The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 6 PENGAJIAN PERNIAGAAN
STPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50417533, 2021-07-14 19:15:27

6.5. KEPIMPINAN

BAB 6 PENGAJIAN PERNIAGAAN
STPM

6.5 : KEPIMPINAN

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Mentakrifkan maksud kepimpinan dan menjelaskan

kepentingannya;

• Menjelaskan jenis-jenis kuasa pemimpin termasuklah

kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan,
dan kuasa kepakaran;

6.5.1 MAKSUD KEPIMPINAN

• Melibatkan proses di mana seorang

pengurus atau pemimpin mempengaruhi
pekerja atau pengikutnya supaya melakukan
sesuatu tugas dan tanggungjawab bagi
mencapai matlamat organisasi.

KEPENTINGAN KEPIMPINAN DALAM
PENGURUSAN

Kepentingan kepimpinan

• Membantu pencapaian visi dan misi organisasi.
• Mempunyai autoriti untuk memberi arahan dan membuat

keputusan .
• Menjadi teladan kepada pekerja
• Memotivasikan pekerja dengan menggunakan insentif

kewangan dan bukan kewangan.
• Membentuk tingkat keyakinan yang tinggi dalam diri

pekerja

6.5.1 JENIS-JENIS KUASA

Kuasa Kuasa Kuasa Kuasa Kuasa
Sah Ganjaran Desakan Rujukan Kepakaran

KUASA SAH

• Satu kuasa yang diperoleh pemimpin melalui sumber jawatan yang

dimiliki & diiktiraf oleh organisasi. – kedudukan formal dalam organisasi.

• Merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mempengaruhi gelagat

orang lain disebabkan oleh hak-hak formal yg terhasil daripada jawatan
dalam organisasi.

• Kuasa tersebut akan hilang jika pemimpin tersebut tidak lagi memegang

jawatan tersebut.

• Pemimpin yang memiliki kuasa sah mempunyai kuasa untuk memberi

arahan dan mengawal pekerja agar mereka bertanggungjawab dalam
melakukan kerja.

KUASA GANJARAN

Keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada para pekerja dalam bentuk
kewangan dan bukan kewangan untuk mempengaruhi mereka melaksanakan tugas.
Para pekerja perlu akur kepada kuasa pemimpin jika ingin memperoleh ganjaran
tersebut.
Kuasa ini akan memberikan kebaikan kepada organisasi dan meningkatkan
produktiviti pekerja.
Antara ganjaran yang sering diberikan ialah bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat
dan Anugerah perkhidmatan cemerlang

KUASA DESAKAN

• Kuasa untuk mengenakan tindakan yg negative kepada

pekerja yg tidak mematuhi kehendak organisasi.

• Pekerja akan bersungguh-sungguh meningkatkan

produktiviti supaya mereka tidak dikenakan Tindakan negatif

• Tindakan ini dapat mengawal pekerja daripada melakukan

perkara yang tidak sepatutnya.

• Antara desakan yg boleh dilaksanakan ialah : Menurunkan

pangkat, pemotongan gaji, pemecatan.

KUASA RUJUKAN

• Ciri peribadi berkarisma yang ada pada seseorang pemimpin,

Ciri berkarisma ini boleh dicontohi oleh para pekerja yang lain.

• Para pekerja menjadi lebih bermotivasi & melakukan tindakan

secara sukarela.

• Pemimpin yang memiliki kuasa rujukan dijadikan ‘role model’
• Memiliki daya penarik yg memaparkan keyakinan terhadap

apa yg hendak dicapai dan disukai serta disayangi oleh
pekerja.

KUASA KEPAKARAN

• Pekerja lain mengiktiraf seseorang itu mempunyai kebolehan tentang

pengetahuan dalam bidang tertentu yang mampu menyelesaikan sesuatu
masalah.

• Wujud dalam kalangan pemimpin dan kalangan pekerja.
• Pekerja yang mempunyai pengalaman yang tinggi dalam suatu bidang akan

dijadikan sasaran pekerja lain untuk dijadikan rujukan.

• Pemimpin tersebut perlu mematuhi beberapa amalan kepimpinan.
• Berikut adalah amalan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin tersebut:

• Menunjukkan satu bukti kepada pekerja tentang kepakaran yang dimiliki seperti dokumen.
• Pemimpin membuat tindakan yang betul & jelas.
• Kepakaran seseorang pemimpin diukur melalui penyelesaian masalah.

6.5.2. JENIS
KEPIMPINAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Membincangkan jenis-jenis kepimpinan termasuklah

transactional, transformational, karismatik, dan
berwawasan (visionary);

• Membincangkan gaya kepimpinan autokratik,

demokratik, laissez-faire, dan kontingensi;

Jenis-jenis kepimpinan

• Terdapat beberapa jenis kepimpinan yang diamalkan oleh

seorang pemimpin.

• Antaranya ialah :
• 1) Kepimpinan transactional.
• 2) Kepimpinan transformational.
• 3) Kepimpinan karismatik.
• 4) Kepimpinan berwawasan (visionary)

Kepimpinan Transactional

• Pemberi arahan daripada pemimpin kepada pekerja untuk

mencapai sesuatu matlamat seseorang pemimpin.

• Pekerja diberikan tugasan, struktur dan ganjaran dalam

melaksanakan arahan pemimpin.

• Memberi ganjaran dalam bentuk kewangan & bukan kewangan

kepada pekerja yang berjaya mencapai matlamat organisasi.

• Mengutamakan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan

dalam organisasi.

• Jika pekerja gagal melaksanakan tugasan, pekerja akan

dikenakan hukuman.

Kepimpinan Transformational

• Satu proses seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerjanya dalam

melakukan sesuatu perubahan di dalam sesebuah organisasi.

• Perubahan pemikiran dan sikap pekerja serta komitmen untuk mencapai

wawasan, misi, strategi dan taktik sebuah organisasi.

• Menggunakan sepenuhnya sumber yang ada untuk mengejar matlamat

organisasi.

• Untuk mencapai matlamat, pemimpin mewujudkan satu sistem komunikasi

yang berkesan antara pekerja.

• Tujuan adalah supaya semua pekerja memahami matlamat organisasi.
• Pemimpin perlu sentiasa memberi motivasi kepada para pekerja.

Kepimpinan Karismatik

• Merupakan kebolehan yang ada pada diri seseorang pemimpin dalam

mempengaruhi pengikut untuk mencapai suatu matlamat organisasi.

• Kebolehan pada diri pemimpin merupakan saslah satu sebab pekerja kekal

setia.

• Kepimpinan karismatik mempunyai wawasan dan menjadi agen kepada

sebarang perubahan.

• Pemimpin karismatik mampu mempengaruhi para pekerja melalui kaedah yang

memenuhi keperluan & kehendak.

• Antara ciri pemimpin karismatik adalah :
• 1) Mempunyai visi & dapat menjelaskan visi dengan baik.
• 2) Sikap keyakinan atas diri pemimpin dalam memimpin
• 3) Sangat peka terhadap perubahan persekitaran.

Kepimpinan Berwawasan (Visionary)

• Keupayan membentuk strategi yang sesuai dan berkesan ke

arah pencapaian matlamat.

• Berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan

penetapan setiap matlamat.

• Berfirkiran futuristik dan berupaya mempengaruhi pekerja.
• Mengenal pasti sasaran kerja utama, pihak dalaman dan luaran.
• Wawasan dijadikan sebagai garis panduan organisasi.

6.5.3. GAYA
KEPIMPINAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Membincangkan gaya kepimpinan autokratik,

demokratik, laissez-faire, dan kontingensi;

• Membandingkan pemimpin dan pengurus
• Membandingkan pemimpin formal dan tidak formal;
• Menjelaskan teori motivasi Maslow, Herzberg,

McGregor, dan McClelland;

Gaya kepimpinan

• Cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin yang

menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerja.

• Antara gaya kempimpinan adalah :
• 1) Gaya kepimpinan autokratik.
• 2) Gaya kepimpinan demokratik.
• 3) Gaya kepimpinan laissez-faire.
• 4) Gaya kempimpinan kontigensi.

1) Gaya kepimpinan autokratik

• Aktiviti pembuatan keputusan dilakukan oleh seorang ketua sahaja.
• Tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan, pendapat

atau idea.

• Pemimpin membuat keputusan secara bersendirian dan kemudian

mengarahkan pekerjanya untuk tindakan.

• Pekerja mesti produktif dan jika didapati melanggar peraturan

mereka akan dihukum.

• Organisasi mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini sering

memopunyai masalah dengan ketidakpuasan pekerja dan pusing
ganti pekerja yang tinggi.

2) Gaya Kepimpinan Demokratik

• Gaya kepimpinan ini memberikan kebebasan kepada pekerja untuk menjana

idea dan membuat keputusan secara bersama.

• Pemimpin akan menyuarakan masalah dihadapi dan meminta pekerja

memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah.

• Pemimpin akan menilai cadangan yang diberi dan membuat keputusan.
• Kebaikan ialah ketua dan pekerja dapat bekerjasama untuk membuat satu

keputusan.

• Kelemahan ialah proses membuat keputusan akan menjadi lebih lambat dan

organisasi mungkin gagal merebut peluang perniagaan.

• Pertelingkahan atau perselisihan faham akan sering berlaku antara pemimpin

dengan pekerja.

3) Gaya Kepimpinan Laissez-faire

• Pemimpin atau ketua akan memberi kuasa sepenuhnya kepada

pekerja untuk membuat keputusan.

• Pemimpin tidak tegas dan kurang memberi tekanan terhadap

pekerjanya.

• Kebaikan ialah kepuasan pekerja terhadap kerja akan meningkat

disebabkan kepercayaaan yang tinggi.

• Keadaan tidak terkawal mungkin wujud dalam organisasi apabila

sesetengah pihak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan.

4) Gaya Kepimipinan Kontigensi

• Pemimpin perlu memahami situasi untuk menggunakan gaya kepimpinan

tertentu iaitu bergantung kepada situasi jenis pekerja dan persekitaran
organisasi.

• Subordinat atau pekerja mempunyai perbezaan dari segi keupayaan,

pengetahuan, perngalaman, kemahiran dan personaliti

• Gaya kepimpinan berbeza digunakan Mengikut situasi berbeza seperti kuasa

ketua, persekitaran pekerja, tugas pekerja, personaliti pekerja, kemahiran dan
keupayaan pekerja.

• Gaya kepimpinan yang sesuai akan meningkatkan motivasi dan moral pekerja.

6.5.4. PEMIMPIN DAN
PENGURUS

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• membandingkan pemimpin dan pengurus;

Pemimpin dan pengurus

1) Pemimpin 2) Pengurus

• Ada kuasa formal/informal • Ada kuasa formal utk
utk pengaruhi pekerja dlm rancang/ laksana/kawal semua
mencapai matlamat. aktiviti utk capai matlamat.

Perbandingan antara pemimpin dan pengurus

Dimensi Pemimpin Pengurus

Halatuju • Membentuk halatuju dan • Membentuk perancangan
Tugas
visi organisasi dan belanjawan
Autoriti
• Susun,agih sumber dgn • Laksanakan fungsi
cekap dan usaha capai pengorganisasian dan
matlamat lebih baik penstafan

• Memiliki kuasa dari sumber • Mendapat kuasa dari

peribadi sumber posisi atau jawatan

Tanggungjawab Menekankan Melaksanakan tugas
hubungan Mengikut arahan
Tahap pembuatan interpersonal yg baik kerana ia menjadi
keputusan dan harmoni dgn tanggungjawab
pengikut. pengurus.

Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah
yg lebih menekankan melibatkan masalah
konflik pekerja dan pengurusan dan
menangani perubahan kerumitan pekerjaan
dalam organisasi dalam organisasi

6.5.5. PEMIMPIN
FORMAL DAN
TIDAK FORMAL

Objektif Pembelajaran:

• membandingkan pemimpin formal dan tidak formal;

6.5.8 Pemimpin Formal & Tidak Formal

Pemimpin Formal
• Ahli yg dilantik secara rasmi bg menjawat jawatan dlm

organisasi
• Mereka mendapat kuasa disebabkan kedudukan dalam

organisasi.
• Mempunyai kuasa ganjaran, kuasa paksaan dan kuasa sah.

Pemimpin Tidak Formal
• Mempengaruhi org lain disebabkan oleh sifat-sifat peribadinya.
• Jawatan mereka tidak ditunjukkan dlm carta organisasi. Cth: Pekerja

biasa, pengurus penyelia.
• Mereka mempunyai kuasa utk mempengaruhi perlakuan org lain utk

mencapai matlamat organisasi.
• Wujud disebabkan matlamat social yg berbentuk organisasi tidak

formal dalam organisasi formal.

Perbezaan antara pemimpin formal & tidak fromal

Aspek Pemimpin formal Pemimpin tidak formal

Jawatan • Dapat jawatan berdasarkan • Berdasarkan sokongan
Kuasa
kelayakan yg ditetapkan scr kumpulan scr tidak rasmi.

rasmi.

• Mengarah, membuat • Memperoleh kuasa yg sesuai

keputusan berdasarkan bagi pemimpin berdasarkan

kenyataan rasmi buku persetujuan kumpulan.

panduan tugas yg ditetapkan

dlm peraturan organisasi.

Pengiktirafan Jawatan diiktiraf scra Diiktiraf scra
Sumber kuasa rasmi & termaktub dlm Tidak rasmi
hierarki penjawatan &
carta organisasi

Daripada kuasa sah yg Daripada kumpulan,
ada bersama kuasa seperti kuasa kepakaran
paksaan & kuasa & kuasa rujukan
ganjaran

6.5.6. MOTIVASI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

◦Menjelaskan teori motivasi Maslow, Herzberg,
McGregor, dan McClelland;

◦Membincangkan perkaitan amalan dengan teori-
teori motivasi;

Teori Motivasi

Maslow McGregor
(hieraki (X & Y)
keperluan)

Hezberg McClelland
(2 faktor) (keperluan
pencapaian)

Hierarki Keperluan
Keperluan pencapaian
Maslow hasrat diri

Keperluan
penghargaan

Keperluan sosial
(kasih sayang)

Keperluan keselamatan
(perlindungan)

Keperluan fisiologi
(makanan,pakaian,tempat tinggal,tidur)

Amalan Maslow

◦Keperluan setiap pekerja berbeza.
◦Menurut Maslow, pengurus perlu
mengenal pasti peringkat keperluan
yg telah dicapai dan ingin dicapai
oleh seseorang pekerja dalam jangka
masa tertentu.

Herzberg Faktor Hygiene Faktor Motivasi

Item • Berbentuk • Berbentuk intrinsik
Konsep cabaran,
luaran/ekstrinsik (autonomi,
Kaitan dengan bebas,
pengeluaran • Gaji, faedah, tempat tanggungjawab, peluang

kerja, keselamatan, hub pengahrgaan,

personel kerjaya)

daya • Tiada, akan wujud rasa • Tiada, menjejaskan daya

tidak puas & menjejaskan pengeluaran

daya pengeluaran • Ada, meningkatkan daya

• Ada, wujud perasaan pengeluaran

neutral & tidak

meningkatkan daya

penegeluaran

Amalan Herzberg

1) Pengurus mesti memenuhi faktor
kesejahteraan hidup pekerja.

2) Pengurus boleh menggunakan faktor
motivasi untuk meningkatkan dorongan &
produktiviti pekerja setelah keperluan
kesejahteraan hidup dipenuhi.

McGregor

1) Ciri-ciri pekerja :
◦ 1) Teori X (motivasi rendah)
◦ 2) Teori Y (motivasi tinggi)

◦2) Teori X
a) Tidak suka/berminat bekerja
b) Pemalas, tidak bertanggungjawab, pentingkan diri
c) Sikap tidak ambil tahu hal ehwal organisasi, terlalu
menitikberatkan keselamatan
d) Sentiasa mengelak drpd tanggungjawab, tiada cita-cita tinggi
e) Perlu dipaksa, diarah utk bekerja.

Teori Y

◦Membina minat terhadap kerja.
◦Usaha capai matlamat organisasi.
◦Menunjukkan produktiviti kerja yang
tinggi/tidak perlu dipaksa dan dikawal.
◦Menerima tanggungjawab sebagai cabaran.

Amalan Teori X & Y

1) Pengurus mesti mengenal pasti ciri-ciri
setiap pekerja bagi mendorong pekerja

2) Teori X : Kepimpinan autokratik
◦ Teori Y : Kepimpinan demokratik

McClelland

◦ Teori yg menekankan 3 jenis pencapaian

◦ Keperluan kpd prestasi
◦ Tindakan seseorang pekerja menyahut cabaran dalam mencapai
sesuatu matlamat

◦ Keperluan kpd pergabungan
◦ Keinginan dan tindakan individu dalam sesuatu kumpulan supaya boleh
diterima ahli

Keperluan kpd kuasa
◦ Keinginan individu utk mengawal dan mempengaruhi pihak lai dalam
organisasi

Amalan McClelland

1) Pemimpin perlu mengenal pasti keperluan
pencapaian pekerja dan selanjutnya
menggunakan pendekatan yg sesuai utk
memberi motivasi kepada pekerja.

2) Setiap individu menginginkan keperluan
pencapaian yg berbeza.

6.5.7. PASUKAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, calon akan dapat:

■ Mentakrifkan maksud pasukan dan menjelaskan
kepentingan pasukan;

■ Menjelaskan proses pembentukan pasukan yang
meliputi pembentukan (forming), peributan
(storming), penyesuaian (norming), pelaksanaan
(performing), dan penangguhan (adjourning);

Maksud Pasukan

Sekumpulan individu atau manusia yg saling berinteraksi dan bekerjasama
untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama.

Terbahagi kepada pasukan formal dan tidak formal.

Pasukan formal dibentuk oleh pengurus utk mencapai matlamat organisasi
dengan melaksanakan aktiviti dan tugas tertentu seperti jabatan organisasi.
Pasukan tidak formal terbentuk apabila pekerja menubuhkan satu kumpulan
atau pasukan di luar autoriti organisasi seperti pasukan bola sepak dan kelab
sukan.

Kepentingan:

Meningkatkan motivasi ahli
pasukan dalam usaha untuk
mencapai matlamat pasukan

secara berkesan

Membantu dalam mengawal
gelagat dan disiplin ahli-ahli

kumpulan

Membantu ahli-ahli baru dalam
memahami kerja, budaya dan

persekitaran organisasi

Bebanan kerja diagihkan
kepada beberapa pekerja
membolehkan kerja disiapkan
dalam tempoh yg ditetapkan.


Click to View FlipBook Version