Laporan Pengembaraan
Disediakan Oleh :
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan :
- masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan
Contoh laporan
Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pada
Perkhemahan Unit
Beruniform IPGKSM tahun 2013
Tarikh : 19 September 2013
Tempat : Pantai Merang
Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012
93
Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Badan
beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan diikuti dengan slot masakan
rimba. Setiap badan beruniform mempunyai laluan masing-masing semasa mengembara
Sebelum kembara bermun, kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-pensyarah
penasihat mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka memberikan tugasan
untuk kami lakukan semasa aktiviti kembara
Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan kemudiannya kan
bergerak mendaki bukit Merang. Perjalan kami dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami
mendaki bukit sekali lagi peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami
Selain mendaki bukit dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk mengenalpasti serta
mengambil sampel pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali
sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan perjalanan
Bagaikan sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami, cuaca panas terik, kebetulan,
kebanyakan daripada kami tidak membawa topi lantas kami menjadikan kain anduh yang
kami bawa sebagai alat untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang
membahang daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan aktiviti menjadi pula,
pendakian agak sukar berikutan laluannya yang licin dan sempit. Selain itu, terdapat
pokok-pokok yang tumbang yang turut menghalang laluan kami.
94
KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Takrif & Makna:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara
rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan yang
mendatangkan manfaat kepada sesuatu pihak yang lain. Kegiatan ini banyak
melibatkan perkara yang kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan
manfaat kepada golongan / pihak sasaran.
Matlamat kesukarelawanan: (Tujuan jangka panjang)
Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban, yang
adil, makmur dan sejahtera.
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela:
⮚ Rasa kesetiakawanan
⮚ Ajaran atau nilai-nilai agama
⮚ Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
⮚ Perasaan belas kasihan
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:
⮚ Kasih sayang
⮚ Kejasama
⮚ Keperihatinan sosial
⮚ Persaudaraan / persahabatan
⮚ Menjana modal insan & modal sosial
⮚ Patriotisme
⮚ Pengupayaan masyarakat
⮚ Ketahanan nasional
⮚ Perpaduan
95
⮚ Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
Mengapa kerja sukarela? Memperbaiki perhubungan dalam
masyarakat
Anggota masyarakat yang aktif
menyumbang Menyumbang kepada
pembangunan negara-bangsa
Meningkatkan kualiti hidup
masyarakat
Scenario masa kini:
Kerja sukarela Pengurusan Para sukarelawan
kurang sukarela lembab kurang
sistematik Tahap kesedaran & pendedahan asas
kefahaman yang penting
masyarakat rendah Sokongan &
komitmen pihak
berkuasa terhad
96
Bentuk – bentuk kerja sukarela:
Pengalaman Berkongsi Meluangkan
/ kearifan / idea / fikiran masa
kepakaran
BENTUK- Ilmu
Menyumban BENTUK pengetahua
g tenaga KERJA
fizikal SUKARELA n
Kebolehan /
kemahiran
SASARAN:
❖ Individu
❖ Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua,
pelarian perang, dan lain-lain
❖ Keluarga
❖ Komuniti
❖ Pertubuhan (organisasi)
❖ Alama sekitar
❖ Masyarakat umum
97
Kaedah:
Bimbingan
Khidmat nasihat Kaunseling
Gotong – royong
Motivasi / ransangan Kerja kumpulan
Aneka terapi / proses
pemulihan
Prinsip – prinsip:
1) Sedia berkongsi
2) Tiada pilih kasih
3) Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4) Mementingkan pihak sasaran
5) Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6) Setiap orang boleh menyumbang
98
MINGGU KERJA
BANTUAN KERJA
99
MASYARAKAT PENYAYANG
HARI
PERINGATAN
ALAM SEKITAR
100
101
IKATAN DAN SIMPULAN
IKATAN
1. PENDAHULUAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya.
2. CONTOH TIGA JENIS IKATAN
JENIS IKATAN KEGUNAAN FUNGSI TEKNIK
Ikatan Seraya 1. Mulakan dengan simpul
Digunakan untuk Digunakan apabila
manuk.
membuat Jambatan, dua batang kayu 2. Lilitkan dicelah kayu.
3. Matikan ikatan dengan
gajet, menara, tiang, atau buluh
simpul manuk.
bendera dan lain- bersilang dengan
lain. sudut tepat.
Ikatan Serong Digunakan untuk Merapatkan dan 1. Mulakan dengan lilit balak
Ikatan Lilit Kacang
membuat jambatan, mengikat dua pada kayu atau buluh yang
menara dan batang kayu yang bersilang.
sebagainya. bersilang. 2. Belitkan membujur dan
melintang.
3. Dicelah-celah silang
supaya lebih kuat dan
kemas.
4. Matikan ikat serong dengan
menggunakan simpulan
manuk.
Mengikat batang- Mengikat kayu atau 1. Gunakan simpulan manuk
batang kayu dan buluh bagi atau lilit balak.
buluh bagi membuat membuat lantai 2. Ikat selang seli pada buluh
lantai untuk sesuatu sesuatu gajet. lantai dari atas ke bawah
gajet atau binaan tiang hingga selesai.
(Meja makan).
102
SIMPULAN
1. TALI TEMALI
(i) Sejarah tali:
Orang Mesir merupakan individu pertama yang menggunakan tali dalam aktiviti harian
mereka. Mereka menggunakan tali yang diperbuat daripada rami yang halus, dahan
kurma, bulu unta dan akar kayu. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat kesan
penemuan di makam lama Mesir menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan tali
lebih kurang 5000 tahun yang lalu.
Lagenda tali dan simpulan dihubungkaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Mekandonia. Beliau telah diuji kepintaraannya dengan diberikan satu longgokan tali.
Beliau gagal mencari hujung tali tersebut walaupun telah melakukan pelbagai cara.
Akhirnya, kerana terlalu marah, beliau telah hilang sabar dan memotong longgokan tali itu
dengan pedangnya sehingga terdapat beberapa hujung tali.
Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang sihir menerapkan jampi serapah
pada simpulan untuk digunakan sebagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi
terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Sesetengah tempat masyarakat
Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.
Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. Ini
menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. umpamanya,
tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
Berikut merupakan contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali iaitu:
- Aktiviti panjat-memanjat
- Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan
- Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikkan mangsa dari tebing yang
tinggi
- Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat
- Aktiviti memancing
103
(ii) Jenis-jenis tali dan penjagaannya
(a) Jenis-jenis tali:
• Tali fiber asli:
- merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan
dan haiwan.
- Contohnya: tali gentian manila, tali sabut, tali sas, tali kapas
• Tali fiber buatan manusia
- merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran
berunsurkan tumbuhan dan kimia.
- Contohnya: Tali nylon, tali hawser-laid, tali karamental, tali pollster, tali wayar,
tali drilena.
(b) Penjagaan tali:
Kebanyakan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila
mempunyai mutu yang baik. Harga tali terutamanya jenis ini agak mahal
khususnya barang yang digunakan iaitu rami mempunyai berbagai-bagai masalah.
Oleh itu, kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali
yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sekala.
Seterusnya, tali itu hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang
kering dan selamat selepas digunakan.
Tali tidak boleh dibasuh. Jika tali tersebut dibasuh, ianya tidak boleh disimpan.
Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan.
Tambahan pula, tali yang basah tidak boleh dijemur di bawah panas matahari atau
menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering
dalam suhu bilik. Tali hendaklah disimpan dan digantung di tempat yang sesuai.
Biasanya, tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang
digunakan untuk mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini
mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang
digunakan untuk menarik mempunyai ketahannya 2.72 tan. Tali penarik biasanya
diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar
kemungkinan, tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk
mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji selalu supaya selamat semasa
menggunakannya.
104
2. ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
Biasanya, simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya, ianya digunakan
untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan
digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, hospital, mengikat kasut,
bungkusan dan memulakan jahitan.
Contoh enam jenis simpulan asas:
- Simpulan Manuk
- Simpulan Buku Sila
- Simpulan Tindih Kasih
- Simpulan Bunga Geti
- Simpulan Balak
- Simpulan Belit
105
(i) Simpulan Manuk
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia
berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan
silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk
membuat gajet sebagai permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan tersebut.
Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
- Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik:
1. Mulakan simpul pada kayu.
2. Buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.
106
(ii) Simpulan Buku Sila
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda-
benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh
dan mengikat khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.
Fungsi:
- Menyambung dua tali yang sama saiz.
- Mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas.
Teknik:
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A di bawah B.
3. Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawahnya.
107
(iii) Simpulan Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut, ia
juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada
pinggang.
Fungsi:
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu di keliling badan mangsa.
Teknik:
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
108
(iv) Simpulan Bunga Geti
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.
Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag
break, atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi:
- Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
- Mengikat tali ke suatu tanjul.
Teknik:
1. Mulakan simpul.
2. Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
3. Tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
109
(v) Simpulan Balak
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong.
Ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk.
Fungsi:
- Mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
- Mengelakkan kayu daripada licin dan mudah digerak-gerakkan
- Memulakan ikatan serong
- Memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
Teknik:
1. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
2. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
110
(vi) Simpulan Belit / Lilit Dua Simpul
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau mengikat tali khemah pada psakanya, atau
untuk memastikan ikatan ke pokok / pancang kerana cara begini mudah dibuka semula
serta tidak mudah tertanggal.
Fungsi:
- Digunakan bagi mengikat tali pada tiang.
- Boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya.
Teknik:
1. Mulakan simpul seperti dalam rajah
2. Kemudian lakukan dua lengkungan
3. Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
111
ASAS KAWAD KAKI
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan Puteri Islam Malaysia yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan
badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).
Berkawad ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris atau
mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan
yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di
samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas,
berdisiplin tinggi. berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a) Latihan bahasa hukuman/ perintah kawad; dan
b) Latihan pergerakan
iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:
a) membentuk peribadi individu
b) menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah
c) menanam perasaan yakin
d) membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib
e) menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f) menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan
berhemah tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a) Kawad Statik
b) Kawad Dinamik
c) Kawad Asas
d) Kawad Formasi
e) Kawalan Kehormatan
112
Bahasa Hukuman Kawad:
I. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a) Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/ kumpulan apa yang akan mereka buat.
b) Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan
dilakukan oleh skuad.
c) Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang
amat nyaring oleh komander/ pemimpin kawad.
II. Contoh bahasa hukuman kawad: Tindakan
Bahasa Hukuman Kawad
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA INGATAN
KE KANAN... HARKATAMARAN
PUSING PERBUATAN
III. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a) Masuk Baris
b) Sedia
c) Luruskan barisan
d) Paras
e) Senang Diri
f) Rehatkan Diri
g) Keluar Baris
h) Pusing ke Kanan
i) Pusing ke kiri
113
j) Pusing/ Menghadap ke Belakang
k) Pusing/Menghadap ke Hadapan
l) Kawad Jalan Kaki
m) Berhenti Semasa Berkawad/ Jalan Kaki; dan
n) Bersurai
Kawad Statik dan Dinamik:
I. Latihan kawad statik dan dinamik
a) Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/ perbarisan
kawalan hormat hendak dimulakan atau selepas skuad berada
dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii) Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT
HUKUMAN TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA
SKUAD HENDAKLAH SEDIA BERLARI BERBARIS DALAM
TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-
TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”
"FAHAM ITU SKUAD!"
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA……. GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA…….. GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA…… GERAKI
atau
MASUK BARIS…… GERAK!
b) Paraskan Skuad:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
114
(ii) Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM
SATU BARISAN……. GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku
KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di
hadapan pemimpin.)
NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/
nyaring bermula dari sebelah kanan.)
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR
GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG……. GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali
sebagai PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI
BARISAN, KANAN DAN KIRI……. PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di
barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga
terbentuk tiga barisan.)
c) Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
115
(ii) Arahan:
KE KANAN……. LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan
kanan merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad
menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti
sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG…… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)
d) Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
Arahan:
SENANG…… DIRI!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
116
e) Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI.
(ii) Arahan:
REHATKAN……. DIRI!
f) Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS…….. SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS……. SEDIA!
g) Buka Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BUKA BARISAN……. GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
hadapan. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah
ke belakang.)
117
h) Tutup Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA
(ii) Arahan:
TUTUP BARISAN……. GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
belakang. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah
ke hadapan.)
i) Pusing ke kanan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA TIGA
KE KANAN…… PUSING!
atau
KE KIRI……. PUSING!
atau
KE BELAKANG……. PUSING!
j) Pusing ke kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……. PUSING!
atau
KE KANAN….. PUSING!
atau
118
KE BELAKANG….. PUSING!
k) Pusing/ Menghadap ke Belakang:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG…….. PUSING!
atau
KE KANAN…….. PUSING!
atau
KE KIRI….. PUSING!
l) Kawad Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan (bergantung kepada penanda)
DARI KIRI, CEPAT……. JALAN!
atau
DARI KANAN CEPAT…… JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT……. JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m) Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada KAWAD JALAN KAKI
atau HENTAK KAKI.
119
(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN…….TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI
disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)
n) Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat
dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi
selepas itu.
(iii) Arahan
KELUAR……. BARIS!
o) Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan
hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu
atau hari yang lain.
(iii) Arahan
BERSU... RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)
120
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.
• Pertolongan Cemas ditakrikan sebagai bantuan pemulaan, bantu mula atau rawatan
awal yang diberkan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelumn
mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i) Tujuan pertolongan cemas:
(a) Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
(b) Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
(c) Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
(d) Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat
kejadian.
121
***Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.
ii) Prinsip pertolongan cemas:
(a) Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
(b) Dapatkan tindak balas mangsa.
(c) Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
(d) Periksa pernafasan mangsa.
(e) Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial – lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i) Anduh
(a) Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera
(b) Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam
pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.
122
(c) Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah
(ii) menghenti atau menahan pendarahan
(iii) menetapkan bahagian yang cedera
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas
(v) menutup tempat yang luka atau cedera dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
(d) Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John's (triangular):
a) menahan pendarahan anggota atas
b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iii) Anduh kedl (small sling):
a) mengampu kecederaan di bahagian bahu
b) mengampu tulang klavikal yang cedera
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal
123
ii) Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
(a) Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan
luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
a) Mengurangkan kesakitan
b) Menggalakkan penyembuhan luka
c) Memperbaiki kosmetik kulit
d) Mengawal penyebaran mikroorganisme
e) Mengawal kontaminasi luka
f) Memberi tekanan pada tempat tercedera
g) Mengawal pendarahan
h) Mengawal kecederaan lanjut
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
a) Pembebatan medan - bagi kegunaaan pasukan keselamatan
b) Pembebatan luka - mengikut ukuran-ukuran luka; dan
c) Pembebatan hospital - jenis kain kasa berukuran 10 X 10
(b) Pembalut atau balutan:
a. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungsi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau
dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
b. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
124
1. Pembalut kain tiga segi - untuk menganduh, membalut, mengampu,
mengipas dan pengikat gelung cincin
2. Pembalut bergulung - untuk melakukan balutan lapan, balutan circular
atau spiral dan balutan padi
c. Tujuan dan Fungsi Pembalut
(i) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(ii) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh.
(iii) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
(iv) Mengurangkan kesakitan.
(v) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan
serum.
(c) Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
Merawat Luka dan Gigitan:
(i) Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
125
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
i. pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris - disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai,
(c) luka berdarah - kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus-luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum
dan tembakan
ii. pendarahan dalaman (internal):
(a) perut - muntah berdarah
(b) rahim - tumpah darah
(c) tali usus - darah pada dubur
(d) buah pinggang - kencing berdarah
(e) paru-paru/ saluran pernafasan - batuk berdarah; dan
(f) tengkorak - darah mengalir melalui telinga atau hidung
iii. pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.
ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera
menjadi lebam.
126
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang
disteril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(d) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
i. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari
luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam,
jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
ii. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan
menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-
dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
127
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
(ii) Merawat gigitan:
i. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
ii. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
iii. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
iv. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
128
Melecur, Pitam dan Patah:
(i) Melecur dan terbakar:
a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas,
bahan kimia atau arus elektrik.
c) Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d) Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar - Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut.
129
e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
• Bahan api atau api.
• Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
atau puntung rokok.
• Geseran.
Panas lembab • Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.
Bahan kimia • Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
• Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
alkali.
Radiasi • Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet).
• Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik • Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
• Kilat dan petir.
** Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat luka sahaja.
f) Tahap kecederaan:
1) Tahap pertama (Seperficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. la melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
2) Tahap kedua (Intermidiate burn):
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
130
3) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g) Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwama kemerah merahan pada
tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma
(iv) Renjatan.
h) Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan 3B:
(a) Burning stop - Padamkan.
(b) Breathing maintain - Periksa pernafasan.
(c) Body examine - Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan 3C:
(a) Cool - Sejukkan.
(b) Cover - Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry - Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama
20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
131
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan merebak supaya
tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.
(ii) Pitam
a) Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan
betul.
b) Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak;
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
iii.Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c) Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakalan ketat
iii.Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia.
iv.Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v.Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau
teh panas.
132
(iii) Patah:
(a) Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan
oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar
oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah
tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin
dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
(b) Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah
tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda
kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha
atau pelvis.
(c) Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk
mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat.
(d) Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah
telah dicegah pergerakannya dengan sempurna.
Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia
dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut
atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah
pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh
menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi
di bahagian atas dan bawah anggota juga harus
dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
133
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. I
Keracunan dan Terseliuh:
1) Keracunan
(a) Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada
berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
(b) Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri
(c) Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pemafasan dan peredaran terbuka dan
dapatkan bantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa
yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa
termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa
mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan
CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
134
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun
dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan
menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat
mata bagi setiap mata.
2) Terseliuh
(a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus .
(b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terselluh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel
dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
pede ligamen.
(c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
(d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
(e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
1. Sakit-sakit.
2. Bengkak.
3. Bertambah sakit apabila bergerak.
4. Pergerakan yang terhad.
135
(f) Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan
kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] als pada
bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas
dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
iii. Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan
mengoksigenkan darah.
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampaikan dada.
136
iii, Cara-caranya:
S- Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit
hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung Jika pesakit adalah seorang bayi
atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung
dan mulutnya semasa menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar hembus.
Kemudian ulang tindakan menghembus Jika
tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat
sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang
pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jangan putus asa sehingga pesakit mula
137
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil
masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit
itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pastikan pesakit berasa hangat dan baring
dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih
semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda
di atas rawan dengan tangan kini di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan…. Tekan…. Lepaskan.) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya.
Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 15 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke
mulut. Teruskan dengan ritma 15 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.
138
ASMAUL HUSNA
139
TASBIH KAFFARAH
140
DOA PERJUMPAAN/PENUTUP
DOA PERJUMPAAN
ِ� ْﺴ ِﻢ ِﷲ اﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﻦ اﻟ ﱠﺮ ِﺣ ْﻴ ِﻢ
َواﻟ ﱠﺼ َﻼة ُ َواﻟ ﱠﺴ َﻼ ُم َﻋ َ�� َﺳ ِّﻴ ِﺪ َﻧﺎ ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋ َ�� آِﻟ ِﮫ َوَأ ْ� َحﺎ ِﺑ ِﮫ َأ ْﺟ َﻤ ِﻌ ْ� َن, َا ْ� َح ْﻤ ُﺪ ِ ﱠ ِ� َر ِّب ا ْﻟ َﻌﺎ َ ِﳌ ْ� َن
َﻳﺎ َا� ُ َﻳﺎ َﻛ ِﺮ� ُﻢ
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-
Mu yang tidak temilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama
ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
َﻳﺎ َر ِﺣﻴ ُﻢ,َﻳﺎ َا� ُ َﻳﺎ َر ْﺣ َﻤﻦ
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada karni ilmu-Mu
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
َﻳﺎ ُذو ا� َجَﻼ ِل َوا ِﻻ ْﻛ َﺮام
Kumiakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing
dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
141
َاﻟ ﱠﻠ ُه ﱠﻢ ا ْﺟ َﻌ ْﻞ َﺟ ْﻤ َﻌ َﻨﺎ َه َﺬا َﺟ ْﻤ ًﻌﺎ َﻣ ْﺮ ُﺣ ْﻮ ًﻣﺎ َ ،وَﺗ َﻔ ﱡﺮ َﻗَـ َﻨﺎ ِﻣ ْﻦ َ� ْﻌ ِﺪ ِﻩ َﺗ َﻔ ﱡﺮﻗ ًﺎ َﻣ ْﻌ ُﺼ ْﻮ ًﻣﺎ َ ،و َﻻ َﺗ ْﺠ َﻌ ِﻞ اﻟ ﱠﻠ ُه ﱠﻢ
ِﻓ ْﻴ َﻨﺎ َو َﻻ َﻣ َﻌ َﻨﺎ َو َﻻ َﻣ ْﻦ َﻳ ْت َﺒ ُﻌ َﻨﺎ َﺷ ِﻘ �ﻴﺎ َو َﻻ َﻣ ْﻄ ُﺮْو ًدا َو َﻻ َﻣ ْﺤ ُﺮْو ًﻣﺎ .
اﻟ ﱠﻠ ُه ﱠﻢ ا ْﺟ َﻌ ْﻞ َﺧ ْ� َ� َأ ْﻋ َﻤﺎ ِرَﻧﺎ َءا ِﺧ ُﺮُﻩ َو َﺧ ْ� َ� َأ ْﻋ َﻤﺎ ِﻟ َﻨﺎ َﺧ َﻮا ِﺗ ُﻤ ُﮫ َو َﺧ ْ� َ� أ ﱠﻳﺎ ِﻣ َﻨﺎ َﻳ ْﻮ َم أ ْﻟ َﻘﺎ َك ِﻓ ْﻴ ِﮫ اﻟ ﱠﻠ ُه ﱠﻢ ا ْﻏ ِﻔ ْﺮَﻟ َﻨﺎ
ُذ ُﻧ ْﻮَ� َﻨﺎ َو ِﻹ ْﺧ َﻮا ِﻧ َﻨﺎ ا ﱠﻟ ِﺬ ْﻳ َﻦ َﺳ َﺒ ُﻘ ْﻮَﻧﺎ ِﺑﺎ ِﻹْﻳ َﻤﺎ ِن َو َﻻ َﺗ ْﺠ َﻌ ْﻞ ِ� ْ� ﻗُـ ُﻠ ْﻮِ� َﻨﺎ ِﻏ �ﻼ ِﻟ ﱠﻠ ِﺬ ْﻳ َﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا َرﱠ� َﻨﺎإ ﱠﻧ َﻚ َر ُء ْو ٌف
َر ِﺣ ْﻴ ٌﻢ.
َرﱠ� َﻨﺎ َءا ِﺗ َﻨﺎ ِ�� اﻟ ﱡﺪ ْﻧ َﻴﺎ َﺣ َﺴ َﻨﺔ ً َوِ�� اﻷ ِﺧ َﺮِة َﺣ َﺴ َﻨﺔ ً َو ِﻗ َﻨﺎ َﻋ َﺬا َب اﻟ ﱠﻨﺎ ِر.
َو َﺻ ﱠ�� ُﷲ َﻋ َ�� ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋ َ�� َءا ِﻟ ِﮫ َو َ� ْح ِﺒ ِﮫ َو َﺳ ﱠﻠ َﻢ َ ،وا ْ� َح ْﻤ ُﺪ ِ ﱠ ِ� َر ِّب اﻟ َﻌﺎ َ ِﳌ ْ� َن.
142