Selain contoh-
contoh yang diberikan, senaraikan fenomena lain.
(Kuasa eletrik, daya – tarikan, tolakan, inertia,
geseran dll)

ii. Apakah kesimpulan daripada perbincangan tajuk ini?
(Itulah Iman; iaitu meyakini & mempercayai sesuatu
yang ghaib/tidak dapat dicerap dengan pancaindera
seperti Allah Taala, Malaikat, Azab Kubur, Hari
Akhirat, Syurga, Neraka dll)

Tarbiyah Made Easy!! 92

SEKIAN

Nantikan siri kedua ebook ini yang bakal membimbing
anda secara praktikal kaedah ma’rifatullah melalui
tafakkur dan tadabbur alam.
Terima kasih.
EbookTarbiyah.Com
“Tarbiyah Made Easy!!”

Tarbiyah Made Easy!! 93

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK
INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:
RM4.50 SAHAJA KEPADA
AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected]
Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website
EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK
INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI
SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,
AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.
SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. 

Tarbiyah Made Easy!! 94


Click to View FlipBook Version