The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI KUMPULAN 4:
1.Che Ku Nur Shakirah
2.Ahmad Aiman Amir
3.Nurul Amira Khairunisa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ShakirahAnuar, 2022-06-05 04:30:53

DLO BMMB1104

AHLI KUMPULAN 4:
1.Che Ku Nur Shakirah
2.Ahmad Aiman Amir
3.Nurul Amira Khairunisa

KONSEP
KESUSASTERAAN

MELAYU

Kumpulan 4-BM 8
1. Che Ku Nur Shakirah
2. Ahmad Aiman Amir
3. Nurul Amira Khairunisa

TOPIK 1



❏ Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.
❏ Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-

indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
❏ Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada

kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.

•Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
•Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
•Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN

Prosa

-Merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah.
Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan.
-Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, esei dan sebagainya.

Puisi
-Merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri

daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan.
-Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

JENIS-JENIS

❖ Kesusasteraan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata
lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa
berlaku dan tempat berlaku.

❖ Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik,
filem, drama dan sebagainya.

❏ Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan
sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif.
Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

STRUKTUR
Teks kesusasteraan merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di
bawah:
● Tema Watak dan perwatakan
● Latar
● Gaya bahasa
● Plot

PENGENALAN
★ Sejenis cerita rakyat yang berdasarkan
kehidupan bermasyarakat.
★ Prosa Melayu Tradisional merupakan karangan
panjang.
★ Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2011),Prosa
tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan
ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan
menggunakan tatabahasa yang mudah pada
zaman dahulu

3.

Fungsi Prosa Ciri2 Prosa
Tradisional Tradisional
Penyebaran
Sebagai alat secara lisan.
pendidikan Bersifat
Mengagungkan tradisional.
pahlawan Melayu Bersifat dongeng

Menanam semangat dan khayalan.

cinta akan keadilan

Lambang keagungan
kepada bangsa dan negara



NARATIF LISAN

➢ Cerita zaman dahulu yang ● Cerita dongeng yang
dianggap benar, terutamanya berkaitan dengan kisah-kisah
yang mengandungi unsur- LAGENDA ● yang bersejarah.
unsur atau kepercayaan Contoh: Puteri Gunung
tentang sejarah awal Ledang
MITOS kewujudan sesuatu suku
bangsa, kejadian alam dan
lain-lain.

➢ Contoh: Anak dara tidak Cerita rekaan dari zaman dahulu yang
boleh menyanyi di dapur, disukai ramai dalam sesuatu masyarakat,
nanti dapat suami tua
CERITA yang masih diceritakan atau
diperdengarkan dan diturunkan daripada

RAKYAT satu generasi kepada generasi lain secara
lisan.

CERITA RAKYAT

➢ Cerita penglipur lara ● Cerita Jenaka merupakan
merupakan suatu bentuk sejenis cerita rakyat yang
Cerita cerita rakyat yang asalnya Cerita bahan ceritanya diambil
Penglipur disampaikan secara lisan Jenaka ● daripada kehidupan
oleh tukang cerita yang masyarakat biasa.
Lara disebut sebagai penglipur Contoh: Pak Pandir, Pak
lara. Kaduk
Contohnya berirama,
➢ gurindam pantun dan syair.

Cerita ➔ Bertemakan asal usul sesuatu Epik Prosa atau puisi panjang dalam bentuk
Asal Usul benda, tempat, kejadian dan naratif yang mengisahkan kepahlawanan
sebagainya yang biasanya seseorang tokoh penting dalam sejarah
berkait rapat dengan kehidupan atau tokoh negara yang menjadi legenda
manusia. sesuatu bangsa atau negara.

➔ Wataknya pula terdiri daripada
manusia haiwan dan tumbuh-
tumbuhan.

Hikayat Seribu Satu Malam SASTERA
EPIK
NARATIF TULISAN
Genre ini dikenali juga sebagai
SASTERA SASTERA Sastera Kepahlawanan.
HIKAYAT SEJARAH
Contoh: Hikayat Hang Tuah
Kata ‘hikayat’ berasal daripada kata Prosanya mengisahkan
‘haka’ di dalam bahasa Arab atau sejarah sesebuah negeri SASTERA
‘hekaye’ di dalam bahasa Parsi. untuk jangka masa lebih dari PANJI
Maksudnya ialah cerita panjang seratus tahun.konsep sejarah
berbentuk prosa dan isinya ialah di dalam karya-karya sastera Sastera panji merupakan karya sastera
cerita rekaan, legenda dan sejarah tidak sama dengan yang isinya berkisar sekitar kisah
sebagainya. sejarah yang difahami pada pengembaraan, percintaan dan
masa ini, iaitu peristiwa peperangan. Sastera panji ialah
Contoh:Hikayat Seribu Satu Malam yang sahih fakta-faktanya. kumpulan cerita Jawa-Melayu.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod
=viewthread&tid=591769&extra=page% Contoh: Hikayat Raja-Raja Contoh: RADEN INU
3D1 Pasai http://samozinn.blogspot.com/2019/02
/sastera-panji-rande-inuraden-
menteri.html



KONSEP

Prosa moden merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang
bebas dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman,
pemikiran, situasi, persoalan isu, atau kehidupan sebenar
dalam bentuk tulisan karya bagi menyampaikan mesej yang
tersirat.

CIRI-CIRI

-Bebas -Keterbukaan
-Mesej tersirat -Kreatif

BEBAS

● Pengarang tidak dibatasi dengan struktur, tema perbendaharaan kata, penggunaan ayat,
jalan cerita dan sebagainya semasa menghasilkan karya.

● Tidak seperti prosa tradisional yang mempunyai kriteria tertentu yang perlu dijadikan
panduan asas, prosa moden adalah berasaskan kreativiti dan pandangan pengarang itu
sendiri.

MESEJ TERSIRAT

● Dalam prosa moden seperti novel, drama , atau cerpen, kita boleh melihat bagaimana
seorang pengarang itu menghasilkan atau menyampaikan sesuatu pemikiran, mesej,
pengalaman dengan kreatifnya.

● Pembaca dapat mengikut jalan cerita tersebut seolah-olah merupakan watak di dalamnya
dan menangkap mesej yang ingin disampai melaluinya.

KETERBUKAAN

● Karya sastera moden juga lebih bersifat terbuka daripada prosa tradisional di mana
banyak karya kini telah diselitkan dengan isu-isu atau persoalan sensitif seperti unsur
politik, sejarah Melayu dan sebagainya.

● Ia telah menjadi satu trend di mana para pembaca perlu mempunyai sikap terbuka
untuk berfikir tentang apa yang dibaca atau dihasratkan dalam karya sastera.

KREATIF

● Oleh kerana semakin benyak karya sastera yang kepelbagaian aliran muncul, maka
kreatif menjadi satu ciri yang penting kerana inilah menjadi tarikan kepada pembaca.

● Namun dengan kreatif juga, karya tersebut juga perlu jamin kualitinya.

JENIS PROSA MODEN

Fiksyen Bukan Fiksyen

● Cerpen ● Artikel
● Novel ● Rencana
● Dongeng ● Pendapat
● Roman(kehidupan) ● Ciri
● Esai(pandangan) ● Biografi
● Resensi(ulangan karya) ● Petua
● Laporan
● Jurnalisme
● Iklan

CERITA/NOVEL KANAK-KANAK

Novel merupakan Perkataan novel
karangan berasal daripada
berbentuk
bahasa Itali
fiksyen,dikategorik ‘novella’,
an sebagai prosa
daripada bahasa
naratif Perancis
mengandungi
cerita panjang ‘nouvelle’ yang
yang ditulis dalam bermaksud
bentuk prosa
sepotong berita

Lebih panjang dan CIRI-CIRI Tidak terikat oleh
kompleks daripada sebarang bentuk atau
Menceritakan tentang
cerpen watak dan perwatakan format

dalam kehidupan

Mempunyai kaitan rapat Terdiri daripada 3 Mengandungi unsur
dengan masyarakat dan elemen utama iaitu plot, penceritaan, sudut
dapat dikatakan sebagai perwatakan, latar dan pandangan dan dialog
satu dokumentasi sosial gaya

DRAMA KANAK-KANAK

❏ Drama dapat didefinisikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam
bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai
watak-watak dalam kisah tersebut.

❏ Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai
cara persembahan

❏ Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan
mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak

❏ Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk
dipentaskan

❏ Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa
henti pula.

❏ Oleh sebab itu, sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang
dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk menarik perhatian
penonton.

CIRI-CIRI

Mesti ada konfliks Mesti ada aksi Harus dilakonkan

Tempoh masa Tiada ulangan dalam
kurang 3 jam satu masa

CERPEN

KONSEP

● Suatu bentuk prosa naratif dan bersifat
cereka.

● Cerpen kebiasaannya mengandungi jumlah
watak yang sedikit.

● Tema yang satu dan plot yang ringkas
● Selain itu, di dalam cerita pendek atau cerpen

terdiri daripada 500-1000

CIRI-CIRI

❏ Jalan cerita pendek
❏ Tidak lebih daripada 10000 patah perkataan
❏ Berasal daripada kehidupan seharian
❏ Tidak menggambarkan semua kisah para tokohnya
❏ Penggunaan perkataan yang mudah
❏ Biasanya satu kejadian sahaja yang diceritakan
❏ Memiliki alur cerita tunggal dan lurus

GAYA BAHASA

➔ Gaya bahasa menciptakan suatu nada atau suasana persuasif
serta merumuskan dialog yang mampu memperlihatkan hubungan
dan interaksi antara sesama tokoh

➔ Gaya bahasa yang cermat dapat menciptakan suasana yang
berterus terang atau satiris, simpatik, menjengkelkan atau
emosional

➔ Bahasa dapat menciptakan suasana yang tepat bagi adegan seram,
adegan cinta, adegan peperangan dan lain-lain

➔ Bahasanya komunikatif, mudah difahami, atau tidak berbelit-belit
➔ Diksi
➔ Retorika: aliterasi,asonansi
➔ Kiasan: personafikasi, metafora

PENGENALAN
➢ Puisi Tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu
yang sangat unik.
➢ Puisi ini telah pun wujud sebelum bermulanya sistem tulisan
di Tanah Melayu.
➢ Tergolong dalam karya kesusasteraan bukan cerita (non-naratif)

Puisi Tradisional

JENIS-JENIS PUISI
MELAYU

TRADISIONAL

Pantun Seloka Talibun
Gurindam Teromba

Syair Nazam

1. PANTUN Fungsi
*Alat hiburan, nasihat&pengajaran
Ciri-ciri pantun dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu dalaman & luaran. secara halus tanpa menyinggung
perasaaan seseorang.
Dalaman *Alat komunikasi & cerminan
masyarakat setempat.
1.Mempunyai rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terbina daripada baris yang berpasangan *Alat menguji ketajaman akal &
(2,4,6 - 16) kehalusan perasaan.
2. Mempunyai jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8 - 12 dengan jumlah suku kata ( terdapat
kata dasar antara 4-5 p.p.)
3. Kebiasaanya, mempunyai skema rima yang tetap (a-b, a-b) kadangkala a-a-a-a.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

4. Mengandungi satu fikiran yang bulat & lengkap (1 rangkap menjelaskan keseluruhan maksud). Pulau pandan jauh ke tengah,
Luaran Gunung daik bercabang tiga,
1. Wujud hubungan pembayang & makna secara konkrit & abstrak. Hancur badan dikandung tanah,
2. Terdapatnya jeda. Jeda bagi pembayang pertama sama maksud dengan bait ketiga (untuk Budi yang baik dikenang juga.
jadikannya lebih indah & kreatif).

Jenis Pantun. Pantun dua kerat Pantun empat kerat
❏ Terdapat lima jenis pantun iaitu :
1. pantun empat kerat Buah beluluk buah kepayang, Tanam bunga di dalam pasu,
2. Pantun enam kerat
3. Pantun lapan kerat Dimakan mabuk dibuang sayang Bunga melati bunga pandan,
4. Pantun sepuluh kerat
5. Pantun dua belas kerat. Jangan ikut hawa nafsu,

Jalan kaki berbatu-batu, Kelak nanti binasa badan

Pergi mencari si anak kuda,

Lepas lari terus hilang, Pantun enam kerat
Ingatlah pesanan cikgu,

Tuntut ilmu selagi muda,

Bila tua barulah senang.

❏ Berdasarkan Kelompok Usia - Pantun Anak-Anak, Pantun Remaja, Pantun Orang Tua.
❏ Berdasarkan isinya - nasihat, jenaka, teka-teki, kiasan, kasih sayang, budi, adat, kepahlawanan, agama, peribahasa.
http://blogpantunmelayu.blogspot.com/2015/04/jenis-jenis-pantun.html

2. SYAIR

❏ Cerita lengkap ( ada watak, urutan peristiwa, teknik & susunan plot, subjek dan huraian).
❏ Sejenis puisi berlagu
❏ Digunakan untuk menggambarkan (cerita, agama, cinta, nasihat)

Ciri-ciri syair

1. Mempunyai empat baris serangkap. (Setiap satu rangkap mengandungi jmlh baris yg tetap)
2. Setiap baris mengandungi tiga hingga empat kata dasar / 8-12 suku kata sebaris.
3. Skema rima hujung adalah sama ( a-a-a-a )
4. Wujudnya hentian sebentar dipertengahan baris & jeda di hujung baris sebagai pertukaran lenggok suara & melodi.
5. Tiap satu rangkap memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. (adanya

awalan dan akhirannya)
6. Bahasanya padat & puitis.

CONTOH SYAIR BERTEMAKAN NASIHAT. (Syair Pesan Ibu)

Dengarlah anak ibu berpesan, Kalau hidup terasa susah, Syaitan menggoda betambah gundah,
Lengkapkan diri dengan pelajaran, Sering berhadapan dengan masalah, Jangan mengambil jalan mudah,
Hanya itulah jadi bekalan, Hadapi dengan hati dengan tabah. Jangan sekali mencuba dadah,
Untuk hidup masa depan. Jangan cepat resah gelisah. Kalau terjerat sesal tak sudah.
Ilmu itu pelindung diri, Hidupmu kini di masa remaja,
Seperti kebun berpagar duri, Bagaimakan permata amat berharga,
Seperti sinar intan baiduri, Jangan jatuh ke lembah hina,
Itulah tanda orang jauhari. Nanti menyesal tidak berguna

3. SELOKA Fungsi
- Menyindir perangai masyarakat.
❏ Satu kritikan tajam dalam gurauan. - Memberi pengajaran & panduan
❏ Tidak mempunyai struktur yang khas seperti pantun/syair. - Alat kawalan sosial/protes sosial.
Ciri-ciri Seloka.
1. Terdiri daripada dua baris/dua kerat (setiap satunya mempunyai 16 Seloka Malang Pak Kaduk.

suku kata yang disusun dalam empat unit. Aduhai malang Pak Kaduk,
2. Rangkap adalah bebas Ayamnya menang kampung tergadai,
3. Jumlah baris serangkap & jumlah perkataan sebaris adalah tidak Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran.
menentu.
4. Rima akhir tidak tetap. Mudik menongkah surut,
5. Mengandungi bahasa yang meleret-leret, sindiran yang tajam Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
(mengejek, menyindir) Nyaris mati oleh tak makan.
6. Mengandungi banyak peribahasa yang disusun dengan cara
Masa belayar kematian angin,
mempunyai irama. Sudah dilabuh bayu terpuput,
Contoh Seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah : Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai! Malang Pak Kaduk
- Seloka Malang Pak Kaduk
- Seloka Pandai Pak Pandir
- Seloka Mak Si Randang.

4. Gurindam 2. Gurindam serangkap empat baris.
Jangan takut dan gentar,
❏ Genre puisi Melayu lama yg dapat pengaruh Hindu. Mati hanya sekali,
❏ Digubahkan dalam bahasa indah untuk dinyanyikan bagi Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
tujuan hiburan.
❏ Bahasa yg padat, bernas & isinya kepada riang. 3. Gurindam Bebas. (Gurindam Dua Belas)
Ciri-ciri Gurindam.
1. Merupakan puisi bebas/tidak terikat. Pangkalnya sama dipupuk,
2. Mempunyai 2 baris/ beberapa baris dalam serangkap. Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
(Setiap baris dalam rangkap merupakan maksud & Ke bukit sama didaki,
bersambung dengan makna yang lengkap). Ke lurah sama dituruni,
3. Jumlah perkataan sebaris tidak tetap. Ke laut sama direnangkan.
4. Jumlah suku kata tidak tetap.
5. Rima akhir a-a. A-b (serima)

Jenis-jenis Gurindam
1. Gurindam serangkap dua baris

Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.

5. TALIBUN (Sesomba) Contoh Talibun

❏ Puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek/peristiwa Keindahan dan kemakmuran Negeri.
(genre lipur lara).
Medannya indah bukan kepalang
❏ Ikatan puisi bebas. Rantaunya luasbagai dibentang
❏ Digunakan sebagai selingan cerita lipur lara. Tebingnya tinggi bagai diraut
Ciri-ciri Pasirnya serong bentuk taji
1. Berbentuk bebas (tidak mempunyai jumlah baris,perkataan & suku Batunya ada besar kecil
kata yang seimbang) Yang kecil pelontar balam
2. Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian. Jikalau untung kena ke balam
Oleh itu banyak unsur hiperbola selain metafora. Jikalau tidak kena ke tanah
3. Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci. Seumpama kundur dengan labu
4. Ia tiada pembayang. Setiap rangkap adalah menjelaskan keseluruhan Kecil pohon besar buahnya
cerita. Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
5. Menggunakan atau mencampurkan genre puisi lain seperti pantun dan Cari di darat boleh di darat
syair dalam pembentukannya. Cari di laut boleh di laut
5. Gaya bahasa yang luas dan lumrah dengan memberi penekanan Ayam itik penuh di reban
kepada bahasa yang berirama seperti berlakunya pengulangan. Lembu kerbau penuh di tengah padang
6. Ia berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara. Gajah badak penuh di tengah hutan
7. Ia menjadi sebahagian bahan penting dalam pengkaryaan cerita Sejuk dingin seperti ular cintamani
penglipur lara Di negari Teluk Bidung Kota Lama.

6. TEROMBA Fungsi
– Beri panduan & pendidikan tentang cara
❏ Dikenali sebagai puisi adat. hidup
❏ Mengandungi adat & peraturan (undang2 adat yang diamalkan - Alat komunikas - Hiburan

dalam masyarakat) Teromba Adat
Ciri-ciri Teromba.
1. Berbentuk bebas atau puisi tidak terikat. Hidup dikandung adat,
2. Ada kalanya wujud dalam bentuk puisi lain seperti peribahasa Mati dikandung tanah.
(kerana terdapat baris-baris perulangan yg berjajar seperti anafora &
epifora). Adat dipakai baru,
3. Kebanyakan barisnya menggunakan ungkapan sejajar yg berirama & Kain dipakai usang.
berima.
4. Terdiri daripada beberapa rangkap ( 2,3,10 & sebagainya). Yang elok dipakai,
5. Jumlah baris tidak sama bagi setiap rangkap. Yang buruk dibuang.
6. Rima akhir teromba adalah tidak tetap
7. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1-6 patah Duduk meraut ranjau,
perkataan sebaris. Tegak meninjau jarah.
Contoh Teromba : Teromba Adat.
Ke adat Adat Perpatih,
Ke laut Adat Temenggung.

Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah

Adat bersendi hokum,
Hukum bersendi Kitab Allah.

7. NAZAM Contoh Nazam

Ciri-Ciri dari segi bentuk.
1. Bentuk terikat. Terdiri dari dua baris serangkap.
2. Skema rimanya tidak menentu. (a-a/ a-b,c-b,d-b / a-a,b-b,c-c)
3. Jumlah perkataan sebaris & suku kata tidak tetap.
4. Keseluruhan rangkap adalah idea yang hendak disampaikan.
Ciri-ciri dari segi isi (menyentuh agama)
1. Mengandungi nasihat & pengajaran agama yg membawa kebaikan.
(Nazam Ajal)
2. Menyentuh rukun islam & huraian terperinci tentang syarat &
maknanya.(Nazam Rukun Iman)
3. Isinya tidak sempurna dalam 2 baris & perlu rangkap lain untuk
menyempurnakan idea.
4. Boleh dibawa secara berlagu (nasyid & qasidah).

PENGENALAN.

➢ Puisi moden terdiri daripada sajak.
➢ Sajak - puisi baru yang bebas daripada peraturan dalam pembentukan

rangkap, baris, kata & rima.
➢ Dapat mengucapkan fikiran penyajak dengan cara yang lebih indah, bebas

& berkesan.

PUISI MODEN

BENTUK CIRI-CIRI

Sajak bebas Sajak terikat 1. Disebarkan melalui tulisan
1. Distikon - 2 baris serangkap 2. Berbentuk bebas
2. Terset - 3 baris serangkap 3. Penggunaan bahasa yang baik
3. Kuantrain - 4 baris serangkap 4. Bilangan rangkap adalah bebas
4. Kuintain - 5 baris serangkap 5. Jumlah baris, perkataan & suku
5. Sestet - 6 baris serangkap
5. Septet - 7 baris serangkap kata bebas
6. Oktaf/Stanza - 8 baris serangkap 6. Rima akhir setiap perkataan
7. Soneta - 14 baris & 4 rangkap.(susunan baris
rangkapnya 4,4,3,3). ( susunan rimanya- abba, aab,aab). bebas.

PUISI MODEN

TOPIK 2

SFMAUESNLTGAEYSRUIA
TOPIK 2

PENGENALAN

Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang
atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal
yang berkaitan dengan kehidupannya.
Mohamad Mokhtar Hassan (2005), berpendapat bahawa
teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi
pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan
isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian

FUNGSI SASTERA
MELAYU

HIBURAN DAKWAH

PENDIDIKAN KRITIKAN
SOSIAL

HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang
membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan
kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau
pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya.

Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti
cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya
yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.

Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana
keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan Hal ini dilihat dalam
sebuah pantun lama berbunyi seperti berikut :

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan
rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun.

Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin
menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di
Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi.

Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular
menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.

PENDIDIKAN/PENGAJARAN

Fungsi ini menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta
memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang
dibawa dalam karya sastera.

Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-
mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk
memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna
kepada masyarakat.

Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari
cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-
menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak
mengenang budi.

DAKWAH

Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia
tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami
sebagai objek dakwah (Mad’u).

Medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai
saranan komunikasi dakwah ternyata efetif atau keberkesanannya.

Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai kesusasteran. Ruang dialektika yang
terdapat dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya mampu menemukan
warna baru dalam rangka menyampaikan pesan suci Tuhan yang diebut
dengan dakwah.

KRITIKAN SOSIAL

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang
berbeza-beza.

Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku
dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia.

Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana
ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya.

Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar
biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang
indah sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan
masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian
antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan.

Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan
yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka.

Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan
menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej.

Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan
tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak
dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.

TOPIK3

LESSON 01

MANIFESTASI

AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU

KARYA HAMZAH FANSURI

SYAIR DAGANG

DEFINISI SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan
kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian
Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw
berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang
telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Setiap rangkap
dalam syair mengandungi sebanyak empat baris dan kesemuanya
membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan.
Keempat-empat baris tersebut berirama sama.


Click to View FlipBook Version