The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Farizan, 2022-01-24 04:17:40

SYARIAH DAN KEHIDUPAN

MODUL DUS30052 BOOKLET

Keywords: SYARIAH

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 51

UNIT 4.0 : MUNAKAHAT

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:

1. Mengenalpasti persediaan awal yang perlu untuk menempuhi alam perkahwinan.
2. Membincangkan kaedah penyelesaian dalam menangani isu rumahtangga.
3. Menjelaskan isu-isu semasa dalam perkahwinan .

4.1 Pemilihan Calon

1. Beragama Dan Berakhlak Mulia.
Memilih calon pasangan hidup yang mempunyai akhlak mulia merupakan kriteria
paling utama dalam pemilihan jodoh. Ini saranan Rasullah SAW di dalam hadisnya
yang bermaksud :
“Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang
meminang (anak perempuan kamu), hendaklah kamu kahwinkan.
Jika tidak kamu mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah
dan kerosakan yang besar di atas muka bumi.
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

2. Keturunan.
Keturunan bermaksud perempuan tersebut berasal dari keturunan yang mulia dan
baik amalan agamanya. Calon terbaik mempunyai susur galur beragama dan

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 52

mempunyai kedudukan serta pangkat dalam masyarakat. Namun sekiranya status
beragama dan pangkat bercanggah maka keturunan beragama didahulukan.

3. Penyayang Dan Ramai Anak.
Perempuan yang bersifat penyayang dan berasal dari keluarga yang mempunyai
ramai anak atau subur. Dalam hal ini, Rasulullah SAW berpesan kepada seorang
lelaki yang meminta nasihat daripada baginda ketika ia ingin mengahwini seorang
lelaki yang meminta nasihat daripada baginda ketika ingin mengahwini seorang
gadis yang berkedudukan mulia dan cantik, namun tidak mampu melahirkan anak.
Lalu rasullullah bersabda dengan maksud :
“Kahwinilah perempuan penyayang dan ramai anak (subur) kerana
aku berbangga dengan umat yang ramai (pada hari akhirat nanti)”
(Hadis riwayat Abu Daud)

3. Mengutamakan orang Jauh Dalam Perkahwinan
Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan fizikal anak daripada penyakit-penyakit
yang menular secara genetik atau keturunan. Dengan mengutamakan orang jauh,
maka akan bertambahlah kenalan baru dan meramaikan lagi kaum kerabat.

4. Sekufu
Sekufu bermaksud mempunyai persamaan antara calon suami dan isteri. Saranan
dari Rasullullah SAW yang bermaksud :
“Pilihlah bagi anak-anak perempuan kamu dan kahwinkanlah mereka
dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya”
(Hadis riwayat Hakim)

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 53

Contoh sekufu dalam perkahwinan adalah:

i. Beragama dan baik
Ini bermaksud lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
Mereka akan sentiasa berbeza pendapat dalam ibadah kepada Allah SWT.

ii. Pekerjaan
Lelaki yang mempunyai pekerjaan yang rendah seperti pengawal keselamatan,
tukang kebun tidak sama taraf dengan anak tokoh koporat dan tuan hakim.

iii. Tidak mempunyai kecacatan
Kecacatan boleh menyebabkan berlaku fasakh dalam perkahwinan. Contohnya
lelaki yang sawan, gila , HIV dan berpenyakit berjangkit tidak sama dengan
perempuan yang tidak mempunyai penyakit tersebut.

Namun begitu, wanita dan walinya boleh meninggalkan syarat ini jika seseorang
wanita dikahwinkan oleh walinya dengan keredhaannya kepada yang tidak sekufu
dengannya, nikah tetap sah.

5. Anak Dara
Anak dara merupakan antara saranan Rasullullah SAW kepada para sahabat. Ini
berdasarkan hadis Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berkahwin dengan anak-anak dara.
Sesungguhnya mereka bercakap dengan lembut, rahim lebih subur
serta lebih redha dengan yang sedikit (apa yang ada).”
(hadis Riwayat Ibn Majah)

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 54

Hadis ini menjelaskan bahawa anak dara belum pernah bergaul dan berkahwin dengan
mana-mana lelaki. Mereka belum ada pengalaman perkahwinan untuk dibuat bandingan
yang boleh menyebabkan rumah tangga lebih bahagia dan mesra. Antara manfaat ialah
dapat memelihara keluarga dari hal-hal yang boleh menyusahkan kehidupan suami,
menjerumus ke dalam pelbagai perselisihan dan permusuhan.

4.2 Adat Dan Syariat Dalam Perkahwinan

Mengikut kamus bahasa Melayu adat adalah bermaksud peraturan yang lazim dilakukan
sejak dahulukala dan mengikut kepelbagaian dan kebiasaan kepada sesuatu
kaum,daerah dan sebagainya. Syariat adalah bermaksud hukum dan peraturan agama
samada perintah atau larangan.
Dalam perlaksanaan perkahwinan masyarakat kini,terdapat pelbagai peraturan yang
menjadi amalan dan menjadi kekeliruan samada ianya adalah adat atau syariat yang
ditetapkan oleh Allah SWT. Kekeliruan ini menimbulkan impak yang besar terhadap
perkahwinan dan keluarga yang bakal dibina. Di antara isu utama adalah :

1. Keterlaluan dalam penetapan mahar.
Mahar atau mas kahwin disyariatkan sebagai persiapan awal bagi tanggungjawab
dan menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk hidup
bersama suami.Ianya adalah mengikut kemampuan suami dan tidak ditentukan
jumlah yang tertentu atau jenis yang tertentu.Namun begitu,amalan yang
dilaksanakan dalam masyarakat hari ini adalah melampaui batasan kemampuan
dan mengakibatkan bebanan hutang dan juga bebanan emosional terhadap
pasangan yang ingin berkahwin. Tuntutan yang keterlaluan ini juga
mengakibatkan berlakunya masalah sosial seperti zina,buang anak dan pinjaman
hutang dengan ceti haram dan lain -lain.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 55

2. Keterlaluan dalam majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan adalah sesuatu yang sunat dijalankan dengan tujuan untuk

memaklumkan kepada umum tentang hubungan suami isteri yang baru berkahwin. Ini
bertujuan untuk mengelakkan fitnah berlaku dalam masyarakat sekeliling. Namun
begitu,adat kebiasaaan yang berlaku kini adalah penganjuran majlis dari
berinai,nikah,bersanding,penggambaran foto dan hiasan adalah keterlaluan dan menjadi
satu perbandingan kehebatan di antara majlis-majlis perkahwinan.Perkara ini
mengakibatkan sifat riya’ dan takabbur serta mewujudkan fitnah di kalangan masyarakat.
Islam menganjurkan kesederhanaan serta keberkatan dalam majlis yang dijalankan
bagi mengharapkan doa restu tetamu untuk melaksanakan tanggungjawab besar dalam
kehidupan pasangan suami isteri itu.

3. Pembaziran.
Apabila menjalankan majlis perkahwinan yang serba gemilang dan mewah, akan
wujud pembaziran samada disedari atau tidak. Contohnya adalah dari sudut
tempat majlis dijalankan,barangan kelengkapan yang berjenama, pakaian, hiasan,
makanan dan sebagainya. Bagi yang tidak berkemampuan,akan mewujudkan
rasa rendah diri,kehinaan dan kesedihan kepada mereka.Sedangkan Islam telah
mengajar kita bahawa pembaziran itu adalah amalan syaitan.

4.3 Poligami Menurut Syarak.

Poligami dari segi bahasa bermaksud amalan beristeri lebih daripada satu orang pada
masa yang sama. Lawan kepada poligami ialah monogami. Dari segi syarak poligami
ialah seorang suami yang berkahwin lebih daripada seorang.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“…maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua,
tiga tau empat orang. Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka
kahwinlah seorang sahaja…”

Surah an-Nisa (4): 3

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 56

Ayat ini menjelaskan Allah SWT memberi kebenaran kapada suami untuk berkahwin
lebih daripada satu. Bagi kaum wanita , mereka tidak boleh sama sekali mengingkari atau
mempersendakan hukum dan ketetapan tersebut. Walau bagaimana pun, ia bukan untuk
lelaki berhujah melaksanakan poligami dengan sewenangnya.

4.3.1 Hukum Berpoligami

Walaupun hukum berpoligami itu adalah harus namun dia boleh bertukar menjadi hukum
yang lain.

Hukum, Keadaan dan Hujah
Sunat: Apabila suami memerlukan isteri yang lain kerana suami tidak cukup dengan
hanya satu isteri, atau isteri sakit atau mandul sedangkan beliau sangat mengkehendaki
anak. Suami juga mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya. Ini kerana suami
mempunyai kebaikan serta maslahat yang sah di sisi syarak.
Makruh: Berpoligami bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah
keseronokan semata-mata. Suami tidak mampu untuk berlaku adil terhadap isteri-
isterinya juga boleh memberi mudharat kepada isteri-isterinya.

Haram: Suami yakin tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya kerana miskin atau
kelemahannya. Suami akan memberi kemudaratan kepada isteri-isterinya.

4.3.2 Syarat - syarat berpoligami

i. Suami bersedia dan mampu memberi serta menunjukkan sifat kasih
sayang terhadap isteri-isteri, anak-anak yang di bawah tanggungannya.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 57

ii. Suami bersedia dan mampu menjadi ketua dan pelindung keapda isteri-
isteri dan anak-anak.

iii. Suami adalah seorang yang sihat dari segi rohani dan jasmani serta
mempunyai sifat bertanggungjawab

iv. Isteri sedia ada tidak dapat melahirkan anak atau zuriat kerana kemandulan
atau penyakit.

v. Isteri sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri kerana
sakit atau keuzuran.

4.3.3 Hikmah Pensyariatan Poligami

Antara hikmah disyariatkan poligami di dalam Islam adalah :
i. Mengelak kaum perempuan daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak
bertanggungjawab
ii. Menutup dan mencegah berleluasanya perzinaan dan pelacuran yang
membawa kepada bertambah bilangan anak luar nikah.
iii. Mengngelakkan dari berlaku pengguguran anak hasil dari persetubuhan
haram.
iv. Menjamin kemulian agama Islam dan menjaga kehormatan umatnya dari
sebarang maksiat.
v. Bagi mencapai objektif perkahwinan iaitu mendapat zuriat.

4.4 PERCERAIAN DAN RUJUK
Ulamak bersepakat menyatakan bahawa lafaz talak adalah menunjukkan kepada
terputus hubungan antara pasangan suami isteri samada menggunakan perkataan yang
terang dan nyata, tulisan, isyarat ataupun sindiran.Talak dari segi bahasa adalah
melepaskan ikatan manakala dari sudut syarak adalah meleraikan ikatan perkahwinan
melalui lafaz atau yang seumpama dengannya.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 58

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Talak (yang boleh dirujuk) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk lagi
dengan cara sepatutnya atau menceraikannya dengan baik”.
Surah al-Baqarah(1): 229

Hadis riwayat Abu Daud :
“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah talak”.

Perceraian walau dibenarkan dalam Islam,namun sekiranya sesebuah perkahwinan itu
dapat diselamatkan dengan kesabaran dan sifat berlapang dada dalam menangani
konflik yang timbul,menyelesaikan dengan hikmah dan kelembutan ianya adalah sangat
digalakkan dalam Islam.
Hadis riwayat Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu (suami) menjaga wanita dengan sebaik baiknya,
kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya
tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, jika kamu
berusaha membetulkannya maka kamu akan mematahkannya,jika kamu
terus membiarkannya begitu maka ia akan terus bengkok. Oleh itu
terimalah pesanan supaya menjaga wanita - wanita dengan baik”.

Hadis ini menunjukkan sifat wanita yang hendaklah dinasihati secara lembut dan baik
dan juga menangani masalah berkaitan mereka dengan penuh hemah dan tauladan bagi
pihak lelaki. Membimbing dan mendidik wanita supaya bersama dapat membentuk
keluarga yang dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT dunia dan akhirat.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 59

4.4.1 ISU SEMASA BERKAITAN TALAK

A. Melafazkan Talak Tiga Atau Lebih Dengan Sekali Lafaz
Jika suami melafazkan “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” atau “Aku
ceraikan kau dengan talak sepuluh”.

Maka talak yang jatuh adalah talak tiga sekaligus seperti pendapat ulama mazhab
Syafie.

B. Perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau yang seumpama
dengannya. Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 27 Julai
2003 memberi pandangan:

i. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas dari suami kepada isterinya

ditujukan

ii. khusus kepadanya seperti faksimili,SMS, Wassap ataupun email dan

iii. sebagainya merupakan perceraian berbentuk Kinayah dah adalah sah

iv. sekiranya disertai dengan niat.

v. Hendaklah dikemukakan di mahkamah bagi mensabitkan perceraian

tersebut

vi. Talak yang dilakukan dengan perantaraan alat komunikasi terkini adalah

vii. tidak menepati adab - adab dalam perceraian yang digariskan oleh

Islam.

C. Hukum Akad Nikah Melalui Sidang Video (Video Conference) Muzakarah
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 15 - 17 November 2011 memberi
pandangan:

i. Dijalankan dalam satu majlis
ii. Tiada unsur penipuan
iii. Lengkap rukun dan syarat nikah

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 60

iv. Tertakluk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri.

D. Talak Taklik: Suami mengaitkan talak dengan sesuatau sifat atau syarat tertentu.

Contoh :

i. Suami berkata “sekiranya kamu keluar dari rumah ini maka kamu

tertalak”.

ii. Suami berkata “Sekiranya saya melakukan zina atau mempunyai hubungan

dengan perempuan lain maka tertalak lah isteri saya”.

Dalam konteks majlis akad nikah di Malaysia kini, apabila lelaki telah melafazkan akad,ia
akan membaca dan menandatangani lafaz taklik di hadapan pendaftar nikah kahwin dan
kesannya adalah ia akan terikat dengan lafaz taklik tersebut.

Ulama menjelaskan lafaz taklik tersebut adalah adalah harus dan apabila berlaku perkara
yang disebut dalam lafaz taklik itu makanya akan tertalaklah isteri.

Implikasi lafaz taklik adalah:

i. Talak tidak berlaku selagi perkara yang dikaitkan itu tidak berlaku.
ii. Talak berlaku tanpa melafazkan talak baru apabila perkara yang dikaitkan dalam

lafaz itu terjadi.

Taklik Tambahan Seperti Poligami:

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22-24 November 2005
memberi pandangan:

i. Islam mengharuskan poligami maka dengan mengambilkira ini muzakarah
memutuskan cadangan memasukkan poligami sebagai lafaz taklik tidak perlu
dilaksanakan.

ii. Undang - undang keluarga yang sedia ada adalah melengkapi segala perkara
yang ada maka syarat poligami ini adalah tidak perlu ditambah.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 61

4.4.2 IDAH PERCERAIAN

Implikasi setelah perceraian terjadi adalah bekas isteri akan melalui fasa Idah. Idah dari
segi bahasa adalah bilangan dan sudut syarak adalah tempoh masa yang diperuntukan
kepada bekas isteri untuk mengetahui bersih rahimnya dari mengandung untuk menikah
lain atau rujuk bekas suami.

4.4.2.1 Pembahagian Idah Perceraian

Tempoh Penerangan

Tiga kali suci dari haid Isteri yang pernah disetubuhi dan tidak
mengandung

Selepas melahirkan anak Wanita yang diceraikan ketika mengandung

Tiga bulan Wanita yang telah menopause atau putus haid
atau wanita yang belum datang haid

Tiada idah Wanita yang belum pernah disetubuhi

Idah bagi kematian suami ◆ Hingga melahirkan anak bagi yang
mengandung

◆ Empat bulan sepuluh hari bagi yang telah
disetubuhi.

4.4.3 RUJUK

Rujuk mengikut bahasa adalah kembali. Dari sudut syarak adalah mengembalikan isteri
dalam tempoh idah dari talak rajie mengikut syarat- syarat tertentu.Perceraian dari talak
baien adalah tidak boleh dirujuk semula.Begitu juga dengan isteri yang diceraikan
sebelum berlakunya persetubuhan antara mereka.Rujuk hanya sah sekiranya masih
dalam tempoh iddah.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 62

Mengikut enakmen Undang - undang Keluarga Islam di Malaysia,pasangan yang telah
bersetuju untuk rujuk semula perlu melaporkannya ke pendaftar nikah di mana mereka
bermaustatin. Ini untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah yang lebih besar pada
masa hadapan,terutamanya apabila berlaku perceraian yang seterusnya. Hukuman
denda kepada pasangan yang gagal mendaftarkan rujuk mereka tidak melebihi RM500
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua - duanya.

Rukun Rujuk :
a. Berlaku talak dan masih dalam tempoh rujuk talak rajie.
b. Suami
c. Isteri yang diceraikan
d. Lafaz rujuk iaitu ayat yang digunakan bagi menunjukkan hasrat kembali kepada isteri

yang diceraikan.

Syarat Rujuk :
a. Tiada batasan masa seperti hanya untuk sebulan sahaja atau lain - lain.
b. Tidak bersyarat

4.5 ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR
Peraturan dalam bentuk perundangan mahupun adat yang menentukan garis-garis
tertentu untuk melindungi kaum wanita termasuk anak-anak perempuan adalah penting
dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, undang-undang berkaitan perkahwinan
menyediakan perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak agar penganiayaan
terhadap mereka dapat dihindari dan hak mereka dapat dipelihara. Salah satu isu
berkaitan perkahwinan yang selalu menjadi tumpuan dan perdebatan adalah
perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak sebagai pihak dalam perkahwinan. Mengikut
United Nations Population Fund (UNFPA), secara global, seorang daripada setiap lima
orang kanak-kanak perempuan telah berkahwin sebelum mencapai usia 18 tahun. Di
negara-negara kurang membangun, bilangan ini berganda iaitu 40 peratus kanak-kanak

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 63

perempuan berkahwin sebelum berusia 18 tahun manakala 12 peratus berkahwin
sebelum berusia 15 tahun (Laman sesawang United Nations Population Fund).

Secara umumnya, antara faktor-faktor yang membawa kepada perkahwinan bawah umur
adalah kemiskinan, keperluan untuk mengukuhkan ikatan sosial dan kepercayaan
bahawa perkahwinan adalah suatu bentuk perlindungan (Nawal M. Nour, 2009). Terdapat
juga kes perkahwinan bawah umur disebabkan faktor-faktor seperti hamil luar nikah,
terlanjur dan telah melahirkan anak (Rosalinda Md. Said, 2018).

Kajian melaporkan bahawa perkahwinan bawah umur melibatkan isu hak asasi termasuk
isu perlanggaran terhadap hak kanak-kanak untuk menikmati zaman kanak-kanaknya
dan hak terhadap pendidikan. Isu kesihatan pula melibatkan kesan perasaan tersisih
kanak-kanak tersebut, depresi, jangkitan penyakit seksual dan kanser serviks, risiko
semasa mengandung dan melahirkan anak dan risiko terhadap bayi yang dilahirkan oleh
seorang kanak-kanak (Nawal M. Nour, 2009).

Di Malaysia, isu perkahwinan bawah umur tidak sunyi daripada perbincangan.
Perkahwinan sebegini mengundang kontroversi dan mencetuskan perdebatan pelbagai
pihak kerana terus berlaku.Menurut Akta dan Enakmen Undang - undang Keluarga Islam
(AUKI) di Malaysia memperuntukkan seksyen tertentu yang melibatkan perkahwinan.
Antaranya adalah umur minimum bagi calon yang hendak berkahwin.
“Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah akta ini jika lelaki itu berumur
kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam
belas tahun kecuali jika hakim syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam
hal tertentu”.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 64

KESIMPULAN
Perkahwinan adalah tanggungjawab besar yang hendaklah dilaksanakan dengan
berhemah,penuh kesabaran dan kekuatan untuk menjadikan institusi kekeluargaan itu
medium kepada pembangunan umah Islam yang maju dan kukuh dari sudut
ekonomi,sosial dan juga politik. Meletakkan ajaran Islam sebagai tunggak utama dalam
segala urusan kehidupan dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam
segala urusan seharian.

Rujukan
Lateh. N (2014), Fiqh Munakahat, Open University Malaysia, Meteor Doc. Sdn Bhd
Wahbah Al-Zuhaily (1989), Al-Fiqh al-Islami wa adillatuh. Beirut: Dar al-Fikr
Dewan Bahasa dan Pustaka, (1996). Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Awang Mat. MZ (2015), Prinsip Fiqh Munakahat, Open University Malaysia, Meteor Doc.
Sdn Bhd
Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan, Haliza A. Shukor & Nabilah
Yusof (2019), Perkahwinan Bawah Umur Menurut Perspektif
Undang - undang Jenayah Islam Dan Undang - undang Sivil Di Malaysia,USIM.

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 65

ISU DAN CABARAN BSEAMBA5SA:ISU DAN CABARAN SEMASA

Hasil Pembelajaran :

1. Mengenal pasti penyelesaian terbaik dalam menangani isu dan cabaran semasa
masyarakat.

2. Membuat penilaian nilai antara kehendak nafsu dan tuntutan syariat.
3. Menjelaskan implikasi negative dalam permasalahan media sosial.

5.1 LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER (LGBT)

5.1.1 Pengenalan

Istilah LGBT adalah merujuk kepada akronim lesbian, gay, bi-seksual dan trans-
seksual. Ia adalah singkatan bagi pengenalan diri berdasarkan kepada orientasi seks.
Umumnya, kegiatan mereka mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk
merubah fitrah asal kejadian mereka kepada personaliti yang bertentangan. Dalam
konteks kontemporari, LGBT difahami sebagai sebuah kumpulan atau gerakan yang
aktif membantu dan memperjuangkan hak mereka dalam kehidupan masyarakat kini.

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, istilah gay adalah golongan lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual; lesbian
merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, perempuan homoseksual; biseksual adalah seseorang yang mempuyai
kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita; trans-
seksual pula adalah seorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan
berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar
organ jantinanya melalui pembedahan. Selain itu, menurut Blanch Consulting, lesbian
didefinisikan sebagai seorang perempuan yang tertarik secara emosional, seksual,
fizikal terhadap perempuan lain (Perry N.Halkitis et.al, 2009).

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 66

Menurut persepktif Islam, lesbian dikenali dengan istilah musahaqah. Oleh yang
demikian, lesbian merupakan hubungan songsang dan luar tabi’e diantara wanita dan
wanita. Istilah gay juga dikenali sebagai homoseksual didefinisikan sebagai gololongan
lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya (Joyce M. Hawkins,
2014)

Berdasarkan kedua-dua komponen tersebut (Orientasi Seks, Perlakuan/Aktiviti
Seksual) kita akan dapat membezakan istilah-istilah berikut :

ISTILAH MAKSUD
LESBIAN Wanita yang mempunyai tarikan seksual kepada
wanita lain
GAY Lelaki yang mempunyai tarikan seksual kepada
lelaki lain
BISEKSUAL Tertarik kepada kedua jantina sekaligus
TRANSGENDER Mengubah penampilan yang bertentangan
dengan jantina asal
QUEER Tidak pasti dengan orientasi seks sendiri, namun bertindak
untuk tidak berfikir atau fokus tentangnya

QUESTIONING Tidak pasti dengan jantina sendiri dan tertanya-
tanya tentang identity seksual dan orientasinya

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 67

INTERSEX Individu yang mempunyai kedua-dua sifat
kelelakian dan keperempuanan sama ada dari segi
PAN SEKSUAL fizikal atau perasaan

TWO SPIRIT Lelaki atau wanita yang mempunyai
ASEXUAL kecenderungan seksual terhadap semua jenis
ALLIES manusia tidak kira wanita,lelaki mahupun
transgender
Merasakan dalam dirinya mempunyai dua jantina
sekaligus namun tidak semestinya menukar jantina

Lelaki atau wanita yang tidak mempunyai
kecenderungan seksual
Kelompok yang menganggap mereka adalah
teman untuk komuniti LGBT+

5.1.2 Terminologi LGBT di sisi Allah dan Rasul.

Allah SWT melabelkan golongan ini di dalam al-Quran sebagai ;

i- Pelampau

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada
wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf 7:8)

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 68

ii- Jahil
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana
memuaskan nafsu syahwat kamu.Bahkan kamu kaum yang jahil.”
(Surah al-Naml 27:55)
iii- Tidak diiktiraf
“Nabi Lut berkata : “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak
dikenali.”
(Surah al-Hijr 15:62)

iv- Perosak
“Nabi Lut berdoa dan berkata: “ Wahai Tuhanku, tolonglah daku
terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)”
(Surah al-‘Ankabut 29:30)

5.1.3 Tuntutan pejuang LGBT.

Pada dasarnya persoalan gender ini menjadi isu kritikal apabila terdapat agenda
dan tuntutan yang melampau dan melanggar batas- batas syarak, antara tuntutan
golongan ini adalah :

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 69

1. Membenarkan aktiviti seks sesama jantina seperti mengusulkan supaya Seksyen
377A-D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat dan seks songsang
luar tabii dimansuhkan.
2. Mengiktiraf perkahwinan sesama jantina.
3. Membenarkan pasangan sesama jantina mengambil anak angkat.
4. Membenarkan mereka berkhidmat dalam tentera.
5. Menghapuskan anti diskriminasi terhadap golongan LGBT.
6. Membenarkan lesbian menjalani IVF.
7. Membenarkan gay menderma darah.
8. Hak menukar gender secara sah mengikut undang-undang.
9. Membenarkan pasangan gay mendapatkan anak melalui khidmat ibu tumpang.

Al-Quran memuliakan manusia samada lelaki dan wanita selagi mana mengikut fitrah
dan kejadiannya.Allah swt telah menjadikan kejadian lelaki dan wanita itu berbeza dari
pelbagai aspek lahiriah dan batiniah seperti fizikal, cara pemikiran, kemampuan dan
aspek psikologi.

Agenda yang didasari dengan akal dan nafsu membuatkan golongan ini tersasar dari
ajaran Islam yang sebenar dengan memasukkan fahaman dan budaya luar ke dalam
kehidupan masyarakat muslim.

5.1.4 Asbab merebaknya kelompok LGBT

Golongan ini bertambah dari segi bilangan yang agak ketara kerana beberapa faktor
utama, antaranya;

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 70

1. Jiwa memberontak sehingga nafsu mengatasi akal.
2. Persekitaran dan rakan-rakan.
3. Penghinaan masyarakat sekeliling.
4. Kurang sokongan dari keluarga dan masyarakat.
5. Terlebih usikan dan gangguan.

5.1.5 Langkah mengurus nafsu songsang

Dalam apa jua konflik yang berlaku di sekeling kita, seharusnya semua pihak bersatu
padu ke arah membanteras golongan ini bermula dari individu itu sendiri;

a) Individu

1. Bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
2. Berada dalam kumpulan sokongan yang membawa ke arah jalan yang betul.
3. Sibukkan diri dengan ibadat dan aktiviti yang lebih sihat.
4. Rawat diri dari segi psikologi dengan pakar yang bertauliah.
5. Elak terjebak dengan dosa besar.
6. Jangan berputus asa dan terus berdoa.

b) Keluarga dan masyarakat

1. Fokus kepada solusi bukan menyokong atau memuji.
2. Ajakan dakwah secara berterusan tanpa jemu.

3. Bimbing individu yang memerlukan bantuan kita.
4. Berdoa agar masyarakat kita menuju ke arah kebaikan.
5. Jangan memaki ,mengeji serta membuli mereka.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 71

c) Pemerintah
1. Hukuman setimpal berdasarkan undang-undang kepada mereka .
2. Menyediakan pusat rehabilitasi (pemulihan) untuk membantu memulihkan
golongan yang mempunyai orientasi seksual yang berbeza dengan jantina asal.
3. Menyediakan khidmat rawatan psikiatri secara atas talian bagi membantu golongan
yang merasakan mereka mempunyai kecelaruan jantina.
4. Mencegah lebih baik dari merawat.

5.1.6 Fatwa berkaitan LGBT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia kali ke -25 yang telah bersidang pada 13
Disember 1989 telah membincangkan kedudukan Mak Nyah dalam
Islam.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke- 126 pada 24 Februari 1983 tealah
mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa seperti berikut :

1. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui
pembedahan adalah haram di sisi syarak.

2. Seseorang yang dilahirkan Khunsa Musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai
dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan. Tujuannya bagi
mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat
digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 72

5.2 PEMBEDAHAN KOSMETIK

Rawatan kosmetik merupakan salah satu pecahan dari bidang perubatan yang
berkembang pesat pada hari ini. Rawatan ini dibuat dengan dua tujuan utama, iaitu
merawat kecacatan atau menambah kecantikan. Dua istilah dalam perubatan moden
berkaitan kecantikan ialah estetik dan kosmetik. Perkataan estetik (aesthetics) berasal
daripada perkataan Yunani aisthētikós yang membawa maksud “rasa” (Bleakley,
Marshall, & Brömer, 2006). Perkataan kosmetik pula berasal daripada perkataan
Yunani kosmetikē tekhnē yang bermaksud “seni mencantikkan” (Harper, 2001).

5.2.1 FENOMENA PEMBEDAHAN KOSMETIK

Secara dasarnya, pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu Rekonsruksi dan
Kosmetik. Pembedahan rekonstruksi (membentuk semula) bertujuan bagi
membaikpulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat
daripada kecacatan sejak lahir, penyakit ataupun kemalangan teruk yang
menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi, seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak
dipandang rendah oleh masyarakat.Contohnya, masalah sumbing atau rekahan
lelangit, bibir dan pembedahan tengkorak muka merupakan pembedahan rekonstruktif
yang paling banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik bukan sahaja popular
di kalangan wanita tetapi juga lelaki.
Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota
mengikut keinginan dan kepuasan seseorang. Prosedur ini pula tidak lain hanyalah
bagi kecantikan semata-mata. Prosedur ini dilakukan kepada anggota badan yang
normal dan berfungsi dengan baik bagi mempercantik dan menengangkan
kulit,memancungkan hidung dan sebagainya.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 73

Kadang-kadang pembedahan tersebut menjadi bertambah hodoh dan menggerunkan.
Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa dengan mengubah bentuk
anggota badan yang diingini dapat meningkat tahap keyakinan dan imej diri seseorang
dalam berhadapan dengan khalayak ramai.
Pembedahan membentuk semula anggota badan menjadi wajib hukumnya sekirannya
dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah SWT akibat dari
kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit
yang terbakar hampir seluruh badan.Oleh itu,dalam kes ini dibolehkan seseorang itu
melakukan pembedahan kosmetik.Jika anggota badannyaa sudah sempurna dan
dia melakukan pembedahan plastik atas tujuan kecantikan dan ingin mengubah ciptaan
Allah, perkara sebeginilah yang ditegah dalam Islam .

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 74

5.2.2 HUKUM PEMBEDAHAN KOSMETIK

Pembedahan kosmetik juga boleh menjadi sesuatu yang diharuskan, bahkan satu
keperluan, atau ia juga boleh menjadi sesuatu yang haram.

Merawat keaiban atau kecacatan semulajadi yang menyebabkan timbulnya rasa sakit
pada tubuh badan pesakit atau jiwanya. Tujuan: Memperbaiki kecacatan semulajadi
atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang menyebabkan
hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat.

Pembedahan membentuk semula yang dilakukan ke atas bahagian tubuh yang
tidak normal, untuk mendapatkan bentuk yang normal dan membetulkan fungsinya.
Iaitu harus sekiranya untuk mengembalikan bentuk anggota tubuh badan kepada
keadaan sebagaimana manusia dijadikan. (Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh
badan)
Secara dasarnya, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh kontemporari
tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan
untuk merawat keaiban atau kecacatan yang dialami oleh para pesakit. Keaiban dan
kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya
tidak dijalankan pembedahan plastik ini. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih
teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan. Namun, sebahagian
kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram dilakukan pembedahan plastik ini
kerana ianya menolak ketentuan dan takdir Allah dan pembedahan plastik ini juga
mengubah ciptaan Allah SWT dan perkara ini merupakan amalan syaitan.

Kesimpulannya, segala pembedahan plastik yang bertujuan untuk membentuk semula
anggota tubuh badan bagi menghilangkan kecacatan mahupun mengembalikan
semula fungsi anggota badan yang rosak adalah harus.

Sementara pembedahan bagi tujuan kosmetik (untuk mengubah kejadian asal kepada
yang lain daripada yang belum pernah ada sebelumnya dengan maksud supaya
kelihatan lebih cantik) adalah ini dilarang dan malah dilaknat oleh Rasulullah SAW
sebagainya sabda Baginda dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud yang membawa
maksud:

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 75

“Allah melaknat orang-orang yang mentatu dan yang minta ditatu,orang-orang yang
mencabut rambutnya,orang-orang yang memperlihat kecantikan,dan orang-orang
merubah ciptaan Allah .”

5.2.3 Hukum Botox, Susuk dan ‘Braces'

Isu botox telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal
ehwal agama Islam Malaysia. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama
komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-
bahan yang meragukan dan bersifat najis. Adalah diakui oleh para pakar bahawa botox
digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa,
bukan untuk mengubah menjadi orang lain. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan
tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan.
Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak
akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian
tubuh manusia normal. *Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika
tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu,
mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala
susuk tidak dibenarkan sama sekali.

"Allah swt melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi
dan yang minta dikikir giginya." [HR: Al-Bukhari]

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 76

5.2.4 SUSUK & SIHIR
Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu
sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan
jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, semakin jelas bertentangan
dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia
sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.
Maksudnya: “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri
dan tidak bermanfaat buat mereka.” [Al-Baqarah: 102].
Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh
menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia
ini lagi. Justeru itu Baginda telah bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh
perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3)
membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana hak; 4) makan harta
riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-
perempuan baik, terjaga dan beriman." [HR Bukhari dan Muslim].

5.2.5 SYARAT PEMBEDAHAN KOSMETIK DIBENARKAN ISLAM
1. Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam, memiliki keperluan tidak
bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-
mata dan tiada niat lain.

2. Peraturan umum kecantikan Islam adalah tidak mengubah ciptaan Allah dan tidak
memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan
bahkan tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 77

5.2.6 CONTOH PEMBEDAHAN KOSMETIK YANG DIBOLEHKAN

Jika seseorang itu cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk
dilakukan pembedahan plastik terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai
mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ini disebabkan kejadian wajah manusia adalah normal,
mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan
sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal.
Pemindahan organ seperti jantung, hati dan sebagainya. Hal ini untuk menyelamatkan
nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah yang
merupakan bahagian dari tubuh manusia telah merata di negara kaum muslim tanpa
ada seorang ulama pun yang mengingkarinya, malah menganjurkannya turut serta
menjadi penderma.
Justeru, fenomena pembedahan plastik ini perlu dikawal kerana matlamat prosedur ini
sebenarnya adalah untuk membantu manusia bukannya merosakkan kita sendiri.
Pihak yang terlibat tentunya doktor pembedahan plastik memainkan peranan dalam
memberi nasihat kepada mereka yang terlampau taksub mengubah bentuk anggota
badan dan tidak hanya semata-mata ingin mengejar keuntungan, Sebagai manusia
pula, kita perlulah mensyukuri nikmat anggota badan yang Allah SWT berikan kerana
setiap pencipta-Nya pasti terlindung hikmahnya.

5.3 PORNOGRAFI
5.3.1 Definisi

Dari sudut bahasa;

1- “pornography” berasal dari “porneia”, perkataan Greek untuk pelacur dan membawa
makna “penulisan tentang pelacur”.

2- Pornografi berasal dari bahasa Yunani pornografhia yang bermaksud tulisan
tentang atau gambar tentang pelacur dan ianya juga disebut ‘porn’, ‘pron’ atau ‘porno’
. Pornografi adalah penggambaran tubuh manusia atau perlakuan seksual manusia
dengan tujuan membangkitkan rangsangan seksual namun istilah erotika juga
merujuk kepada perlakuan ini.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 78

Dari sudut istilah;

1- Penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian dan lain-
lain) dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan
nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dan sebagainya), penggambaran atau
pengisahan sesuatu perbuatan disebut secara lucah.

2- Segala bahan seperti filem, gambar foto, dan bahan bacaan yang bertujuan untuk
membangkitkan nafsu seks, segala bahan seperti filem dan terbitan yang lucah.

Secara kesimpulan , pornografi adalah yang menggunakan pelbagai sumber untuk
dipaparkan sama ada dalam bentuk teks bertulis ataupun lisan, foto, ukiran,
gambar , visual termasuk animasi dan suara seperti contohnya suara orang yang
bernafas penuh nafsu.

Filem porno pula bermaksud menggabungkan gambar yang bergerak, teks erotik yang
diucapkan dan suara-suara erotik yang bersesuaian.

Majalah pula menggabungkan foto dan teks bertulis. Novel dan cerita pendek biasanya
menjadi medan untuk menyajikan teks bertulis yang berbentuk porno. Suatu
pertunjukan hidup juga dapat disebut porno.

5.3.2 Konsep pornografi

Pornografi berkait dengan perniagaan, maka kesannya bagi masyarakat sangat luas,
baik dari segi psikologi, sosial, etika ataupun teologi. Secara psikologi, pornografi
membawa beberapa kesan antaranya anti sosial. Selain itu kaum lelaki menjadi lebih
agresif terhadap kaum perempuan. Yang lebih parah lagi bahawa manusia pada
umumnya menjadi kurang responsif terhadap penderitaan, kekerasan dan tindakan-
tindakan perkosa. Akhirnya, pornografi akan menimbulkan kecenderungan yang lebih
tinggi kepada kekerasan sebagai tindakan daripada seks. Kesan psikologi ini boleh
menghantui semua orang, dan dapat berjangkit menjadi penyakit psikologi yang parah
dan menjadi ancaman yang membawa bencana dalam konteks kemanusiaan.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 79

5.3.3 Sumber-sumber pornografi

1. Tulisan berupa majalah, buku, cerpen dan bentuk talian yang
mengghairahkan.

2 . Media elektronik contohnya kaset,VCD dan DVD.

3 . Gambar-gambar bergerak contohnya animasi yang menggambarkan
perlakuan seksualiti.

4 . Program televisyen yang melampau serta melebihi batasan sosial.

5 . Cyber Café iaitu aksi porno melalui internet.

6 . Audio-porno contohnya melalui telefon yang juga sedang rancak diiklankan
dalam majalah serta tabloid pada masa kini.

Ternyata bahawa semua jenis ini sangat berkaitan dengan perniagaan. Maka
dapat disimpulkan bahawa pornografi akhir-akhir ini lebih sesuai disebut sebagai
porno perniagaan atau perdagangan porno dan bukan sekadar sebagai
pornografi untuk tatapan persendirian sahaja.

5.3.4 Pandangan agama terhadap pornografi

Dalam pandangan Islam aurat adalah sesuatu yang wajib ditutup atau disembunyikan
dan haram diperlihat atau ditonton. Apabila aurat menjadi titik pusat perhatian dalam
aksi pornografi ianya berkaitan dengan aurat dan sudah tentu tuntutan menutup aurat
sendiri itu wajib apatah lagi melihat aurat orang lain.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan suatu jalan yang buruk”

(Surah al-Isra’ : 17)

79

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 80

5.3.5 Kesan-kesan pornografi

Kesan pornografi ialah ketagihan yang melampau antaranya ;

1. Ia menggalakkan seks luar nikah.
2. Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan

seks.
3. Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual.
4. Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii,

orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti
hanya menganggap mereka sebagai objek seks.
5. Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan
ketagihan.
6. Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan
pornografi adalah salah dari segi undang undang.

5.3.6 Langkah mengurus nafsu

1. Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
2. Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman,

aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela
3. Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis

pornografi.
4. Elakkan tekanan rakan sebaya

80

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 81

. Implikasi undang-undang terhadap isu pornografi
5.3.7

Seksyen 292 Kanun Keseksaan ada menyebut "obscene objects" yang melingkupi
pelbagai jenis bahan termasuklah buku, DVD, dan video klip. Ia sebenarnya
digunakan untuk membendung masalah pornografi kanak-kanak dan Malaysia
merupakan negara yang paling banyak mengakses pornografi kanak-kanak di Asia
Tenggara.

Jika sabit kesalahan boleh disaman hingga RM10 ribu, dipenjara hingga 3 tahun,
atau kedua-duanya sekali.

Akta Penapisan Filem 2002 turut menyebut pornografi sebagai satu kesalahan:

5. (1) Tiada seorang pun boleh: (a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan,
jagaan, kawalan atau pemunyaannya apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang
lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Akta ni lebih menumpukan kepada bahan lucah dalam bentuk filem. Pesalah boleh
disaman daripada RM 10 ribu ke RM 50 ribu, dipenjara hingga 5 tahun, atau kedua-
duanya sekali.

Sejak sekitar tahun 2000, SKMM telah menyekat macam-macam jenis laman web,
bukan setakat laman pornografi je, tapi juga laman web yang berbaur ‘hasutan’, laman
perjudian, dan laman cetak rompak.

81

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 82

5.4 PERKAHWINAN SEMPADAN

Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dari segenap aspek. Dalam
pembinaan institusi kekeluargaan, Islam mempunyai peraturan dan tatacara yang
tersendiri dalam memelihara kualiti sesebuah rumahtangga yang dibina dalam suasana
harmoni dan diredhai Allah SWT. Di dalam perundangan Islam, bagi pasangan yang
ingin berkahwin perlu mematuhi hukum-hukum yang diperundangkan oleh syarak
dan undang-undang keluarga Islam (UUKI) yang digubal oleh pemerintah selagi ia
tidak bertentangan dengan agama Islam.
Dalam sebuah ikatan perkahwinan yang sah, ia mestilah mengikut syarat- syarat dan
rukun-rukun yang tertentu. Di antara syarat terpenting di dalam sebuah ikatan
perkahwinan ialah perempuan yang ingin berkahwin mestilah mempunyai wali sama
ada seorang gadis ataupun janda. Para wali mempunyai urutan dan tingkatannya yang
tersusun rapi. Oleh itu setiap gadis yang ingin berkahwin pada kebiasaannya yang
menjadi wali ialah ayah atau datuknya atau wali mewakilkan kepada orang lain seperti
imam, kadi dan seumpamanya mengikut amalan setempat. Ini bermakna persetujuan
wali dalam sebuah ikatan perkahwinan amat diperlukan. Terdapat juga kes pasangan
yang berkahwin dengan berwali hakim melalaui Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk
kerana bimbang hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga. Setelah disedari,
bapa perempuan terkejut apabila mengetahui perkara tersebut sedangkan dia masih
hidup untuk menjadi wali pernikahan anak 2 perempuannya.

82

_____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H_D__A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N_ 83

Perkahwinan tidak mengikut prosedur boleh berlaku sama ada di dalam negeri
atau di luar negara. Disebabkan faktor-faktor tertentu, pasangan mengambil keputusan
untuk berkahwin secara tergesa-gesa tanpa mahu mengikuti peraturan serta prosedur
yang telah ditetapkan. Perkahwinan tidak mengikut prosedur ini lebih sinonim di
kalangan masyarakat dengan istilah kahwin lari, kahwin tanpa kebenaran
mahkamah,nikah sindiket dan poligami ekspress. Apapun jua istilah yang dipanggil
ianya mempunyai maksud yang sama iaitu perkahwinan tanpa izin pendaftar atau Hakim
Syarie yang dilangsungkan sama ada di dalam negeri atau di luar negara. Perlu
diingatkan bahawa apapun jua alasan mereka akan mengakibatkan impak yang
besar sama ada dari sudut UUKI mahupun dalam institusi kekeluargaan tersebut. Kesan
daripada masalah yang timbul itu, maka wujudlah masalah perkahwinan tidak mengikut
prosedur seperti perkahwinan di luar sempadan sangat popular dalam kalangan rakyat
Malaysia, terutama di Selatan Thailand khususnya Pattani, Narathiwat, Golok dan
Satun.

5.4.1 Faktor penyebab berlaku perkahwinan di luar sempadan

Perkahwinan tidak mengikut prosedur atau pun berkahwin di luar sempadan pada
kebiasaannya memberi satu implikasi undang undang terhadap pasangan mengikut
perundangan keluarga Islam di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong
berlakunya perkahwinan di luar sempadan antaranya:

1. Hak Wali Yang Tidak Diendahkan

Keengganan wali untuk membenarkan anaknya berkahwin tanpa sebab yang
munasabah mengikut Hukum Syarak dengan pasangan yang dipilih menyebabkan
berlakunya perkahwinan tidak mengikut prosedur atau di luar sempadan. Hal ini
berpunca dari kedudukan yang tidak setaraf (sekufu) di antara pasangan, wali telah
mempunyai lelaki pilihan yang dianggap sesuai dengan anaknya dan anggapan wali
terhadap lelaki itu tidak boleh menjamin masa depan anaknya. Selain itu, wali tidak

83

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 84

memberi izin disebabkan pasangan masih di alam pengajian dan pihak perempuan
sendiri di bawah umur. Akibat terkesan dengan ketidakizinan inilah mereka mengambil
jalan mudah yang menyebabkan pernikahan tersebut tidak dapat dijalankan dengan
sempurna atau proses yang biasa dilakukan oleh pasangan yang ingin berkahwin.

Selain itu, dalam kes permohonan pengesahan pernikahan di Mahkamah Rendah
Syariah Di Wilayah Persekutuan, bahawa pemohon pertama dan pemohon kedua telah
berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah. Perkahwinan mereka dilangsungkan di
Thailand oleh jurunikah yang juga wali am bagi Wilayah Pattani bernama Hj. Abdul
Rahman b. Abdullah dengan dua orang lelaki sebagai saksi yang terdiri daripada
warganegara Thailand. Dalam kes ini pemohon kedua iaitu pengantin perempuan
telah mengakui bahawa pernikahan tersebut dilakukan tanpa kebenaran bapanya
sebagai wali nasab yang sah. Beliau memberikan alasan bahawa semasa akad nikah
dilangsungkan bapanya berada di Kuala Lumpur dan telah memberikan kebenaran
lisan kepada jurunikah yang juga Wali Am Majlis Agama Islam Pattani sebelum akad
nikah dilakukan. Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan mereka di Pattani,
Selatan Thailand berwalikan Wali Am adalah sabit dan sah menurut Hukum Syarak.

Keputusan mahkamah jelas menunjukkan bahawa tanpa keizinan wali dalam
perkahwinan sebagai wali nasab iaitu bapa kepada pengantin perempuan juga boleh
dilangsungkan akad nikah menggunakan Wali Am. Dengan sebab inilah, masyarakat
cenderung untuk melangsungkan perkahwinan tanpa kebenaran pendaftar dengan
menggunakan Wali Am di luar negara. Hal ini kerana perkahwinan mereka tetap sah
walaupun perkahwinan dilakukan tanpa kebenaran wali nasab.

2. Proses Perkahwinan dan Poligami

Mengenai pasangan yang tidak mahu melalui proses yang rumit dan terlalu lama,
ada juga pasangan yang ingin merahsiakan perkahwinan kali kedua daripada isteri
pertama. Situasi ini sering berlaku dalam masalah poligami. Perkara ini turut
disokong oleh Peguam Syarie di mana menurut beliau, kebanyakan negeri

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 85

menetapkan bahawa persetujuan isteri perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum suami
boleh berkahwin lagi (poligami). Ini menyebabkan pasangan mengambil jalan mudah
untuk berkahwin tanpa melalui proses yang sedia ada. Ada juga pasangan yang
berbuat demikian akibat terkesan dengan penolakan permohonan poligami secara
rasmi dari Mahkamah Syariah sedangkan mereka tetap menyimpan hasrat untuk
berpoligami.

Walau bagaimanapun keharusan berpoligami yang dijadikan sebagai alternatif
dalam Islam bagi pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga bukanlah perkara
yang boleh dipandang mudah. Namun pada hari ini banyak masalah timbul akibat
memandang sepi perkara yang sedemikian dengan sewenang-wenangnya
melupakan syarat-syarat yang ditetapkan dan menyalahi akta dalam melaksanakan
poligami. Maka kewujudan enakmen seperti Seksyen
23(4)(a)(b)(c) dan (d) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984, yang digubal oleh badan kehakiman adalah supaya matlamat
poligami itu tercapai dan tidak disalahgunakan.

3. Tiada Halangan Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita

Antara faktornya lagi, pergaulan dari segi sosial antara lelaki dan perempuan, berpesta
sempena sesuatu acara, hiburan yang sah dari segi undang-undang negara tetapi
gagal melihat dari konsep keterbukaan Islam dalam menerima hiburan. Seterusnya
akan berlaku pergaulan tanpa batasan Hukum Syarak. Kesannya akan berlaku kes
khalwat, persetubuhan luar nikah dan seterusnya hamil. Untuk menyembunyikan hal
ini daripada pengetahuan pihak keluarga dan mengelak perspektif negatif dari
masyarakat maka pernikahan tidak mengikut prosedur yang menjadi pilihan. Natijahnya
akan mendedahkan keburukan mereka kepada orang ramai dan membuatkan mereka
terhina seterusnya tidak dapat menjalani kehidupan mereka secara normal bersama
masyarakat sekeliling. Perkahwinan ini lebih kepada untuk menjaga maruah bagi
pasangan terlanjur.

Tidak dinafikan perkara ini berlaku disebabkan ketiadaan peruntukkan
Undang undang mengenai kesalahan zina dalam akta. Jika perkahwinan itu

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 86

dilangsungkan tanpa mengikut prosedur yang biasa atau di tempat yang lain,
kesalahannya hanyalah setakat perkahwinan tanpa kebenaran Pendaftar, Cerai dan
Rujuk. Maka perhatian serius dari pihak kerajaan Malaysia yang pada dasarnya
mengamalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan amatlah diperlukan dalam
memperhalusi permasalahan ini.

4. Krisis Budaya Dan Perbelanjaan Perkahwinan
Bebanan mas kahwin dan perbelanjaan perkahwinan yang terlalu tinggi juga termasuk
faktor berlakunya gejala ini. Apabila disebutkan sebagai gejala, ianya menampakkan
seolah-olah tiada berpenghujung. Akibat terbatas dengan perbelanjaan kehidupan dan
adat budaya sesuatu tempat, maka pasangan terlibat mengambil jalan pintas dengan
berkahwin tanpa mengikut UUKI yang sedia ada. Pada kebiasaannya perkahwinan ini
berlaku di dalam dan luar negara Malaysia seperti selatan Thailand, Indonesia dan
seumpamanya. Perkara ini ada benarnya kerana setiap pasangan perlu membayar
sekurang-kurangnya RM 300.00 merangkumi khidmat jurunikah, saksi dan urusan
pendaftaran bagi pengeluaran sijil nikah yang sah tanpa hantaran bagi sesetengah
negeri mengikut adat dan budaya.

Hanya sebilangan pendapat minoriti yang menyatakan gejala ini berlaku disebabkan
prosedur yang rumit (bagi kes bujang dan poligami) dan kejahilan atau kurangnya
pengetahuan pasangan dalam perkahwinan serta implikasinya terhadap UUKI dan
Hukum Syarak.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 87

5.4.2 Kesan perkahwinan di luar sempadan

1. Sudut Sosial

a. Pasangan yang berkahwin di luar sempadan dikira membelakangkan
keluarga, terutama ibu bapa ataupun dengan kata lain menjadi anak derhaka. Jika
ini terjadi akan menyebabkan hubungan kekeluargaan tegang dan seterusnya
menyebabkan mereka dibuang keluarga atau disisih ahli keluarga lain.

b. Impak juga akan terkena kepada anak mereka yang tidak kenal
saudaramara.Kekuatan masyarakat terletak pada budi pekerti individu kepada ibu
bapanya. Apabila berhadapan ibu bapa sendiri mereka gagal menjadi manusia
berakhlak mulia, inikan pula dengan orang lain.

c. Keakraban sesebuah keluarga akan terjejas akibat perbuatan pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut prosedur atau berkahwin di luar sempadan. Impaknya akan
memberi kesan negatif kepada pasangan dan akhirnya boleh menjurus kepada
tohmahan dan cacian serta pandangan serong orang sekeliling.

d. Dalam pada itu, objektif perkahwinan itu sendiri tidak tercapai disebabkan
pasangan suami isteri hidup seolah-olah dalam buruan. Mereka terpaksa
menyembunyikan perilaku mereka dari pengetahuan umum dan pengetahuan isteri
pertama194 terutama berkaitan kes poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 88

2. Sudut Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI)

Mereka yang berkahwin di luar sempadan sebenarnya mencari masalah lebih besar
apabila pulang ke Malaysia. Masalah utama ialah pendaftaran perkahwinan. Mengikut
sistem undang-undang keluarga Islam di Malaysia ialah satu-satu perkahwinan adalah
sah apabila diiktiraf kerajaan apabila ia dilakukan mengikut hukum syarak dan mengikut
undang-undang Islam di Malaysia. Banyak stesen perlu ditempuhi pasangan sebelum
perkahwinan mereka disahkan Mahkamah Syariah. Antaranya, pejabat agama,
jabatan/bahagian pendakwaan, mahkamah syariah dan kembali semula kepada
pejabat agama. Tanpa pendaftaran perkahwinan, pasangan gagal dapat sijil nikah.

Krisis kelahiran dalam perkahwinan tidak mengikut prosedur juga akan membelenggu
pasangan dan ini menunjukkan perkahwinan membelakangi UUKI adalah sesuatu
yang perlu dielakkan. Walaupun kelahiran anak sah mengikut syarak namun proses
pendaftaran kelahiran menjadi sukar sebelum pasangan itu mendaftar
perkahwinan secara sah mengikut UUKI. Apa yang merisaukan lagi, nasib anak-
anak akan menjadi lebih teruk atau tiada perlindungan dari UUKI akibat sikap ibu bapa
berterusan mendiamkan status perkahwinan mereka. Kebenaran mendapatkan sijil
kelahiran anak-anak secara sah adalah untuk kelangsungan hidup mereka pada masa
akan datang dan tanpanya anak-anak tersebut adalah dianggap anak luar nikah

Ianya merangkumi aspek pendakwaan jika bersabit dengan kesalahan. Bagi
pasangan yang telah berkahwin tanpa mengikut saluran UUKI yang betul bagi negeri
masing-masing, maka pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 40 (2) Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dengan denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 90

Harus diingatkan perkahwinan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan belum
didaftarkan juga boleh didakwa berkhalwat atau berzina atas alasan bersekedudukan
dengan pasangan bukan mahram walaupun pada zahirnya, perkahwinan mereka sah
di sisi syarak. Ini kerana dokumen pengesahan perkahwinan dari Pendaftar Nikah,
Cerai dan Rujuk tidak dapat dibuktikan oleh pasangan.

Merujuk kepada kes yang berlaku di Perak, Pendakwa Syarie telah mendakwa
Mohd Zakari dan pasangannya di atas kesalahan khalwat di sebuah rumah. Tertuduh
membuat pembelaan bahawa mereka telah berkahwin di Thailand. Oleh kerana,
pembuktian tidak cukup kuat mahkamah memutuskan yang dituduh didapati bersalah
dan tertuduh pertama dihukum denda sebanyak RM 120.00 atau penjara dua bulan,
manakala tertuduh kedua pula dihukum denda RM 100.00 atau penjara enam minggu.

Dalam kes yang lain pula menyatakan bahawa Mat Rahim dan Nik Azimah telah
dituduh berkhalwat di bawah Seksyen 9(1) dan (2) Kanun Jenayah Syariah
1985. Pasangan ini juga telah mengemukakan pembelaan bahawa mereka telah
berkahwin di Thailand. Mereka berjaya meyakinkan mahkamah bahawa wujudnya
perkahwinan yang berlaku dengan mengemukakan dua saksi lelaki dan juga surat
keterangan perkahwinan di Thailand serta surat pengesahan perkahwinan yang
dikeluarkan oleh Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Narathiwatt, Thailand. Dengan itu,
mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh atas kesalahan berkhalwat.

Kedua-dua kes tersebut menunjukkan bahawa perkahwinan yang tidak didaftar
dan tidak mengikut prosedur boleh mengakibatkan pasangan dituduh berkhalwat.
Selain itu, pasangan tersebut boleh dihukum dan didenda dengan kesalahan
berkhalwat sekiranya tidak dapat membuktikan wujudnya sesuatu perkahwinan.
Namun, perbezaan di antara kedua kes tersebut ialah dari sudut pembuktian yang
dikemukakan. Aspek pembuktian merupakan faktor utama yang dilihat oleh pihak
mahkamah dalam menerima pembelaan mereka dari tuduhan berkhalwat. Apabila
pasangan tidak dapat mengemukakan pembuktian dari sudut dokumen dan juga
keterangan saksi, maka pasangan boleh disabitkan di atas

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 91

kesalahan tersebut. Sebaliknya, apabila pasangan dapat membuktikan wujudnya
sesuatu perkahwinan, maka mahkamah membebaskan mereka daripada tuduhan
tersebut.

Perkahwinan yang terpaksa dipisahkan (mufaraqah) antara pasangan akibat tidak sah
mengikut syarak dan dinikahkan semula jika hakim atau Pendaftar Nikah, Cerai dan
Rujuk bersetuju menjadi Wali Hakim dan cukup syaratsyaratnya. Contohnya dalam
kes permohonan pengesahan nikah di Mahkamah Rendah Syariah Di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, mahkamah memutuskan bahawa akad nikah yang
berlangsung di Pattani, Selatan Thailand adalah fasid dan tidak sah menurut Hukum
Syarak. Mahkamah mensabitkan akadnikah tersebut tidak diperakukan dan tidak boleh
didaftarkan di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah 197
Pendakwa Syarie Kelantan lawan Mat Rahim dan Nik Azimah (1994) 9 JH 2. 89
Persekutuan) 1984. Justeru itu, mahkamah memerintahkan perkahwinan mereka
difaraqkan serta merta.
Perkahwinan luar sempadan tidak sepatutnya dijadikan “jalan pintas” menghalalkan
hubungan, sebaliknya ia memberi banyak keburukan terutama kepada kaum wanita.
Peningkatan 73 kes pada tahun 2001 kepada 4,178 kes pada tahun 2016 seolah-olah
menjadikan perkahwinan rentas sempadan sebagai “jalan pintas” untuk berkahwin
tanpa perlu melalui prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa agama negara.
Walaupun perkahwinan berlaku secara sah tetapi tidak didaftarkan di Malaysia,
pasangan itu telah melanggar undang-undang negara sekiranya tinggal bersama”

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 92

5.5 CABARAN MEDIA SOSIAL

Era pascaperindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda
umat Islam diperkenalkan dengan pelbagai teknologi dan perisian baru antaranya ialah
media sosial yang merupakan suatu element penting dalam kehidupan masyarakat
pada masa kini. Media ditakrifkan sebagai alat atau perantara dalam komunikasi dalam
perhubungan manakala sosial ditakrifkan sebagai segala hal yang berkaitan dengan
kemasyarakatan, suka mengambil berat tentang hal masyarakat atau suka bercampur
dgn masyarakat (Aziah Tajudin & Tajuid, 2016). Berdasarkan takrifan di atas, media
sosial boleh ditakrifkan sebagai alat atau perantara dalam perhubungan masyarakat
untuk bercampur dan mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat. Pengguna
bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan penggunaan media sosial
daripada perkara negatif. Oleh itu, kelestarian penggunaan media sosial adalah amat
penting bagi memastikan pengguna dan generasi muda terutamanya mendapat
manfaat daripadanya. Penggunaan media sosial mempunyai banyak kebaikannya tidak
kurang pula keburukannya. Sebagai umat Islam, kita wajib menjauhi perkara yang dikeji
oleh Allah SWT ketika menggunakan media sosial. Oleh itu, kebaikan dan keburukan
yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.

5.5.1 IMPLIKASI MEDIA SOSIAL
Apabila membincangkan tentang cabaran penggunaan media sosial pada masa kini, ia
perlu dilihat daripada sudut negatif. Sememangnya terdapat kebaikan dalam
penggunaan media sosial, namun, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Malaysia
khususnya belia lebih terdedah kepada sisi negatif penggunaan media sosial pada
masa kini.
Pertama cabaran yang dihadapi adalah berkenaan dengan ketulenan atau kesahihan
sesuatu berita atau maklumat yang dibaca di media sosial. Dengan informasi di hujung
jari masyarakat khususnya para belia terdedah dengan pelbagai bentuk berita atau
maklumat yang palsu.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 93

Sekiranya pembaca tidak berhati-hati dalam menentukan ketulenan sumber berita atau
maklumat tersebut dan kemudiannya berkongsi berita atau maklumat palsu itu, ia akan
mengakibatkan berita atau maklumat tersebut menjadi tular. Sedikit sebanyak
perkongsian berita atau maklumat tidak sahih itu akan menjejaskan atau
memudaratkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penularan berita atau maklumat
tersebut. Kerajaan Persekutuan sememangnya memandang berat terhadap fenomena
penularan berita dan maklumat palsu ini sehinggakan pihak Kerajaan terpaksa
mewujudkan langkah-langkah dalam menangani permasalahan ini menerusi usaha
yang berpanjangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Cabaran kedua, selain menjadi tempat penyebaran berita atau maklumat palsu,
media sosial juga dilihat sebagai medan atau alat untuk menyebarkan fitnah untuk
menjatuhkan atau untuk memalukan seseorang. Perkara ini dilihat sebagai hampir
normal pada masa sekarang dan ini adalah perkembagan yang tidak sihat bagi
masyarakat Malaysia yang sedang menuju negara maju. Ini merupakan cabaran
yang agak susah hendak ditangani kerana kebanyakan masyarakat Malaysia
khususnya belia amat mudah terpengaruh dengan fitnah atau tohmahan yang
terdapat dalam media sosial. Golongan belia juga didapati gemar untuk melayari
laman-laman web yang berunsur negatif seperti laman web pornografi. Kesan daripada
akses kepada bahan pornografi yang tidak terkawal boleh menyumbangkepada
masalah sosial yang lain seperti rogol, cabul dan sebagainya. Ini disebabkan oleh tiada
kawalan oleh ibu bapa yang gagal memantau aktiviti anak-anak yang bebas melayari
internet dan disebabkan juga oleh perasaan ingin tahu dan meniru perlakuan yang tidak
senonoh yang ditonton di internet atau media sosial khususnya.
Seterusnya yang ketiga, pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi WhatsApp,
WeChat dan pelbagai aplikasi Meet and Greet yang lain turut menyumbang kepada
masalah sosial yang dihadapi oleh remaja ketika ini. Remaja, khususnya remaja
perempuan, dilihat sebagai mangsa yang mudah untuk diperdaya oleh pemangsa-
pemangsa seksual bagi pelbagai tujuan yang tidak bermoral. Perkara ini
sememangnya merupakan salah satu cabaran yang nyata bukan sahaja bagi remaja
malah orang dewasa juga terperangkap dalam mainan

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 94

yang dilakukan oleh pemangsa dalam media sosial.
Menurut pakar psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya
Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk
pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan dengan konflik
rumah tangga.
Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan
sebagainya ini akan mengakibatkan institusi kekeluargaan itu sendiri akan terjejas
dan seterusnya akan mengakibatkan keretakan rumah tangga dan juga perceraian.
Kesan daripada perceraian tersebut bukan sahaja akan menjejaskan pasangan itu
sendiri, akan tetapi anak-anak juga akan terjejas dan juga orang yang terdekat dengan
pasangan tersebut juga akan mendapat tempias daripada perceraian tersebut dan
semuanya diakibatkan oleh penyalahgunaan media sosial.
Cabaran keempat, selain gejala di atas, terdapat juga pengguna-pengguna media
sosial ini terjebak dengan penipuan cinta atas talian atau Love Scam yang bertujuan
untuk menipu dan mendapatkan duit daripada mangsa dengan cara memerangkap
mangsa dengan pujuk rayu dan ayat-ayat cinta. PDRM mendedahkan bahawa
penipuan telekomunikasi melalui pesanan ringkas SMS, telefon atau e-mel yang
kononnya penerima teks, panggilan atau e-mel tersebut telah memenangi hadiah,
merupakan jenayah siber yang ke-3 tertinggi selepas kes penipuan Love Scam
sebagaimana yang dinyatakan di atas.

____________________________________________________________________S_Y_A__R_IA__H__D_A_N__K_E_H__ID__U_P_A_N__ 95

Cabaran yang kelima yang mana semakin menular di akhir-akhir ini adalah
berkenaan dengan cyberbullying atau pembulian siber. Walaupun cyberbullying di
negara ini tidak begitu serius berbanding dengan negara-negara maju yang
lain, namun ia menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun. Gejala pembulian
siber seperti sindrom ‘tall poppy’ dalam media sosial yang mana ia merujuk kepada
situasi yang mana pengguna media sosial akan memberikan komen-komen yang
negatif bagi tujuan menjatuhkan maruah pengguna media sosial yang lain kerana
mereka tidak senang melihat orang lain berada dalam keadaan yang lebih tinggi
daripada diri mereka sendiri.

RUJUKAN :

1. Pembedahan Kosmetik: Menurut Perspektif Islam. Oleh: Ustaz Ahmad Dahlan
bin Salleh. Penerbit: Darul Syakir Enterprise, Bangi. Oktober 2002.

2. Md. Hashim Yahaya, “Anak Tak Sahtaraf Dari Perspektif Islam” dalam Undang-
Undang Keluarga Dan Prosedur, ed. Najibah Mohd Zin et al., (Selangor: Jabatan
Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2009), 41.

3. Husin Md Nor, Siti Safwati Binti Mohd Shari, “ Faktor Penyebab Perkahwinan
Tanpa Kebenaran Di Luar Negara: Satu Kajian Di Mahkamah Syariah Muar,”
Jurnal Syariah 14, 2 (Julai-Disember 2006), 145.

4. Noraini Mohd Hashim. “Prosedur Dan Pendaftaran Perkahwinan.” Dalam
Undang-Undang Keluarga (Islam), ed. Najibah Mohd Zin et al. Jilid ke-14. 1-39.

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2007.

____________________________________________________________S_Y_A_R_I_A_H__D_A_N__K_E_H_I_D_U_P_A_N__ 96

UNIT 6.0 : ETIKA PERGAULAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Menjelaskan peranan individu dalam menjaga keharmonian masyarakat.
2. Menghuraikan etika dalam berinteraksi sesama anggota masyarakat.
3. Mengenalpasti kaedah penyelesaian dalam menangani permasalahan yang
berlaku

dalam kalangan masyarakat.

6.1 Adab Bersahabat
6.1.1 Definasi

96

____________________________________________________________S_Y_A_R_I_A_H__D_A_N__K_E_H_I_D_U_P_A_N__ 97

Sahabat adalah orang yang sentiasa mengingati temannya terhadap perkara -
perkara yang baik dan mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT :
“ Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang - orang yang
beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,yang
mengharapkan keredhaan Allah SWT semata - mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di
dalam al-Quran serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula
adalah melampaui kebenaran”.
(al-Kahfi:ayat 28)

6.1.2 Adab - adab Bersahabat

Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah menerangkan tentang adab
bersahabat antaranya :

1. Menghulurkan bantuan kepada sahabatnya walaupun tanpa diminta.
2. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
3. Memberi perhatian kepada sahabatnya apabila berbicara.
4. Menghindari dari berbantah dengan sahabatnya.
5. Memberi nasihat dan teguran kepada sahabat apabila diminta.

Saidina Ali berkata :
“ Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika
susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu dan
apabila terjadi musibah,ia mendatangimu dan korbankan dirinya untuk memilih
bersamamu”.

6.2 Adab Berjiran

Berdasarkan Kamus Dewan, jiran adalah orang yang berada dekat dengan rumah
yang lain. Juga bermaksud tetangga,orang sebelah dan berdekatan.
Hadis Rasulullah SAW :
Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Riwayat Abu Daud

Ini menunjukkan bahawa walaupun jarak dari rumah seseorang diselangi 40 buah
rumah tetap dikira sebagai jiran tetangga.Oleh itu, setiap individu perlu
memelihara hak - hak jiran demi mematuhi tuntutan agama selain menjaga
hubungan silaturahim dan ketenteraman sejagat.

97

____________________________________________________________S_Y_A_R_I_A_H__D_A_N__K_E_H_I_D_U_P_A_N__ 98

6.2.1 Adab Yang Perlu Diamalkan Bersama Jiran

1. Tidak menyakiti jiran.
2. Menjaga dan mengambil berat terhadap jiran.
3. Berbuat baik dan memelihara keamanan dengan jiran.
4. Memuliakan jiran.

6.3 Adab Berguru

Guru adalah golongan yang menyampaikan dan menyebarkan ilmu bermanfaat
kepada pelajarnya dan orang sekeliling. Mereka ini adalah golongan yang wajib
dihormati kerana kedudukan dan kemuliaan ilmunya, usaha serta kesungguhan
mereka bagi menyampaikan ilmu dunia dan akhirat.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : “Pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu
terhadap orang yang kamu ambil ilmunya”.

6.3.1 Adab Bersama Guru

1. Memandang guru dengan kemuliaan.
2. Tidak melupakan jasa guru.
3. Bersabar apabila dimarahi oleh guru.
4. Memberi perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.

6.4 Adab Dengan Masyarakat Bukan Islam

Perkataan bukan Islam atau Non Muslim merupakan satu istilah popular di
kalangan pendakwah di Malaysia kini demi menjaga maruah mereka.Ini kerana
mereka beranggapan perkataan kafir menggambarkan mereka melakukan
kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka menyumbang ke arah kebaikan dan
kemajuan negara dan bumi ini. Sedangkan maksud kafir itu adalah ditujukan
khusus kepada mereka yang mengingkari perintah dan larangan Allah SWT dan
menolak Islam sebagai agama mereka setelah difardhukan Allah SWT supaya
dipercayai dan diimani dengan bukti dan disampaikan hakikat kebenarannya oleh
para Nabi dan Rasul.

98

____________________________________________________________S_Y_A_R_I_A_H__D_A_N__K_E_H_I_D_U_P_A_N__ 99
6.4.2 Pergaulan Bersama Bukan Islam Yang Dibenarkan

1. Berbuat baik dengannya secara umum.
2. Menziarahinya ketika sakit.
3. Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat yang

bukan Islam.
4. Tinggal serumah atau sebilik.

KESIMPULAN
Pergaulan adalah antara aspek penting dalam kehidupan seharian manusia. Islam
telah menggariskan adab dan syarat yang terperinci bagi menjamin kesejahteraan
pergaulan manusia supaya tidak berlaku kepincangan yang boleh mendatangkan
implikasi yang negatif terhadap pembangunan akhlak juga sosial generasi akan
datang.

99


Click to View FlipBook Version