34 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan (b) Francaisor Francaisor merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk. Francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan. Kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit menyediakan khidmat nasihat secara percuma bagi membantu individu dan usahawan menguruskan kewangan dengan bijak. RM Celik Kewangan (i) Peranan Francaisor Francaisor memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi. Sebagai pemilik jenama, francaisor mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menyediakan “blueprint” atau petunjuk pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan kepada francaisi. Francaisor boleh membantu menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan untuk memberikan pengetahuan tentang sistem pemasaran yang digunakan oleh francaisor kepada francaisi. Hal ini dapat memastikan setiap francaisi dapat bertahan dan perniagaan dijalankan dengan lancar dan terus maju. Terdapat juga francaisor yang membiayai kos pengiklanan francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu. Bagi perniagaan tertentu, francaisor turut memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas. (ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan Francais kepada Francaisor Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor ditunjukkan dalam Jadual 1.8 yang berikut: Gambar foto 1.19 Francaisor Program Francais Komuniti Program itu bagi membantu usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan sebagai francaisor. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.bharian.com.my node/158718) Buletin Keusahawanan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 34 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 35 Jadual 1.8 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor Kelebihan Kekurangan • Dapat mengembangkan perniagaan secara global • Menikmati ekonomi bidangan dalam bentuk peningkatan dalam jumlah sesuatu pengeluaran • Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran baharu • Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi • Struktur pengurusan tidak begitu besar – pengurusan outlet francaisi dilakukan oleh francaisi sendiri • Boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak mematuhi kualiti produk yang ditetapkan • Peningkatan dalam kos sokongan operasi untuk francaisi • Kesukaran memilih francaisi yang baik dan berdaya saing (b) Francaisi Francaisi merupakan syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor. Francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. (i) Peranan Francaisi Peranan francaisi adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan penamatan kontrak oleh francaisor. Jelaskan lima kategori pendaftaran di bawah Akta Francais (Pindaan) 2012. Minda Kreatif Gambar foto 1.20 Francaisi QR Code Persatuan Francais Malaysia http://www.mfa.org.my PEMBANGUNAN FRANCAIS Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melaksanakan pelbagai insiatif berkaitan dengan pembangunan francais. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDNKK adalah seperti berikut: • Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) • Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPF) • Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) • Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) • Program Pembangunan Francais (PPF) • Program Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT) (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.kpdnkk.gov.my) Buletin Keusahawanan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 35 11/7/16 12:14 PM
36 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1.3.2 Usaha Sama Usaha sama ialah suatu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu. Dalam sesebuah usaha sama, kedua-dua pihak akan membentuk sebuah entiti perniagaan yang baharu. Modal untuk syarikat baharu ini akan disumbangkan oleh pihak-pihak yang telah bersetuju untuk menjalankan usaha sama. Mereka akan bersama-sama mengawal dan menguruskan syarikat baharu tersebut dan seterusnya berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan. Usaha sama yang ditubuhkan mungkin untuk satu projek tertentu sahaja, iaitu syarikat baharu akan ditubuhkan. Kedua-dua syarikat akan menjadi pemegang saham. Perjanjian perniagaan dibuat untuk menetapkan peranan dan tanggungjawab syarikat yang terlibat dalam kewangan, tenaga kerja dan lain-lain. (ii) Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan Francais kepada Francaisi Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi ditunjukkan dalam Jadual 1.9 yang berikut. Jadual 1.9 Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi Kelebihan Kekurangan • Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik • Reka bentuk yang seragam • Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor • Risiko kegagalan perniagaan rendah • Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas • Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan • Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor • Terikat dengan perjanjian francais dan bergantung pada francaisor • Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk majukan perniagaan Namakan perniagaan francais di kawasan anda atau yang anda ketahui. Jelaskan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh perniagaan tersebut. Minda Kreatif Contoh Malaysia Aviation Group jalin usaha sama dengan Lufthansa Malaysia Aviation Group Berhad memeterai Terma Rujukan bersama Lufthansa Technik AG untuk membentuk rangka kerja usaha sama strategik bagi kerjasama (JV) menubuhkan sebuah kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serantau. Kemudahan MRO itu, yang dirancang tahun depan, akan berpangkalan di kemudahan sedia ada Malaysia Airlines Berhad (MAB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). MRO bakal menyelenggara angkatan pesawat Boeing 737 dan Airbus A320. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.bharian.com.my/ node/157437) Buletin Keusahawanan Bab 1 Lembaga Tabung Haji dan Amanah Raya telah bekerjasama menubuhkan Abraj Management Sdn. Bhd. (Abraj) dengan pemilikan saham secara sama rata. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://ww1.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_ Negeri&pg=dn_15.htm) Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 36 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 37 (a) Tujuan Usaha Sama Tujuan usaha sama dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan keuntungan perniagaan pemilik. Apabila sesuatu usaha sama telah berjaya atau tercapai objektifnya, syarikat usaha sama selalunya akan dibubarkan. Kedua-dua syarikat juga dapat meningkatkan dana perniagaan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. (b) Kelebihan dan Kekurangan Usaha Sama Kelebihan dan kekurangan perniagaan usaha sama ditunjukkan dalam Jadual 1.10 yang berikut. Jadual 1.10 Kelebihan dan kekurangan usaha sama Kelebihan Kekurangan • Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan. Syarikat boleh menjalankan perniagaan di tempat yang belum pernah diterokai • Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja untuk menjalankan sesuatu projek • Meningkatkan pengeluaran kerana pasaran adalah lebih besar • Mendapat teknologi baharu dan terkini dengan bekerjasama dalam pengeluaran • Mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan sumber-sumber lain daripada syarikat usaha sama • Harta individu, aset serta pegangan dalam syarikat asal dikekalkan • Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi kerana risiko ditanggung oleh kedua-dua buah syarikat • Visi dan misi yang berbeza antara pihak yang bergabung menyebabkan berlakunya konflik • Perbezaan budaya dan cara pengurusan yang berbeza dalam menjalankan sesebuah perniagaan boleh membawa masalah kepada pengurusan pada masa hadapan Arahan: Bentangkan dalam kelas. Soalan: Jelaskan cara atau prosedur menjalankan perniagaan secara usaha sama. EMK Senaraikan syarikat usaha sama yang berjaya di Malaysia. Kemudian, pilih satu perniagaan usaha sama hasil daripada carian anda. Berikan pendapat anda tentang punca kejayaan usaha sama perniagaan tersebut. Program Pembangunan Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Program Pembangunan Produk bertujuan untuk membangunkan produk PKS yang berpotensi untuk dipromosi dan dipasarkan melalui pasar raya di peringkat domestik. Dalam memastikan program ini dilaksanakan dengan berkesan, usaha sama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dalam aspek penjenamaan dan pembangunan produk dijalinkan secara berterusan. Agensi kerajaan yang terlibat akan membantu merangka program-program pembangunan yang bersesuaian. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://spacedeals.1pengguna.com/ spacedeals/index.php?r=portal/ left&id=aDRjRDJEcmJsTjV 2UWpPWHhIdmhUZz09) Buletin Keusahawanan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 37 11/7/16 12:14 PM
38 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1.4.1 Saiz Saiz perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kecil, sederhana dan besar. Di Malaysia satu definisi seragam telah ditetapkan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan (MPPK). Definisi tersebut diguna pakai oleh semua kementerian dan agensi kerajaan, institusi kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS. Faktor penentuan saiz perniagaan ialah: • jumlah jualan tahunan • bilangan pekerja tetap Kedua-dua aspek ini berbeza untuk perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan dan perkhidmatan seperti dalam QR Code Jadual 1.11 yang berikut: SME Corporation Malaysia http://www.smecorp.gov.my Klasifikasi Perniagaan Klasifikasi perniagaan merupakan penyusunan perniagaan dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Perniagaan diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu saiz dan sektor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.10 yang berikut: Rajah 1.10 Klasifikasi perniagaan Saiz Kecil Sederhana Besar Sektor Utama Kedua Ketiga Klasifikasi Perniagaan 1.4 Arahan: Bincang dalam kumpulan. Soalan: Terdapat usahawan yang keliru berkaitan dengan perbezaan antara jualan tahunan dengan keuntungan. Sesebuah perniagaan mungkin mempunyai nilai jualan tahunan yang tinggi tetapi masih menanggung kerugian. Bincangkan sebab-sebab situasi ini berlaku. EMK Setiap perniagaan di Malaysia perlu saling membantu dan bersaing secara adil bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang secara konsisten dan kukuh. Cintai Negara Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 38 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 39 Jadual 1.11 Klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz Klasifikasi Saiz Pengilangan Perkhidmatan Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (orang) Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (orang) Kecil RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta 5 hingga kurang daripada 75 RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta 5 hingga kurang daripada 30 Sederhana RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta 75 hingga kurang daripada 200 RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta 30 hingga kurang daripada 75 Besar RM50 juta dan ke atas 200 dan ke atas RM20 juta dan ke atas 75 dan ke atas (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.smecorp.gov.my, capaian pada 26 Jun 2016) Arahan: Bentangkan dalam kelas. Soalan: Jelaskan perbezaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana. EMK (a) Perniagaan Bersaiz Kecil Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan akan dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil sekiranya mempunyai pencapaian jumlah jualan tahunan dalam anggaran RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta serta pekerja tetap 5 hingga kurang daripada 75 orang. Bagi perkhidmatan pula, jumlah jualan tahunan adalah antara RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta manakala bilangan pekerja tetap antara 5 hingga kurang daripada 30 orang. (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Kecil • Kos overhed yang lebih rendah Perniagaan bersaiz kecil tidak memerlukan kos operasi dan kos pengurusan yang tinggi. Hal ini membolehkan peniaga menawarkan harga yang lebih bersaing berbanding dengan syarikat yang lebih besar. • Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan Pemilik dapat mengambil tindakan segera atas segala masalah dan rungutan pelanggan. Kebiasaannya, perniagaan bersaiz kecil kurang menghadapi birokrasi, seperti borang yang perlu diisi oleh pelanggan yang menghadapi masalah. Setiap perniagaan perlu memastikan keuntungan yang diperoleh diagihkan dan digunakan dengan baik mengikut keutamaan bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar. RM Celik Kewangan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 39 11/7/16 12:14 PM
40 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan • Fleksibel Perniagaan kecil lebih mudah untuk mengubah strategi apabila diperlukan. Hal ini disebabkan oleh pemilik boleh membuat keputusan dengan mudah. Selain itu, pemilik juga terlibat secara langsung dalam pengurusan perniagaannya. • Kos upah yang lebih rendah Pekerja dalam perniagaan bersaiz kecil tidak berdaftar dengan kesatuan sekerja, atau merupakan pekerja sambilan. Hal ini membolehkan mereka hanya dibayar gaji minimum. (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Kecil • Kos pengeluaran tinggi Perniagaan bersaiz kecil menanggung kos pengeluaran yang tinggi kerana tidak dapat menikmati ekonomi bidangan. • Kurang berdaya saing Perniagaan bersaiz kecil sukar untuk mengekalkan perniagaan dalam keadaan mencabar berbanding dengan pesaing yang bersaiz besar seperti ketika keadaan ekonomi kurang menentu. • Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman Pemilik tidak mampu membayar upah pekerja mahir yang lebih tinggi. Mereka juga tidak mampu untuk menampung kos latihan untuk pekerja sedia ada. • Kekurangan sumber kewangan Perniagaan bersaiz kecil sukar mendapatkan modal tambahan. Bank dan institusi kewangan kerap kali enggan memberikan pinjaman kepada mereka kerana kurang keyakinan akan potensi perniagaan tersebut. Pemilik juga tidak dapat menyediakan cagaran yang diminta oleh pihak bank. (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Kecil • Masalah aliran tunai Aliran tunai yang negatif menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil. Masalah ini timbul berikutan daripada pelanggan yang lambat menjelaskan hutang. Pada masa yang sama, perniagaan perlu membayar bil-bil dan perbelanjaan di luar jangka. Pihak pengurusan digalakkan menggunakan teknologi terkini termasuk perisian komputer untuk menjana penyata aliran tunai dan belanjawan agar aliran tunai dapat dikawal. Sebarang perbelanjaan luar jangka dapat dikesan lebih awal. Produk yang baik tidak bergantung pada harga yang ditawarkan tetapi bergantung pada kualiti sumber dan teknik pembuatannya. RM Celik Kewangan Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: Jelaskan cara mengatasi masalah kekurangan yang wujud dalam perniagaan bersaiz kecil. EMK Bab 1 Buletin Keusahawanan Showcase Produk Usahawan Serumpun Showcase ini merupakan platform yang disediakan kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan menyatukan usahawan yang berdaya maju dari Malaysia dan Indonesia. Kerjasama erat antara usahawan Malaysia dan Indonesia dibentuk dan dijayakan melalui Malaysia Indonesia Corporate House (MICH). Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh semua usahawan untuk terus maju dan berdaya saing. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang https://www.youtube.com/ watch?v=pm7AAkj_O0Y, capaian pada 5 Oktober 2016) Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 40 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 41 • Bebanan kerja Pemilik perniagaan kecil kebiasaannya menanggung bebanan kerja yang berat kerana tiada pengkhususan. Pengurusan dan keputusan perniagaan perlu dilakukan sendiri oleh pemilik. • Mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baharu Pemilik perlu sentiasa memikirkan strategi untuk memastikan pelanggan sedia ada kekal dengan memberikan perkhidmatan yang unik dan istimewa. Kajian perlu dibuat untuk membentuk strategi terbaik bagi mendapatkan pelanggan baharu. • Memotivasikan pekerja Pekerja merupakan faktor penting dalam sesebuah perniagaan. Pemilik perlu memastikan setiap pekerja gembira dengan persekitaran kerja supaya mereka lebih produktif. Kebajikan pekerja juga perlu diambil kira untuk mengurangkan kadar pusing ganti pekerja. • Kos overhed yang tinggi Mengawal kos overhed merupakan cabaran besar kepada perniagaan kecil. Terdapat perniagaan terpaksa ditutup akibat menanggung kos overhed yang berlebihan. Kajian keperluan sebenar berkaitan dengan pelanggan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan memberi perkhidmatan yang tidak diperlukan oleh pelanggan. Perniagaan bersaiz kecil berpeluang untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan kewangan daripada pelbagai agensi atau institusi kewangan seperti Bank SME dan sebagainya. Gambar foto 1.21 Perniagaan bersaiz kecil Setiap pengguna perlu menyokong produk tempatan bagi memastikan aliran mata wang terus mengalir dalam negara. Cintai Negara Anda merupakan pengurus dalam sebuah organisasi perniagaan. Nyatakan perkara yang perlu perhatian untuk meningkatkan motivasi pekerja di syarikat anda. Minda Kreatif Bab 1 QR Code Tekun Nasional https://www.tekun.gov.my Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 41 11/7/16 12:14 PM
42 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan (b) Perniagaan Bersaiz Sederhana Perniagaan dikategorikan bersaiz sederhana jika mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta dan bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang bagi syarikat pengilangan. Bagi perniagaan berasaskan perkhidmatan pula nilai jualan tahunan mestilah bernilai RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta dengan bilangan pekerja tetap dari 30 hingga kurang daripada 75 orang. Arahan: Pilih satu perniagaan bersaiz sederhana di kawasan anda. Soalan: Jelaskan secara ringkas setiap ciri yang terdapat dalam perniagaan tersebut. EMK (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Sederhana • Mudah ditubuhkan Perniagaan bersaiz sederhana mudah ditubuhkan sekiranya perniagaan yang dijalankan adalah dalam bentuk milikan tunggal atau perkongsian, prosedur penubuhannya mudah kerana tidak banyak peraturan perlu dipatuhi. • Fleksibel Perniagaan bersaiz sederhana juga adalah fleksibel. Perniagaan bersaiz sederhana akan berupaya untuk membuat sesuatu perubahan dengan cepat dan mudah jika keadaan memerlukan perubahan dilakukan. Pembahagian kerja perniagaan bersaiz sederhana juga adalah fleksibel. Hal ini membolehkan pekerja melakukan lebih daripada tugasan sebenar mereka untuk menarik perhatian majikan. • Semangat berpasukan yang tinggi Majikan dapat memupuk semangat bekerja dalam pasukan. Majikan mengetahui bahawa setiap pekerja ialah aset dalam memajukan sesebuah perniagaan. • Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan Perniagaan bersaiz sederhana tidak perlu melaporkan aktiviti dan kedudukan kewangan mereka kepada umum berbanding Gambar foto 1.22 Perniagaan bersaiz sederhana Setiap kemudahan kredit yang ditawarkan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh perniagaan bagi memacu pertumbuhan perniagaan ke tahap lebih baik. RM Celik Kewangan Fleksibel (Flexible): Boleh diubah atau disesuaikan dengan mudah Istilah Perniagaan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 42 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 43 dengan syarikat besar. Hal ini merupakan satu kelebihan perniagaan sekiranya pihak pengurusan sesebuah perniagaan berhasrat untuk menerokai pasaran baharu tanpa pengetahuan pesaing-pesaing dalam industri. (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Sederhana • Sukar menyediakan latihan Perniagaan bersaiz sederhana memerlukan pekerja yang berkemampuan untuk mengendalikan projek yang kompleks. Namun mereka tiada sumber untuk melatih pekerja untuk menghadapi cabaran ini berbanding perniagaan bersaiz besar. • Sukar untuk memajukan kerjaya Perniagaan bersaiz sederhana tidak menawarkan peluang kerjaya yang menarik kepada pekerjanya. Bilangan pekerja yang kurang menyebabkan seseorang pekerja tiada peluang menikmati kenaikan pangkat dalam organisasi perniagaan. • Wujud jurang hubungan Jurang hubungan wujud kerana bilangan pekerja yang lebih ramai menyukarkan hubungan rapat antara majikan dengan para pekerja. (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Sederhana • Meningkatkan hasil Perniagaan bersaiz sederhana menghadapi cabaran yang besar untuk meningkatkan hasil berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil dan besar. Pada peringkat ini, perbelanjaan perniagaan cenderung untuk naik secara mendadak. • Pengambilan pekerja Pada tahap ini, pengambilan pekerja perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak pengurusan. Perniagaan memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai mahir dan berpengalaman untuk terus berkembang. Terdapat persaingan dengan perniagaan besar untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman. • Undang-undang dan peraturan kerajaan Semakin besar sesebuah perniagaan, semakin banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Selain pendaftaran perniagaan, peniaga perlu mendapatkan pelbagai lesen, permit atau surat-surat kuasa dari pelbagai agensi berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Jika peniaga terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan mereka perlu memohon lesen kilang makanan daripada Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran bagi tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan ujian keluaran makanan tersebut. Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: 1 Cadangkan cara perniagaan bersaiz sederhana boleh memberikan latihan kepada pekerja tanpa kos yang besar. 2 Nyatakan dua agensi kerajaan yang menyediakan latihan untuk pekerja. EMK QR Code Majlis Amanah Rakyat (MARA) http://www.mara.gov.my Setiap perniagaan perlu mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding dengan pekerja asing. Cintai Negara Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 43 11/7/16 12:14 PM
44 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan (c) Perniagaan Bersaiz Besar Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran adalah bersaiz besar jika nilai jualan tahunan melebihi RM50 juta dan bilangan pekerja tetap juga perlu melebihi 200 orang. Perniagaan berasaskan perkhidmatan pula mempunyai nilai jualan tahunan melebihi RM20 juta serta bilangan pekerja melebihi 75 orang. Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) • Pelaksanaan beberapa projek aliran transit massa (Mass Rapid Transit-MRT) telah membuka pelbagai peluang perniagaan tambahan kepada usahawan berskala sederhana dan kecil untuk terus maju dan mengembangkan perniagaan mereka. • Hal ini dilaksanakan melalui tawaran untuk berniaga di stesen-stesen MRT kepada usahawan sedia ada dan bakal-bakal usahawan. • Tindakan ini bukan sahaja membuka peluang perniagaan tetapi turut merangsang kelahiran usahawan muda di Malaysia. Buletin Keusahawanan (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Besar • Menikmati ekonomi bidangan Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran membolehkan kos seunit pengeluaran dikurangkan ke tahap paling minimum. Perniagaan boleh menjual barang dengan harga yang lebih murah dan dapat meningkatkan keuntungan. • Dapat menguasai pasaran Perniagaan yang besar lebih mudah menguasai pasaran sesuatu produk berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil. • Wujud pengkhususan Pihak pengurusan mampu mengupah tenaga pakar yang berpengalaman luas di setiap bahagian untuk menjalankan operasi mereka. (ii) Kekurangan Perniagaan Bersaiz Besar • Komunikasi kurang berkesan Perniagaan yang besar mempunyai pelbagai aras atau hierarki dalam pengurusannya. Hal ini akan melambatkan proses penghantaran sesuatu maklumat daripada satu jabatan ke jabatan yang lain. Wujud juga kemungkinan berlakunya salah faham dalam proses penyampaian maklumat. Gambar foto 1.23 Perniagaan bersaiz besar Jelaskan peranan perniagaan bersaiz besar dalam membantu melahirkan usahawan terutama dalam kalangan generasi muda. Minda Kreatif Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 44 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 45 • Birokrasi Terdapat banyak peraturan dan polisi yang perlu dipatuhi. Sesuatu perkara yang mudah menjadi sukar kerana wujudnya pelbagai peraturan yang perlu dilaksanakan. • Risiko kerugian lebih besar Perniagaan bersaiz besar dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik dunia yang tidak menentu. (iii) Cabaran Perniagaan Bersaiz Besar • Ketidakpastian pasaran Keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu, peraturan yang sentiasa berubah, perubahan teknologi dan pesaing adalah antara faktor yang menimbulkan ketidakpastian dalam sesebuah perniagaan. • Pengambilan pekerja Perniagaan menghadapi persaingan dengan perniagaan lain untuk mendapatkan pekerja pakar yang berpengalaman. Terdapat juga golongan pekerja berpengalaman menubuhkan perniagaan mereka sendiri. • Meningkatkan keuntungan tahunan Perniagaan bersaiz besar menghadapi cabaran untuk meningkatkan keuntungan tahunan kerana proses perubahan sukar dilaksanakan. Perniagaan memerlukan tindakan segera dalam menghadapi perubahan dalam persekitaran. • Perundangan peraturan kerajaan Perniagaan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Perniagaan juga harus peka terhadap setiap perubahan yang berlaku termasuk dalam undang-undang seperti perlindungan pengguna. PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2012 TUJUAN PERATURAN TERPAKAI KEPADA Meningkatkan keyakinan pengguna untuk menjalankan transaksi secara elekronik dengan memberi perlindungan yang menyeluruh dan sekaligus membangunkan perdagangan elektronik di Malaysia. Peniaga dalam talian, iaitu orang yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web (laman web, blog,media sosial) atau melalui pasar dalam talian (online marketplace). Pengendali pasar dalam talian (online marketplace operators). (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.kpdnkk.gov.my, capaian pada 10 Julai 2016) Buletin Keusahawanan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Tugasan: Mengklasifikasikan perniagaan Langkah-langkah: 1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. 2 Setiap kumpulan diberikan akses komputer dan Internet. 3 Setiap kumpulan mendapatkan jenis perniagaan yang dipilih seperti restoran, perkhidmatan pengangkutan, kedai bunga, butik, kedai emas dan perhotelan. 4 Berdasarkan maklumat yang diperoleh, asingkan setiap perniagaan mengikut saiz dan skalanya. 5 Adakah saiz perniagaan mempengaruhi skalanya? Berikan alasan anda. Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 45 11/7/16 12:14 PM
46 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1.4.2 Sektor Perniagaan Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Ketiga-tiga sektor saling memerlukan dalam memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. (a) Sektor Utama (Primer) Sektor utama meliputi semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam sektor utama akan memberikan nilai tambah kepada hasil yang diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11 yang berikut: Rajah 1.11 Sektor utama Perlombongan • Petroleum dan gas asli • Emas, kuprum dan bijih timah • Mineral lain bukan logam Pertanian Pembalakan Perikanan Tanaman jualan untuk pasaran tempatan atau eksport seperti kelapa sawit dan getah Kayu merbau, cengal, meranti, seraya dan keruing Perikanan laut dalam, pinggir pantai, air tawar, akuakultur dan ikan hiasan Sektor Utama (b) Sektor Kedua (Sekunder) Sektor kedua melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Nilai tambah yang dihasilkan dalam sektor ini lebih tinggi berbanding dengan sektor utama. Industri pembinaan dan pembekalan kuasa elektrik juga termasuk dalam sektor kedua. Sektor kedua boleh dikategorikan kepada empat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.12 yang berikut: Kenal pasti aktiviti yang termasuk dalam sektor utama di kawasan anda. 1 Bincangkan kelebihan sektor utama yang sedang dijalankan untuk masyarakat tempatan. 2 Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan sumber yang digunakan terus terpelihara dan dikomersialkan secara sistematik. Jelaskan peranan sektor utama, kedua dan ketiga dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Minda Kreatif Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 46 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 47 Rajah 1.12 Sektor kedua Sektor Kedua Pembuatan dan pengilangan Kejuruteraan Pembekalan tenaga Pembinaan (i) Pembuatan dan Pengilangan Terdapat perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pembuatan dan pengilangan. Penghasilan barang melalui proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai. Contohnya, kilang pembuatan roti menjalankan transformasi daripada bahan mentah (tepung) kepada roti. (ii) Kejuruteraan Kejuruteraan menyediakan jentera, mesin dan peralatan untuk pengeluaran. Jenis mesin yang diperlukan bergantung pada jenis aktiviti pengilangan yang dijalankan. Sebuah kilang mungkin memerlukan peralatan saintifik untuk pengeluaran manakala sebuah kilang yang lain memerlukan jentera berat dalam proses pengeluarannya. Contohnya, Proton Holdings Berhad memerlukan mesin khas yang bersesuaian untuk menghasilkan kereta mengikut reka bentuk dan kualiti yang telah ditetapkan. Gambar foto 1.24 Teknologi kejuruteraan QR Code Proton Holdings Berhad http://www.proton.com.my Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: Jelaskan kepentingan sektor kedua kepada aktiviti yang dijalankan oleh sektor utama dan sektor ketiga. EMK Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 47 11/7/16 12:14 PM
48 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan (iii) Pembekalan Tenaga Pembekalan tenaga melibatkan aktiviti pembekalan sesuatu tenaga dari pelbagai sumber seperti elektrik, petroleum dan air untuk kegunaan industri dan isi rumah. Contohnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). (iv) Pembinaan Pembinaan merangkumi aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan menggunakan barang siap atau separa siap. Contohnya, pembinaan bangunan dan jambatan. (c) Sektor Ketiga (Tertier) Sektor ketiga melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Aktiviti perkhidmatan dikenali juga sebagai aktiviti ekonomi peringkat ketiga atau tertier. Aktiviti perkhidmatan dalam sektor ketiga meliputi pelbagai bidang seperti sektor perkhidmatan pelancongan, pengangkutan, telekomunikasi, perbankan, perdagangan serta perkhidmatan awam dan swasta. Sektor ketiga berperanan untuk menyokong perkembangan sektor primer dan sekunder. Kini sektor ketiga merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara. Arahan: Bincangkan dalam kumpulan kecil. Soalan: 1 Senaraikan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, swasta dan badan kebajikan. 2 Teliti senarai tersebut dan kenal pasti jika wujud persamaan dalam perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan dan swasta. 3 Bincangkan sebab perkara ini berlaku. EMK Perkhidmatan Awam Di Malaysia, keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan swasta masih lagi rendah Kerajaan mengamalkan dasar seperti dasar penswastaan untuk membantu keselesaan, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat Terdapat beberapa bidang tidak diswastakan sepenuhnya seperti pendidikan dan kesihatan Sektor Ketiga Memberikan perkhidmatan kepada perniagaan dan individu Perkhidmatan ditawarkan oleh perniagaan yang dimiliki secara persendirian seperti peruncitan dan akauntan Perkhidmatan disediakan oleh badan-badan amal dan sukarela dalam bidang seperti kesihatan komuniti dan alam sekitar Perkhidmatan swasta Perkhidmatan sukarela/kebajikan Rajah 1.13 Sektor ketiga Setiap tenaga yang dibekalkan perlu digunakan secara berhemah tanpa melibatkan sebarang pembaziran. Cintai Negara Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 48 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 49 1.5 Skala Perniagaan Rajah 1.14 Skala perniagaan Tempatan Kebangsaan Skala Perniagaan Domestik Antarabangsa Negeri Zon Global 1.5.1 Pasaran Domestik Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara. Pasaran domestik boleh dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.14. (a) Skala Tempatan Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan membekalkan barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. Saiz pasaran adalah kecil. Dari aspek kos perniagaan, kos yang ditanggung adalah rendah kerana tidak melibatkan operasi yang besar. Jelaskan kelebihan perniagaan berskala tempatan. Minda Kreatif Gambar foto 1.25 Perniagaan skala tempatan Setiap modal yang diperuntukkan dalam perniagaan perlu digunakan sepenuhnya secara sistematik dan terurus. RM Celik Kewangan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 49 11/7/16 12:14 PM
50 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan (b) Skala Negeri Perniagaan telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung pada peringkat ini agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan dari pelbagai daerah. Kebanyakan perniagaan pada tahap ini terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). (c) Skala Kebangsaan Perniagaan berskala kebangsaan mempunyai saiz pasaran yang lebih besar. Perniagaan berskala kebangsaan meliputi pasaran di seluruh negara. Beroperasi di skala kebangsaan membolehkan peniaga menikmati ekonomi bidangan. Barang atau perkhidmatan dapat ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli stok dalam kuantiti yang lebih besar. Oleh itu, perniagaan boleh berunding dengan pembekal untuk mendapatkan diskaun yang lebih tinggi, dan seterusnya menjual pada harga yang lebih murah kepada pelanggan. Hal ini menyebabkan perniagaan yang berskala tempatan sukar menyaingi perniagaan berskala kebangsaan. Gambar foto 1.26 Perniagaan skala kebangsaan Jelaskan kelebihan perniagaan berskala negeri. Minda Kreatif 1.5.2 Pasaran Antarabangsa Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. Pasaran antarabangsa melibatkan aktiviti import, eksport dan entreport. Liputan pasaran bagi perniagaan skala antarabangsa menjadi luas dan sasaran pasaran baharu akan wujud. Keadaan ini dapat meningkatkan keuntungan syarikat. Pasaran antarabangsa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: “Jangan takut untuk meninggalkan yang BAIK bagi mengejar yang HEBAT!” Dato’ Haji Musa bin Haji Nordin, merupakan contoh usahawan berjaya yang berani keluar dari zon selesa untuk mengejar kejayaan yang lebih hebat. Buletin Keusahawanan KUARI BATU EMAS KBE GROUP OF COMPANIES Dalam perniagaan antarabangsa, setiap perniagaan perlu mengutamakan kepentingan negara. Setiap aktiviti yang menjejaskan kedaulatan negara perlu dielakkan sepenuhnya. Cintai Negara Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 50 11/7/16 12:14 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 51 (a) Skala Zon Perniagaan yang berskala zon, peniaga memberi fokus kepada pasaran di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan. (b) Skala Global Perniagaan yang berskala global, pasaran adalah luas merentasi sempadan. Pada masa kini, pasaran global mudah ditembusi dengan wujudnya Internet. Penggunaan aplikasi seperti emel, Newsgroup dan laman web di dalam perniagaan yang diguna pakai secara meluas dapat melangkaui sempadan negara. Jelaskan kelebihan dan kekurangan perniagaan yang terlibat secara langsung dalam pasaran antarabangsa. Minda Kreatif Kerajaan Malaysia memberi pelbagai galakan kepada peniaga untuk menembusi pasaran global. Contohnya, pihak kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang memberikan khidmat nasihat, latihan dan bantuan promosi kepada peniaga yang ingin mengembangkan sayap ke luar negara. Kerajaan Malaysia mempelawa pelabur Jepun dan pelabur lain memanfaatkan peluang perniagaan dalam pasaran ASEAN yang besar, menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke rantau ini. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.astroawani. com, capaian pada 28 Jun 2016) Buletin Keusahawanan Contoh Contoh Syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global. Bab 1 Arahan: Bentangkan dalam kelas. Soalan: Jelaskan rahsia kejayaan syarikat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia terutama dalam pasaran ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU). EMK Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar secara dalam talian atau menghantar Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma. Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 51 11/7/16 12:15 PM
52 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk pemilikan, klasifikasi dan skala perniagaan dapat dikaitkan dengan aktiviti perniagaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15 berikut: Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan 1.6 Jelaskan perkaitan antara penawaran barang dan perkhidmatan yang wujud dalam perniagaan yang dijalankan di kawasan anda. Minda Kreatif Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau pelanggan. Jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi perniagaan yang dijalankan. Jika perniagaan yang dijalankan berasaskan perkhidmatan, peniaga tidak perlu terlibat dengan pengurusan stok dan lebih memberi tumpuan kepada pengurusan sumber manusia. Rajah 1.15 Perkaitan perniagaan Klasifikasi Perniagaan Skala Bentuk pemilikan Penawaran barang dan perkhidmatan #YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital seperti program eRezeki dan eUsahawan. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http:// youcanduit.mdec.my/) Buletin Keusahawanan Bab 1 Pemangkin Pendapatan Digital TM Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 52 11/7/16 12:15 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 53 Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi. Bagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan, perniagaan bentuk milikan tunggal lazimnya dipilih untuk menawarkan barang atau perkhidmatan. Apabila perniagaan semakin berkembang atau saiznya bertambah besar, bentuk pemilikan juga boleh diubah mengikut keperluan perniagaan. Contohnya, perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian, perlulah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik dan antarabangsa. Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skalanya. Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan barang atau perkhidmatan ke pasaran global. Teknologi moden seperti Internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Hal ini akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan. Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Di Malaysia, lazimnya sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau skala domestik. Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan dan perkhidmatan adalah untuk pasaran domestik dan juga antarabangsa. Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tanpa aktiviti perniagaan, barang dan perkhidmatan tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan jual beli untuk menjana keuntungan. Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Pembelajaran Penerokaan Tugasan: Mengaitkan perniagaan mengikut jenis perniagaan, bentuk pemilikan, skala dan klasifikasinya Langkah-langkah: 1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil. 2 Setiap kumpulan pilih satu perniagaan yang terdapat di kawasan masing-masing. 3 Buat aktiviti sumbang saran dalam kumpulan dengan membincangkan jenis perniagaan, pemilikan, skala dan klasifikasi bagi perniagaan yang telah dipilih. 4 Senaraikan isi penting hasil daripada aktiviti sumbang saran. 5 Sediakan bahan untuk pembentangan. 6 Bentangkan dalam kelas. 7 Lakukan sesi soal jawab selepas pembentangan. Arahan: Bentangkan dalam kelas. Soalan: Jelaskan kepentingan menentukan jenis penawaran barang dan perkhidmatan agar selaras dengan jenis dan saiz perniagaan. EMK Pengurusan kewangan setiap perniagaan perlu mengikut sistem yang sistematik dan tersusun. RM Celik Kewangan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 53 11/7/16 12:15 PM
54 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia Sektor perniagaan di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian sektor adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat. Sektor utama terlibat dalam aktiviti penerokaan sumber dan pertanian. Sektor kedua melibatkan aktiviti perkilangan dan pembinaan, manakala sektor ketiga melibatkan aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan. 1.7.1 Selepas Merdeka Pada waktu selepas merdeka penduduk Malaysia kebanyakannya menjalankan aktiviti berasaskan pertanian. Kita dikenali sebagai negara pengeluar bahan mentah seperti getah dan bijih timah. Namun kerajaan mendapati negara kita sukar untuk berkembang maju jika hanya bergantung pada sektor utama. 1.7 Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: Cadangkan dua peluang perniagaan dalam sektor perkhidmatan yang boleh dijalankan di tempat anda. EMK Gambar foto 1.27 Sektor pertanian 1.7.2 Era 1990-an Kerajaan mula menggalakkan rakyat untuk menceburi sektor kedua bagi tujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. Pelbagai galakan telah diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menambah hasil keluaran, sehinggalah pada awal tahun 1990-an sektor kedua mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport Malaysia. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengalami proses transformasi yang melibatkan pelbagai dimensi pada peringkat individu dan keluarga, taraf dan corak kehidupan, fizikal dan minda serta organisasi. Felda merupakan contoh terbaik kepada semua perniagaan di Malaysia terutama dalam melakukan proses transformasi terhadap aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan. Buletin Keusahawanan Bab 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 54 11/7/16 12:15 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 55 1.7.3 Menjelang Abad ke-21 Kini dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sumbangan sektor ketiga, iaitu sektor perkhidmatan semakin meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Penekanan yang lebih tinggi diberikan kepada sektor perkhidmatan selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. Gambar foto 1.28 Sektor perindustrian Gambar foto 1.29 Sektor perkhidmatan (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.mida.gov.my, capaian pada 29 Jun 2016) QR Code Pusat Transformasi Bandar (UTC) http://www.utc.my Bab 1 Proton merupakan syarikat pengeluar kereta nasional yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan syarikat terus kukuh dan berdaya saing dalam psaran domestik dan dunia. Dengan program rasionalisasi, cawangan baharu yang terdiri daripada pusat 3S telah mewujudkan rangkaian yang sihat dengan memberi tumpuan kepada kawasan pasaran utama. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.utusan.com. my/bisnes/korporat/pelantransformasi-proton-galakpertumbuhan-1.81303) Buletin Keusahawanan Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 55 11/7/16 12:15 PM
56 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Gerak Minda 1.1 SOALAN STRUKTUR Arahan: Jawab semua soalan. 1 “Perniagaan bersaiz kecil turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara” Berdasarkan penyataan tersebut, jawab soalan yang berikut: (a) Bagaimanakah perniagaan tersebut dapat menyumbang kepada ekonomi negara? (b) Terangkan masalah dan peluang yang dihadapi oleh mereka sebagai perniagaan bersaiz kecil. 2 Terangkan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad. 3 Nyatakan definisi francais dan usaha sama. 4 Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan berskala domestik? 5 Terangkan sebab perniagaan bersaiz kecil terus popular dan mampu bersaing dengan perniagaan bersaiz besar. Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 56 11/7/16 12:15 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 57 SOALAN ESEI Arahan: Jawab semua soalan. 1 Mengapakah perniagaan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penting kepada pembangunan ekonomi di Malaysia? 2 Rajah berikut menunjukkan tujuan perniagaan. (a) Apakah X? (b) Terangkan dua kepentingan X dengan memilih sebuah organisasi sebagai contoh. 3 Berikut ialah senarai perbelanjaan yang dibuat oleh Ali dan Aliya untuk tempoh satu minggu. Bagaimanakah anda dapat mengkategorikan item-item dalam senarai itu? 4 Syarikat Juara Niaga Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi bermotifkan untung. Syarikat mempunyai tiga buah pasar raya yang beroperasi di Taiping dan Ipoh. Pihak pengurusannya bercadang untuk menjual beberapa jenis barang di pasar raya tersebut pada harga kos. Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda. 5 Jelaskan perbezaan yang wujud antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung. ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG X MENAWARKAN BARANG DAN PERKHIDMATAN TUJUAN PERNIAGAAN SENARAI ALI • Buku • Nasi lemak • Tambang bas • Tiket wayang • Sabun • Pencuci • Raket badminton • Sewa gelanggang • Pakaian sukan • Mi segera SENARAI ALIYA • Pencuci muka • Nasi ayam • Petrol • Salun kecantikan • Baju baharu • Sewa bilik • Rawatan doktor • Mi segera • Komputer Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 57 11/7/16 12:15 PM
58 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1 Terangkan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. 2 Mengapakah perlu wujud organisasi bukan bermotifkan untung dalam sesebuah negara? 3 Terangkan perbezaan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan contoh. 4 Terangkan perkaitan antara keperluan dan kehendak dengan perniagaan. 5 Jelaskan kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung. 6 Terangkan bentuk-bentuk pemilikan perniagaan. 7 Bagaimanakah sesebuah perniagaan itu diklasifikasikan? Refleksi Bab ini membincangkan tujuan perniagaan yang meliputi bentuk pemilikan perniagaan, klasifikasi perniagaan serta perkembangan perniagaan di sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Setiap bentuk pemilikan mempunyai ciri, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap perniagaan diklasifikasikan kepada tiga saiz utama, iaitu perniagaan bersaiz kecil, sederhana dan besar. Selain itu, perniagaan turut dilihat dari aspek penawaran barang dan perkhidmatan serta skala perniagaan yang sedang dijalankan. Rumusan 1 Anda dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang setiap kumpulan. 2 Dapatkan satu artikel berkaitan proses penubuhan aktiviti perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi. 3 Kaitkan artikel tersebut dengan peluang daya saing berdasarkan keadaan ekonomi semasa. 4 Lakukan aktiviti sumbang saran dalam kumpulan. 5 Bentangkan dalam kelas mengikut kumpulan. Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 58 11/7/16 12:15 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 59 Latihan Sumatif 1 SOALAN OBJEKTIF Arahan: Jawab semua soalan. 1 Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan? A Mewujudkan peluang pekerjaan B Membantu masyarakat setempat C Meningkatkan pendapatan negara D Menawarkan barang dan perkhidmatan 2 Pilih jawapan yang betul. Barang Perkhidmatan A Pakaian Polisi insurans B Pelancongan Salun kecantikan C Pusat tuisyen Buku rujukan D Telefon bimbit Kereta 3 Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia? A Mudah dipenuhi B Hidup lebih selesa C Mempunyai batasan D Sama untuk semua individu 4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Perkasa Sdn. Bhd. Syarikat telah membina tiga buah pondok rehat di taman rekreasi berhampiran Syarikat Perkasa telah menggunakan keuntungannya untuk A memajukan lagi perniagaannya B membantu masyarakat setempat C membayar ganjaran kepada pekerjanya D mendapatkan keyakinan daripada pelabur 5 Tepung, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi. Hal ini bermakna barang tersebut A dijual pada harga kos B dijual di atas harga kos C dijual di bawah harga kos D diberikan secara percuma 6 Apakah tujuan kewujudan organisasi bukan bermotifkan untung? I Mewujudkan kesedaran tentang sesuatu perkara II Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat III Memperoleh keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan IV Membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Antara berikut, yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad? A Kuasa pemegang syer terhad B Modal pemegang syer terhad C Bilangan pemegang syer terhad D Tanggungan pemegang syer terhad 8 Apakah kelebihan Syarikat Sendirian Berhad berbanding dengan Syarikat Awam Berhad? A Syarikat Sendirian Berhad mempunyai taraf perundangan sendiri B Keuntungan yang diperoleh Syarikat Sendirian Berhad terlepas daripada bebanan cukai C Penyata kewangan Syarikat Sendirian Berhad tidak perlu diumumkan kepada orang ramai D Lembaga pengarah Syarikat Sendirian Berhad tidak semestinya terdiri daripada pemegang syer 9 Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri berikut: • Mudah ditubuhkan • Pemilik mempunyai kuasa penuh • Kadar cukai rendah A Koperasi B Perkongsian C Milikan tunggal D Syarikat Sendirian Berhad Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 59 11/7/16 12:15 PM
60 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 10 Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat Awam Berhad? A Bilangan minimum ahlinya berjumlah dua orang B Syer hanya boleh dipindah milik atas persetujuan lembaga pengarah C Syarikat ini mesti dibubarkan jika majoriti pemegang syer menjadi muflis D Sebelum ditubuhkan, syer syarikat jenis ini mestilah disenaraikan di bursa saham 11 Pentadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad dikawal dan diuruskan oleh A pekerja syarikat B ahli lembaga pengarah C pemegang-pemegang syer D pemiutang-pemiutang syarikat 12 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan. • Menggunakan jenama yang sama • Dikawal berterusan oleh syarikat asal • Membayar fi yang dipersetujui untuk mendapatkan kebenaran berniaga Apakah bentuk perniagaan tersebut? A Francais C Perkongsian B Usaha sama D Milikan tunggal 13 Pilih pernyataan yang betul berkaitan francaisor dan francaisi. Francaisor Francaisi A Mempunyai jenama yang terkenal Memberi hak kepada francaisor untuk menggunakan jenamanya B Menjalankan promosi bagi pihak francaisi Menanggung kos promosi yang dijalankan oleh francaisor C Sentiasa mengawal syarikat yang menerima hak berniaga Bebas menjalankan perniagaan mengikut kehendak sendiri D Memberi hak kepada francaisi untuk menggunakan jenamanya Membayar francaisor dalam bentuk yang dipersetujui 14 Usaha sama ialah A bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya B hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis C perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna D dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu 15 Antara berikut, pilih kelebihan usaha sama. I Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai II Risiko perniagaan dapat dikongsi antara kedua-dua syarikat III Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain IV Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam perniagaan baharu A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 16 Tentukan pernyataan yang betul dan yang salah. I Syarikat usaha sama ialah entiti yang berasingan daripada syarikat asal II Matlamat yang berbeza antara pihak yang bergabung menyebabkan berlakunya konflik I II A BETUL BETUL B BETUL SALAH C SALAH BETUL D SALAH SALAH 17 Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar? A Layanan peribadi yang diberikan menarik lebih ramai pelanggan B Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah C Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat D Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 60 11/7/16 12:15 PM
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 61 18 Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. A Menikmati ekonomi bidangan B Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran C Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman D Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan 19 Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar. I Wujud ekonomi bidangan II Komunikasi lebih baik III Memberi layanan peribadi IV Mudah menguasai pasaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20 Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil. Encik Ayub merupakan pemilik Chini Enterprise sentiasa mengenali semua pelanggan tetap yang datang ke kedainya. Pernyataan tersebut merujuk pada A komunikasi yang lebih baik antara Encik Ayub dengan pekerjanya B layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan C pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan D kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan SOALAN ESEI Arahan: Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Perniagaan Agensi Pelancongan Global. Encik Ikmal bercadang untuk menjemput rakannya menjalankan perniagaan tersebut bersama-sama. Beliau berharap agar dapat mengumpulkan modal yang banyak dan juga dapat menggunakan pengalaman rakannya dalam bidang pemasaran. (a) Nyatakan perubahan bentuk milikan tersebut. (b) Terangkan tiga kelebihan perubahan bentuk milikan tersebut kepada operasi Perniagaan Agensi Pelancongan Global. 2 Situasi berikut menunjukkan perubahan pemilikan perniagaan. KEDAI PAKAIAN NORSHIDA NO. 2, JLN BESAR, KAJANG KEDAI PAKAIAN SHAHILA NO. 3, JLN BESAR, KAJANG BUTIK NORILA NO. 2–3, JLN BESAR, KAJANG Jelaskan tiga kelebihan yang diperoleh Butik Norila selepas perubahan bentuk milikan perniagaan. Situasi 1 Situasi 2 Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 61 11/7/16 12:15 PM
62 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 3 Mengapakah bentuk perniagaan francais semakin popular di Malaysia? 4 Baca situasi berikut dengan teliti. Amin Ridwan melihat peluang untuk memulakan perniagaan sendiri semasa bekerja sebagai “budak penghantar” untuk Mizcici Pizza semasa berusia 17 tahun. Beberapa tahun kemudian beliau telah berjaya menjadi pengurus untuk sebuah cawangan Mizcici Pizza di Bandar Kajang. Peluang ini digunakan untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan tersebut, iaitu daripada proses pembuatan pizza hingga kepada cara menguruskan pekerja. Pada usia 25 tahun, beliau bersama dengan dua rakannya berjaya menjadi francaisi Mizcici Pizza di Putrajaya dan Sepang. Beliau menyatakan kejayaannya ialah hasil kerja keras dan semangat tidak putus asa. Selain itu, Mizcici Pizza memang satu jenama yang telah dikenali di Malaysia. Beliau juga mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk oleh pemilik syarikat induk Mizcici Pizza. (a) Bincangkan kelebihan yang diperoleh oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam perniagaan tersebut. (b) Terangkan bentuk sokongan yang mungkin diterima Amin Ridwan daripada syarikat induk. 5 Baca situasi berikut dengan teliti. Nik Rohana telah menceburi perniagaan pengeluaran minuman ringan dengan jenama “Pop Kola” setelah berhenti daripada jawatan pengarah di sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh. Produknya dipasarkan di pasar raya seluruh Malaysia. Bagi mengembangkan perniagaan yang dijalankan olehnya, Nik Rohana bercadang untuk bekerjasama dengan Syarikat Sunrider pengeluar minuman ringan di Indonesia. Melalui kerjasama tersebut, beliau berharap produknya boleh diperkenalkan di negara-negara ASEAN. Dalam usaha merealisasikan impiannya, Nik Rohana menyediakan satu rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pembiayaan tambahan. Adakah anda bersetuju dengan cadangan Nik Rohana untuk bekerjasama dengan Syarikat Sunrider? Berikan alasan anda. 6 Terangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil berbanding dengan perniagaan bersaiz besar. 7 Anda telah ditawarkan jawatan penolong pengurus di Dilara Enterprise dan Syarikat Kunang Berhad. Tawaran manakah yang akan anda terima? Berikan alasan anda. 8 Encik Azmi dan rakannya menubuhkan firma perakaunan di Kuala Lumpur dua tahun yang lalu. Mereka sukar mendapatkan syarikat besar sebagai pelanggan kerana dikhuatiri firma mereka tidak akan bertahan lama. Bagaimanakah mereka boleh meyakinkan bakal pelanggan agar menerima perkhidmatan yang ditawarkan? 9 Sektor kedua telah berjaya memacu ekonomi negara dengan pertumbuhan pelabur asing yang masuk ke Malaysia. Terangkan sumbangan lain sektor ini kepada negara. 10 Perkongsian Perwira Juara pengeluar perabot terkemuka di Taiping ingin menukar status pemilikan perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad. Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda. Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 62 11/7/16 12:15 PM
Kerajaan Malaysia, melalui pelbagai agensi, berusaha untuk menyediakan persekitaran kondusif agar rakyat yang menceburi bidang perniagaan dapat berkembang maju. Oleh itu, dalam bab ini, anda akan mengenal pasti peranan kerajaan dan memahami aspek-aspek yang dapat mendorong sesebuah perniagaan untuk maju atau mengalami kegagalan pada peringkat domestik atau global. BAB2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN KATA KUNCI • Trend persekitaran • Faktor perubahan • Kesan perubahan Standard Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, murid boleh: 1 mengenal pasti peranan kerajaan dalam menangani isu-isu tempatan, negara dan serantau mengenai pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan deflasi 2 mengimbas trend persekitaran perniagaan 3 menganalisis faktor-faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan 4 menilai kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 63 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 63 11/7/16 1:43 PM
Trend semasa dalam perniagaan Peta Konsep Faktor-faktor perubahan persekitaran perniagaan Peranan kerajaan dalam menangani isu-isu tempatan, negara dan serantau mengenai • pertumbuhan ekonomi, • guna tenaga penuh, • inflasi dan • deflasi Kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan Trend persekitaran perniagaan 2 64 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 64 11/7/16 1:43 PM
Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu berkaitan pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada peringkat tempatan, negara dan serantau. Antara kementerian yang sedia membantu perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa adalah seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Bank Negara Malaysia (BNM). 2.1 Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat yang berperanan untuk memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara termasuklah dalam bidang perniagaan. Bank Negara Malaysia juga turut berperanan untuk meningkatkan kestabilan kewangan bagi pertumbuhan ekonomi dan perniagaan Malaysia. Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia berfungsi untuk mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara yang menekankan aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan negara. QR Code Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my Perniagaan perlu melibatkan penyertaan semua kaum dalam sistem operasi bagi memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Cintai Negara Gambar foto 2.1 Bank Negara Malaysia Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 65 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 65 11/7/16 1:43 PM
Gambar foto 2.3 Dewan Undangan Negeri 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan Di Malaysia, di bawah kerajaan negeri, terdapat kerajaan tempatan yang berperanan menguruskan hal ehwal tempatan. Berikut merupakan contoh pentadbiran kerajaan yang terdapat di Malaysia: Senaraikan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam urusan berkaitan dengan perniagaan. Gambar foto 2.2 Parlimen Malaysia Gambar foto 2.4 Majlis Bandaraya Jelaskan peranan kerajaan dalam membangunkan perniagaan di Malaysia. Minda Kreatif Bab 2 66 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 66 11/7/16 1:43 PM
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu yang berlaku pada peringkat tempatan, negara dan serantau. Huraian lanjut adalah seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 Isu tempatan, negara dan serantau (a) Peranan Kerajaan Pusat Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan terletak di Putrajaya. Kerajaan Pusat mempunyai fungsi dan bidang kuasa tersendiri dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan dari aspek perundangan, kewangan dan perkembangan aktiviti perniagaan. Gambar foto 2.5 Perdana Putra (Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan) QR Code Pejabat Perdana Menteri http://www.pmo.gov.my Berkaitan dengan perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti, pengguna tempatan, tanggungjawab sosial dengan masyarakat sekeliling dan faktor sosiobudaya masyarakat setempat. Isu Tempatan Melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti negara Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam. Isu Serantau Berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti jumlah pendapatan negara, inflasi, kemelesetan ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomi. Isu Negara Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 67 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 67 11/7/16 1:43 PM
(i) Aspek Perundangan Dari aspek perundangan, kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk menggubal sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan melalui Parlimen Malaysia. Hal ini bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar supaya semua isu tempatan, negara dan serantau dapat diatasi dengan baik. • Penggubalan Undang-Undang Terdapat beberapa akta yang telah diwujudkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 yang berikut: Setiap akta digubal bertujuan untuk mengawal perjalanan aktiviti perniagaan bagi menangani isu tempatan, negara dan serantau dalam aspek perundangan. Setiap isu atau perkara yang wujud dalam sesebuah perniagaan yang berkaitan dengan pihak kerajaan dan undang-undang akan diselesaikan melalui agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Pihak kerajaan juga berperanan untuk memastikan setiap perniagaan yang dijalankan mesti didaftarkan. Pendaftaran perniagaan boleh dibuat berdasarkan entiti perniagaan yang ditubuhkan serta tertakluk kepada akta yang berkaitan. Rajah 2.2 Contoh akta dalam perniagaan Akta Kontrak 1950 Akta Perkongsian 1961 Akta Jualan Barangan 1957 Akta Syarikat 1965 Akta Sewa Beli 1967 Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980) Contoh Semua syarikat perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat perlu mematuhi segala syarat yang termaktub di bawah Akta Syarikat 1965. Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Kemudian bentangkan. Soalan: Jelaskan kebaikan undang-undang yang telah digubal kepada perniagaan tempatan. EMK Parlimen Parlimen ialah kuasa perundangan bagi Malaysia. Parlimen berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini. Parlimen Malaysia berbentuk bicameral, iaitu terdiri daripada dwidewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara). Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http:// www.parlimen.gov.my) Buletin Keusahawanan Bab 2 68 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 68 11/7/16 1:43 PM
• Perlindungan Pengguna Undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna turut digubal supaya pengguna tidak ditindas oleh peniaga yang menjalankan amalan perniagaan yang tidak sihat seperti mengelirukan pengguna dalam kualiti barang dan harga barang. Contoh Contoh undang-undang yang boleh melindungi pengguna ialah Akta Perihal Dagangan 1972. Akta ini melindungi pengguna dalam aspek mendapat maklumat barang dan kepenggunaan yang benar melalui penerangan yang benar dan maklumat yang mencukupi. Selain itu, terdapat akta lain yang berkaitan dengan pengguna seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang Sukat 1972, Akta Mutu Alam Sekitar 1974 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Matlamat undang-undang perlindungan pengguna ditunjukkan dalam Rajah 2.3 yang berikut: Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna daripada tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan pengguna Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima barangan dan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh peniaga Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih ekoran aktiviti perniagaan mencemarkan alam sekitar, iaitu pencemaran udara, air, bunyi dan tanah Rajah 2.3 Matlamat undang-undang perlindungan pengguna Setiap isu atau kes yang wujud akan dirujuk atau dikemukakan kepada pihak atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Tribunal Tuntutan Pengguna dan mahkamah. Pihak penghakiman akan memutuskan setiap kes. Arahan: Pilih salah satu undang-undang berkaitan pengguna. Soalan: Jelaskan cara undang-undang tersebut dapat melindungi pengguna daripada tindakan negatif peniaga. EMK E -Tribunal E-Tribunal adalah sebuah sistem berasaskan web yang dibangunkan khusus oleh KPDNKK untuk memberikan kemudahan kepada para pengguna membuat pertanyaan mengenai pemfailan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Daftarkan diri anda sebagai pengguna, kemudian dapatkan maklumat tentang jenis tuntutan yang boleh difailkan di TTPM. Minda Kreatif Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 69 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 69 11/7/16 1:43 PM
• Pelepasan Cukai Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi sesuatu jenis perniagaan, kerajaan telah mewujudkan beberapa pelepasan cukai dalam sektor-sektor tertentu. Contoh pelepasan cukai ialah taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan cukai, pengecualian cukai dan elaun pelaburan semula. Huraian tentang pelepasan cukai ditunjukkan dalam Jadual 2.1 yang berikut: Jadual 2.1 Huraian tentang pelepasan cukai Jenis Pelepasan Cukai Huraian Taraf perintis Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan. Syarikat dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun. Elaun cukai pelaburan Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang diberikan kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan. Potongan cukai Potongan cukai diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan dengan kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan yang terlibat. Pengecualian cukai Diberikan kepada syarikat status MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi. Perbelanjaan yang mendapat pengecualian cukai ialah penyelidikan pasaran eksport, pameran dan pengiklanan di luar negara. Elaun pelaburan semula Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset modal. Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembelian aset. Pada peringkat Persekutuan, kebiasaannya aktiviti pungutan cukai dilaksanakan oleh dua agensi utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4 yang berikut: Rajah 2.4 Agensi pungutan cukai Persekutuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Hasil pendapatan negara Jelaskan tindakan peniaga untuk mendapatkan manfaat daripada pelepasan cukai. Minda Kreatif Rakyat bertanggungjawab membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat menggunakan hasil tersebut untuk pembangunan negara. Cintai Negara Bab 2 70 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 70 11/7/16 1:43 PM
(ii) Aspek Kewangan Kewangan merujuk pada sumber pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Terdapat banyak isu yang dihadapi pada peringkat tempatan, negara dan serantau yang berkaitan dengan bidang kewangan. Aspek kewangan perlu ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan bagi memastikan ekonomi berkembang secara berterusan. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam membantu peniaga mendapat pembiayaan sumber kewangan dalam memulakan dan mengembangkan sesuatu perniagaan. Contoh Agensi berkaitan dengan bantuan kewangan kepada usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad TEKUN Nasional Rajah 2.5 Pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad Perkhidmatan menyewa jentera Projek pembangunan Pinjaman beli aset Bimbingan pengurusan dan keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia Skim Pembiayaan Ikhtiar Skim Pembiayaan Ikhtiar Ibu Tunggal Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Skim Jaminan Laluan Terus Skim Pembiayaan Francais Skim Jaminan Utama Baharu Skim Jaminan Anjal I-Guarantee Agensi Pembiayaan Perniagaan Skim Pembiayaan Am Skim Pembiayaan Pengangkutan Skim Pembiayaan Profesional Skim Pembiayaan Kecil Dalam mengawal perjalanan ekonomi negara, Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan semua aktiviti perniagaan hendaklah selaras dengan dasar kewangan yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap usahawan perlu bijak mengambil peluang daripada bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. RM Celik Kewangan Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: Jelaskan kelebihan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan di Malaysia. EMK Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 71 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 71 11/7/16 1:43 PM
(iii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan Perkembangan perniagaan yang pesat menyebabkan berlakunya permintaan tenaga pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan yang wujud dalam sesebuah perniagaan. Namun, kemelesetan ekonomi merupakan faktor penghalang dalam perkembangan sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu, peranan pihak kerajaan melalui pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan penting untuk memulihkan keadaan ekonomi. • Aktiviti Promosi Pihak kerajaan secara berterusan berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih stabil dan kukuh termasuk dengan meningkatkan aktiviti promosi. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang ditubuhkan pada tahun 1993 menjalankan peranannya sebagai sebuah agensi kerajaan dengan mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Contoh Peranan MATRADE Peranan yang dijalankan oleh MATRADE ialah • mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu serta mengenal pasti pasaran baharu di luar negara. • menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara. • mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar. • mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia. • mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan membawa masuk pengimport dari luar negara. • mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan perdagangan dengan negara lain. • merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport Malaysia. Jelaskan cara memanfaatkan peranan MATRADE bagi memajukan perniagaan yang sedang dijalankan. Minda Kreatif Bab 2 Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan. INSKEN berperanan untuk melaksanakan pembangunan kapasiti melalui program-program yang didorong oleh industri (industry driven) dan dipacu usahawan (entrepreneur-led) secara kolaborasi antara sektor swasta dengan sektor awam melalui kerjasama daripada pelbagai agensi. Hal ini bertujuan untuk menentukan program pembangunan keusahawanan bagi memenuhi keperluan industri dan bersifat rentas sektor. Buletin Keusahawanan 72 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 72 11/7/16 1:43 PM
Contoh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memainkan peranan untuk menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti, mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia dan menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti. Antara latihan yang dikendalikan oleh MPC ialah kursus keusahawanan, kursus pengurusan dan kawalan kualiti dan kursus kewangan dan perakaunan. • Aktiviti Latihan dan Pembangunan Kerajaan Malaysia melalui pelbagai agensi di bawahnya telah menganjurkan pelbagai jenis latihan dan kursus. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peniaga terutama dalam kalangan bumiputera supaya dapat terus berdaya saing dalam pasaran sama ada dalam atau di luar negara. Latihan ialah inisiatif yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja. Pembangunan bermaksud inisiatif yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa yang panjang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja dari semasa ke semasa. Latihan dan pembangunan merupakan suatu bidang yang khusus dalam usaha membantu pihak pengurusan meningkatkan produktiviti para pekerja bermula daripada peringkat atasan sehingga bawahan. Jelaskan peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dalam membantu peniaga. Minda Kreatif SME Corp Malaysia SME Corp Malaysia merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Melalui gerak kerja kumpulan, (i) senaraikan fungsi SME Corp (ii) terangkan cara SME Corp menangani isu tempatan dan negara. Selain MPC, Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, atau Malaysian Entrepreneurship Development Center (MEDEC) juga menyediakan latihan untuk usahawan. Secara khususnya, MEDEC diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawanan seperti latihan, kajian dan konsultansi. MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan atau organisasi yang menjadi pusat latihan keusahawanan dan pendidikan di Malaysia. Buletin Keusahawanan Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 73 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 73 11/7/16 1:43 PM
• Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan Setiap aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh pihak kerajaan dapat menjana kreativiti dan inovasi untuk memangkinkan kejayaan dalam dunia perniagaan selain dapat menangani isu setempat, negara dan serantau. Contoh Agensi yang terlibat dalam R&D Menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu kepada industri bagi tujuan untuk menghasilkan peningkatan produktiviti dan kualiti produk Meningkatkan nilai perkembangan keluaran berasaskan minyak sawit Malaysia Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menangani setiap isu yang berkaitan dengan tenaga elektrik • Memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi • Menjalankan kajian bagi memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pembangunan dan perubahan dalam teknologi Dapatkan maklumat tentang peranan yang dijalankan oleh Institut Piawaian Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dalam menangani isu tempatan dan negara. Kemajuan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkembang pesat merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memajukan ekonomi sesebuah industri. Hal ini dilaksanakan melalui kajian secara sistematik dan intensif bagi memperbaiki tahap pertumbuhan dan pembangunan sesebuah industri selaras dengan wawasan negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Arahan: Bentangkan dalam kelas. Soalan: Jelaskan kelebihan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kepada perniagaan. EMK Dato’ Prof Dr Hassan Yaacob ialah seorang penyelidik perubatan dari Universiti Malaya yang mendapat anugerah INOTEX/ MINDEX dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1994. Beliau ialah pengasas produk berjenama Healin dan syarikat Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd. Penyelidikannya ke atas keajaiban gamat dilanjutkan di University of Kyushu dan University of Toyama Jepun bermula pada tahun 1995 sehingga sekarang. Setelah lebih dari 10 tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan ke atas gamat, beliau telah berjaya mengeluarkan produk berasaskan sebatian tulenan Gamodulin dari gamat secara komersial di bawah jenama HEALIN. Bab 2 Buletin Keusahawanan Your Health & Beauty Store 74 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 74 11/7/16 1:43 PM
(b) Peranan Kerajaan Negeri Pembentukan kerajaan negeri termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu terdapat pembahagian kuasa antara kuasa kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Dengan itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa tertentu bagi membolehkan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan tersusun. Bidang kuasa kerajaan negeri atas bahan galian dan tanah membolehkan mereka mewujudkan kawasan industri untuk menggalakkan dan memajukan kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan yang dipilih. Kewujudan kawasan industri membolehkan peningkatan hasil pendapatan kerajaan melalui bayaran lesen yang dikenakan. Kerjasama antara kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat menggalakkan aktiviti perniagaan dalam sesebuah negeri. Hal ini termasuk menarik kemasukan pelabur tempatan untuk melabur modal dalam pelbagai bidang seperti bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan infrastruktur. Hal ini seterusnya telah membantu kerajaan sesebuah negeri untuk memacu kerancakan aktiviti perniagaan. Contohnya, kerajaan negeri Johor telah membentuk Hub Perdagangan ICT Global dalam Iskandar Malaysia. Pembentukan syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang terdapat di setiap negeri dapat merancakkan aktiviti perniagaan. Banyak perniagaan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah diwujudkan sebagai pembekal dan vendor dalam menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan PKEN. Gambar foto 2.7 Perbincangan pembangunan kawasan Gambar foto 2.6 Aktiviti pembangunan kawasan Jelaskan peranan kerajaan negeri dalam meningkatkan bilangan usahawan di Malaysia. Minda Kreatif Setiap aktiviti perniagaan perlu mengambil kira perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat setempat. Cintai Negara Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 75 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 75 11/7/16 1:43 PM
Kerajaan negeri melalui PKEN boleh memberi bantuan kepada usahawan yang baharu dengan menghasilkan produk yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri. Dalam bidang pertanian, kerajaan negeri boleh menggalakkan sektor swasta dalam mengusahakan sesuatu jenis pertanian yang diperlukan oleh rakyat sesebuah negeri dan negara. Oleh sebab pengurusan tanah merupakan penguasaan kerajaan negeri, hal ini memudahkan kerajaan negeri untuk menyediakan lokasi strategik dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian dengan memberi beberapa skim galakan yang sesuai dan kompetitif. Gambar foto 2.8 Projek pertanian moden Jelaskan skim galakan yang disediakan oleh kerajaan negeri tempat anda tinggal dalam memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Minda Kreatif Contoh Perbadanan Kemajuan Negeri SABAH ECONOMIC DEVELOPMENT CORPORATION Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) 1Malaysia Best merupakan satu Perakuan Jenama (Endorsement Brand) yang melambangkan identiti Malaysia untuk meningkatkan jualan dan profil produk-produk berasaskan pertanian di pasaran tempatan dan global. 1Malaysia Best membantu menaikkan taraf produk-produk berasaskan pertanian keluaran tempatan bagi pasaran antarabangsa serta mewujudkan kestabilan dalam setiap keadaan ekonomi. Buletin Keusahawanan Bab 2 76 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 76 11/7/16 1:43 PM
(c) Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pelaksana dasar pada peringkat akar umbi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. PBT ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir sesebuah kawasan yang terlibat berasaskan kepentingan tempatan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Peranan PBT dalam perniagaan lebih tertumpu pada menangani isu tempatan. PBT diberi kuasa untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna serta sesuai dengan keadaan masyarakat setempat. Peranan lain yang dijalankan oleh PBT adalah seperti berikut: 1 penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat. 2 pewujudan pusat-pusat perniagaan atau perdagangan seperti pasar-pasar dan gerai-gerai. 3 pengawalan terhadap kesihatan awam dan keselamatan. 4 pelaksanaan tanggungjawab sosial yang meliputi pembangunan kemudahan awam. Gambar foto 2.9 Pihak Berkuasa Tempatan Arahan: Bincangkan dan buat pembentangan dalam kelas. Soalan: Kenal pasti dan terangkan perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu peniaga. EMK Skim PUNB Terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melahirkan generasi usahawan yang sentiasa berdaya saing dan berfikir di luar kotak. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut: • • • • • Buletin Keusahawanan Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 77 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 77 11/7/16 1:43 PM
PBT bertanggungjawab untuk memastikan setiap pembinaan bangunan dalam keadaan selamat dan sempurna. Selain itu, PBT turut bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat. PBT juga berkuasa untuk menggubal sesuatu undang-undang kecil yang berkaitan dengan perniagaan, iaitu pengawalan premis perniagaan, pengawalan pengiklanan dan mengatur sebarang jualan awam. Contoh Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk menggubal beberapa Undang-Undang Kecil seperti yang berikut: 1 Undang-Undang Kecil Pelesenan, Perniagaan dan Perindustrian 2 Undang-Undang Kecil Pasar 3 Undang-Undang Kecil Penjaja Kegagalan pihak yang berkaitan di kawasan setempat dan peniaga dalam mematuhi undang-undang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah. Berikan kelebihan yang termaktub dalam undang-undang kecil penjaja kepada usahawan muda pada masa ini. Minda Kreatif Pembelajaran Kendiri Tugasan: Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai bidang kuasa tersendiri dalam memastikan setiap perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Huraikan bidang kuasa yang dimiliki oleh PBT dalam membantu melahirkan usahawan yang lebih berjaya dan berdaya saing. Arahan: 1 Buat perbincangan kumpulan dengan mengenal pasti isu utama. Kemudian, nyatakan kehendak tugasan soalan. 2 Buat rangka isi-isi penting dan sediakan bahan untuk pembentangan. 3 Lakukan sesi sumbang saran antara ahli kumpulan. Pastikan setiap ahli mendengar idea dan pandangan ahli lain tanpa membangkang. 4 Pilih idea terbaik untuk dijadikan isi penting. 5 Sediakan bahan pembentangan dalam bentuk PowerPoint. 6 Buat persediaan pembentangan. 7 Bentangkan dalam kelas. Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Senaraikan peranan PBT dalam memajukan peniaga-peniaga kecil terutama usahawan muda yang baru menceburi bidang perniagaan ke tahap yang lebih baik. Kemudian berikan contoh bantuan yang telah diberikan oleh PBT kepada perusahaan kecil dan sederhana di kawasan anda. Setiap usahawan perlu peka terhadap setiap cukai yang perlu dibayar termasuk cukai yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Cintai Negara Bab 2 78 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 78 11/7/16 1:43 PM
Kuasa beli pengguna Keuntungan negara meningkat Pada masa ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan dalam aktiviti perniagaan akan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Apabila perniagaan berkembang, hal ini akan dapat membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi negara meliputi perubahan dalam nilai mata wang, kemampuan atau pendapatan isi rumah, perubahan nilai pasaran dalam semua sektor ekonomi dan sebagainya. Pertumbuhan ekonomi negara turut dipengaruhi oleh faktor-faktor pada peringkat tempatan, negara dan serantau. Perbelanjaan isi rumah akan menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan. Permintaan yang meningkat akan menyebabkan perniagaan berusaha untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Rajah 2.6 Pertumbuhan ekonomi negara 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi terutama dalam pembangunan ekonomi berbentuk fizikal yang menyebabkan pertambahan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam ekonomi sesebuah negara. Setiap individu perlu bijak mengawal dan mengurus kredit bagi mengelakkan masalah kekangan kewangan atau terjebak dalam risiko muflis. RM Celik Kewangan Contoh Program Transformasi Kerajaan (GTP) • Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) • Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) • Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) • Inisiatif Transformasi Strategik (SRI) Program Transformasi Ekonomi (ETP) Pendapatan isi rumah Inisiatif Kerajaan Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 79 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 79 11/7/16 1:43 PM
Peringkat tempatan Peringkat negara Peringkat serantau Perbelanjaan penduduk akan meningkatkan penawaran dan membantu mengukuhkan ekonomi negara. Kerajaan boleh menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan yang lebih banyak ke luar negara. Kerajaan memainkan peranan untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan dasar tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan. Dasar fiskal dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh mempengaruhi permintaan. Kesannya, perniagaan akan berusaha meningkatkan pengeluaran barang atau perkhidmatan tertentu dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Hal ini seterusnya akan membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dasar kewangan pula boleh dilaksanakan melalui peranan bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) yang berupaya untuk mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja dan aktiviti pelaburan oleh perniagaan. Hal ini seterusnya dapat menstabilkan kewangan negara. Perkembangan yang wujud dalam perniagaan pada peringkat tempatan akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Hal ini membolehkan penduduk berbelanja lebih dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi setempat. Bab 2 Rajah 2.7 Peranan kerajaan dari aspek ekonomi 80 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 80 11/7/16 1:43 PM
2.1.3 Peranan Kerajaan dari Aspek Guna Tenaga Dalam konteks ilmu ekonomi, guna tenaga penuh akan berlaku apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran kurang daripada empat peratus. Dalam keadaan ini, negara tersebut hanya mengalami pengangguran geseran. Apabila guna tenaga penuh dicapai, hal ini membolehkan pekerja memperoleh pendapatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sebaliknya, apabila guna tenaga gagal mencapai guna tenaga penuh, hal ini akan menyebabkan wujud pengangguran. Contoh Jika sebuah kilang di sesuatu kawasan ditutup, hal ini akan menyebabkan penduduk yang bekerja di kilang tersebut kehilangan pekerjaan. Penduduk yang terlibat dalam masalah tersebut akan kehilangan punca pendapatan. Hal ini seterusnya menyebabkan taraf kehidupan penduduk di kawasan tersebut akan terjejas. Pengangguran teknologi boleh berlaku disebabkan oleh sektor perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi menggantikan pekerja. Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan sementara pekerja baharu tidak memperoleh pekerjaan. Keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan dan tidak mampu membayar gaji kepada pekerja. Hal ini menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. Berlaku ekoran perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja. Jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara terbahagi kepada empat jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.8 yang berikut: Berlaku apabila seseorang pekerja bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun. Apabila pekerjaan telah tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Pengangguran struktur Pengangguran teknologi Pengangguran kitaran Pengangguran bermusim Rajah 2.8 Jenis pengangguran Pengangguran geseran (frictional unemployment) Berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan dengan serta merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Guna tenaga (Labour) Tenaga buruh yang terlibat dalam sesuatu kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Istilah Perniagaan Bab 2 Setiap warganegara Malaysia yang berjaya dalam pendidikan atau perniagaan di luar negara, terutama dalam bidang kritikal seperti perubatan, perlu kembali dan berbakti kepada negara Malaysia tercinta. Cintai Negara Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 81 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 81 11/7/16 1:43 PM
(a) Cara Mengatasi Pengangguran Gambar foto 2.10 Temu duga pekerjaan Arahan: Bincang dalam kumpulan. Soalan: Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi masalah pengangguran pada masa ini? Jelaskan pendapat anda. EMK (i) Pengangguran Bermusim Bagi mengatasi pengangguran bermusim, kerajaan boleh memberi insentif kepada pihak perniagaan supaya pengurusan sesebuah perniagaan membenarkan pekerja terus bekerja. Contoh insentif yang boleh diberikan oleh kerajaan ialah pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. (ii) Pengangguran Teknologi Bagi mengatasi masalah pengangguran teknologi, penggunaan mesin-mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu sahaja yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh. Selain itu, maklumat berkaitan peluang pekerjaan juga perlu diberi dan dikongsi dengan semua tenaga buruh. (iii) Pengangguran Kitaran Bagi mengatasi pengangguran kitaran, tindakan kerajaan yang sesuai ialah menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. Dengan itu, aktiviti perniagaan dapat terus beroperasi dan pengecilan bilangan pekerja dapat dikurangkan. (iv) Pengangguran Struktur Bagi mengatasi pengangguran struktur, kerajaan boleh membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan. Maka, setiap perubahan boleh dihadapi dengan lebih mampan kerana persiapan telah dibuat terutama dalam keperluan tenaga pekerja yang selari dengan perubahan tuntutan semasa. Kerajaan perlu peka tentang perubahan global yang boleh mempengaruhi hala tuju dan corak perniagaan pada jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Antara peranan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) adalah seperti berikut: • untuk menilai dan menentukan jenis-jenis, takat latihan dan latihan semula pekerja selaras dengan keperluan-keperluan sumber manusia bagi industri-industri • untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia • menentukan terma-terma dan syarat-syarat yang di bawahnya apa-apa bantuan kewangan atau pemberian yang hendak diberikan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB atau HRDF) Buletin Keusahawanan Bab 2 82 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 82 11/7/16 1:43 PM
2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi (a) Inflasi Inflasi merupakan satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh berlaku situasi seperti peningkatan permintaan barang atau perkhidmatan berbanding dengan jumlah barang atau perkhidmatan yang terhad dalam pasaran. Selain itu, inflasi boleh berlaku disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang dikenali sebagai inflasi tolakan kos. Bagi mengatasi masalah inflasi, kerajaan memainkan peranan mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kerajaan juga turut berperanan memastikan kebajikan pengguna atau pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara. Hal ini penting bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan. CONTOH • Pengguna bijak menghadapi kenaikan kos sara hidup dengan memastikan perancangan kewangan dibuat secara teratur dan terperinci. • Hal ini disebabkan oleh kos sara hidup semasa sukar dijangka kerana bergantung pada pelbagai faktor dari dalam negara dan luar negara. RM Celik Kewangan Gambar foto 2.11 Jualan barang keperluan harian Kerajaan juga turut berperanan dalam menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan pendapatan boleh guna menurun. Arahan: Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: 1 Kenal pasti tahun dan punca berlaku inflasi di Malaysia. 2 Jelaskan cara terbaik bagi mengawal inflasi yang wujud agar tidak menjejaskan perniagaan dan pengguna di Malaysia. EMK Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 83 Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 83 11/7/16 1:43 PM