Maklumat untuk Guru
Pembinaan Kolam Mini Lestari
i. Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk membuat pam (Gambar 60).
ii. Tebuk bekas krim dan penutup di bahagian tengah (Gambar 61).
Gambar 60 Gambar 61
Bahan dan peralatan yang diperlukan Menebuk bekas krim di bahagian
tengah
iii. Potong satu bulatan kecil berukuran bekas krim dan empat keping segi empat tepat yang
mempunyai saiz yang sama daripada penutup bekas plastik (Gambar 62).
ab
Gambar 62
Membuat bulatan dan segi empat dari penutup bekas plastik
FIZIK 97
iv. Untuk membuat kipas, lekatkan kepingan berbentuk empat segi pada bulatan dengan
kedudukan gear di tengah (Gambar 63a).
v. Cantumkan bekas krim dengan motor (Gambar 63b) dan kipas (Gambar 63c).
vi. Cantumkan set kipas dan motor dengan penyedut minuman pada bahagian tengah penutup
dan sisi bekas krim yang telah ditebuk (Gambar 63d).
ab
cd
Gambar 63
Proses membuat pam
vii. Pateri wayar pada bahagian belakang panel solar. Sambungkan wayar secara sesiri dan
selari untuk menggerakkan motor (Gambar 64).
Gambar 64:
Pandangan belakang dan hadapan panel solar yang disambung wayar
98 FIZIK
viii. Pasang wayar dengan teliti untuk memastikan arus elektrik dapat mengalir dari panel solar
ke motor. Lekatkan pam buatan pada Kolam Mini Lestari. Isikan air hujan sebelum suis
dihidupkan. Gambar 65 menunjukkan air terjun dalam Kolam Mini Lestari yang disiapkan.
Gambar 65
Kolam Mini Lestari yang siap dibina
Nota : Tekanan yang rendah di dalam pam menyebabkan tekanan atmosfera yang tinggi bertindak
pada air kolam. Perbezaan tekanan ini menyebabkan air kolam disedut ke dalam salur getah dan
menaiki kawasan yang lebih tinggi lalu mewujudkan air terjun.
Pemerhatian
Guru menegaskan kepada setiap kumpulan supaya membuat pemerhatian semasa menguji
keupayaan pam Kolam Mini Lestari berdasarkan soalan berikut:
i. Apakah konsep yang terlibat dalam pembinaan kolam air terjun mini?
ii. Bagaimanakah cara pemasangan litar pada panel solar yang sesuai supaya pam berfungsi
dengan baik?
iii. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembinaan pam dan kolam air terjun mini?
iv. Bagaimanakah cara menggerakkan air terjun dengan lebih berkesan?
Soalan Perbincangan
i. Apakah faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan dalam pembinaan pam dan
kolam air terjun mini?
ii. Selain daripada bekas plastik, apakah sisa pepejal lain yang sesuai digunakan untuk
pembuatan kolam air terjun mini? Beri justifikasi kepada cadangan anda.
iii. Beri kaedah lain dalam pembinaan kolam air terjun mini dengan mengambil kira usaha
menjimatkan bahan api dan menghasilkan tekanan yang tinggi supaya dapat menghasilkan
air terjun yang deras.
iv. Bagaimanakah hasil projek ini dapat dikaitkan dengan TH?
FIZIK 99
Kesimpulan
Kolam Mini Lestari direka cipta dengan mengaplikasikan TH iaitu mengguna pakai sisa pepejal
seperti bekas penutup, bekas krim dan penyedut minuman untuk membuat kipas pam dan
menggunakan Tenaga Boleh Baharu iaitu Solar Fotovolta sebagai sumber tenaga untuk
menghidupkan motor pam. Melalui kaedah Penuaian Air Hujan dalam kategori Kegunaan
Air Domestik bagi Sektor Bangunan, air hujan dapat diguna semula untuk isian air di dalam
Kolam Mini Lestari. Selain itu, konsep Fizik iaitu konsep tekanan dalam bendalir dan tekanan
atmosfera diaplikasikan untuk meningkatkan tekanan dalam pam dan pam dapat menyedut air
masuk dan mengalirkan air keluar untuk masuk ke dalam Kolam Mini Lestari.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Arkitek Landskap
• Pereka Landskap
Maklumat Pembekal
Panel solar boleh didapati di:
• www.destiny-electronic.com.my
• Chuan Kok Solar
14-C, Lorong 8, Taman Sejati Indah, 08000, Sungai Petani, Kedah
• Perniagaan Usaha Sama
B-44, Tkt. 1A, Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan, 25000, Kuantan, Pahang
• Kedai Solar DIM Peramu Baru, 26060, Kuantan, Pahang
• Solar Naturally (M) Sdn. Bhd
49, Jalan Utama 2/7, Taman Puchong Utama, 47100, Puchong, Selangor
100 FIZIK
AKTIVITI 7
Objektif
Membina Bot Solar Idaman dengan menggunakan bahan terbuang dan Tenaga Boleh Baharu.
Latar Belakang
Bot Solar Idaman adalah bot mainan yang mengaplikasikan TH iaitu menggunakan Tenaga Boleh
Baharu iaitu Tenaga Solar Fotovolta. Dalam aktiviti ini, gabungan TH dan konsep Fizik diaplikasikan
seperti keseimbangan daya dan Prinsip Archimedes. Bot Solar Idaman dibina dengan menggunakan
botol minuman yang ditebuk menjadi bot dan motor disambung pada penyedut minuman dan kipas
motor supaya ianya dapat bergerak. Solar Fotovolta iaitu tenaga solar dari sel solar diguna untuk
menggerakkan Bot Solar Idaman.
Bahan dan Peralatan
i. 1 unit Botol minuman berkarbonat (500 ml)
ii. 1 unit Motor-DC terpakai
iii. 8 unit Penyedut minuman
iv. 1 unit Bekas CD terpakai
v. 4 keping Panel solar 1V, 80 mA
vi. 2 unit Wayar penyambung
vii. 1 unit Pisau (cutter)
viii. 1 unit Hot glue gun
ix. 1 unit Pemateri dan timah
x. 2 unit Penyepit kecil (forcep)
xi. 1 unit Gunting
xii. 1 unit Penjalur wayar
xiii. 2 unit Permanent marker
xiv. 1 set Alat tulis
Kaedah
i. Permulaan
• Guru menunjukkan video tentang Pertandingan Bot Solar:
https://www.youtube.com/watch?v=ofHy_iHnDuY
• Guru menunjukkan video pembinaan bot solar:
https://www.youtube.com/watch?v=0yxd83_FTls
• Guru mengemukakan soalan seperti berikut kepada murid:
o Bagaimanakah cara untuk membina bot solar dengan menggunakan bahan-bahan
terbuang? Berikan justifikasi.
o Bagaimana bot solar dapat bergerak lurus dan laju?
ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan). Seorang ketua dan pencatat
dilantik bagi setiap kumpulan.
FIZIK 101
iii. Pelan Projek
• Murid perlu memahami dan mendalami projek seperti tujuan, tempoh masa
pelaksanaan, keperluan bahan dan peralatan serta sumbernya.
• Murid perlu membuat agihan tugasan, langkah dan proses untuk menjalankan projek
yang telah dirancang.
• Murid membuat pelan projek mengkaji pembinaan bot solar yang bergerak lurus dan laju
daripada bahan-bahan terbuang.
• Murid perlu merangsang minda (brain storming) dengan mencari beberapa contoh reka
bentuk bot solar.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Bekalan Tenaga.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.
iv. Tugasan Projek
• Murid perlu berbincang untuk membina bot solar berdasarkan reka bentuk yang dipilih.
• Murid perlu melakar bot solar yang akan dibina dengan lebih spesifik.
• Murid perlu menyenarai dan menyediakan secukupnya bahan dan peralatan yang
diperlukan serta kuantitinya.
• Murid perlu menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk membina bot solar.
• Murid menguji keupayaan bot solar yang dibina di kolam sekolah.
v. Pembentangan Hasil Projek (Produk)
• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan.
Maklumat untuk Guru
Pembinaan Bot Solar Idaman
i. Buat lubang pada bahagian tengah botol plastik untuk memuatkan panel solar.
ii. Pateri wayar pada bahagian belakang panel solar (Gambar 66).
iii. Hasilkan kipas bot menggunakan sisa potongan botol plastik (Gambar 67).
Gambar 66 Gambar 67
Panel solar dipasang wayar Kipas daripada kepingan plastik botol
102 FIZIK
iv. Lekatkan hujung penyedut minuman pada bahagian tengah kipas bot. Kemudian, lekatkan
motor-DC pada hujung botol dengan menggunakan gam panas (Gambar 69).
Gambar 69
Memasang kipas dan motor
v. Hasilkan sirip daripada penutup balang dan lekatkan pada bahagian bawah botol. Lekatkan
penyedut minuman di bahagian sisi kanan dan kiri botol untuk menstabilkan kedudukan bot
ketika berada di atas air (Gambar 70).
vi. Sambungkan wayar daripada panel solar kepada motor untuk menggerakkan bot solar yang
dibina (Gambar 71).
Gambar 70 Gambar 71
Memasang sirip dan penyedut minuman Bot Solar Idaman siap dipasang
pada botol
Pemerhatian
Guru menegaskan kepada setiap kumpulan supaya membuat pemerhatian semasa menguji
keupayaan Bot Solar Idaman berdasarkan soalan berikut:
i. Apakah konsep yang terlibat dalam pembinaan Bot Solar Idaman?
ii. Bagaimanakah cara pemasangan yang sesuai supaya Bot Solar Idaman berfungsi dengan
baik?
iii. Apakah proses yang berlaku di sel solar untuk menghasilkan tenaga elektrik?
iv. Apakah masalah yang dihadapi dalam pembinaan Bot Solar Idaman?
v. Bagaimanakah cara pengendalian Bot Solar Idaman yang lebih berkesan?
FIZIK 103
Soalan Perbincangan
i. Apakah faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan dalam pembinaan bot solar?
ii. Beri kaedah lain bagi pembinaan bot tanpa menggunakan tenaga elektrik.
iii. Bagaimanakah hasil projek ini dapat dikaitkan dengan TH?
Kesimpulan
Bot Solar Idaman direka cipta dengan mengaplikasikan TH iaitu mengguna pakai sisa
pepejal seperti botol minuman, penyedut minuman dan bekas plastik untuk membuat bot
dan menggunakan Tenaga Boleh Baharu iaitu Solar Fotovolta sebagai sumber tanaga untuk
menghidupkan Bot Solar Idaman. Konsep Fizik iaitu Penggunaan Prinsip Achimedes untuk
apungan bot dan keseimbangan daya untuk menstabilkan bot turut diaplikasikan dalam aktiviti
ini.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Jurutera Perkapalan
• Usahawan Perkapalan
Maklumat Pembekal
• www.destiny-electronic.com.my
• Chuan Kok Solar
14-C, Lorong 8, Taman Sejati Indah, 08000, Sungai Petani, Kedah
• Perniagaan Usaha Sama
B-44, Tkt. 1A,Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan 25000, Kuantan, Pahang
• Kedai Solar DIM Peramu Baru, 26060, Kuantan, Pahang
• Solar Naturally (M) Sdn. Bhd
49, Jalan Utama 2/7, Taman Puchong Utama, 47100, Puchong, Selangor
104 FIZIK
4.9.1 SUMBER RUJUKAN
Aktiviti 6
i. Cara Cepat dan Murah Membuat Air Terjun Mini
https://www.youtube.com/watch?v=yWMC5nK-6v8
ii. Cara Membuat Kolam Taman dengan Air Mancur Abadi
http://www.ilmusipil.com/cara-membuat-kolam-taman-dengan-air-mancur-abadi
iii. Green Technology
https://corbettirrigation.com/green-technology
iv. Mulvaney, D., & P. Robbins. (Eds.) (2011). Green Technology: An A to Z guide.
Rolf A.Janke
v. Rainwater Harvesting: Green and Cost Effective
http://www.telegraph.co.uk/news/earth/3313240/Rainwater-harvesting-green-and-cost-
effective.html
vi. Tips dan Contoh Bentuk Kolam Ikan di Rumah Minimalis
http://spacehistories.com/tips-dan-contoh-bentuk-kolam-ikan-di-rumah-minimalis/
vii. Yoke Chai,T.,Wan Faizatul Shima,I, Kai Seng, Y, Ragaran, R & Roslina,A. (2011) Fizik
Tingkatan 4, Danalis Distributors Sdn. Bhd.
Aktiviti 7
i. Bot Solar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh
https://www.youtube.com/watch?v=0yxd83_FTls
ii. Building a Solar Powered Bristlebot
http://www.sciencebuddies.org/blog/2015/04/building-a-solar-powered-bristlebot.php
iii. How to Make an Airboat (Homemade Electric Boat)
https://www.youtube.com/watch?v=-pVecYKGiEw
iv. Solar Bot di Minggu Sains Dan Matematik
https://www.youtube.com/watch?v=ofHy_iHnDuY
v. Yoke Chai,T.,Wan Faizatul Shima,I, Kai Seng, Y, Ragaran, R & Roslina,A. (2011) Fizik
Tingkatan 4, Danalis Distributors Sdn. Bhd.
FIZIK 105
4.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
Aktiviti 6
i. Faktor utama dalam pemilihan bahan dalam pembinaan pam dan kolam air terjun mini ialah
bahan-bahan terbuang / bahan yang boleh diguna semula.
ii. Tong cat plastik terbuang. Kerana tong cat dapat menampung air hujan dan sesuai
digunakan untuk pembinaan kolam air terjun mini.
iii. Menjimatkan bahan api dengan menggunakan sel solar.
Menghasilkan aliran yang laju dengan menggunakan bilangan sel solar yang banyak dan
menggunakan motor-DC yang berkuasa yang lebih tinggi.
iv. Menguna semula (reuse) bahan-bahan sisa, penuaian air hujan, kitar semula air untuk
menghasilkan air terjun secara berterusan dan menggunakan Tenaga Boleh Baharu.
Aktiviti 7
i. Faktor utama dalam pemilihan bahan yang digunakan dalam pembinaan Bot Solar Idaman
ialah bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol minuman yang tebal, penyedut
minuman, motor-DC daripada mainan terbuang dan sebagainya.
ii. Kaedah angin.
iii. Menguna semula (reuse) bahan-bahan sisa dan menggunakan Tenaga Boleh Baharu.
106 FIZIK
BANGUNAN MESRA HIJAU
FIZIK 107
BANGUNAN MESRA HIJAU
5.0 TAJUK
Bangunan MESRA Hijau
(M: Material Efficiency, E: Effective / Economy, S: Safe, R: Reliable, A: Ability)
5.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Konsep Teknologi Hijau (TH) yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat
di bawah:
Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
8 dan 9 i. Bangunan
• Air Domestik (Domestic Water)
(Buildings) • Peralatan Penjimatan Air
(Water Saving Fixtures)
• Kitar Semula Air (Water Recycling)
• Pengumpulan Semula Air
(Rainwater Harvesting)
• Sistem Pencahayaan
(Lighting Systems)
• Pencahayaan Elektrik Berkecekapan
Tinggi
(High Efficiency Electric Lighting)
• Pencahayaan Siang
(Daylighting)
• Penggunaan Cahaya Semula Jadi
(Use of Natural Lighting)
• Bahan (Materials)
• Penggunaan Bahan Hijau
(Use of Green Materials)
• Kitar Semula Bahan Mentah
(Renewable Raw Materials)
ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu (Renewables)
(Energy Supply) • Pemanasan dan Penyejukan Solar
(Solar Heating and Cooling)
iii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar
(Waste and Wastewater Semula
Management) (Waste Reduction, Reuse and Recycling)
• Meminimumkan Sisa
(Waste Minimization)
• Pengasingan dan Kitar Semula
(Separation and Recycling)
• Pengasingan Sisa (Waste Segregation)
• Kitar Semula Sisa (Waste Recycling)
108 FIZIK
5.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM FIZIK
Sektor Bangunan mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan. Sektor ini mengaplikasi kecekapan alat dan bahan / sumber yang digunakan
untuk membina sebuah bangunan berkonsep hijau. Sektor ini menggunakan kategori Air Domestik,
Sistem Pencahayaan, Pencahayaan Siang dan Bahan.
Sektor Bekalan Tenaga berkaitan pemilihan bahan / sumber / alat yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu semasa membina bangunan berkonsep hijau. Sektor ini menggunakan kategori Tenaga Boleh
Baharu melalui kaedah Pemanasan dan Penyejukan Solar. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
pula berkaitan penjimatan sumber air dan penggunaan bahan kitar semula serta meminimumkan
pengeluaran bahan bertoksik sepanjang jangka hayat bangunan. Sektor ini menggunakan kategori
Pengurangan Sisa, Guna Semula dan Kitar Semula serta Pengasingan dan Kitar Semula.
Aktiviti-aktiviti di dalam tajuk ini mengaplikasikan kesemua sektor di atas iaitu Sektor Bangunan bagi
kategori Air Domestik, Sistem Pencahayaan, Pencahayaan Siang dan Bahan. Bagi Sektor Bekalan
Tenaga, kategori Tenaga Boleh Baharu diaplikasikan melalui kaedah Pemanasan dan Penyejukan
Solar manakala Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa mengaplikasikan kategori Pengurangan Sisa,
Guna Semula dan Kitar Semula serta Pengasingan dan Kitar Semula.
Aktiviti 8 dan 9 : Mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen
kecekapan serta membina model Bangunan Hijau berdasarkan idea pelan lakaran konseptual
Bangunan Hijau.
Pembinaan lakaran Bangunan Hijau dan pembinaan model Bangunan Hijau adalah berdasarkan
Sektor Bangunan yang mengaplikasi 5 prinsip utama berikut:
Prinsip Utama Penerangan
a) Kec ekapan Pelan Merupakan konsep bangunan lestari dan mempunyai impak yang besar
Struktur Bangunan terhadap kos dan prestasi.
b) Kecekapan Tenaga Mengurangkan penggunaan tenaga, pembinaan tingkap berkecekapan
tinggi dan penggunaan penebat di dalam dinding, siling, dan lantai yang
dapat meningkatkan kecekapan bangunan.
c) Kecekapan Air Mengurangkan penggunaan air dan melindungi kualiti air dengan
meningkatkan kebergantungan terhadap sumber air iaitu yang
dikumpul, digunakan, ditulenkan dan dikitar semula.
d) Kecekapan Bahan Bahan Bangunan Hijau terdiri daripada bahan yang boleh baharu.
Bahan hijau yang digunakan bertanggungjawab terhadap kesan kepada
alam sekitar.
e) Kecekapan Sumber Menggunakan bahan kitar semula yang telah dikenal pasti termasuk
bahan hasil sisa industri, bahan tahan lasak, bahan tempatan dan
pengurangan penggunaan tenaga.
FIZIK 109
Manakala melalui pembinaan model Bangunan Hijau, indikator daripada aspek sistem pengurusan
tenaga bangunan digunakan. Panduan bagi pembinaan Bangunan Hijau adalah berdasarkan
ciri-ciri berikut:
Ciri-ciri Penerangan
a) Saiz kecil Bangunan bersaiz kecil adalah untuk menjimatkan kos. Bangunan
bersaiz besar memerlukan kos yang banyak untuk membekalkan haba dan
b) Peralatan menyejukkan bangunan.
berkecekapan tenaga
Peralatan berlabel ENERGY STAR digunakan. Peralatan-peralatan berlabel
ENERGY STAR dipasang untuk menjimatkan kos dan tenaga.
c) Penggunaan penebat Pemanasan dan penyejukan memerlukan 50% penggunaan tenaga dalam
yang sesuai bangunan. Oleh itu, bahan penebat yang sesuai adalah perkara yang amat
penting bagi pembinaan Bangunan Hijau. Pelepasan udara melalui tingkap
dan pintu merupakan kaedah yang dapat mengurangkan kehilangan haba dan
dapat mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan.
d) Konsep 3R Penggunaan bahan lama: penggunaan lantai kayu, pintu dan tingkap kitar
semula bahan: kaca kitar semula, aluminium, jubin kitar semula dan kayu tebus
e) Bahan binaan guna (reclaimed lumber).
bangunan lestari
Penggunaan produk mesra alam (eco-friendly products and environmentally
products) untuk pembinaan bangunan lestari. Contohnya, penggunaan bahan
kitar semula atau semula jadi seperti bahan plastik kitar semula, kaca kitar
semula dan bahan semula jadi seperti buluh atau gabus dalam pembinaan
atap (roofing materials), bahan binaan bangunan, kabinet dan penebat lantai.
f) Panel solar Penggunaan panel solar untuk memaksimakan penggunaan kuasa semula jadi
g) Tingkap berlabel daripada cahaya matahari.
ENERGY STAR Label ENERGY STAR adalah baharu di pasaran. Label ini diletakkan pada
tingkap yang berkecekapan tinggi berbanding tingkap biasa.
h) Sistem penuaian Pemasangan sistem penuaian air adalah bertujuan untuk mengumpul air hujan
air hujan dari atap dan seterusnya diletakkan di dalam tangki. Air yang dikumpul boleh
(Rainwater Harvesting digunakan untuk tujuan lain seperti tandas dan sistem pancutan air (sprinkler
System) system).
i) Pencahayaan mesra Penggunaan lampu LED adalah berkos tinggi tetapi penggunaan tenaga
alam adalah kurang dan mampu bertahan lama berbanding mentol tradisional
seperti lampu pijar (incandescent bulb).
j) Pemasangan
peralatan penjimatan Penggunaan alat pengaliran rendah dan kepala pancuran aliran rendah
air (low shower head) bertujuan untuk menjimatkan air dan mesra alam.
k) Termostat yang 50% daripada penggunaan tenaga dalam bangunan adalah datang daripada
diprogramkan pemanasan dan penyejukan. Kaedah mengurangkan penggunaan tenaga
yang paling mudah adalah melalui pemasangan termostat yang diprogramkan.
Sistem pemanasan, pengudaraan dan penghawa dingin (Heating, Ventilation
and Air Conditioning System, HVAC) akan berfungsi apabila termostat tersebut
telah mencapai suhu tertentu.
l) Landskap Pemilihan landskap yang tepat untuk bangunan yang ingin dibina adalah
berkecekapan dengan memilih kedudukan bangunan yang terlindung daripada pancaran
cahaya matahari tetapi cahaya matahari masih dapat masuk ke dalam
bangunan. Selain itu, penanaman pokok juga bertujuan untuk landskap
bangunan.
110 FIZIK
5.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU
• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan
5.4 SOALAN UTAMA
Aktiviti 8 dan 9
i. Bagaimanakah TH dapat diaplikasi dalam membina lakaran dan model Bangunan Hijau?
ii. Bagaimanakah kecekapan tenaga dapat membantu dalam membina sesebuah Bangunan
Hijau?
iii. Mengapakah sumber tenaga boleh baharu penting dalam pembinaan Bangunan Hijau?
iv. Senaraikan halangan dan cabaran dalam pembinaan Bangunan Hijau.
v. Apakah implikasi dari segi ekologi daripada pembinaan Bangunan Hijau? Jelaskan.
vi. Ramalkan prospek masa hadapan Bangunan Hijau di Malaysia.
vii. Bincangkan kepentingan Bangunan Hijau untuk kelestarian sesebuah negara.
viii. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan
anda. Bangunan apakah yang anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan aplikasi TH
yang terlibat dalam pembinaan tersebut.
5.5 TUJUAN PEMBELAJARAN
Aktiviti 8
Mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan.
Aktiviti 9
Membina model Bangunan Hijau berdasarkan idea Pelan Lakaran Bangunan Hijau.
FIZIK 111
5.6 LATAR BELAKANG
Aktiviti Sektor Penerangan
8 dan 9
i. Bangunan • Pembinaan bangunan konvensional telah
• Air Domestik menyumbang kepada pembebasan gas karbon
• Peralatan Penjimatan Air dioksida ke alam sekitar sebanyak 40%. Ini
• Kitar semula air akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan
• Pengumpulan semula air seterusnya menyebabkan pemanasan global.
• Sistem Pencahayaan
• Pencahayaan Elektrik • Pembinaan Bangunan Hijau dilihat sebagai
Berkecekapan Tinggi suatu penyelesaian yang baik untuk
• Pencahayaan Siang mengurangkan pemanasan global.
• Penggunaan Cahaya
Semula Jadi • Projek mereka bentuk pelan lakaran dan
• Bahan membina model Bangunan Hijau berdasarkan
• Penggunaan Bahan Hijau elemen tertentu amat sesuai didedahkan kepada
• Kitar Semula Bahan murid.
Mentah
• Konsep lakaran pelan dan model binaan
ii. Bekalan Tenaga Bangunan Hijau yang akan dilaksanakan oleh
• Tenaga Boleh Baharu murid perlu mengintegrasikan perkara yang
• Pemanasan dan berikut:
Penyejukan Solar - Binaan bangunan yang mempunyai struktur
mesra alam sekitar.
iii.Pengurusan Sisa dan Air - Pembinaan bangunan yang mengambil kira
Sisa penggunaan bahan dan sumber yang mesra
• Pengurangan Sisa, Guna alam, penggunaan tenaga yang minimum dan
Semula dan Kitar Semula pelupusan sisa yang terkawal.
• Meminimumkan Sisa - Penggunaan konkrit yang mempunyai
• Pengasingan dan Kitar ketelapan tinggi berbanding penggunaan
Semula konkrit konvensional bertujuan untuk
• Pengasingan Sisa pengumpulan air bawah tanah.
• Kitar Semula Sisa - Menekankan amalan pemasangan unit
penjimatan air di dalam bangunan.
- Mengambil kira pemilihan sistem pemanasan
dan penyejukan di dalam bangunan.
- Konsep binaan Bangunan Hijau yang direka
bentuk untuk mengurangkan kesan terhadap
alam sekitar dan kesihatan manusia melalui
penggunaan tenaga, air dan sumber yang
cekap.
112 FIZIK
Prinsip keseluruhan pembinaan Bangunan Hijau merangkumi:
Prinsip Penerangan
a) Prinsip Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga boleh membantu mengurangkan pembebasan gas
b) Menggunakan Tenaga Solar rumah hijau ke alam sekitar. Antara contoh kecekapan tenaga
Aktif adalah dengan cara mematikan suis lampu apabila tidak digunakan
dan penukaran lampu kalimantang kepada lampu cekap tenaga
c) Meningkatkan Kecekapan kerana penggunaanya dapat menjimatkan tenaga. Lampu cekap
Sistem Pemanasan dan tenaga menghasilkan jumlah cahaya yang sama dengan lampu
Penyejukan kalimantang.
d) Air Panas Domestik Pada waktu siang, cahaya matahari digunakan untuk pencahayaan
e) Kelengkapan Penjimatan Air semula jadi di dalam bangunan tanpa bergantung kepada tenaga
elektrik. Antara contoh penggunaan pencahayaan semula jadi ialah
f) Sistem Pencahayaan pemasangan prismatic sky light dan tiub cahaya yang digunakan oleh
fasiliti industri.
g) Kecekapan Tinggi
Pencahayaan Elektrik Pemilihan sistem pemanasan dan penyejukan perlu diambil kira
daripada aspek penggunaan sumber bahan api seperti gas asli dan
h) Tenaga Boleh Baharu elektrik. Antara mekanisme yang digunakan untuk meningkatkan
i) Rawatan Air Kumbahan kecekapan sistem pemanasan dan penyejukan ialah melalui udara
dan hidronik (hydronic). Relau dan pam haba merupakan contoh
peralatan yang dapat meningkatkan kecekapan sistem pemanasan
dan penyejukan.
Menekankan amalan pemasangan unit penjimatan air di dalam
bangunan.
Peralatan dalam bangunan yang paling banyak menggunakan air
adalah mesin basuh, bilik air dan tandas. Peralatan yang memiliki
kecekapan air yang baik dapat menjimatkan air bagi satu tempoh
masa yang lama.
Memainkan peranan penting dalam pembinaan sesebuah Bangunan
Hijau dengan fungsi mencantikkan ruang dan mengubah keadaan
persekitaran. Sistem pencahayaan yang menggabungkan TH
adalah dengan menggunakan pencahayaan elektrik yang
berkecekapan tinggi.
Memfokuskan sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang
menggunakan sumber asli dan elektrik untuk menghasilkan
pengawalan pencahayaan untuk persekitaran kelihatan menarik,
selesa serta menjimatkan tenaga. Terdapat banyak teknologi terkini
yang digunakan bagi tujuan tersebut. Antaranya ialah penggunaan
lampu cekap tenaga dan soft start ballast electronic yang boleh
digunakan untuk menjimatkan kos operasi sebanyak 30% sehingga
60% di samping dapat meningkatkan kualiti pencahayaan dan dapat
mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Sumber tenaga boleh baharu boleh dijana di sepanjang hayat
manusia. Contoh sumber tenaga boleh baharu ialah cahaya matahari,
angin, geoterma, kuasa hidro, biotenaga dan tenaga ombak.
Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan
kesihatan manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam
sekitar.
FIZIK 113
Solar Fotovolta
Rajah 5
Contoh lakaran Bangunan Hijau
Rajah 6
Contoh model Bangunan Hijau
114 FIZIK
5.7 STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP).
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan satu strategi yang berpusatkan murid. Melalui kaedah
ini, murid akan bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi
ini, guru perlu memulakan pengajaran dengan langkah berikut:
i. Permulaan
• Guru menunjukkan video mengenai Bangunan Hijau yang bertajuk “Story of A Green
Building” pada pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo
• Guru menunjukkan video mengenai tenaga yang bertajuk “Energy, Let’s Save It!” pada
pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
• Guru mengemukakan soalan berkaitan video yang ditayangkan kepada murid seperti
berikut:
o Apakah kepentingan pembinaan Bangunan Hijau?
o Apakah kepentingan tenaga dan kecekapan tenaga? Berikan justifikasi bagi
jawapan anda.
o Berikan perkaitan di antara kecekapan tenaga dengan pembinaan Bangunan Hijau.
ii. Pembentukan Kumpulan
• Guru akan membahagikan murid kepada kumpulan kecil. Murid bekerja secara
berkumpulan.
• Jumlah kumpulan adalah mengikut bilangan murid di dalam kelas.
• Guru memberikan tugasan kepada murid berdasarkan maklumat dalam Jadual 3.
iii. Pelan Projek
• Dalam kumpulan, lakarkan pelan Bangunan Hijau berdasarkan tayangan
video yang ditonton.
• Murid dikehendaki untuk mencari maklumat berkaitan aspek kecekapan yang terlibat
dalam pembinaan Bangunan Hijau. Murid perlu mengenal pasti aspek elemen-elemen
kecekapan yang diaplikasikan dalam pelan lakaran konseptual tersebut.
• Murid perlu berbincang di dalam kumpulan berkaitan aspek elemen-elemen kecekapan
berdasarkan Jadual 3. Seterusnya, sediakan satu pelan lakaran.
• Kemudian, jawab soalan-soalan berikut:
o Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.
o Mengapakah elemen kecekapan ini penting dalam pembinaan Bangunan Hijau?
Berikan justifikasi anda.
o Senaraikan Bangunan Hijau yang terdapat di negara kita dan di luar negara yang
anda ketahui.
iv. Tugasan Projek
• Guru memastikan setiap kumpulan:
o Berbincang untuk melakar Bangunan Hijau berdasarkan aspek elemen-elemen
kecekapan yang dipilih dengan lebih spesifik.
o Berbincang untuk membina Bangunan Hijau berdasarkan aspek elemen-elemen
kecekapan yang dipilih dengan lebih spesifik.
FIZIK 115
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
Guru memastikan setiap kumpulan:
• Menyediakan satu kertas kerja bagi pelan lakaran Bangunan Hijau dan satu
kertas kerja membina model Bangunan Hijau berdasarkan format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
• Membentangkan hasil kertas kerja bagi pelan lakaran Bangunan Hijau
selepas tempoh 2 minggu manakala kertas kerja pembinaan Bangunan Hijau dan model
Bangunan Hijau dibentangkan selepas tempoh 6 minggu.
Jadual 3: Aspek bagi pelan lakaran dan Model Bangunan Hijau
Aspek Perkara yang perlu disediakan Pelan lakaran
Bangunan Hijau
a) Kecekapan pelan Murid perlu menyenaraikan bahan dan
struktur bangunan komponen bagi pembinaan bangunan Murid perlu menyatakan
pada peringkat asas pelan struktur. lokasi aspek kecekapan
pada pelan lakaran
Bangunan Hijau.
b) Kecekapan tenaga Murid perlu memberi rasional terhadap
pilihan alat kecekapan tinggi yang
bertenaga rendah. Ini bertujuan untuk
mengurangkan penggunaan tenaga.
Pembinaan tingkap berkecekapan tinggi
dan penebat di dalam dinding, siling, dan
lantai dapat meningkatkan kecekapan
bangunan.
c) Kecekapan air Objektif utama dalam pembinaan
bangunan yang lestari ialah murid perlu
memberi idea bagaimana untuk
mengurangkan penggunaan air dan
melindungi kualiti air. Rawatan air dapat
memperbaiki kualiti air dan kecekapan
tenaga di samping mengurangkan jumlah Murid perlu menyatakan
air dalam kitaran. lokasi aspek kecekapan
Contoh: pada pelan lakaran
i. Mereka bentuk sistem dua paip (dual Bangunan Hijau.
plumbing system) yang dapat mengitar
semula air melalui pengepaman tandas.
ii. Penggunaan air boleh dikurangkan
dengan mempertingkatkan kaedah
pemuliharaan air seperti penggunaan
tandas pam ultra rendah (ultra low
flush toilet) dan kepala pancuran aliran
rendah (low flow shower head).
iii. Penggunaan pancuran air (bidets)
yang dapat mengurangkan
penggunaan tisu tandas.
iv. Penggunaan semula air sisa dan grey
water yang telah dirawat dapat
meminimumkan penggunaan air.
116 FIZIK
Aspek Perkara yang perlu disediakan Pelan lakaran
Bangunan Hijau
d) Kecekapan bahan Murid perlu memberi idea terhadap bahan
binaan Bangunan Hijau yang terdiri
daripada sumber yang boleh baharu.
Bahan yang digunakan selamat dan tidak
mencemarkan alam sekitar.
Contoh ciri-ciri bahan untuk pembinaan:
i. Penggunaan atap recycled content
asphalt shingles yang mengandungi
kertas terpakai dan clay tiles.
ii.Penggunaan cat organik kurang
meruap.
iii. Lantai binaan buluh.
iv. Penggunaan karpet kapas.
v. Pilihan konkrit bukan simen iaitu
konkrit ekologi (campuran admixture,
dicalcium silicate: 2CaO.SiO2)
vi. Pilihan panel penebat diperbuat
daripada kertas.
e) Kecekapan Murid perlu memberi idea terhadap pilihan Murid perlu menyatakan
sumber kecekapan sumber. Antara contoh: lokasi aspek kecekapan
pada pelan lakaran
i. Sumber yang boleh dikitar semula Bangunan Hijau.
• Menggunakan bahan kitar semula
yang telah dikenal pasti termasuk
bahan hasil sisa industri.
ii. Proses pembuatan bahan yang cekap
• Menggunakan bahan yang diperbuat
daripada proses sumber cekap yang
dapat mengurangkan penggunaan
tenaga dan sisa yang dikurangkan
dapat dikitar semula.
iii. Mudah didapati
• Bahan binaan, komponen dan
sistem yang dapat diperoleh secara
tempatan atau serantau boleh
menjimatkan tenaga dan sumber
semasa pengangkutan ke tapak
binaan bangunan (logistic purpose).
iv. Tahan lasak:
• Bahan yang tahan lama dan
mempunyai jangka hayat yang
panjang.
FIZIK 117
5.8 GLOSARI
Air Panas Domestik – Sistem tertutup untuk memanaskan air dan membekalkannya untuk kegunaan
domestik.
Bangunan Hijau – Aplikasi pembangunan atau konsep pembinaan yang bercirikan teknologi mesra
alam semula jadi.
Grey Water – Merupakan air sisa dari rumah seperti air sisa daripada sinki, mesin basuh dan bilik
mandi. Air sisa ini mengandungi kotoran, sedikit minyak, sisa makanan, detergen dan bakteria tetapi
masih selamat untuk diguna semula. Air sisa dari tandas tidak termasuk dalam grey water.
Kecekapan Air – Pengurangan atau pengoptimuman penggunaan air.
Kecekapan Pelan Struktur Bangunan – Merupakan konsep bangunan lestari yang mempunyai
impak yang besar terhadap kos dan prestasi.
Kecekapan Sumber - Bahan / sumber yang terdiri daripada sumber boleh baharu atau kitar semula
dan tidak mencemarkan terhadap alam sekitar.
Kecekapan Tenaga – Penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana.
Kepala Pancuran Aliran Rendah (Low Flow Shower Head) – Peralatan yang dipasang pada bilik
air dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Kepala pancuran jenis ini boleh mengurangkan
penggunaan air sebanyak 40%.
Kitar Semula Air – Mengolah semula air sisa untuk mengurangkan penggunaan air domestik.
Kayu Tebus Guna (Reclaimed Lumber) - Merupakan kayu yang telah diproses daripada sumber
tertentu untuk penggunaan yang berbeza daripada sumber asalnya. Sebagai contoh, kayu tersebut
diambil terlebih dahulu daripada bangsal atau gudang lama. Kayu tersebut kemudiannya diproses
untuk digunakan sebagai hiasan dalaman seperti kabinet dapur, perabot, dan lain-lain. Konsep ini
mengaplikasikan konsep kitar semula.
Lampu Elektrik Berkecekapan Tinggi – Peranti yang mengeluarkan cahaya yang memfokuskan
terhadap sistem pencahayaan berkecekapan tinggi yang menggunakan sumber asli dan elektrik
dan pengawalan pencahayaan serta dapat menyediakan persekitaran yang menarik, selesa dan
menjimatkan tenaga.
Lampu Pijar (Incandescent bulb) – Peranti elektrik yang berfungsi mengeluarkan pancaran cahaya
yang disebabkan oleh pemanasan filamen. Mentol jenis ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, watt
dan voltan.
Prinsip Cekap Tenaga – Suatu prinsip yang mengaplikasikan kecekapan tenaga supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau terhadap alam sekitar.
Rawatan Air Sisa – Efluen manusia dan industri dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan
manusia atau menyebabkan kerosakan terhadap alam sekitar.
Sektor Bangunan – Mengguna pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.
118 FIZIK
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Mengguna pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Sektor Bekalan Tenaga – Memasukkan elemen TH dalam penjanaan dan pengurusan bekalan
tenaga.
Sistem Pencahayaan – Suatu sistem yang mengeluarkan cahaya dan memainkan peranan
penting dalam pembinaan sesebuah Bangunan Hijau dengan fungsi mencantikkan ruang dan
mengubah keadaan persekitaran.
Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa Dingin / Heating, Ventilation and Air
Conditioning System (HVAC) – Sistem yang menghasilkan pemanasan dan penyejukan untuk
bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Sistem ini direka untuk menyediakan
persekitaran dalaman yang selesa. Sistem HVAC termasuk penghawa dingin yang berpusat
(central air conditioners), pam haba, relau, unit di atas bumbung (rooftop units) dan penyejuk.
Sistem Dua Paip – Sistem pengaliran yang mempunyai dua rangkaian yang berbeza ; digunakan
untuk membekalkan air yang boleh diminum dan air yang tidak boleh diminum.
Tandas Pam Ultra Rendah (Ultra Low Flush Toilet) – Merupakan tandas pam yang
menggunakan mekanisme pembilasan yang lebih baik berbanding tandas pam konvensional.
Tandas pam ultra rendah hanya menggunakan 1.6 galon air bagi setiap pembilasan berbanding
tandas pam biasa yang menggunakan sebanyak 5-7 galon air bagi setiap pembilasan. Melalui
tandas pam ultra rendah, penggunaan air di rumah dapat dijimatkan.
Tenaga Boleh Baharu – Tenaga yang boleh dijana sepanjang hayat manusia. Contohnya ialah
solar, angin, geoterma, tenaga hidro, biojisim, biotenaga dan lain-lain.
5.9 AKTIVITI
Terdapat dua aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:
Aktiviti Strategi Tempoh
8 Pembelajaran Berasaskan Projek 2 minggu
9 Pembelajaran Berasaskan Projek 6 minggu
FIZIK 119
AKTIVITI 8
Objektif
i. Mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan.
ii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui penyediaan Pelan
Lakaran Bangunan Hijau.
Latar Belakang
Tujuan aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran
murid terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai generasi peneraju
masa hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos pembinaan yang dapat
dijimatkan apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu difikirkan oleh murid adalah
cara-cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau ini dengan mengambil kira
5 aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau (Jadual 3). Kesedaran terhadap kelebihan penjimatan
tenaga juga dapat diterapkan, sebagai contoh mencipta suis dengan menggunakan produk mesra
alam sekitar. Ini sekaligus dapat menyampaikan pengajaran dan kepentingan isu-isu alam sekitar
kepada individu dan masyarakat.
Aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran
Berasaskan Projek. Pelajar perlu menjalankan kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan Hijau,
elemen-elemen dan kos bagi membina model Bangunan Hijau. Tempoh bagi keseluruhan projek ini
adalah selama 2 minggu.
Bahan dan Peralatan
i. 1 unit Mounting board
ii. 5 keping Kertas A4
iii. 1 set Alat tulis
Kaedah
i. Permulaan
• Guru menunjukkan video mengenai Bangunan Hijau bertajuk ‘Story of A Green Building’
pada pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo
• Guru menunjukkan video mengenai tenaga yang bertajuk ‘Energy, Let’s Save It!’ pada
pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
• Guru mengemukakan soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan seperti:
o Apakah kepentingan pembinaan Bangunan Hijau?
o Apakah kepentingan tenaga dan kecekapan tenaga? Berikan justifikasi bagi
jawapan anda.
o Berikan perkaitan di antara kecekapan tenaga dengan pembinaan Bangunan Hijau.
ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Setiap kumpulan akan mengkaji setiap aspek elemen kecekapan berdasarkan Jadual 3.
120 FIZIK
iii. Pelan Projek
• Murid membincangkan idea bagi pelan lakaran Bangunan Hijau
berdasarkan aspek elemen-elemem kecekapan yang telah dikaji berdasarkan Jadual 3.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.
iv. Tugasan Projek
• Guru memastikan setiap kumpulan berbincang untuk melakar Bangunan Hijau dengan
lebih spesifik. Lakaran tersebut perlu berdasarkan aspek elemen-elemen kecekapan
(Jadual 3) yang telah dipilih oleh murid untuk diaplikasikan pada Bangunan Hijau.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Pelan lakaran Bangunan Hijau)
Guru menetapkan setiap kumpulan perlu:
• Menyediakan satu kertas kerja bagi pelan lakaran Bangunan Hijau dengan
format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
Soalan Perbincangan
i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.
ii. Mengapakah elemen kecekapan penting dalam pembinaan Bangunan Hijau? Berikan
justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.
Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
iv. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan
anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan Sektor
TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.
v. Sekiranya anda adalah perancang bandar dan diberi peluang untuk merancang
perbandaran hijau (green township) di kawasan anda, bagaimanakah konsep bandar
tersebut?
Kesimpulan
Melalui aktiviti mereka bentuk pelan lakaran Bangunan Hijau berdasarkan elemen kecekapan
yang berkaitan sektor TH dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kelebihan TH.
Kesedaran terhadap kelebihan penjimatan tenaga serta lain-lain sektor TH bagi penggunaan
di dalam bangunan dapat mengurangkan kesan rumah hijau malah membantu dalam
meneruskan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan
FIZIK 121
AKTIVITI 9
Objektif
i. Membina model Bangunan Hijau berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan
Hijau.
ii. Mengenal pasti elemen yang dapat mengintegrasikan TH dalam pembinaan Bangunan
Hijau.
iii. Mengenal pasti kepentingan memaksimumkan kecekapan tenaga melalui pembinaan
Bangunan Hijau.
Latar Belakang
Tujuan aktiviti membina model Bangunan Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran murid
terhadap alam sekitar, lebih aktif, berfikiran lebih kreatif dan kritis sebagai generasi
peneraju masa hadapan negara. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai kos pembinaan yang dapat
dijimatkan apabila membina sesebuah Bangunan Hijau. Faktor yang perlu difikirkan oleh murid
adalah cara-cara untuk menjimatkan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau ini dengan
mengambil kira 5 aspek elemen kecekapan Bangunan Hijau. Kesedaran terhadap kelebihan
penjimatan tenaga melalui pembinaan Bangunan Hijau dapat diterapkan. Sebagai contoh
mencipta suis dengan menggunakan produk mesra alam sekitar. Ini sekaligus dapat menyampaikan
pengajaran dan kepentingan isu-isu alam sekitar kepada individu dan masyarakat. Projek ini
penting untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih peka terhadap isu alam sekitar melalui
pembinaan Bangunan Hijau ini. Contoh tenaga kerja yang terlibat adalah Jurutera, Perancang
Bandar dan Arkitek.
Aktiviti ini adalah berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek. Murid perlu menjalankan
kajian secara berkumpulan berkaitan Bangunan Hijau, elemen-elemen dan kos bagi membinanya.
Model Bangunan Hijau yang telah siap dibina dapat dipertandingkan mengikut kelas di sesebuah
sekolah. Seterusnya “Pertandingan Model Bangunan Hijau” dapat dijalankan antara sekolah bagi
peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tempoh bagi
keseluruhan projek ini adalah selama 6 minggu.
Bahan dan Peralatan
i. 1 kotak bersaiz sederhana
ii. 1 unit Cellophane tape
iii. 1 unit Gunting
iv. 5 keping Mounting board
v. 1 unit Tisu gulung
vi. 1 set Pokok renek / Daun
vii. Buluh / lidi sate (kuantiti bergantung pada saiz Bangunan Hijau)
viii. 1 unit Gam
ix. 1 unit Kain felt hijau
x. 1 unit Kertas lut sinar (transparent plastic paper)
xi. 1 unit Plastik lut sinar
xii. 1 unit Benang kait
xiii. 1 unit Beg termal yang terbuang
xiv. 1 unit Pisau pemotong (cutter)
122 FIZIK
Nota
Bahan dan peralatan bergantung kepada projek yang akan dijalankan oleh murid. Pembinaan
model Bangunan Hijau adalah berdasarkan idea pelan lakaran Bangunan Hijau daripada Aktiviti 8.
Idea pembinaan model Bangunan Hijau adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Kaedah
i. Permulaan
• Guru memberi tugasan kepada murid untuk membina model Bangunan Hijau
berdasarkan pelan lakaran Bangunan Hijau dalam Aktiviti 8.
ii. Pembentukan Kumpulan
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (bergantung kepada jumlah murid di dalam
kelas).
• Kumpulan adalah berdasarkan daripada Aktiviti 8.
iii. Pelan Projek
• Murid perlu berbincang mengenai pembinaan model Bangunan Hijau berdasarkan pelan
lakaran Bangunan Hijau daripada Aktiviti 8.
• Murid perlu membuat satu kertas kerja sebelum menjalankan projek.
iv. Tugasan Projek
• Guru memastikan setiap kumpulan:
o Menyenarai serta menyedia bahan dan peralatan untuk membina model
Bangunan Hijau.
o Melabel lokasi aspek elemen-elemen kecekapan yang diaplikasikan berdasarkan
Jadual 4.
o Membina model Bangunan Hijau berdasarkan pelan lakaran Bangunan
Hijau dengan mengambil kira 3 daripada ciri-ciri Bangunan Hijau yang telah
diterangkan di bawah Konsep TH dalam Fizik.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid perlu membentangkan satu kertas kerja pembinaan model Bangunan Hijau
berdasarkan format berikut:
o Tajuk
o Bahan dan Peralatan
o Prosedur
o Perbincangan
o Kesimpulan
* Murid juga perlu melampirkan kertas kerja pelan lakaran Bangunan Hijau
dan mempersembahkan model Bangunan Hijau semasa sesi pembentangan.
vi. Pelaksanaan Pertandingan Model Bangunan Hijau
• Pertandingan model Bangunan Hijau diadakan di antara kumpulan.
* Sila rujuk rubrik pemarkahan untuk penilaian model Bangunan Hijau.
FIZIK 123
Maklumat untuk Guru
Pembinaan Bangunan Hijau
Langkah-langkah membina Bangunan Hijau:
1. Sediakan kotak mengikut saiz yang dikehendaki untuk membina rangka bangunan
(Gambar 46).
2. Bina dinding bangunan dengan menggunakan dua keping mounting board.
3. Letakkan beberapa gulungan tisu di antara dua keping mounting board tersebut sebagai
bahan penebat dinding (Gambar 47).
Gambar 46 Gambar 47
Kotak untuk membina Gulungan kapas untuk
binaan penebat dinding
Bangunan Hijau
4. Lekatkan benang atau lukis bentuk batu-bata pada bahagian penebat agar menjadi
seperti dinding-dinding konkrit bangunan (Gambar 48).
5. Lekatkan dinding tersebut di kedua-dua bahagian tepi bangunan (Gambar 49).
Gambar 48 Gambar 49
Binaan dinding bangunan Binaan dinding diletak di
bahagian tepi bangunan
124 FIZIK
6. Lekatkan lidi atau buluh di atas setiap lantai bangunan sebagai binaan lantai (Gambar 50).
7. Tebuk lubang kecil berbentuk segi empat di bahagian tepi kotak sebagai tingkap. Lekatkan
sekeping plastik keras sebagai kaca tingkap (Gambar 51).
Gambar 50 Gambar 51
Binaan lantai dengan Lubang dibentuk untuk
menggunakan lidi binaan tingkap
8. Bina bahagian atap bangunan dengan menggunakan dua keping mounting board
(Gambar 52).
Gambar 52
Binaan atap menggunakan
mounting board
9. Lekatkan panel solar yang diambil daripada bahagian dalam beg termal dan dilekatkan
pada bahagian sisi atap bangunan yang telah siap (Gambar 53 dan 54).
Gambar 53 Gambar 54
Beg termal digunting Panel solar dilekatkan
sebagai panel solar pada bahagian sisi atap
bangunan
FIZIK 125
10. Tutup bahagian atap belakang dengan menggunakan plastik keras untuk menunjukkan
pencahayaan semula jadi bangunan (Gambar 55).
11. Letakkan juntaian pokok di bahagian tepi dinding bangunan dan di bahagian tingkat atas
sebagai taman atas bumbung bangunan (roof garden).
12. Letakkan kotak-kotak kecil di dalam bangunan sebagai bahagian-bahagian bilik (room
compartment) di dalam bangunan (Gambar 56).
Gambar 55 Gambar 56
Plastik lut sinar dilekatkan Bahagian-bahagian bilik
untuk pencahayaan di dalam bangunan
semula jadi
13. Contoh Bangunan Hijau yang telah siap dibina (Gambar 57).
Gambar 57
Contoh binaan Bangunan
Hijau
126 FIZIK
Contoh pelabelan pada model Bangunan Hijau:
Jadual 4: Aspek Elemen-Elemen Kecekapan untuk Pembinaan Bangunan Hijau serta
Pelabelan pada Model Bangunan Hijau
Elemen Elemen Pembinaan Contoh Bahan Binaan dan Label
Kecekapan Fungsi Bahan Label A
• Pembinaan tingkap Binaan
berkecekapan tinggi Label B
• Storm Windows
a) Kecekapan • Penebat di dalam Fungsi:
Tenaga dinding o Mengurangkan kebocoran
(Penebat dalam dan udara dan kehilangan haba
luar) serta meningkatkan
keselesaan.
• Low Emmisivity (Low-E)
Window Glazing
Fungsi :
o Untuk mengawal penerimaan
haba matahari.
• Mineral Wool Fibre
Fungsi:
o Penebat dalam dan luar yang
dapat menghalang pengeluaran
bunyi (sound resistance).
o Tahan cuaca.
o Meningkatkan jangka hayat
konkrit.
o Mengurangkan kondensasi.
• Panel solar • Sel Solar Fotovolta
(Photovoltaic Solar Cell)
Fungsi: Label J
o Menjana tenaga elektrik dan
pemanasan.
• Roof garden • Tumbuhan hijau yang
menjalar / renek
Fungsi: Label C
o Menyejukkan bangunan dan
mengurangkan haba.
b) Kecekapan • Penggunaan atap • Recycled Content Asphalt
Bahan recycled content (mengandungi kertas terpakai
asphalt shingles yang dan jubin tanah liat)
mengandungi kertas Fungsi: Label D
terpakai dan clay tiles. o Menyejukkan atap dengan
mengurangkan suhu atap.
o Jimat tenaga dengan memantul
cahaya dan haba.
FIZIK 127
Elemen Elemen Pembinaan Contoh Bahan Binaan dan Label
Kecekapan Fungsi Bahan Label E
• Penggunaan cat Binaan
organik jenis kurang Label F
meruap. • Cat yang diperbuat daripada Label G
bahan kitar semula, semula jadi Label H
atau bahan bio-based, tiada Label I
bahan kimia tambahan dan VOC
free.
Fungsi:
o Mesra alam sekitar.
(eco-friendly)
• Lantai binaan buluh • Rigid insulation foam
dan penebat lantai (diletakkan pada bahagian atas
(Floor insulation) atau dalam konkrit lantai)
Fungsi:
o Thermal comfort iaitu
keperluan tenaga dikurangkan.
b) Kecekapan • Penggunaan karpet • Karpet kapas fiber
Bahan kapas Fungsi:
o Sumber boleh diperbaharui dan
biodegradasi.
• Pilihan konkrit bukan • Konkrit ekologi
(campuran admixture, dicalcium
simen iaitu konkrit silicate: 2CaO.SiO2)
Fungsi:
ekologi (campuran
admixture, dicalcium o Konkrit bukan simen (tidak
silicate: 2CaO.SiO2)
• Pencahayaan semula membebaskan gas karbon
jadi menggunakan kaca dioksida).
• Kaca
Fungsi:
o Menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik bagi tujuan
pencahayaan dalam bangunan.
128 FIZIK
Contoh Bangunan Hijau yang dilabelkan mengikut aspek elemen-elemen kecekapan berdasarkan
Jadual 4.
DJ I
C
H
E A
B
G
F
Gambar 58
Model Bangunan Hijau beserta label
RUBRIK PEMARKAHAN PROJEK
PEMBINAAN MODEL BANGUNAN MESRA HIJAU
Aspek Yang Baik Memuaskan Lemah
Dinilai 100 – 70 Markah 69 – 30 29 – 0 Markah
Binaan Model • Binaan model • Binaan model • Binaan model
Bangunan Hijau yang lengkap dan yang lengkap dan yang tidak lengkap dan
menggunakan bahan/ menggunakan bahan/ tidak menggunakan
peralatan yang sangat peralatan yang bahan / peralatan yang
sesuai dan baik. sederhana sesuai dan baik.
baik.
• Binaan model • Binaan model tidak
menunjukkan ciri • Binaan model menunjukkan ciri
kreatif dan inovatif menunjukkan ciri kreatif kreatif dan inovatif.
yang sangat baik. dan inovatif yang
sederhana baik. • Binaan model tidak
• Binaan model sangat kemas.
kemas. • Binaan model kurang
kemas.
FIZIK 129
Aspek Yang Baik Memuaskan Lemah
Dinilai 100 – 70 Markah 69 – 30 29 – 0 Markah
Elemen • Pilihan elemen • Pilihan elemen • Pilihan elemen
Kecekapan TH kecekapan yang
Yang Dipilih banyak. kecekapan yang kecekapan yang tidak
Elemen • Pilihan elemen sederhana banyak. banyak.
Pembinaan kecekapan yang
sangat sesuai dan • Pilihan elemen • Pilihan elemen
dinyatakan dengan
baik. kecekapan yang kurang kecekapan yang lemah
• Pilihan elemen sesuai dan dinyatakan dan tidak dinyatakan
kecekapan adalah
sangat relevan. dengan sederhana baik. dengan baik.
• Elemen pembinaan • Pilihan elemen • Pilihan elemen
yang sangat sesuai
dan tepat dengan kecekapan adalah kecekapan adalah tidak
elemen kecekapan
yang dipilih. sederhana relevan. relevan.
• Elemen pembinaan • Elemen pembinaan
yang kurang sesuai dan yang tidak sesuai dan
tepat dengan elemen tepat dengan elemen
kecekapan yang dipilih. kecekapan yang dipilih.
Contoh Bahan • Contoh bahan binaan • Contoh bahan binaan • Contoh bahan binaan
Binaan dan
Fungsi Bahan yang dipilih adalah yang dipilih adalah yang dipilih adalah tidak
Binaan
sangat sesuai, kurang sesuai, relevan sesuai, relevan dan
relevan dan tepat dan tepat dengan tepat dengan elemen
dengan elemen elemen kecekapan yang kecekapan yang dipilih.
kecekapan yang dipilih. dipilih.
Label • Label binaan model • Label binaan model • Label binaan model
pada Model Bangunan Hijau adalah Bangunan Hijau adalah Bangunan Hijau adalah
Bangunan Hijau tepat. sederhana tepat. tidak tepat.
Soalan Perbincangan
i. Bandingkan kelebihan Bangunan Hijau berbanding bangunan konvensional.
ii. Mengapakah elemen kecekapan ini penting dalam pembinaan Bangunan Hijau?
Berikan justifikasi.
iii. Berikan kepentingan Bangunan Hijau bagi pembangunan lestari sesebuah negara.
iv. Ramalkan prospek Bangunan Hijau di negara Malaysia pada masa hadapan.
v. Anda diberi peluang untuk membina Bangunan Hijau sebagai bangunan masa hadapan
anda. Bangunan apakah yang akan anda bina? Berikan alasan anda serta terangkan sektor
TH yang terlibat dalam pembinaan tersebut.
Kesimpulan
Melalui aktiviti pembinaan Bangunan Hijau, TH dapat diaplikasikan melalui Sektor Bangunan,
Bekalan Tenaga dan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Aktiviti ini juga dapat memberi
kesedaran kepada murid mengenai kepentingan dan kelebihan Bangunan Hijau terhadap
kehidupan manusia dan alam sekitar. Selain itu, pembinaan Bangunan Hijau dapat menjimatkan
penggunaan sumber tenaga, meningkatkan kecekapan tenaga serta mengurangkan kesan
rumah hijau.
130 FIZIK
Kerjaya dalam Teknologi Hijau
• Jurutera
• Arkitek
• Perancang Bandar
• Pemaju Perumahan
5.9.1 SUMBER RUJUKAN
Aktiviti 8 dan Aktiviti 9
i. Bangunan Hijau
https://www.scribd.com/doc/39404390/Bangunan-Hijau
ii. Energy Efficiency
https://www.pinterest.com/pin/213217363580523730/
iii. Energy, Let’s Save It
https://www.youtube.com/watch?v=1-g73ty9v04
iv. Guna Tenaga Secara Cekap , Jimat dan Yang Boleh Diperbaharui
http://c-tenaga.blogspot.my/p/tenaga-suria.html
v. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php
vi. Pinterest : Explore Building Helps and Types of Building
https://www.pinterest.com/pin/307722587009183351
vii. Story of Green Building
https://www.youtube.com/watch?v=PDfXeNz-_Yo
5.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
Aktiviti 8 dan Aktiviti 9
i. Bangunan Hijau dapat menerapkan atmosfera yang positif dan alam sekitar yang selamat
melalui elemen pembinaan bangunan yang cekap tenaga dan mesra alam sekitar.
ii. Elemen-elemen kecekapan ini dapat membantu murid untuk memahami kepentingan setiap
elemen dalam pembinaan sesebuah Bangunan Hijau dari segi kecekapan dan kelestarian
terhadap alam sekitar.
iii. Kepentingan Bangunan Hijau untuk kelestarian negara adalah dapat mengekalkan
kelestarian sumber tenaga dan meningkatkan kecekapan alat. Konsep Bangunan Hijau ini
telah direka bentuk untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia melalui penggunaan tenaga, air dan sumber yang cekap.
iv. Prospek Bangunan Hijau akan mendapat sambutan masyarakat jika kesedaran bertambah
serta mendapat galakan dari kerajaan terhadap pembinaan Bangunan Hijau.
v. Saya memilih untuk membina bangunan pejabat. Ini adalah kerana bangunan pejabat
melibatkan bangunan yang tinggi dan banyak dibina di kawasan bandar. Ini dapat
membantu melestarikan kawasan bandar dan mengurangkan pencemaran. Sektor terlibat
adalah Sektor Bangunan, Bekalan Tenaga dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
FIZIK 131
PANEL PENULIS
1. Dr. Nurzatulshima Kamarudin Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
2. Aida Rahayu Sharifuddin Malaysia (UPM)
3. Azhar Bakhori Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau
4. Malnoryati Che Chik Pinang
5. Nor Fazira Herlina Abd Kadir SMK Tengku Ibrahim, Terengganu
SMK Ibrahim Fikri, Terengganu
SMK Convent Butterworth, Pulau Pinang
TURUT MENYUMBANG
1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Universiti Sains Malaysia (USM)
Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM
4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM
5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik, USM
132 FIZIK
PENGHARGAAN
1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon (BKK)
3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,
4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Kejuruteraan dan Matematik,
5. Puan Zalina Kamis Bahagian Pembangunan Kurikulum
6. Puan Norhashimah Ismail (BPK)
7. Puan Suriani Ngatiman
8. Encik Kasdi Kamin Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK
9. Puan Norfadhillah Yusoff
10. Encik Anandan a/l Kanniapan Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
11. Puan Nor’Aidah Nordin Vokasional, BPK
Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik
dan Teknologi, BKK
Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK
Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK
Penolong Pengarah Unit Sains
Menengah, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
FIZIK 133
134 FIZIK
FIZIK 135