The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AJ@5985, 2023-03-26 11:24:01

Perniagaan Tingkatan 4

Perniagaan Tingkatan 4

Keywords: PERNIAGAAN T4

238 KERTAS KERJA PROJEK Penilaian 2 2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, Rimbun Sejadi Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif organisasi perniagaan. 2.1 VISI Menjadi pembekal perkhidmatan mesin, peralatan kejuruteraan dan barangbarang pertanian yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur. 2.2 MISI • Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan • Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan • Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat 2.3 OBJEKTIF • Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan • Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan • Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat dan efektif Visi dan misi yang dinyatakan oleh RSE ringkas dan padat. Tempoh masa untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum. Visi, misi dan objektif yang dibentuk oleh RSE masih perlu diperkemas dan ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART. Ciri SMART sangat penting dalam penetapan visi, misi dan objektif. Hal ini bagi memastikan setiap perkara mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak dengan lebih proaktif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hal ini juga akan memudahkan anggota di setiap peringkat untuk memahami dan mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 238 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 239 Penilaian 3 3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI Matlamat Rimbun Sejadi Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi menjadi pembekal produk pertanian yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor dalam jangka masa lima tahun. Antara strategi Rimbun Sejadi Enterprise adalah seperti yang berikut: • menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk pertanian dan pihak pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan • menjadi pengedar produk pertanian kepada syarikat-syarikat yang besar • memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan barang pertanian adalah cepat, efektif dan efisien • mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Matlamat dan strategi RSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian tempoh masa panjang. RSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Matlamat dan strategi yang dibentuk oleh RSE mudah difahami dan diikuti oleh setiap peringkat dalam organisasi. Selain itu, matlamat dan strategi yang dirangka dan ditetapkan oleh RSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan dalam mencapai visi, misi dan objektif organisasi. Strategi yang mudah difahami, tepat dan proaktif akan menjadikan operasi organisasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Hal ini seterusnya akan mengukuhkan organisasi untuk terus berdaya saing dalam pasaran. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 239 11/7/16 1:50 PM


240 KERTAS KERJA PROJEK Penilaian 4 4.0 PROFIL PERNIAGAAN Nama : Rimbun Sejadi Enterprise Bentuk Milikan : Milikan Tunggal Alamat Perniagaan : Lot PF3, Tingkat 1, Pasar raya THE STORE 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Nombor Telefon : 017-1234567 Nama Pemilik : Mohd Yusof bin Hosaini Aktiviti Perniagaan : Peralatan yang berkaitan dengan aktiviti dalam sektor pertanian dan ternakan, baja dan racun, tanaman dan baka ternakan, makanan dan ubat-ubatan untuk ternakan, membekal mesin dan peralatan kejuruteraan, mesin dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, membekal alat kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot dan kelengkapan, mesin, perkakas elektrik, peralatan pencuci dan pembersihan. Panel Bank : MAYBANK BERHAD Profil perniagaan yang diberi oleh RSE adalah ringkas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam profil perniagaan seperti memasukkan perkara yang berikut: • Nombor pendaftaran syarikat • Tempoh perakaunan • Tempoh rekod • Modal perniagaan • Jumlah pekerja • Status perniagaan • Nombor faks • Nombor akuan perniagaan Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 240 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 241 5 5.0 CARTA ORGANISASI Rimbun Sejadi Enterprise Pengarah Urusan Pengurus Kewangan dan Belian Kerani Pengurus Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan Kerani Penilaian Struktur carta organisasi RSE adalah ringkas. Struktur pembahagian tugas pekerjanya dibentuk secara umum dengan menggabungkan dua jenis tugasan di bawah satu bahagian fungsian. Satu fungsian terdapat dua tugasan, iaitu pengurusan kewangan dengan belian dan pengurusan pentadbiran dengan khidmat pelanggan. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 241 11/7/16 1:50 PM


242 KERTAS KERJA PROJEK 6 5.1 Latar Belakang 1 Latar belakang pemilik: Perkara Maklumat Nama Mohd Yusof bin Hosaini Umur 51 tahun Jantina Lelaki Kelayakan 1. Kursus landskap 2. Kursus pengurusan perniagaan Jawatan yang disandang Pengarah urusan 2 Latar belakang staf: (a) Staf 1: Perkara Maklumat Nama Aizat Affan bin Mohd Yusof Umur 24 tahun Jantina Lelaki Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan 2. Kursus keusahawanan dan kerjaya Jawatan yang disandang Pengurus pentadbiran dan khidmat pelanggan Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 242 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 243 Penilaian 7 (b) Staf 2: Perkara Maklumat Nama Amira Afiqah binti Mohd Yusof Umur 23 tahun Jantina Perempuan Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda kewangan 2. Kursus keusahawanan Jawatan yang disandang Pengurus kewangan dan belian Bilangan staf RSE yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, pengurusan pelanggan dan pentadbiran perlu diperkemas dan disusun semula. Hal ini berdasarkan tahap perniagaan RSE yang merangkumi projek berskala kecil dan sederhana. Selain itu, beberapa aspek juga perlu dinyatakan secara terperinci. Antaranya menambahkan beberapa perkara seperti berikut: • pengalaman staf • kemahiran staf • tugasan bagi jawatan yang disandang Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 243 11/7/16 1:50 PM


244 KERTAS KERJA PROJEK 8 6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI Rimbun Sejadi Enterprise Pengarah Urusan, iaitu Mohd Yusof bin Hosaini, bertanggungjawab dalam memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masingmasing demi mencapai objektif dan matlamat Rimbun Sejadi Enterprise. 6.1 Bahagian Fungsian Kewangan Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Rimbun Sejadi Enterprise adalah secara kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam bahagian yang sama. Rimbun Sejadi Enterprise hanya mempunyai dua orang pengurus, iaitu Amira Afiqah binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Aizat Affan bin Mohd Yusof bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan. Selaku pengurus bahagian kewangan, Amira Afiqah akan menjalankan tugas-tugas seperti yang berikut: • menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima • merekodkan wang yang diterima • memeriksa dan membayar invois yang diterima • menyediakan pembayaran gaji staf • meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan • menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan 6.2 Bahagian Fungsian Belian Amira Afiqah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar • menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar • menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti, terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain • mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau perubahan yang dilakukan • meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau kebaikan yang lain • merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu contohnya, masalah kualiti dan kuantiti • mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 244 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 245 Penilaian 9 6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Aizat Affan bin Mohd Yusof bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • mengagihkan dan menghantarkan e-mel • mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik • menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat • menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan • menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint • mengkaji dan mencari maklumat • menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel 6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Aizat Affan bin Mohd Yusof sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis • menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan • menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang yang rosak, menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian • mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan berdasarkan prosedur • menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah • menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf perkhidmatan pelanggan Fungsian organisasi RSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan setiap fungsian. Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu mengikut susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam carta organisasi. Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memahami setiap fungsian dengan mudah. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 245 11/7/16 1:50 PM


246 KERTAS KERJA PROJEK Cadangan 10 RUMUSAN Rimbun Sejadi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi tumpuan dalam ugasan untuk membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-barang pertanian terutamanya pokok-pokok bunga hiasan. Rimbun Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar Kuala Lumpur. Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah hampir empat tahun beroperasi. Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi pembekalan dan penyediaan mesin dan peralatan untuk penebangan pokokpokok di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan. Selain itu, permintaan terhadap pokok-pokok hiasan untuk projek landskap juga bertambah terutamanya daripada pelanggan atau kontraktor di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengarah Urusan Rimbun Sejadi Enterprise telah mula menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam masa yang sama akan menambahkan lagi bilangan staf supaya melancarkan urusan perniagaan. RSE perlu menetapkan visi dan misi yang lebih realistik. Tempoh masa untuk perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan dengan jelas dalam misi dan objektif. RSE perlu menambahkan bilangan staf kerana dua orang staf sahaja yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, khidmat pelanggan dan pentadbiran tidak mencukupi. RSE juga perlu mengambil staf bagi mengurus bahagian pemasaran kerana bahagian pemasaran ini amat penting bagi memperkenalkan RSE kepada orang ramai. Pemasaran yang berkesan akan mempercepatkan pencapaian visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini diharapkan RSE dapat meluaskan pasaran/lokasi perniagaannya ke negeri-negeri lain. RSE perlu membahagikan fungsian secara lebih jelas dengan menambahkan dua fungsian kepada empat fungsian, iaitu kewangan, belian, pentadbiran dan khidmat pelanggan. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 246 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 247 11 SENARAI RUJUKAN Aini Hayati Mohamed, et al. 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mokhtar Pet, 2015. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal I Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Profil perniagaan, 2016. Selangor: Rimbun Sejadi Enterprise. Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 247 11/7/16 1:50 PM


248 KERTAS KERJA PROJEK 12 Kertas Kerja Projek Perniagaan BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER KEMAHIRAN Minggu (Bulan Ogos) Minggu (Bulan September) Minggu (Bulan Oktober) 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Perancangan Awal Taklimat Guru Proses tugasan Pengenalan Visi, Misi dan Objektif Matlamat dan Strategi Organisasi Profil Perniagaan Carta Organisasi Fungsian Organisasi Rumusan Cadangan LAMPIRAN Lampiran 1 Contoh Jadual Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan: Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 248 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 249 13 Kertas Kerja Projek Perniagaan Menganalisis Membuat penilaian Penggunaan TMK Penggunaan Komputer Komunikasi Nilai Murni Pengurusan dan Penilaian (Guru) Pengumpulan dan Semakan Penilaian dan Pentaksiran Catatan Tandatangan Guru BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER KEMAHIRAN Minggu (Bulan Ogos) Minggu (Bulan September) Minggu (Bulan Oktober) 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 249 11/7/16 1:50 PM


250 KERTAS KERJA PROJEK 14 Lampiran 2 LOGO RIMBUN SEJADI ENTERPRISE (RSE) Bentuk Bonsai – Melambangkan kreativiti dan inovasi yang dimiliki syarikat dalam mereka bentuk landskap terbaik dan menarik Warna – Daun dan Hijau – Melambangkan perlindungan alam semula jadi seiring dengan keindahan yang ingin dicipta – Bunga dan Merah – Melambangkan penjagaan keindahan alam sekitar melalui kepelbagaian jenis bunga-bungaan dalam mereka bentuk landskap – Air dan Biru – Melambangkan penjagaan dalam aspek kebersihan dan perlindungan alam sekitar daripada aktiviti yang mencemarkan sumber air Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 250 11/7/16 1:50 PM


KERTAS KERJA PROJEK 251 15 Lampiran 3 Gambar peralatan yang diperlukan untuk penebangan pokok: 1. Mesin pemotong pokok 3. Mesin pemotong rumput 5. Jentera pengangkut 2. Mesin pengemas bentuk 4. Jentera pemotong pokok 6. Jentera penyedut dan pengangkut Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 251 11/7/16 1:50 PM


252 KERTAS KERJA PROJEK 16 Lampiran 4 Contoh kerja pengubahsuaian landskap RSE: 1. Pokok-pokok untuk kerja pengubahsuaian 2. Mengubah suai landskap pusat penginapan dan taman rekreasi 3. Mengubah suai landskap jalan raya dan bandar Kertas Kerja Projek Perniagaan Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd 252 11/7/16 1:50 PM


Glosari 253 A Aktiviti perniagaan Sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat keuntungan. Ancaman Trend yang menyebabkan objektif sukar dicapai. Antarabangsa Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia yang luar daripada sempadan sesebuah negara. B Bahan mentah Sesuatu yang digunakan oleh tenaga manusia atau industri sebagai bahan asas untuk menghasilkan atau pengeluaran produk. Bajet tunai Satu alat perancangan kewangan jangka pendek yang disediakan dengan mengambil kira kemampuan dan keperluan syarikat. Boleh dicapai Sasaran boleh dicapai jika pekerja menggembleng tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. C Campuran pemasaran Gabungan strategi pemasaran, iaitu harga, pengedaran, produk dan promosi yang boleh dikawal dan dapat membantu organisasi untuk mendapatkan maklum balas daripada sasaran pasaran. Cukai Sumber hasil kerajaan. Cukai eksais Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilangkan dalam Malaysia. D Dasar fiskal Tindakan kerajaan membuat perbelanjaan dan melaksanakan cukai untuk merangsang aktiviti-aktiviti perniagaan. Dasar kewangan Kerajaan menggunakan elemen kewangan sebagai alat untuk mengawal perkembangan ekonomi termasuk cukai dan penetapan kadar faedah. Daya saing Kemampuan sesebuah organisasi perniagaan berusaha mengekalkan operasi perniagaan dalam industri. Dividen Kadar keuntungan perniagaan syarikat diagihkan kepada pemegang saham. E . Entiti Sesuatu yang diwujudkan atas tujuan tertentu. Entiti perniagaan Jenis milikan perniagaan menurut undang-undang sesebuah perniagaan. F Faedah Pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan berdasarkan kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara pekerja dan majikan. Faktor pengeluaran Input yang digunakan dalam proses perniagaan. Fasa Tahap atau peringkat perkembangan sesuatu keadaan perniagaan atau ekonomi. G Ganjaran Pemberian majikan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan kepada sebilangan kecil pekerja yang telah menunjukkan prestasi yang baik kepada organisasi. Guna tenaga Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan. GLOSARI Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 253 11/7/16 1:51 PM


254 Glosari Guna tenaga penuh Tiada wujud sebarang pengangguran terhadap sumber negara. H Harga Sejumlah wang atau bayaran yang merupakan nilai sebagai pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. I Inflasi Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Input Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran. Intranet Jaringan hubungan dalaman di mana maklumat hanya boleh diakses oleh pengguna yang dibenarkan sahaja. J Jangka masa Satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu penentuan objektif. Jangka masa panjang Tempoh masa melebihi lima tahun. Jangka masa pendek Tempoh waktu tidak melebihi lima tahun. Jualan Urus niaga yang berlaku antara penjual dengan pembeli barang dan perkhidmatan di lokasi tertentu. K Kehendak Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan mewah. Kekuatan Kelebihan organisasi dalam aspek dalaman organisasi. Kelemahan Kekurangan organisasi dalam aspek dalaman organisasi. Keperluan Barang dan perkhidmatan yang membolehkan manusia untuk terus hidup pada tahap keselesaan yang minimum. Kesatuan sekerja Pertubuhan yang menggabungkan semua pekerja dalam satu jenis industri, kumpulan pekerja dalam bidang yang sama. Keuntungan Lebihan hasil daripada kos. Koperasi Suatu entiti perniagaan yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang ahli untuk membolehkan ia didaftarkan bermotifkan keuntungan, motif utama koperasi adalah untuk meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya. Kualiti Penghasilan produk secara konsisten supaya dapat memenuhi dan melebihi jangkauan pelanggan terhadap barang dan perkhidmatan. Kuantitatif Kaedah pengukuran yang menggunakan data bernombor yang boleh diukur secara objektif dan tepat. L Latihan Usaha pengurus sumber manusia untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja serta membina sikap positif terhadap kerja selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang pekerjaan tertentu. Latihan sambil bekerja Latihan yang dilakukan oleh pekerja di tempat kerja bagi tujuan mempelajari selok-belok tugasan tempat kerja. Liabiliti Liabiliti ialah pinjaman yang dilakukan oleh firma untuk membiayai sebahagian daripada aset perniagaannya. Logistik Merancang dan mengawal pergerakan barangan. M Memaksimumkan keuntungan Mendapat keuntungan yang tertinggi daripada penggunaan sumber perniagaan dengan cekap, iaitu hasil yang tertinggi dan kos yang terendah. Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 254 11/7/16 1:51 PM


Glosari 255 Milikan tunggal Sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja. Misi Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan sesebuah organisasi yang dapat melihat manfaat pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan. Modal Wang atau aset yang dilaburkan dalam perniagaan. Modal ekuiti Sumbangan kewangan yang diperoleh daripada pemilik. Motivasi Sesuatu yang mendorong seseorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan tertentu. N Nilai Harga barang yang ditetapkan oleh penjual terhadap pembeli. O Objektif Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi dalam jangka pendek. Organisasi Gabungan manusia atau sekumpulan manusia yang melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam perancangan. P Pasaran Tempat pertemuan antara pengeluar dengan pengguna yang terlibat dalam proses pertukaran. Pekerja Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan. Pelanggan Pihak yang akan membeli barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan. Peluang Trend persekitaran yang mendorong kepada pencapaian objektif. Pemasaran Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penyelidikan dan analisis terhadap gelagat pengguna, persekitaran pemasaran, saluran promosi dan pengedaran produk serta penetapan harga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Pengagihan Proses penghantaran produk ke tempat yang betul, pada masa yang tepat dan keadaan yang baik. Pengeluaran Suatu fungsi perniagaan yang mengubah input untuk menghasilkan produk sama ada barang dan perkhidmatan melalui aktiviti penambahan nilai. Penyata pendapatan Menunjukkan sumber pendapatan, perbelanjaan, dan keuntungan yang dicapai oleh perniagaan sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan. Penyelidikan dan pembangunan Aktiviti melibatkan penyelidikan produk baharu dan membangunkan hasil penyelidikan menjadi produk serta menambah baik produk sedia ada. Perancangan kewangan Penyediaan bajet tunai dan penentuan keuntungan melalui ramalan penyata pendapatan yang bertujuan memberi garis panduan kepada firma untuk mengarah, menyelaras dan mengawal tindakan syarikat. Perkongsian Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama dua atau lebih individu bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Persaingan Aktiviti antara firma yang bersaing untuk memaksimumkan keuntungan melalui pelbagai strategi. Pesaing Perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan untuk keperluan pelanggan yang sama dalam sebuah industri yang sama. Produk Barangan yang dihasilkan oleh seseorang pengeluar atau organisasi pengeluar bagi tujuan memenuhi permintaan dalam pasaran. Promosi Aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk yang boleh mempengaruhi pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Proses perniagaan Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan dalam usaha memaksimumkan keuntungannya. Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 255 11/7/16 1:51 PM


256 Glosari R Rancang Rancangan untuk penambahbaikan operasi dengan mencari perkara yang tidak dapat diselesaikan, iaitu mengenal pasti masalah dan menjana idea-idea untuk menyelesaikan masalah. Risiko Beberapa kemungkinan buruk yang akan dihadapi seseorang seperti kerugian, kemalangan, kelemahan, kebakaran, dan kerosakan. Risiko menyebabkan sesuatu keadaan yang tidak boleh diramalkan ekoran daripada kombinasi bahaya dan ketidakpastian tentang kerugian. S Sasaran pasaran Pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang disasarkan/difokuskan/dihalakan untuk membeli produk. Server Sistem komputer yang membenarkan akses kepada fail dan program yang disimpan sebagai sumber yang dikongsi dalam sesebuah jaringan komputer. Sosiobudaya Kepercayaan agama, budaya, adat resam, dan cita rasa penduduk sesebuah negara. Spesifik Pernyataan objektif hendaklah jelas apabila bertindak sesuatu. Syer pasaran Jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan dalam satu pasaran. T Tahap perniagaan Perkembangan sesebuah perniagaan melibatkan peringkat proses pengeluaran, industri dan pasaran. Teknologi Suatu kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa persekitaran perniagaan. Titik pulang modal Satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung. Trend Aliran perkembangan sesuatu kejadian. U Undang-undang Peraturan termaktub yang ditentukan oleh masyarakat, negeri dan negara untuk mengawal kelakuan anggota sendiri. Untung Pulangan yang diterima daripada aktiviti perniagaan. Untung bersih Untung atau lebihan yang diperoleh setelah menolak semua kos perniagaan daripada semua hasil perniagaan. Untung kasar Untung yang diperoleh selepas kos jualan ditolak daripada hasil jualan. V Visi Harapan atau perancangan yang ditentukan oleh perniagaan pada masa akan datang. W Wawasan Hala tuju sesebuah organisasi yang ditetapkan dalam bentuk matlamat atau objektif. Y Yayasan Pertubuhan yang diwujudkan bukan bermotifkan untung tetapi sebagai salah satu organisasi yang berperanan menguruskan dana bagi tujuan tertentu. Z Zon Kawasan yang terlibat dengan aktiviti perdagangan. Bab6_Txtbk Perniagaan Tg4_Glosari-7/11.indd 256 11/7/16 1:51 PM


Senarai Rujukan 257 Ab Wahab Mat, Azahari Ramli, Shahrol Aman Ahmad & Abu Mansor Ahmad, 2007. Pengurusan. Shah Alam, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Adibanurain, 2016, Februari 5. Suruhanjaya Perbadanan Awam. Dalam laman sesawang SlideShare: http://www.slideshare.net/adibanurain/suruhanjaya-perbadanan-awam. Adrian Palmer, B. H., 2002. The Business Environment (ed. 4th). United States: McGraw Hill Publication. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 2015, Disember 22. Perkhidmatan Kami. Dalam laman sesawang Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit: http://www.akpk.org. my/my Agrobank, 2016, Januari 1. Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i). Dalam laman sesawang Business: http://www.agrobank.com.my/product/modal-usahawan-1malaysia-mus1m-i/ Aini Hayati Mohamed, et al, 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Astro AWANI, 2016, Mac 12. Program Malaysia inklusif negara digital (MINDA). Dalam laman sesawang Analisis AWANI: http://www.astroawani.com/video-malaysia/analisis-awaniprogram-malaysia-inklusif-negara-digital-minda-108340 Bank Islam, 2016, Februari 6. Pembiayaan PKS Al-Ansar. Dalam laman sesawang http://www. bankislam.com.my/home/ms/perbankan-perniagaan/program-pembiyaan/pembiayaanpks-al-ansar/ Bank Negara Malaysia, 2016, Januari 2. Dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?&lang=bm Berita Harian, 2016, Februari 28. ‘MyDerm’ cipta sejarah penghasilan sel tisu. Dalam laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/128000 Berita Harian, 2016, Februari 28. SBIDP lonjak Malaysia jadi hab pemprosesan biomas. Dalam laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/127917 BERNAMA, 2016, Januari 5. Jalin inovasi pihak akademik, industri. Dalam laman sesawang myMetro: http://www.hmetro.com.my/node/10326?m=1 BERNAMA, 2016, Mac 13. MDeC Lancar Kempen #YOUCANDUIT. Dalam laman sesawang BERNAMA.com: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral. php?id=1224474 Bloomberg, 2016, Mac 10. Company overview of RAM Holdings Berhad. Dalam laman sesawang Bloomberg Business: http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot. asp?privcapId=45976668 Carol Carysfoth, M. N., 2010. Business Book 1, Level 2. Essex: Pearson Education Limited. Dewamor Signature, 2016, Mac 10. Dalam laman sesawang Dewamor Signature: https://dewamor.com.my/ Daft, R. L., 2003, Management. Edisi ke-6. Ohio: Thomson South-Western West. Fify_fathia, 2016, Januari 4. Dalam laman sesawang Jenis Pakaian Kaum di Malaysia: http://fifyfathia.blogspot.my/ Group, NBC, 2016, Januari 12. Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian. Dalam laman sesawang 1Syarikat: http://www.1syarikat.com.my/ Group, Z, 2016, Januari 5. Teknologi dan Kerjaya. Dalam laman sesawang Zenith Tech: http://zenithtech.blogspot.hk/ Haim Hilman Abdullah, 2011. Pengurusan Strategik Konsep dan Kes. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997, Pengurusan, Penterjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod, Siti Nadzrah Sheikh Omar. New York: McGraw-Hill Education. SENARAI RUJUKAN Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 257 11/7/16 1:52 PM


258 Senarai Rujukan Heng Seai Kie, C. C., 2002. Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4. Melaka: Pustaka Seri Kancil. Ilyasak, 2016, Januari 5. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC). Dalam laman sesawang Usahawan: http://usahawan-jaya.blogspot.my/2008/06/pusat-pembangunanusahawan-mmalaysia.html Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia: http://www.customs.gov.my/ms Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (CBP) Jabatan kastam Diraja Malaysia: http://gst.customs.gov.my/ ms/Pages/default.aspx Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 2016, Disember 19. Panduan Pengurusan Pertubuhan. Dalam laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia: http://www.ros.gov.my/ index.php/my/perkhidmatan Jabatan Penerangan Malaysia, 2015, Disember 28. Klinik 1Malaysia. Dalam laman sesawang 1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html Jabatan Penerangan Malaysia, 2016, Februari 6. Dana-dana Belia. Dalam laman sesawang 1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/10200-dana-dana-belia.html Jewell, B. R., 1990. And Intergrated Approach to Business Studies. London: Pittman Publishing. John Bevan, H. C., 2010. Business Book 1, Level 3. Essex: Pearson Education Limited. Kementerian Kewangan Malaysia, 2016, Mac 5. Medium Aduan Pengguna Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia/Galeri Akhbar: http://www.treasury.gov. my/pdf/akhbar/2015/24jun_kosmo.pdf Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 20. MINDA MERAKYATKAN ERA DIGITAL . Dalam laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA): http://www.jasa. gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/23-isu-terkini.html Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016, Februari 21. Maklumat Korporat. Dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/my/visi-misi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Februari 20. Mengenai MPB. Dalam laman sesawang 1Malaysia Pengguna Bijak: http://www.1pengguna. com/1pengguna/index.php?r=portal/full&id=eEEzYzNXb252Rk5HQTdZRGxEd2hHZz09 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Disember 25. Pendaftaran Perniagaan Francais di Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. Laman Utama. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. Maklumat Barang. Dalam laman sesawang MyKira GST: http://mykiragst.kpdnkk.gov.my/ gstcalculator/# Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. PERASMIAN PUSAT INFORMASI DAN GERAKAN OPERASI STRATEGIK (PIGOS). Dalam laman sesawang Kenyataan Media: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/ KPDNKK/PDF/Teks_Ucapan_2015/PERASMIAN_PUSAT_INFORMASI_DAN_ GERAKAN_OPERASI_STRATEGIK_PIGOS_-_2.03.2016.doc.pdf Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2015, November 29. 19 NOVEMBER 2015: MOSTI SEDIA PLATFORM BAGI MELONJAKKAN AKTIVITI PENGKOMERSIALAN PADA TAHUN 2016. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.my/ highlights-ms/19-november-2015-mosti-sedia-platform-bagi-melonjakkan-aktivitipengkomersialan-pada-tahun-2016/ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2016, Januari 16. MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) DI PERKENAL. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov. my/berita/16-april-2015-mosti-social-innovation-msi-di-perkenal/ Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 2016, Januari 15. Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja. Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 258 11/7/16 1:52 PM


Senarai Rujukan 259 Dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia: http://myhos.mohr.gov.my/ Kerajaan Malaysia, 2016, Februari 17. Perniagaan: Memulakan Perniagaan. Dalam laman sesawang Kerajaan Malaysia: https://www.malaysia.gov.my/business Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 11. Lembaga MIDA. Dalam Carta Organisasi: http://fwwcloud.com/demo/mida/v3/mida-board/posts/ Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 2. Sektor Perkhidmatan. Dalam Dalam laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): http://www. mida.gov.my/home/services-sector/posts/ Lembaga Tabung Haji, 2016, Februari 6. Dana Bumiputera Al-Ansar. Dalam laman sesawang Lembaga Tabung Haji: http://www.tabunghaji.gov.my/dana-bumiputera-alansar-bm Malaysia Airlines Berhad (MAB), 2016, March 1. Malaysia Airlines and Emirates sign agreement to expand partnership. Dalam laman sesawang Press Room: http://www.malaysiaairlines. com/my/en/corporate-info/press-room/2015/2-december-2015--sepang.html Malik Ridhwan, 2016, Februari 12. GenEX tingkat eksport usahawan muda bumiputera. Dalam laman sesawang Astro AWANI: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/genex-tingkateksport-usahawan-muda-bumiputera-93886 McLeod, S, 2016, February 12. Maslow’s Hierarchy of Needs. Dalam laman sesawang Simply Psychology: http://www.simplypsychology.org/maslow.html Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1 Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2 Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. MyCreative Ventures Sdn. Bhd., 2016, Mac 24. What is MyCreative? Diakses daripada mycreative: http://www.mycreative.com.my/about MyKMU.NeT., 2016, Januari 15. Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE). Dalam laman sesawang MyKMU.NeT: http://www.mykmu.net/2015/08/penubuhan-jawatankuasa-khasekonomi-jke/ Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Malaysia, 2016, Mac 1. Informasi Umum: Sistem Insurans Deposit. Dalam laman sesawang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM): http://www.pidm.gov.my/For-Public/About-Deposit-Insurance/Coverage?lang=ms-MY Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eRezeki. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia: http://www.erezeki.my/index.html Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eUsahawan. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia : http://www.mdec.my/eusahawan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. Ringkasan. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec): http://www.mdec.my/ms/ mengenai-kami/ringkasan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 11. Dalam laman sesawang Digital Malaysia: http://www.digitalmalaysia.my/ms Persatuan Francais Malaysia, 2016, Januari 15. Franchise News. Dalam laman sesawang MALAYSIAN FRANCHISE Association: http://www.mfa.org.my/newmfa Persatuan Usahawan Internet Malaysia, 2016, Februari 20. Dalam laman sesawang Persatuan Usahawan Internet Malaysia: http://puim.my/ Philip Kotler, G. A. 2011. Principles of Marketing, 14th Edition. Essex: Pearson Education Limited. Rafidah Manap & Mokhtar Pet, 2013. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Penggal 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sistem Guru Online, 2016, Mac 9. Dasar Baru KPM/Matamat, Visi dan Misi KPM. Dalam laman sesawang Edu SGO/Sistem Guru Online Kememterian Pendidikan Malaysia: http://www. sistemguruonline.my/2014/10/dasar-baru-kpm-matlamat-visi-dan-misi.html SME Bank, 2016, Februari 2. Dana Usahawan Muda (YEF). Dalam laman sesawang SME Bank: http://www.smebank.com.my/ms/pembiayaan-pks/program-sme/dana-usahawan-mudayef/ Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 259 11/7/16 1:52 PM


260 Senarai Rujukan SME Corporation Malaysia, 2016, Januari 20. Laman Utama. Dalam laman sesawang SME Corp Malaysia: http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/ SME Corporation Malaysia, 2016, January 29. Planning Your Business. Dalam laman sesawang SMEinfo ONE STOP SME RESOURCES: http://www.smeinfo.com.my/ Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016, Januari 10. Panduan Penubuhan Koperasi. Dalam laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia: http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/ Panduan-Penubuhan-Koperasi.aspx Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Januari 16. Laman Utama. Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Mac 5. Perkongsian Liabiliti Terhad. Diakses daripada Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/sites/ default/files/booklet/LLP_bkbmLS.pdf Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, 2016, Februari 12. 1MOCC - 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE. Dalam laman sesawang MAMPU: http://www.mampu. gov.my/web/en/1mocc-division Unit Peneraju Agenda Bumiputera, 2016, Januari 17. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Dalam laman sesawang TERAJU: http://www.teraju.gov.my/skim-usahawanpermulaan-bumiputera/ Unit Perancang Ekonomi, 2016, Mac 3. Lampiran. Didapatkan dari RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020: http://rmk11.epu.gov.my/book/bm/Lampiran/Lampiran.pdf Urus setia Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP), 2016, Mac 1. Dalam laman sesawang Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP): http://akhp.1pengguna.com/akhp/ Usahawan.com., 2016, Disember 29. Mencipta Peluang Perniagaan Baru Untuk Peniagaan Kecil & Sederhana. Dalam laman sesawang usahawan.com: http://www.usahawan.com/ Utusan Malaysia, 2016, Januari 30. Kerajaan akan tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet bantu usahawan muda. Dalam laman sesawang Utusan Online: http://www.utusan.com.my/ berita/nasional/kerajaan-akan-tubuh-jawatankuasa-khas-kabinet-bantu-usahawanmuda-1.177839 Utusan Malaysia, 2016, Mac 12. MySaveFood cari formula tangani pembaziran makan dilancar. Dalam laman sesawang Utusan ONLINE: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ mysavefood-cari-formula-tangani-pembaziran-makan-dilancar-1.199443 Wikipedia, 2016, Januari 16. Malaysia Airlines. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines Wikipedia, 2016, Januari 4. Maslow’s hierarchy of needs. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Maslow%27s_hierarchy_of_needs Bab7_Txtbk Perniagaan Tg4_S.Rujukan-7/11.indd 260 11/7/16 1:52 PM


Indeks 261 INDEKS A ahli lembaga pengarah, 25, 26, 28, 32 akauntan, 21, 48, 180 analisis, 100, 107, 115, 151, 154, 165 PESTEL, 154 artikel, 58 aset, 22, 24, 36, 37, 70, 71, 159, 166, 180 B bahagian, 44, 72, 133, 144, 173, 212-216 jualan, 196, 197 kewangan, 214, 216 pembelian, 185, 213, 216 pengeluaran, 212, 213, 214, 216 pengurusan sumber manusia, 178 penyelidikan dan pembangunan, 184, 185 teknologi maklumat dan komunikasi, 182, 183, 202 bahan mentah, 37, 47, 54, 70, 89, 139, 185, 213 barang, 3-8, 33, 36, 89, 98, 103-106, separuh siap, 46 siap, 46 tidak nyata, 8 C campuran pemasaran, 103, 104, 190 cukai, 27, 28, 32, 70, 80, 86, 95, 138, 155, 158 pendapatan, 18 D Dasar, 48,71, 77, 78, 80, 82, 105,111, 159 fiskal, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 kewangan, 71, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 daya, 84, 87, 89, 135, 141, 201 pengeluaran, 87, 152, 156 saing, 84, 89, 135, 141, 162, 163, 164, 201 dividen, 32, 94, 147, 181 E e-dagang, 90, 182, 204 ekonomi, 3, 5, 12, 30, 31, 35, 45, 48, 50, 65, 67 entiti, 17, 20, 23, 24, 25, 36, 68, 99, 124 e-pemasaran, 143, 204 F faktor, 8, 38, 41, 64, 67, 79, 83, 85, 87, 115, dalaman, 87, 88, 89, 115, 147, 165 luaran, 87, 88, 89, 115, 154, 162, 165 pengeluaran, 8 francais, 3, 4, 33, 34, 35, 36, 71 francaisi, 33, 34, 35, 36 francaisor, 33, 34, 35, 36 fungsian, 159, 173-175, 192, 198, 216 G guna tenaga, 91, 93, 111 tenaga penuh, 63, 64, 65, 81, 111 H harga, 7, 16, 29, 44, 50, 69, 83, 104, 106 I industri, 46, 81, 91, 138, 141, 178, 184, 187 inflasi, 63, 64, 65, 67, 83, 84 input, 47, 186, 187 interaksi, 174, 204, 206, 207, 208, 215, 216 J jaringan, 87, 88, 141, 196, 203, 204 jualan, 7, 16, 39, 42, 94, 99, 104 jumlah hasil, 136, 139, 140, 165 jumlah kos, 7, 136, 139, 140 K Kadar, 70, 80, 81, 98, 104, 143, 158, 182 cukai, 86, 155 faedah, 80, 84, 86, 155 pengangguran, 81, 96, 111 kehendak, 5, 6, 161, 185, 193 kepuasan, 8, 126, 128, 145, 164, 190 keuntungan, 5, 7, 11, 13, 37, 38, 44, 45, 50 keusahawanan, 93 kewangan, 178, 182, 191 khidmat, 34, 51, 86, 198, 241 pelanggan, 216, 241, 242, 246 kitaran, 81, 96, 155 ekonomi, 96, 155 kontrak, 5, 7, 35, 68, 99, 112, 185 koperasi, 3, 4, 17, 29-32, 53, 109, 124 kos, 7, 15, 16, 50, 94, 102, 109 kualiti, 36, 40, 73, 104, 128, 139, 189, 244 kuantiti, 7, 28, 91, 137, 149, 165, 166, 193 kuasa beli, 85 L latihan, 8, 30, 51, 73, 152, 170, 179, 219 lesen perniagaan, 19, 98 liabiliti, 20-24, 26-28, 180 terhad, 22-24, 26 M melambung, 96, 100, 155 merekrut, 103 milikan tunggal, 17-20, 42, 53, 124 misi, 37, 100, 133-135, 141, 165, 175, 177 O objektif, 13, 103, 107, 121, 133, 147, 163, 177 organisasi, 3, 15, 29, 43, 74, 98, 110, 121 P pasaran, 7, 29, 49-51, 53, 89, 90, 93, 98, 113 antarabangsa, 50, 51, 201 baharu, 35, 43, 50, 72, 89, 106, 201, 210 domestik, 49, 53, 201 kewangan, 142 produk, 90 pemasaran, 34, 94, 105, 132, 144, 164 pemilikan perniagaan, 3, 4, 17, 18 pendaftaran, 19, 21, 43, 68, 125, 240 pengagihan, 133, 176, 181, 190-194, 200, 212 pengangguran, 81, 82, 91, 96, 111 bermusim, 81, 82 kitaran, 82 struktur, 82 teknologi, 82 pentadbiran, 67, 75, 94, 178, 216 penyelidikan dan pembangunan, 74, 87, 105, 148, 156, 161, 175, 184, 185 perancangan, 82, 83, 97, 98, 107, 123, 137 perkhidmatan, 3-8, 16, 48-55, 79, 80 awam, 15, 48 pelanggan, 161, 175, 216 sukarela, 48 swasta, 48 perkongsian, 4, 17, 36, 68, 99, 124, 177, 205 biasa, 21, 22 liabiliti terhad, 22, 23, 24 peruncit, 193, 194 perundangan, 17, 45, 68, 86, 87, 89, 97 perusahaan kecil dan sederhana, 38 proses pengeluaran, 187, 188, 204 R rakan kongsi, 20-25 aktif, 21 S sasaran, 50, 129, 153, 164, 189, 196, 200, 216 jualan, 149, 196 pasaran, 50, 190, 191, 200 sektor, 53-55, 58, 76, 79, 93, 124, 125 awam, 8, 125 kedua, 46, 47, 53, 54 ketiga, 46 swasta, 8, 75, 125, 196 utama, 3, 38, 46, 53, 54, 58, 92 sosiobudaya, 67, 105, 154, 160 spesifik, 127, 128, 130, 134 SWOT, 100, 107, 109, 151, 165 syarat perkongsian, 20 syarikat, 24, 34, 70, 99, 100 awam berhad, 26, 28, 32 berhad, 4, 17, 22, 25, 26, 53, 124 sendirian berhad, 3, 23, 26, 27, 28, 32 syer pasaran, 135, 144, 162, 200 T teknologi, 36, 37, 40, 45, 47, 53, 75, 81, 82 maklumat, 75, 87, 143, 157, 175, 183, 203 maklumat dan komunikasi, 175, 183 titik pulang modal, 136, 162, 166 U undang-undang, 29, 78, 86, 110- 113 urus niaga, 5, 7, 33, 90, 104 usaha sama, 3, 4, 36, 37, 146, 201 usahawan, 6, 8, 38, 71, 75, 78, 85, 93, 100 V visi, 37, 100, 121-126, 131-135, 141, 175, 177 W wang, 6, 7, 11, 18, 41, 94, 96, 128, 155, 214 Bab8_Txtbk Perniagaan Tg4_Indeks-7/11.indd 261 11/7/16 1:53 PM


262 Indeks Latihan Sumatif 1 1 D 2 A 3 B 4 B 5 C 6 B 7 D 8 C 9 C 10 A 11 B 12 A 13 D 14 D 15 A 16 A 17 D 18 D 19 B 20 B Latihan Sumatif 2 1 D 2 A 3 A 4 C 5 D 6 A 7 A 8 B 9 C 10 D 11 A 12 A 13 C 14 D 15 C 16 C 17 B 18 A 19 C 20 A Latihan Sumatif 3 1 D 2 D 3 C 4 A 5 A 6 C 7 C 8 D 9 D 10 C 11 D 12 D 13 D 14 C 15 D 16 B 17 C 18 C 19 D 20 B Latihan Sumatif 4 1 D 2 C 3 B 4 D 5 C 6 C 7 C 8 C 9 D 10 D 11 D 12 D 13 A 14 B 15 B 16 D 17 D 18 A 19 A 20 B JAWAPAN Bab9_Txtbk Perniagaan Tg4_Jawapan-7/11.indd 262 11/7/16 1:53 PM


Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan Skim Pinjaman Buku Teks BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Sekolah Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan:


Click to View FlipBook Version