The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Farizan, 2020-11-18 10:20:16

ASAS PENGAJIAN MORAL - DUN10062

NOTA PENGAJIAN MORAL - DUN10062

Keywords: MORAL

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

ASAS PENGAJIAN MORAL

This course will equip students on how to carry out visual inspection of to
determine the quality according to the codes and standard.

Course Synopsis
Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral. Kandungannya meliputi
definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Konsep baik, benar,
dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras
dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman

konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar
Pendidikan Moral seseorang guru.

Learning Outcomes
After completing the course, students should be able to:
1. Menjelaskan konsep moral, etika dan akhlak baik.
2. Menerangkan konsep baik, benar dan patut.
3. Menghurai pernyataan normatif dan diskriptif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

Edition, September 2020

This module is permitted for IKM and KKTM use only.

Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat
All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means
without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal ,
MARA K.L
This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Penasihat Modul :

Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

INDEKS

UNIT CONTENTS PAGES
1.0
2.0 Sinopsis i
Credit page ii
3.0
4.0 Konsep Asas Moral 1
5.0 1.1 Moral, etika dan akhlak
1.2 Konsep baik, benar dan patut 5
1.3 Penyataan normatif dan diskriptif 7
Peraturan Moral, Adat, Agama Dan Undang- 10
Undang
2.1 Peraturan moral 17
2.2 Peratran adat 18
2.3 Perturan agama 20
2.4 Peraturan undang-undang 22
Insan Moral 23
3.1 Dimensi moral 25
3.2 Insan 35
Nilai Murni dari Perspektif Agama 36
4.1 Konsep Asas Nilai 39
4.2 Nilai murni dari perspektif pelbagai agama
52
di Malaysia 53
5.1 Sosialisasi
5.2 Peranan dan tanggungjawab agen

Sosialisasi

Bibliography

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

(1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

Open Universiti Malaysia, Modul Pengenalan Pendidikan Moral, Kuala Lumpur,

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iv

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 1. : KONSEP ASAS MORAL

PENDAHULUAN
Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral. Kandungannya meliputi definisi,
ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Konsep baik, benar, dan patut pula
menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras dengan peraturan
moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan
mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep moral, etika dan akhlak baik
2. Menerangkan konsep baik, benar dan patut
3. Menghurai pernyataan normatif dan diskriptif

1.1 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep
berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita
memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian
terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1.1 Konsep Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani
yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan
peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti
baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa
peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.

Secara etimologi istilah moral berasal daripada bahasa Latin mos, moris
(adat, istiadat, kebiasaan, cara, tingkahlaku, kelakuan) mores (adat
istiadat, kelakuan, tabiat, watak, akhlak). Banyak ahli menyumbangkan
pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalah hal yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan-
tindakan yang baik sebagai “kewajiban” atau “norma”

Helden (1977) dan Richards (1971)
Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa
kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah,
apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.

Contohnya Siva menjumpai sebuah beg yang mengandungi sebuah
komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelajar kolej
sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk
memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang
bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk
diambil tindakan yang selanjutnya.

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada
peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting
diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada
orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia
itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan
moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi
peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan
menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau
cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah
moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab
moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk
menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika
guaman dan sebagainya .

Contoh 1
Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam
bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang
didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang
mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik
pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu
mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru
kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika
seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar
daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

1.1.3 Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak
dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan
kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan
dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum
akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong
seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala
laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap
tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan
itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak
membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan
berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu,
berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan
dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi
miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap
peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak
disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:
i. memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii. punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii. memelihara keselamatan dan kesejahteraan Negara
iv. memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v. dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun,
seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan
kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah
tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral
memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis
manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat
setempat.

1.2 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar
dan patut.

Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar
dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan
bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan
ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam kontek satu
pendekatan yang berbeza.

1.2.1 Konsep Baik
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila
menggunakannya. Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu
terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
Makna baik:

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi
penggunaan
Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu,
kecekapan dan sebagainya
Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan
memberi sokongan atau persetujuan
Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya

1.2.2 Konsep Benar
Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai,
mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau
diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi:
kebenaran mutlak – kepadaTuhan
kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh
dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis
secara saintifik.
kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar wujud
secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang
larang dan peraturan adat.

1.2.3 Konsep Patut
Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’ dan mempunyai
unsur bertindak secara waras dan bijaksana

Fikirkan
“Banyak perkara yang baik serta benar tidak patut diamalkan di
kalangan masyarakat kini”

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

1.3 Pernyataan Normatif dan pernyataan Deskriptif

1.3.1 Pernyataan Normatif

Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Pernyataan Normatif Moral

Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan
pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan
diterima atau ditolak. Contoh-contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita
menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab,
hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau
perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil pertimbangan nilai obligasi
(deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira. Contoh-contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.

Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi
seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic.
Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.
(b) Dia mempunyai motif yang benar.

Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi
atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut
seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya:
(a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri

dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya.
(b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu,

bermurah hatilah.

Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam
bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak
patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:
Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

ii. Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di
dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik,
dan sosial.
Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai
untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-
contohnya:
(a) Ini sebuah buku yang baik.
(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.

Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal
estetika dan agama ialah:
(a) Saya suka membeli beg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah satu dosa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

1.3.2 Pernyataan Deskriptif

Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada
sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral.
Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau deskriptif.
Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.
Contoh-contohnya:
(a) Dia sentiasa tidur awal.
(b) Kereta itu berwarna biru.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 2 : PERATURAN MORAL, ADAT, AGAMA DAN
UNDANG-UNDANG

PENDAHULUAN
Ttingkah laku yang bermoral berpandukan peraturan, adat, agama dan undang-undang
perlu untuk penerapan nilai-nilai positif dalam pembentukan keperibadian sesorang
insan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenalpasti peraturan moral dan prinsip peraturan moral.
2. Menjelaskan peraturan adat, definisi adat dan ciri-ciri peraturan agama.
3. Menghurai peraturan agama berkaitan kitab rujukan agama dan ciri-ciri

peraturan agama.
4. Menjelaskan peraturan undang-undang, definisi undang-undang dan ciri-ciri

peraturan undang-undang.

2.1 Peraturan Moral

Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul atau salah berkaitan dengan
tabiat serta tingkah laku manusia. Peraturan moral juga selari dengan undang-
undang yang sistematik bagi mencapai matlamat terbaik dan unggul kepada
masyarakat.

Peraturan moral bersifat autonomi dan bersifat rasional. Manusia memnag
berminat untuk memikirkan tingkah laku sendiri dan orang lain serta membuat
perbandingan terhadap tingkah laku tersebut. Prinsip-prinsip yang digunakan
untuk menilai tingkah laku tersebut akan berubah mengikut kerasionalan
manusia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Antara ciri peraturan moral ialah berbeza mengikut budaya, berubah-ubah,
ciptaan manusia, tiada pengasas, hak masyarakat dan bukan bersifat individu,
serta tidak boleh dikenakan hukuman melainkan ianya bercanggah dengan
undang-undang. Selain itu, tahap kepatuhan dan penghayatan peraturan moral
adalah berbeza-beza mengikut tahap umur, jantina, persepsi, keinginan dan
matlamat seseorang.

2.1.1 Prinsip Peraturan Moral

Terdapat tiga prinsip peraturan moral yang mempengaruhi tingkah laku
seseorang iaitu prinisp autonomi, prinsip keadilan dan prinsip altruism.

a) Prinsip Autonomi

Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan
dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau
sebaliknya. Konsep ini bermaksud membenarkan seseorang
individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau
memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang
daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah
berdasarkan kepada dua asas utama iaitu kemahuan atau
paksaan. Dengan perkatan lain, apakah jenis kemahuan yang
ingin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu ditinggalkan.

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan
sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara itu
disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada
autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu berkenaan
tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil.
Individu itu sebenarnya tidak melaksanakan tanggungjawab moral
tetapi hanya mematuhi perintah daripada pihak berkuasa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi
perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan
kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan tersebut
boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain ataupun
melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan diri sendiri semata-
mata, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep
autonomi tersebut.

Contoh 1: Alex memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa
merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan
kerana dia takut dimarah ibubapa atau guru tetapi kerana
kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh
sesiapapun.

Contoh 2: Jane memilih tidak membakar sampah-sarap atau
membuang sampah-sarap dengan merata-rata dan sesuka hati.
Hal ini kerana dia menyedari bahawa perbuatan ini akan
menyebabkan bumi kita “sakit”. Dia mempunyai ilmu pengetahuan
tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna tetapi bukan
disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak
berkuasa.

Contoh 3: John memilih belajar dengan bersungguh-sungguh di
samping membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu dan
menghantar pada masa tetapnya. Selain itu, dia juga membuat
ulangkaji setiap malam selepas habis makan malam. John berbuat
demikian bukan disebabkan dia takut didenda atau dimarahi oleh
guru atau ibu bapanya akan tetapi dia sedar bahawa sebagai
seorang murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba
mendapat keputusan yang baik. Maka dia selalu membuat kerja
rumah dan membuat ulangkaji tanpa disuruh oleh orang lain.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Oleh yang demikian, guru dan ibu bapa perlu melatih, mendidik
dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak dengan
kesedaran diri, niat yang ikhlas dan tekad yang betul serta bukan
hanya untuk memenuhi peraturan moral semata-mata.

b) Prinsip Keadilan

Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin iaitu
justus yang bermaksud undang-undang atau kebenaran. Menurut
Kamus Dewan keadilan bererti sifat seseorang, perbuatan,
tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman yang wajar dan
berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana pihak apabila
memutuskan sesuatu keputusan. Oleh itu, konsep keadilan
melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap
diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain,
serta melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa
mengira siapa orang itu. Dalam erti kata lain, perbuatan dan
tindakan ketidakadilan (injustice) tidak membawa apa-apa manfaat
kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan
ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan
akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan
ketidakadilan ini.

Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau
keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam
pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama
Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai
meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai
dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau
keseimbangan yang sepatutnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian
moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau
pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh
seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa
berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara
langsung akan membawa individu tersebut untuk mengawal
dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak
haloba, kemarahan dan sebagainya.

Contoh 1 : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X
membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak
ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan
terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak
kerja . Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru
besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru
tersebut.

Contoh 2: Cikgu Fairy adalah guru Bahasa Melayu kelas 1A.
Cikgu Fairy melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di kelas, Cikgu Fairy akan memberi
peluang kepada semua murid untuk memberikan pendapat dan
menjawab soalan yang diberikan olehnya. Beliau tidak memilih
kasih dengan hanya memanggil anak murid yang pandai sahaja
untuk menjawab dan memberi pendapat di dalam kelas. Cikgu
Fairy telah menunjukkan bahawa beliau telah mengamalkan
prinsip keadilan sewaktu mengajar di dalam kelas.

Contoh 3: Amanda adalah ibu kepada dua orang anaknya.
Amanda sentiasa memberi hadiah atau barang yang terbaik untuk
anak bongsunya dan sentiasa memarahi anak sulungnya yang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

satu lagi. Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih pandai
daripada anak sulungnya. Dia sentiasa mengatakan anak
sulungnya tidak berguna dan sentiasa memburukkan nama anak
sulungnya dan memuji anak bongsunya di depan jiran-jirannya.
Dia tidak prihatin terhadap anak sulungnya dan meletakkan kasih
sayangnya ke atas anak bongsunya. Ibu Amanda ini telah
melanggari prinsip keadilan dan ini akan mendatangkan akibat
yang buruk dalam jangka masa yang panjang terhadap
perkembangan anak sulungnya itu.

c) Prinsip Altruisme

Prinsip altruisme juga merupakan prinsip etika yang penting
sebagai rujukan semasa melakukan sesuatu tindakan moral.
Nagel, T. (I970) dalam bukunya The Possibility Of Altruism
menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau
perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan
prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, altruis (altruist) merujuk
kepada individu yang pemurah, atau dermawan. Nagel, T. juga
berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri
sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, iaitu
berkebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang lain,
bersifat terbuka dan percaya akan orang lain, serta bertoleransi
dan boleh menerima kekurangan orang lain.

Frankena, W.K. (I973) melaporkan pandangan Butler tentang
altruisme bahawa kadang-kadang seseorang individu menuntut
kepuasan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Bagi
altruis, mereka masih menganggap bahawa ada sesuatu altruism
dalam sifat manusia, iaitu manusia hanya hendak melakukan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

sesuatu yang baik untuk orang lain walaupun terpaksa
mengorbankan kesenangan dan kelesesaan diri sendiri.

Pengaplikasian prinsip ini akan menimbulkan perasaan simpati,
empati, belas kasih, berperikemanusiaan dan mengambil berat
terhadap kebajikan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Kepedulian
ini mampu menghilangkan sifat individualistik, rasa ego, buruk
sangka, kebencian dan tamak dari dalam diri seseorang yang
bermoral.

Contoh 1 : Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu
padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang
ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok
dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan
yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim
yang kehilangan ibubapa.

Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM 1
juta kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk
membantu mangsa penindasan etnik Uighur di China. Wang
tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan
meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah
memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan
menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak
diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau
mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu
mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.Khatijah,
semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa
menjadi contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni
dan kemanusiaan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Contoh 3 : Siva menaiki bas menuju ke Pasaraya Soga dan
mendapat tempat duduk. Dalam perjalanan yang sama seorang
makcik tua bertongkat telah menaiki bas dan semua tempat duduk
telah penuh menyebabkannya terpaksa berdiri. Penumpang lain
ketika itu ada yang bermain telefon, tidur dan berbual-bual. Siva
kasihan melihat makcik tua itu berdiri lantas memberikan tempat
duduknya kepada makcik tersebut walaupun dia sendiri terpaksa
berdiri. Kelakuan yang dipilih oleh Siva adalah kerana rasa
simpatinya dia kepada makcik tua yang sudah uzur dan sanggup
mengorbankan kesenangan diri demi kebahagian orang lain.

2.2 Peraturan Adat

Adat berasal dari perkataan arab yang bermaksud peraturan atau kebiasaan
yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat.
Menurut R. Van Djik adat adalah semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua
lapangan hidup dan peraturan tingkah laku. Manakala Syed Alwi pula
menjelaskan adat sebagai peraturan hidup yang diwarisi daripada nenek moyang
dan diperturunkan kepada generasi yang berikutnya dengan jalan ditunjuk,
diajar, ditegur dan disapa serta ianya diwarisi dengan cara tidak bertulis.

Peraturan adat meliputi aspek kepercayaan, cara hidup, ajaran, teguran dan
pantang larang serta budaya. Adat sangat berbeza cirinya dengan agama kerana
ianya wujud secara tidak bertulis dan tidak diketahui siapa pengasasnya secara
individu. Ini kerana adat dipengaruhi oleh kepercayaan lama, moral semasa
(ketika itu) dan sejagat. Oleh kerana ianya diwarisi dan tidak diajarkan secara
formal maka adat terdedah kepada penghakisan, akan diketepikan dan
ditinggalkan mengikut peredaran zaman.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 17

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Adat juga berbeza antara kaum dan kadangkala saling bertentangan. Adat juga
bersifat setempat tidak seperti moral yang lebih universal. Namun terdapat
sebahagian adat yang bersifat memelihara kesopanan dan kesusilaan dimana
ianya selari dengan matlamat peraturan moral. Malah, terkadang peraturan
moral juga perlu merujuk adat dalam konteks setempat kerana orang yang
melanggar peraturan adat turut dikategori sebagai orang yang tidak bermoral.

Diantara ciri-ciri adat adalah seperti;
o dicipta oleh manusia secara kolektif
o tiada pengasas
o cara hidup yang mementingkan ketenangan emosi
o disampaikan secara lisan (tidak bertulis)
o diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya

2.3 Peraturan Agama

Peraturan agama adalah berdasarkan rukun dan prinsip yang terdapat dalam
sesebuah agama. Peraturan ini termaktub dalam kitab-kitab suci agama dan
kepercayaan masing-masing. Antara kitab-kitab agama tersebut adalah seperti;

KITAB AGAMA
Al-Quran Islam
Kristian
Bible Hindu
Bhagawadgita
Buddha
Tripitaka Sikh
Guru Grant Sahib
Wu Jing & Si Shin Konfucius

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 18

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Kebanyakan peraturan agama lebih lengkap berbanding dengan peraturan moral
dan etika kerana ianya meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan. Peraturan
agama telah menetapkan perkara-perkara yang patut dilakukan oleh setiap
penganutnya dan juga meletakkan batasan-batasan yang perlu dijaga dan
dijauhi.

Peraturan agama juga menjelaskan tentang konsep ganjaran dan hukuman
kepada penganutnya atas tiap-tiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Oleh
yang demikian, peraturan agama sangat tegas dalam membentuk manusia agar
patuh kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam sesebuah agama itu.
Matlamat peraturan agama itu bukan sekadar untuk menjaga keharmonian
hubungan sesama manusia bahkan lebih penting dari itu untuk memikul amanah
yang telah diberikan oleh Tuhan.

Terdapat beberapa ciri dalam peraturan agama antaranya; dalam
o bersifat mutlak
o bersifat tetap dan tidak boleh berubah
o termaktub dalam kitab suci
o mempunyai disiplin yang ketat dan tiada pengecualian

melaksanakannya
o tidak boleh dimanipulasi mengikut perubahan masa dan keadaan
o mempunyai kekuatan moral
o mempunyai kesedaran tinggi untuk dipatuhi

Mematuhi peraturan agama adalah menjadi satu kewajipan kerana ianya
diturunkan oleh Tuhan sebagai panduan dan bukannya ciptaan manusia (kecuali
agama/ajaran sesat). Peraturan agama melibatkan hubungan manusia dengan
manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan. Dalam agama juga
terdapat nabi atau pembimbing yang ditugaskan untuk membawa umat agar
patuh kepada segala ajaran agama dan kepercayaan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 19

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

2.4 Peraturan Undang-Undang

Menurut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat dapat
membentuk tingkah laku dan watak seseorang hasil dari kepatuhan individu
kepada pihak berautoriti yang sah. Manakala Austrinm menyifatkan peraturan
undang-undang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pemerintah kepada
rakyat dan sekiranya tidak dipatuhi dan ditaati pihak pemerintah boleh
menggunakan kekerasan bagi memaksa rakyat menuruti peraturan dan undang-
undang tersebut.

Semua peraturan undang-undang adalah bertulis secara rasmi. Walaupun
semua orang tidak berpeluang mengetahuinya secara terperinci,namun mereka
tidak boleh mengelak dan terlepas dari dikenakan tindakan dan hukuman apabila
undang-undang tersebut tidak dipatuhi. Sifat peraturan undang-undang itu tegas
dan jelas matlamatnya namun penghayatan dalam mematuhinya boleh
dipertikaikan berbeza dengan peraturan moral dan agama. Ini kerana tahap
kepatuhannya bergantung kepada sekerap mana dan sesempurna mana
penguatkuasaan dijalankan oleh pihak yang berautoriti. Justeru ramai yang
melanggar undang-undang apabila merasakan tiada penguatkuasaan dijalankan.
Namun begitu, pelanggaran undang-undang tetap dianggap tidak bermoral
kerana terbinanya peraturan moral itu sendiri atas dasar undang-undang.

Terdapat beberapa ciri peraturan undang-undang antaranya undang-undang itu
bersifat ciptaan manusia,perlu mendapat kelulusan sebelum disahkan dan ianya
mesti dikuatkuasakan oleh pihak berautoriti bagi mencapai matlamatnya. Ia
merupakan alat kawalan social dan bahan rujukan bagi sesuatu kesalahan serta
wajib dipatuhi oleh setiap individu. Setiap kesalahan pula sekiranya dilanggar
akan dikenakan hukuman misalnya denda, saman, sebatan, penjara dan
sebagaiya seperti termaktub dalam perundangan. Kejahilan terhadap sesuatu
peraturan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan untuk membela diri

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 20

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

daripada pertuduhan dan dakwaan. Pelaksanaan undang-undang juga bersifat
tegas, adil dan tidak memilih kasih.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 21

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 3 : INSAN MORAL

PENDAHULUAN
Dalam konsep moral, seseorang individu dianggap bermoral apabila mereka
mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu moral dari segi pemikiran, emosi dan
perlakuan. Oleh itu, domain moral atau etika memberi tumpuan kepada nilai normatif
yang dianggap baik, benar, betul dan patut seperti yang diwajarkan dalam perwatakan
seseorang individu serta hubungan antara individu. (Badriyatul Kamar, 2017)

Bab ini akan membincangkan dimensi moral yang meliputi penaakulan moral, emosi
moral dan tingkah laku moral. Selain itu, bab ini juga menyentuh tentang sifat-sifat yang
perlu dimiliki oleh insan bermoral iaitu autonomi, keadilan dan altruisme. Beberapa
model insan bermoral dalam negara ini turut dibincangkan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan dimensi moral merangkumi penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.
2. Menerangkan maksud insan bermoral.
3. Menghubungkait ciri-ciri insan yang bermoral dengan tokoh-tokoh moral di Malaysia.

3.1 Dimensi Etika

Konsep etika moral dapat difahami berdasarkan dimensi moral. Konsep etika ini
terbahagi kepada tiga dimensi iaitu pemikiran (pentaakulan moral) dan emosi
(perasaan moral) untuk menghasilkan tindakan (perlakuan moral) yang
sewajarnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 22

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

3.1.1 Pentaakulan Moral

Penaakulan moral melibatkan pertimbangan dan pemikiran secara
rasional dan bebas (berautonomi). Penaakulan moral ialah kebolehan
untuk membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang dan
bebas dalam situasi moral tanpa dipengaruhi oleh paksaan atau ketaatan
membuta tuli. Penaakulan moral tanpa perlakuan yang wajar pula hanya
seperti “cakap tidak serupa bikin” atau “berilmu tetapi tidak diamalkan”.
Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan alasan yang
munasabah. Individu yang melakukan sesuatu kerana kebiasaan, takut
atau mengikut keadaan tanpa berfikir tidak dikira sebagai insan yang
mempunyai kematangan moral atau dikatakan tidak melakukan sesuatu
secara bermoral.

Contoh penaakulan moral yang mana keputusan dibuat secara rasional
berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran adalah
seperti berikut:

i. Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap
sepasang suami isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah
walaupun pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak kecil
yang masih memerlukan perhatian. Keputusan yang dibuat oleh
hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi
oleh emosi dan persekitaran.

ii. Seorang murid melakukan perbuatan meniru dalam peperiksaan
akhir tahun buat pertama kali. Hal yang demikian kerana bapanya
yang garang telah mengugutnya supaya mendapat tempat pertama
dalam peperiksaan tersebut. Sekiranya dia tidak mendapat tempat
pertama, maka dia tidak dibenarkan untuk pergi ke Australia bagi
menghadiri Majlis konvokesyen kakaknya. Walaupun sahsiah murid

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 23

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

ini cukup menyenangkan guru kelasnya, namun sebagai guru yang
tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut
peraturan sekolah.

3.1.2 Emosi moral

Emosi moral merupakan kehalusan perasaan individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah
hati. Semua kecenderungan dan perasaan ini akan mewujudkan
perlakuan yang bermoral. Semua kecenderungan ini adalah penting untuk
mengawal perlakuan seseorang, dan menghalang individu daripada
melakukan sesuatu yang bersifat anti sosial. Contohnya, perasaan empati
dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu
orang miskin atau cacat tanpa mengambil kira kepentingan diri. Antara
contoh yang menunjukkan perasaan moral adalah seperti berikut:

i. Laila berasa sedih dan simpati terhadap mangsa-mangsa
peperangan di Syria.

ii. Qistina berasa gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-
rakannya dalam peperiksaan SPM.

3.1.3 Perlakuan moral

Perlakuan moral merupakan tingkah laku dan tindakan individu terhadap
sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab
mengikut kemampuannya sendiri. Tindakan yang ditunjukkan adalah
hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang ada pada diri
individu. Individu yang tidak melakukan sesuatu yang difikirkan sebagai
patut, wajar dan bermoral dianggap sebagai individu yang lemah dari segi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 24

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

moral. Fenomena ini selalu berlaku kepada individu yang berpendidikan
dan tahu berfikir tetapi tetap melakukan yang salah atau tidak bermoral.
Contoh perlakuan moral adalah seperti berikut:

i. Seorang murid Tahun Lima memulangkan dompet yang dijmpainya
di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas.

ii. Maya telah memimpin orang tua yang buta menyeberangi jalan
pada pagi tadi.

iii. Fakri tidak terjebak dalam rasuah walaupun terdapat pekerja-
pekerja lain dalam unitnya melakukan perkara tersebut kerana dia
sedar bahawa rasuah akan merosakkan pekerjaan dan ditegah
oleh agama.

iv. Sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak angkat cacat
yang tiada tangan dan kaki, Wani sanggup mendukung anaknya
pergi dan balik dari sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun Enam.

3.2 Insan Bermoral

Menurut Aroff, (1986) insan yang bermoral merupakan seorang individu
yang hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang
diterima secara sejagat. Sifat moral seseorang individu biasanya dapat
dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan
kejiwaannya. Namun kadangkala seseorang bertindak kerana terpaksa.
Oleh itu, insan bermoral bukan sahaja seorang individu yang mempunyai
tingkah laku yang baik, bahkan tidak akan melakukan perbuatan tidak
bermoral.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 25

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

3.2.1 Ciri-ciri Insan Bermoral

Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan ciri-ciri insan bermoral.
Pemikir-pemikir terdahulu telah mengemukakan tiga prinsip asas sebagai
panduan untuk menentukan seseorang individu tersebut adalah insan
bermoral iaitu:

i. Prinsip Keadilan

Prinsip keadilan merupakan tindakan yang saksama dan
menghormati orang lain apabila membuat sesuatu keputusan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, keadilan bererti sifat
(iaitu perbuatan, tindakan dan lain-lain) yang adil. Konsep keadilan
melibatkan sesuatu perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri
sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain serta
melayan semua dengan cara yang saksama tanpa mengira latar
belakang orang itu.

Keadilan merupakan satu piawaian yang penting dalam penilaian
moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau
penaakulan moral. Konsep keadilan ini membolehkan seseorang
individu menggunakan kuasanya dengan saksama, tidak ada
perasaan pilih kasih dan sentiasa berfikiran secara rasional dalam
apa jua keadaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan
membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada
unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, marah dan
sebagainya.

Antara contoh yang menunjukkan bahawa sama rata tidak
menunjukkan keadilan untuk sesuatu situasi ialah, seseorang
individu yang bekerja lebih masa masih mendapat bayaran yang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 26

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

sama dengan pekerja yang tidak bekerja lebih masa. Bayaran
setimpal merupakan suatu keadilan bagi seseorang yang bekerja.

ii. Prinsip Altruisme:

Prinsip altruisme merujuk kepada sebarang tingkah laku atau
pertimbangan moral yang melibatkan orang lain. Pertimbangan
tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika
pertimbangan tersebut berdasarkan belas kasihan, simpati dan
mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan prinsip
altruisme bermaksud individu akan menjauhi kejahatan dan sikap
mementingkan diri sendiri, yang mana mereka menuntut kepuasan
bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk orang lain. Mereka juga
lebih dikenali sebagai orang yang pemurah dan dermawan. Sifat
perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan sikap
mementingkan diri sendiri, kebencian dan tamak yang ada dalam
diri individu.

iii. Prinsip Autonomi:

Prinsip autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam
memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya
secara bebas tanpa dipengaruhi oleh unsur luaran. Pertimbangan
dan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu akibat
paksaan daripada pihak luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral. Hal ini kerana individu tersebut tidak berupaya bertingkah
laku secara rasional dan adil. Individu seperti ini tidak mematuhi
tanggungjawab moral tetapi hanya mematuhi perintah daripada

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 27

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

kuasa luar. Contohnya, seorang guru disiplin mengenakan
peraturan kepada murid-murid atas arahan pihak atasan.

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi
perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan
kebajikan orang lain. Sekiranya tindakan seseorang memudaratkan
orang lain atau melakukan sesuatu yang menyalahgunakan konsep
autonomi tersebut.

Secara kesimpulanya, jika seseorang individu tersebut memenuhi
ketiga-tiga prinsip ini maka bolehlah kita katakan individu tersebut
sebagai insan yang bermoral. Sifat-sifat insan bermoral ini
termasuklah berhemah tinggi, jujur, menghormati autoriti, berbudi
pekerti, berdisiplin, mesra dan ramah, pemaaf dan berkepimpinan.

3.2.2 Tokoh-tokoh Moral di Malaysia

a. Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang ke-lima pada31 Oktober 2003 – 3 April
2009. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November
1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah
menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam
dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau
kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian
Islam pada tahun 1964.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 28

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor
perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa
eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas
rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya
dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua
Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.
Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Tun Abdullah
mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli
Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya
mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah
adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah
telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun
1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut
pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,Tun
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 -
2003.
Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam
beberapa kementerian. Tun
Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian
Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian
Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri
Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik
sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi
Perdana Menteri. Selain itu, Tun Abdullah juga adalah Menteri
Pertahanan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 29

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham
Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40
tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat
penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2
orang anak dan 5 orang cucu. Tun Abdullah kemudiannya
berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007.
Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah digelar sebagai Bapa
Pembangunan Modal Insan sepanjang pemerintahan beliau. Beliau
merupakan pelopor dan pengasas kepada satu konsep baharu
dalam pembangunan negara berasaskan kepada kekuatan
pembangunan modal insan. Tun Abdullah Ahmad Badawi
berpendapat pembangunan modal insan merupakan ciri yang
penting kerana ia akan menyempurnakan proses pembangunan
fizikal negara.

Islam Hadhari adalah gagasan idea, pemikiran dan pelaksanaan
yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi di
Perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2004 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Konsep ini memberi lebih
penekanan kepada aspek pembangunan yang selari kepada
pembinaan ketamadunan peradaban iaitu peradaban yang dibina
melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha untuk
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan
fizikal.

Sepuluh ciri Islam Hadhari telah diperkenalkan bagi memastikan
pencapaian pelaksanaan pendekatan tersebut iaitu:
i. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 30

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

ii. Kerajaan adil dan beramanah.
iii. Rakyat berjiwa merdeka.
iv. Penguasaan ilmu pengetahuan.
v. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
vi. Kehidupan berkualiti.
vii. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
viii. Keutuhan budaya dan moral.
ix. Pemuliharaan alam semula jadi.
x. Kekuatan pertahanan.

Beliau menerapkan nilai-nilai modal insan di dalam setiap visi dan
misi negara sepanjang tempoh pemerintahan beliau. Dalam
memastikan pembangunan modal insan mencapai tahap yang
diinginkan, Tun Abdullah telah menjalankan pelbagai program
pendidikan dan latihan bagi memupuk masyarakat dengan
pemikiran minda kelas pertama. Selari dengan hasrat kerajaan
untuk mencapai Wawasan 2020, keupayaan modal insan
diharapkan dapat menyeimbangkan antara arus pemodenan dan
nilai etika dalam masyarakat tempatan. Mengambil pendekatan ini
di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Tun Abdullah
dilihat sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan
bersemangat waja. Sebagai seorang pemimpin yang mengikuti
nilai-nilai keagamaan, konsep modal insan dibawa seiring dengan
konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu ‘Keutuhan Budaya dan
Moral’.

b. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28
Mac 1937 di Perak dan merupakan Sejarawan Malaysia yang
terkenal dan salah seorang yang terlibat dalam penulisan Rukun

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 31

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Negara Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah B.A (Hons) dalam
bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura pada tahun
1960. Beliau seterusnya menamatkan pengajian dalam bidang
yang sama di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1964. Minat yang
mendalam dalam bidang sejarah membuatkan beliau meneruskan
pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di universiti yang
sama dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1974. Beliau
juga melakar sejarah yang tersendiri apabila merupakan rakyat
Malaysia pertama yang mendapatkan PhD dari Fakulti Sastera,
Universiti Malaya.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim berpengalaman
selama lebih 50 tahun dalam bidang Sejarah Malaysia. Beliau
memulakan kerjaya akademik di UM pada tahun 1964 sebagai
Tutor dan seterusnya dilantik ke jawatan Profesor serta
penyandang Kursi Sejarah Malaysia bermula tahun 1974 sehingga
1992. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik sebagai Dekan,
Fakulti Sastera & Sains Sosial untuk tempoh dua tahun bermula
pada tahun 1984. Beliau juga adalah pensyarah pertama di luar
Pengajian Melayu yang memberi pengajaran dalam Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu). Sepanjang bergelar sebagai ahli
akademik dan tokoh sejarah, beliau giat menjalankan penyelidikan
berkaitan sejarah terutamanya di Malaysia dan telah mendapat
beberapa geran penyelidikan daripada agensi kerajaan dan
antarabangsa. Antaranya adalah dari Toyota (Jepun,1988),
Sumitomo (Jepun,1993) dan British Council (United Kingdom,
2000).

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 32

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang
seperti:

i. Penulisan

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan
sebanyak 87 buah rencana akademik yang diterbitkan oleh
jurnal-jurnal ilmiah berimpak tinggi di dalam dan luar negara
seperti Segi Sejarah, Malaysia in History, Jurnal Sejarah,
Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
(JEBAT) dan sebagainya.

Tema penulisan beliau meliputi pelbagai aspek sejarah
Malaysia serta berdasarkan penyelidikan yang dijalankan
dari semasa ke semasa. Pandangan beliau adalah bersifat
‘Malaysian Centric’ iaitu menekankan pandangan tempatan
sebagai interpretasi sejarah negara. Dari sudut karya
penulisan, beliau banyak menghasilkan dan menyunting
buku-buku ilmiah untuk rujukan seperti Transformasi &
Demokrasi (1971); The Western Malay States:The Effects of
Commercial Development on Malay Politics (1972) dan
pelbagai tajuk yang lain.

ii. Akademik
Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan dalam dan luar
negara termasuklah dilantik sebagai Pemeriksa Luar di
negara Australia, Singapura, Hong Kong dan Brunei
Darussalam. Beliau juga pernah memegang jawatan
sebagai Ahli Jawatankuasa Perancang Akademi Pengajian
Melayu, UM dan Ahli, Review Committee, History
Department, University of Auckland, New Zealand.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 33

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Kepakaran beliau dalam bidang sejarah turut terserlah
apabila beliau menjadi pakar rujuk untuk menentukan hala
tuju dan polisi dalam bidang sejarah seperti Institute of
Strategic & International Studies (ISIS), Persatuan Sejarah
Malaysia dan lain-lain. Kemuncak kepada ketokohan beliau
sebagai tokoh pendidik adalah dengan penganugerahan
gelaran Profesor Emeritus dari Universiti Malaya (UM) pada
tahun 2001.

iii. Pengulas sukan
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim juga terkenal
sebagai pengulas sukan terutamanya dalam bidang bola
sepak negara. Beliau telah mengambil kursus sebagai
jurulatih sukan bertauliah pada tahun 1962 dan diiktiraf
sebagai jurulatih Malaysian Amateur Athletics Union
(MAAU). Beliau juga pernah dilantik sebagai penjaga masa
semasa penganjuran Southeast Asia Games, Kuala Lumpur
pada tahun 1965. Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai
Pengarah Pusat Sukan di UM yang pertama dan
bertanggungjawab menubuhkan Pusat Sukan serta
penawaran program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan buat
kali pertama di Malaysia.

Konsep insan bermoral secara keseluruhannya akan lengkap jika individu tersebut:

i. Membuat keputusan setelah mempertimbangkan sesuatu perkara secara
rasional.

ii. Matang dari segi moral dengan mengaitkan perasaan moral seperti suara
batin, belas kasihan dan perasaan simpati.

iii. Bertindak dengan penuh tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
dengan mengikut kemampuannya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 34

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 4. : NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF AGAMA

PENDAHULUAN
Nilai merupakan standard dan prinsip dalam menyukat atau menilai atau
mempertimbangkan nilai atau harga sesuatu benda atau perkara. Nilai merupakan kriteria
bagi mempertimbangkan sesuatu samada manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi.
Menilai sesuatu samada baik, buruk berfaedah atau sebaliknya dibuat oelh akal manusia
mengikut piawaian mereka. Jadi panduan piawaian ini membantu untuk membuat
sesuatu ukuran penilaian.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan konsep, fungsi dan jenis-jenis nilai.
2. Menjelaskan nilai murni dari perspektif agama di Malaysia iaitu Islam, Kristian,
Buddha, Hindu fan Animisme

4.1 Konsep Asas Nilai

4.1.1 Konsep Nilai

Nilai mempunyai beberapa makna menurut konteksnya tersendiri. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) nilai termasuk taksiran harga, harga sesuatu
dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat
ketinggian merangkumi pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya.

Namun nilai yang dibincangkan disini tidak fokus kepada nilai harga, darjat,
kualiti dan mutu tetapi merujuk kepada suatu elemen yang berkaitan dengan
moral dan tingkah laku. Nilai dalam perbincangan moral merujuk kepada nilai

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 35

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

yang ditonjolkan melalui lisan atau perlakuan samada dari individu atau sesuatu
kumpulan. Nilai memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Seseorang
yang menghayati sesuatu nilai akan turut mempengaruhi tingkahlakunya.
Contohnya, Seseorang yang mempunyai nilai kejujuran akan mempamerkan nilai
kejujurannya melalui percakapan dan perbuatannya. Bahkan turut
mempertahankan nilai kejujuran yang dipegangnya dan mengkritik pihak yang
mengamalkan nilai yang bertentangan iaitu ketidakjujuran dan pengkhianatan.
Contoh lain, Wong sangat menghayati nilai menepati waktu. Oleh itu, dia akan
memastikan semua kerjanya siap tepat pada waktunya, tidak suka bertangguh
dan bencikan orang yang tidak menepati janji atau waktu dan sebagainya.

Sesuatu nilai itu kadang-kadang berbeza di antara satu orang dengan yang lain
atau sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contohnya, Masyarakat
Malaysia amat memandang serius perlakuan berzina atau bersekedudukan
tetapi masyarakat barat menganggapnya sebagai suatu perkara biasa.

Nilai yang terbaik ialah nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Nilai-nilai ini
dianggap sempurna dan perlu diikuti oleh setiap individu. Nilai baik yang diajar
oleh agama disuruh dan dijanjikan balasan syurga. Manakala nilai jahat ditegah
melakukannya dan dijanjikan balasan seksaan dan neraka.

4.1.2 Fungsi Nilai

a. Nilai dijadikan sebagai pengukur yang membantu individu mengenalpasti
kedudukannya dalam sesuatu isu sosial dan moral. Nilai bukan sahaja
memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia
patut berkelakuan terhadap orang lain, malah menilai tingkahlaku sendiri
serta orang lain.

b. Nilai berfungsi sebagai dasar dalam menentukan apakah yang harus
dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Nilai menyediakan satu

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 36

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

piawai yang asas dan tekal supaya dapat membantu individu dalam
pemikiran dan perlakuannya. Contohnya, menurut peraturan sekolah,
pelajar dikehendaki beratur sebelum masuk ke kelas, ketika membeli
barang di kantin atau sebelum menaiki bas sekolah.

c. Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan, atau rujukan Ketika
menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini bermaksud,
walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin berkonflik,
keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik
yang dihadapi. Misalnya Othman ditawarkan untuk menyambung
pengajian di luar negara. Dalam masa yang sama dia tinggal bersama
bapanya yang sakit dan tiada penjaga. Dia perlu membuat keputusan
samada menerima tawaran menyambung pengajiannya di luar negara
atau tinggal menjaga bapanya yang sakit. Justeru nilai berperanan
sebagai rujukan untuk dia melakukan keputusan.

d. Nilai bukan hanya merangsang, malah menghadkan perlakuan
seseorang. Ini bermaksud, seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya
sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah
dengan nilai yang dihayati. Contohnya jika Paul menghayati nilai sayang
kepada nyawa, dia akan dirangsangkan menjaga dan menghargai nyawa
sendiri dan orang lain. Dia tidak akan menganiayai atau mengancam
nyawa sesiapa pun termasuk nyawanya sendiri.

e. Sebagai kriteria atau piawai yang kukuh bagi sesorang individu atau
masyarakat untuk bertindak dalam menentukan samada Tindakan mereka
betul atau salah, dan baik atau buruk.

f. Piawai untuk mengukur elemen ketamadunan dikekalkan dalam sesebuah
masyarakat. Walaupun zaman berubah tetapi nilai baik dan buruk dalam

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 37

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

sesuatu masyarakat masih kekal. Misalnya nilai hormat kepada orang
yang lebih tua tetap ditekankan dalam masyarakat.

4.1.3 JENIS-JENIS NILAI

Nilai Ekstrinsik (Instrumental) dan Nilai Intrinsik

Nilai Intrinsik ialah kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik
atau buruk tanpa terpengaruh kepada nilai lain (faktor luar).
Contoh : Ali belajar bersungguh sungguh kerana cintakan ilmu. Cintakan ilmu
merupakan Nilai Instrinsik.

Nilai Ektrinsik ialah kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai
sesuatu. Nilai ini bergantung dengan nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Contoh: Ali belajar bersungguh-sungguh kerana ingin mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Keputusan cemerlang adalah nilai ektrinsik iaitu
faktor luar yang memotivasikan Ali belajar bersungguh-sungguh.

Nilai Relatif dan Nilai Mutlak

Nilai relatif ialah nilai yang diterima atau ditolak bergantung kepada norma,
budaya atau peraturan masyarakat. Contohnya, di Malaysia sebuah keluarga
dibentuk melalui ikatan perkahwinan rasmi. Tetapi di barat sebuah keluarga
boleh dibentuk tanpa melalui perkahwinan rasmi.

Nilai Mutlak pula ialah nilai yang diterima atau ditolak dan tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Contohnya perbuatan
membunuh adalah satu tindakan tidak bermoral dan diperakui oleh semua orang.
Contohnya, amalan hidup tolong menolong merupakan amalan mulia. Dalam

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 38

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

mana-mana masyarakat pun budaya tolong menolong merupakan kebaikan
sejagat.

Nillai Subjektif dan Nilai Objektif

Nilai Subjektif ialah pandangan seseorang tentang sesuatu perkara berdasarkan
persetujuan atau penolakan sesuatu nilai atas sebab sesuatu peristiwa.
Pandangan ini terhasil daripada pemikiran dalaman seseorang individu.
Contohnya. Terdapat cadangan supaya membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah bagi tujuan pembelajaran . Namun terdapat pihak lain yang
tidak bersetuju kerana kesukaran mengawal cara penggunaanya di sekolah dan
dikhuatiri disalah guna oleh para pelajar.

Nilai Objektif ialah kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada
pilihan peribadi. Nilai ini diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang
dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Contohnya, buruh kanak-kanak
adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan. Semua orang bersetuju bahawa
kegiatan ini adalah satu kezaliman dan perlu dihapuskan.

4.2 Nilai Murni dari Perspektif Pelbagai Agama di Malaysia

Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan
berakhlak mulia. Nilai-nilai murni merangkumi aspek tingkah-laku yang baik,
peradaban dan tatasusila seseorang individu dalam hubungan sesama manusia,
alam sekitar, bertepatan dengan kehendak agama dan tuhan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 39

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

4.2.1 Nilai Murni Dari Perspektif Islam

Islam adalah sebuah agama yang diturunkan Allah S.W.T kepada seluruh
manusia bermula sejak Nabi Adam A.S hingga ke nabi yang terakhir iaitu Nabi
Muhammad S.A.W yang melengkapi seluruh ajaran Islam. Perkataan Islam
berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah
memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan
mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan
dan meninggalkan larangannya. Ini bermaksud Islam ialah yang lengkap lagi
sempurna dengan segala peraturan yang meliputi kehidupan manusia, baik
secara individu, keluarga, masyarakat dan kenegaraan dengan menghubungkan
manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin
kesejahteraan, keselamatan , kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat .

Nilai murni yang utama bagi penganut Islam ialah melaksanakan segala tuntutan
agama merangkumi aspek Akidah, Syariah dan akhlak. Akidah Tauhid
merupakan kepercayaan para penganut Islam bahawa hanya ada satu tuhan
yang mencipta, mentadbir dan menguasai alam ini. Sebarang perbuatan yang
dilakukan oleh penganut Islam yang menafikan keesaan tuhan dikira sebagai satu
kesalahan besar dan dikira kufur. Asasnya ajaran akidah Islam terkandung dalam
6 Rukun Iman.

Rukun Iman
i. Beriman kepada Allah S.W.T
Percaya bahawa Tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah S.W.T ini
adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa jua yang wujud di dunia ini.

ii. Beriman kepada Malaikat
Mempercayai adanya malaikat. Sejenis makhluk ghaib yang tidak dapat diliaht
dengan mata kasar. Malaikat sentiasa beribadah kepada Allah adalah untuk taat

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 40

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

dan melaksanakan perintah Allah dalam pelbagai aspek. Malaikat itu tidak
makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia
berasa penat dan letih.

iii. Beriman kepada Kitab
Orang Islam wajib percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada
para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Antara
kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T ialah :-
a. Taurat kepada Nabi Musa A.S.
b. Zabur kepada Nabi Daud A.S.
c. Injil kepada Nabi Isa A.S.
d. Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

iv. Beriman Kepada Rasul
Meyakini bahwa nabi dan rasul itu diutuskan oleh Allah S.W.T untuk
membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah. Nabi
ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan
dirinya dan umatnya sahaja. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih
untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain.

v. Beriman kepada Hari Kiamat
Orang Islam wajib percaya akan berakhirnya kehidupan dunia dan memasuki
kehidupan akhirat. Ianya bermula dengan kematian dan kehidupan di alam
barzakh (kubur), diikuti dengan berlakunya kiamat (kemusnahan alam) kemudian
dibangkitkan semula (seluruh manusia) dan dihimpunkan di Padang Mahsyar,
dihitung dan dihisab amalan dan selepas itu mereka akan menerima balasan
sama ada ke syurga atau neraka.

vi. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Penganut Islam wajib menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah dengan
hati yang redha. Qada ialah pelaksanaan Allah terhadap apa yang telah

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 41

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

ditetapkan, manakala Qadar bermaksud ketentuan dan ketetapan Allah sejak
azali. Beriman dengan qadha’ dan qadar bererti menerima segala ketentuan dan
ketetapan Allah dengan hati yang redha. Namun, beriman dengan qada dan
qadar, tidak menafikan usaha dan balasan di atas setiap perbuatan hamba.

Syariah pula merangkumi amalan atau praktikal dalam menzahirkan diri sebagai
penganut Islam. Hal ini merangkumi aspek ibadah, muamalat (perniagaan dan
urusniaga), munakahat (perkahwinan), jinayat(undang-undang jenayah).

i. Mengucap dua kalimah syahadah
Merupakan pengakuan seseorang itu tentang mentauhidkan Allah dan
pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. kalimah ini
sebagai batas iman dan kufurnya seseorang itu.

ii. Solat lima waktu
Solat merupakan perkara tepenting yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan
menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin. Ibadat solat merupakan
rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia adalah
tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Orang
Islam wajib melaksanakan solat lima waktu setiap hari iaitu solat :
a. Subuh
b. Zuhur
c. Asar
d. Maghrib
e. Isyak

iii. Berpuasa di bulan Ramadan
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah
syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-
perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga
terbenam matahari berserta niat". Puasa mengajar kita berbuat baik dengan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 42

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (perkara buruk yang
bertentangan dengan ajaran Agama Islam.

iv. Membayar Zakat
Perintah Allah S.W.T untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta yang
tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Mengajar sifat
pemurah dan suka membantu orang lain. Menjauhi sifat tamak, sombong dan
angkuh dan sifat yang tidak disukai oleh agama.

v. Menunaikan Haji
Orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, iaitu ibadah yang
dilaksanakan di Mekah pada bulan haji. Umat Islam perlu mengerjakan rukun ini
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mampu.

Akhlak pula segala perbuatan yang telah menjadi kebiasaan atau tabiat. Sesuatu
tingkah laku yang diamalkan dan diterima oleh agama disebut akhlak mulia seperti
amanah, jujur, bersangka baik, penyabar dan hormat menghormati. Sebaliknya pada
perbuatan buruk disebut sebagai akhlak yang buruk seperti hasad dengki, khianat,
pecah amanah, sombong dan mementingkan diri.

4.2.2 Nilai Murni Dari Perspektif Kristian

Kristian mementingkan penyembahan Tuhan. Menyembah hanya ada satu Tuhan
dan Tuhan yg disembah mengandungi tiga imej iaitu “God The Father”, “Holy
Spirit” dan “Holy Son”. Pengasas Kristian ialah Jesus Christ yang hidup pada
tahun 1 Masihi hingga ke tahun 27 masihi. Jesus Christ menerima wahyu
daripada Tuhan dan penganut Kristian percaya adalah anak Tuhan yang dihantar
ke dunia utk bersihkan dosa manusia.
Nilai murni dalam agama Kristian boleh dilihat melalui 4 tema utama ajaran
Kristian iaitu :-

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 43

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

i. Kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan, pencipta seluruh alam dan maha
pengasih, penyayang dan pengampun.

ii. Imej Christ ialah memuliakan Tuhan

iii. Rohaniah Tuhan ialah apabila Tuhan mempergunakan kuasa tertingginya dalam
dunia yang berdosa untuk menolong dan menyelamatkan orang yang berdosa

iv. Kehidupan abadi ialah individu itu akan mengenali Tuhan dan Jesus Christ yang
dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan alam dunia yang berdosa. Dengan
kata lain kehidupan abadi ialah persaudaraan yang rapat dengan Tuhan.

Ajaran Kristian menekankan 10 Rukun atau The Ten Comandments yang menjadi
teras kepada kehidupan penganut-penganutnya. Rukun ini merupakan perintah –
perintah dan larangan-larangan yang terkandung dalam kitab-kitab Perjanjian
Lama (The Old Testament) dan Perjanjian Baru ( The New Testament) yang
menjadi panduan dalam kehidupan harian seorang penganut Kristian yang baik.

Antara perintah dan larangan dalam 10 Rukun atau The Ten Comandments
tersebut ialah:-
i. Jangan ada Tuhan-Tuhan lain di hadapanku.
ii. Jangan membina apa-apa patung yang meyerupai apa-apa di atas

syurga,bumi atau air bawah bumi.
iii. Jangan menggunakan nama Yahweh Tuhanmu dengan sebarang tujuan

jahat.
iv. Ingatlah dan kuduskanlah Hari Sabbath
v. Hormatilah ayah dan ibumu.
vi. Jangan membunuh
vii. Jangan berzina
viii. Jangan mencuri
ix. Jangan membuat tuduhan palsu terhadap jiran-jiran

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 44

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

x. Jangan berhasrat memiliki harta benda jiranmu, jangan berhasrat memiliki
isteri atau orang gajimu, atau apa-apa yang dipunyai jiranmu.
Melalui buku ‘proverbs’, kita dapat mengesan beberapa nilai etika yang
amat berguna dalam membimbing ke arah kemoralan manusia. Antaranya
merangkumi nasihat-nasihat kepada orang muda, nasihat kebijaksanaan,
amaran-amaran, tiga puluh ucapan bijak dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa nilai etika yang terdapat dalam buku “Proverbs”:-
i. Patuh kepada ibu bapa
ii. Elakkan dosa
iii. Setia dan jujur
iv. Rasional
v. Elakkan zina
vi. Jangan malas
vii. Amanah
viii. Murah hati

4.2.3 Nilai Murni Dari Perspektif Buddha

Ajaran Buddha diperkenalkan oleh Siddharta Gautama iaitu seorang putera raja
yang hidup sekitar 563- 483 S.M. Siddarta Gautama mendapat gelaran Buddha
oleh pengikutnya, iaitu “Pemberi Cahaya” sempena nama pohon tempat
pertapaannya iaitu pohon Boddhi. Beliau juga digelar Buddha selepas beliau
mencapai “enlightenment’ iaitu mendapat ilham atau kesedaran yang mendalam.

Siddharta Gautama memperkenal ajaran dimana setiap individu perlu melatih diri
sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu
kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri, malah keadaan berhubung
dengan kejadian itu. Keinginan yang dikawal akan mengubah cara hidup yang
akan dipenuhi dukkha iaitu duka dan kesengsaraan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 45

ASAS PENGAJIAN MORAL

________________________________________________________________________________________________________

Ajaran Buddha ini terkandung di dalam kitab “Tripitaka”. Kebanyakan isi
kandungan kitab ini adalah fahaman dalam ajaran kitab-kitab agama Hindu dan
sesetengahnya mengikis dan menolak sebahagian daripada ajaran agama
Hindu yang tidak sesuai. Contoh, dalam bab “ Sutta Pitaka “ di dalam buku “
Tripitaka ” ajaran Buddha banyak mempunyai penjelasan empirikal, iaitu
berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas. Penganut agama Budddha amat
percaya akan ‘karma’ dan ‘ rebirth’ dan ia dikaitkan dengan perbuatan dan
tingkahlaku manusia. Ia menitik beratkan perbuatan baik dibalas dengan baik
dan perbuatan jahat dibalas keburukan.

Ajaran Buddha percaya untuk melahirkan masyarakat dan individu yang baik,
Buddha tidak bersetuju dengan cara hidup yang penuh dengan nafsu dan juga
cara hidup yang menyeksa diri. Beliau mencadangkan cara “Jalan Tengah”
dalam empat kebenaran mulia. Empat kebenaran mulia tersebut ialah :-
i. Kenyataan kesengsaraan
ii. bagaimana wujudnya kesengsaraan
iii. penamatan kesengsaaan (atau mencapai nirvana)
iv. menamatkan kesengsaraan (atau jalan lapan lapis mulia)

Ajaran Buddha menetapkan bagi mencapai Empat Kebenaran Mulia tersebut,
seorang perlu memahami dan melalui Jalan Lapan Lapis Mulia. Jalan Lapan
Lapis Mulia merangkumi lapan aspek berikut:
i. pemahaman yang benar (right understanding)
ii. pemikiran yang benar (right thought)
iii. percakapan yang benar (right speech)
iv. pergerakan badan yang benar ( right bodily action)
v. kehidupan yang benar (right livehood)
vi. usaha yang benar (right effort)
vii. pengambilberatan yang benar (right mindfulness)
viii. tumpuan perhatian yang benar (right concentration)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 46


Click to View FlipBook Version