The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL ANIS SYOBIRIN
MPU3062 - UNIT BERUNIFORM
AMBILAN JUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 516-12-anis, 2022-09-18 12:21:03

MPU3062 FOLIO PPIM

NURUL ANIS SYOBIRIN
MPU3062 - UNIT BERUNIFORM
AMBILAN JUN 2021

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN PPIM
 UNIFORM PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH

 UNIFORM PUTERI ISLAM SEKOLAH MENENGAH

43

 UNIFORM PEMIMPIN / JURULATIH
 UNIFORM PUTERI PELATIH IPT

44

TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI

ALAM PENGENALAN
SEKITAR & PPIM

AGAMA KEROHANIAN

PERTOLONGAN PENGISIAN KESIHATAN &
CEMAS KURIKULUM 8
BIDANG ASAS TUGAS
REKREASI & AKTIVITI PPIM PEMBANGUNAN
AKTIVITI
LUAR DIRI

KEMAHIRAN KELUARGA

&

MASYARAKA
T

45

TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI

1 Pengenalan PPIM Tatacara perjumpaan

1.4 Sejarah

1.5 Falsafah

1.4 Objektif

2 Kerohanian Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran danHadis melalui

Aktiviti Kritis.

2.8 Kenabian dan Nabi-Nabi

2.9 Malaikat

2.10 Sifat 20

2.11 Asma Ul-Husna

2.12 Al-Quran

2.13 Hadith (mengenai berbagai topik)

2.14 Ayat Al-Quran

o An Nissa (tentang berbagai topik)

o Luqman (tentang berbagai topik)

o Maryam (tentang berbagai topik)

2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi

2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran

3 Kesihatan dan Tugas 3.1 Maksud Kesihatan

Pembangunan Diri 3.2 Citra (Imej) Diri

3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal)
 Penjagaan kulit muka.
 Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan rambut.

3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin
 memilih / mendobi / menjaga
 merawat, menghilang tanda

3.2.3 Penampilan Diri
 cara duduk, berjalan, bercakap

3.3 Pembangunan Diri

3.3.1 Perubahan diri (remaja)

3.3.2 haid

3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan

3.4 Makanan Dan Pemakanan

46

3.4.1 Asas Pemakanan
3.4.2 Kandungan dan nilai.

 pilihan makanan :
o makanan untuk mandiri
o makanan segera
o makanan untuk orang sakit.
o makanan untuk kanak-kanak.
o sarapan.
o cara memasak
o cara menghidang
o cara mengemas dan membersih
4 Keluarga dan Masyarakat 4.1 Kitaran Hidup

4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-cirisetiap peringkat.
4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenissetiap peringkat.
4.2 Pengenalan diri

4.2.1 Siapa saya

4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita

4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri

4.3 Khidmat Masyarakat

4.3.1 Gotong-royong

5 Kemahiran 4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai
4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak- anak yatim.
4.3.4 Hospital, kanak-kanak cacat /istimewa.
5.1 Seni dan Budaya

5.1.1 Seni pertahankan diri

o silat

o taekwando

o tai chi

5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis)

o Drama

o Pantomin

o Seni Suara:-

o nyanyi

o koir

47

o nasyid
o lagu patriotik
o Sketsa
o Puisi:-
o Sajak
o syair
o gurindam
o pantun
o Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik.
5.1.3 Seni halus
o Tekat
o Sulaman
o Jahitan (asas)
o Sembat
o Jelujur
o Merangka pola
o Tampal jerumut
o Jahitan manik
o Tenunan
o Anyaman
o Bakul
o Ketupat
o Tikar
o Saji
o Membatik
o Cap canting
o Ikat
o Celup
o Ukiran
o Buah
o Kayu
o Sabun
o Seramik termasuk hiasan

48

o Cengkerang
o Lipatan
o Origami
o Kain
o Surviette
o Gubahan
o Buah
o Riben
5.1.5 Seni Cetak
o T-Shirt
o Kad
o Proses percetakan, penjilidan,Roses top

publishing
5.1.5 Seni Lukis

o Kolaj
o Catan
o Lukisan
o Seni khat
5.2 Celik Komputer
5.2.1 Asas
5.2.2 Grafik
5.2.3 Typesetting
5.3 Pengurusan Rumah Tangga
5.3.1 Menjaga/mengemas/membersih (dalam rumah)
o bilik tidur
o dapur
o tandas
o stor
5.3.2 Menjaga dan membersih (luar rumah)
o Taman (landskap)
o Kolam Ikan
o Kolam renang
o Air pancut mini
5.3.3 Hiasan Dalaman
o Skima warna

49

o Pilihan Fabrik
o Mengatur Perabot
o Menjaga perhiasan (tembaga, perak)
o Menjaga kaca & cermin
o Menjaga tikar getar, Jerami, plastik, permaidani, pandan,

mengkuang.
5.4 Ekonomi
5.4.1 Merancang ekonomi
5.4.2 Asas Perniagaan
6 Rekreasi dan Aktiviti Luar 6.1 Perkhemahan

o mendirikan khemah
o ikatan
o gajet
o masakan
o kawad
6.2 Aktiviri Luar
6.2.1 Sukan dan Permainan
o Dalam (catur, saidina, shahiba, dart)
o Luaran
• Gelanggang (Bola Jaring, Bola Tampar dll)
• Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat tinggi dll)
• Tradisional (congkak,Seremban,galah Panjang)
6.2.2 Kembara / Orienteering
o mendaki gunung
o membaca kompas
o membaca peta
6.2.3 Aktiviti lasak
o Berkeno (Canoeing)
o Berakit
o Flying fox
o Rope Crossing
o River Crossing
o Absailing
o Memanah
o Berkuda
o Berbasikal Lasak

50

7 Pertolongan Cemas o Mendaki
8 Alam Sekitar o Menembak
6.2.4 Sukan/air
o Berenang
o Snorkeling
o Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir)
o Berkelah
7.1 Memahami tentang Kecederaan danRawatan
7.2 Alat dan Bahan Berbahaya : Tahu cara penggunaan

dan penjagaan yang betul.
7.3 Anduh dan balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas
7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah yang

berpunca daripada kelalaian
7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam & di luar rumah
7.7 Cara memberi rawatan kecemasan
7.8 Mendapat Pendedahan & tahu melaksanakan
7.9 Tahu membantu teknik-tekik kelahiran kecemasan
7.10 Bersalin
8.1 Alam sekitar sebagai Kitabullah yang kedua
8.2 Alam sekitar sebagai amanah
8.3 Pencemaran dan degradasi alam sekitar dari sudut

Al-Quran
8.4 Pemeliharaan alam sekitar
8.4.1 Kitar semula

o kertas
o aluminium
o Komposting
8.4.2 Memelihara sungai/air
8.4.3 Memelihara hutan/tumbuhan
o menanam pokok
o membersih pantai, tepi sungai
8.4.4 Menjimat tenaga

51

RANCANGAN TAHUNAN PPIM

52

RANCANGAN MINGGUAN PPIM

53

PERKHEMAHAN
1. KRAF PERKHEMAHAN

1.1 PENGENALAN
1.1.1 KONSEP KHEMAH
Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima. Tempat perlindungan merujuk kepada
sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan sama ada yang diperbuat
daripada kanvas, nilon, dedaun, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu.
Aspek yang penting bagi tempat perlindungan tersebut adalah mampu
memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan
Berkhemah pula ialah merupakan aktiviti menginap di luar bangunan, sama
ada di halaman atau belakang rumah, di dalam hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup pada
ketika suatu masa dahulu. Selain itu, berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup
sama ada secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bererti anda menerima
atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan,
makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan perkhemahan. Aktiviti ini merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad
dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah turut menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.

1.1.2 KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar dan
perkhemahan. Dalam kraf perkhemahan, pengetahuan yang baik amatlah penting
dan perlu digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau
pengembaraan.

54

1.1.3 RASIONAL
- Melatih diri untuk mejadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran

alam semula jadi dan habitatnya.
- Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-

Nya.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan alam flora dan fauna yang

terdapat di muka bumi ini.
1.1.4 OBJEKTIF

- Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan.

- Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan.

- Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.

55

1.2 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
1.2.1 JENIS-JENIS KHEMAH

(i) Ridge tent:

- Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
- Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

(ii) Dome tent:

- Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
- Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan

seperti di sekolah dan sebagainya
(iii) Frame tent:

- Merupakan khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
- Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

56

(iv) Bell tent:

- Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. K
- Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis

“DOME”.

(v) Shelter:
- Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
- Shelter boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk.
- Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
- Terdapat 3 jenis shelter:

= Phonco-Lean-To: mudah dan cepat dibina. Diikat pada 2 batang pokok.
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala
arah angin.

= phonco tent: mudah dibina. Diikat antara 2 batang pokok. Shelter tertutup
pada 2 bahagian kiri dan kanan.

= one man shelter: mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang
kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman

57

1.2.2 PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH
(vi) Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan

khemah
(vii) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian
(viii) Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
(ix) Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang

lain dari memasuki khemah
(x) Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
(xi) Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas
(xii) Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
(xiii) Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan

1.2.3 PENJAGAAN KHEMAH
(i) Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah

berada dalam keadaan baik. letakkan sedikit pelincir bagi memudahkan proses
memasukkan atau mengeluarkan tiang atau pancang.
(ii) Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.
(iii) Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan
tersebut.
(iv) Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip
atau setelah selesai menggunakannya dan pastikan anda memeriksa setiap
kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
(v) Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
(vi) Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik atau dengan apa
cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
(vii) Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.
(viii) Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam
khemah dalam usaha mengelak daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

58

GAJET

1. KONSEP GAJET

(i) Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar,
pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah.
Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan
sebagainya supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi
tempat.

(ii) Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah
rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak
barang, rak dapur dan seumpamanya.

(iii) Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau
batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan
ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang
dibina menjadi kukuh dan selamat untuk digunakan. Gajet perkhemahan yang
terbaik ialah gajet yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

(iv) Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam
aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
= menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
= memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
= menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan

(v) Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
= mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara
teori dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan
= membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat
gotong-royong dalam kalangan ahli sekawan/patrol dalam suasana yang ceria
dan menyeronokkan

59

= mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan dijalankan.
= mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti, tenaga dan masa yang sesuai dan kondusif.
=menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan
mendirikan pagar mengelilingi tapak perkhemahan.
= meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas,
bersih, selesa dan menarik.
= dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan
perkakasan, peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya.
= melindungi bahan-bahan makanan sama ada bahan basah atau bahan
kering daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga
dan haiwan.
= memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan
tanpa sebarang masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan,
senang mencari maklumat serta barangan dan peralatan yang telah diletakkan
atau disimpan di tempat yang sesuai.
= menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan kenangan yang
tidak mudah dilupakan.

60

2. FAEDAH MENDIRIKAN GAJET
Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
= mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
= menjimatkan kos
= alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
= barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
= menambahkan pengetahuan dan pengalaman
= memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin

3. KAEDAH MENDIRIKAN GAJET:
= ringkas dan praktikal dengan penggunakan bahan dan peralatan yang
minimum
= senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna
= menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang dibekalkan
tanpa memerlukan kos yang tinggi
= menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
= susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan
= jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak

61

4. BAHAN-BAHAN UNTUK MENDIRIKAN GAJET
= sebelum sesebuah gajet dibina, beberapatan peralatan dan bahan perlu
disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-
jenis gajet yang akan dibina
= antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah:
(i) Parang
(ii) Gergaji
(iii) Tali (tali rafia, rami, manila, rotan, dawai atau akar)
(iv) Buluh (sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah dibelah
atau boleh juga yang terpakai)
(v) Kayu yang berukuran diameter antara 10 hingga 18 cm
(vi) Kayu yang berukuran diameter antara 18 hingga 22 cm
(vii) Ranting dan dahan pokok (sama ada lurus atau bercabang)
(viii) Tin-tin kosong
(ix) Batu-bata
(x) Plastic
(xi) Zink
(xii) Papan
(xiii) Kad manila
(xiv) Dedaun

62

5. JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA.
= gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis
gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun,
gajet perlu didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu yang telah
ditetapkan di dalam jadual perkhemahan
= antara gajet yang boleh dibina ialah:
(i) Tiang bendera
(ii) Pagar
(iii) Pintu gerbang
(iv) Papan kenyataan
(v) Ampaian
(vi) Pangkin, tempat duduk dan meja
(vii) Rak kasut
(viii) Rak dapur
(ix) Rak barang
(x) Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
(xi) Gajet dapur
(xii) Alas atau rak untuk meletak beg pakaian
(xiii) Menara kawalan

63

5.1 Tiang bendera

= tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan
bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera.
Walau bagimanapun, penghasilannya adalah bergantung kepada sumber
bahan yang ada.

= terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan ppim.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang
atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Malaysia, bendera negeri dan bendera ppim, manakala satu lagi berupa tiang
bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di
dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
5.2 Pagar:
= gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah
kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar
= pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang
dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh,
jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agar rapat sekitar dua meter
antara satu pancangan.

64

= Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan
pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
5.3 Pintu gerbang:

= gajet pintu gerbang merupakan satu daripada geajet yang amat penting
dibina dalam aktiviti perkhemahan. selain sebagai pintu masuk ke dalam
kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akanberperanan sebagai
pusat kawalan disamping sebagai tempat untuk memasang bendera Sekawan
atau Patrol.

= pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan
bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk
mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang yang
didirikan agak besar dan cantik.
= Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu
gerbang ialah:

(i) Beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) Tali (sama ada rami, jut atau rafia)
(iii) Cangkul, parang dan gergaji

65

(iv) Tangga (jika ada)

5.4 Papan kenyataan:
= Gajet ini dibuat bagi mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat
berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau
gambar rajah kawasan perkhemahan Sekawan / Patrol dan maklumat-
maklumat lain yang berkaitan
= Saiz papan kenyatan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan
sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan
itu terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti ppim amat diperlukan
untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan
kenyataan berkenaan.
= Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-
bahan lain yang bersesuaian.

5.5 Ampaian:
= Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada
kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapaun, gajet ampaian yang baik ialah
gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang
pokok yang hidup.
= Oleh itu, gajet ampaian digalakkan untuk didirikan di kawasan lapang
khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di
bahagian belakang kawasan khemah kumpulan.
= Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau
buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.

66

5.6 Pangkin, tempat duduk dan meja:
= gajet ini dibuat untuk dua fungis. Pertama, sebagai meja makan dan kedua
sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan / Patrol
= kebiasaannya, gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang
membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah
kumpulan.

5.7 Rak kasut:
= gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam
kawasan perkhemahan tersebut. tempat yang paling sesuai untuk membina
rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan
dengan pintu khemah.
= gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu
berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan
simpulan dan ikatan yang sesuai.

67

6. Rak dapur atau tempat memasak:
= rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang
paling penting perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni
tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.
= gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya
digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet
yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan
batu atau tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet dapur
ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluh, batu bata, dawai, tanah
kering dan kawasan berbukit.

1.8 Rak barangan dapur
= gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet
atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang
dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun dan air. Untuk
menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.

68

1.9 Rak tempat menyimpan makanan:
= gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di
dalam kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai
digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet
jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
= Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama
penutup yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam.
= Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua
atau empat, tali dan plastic atau dedaun kering yang bersesuaian.

1.10 Tempat buangan sampah (sisa makanan) dan sampah kering:
= Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga kebersihan kawasan
khemah. Gajet buangan sampah basah atau sampah kering boleh dibina di
atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di
tanah.
= Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang
berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat
dan serangga lain mengerumuni atau berkumpul dalam tempat sampah.

69

70

IKHTIAR HIDUP
• Ikhtiar hidup dikenali sebagai survival yang dimaksudkan sebagai suatu situasi atau

keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan
kehidupan, terutamanya semasa mengikut aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit
dan gunung.
• Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan
untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan
hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar
yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi
ancaman semasa menjalani aktiviti luar seperti perkhemahan.

• Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
• Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada

peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti.Tambahan
pula, kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebakan
situasi ikhtiar hidup.
• Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko bakal ditempuhi sepanjang aktiviti luar
dilaksanakan.

71

• Prinsip ikhtiar hidup:

i. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan berkaitan soal nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh
membahayakan keselamatan. Misalnya, mengelakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup
akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.

ii. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa
ke semasa sebagal ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah
berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak
menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan
semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan
dan nisiko yang dihadapi.

iii. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa
berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap
masalah yang sedang dihadapi.

iv. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar
segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan
membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.

72

i. Masakan Solar:
a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan

peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga
pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan.
Antaranya ialah:
- mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam
- mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak

makanan
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam
- pelekat kertas/ paper binding tape
- plastik lut sinar tali rapia, dan
- tiga batu kecil diletak di bawah penuk semasa memasak

73

74

ii. Masakan Rimba:
a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di

dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar

namun ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar
hidup semasa berkhemah.

c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh,
kerajang aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.

d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan
- bekas makanan/ minuman
- memasak makanan

e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh seperti nasi atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak
dengan sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah

Rajah 1

75

iii. Membuat perangkap:

a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau
binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di
dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut; perangkap kurungan

b. Perangkap atau jerat pelanduk:

- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-
bahan yang perlu disediakan ialah:

(i) kayu pelentik:
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai
(iii) kayu cabang berbentuk "Y" yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
(iv) kayu pesawat dan
(v) alas pemijak

- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun daun. Daun-
daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.

c. Perangkap atau jerat ayam hutan;

- Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat
sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak. Antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:

(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
(ii) dua batang kayu yang bercabang
(iii) tali pesawat
(iv) dua batang kayu pelepas
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm, dan
(vi) beberapa batang kayu pemjak

76

- Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.

d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:

- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.
Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:

(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
(ii) umpan
(iii) tali pemberat tambahan
(iv) batang kayu penghempap
(v) dua batang kayu penghalang hadapan
(vi) dua batang kayu penghalang belakang
(vii) kayu pesawat
(viii) dua batang kayu pelepas, dan
(ix) beberapa balang kayu pemak

- Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk
mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung
berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.

e. Perangkap atau jerat kurungan:

- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan
hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak tenaga yang
digunakan. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:

(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dinding kayu alang tiang pintu
dan sebagainya

(ii) umpan
(iii) gelang rotan
(iv) kayu pesawat, dan
(v) tali pesawat

77

- Tiang tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memasikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

78

KEBUDAYAAN
TUJUAN

● Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara dan negeri
mengikuti protokol yang betul.

● Menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara semasa menyanyikan lagu
patriotik.

● Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu KRS
dengan baik.

PELAKSANAAN AKTIVITI
Panduan Mengajar Nyanyian

● Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek,
mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Melodi, irama dan
lirik yang menarik senang diingati.

● Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum
mengajar kepada para kadet.

● Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
● Nyayika lagu dengan pic yang senderhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
● Para jurulatih perlu bernyayi dalam keadaan menghadap para kadet supaya

mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
● Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya

walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah

79

NYANYIAN / LAGU PERKHEMAHAN

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

PERMAINAN

API UNGGUN
● Api uggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka.
● Api unggun dinyalakan saat malam hari.
● Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu tersebut
dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar.
● Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah dibakar,
duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.

ICE BREAKING
● Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses membentuk diri
mereka ke dalam pasukan.

80

● Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan untuk
"memanaskan” kumpulan dengan membantu ahli-ahli mengenali antara satu sama
lain.

● Mereka sering memberi tumpuan kepada berkongsi maklumat peribadi seperti
nama, hobi dan lain-lain.

PERMAINAN TRADISIONAL
● Pertandingan permainan tradisional seperti ‘Batu Seremban’ dan ‘Congkak’
diadakan.
● Semua peserta melibatkan diri dengan pertandingan.

SARANG GAGAK
● Permainan ini terdiri daripada 3 orang.
● Pemain mesti berpusing supaya punggung saling berhadapan dan memaut lengan
untuk membentuk bulatan 3 orang.
● Setelah berada dalam bulatan ini, mereka mesti berpusing perlahan dalam satu
bulatan.
● Sekiranya mereka tidak dapat menjumpai sarang burung gagak, mereka akan
keluar.

MALAM KEBUDAYAAN

Definisi :Merupakan acara kemuncak yang terdapat pelbagai aktiviti bagi tujuan
menghibur.

Tujuan adalah untuk mengurangkan rasa bosan selepas penat berkhemah.

TARIAN BOLLYWOOD

● Pakaian bertemakan bollywood.
● Penggunaan alat muzik gitar dan sebagainya.
● Tarian yang disertai oleh semua ahli kumpulan.

81

TARIAN TRADISIONAL

● Pilihan muzik tradisional yang sesuai dan menarik.
● Contoh tarian tradisional : Inang, Joget, Endang, Sumazau dan sebagainya.
● Berpakaian mengikut tema tarian.

SKETSA CERITA RAKYAT

● Sketsa cerita rakyat yang berunsur teladan.
● Boleh diselitkan dengan lawak jenaka.
● Contoh: Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bwang Merah.

NYANYIAN KUMPULAN

● Pilihan melodi lagu yang terkini dan terkenal.
● Aktiviti diadakan secara berkumpulan semua ahli terlibat.
● Dengan bantuan alat muzik dan sebagainya.

82

JALAN LASAK & PANDU ARAH

Pengenalan

Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga 25 km di mana
individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang dilalui melibatkan pelbagai bentuk
muka bumi samada jalan raya atau kawasan denai yang kering atau berlumpur. Aktiviti
ini dapat memberikan perspektif baru untuk kumpulan sasaran dalam dalam
meningkatkan ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama dalam pasukan.
Kumpulan sasaran juga akan membawa bersama bebanan bagi menambahkan lagi
cabaran dalam pelaksanaan aktiviti ini. Untuk pelatih kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan
sebelum Rutin Bravo.

Tujuan

● Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
● Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building dalam kalangan

kumpulan sasaran
● Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
● Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
● Memberikan pengalaman baharu
● Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
● Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
● Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti

Matlamat

● Membina ciri-ciri sosial yang baik.
● Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
● Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
● Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership dan followership.

83

Peraturan dan Persediaan

1. Kebenaran
● Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai
aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat
dengan kita.

2. Persediaan Alatan
● Titik kawalan (control point)
● Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
● Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
● Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga dititik.

3. Penanda Kawalan
● Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
● Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
● Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang
unik.

4. Kad Kawalan
● Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
● Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan
nanti.
● Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.

5. Peta Utama
● Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan

84

● Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
6. Keterangan Kawalan

● Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

● Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk 'teks'
tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.

7. Landasan
● Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
● Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➔ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➔ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➔ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➔ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah

Sebelum Aktiviti
1.Persiapan landasan
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik
4.Semakan peralatan kecemasan

85

Semasa Aktiviti
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan

Selepas Aktiviti
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya mencukupi
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan
4.Sesi renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6.Semua barang disimpan di stor
7.Laporan aktiviti disediakan

86

Membaca Kompas / Global / Positioning Satellite (GPS)
Kompas:

● Untuk menentukan arah.
● Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam

hutan.
● Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat
Kompas Bearing Sudut:
● Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.

Kompas mata angin 16:
● Berpandukan empat mata angin yang utama.

87

Perkara-perkara penting semasa guna kompas:

● Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.

● Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
batu besar yang berada di persekitaran.

Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:

1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A

dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan

melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah

pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

Aktiviti Penggunaan Kompas:

● Mengenal arah mata angin.
● Mencari arah mata angin.
● Mencari arah kiblat.
● Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
● Latihan di kawasan sekolah.
● Menggunakan peta.
● Merintis hutan menggunakan kompas.
● Pertandingan mencari bearing di hutan.
● Mencari harta karun.
● Aktiviti orienteering atau pandu arah.

88

Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF
Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan
elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana
dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam
kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu
pada frekuensi yang tertentu.
Peggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara

1. Aktiviti komunikasi
Pegendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia
menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.

Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi
menggunakan radio amatur.

2. Aktiviti ujikaji teknikal
Pegendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio,
antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal

89

3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Di dalam keadaa darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan
kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa
bumi, tsunami, banjir dan lain-lain memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di
antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa
menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.

4. Memantau (monitoring)
Pegendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan
diluar negara serta stesen angkasa lepas.
Membaca Peta Topo dan Kegunaannya:
Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan
koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi
yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan
sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi
memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.
Mengesan Tanda dan Simbol:
Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit.
Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan
isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat
menggunakan batu, rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.

90

91

92


Click to View FlipBook Version