The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Farizan, 2022-01-24 04:17:40

SYARIAH DAN KEHIDUPAN

MODUL DUS30052 BOOKLET

Keywords: SYARIAH

1

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 2

UNIT 1.0 : PENGHAYATAN AL-QURAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Memperdengarkan bacaan ayat al-Quran dengan lancar
2. Menjelaskan kefahaman ayat berdasarkan sumber rujukan yang berautoriti.
3. Menerangkan pengajaran ayat yang dapat diintergrasikan dalam kehidupan

seharian.

1.1 Surah al-Baqarah(2): 43

‫َوأَِقي ُموا ال َّصَلةَ َوآتُوا الَّزَكاَة َوا ْرَكعُوا َم َع الَّراكِِعين‬

Maksudnya: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang-
orang yang rukuk.”

Tafsir ayat

Firman-Nya (َ‫ ) َوأَقِي ُموا ال َّص ََلة‬Ertinya, Allah Ta’ala memerintahkan kepada ahli kitab untuk
mengerjakan salat bersama Rasulullah SAW.

Firman-Nya (َ‫ ) َوآتُوا ال َّز َكاة‬Ertinya, Allah Ta’ala juga memerintahkan kepada ahli kitab untuk
mengeluarkan zakat, iaitu dengan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW.
Mubarak bin Fuhdhalah meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Bashri, katanya: “Pembayaran

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 3

zakat itu merupakan kewajiban, yang mana amal ibadah tidak akan manfaat kecuali
dengan menunaikannya dan dengan mengerjakan solat.”

Firman-Nya (‫ ) َوا ْر َكعُوا َم َع ال َّرا ِك ِعي َن‬Ertinya, Allah Ta’ala menyuruh mereka untuk rukuk
bersama orang-orang yang rukuk dari umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, dan
ikutlah bersama mereka dan bahagian dari mereka. Jadilah bersama orang-orang
mukmin berbuat yang terbaik, di antara amal kebaikan yang paling khusus dan sempurna
itu adalah solat. Banyak ulama yang menjadikan ayat ini sebagai dalil yang menunjukkan
kewajiban solat berjemaah (Anon 2018).

1.2 Surah al-Nisa(4): 3

‫َوإِ ْن ِخْفتُ ْم أَلَاّ تُْق ِسطُوا ِف الْيَتامى فَانْ ِك ُحوا َما طا َب لَ ُك ْم ِم َن النِساِء َمثْنى َوثَُل َث‬
‫َوُربا َع فَِإ ْن ِخْفتُ ْم أَلَاّ تَ ْع ِدلُوا فَوا ِح َدةً أَْو َما َملَ َك ْت أَْيانُ ُك ْم ذلِ َك أَ ْدنى أَلَاّ تَعُولُوا‬

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-
perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-
perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan)
seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuanyang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak
melakukan kezaliman.”

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 4

Tafsirnya

Allah menjelaskan seandainya kamu tidak dapat berlaku adil atau tidak dapat menahan
diri daripada memakan harta anak yatim itu, apabila kamu menikahinya, maka janganlah
kamu menikahinya dengan tujuan menghabiskan hartanya, melainkan nikahkanlah dia
dengan orang lain. Dan kamu pilihlah perempuan lain yang kamu senangi satu, dua, tiga,
atau empat, dengan syarat kamu memperlakukan isteri-isteri kamu itu dengan adil dalam
pembahagian waktu bermalam (giliran). nafkah, perumahan serta hal-hal yang
berbentuk material dan lain-lainnya. İslam membolehkan poligami dengan syarat-
syarat tertentu. Tetapi pada dasarnya satu isteri lebih baik, seperti dalam lanjutan ayat

itu. Sebelum turun ayat ini, poligami sudah diamalkan dan pernah pula dilakukan oleh
para nabi sebelum Nabi Muhammad saw. Ayat ini turun dan membataskan poligami
sehingga empat orang sahaja (Rahmi 2015).

Sekiranya kita lihat dari sejarah umat Islam terdahulu, bangsa Arab jahiliyyah
sememangnya telah melakukan amalan poligami ini sejak dahulu lagi malah nilai sosial
seorang perempuan sangat rendah sehingga seorang lelaki dapat mengahwini isteri
sebanyak yang mereka suka. Oleh itu, ayat al-Quran ini sebenarnya turun bagi
membataskan bilangan isteri yang boleh dikahwini oleh seorang lelaki dan bukannya ayat
ini bermaksud Islam menggalakkan poligami. Ayat ini sebenarnya diturunkan bagi
membataskan dan mengehadkan bilangan isteri yang dibenarkan sahaja dan sekiranya
kita faham maksud sebenar ayat ini adalah, Islam hanya menggalakkan perkahwinan
monogamy. Tetapi poligami pula hanya dibenarkan bukan digalakkan kerana banyak
ayat al-Quran yang lain yang menunjukkan bahawa manusia itu sangat sukar untuk
berlaku adil, maka cukup sekadar berkahwin dengan seorang isteri. Walau
bagaimanapun, mufassir mentafsir keadilan dalam ayat 3 surah an-Nisa ini bererti
keadilan dari segi material yang memang dapat diukur seperti nafkah, hari bermalam dan
lain-lain.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 5

Sayyid Quttub menjelaskan bahawa poligami merupakan satu rukhsah. Oleh kerana
ianya rukhsah, maka poligami hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat atau benar-
benar mendesak dan seorang lelaki itu mestilah yakin bahawa dia mampu untuk berlaku
adil di antara para isterinya (Sayyid Quttub 1980).

Selain itu juga, jika diteliti pada ayat yang terakhir dalam ayat 3 surah an-Nisa yang
bermaksud “yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak
melakukan kezaliman” ini bermaksud al-Quran menganjurkan untuk memiliki seorang
isteri sahaja kerana ianya lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Sekiranya monogamy
lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, maka mafhum mukhalafahnya adalah poligami
lebih dekat kepada perbuatan aniaya.

Bagi ayat menjelaskan “atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki”
bermaksud, pada zaman Rasulullah dahulu, terdapat hamba yang dimiliki hasil daripada

tawanan perang. Oleh itu, seseorang yang memiliki hamba pada masa itu boleh bersama
dengan hamba mereka tanpa berkahwin. Ini kerana, hamba tidak mempunyai hak-hak
sepertimana isteri yang sah. Tetapi, konteks hamba sudah tidak wujud lagi pada masa
sekarang ekoran kita sudah tidak berperang lagi. Tetapi ayat ini boleh diguna pakai
sekiranya pada masa akan datang wujud semula konteks hamba ini.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 6

1.2 Surah Al-Mutaffifin: 1-3

‫) َوإِ َذا َكالُوُه ْم أَْو َوَزنُوُه ْم‬2( ‫) اَلّ ِذي َن إِذَا ا ْكتَالُوا َعلَى الَنّا ِس يَ ْستَ ْوفُو َن‬1( ‫َويْ ٌل لِْل ُمطَِفِفيَن‬
(3) ‫ُيْ ِسُرو َن‬

Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam
timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan
(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang
lain, mereka kurangi.”

Tafsirannya:
Azab dan kehinaan yang besar pada hari kiamat disediakan bagi orang-orang yang
curang dalam menakar dan menimbang. Allah SWT telah menyampaikan ancaman yang
keras kepada orang-orang yang curang dalam menakar dan menimbang yang terjadi di
tempat-tempat jual beli di Mekah dan Madinah pada waktu itu.
Diriwayatkan bahawa di Madinah ada seorang laki-laki bernama Abu Juhainah, Ia
mempunyai dua jenis takaran(sukatan) yang besar dan yang kecil. Bila ia membeli
gandum atau kurma dari para petani ia mempergunakan takaran yang besar, akan tetapi
jika ia menjual kepada orang lain ia mempergunakan takaran yang kecil. Perbuatan
seperti itu menunjukkan adanya sifat tamak, ingin mencari keuntungan bagi dirinya
sendiri walaupun dengan jalan merugikan kepada orang lain.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 7

1.3 Surah Al-Isra’(17): 32

‫َولا تَ ْقَربُوا ال ِزََن إَِنّهُ َكا َن فَا ِح َشةً َو َسا َء َسبِيَل‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).”

Tafsir ayat
Dalam Tafsir Ibnu Katsir Juz 5/hal. 72 dijelaskan bahawa Allah Swt. melarang hamba-
Nya untuk berbuat zina dan mendekati sesuatu yang boleh menyebabkan perzinaan.
Kerana zina itu adalah “fahisyah“ yakni termasuk dosa besar dan paling buruknya jalan
kemaksiatan.

Pandangan ahli tafsir berkaitan dengan mendekati zina ini adalah hukumnya
haram. Melakukan hal-hal yang dapat membawa ke perzinaan saja sudah
diharamkan, apatah lagi sampai melakukan zina. Tentunya dosanya jauh lebih
besar lagi. Semoga kita dan keluarga serta saudara -saudara kita dijauhkan dari
perbuatan tersebut (Ahmad Mawardi 2019).

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 8

RUJUKAN

1. Ahmad Mawardi 2019. Tafsir Surah Al-Isra Ayat 32; Makna Jangan Dekati

2. Zina. BincangSyariah.Com. 10 Mac 2020.
3. Anon 2018. Surah Al-Baqarah Ayat 43 (Tafsir Ibnu Katsir dan Asbabun Nuzul).

"The Indonesiana Center" Markaz Bsi (Bait Syariah Indonesia) For Islamic Science
and Civilization.
4. Ash-Shiddiqy, Teungku Muhammad Hasbi, Tafsir Al-Qur’anul Majid An- Nuur,
Pustaka Rizki Putra, Semarang, 2000.
5. Hamka, Tafsir Al-Azhar, (Singapura: Kejaya Pnont Pte Ltd, 2007).
6. Rahmi Bakhtiar 2015. Poligami: Penafsiran Surat An Nisa’ Ayat 3. Fakultas
Ushuluddin IAIN Imam Bonjol Padang. Jurnal Ilmiah Kajian Gender Vol. V No.1
Tahun 2015.
7. Zulkifli Bin Yusof 2018. Analisi hadith-hadith berkaitan poligami: kajian terhadap
pengamalannya dalam kalangan pasangan terpilih di Selangor. Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
8. Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis. 2019. Asbabun Nuzul. Publishing
House.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 9

UNIT 2.0 : IBADAH

1.1 TAYYAMUM
Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan
syarat-syarat tertentu.

1.1.1 Syarat-syarat Tayamum

i. Ketiadaan air
Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi.Jika ia
ragu-ragu,kemungkinan air itu ada ataupun tidak,maka wajib mencarinya dengan syarat
aman dari segala bahaya.Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu
menghabiskan waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak
sepatutnya,maka bolehlah ia bertayamum.Jika punca air terlalu jauh maka tidak wajib
mencarinya dan bolehlah bertayamum.

ii. Keuzuran kerana sakit
Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun
bertambah sakit.

iii. Air diperlukan untuk keperluan yang lebih penting air itu ada tetapi diperlukan untuk
minuman atau keperluan binatang yang dihormati

iv. Dilakukan setelah masuk waktu.
Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu adalah
dharurat.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 10

1.1.2 Rukun Tayamum.

i. Niat lafaznya:

‫نويت التيمم لاستباحة فرض الصَلة لله تعالي‬

Ertinya: Saya bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-mata

kerana Allah SWT.

ii. Menyapu debu tanah di muka

iii. Menyapu debu tanah di tangan (dengan menggunakan debu yang lain selain daripada
yang disapu) sehinggalah ke siku.

iv. Tertib

1.1.3 Perkara-perkara yang membatalkan Tayamum.

i. Setiap perkara yang membatalkan wudhuk adalah juga membatalkan tayamum.

ii. Murtad

iii. Mendapatkan air. Sekiranya telah memperolehi air setelah bertayamum,tetapi belum
solat,perlulah menggunakan air untuk berwudhuk dan bersolat (dengan
bertayamum)tiba-tiba adanya air,solat tadi tidak wajib diulang

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 11

2.2 Sahibul Jabirah ( Balutan )

Pengertiannya

( ) ialah pembalut tulang yang retak atau patah supaya tulang tersebut

bertaut semula. Barut ( ) ialah pembalut luka untuk mengelakkan kekotoran
sehingga ia sembuh.

Islam ialah agama yang memudahkan penganutnya dan mengambil berat dalam
perkara ini. Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan hukum-hukum yang menjamin
kesepaduan melakukan ibadat dan memelihara keselamatan manusia.

2.2.1 Hukum Berkaitan Belat dan Barut

Pesakit yang luka atau patah ada kalanya memerlukan pembalut dan ubat di tempat
yang patah dan luka atau sebaliknya. Jika memerlukan balutan, maka hendaklah
mematuhi tiga perkara yang berikut apabila mengangkat hadas:

• Basuh sekitar bahagian anggota yang cedera.

• Sapu semua bahagian belat dan barut dengan air.

• Apabila sampai kepada anggota yang cedera ketika berwudhu’,
hendaklah bertayammum sebagai ganti membasuh anggota yang cedera itu.

Jika anggota yang patah atau luka itu tidak memerlukan balutan, wajiblah dibasuh
anggota yang tidak cedera dan bertayammum ketika sampai dibahagian yang cedera
yang tidak boleh dibasuh.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 12

Walau bagaimanapun, tayammum wajib diulang bagi setiap solat fardhu, sekalipun dia
tidak berhadas. Sementara anggota-anggota yang lain tidak wajib dibasuh kecuali
apabila berhadas.

Dalil Pensyariatan Menyapu Belat

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA,
katanya:

Maksudnya: “Kami keluar bermusafir, seorang daripada kami tiba-tiba luka terkena
batu di kepala. Kemudian dia bermimpi (hingga keluar mani). Selepas terjaga dia
bertanya kepada sahabat-sahabatnya, adakah kamu fikir ada keringanan bagiku
untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak mendapati keringanan bagi
kamu kerana kamu mampu mendapatkan air. Lalu dia pun mandi dan terus
meninggal dunia. Apabila kami menemui Rasulullah SAW dan memberitahu
Baginda, Baginda pun bersabda: Mereka telah membunuhnya dan Allah akan
membunuh mereka. Kenapakah mereka tidak bertanya sekiranya tidak tahu? Hanya
dengan bertanya boleh menghilangkan keraguan. Sebenarnya memadai dia
bertayammum dan membalut lukanya dengan kain perca, seterusnya menyapu
air di atas balutan dan mandi ke seluruh
badannya.”

Riwayat Abu Daud (336)

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 13

2.2.2 Tempoh Menyapu Belat dan Barut

Menyapu belat dan barut tidak ada tempoh tertentu, malah dibolehkan selagi masih uzur.
Apabila luka telah sembuh dan anggota yang patah telah baik, maka batallah sapuan
dan wajiblah mandi. Sekiranya dia masih berwudhu’ sedangkan sapuannya telah batal,
dia wajib menyapu anggota wudhu’ yang wajib disapu dan membasuh anggota wudhu’
yang wajib dibasuh.

Hukum belat adalah sama, sama ada bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar.
Bezanya adalah bagi hadas besar apabila sapuannya batal, maka wajib membasuh
bekas belatan atau barutan sahaja dan tidak wajib membasuh anggota badan yang lain.

2.3 Wuduk ketika dharurat

Perbincangan wudhu ketika balutan merujuk kepada sub topik

2.4 Solat Ketika Musafir

Pendahuluan

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama.

(Surah al-Haj: 78)

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 14

Allah SWT tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang menyebabkan
kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan.
Sebaliknya di mana sahaja orang Islam mengalami kesempitan, Allah SWT akan
melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu
ditanggung.

Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada
kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Oleh itu,
Allah SWT meringankan banyak perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum
agama-Nya daripada orang yang musafir. Antaranya ialah rukhsah solat bermaksud
keringanan yang Allah anugerahkan kepada seseorang hambanya ketika berada di
dalam kesukaran atau kemudharatan (masyaqqah) tertentu. Rukhsah di dalam solat
lebih merujuk kepada solat jamak dan qasar solat

2.4.1 Solat Musafir.

Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang musafir ketika

bersolat.

Pertama : Mengurangkan bilangan rakaat dan ia dinamakan qasar.

Kedua :Menghimpunkan dua solat ketika menunaikannya supaya orang yang

musafir mendapat masa lapang sebanyak yang mungkin, dan ini
dinamakan jama’.

1. Qasar

Qasar ialah melakukan solat yang 4 rakaat, iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ dengan 2
rakaat sahaja sebagaimana dalil yang akan diterangkan.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 15

Dalil disyariatkan qasar ialah firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah

berdosa

"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang.

(Surah al-Nisa’: 101)

Solat qasar mestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

Pertama: Solat fardhu berkenaan wajib atas seseorang ketika bermusafir dan dia
melakukannya ketika bermusafir itu.

Solat yang telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan
perjalanan tidak harus diqasarkan kerana dia belum dikatakan bermusafir ketika solat
tersebut wajib atasnya.
Begitu juga solat yang masuk waktunya ketika bermusafir tetapi tidak menunaikannya
sehingga balik semula ke tempatnya, solat tersebut tidak harus lagi diqasarkan
kerana ketika melakukannya nanti dia bukan lagi musafir sedangkan qasar adalah untuk
orang musafir.

Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar sempadan qaryahnya atau kawasan
bangunannya jika qaryah tersebut tidak berpagar.

Orang yang masih berada di dalam kawasan pagar qaryahnya atau kawasan
bangunan qaryahnya tidak dinamakan musafir. Ini kerana perjalanan tersebut hanya
bermula ketika melepasinya dan akan berakhir apabila sampai semula ke kawasan itu.
Oleh itu, tidak harus mengqasarkan solat kecuali solat yang wajib atasnya dan
melakukannya dalam lingkungan tempoh musafir terseb

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 16

Ketiga: Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari
mula sampai dan pada hari akan keluar.
Apabila berniat menetap selama empat hari jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah
negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak harus bersolat qasar lagi
di situ dan haknya untuk bersolat qasar kekal semasa dalam perjalanan sahaja.
Seseorang yang berniat tinggal di sesuatu tempat kurang daripada empat hari atau tidak
pasti tempohnya tinggal di situ kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya,
dalam keadaan yang pertama dia harus mengqasarkan solatnya sehingga kembali ke
tempat asalnya.

Sementara dalam keadaan yang kedua pula dia harus mengqasarkan solat
sehingga lapan belas hari selain pada hari mula sampai dan pada hari keluar
meninggalkan tempat tersebut. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Imran bin Husain RA,
katanya:

Maksudnya: “Aku berperang bersama-sama Rasulullah SAW dan bersama- sama
Baginda ketika pembebasan Makkah. Baginda tinggal di Makkah selama lapan belas
hari dan Baginda tidak bersolat kecuali mengqasarkannya dua rakaat.”

Riwayat Abu Daud (1229)

Nabi SAW telah tinggal di Makkah selama tempoh tersebut pada tahun pembebasan
kerana memerangi puak Hawazin, dan Baginda mengqasarkan solatnya sedangkan
Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ.

Keempat: Tidak mengikut imam yang bermukim.

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 17

Jika berimamkan seorang yang bermukim dia hendaklah bersolat sepenuhnya mengikut
imam tersebut dan tidak harus mengqasarkannya.
Sebaliknya seseorang musafir yang menjadi imam kepada orang yang bermukim, harus
mengqasarkan solatnya, dan selepas mengucap salam sebaik selesai dua rakaat dia
sunat segera memberitahu makmum dengan berkata: “Cukuplah solat kamu. Aku
adalah seorang musafir.”
Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA ketika ditanya :

Maksudnya: “Bagaimana halnya musafir, dia bersolat 2 rakaat ketika bersendirian dan 4

rakaat ketika mengikut imam yang bermukim? Dia berkata: Itulah sunnah
Rasulullah SAW.”

Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih

2. Jama’

Pengertian jama’ telah pun diketahui sebelum ini, dan ia adalah berdasarkan hadith,
daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

Maksudnya: “Rasulullah SAW menjama’kan solat Zuhur dengan Asar ketika bermusafir
dan menjama’kan solat Maghrib dengan Isya’.”

Riwayat al-Bukhari (1056)

SYARIAH DAN KEHIDUPAN 18

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pembahagian S o l a t Jama’

Jama’ terbahagi kepada dua jenis, iaitu jama’ taqdim yang bermaksud membawa
solat yang kedua ke dalam solat yang pertama, dan jama’ ta’khir yang
bermaksud membawa solat yang pertama ke dalam waktu solat yang kedua.

Sebagaimana diketahui bahawa solat yang boleh dijama’kan ialah solat Zuhur dengan
Asar dan solat Maghrib dengan Isya’. Oleh itu, tidak sah dijama’kan solat Subuh
dengan solat sebelum atau selepasnya. Begitu juga tidak sah dijama’kan solat Asar
dengan solat Maghrib. Ini kerana setiap jama’ taqdim dan ta’khir mempunyai beberapa
syarat yang perlu dipatuhi.

Syarat-syaratJama’ Taqdim

i. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat
pertama yang empunya waktu kemudian diikuti solat yang kedua.

ii. Berniat menjama’kan solat yang kedua dengan yang pertama sebelum selesai
solat yang pertama. Walau bagaimanapun niat tersebut sunat berserta takbiratul ihram.

iii. Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang
kedua dengan segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa
dipisahkan dengan berzikir, mengerjakan sunat dan sebagainya. Jika dipisahkan di
antara kedua-duanya dengan masa yang lama pada anggapan umum atau melengah-
lengahkan solat yang kedua tanpa sebab, batallah jama’ tersebut dan solat yang kedua
itu wajib ditangguhkan sehingga waktunya tiba.

i.v. Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua. Oleh itu, tidak
menjadi masalah sekiranya sampai semula ke tempat asalnya ketika solat yang kedua
masih belum selesai.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 19

Syarat-syarat Jama’ Ta’khir

1. Berniat menjama’kan solat yang pertama dalam waktunya yang asal kepada solat
yang kedua. Sekiranya tamat waktu Zuhur tanpa berniat menjama’kan solat Zuhur
kepada Asar maka solat Zuhur wajib diqadha’ serta berdosa oleh sebab melengah-
lengahkannya.

2. Masih dalam musafir hingga selesai mengerjakan kedua-dua solat. Oleh itu,
sekiranya telah sampai sebelum kedua-dua solat berkenaan selesai maka solat yang
terkemudian menjadi solat qadha’

3. Dalam hal ini tertib antara kedua-dua solat tidak syaratkan malah boleh
dimulakan dengan mana-mana antara dua solat yang dikehendaki. Begitu juga syarat
berturutan antara dua solat hanya sunat dan bukannya syarat sah jama’ tersebut.

Syarat-syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jama’

i. Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih.35 Oleh itu, tidak diambil
kira perjalanan yang kurang daripada jarak tersebut.
ii. Perjalanan yang tentu tempat tujuannya. Oleh itu, orang yang merayau- rayau
tanpa tujuan ke tempat yang tertentu, dan orang yang mengikut ketuanya tanpa
mengetahui ke mana hendak di bawanya, perjalanan mereka tidak mengharuskan qasar
kecuali setelah menjangkau jarak perjalanan yang jauh. Ini kerana telah diyakini jauh
perjalanannya.
iii. Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat. Justeru, tidak diambil kira
perjalanan musafir untuk berniaga arak, mengamalkan riba’ atau menyamun. Ini
kerana qasar merupakan keringanan yang disyariatkan untuk menunaikan sesuatu
tanggungjawab, dan ia tidak boleh terkait dengan sebarang maksiat.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 20

Walau bagaimanapun tidak harus menjama’kan kedua-dua solat tersebut dalam waktu
yang kedua. Ini kerana kemungkinan hujan akan berhenti, dan menyebabkan solat
terkeluar daripada waktunya tanpa halangan.

Syarat-syarat jama’ ini ialah:

i. Solat tersebut dilakukan secara berjemaah di masjid yang jauh pada anggapan
umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana di sebabkan hujan.

ii. Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat
yang pertama.

2.4.2 Isu-isu berkaitan dengan Solat Jamak

Isu 1
Saya sering balik kampung dan berjalan jauh. Saya mengetahui ketika musafir kita boleh
menjamakkan solat, tetapi lantaran kurangnya ilmu tentang hal itu membuatkan saya
tidak yakin untuk melaksanakan solat tersebut. Saya hanya mengqada solat setelah
sampai ke destinasi. Banyak perkara yang mengelirukan saya. Misalnya kita tidak boleh
menjamakkan solat sekiranya akan mendiami destinasi tersebut lebih dari tiga hari. Kita
juga tidak boleh menjamakkan solat sekiranya destinasi tersebut adalah kampung
halaman kita. Namun ada yang mengatakan kita boleh menjamakkan solat kerana ia
bukan bergantung pada destinasi yang akan kita pergi, tetapi ia bergantung pada tempat
di mana kita menjamakkan solat. Contohnya, di pertengahan jalan, kita terhenti, kita tidak
berada di situ lebih dari tiga hari dan tempat itu bukan kampung halaman kita. Oleh itu
saya amat berharap ustaz dapat menerangkan tentang solat jamak dan qasar, syarat-
syaratnya dan cara mendirikannya, agar saya dapat mempraktikkannya kelak.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 21

Jawapan:
Sepatutnya menjamakkan sahaja solat, qadha solat adalah sesuatu yang amat kurang
baik untuk diamalkan. Qadha solat juga hanya wujud apabila seseorang tertinggal kerana

uzur seperti tertidur dan yang seumpamanya. Sebarang tindakan meninggalkan solat
secara sengaja adalah mengundang dosa walaupun qadha dilakukan.

Berikut pula syarat untuk menqasarkan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-
Muhtaj, 1/359-365) :-
i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85-90 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman

perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.
iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga

akhirnya
vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari

(tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar
solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari
atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari
sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3
hari.

Jamak tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain
seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie
tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali,
Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa
contoh keadaan yang di benarkan untuk di Jamak kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa
Adillatuhu, 2/1375)

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 22

Isu 2

Bolehkah jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman
sendiri?(Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

Jawapan
a. Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor

atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya
(ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira
bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari
3 hari.
b. Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung
isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar
apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami
berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, keluar
dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.
c. Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga
tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL
Adapun kenyataan "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah
syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat
sebab-sebab yang di sebutkan di atas.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 23

Isu 3
Solat Jamak dan Qasar Bagi Seorang Pelaut/Pelayar yang berulang alik dari Malaysia ke
Jepun, Korea, Taiwan dan China setiap dua minggu selama enam bulan. Adakah boleh
melakukan jamak dan qasar setiap masa sepanjang tempoh enam bulan tersebut.

Jawapan
Sepanjang tempoh perjalanan di atas kapal, seseorang boleh melakukan solat secara
jamak dan qasar.Manakala apabila sampai ke destinasi seperti di Jepun, Korea, atau

China, maka hukum jamak dan qasar adalah tertakluk kepada status seseorang itu
samada dikira bermukim atau bermusafir.

Menurut Mazhab Syafie, sekiranya seseorang berniat untuk menetap di satu-satu tempat
selama empat hari empat malam, maka dia dikira bermukim di tempat tersebut, dan
terhentilah segala hukum-hakam musafir. Dengan itu, dia tidak lagi boleh mengambil
rukhsah jamak dan qasar solat.

Dalam kes di mana sekiranya tempoh berada di pelabuhan adalah dua minggu, maka ia
sudah dikira melebihi tempoh musafir dan seseorang itu tidak lagi berhak mengambil
rukhash jamak dan qasar menurut mazhab Syafie. Tetapi sekiranya tempoh perhentian
di sana adalah kurang daripada empat hari empat malam, dia masih boleh mengambil
rukhsah untuk melakukan jamak dan qasar.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 24

Isu 4

Jarak tempat tinggal iaitu rumah dengan pejabat adalah lebih kurang 140 km. Hampir
setiap hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat berulang-alik. Adakah dibolehkan
melakukan solat jamak qasar terutamanya pada waktu zohor dan asar pada hari bekerja.

Jawapan :

Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah. Ia
merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat islam agar mereka boleh
menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada.

Al-Khatib Al-Syarbini ketika menjelaskan berkenaan dengan syarat yang membolehkan
untuk qasar dan jamak, beliau mengatakan permusafiran tersebut mestilah bukan
dengan tujuan maksiat. Sama ada yang wajib seperti bermusafir untik menunaikan haji
ataupun yang mandub seperti menziarahi kubur Nabi SAW ataupun yang harus seperti
bermusafir untuk perniagaan. (Rujuk al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’(2/384)

Berdasarkan pernyataan di atas, dibolehkan untuk menqasarkan dan menjamakkan solat
pada hari bekerja kerana telah memenuhi syarat-syarat utama qasar dan jamak iaitu

perjalanan melebihi 2 marhalah dan tujuan perjalanan adalah tujuan yang harus. Harus
diingatkan, solat jamak dan qasar hanya boleh dilakukan di tempat kerja ataupun ketika
dalam perjalanan. Adapun ketika sampai di kawasan permukiman tidak boleh untuk
mengambil rukhsah tersebut dan perlu dilakukan solat secara sempurna.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 25

UNIT 3.0 : MUALAMAT

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:

1. Mengenalpasti bentuk-bentuk jual beli dalam Islam
2. Menerangkan bentuk -bentuk muamalat yang bertentangan dengan syarak.
3. Menjelaskan isu-isu semasa dalam muamalat Islam.

3.1 SYARAT JUAL BELI

Jual beli dari segi bahasa bermaksud pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Manakala dari segi istilah syarak bermaksud menukar harta atau benda yang mempunyai
nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan
Kabul. Dalil-dalil keharusan dan kesahihan menurut syarak, dalil al-Qur’an dan al-
Sunnah:

1. Firman Allah SWT:

‫َوأَ َح َّل ٱََّّللُ ٱلْبَْي َع َو َحَّرَم ٱل ِربَ ٰوا‬

Maksudnya:"Dan Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
Surah al-Baqarah (1):275

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 26

Firman Allah SWT:

‫ََي أَُيّ َها اَلّ ِذي َن آَمنُواْ لاَ ََتْ ُكلُواْ أَْمَوالَ ُك ْم بَْينَ ُك ْم بِالْبَا ِط ِل إِلَاّ أَن تَ ُكو َن ِِتَاَرةً عَن تََرا ٍض‬
‫ِمن ُك ْم‬

Maksudnya: "Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu
dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada
engkau."

Surah al-Nisaa' (3):29

2. Al-Sunnah, Sabda Nabi Muhammada SAW:

‫رضي الله عنه‬- ‫َح َّدثَنَا ُمو َسى َح َّدثَنَا ُوَهْي ٌب َح َّدثَنَا ِه َشاٌم َع ْن أَبِيِه َع ِن الُّزبَِْْي بْ ِن الَْعَّواِم‬
‫ «لأَ ْن ََيْ ُخ َذ أَ َح ُدُك ْم َحْبلَهُ فَيَأِِْتَ ِِبُْزَمِة اْْلَطَ ِب‬:‫ قَا َل‬-‫ َع ِن الَنِِّب َصَلّى اََّّللُ َعلَْيِه َو َسَلّ َم‬-
ُ‫ َخْْيٌ لَهُ ِم ْن أَ ْن يَ ْسأََل الَنّا َس أَ ْعطَْوهُ أَْو َمنَعُوه‬،ُ‫َعلَى ظَْه ِرهِ فَيَبِيَعَها فَيَ ُك َّف اََّّللُ ِِبَا َو ْجَهه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil
talinya, lalu dia memikul seikat kayu api diatas belakangnya kemudian
menjualnya, dengan itu Allah SWT memelihara wajahnya (maruahnya)
adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas kasihan orang ramai,
samada mereka memberi kepadany atau tidak.”
Ciri-ciri yang menentukan Sah atau Tidak Sah sesuatu amalan atau pekerjaan.
Tanpa syarat yang sempurna maka tidak sah amalan berkenaan sekalipun
dengan ada rukun yang lengkap padanya, umpamanya si penjual seorang yang
gila, maka tidak sah jual beli tersebut oleh kerana syarat sah jual beli hendaklah
kedua belah pihak terdiri dari orang yang berakal. Pembahagian Jual Beli seperti
di atas memberi kesan kepada pemindahan Hak Milik penjual kepada pembeli dan
sebaliknya yang mana hanya pemindahan Hak Milik dari Akad Jual Beli yang sah
sahaja diakui oleh Syarak.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 27

Antara syarat umum yang dibincangkan dalam Kitab Fiqh dan Perundangan Islam
Jilid IV ialah kontrak jual beli itu hendaklah tidak mengandungi salah satu daripada
enam kecacatan berikut:
i. Kejahilan
Kejahilan bermaksud kejahilan yang banyak atau kejahilan yang boleh membawa
kepada perbalahan yang tidak boleh diselesaikan. Contohnya seseorang menjual
seekor kambing daripada satu kumpulan kambing dan terdapat empat kejahilan disini:

- Kejahilan dari segi jenis barang atau kumpulan atau kadar oleh pembeli.
- Kejahilan dari segi jenis atau kumpulan atau kadar.
- Kejahilan tentang tempoh seperti tempoh bayaran yang ditangguhkan.
- Kejahilan tentang cara-cara jaminan.

ii. Paksaaan
- Paksaan sempurna iaitu menyebabkan orang yang dipaksa mendapati
dirinya terpaksa melakukan apa yang disuruh. Keadaan ini berlaku akibat
ancaman bunuh atau pukul yang merosakkan anggota.
- Paksaan yang tidak sempurna iaitu ancaman seperti memenjara,
penganiayaan tidak dinaikkan pangkat atau turun pangkat.

iii. Penangguhan
Penangguhan bermaksud menagguhkan penjualan sesuatu barang dalam
sesuatu tempohseperti dia berkata “aku jual baju ini dalam tempoh sebulan atau
setahun” maka jual beli ini adalah rosak kerana kerana pemilikan barang tidak
menerima penangguhan.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 28

iv. Tipu (Gharar)
Tipu bermaksud penipuan tentang sifat barang yang dijual. Contohnya menjual
lembu betina yang dikatakan dapat mengeluarkan susu sekian kilo. Sifat seperti
ini diragui kerana susunya mungkin kurang.

v. Bencana (Darar)
Darar ialah penyerahan bayaran yang dijual tidak mungkin dapat dibuat kecuali
akan mengakibatkan bencana (kerosakan atau kerugian) kepada penjual pada
harta miliknya yang lain daripada yag dijual. Contoh Si A menjual semeter kain
yang tidak boleh dipotong kecuali merosakkan keseluruhannya. Maka
perlaksanaan kontrak ini akan merosakkan harta baki yang berkaitan dengannya
yang tidak dijual itu. Ahli-ahli fiqh mengakui bahawa sekiranya penjual sanggup
melaksanaan kontrak itu maka bencana itu ditangguhkan olehnya maka kontrak
itu bertukar menjadi sah.

vi. Syarat yang merosakkan (mufsid)
Syarat yang merosakkan ialah syarat yang memberi manfaat kepada salah satu
pihak yang berkontrak sahaja sedangkan syarat tersebut tidak ditetapkan oleh
syarak atau tidak diamalkan oleh ‘uruf atau tidak menjadi keperluan kontrak
ataupun tidak sesuai dengan kehendak kontrak. Contohnya Si A menjual kereta
dengan syarat dia menggunakannya selama sebulan selepas tarikh penjualan itu.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 29

3.2 RUKUN JUAL BELI

Rukun merupakan ciri terpenting bagi wujudnya sesuatu amalan atau pekerjaan.
Dengan wujudnya rukun maka wujudlah amalan itu dan dengan ketiadaan rukun tidak
wujudlah amalan tersebut umpamanya tanpa pembeli tidak wujudlah Jual Beli. Rukun
jual beli adalah seperti berikut:

1. Syarat-syarat penjual dan pemberli:
i. Baliqh dan berakal.
ii. Tidak bankrap atau bodoh.

iii. Tidak dipaksa.
iv. Beragama Islam.
v. Merdeka.
vi. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.
- Hendaklah kedua-duanya terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawab iaitu
sempurna akal fikiran, cukup umur, pintar. Bagi mereka yang tidak memenuhi
syarat ini seperti; orang gila, kanak-kanak, dan yang lemah akal maka hendaklah
bapa atau penjaga mereka menjalankan upacara Jual Beli itu bagi pihak mereka.
- Tidak disekat dari menguruskan mua’amalat. Mereka yang disekat dari
menguruskan mua’amalat ialah orang yang safih iaitu membelanjakan hartanya
dengan cara membazir atau tidak munasabah, dan muflis iaitu orang yang disekat
dari menjalankan mua’amalat kerana hutang yang berlebihan atau bankrap.
- Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan Akad tersebut, oleh
kerana keredhaan atau kerelaan adalah menjadi dasar Jual Beli dalam Islam.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 30

2. Harga serta barang yang dijual dan dibeli
- Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
- barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
- Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.

Sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah SAW telah melarang dari menjual
jualan secara tipu daya."
- Barang yang hendak dijual mestilah ada pada masa akad dijalankan
sekalipun tidak dihadirkan barang itu di Majlis Akad (kecuali Jual Salam).
- Pada asalnya jual beli adalah secara tunai, akan tetapi setelah
menempuhi beberapa masalah dan perubahan dalam masyarakat maka
munculnya Jual Salam iaitu jualan dengan ditangguh penyerahan barang
hingga pada masa tertentu, dan jualan Dengan Bayaran Harga Tangguh.

- Sejak masa kebelakangan ini kita berhadapan dengan satu lagi jenis jual
beli, yang mana barang yang hendak dijual belum ada di waktu Akad dan
akad diproses berikutan dengan Akad tersebut, dan sebahagian dari
harganya dibayar semasas Akad adapun yang bakinya dibayar sewaktu
penyerahan barang atau semasa barang itu diproses dengan cara
berperingkat, maka jualan seperti ini dinamakan iaitu : Tempahan dan
hukumnya adalah Sah.

- Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli. Oleh yang
demikian tidak sah menjual barang yang tidak dimiliki oleh si penjual sama
ada barang tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa, seperti burung yang
sedang terbang bebas, atau yang dimiliki oleh orang lain; jualan ini
terkenal dengan nama Al Fudhuli, kecuali jika diwakili oleh tuannya untuk
dijual.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 31

- Barang itu terdiri dari Harta yang bernilai. Dimaksudkan dengan “harta
yang bernilai” ialah sesuatu barang yang boleh memberi manfaat kepada
pemberi atau orang lain sama ada semasa membelinya atau di masa
akan datang, dan penilaian tersebut diakui oleh Syarak, oleh itu tidak sah
jual beli bahan najis yang tidak boleh dibersihkan seperti arak dan
sebagainya dan bahan yang diharamkan, oleh kerana bahan, najis dan
bahan yang haram tidak dianggap harta di sisi Syarak, begitu juga bahan
yang tidak ada manfaat.

- Barang itu adalah jelas pada pengetahuan pihak pembeli sama ada
dilihatnya atau contohnya semasa Akad atau sebelumnya, sekiranya
barang itu tidak mungkin berubah sifat, atau dengan dijelaskan sifatnya
semasa Akad.

3. Syarat Bagi Harga
- Harga barang yang dijual hendaklah disebut semasa Akad.
- Hendaklah dijelaskan jenis matawang kecuali jika wang tersebut dilihat
semasa Akad, maka memadai dengan ditunjuk sahaja.

- Boleh dijual barang dengan bayaran harga tangguh dengan syarat:
▪ Jelas tempoh pembayaran dan cara-caranya.
▪ Permulaan tempoh dikira dari tarikh penyerahan barang yang dijual
▪ Tidak boleh diikatkan tempoh kepada musim yang tidak tetap.

4. Sighah (lafaz penjual), Qabul (lafaz pembeli)
- Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
- Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
- Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari
segi lafaznya.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 32

- Tidak boleh dihadkan waktunya.
- Tidak boleh bertakliq.

3.3 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN JUAL BELI

Sesuatu urusan jual beli boleh terbatal apabila ada perkara-perkara yang meragukan
dalam ursan tersebut. Antaranya ialah apabila kecacatan pada salah satu rukun atau
barang yang hendak dijual. Berikut adalah diantara jenis-jenis jual beli yang batal:

1. Jual beli barang yang tidak ada.

Imam-imam mazhab yang empat sependapat mengatakan tidak sah berkontrak ke
atas barang yang tidak ada dan yang mungkin tidak ada. Contohnya penjualan anak
binatang kepada anak binatang yang akan lahir iaitu anak binatang yang masih dalam
kandungan. Contoh lain yang boleh dilihat ialah seperti menjual mutiara dalam tiram.
Disisi Jumhur ahli fiqh, jualan sedemikian adalah tidak harus disebabkan barang
kontrak tidak ada. Juga kerana terdapat Riwayat daripada Ibn Abbas RA yang
mengatakan “Rasulullah SAW melarang penjualan buah sehingga ia boleh dimakan,
melarang penjualan bulu di atas tubuh binatang dan melarang penjualan susu didalam
tetek susu”.

2. Penjualan barang yang tidak boleh diserahkan
Jumhur Ulama Mazhab Hanafi berpendapat bahawa tidak sah kontrak jual beli
barang yang tidak boleh diserahkan ketika kontrak biarpun barang itu dimilik.
Contohnya penjualan burung yang terlepas daripada tangan pemiliknya. Jual beli
tersebut adalah batal. Jika burung tersebut dapat ditangkap semula makai a perlu
dibuat tawaran dan penerimaan baharu kecualilah jika kedua-duanya dalam kes

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 33

ini reda meredai. Begitu juga dengan pandangan daripada Mazhab ulama Syafie
dan Hambali, tidak harus(tidak sah) jual beli barang yang tidak boleh diserahkan
seperti penjualan burung di udara atau harta yang dirampas dan masih berada di
dalam tangan perampas.

3.4 ISU-ISU DALAM MUAMALAT

Dewasa ini banyak kes-kes penipuan dalam urusniaga jual beli. Kamus Pelajar Edisi
kedua, mendifinisikan penipuan sebagai perbuatan atau hal menipu. Berdasarkan
Macmillan Dictionary, Scammer (penipuan) bermaksud “Someone who tries to cheat
people, especially by tricking them into paying for non-existent goods or services”.

Secara umumnya, penipuan dalam perniagaan adalah perbuatan menipu sama ada oleh
individu atau syarikat yang mengatakan mereka mempunyai produk, pelaburan atau
perkhidmatan. Islam amat melarang penipuan dalam perniagaan. Islam telah
menggariskan perniagaan yang dibolehkan atau tidak dibolehkan. Kitab Fiqh dan
Perundangan Islam (terjemahan Md. Akhir et.al 1995), menyimpulkan bahawa untuk
menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu dibolehkan atau tidak, mestilah mengikut
syariat Islam. Menurut huraian kitab tersebut, penentuan itu boleh dibuat dengan meneliti
dua faktor yang besar iaitu jenis produk yang diniagakan dan aktiviti perniagaan yang
dijalankan.

Sekiranya produk yang diniagakan seperti menjual daging khinzir, memproses arak,
menjual produk judi atau seumpamanya ianya adalah haram disisi Islam. Ini bermakna
perniagaan itu juga adalah haram pada keseluruhannya.

Begitu juga peniaga yang meniagakan produk yang halal tetapi majoriti aktivitinya
bercanggah dengan syariat Islam seperti produk perbankan yang pada asasnya adalah
harus, tetapi aktivitinya yang melibatkan riba, maka perniagaan itu adalah haram.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 34

Bagi Yusuf al-Qardawi, beliau meletakkan prinsip-prinsip halal dan haram seseuatu
perniagaan berdasarkan sebelas perkara seperti berikut:

1. Prinsip asas adalah perkara-perkara yang dibenarkan.
2. Menentukan dibenarkan atau dilarang adalah hak Allah SWT sahaja.
3. Melarang yang halal dan membenarkan yang haram adalah sama dengan

melakukan syirik.
4. Larangan sesuatu itu bergantung pada ketidaksuciannya dan bahayanya.
5. Apa yang halal mencukupi, sementara yang haram adalah berlebihan.
6. Apa sahaja yang membawa kepada yang haram adalah haram.
7. Niat yang baik tidak akan boleh menghalalkan yang haram.
8. Perkara-perkara yang syubhat perlu dielakkan.
9. Perkara yang haram adalah dilarang kepada sesiapa sahaja.
10. Dalam keadaan yang terdesak membenarkan pengecualian.

3.4.1 PENIPUAN SCAMMER

Penipuan sammer adalah salah satu jenayah siber yang wujud pada zaman sekarang
yang merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis
peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan

sesebuah perlakuan jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu atau
sekumpulan orang serta mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara
yang lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad batasan.

Penipuan scammer adalah merupakan antara jenayah-jenayah yang berlaku di Malaysia.
Berikut adalah berberapa bentuk penipuan scammer berdasarkan realiti jenayah siber di
Malaysia:

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 35

1. Hacking
Hacking atau penggodaman merupakan suatu tindakan mengakses sesebuah komputer
tanpa mendapat sebarang kebenaran atau izin dari pihak bertanggungjawab yang
ditugaskan mahupun kebenaran daripada pemilik sesebuah komputer. Penggodaman
kebiasaannya dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi berkenaan dengan ilmu pengaturcaraan komputer yang membolehkan
mereka untuk melakukan penggodaman dengan mencari di manakah titik kelemahan
sesebuah komputer mahupun perisian yang membolehkan baginya untuk menceroboh
sistem keselamatan serta mengakses sistem tersebut. Apabila seseorang penggodam
(hackers) berjaya menceroboh mahupun melumpuhkan sesebuah sistem komputer,
kebiasaannya mereka akan menyalin maklumat- maklumat sulit dan penting, memadam
atau mengubahsuai mana-mana kandungan maklumat atau sistem program yang
tersimpan di dalam sesebuah komputer mahupun yang lebih parah lagi apabila mereka
mencuri wang atau membuat pesanan barang melalui sistem computer yang dicerobohi
dan barang tersebut dihantar kepada mereka sendiri.

Kesan yang buruk jelas kelihatan daripada penggodaman ini apabila ia menyebabkan
kerugian besar dari segi kewangan dan kehilangan harta benda yang besar yang
terpaksa ditanggung oleh mangsa apabila penggodaman tersebut turut melibatkan
pengalihan wang atau harta benda dari sesebuah institusi kewangan atau perbankan
elektronik mahupun pasar dalam talian (online shop).Namun, tidak semua penggodam
melakukan penggodaman dengan niat untuk mencuri wang, terdapat juga segelintir

penggodam yang melakukan penggodaman hanya kerana ingin menguji “kehandalan”
mereka dalam menembusi sistem keselamatan sesebuah komputer mahupun perisian
tanpa mencuri sebarang maklumat mahupun wang.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 36

2. Pemindahan wang secara haram
Pemindahan wang secara haram adalah pengalihan wang daripada sesebuah akaun
simpanan individu atau sesebuah organisasi ke dalam akaun bank pihak lain mahupun
diri individu yang melakukan tindakan tersebut. Jenayah ini lebih bersifat kepada jenayah
pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepada seseorang
individu yang telah diamanahkan untuk menjaga harta atau kerahsiaan yang
sepatutnya. Antara kes terawal yang berlaku di dalam negara ini yang pernah dilaporkan
adalah apabila seorang lepasan institusi pengajian tinggi tempatan yang bernama Aman
Syah telah berjaya memperoleh jutaan ringgit dengan hanya melakukan pemindahan
dividen bagi setiap pemegang akaun salah sebuah bank ke dalam akaun dirinya dan
dia mampu menikmati kehidupan yang mewah hasil daripada kegiatan jenayah yang
dilakukannya.

Pemindahan wang secara haram ini bermaksud berlakunya pemindahan wang oleh
orang yang tidak mempunyai kebenaran atau kuasa untuk mengakses ke dalam akaun
milik perseorangan mahupun individu dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun
dirinya mahupun akaun individu yang lain dengan niat untuk memiliki wang tersebut.
Pemindahan wang secara haram ini sering berlaku kepada pengguna-pengguna sistem
perbankan elektronik dan ia berlaku sama ada berlakunya pencerobohan ke atas akaun

mereka atau berlakunya pecah amanah atau khianat yang dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab.

3. Phishing
Phishing bermula pada tahun 1996 oleh penggodam-penggodam yang mencuri kata
laluan dan akaun America Onlines. Phishing merupakan suatu cubaan bersifat jenayah
yang melibatkan penipuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat sensitif seperti nama
pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah
entiti yang boleh seperti email, dengan menghantar email palsu yang hampir

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 37

menyerupai daripada organisasi- organisasi perbankan elektronik yang sah secara rawak
kepada mangsa dengan menyamar sebagai wakil sah daripada pihak perbankan
elektronik melalui penghantaran notis yang meminta mangsa untuk mengisi butiran diri
yang bersifat sensitif dan sulit seperti nombor akaun pemilik, nama pengguna mahupun
kata laluan di bagi tujuan pengemaskinian akaun mahupun penyelenggaraan laman web
pihak bank institusi kewangan terbabit.

Kebiasaannya bersama-sama email mahupun notis elektronik yang diberi, penjenayah
siber akan memberikan sebuah hyperlink(pautan) yang akan membawa mangsa kepada
laman web palsu yang direka khas seolah-olah laman web perbankan elektronik dalam
talian yang sah tanpa disedari oleh mangsa dan akhirnya berlaku kecurian identiti
(identity theft) yang akhirnya menyebabkan pelbagai masalah bakal berlaku terhadap
mangsa seperti kerugian besar dalam bentuk kewangan, kecurian identiti mahupun
halangan dalam melakukan capaian(akses) kepada akaun email atau perbankan
elektronik mereka.

4. Penipuan Siber (Internet Fraud)

Penipuan siber merujuk kepada penipuan yang berlaku dengan menggunakan instrumen
komputer mahupun menjadikan lama siber dalam menjalankan aktiviti jenayah dan
berbeza dengan jenayah penipuan yang tidak menggunakan komputer.20 Seiring
dengan kemajuan internet, pelbagai urusan perniagaan dan perdagangan mula
beroperasi dengan kemunculan pelbagai laman-laman jualan atas talian serta pasar
elektronik sama ada di laman web mahupun laman media sosial seperti Facebook.

Pelbagai barangan diperdagangkan sama ada yang melibatkan nilai yang rendah
sehingga yang melibatkan jutaan ringgit dan urusan perdagangan dijalankan sama
ada pembeli melakukan pembayaran penuh mahupun membayar deposit kepada
penjual dan setelah itu pesanan mereka akan diproses dan dihantar mahupun dengan
cara cash on delivery.

Namun begitu tidak semua urus niaga secara dalam talian dilakukan dengan jujur kerana
terdapat banyak kes berkenaan penipuan dalam perdagangan dalam talian yang
dilaporkan yang melibatkan kerugian yang amat besar. Kebanyakan mangsa melaporkan

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 38

bahawa mereka ditipu oleh penjual sama ada barangan yang dipesan mereka tidak
sampai mahupun mereka menerima barangan yang tidak sama seperti yang dipesan oleh
mereka dan penjual gagal dihubungi dan terus lesap bersama wang mereka dan
kebanyakan penipuan dilaporkan berlaku menerusi jualan di laman media sosial.
Pernah dilaporkan di mana terdapat seorang pembeli yang ditipu oleh penjual ketika
melakukan pembelian tiga telefon bimbit secara dalam talian yang mengalami kerugian
RM3,250 apabila hanya menerima lesung batu yang dikirim oleh penjual. Penipuan siber
kebiasaannya melibatkan transaksi wang serta urusan jual beli barangan serta produk
yang dijual dan kadangkala ia amat sulit untuk dikesan kerana penjenayah sering
memberikan maklumat palsu mengenai butiran diri mereka serta nombor akaun orang
lain dalam menjalankan aktiviti jenayah mereka

3.4.2 PENIPUAN PRODUK KESIHATAN

Kesihatan ditakrifkan kepada keadaan atau gaya hidup yang berorientasi ke arah
pencegahan masalah kesihatan sehingga memiliki kehidupan yang berkualiti. Hidup sihat
merupakan faktor utama bagi setiap manusia, masyarakat sudah mulai sedar dan
membekalkan kesihatannya dengan makanan, minuman serta suplemen tambahan yang
berkualiti. Justeru munculnya industri produk kesihatan adalah bagi memenuhi keperluan
kesihatan masyarakat hari ini. (Badrul Redzuan; 2015).

Sebelum kita membincangkan penipuan-penipuan yang berlaku dalam produk kesihatan
adalah lebih baik kita mengenali berkaitan produk-produk kesihatan. Produk kesihatan
adalah produk yang dicipta khas bagi meningkatkan kesihatan seseorang. Namun, kita
harus mengetahui sama ada produk kesihatan yang diambil itu termasuk dalam kategori
ubat atau makanan. Namun demikian sebagai pengguna kita perlu meneliti produk-
produk kesihatan dipasaran terlebih dahulu sebelum membelinya. Ini kerana ia boleh

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 39

menjejaskan kesihatan tubuh badan sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang,
hati, saraf dan sebagainya

Terdapat dua cara produk dikategorikan iaitu:

a. Produk makanan berada di bawah pemantauan Bahagian Keselamatan dan kualiti
makanan (BKKM) yang merupakan sebahagian daripada KKM. Sama juga seperti
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara
(NPRA). Sebelum masuk ke pasaran Malaysia, pengasas atau pengeluar produk
yang ingin dipasarkan di Malaysia digalakkan untuk mendapatkan status
pengkelasan produk sama ada produk tersebut masuk dalam kategori
farmaseutikal atau produk makanan.

b. Pengkelasan produk akan dilakukan oleh NPRA. Produk tersebut perlu berdaftar
dengan KKM, jika produk tersebut masuk dalam kategori produk farmaseutikal
seperti ubat-ubatan, nutraceutical (supplement) dan produk kesihatan tradisional.
Jika produk tersebut dikelaskan sebagai produk makanan pula, pengasas/
pengeluar akan dinasihatkan untuk merujuk BKKM dan tidak perlu berdaftar
dengan KKM.

Cara untuk membezakan antara produk makanan yang tidak perlu berdaftar dengan KKM
dan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan KKM iaitu :
a. Produk dalam bentuk dosej Farmaseutikal.

Apa-apa produk dalam bentuk farmaseutikal seperti kapsul, tablet, softgel, cecair
(sirap), semburan, titis, sapuan, suntikan, suppository, pessary dan lain-lain perlu
berdaftar dengan KKM. Sebagai contoh, Minyak zaitun yang dikapsulkan perlu
berdaftar dengan KKM tetapi minyak zaitun untuk memasak tidak perlu berdaftar
dengan KKM.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 40

b. Memiliki tuntutan perubatan

Apa-apa produk yang mempunyai tuntutan perubatan pada packaging atau leftlet
perlu berdaftar dengan KKM. Sebagai contoh minyak zaitun yang mempunyai
tujuan perubatan seperti yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum
perlu berdaftar dengan KKM, walaupun dalam bentuk cecair dan tidak
dikapsulkan. tetapi minyak zaitun untuk memasak tanpa sebarang tuntutan
perubatan tidak perlu berdaftar dengan KKM walaupun bentuk mereka sama iaitu
cecair.

c. Mengandungi campuran bahan aktif

Apa-apa produk yang mengandungi campuran bahan aktif, bahan herba, nutrient
dan lain-lain perlu berdaftar dengan KKM manakala produk yang hanya
mempunyai bahan makanan tidak perlu. Sebagai contoh ekstrak buah-buahan
yang dicampurkan dengan 1000mg vitamin C & E perlu berdaftar dengan KKM
manakala produk ekstrak buah-buahan tidak perlu berdaftar dengan KKM.

d. Mempunyai kandungan daripada Negative List For Food

Apa-apa produk yang mengandungi kandungan daripada senarai "Negative List
For Food" perlu berdaftar dengan KKM sebagai produk kesihatan dan tidak akan
dikelaskan sebagai produk makanan tanpa mengira bagaimana bentuk produk
tersebut. Sebagai contoh antara yang terkenal adalah mutiara, gamat, glutathione,
hyaluronic acid dan sebagainya.

e. Iklan tuntutan perubatan.

Produk makanan tidak boleh diiklankan atau dipromosikan dapat merawat dan
menyembuhkan penyakit. Produk kesihatan pula boleh diikalankan atau
dipromosikan dengan tuntutan perubatan, tetapi sesuai dengan kegunaan
produk tersebut dan tidak melanggar garis panduan pengiklanan dan mendapat
kebenaran Lembaga Iklan Ubat.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 41

3.4.1.1 PENIPUAN DALAM PRODUK KESIHATAN

Garis panduan yang telah dibincang sebelum ini adalah sebagai panduan bagi mengelak
seseorang individu terkena jerat daripada mereka yang melakukan penipuan dalam
menjual produk kesihatan. Lambakan produk kesihatan dan kecantikan sama ada di
kedai-kedai kosmetik mahupun melalui platform media sosial sememangnya rancak
dipromosikan.

Apa yang membimbangkan, apabila kuasa penggunaan ayat telah dimanipulasikan
hingga mampu mempengaruhi pemikiran sesiapa. Antara perkataan paling popular kerap
digunakan ialah 'mujarab', 'power', 'kehebatan luar biasa' dan seumpamanya
sememangnya mampu 'mencairkan' dan menjadi magnet penarik pelanggan. "Produk-
produk pseudosains atau palsu yang diiklankan dikatakan mampu menyembuhkan 1,001
penyakit. Pelbagai lagi dakwaan kehebatan luar biasa produk yang dijual mereka.

"Lebih bingung, dakwaan keberkesanannya hanya bersandarkan kepada testimoni
semata-mata. Ia sebenarnya bukan bukti saintifik melalui penyelidikan makmal atau
secara klinikal. Inilah yang dinamakan 'scam kesihatan'. Sebelum ini, perkataan 'scam'
hanya dikaitkan dengan penipuan wang. Ironinya, 'scam kesihatan' telah wujud beratus
tahun lagi namun semakin cepat berkembang pada era informasi di hujung jari. Yang
pasti, produk atau servis yang dipromosikan tidak terbukti secara kaedah saintifik, tidak
selamat dan tidak efektif untuk menyelesaikan masalah pesakit. Berikut adalah taktik

'pukau' 'scam kesihatan' atau penipuan dalam produk kesihatan yang sentiasa
mempengaruhi masyarkat yang kurang berpengetahuan:

a. Satu produk penawar banyak penyakit

Produk atau servis yang ditawarkan dikatakan berupaya menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit. Ada iklan menerusi laman sosial yang mendakwa 'produk ajaib'

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 42

mereka mampu menyembuhkan penyakit kanser, penyakit kronik seperti kencing
manis, penyakit sendi, penyakit berjangkit seperti HIV, hepatisis dan bermacam-
macam lagi.

Sudah pasti, produk sebegitu satu pembohongan dan tiada kajian langsung
tentang keberkesanannya. Produk tersebut hanya berdasarkan petua-petua orang
zaman dahulu atau bersandarkan kepada mitos kesihatan semata-mata.

b. Hanya bersandarkan testimoni

Produk tersebut gagal menunjukkan kajian makmal atau klinikal. Peniaga hanya
akan berulang kali menunjukkan kejayaan testimoni pengguna. Persoalannya,
berapa banyak pula testimoni kegagalan produk mereka? Adakah sahih testimoni
tersebut daripada pengguna sendiri atau direkacipta untuk melariskan jualan?

c. Penyembuhan segera

Sesetengah rawatan perubatan moden mengambil masa yang lama untuk
sembuh atau berada dalam keadaan terkawal. Kebanyakan penyakit seperti
kanser, kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan
banyak lagi. Oleh itu, berhati-hati jika ada produk atau servis yang menawarkan
penyembuhan ekspres. Taktik ayatnya, 'boleh hilangkan berat badan 30kg dalam
masa tujuh hari', 'bebas kencing manis dalam masa seminggu', 'kanser sembuh
dalam masa singkat' dan seumpamanya.

d. Produk 100 peratus alami (alam semulajadi)

Kebanyakan agensi kesihatan sama ada dalam dan luar negara telah
membuktikan kebanyakan produk 'scam kesihatan' mengandungi bahan terlarang
pada dos merbahaya. Bahan kimia tersebut boleh meragut nyawa pengguna.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 43

3.4.3 SIJIL PALSU

Peranan keterangan Islam adalah untuk menzahirkan kebenaran bagi memastikan hakim
di mahkamah memutuskan hukuman dengan adil dan tepat. Menurut Ibn Qayyim (2002),
keterangan Islam merujuk kepada satu istilah setiap tindakan untuk menjelaskan sesuatu
kebenaran dan menzahirkannya di hadapan hakim. Kesalahan pemalsuan itu berlaku
apabila memenuhi tiga asas-asas berikut, iaitu mengubah kandungan sebenar dengan
maksud untuk menipu dalam apa-apa cara yang diperuntukkan oleh undang-undang, dan
niat untuk melakukan jenayah, dan hasil tindakan tersebut mendatangkan kesan buruk
kepada pihak- pihak tertentu.

3.4.3.1 Bentuk-Bentuk Pemalsuan Dokumen

Bentuk-bentuk pemalsuan dokumen tidak bersifat tetap dan amat sukar untuk dikesan
kerana ia berubah-ubah mengikut peredaran masa dan kemudahan semasa. Namun
secara teorinya bentuk-bentuk pemalsuan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
pemalsuan secara jelas (maddi) dan tidak jelas (maknawi).

a. Bentuk-bentuk Pemalsuan Secara Jelas (al-Maddi)

Pemalsuan secara jelas dan terang-terangan (al-Maddi) bermaksud perubahan yang
dibuat oleh seseorang terhadap sesuatu dokumen secara jelas dan perubahan tersebut
meninggalkan kesan yang nyata dan dapat dilihat. Contoh pemalsuan secara jelas dan
terang-terangan (al- Maddi) meniru tulisan atau tandatangan orang lain. Dewasa ini,
pemalsuan secara jelas dapat dilihat dalam beberapa bentuk antaranya pemalsuan
secara pindaan, pemalsuan secara menghapus atau menokok tambah maklumat dan
pemalsuan cap.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 44

Pemalsuan secara pindaan dilakukan secara terus atau secara langsung dan pindaan
secara tidak terus atau tidak langsung. Pindaan dilakukan secara terus atau secara
langsung dibuat dengan cara peniruan tulisan atau pemindahan tandatangan dan
sebagainya. Kadangkala pemalsuan bentuk ini amat mengelirukan pandangan dalam
membezakan antara dokumen asal atau palsu. Bentuk peniruan ini boleh dilakukan
dengan menggunakan kertas karbon yang apabila ditulis akan meningggalkan kesan
kepada kertas yang berada di bawahnya. Terdapat banyak lagi cara lain yang dibuat
untuk meniru dan memalsukan dokumen secara langsung.

Manakala pindaan secara tidak terus atau tidak langsung adalah pemindahan palsu
tulisan atau tandatangan dari dokumen asal kepada dokumen palsu. Pemalsuan bentuk
ini sebenarnya hampir sama dengan peniruan secara langsung, tetapi ia berbeza sedikit
dari segi caranya. Pemalsuan bentuk ini akan menggunakan perantara dalam
pemindahan data, terutamanya mereka yang tidak boleh memindahkan secara langsung.
Sebagai contoh menulis secara menekan di atas tulisan dokumen asal sehingga
memberi kesan kepada kertas dibawahnya, tandatangan menggunakan kertas telus atau
karbon yang diletakkan di bawah dokumen asal atau membuat pengimejan dengan
menggunakan kamera, fotostat dan memindahkannya ke atas kertas lain yang kelihatan
seolah-olah dari kertas yang asal.

Selain itu juga, pemalsuan dokumen secara jelas berlaku secara menghapus atau
menokok tambah maklumat. Penghapusan maklumat dalam dokumen dapat dibuat
samada dengan menggunakan pemadam getah biasa atau cecair kimia yang boleh
menghilangkan tulisan tanpa meninggalkan kesan dalam menokok tambah maklumat.
Penambahan maklumat boleh dibuat dengan cara menambah perkataan, frasa, nombor,
tandatangan atau memadamkan sesuatu maklumat dan menggantikan dengan maklumat
yang lain.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 45

Pemalsuan dokumen secara jelas juga berlaku dengan cara pemalsuan cap.
Kebanyakan jabatan, institusi dan syarikat memiliki cap khas sebagai simbol rasmi
perniagaan. Fungsi cap adalah bagi menzahirkan identiti seseorang atau organisasi dan
diturunkan ke atas sesuatu dokumen sama ada ia bersifat rasmi atau persendirian.
Sebelum ini cap kebiasaannya diperbuat dari logam seperti tembaga atau perak. Namun
pada hari ini kebanyakan cap diperbuat daripada plastik atau getah. Pemalsuan cap ini
cukup mudah dibuat iaitu dengan hanya membawa sampel atau contoh cap yang hendak
ditiru atas kertas.
b. Pemalsuan Secara Tidak Jelas (al-maknawi).
Pemalsuan dokumen secara maknawi berlaku dengan mengubah tajuk dan maksud
asal sesuatu dokumen. Pemalsuan dokumen secara maknawi tidak menjejaskan bentuk
secara zahir dokumen, melainkan jika ia diperhatikan secara teliti. Pemalsuan dalam
bentuk ini kebiasaannya berlaku dalam dua bentuk iaitu menukar bebanan atau
tanggungjawab seseorang dan menulis kenyataan palsu.

Keadaan ini kebiasaannya berlaku apabila seseorang pegawai telah mengamanahkan
kepada pekerjanya untuk mencatatkan sesuatu fakta atau keterangan. Namun pekerja
tersebut telah mengubah fakta asal dan fakta yang dipalsukan menjadi seolah-olah ia
benar dan asli. Pemalsuan cara ini kadangkala berlaku juga pada dokumen rasmi yang
kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan dalam jabatan tersebut, kerana ia amat sukar
untuk dilakukan oleh orang luar dari jabatan tersebut. Sebagai contohnya seorang
penterjemah telah mengubah maksud asal dari dokumen yang diterjemahkan seperti
mengubah status cerai dengan talak tiga secara sekaligus kepada talak tiga secara
berasingan, mengubah rekod pinjaman seseorang dengan pihak bank dan sebagainya.

Kajian mendapati antara pemalsuan dokumen yang kerap berlaku adalah seperti
pemalsuan sijil sakit, pemalsuan tandatangan dalam surat rasmi, pemalsuan
memasukkan keterangan palsu dan pemalsuan pengubahan fakta dalam dokumen,
pemalsuan geran pemilikan (hartatanah/kenderaan), pemalsuan dokumen wasiat, hibah,

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 46

waqaf dan sebagainya, pemalsuan sijil kelahiran, pemalsuan kad pengenalan diri dan
pemalsuan surat pendaftaran. Pendapat ini disokong oleh temubual yang telah
dijalankan keatas ketua hakim syarie, peguam syarie, pegawai forensik dan ahli
akademik pemalsuan dokumen yang kerap berlaku di Mahkamah Syariah melibatkan sijil
nikah atau akuan bernikah di luar negara, tandatangan pengizinan isteri pertama dalam
kes poligami, memalsukan maklumat dalam dokumen, surat hibah dan geran tanah.
Pemalsuan dokumen boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif terhadap fizikal,
harta benda, keruntuhan akhlak dan moral serta memberi kesan buruk kepada individu
dan orang awam. Menurut Abu al-Raus & Ahmad (1997), kesan buruk yang
berkemungkinan berlaku kepada fizikal dan harta benda seperti pemalsuan surat pajakan
dengan menyatakan bahawa penyewa telah menjelaskan kepada pemilik sebahagian
sewa atau hutang atau telah menjelaskan kesemuanya, sedangkan apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Keruntuhan nilai akhlak dan moral memberi kesan yang lebih teruk
berbanding penipuan harta benda atau fizikal. Sebagai contoh seseorang telah
memalsukan surat nikah dengan menyatakan bahawa wanita tersebut telah berkahwin
dengannya dan menunjukkan tandatangan wanita yang dimaksudkan dan namanya,
sedangkan wanita tersebut tidak pernah bersetuju apatah lagi untuk menandatangani
dokumen nikah tersebut.

3.4.4 Penjualan barang bukan hak milik

Hukumnya ialah harus kerana dianggap sebagai pekerja atau ejen bagi pemodal. Ia lebih
kepada sifat wakil dalam konsep wakalah. Walaupun begitu, perlu dipastikan tiada unsur
gharar atau penipuan.

Sistem dropship banyak diterapkan masa sekarang oleh para penggiat perniagaan
online. Mereka tidak mesti memiliki barang. Cukup hanya membuat pengiklanan di
website atau blog, sekiranya ada pesanan, mereka terus menghubungi pihak pengeluar

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 47

atau pemborong. Setelah itu pihak pengeluar atau pemborong selaku dropshipper yang
mengirimkan barang terus kepada pembeli. Apakah hukum jual beli dengan sistem

dropship sebegini? Sedangkan bentuknya adalah menjual barang yang tidak dimiliki, dan
ini dilarang dalam hadis. Apakah penyelesaiannya dalam Islam?

Dropshipping adalah teknik pengurusan rantaian kumpulan di mana reseller atau retailer
(penjual runcit) tidak memiliki stok barang. Pihak pengeluar atau pemborong selaku
dropshipper yang seterusnya akan mengirim barang secara terus kepada pelanggan.
Keuntungan diperolehi dari selisih harga antara harga pemborong dan peruncit. Tetapi
beberapa reseller ada yang mendapatkan upah yang disepakati dari penjualan yang nanti
dibayar terus oleh pihak pemborong kepada reseller. Inilah bentuk bisnes yang amat
menarik minat peniaga-peniaga online.

Berikut gambaran mengenai sistem dropshipping:

Barang dipasarkan melalui pasaran online atau dengan hanya memasang ‘display items’
atau ‘katalog. Lalu pihak pembeli melakukan transaksi melalui perniagaan online kepada
reseller dropship. Setelah wang dipindahkan, pihak dropshipper (pemborong) yang
mengirim barang kepada pembeli. Ertinya, pihak reseller sebenarnya tidak memiliki
barang pada waktu tersebut, barangnya ada di pihak pengeluar dan pemborong.

3.4.4.1. Menjual Barang yang Bukan Miliknya

Menjual sesuatu barang yang bukan miliknya adalah adalah dilarang dalam Islam. Ini
kerana di antara syarat jual beli, orang yang melakukan akad adalah sebagai pemilik
barang atau alat tukar, atau bertindak sebagai wakil. Jual beli sebgini berbeza dengan
urusan jual beli yang teah dibincangkan sebelum ini yang mana penjual bertindak sebagai
wakil menjual barang bagi pihak penjual. Jual beli barang yang bukan miliknya telah
termaktub dalam beberapa hadis tentang larangan jual beli tersebut.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 48

Hakim bin Hizam pernah bertanya pada Rasulullah SAW:

‫ََي َر ُسوَل اََّّلِل ََيْتِيِن الَّر ُجلُ فَيَ ْسأَلُِن الْبَْي َع لَْي َس ِعْن ِدي أَبِيعُهُ ِمْنهُ َُُثّ أَبْتَاعُهُ لَهُ ِم ْن ال ُّسوِق‬

‫قَا َل َلا تَبِ ْع َما لَْي َس ِعْن َد َك‬

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia
meminta agar aku menjual kepadanya barang yang belum aku miliki,
dengan terlebih dahulu aku membelinya untuk mereka dari pasar?”
Rasulullah SAW menjawab, “Janganlah engkau menjual sesuatu yang
tidak ada padamu.”

Riwayat Abu Daud (3503), al-Nasaie (4613), al-Tirmidzi (1232) dan Ibn Majah (2187).
Al Albani mengatakan hadis ini sahih

Di antara salah satu bentuk penjualan produk yang belum menjadi milik kita ialah,
penjualan produk yang belum sepenuhnya berlaku penyerahan dan penerimaan
kepada kita, walaupun produk tersebut kita telah beli, dan mungkin pembayaran telah
selesai. Larangan ini berdasarkan hadis Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:

ُ‫َم ِن ابْتَا َع طََعاًما فََلَ يَبِْعهُ َحََّّت يَ ْستَ ْوفِيَه‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang membeli bahan makanan, maka janganlah ia
menjualnya kembali sehingga dia selesai menerimanya.”

Ibn ‘Abbas mengatakan:

ُ‫َوأَ ْح ِس ُب ُك َّل َش ْىٍء ِمثْلَه‬

Maksudnya: “Aku berpendapat bahawa segala sesuatu hukumnya sama dengan bahan
makanan.”

Riwayat al-Bukhari (2136) dan Muslim (1525)

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 49

Ibn Umar mengatakan,

.‫َوُكَنّا نَ ْشََِتى ال َطَّعاَم ِم َن الُّرْكبَا ِن ِجَزافًا فَنَ َهاََن َر ُسوُل اََّّلِل أَ ْن نَبِيَعهُ َحََّّت نَْن ُقلَهُ ِم ْن َم َكانِِه‬

Maksudnya: “Kami biasa membeli bahan makanan dari orang yang
berkendaraan tanpa diketahui ukurannya. Kemudian Rasulullah SAW
melarang kami menjual barang tersebut sehingga barang tersebut
dipindahkan dari tempatnya.”

Riwayat Muslim (1527)

Dalam riwayat lain, Ibn Umar juga mengatakan,

‫ُكَنّا ِف َزَما ِن َر ُسوِل اََّّلِل نَْبتَاعُ ال َطَّعاَم فَيَْب َع ُث َعلَْينَا َم ْن ََيُْمُرََن بِانْتَِقالِِه ِم َن الْ َم َكا ِن اَلّ ِذى‬
.ُ‫ابْتَ ْعنَاهُ فِيِه إَِل َم َكا ٍن ِسَواهُ قَْب َل أَ ْن نَبِيَعه‬

Maksudnya: “Kami dahulu di zaman Rasulullah SAW membeli bahan
makanan. Lalu seseorang diutus kepada kami. Dia disuruh untuk
memerintahkan kami agar memindahkan bahan makanan yang sudah
dibeli tadi ke tempat yang lain, sebelum kami menjualnya kembali.”

Riwayat Muslim (1527)

Bentuk penyerahan dan penerimaan di sini bergantung dari jenis produk yang dijual.
Untuk produk seperti rumah, mencukupi dengan resit pembelian atau, untuk kenderaan
seperti motor adalah dengan penukaran surat hak milik kepada pemilik yang baru, barang
lain mesti dipindahkan dengan produk yang semisalnya.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 50

KESIMPULAN
Kecanggihan dunia teknologi pada hari ini telah menyaksikan pelbagai aplikasi bagi
memudahkan masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. Justeru itu,
kemodenan telah mewujudkan perniagaan secara e-dagang dengan pelbagai barangan
yang disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna. Namun demikian ianya harus
selari dengan kaedah-kaedah yang telah digariskan dalam Islam agar setiap urusniaga
yang dilaksanakan menepati syariat Islam. Dalam masa yang sama pengguna-pengguna
juga harus peka dengan urusniaga-urusniaga yang meragukan agar tidak terperangkap
dengan penipuan-penipuan yang semakin berleluasa pada zaman yang serba canggih
ini.


Click to View FlipBook Version