The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SABAH-CM12 Moe, 2020-09-28 23:18:13

MODUL TEKNOLOGI HIJAU (GURU)

FIZIK

KEINDAHAN TERMA
DALAM KEHIDUPAN HIJAU

FIZIK 47

KEINDAHAN TERMA DALAM KEHIDUPAN HIJAU

2.0 TAJUK
Keindahan Terma Dalam Kehidupan Hijau

2.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di
bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau

2 i. Industri • Kecekapan Bahan
(Industry) (Material Efficiency)
• Kitar Semula
(Recycling)
• Bekas Guna Semula
(Reusable Containers)

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater (Separation and Recycling)
Management) • Kitar Semula Sisa
(Waste Recycling)

3 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater (Separation and Recycling)
Management)
• Kitar Semula Sisa
(Waste Recycling)

2.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM FIZIK

Sektor Industri mengguna pakai TH dalam penggunaan bahan semula jadi dan boleh dikitar semula
daripada industri. Kitar Semula dan Bekas Guna Semula digunakan kerana bahan-bahan bersifat
mesra alam dan boleh dikitar serta diguna semula. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengguna
pakai TH melalui kategori Pengasingan dan Kitar Semula sisa pepejal yang boleh diguna semula
di samping tidak mencemarkan persekitaran. Manakala kaedah Kitar Semula Sisa digunakan bagi
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau apabila bahan-bahan tersebut dilupuskan.

Aktiviti 2: Membina model eko-termos dengan menggunakan bahan kitar semula dan guna semula

Sektor Industri melalui kategori Kecekapan Bahan dan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui
kategori Pengasingan dan Kitar Semula menggunakan bahan kitar dan guna semula untuk membina
termometer ringkas.

48 FIZIK

• Penggunaan tin aluminium sebagai bekas guna semula sesuai untuk pembinaan termos
kerana sifatnya yang tahan karat dan tidak bertindak balas dengan air.

• Penggunaan kapas terutamanya dapat menggantikan penggunaan polistirena (polyfoam)
untuk menghalang pengaliran haba. Manakala kertas digunakan kerana ia merupakan
bahan kitar semula yang mudah untuk dilupuskan dan tidak mencemarkan persekitaran.

• Melalui kaedah Kitar Semula Sisa, eko-termos dibina daripada bahan semula jadi (kertas
dan kapas) dapat mengurangkan masalah pelupusan sisa pepejal negara kita.

• Melalui kaedah Kitar Semula dan Bekas Guna Semula, eko-termos yang dihasilkan
daripada bahan-bahan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Sila rujuk pautan berikut untuk melihat
proses kitar semula botol minuman: https://www.youtube.com/watch?v=DIOKYEDGNcw

• Sila rujuk pautan berikut untuk melihat cara membuat termos: https://www.youtube.com/
watch?v=oHD9SeSFidE atau https://www.youtube.com/watch?v=ZaODjpkuXlg

Aktiviti 3: Membina model termometer ringkas dengan menggunakan etanol dan air

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pengasingan dan Kitar Semula menggunakan
bekas guna semula seperti botol minuman plastik yang boleh dikitar semula untuk membina
termometer ringkas.

• Kaedah Kitar Semula digunakan di mana bahan kitar semula seperti botol minuman plastik
dan campuran etanol (rubbing alcohol) dan air digunakan.

• Penggunaan termometer ringkas adalah sebagai alternatif kepada penggunaan termometer
makmal yang diguna pakai sehingga kini.

• Botol minuman plastik yang bertindak sebagai bahan utama bagi pembinaan termometer
ringkas ini merupakan bahan kitar semula yang mudah diperoleh dan boleh diguna semula
jika diguna dengan cara yang betul.

• Bahan seperti etanol dan air yang berfungsi sebagai media pengukur suhu adalah lebih
selamat penggunaannya dan tidak mencemarkan alam sekitar berbanding merkuri yang
terdapat di dalam bebuli termometer makmal.

• Sila rujuk pautan berikut untuk melihat cara-cara menghasilkan termometer ringkas:
i. http://www.education.com/activity/article/make_a_homemade_thermometer_middle/
ii. https://www.youtube.com/watch?v=EbrVwQpgEmc

2.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pensyarah / Guru Fizik
• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan

2.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 2

i. Namakan bahan alternatif lain selain daripada kapas dan kertas yang tidak mencemarkan
persekitaran dan mudah untuk dikitar semula.

ii. Mengapakah penggunaan polistirena mencemarkan persekitaran?
iii. Bagaimanakah penggunaan kapas dan kertas dapat mengurangkan kesan rumah hijau?
iv. Apakah kesan kepada alam sekitar apabila pembakaran atau pelupusan bahan pepejal

seperti polistirena dilakukan?

FIZIK 49

Aktiviti 3

i. Apakah cara yang sesuai untuk menguruskan sisa plastik seperti botol minuman supaya
tidak mencemarkan persekitaran?

ii. Adakah penggunaan botol minuman plastik sesuai untuk dijadikan bahan utama untuk
membina termometer ringkas? Jelaskan.

iii. Jelaskan kesan-kesan pembakaran sisa plastik kepada alam sekitar.
iv. Pada pendapat anda, apakah kesan negatif penggunaan merkuri kepada persekitaran?

2.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 2
Mengaplikasikan konsep keseimbangan terma dan TH dalam membina model eko-termos.

Aktiviti 3
Mengaplikasi konsep TH dalam mengukur suhu melalui pembinaan model termometer ringkas
daripada botol plastik yang dikitar semula.

2.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan
2
i. Industri • Penggunaan termos merupakan salah satu
• Kecekapan Bahan contoh aplikasi dalam konsep keseimbangan
• Kitar Semula terma. Bahan seperti polistirena akan
• Bekas Guna Semula membebaskan gas rumah hijau yang
mencemarkan alam sekitar apabila dilupuskan.
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa
• Pengasingan dan Kitar • Dengan menggunakan kaedah Bekas Guna
Semula Semula, bahan-bahan seperti tin aluminium
• Kitar Semula Sisa dan botol plastik dapat mengurangkan
pencemaran sisa pepejal seterusnya dapat
diguna semula. Kaedah Kitar Semula juga
diaplikasikan sebagai satu alternatif pelupusan
bahan pepejal.

• Melalui kaedah Kitar Semula Sisa, kertas dan
kapas yang merupakan bahan daripada
sumber semula jadi yang mudah untuk
dilupuskan dan dikitar semula dapat
bertindak sebagai bahan penebat yang sesuai
bagi mengelakkan pengaliran keluar haba
daripada termos.

3 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Bahan seperti etanol menjadi media pengukur

• Pengasingan dan Kitar yang merupakan satu alternatif menggantikan

Semula raksa (merkuri) dengan fungsi yang sama. Ini

• Kitar Semula Sisa kerana etanol bukan bahan beracun dan akan

cepat meruap serta mempunyai had bacaan

sehingga 78 0 C.

50 FIZIK

Aktiviti Sektor Penerangan
3
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Dengan menggunakan kaedah Kitar
• Pengasingan dan Kitar Semula Sisa, botol plastik dan penyedut
Semula minuman digunakan sebagai binaan utama
• Kitar Semula Sisa termometer ringkas.

• Bahan-bahan yang digunakan lebih selamat
dan mudah untuk dilupuskan serta tidak
mencemarkan alam sekitar.

2.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran Berasaskan
Produk (PBP).

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

PBP merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid akan bekerjasama dalam kumpulan
untuk menghasilkan produk. Guru perlu mengikut langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang pelupusan polistirena melalui pautan berikut:
https://www.youtube.com/ watch?v=hvHuX32_--g
• Guru mengemukakan soalan seperti:
o Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?
o Cadangkan bahan lain yang sesuai menggantikan penggunaan polistirena.

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid bekerja secara berkumpulan (5 orang murid / kumpulan)

iii. Pelan Projek
• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid merancang, membuat lakaran dan melabel rajah produk yang akan dibina.
• Murid menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.
• Murid membina produk mengikut kaedah yang diberi berdasarkan bahan yang
disediakan.
• Murid menguji produk dan merekodkan keputusan uji kaji.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan menggunakan kreativiti
masing-masing.

FIZIK 51

2.8 GLOSARI

Aliran Haba Bersih – Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih
pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.

Bekas Guna Semula – Suatu bekas yang terpakai atau bekas yang telah digunakan selepas melalui
rawatan atau proses tertentu.

Keseimbangan Terma – Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga haba boleh
berpindah di antara kedua-dua objek itu. Keseimbangan terma akan tercapai apabila suhu bagi
kedua-dua objek menjadi sama.

Kitar Semula – Proses mengolah bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Kitar Semula Sisa – Mengitar semula bahan sisa seperti kertas, plastik, tin minuman dan lain-lain
diolah menjadi bahan yang berpotensi untuk digunakan semula.

Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Polistirena – Sejenis polimer putih yang digunakan sebagai bahan pembungkusan dan lain-lain.

Rubbing Alcohol – Sejenis alkohol iaitu etanol berasaskan cecair yang juga dikenali sebagai spirit,
kebiasaannya digunakan sebagai antiseptik.

Sektor Industri – Mengguna pakai TH dalam penggunaan bahan kitar semula yang mengurangkan
pencemaran.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Termometer – Alat yang digunakan untuk mengukur suhu benda dengan tepat dan menyatakannya
dengan angka.

Termos – Alat bantu komponen yang mempunyai fungsi untuk menyimpan air dan juga menjaga
suhu air agar tetap.

2.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh
2 Pembelajaran Berasaskan Produk 4 minggu

3 Pembelajaran Berasaskan Produk 2 jam

52 FIZIK

AKTIVITI 2

Objektif

i. Membina model eko-termos dengan menggunakan bahan kitar semula dan guna semula
yang tidak mencemarkan alam sekitar.

ii. Menentukan model eko-termos yang lebih sesuai dalam mengekalkan keseimbangan
terma haba.

Latar Belakang

Eko-termos dibina melalui kaedah Kitar Semula dan Bekas Guna Semula dalam Sektor Industri
serta melalui kaedah Kitar Semula Sisa dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Penggunaan
bahan polimer seperti polistirena sebagai bahan utama termos boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar apabila dilupuskan. Malah, bahan tersebut membebaskan gas beracun yang akan
menyebabkan kesan rumah hijau serta meningkatkan masalah pemanasan global. Sehubungan
dengan itu, pembinaan eko-termos ini amat sesuai untuk mengatasi masalah tersebut sementara
konsep keseimbangan terma masih dikekalkan. Termos yang menggunakan kapas dan kertas boleh
mengekalkan suhu air panas lebih lama dan juga selamat kepada persekitaran kerana berasaskan
bahan semula jadi yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Penggunaan botol minuman plastik dan tin minuman pula sesuai kerana merupakan bahan yang
boleh dikitar dan diguna semula serta mudah diperolehi. Bahan-bahan tersebut juga membantu
mengurangkan masalah pelupusan sisa yang mencemarkan alam sekitar. Penggunaan semula sisa
pepejal dari bahan buangan domestik dan industri seperti botol minuman plastik, tin minuman dan
kertas membantu dalam melestarikan alam sekitar semasa pembinaan eko-termos.

Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Polistirena (berbentuk silinder, panjang 15 cm x diameter 7 cm)
ii. 1 naskah Kertas surat khabar
iii. 1 gulung Kapas
iv. 3 unit Gam UHU
v. 1 unit Pita pelekat (Masking tape)
vi. 4 Tin minuman aluminium
vii. 4 botol Minuman plastik (bersaiz 1.5 L)
viii. 1 unit Pisau pemotong (Cutter)
ix. 1 unit Papan pemotong
x. 4 unit Termometer makmal
xi. 1 unit Jam randik
xii. 1 L Air panas
xiii. 4 unit Corong turas

FIZIK 53

Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang pelupusan polistirena melalui pautan berikut:
https://www.youtube.com/ watch?v=rdKskTg-NIM
Guru mengemukakan soalan seperti:
o Bagaimanakah masalah lambakan polistirena dapat diatasi?
o Cadangkan bahan lain yang sesuai menggantikan penggunaan polistirena dalam
kehidupan seharian.
o Apakah yang akan berlaku kepada alam sekitar apabila pembakaran atau pelupusan
bahan pepejal seperti polistirena terjadi? Jelaskan.
o Bagaimanakah penggunaan bahan kitar semula dan guna semula dapat
mengurangkan kesan rumah hijau?

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid.
• Murid melantik ketua kumpulan dan pencatat.

iii. Pelan Projek
• Murid menyenaraikan pembahagian tugas dalam kumpulan dan membincangkan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan aktiviti ini.
• Murid hendaklah memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Murid akan mereka bentuk dan membuat lakaran beberapa contoh termos yang sesuai.
Murid juga dikehendaki mencatat kelebihan dan kekurangan setiap rekaan termos yang
dicadangkan. Pilih reka bentuk termos yang sesuai untuk dibina berdasarkan bahan dan
peralatan yang disediakan.
• Murid menghasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.
• Murid menyenarai dan menyedia bahan serta peralatan mengikut kuantiti yang
diperlukan.
• Murid membina produk (eko-termos) mengikut kaedah yang dibincang berdasarkan
bahan yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing.
• Murid menguji termos yang dibina dan merekodkan keputusan uji kaji.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Selepas membina eko-termos, murid perlu membentangkan produk mereka.
• Setiap kumpulan murid perlu menyediakan satu laporan projek berdasarkan maklumat
berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil projek (eko-termos) yang dihasilkan
mengikut kreativiti masing-masing di dalam kelas.

54 FIZIK

Maklumat untuk Guru

Pembinaan eko-termos

Berikut ialah prosedur bagi aktiviti membina eko-termos dengan menggunakan bahan kitar semula
dan guna semula:

i. Sediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan (Gambar 17). Setiap botol plastik
mestilah dapat memuatkan tin minuman.

ii. Gunting botol minuman mengikut ketinggian tin minuman (Gambar 18).
iii. Potong polistirena mengikut ukuran tin minuman (Gambar 19).
iv. Lekatkan polistirena yang telah dipotong pada tin menggunakan gam dan pita pelekat untuk

membina termos (Gambar 20). Masukkan termos yang siap ke dalam bahagian botol
minuman yang disediakan (Gambar 21).
v. Lekatkan bahagian atas botol minuman dengan polistirena untuk dijadikan sebagai penutup.
vi. Masukkan 200 ml air panas menggunakan corong turas ke dalam termos yang telah siap
(Gambar 22).
vii. Perhati dan rekodkan bacaan awal suhu air menggunakan termometer. Rekodkan
bacaan suhu air setiap sela masa 5 minit sehingga 20 minit untuk setiap jenis termos.
Pastikan suhu awal air panas untuk kesemua termos adalah sama.
viii. Catatkan keputusan dalam Jadual 1.
ix. Bina termos tanpa bahan penebat sebagai termos kawalan (Gambar 23).
ix. Ulang langkah (ii) hingga (vi) dengan menggunakan bahan lain seperti kertas surat khabar
dan kapas (Gambar 24), kemudian lekatkan pada tin. Pastikan lapisan kapas atau kertas
sedikit tebal untuk mengekalkan haba air panas di dalam termos.

Gambar 17 Gambar 18
Bahan dan peralatan yang diperlukan Menggunting botol plastik mengikut

ketinggian tin minuman

FIZIK 55

Gambar 19 Gambar 20
Memotong polistirena mengikut saiz Mencantum bahan utama binaan termos

tin minuman

a b
b b Gambar 22
Gambar 21
Memasukkan air panas ke dalam termos
Memasukkan termos kaeadalam botol

plastik

ab

Gambar 23 Gambar 24
Contoh termos Termos yang menggunakan lapisan kertas dan kapas sebagai

kawalan bahan utama binaan

56 FIZIK

Pemerhatian

i. Murid perlu memerhatikan perubahan suhu air panas dalam setiap termos.
ii. Murid mencatat pemerhatian di dalam jadual yang mereka bina sendiri seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bacaan suhu air bagi termos yang berbeza

Jenis termos Bacaan Suhu Air (OC)

Polistirena 0 minit (Suhu Awal) 5 minit 10 minit 15 minit 20 minit
Kertas
Kapas

Soalan Perbincangan

i. Lukiskan graf berdasarkan pada keputusan dalam jadual yang dibina.
ii. Berdasarkan graf, bandingkan jenis termos yang dapat mengekalkan haba yang lebih lama.

Jelaskan.
iii. Adakah termos kapas sesuai untuk menguji keseimbangan terma? Jelaskan.
iv. Terangkan kelebihan bahan semula jadi yang digunakan sebagai bahan utama dalam

pembinaan eko-termos.
v. Cadangkan bahan kitar semula lain yang sesuai dijadikan bahan utama binaan termos.
vi. Bagaimanakah aktiviti yang anda lakukan dapat memberi sumbangan kepada TH?

Kesimpulan

Penggunaan termos daripada tin aluminium dan botol plastik serta bahan-bahan semula jadi
seperti kertas dan kapas adalah lebih baik dalam mengekalkan suhu air panas kerana ia
tidak mencemarkan alam sekitar, mengurangkan kesan rumah hijau, mudah untuk dilupuskan
dan boleh dikitar semula. Ini menunjukkan bahawa Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
serta Sektor Industri sebagai TH telah dipatuhi dalam memastikan bahan seperti polistirena
digantikan dengan penggunaan bahan semula jadi seperti kertas dan kapas untuk membina
termos. Melalui kaedah Kitar Semula dan Kitar Semula Sisa membolehkan penggunaan bahan
sisa kitar semula (plastik dan tin minuman) serta bahan semula jadi (kapas dan kertas) digunakan
untuk mengurangkan kesan rumah hijau dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik
• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan

FIZIK 57

AKTIVITI 3

Objektif

Membina model termometer ringkas daripada campuran etanol dan air yang tidak mencemarkan
alam sekitar dan lebih selamat berbanding raksa (merkuri).

Latar Belakang

Termometer ringkas daripada bahan guna semula dan kitar semula dibina melalui Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa dengan kaedah Kitar Semula Sisa. Bahan seperti etanol menjadi media pengukur
yang merupakan alternatif bagi menggantikan penggunaan raksa (merkuri) dengan fungsi yang sama.
Ini kerana etanol tidak beracun dan bahan ini mudah didapati di pasaran. Botol plastik dan penyedut
minuman digunakan semula sebagai binaan utama termometer ringkas. Skala dilabelkan pada botol
plastik agar menyerupai binaan termometer raksa (merkuri). Termometer ringkas ini sesuai dibina di
sekolah kerana lebih selamat, lebih murah dan mudah diperolehi di dalam makmal, di samping tidak
mencemarkan alam sekitar berbanding penggunaan termometer raksa (merkuri).

Bahan dan Peralatan

i. 40 ml Etanol (rubbing alcohol)
ii. 1 kotak Plastisin (modeling clay)
iii. 20 ml Air suling
iv. 1 unit Pewarna makanan (warna merah)
v. 2 batang Penyedut minuman jernih (straw)
vi. 2 botol Minuman plastik (200 ml)
vii. 1 batang Pen marker
viii. 1 unit Termometer makmal
ix. 2 unit Bikar 600 ml
x. 500 ml Air panas
xi. 500 g Ais
xii. 1 unit Penitis (dropper)

Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang idea kitar semula botol plastik melalui pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=rdKskTg-NIM
• Guru mengemukakan soalan seperti:
o Apakah cara yang sesuai untuk menguruskan sisa plastik seperti botol minuman
supaya tidak mencemarkan persekitaran?
o Jelaskan kesan-kesan pembakaran sisa plastik kepada alam sekitar.
o Pada pendapat anda, apakah kesan negatif penggunaan merkuri kepada
persekitaran?
o Adakah penggunaan botol minuman plastik sesuai untuk dijadikan bahan utama
membina termometer ringkas? Jelaskan.

58 FIZIK

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid membentuk beberapa kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.
• Setiap kumpulan perlu melantik ketua kumpulan dan pencatat.
• Setiap murid hendaklah bekerjasama dalam kumpulan.

iii. Pelan Projek
• Murid menyenaraikan pembahagian tugas dalam kumpulan dan membincangkan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan aktiviti ini.
• Murid hendaklah memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
diperuntukkan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Murid akan mereka bentuk dan membuat lakaran beberapa contoh termometer ringkas
yang sesuai dengan lebih spesifik.
• Murid dikehendaki mencatat kelebihan dan kekurangan setiap rekaan termometer
ringkas yang dicadangkan.
• Pilih reka bentuk termometer ringkas yang sesuai untuk dibina berdasarkan bahan dan
peralatan yang dbincangkan.
• Murid menghasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.
• Murid menyenarai dan menyedia bahan serta peralatan mengikut kuantiti yang
diperlukan.
• Murid membina produk (termometer ringkas) mengikut kaedah yang diberi berdasarkan
bahan yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing.
• Murid menguji termometer ringkas yang dibina dan merekodkan keputusan uji kaji.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Selepas membina termometer ringkas murid perlu membentangkan produk mereka.
• Setiap kumpulan murid perlu menyediakan satu laporan projek berdasarkan maklumat
berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil projek (termometer ringkas) yang
dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing di dalam kelas.

FIZIK 59

Maklumat untuk Guru

Pembinaan termometer ringkas

Berikut ialah prosedur bagi aktiviti membina termometer ringkas dengan menggunakan bahan kitar
semula dan guna semula:

i. Isikan 20 ml air suling (Gambar 25) dan 40 ml etanol (Gambar 26) ke dalam botol minuman
Nota : Campuran air suling dan etanol lebih kurang 1/8 hingga 1/4 daripada botol.

ii. Masukkan beberapa titis pewarna makanan (warna merah) ke dalam botol dan goncangkan
secara perlahan-lahan (Gambar 27).

iii. Masukkan penyedut minuman ke dalam botol. Pastikan hujung penyedut minuman yang
direndam dalam campuran air dan etanol tidak menyentuh permukaan dalam botol
(Gambar 28).

iv. Gunakan plastisin untuk menutup (seal) bahagian atas botol supaya penyedut minuman
tersebut tidak bergerak (Gambar 29). Biarkan ada lebihan sebahagian hujung penyedut
minuman di atas botol dan tidak ditutup. Pastikan tiada udara masuk ke dalam botol.

v. Tuliskan skala pada botol dan tandakan bacaan cecair merah (larutan air dan etanol) dalam
penyedut minuman sebagai bacaan awal termometer menggunakan pen marker.

vi. Panaskan 500 ml air. Rekodkan bacaan suhu air menggunakan termometer makmal.
Kemudian uji termometer ringkas dengan meletakkan termometer ke dalam air panas dan
catatkan bacaan paras cecair merah (Gambar 30a).

vii. Rekodkan suhu ais menggunakan termometer makmal. Kemudian masukkan termometer
ringkas ke dalam bekas berisi ais dengan segera dan catatkan bacaan dengan menanda
paras kenaikan atau penurunan bacaan cecair merah (Gambar 30b).
Nota : Termometer ringkas juga boleh diuji dengan meletakkannya di bawah cahaya
matahari untuk mencatat paras kenaikan etanol.

Gambar 25 Gambar 26 Gambar 27
Memasukkan air suling ke Memasukkan etanol ke dalam Memasukkan beberapa
titis pewarna merah ke
dalam botol plastik botol plastik
dalam botol

60 FIZIK

Gambar 28 Gambar 29
Memasukkan penyedut Melekatkan plastisin pada
minuman ke dalam botol
penyedut minuman dan
plastik masukkan ke dalam botol

plastik

aa bb

Gambar 30
Memerhati dan merekod paras cecair merah
(larutan air dan etanol) dalam air panas dan ais

Pemerhatian

i. Murid perlu memerhatikan paras cecair merah (larutan air dan etanol) selepas dimasukkan
ke dalam bikar berisi air panas dan ais. Catat bacaan paras cecair merah tersebut dalam
jadual yang mereka bina.

ii. Seterusnya, murid perlu perhatikan dan catat bacaan suhu air panas dan ais menggunakan
termometer makmal seperti Jadual 2 dibawah.

Jadual 2: Bacaan paras cecair merah dan suhu termometer raksa
bagi bahan yang berbeza

Bahan Bacaan paras cecair merah Bacaan suhu /°C
(air + etanol) / cm (Termometer raksa)
Air panas
Ais (air sejuk)

FIZIK 61

Langkah berjaga-jaga:

Selepas selesai aktiviti, murid-murid perlu diingatkan bahawa cecair merah
(larutan air dan etanol) perlu dilupuskan dengan betul dan cuci botol dengan
bersih. Arahkan murid menggunting atau memotong botol plastik supaya botol
itu boleh dikitar semula atau diguna semula untuk tujuan yang lain.

Peringatan: Jangan minum campuran cecair itu

Soalan Perbincangan

i. Termometer ringkas diletakkan ke dalam sebekas air panas untuk melihat pergerakan
cecair merah (larutan air dan etanol) di dalam penyedut minuman. Apakah yang akan
berlaku sekiranya termometer ringkas diletakkan ke dalam bekas berisi ais atau air sejuk?

ii. Termometer ringkas yang diletakkan ke dalam bekas berisi air panas akan menyebabkan
cecair merah (larutan air dan etanol) menjadi panas. Apakah yang berlaku dan jelaskan
mengapa?

iii. Nyatakan kelebihan termometer alkohol.
iv. Nyatakan kelebihan dan kelemahan penggunaan termometer raksa (merkuri) berbanding

termometer ringkas.
v. Merkuri merupakan sejenis bahan yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Jelaskan kesan merkuri kepada persekitaran dan kesihatan manusia.
vi. Bagaimanakah aktiviti yang anda lakukan dapat memberi sumbangan kepada TH?

Kesimpulan

Penggunaan termometer ringkas yang berasaskan campuran air dan etanol merupakan
jenis termometer cecair yang mudah meruap, lebih selamat, murah dan tidak mencemarkan
persekitaran berbanding termometer raksa (merkuri). Penggunaan bahan seperti etanol lebih
selamat digunakan di makmal berbanding merkuri yang sangat toksik kepada kesihatan
manusia. Pendedahan berterusan kepada merkuri boleh memberi kesan yang signifikan
kepada persekitaran dan kesihatan manusia. Di dalam aktiviti ini, konsep TH telah dipatuhi
melalui Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang menggunakan kaedah Kitar Semula Sisa.
Penggunaan kaca telah digantikan dengan penggunaan bahan kitar semula seperti botol
minuman plastik dan penyedut minuman dalam pembinaan termometer ringkas. Penggunaan
bahan kitar semula ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau

• Pensyarah / Guru Fizik
• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi

62 FIZIK

2.9.1 SUMBER RUJUKAN
Aktiviti 2

i. How to Make a Thermos.
http://www.wikihow.com/Make-a-Thermos

ii. Lim Pheng Chew, Lim Ching Chai. (2012). Nexus SPM A+ Physics. Sasbadi Sdn Bhd.
iii. Orange Gloves. (2015). How to make a … thermos bottle?!. Nov 18, 2015,

https://www.youtube.com/watch?v=oHD9SeSFidE
iv. Prasanna Datar. (2014). PET Bottle Crushing for recycling. Jan 24, 2014,

https://www.youtube.com/watch?v=DIOKYEDGNcw
v. Smart Channel. (2015). How to make a Thermos. Feb 25, 2015,

https://www.youtube.com/watch?v=ZaODjpkuXlg
vi. Thermal Wrap: Turbo Charge your Green Building.

http://earthship.com/thermal-wrap-turbo-charge-your-green-building
vii. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,

Roslina bt Ahmad. (2011). Buku Teks Fizik Tingkatan 4. Selangor. Danalis Distributors
Sdn Bhd.
viii. Wscusa. (2007). Polystyrene recycling, Styrofoam recycling. July 20, 2007,
https://www.youtube.com/watch?v=hvHuX32_--g

Aktiviti 3
i. Blog: Rahma-rosalina. (2014). Jenis-Jenis Termometer. Januari 21, 2014,
http://rahma-rosalina.blogspot.my/2014/01/jenis-jenis-termometer.html
ii. FullTimeKid. (2014). How to Make a Bottle Thermometer | Full-Time Kid | PBS Parents.
https://www.youtube.com/watch?v=EbrVwQpgEmc
iii. Mike Calhoun. (2016). Homemade Thermometer Activity. April 25, 2016,
https://www.education.com/activity/article/make_a_homemade_thermometer_middle/
iv. Prasanna Datar. (2014). PET Bottle Crushing for recycling. Jan 24, 2014,
https://www.youtube.com/watch?v=DIOKYEDGNcw
v. Roman UrsuHack. (2016). % ideas with recycling plastic bottle #3. Jan 30, 2016,
https://www.youtube.com/watch?v=rdKskTg-NIM
vi. Viking0312. (2011). How to build a thermometer- Ari and Josh. May 15, 2011,
https://www.youtube.com/watch?v=-quaqGnNW9c
vii. Wscusa. (2007). Polystyrene recycling, Styrofoam recycling. July 20, 2007,
https://www.youtube.com/watch?v=hvHuX32_--g

FIZIK 63

2.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 2

i. Data bacaan suhu air bergantung kepada binaan eko-termos masing-masing. Berikut
adalah contoh pemerhatian dan graf berdasarkan bacaan suhu yang dicatat dalam
Jadual 1.

Jadual 1: Bacaan suhu air bagi termos yang berbeza

Bacaan Suhu Air (OC)

Jenis termos 0 minit (Suhu Awal) 5 minit 10 minit 15 minit 20 minit
82 77
Polistirena 100 97 89 78 70
Kertas 80 75
Kapas 100 90 85

100 95 88

Termos Polistirena Termos Kertas Termos Kapas

ii. Berdasarkan graf, termos polistirena dapat mengekalkan haba yang lebih lama berbanding
termos kapas dan kertas, kerana polistirena dapat menghalang pengaliran haba daripada
keluar dan masuk ke dalam termos, tetapi polistirena ialah bahan yang tidak boleh dikitar
semula dan membebaskan lebih banyak gas rumah hijau apabila dilupuskan.

iii. Ya, termos kapas juga sesuai untuk menguji keseimbangan terma kerana kapas merupakan
bahan semula jadi yang dapat menghalang pengaliran haba daripada keluar.

iv. Kapas: bahan semula jadi yang tidak mencemarkan alam sekitar berbanding polistirena.
Kertas: bahan kitar semula yang boleh diguna berulang-ulang.

v. Bahan semula jadi lain seperti tisu, gentian kenaf, sabut atau bahan semula jadi yang
dirasakan sesuai.

vi. Penggunaan bahan semula jadi dan kitar semula dapat mengurangkan pembebasan gas
rumah hijau, mengurangkan pencemaran persekitaran dan senang dilupuskan, malah
mematuhi konsep TH.

64 FIZIK

Aktiviti 3
i. Paras cecair merah (larutan air dan etanol) di dalam botol akan bergerak turun ke bawah
(di dalam penyedut minuman) dengan cepat.
ii. Paras cecair merah (larutan air dan etanol) di dalam penyedut minuman akan bergerak ke
atas.
iii. Termometer alkohol menggunakan cecair alkohol yang kurang toksik dan akan meruap
dengan cepat berbanding merkuri yang lebih berbahaya.
iv. Kelebihan termometer merkuri: dapat mengesan suhu dengan cepat dan tepat /
pengembangan merkuri yang sekata.
Kelemahan termometer merkuri: tidak dapat mengukur suhu yang lebih rendah / merkuri
adalah beracun dan berbahaya jika bebulinya pecah / mudah pecah.
v. Kesihatan manusia: Merkuri boleh menyebabkan otak tidak berfungsi, gelisah/gugup,
kerosakan kepada ginjal dan juga hati / menyebabkan kecacatan bayi dan keguguran
kepada ibu mengandung / merosakkan kulit wajah.
Persekitaran: Eutrofikasi / pencemaran alam sekitar / kemerosotan kualiti air.
vi. Penggunaan bahan dan radas yang tidak mencemarkan alam sekitar dan boleh dikitar
semula dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau apabila proses pelupusan
bahan dilakukan. Selain itu, projek ini juga membantu mengurangkan masalah pelupusan
sisa pepejal.

FIZIK 65

TENAGA SOLAR DAN
MATAHARIKU

66 FIZIK

TENAGA SOLAR DAN MATAHARIKU

3.0 TAJUK
Tenaga Solar dan Matahariku

3.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
4 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa
• Pengurangan Sisa, Guna Semula
(Waste and Wastewater dan Kitar Semula
Management) (Waste Reduction, Reuse and
Recycling)
• Pengurangan Sisa
(Waste Minimization)

• Pencegahan dan Pengurangan
(Prevention and Minimization)
• Meminimumkan Sisa Kertas
(Paper Waste Minimization)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewable)
• Pemanasan dan Penyejukan
Solar
(Solar Heating and Cooling)

5 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengurangan Sisa, Guna Semula
(Waste and Wastewater
Management) dan Kitar Semula
(Waste Reduction, Reuse and
Recycling)

• Pengurangan Sisa
(Waste Minimization)

• Pencegahan dan Pengurangan
(Prevention and Minimization)

• Meminimumkan Sisa Kertas
(Paper Waste Minimization)

ii. Bangunan • Pencahayaan Siang
(Buildings) (Daylighting)
• Penggunaan Cahaya
Semula Jadi
(Use of Natural Lighting)

FIZIK 67

3.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM FIZIK

Konsep TH dalam Fizik yang terlibat adalah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bekalan
Tenaga dan Sektor Bangunan.

Aktiviti 4: Mereka cipta dapur solar dengan menggunakan tenaga solar dan bahan kitar semula

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa telah diaplikasikan dengan menggunakan sisa kotak untuk
membina dapur solar bagi tujuan memasak. Sisa kotak yang disalut dengan kerajang aluminium
(aluminium foil) akan bertindak sebagai pemantul. Cahaya yang terpantul akan difokuskan kepada
bekas memasak yang terletak di bahagian sebelah dalam dapur solar. Tenaga cahaya digunakan
untuk mengumpulkan tenaga haba. Sektor Bekalan Tenaga turut diaplikasikan dalam aktiviti ini
dengan menggunakan sumber cahaya iaitu tenaga solar untuk ditukarkan kepada tenaga haba.
Selain itu, kaedah Pemanasan dan Penyejukan Solar dalam kategori Tenaga Boleh Baharu telah
diaplikasikan dalam pembinaan dapur solar ini. Konsep Pengumpulan Tenaga Haba diaplikasikan
semasa proses penyerapan haba. Kotak yang dibentukkan seperti bilah dicat dengan warna
hitam sebelum dibalut dengan kerajang aluminium (aluminium foil) untuk mempercepatkan proses
penyerapan haba. Bekas memasak atau periuk memasak juga dicat hitam bagi menyerap haba
dengan lebih baik. Kanta pembesar digunakan sebagai alat tambahan supaya sinar cahaya dapat
difokuskan pada titik fokus.

Aktiviti 5: Membina lampu cahaya semula jadi yang boleh menghasilkan cahaya setara dengan
lampu 55 watt

Sisa botol minuman digunakan untuk membina lampu cahaya semula jadi. Kategori Pencegahan
dan Pengurangan dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kaedah Meminimumkan
Sisa Kertas diaplikasikan dalam aktiviti ini. Air paip digunakan sebagai medium pembiasan cahaya
dalam menghasilkan lampu cahaya semula jadi. Air paip dicampurkan dengan cecair peluntur untuk
mengelakkan daripada pertumbuhan kulat dan alga dalam botol. Cahaya matahari akan dibiaskan
melalui botol yang terletak di atas bumbung dan menerangi kawasan dalam rumah setara dengan
lampu 55 watt. Sumber cahaya matahari digunakan untuk pencahayaan dalam bangunan. Aktiviti
ini mengaplikasikan Penggunaan Cahaya Semula Jadi dalam kategori Pencahayaan Siang bagi
Sektor Bekalan Tenaga.

3.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pensyarah / Guru Fizik
• Jurutera Persekitaran
• Saintis Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan
• Ahli Fizik

68 FIZIK

3.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 4

i. Mengapakah sisa pepejal perlu diguna semula?
ii. Bagaimanakah cara untuk menjadikan kotak sebagai pemantul haba?
iii. Bagaimanakah cara untuk memfokuskan pantulan haba?
iv. Berapakah suhu maksimum boleh dicapai oleh pemantul haba?

Aktiviti 5

i. Mengapakah sisa pepejal perlu diguna semula?
ii. Bagaimanakah botol minuman bertindak sebagai pembias cahaya?
iii. Apakah cara untuk membiaskan cahaya ke dalam bilik yang gelap?
iv. Berapakah bilangan lampu cahaya semula jadi yang diperlukan untuk memberikan

kecerahan yang optimum dalam sesebuah bilik seperti ruang tamu, dapur dan bilik tidur?

3.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 4
Mengaitkan konsep pantulan cahaya dan mengaplikasikan TH dalam pembinaan dapur solar.

Aktiviti 5
Mengaitkan konsep pembiasan cahaya dan mengaplikasikan TH dalam pembinaan lampu cahaya
semula jadi.

3.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan
4
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pembinaan dapur solar mengaplikasikan
• Pengurangan Sisa, Guna Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa untuk
Semula dan Kitar Semula mengurangkan kadar pembuangan sisa
• Pengurangan Sisa pepejal di tapak pelupusan sekaligus
• Pencegahan dan mengamalkan Konsep 3R iaitu Reduce, Reuse
Pengurangan dan Recycle.
• Meminimumkan Sisa
Kertas • Pantulan cahaya matahari boleh diaplikasikan
untuk penghasilan tenaga haba. Tenaga haba
ii. Bekalan Tenaga daripada sumber cahaya matahari adalah
• Tenaga Boleh Baharu merupakan sumber Tenaga Boleh Baharu.
• Pemanasan dan
Penyejukan Solar • Sumber cahaya ini dipantulkan pada satu titik
untuk menghasilkan tenaga haba yang
maksimum. Tenaga haba ini boleh digunakan
untuk kegunaan memasak.

FIZIK 69

Aktiviti Sektor Penerangan
5
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pembinaan lampu cahaya semula jadi
• Pengurangan Sisa, Guna mengaplikasikan Sektor Pengurusan Sisa dan
Semula dan Kitar Semula Air Sisa bagi mengurangkan sisa domestik.
• Pengurangan Sisa
• Pencegahan dan • Konsep 3R dipraktikkan iaitu Reduce, Reuse
Pengurangan dan Recycle dengan mengguna semula bahan
• Meminimumkan Sisa buangan iaitu botol minuman dalam pembinaan
Kertas lampu cahaya semula jadi.

ii. Bangunan • Melalui lampu cahaya semula jadi, cahaya
• Pencahayaan Siang daripada matahari boleh digunakan untuk
• Penggunaan Cahaya pencahayaan dalam Sektor Bangunan.
Semula Jadi
• Cahaya matahari dibiaskan oleh botol minuman
yang berisi air. Cahaya yang dibiaskan dapat
menerangi ruangan bangunan atau rumah.

3.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran Berasaskan
Produk (PBP).

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP) merupakan satu strategi yang berpusatkan murid, iaitu
murid akan bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini
dalam Aktiviti 4, guru perlu memulakan pengajaran dengan langkah berikut:

i. Permulaan
• Menunjukkan video tentang tapak pelupusan sampah, terutamanya pembuangan sisa /
kertas.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Guru bertanyakan pendapat murid tentang sisa kertas berdasarkan video yang ditonton.
• Guru mengemukakan soalan (sesi sumbang saran) bagi membolehkan murid
menjalankan projek.

ii. Pembentukan Kumpulan
• Guru memastikan murid membentuk kumpulan dengan bilangan ahli yang ditetapkan
(bergantung kepada jumlah murid dalam kelas).
• Guru memastikan murid menjalankan projek membina dapur solar secara berkumpulan.

iii. Pelan Projek
• Guru memastikan setiap kumpulan merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek.
• Murid menyediakan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.
o Memotong kotak mengikut bentuk bilah yang telah dilakarkan dengan ukuran yang
sesuai.
o Mengecat bilah kotak di bahagian luar dan dalam.
o Membalut bilah kotak dengan kerajang aluminium (aluminium foil).
o Proses mencantum bilah kotak.

70 FIZIK

iv. Tugasan Projek
• Murid membuat ujian terhadap dapur solar yang dibina dengan meletakkannya di bawah
cahaya matahari yang terik.
• Pastikan setiap kumpulan menyiapkan dapur solar dengan langkah yang teratur secara
bekerjasama.
• Pastikan setiap kumpulan memasak telur dengan menggunakan dapur solar masing–
masing di bawah cahaya matahari yang terik dengan prosedur yang selamat.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan suhu pemanasan dapur solar masing–
masing.
• Guru menilai projek berdasarkan satu laporan projek yang telah disediakan oleh setiap
kumpulan mengikut format yang ditetapkan iaitu:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Guru menilai projek berdasarkan pembentangan setiap kumpulan tentang proses
memasak telur menggunakan dapur solar.

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

Bagi memulakan strategi ini dalam Aktiviti 5, guru perlu memulakan pengajaran dengan langkah
berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang tempat pelupusan sampah terutamanya sisa plastik.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Guru bertanya kepada murid tentang sisa plastik berdasarkan video yang ditonton.
• Guru mengemukakan soalan (sumbang saran) bagi membolehkan murid menjalankan
projek.

ii. Pembentukan Kumpulan
• Guru mengarahkan murid untuk membuat projek membina lampu cahaya semula jadi
mengikut kumpulan.
• Guru mengarahkan murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

iii. Pelan Projek
• Murid menyediakan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.
• Guru memastikan murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Guru memastikan setiap kumpulan merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek
dan tempoh masa yang ditetapkan.

iv. Tugasan Murid
• Guru memastikan murid membuat ujian terhadap lampu cahaya semula jadi yang dibina
dengan meletakkan lampu cahaya semula jadi di bawah cahaya matahari yang terik.

FIZIK 71

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan murid membentangkan hasil dengan menunjukkan kecerahan dalam
kotak masing–masing.
• Menilai projek berdasarkan satu laporan projek setiap kumpulan mengikut format yang
ditetapkan iaitu:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Menilai projek berdasarkan pembentangan setiap kumpulan tentang kecerahan lampu
cahaya semula jadi yang dibina.

3.8 GLOSARI

Haba – Satu bentuk tenaga. Tenaga ini terhasil disebabkan oleh pergerakan atom atau molekul dan
boleh dipindahkan daripada badan yang lain sebagai perubahan dalam fasa.

Pemanasan dan Penyejukan Solar – Menggunakan tenaga dari matahari untuk memanaskan atau
menyejukkan sesuatu permukaan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Pencahayaan Siang – Pencahayaan semula jadi daripada cahaya matahari.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya.

Penggunaan Cahaya Semula Jadi – Menggunakan cahaya secara efektif dalam reka bentuk
bangunan supaya dapat memaksimumkan visual dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal domestik
atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan tenaga ombak.

72 FIZIK

3.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

4 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 minggu

5 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 minggu

*Aktiviti perlu dilakukan pada waktu tengah hari terik

FIZIK 73

AKTIVITI 4

Objektif

Mereka cipta dapur solar dengan menggunakan tenaga solar dan bahan kitar semula.

Latar Belakang

Dapur solar adalah alat yang menggunakan tenaga cahaya matahari untuk memasak makanan
dan minuman. Dapur ini dibina dalam bentuk parabolik agar cahaya matahari yang maksimum
dapat ditumpukan ke atas periuk. Bahagian bawah dapur solar sengaja dihitamkan bertujuan untuk
menyerap haba dengan lebih baik. Dapur ini juga mempunyai bahan penebat iaitu polistirena yang
berfungsi untuk mengelakkan kehilangan haba dengan banyak. Kaedah Pengurangan Sisa dalam
kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula serta kaedah Meminimumkan Sisa
Kertas dalam kategori Pencegahan dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa telah
diaplikasikan dengan penggunaan bahan terpakai seperti kotak dan polistirena untuk pembinaan
dapur solar.

Projek ini merupakan salah satu platform untuk menggunakan tenaga alternatif dengan bijak dan
cekap dalam kehidupan seharian selain dapat memberi peluang kepada murid mengeluarkan
idea dalam mereka cipta inovasi dapur dengan menggunakan tenaga solar. Kaedah memasak
menggunakan tenaga solar boleh dilakukan dengan reka cipta dan inovasi. Dapur solar merupakan
dapur yang tidak menggunakan bahan api, tenaga elektrik, gas mahupun arang. Oleh itu, masalah
sumber tenaga dunia yang semakin berkurangan dan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan
dengan penggunaan dapur solar tersebut. Projek ini menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh
Baharu melalui kaedah Pemanasan dan Penyejukan Solar dalam kategori Tenaga Boleh Baharu
bagi Sektor Bekalan Tenaga.

Bahan dan Peralatan

i. 1 gulung Kerajang aluminium (aluminium foil)
ii. 1 Pita pelekat (binding tape)
iii. 1 Kotak kertas (saiz kotak bergantung kepada reka bentuk dapur solar)
iv. 1 botol Spray hitam
v. 1 kg Batu yang dicat hitam
vi. 1 Mounting board
vii. 1 unit Besen
viii. 1 bekas Aluminium yang dicat hitam
ix. 1 unit Pisau pemotong kertas
x. 1 unit Gam panas (hot glue gun)
xi. 3 m Tali benang
xii 1 unit Termometer (digunakan semasa pengujian)

74 FIZIK

Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang tempat pelupusan sampah, terutamanya sisa kertas.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Guru bertanya murid tentang sisa kertas, antara contoh soalan:
o Bagaimanakah kertas dibuat?
o Apakah sumber bahan untuk membuat kertas?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya pokok–pokok dalam dunia ini
tiada?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya iklim kita berubah?
• Guru mengemukakan soalan (sumbang saran) bagi membolehkan murid menjalankan
projek.
o Adakah kita boleh memasak dengan menggunakan haba daripada cahaya
matahari? Berikan pendapat anda.
o Bagaimanakah caranya untuk mengumpulkan haba daripada matahari bagi tujuan
memasak? Jelaskan.
o Apakah konsep Fizik dan TH yang digunakan?

ii. Pembentukan Kumpulan
• Guru memastikan murid membentuk kumpulan dengan bilangan ahli yang ditetapkan
(bergantung kepada jumlah murid dalam kelas).
• Guru memastikan murid membuat projek membina dapur solar secara berkumpulan.

iii. Pelan Projek
• Memastikan setiap kumpulan merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek.
• Murid perlu menyediakan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

vi. Tugasan Projek
• Murid membuat ujian terhadap dapur solar yang dibina dengan meletakkannya di bawah
cahaya matahari yang terik.
• Pastikan setiap kumpulan menyiapkan dapur solar dengan langkah yang teratur secara
bekerjasama.
• Pastikan setiap kumpulan memasak telur dengan menggunakan dapur solar masing –
masing di bawah cahaya matahari yang terik dengan prosedur yang selamat.

iv. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
Guru menetapkan setiap kumpulan perlu:
• Membentangkan hasil dapatan suhu pemanasan dapur solar masing-masing.
• Menyediakan satu laporan projek mengikut format yang ditetapkan iaitu:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Membentangkan hasil projek dalam kelas tentang telur yang dimasak menggunakan
dapur solar.

FIZIK 75

Maklumat untuk Guru

Dalam menghasilkan dapur solar, kaedah pantulan cahaya diaplikasi iaitu pantulan berlaku dari tiga
sudut (triple angle) yang berbeza iaitu 450, 600 dan 700. Cahaya matahari ditumpukan melalui 13 bilah
kepingan aluminium ke kawasan tengah dapur. Sinar cahaya yang jatuh pada kepingan aluminium
ini dipantulkan mengikut Hukum Pantulan iaitu sudut tuju sama dengan sudut pantulan. Rajah 2
menunjukkan tiga sudut (triple angle) pantulan matahari ke atas kepingan aluminium.

Cahaya

70o

60o

Periuk memasak

45o

Rajah 2
Sinar Triple Angle yang menumpukan cahaya pada kepingan

aluminium

Dapur solar ditutupi dengan penutup plastik di bahagian atas agar dapat memerangkap haba. Proses
ini memastikan supaya haba yang terkumpul tidak terbebas ke persekitaran. Ini menyebabkan
suhu di dalam dapur solar meningkat dengan lebih cepat. Warna hitam dicat di bahagian luar bilah
aluminium merupakan penyerap haba yang baik. Pembalut aluminium berwarna perak digunakan
untuk membalut dinding bahagian dalam parabolik bertindak sebagai pemantul sinar matahari terbaik
kepada bekas memasak. Bahagian yang gelap boleh menyerap lebih banyak haba yang dikumpul
oleh bilah parabolik.

Dapur Solar ‘Triple Angle 13 sided’ yang juga dikenali sebagai Cooker TA13s (Gambar 31) adalah
alat memasak yang menggunakan tenaga cahaya matahari untuk memasak yang menumpukan
cahaya matahari menggunakan kaedah pantulan dari arah tiga sudut dengan 13 bilah.

Dapur ini berbentuk parabolik supaya dapat menumpukan cahaya matahari yang lebih berkesan ke
atas alatan memasak. Bahagian permukaan dalam dapur dibaluti dengan kepingan aluminium supaya
pantulan cahaya boleh berlaku dan bahagian bawah / dasar dihitamkan supaya dapat menyerap
haba yang lebih banyak. Manakala bahagian luar dapur diwarnakan dengan warna cerah supaya
berfungsi untuk mengelakkan kehilangan haba. Bahan asas pembinaan dapur ini adalah daripada
bahan terpakai iaitu kepingan kotak. Cooker TA13s mempunyai ciri-ciri TH seperti menggunakan
tenaga solar, menggunakan bahan utama yang boleh dikitar semula, murah, boleh dilipat, boleh
dibawa ke mana-mana (portable), ringan, boleh dibina sendiri, selamat, mesra pengguna dan sangat
sesuai digunakan semasa program perkhemahan murid.

76 FIZIK

Gambar 31
Cooker TA13s

Pembinaan Dapur Solar

i. Menyediakan kepingan bilah dengan memotong mengikut ukuran seperti Rajah 3, untuk
bahagian luar dan dalam.

10 cm 16 cm 21 cm
5 cm
18 cm 26.5 cm
10 cm

Rajah 3
Ukuran potongan kepingan bilah

ii. Mengecat bilah di bahagian luar dan dalam dengan warna hitam (Gambar 32).
iii. Membalut bilah dengan kerajang aluminium (aluminium foil) (Gambar 33).
iv. Mencantum bilah-bilah (Gambar 34).
v. Mengikat bahagian bawah cantuman dengan tali (Gambar 35).
vi. Proses pemasangan dapur solar (Gambar 36).
vii. Dapur solar TA13s siap dipasang (Gambar 37).

FIZIK 77

Gambar 32 Gambar 33
Mengecat bilah Membalut bilah

Gambar 34 Gambar 35
Mencantum bilah Mengikat bilah

Gambar 36 Gambar 37
Memasang dapur Dapur solar siap dibina

78 FIZIK

Pengujian Dapur Solar
• Murid membuat ujian terhadap dapur solar yang dibina dengan meletakkan dapur solar di
bawah cahaya matahari yang terik.
• Setiap kumpulan menggoreng telur (Gambar 38) atau memasak nasi (Gambar 39)
menggunakan dapur solar di bawah cahaya matahari terik dengan prosedur selamat.

ab

Gambar 38
Telur yang digoreng menggunakan dapur solar

ab

Gambar 39
Nasi yang dimasak menggunakan dapur solar

Pemerhatian
Guru memastikan murid membuat pemerhatian terhadap aktiviti memasak menggunakan dapur
solar berpandukan soalan berikut:

i. Perhatikan cahaya matahari yang terpantul daripada bilah sama ada menumpu kepada
bekas ataupun tidak.

ii. Nyatakan bagaimanakah cahaya menumpu.
iii. Catatkan perubahan suhu dengan mengambil bacaan suhu awal dan suhu akhir.
iv. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada beras atau telur yang dimasak.
v. Apakah perubahan tenaga yang berlaku?

FIZIK 79

Soalan Perbincangan
Guru memberi beberapa soalan untuk dibincangkan dalam kumpulan.

i. Mengapakah suhu akhir air lebih tinggi daripada suhu awal air?
ii. Bagaimana haba dapat memanaskan air di dalam tin?
iii. Adakah kaedah ini sesuai digunakan untuk menggantikan pemanas air yang menggunakan

elektrik?
iv. Apakah TH yang berkaitan dengan aktiviti ini? Jelaskan.

Kesimpulan
Dapur solar yang direka cipta ini berfungsi dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu iaitu
melalui Pemanasan dan Penyejukan Solar. Penggunaan dapur solar ini dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar melalui kaedah kitar semula yang mesra alam, menjimatkan kos dan
mudah dikendalikan. Dalam aktiviti ini, kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar
Semula serta kategori Pencegahan dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa dan kategori Tenaga Boleh Baharu bagi Sektor Bekalan Tenaga telah diaplikasikan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Pensyarah / Guru Fizik
• Saintis Bahan
• Jurutera Bahan
• Ahli Fizik
• Saintis Persekitaran

80 FIZIK

AKTIVITI 5

Objektif
Membina lampu cahaya semula jadi yang boleh menghasilkan cahaya setara dengan lampu
55 watt.

Latar Belakang
Alfredo Moser adalah seorang ahli mekanik Brazil. Pada tahun 2002, Moser membuat lampu tanpa
elektrik, yang dikenali juga sebagai lampu air atau lampu botol. Tercetusnya idea tersebut sebenarnya
bertitik tolak daripada permasalahan untuk mencari penyelesaian keadaan bekalan elektrik yang
sentiasa terputus di kawasan pedalaman Brazil pada tahun 2002. Moser bercadang untuk membuat
pencahayaan dalam sebuah bilik yang gelap diwaktu siang tanpa menggunakan elektrik.
Moser sudah menggunakan lampu sederhana itu sejak 2002 untuk menerangi ruangan rumahnya
(Gambar 40). Lampu buatannya itu sudah digunakan secara meluas di negara-negara di dunia
seperti 140 ribu buah rumah di Filipina serta 15 negara lain termasuk Argentina, India dan Fiji.

Gambar 40
Moser dengan lampu ciptaannya
Moser menggunakan sebuah botol plastik terpakai berukuran 1.5 L. Botol tersebut diisi air dan akan
membiaskan cahaya apabila cahaya matahari masuk ke dalam botol tersebut. Lampu botol atau
lampu air ini dapat menjadi alternatif untuk mendapatkan cahaya tanpa elektrik di siang hari. Lampu
cahaya semula jadi ini berfungsi membiaskan cahaya matahari yang masuk melalui lubang di atap
(Rajah 4). Cahaya yang dibiaskan oleh air dalam botol akan disebarkan ke seluruh ruangan. Aktiviti
ini telah mengaplikasi TH dalam kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula dan
kategori Pencegahan dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa serta kategori
Pencahayaan Siang bagi Sektor Bangunan.

FIZIK 81

Rajah 4
Pembiasan cahaya matahari

Bahan dan Peralatan

i. 1 botol Minuman soda terpakai
ii. 1 kepingan Atap zink (12 inci X 12 inci)
iii. 1 botol Cecair peluntur (Clorox)
iv. 1 botol Rubber sealant
v. 1.5 L Air paip
vi. 1 unit Sesiku L
vii. 1 unit Pemotong logam
viii. 1 keping Kertas pasir
ix. 1 unit Pen marker
x. 1 Kotak kertas (digunakan semasa pengujian)
xi. 4 unit rivet (untuk pemasangan atap rumah sahaja)
xii. 1 unit Drill machine (untuk pemasangan atap rumah sahaja)

Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang tempat pelupusan sampah terutamanya sisa plastik.
o https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM
o https://www.youtube.com/watch?v=5ZtYmWY0AfE&spfreload=10
• Guru bertanya kepada murid tentang sisa plastik berdasarkan video yang ditonton.
Contohnya:
o Bagaimanakah plastik dibuat?
o Apakah sumber bahan untuk membuat plastik?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya sisa plastik dibiarkan?
o Apakah yang akan berlaku sekiranya sisa plastik tidak dilupuskan dengan
sempurna?
• Guru mengemukakan soalan (sumbang saran) bagi membolehkan murid menjalankan
projek.
o Adakah kita boleh menggunakan cahaya matahari untuk menggantikan mentol
elektrik?
o Bagaimanakah untuk mengumpulkan cahaya dari matahari bagi tujuan menerangi
bilik? Jelaskan.
o Apakah konsep Fizik dan TH yang digunakan?

82 FIZIK

ii. Pembentukan Kumpulan
• Guru mengarahkan murid untuk membuat projek membina lampu cahaya semula jadi
mengikut kumpulan.

iii. Pelan Projek
• Memastikan murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Memastikan setiap kumpulan merangka pelan projek berdasarkan tujuan projek dan
tempoh masa yang ditetapkan.
• Murid perlu menyediakan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Murid
• Memastikan murid membuat lampu cahaya semula jadi dengan cara yang selamat.
• Memastikan murid menguji lampu cahaya semula jadi yang dibina dengan meletakkan
lampu cahaya semula jadi masing–masing di bawah cahaya matahari yang terik.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan murid membentangkan hasil dengan menunjukkan kecerahan lampu
cahaya semula jadi dalam kotak masing-masing.
• Guru menilai projek berdasarkan satu laporan projek setiap kumpulan mengikut format
yang ditetapkan iaitu:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Guru menilai projek berdasarkan pembentangan setiap kumpulan tentang kecerahan
lampu cahaya semula jadi yang dibina.

Maklumat untuk Guru

Pembinaan Lampu Cahaya Semula Jadi

i. Ukur dan potong kepingan atap zink dengan saiz 12 inci x 12 inci.
ii. Lukiskan satu bulatan yang menunjukkan diameter botol minuman. Kemudian lukiskan satu

lagi bulatan di bahagian dalam bulatan dengan jarak 1 cm daripada bulatan luar
(Gambar 41).

Gambar 41
Melukis bulatan dalam dan luar

FIZIK 83

iii. Potong zink dengan menggunakan pemotong logam. Gosok bahagian tengah botol
minuman dengan kertas pasir, supaya bahagian itu tidak licin dan melekat apabila
dilekatkan pada zink.

iv. Masukkan separuh bahagian botol ke dalam lubang zink. Kemudian, lekatkan botol dengan
zink dengan menggunakan rubber sealant (Gambar 42).

v. Setelah rubber sealant kering, isi botol dengan air jernih dan tambahkan dua penutup botol
penuh cairan peluntur untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dan lumut (Gambar 43). Tutup
kembali botol minuman.

Gambar 42 Gambar 43
Melekatkan botol pada zink Menambah peluntur

vi. Cara pemasangan pada atap rumah (Gambar 44) :
• Buat lubang sebesar ukuran diameter botol pada bahagian atap rumah.
• Pasang lampu cahaya semula jadi anda pada lubang yang telah dibuat pada atap.
• Buat empat lubang pada setiap penjuru untuk dipasangkan rivet, kemudian tutup semua
celah yang terbuka dengan rubber sealant supaya tidak bocor.

Gambar 44
Memasang botol di atap rumah

84 FIZIK

Pemerhatian
i. Perhatikan kecerahan lampu cahaya semula jadi dalam kawasan yang sesuai
(Gambar 45).
ii. Bagaimanakah berlaku perbezaan kecerahan mentol ini?

Gambar 45
Perbezaan kecerahan lampu yang dihasilkan

Soalan Perbincangan
i. Terangkan mengapakah cecair peluntur dicampur bersama dengan air jernih?
ii. Bagaimanakah pembiasan boleh berlaku?
iii. Cadangkan cara lain untuk meningkatkan kecerahan lampu cahaya semula jadi.
iv. Apakah TH yang berkaitan dengan aktiviti ini?

Kesimpulan
Lampu cahaya semula jadi adalah salah satu aplikasi dalam TH iaitu penggunaan cahaya
matahari untuk menggantikan mentol elektrik. Tenyata dengan penggunaan lampu cahaya
semula jadi ini dapat mengurangkan kadar pembuangan sisa ke tempat pelupusan sampah
kerana bahan yang digunakan ialah bahan kitar semula. Aktiviti ini telah mengaplikasi TH
dalam kategori Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula dan kategori Pencegahan
dan Pengurangan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa serta kategori Pencahayaan
Siang bagi Sektor Bangunan.

Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Pensyarah / Guru Fizik
• Jurutera Persekitaran
• Saintis Bahan
• Pengurus Sains Semula Jadi
• Jurutera Bahan

FIZIK 85

3.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 4

i. Build a Solar Cooker
http://solarcooking.org/plans/

ii. Dokumentari Pelupusan Sisa Pepejal
https://www.youtube.com/watch?v=uCuKzSZQcIM

iii. Double Angled Twelve Sided (DATS) Solar Cooker
http://solarcooking.org/plans/DATS.htm

iv. Solar Cooking Basics
http://www.solarcookers.org/involved/basics/

v. Solar Cooker International
http://www.solarcookers.org/index.php

vi. The Solar Funnel Cooker
http://solarcooking.org/plans/funnel.htm

vii. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad, Fizik Tingkatan 4, Selangor, Danalis Distributors Sdn Bhd.

Aktiviti 5

i. Brazilian Creates Light Bulb, Water, Bleach and Bottle
http://www.nydailynews.com/news/world/brazilian-mechanic-creates-light-bulb-
water-bleach-bottle-article-1.1427011

ii. How to Build a Solar Bottle Bulb
http://www.instructables.com/id/How-to-build-a-SOLAR-BOTTLE-BULB/

iii. Solar Water Bottle Bulbs
http://permaculturenews.org/2014/03/14/solar-water-bottle-bulbs/

iv. Solar Lights Made of Plastic Bottles and Water
http://cleantechnica.com/2011/08/01/solar-lights-made-of-plastic-bottles-water/

v. Tong Yoke Chai, Wan Faizatul Shima bt Ismayatim, Yoong Kai Seng, Rema Ragavan,
Roslina bt Ahmad, Fizik Tingkatan 4, Selangor, Danalis Distributors Sdn Bhd.

3.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Aktiviti 4

i. Suhu akhir lebih tinggi berbanding suhu awal kerana terdapat pemindahan haba dari
cahaya matahari.

ii. Air dalam tin dapat dipanaskan oleh haba yang dipantulkan oleh cahaya matahari.
iii. Kaedah ini sangat sesuai.
iv. TH yang berkaitan ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa kerana pembinaan Dapur

Solar dapat mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal di tapak pelupusan. Selain itu,
penggunaan Tenaga Boleh Baharu dalam aktiviti Dapur Solar melalui kaedah Pemanasan
dan Penyejukan Solar bagi Sektor Bekalan Tenaga dapat dikaitkan dalam aktiviti ini kerana
dapat menggantikan penggunaan sumber asli seperti gas asli.

86 FIZIK

Aktiviti 5
i. Cecair peluntur dicampurkan ke dalam air jernih adalah untuk mengelakkan pertumbuhan
lumut dan alga dalam botol.
ii. Pembiasan boleh berlaku apabila cahaya bergerak dari medium udara yang kurang tumpat
ke medium air yang lebih tumpat. Oleh itu cahaya dibiaskan mendekati normal.
iii. Cara untuk menambahkan kecerahan lampu cahaya semula jadi ialah dengan meletakkan
lampu secara terus dibawah cahaya matahari yang terik.
iv. TH yang terlibat ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa kerana penggunaan semula
sisa domestik. Selain itu, aktiviti ini dapat melibatkan Sektor Bangunan kerana
Penggunaan Cahaya Semula Jadi dapat digunakan untuk pencahayaan di dalam rumah.

FIZIK 87

IMPAK TEKANAN DALAM
KEHIDUPAN HIJAU

88 FIZIK

IMPAK TEKANAN DALAM KEHIDUPAN HIJAU

4.0 TAJUK
Impak Tekanan Dalam Kehidupan Hijau

4.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
6 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa
• Pengasingan dan Kitar Semula
7 (Waste and Wastewater (Separation and Recycling)
Management)
• Pengurangan, Guna Semula dan Kitar
ii. Bangunan Semula Sisa
(Building) (Waste Reduction, Reuse and Recycle)

iii. Bekalan Tenaga • Rawatan dan Pemprosesan
(Energy Supply) (Treatment and Processing)
• Pengurangan Sisa dan Pengubahsuaian
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan
(Waste and Wastewater (Waste Reduction and Alteration of
Management) Waste Form and Shape)

• Kegunaan Air Domestik
(Domestic Water)
• Penuaian Hujan
(Rainwater Harvesting)

• Tenaga Boleh Baharu
(Renewable)
• Solar Fotovolta
(Solar Photovoltaic)

• Pengasingan dan Kitar Semula
(Separation and Recycling)
• Pengurangan, Guna Semula dan Kitar
Semula Sisa
(Waste Reduction, Reuse and Recycle)
• Rawatan dan Pemprosesan
(Treatment and Processing)

• Pengurangan Sisa dan Pengubahsuaian
Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan
(Waste Reduction and Alteration of Waste
Form and Shape)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewable)
• Solar Fotovolta
(Solar Photovoltaic)

FIZIK 89

4.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM FIZIK

Aktiviti 6: Mereka cipta Kolam Mini Lestari yang menggunakan bahan terbuang dan tenaga solar

• Aktiviti ini dapat mengurangkan sisa dan juga meningkatkan kecekapan pengurusan sisa
dan bahan buangan di tapak pelupusan sampah.

• Penggunaan semula air hujan dalam isian kolam menepati Sektor Bangunan bagi kategori
Kegunaan Air Domestik melalui kaedah Penuaian Air Hujan. Air hujan daripada kolam akan
digunakan secara berulang-alik untuk kolam air terjun mini oleh pam yang berfungsi dengan
menggunakan tenaga solar untuk menghidupkan motor-DC.

• Kolam Mini Lestari dibina sebagai hiasan taman yang mempunyai air terjun mini dan
sumber air semula jadi (air hujan) digunakan dengan lebih berkesan. Kolam Mini Lestari
memelihara alam sekitar serta mengaplikasikan penggunaan sumber Tenaga Boleh Baharu.

• Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar Fotovolta digunakan untuk menghidupkan motor
pam.

• Konsep Fizik iaitu perbezaan tekanan dalam bendalir dan tekanan atmosfera diaplikasikan
untuk mengalirkan air kolam ke tempat yang lebih tinggi.

Aktiviti 7: Mereka cipta Bot Solar Idaman yang menggunakan bahan terbuang dan tenaga solar

• Penggunaan semula botol air berkarbonat, bekas CD, motor-DC (kereta mainan terbuang),
penutup balang dan penyedut minuman untuk membina Bot Solar Idaman. Aktiviti ini juga
dapat mengurangkan sisa dan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa dan bahan
buangan di tapak pelupusan sampah.

• Aktiviti ini menggalakkan murid mengintegrasikan konsep TH di bawah Sektor Bekalan
Tenaga dalam kategori Tenaga Boleh Baharu dengan menggunakan Solar Fotovolta.
Motor-DC berfungsi dengan menggunakan tenaga solar.

• Bot Solar Idaman boleh digunakan dalam pertandingan bot laju dan bergerak lurus. Bot
ini menggunakan tenaga solar yang tidak mencemarkan alam sekitar kerana
mengaplikasikan penggunaan sumber Tenaga Boleh Baharu.

• Konsep Fizik yang digunakan dalam aktiviti ini adalah Prinsip Archimedes iaitu
keseimbangan daya apungan dan berat air yang disesarkan menyebabkan bot dapat
terapung. Manakala daya tujah ke depan yang besar dihasilkan oleh kipas bot dan
penggunaan sirip berfungsi untuk memastikan bot bergerak ke hadapan dengan lebih laju.
Botol minuman yang berbentuk larus juga membantu bot bergerak dengan laju.

4.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Arkitek Landskap
• Pereka Landskap
• Jurutera Perkapalan
• Usahawan Perkapalan

90 FIZIK

4.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 6

i. Bagaimanakah air hujan boleh diguna semula supaya bermanfaat dalam kehidupan
seharian kita?

ii. Bagaimanakah sebuah pam berfungsi dengan menggunakan konsep tekanan?
iii. Bagaimanakah tenaga elektrik boleh dijimatkan dalam sistem air terjun buatan?
iv. Apakah kaedah untuk membina kolam air dengan menggunakan sel solar?

Aktiviti 7

i. Apakah ciri-ciri bot yang mampu bergerak lurus dan laju?
ii. Bagaimana penggunaan bahan-bahan terbuang untuk membina bot yang menggunakan sel

solar?

4.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 6

Mengaplikasikan konsep TH dan konsep perbezaan tekanan dalam bendalir dan tekanan
atmosfera untuk pembinaan Kolam Mini Lestari dengan menggunakan bahan-bahan terbuang serta
sumber Tenaga Boleh Baharu.

Aktiviti 7

Mengaplikasikan konsep TH dan Prinsip Archimedes untuk pembinaan Bot Solar Idaman dengan
menggunakan bahan-bahan terbuang dan penggunaan sumber Tenaga Boleh Baharu.

4.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan
6
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Kolam Mini Lestari dibina dengan pam yang

• Pengasingan dan Kitar direka menggunakan bahan terbuang.

Semula

• Pengurangan, Guna • Penggunaan semula air hujan di dalam kolam

Semula dan kitar semula dapat menggurangkan penggunaan air yang

Sisa telah diproses.

• Rawatan dan Pemprosesan

• Pengurangan Sisa • Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar

dan Pengubahsuaian Fotovolta digunakan untuk menghidupkan motor

Bentuk dan Keadaan pam.

Bahan Buangan

• Konsep Fizik diaplikasikan dalam pembinaan

ii. Bangunan Kolam Mini Lestari iaitu konsep perbezaan

• Kegunaan Air Domestik tekanan dalam bendalir dan tekanan atmosfera.

• Penuaian Hujan

iii. Bekalan Tenaga
• Tenaga Boleh Baharu
• Solar Fotovolta

FIZIK 91

Aktiviti Sektor Penerangan
7
i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Bot Solar Idaman adalah bot mainan yang direka

• Pengasingan dan Kitar cipta menggunakan bahan terbuang.

Semula

• Pengurangan, Guna • Konsep TH dan Prinsip Archimedes diaplikasikan

Semula dan kitar semula dalam aktiviti ini.

Sisa

• Rawatan dan Pemprosesan • Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar

• Pengurangan Sisa Fotovolta digunakan untuk menggerakkan Bot

dan Pengubahsuaian Solar Idaman.

Bentuk dan Keadaan

Bahan Buangan

ii. Bekalan Tenaga
• Tenaga Boleh Baharu
• Solar Fotovolta

4.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan bagi semua aktiviti dalam tajuk ini adalah Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP).

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid
akan bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini dalam
Aktiviti 6, guru perlu memulakan pengajaran dengan langkah berikut :

i. Permulaan
• Guru menunjukkan gambar pam dan pembuatan kolam air mini.
https://www.youtube.com/watch?v=3Ejw7fX3kEE
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut:
o Bagaimanakah cara untuk membina sebuah kolam air terjun dengan menggunakan
bekalan tenaga daripada Tenaga Boleh Baharu dan barang-barang terbuang?

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan)

iii. Pelan Projek
• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

92 FIZIK

Untuk Aktiviti 7, guru perlu memulakan pengajaran dengan langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang Pertandingan Bot Solar:
https://www.youtube.com/watch?v=ofHy_iHnDuY
• Guru menunjukkan video pembinaan bot solar:
https://www.youtube.com/watch?v=0yxd83_FTls
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut:
o Bagaimanakah cara untuk membina bot solar dengan menggunakan bahan-bahan
terbuang? Berikan justifikasi.
o Bagaimana bot solar dapat bergerak lurus dan laju?

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek
• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

4.8 GLOSARI

Kitar Semula Air – Penggunaan semula air bagi tujuan yang berbeza.

Pengasingan dan Kitar Semula – Sisa dipisahkan mengikut jenis material dan diubah menjadi
bahan baharu yang berguna.

Penuaian Hujan / Rainwater Harvesting – Teknik yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan,
dan menggunakan air hujan untuk pengairan landskap dan kegunaan lain.

Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula – Penggunaan semula sisa pepejal domestik
atau industri seperti botol plastik, tiub tayar, kayu, papan atau besi.

Rawatan dan Pemprosesan – Rawatan ialah proses menjadikan sisa dan air sisa kepada bahan
yang spesifik dan boleh digunakan semula. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.

Solar Fotovolta – Kaedah untuk menjana kuasa elektrik dengan menggunakan sel solar.

FIZIK 93

Tekanan Atmosfera – Tekanan yang disebabkan oleh berat udara ke atas sesuatu objek.

Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan tenaga ombak.

Teknologi Hijau (TH) – Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.

4.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh pembelajaran.

Aktiviti Strategi Tempoh
6 Pembelajaran Berasaskan Produk 2 minggu

7 Pembelajaran Berasaskan Produk 2 minggu

94 FIZIK

AKTIVITI 6

Objektif

Mereka cipta Kolam Mini Lestari menggunakan bahan terbuang dan Tenaga Boleh Baharu.

Latar Belakang

Taman Hijau yang mempunyai Kolam Mini Lestari boleh dibina untuk mencipta suasana taman
yang ceria dan harmoni. Kolam tersebut boleh direka dengan mengaplikasikan TH. Dalam aktiviti
ini, gabungan TH dan konsep Fizik diaplikasikan iaitu konsep perbezaan tekanan dalam cecair
dan tekanan atmosfera. Kolam Mini Lestari dibina dengan pam yang direka menggunakan bahan
terbuang dan menghidupkan motor dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar
Fotovolta. Kolam Mini Lestari dibina untuk meminimumkan sisa. Penggunaan semula air hujan di
dalam kolam dapat menggurangkan penggunaan air yang telah diproses. Tenaga Boleh Baharu iaitu
Tenaga Solar Fotovolta digunakan untuk menghidupkan motor pam. Konsep tekanan dalam cecair
dan tekanan atmosfera turut diaplikasikan.

Bahan dan Peralatan

i. 4 keping Panel solar 1V, 80 mA
ii. 2 batang Penyedut minuman
iii. 1 unit Bekas krim dan penutup (saiz 3 cm)
iv. 1 unit Penutup balang
v. 1 unit Gam gajah
vi. 1 unit Motor-DC 3V–6V terpakai
vii. 1 unit Pisau (cutter)
viii. 1 unit Pita pelekat hitam (black tape)
ix. 2 unit Wayar penyambung
x. 1 unit Bekas plastik makanan
xi. 20 biji Batu (berlainan warna dan saiz)
xii. 1 set Tumbuhan hiasan
xiii. 1 set Jangka lukis
xiv. 1 set Alat tulis
xv. 1 unit Pemateri dan timah

Kaedah

i. Permulaan
• Guru menunjukkan gambar kolam air terjun dan video pembinaan kolam.
https://www.youtube.com/watch?v=3Ejw7fX3kEE
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut:
o Bagaimanakah air hujan boleh diurus supaya bermanfaat dalam kehidupan seharian
kita?
o Bagaimanakah sebuah pam berfungsi dengan menggunakan konsep tekanan?
o Bagaimanakah menggunakan tenaga yang boleh baharu?
o Bagaimanakah tenaga elektrik boleh dijimatkan dalam sistem air terjun buatan?
o Apakah kaedah untuk membina kolam air dengan menggunakan sel solar?

FIZIK 95

ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan).
• Seorang ketua dan pencatat dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek
• Murid perlu memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
pelaksanaan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Murid perlu membuat agihan tugasan, langkah dan proses untuk menjalankan projek
yang telah dirancang.
• Murid membuat pelan projek mengkaji pembinaan kolam air terjun mini menggunakan
bahan-bahan terbuang.
• Murid perlu merangsang minda (brain storming) dan mencari maklumat beberapa contoh
reka bentuk kolam air terjun mini.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan projek,
serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bekalan Tenaga dan Sektor Bangunan.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek
• Murid perlu berbincang untuk membina kolam air terjun mini berdasarkan reka bentuk
yang dipilih.
• Murid perlu melakar kolam air terjun mini yang akan dibina dengan lebih spesifik.
• Murid perlu menyenarai dan menyediakan secukupnya bahan dan peralatan yang
diperlukan serta kuantitinya.
• Murid perlu menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk membina kolam air terjun
mini.
• Murid menguji keupayaan kolam air terjun mini yang dibina di kawasan sekolah.

v. Pembentangan Hasil Projek (Produk)
• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan.

96 FIZIK


Click to View FlipBook Version