ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Seseorang individu yang berjaya melalui Jalan Lapan Lapis mulia ini akan
mencapai mencapai moral Buddhisme muktamad yang idea iaitu mencapai
peringkat Nirvana. Pada peringkat ini individu tidak akan dilahirkan semula atau
mengalami kematian seperti benda-benda hidup yang biasa (termasuk manusia).
Ini bermakna individu ini tidak akan bersangkut paut lagi dengan dunia.
4.2.4 Nilai Murni Dari Perspektif Hindu
Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia yang dikatakan bermula di
Lembah Indus di negara India. Agama Hindu tidak diketahui siapa
pengasasnya dan kitab utama ajaran ini ialah kitab veda yang ditulis dalam
bahasa Sanskrit. Terdapat empat bahagian dalam kitab ini iaitu :-
i. Rig veda
ii. Yajur veda
iii. Atharva veda
iv. Ama veda
Selain dari kitab-kitab atau veda tersebut, falsafah agama Hindu juga boleh
dirujuk dengan Upanishad. Upanishad berpunca daripada kata-kata yang
bermaksud ‘duduk dekat dengan setia’. Penulisan dalam Upanishad adalah
berkaitan dengan khutbah atau perbualan antara guru dengan anak murid.
Penekanan utama dalam Upanishad ialah hubungan duniawi dengan batin
swadiri dan tumpuan setiap individu ialah mencapai kerohanian untuk bersatu
semula dengan pencipta.
Ajaran Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang maha esa dan
teragung. Di dalam veda, Tuhan teragung ialah Brahman. Menurut agama
Hindu, Tuhan iaitu Brahman ialah satu sahaja tetapi diwakili dalam berbagai-
bagai aspek dan dikenali dengan pelbagai nama. Berdasarkan keperluan
penganutnya, Brahman boleh menjelma dalam sebarang rupa mengikut
persepsi penganut. Penjelmaan Tuhan dalam pelbagai rupa ialah satu proses
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 47
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
berterusan mengikut tempat dan masa apabila diperlukan. Penjelmaan
Bahman yang dipuja oleh penganut agama Hindu ialah trinity Hindu iaitu
Brahma (Pencipta), Vishnu (Pemelihara) dan Siva (Pemusnah).
Penganut Hindu berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi ikutan bagi
seorang penganut yang baik. Nilai-nilai utama yang terkandung dalam ajaran
Hindu ialah :-
i. Dharma (tanggungjawab)
Segala tugas dan tanggungjawab dengan sempurna serta amanah.
ii. Ahimsa (kasih sayang)
Tiada kekejaman terhadap sebarang makhluk samada manusia atau
binatang
iii. Dhruthi (keberanian dan ketepatan)
Berani dan mempunyai hati yang tetap untuk menghadapi sebarang
cabaran dalam kehidupan
iv. Kahamaa (timbang rasa)
Bertimbang rasa atau baik hati terhadap semua orang serta binatang
v. Damo (mengawal fikiran)
Tidak bertindak dengan sesuka hati atau mengikut perasaan yang
mungkin menyebabkan kecederaan, kecelakaan yang idak baik terhadap
orang lain.
vi. Stheyam (tidak tamak)
Hidup sederhana dan tidak tamak untuk memperoleh kebahagiaan
vii. Showcha (kebersihan)
Kebersihan dari segi mental dan fizikal
viii. Mindriya nigraham (Mengawal perasaan)
Mengawal perasaan supaya dapat bertindak dengan rasional
ix. Dheer(membentuk fikiran yang tetap)
Saling berkait dengan nilai mengawal perasaan kerana dengan kedua-dua
nilai ini individu dapat bertindak secara rasional
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 48
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
x. Vidyaa (ilmu dan pandangan rohani)
Menggunakan ilmu yang diperoleh untuk mencapai kerohanian dan
kemakmuran dalam kehidupanya
xi. Maakkrodha (keseimbangan)
Keseimbangan dari semua segi seperti emosi, jasmani dan rohani
xii. Sathya (mencintai kebenaran)
Bercakap, berfikir dan bertindak dengan benar. jika tidak berbuat
demikian, individu akan berasa sesat dan mungkin mengikut jalan salah.
4.2.5 Nilai Murni Dari Perspektif Animisme
Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh
dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam
kalangan manusia primitif purba kala.
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti
kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang
mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah
membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan
seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya
jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga
dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat
sedemikian.
Di Malaysia, kepercayaan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan sebagai agama untuk
tujuan statistik walaupun amalan tersebut tidak dilarang. Animisme ini masih lagi
menjadi ikutan sesetengah masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia
dan kaum Pribumi di Sabah dan Sarawak.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 49
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Nilai – nilai dan falsafah animisme yang menjadi teras pegangan dan ikutan
penganut animisme adalah kepercayaan manusia tentang jiwa yang meliputi
hal-hal berikut:
i. Di dunia ini tidak akan ada benda yang tidak berjiwa, semuanya hidup
kerana ada jiwa (roh).
ii. Hal yang terpenting adalah jiwa dan bukan benda kerana tanpa jiwa,
semua benda akan mati.
iii. Makhluk yang tidak berwujud, seperti jin, hantu, dan sebagainya itu ada
dan terdapat dimana-mana.
iv. Matahari, bulan, dan bintang-bintang bergerak dan bercahaya kerana ada
jiwa.
Nilai dan falsafah ini mengajar manusia supaya menghormati semua benda
yang dipercayai mempunyai roh-roh dan seterusnya menjaga perhubungan
dengan persekitaran. Animisme menghubungkan manusia dan roh dengan
ritual dan upacara seperti pemberian jamuan, pembacaan mentera dan doa-
doa, membakar kemenyan, melakukan tarian, dan nyanyian suci dan
sebagainya.
Kehidupan manusia yang dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya seperti
udara, iklim dan sebagainya telah melahirkan hubungan yang kuat antara
manusia dengan alam sekitarnya. Kepercayaan tentang adanya roh dan
semangat pada setiap benda di sekeliling mereka telah diwujudkan. Mereka
yang menganut mempercayai bahawa roh semua makhluk sesudah mati akan
terus hidup. Roh ini akan hidup pada tempat-tempat yang jarang dikunjungi
oleh manusia oleh manusia misalnya hutan, gunung, pokok besar dan
sebagainya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 50
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan memiliki agama dan
kepercayaan yang berbeza. Biarpun mempunyai kepercayaan dan agama yang
berbeza, namun agama dan kepercayaan ini menjadi penghubung dalam
mengekalkan keharmonian diantara kaum-kaum yang ada. Berteraskan kepada
Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, agama telah
memainkan peranan penting sebagai medium mewujudkan keharmonian kaum
di Malaysia. Nilai-nilai murni yang ada dalam semua agar semua mengajar dan
mengajak kepada rasa cinta dan sayang serta mewujudkan perpaduan
dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, adat dan budaya, Bahasa
dan kebudayaan. Agama dan kepercayaan telah menjadi benteng utama
melindungi keharmonian ini
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 51
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
UNIT 5 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGEN SOSIALIS
DALAM PEMENUKAN MORAL
PENDAHULUAN
Setisp insan yang lahir tcidak mengetahui tentang persekitaran dan dirinya.
Pengalaman dan kemampuannya dari semasa ke semasa mengetahui dan menguasai
persekitaran berdasarkan kemampuannya. Ilmu pengetahuan dan pengaruh sekeliling
memberi kesan kepada pengetahuan dan kemampuan seseorang. Tanpa elemen ini
manusia tidak mampu menjalani perkembangan fizikal dan mental dengan sempurna.
Proses ini senantiasa berlaku selagi masih hidup.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep sosialis, norma sosial dan kawalan sosial.
2. Menjelaskan beberpa agen moral dalam proses sosialisasi seseorang.
3. Menerapkan peranan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa sebagai agen
sosialisasi.
5.1 Konsep Sosialisasi
Sosialisasi merupakan satu proses bagi manusia mempelajari dan menerima
nilai, sikap dan kemahiran orang-orang di sekeliling terutamanya daripada
keluarga dan masyarakat bagi membentuk personaliti yang tersendiri untuk
menjadi ahli dalam masyarakat tersebut. Seseorang yang belum disosialisasikan
adalah sukar untuk berinteraksi dengan orang lain. Sosialisasi juga merupakan
teori mengenai peranan. Ini disebabkan dalam proses sosialisasi diajar peranan-
peranan yang harus dijalankan oleh individu. Sosialisasi merupakan proses yang
terus terjadi selama hidup kita. Tanpa sosialisasi individu yang ada dalam
sesebuah masyarakat tidak dapat mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola
tingkah laku yang menyatukan masyarakat agar terus kekal.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 52
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Sosialisasi merupakan satu proses yang luas dan panjang dalam kehidupan
manusia. Kenyataan berikut menerangkan proses sosialisasi agar mudah
difahami;
a) proses manusia mempelajari kemahiran dan sikap berkaitan dengan
peranan social mereka.
b) proses manusia memperoleh personaliti, imej dan sahsiah.
c) proses pembelajaran yang berterusan secara disedari atau tidak.
d) manusia boleh menjadi manusia melalui proses sosialisasi.
e) proses mempelajari cara hidup masyarakatnya melalui sosialisasi.
f) sosialisasi berlaku melalui interaksi manusia dengan manusia dana lam
sekeliling.
g) satu proses pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh yang demikian, sosialisasi merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh
seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan
mempelajari kebudayaan kelompok tersebut serta peranannya dalam kelompok
itu. Justeru ianya jelas merujuk kepada proses manusia mempelajari tentang
peranan dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, kebudayaan, agama, politik dan
keseluruhannya cara hidupnya termasuk cara beriteraksi dengan alam sekeliling.
5.2 Peranan Agen Moral Dalam Proses Sosialisasi
Sosialisasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iatu sosialisasi utama(primer)
dan sosialisasi sekunder.
5.2.1 Agen sosialisasi Utama
a) Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memegang
peranan sosial yang wajar dalam masyarakat. Contohnya dalam
bekerjasama, persaingan, kasih sayang dan sebagainya.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 53
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Keluarga merupakan agen sosialisasi yang banyak memberi kesan
kepada perkembangan diri kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan
agen-agen sosialisasi yang lain, ibu bapa mempunyai peranan
yang penting bagi mengajar anak-anak memegang peranan sosial
yang wajar di dalam sesebuah masyarakat. Di antara perkara-
perkara yang dipelajari daripada ibu bapa ialah mengenai
kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau
bersenang hati dan ketegangan. Terdapat satu golongan ahli sains
sosial yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada waktu mereka
dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis bersih (tabula
rasa). Ini bermakna, pada waktu dia dilahirkan, kanak-kanak
tersebut tidak jahat dan juga tidak baik. Apa yang menentukan
pembentukan personaliti bergantung kepada faktor persekitaran.
Keluarga atau ibu bapa sebagai kelompok utama memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan personaliti tersebut.
Agama Islam sendiri ada mengatakan bahawa terpulanglah kepada
ibu bapa untuk menasranikan anak-anak mereka. Dalam usia yang
begitu muda di mana kebanyakan proses interaksi berlaku di
rumah, ibu bapa menjadi model utama dan ulung yang boleh
dicontohi oleh kanak-kanak.
Ahli-ahli sosiologi dan psikologi semenjak beberapa dekad yang
lampau telah banyak menjalankan kajian mengenai cara ibu bapa
mengasuh-didik anak-anak mereka dan apakah kesannya terhadap
pembentukan personaliti. Banyak tumpuan yang telah diberikan
mengenai cara ibu bapa memberi makanan kepada anak-anak, bila
anak-anak bercerai susu, amalan penyusuan ibu dibandingkan
dengan penyusuan botol, bila anak-anak dilatih tentang
pengawalan najis, pola tidur dan sebagainya. Segala amalan
mengasuh-didik anak-anak membayangkan tentang sikap dan
tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Terdapat tiga
kaedah mengasuh-didik anak yang telah dikenal pasti oleh ahli
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 54
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
sosiologi. Kaedah pertama ialah di mana ibu bapa bersifat garang
terhadap anak-anak. Mereka mengamalkan falsafah “anak itu
hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh didengar”. Hasil daripada
kajian mengenai keluarga autoritarian ini menunjukkan anak
menjadi pasif, tidak ada inisiatif, submisif, tidak mahu bekerjasama
dan takut mengeluarkan pendapat.
Kaedah laissez-faire adalah bertentangan dengan kaedah
autoritarian. Dalam hal ini, ibu bapa terlalu berlembut dengan anak-
anak, segala kemahuan anak dituruti dan disiplin terlalu longgar
seperti memberikan kebebasan mutlak kepada anak-anak.
Akibatnya, anak-anak tidak menghormati orang tua dan tidak
mempunyai perasaan tanggungjawab. Ibu bapa yang
mengamalkan kaedah sederhana atau demokratik selalu
melibatkan anak-anak mereka berbincang dalam masalah
keluarga. Mereka bersikap lembut tetapi tegas dan banyak
memberi bimbingan. Disiplin anak-anak tidaklah bergantung
kepada kuasa fizikal tetapi lebih kepada taakulan. Sekiranya anak-
anak membuat kesilapan, mereka akan diberitahu kenapa mereka
didenda. Anak-anak daripada keluarga demokratik telah didapati
menunjukkan ciri-ciri inisiatif, bersopan santun, yakin kepada
kebolehan diri sendiri di samping menunjukkan sifat-sifat lain yang
positif. Selain daripada kaedah mengasuh-didik anak, ahli sosiologi
juga berminat mengenai kesan keluarga seorang ibu bapa
terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak. Misalnya, apakah
pembentukan personaliti bagi anak-anak yang dibesarkan oleh
ibunya sahaja dan bapanya sahaja ataupun orang ketiga seperti
ibu saudara atau nenek sendiri.
Ahli sosiologi juga berminat tentang kesan terhadap anak lelaki
yang dipelihara oleh hanya ibunya kerana bapanya telah meninggal
dunia, telah bercerai dengan ibunya telah dimasukkan ke dalam
penjara. Dalam aspek pemeliharaan anak, banyak tumpuan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 55
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
diberikan kepada peranan ibu sebagai orang yang sering
memberikan kasih sayang atau kemesraan terhadap anak-anak.
Peranan bapa dalam proses sosialisasi tidak banyak diberi
perhatian pada masa yang lalu. Aliran semasa menunjukkan
peranan bapa tidak kurang pentingnya dalam proses sosialisasi ini.
Bapa moden bukan sahaja mahu memberikan susu kepada anak-
anak tetapi juga boleh menyalin kain lampin anak-anak atau
memandikan mereka.
Adik-beradik dalam sebuah keluarga juga memainkan peranan
dalam proses sosialisasi. Penemuan daripada kajian menunjukkan
bilangan anak dalam sebuah keluarga mempengaruhi cara
interaksi dan disiplin yang dikenakan oleh ibu-bapa terhadap anak-
anak. Misalnya, kajian ada menunjukkan bahawa dalam keluarga
besar, anak-anak diberi tugas-tugas tertentu untuk membantu ibu
bapa manakala dalam keluarga kecil pula anak-anak lebih
dimanjakan dan tidak diberikan tugas membantu beban kerja di
rumah. Secara keseluruhan, ahli-ahli dalam keluarga merupakan
orang yang berpengaruh dalam pembentukan perkembangan
sosial dan konsep kendiri kanak-kanak. Istilah orang lain yang
disignifikan yang telah diperkenalkan oleh Harry Stack Sullivan
ditujukan kepada mereka yang mempengaruhi atau memberi kesan
kepada pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Ahli-ahli dalam
keluarga iaitu ayah, ibu, abang, kakak dan adik adalah orang-orang
yang paling signifikan dalam kehidupan seseorang. Dalam interaksi
harian dengan ahli-ahli keluarga, seseorang itu akan mempunyai
sikap, nilai dan pandangan hidup yang sama dengan ahli-ahli lain
dalam keluarganya.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ibu bapa
mensosialisasikan anak berdasarkan jantina, kelas, ras dan
kebudayaan. Bagi anak-anak yang masih dalam peringkat awal
kehidupan dimana ibu bapa akan melayan anak mereka berbeza
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 56
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
dari peringkat umur dewasa. Bagi anak perempuan ibu bapa akan
memilih warna pakaian mungkin akan dipilih dari warna merah
jambu, dengan warna yang lembut, memberikan mereka
permainan anak patung, bermain masak-masak dan bila sudah
membesar akan diajar untuk membantu kerja-kerja ibu di rumah.
Manakala bagi anak lelaki pula, pemilihan warna bagi mereka
boleh diberi berdasarkan warna terang seperti warna biru. Dimana
anak lelaki akan diajar untuk bersifat berani, gagah, lasak dan
sebagainya. Anak lelaki akan lebih cenderung untuk bermain
tembak-tembak, bermain dengan pistol, lori dan kereta mainan. Bila
sudah meningkat menjadi remaja akan cenderung untuk menolong
ayah dengan melakukan kerja-kerja yang lebih berat dari anak
perempuan.
Bagi contoh perbezaan tugas seorang petani berdasarkan jantina
adalah, dimana lelaki anak bertugas untuk membajak tanah
bendang manakala kaum wanita akan menyemai padi. Disini kita
boleh melihat bahawa pembahagian tugas ini adalah lebih jelas.
b) Rakan Sebaya
Rakan sebaya juga merupakan agen sosialisasi utama. Walaupun
pengaruh keluarga sangat kuat dalam kehidupan kanak-kanak,
lama-kelamaan pengaruh tersebut semakin berkurangan apabila
kanak-kanak sudah cukup besar untuk mempunyai rakan-rakannya
sendiri. Kumpulan rakan sebaya terdiri daripada mereka yang
sebaya dengan kanak-kanak dan kebanyakannya daripada status
sosial yang sama. Berlainan dengan keluarga, kumpulan rakan
sebaya tidak berniat untuk mensosialisasikan kanak-kanak. Tujuan
utamanya ialah rekreasi. Namun demikian, fungsi sosialisasi yang
tersembunyi yang ada pada rakan sebaya adalah agak penting.
Pengaruh rakan sebaya sangat ketara pada peringkat remaja.
Kadangkala ahli-ahli dalam clique atau geng mempunyai pengaruh
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 57
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan.
Akibatnya, remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala
harapan rakan sebaya supaya dia disanjungi oleh kumpulannya.
Ramai ahli sosiologi mengatakan bahawa dalam masyarakat
moden, kumpulan rakan sebaya telah menjadi agen sosial yang
terpenting. Dalam masyarakat tradisional, pola kebudayaan yang
stabil menjadi garis panduan kepada tingkah laku. Pembentukan
personaliti banyak bergantung kepada tradisi masyarakat yang ada
di sekeliling kanak-kanak. Gejala ini agak berlainan dalam
masyarakat moden di mana pembentukan personaliti banyak
bergantung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja merasakan
dirinya perlu diterima oleh kumpulan rakan sebaya, remaja perlu
akur atau patuh kepada nilai rakan sebaya. Kadangkala, norma
dan nilai tersebut bertentangan dengan norma dan nilai keluarga
atau tradisi dan ini akan merupakan bibit-bibit konflik antara
golongan muda dan tua.
Jurang generasi semakin meningkat dalam negara moden seperti
Amerika Syarikat. Apabila seseorang itu mencapai peringkat
remaja, kumpulan rakan sebaya membuat tuntutan terhadapnya
supaya berfikir dan berkelakuan yang bercanggah dengan norma
generasi tua. Banyak kebudayaan kaum muda muncul seperti
bentuk seni baru, peraturan seks yang tidak ketat, cara berpakaian
ala moden, pelbagai stail rambut ala punk, cuba berjinak dengan
dadah dan banyak lagi tingkah laku lencong yang sukar diterima
oleh orang tua. Biasanya, nilai dan harapan ibu bapa dibangkang
secara terus terang. Protes dan pemberontakan tersebut pada
pandangan kaum muda adalah untuk menunjukkan mereka tidak
lagi bergantung kepada orang dewasa. Tujuannya ialah untuk
mempunyai konsep kendiri yang tersendiri.
Rakan sebayalah yang mempengaruhi cara bermain, bergaul dan
tingkah laku remaja banyak terbentuk dari rakan sebaya. Sehingga
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 58
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
kepada dewasa membawa kepada pembentukan clique atau gang
dimana nilai, kod dan etika dalam clique atau gang akan diterima
pakai oleh rakan sebaya. Nilai, kod dan etika yang dipengaruhi oleh
rakan sebaya ini kadang kala bertentangan dengan nilai norma
keluarga atau nilai norma masyarakat tempatan. Ini boleh
membawa kepada pertembungan nilai, kod dan etika.
5.2.2 Kumpulan Sekunder
a) Sekolah
Kebanyakan daripada proses sosialisasi yang disengajakan
terletak kepada beberapa organisasi birokratik. Agen sekunder iaitu
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang disengajakan. Secara
amnya, sekolah berfungsi untuk menyalurkan norma dan nilai
masyarakat kepada anak-anak muda. Dalam proses persekolahan,
anak-anak muda yang melalui sistem pendidikan dalam jangka
masa tertentu dijangka mempelajari beberapa ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai, sikap dan pandangan tertentu terhadap
masyarakat. Tetapi, sepertimana yang ditunjuk oleh perangkaan
mengenai mereka yang cicir sekolah dan ada pula yang terlibat
dengan tingkah laku delinkuen, menunjukkan bahawa sekolah tidak
mencapai kejayaan sepenuhnya dalam tugas ini.
Terdapat beberapa fungsi sosialisasi yang nyata bagi sekolah.
Dimana didalam sekolah ini terdapat kumpulan rakan sebaya yang
besar di mana mereka sering berinteraksi antara satu sama lain
hampir separuh masa mereka dalam satu hari. Dalam interaksi ini
akan ada pelbagai nilai, norma dan etika yang akan membawa
kepada percampuran. Dimana seseorang itu boleh ditolak atau
diterima oleh kumpulan remaja tertentu.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 59
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Kedua, sekolah meluaskan lagi golongan orang lain yang signifikan
iaitu selain daripada rakan sebaya termasuk juga guru. Seperti
dengan ibu bapa, guru mempunyai autoriti terhadap kanak-kanak,
mengajar sesuatu kepada kanak-kanak dan juga dijangka
mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan murid.
Oleh yang demikian, guru boleh menjadi model peranan yang
sangat berpengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Misalnya,
banyak bukti yang menunjukkan betapa kuatnya pengaruh guru
dalam pemilihan perguruan sebagai kerjaya seseorang. Murid yang
meminati sesuatu mata pelajaran atau membenci mata pelajaran
lain banyak dipengaruhi oleh guru. Ataupun, banyak kajian yang
telah dibuat di Barat yang menunjukkan kesan negatif terhadap
pembentukan personaliti kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa.
Kebanyakan guru sekolah rendah terdiri daripada kaum wanita dan
sekiranya kanak-kanak tadi datang dari keluarga yang tidak
mempunyai bapa, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai model
lelaki yang boleh dicontohi. Akibatnya, kanak-kanak tersebut
menjadi murid yang bermasalah di sekolah, seperti tidak mahu
mematuhi arahan guru dan mematuhi peraturan sekolah.
Ketiga, sekolah bertanggungjawab menyalurkan kebudayaan
masyarakat, sejarah masyarakat tersebut, bahasa yang digunakan
dalam kehidupan seharian, gedung ilmu yang sedia ada di samping
menyampaikan norma-norma masyarakat berkenaan.
Pembelajaran perkembangan sejarah tanah air bertujuan untuk
menyemaikan semangat patriotisme atau ketaatan kepada negara
di samping memahami keadaan semasa melalui peristiwa-peristiwa
lampau. Bahasa merupakan alat komunikasi di antara manusia,
dan kemahiran berinteraksi banyak bergantung kepada
penguasaan bahasa. Begitulah pelbagai bentuk ilmu, seperti ilmu
empirikal atau estetik boleh membantu perkembangan individu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 60
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
yang seimbang dan boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Aspek moral atau efektif tidak juga diabaikan.
Akhir sekali, sekolah merupakan tempat kanak-kanak mempelajari
tentang mekanisme kawalan institusi. Nilai-nilai sarwajagat yang
dipelajari dalam kelas termasuklah beratur , berasingan, tepat
waktu atau tidak lewat dan patuh kepada peraturan. Segala
kemahiran yang diperolehi di sekolah menyediakan kanak-kanak
kepada organisasi lain yang formal yang akan ditempuhi setelah
kanak-kanak meningkat dewasa. Sekolah dianggap sebagi sebuah
institusi sosial yang cuba menyalurkan nilai-nilai kelas
pertengahan. Sudah menjadi tugas guru menyalurkan nilai-nilai
tersebut tidak kira sama ada guru tersebut berasal dari latar
belakang pertengahan atau tidak. Profesion perguruan adalah
profesion kelas pertengahan. Biasanya, guru perlu menjalankan
tugasnya seperti yang diharapkan oleh masyarakat.
Sebaliknya pula, murid-murid datang dari latar belakang yang
berbagai-bagai. Kebanyakan sekolah mempunyai murid-murid
yang berasal dari kelas bawahan. Selain itu, mereka juga mungkin
datang dari keluarga yang berpecah belah, atau ibu bapa yang
tidak mengambil berat tentang pelajaran atau keperluan asas
kanak-kanak. Kanak-kanak seperti ini seolah-olah dipaksa
bersekolah kerana bagi sesetengah ibu bapa sekolah berfungsi
untuk menjaga anak-anak mereka selama lima hingga ke enam
jam sehari. Kanak-kanak seperti ini dilihat oleh guru sebagai
seorang murid yang lemah, tidak berminat belajar, suka mengacau
kelicinan atau ketenteraman pelajaran dan sebagainya. Norma
yang dipegang oleh kanak-kanak malang seperti ini bertentangan
dengan norma sekolah. Akibatnya, sekolah menjadi medan konflik
nilai diantara guru dan murid. Murid-murid yang tidak menghayati
nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat melihat sebagai
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 61
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
sekolah tempat yang menyeksa aktiviti mereka dan jarang sekali
mereka mencapai kejayaan.
Di kalangan pelejar-pelajar sendiri terdapat kebudayaan mereka
yang tersendiri yang wujud secara tidak formal. Kebudayaan
pelajar wujud di kalangan clique atau geng mereka. Mereka
membentuk cara tersendiri bagai mengelakkan diri daripada
dihukum, memberi nama “khas” kepada guru atau murid tertentu
atau memandang rendah kepada murid yang lebih bijak atau rajin
daripada mereka.
b) Media Massa
Media massa memberi kesan yang kuat dalam proses sosialisasi,
di mana melaluinya kanak-kanak belajar melalui model-model
peranan, mengajar tingkah laku dan sikap yang ‘betul’ di samping
meluaskan pandangan kanak-kanak. Sejak kebelakangan ini,
media yang paling mempengaruhi proses ini ialah televisyen.
Televisyen telah menjadi agen sosialisasi yang signifikan, tetapi
kontroversial. Banyak pro dan kontranya mengenai kesan
televisyen terhadap perkembangan kanak-kanak. Kajian yang
penah dibuat di Barat menunjukkan kanak-kanak menghabiskan
masa sebanyak tiga hingga ke empat jam sehari di hadapan kaca
televisyen. Ini bermakna sebanyak satu perenam daripada waktu
jaga mereka adalah di hadapan peti televisyen. Rancangan-
rancangan yang memaparkan keganasan juga telah didapati
memberi kesan kepada tingkah laku agresif di kalangan kanak-
kanak. Pengkritik-pengkritik televisyen melontarkan pendapat
mereka bahawa televisyen mengurangkan minat mereka terhadap
bacaan, ia merupakan aktiviti yang membazir waktu dan
memberikan model-model yang buruk untuk dicontohi.
Oleh sebab itulah negara yang banyak mengimport rancangan
televisyen dari Barat perlu berhati-hati memilih rancangan yang
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 62
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
boleh membawa kepada pemikiran sihat dan positif. Pada pihak
yang lain pula, terdapat ahli sosiologi yang melihat kepada kesan
baik televisyen. Ia dikatakan boleh meluaskan pandangan kanak-
kanak melalui peranan-peranan yang mungkin tidak wujud dalam
persekitaran mereka. Televisyen juga memberi berbagai-bagai idea
dan aktiviti kepada kanak-kanak. Rancangan kanak-kanak yang
disusun baik dapat memperbaiki konsep kendiri dan kemahiran
intelektual kanak-kanak.
Terdapat dua pemikiran mengenai sama ada televisyen
menggalakkan tingkah laku agresif dan langsang. Satu pendapat
yang memegang kepada hipotesis catharsis menyokong
rancangan-rancangan yang bercorak ganas kerana ia dikatakan
dapat melepaskan tindakan desakan agresif individu. Dengan kata
lain, televisyen dapat mengurangkan tingkah laku agresif.
Pendapat yang kedua pula berpegang kepada hipotesis moden
iaitu kanak-kanak akan cuba melakukan apa yang telah dilihat.
Banyak eksperimen yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak
dan penemuannya menyokong teori yang kedua tadi. Soalnya di
sini ialah kenapa ibu bapa merasa televisyen membawa keburukan
daripada kebaikan kepada kanak-kanak? Mungkin satu jawapan
yang mudah ialah ibu bapa perlu mengawal rancangan-rancangan
yang ditonton oleh anak-anak mereka. Nampaknya terdapat ibu
bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka daripada
menonton televisyen manakala di pihak yang lain pula terdapat ibu
bapa yang tidak mengambil berat tentang rancangan yang diminati
oleh anak-anak kerana mereka sendiri gemar menonton rancangan
yang bercorak ganas.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 63
ASAS PENGAJIAN MORAL
________________________________________________________________________________________________________
Rujukan
Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Usha Nanthini. (2012). Konsep insan yang bermoral. Dicapai pada 3 Ogos 2015,
daripada
https://www.scribd.com/doc/95246995/Konsep-Insan-Yang-Bermoral
Wong Ic. (2011). Tajuk 4: Insan bermoral. Dicapai pada 29 Julai 2015,
daripada
http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html
Jefridin Atan et.al. (2017). Analisa Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap
Pembangunan Modal Insan di Malaysia. Jurnal Hadhari Edisi Khas 195-212. Penerbit
UKM
Badriyatun Kamar et. al. 2017. Pengenalan Kepada Konsep Moral. Penerbit; Sasbadi
Sdn. Bhd.
Abdullah Zhidi Omar. 2016. Pengantar Pendidikan Moral IPTA, IPTAS, IPG dan Kolej.
Penerbit; Sasbadi Sdn. Bhd.
http://jpt.mohe.gov.my/aan/senarai-penerima/aan-ke-10/tokoh-akademik-negara
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 64