The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AJ@5985, 2022-08-07 02:12:19

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PENGAJARAN GURU

PENDIDIKAN
KESIHATAN

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016



Cetakan Pertama 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.



KANDUNGAN v
RUKUN NEGARA vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
PENDAHULUAN
1
1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 3
2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8
3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 10
4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 13
5 PENYALAHGUNAAN BAHAN 15
6 PENYALAHGUNAAN BAHAN 17
7 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 19
8 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 22
9 KEKELUARGAAN 24
10 KEKELUARGAAN 25
11 PERHUBUNGAN 27
12 PERHUBUNGAN 28
13 PENYAKIT 32
14 KESELAMATAN 36
15 KESELAMATAN

16 PEMAKANAN 39
17 PEMAKANAN 43
18 PERTOLONGAN CEMAS 45

1



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

vi

PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid
mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk
membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa
menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.

Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tingkatan 1 ini dibina
untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan serta melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi
18 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan
murid. Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta
menambah baik contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan
pengajaran ini amat digalakkan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan
idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan
pengajaran ini.

vii





KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Setiap orang akan melalui zaman STANDARD KANDUNGAN
peralihan dari kanak-kanak kepada
remaja dalam keadaan berbeza. 1.1 Kemahiran membuat
keputusan dalam konteks
Kebanyakan kita berasa takut dan kesihatan diri dan
tertekan dengan perubahan reproduktif
perkembangan fizikal sekunder
namun ada yang berjaya  Perkembangan seksual
mengatasinya dengan baik.
sekunder
Kita perlu mengetahui perubahan
yang berlaku dan menggunakan STANDARD PEMBELAJARAN
maklumat yang diperolehi serta
mengaplikasi cara mengurus Murid boleh:
perkembangan seksual sekunder
secara berkesan. 1.1.1 Mengetahui maksud
perkembangan seksual
sekunder dari aspek fizikal.

1.1.2 Mengaplikasikan cara
mengurus perkembangan
seksual sekunder dari aspek
fizikal.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan
pelekat.

1

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI NOTA GURU

1. Dalam kumpulan kecil Perubahan ciri-ciri seksual lelaki:
membincangkan
perkembangan fizikal seksual  Ciri-ciri seksual primer yang
sekunder. berubah adalah perubahan
zakar dan buah zakar.
2. Sumbang saran bagaimana
mengurus perubahan  Ciri-ciri seksual sekunder pula
perkembangan fizikal seksual melibatkan pertumbuhan misai
sekunder dan janggut, jerawat, ketinggian
meningkat, dada dan bahu
3. Menerangkan perasaan melebar, otot membesar, serta
semasa mengalami perubahan suara yang lebih garau.
tersebut.
 Bulu ketiak dan bulu pubik
4. Memberi pendapat tentang merupakan tanda-tanda akil
cara terbaik untuk baligh.
menguruskan perubahan
perkembangan fizikal seksual Perubahan ciri-ciri seksual
sekunder. perempuan:

5. Perbincangan dan rumusan.  Ciri-ciri seksual primer yang
berubah adalah perubahan faraj
dan ovari.

 Ciri-ciri seksual sekunder pula
melibatkan ketinggian
meningkat, paha berbentuk
corong, perubahan payu dara
dan punggung membesar.

 Bulu ketiak dan bulu pubik
merupakan tanda-tanda akil
baligh.

(Sumber: Info Sihat,
Kementerian Kesihatan Malaysia.)

2

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Terdapat perubahan dari segi aspek STANDARD KANDUNGAN
fizikal, mental, emosi dan psikologi.
1.2 Kemahiran membuat
Setiap orang akan melalui zaman keputusan dalam konteks
kesihatan diri dan reproduktif
remaja. Terdapat remaja yang tidak
 Perkembangan seksual
dapat mengurus dengan baik sekunder

perubahan emosi semasa STANDARD PEMBELAJARAN

perkembangan fizikal sekunder. Murid boleh:

Contohnya, sekiranya kita 1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran
membuat keputusan dalam
mengetahui perubahan emosi yang menangani perubahan emosi
semasa perkembangan
berlaku dan cara mengurus seksual sekunder.

perubahan emosi tersebut, maka 1.1.4 Menilai perubahan emosi
semasa perkembangan
kita dapat menangani perubahan seksual sekunder.

emosi secara berkesan.

BAHAN BANTU BELAJAR

Borang penilaian kendiri dan sticky
notes.

3

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI 5. Perbincangan dan rumusan.
6. Aktiviti pengukuhan –menulis
1. Penilaian kendiri (lembaran
kerja 1) diedarkan dan diberi diari selama sebulan
masa 5 minit untuk menjawab bagaimana mereka mengurus
semua pernyataan. perubahan emosi semasa
perkembangan seksual.
2. Merumus jawapan penilaian
kendiri.

3. Perbincangan dalam kumpulan,
cara-cara mengurus perubahan
emosi semasa perkembangan
seksual sekunder.

4. Aktiviti ‘Gallery walk’.
a. Hasil perbincangan ditampal
pada dinding kelas.
b. Dalam kumpulan, murid
akan bergerak mengikut
arah jam untuk melihat dan
membaca hasil
perbincangan kumpulan lain.
c. Murid membuat
penambahbaikan dengan
menulis cadangan mereka di
atas sticky-notes dan tampal
pada hasil kumpulan itu tadi.
d. Murid akan bergerak
sehingga habis pusingan.

4

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

NOTA GURU Jerawat...satu,
dua,
Perubahan Emosi Remaja
tiga...argh!
1. Sikap suka menentang dan
agresif

2. Inginkan perhatian dan
penghargaan

3. Ingin sentiasa disayangi
4. Mencari identiti kendiri
5. Tidak selesa dengan perubahan

fizikal.
6. Perasaan keliru, rendah diri,

malu dan mudah kecewa
7. Ingin mencuba sesuatu yang

baharu dan mencabar
8. Sangat mengambil berat

tentang penampilan diri
9. Tidak suka dikongkong
10. Tarikan seksual (crush) dan

mudah dirangsang
11. Perasaan ingin tahu terhadap

aspek seksual dan mudah jatuh
cinta

5

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

BORANG PENILAIAN KENDIRI

Sila tanda (√) pada ruang Ya atau (x) pada ruang Tidak untuk setiap pernyataan.

BIL. PERUBAHAN EMOSI YA TIDAK

1. Mengalami moodiness yang disebabkan oleh perubahan paras
hormon estrogen (perempuan) dan hormon testosteron (lelaki)

2. Mudah tersinggung, agresif, murung, cuai, memberontak, dan
emosional

3. Sangat mengambil kira tentang penampilan diri, dan
pandangan orang lain

4. Inginkan privasi dan memerlukan ruang untuk diri sendiri

5. Berasa malu dan keliru dengan perubahan diri

6. Perasaan ingin tahu tentang aspek seksual dan mudah jatuh
cinta

7. Tidak suka dikongkong oleh ibu bapa

8. Sering berselisih faham dengan ibu bapa

9. Mencari identiti kendiri

10. Tidak selesa dengan ciri-ciri perubahan fizikal seperti jerawat,
bau badan dan ketinggian

11. Mempunyai perasaan rendah diri
12. Suka menentang pendapat orang lain
13. Suka dipuji dan dihargai atas sesuatu yang dilakukan
14. Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar
15. Mudah terpengaruh dengan pendapat rakan sebaya

Sila jumlah dan catatkan bilangan yang diperoleh untuk:

Ya=
Tidak=

6

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Jawapan- Penilaian Kendiri.
Perbincangan.

Adakah anda banyak menanda ”Ya” ?
Jangan risau... ini adalah sesuatu yang
normal.

Cara-cara menguruskan perubahan emosi.
1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
2. Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Contoh, mengemas

rumah, menjaga adik, memasak, melipat baju, mencuci kereta,
mengecat rumah dan menyapu laman.
3. Melibatkan diri dengan hobi yang berfaedah. Contoh, membaca,
berkebun, bermain dan mendengar muzik, mengumpul setem, pelekat,
dan melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat berfaedah.
4. Menyertai aktiviti sosial yang berfaedah bersama-sama keluarga dan
rakan supaya dapat membina keyakinan diri. Contoh, melakukan kerja
amal di rumah kebajikan, menyertai aktiviti kebudayaan, berkebun,
berkelah, memancing dan bergotong royong.
5. Berani menyatakan pendirian positif. Contoh, berkata “TIDAK” kepada
sentuhan tidak selamat, ajakan untuk merokok, mengambil dadah dan
alkohol serta hubungan seksual.
6. Melibatkan diri secara aktif dalam program keagamaan.
Contoh, di masjid, gereja, kuil dan tokong.
7. Merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang dewasa yang boleh
dipercayai. Contoh, ibu bapa, guru dan doktor.

7

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Dalam kehidupan harian, kita STANDARD KANDUNGAN
terdedah kepada pelbagai pengaruh
multimedia. 2.1 Kemahiran menangani
pengaruh dalaman serta
Terdapat majalah, lirik lagu, program luaran yang mempengaruhi
television dan filem yang kesihatan diri dan
menggambarkan tingkah laku reproduktif
seksual.
 Pengaruh multimedia
Kemahiran menangani pengaruh kepada tingkah laku
seksual berisiko
dalaman serta luaran yang
STANDARD PEMBELAJARAN
mempengaruhi kesihatan diri dan
Murid boleh:
reproduktif menyediakan peluang
2.1.1 Memahami pengaruh
kepada kita untuk negatif multimedia kepada
tingkah laku seksual
membinbcangkan nilai dan mesej berisiko.

yang disampaikan oleh pihak media. 2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran
menangani pengaruh
Kesimpulannya, pengaruh negatif multimedia terhadap
tingkah laku seksual
multimedia ke atas perasaan, berisiko.

pemikiran dan tingkah laku dalam 2.1.3 Menganalisis pengaruh
negatif multimedia kepada
aspek positif dan negatif. tingkah laku seksual
berisiko.

BAHAN BANTU BELAJAR
Iklan – imej dalam media.

8

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI 4. Membentangkan hasil
perbincangan kumpulan.
1. Bahagikan kepada kumpulan
kecil. 5. Pengukuhan – menulis
rencana untuk buletin sekolah.
2. Setiap kumpulan melantik
seorang wartawan yang akan KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
berkongsi penemuan kumpulan.

3. Berikan setiap kumpulan satu
iklan dan membincangkan
soalan-soalan berikut:

a) Apakah produk yang
hendak dipasarkan oleh
iklan tersebut?

b) Adakah imej yang
digunakan
menggambarkan
kehidupan sebenar?

c) Apakah mesej yang
hendak disampai oleh iklan
tersebut? Adakah ia
memberikan mesej tentang
kualiti yang menarik bagi
seseorang lelaki atau
wanita?

d) Apakah mesej yang
disampaikan berkait rapat
dengan hubungan dan
seksualiti?

e) Menyenaraikan pengaruh
negatif iklan tersebut.

f) Menyenaraikan cara
menangani tingkah laku
seksual berisiko.

9

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN “I see, I think, I wonder “
1 Perbincangan kesan negatif
2.1 Kemahiran menangani
pengaruh dalaman serta multimedia terhadap tingkah
luaran yang mempengaruhi laku seksual berisiko remaja.
kesihatan diri dan Gambar pasangan kekasih
reproduktif dipamerkan.
2 “Bubble talk” diberi dan murid
 Pengaruh multimedia menulis bahasa pemikiran
kepada tingkah laku mengikut jantina.
seksual berisiko 3 Merumus bahasa pemikiran
dan tingkah laku seksual
STANDARD PEMBELAJARAN berisiko remaja.
a) Apa yang ditulis mungkin
Murid boleh:
ada persamaan dan
2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran mungkin sebaliknya.
menangani pengaruh negatif b) Bahasa pemikiran yang
multimedia terhadap tingkah anda bersetuju dengan?
laku seksual berisiko. Tidak setuju dengan?
c) Jika anda adalah seorang
2.1.4 Menjana idea cara ibu atau bapa, apakah
menangani tingkah laku mesej atau nasihat yang
seksual berisiko dan paling penting yang akan
kepentingan penahanan diri diberikan kepada anak
daripada seks. anda?
4 Memberi 10 sebab kenapa
BAHAN BANTU BELAJAR perlu abstinen dalam bentuk
Gambar pasangan, kad bubble talk peta minda.
dan pelekat 5 Memilih salah satu alasan
dan hasilkan poster.
Tampalkan poster tersebut di
dalam kelas untuk
menyebarkan pesanan positif
mengenai abstinen.

10

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Contoh gambar sepasang kekasih
11

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

MESEJ PENTING
Anda perlu bertanggungjawab
dalam sebarang tingkah laku
seksual yang anda pilih. Oleh

itu, remaja perlu mengenal
pasti amaran bagi menghindar

hubungan seks yang tidak
diingini dan tidak dirancang.
Abstinen adalah cara terbaik
untuk mengelak risiko seks.

SUMBER: LPPKN. KPWKM

12

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Zaman remaja adalah zaman yang STANDARD KANDUNGAN
paling mencabar. Kita sering 3.1 Kemahiran menangani
terdedah kepada penggunaan
barang haram dan penyalahgunaan situasi berisiko terhadap
bahan. penyalahgunaan bahan
kepada diri, keluarga serta
Dalam usia muda dan masih masyarakat
kurang pengalaman hidup, adakah
kita tidak bersedia dan tidak  Pengaruh rokok, alkohol
mengetahui akibat penyalahgunaan dan dadah
bahan.
STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran menangani situasi
berisiko terhadap penyalahgunaan Murid boleh:
bahan kepada diri, keluarga dan
masyarakat dapat mengelakkan 3.1.1 Memahami pengaruh
kita daripada bahaya pengambilan rokok, alkohol dan dadah
rokok, alkohol dan dadah. kepada diri, keluarga serta
masyarakat.

3.1.3 Menganalisis kesan bahaya
asap rokok kepada perokok
pasif.

3.1.4 Menilai taraf kesihatan
individu yang terlibat dalam
kegiatan merokok,
pengambilan alkohol dan
dadah.

BAHAN BANTU BELAJAR
Lakaran tubuh manusia,
kertas sebak, pen marker
dan pelekat.

13

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI menerangkan kepada
kumpulan yang datang.
1. Melabel bahagian dan sistem d. Proses ini berulang dan
tubuh manusia yang rosak selesai sehingga semua
akibat penyalahgunaan kumpulan dilawati.
rokok, alkohol dan dadah. 7. Rumusan.

2. Merumus aktiviti langkah 1.
3. Perbincangan dalam

kumpulan kecil. Memberi
fokus kepada kesan
pengaruh rokok alkohol dan
dadah kepada keluarga,
masyarakat serta kepada
perokok pasif.
4. Aktiviti World Cafe.
a. Setiap ketua kumpulan

akan tinggal manakala
ahli kumpulan yang lain
akan bergerak ke
kumpulan sebelah
kanan mereka.
b. Ketua kumpulan yang
tinggal akan memberi
penerangan hasil
perbincangan kumpulan
dan melantik seseorang
sebagai pembantu.
c. Setelah selesai memberi
penerangan ketua itu
tadi bersama ahli
kumpulan baharu
bergerak meninggalkan
pembantu untuk

14

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Permainan ‘Domino’
3.1 Kemahiran menangani a. 5 orang murid dipilih secara
rawak.
situasi berisiko terhadap b. Murid tersebut dilekatkan
penyalahgunaan bahan kad perkataan iaitu
kepada diri, keluarga serta ‘Penyalahgunaan Bahan’,
masyarakat ‘Rakan’, ‘Keluarga’,
 Pengaruh rokok, alkohol dan ‘Masyarakat’ dan ‘Negara’.
c. Murid berbaris dalam satu
dadah barisan dari bahu ke bahu.
d. ‘Penyalahgunaan Bahan’
STANDARD PEMBELAJARAN akan melanggar bahu
‘Rakan’ dan seterusnya.
Murid boleh: e. Murid lain akan
menjelaskan mengapa teori
3.1.2 Mengaplikasikan kemahiran domino berlaku dan
mengelak diri daripada kesannya kepada diri,
pengaruh rokok, alkohol dan rakan, keluarga,
dadah. masyarakat dan negara.

BAHAN BANTU BELAJAR 2. Menulis dialog berdasarkan
Kad perkataan, kertas berpelekat, situasi,di mana murid mesti
pen marker pelbagai warna. membuat keputusan
bagaimana mengelakkan diri.
 ‘Kalaulah saya dihampiri /
dipujuk / diberi / dipelawa...’
 Murid membaca dialog
sambil melakonkannya.

3. Menghasilkan Bumper Sticker
mengenai penyalahgunaan
rokok, alkohol dan dadah.

4. Perbincangan dan rumusan.

15

PENYALAHGUNAAN BAHAN

TIDAK

’Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa …’

Situasi 1
Awang menghulurkan rokok kepada kawannya, Abu ketika bermain permainan
video. Tulis dialog antara Awang dan Abu. Abu menggunakan kemahiran asertif
membuat penolakan secara berhemah dengan menjelaskan kesan
pengambilan rokok bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 2
Abang dan rakan-rakannya membeli alkohol dari kedai serbaneka untuk
meraikan sambutan Tahun Baharu. Abang terserempak dengan guru Pendidikan
Kesihatannya. Guru tersebut memberi nasihat kepada abang dan rakan-
rakannya. Tulis dialog antara mereka dengan menjelaskan kesan pengambilan
alkohol bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 3
Kakak dan ayahnya menonton iklan AADK. Ayahnya memberi nasihat kepada
kakak mengenai bahaya dadah. Tulis dialog antara mereka dengan
menjelaskan kesan pengambilan dadah bagi jangka masa pendek dan jangka
masa panjang .

16

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Pemikiran positif adalah cara STANDARD KANDUNGAN
pemikiran yang menjurus ke arah 4.1 Kemahiran mengurus
keupayaan iaitu melihat kepada
aspek yang baik dan membina. mental dan emosi dalam
kehidupan harian.
Seseorang yang berpemikiran
positif akan berasa bahagia,  Pemikiran positif
disenangi dan dihormati, mudah
mendapat kawan dan akan STANDARD PEMBELAJARAN
menjalinkan hubungan sosial yang
baik. Selain daripada itu, berupaya Murid boleh:
untuk menangani stres dengan
menjadikan keadaan negatif 4.1.1 Mengetahui maksud dan
sebagai peluang untuk belajar, dan ciri-ciri pemikiran positif.
melihat kebaikan orang lain.
4.1.2 Memahami faedah
Pemikiran positif boleh diamalkan pemikiran positif dalam
pada bila-bila masa dan di mana mengurus mental dan
sahaja, terutama sekali apabila kita emosi.
mempunyai perasaan negatif.
BAHAN BANTU BELAJAR
3 buah kotak dan kertas nota
kecil.

17

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

AKTIVITI PEMIKIRAN

1. Menulis satu sifat positif kawan PEMIKIRAN NEGATIF
dan masukkan ke dalam 3 POSITIF
buah kotak yang disediakan.

2. Permainan ‘Kotak Beracun’
dimainkan. 3 buah kotak
bermain secara serentak.
Murid yang memegang kotak
terakhir akan mencabut satu
sifat positif kawan secara
rawak akan bincangkan dan
cuba meneka siapa rakan yang
bersifat positif itu.

3. Membina peta minda dengan
ciri-ciri pemikiran positif dan
faedah pemikiran positif dalam
mengurus mental dan emosi
dalam kumpulan kecil.

4. Wakil kumpulan akan
membentangan hasil
perbincangan dan menyatakan
kepentingan berfikiran positif.

5. Rumusan -menerima kelebihan
dan memperbaiki kelemahan
diri.

18

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

MASA: 1 Jam 1. Menggambarkan / main
peranan individu yang bersifat
STANDARD KANDUNGAN positif dan negatif dalam
4.1 Kemahiran mengurus kehidupan harian melalui
puppet show / wayang kulit /
mental dan emosi dalam role play (tugasan ini diberi
kehidupan harian. seminggu awal)

 Pemikiran positif 2. Menerangkan cara mengurus
pemikiran, emosi dan tingkah
STANDARD PEMBELAJARAN laku dalam kehidupan harian
melalui puppet show / wayang
Murid boleh: kulit / role play .

4.1.3 Mengaplikasikan cara 3. Menggunakan ayat-ayat yang
mengurus pemikiran, positif dalam dialog.
emosi dan tingkah laku
dalam kehidupan harian. 4. Mencatat dialog yang
menggambarkan pemikiran
4.1.4 Menganalisis hubungan positif.
antara pemikiran, emosi
dan tingkah laku dalam 5. Mengisi lembaran kerja
kehidupan harian. dengan mengaitkan
hubungan pemikiran, emosi
BAHAN BANTU BELAJAR dan tingkah laku dalam
Puppet / wayang kulit dan kehidupan harian.
lembaran kerja
6. Rumusan.

Nota: Tugasan ini diberi seminggu
awal sebagai persediaan.

19

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

20

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

NOTA GURU
Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat positif.

1. Bagaimanakah rupa seseorang rakan yang bersifat positif ?
 Tersenyum, gembira dan sebagainya.

2. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat positif ?
 Bertimbang rasa, baik hati, penyayang, pendengar
yang baik dan sebagainya.

3. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat positif ?
 “Boleh saya tolong awak?”, “Kita berkongsi
permainan…” dan sebagainya.

Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat negatif.
4. Bagaimanakah rupa seorang rakan yang bersifat nagatif?
 Sombong, sinis dan sebagainya.
5. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat negatif ?
 Penipu, iri hati, pentingkan diri dan sebagainya.
6. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat negatif?
 “Saya tidak suka …”, Awak ni busuklah…” dan
sebagainya.

21

KEKELUARGAAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Perkahwinan adalah ikatan STANDARD KANDUNGAN
hubungan yang sah antara dua 5.1 Peranan diri sendiri dan
individu yang didaftarkan secara
sivil dan / atau diiktiraf oleh ahli keluarga serta
jabatan agama atau secara adat kepentingan institusi
resam. kekeluargaan dalam
aspek kesihatan keluarga
Perkahwinan berlaku apabila dua
individu yang berlainan jantina  Perkahwinan
membuat keputusan untuk hidup
bersama dan melafazkan STANDARD PEMBELAJARAN
komitment sepanjang hayat antara
satu sama lain, saling menyintai Murid boleh:
serta memberi sokongan antara
satu sama lain yang akhirnya 5.1.1 Mengetahui tujuan
membentuk sebuah keluarga. perkahwinan.

5.1.2 Mengaplikasikan cara
menyesuaikan diri
sekiranya berlaku
perubahan dalam struktur
keluarga.

BAHAN BANTU BELAJAR
Kotak, kertas nota kecil.

22

KEKELUARGAAN

AKTIVITI NOTA GURU

1. Mencatat apa yang mereka  Institusi perkahwinan ialah
ingin ketahui secara lebih satu perkara yang dituntut
mendalam maksud dan tujuan oleh agama dan budaya.
perkahwinan dengan
menjawab soalan-soalan yang  Perkahwinan mestilah
berikut: didaftarkan secara sah dan
lazimnya disertai dengan
a. Apakah yang saya patut majlis keagamaan atau
tahu tentang maksud kebudayaan.
perkahwinan?
 Melalui ikatan perkahwinan
b. Apakah tujuan yang sah boleh mencegah
perkahwinan? seks sebelum nikah.

c. Bilakah saya patut tahu  Kita mesti membuat
tentang maksud dan keputusan yang bijak dan
tujuan perkahwinan? bertanggungjawab.

d. Adakah perkahwinan itu  Setiap ahli keluarga
komitmen sepanjang mempunyai peranan dan
hayat? tanggungjawab yang perlu
dipikul untuk kebahagiaan
2. Soalan dicabut secara rawak dan keharmonian sesebuah
dan dibuka untuk perbincangan. keluarga.

3. Merumuskan maksud dan  Setiap anggota keluarga
tujuan perkahwinan. perlu mengamalkan nilai
murni serta bersedia
4. Menjelaskan dengan contoh menghadapi cabaran
cara menyesuaikan diri bersama.
sekiranya berlaku perubahan
dalam struktur keluarga.

5. Menulis satu karangan pendek
atau pantun mengenai peranan
mereka dalam keluarga.

6. Menulis salasilah keluarga
sebagai kerja projek.

23

KEKELUARGAAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Mencipta dan menganalisis
5.1 Peranan diri sendiri dan ahli pokok keluarga masing-
masing.
keluarga serta kepentingan
institusi kekeluargaan 2. Membentangkan hasil ciptaan
dalam aspek kesihatan masing-masing.
keluarga
3. Berbincang sekiranya berlaku
 Perkahwinan perubahan dalam struktur
keluarga, apakah yang akan
STANDARD PEMBELAJARAN dilakukan anda?

Murid boleh: 4. Main peranan berdasarkan kad
situasi, contohnya;
5.1.3 Menilai peranan individu a. Ayah kahwin lain…
dalam keluarga nukleus, b. Ayah / Ibu kahwin lagi …
keluarga kembangan c. Saya dapat adik beradik
(extended) atau keluarga tiri...
tunggal. d. Saya dapat adik baharu...

BAHAN BANTU BELAJAR 5. Mencatat peranan diri dan ahli
Kad dialog dan kad situasi. keluarga untuk kebahagiaan
dan keharmonian.

6. Perbincangan.
7. Aktiviti pengukuhan -

Mencipta garis masa keluarga
(life events) . Setiap perkara
yang berlaku dalam keluarga
ditulis dengan tepat
berdasarkan kepada situasi
yang diberi oleh guru.

24

PERHUBUNGAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Komunikasi pula merupakan asas STANDARD KANDUNGAN
6.1 Kemahiran
kepada perhubungan interpersonal
interpersonal
iaitu perhubungan antara serta komunikasi
berkesan dalam
seseorang dengan seseorang yang kehidupan harian

lain. Komunikasi interpersonal tidak  Kemahiran komunikasi
berkesan dalam
akan berkesan tanpa perhubungan interpersonal

menggunakan deria manusia STANDARD PEMBELAJARAN

dengan bijaksana. Ini akan Murid boleh:

membantu seseorang itu bercakap 6.1.1 Mengetahui cara
berkomunikasi secara lisan
dengan berkesan, melihat dengan dan bukan lisan.

nyata, mendengar secara aktif dan 6.1.2 Memahami perhubungan
interpersonal dalam
merasa dengan hati akan apa yang kalangan ahli keluarga,
rakan, guru dan jiran.
didengar atau disampaikan.
6.1.3 Mengaplikasi kemahiran
Perhubungan interpersonal ialah berkomunikasi secara
berkesan iaitu mendengar
bagaimana kita berinteraksi dan dengan teliti, mengekalkan
eye-contact serta
berkomunikasi dengan orang lain. meluahkan perasaan, idea
dan fikiran.
Perhubungan interpersonal adalah
BAHAN BANTU BELAJAR
perhubungan dan komunikasi Kad dialog, kad situasi.

antara individu yang berbeza

latarbelakang dan pengalaman

tersendiri.

Kebanyakan masalah timbul di
rumah, di sekolah atau dalam
masyarakat adalah berpunca
daripada perselisihan faham,
pertengkaran, tidak sesuai dan
berbagai lagi. Semua berpunca
daripada pertembungan sikap,
peribadi dan kelakuan manusia
yang berbeza. Oleh itu amat
penting bagi setiap orang untuk
mengetahui cara menjalin
perhubungan yang baik antara
individu.

25

PERHUBUNGAN

AKTIVITI 3. Bersoal-jawab mengenai
kedua-dua aktiviti di atas.
i. Bermain ‘Win, Lose or Draw ’
(secara bukan lisan) a. Adakah komunikasi di
a. Penyampai dialog mestilah dalam kedua-dua aktiviti
menggunakan bahasa itu tadi membantu
isyarat atau bahasa badan seseorang itu bercakap
tanpa suara. dengan berkesan, melihat
b. Ahli kumpulan yang lain dengan nyata, mendengar
akan meneka dialog secara aktif dan merasa
berdasarkan topik. dengan hati akan apa yang
c. Bandingkan komunikasi didengar atau
secara lisan dan bukan disampaikan.
lisan dengan dialog asal.
d. Lihat bagaimana b. Adakah komunikasi di
komunikasi berlaku dalam dalam kedua-dua aktiviti
kalangan ahli kumpulan. itu tadi menggunakan laras
bahasa yang
2. Main peranan ( secara lisan) betul,mempamerkan
a. Seorang abang bahasa badan yang
memperkenalkan adiknya bersesuaian dan intonasi
kepada kawan baharunya. yang betul.
b. Seorang remaja meminta
pertolongan jirannya 4. Perbincangan.
menghantar bapa yang
sakit ke rumah sakit.
c. Seorang murid ingin
mendapatkan kelulusan
menggunakan dewan
sekolah daripada
Pengetua bagi tujuan
jualan amal.

26

PERHUBUNGAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Secara berkumpulan
6.1 Kemahiran menghasilkan peta minda.
a. Mengapa kita perlu
interpersonal berkomunikasi dengan
serta komunikasi baik terhadap, keluarga,
berkesan dalam rakan, guru dan jiran?
kehidupan harian b. Apakah yang berlaku
 Komunikasi berkesan dalam sekiranya kita tidak
berkomunikasi dengan
perhubungan interpersonal baik terhadap, keluarga,
rakan, guru dan jiran?
STANDARD PEMBELAJARAN
2. Pembentangan hasil
Murid boleh: kumpulan.

6.1.2 Memahami perhubungan 3. Menulis surat menasihati
interpersonal dalam rakan mengenai kepentingan
kalangan ahli keluarga, komunikasi berkesan dengan
rakan, guru dan jiran. perhubungan interpersonal
dalam kalangan ahli keluarga,
6.1.4 Menilai kepentingan rakan, guru dan jiran.
berkomunikasi secara
berkesan dalam kalangan 4. Rumusan.
ahli keluarga, rakan, guru
dan jiran

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan
pelekat.

27

PENYAKIT

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Masalah jerawat dan senggugut STANDARD KANDUNGAN
selalunya sering dialami oleh
golongan remaja dan dewasa. 7.1 Penyakit dan cara
mencegah serta
Jerawat merupakan perkara yang mengurangkan faktor
biasa dialami golongan remaja risiko penyakit dalam
disebabkan oleh perubahan hormon kehidupan harian
badan dan jangkitan kuman.
Manakala, senggugut kerap dialami  Jerawat
oleh golongan wanita yang masih  Senggugut
datang haid. Jangan jadikan  Kanser serviks
masalah jerawat dan senggugut
tidak harus dijadikan alasan yang STANDARD PEMBELAJARAN
menghalang aktiviti harian kita.
Murid boleh:
Vaksin Human Papillomavirus
(HPV) boleh mengurangkan risiko 7.1.1 Mengetahui masalah
kanser serviks dan menghalang jerawat, senggugut, dan
seseorang wanita dari dijangkiti kanser serviks.
HPV iaitu penyebab utama kanser
serviks. Vaksin HPV diberi kepada 7.1.2 Memahami langkah-
golongan perempuan seawal usia langkah pencegahan
13 tahun. kanser serviks.

7.1.3 Menilai langkah-langkah
pencegahan yang boleh
diambil untuk
mengurangkan masalah
jerawat dan senggugut.

BAHAN BANTU BELAJAR
Borang soal selidik, Poster
penyakit tidak berjangkit iaitu
jerawat, senggugut, dan kanser
serviks dari KKM.

28

PENYAKIT

AKTIVITI Kesian, kakak.
Setiap kali didatangi
Gallery walk: Apa kata survey?
haid mesti
1. Menjawab borang soal selidik senggugut. Kakak
mengenai penyakit tidak juga diberi suntikan
berjangkit seperti jerawat,
senggugut dan kanser serviks. HPV untuk
mencegah kanser
2. Memilih fakta atau mitos dengan serviks. Saya pula
memberi justifikasi. mengalami masalah

3. Explorasi atau pembelajaran jerawat.
kendiri.

4. Meneroka pameran kesihatan di
sekolah untuk mendapatkan
maklumat mengenai penyakit
tidak berjangkit seperti jerawat,
senggugut dan kanser serviks
dari aspek :
a. Gejala dan simptom
b. Cara-cara untuk
mendapatkan rawatan awal.
c. Faktor-faktor pemakanan,
gaya hidup dan persekitaran
yang mempengaruhinya.
d. Mengetahui fakta dan mitos
mengenai penyakit tidak
berjangkit seperti jerawat,
senggugut dan kanser
serviks.

5. Menulis langkah-langkah
pencegahan dengan
menghubungkait faktor-faktor
pemakanan, gaya hidup dan
persekitaran.

6. Membentangkan hasil kerja.
7. Rumusan.
8.

29

PENYAKIT

BORANG SOAL SELIDIK

Soal Selidik ‘Jerawat’ Soal Selidik ‘Senggugut’

Tandakan Fakta (/) atau /X Tandakan Fakta (/) atau /X
Mitos (x) Mitos (x)

1. Jerawat adalah 1. Senggugut adalah
penyakit berjangkit penyakit tidak
berjangkit
2. Jerawat disebabkan
oleh jangkitan kuman 2. Senggugut
disebabkan oleh
3. Jerawat akan menjadi aktiviti fizikal
lebih teruk jika
membasuh muka di 3. Senggugut akan
waktu panas menyebabkan wanita
mandul
4. Jerawat disebabkan
oleh makanan 4. Senggugut boleh
berminyak seperti dikurangkan dengan
kacang, cokelat dan mengambil ubat
resedung. daripada doktor

5. Jerawat boleh dielak 5. Senggugut kerap
dengan dialami oleh golongan
mengamalkan wanita yang masih
pemakanan yang datang haid.
sihat.

30

PENYAKIT

Soal Selidik ‘Kanser Serviks’ Jadual Analisis

Tandakan Fakta (/) atau /X No. Soalan Bil. Bil.
Mitos (x) Fakta Mitos
1. Jerawat
1. Kanser serviks adalah 2. Senggugut
penyakit tidak 3. Kanser serviks
berjangkit

2. Kanser serviks boleh
disebabkan oleh
jangkitan virus HPV

3. Kanser serviks boleh
menjangkiti lelaki

4. Kanser serviks boleh
dikesan dengan ujian
pap smear

5. Kanser serviks boleh
disebabkan oleh tuala
wanita.

31

KESELAMATAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Pengaruh rakan sebaya dan STANDARD KANDUNGAN
persekitaran dikenal pasti sebagai 8.1 Menjaga keselamatan diri
antara faktor yang menyumbang
kepada gejala perbuatan buli dan dan mendemonstrasi
masalah disiplin di kalangan murid kemahiran kecekapan
sekolah. psikososial dalam
kehidupan harian
Faktor trend semasa turut
menyebabkan golongan remaja  Buli
mudah terpengaruh dan terikut-ikut  Gangsterisme
dalam penggunaan perkataan,
perbuatan dan cara kehidupan STANDARD PEMBELAJARAN
masyarakat pada hari ini.
Murid boleh:
Kemahiran kecekapan psikososial
diharap dapat menjadi panduan 8.1.1 Mengetahui maksud
dalam membentuk peribadi membuli, dibuli dan
seseorang agar tidak menjadi gangsterisme.
pembuli, mangsa buli atau
gangster. Semua pihak perlu 8.1.2 Memahami faktor-faktor
berganding bahu menangani kes penyebab perbuatan
buli dan masalah gangsterisme membuli, dibuli dan
dalam kalangan murid baik di gangsterisme.
dalam atau diluar kawasan
sekolah. BAHAN BANTU BELAJAR
Gambar, kertas sebak, pen
marker dan kertas warna.

32

KESELAMATAN

AKTIVITI MASYARAKAT

Save Our School (SOS)

1. Gambar dipaparkan dan
sumbang saran dalam kalangan
murid.

2. Dalam kumpulan kecil, murid
diberi satu kes juvana untuk
menjelaskan faktor-faktor
penyebab perbuatan buli dan
gangsterisme.

3. Murid menulis langkah-langkah
yang boleh diambil untuk
menangani perbuatan buli dan
gangsterisme yang berlaku.

4. Perbentangan hasil kumpulan.
5. Membina ikrar untuk mengelak

diri daripada perbuatan buli dan
gangsterisme.

33


Click to View FlipBook Version