The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azminias, 2023-04-13 22:15:52

2nd edition eBULETIN POLA March 2023

2nd edition eBULETIN POLA March 2023

SUSTAINABILITY: TOWARDS A BETTER WORLD eBuletin POLA POLICY,LAW & ACCOUNTING eISSN: 2948-4529 EDISI 2, APRIL 2023 Tingkah Laku Hijau: Apa yang Kita Boleh Lakukan di Pejabat? Filem Animasi WALL-E: Robot Pembersih Bumi Computerised Accounting System: Sustainability of MicroEnterprises in Malaysia Pengurusan Sumber Manusia Berkelestarian: Satu Cabaran Baru dalam Pengurusan Save the Earth by Clicking Sustainability & Corporate Governance


Diterbitkan oleh: Zauraa Vision Enterperise No 4, Jalan Asahan Dua 26/27B Taman Bukit Saga 40400 Shah Alam , Selangor Tel : +019-2364466 Website :https://www.zauraa.com/pola.htm Tiada mana-mana bahagian dari majalah ini yang boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis. PENAFIAN: Sebarang maklumat yang terkandung dalam majalah ini merupakan pengetahuan dan pendapat peribadi penulis artikel. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan pandanganprofesional sebelum mengikuti mana-mana maklumat dalam majalah ini. Pihak universiti, penerbit dan sidang redaksi tidak akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang risiko atas kerugiansecara langsung atau tidak langsung atas maklumat yang dipaparkan. eISSN : 2948-4529 Perpustakaan Negara Malaysia Tarikh Terbitan 7 April 2023 Buletin ini diterbitkan dua kali setahun ©2023 Hakcipta Terpelihara POLA e-Buletin Edisi 2, APRIL 2023


Norulhuda Tajudid & Ina Murni Hashim ISI KANDUNGAN E-BULETIN POLA PROGRAM SANTAI ROHANI: KEMBARA SI MUSAFIR JATI DIRI DAN MENGERATKAN SILATURAHIM PELAJAR & PENSYARAH PROGRAM SEIRING SEJALAN PELAJAR BAHAGIAN 1 BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK 36 29 30 10 Filem Animasi Wall-E: Robot PembersihBumi Arina Nabilah Abd. latif 12 Tngkah Laku Hijau: Apa yang Kita Boleh Lakukan Di Pejabat 14 Pengurusan Sumber Manusia Berkelestarian: Satu Cabaran Baru Dalam Pengurusan Norulhuda Tajudid 17 Save The Earth by Clicking Nur Syafiqah Hussin & Naqiah Awang Siti Hasziani Ahmad, Hamnah Che Hamzah & Ina Murni Hashim 18 Computerised Accounting System: Sustainability of Micro-Enterprise in Malaysia Syahida Md Zeni 21 Jom Menulis Norlinda Zainal Abdul & Salehah Zafirah Zulkepli 23 Visual, Auditori Atau Kinestetik Norlaily Asnawi Sulaimani 25 Debit dan Kredit Sangat Sukar Bagi Pelajar Perakaunan? Norlaila Mohd Din Nur Fatihah Haron, Nur Dalila Norshahidi, Saharani Abdul Rashid & Mazura Mokhtar PROGRAM OHMYCGPA Norulhuda Tajuddin & Rozieana A. Halid @ Khalid KAMPUNG SERPIHAN TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG Dalila Amir 32 PROGRAM MALAM KECEMERLANGAN PELAJAR ANC Fadli Dali, Siti Hasziani Ahmad & Ahmad Humaam A Shukor 34 20 Sustainability & Corporate Governance Nurul Afzan Najid SUSTAINABILITY TOWARDS A BETTER WORLD PEN G AJA R A N & PEM BELAJA R A N PROGRAM FAKULTI


PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Chromotheraphy 38 Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Noor Hasimah M Yacob Cabaran Kualiti Hidup Pelajar Dalam Perkembangan Teknologi 40 Cara-Cara Pengiraan Purata Nilai Gred ISU-ISU SEMASA Pensyarah & 'Burrnout' Corak Pendidikan Revolusi 62 Industri ke-4: Cabaran Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 66 Dasar Perlindungan KanakKanak Negara: Jaminan Perlindungan & Kebajikan terhadap Kanak-Kanak 67 60 ISI KANDUNGAN E-BULETIN POLA Hamnah Che Hamzah, Siti Hasziani Ahmad & Roslina Ali Norulhuda Tajuddin Iliya Dayini Imran Pengalaman Melanjutkan Pelajaran Ke University of Sheffield 42 44 Pengalaman Mendampingi Orang Asli Batek, Kampung Keniam, Taman Negara Pahang Mohamad Sahizam Musa, Shamsinar Rahman, Suria Fadhillah Md Pauzi & Izmi Izdiharuddin Che Jamaludin Mahmud 46 Peralihan Pembelajaran Atas Talian Kepada Pembelajaran Fizikal Naqiah Awang & Shamsinar Rahman 48 Persediaan Kepada Pendaki Baru @ Newbie Hikers Roslina Ali 49 Resume Menarik, Majikan Tertarik Rafizah Mohd Noor 51 Tanggungjawab Pembayar Cukai Individu di Malaysia Noor Hasimah M Yacob & Nur Syazwani Mohamad Fadzillah 53 Pengalaman Bercuti Di Norway Salehah Zafirah Zulkepli & Norlinda Zainal Abdul 54 Hubungan Diantara Saidina Rasullah saw, Alam Sekitar & Isnin Izmi Izdiharuddin Che Jamaludin Mahmud & Shamsinar Rahman 56 Kaedah Pelaksanaan Dasar: Pemahaman & Kritikan Umum Mohamad Sahizam Musa, Shamsinar Rahman & Suria Fadhillah Md Pauzi 58 Zuriani Yaacob Siti Syamira Mohd Ramli & Wan Nurashikin Mahmood Suria Fadhillah Md Pauzi, Shamsinar Rahman & Mohamad Sahizam Musa Dera & Abai: Perlindungan Undang-Undang Terhadap Kanak-Kanak Suria Fadhillah Md Pauzi, Shamsinar Rahman & Mohamad Sahizam Musa Property Taxes are the Taxpayers' Duty Shamsinar Rahman, Suria Fadhillah Md Pauzi, Mohamad Sahizam Musa & Izmi Izdiharuddin Che Jamaludin Mahmud Kepentingan Akta Kerja 1955 Kepada Graduan Shamsinar Rahman, Naqiah Awang, Suria Fadhillah Md Pauzi, Mohamad Sahizam Musa & Shawal Sahid Hamid @ Hussain Tak Belajar Tinggi Boleh Kaya: Mindset Segelintir Generasi Z Nurwafa Atikah Mohamad Bahri Hak Mendapatkan Maklumat Sebagai Mekanisme AntiRasuah Khairul Anuar Abdul Hadi Assistance For SMEs in Empowering Businesses Digitalization in Malaysia Musramaini Mustapha & Suria Fadhillah Md Pauzi 64 68 74 72 70


Kenali Kami Fakulti Perakaunan telah dimulakan di Jengka sejak 1996 dan menawarkan peluang kepada mereka yang ingin menjadi akauntan yang berkelayakan dan memainkan peranan yang sangat penting untuk pembinaan negara, khususnya dalam menyediakan Bumiputera profesional dan subprofesional yang relevan untuk profesion perakaunan. Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi telah ditubuhkan pada 14 Januari 2004. Walaupun fakulti baharu (dalam nama), sejarahnya bermula pada tahun 1965 apabila Pusat Pengajian Pentadbiran dan Undang-undang ditubuhkan. Sekolah ini bermula sebagai pusat yang menawarkan program luar British iaitu, Institut Setiausaha Bertauliah (kini Institut Setiausaha Bertauliah dan Pentadbir) dan LLB luar (Kepujian), Universiti London. Satu-satunya program dalaman yang ditawarkan ketika itu ialah Diploma Pentadbiran Awam dan Kerajaan Tempatan. Program perdana ini dinamakan semula sebagai Diploma Pentadbiran Awam dan kini turut ditawarkan melalui mod Pembelajaran Jarak Jauh Elektronik di hampir semua kampus. Fakulti Undang-undang (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Pentadbiran dan Undang-undang) telah diasaskan pada tahun 1968. Ia bermula sebagai pusat yang menawarkan program luar British, iaitu LL.B (London-External) dan Chartered Institute of Secretaries (kini Institut of Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah). Satu-satunya program dalaman yang ditawarkan ketika itu ialah Diploma Pentadbiran Awam dan Kerajaan Tempatan. Fakulti Perakaunan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Fakulti Undang-Undang


EDITOR Nurul Afzan Najid Nur Syazwani Mohammad Fadzillah Khairul Anuar Abdul Hadi Dr Mohd Amar Aziz SIDANG REDAKSI Salam Redaksi PENAUNG YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan PENASIHAT Prof Madya Dr. Nazirah Ismail Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh Prof Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman Mohammad Khair Mohd Seni Hajah Rosnita Jaafar PENGERUSI Prof Madya Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad KETUA EDITOR Naqiah Awang e-Buletin POLA Edisi 2 Mac 2023 hadir buat kali kedua menyapa pembaca. Dengan tampilan berbeza yang lebih segar dan isu-isu yang menarik mampu memikat para pembaca e-Buletin POLA. POLA : Policy,Law & Accounting merupakan singkatan kepada gabungan 3 fakulti iaitu Fakulti Perakaunan,Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Mengikut Dewan Bahasa POLA bermaksud corak atau paten. Mengharapkan agar segala bentuk penulisan dan karya yang dihasilkan dalam eBuletin POLA mampu mencorakkan pemikiran para pembaca. Peranan penulis sangat penting kepada agama ,bangsa dan negara. Dalam berkarya, penulis perlu mempunyai wawasan, matlamat, keikhlasan dan apa jua perkara yang membawa kebaikan kepada khalayak pembaca.


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan izinNya e-Buletin POLA terbitan 31 Mac 2023 dapat diterbitkan buat kali kedua bagi meneruskan usaha editor sebelum ini. Walaupun dengan kekangan tugas hakiki, Alhamdulillah misi untuk terbitan Mac berjaya direalisasikan. Terima kasih kepada semua warga UiTM Pahang, khususnya para penulis yang sudi berkongsi buah fikiran dan pengalaman untuk perkongsian ilmu melalui platform ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Edisi kedua e-Buletin POLA ini mengangkat tema "Sustainability: Towards a Better World". “Sustainability” dalam Bahasa Melayu yang digelar kelestarian merupakan salah satu tunjang utama kelangsungan tanggungjawab sosial yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Hal ini berikutan kesan yang dibawa oleh amalan kelestarian ini yang bukan sahaja memberi kesan keatas kualiti kehidupan, tapi dalam masa yang sama memberi kesan mendalam terhadap keselamatan, pembangunan ekonomi dan keamanan dunia secara keseluruhannya. Menyedari kepentingan amalan kelestarian ini, kami cuba mengangkat tema ini bagi menyuntik perkongsian idea berkenaan amalan kelestarian. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pembaca dan seterusnya menyumbang terhadap amalan kelestarian yang berterusan kearah memastikan kualiti dan mutu hidup buat seluruh ekosistem secara amnya. Disamping itu, turut diselitkan juga artikel berkaitan pengajaran dan pembelajaran, perkongsian ilmu dan pengalaman, program fakulti serta isu-isu semasa dan terkini. Sebanyak 35 artikel berjaya diterbitkan untuk keluaran kali ini. Akhir kata, mewakili sidang redaksi saya memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam penerbitan kali ini. Terima Kasih. Naqiah Awang Ketua Editor Nota Editor E-BULETIN POLA 7


Nota KPP Saban hari didada-dada akhbar dan tabloid, seringkali dilaporkan isu-isu berkaitan kerakusan dan keghairahan manusia dalam memanipulasi alam sekitar. Hal ini telah memberi kesan hebat kepada ekosistem. Banjir kilat umpamanya yang semakin kerap berlaku saban hari berpunca daripada pembangunan pesat yang dilakukan tanpa kolam takungan telah menyebabkan kerugian besar terhadap mangsa banjir sehingga ada yang meragut nyawa. Kilang-kilang industri yang beroperasi tanpa mematuhi Standard Operating Procedures (SOPs) alam sekitar yang sewajarnya sering menyebabkan pencemaran sungai yang merupakan punca air buat komuniti setempat. Bayangkan jika sungai -sungai ini terus dicemari, kita akan kehilangan sumber air bersih yang merupakan keperluan asas manusia. Oleh itu, kita tidak sepatutnya berlengah lagi dalam mempraktiskan amalan kelestarian. Ingatlah sekecil-kecil amalan kelestarian yang kita praktiskan dapat membantu memelihara alam sekitar yang tiada galang gantinya. Umpamanya seperti amalan mengutip sampah, kitar semula, penjimatan tenaga elektrik dan air, penggunaan bekas makanan bagi menggantikan bekas makanan pakai buang serta pengurusan sampah yang betul dapat membantu memelihara alam sekitar. Akhir kata, semoga e-Buletin POLA ini akan terus wujud dan menjadi platform penulisan dan perkogsian ilmu di UiTM Pahang. Kolaborasi antara tiga fakulti ini dapat diharapkan dapat diteruskan pada masa yang akan datang demi menyumbang kepada perkongsian ilmu yang berterusan. Terima Kasih. Prof Madya Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan Ucapan Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua editor eBuletin POLA atas penerbitan kedua ini. Juga tidak lupa kepada semua warga UiTM Pahang yang sudi menyumbang artikel bagi penerbitan kali ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Saya sangat tertarik dengan tema yang diangkat untuk terbitan kedua ini. “Sustainability: Towards a Better World” adalah tema yang bertunjangkan kelestarian alam sekitar. Ia sangat dekat dengan kehidupan kita sehari-hari. 8


KPP Notes The theme selected for this e-bulletin, "Sustainability: Toward a Better World," is relevant and appropriate for the current trend. It is consistent with how the nation is now moving towards climate change issues and Social Development Goals (SDGs). In general, sustainability refers to the ability to maintain something at a specific rate. Apart of focuses on environmental protection, we also need to consider the society for social inclusion and the economy for economic growth. I may express the term "sustainability" to be closed related to our actions. While the phrase "toward a better world" relates to hopes. Therefore, if we dream to have a better future, we need to act now. 9 Finally, I'd like to congratulate the three faculties who worked together to make this e-bulletin a success: The Faculty of Accountancy, Faculty of Administrative Science and Policy Studies, and Faculty of Law, UiTM Pahang. KUDOS to the e-bulletin POLA editors’ team for their tireless efforts. I also want to express my gratitude to all the authors who sent articles. Our utmost appreciation to UiTM Pahang management for the ongoing support and opportunity. Thank You. Shamsinar Rahman Head of the Programme FSPPP To achieve sustainability, the United Nations approved the SDGs in 2015 as a global call to take action to eradicate poverty, safeguard the environment, and guarantee that by 2030 everyone lives in peace and prosperity. Malaysia is one of the 193 nations that take part in the SDGs. To change our world, 17 sustainable development goals (SDGs) have been set. For instance, GOAL 1: No Poverty, GOAL 4: Quality Education, and GOAL 6: Clean Water and Sanitation. In conclusion, it is hoped that through educating people about sustainability, everyone will be able to help and contribute towards a better tomorrow.


FILEM ANIMASI WALL-E: ROBOT PEMBERSIH BUMI A R I N A N A B I L A H A B D . L A T I F Antara alasan saya kongsikan hasil penulisan tentang filem animasi WALL-E ini adalah disebabkan oleh plot ceritanya begitu sinonim dengan tema bagi terbitan artikel kali ini, iaitu Sustainability: Towards a Better World (Kelestarian: Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik). Saya masih ingat lagi ketika menonton filem animasi tersebut buat pertama kalinya bersama-sama rakan sebaya zaman remaja sekitar tahun 2009. Waktu itu kami berusia 14 tahun. Hakikatnya saya bukanlah peminat tegar filem animasi. Namun, dengan jalan ceritanya yang saya kira tidak kurang menariknya itu ternyata telah berjaya merubah persepsi dan minat saya sebelum ini terhadap filem animasi. Agaknya apa yang terbayang dalam fikiran anda tatkala menatap tajuk di atas? Adakah anda fikirkan tentang isu pembuangan sampah merata-rata di setiap ruang muka bumi kita? Ataupun tentang robot besar yang gagah perkasa seperti tembok dinding lantaran namanya WALL-E? Atau mungkin juga ada andaian-andaian lain yang tidak dapat dinyatakan di sini? Realitinya WALL-E merupakan robot kecil yang diberikan nama berdasarkan akronim daripada frasa Bahasa Inggeris, iaitu Waste Allocation Load Lifter Earth-Class. Filem yang menerapkan elemen futuristik ini mengisahkan persekitaran bumi yang dipenuhi sampah-sarap akibat rendahnya tahap kesedaran sivik manusia sehingga tidak peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan muka bumi. . 10 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Akibat daripada terlalu banyak sampah memenuhi permukaan bumi, manusia telah diarahkan supaya meninggalkan bumi dan berpindah ke angkasa lepas. Sebelum manusia berlepas ke sana, mereka telah mencipta banyak robot untuk membersihkan bumi. Setelah 700 tahun berlalu, permukaan bumi masih tetap dipenuhi sampah-sarap yang tidak mampu dibersihkan sepenuhnya oleh robot-robot berkenaan. Kebanyakan robot tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan berkesan kecuali robot WALL-E. Sebenarnya daripada tayangan filem ini, terpapar imej buruk manusia yang begitu mementingkan diri sehingga mendatangkan implikasi terlalu buruk terhadap muka bumi serta menjejaskan sumber keperluan hidup generasi akan datang. Sumber: https://greatcharacters.miraheze.org/wiki/File:Wall-E.png


Mesej tersirat daripada filem ini adalah berkaitan peri pentingnya manusia melestarikan kebersihan alam sekitar ke arah masa depan yang lebih sejahtera. Andai kata masyarakat hari ini hanya mengutamakan kepentingan diri semata-mata dan tidak cakna dengan keadaan muka bumi yang kian parah, tidak mustahil implikasi lebih buruk bakal menimpa kehidupan generasi akan datang. 11 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Kesimpulannya, filem animasi WALL-E ini sememangnya filem yang berjaya mengadaptasi kehidupan dunia realiti menjadi filem animasi popular tontonan pelbagai lapisan masyarakat di samping berjaya membawa mesej tersendiri dalam menarik perhatian penonton agar lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di atas muka bumi ini. Dengan demikian, isu muka bumi yang terusterusan mengalami kemusnahan angkara kelalaian generasi sekarang akan dapat dibanteras. Sebenarnya ada lagi lain-lain pengajaran yang dapat kita cedok daripada filem ini. Apa yang dapat saya katakan, filem animasi ini sememangnya amat menarik untuk ditonton oleh sesiapa sahaja, baik kanak-kanak mahupun warga lanjut usia. Bagi mereka yang belum pernah menonton, jangan lepaskan peluang untuk menonton bersama-sama keluarga. Selamat menonton dan semoga terhibur. Oleh yang demikian, pendekatan terbaik perlu difikirkan agar jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut dapat ditemukan, bukannya menjadi isu lapuk yang tiada kesudahan. Antara tindakan berkesan yang boleh dilakukan oleh masyarakat masa kini adalah menghentikan penggunaan plastik sekali guna seperti pembungkus makanan, botol air minuman dan penyedut minuman plastik. Dalam filem animasi ini, terdapat suatu adegan yang memaparkan WALL-E sedang bertungkus-lumus memampatkan sampahsarap berasaskan plastik kepada bentuk kiub dan disusun meninggi sehingga mencecah langit. Sekiranya setiap anggota masyarakat komited untuk tidak menggunakan plastik sekali guna dalam kehidupan mereka sebaliknya mempromosikan penggunaan barangan yang boleh dikitar semula (mesra alam), sudah pasti impak positif daripada pendekatan ini mampu melestarikan kebersihan muka bumi dalam jangka masa panjang. Sumber: https://s3.amazonaws.com/criterionproduction/films/0d4a92b3c7f846f4ab4b202fd3fc6973/mje5UAVt8hzxxB3sY11YZ 53LfXNcxo_large.jpg


Sehingga kini, pada tahun 2023 sama ada kita sedar atau tidak, banyak ketidaktentuan berlaku kepada alam sekitar kita yang berpunca daripada perubahan iklim. Perubahan iklim adalah perubahan dalam suhu dan cuaca global yang disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan pelbagai lagi gas-gas yang membahayakan. Ini membawa kesan buruk seperti peningkatan suhu, perubahan musim, bencana alam dan banyak lagi yang turut menjejaskan sumber makanan dan air bersih. Disebabkan hal inilah, masyarakat dunia telah semakin peka kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan setiap dari kita memainkan peranan yang penting ke arah itu. Pengeluaran gas rumah hijau boleh ditangani dengan mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan bakar, mengurangkan penggunaan bahan mentah yang merosakkan alam sekitar dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Jika kita melihat kepada solusi ini, tentu sahaja kita merasakan ia terlalu rumit dan mustahil untuk dicapai oleh seorang pekerja. TINGKAH LAKU HIJAU: APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN DI PEJABAT? N O R U L H U D A T A J U D D I N Tingkah laku hijau dalam organisasi merupakan satu fenomena yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pakar-pakar sains sosial dan ekonomi. Tingkah laku hijau boleh didefinisikan sebagai tingkah laku proaktif oleh seseorang individu untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar serta bertujuan memelihara alam sekitar. Jika anda adalah seorang pekerja yang mempunyai kesedaran untuk mengurangkan penggunaan kertas atau memadamkan suis lampu pejabat apabila tidak digunakan, anda sebenarnya telah pun mengamalkan tingkah laku hijau ini. 12 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD


13 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Namun, tahukah anda setiap dari kita mampu menyumbang kepada kepada usaha ini dengan cara-cara yang mudah sahaja. Berikut disenaraikan apakah tindakan yang boleh kita ambil sebagai pekerja. 1.Memilih untuk mengamalkan 3 perkara penting iaitu kitar semula (recycle), guna semula (reuse) dan mengurangkan penggunaan bahan (reduce). 2.Menggunakan peralatan elektronik dengan bijak, seperti menjimatkan kuasa elektrik dengan mematikan peralatan (seperti, komputer, lampu) yang tidak digunakan. 3.Memilih kaedah yang lebih lestari dalam menyediakan bahan pengajaran dan dokumen berbentuk elektronik. 4.Menggunakan kaedah pengangkutan yang lebih lestari seperti berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam. 5.Menjimatkan penggunaan air dan tidak membazirkan air. 6.Menyokong inisiatif-inisiatif berkaitan alam sekitar yang dijalankan oleh organisasi. Satu perkara yang saya perhatikan pada satu ketika dahulu di kampus Raub, terdapat satu kempen untuk membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan di Medan Selera. Melalui cara ini, penggunaan bekas polistren mahupun plastik dapat dikurangkan kerana kita tahu polistren tidak dapat diuraikan. Namun, kini program ini tidak lagi diamalkan. Tidak pasti dimana silapnya, mungkin transisi semasa Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik Covid-19 telah melenyapkan beberapa usaha promosi tingkah laku hijau sebelum ini. Maka, adalah amat penting untuk kita mengembalikan semula usaha ini walaupun sekadar menulis coretan ringkas. Walaupun usaha ini dilihat begitu kecil namun jika keseluruhan ahli organisasi melakukan perkara ini, tentu sahaja kesannya dapat dikecapi bersama. Bak kata orang dulu-dulu, asal ada, kecil pun pada. Biarlah tidak banyak yang kita usahakan, tapi yang sedikit pun cukup juga. Tingkah laku ini juga dapat menjimatkan kos operasi yang tinggi seperti bil elektrik dan kos penyelenggaraan yang dipercayai menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit setiap bulan. Oleh itu, tidak syak lagi tingkah laku hijau adalah solusi murah dan ringan untuk kita mulakan demi kelestarian persekitaran kerja dan alam sekitar. Melihat kepada senarai di atas, sebahagian besarnya telah pun kita laksanakan. Namun, sedikit kepekaan kita dalam menggalakkan orang lain terlibat sama dalam tingkah laku ini boleh dilakukan. Seperti contoh, kita menunjukkan teladan yang baik kepada rakan sekerja dalam organisasi. Di UiTM, para pensyarah menunjukkan contoh yang baik dengan memesan kepada pelajar untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Selepas kelas berakhir, pensyarah boleh menunjukkan sikap yang baik dengan menutup suis lampu agar pelajar boleh mencontohi tingkah laku ini pada masa akan datang.


Pengurusan Sumber Manusia Berkelestarian atau dalam Bahasa Inggerisnya Green Human Resource Management (Green HRM) telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penyelidik dan juga pengamal industri. Dimana, dunia berdepan dengan pelbagai isu berkaitan alam sekitar seperti perubahan iklim yang menjejaskan kesejahteraan manusia, maka adalah wajar untuk pengurusan sumber manusia beralih ke arah pengurusan yang lebih lestari. "Pengurusan Sumber Manusia Berkelestarian merupakan satu konsep yang menekankan kepada pengurusan sumber manusia yang berkesan terutamanya memulihara dan memelihara alam sekitar dan keselamatan persekitaran kerja. Ia mencakupi segala aspek dalam aktiviti pengurusan sumber manusia seperti pengambilan, latihan, pengembangan kerjaya, pengurusan kesihatan dan kesejahteraan, serta prestasi kerja secara keseluruhannya" 14 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Sejarah Pengurusan Sumber Manusia Berkelestarian (PSM Lestari) bermula pada tahun 1990-an. Pada masa itu, dunia telah menyedari akan kepentingan memulihara dan mengurangkan impak negatif perindustrian terhadap alam sekitar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan PSM Lestari, termasuk perkembangan teknologi, kesedaran tentang kesan perindustrian terhadap alam sekitar serta perubahan sikap dan pemikiran masyarakat secara umumnya berkaitan fenomena perubahan iklim. Tidak dinafikan kesan promosi secara besar-besaran oleh organisasi bukan kerajaan dalam memperjuangkan kelestarian alam sekitar turut memaksa industri melalui pembuatan keputusan dalam kalangan pelabur-pelabur untuk turut serta mengamalkan konsep ini. Hasilnya, beberapa organisasi telah mula mengintegrasikan prinsip-prinsip pemuliharaan alam sekitar dalam pengurusan operasi mereka. Sebagai contoh, mengurangkan penggunaan kertas dengan beralih kepada pendigitalan berupaya membawa penjimatan yang besar. Bukan sahaja kos operasi dapat dijimatkan, namun aktiviti penebangan hutan dan pencemaran kepada alam sekitar boleh dikawal. Selain itu, program bekerja dari rumah juga adalah satu usaha PSM Lestari. Pekerja tidak perlu membuat perjalanan dengan kerap akan mengurangkan pembebasan karbon ke udara (akibat penggunaan petrol sebagai bahan bakar) dan juga mengurangkan pencemaran bunyi. Dalam masa yang sama, bekerja dari rumah boleh meningkatkan kepuasan kerja, mengurangkan tekanan (seperti menguruskan persekolahan anak) dan selanjutnya menjamin prestasi kerja yang tinggi. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BERKELESTARIAN: SATU CABARAN BARU DALAM PENGURUSAN Norulhuda Tajuddin & Ina Murni Hashim


1 5 S U S T A I N A B I L I T Y : T O WA R D S A B E T T E R W O R L D N a m u n b e git u, p e rla k s a n a a n P S M L e s t a ri dij a n g k a m e n a m b a h k a n k o s k e p a d a o r g a nis a si k e r a n a ia m e m e rlu k a n p e n glib a t a n s u m b e r y a n g le bih b e s a r. K o s - k o s y a n g t e rlib a t m e r a n g k u mi p elb a g ai a s p e k s e p e r ti p e m b a n g u n a n p r o g r a m latihan, pembangunan sistem berkomputer bagi mengganti cara kerja manual, penambahbaikan persekitaran kerja, penyusunan jadual kerja anjal, pembelian mesin baru dan banyak lagi. Walaupun usaha ini dilihat indah, namun masih banyak lagi cabaran yang perlu ditangani dalam melaksanakan PSM Lestari ini secara menyeluruh. Secara umumnya, organisasi berdepan dengan isu kesedaran yang masih rendah, sumber yang terhad, mentaliti, proses kerja yang belum stabil, dan kesediaan teknologi. Sebagai contoh, masih terdapat lagi individu dan organisasi yang belum menyedari akan pentingnya isu kelestarian dalam kehidupan seharian. Tahap kesedaran yang lemah ini menyebabkan program kelestarian yang dirancang tidak mendapat sambutan dan mereka mengelak untuk menyertainya. Selain itu, masih banyak organisasi yang tidak mempunyai sumber yang cukup untuk melaksanakan amalan kelestarian dalam pengurusan sumber manusia mereka. Organisasi perlu berusaha menyediakan teknologi terkini bagi menggantikan kaedah lama dimana ini tentu sahaja memerlukan kos yang banyak. Selain itu, ada juga mentaliti sesetengah pekerja yang memikirkan bahawa usaha pemuliharaan adalah tugas kerajaan dan pihak organisasi bukannya tugas individu. Sebagai contoh di UiTM, bilik-bilik kuliah dan pejabat tidak lagi disediakan dengan komputer namun sebaliknya pensyarah diberikan geran komputer secara individu. Pensyarah akan menggunakan komputer sendiri yang dibeli menggunakan duit geran tersebut untuk melaksanakan tugasan mereka tanpa perlu berkongsi. Peperiksaan juga telah beralih dari cara lama yang menggunakan pen dan kertas kepada sistem peperiksaan berkomputer. Sistem peperiksaan ini menjimatkan ribuan ringgit melalui penggunaan kertas yang dapat dikurangkan serta kos elektrik. Dalam masa yang sama, proses pembelajaran dan pengajaran juga telah disesuaikan dengan kaedah pembelajaran berjarak. Dimana perjumpaan antara pensyarah dan pelajar tidak terhad secara fizikal sahaja tetapi digalakkan untuk mencuba medium atas talian dimana situasi ini dapat mengurangkan penggunaan ruang, tenaga elektrik (kipas, lampu dan penyaman udara) dan juga pembuangan sampah seperti plastik, kertas dan lain- lain.


16 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Justeru, antara langkah awal yang perlu diambil dengan memberikan kesedaran dan pendidikan kepada para pekerja tentang konsep ini. Program kesedaran melalui bengkel dan ceramah serta latihan-latihan yang berkaitan perlu diberikan kepada seluruh lapisan pekerja. Pihak atasan juga perlu mendidik para pekerja dengan menjelaskan kepentingan dan nilai yang amat tinggi demi memelihara dan memulihara alam sekitar. Dua perkara ini iaitu kesedaran dan pendidikan adalah sangat penting untuk memastikan para pekerja memahami aspirasi kelestarian PSM ini agar ia dapat dicapai. Sekiranya kefahaman dan kesedaran dapat disemai, maka ia akan dapat mengurangkan tindakan penentangan atau penolakan dalam kalangan pekerja. Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan PSM Lestari, namun ia dapat diatasi dengan kerjasama dan kesedaran dari semua pihak. Organisasi harus memberikan kesedaran kepada semua lapisan pekerja mengenai konsep ini dan menyediakan program yang sesuai untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan kesedaran yang tinggi mengenai PSM Lestari, maka mulakan dengan satu langkah yang ringkas seperti menutup suis lampu apabila tidak digunakan atau menggunapakai dokumen digital. Ia tidak hanya menjimatkan kos, tetapi dalam masa yang sama tindakan ini melestarikan alam sekitar kita Kesimpulannya, PSM Lestari merupakan konsep yang penting untuk memastikan organisasi beroperasi secara berkelestarian. Tujuan utama perniagaan tentu sahaja membuat keuntungan, namun konsep ini setidak-tidaknya turut menggalakkan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Ini memberikan situasi menang-menang dimana alam sekitar yang bakal diwariskan dipulihara dan dalam masa yang sama kesejahteraan manusia meningkat dalam ekosistem yang seimbang.


Though an intense call for sustainability effort has been exerted on the industry players and the government, one should be aware that taking care of the Earth is also the individual responsibility. We all share this planet, and our actions today will impact the Earth for our next generations to come. The gist of preserving the Earth relies on our ability to reduce our carbon footprint, which refers to the total amount of greenhouse gasses, including carbon dioxide and methane that are generated by our actions. The common catchphrase goes, every action counts, which implies that it might start small but increases in power and momentum as it grows. Putting it differently, the little things we do as individuals can make a big difference collectively. Attending emails is part of routine tasks for most of us as it is among the primary medium of communication for formal business. At one point, the number of emails might become overwhelming, and one would cherry-pick the pertinent ones to attend to while leaving the junk to remain unerase in the inbox. The act of retaining unwanted emails, including spam, necessitates energy consumption for internet providers and email services to perpetually store all the data. Therefore, start deleting unwanted emails and unsubscribing to insignificant and petty notifications from social media as this source of carbon emissions could take up a total energy equivalent to the electricity used in 2.4 million homes. Nowadays, the use of cloud computing is ubiquitous among IT users, thereby rendering local storage a secondary consideration. It allows data and information to be accessed from anywhere and anytime contingent upon the availability of an internet connection. Microsoft’s report suggests that switching from local storage to their cloud services could greatly improve energy efficiency, by up to 98% thanks to their IT equipment and data center infrastructure efficiency. In addition, reliance on the cloud storage provided by Gmail or Microsoft benefitted the environment due to their effort to shift to a renewable source of energy for the data center, such as wind, solar, and hydropower electricity. In conclusion, sustainable practices adopted by individuals play a crucial role in mitigating the detrimental impacts of climate change on the planet. It is imperative that we recognize the severity of the situation and take responsibility for our actions by making conscious choices that prioritize the Earth’s wellbeing. 17 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Save the Earth by Clicking Nur Syafiqah Hussin & Naqiah Awang The future of our planet rests in our hands, and it is up to us to take the necessary actions toward a more sustainable future. Greenpeace. (2010). Make IT Green - Cloud Computing and its Contribution to Climate Change. Retrieved from https://www.greenpeace.org/static/planet4-international-stateless/2010/03/f2954209-make-it-green-cloud-computing.pdf Microsoft. (2020). The Carbon Benefits of Cloud Computing. Retrieved from https://www.microsoft.com/enus/download/details.aspx?id=56950 Parth Garg. (2019). What if Deleting Emails Could Save our Planet?. Retreived from https://medium.com/@parthgarg19/whatif-deleting-emails-could-save-our-planet-8667584367ee References 1. 2. 3.


18 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Accounting is the process of recording financial transactions, summarising, analysing and interpreting the result. With modern technologies, this process is made simpler and shorter. Computerised Accounting System (CAS) is the use of computer software in the accounting process. Usually, it helps to automate financial records and reporting processes. The use of CAS also helps to reduce error in manual data entry and time spent by the business for recording purposes CAS is widely used among businesses as it makes accounting and reporting systems more manageable, efficient and effective. Other benefits include accuracy and simplicity. This type of software is usually designed to anticipate common errors in the accounting and recording process. They are also usually designed to be straightforward and easy to use if users undergo a certain training course. The use of CAS also helps businesses to produce automated financial statements, the important documents for businesses to know their financial performance. Study conducted by Farida et al. (2021) stated that the use of CAS will help businesses perform better. Computerised Accounting System: Sustainability of Micro-Enterprises in Malaysia Syahida Md Zeni However, the use of CAS also has its own disadvantages especially among micro-enterprises. This could be due to high cost & maintenance, low computerised skill among business owners and limited edition of CAS available for small enterprises. It could be costly to set up and maintain as at least they need to have a computer and printer for their business. Due to that, some small business owners plan to use CAS only when they have reached a certain level of sales. Secondly, small businesses may have difficulties due to lack of expert employees in using the software. Therefore, they may still choose to use manual accounting systems. Furthermore, the price of some CAS software could be very expensive.


19 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD According to Jamak et al. (2012), microenterprises in Malaysia are involved in very small-scale business activities such as food stall operators and night market hawkers. Grocery store owners and small construction activities may also be part of this group. Munoz et al. (2014) stated that micro-enterprises give a very positive impact in developing nations like Malaysia. Even if small, they play an important role in the Malaysian economy. They provide a lot of job opportunities and help eliminate poverty. However, that study also stated that this type of business is risky as they mostly rely on their internal funding. Furthermore they might also be facing insufficient human capacity and a lower level of education. These are a few factors that may lead towards the lack of CAS usage among them. Further actions need to be taken to ensure the sustainability of micro-enterprises in Malaysia. The use of CAS should also be strengthened to help this type of business to perform better and provide more opportunity to grow. Their installation and training costs can also be so high and beyond the business’ budget. According to Marketing Signal Lab (2023), among the best accounting software in Malaysia in 2023 are Auto Accounting 2.0, Bukku Accounting, SQL, MYOB, Million, Mr Accounting and Sage UBS. Some of them are used as part of the syllabus in university. Price ranges are different according to their level. Certain may be offered individually, such as MYOB Accounting and MYOB Payroll which can be purchased separately. They might also be purchased in one complete set. Generally, they are priced above one thousand ringgit which is quite expensive for micro-enterprises. Farida, I., Mulyani, S., Akbar, B., & Setyaningsih, S.D. (2021). Quality and efficiency of accounting information systems. Utopía y Praxis Latinoamerica, 26(2), 323-336. Jamak, A.B.S.A., Salleh, R., Sivapalan, S., & Abdullah, A. (2012). Micro business enterprise of Bumiputera Malays, Malaysia. African Journal of Business Management, 6(22), 6504-6510. Munoz, J.M., Welsh, D.H.B., Chan, S.H., Raven, P.V. (2014). Microenterprises in Malaysia: a preliminary study of the factors for management success. International Entrepreneurship and Management Journal. doi: 10.1007/s11365- 014-0302-y Marketing Signal Lab. (2023, February 10). The best accounting software in Malaysia. https://marketingsignallab.com References 1. 2. 3. 4.


20 SUSTAINABILITY:TOWARDS A BETTER WORLD Sustainability refers to the ability to meet the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs. It involves balancing social, economic, and environmental considerations in decision-making to ensure long-term viability and resilience. In practice, sustainability can take many forms, from reducing carbon emissions and promoting renewable energy to protecting biodiversity and preserving natural resources. It also involves promoting social equity and ensuring that economic development benefits everyone, including marginalized communities. Sustainability is becoming increasingly important as the world faces pressing environmental and social challenges, such as climate change, biodiversity loss, and social inequality. Many businesses, governments, and individuals are working to promote sustainable practices in their daily lives and in their communities, recognizing that the choices we make today will have a significant impact on the world we leave for future generations. Sustainability and corporate governance are closely linked, as sustainability considerations are increasingly becoming an important aspect of corporate governance practices. Corporate governance refers to the system of rules, practices, and processes by which a company is directed and controlled. This includes the relationships among a company's management, its board of directors, shareholders, and other stakeholders. In recent years, there has been growing recognition of the importance of sustainability issues in corporate governance. Many investors and stakeholders are demanding greater transparency and accountability from companies on their sustainability practices, and companies that fail to address these issues may face reputational damage and financial risks. As a result, many companies are integrating sustainability considerations into their corporate governance frameworks. This may involve appointing a sustainability officer or committee to oversee sustainability initiatives, including setting goals and reporting on progress. It may also involve embedding sustainability considerations into decision-making processes, such as assessing the environmental and social impacts of business operations, supply chains, and products. Sustainability & Corporate Governance Nurul Afzan Najid Overall, integrating sustainability considerations into corporate governance can help companies manage risks, build resilience, and create long-term value for all stakeholders. It also reflects the growing recognition that businesses have a responsibility to address the environmental and social challenges facing our world. There are several issues relating to corporate governance and sustainability, which include: ·Accountability: Companies need to be accountable for their social and environmental impacts, and corporate governance frameworks need to ensure that companies are transparent and accountable to stakeholders. ·Stakeholder engagement: Companies need to engage with stakeholders, including employees, customers, communities, and investors, to understand their sustainability concerns and ensure that their interests are taken into account in decision-making processes. ·Risk management: Companies need to identify and manage sustainability risks, such as climate change, biodiversity loss, and social inequality, which can have significant impacts on their operations and financial performance. ·Executive compensation: Executive compensation structures should incentivize sustainability performance, and link executive pay to long-term sustainability goals. ·Board composition: The composition of the board of directors should reflect a diversity of perspectives, including sustainability expertise, to ensure that sustainability issues are integrated into decision-making processes. ·Supply chain management: Companies need to ensure that their supply chains are sustainable, including identifying and addressing environmental and social risks throughout their supply chains. Overall, companies need to integrate sustainability considerations into their corporate governance frameworks to ensure that they are addressing the social and environmental challenges facing our world, and creating long-term value for all stakeholders.


JOM MENULIS! N O R L I N D A Z A I N A L A B D U L & S A LE H A H Z A F I R A H Z U L K EPL I Konsep menulis adalah proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang menitikberatkan aspek seperti tujuan menulis, penggunaan Bahasa, audiens, dan gaya penulisan supaya ianya dapat menarik perhatian pembaca dan dapat mengambarkan keadaan, alam, dan kehidupan secara lebih mendalam. Di dalam dunia pekerjaan sebagai pensyarah, penulisan adalah sangat penting bagi sesebuah institusi pendidikan tetapi mungkin ramai yang takut untuk bermula dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu penulisan. Keyakinan untuk menulis itu perlu dipupuk dan mestilah sentiasa mahu untuk mencuba. Terdapat beberapa perkara yang menghalang diri kita dari menulis, yang pertama ialah tiada keyakinan diri untuk menulis. Ini antara halangan yang bermain difikiran kita dimana kita selalu bertanya kepada diri kita samada kita mampu atau tidak untuk menulis dengan baik. Keyakinan diri ini boleh ditanam dan dipupuk dengan beberapa cara. Salah satu daripadanya ialah mula menulis dan kongsikan hasil penulisan itu dengan orang lain yang dapat memberi pandangan dan teguran secara jujur. Kita juga boleh menyertai kumpulan sokongan untuk menulis supaya kita dapat memupuk semangat dan menimba ilmu. Dengan adanya sokongan daripada orang yang lebih berpengalaman dalam dunia penulisan, kita akan mula berkeyakinan untuk menulis kerana kita sudah rasa dekat dengan dunia penulisan. Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis dan juga merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat. Menulis adalah kegiatan yang dilakukan manusia setiap hari, dari sekecil-kecil hal seperti menulis pesanan pelanggan, menulis surat, menulis laporan, sehingga lah menulis buget harian. Semua nya memerlukan aktiviti penulisan yang baik. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 21


Selain daripada itu, kita juga boleh membina keyakinan diri dalam penulisan dengan membaca penulisan orang lain, terutamanya penulisan yang bagus-bagus. Ini adalah cara untuk belajar dan lama kelamaan kita juga akan menjadi yakin untuk menulis. Halangan yang kedua untuk kita tidak menulis adalah, tiada masa untuk menulis. Setiap orang mempunyai 24 jam sehari dan terpulang bagaimana kita untuk menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Kita tidak boleh menunggu masa lapang baru kita akan menulis, tetapi kita lah yang melapangkan masa untuk menulis. Cara yang paling baik untuk kita melapangkan masa untuk menulis adalah dengan memasukan agenda untuk menulis di dalam jadual tugasan harian kita. Dengan ini, dalam sehari, telah termasuk dalam jadual kita untuk menulis. Selain daripada itu, keyakinan untuk menulis juga akan hilang apabila kita tidak tahu mahu menulis apa, dalam kata lain, tiada idea untuk memilih tajuk dan isu yang kita mahu tuliskan. Idea perlu dicari kerana ianya tidak akan datang sendiri. Idea juga perlu dikembangkan dan sentiasa mengikuti kehendak pembaca. Idea yang baik adalah, idea yang akan memanfaatkan orang lain. Oleh itu, kita mesti mencari idea, supaya penulisan kita sentiasa menjadi rujukan kepada orang lain. Seterusnya, halangan untuk menulis adalah tidak tahu bagaimana mahu bermula. Ini kerana, masih belum mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam penulisan. Cara yang baik untuk mengatasi halangan ini adalah dengan membaca dan mengkaji penulisan orang lain dan akhirnya kita akan mendapat gambaran untuk memulakan penulisan kita sendiri. Satu cara lain adalah dengan mendapatkan sebuah penulisan yang baik dan membuat ringkasan tentang penulisan tersebut. Dengan membuat ringkasan tersebut, kita akan mengetahui apa elemen-elemen yang perlu ada dalam sesebuah penulisan dan akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menulis. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 22 Kesimpulannya, penulisan adalah menjadi aspek penting dalam bidang yang kita ceburi, oleh itu, kita mesti memupuk keyakinan diri untuk menulis dan mula menulis jika kita masih belum mempunyai pengalaman. Tiada yang mustahil bagi diri kita semua asalkan kita rajin berusaha menimba ilmu dan sentiasa merujuk kepada yang lebih arif dalam bidang penulisan untuk mendapatkan sokongan daripada mereka. Semoga penulisan kita akan memberi manfaat kepada pembaca. Selamat menulis!


VISUAL , AUDITORI ATAU KINESTETIK? N O R L A I L Y A S N AWI B I N T I S U L A I M A N Pandemik Covid-19 yang melanda banyak mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, gaya pengajaran pendidik perlu lebih kreatif dan dipelbagaikan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan semasa. Menurut Prof Dr Abdul Rasid (2021), tiga aspek utama perlu diberi penekanan untuk memastikan pembelajaran berkesan adalah guru, murid dan bahan. Pembelajaran berkesan akan terhasil apabila ketiga-tiga aspek tersebut saling berhubungan dengan baik. Dengan bantuan bahan mengajar, dapat membantu pendidik untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran proses tersebut. Namun, tidak semua pelajar dapat menguasai dengan baik bagi setiap bahan bantu mengajar yang digunakan berikutan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza bagi setiap individu. Oleh itu, dengan mengenali gaya pembelajaran pelajar akan dapat membantu pendidik menggunakan pendekatan kaedah yang bersesuaian. Gaya pembelajaran visual adalah individu yang cenderung dengan huruf, visual, gambar rajah dan objek. Manakala, menurut Supit et al. (2023), individu visual merupakan individu yang dapat menggambarkan dan melihat kata-kata dalam fikiran mereka. Mereka adalah individu yang lebih suka mencatat nota apa yang dipelajari semasa kuliah dan juga lebih suka membuat nota dalam bentuk peta minda. Untuk membantu pelajar visual agar dapat faham dengan lebih baik, penerangan serta contoh-contoh adalah dalam bentuk grafik atau gambar dan juga penggunaan laptop, projector serta whiteboard dapat membantu. Mereka lebih mudah mengingati berdasarkan kepada apa yang dilihat berbanding dengan apa yang didengari. Manakala, auditori pula sebaliknya dari visual. Mereka lebih mudah mengingati berdasarkan kepada apa yang didengari dengan cara menyebut dengan kuat apa yang dihafal atau membaca dengan menggerakkan bibir atau menulis semasa menghafal. Kebanyakan pelajar auditori dapat memberikan fokus yang lebih tinggi semasa kuliah atas talian dan lebih baik penerimaan berbanding pelajar visual dan kinestetik kerana mereka dapat belajar dengan cara mengulang rakaman audio. Ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Sidek & Hashim (2016), yang mana pengajaran berasaskan video melibatkan audiovisual. Mereka juga mudah terganggu sekiranya ada terdapat bunyi bising lain. Teknik pengulangan adalah kaedah terbaik bagi pelajar auditori untuk membantu meningkatkan kefahaman mereka. 23 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Mahadi et al. (2022) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana seseorang individu menyerap dan menyusun maklumat yang diterima. Umumnya, gaya pembelajaran yang utama boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu visual (melihat), auditori (mendengar) dan kinestetik (bergerak, bekerja dan menyentuh).


Seterusnya adalah individu dengan gaya kinestetik iaitu mereka yang lebih suka menggunakan kaedah bergerak, menyentuh dan bekerja. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk memahami sekiranya pembelajaran tersebut melibatkan banyak aktiviti pergerakan. Individu kinestetik lebih mudah merasa bosan dan hilang fokus apabila hanya duduk mendengar kuliah untuk tempoh yang lama dengan pergerakan yang minimum. 24 Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa dengan memahami gaya pembelajaran setiap individu ia dapat membantu para pendidik untuk lebih mudah mengenalpasti kaedah serta bahan bantu mengajar yang terbaik bagi membantu para pelajar. Terutamanya, pelajar dalam kategori lemah untuk mereka lebih mudah memahami sesuatu tajuk serta menarik minat mereka untuk lebih fokus. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/789204/teknik-kaedahpengajaran-berkesan-elak-murid-bosan (Retrieved: 07/02/2023) Mahadi, F., Husin, M. R., & Hassan, N. M. (2022). Gaya Pembelajaran: Visual, Auditori dan Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29–36. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0401.340 Supit, D., Melianti, Lasut, E. M. M., & Tumbel, N. J. (2023). Gaya Belajar Visual , Auditori , Kinestetik terhadap Hasil Belajar Siswa. Journal on Education, 05(03), 6994–7003. Sidek, S., & Hashim, M. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education, 3, 24–33. Rujukan 1. 2. 3. 4.


Selepas berpengalaman mengajar mata pelajaran perakaunan terutama bagi kursus Financial Reporting selama 23 tahun, saya mendapati memang ramai pelajar yang gagal menguasai ilmu asas perakaunan dengan baik terutama ilmu debit dan kredit ini. Saya mengajar pelajar diploma perakaunan bahagian 5 iaitu pelajar akhir semester selama beberapa tahun dan saya kerap melontarkan soalan berkenaan debit dan kredit kepada pelajar saya pada pertemuan pertama kami, dan kebanyakan pelajar akan memberi jawapan debit adalah duit masuk dan kredit adalah duit keluar. Jawapan ini tidak salah cuma ia tidak lengkap kerana mereka sudah berada di tahun akhir dimana asas debit dan kredit sudah sepatutnya dihujung jari. Saya masih tercaricari cara bagaimana pelajar saya boleh mempunyai skil debit dan kredit dengan mudah ,pantas dan berkesan. Saya sangat menitikberatkan ilmu debit dan kredit kerana saya juga dahulu adalah pelajar yang agak lemah dalam ilmu debit dan kredit kira-kira 30 tahun lepas. Ini mengakibatkan perjalanan menuntut ilmu mata pelajaran Financial Reporting saya kerap menemui jalan sukar . Debit dan Kredit Sangat Sukar Bagi Pelajar Perakaunan? Norlaila Mohd Din Pernah suatu ketika dahulu saya menghadiri taklimat berkenaan pengajaran Financial Reporting dimana penceramah mencadangkan agar dimulakan dengan teknik meminta pelajar membayangkan diri mereka sedang membuka sebuah perniagaan kecil seperti warung jual burger tetapi malangnya teknik ini sukar kerana kebanyakan mereka adalah baru tamat persekolahan dan tidak pernah berniaga. Dunia perniagaan adalah tersangat asing bagi mereka dan pendekatan ini kelihatan sangat janggal untuk mereka. 25 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Debit dan kredit adalah ilmu yang sangat penting didalam dunia perakaunan. Ia bagai muzik dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Ia bagai nasi kepada orang Melayu, tidak dapat hidup tanpa nasi. Ia juga bagai roh sebuah kehidupan bernama perakaunan, manusia akan mati tanpa roh. Pengalaman mengajar Financial Reporting memudahkan saya menguasai ilmu debit dan kredit dan menyelesaikan semua isu yang saya hadapi semasa belajar dahulu. Saya juga mula menghasilkan teknik-teknik yang memudahkan sebagai alternatif kepada buku teks yang sukar dan sangat tebal untuk dibaca. Salah satu sebab yang saya sedari ialah saya merupakan visual learner dimana syarahan serta buku teks sedia ada sukar untuk saya fahami. Tetapi, apabila saya sudah faham dan sudah nampak apakah itu debit dan kredit, maka bacaan buku teks serta syarahan menjadi mudah kepada saya, Alhamdulillah.


Saya mendapat idea dimana agak mudah memperkenalkan ilmu asas perakaunan iaitu debit dan kredit dengan meminta mereka membayangkan mereka berkunjung ke kedai runcit serta meminta mereka menamakan barang-barang yang mereka lihat ada di kedai itu. Kedai runcit dipilih kerana saya percaya 100% pelajar saya pernah berkunjung ke kedai runcit. Saya meminta pelajar untuk menyenaraikan semua barang yang ada nilai RM yang ada di kedai runcit tersebut. Teknik ini sangat mudah dan pelajar kelihatan seronok menjalankan tugasan mereka. Kemudian saya meminta setiap pelajar untuk tulis di papan putih dihadapan kelas, senarai barang yang mereka telah pilih. Selepas selesai, saya akan mula perkenalkan semua barang yang bernilai itu dinamakan aset dan soalan seterusnya ialah pelajar perlu memikirkan dari mana aset bernilai ini berasal. Adakah dari hujan, sungai atau angin? Apabila pelajar mula menyebut dari pemilik kedai, saya akan segera perkenalkan ekuiti pemilik atau modal sebagai ganti nama kepada pemilik kedai. Dan apabila saya bertanya kepada pelajar, apakah yang patut dilakukan apabila modal tidak cukup sedangkan aset perlu ditambah untuk memulakan perniagaan kerana pemilik mempunyai modal yang terhad? Pelajar akan mencadangkan agar pinjaman dibuat oleh pemilik. Disini saya akan segera perkenalkan liabiliti sebagai ganti nama pinjaman. 26 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Apabila pelajar sudah mesra dengan perkataan aset, modal dan liabiliti, baru lah saya perkenalkan persamaan perakaunan iaitu Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti. Persamaan ini bukanlah persamaan seperti dalam subjek matematik, tetapi persamaan ini ada penceritaan yang sangat menarik dan sangat penting dalam dunia perniagaan. Pernah juga saya menyediakan beberapa gambar premis perniagaan seperti kedai aiskrim, kedai makan dan pasar raya. Saya meminta pelajar bahagian 1 untuk menyenaraikan barang-barang bernilai yang terdapat dalam gambar tersebut serta mengira nilai aset yang terdapat dalam gambar tersebut. Agak memeranjatkan serta lucu apabila ada kumpulan pelajar yang menilaikan sebuah pasar raya serta asetnya sebanyak RM6,500 dan saya meminta agar mereka memperkenalkan saya pemilik pasar raya tersebut kerana saya tanpa ragu mahu membeli pasar raya tersebut dengan segera. Jelas mereka tersipu malu dan membuat pengiraan baru semula. Ilustrasi 1 Ini adalah contoh slide yang saya buat di dalam kelas, dimana setiap pelajar perlu memikirkan apakah aset yang ada dan dari mana aset ini berasal atau siapakah pihak yang meletakkan aset di dalam kedai ini?


27 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Ilustrasi 3: Bagaimana aset dikaitkan dengan ekuiti dan laibiliti Ilustrasi 2: Barang-barang yang ada nilai RM di dalam kedai yang dipanggil aset Ilustrasi 4: Pengenalan debit dan kredit sebagai kod rahsia


28 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Apabila pelajar sudah mesra dengan aset, ekuiti dan liabiliti , maka saya terus perkenalkan konsep debit dan kredit seperti ilustrasi 4. Semua nilai aset yang disebut dalam RM tadi mestilah disebut contoh baki debit RMxx manakala ekuiti mesti disebut baki kredit RMxx dan liabiliti mesti disebut baki kredit RMxx. Saya tegaskan disini kenapa aset mesti disebut baki debit dan ekuiti dan liabiliti disebut baki kredit ialah kerana istilah ini diperkenalkan oleh seorang bapa perakaunan yang dikenali sebagai Lucca Pacioli, ibarat nama pelajar yang diberi ibu bapa masing-masing. Tetapi tujuan diberi nama baki debit dan baki kredit bukanlah hanya atas nama akan tetapi ia juga kod rahsia. Dimana apabila berlaku transaksi baru iaitu perniagaan sudah mula beroperasi, rekod perniagaan akan dibuat apabila transaksi itu menyebabkan berlakunya penambahan atau pengurangan kepada 3 elemen utama itu sahaja iaitu aset, ekuiti dan liabiliti. Setiap rekod mestilah hanya menggunakan debit dan kredit sahaja sebagai bahasa rahsia untuk menunjukkan berlaku penambahan kepada aset (debit), pengurangan asset (kredit), begitu juga ekuiti dan liabiliti, jika bertambah akan disebut kredit, jika berkurang disebut debit. Disini juga konsep catatan bergu juga diperkenalkan dimana setiap debit mesti ada kredit. Demikian saya memulakan pengenalan debit dan kredit kepada pelajar baharu agar konsep debit dan kredit itu sebenarnya adalah sesuatu yang pernah ada dalam hidup semua orang dan debit dan kredit tidaklah susah seperti yang difikirkan. Ia cumalah kod rahsia bagi sebuah kedai yang kita telah biasa melihatnya sejak kecil. Diharapkan selepas ini pelajar perakaunan serta orang awam akan sedar bahawa debit dan kredit tidaklah asing bagi mereka.


KEMBARA SI MUSAFIR ILMU” MENINGKATKAN JATI DIRI DAN MENGERATKAN SILATURAHIM PELAJAR DAN PENSYARAH Nur Fa tihah Ha ron, Nur Da l i l a Nor shahidi , Saha r ani Abdul Ra shid & Ma zur a Mokht a r P R O G R A M S A N T A I R O H A N I : Jabatan Matematik dan Statistik, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM), UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menganjurkan Program Santai Rohani: Kembara Si Musafir Ilmu pada 11 dan 12 November 2022 yang lalu. Program ini mengkhususkan kepada penglibatan semua pelajar Diploma Statistik (CS111) beserta para pensyarah Jabatan Matematik dan Statistik UiTM Kampus Raub. Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini memfokuskan kepada pengisian rohani seperti ceramah motivasi, kuliah agama, solat berjemaah dan sesi qiyamullail. Pada hari pertama, program telah dimulakan dengan upacara perasmian oleh Ts. Mohd Norafizal bin Abd. Aziz selaku Ketua Pusat Pengajian (KPP) KPPIM UiTM Cawangan Pahang. Program seterusnya disambung dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Siti Norma Aisyah binti Malkan, Koordinator Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Kampus Raub. Sesi penyampaian beliau menitikberatkan perihal masalah pelajar yang kian membimbangkan dan beliau juga berkongsi beberapa solusi bagi mengekang permasalahan adab dan akhlak ini daripada terus dinormalisasikan oleh para mahasiswa. Pada sebelah malamnya pula, program diteruskan dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah di Pusat Islam yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Nasrul Hakim bin Roslan, Pensyarah ACIS UiTM Kampus Raub dan diselitkan dengan sesi tazkirah ringkas yang berkisar tentang adab dan tanggungjawab pelajar dalam menuntut ilmu. Hari kedua program bermula pada jam 4.30 pagi dengan sesi qiyamullail yang juga dipimpin oleh Ustaz Mohammad Nasrul Hakim bin Roslan. Semua pelajar Diploma Statistik adalah diwajibkan untuk mengikuti sesi qiyamullail ini bersama-sama dengan para pensyarah mereka. Program diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah, tazkirah ringkas bertemakan kehidupan bersyariat dan diakhiri dengan sarapan pagi. Memetik ucapan perasmian beliau, program ini wajar dijadikan aktiviti rasmi kolej pengajian PPIM dalam melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik serta mantap dari segi akhlak peribadi. PROGRAM UNIVERSITI 29 Banyak panduan, motivasi dan peringatan yang dititipkan kepada para pelajar sepanjang program yang berlangsung selama dua hari ini dengan harapan agar mereka dapat meningkatkan prestasi yang baik sepanjang proses menimba ilmu di universiti. Segala peringatan yang diberikan adalah demi kebaikan pelajar sendiri supaya tidak mudah berputus asa dalam menggapai cita-cita mereka dan seterusnya menjadi insan yang dapat memberi sumbangan kepada ibubapa, masyarakat dan negara. Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sokongan daripada pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang, para pensyarah dan pelajar. Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang sebagai pemangkin semangat buat mahasiswa dan mahasiswi supaya terus bersemangat dalam proses menuntut ilmu dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik di samping melahirkan insan yang berakhlak.


Biro Pemantapan Akademik Pelajar (PEMANTAP), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub telah menjalankan satu program yang dipanggil OhMyCGPA. Program OhMyCGPA ini disasarkan kepada pelajar Bahagian 1 di FPP dari dua program iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perbankan. Program ini dirangka untuk mencapai sekurang-kurangnya tiga objektif iaitu (1) meningkatkan pemahaman pelajar berkaitan kepentingan pengiraan purata nilai gred (PNG), (2) membantu pelajar membuat penetapan matlamat akademik dengan lebih jelas dan juga (3) memberi motivasi kepada pelajar di dalam pembelajaran melalui kaedah refleksi diri. Puan Rozieana A. Halid @ Khalid menjadi peneraju utama dalam program ini dengan berkongsi teknik pengiraan PNG dan purata nilai gred terkumpul (PNGK) yang betul. Pelajar dibekalkan dengan sistem Microsoft Excel yang dinamakan MyCgpA dan ianya boleh dimuat turun dari laman sesawang, https://mycgpa.wixsite.com/fppuitmpahang. PROGRAM OHMYCGPA Norulhuda Ta juddin& Roz i e ana A. Ha l id @ Kha l id PROGRAM UNIVERSITI 30 Gambar 1: Templat Self-reflection Journal Dalam program OhMyCGPA, pelajar semester 1 telah ditunjukkan cara penggunaan MyCgpA dengan memasukkan maklumat subjek yang terlibat pada semester 1 ke dalam sistem. Dengan pengunaan MyCgpA, pelajar dibantu untuk mengira PNG dan PNGK mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Selain itu, ia membantu pelajar untuk membuat penetapan matlamat GPA yang diperlukan pada semester semasa. Sistem ini disertakan dengan graf yang membolehkan pelajar menilai prestasi akademik semasa dan pada semester berikutnya. Pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri sistem ini dan digalakkan untuk membuat penetapan PNG dan PNGK yang mereka ingin pada semester semasa.


PROGRAM UNIVERSITI 31 Seterusnya, acara selingan diperkenalkan bagi membolehkan pelajar berehat sebentar. Pelajar diajak untuk menyertai kuiz atas talian menggunakan aplikasi Quizizz. Kuiz ini mengandungi 14 soalan berkaitan dengan fakulti dan sejarah UiTM. Melalui soalan-soalan ini pelajar mendapat pendedahan yang lebih meluas tentang fakulti dan UiTM. Kuiz ini berlangsung sekitar 30 minit dan pemenang di 10 kedudukan teratas diberikan cenderahati. Acara berikutnya adalah aktiviti self-reflection journal. Ini adalah aktiviti di mana para pelajar dikehendaki untuk memerhati ke dalam diri mereka dan menilai kekuatan dan kelemahan diri. Disampingmengenalpasti masalah dan cabaran dalam pembelajaran, mereka seterusnya mengenalpasti faktor yang mempengaruhi masalah dan cabaran tersebut. Melalui aktiviti ini, pelajar diharapkan boleh mengenal diri sendiri dengan lebih baik dan menyelesaikan isu-isu yang membelenggu sepanjang proses pembelajaran mereka. Bagi memudahkan pelajar menghasilkan self-reflection journal mereka, Dr. Norulhuda Tajuddin telah menghasilkan templat seperti yang ditunjukkan di dalam gambar 1 diatas. Setelah sekian lama, program secara fizikal tidak dilakukan, beberapa kekangan program telah dikenalpasti. Salah satu darinya berkaitan dengan keberkesanan masa program yang dijalankan pada waktu malam. Memandangkan masa agak terhad maka jadual program sedikit ketat dan terkejar-kejar. Bilangan hadiah juga seharusnya diperbanyakkan untuk menarik perhatian pelajar kekal fokus dalam program seumpama ini. Secara umumnya program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan 77% kehadiran pelajar bahagian 1 telah hadir. FPP dan PEMANTAP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan di atas kelulusan Tabung Akademik Pelajar (TAPA) yang menaja program ini. Adalah diharapkan para pelajar dapat memperolehi manfaat dari pengisian program dan berupaya mencapai pencapaian akademik yang cemerlang pada semester ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa Business Society yang turut membantu program dan pensyarah FPP yang hadir pada malam itu.


PROGRAM UNIVERSITI 32 Pada 1-4 September 2022 yang lalu, penulis bersama beberapa rakan penyelidik yang lain berpeluang turut serta dalam ekspedisi saintifik di Taman Negara Pahang Fasa 4. Ekspedisi ini dianjurkan oleh Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk mengkaji, memerhati dan meneliti peranan Orang Asli dalam membangunkan pelancongan lestari. Untuk itu, penulis telah memilih perkampungan Orang Asli Bengoi dan perkampungan Orang Asli Teresek sebagai kawasan kajian. Kampung Bengoi terletak di Kuala Sat, Ulu Tembeling, dalam daerah Jerantut, iaitu daerah terbesar di semenanjung Malaysia. Kampung Bengoi dihuni oleh suku Bateq, yang merupakan etnik minoriti. Perjalanan yang ditempuh untuk ke kampung ini cukup menarik. Selepas satu jam perjalanan darat dan 20 minit perjalanan bot menelusuri sungai Kuala Sat, penulis akhirnya sampai ke Kampung Bengoi. Kampung yang damai ini terletak di atas tebing di pinggir sungai Kuala Sat. Kawasannya yang strategik, berhampiran dengan sumber air dan hutan menjadi faktor mengapa suku Bateq memilih untuk menetap di sini. Penulis menghabiskan masa sekitar 4 jam di Kampung Bengoi. Penulis difahamkan majoriti penduduk di sini telah memeluk Islam. Oleh itu, tidak hairan, kata-kata “kebersihan separuh daripada iman” jelas terpapar dalam kehidupan penduduk Kampung Bengoi. Rumah berdindingkan buluh rotan dan beratapkan mengkuang kemas terbina dan elok tersusun. Bukan sahaja persekitaran luarannya bersih, malah persekitaran dalaman rumah penduduk juga memuaskan. Tidak hairan jika Kampung Bengoi semakin mendapat perhatian para pelancong, pengkaji dan penyelidik dari dalam mahupun luar negara untuk dijadikan sasaran kajian. Keterbukaan penduduk Kampung Bengoi untuk menerima kedatangan pelancong antara sebab mengapa permata Ulu Sat ini wajar dipertahankan dan dikekalkan untuk kelestarian eko-pelancongan. KAMPUNG SERPIHAN TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG Dalila binti Amir Tema kajian yang memfokuskan flora, fauna, komuniti sekitar Taman Negara dan Orang Asli telah diangkat untuk ekspedisi kali ini. Tidak hairan Orang Asli diangkat sebagai salah satu fokus utama ekspedisi kali ini kerana Negeri Pahang mempunyai taburan etnik Orang Asli yang tertinggi di Malaysia dengan jumlah seramai 78,425 orang.


Keadaan yang jauh berbeza penulis dapati di Kampung Teresek. Kampung Teresek terletak di pedalaman hutan daerah Jerantut berhampiran Taman Negara. Sekitar 40 minit pemanduan menggunakan kenderaan pacuan empat roda diperlukan untuk sampai ke kampung ini. Kampung Teresek juga didiami oleh suku Bateq. Namun, jumlah penduduk di kampung ini lebih kecil dan tidak seramai penduduk di Kampung Bengoi. Berbeza dengan Kampung Bengoi, Kampung Teresek terletak di tengah hutan dan bukan di persisiran sungai. Berdasarkan pemerhatian penulis, penduduk di Kampung Teresek lebih tertutup dan kurang terbuka kepada orang luar. Ini menjadi salah satu cabaran untuk penulis menjalankan kajian. Berdasarkan pemerhatian penulis selama 4 jam di Kampung Teresek, kampung ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Kampung Bengoi. Penulis mendapati susun atur rumah di penempatan ini berserakan dan keadaan persekitarannya juga kurang memuaskan. Fasiliti dan reka bentuk rumah di Kampung Teresek tidak senyaman dan seindah di Kampung Bengoi. PROGRAM UNIVERSITI 33 Melihat kepada dua perkampungan Orang Asli suku Bateq yang jauh berbeza ini, penulis tertanya-tanya akan penyebabnya. Tidakkah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berperanan membantu membangunkan kampung-kampung ini? Hasil temubual penulis bersama wakil JAKOA daerah Jerantut mendapati, dua kampung ini merupakan kampung serpihan yang didiami oleh Orang Asli di luar kawasan pewartaan penempatan Orang Asli yang sah. Bahasa kasarnya, kampung serpihan dianggap sebagai penempatan Orang Asli yang tidak diiktiraf atau penempatan haram. Status kampung serpihan dapat merencatkan pembangunan Orang Asli kerana bantuan yang dapat diberikan oleh JAKOA dan kerajaan adalah terhad. Kurangnya pemahaman orang awam tentang kampung serpihan mungkin boleh menimbulkan persepsi negatif pada sesetengah penempatan Orang Asli dan juga pihak berwajib seperti yang pernah difikirkan oleh penulis sendiri. https://www.jakoa.gov.my/orang-asli/jadual-taburan-etnik-orangasli-mengikut-negeri/ https://mediapermata.com.bn/kampung-serpihan-suku-jakundapat-perhatian/ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/335313/hen tikan-pembukaan-kampung-serpihan-ismail-sabri Rujukan 1. 2. 3.


PROGRAM UNIVERSITI 34 Kecemerlangan akademik merupakan satu kebanggaan dalam kalangan pelajar tidak kira di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Seperti lazimnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), setelah penat lelah mengharungi tempoh pengajian minimum 5 semester yang dipenuhi dengan kuliah dan aktiviti pelajar, sudah pastinya pelajar diploma mengharapkan pencapaian akademik yang cemerlang. Telah banyak masa, wang ringgit dan tenaga yang dikorbankan bagi merealisasikan harapan ini. Sudah tentu kecemerlangan akademik ini mencantikkan lagi curriculum vitae (daftar riwayat hidup) pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi atau diambil bekerja di sektor swasta atau awam. Begitu juga pihak universiti merasa bangga mempunyai graduan yang mempunyai kecemerlangan akademik sebagai salah satu kayu ukur kehebatan sesebuah universiti. PROGRAM MALAM KECEMERLANGAN PELAJAR ANC Fadli Dali, Siti Hasziani Ahmad & Ahmad Humaam A Shukor Di UiTM dan universiti lain amnya, kecemerlangan ini diukur menerusi pencapaian pelajar dalam Anugerah Dekan (AD) dan seterusnya Anugerah Naib Canselor (ANC). Di UiTM, AD ialah anugerah kepujian kepada pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) minimum 3.50 bagi sekurang-kurangnya 12 unit kredit atau mengikut jumlah unit kredit sebenar dalam pelan pengajian semasa manakala ANC ialah anugerah kepujian kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan memperolehi Anugerah Dekan pada setiap semester sepanjang tempoh pengajian di Universiti, tidak termasuk semester latihan amali / industri / praktirum / klinikal. Gambar 1: Sesi bergambar setelah majlis penutup Selaras dengan hasrat bagi meraikan pelajar-pelajar ANC, Fakulti Pengurusan & Perniagaan (FPP) menerusi Biro Pemantapan Akademik UiTM Raub, telah menganjurkan satu majlis bagi meraikan pelajar-pelajar ini. Program yang dinamakan Malam Kecemerlangan Pelajar ANC dijayakan oleh Biro Pemantapan Akademik FPP diketuai oleh Dr. Norulhuda Tajuddin sebagai pengarah program.


PROGRAM UNIVERSITI 35 Program ini dianjurkan pada 21 Januari 2022 menggunakan platfom atas talian webex di https://tinyurl.com/AnugerahANC bermula dari jam 8.45 malam sehingga 10.00 malam. Program ini dihadiri oleh kira-kira 70 orang pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar yang mendapat ANC dan juga pelajar-pelajar FPP yang lain Diharapkan program-program seperti ini dapat mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain terutamanya yang masih lagi dalam pengajian semasa. Motivasi dan strategi pembelajaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Pelajar-pelajar ANC merupakan contoh terbaik yang boleh memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Terakhir, adalah menjadi hasrat kepada tenaga pengajar universiti untuk melihat bukan sahaja para pelajar mereka cemerlang dari segi akademiknya tetapi juga dari segi nilai jati diri dan profesionalisme. Dunia akademik merupakan pintu gerbang ke dunia pekerjaan yang lebih mencabar dari segi mental, emosi dan jasmani. Gambar 2: Sesi ucapan KPP FPP UiTM Raub Acara yang dimulai dengan ucapan pembukaan pengacara majlis disusuli dengan ucapan doa. Dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) Dr. Hasnizawati Hashim. Acara seterusnya merupakan upacara simbolik penyampaian hadiah/saguhati berupa wang tunai RM100 setiap seorang beserta sijil kepada pelajarpelajar ANC serta sijil penghargaan kepada Penasihat Akademik (PA) pelajar-pelajar tersebut. Sesi seterusnya diteruskan dengan penyampaian ucapan ringkas berupa nasihat dan tip-tip akademik berguna oleh semua pelajar ANC yang terdiri daripada saudara Ahmad Zaharul Afiq Norzahar Ismail, saudari Misya Syazwina Mohd. Syahrizal, saudari Nuraliah Syakirah Saifulrizan, saudari Nurhuda Adrianna Ismail Zamry dan saudari Puteri Masrina Md. Khalid. Upacara majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta program. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Peraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda. Pindaan 2021, Bil 1, Universiti Teknologi MARA C. Gbollie and H. P. Keamu, ‘Student Academic Performance: The Role of Motivation, Strategies, and Perceived Factors Hindering Liberian Junior and Senior High School Students Learning, Hindawi Education Research International, Vol. 2017. https://doi.org/10.1155/2017/1789084 Rujukan 1. 2.


PROGRAM UNIVERSITI 36 Program Seiring Sejalan Pelajar Bahagian 1 Bersama Penasihat Akademik Siti Hasziani Ahmad, Hamnah Che Hamzah & Ina Murni Hashim Sesi pengajian bagi semester Oktober 2022 hingga Mac 2023 menyaksikan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Cawangan Pahang telah menerima kemasukan pelajar bahagian satu yang agak ramai. Sejumlah 612 orang pelajar bahagian satu telah mendaftar di Kampus Raub yang terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan iaitu seramai 329 orang dan jurusan Diploma Pengajian Perbankan seramai 283 orang. Justeru itu, sebanyak 13 kelas telah dibuka untuk para pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan 11 kelas untuk pelajar Diploma Pengajian Perbankan Bermula pada semester Oktober 2022 ini, FPP telah melakukan penambahbaikan terhadap sistem pembahagian ‘mentee’ kepada penasihat akademik. Pembahagian ‘mentee’ kepada penasihat akademik ini ditentukan dengan setiap seorang pensyarah FPP akan menjaga ‘mentee’ mengikut kelas yang sedia ada. Seorang pensyarah diberikan satu kelas pelajar bahagian satu untuk menjadi penasihat akademik mereka. Tujuan utamanya adalah bagi memudahkan penasihat akademik untuk memantau pelajar seliaan masingmasing. Sehubungan dengan itu, Biro Pemantapan Akademik (PEMANTAP) FPP telah menganjurkan satu program iaitu Program Seiring Sejalan bagi mempertemukan penasihat akademik dengan para pelajar bahagian satu seliaan masing-masing. Program Seiring Sejalan ini telah berlangsung selama 10 hari iaitu bermula dari 3 November sehingga 13 November 2022. Setiap penasihat akademik perlu menganjurkan satu pertemuan dengan pelajar bahagian satu yang diselia dalam tempoh tersebut. Pertemuan boleh dilakukan sama ada secara bersemuka atau atas talian bergantung kepada keselesaan, kemudahan dan kesesuaian penasihat akademik dan para pelajar. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membina hubungan yang erat, mesra dan saling mengenali antara penasihat akademik dan pelajar seliaan masing-masing bagi memudahkan urusan seliaan berlaku. Ini adalah untuk mengelakkan pelajar seliaan tidak mengenali penasihat akademik mereka dan menyebabkan mereka tidak mengetahui saluran yang betul untuk mendapatkan nasihat, pandangan serta meluahkan masalah sekiranya perlu.


PROGRAM UNIVERSITI 37 Melalui program ini, penasihat akademik adalah digalakkan untuk memberi maklumat dan penerangan mengenai subjek-subjek yang sedang dan bakal diambil oleh para pelajar pada semestersemester akan datang. Ini bagi memudahkan pelajar untuk membuat perancangan pembelajaran mereka dari masa ke semasa. Selain daripada itu, penasihat akademik juga boleh menunjukkan sistem pemarkahan UiTM seperti gred peperiksaan, cara pengiraan Purata Nilai Gred (GPA) dan juga Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA). Melalui penerangan yang telah diberikan, para pelajar dapat mengetahui cara untuk mereka menetapkan skor untuk setiap subjek bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Selain daripada itu, isu-isu yang lain seperti isu kesihatan dan kebersihan semasa berada di dalam kampus, kolej dan juga kelas boleh dijelaskan kepada pelajar untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik terutamanya semasa musim Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. Isu yang berkaitan dengan peraturan akademik UiTM, sahsiah rupa diri semasa berada di dalam kampus juga perlu diterangkan secara jelas bagi memastikan pelajar mengetahui etika yang perlu dipatuhi dan diikuti sepanjang bergelar mahasiswa UiTM. Melalui program ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keperluan dan tugasan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya di samping mengenali dengan lebih dekat lagi penasihat akademik mereka. FPP melalui Biro Pemantapan Akademik berhasrat meneruskan program ini pada masa hadapan dan melakukan sebarang penambahbaikan yang perlu bagi memastikan peranan penasihat akademik akan terus diperkukuh dan dimantapkan.


PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN 38 Warna.. Seawal usia 1 hari pun kita telah melihat dunia melalui warna. Warna juga digunakan sebagai salah satu pendekatan dalam proses tumbesaran seseorang. Seorang bayi diiuji deria penglihatan melalui tindak balasnya terhadap pergerakan medium yang berwarna. Oleh itu, boleh dikatakan warna sememangnya sudah sebati dalam kehidupan kita. Warna juga banyak digunakan dalam kiasan bahasa. Semestinya kita pernah mendengar ungkapan dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi : “once in a BLUE moon” “GREEN with envy” “YELLOW-bellied” “tickled PINK” “BLACK sheep” “catch someone RED-handed” Apa itu Chromotherapy? Chromotherapy adalah istilah yang digunakan dalam bidang perubatan yang membawa maksud terapi warna. Manakala dalam perubatan islam ia dikenali sebagai Atthibul Hayat. Bukan sahaja dalam perubatan moden, malah perubatan islam turut memperakui kegunaan warna sebagai penawar. Dalam kaedah chromotherapy ini, warna yang pelbagai berperanan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, dan ia telah diperaktikkan sejak zaman dahulu. Secara umumnya, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan terhadap warna-warna ini. Contohnya, warna digunakan dalam bentuk pakaian, dinding rumah dan juga sebagai pemandangan di tempat tinggal. Masih tiada kajian saintifik terhadap keberkesanan warna dalam penyembuhan sesuatu penyakit, namun dari segi perubatan Islam, ia adalah sebagai suatu alternatif yang boleh digunapakai. Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa manfaat warna kepada penyakit tertentu: HIJAU: Bertindak ke atas selaput lendir di dalam keseluruhan sistem badan terutamanya usus. Oleh itu, sangat berguna untuk cirit-birit, penyakit kulit dan lain-lain. KUNING: Semua jenis penyakit hati seperti sirosis, sakit kuning, sembelit yang berpunca dari gangguan fungsi hati. BIRU: Semua penyakit di bahagian kerongkong, batuk yang kronik, susah menelan, sakit dalam tekak dan lainlain. UNGU: Masalah saraf dan kesakitan bahagian saraf, MERAH: Rheumatism, Arthritis, masalah penglihatan, masalah saraf dan masalah cirit birit kronik. CHROMOTHERAPY Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Noor Hasimah M Yacob Ramai yang kurang peka betapa warna memainkan pengaruh besar yang boleh menentukan ekspresi seseorang. Bahkan, warna seakan mempunyai aura istimewa yang mampu mempengaruhi perasaan kita. Ternyata warna sedikit sebanyak memberi impak dalam kehidupan kita. Jika dilihat dalam skop yang terhad, nampak seolah-olah warna tiada peranan, namun jika dilihat dalam skop yang luas, sebenarnya ada juga manfaatnya. Oleh yang demikian, wujudnya terma chromotherapy.


PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN 39 Selain daripada penyakit tersebut, chromotherapy juga dikatakan dapat mengatasi masalah mental. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan mental menjadi topik hangat dan menjadi semakin parah terutamanya dikalangan muda belia. Justeru itu, kaedah chromotherapy telah digunakan oleh ahli terapi untuk mengatasi masalah seperti kemurungan, tekanan perasaan, depresi dan sebagainya. Salah satu kaedah terapi adalah dengan menggunakan buku mewarna. Aktiviti mewarna boleh dikatakan berkesan kerana warna-warna yang dilihat dapat memberi ketenangan dan keasyikan kepada seseorang. Semoga bermanfaat. Munsell, A. (2013, Januari 10). Color Therapy, Color Wheel. https://munsell.com/color-blog/color-psychology-manipulation/colortherapy-color-wheel/ Rujukan: 1.


CABARAN KUALITI HIDUP PELAJAR DALAM PERKEMBANGAN TEKNOLOGI Peralihan masa yang begitu pantas disusuli dengan peningkatan tahap penggunaan teknologi yang canggih dalam kalangan pelajar tidak lagi dapat dinafikan. Ini sejajar dengan kaedah pendidikan yang perlu diketengahkan selari dengan perkembangan teknologi bagi memastikan pelajar sentiasa diberikan pendedahan awal dengan teknologi semasa. Perkembangan teknologi dalam segala aspek perlu diikuti oleh semua agar tidak ketinggalan termasuklah kaedah penyampaian maklumat, perlaksanaan program, pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak sama ada pentadbir, pensyarah dan pelajar perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi yang semakin hari semakin banyak medium serta aplikasi baru diwujudkan. Generasi pelajar hari ini, sangat pantas mengikuti perkembangan teknologi yang ada dan ianya sangat membantu dalam memudahkan semua urusan. Perkembangan teknologi ini banyak memberi perubahan dalam kehidupan pelajar melaksanakan tugas seharian sekaligus dapat menjimatkan masa dan kos. Walau bagaimanapun, ianya perlu disertakan dengan peningkatan kualiti hidup setiap orang seperti sifat tanggungjawab, tahap disiplin, kepekaan dan motivasi seharian. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Hamnah Che Hamzah, Siti Hasziani Ahmad & Roslina Ali Ini kerana, terdapat juga banyak cabaran yang timbul disebalik kemajuan teknologi jika kemajuan kendiri tidak diselaraskan. Disebalik kemudahan dan kesenangan yang terbit dari kemajuan teknologi didapati ramai pihak terutamanya pelajar yang mengambil peluang untuk mengambil mudah di atas tanggungjawab dan tugasan yang diberikan. Antara cabaran kualiti hidup pelajar ialah sifat bertanggungjawab dalam mendapatkan ilmu di universiti di samping teknologi yang canggih di hujung jari. Tanggungjawab besar seorang pelajar dalam menimba ilmu perlu dikekalkan walaupun teknologi yang canggih wujud seperti mengikuti kuliah, membuat tutorial atau tugasan dan mengikuti ujian yang diberikan dengan amanah. Dengan kata lain, tiada unsur penipuan berlaku sama ada menipu kehadiran atau meniru dalam melaksanakan tugasan. 40


Di samping itu, tahap disiplin seseorang pelajar juga perlu lebih baik selari dengan perkembangan teknologi bagi mengelak jurang kualiti hidup menjadi besar. Ini bermakna, disiplin diri perlu ada walau di mana berada dan apa cara sekalipun bagi melahirkan mahasiswa yang berjaya di masa akan datang. Tanpa disiplin diri yang bagus dalam diri pelajar, kejayaan tidak akan dimiliki. Seterusnya kepekaan diri diperlukan bagi seseorang pelajar disebabkan kemajuan teknologi ini dapat menyalurkan maklumat yang banyak dalam masa yang singkat. Tanpa kepekaan dari pelajar, ianya akan mengakibatkan maklumat itu tidak digunakan sebaik mungkin malah mungkin mengakibatkan maklumat penting untuk mereka diabaikan. Sedangkan medium teknologi yang pelbagai digunakan agar pelajar lebih peka dengan maklumat yang ingin disampaikan. Sekaligus, menyebabkan sebarang program yang dilaksanakan tidak mencapai objektif sepenuhnya kerana kekurangan penglibatan dari pelajar. Tahap motivasi yang tinggi dalam kehidupan pelajar juga perlu selari dengan kemajuan teknologi. Ini kerana dengan adanya kemudahan teknologi sepatutnya motivasi dalam menimba ilmu lebih tinggi kerana sumber atau rujukan boleh dibuat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Sebaliknya, cabaran bagi pelajar adalah diambil mudah dengan kemajuan teknologi ini menjadi kurang bermotivasi disebabkan segala-galanya telah tersedia. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Oleh yang demikian, bagi melahirkan mahasiswa yang berjaya perlu diselarikan kualiti hidup dan perkembangan teknologi semasa. Tangungjawab bagi memastikan kualiti hidup yang baik dalam kalangan pelajar adalah tanggungjawab bersama di antara semua pihak warga universiti dan ibu bapa serta keluarga. Agar suatu hari nanti kita dapat melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam segala bidang walau di mana berada. 41


Norulhuda Tajuddin Pengukuran kecemerlangan akademik pelajar dikira melalui pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) atau biasanya dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Grade Point Average (GPA). Kemudiannya markah nilai gred ini akan dikumpulkan mengikut semester yang dipanggil sebagai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau terkumpul. Di dalam Bahasa Inggeris, Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul diterjemahkan sebagai Cumulative Grade Point Average atau biasanya dikenali dengan nama ringkas, CGPA. Sistem pengiraan seperti ini amat meluas digunakan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Malah, peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga menggunakan sistem pemarkahan seumpama ini. Pelajar yang mengetahui cara pengiraan mempunyai kelebihan untuk menentukan hala tuju yang lebih jelas dalam pencapaian akademik mereka. Sebagai contoh, sekiranya nilai gred pada semester semasa telah terjejas, maka pelajar boleh merangka bagaimana boleh menaikkan semula nilai gred pada semester hadapan. Mengambil kira faktor-faktor lain seperti jam kredit bagi setiap kursus, kemahiran pelajar kepada kursus mengira atau membaca, personaliti pensyarah yang mengajar, motivasi pelajar dan sebagainya. Cara-Cara Pengiraan Purata Nilai Gred PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Namun, berdasarkan pengalaman saya sendiri selama lebih 10 tahun mengajar, didapati bahawa terdapat pelajar yang tidak mengetahui bagaimana sistem pemarkahan ini dikira. Sudahlah tidak tahu bagaimana cara mengira, ditambah pula dengan sikap tidak ambil tahu memburukkan situasi ini. Pelajar tidak mahu bertanya atau mencari bagaimana markah ini diperolehi. Lebih malang lagi jika pensyarah sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk membuat pengiraan. Justeru, saya merasa terpanggil untuk merekodkan pengiraan PNG secara bertulis. Pada awal semester setiap pelajar telah dibekalkan dengan senarai kursus untuk diselesaikan sepanjang tempoh pengajian berserta dengan jumlah jam kredit. Seterusnya pelajar telah dimaklumkan berkenaan nilai mata bagi setiap gred yang digunapakai dalam sistem akademik UiTM (lihat Jadual 1.0). Di UiTM, gred C adalah nilai paling minimum untuk lulus dan nilai C- ke bawah adalah gagal di mana pelajar perlu mengulang kursus terbabit. Gred A+ dan A mempunyai nilai mata tertinggi iaitu 4.00 dan seterusnya bagi gred-gred lain mempunyai nilai tersendiri. 42


Setelah maklumat ini lengkap, pengiraan boleh dijalankan. Langkah pertama, seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.0 adalah dipaparkan senarai kursus semester 1 bagi pelajar di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Jadual ini menunjukkan kesemua lapan subjek yang perlu diambil pada semeter 1 beserta kod subjek dan jam kredit. Jam kredit pada semester 1 perlulah dijumlahkan, dalam contoh ini jumlah keseluruhan jam kredit adalah sebanyak 17 jam. Seterusnya, di langkah kedua, pelajar akan meletakkan gred sasaran bagi setiap subjek. Contohnya, pelajar mensasarkan gred A bagi subjek KOK 101, ISL 101, BIN 101, AKU 101 manakala gred B bagi MAT101, PEN 101, KEM 101 dan ARA 101. Pelajar seterusnya perlu mengambil kira nilai gred seperti yang terpakai dalam sistem UiTM (maklumat dalam Jadual 1.0) dan meletakkan nilai gred tertentu berdasarkan gred yang telah disasarkan tadi. Langkah ketiga, pelajar harus mendarabkan nilai yang dicapai dengan jam kredit bagi setiap kursus. Sebagai contoh KOK 101 mencapai gred A iaitu bernilai 4.00 didarabkan dengan 1 jam kredit bersamaan dengan 4.00. Seterusnya begitulah bagi setiap subjek dan dijumlahkan. Langkah terakhir, bagi mendapatkan PNG maka jumlah di langkah 3 (A x B) perlu dibahagikan dengan jumlah keseluruhan jam kredit seperti dalam formula. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Berdasarkan contoh di atas, pelajar yang telah melengkapkan sasaran seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.0 akan memperolehi nilai PNG sebanyak 3.53 bagi semester 1. Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam aliran kerja berikut (Rajah 1.0) Rajah 2.0 : Formula Rajah 1.0: Aliran Kerja pengiraan PNG Dengan mengetahui cara pengiraan PNG ini adalah diharapkan ia dapat membantu para pembaca terutamanya untuk menentukan matlamat pencapaian akademik. Bagi pensyarah yang juga bertindak sebagai penasihat akademik boleh menggunakan maklumat ini untuk membantu pelajar seliaan masing-masing. Akhirnya, pengiraan PNG ini bukanlah sesukar mana dan boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat jika tahu formula mengenainya. Selain itu, ia juga amat menarik untuk membantu pelajar supaya lebih bermotivasi bagi mencapai kecemerlangan akademik. 43


PENGALAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITY OF SHEFFIELD I l i y a Da y ini Imr an Setelah beberapa bulan di sana, Alhamdulillah saya berjaya mengadaptasi dengan persekitaran tersebut dan cuti pertengahan semester bermula. Pada waktu inilah, kebanyakan pelajar akan menggunakan masa cuti tersebut untuk berjalan-jalan di sekitar UK and negara Eropah. Pada ketika itu, saya dan kawan saya mengambil peluang untuk hiking di Peak District bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Peak District adalah salah satu kawasan yang terkenal di daerah England kerana pemandangannya yang amat cantik. Sepanjang perjalanan hiking, kami juga dapat melihat air terjun yang sangat jernih dan kami berpeluang untuk berkelah di Peak District sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan hiking mengambil masa setengah hari diikuti dengan cuaca sejuk dan ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna yang takkan mampu saya lupakan. Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan juga ialah ialah sambutan hari raya. Ini adalah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga dan menyambut raya tanpa mereka di sisi. Pada malam raya, saya dan kawan-kawan membuat beberapa jenis kuah raya dan kuah kacang kerana pada keesokan harinya pelajar Malaysia menganjurkan sambutan hari raya di taman iaitu di Weston Park. Kami memasak sate di taman tersebut dan mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Kemudian selepas perkelahan tersebut, perjalanan diteruskan dengan menziarahi rumah pelajar Malaysia lain yang mengadakan rumah terbuka. Terdapat pelbagai juadah makanan yang disediakan antaranya nasi himpit, rendang, lemang dan pelbagai masakan lain, dan semua ini dimasak sendiri oleh pelajar-pelajar Malaysia. Di sana, saya dapat melihat betapa pentingya menjalinkan hubungan silaturrahim antara pelajar Malaysia kerana di sana kitalah yang akan menjaga sesama sendiri. N O M A D I C | 2 4 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Pertama kali menjejakkan kaki di United Kingdom bagaikan mimpi menjadi realiti. Pada 24 Oktober 2020, lima orang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersiap sedia di lapangan terbang Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana masing-masing. Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport ke London Heathrow Airport mengambil masa selama 13 jam dan kemudian diteruskan dengan perjalanan ke Manchester selama 2 jam sebelum tibanya di University of Sheffield. Antara syarat untuk melayakkan diri mendapat biasiswa daripada JPA untuk melanjutkan pelajaran sarjana di universiti terkemuka dunia, pelajar haruslah sebelum ini merupakan pelajar tajaan JPA sewaktu sarjana muda, graduasi dengan mendapat kelas pertama dan lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak JPA. Pengalaman pertama kali belajar di United Kingdom (UK) agak mencabar kerana pada waktu tersebut sesi pembelajaran sudah berubah sepenuhnya ke sesi ‘online’ disebabkan kes Covid-19 telah meningkat naik. Beberapa bulan pertama di Sheffield agak menakutkan kerana terlalu banyak perkara perlu diadaptasi terutama dari segi sistem pentaksiran. Sistem pentaksiran di sana terdiri daripada 'coursework' di mana pensyarah akan memberikan soalan terlebih dahulu dan harus dihantar pada akhir semester. Sistem coursework ialah di mana pelajar harus menulis esei sebanyak 3000 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan dan esei tersebut akan dinilai sebagai markah peperiksaan akhir. Keputusan peperiksaan bergantung sepenuhnya terhadap esei yang dihantar kepada pensyarah dan subjek seperti ini tiada peperiksaan akhir. 44


Akhir sekali, pengalaman melanjutkan pelajaran ke Sheffield selama setahun memberikan pengalaman yang amat berharga untuk saya. Pengalaman berada di negara luar memberikan pelbagai kenangan indah yang tak akan dapat saya lupakan. Berkenalan dengan orang baru dan mencuba perkara yang berbeza dapat memperluaskan lagi pengetahuan saya. Saya juga dapat melatih diri untuk sentiasa percaya pada diri kita dan sentiasa percaya kepada mimpi bahawa suatu hari nanti kita dapat meraihnya di masa akan datang. N O M A D I C | 2 4 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN “ ALL OUR DREAMS CAN COME TRUE, IF WE HAVE THE COURAGE TO PURSUE THEM“. WALT DISNEY 45


P E N G A L A M A N M E N D A M PIN GI ORANG ASLI BATEK Mohamad Sahi z am Mus a ,Shams ina r Rahman,Suri a Fadhi l l ah Md Pauz i &I z mi I zdiha ruddin Che J ama ludin Mahmud K A M P U N G K E N I A M , T A M A N N E G A R A P A H A N G Di Negeri Pahang secara umumnya terdapat 262 perkampungan Orang Asli dengan 78,636 penduduk dan di Jerantut sahaja terdapat 12 perkampungan dengan jumlah 3,561 penduduk. Manakala seramai 906 Orang Asli suku Batek di daerah Jerantut dan Lipis manakala di Taman Negara. Suku Batek menjadikan kedua-dua daerah ini sebagai kawasan rayau mereka dan ada ketikanya sehingga ke Daerah Gua Musang di Kelantan (Nur Aishah, 2019). Pada 2 September 2022, sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi serta Fakulti Undang- undang, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang dianggotai oleh Dr. Mohamad Sahizam Musa, Shamsinar Rahman, Suria Fadhillah Md. Pauzi dan Izmi Izdiharuddin Che Jamaludin Mahmud telah menyertai satu ekspedisi penyelidikan berkaitan Orang Asli Batek di Taman Negara Pahang. Kumpulan ini membuat k ajia n b e r k e n a a n im plik a si p ola pin d a h r a n d a h k o m u niti O r a n g A sli d ala m p e r s p e k tif d a s a r d a n p e r u n d a n g a n. Destinasi yang dituju adalah Kampung Orang Asli Keniam, lokasinya sekitar 2 jam perjalanan dari Bandar Jerantut (Asiacamp.my, 2023). Perkongsian pengalaman Kumpulan Penyelidik Kajian Implikasi Pola Pindah Randah Komuniti Orang Asli Sekitar Taman Negara Pahang : Kami mula bergerak ke Jeti Kg. Pagi seawal dari Escape Resort Taman Negara Pahang, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Setibanya di Jeti Kg. Pagi, kami menaiki bot panjang yang dikemudi oleh penduduk tempatan menyusuri Sungai Kuala Keniam menuju ke Kampung Orang Asli Keniam dan mengambil masa sekitar 20 minit. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tersebut didapati flora dan fauna di lokasi ini amat terpelihara dan beberapa aktiviti eco- pelancongan dilakukan sekitarnya. Ramai pengunjung dari luar kawasan dilihat bermandi-manda, berkelah, menyewa bot serta melakukan aktiviti sukan air. 46 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN


S e tib a n y a di p e r k a m p u n g a n O r a n g A sli K e nia m, k e h a dir a n k a mi dis a m b u t d e n g a n s e n y u m a n r a m a h w ala u p u n a d a y a n g t e r sip u m alu. Dianggarkan lebih daripada 100 penduduk Orang Asli Suku Batek di lokasi ini. Kampung ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau, tandas yang selesa serta perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan penggunjung. Orang Asli Batek di sini yang kerap menerima kunjungan orang luar membolehkan mereka petah menyantuni tetamu. Kanak-kanak Orang Asli Batek tersenyum riang apabila rakan-rakan penyelidik mula memberikan makanan berbentuk kudap-kudapan dan sebagainya. Tanpa segan silu mereka memberi kerjasama jika diajak berswafoto. Uniknya suku Batek ini, kulit tubuh mereka dilihat berbatek-batek hasil daripada genetik yang diwarisi. Setelah beberapa ketika, kami mula berinteraksi ramah dengan penduduk kampung. Mereka nyata tidak lokek dalam berkongsi cerita berkenaan aktiviti seharian mereka. Kehadiran kami turut dimeriahkan dengan demonstrasi pembuatan tikar mengkuang, sumpit dan menghidupkan api menggunakan bahan asas seperti rotan, habuk kayu dan sebagainya. Tok Batin berbesar hati berkongsi teknik sumpitan kepada kami selain daripada memberi kesempatan untuk kami menghidupkan sendiri api menggunakan rotan dan habuk kayu. Bab menyumpit kami okey la.... tapi kalau bab hidupkan api tu memang berpeluh jugak la... N u r A is h a h , M. A. (1 0 J u n , 2 0 1 9). Tiada laporan masalah pernafasan Orang Asli di Pahang. https://arkib.selangorkini.my/tag/o rang-asli-pahang/. Asiacamp.my (2023). Memancing di Keniam. https://asiacamp.my/memancing- di-keniam/ S u n g g u h p u n k e h a dir a n k a mi di Kampung Orang Asli Keniam sekadar satu hari sahaja namun banyak perkara yang bermanfaat dapat kami pelajari. Sejujurnya, komuniti Orang Asli Batek ini amat istimewa. Mereka menongkah arus permodenan dengan cara mereka tersendiri. Nilai-nilai tradisi suku ini menjadikan mereka unik dan perlu sama-sama kita hargai. Semoga ada rezeki buat kami di lain hari untuk menjejakkan kaki di sini lagi........ Rujukan: 1. 2. 47 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN


Peralihan Pembelajaran Atas Talian Kepada Pembelajaran Fizikal NAQIAH AWANG & SHAMSINAR RAHMAN Dengan redanya gelombang Covid-19 menjelang tahun 2021-2022, kebanyakan Institusi Pendidikan telah kembali menjalankan sesi pembelajaran secara bersemuka. Kelas-kelas dan bilik-bilik kuliah dilihat telah kembali meriah dengan kehadiran para pelajar ke kampus dan kolej. Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) juga dilihat tidak ketinggalan berbuat sedemikian. Namun para pelajar dilihat tidak bersedia dengan keadaan pembelajaran ini, lebihlebih lagi apabila kebanyakan pensyarah menjalankan sesi pembelajaran secara mix mode, iaitu dengan campuran kelas bersemuka dan pembelajaran secara atas talian. Kebanyakan pelajar menyatakan mereka keliru dan hilang fokus serta kurang mengambil perhatian terhadap pembelajaran secara dalam talian dan lebih suka untuk belajar secara bersemuka. Budaya pembelajaran yang kerap dilihat dalam kelas-kelas fizikal sebelum ini juga dilihat sudah semakin pupus dan ini sangat membimbangkan. Pelajar tidak lagi mengambil nota ketika sesi kuliah berlangsung dan tidak lagi merujuk buku teks dan nota-nota syarahan yang disediakan dan lebih suka mencari bahan pembelajaran secara atas talian tanpa membuat content check sebelum mengguna pakai bahan-bahan yang diperoleh. Pelajar juga dilihat seperti kurang mengambil berat ke atas penilaian rasmi yang dijalankan dan mereka seumpama hilang arah dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan bagi persediaan menghadapi penilaian yang bakal berlangsung. Ini semua adalah kesan daripada keterbiasaan para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian ketika fasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2022). Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025. Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pengajian Tinggi.https://www.mohe.gov.my/hebahan/banner/e-buku-pelan-strategik-pendigitalankpt-2021-2025 Abdul Razak, D. (2023, 2 February). Gemakan kembali 'roh' pendidikan. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/2023/02/gemakan-kembali-roh-pendidikan/ Seiring dengan misi Kementerian Pendidikan Tinggi kearah digitalisasi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan, Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025, universiti tidak wajar membuat u-turn dan kembali ke era pembelajaran fizikal secara sepenuhnya. Para pelajar perlu dipersiapkan dan diperkasakan dengan budaya belajar yang berkesan bagi mendepani era pembelajaran secara digital dengan memupuk cara berfikir yang kreatif dan kritis dan mempersiapkan diri dengan kaedah pembelajaran fleksibel termasuklah dengan memperkasakan rutin pembelajaran secara mix mode dengan bantuan bahan pengajaran yang dibekalkan oleh pensyarah termasuklah video rakaman dan pautan berkaitan lainnya. Budaya pembelajaran yang lebih berdikari perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar dan mereka perlu bijak menyusun strategi pembelajaran terbaik yang difikirkan sesuai dengan tahap penerimaan mereka masing-masing. Namun realitinya kini, para pelajar ini masih tercari-cari rutin pembelajaran berkesan. Para pensyarah dan pengurusan universiti diharap dapat membantu para pelajar dengan memberi kesedaran kepada mereka berkaitan cabaran pendidikan yang bergerak pantas ke arah digitalisasi untuk memperkasakan amalan pembelajaran berdikari yang fleksibel mengikut kesesuaian setiap subjek mata pelajaran yang diambil. Pelajar perlu sedar dan berpijak di bumi yang nyata berpaksikan realiti masa kini. Ini dilihat amat kritikal bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan pada masa yang sama memenuhi permintaan pasaran pekerjaan untuk melahirkan graduan yang mampu berdaya saing, yang bersedia secara kognitif dan bijak mengendalikan diri serta berfikiran dinamik. Rujukan: 1. 2. 48 PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN


PERSEDIAAN KEPADA PENDAKI BARU Aktiviti mendaki merupakan salah satu aktiviti riadah yang diminati kerana kita menerokai alam semulajadi yang luar biasa dan tenang dari kesibukkan bekerja. Selain itu ianya membantu membakar lebih kalori, menyihatkan tubuh badan disamping mengurangkan depresi. Bagi individu yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti ini, di sini saya kongsikan serba sedikit ilmu dan tip yang boleh digunapakai kepada yang ingin menceburi aktiviti ini. Anda perlu bersedia mental dan fizikal. Bersedialah dengan pelbagai kemungkinan dan situasi yang tidak diduga. Contohnya cuaca yang tidak menentu seperti hujan, ribut petir, fenomena kepala air, terserempak binatang berbisa, pokok tumbang, tersesat, cuaca gelap dan lain-lain. Apa-apa pun jangan mudah panik. Jangan berjalan atau mendaki seorang diri. Anda disarankan berjalan dan mendaki bersama dalam kumpulan. Kebiasaannya setiap pendakian akan ditemani oleh malim gunung yang bertauliah dan berbayar. Ada juga bukit dan gunung yang tidak memerlukan guide atau malim. Sungguhpun demikian anda perlu ditemani dan bersama dengan rakan-rakan yang sudah mahir dengan kawasan pendakian. Pada amnya, laluan pendakian di tanda dengan tali berwarna merah yang diikat pada pokok atau ranting. Sekiranya anda terpisah dari kumpulan, segera lontarkan suara dengan membuat bunyi-bunyian atau tiup wisel bagi menarik perhatian mereka. Seterusnyaa persediaan fizikal jangan dipandang remeh kerana apabila mendaki anda sememangnya memerlukan banyak tenaga. Pastikan anda makan dahulu sebelum memulakan pendakian. Contoh terbaik adalah makan makanan berasaskan sumber protein seperti telur, ayam dan daging. Juga makanan berserat seperti sayursayuran dan buah-buahan. Jangan lupa minum banyak air kosong. Anda juga digalakkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot badan seperti berjalan, berjogging, bermain badminton, mengangkat beban dan lain-lain. Newbie Hiker PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN ROSLINA ALI 49


Justeru itu anda perlu teliti dan peka tentang informasi berkaitan. Cara lain memperolehi maklumat adalah dengan membaca perkongsian pengalaman pendaki di laman sesawang seperti facebook, instagram dan juga blog mereka. Banyak gambar-gambar yang sudi mereka kongsi. Maklumat tambahan juga boleh diperolehi menerusi perbualan dengan pendaki-pendaki yang pernah pergi kesana. Pakaian dan peralatan pendakian. Pemilihan pakaian yang sesuai sangat membantu memberi keselesaan dan memudahkan pergerakkan ketika pendakian. Rata-rata pendaki memilih jenis pakaian yang cepat kering atau dryfit, stretchable dan breathable terutamanya ketika mendaki dikawasan yang bersuhu agak panas. Pakaian thermal adalah lebih sesuai ketika mendaki tempat yang bersuhu lebih rendah. Jadi jangan lupa untuk sediakan wind-breaker atau sweater. Pelbagai jenis dan jenama seluar hiking ada dipasaran, malahan ada yang direka khusus untuk kalis air. Ianya sangat tahan lama, tahan lasak dan memberi keselesaan kepada pendakian yang lama tempoh masanya. Selain dari itu pemilihan kasut hiking yang sesuai amat penting kerana ianya dapat memastikan kaki berada dalam keadaan selesa dan mengurangkan kecederaan. Kelengkapan lain seperti tuala kecil, topi, sarung tangan, baju hujan atau rain coat, tongkat atau walking-stick, dan stokin yang agak tebal semasa pendakian juga digalakkan digunapakai ketika mendaki bergantung kepada keperluan individu. Disamping itu juga pastikan anda membawa beg galas yang sesuai dan seelok-eloknya kalis air. Jika tiada pastikan beg tersebut ditutup dengan rain cover. Ini penting untuk memastikan barang-barang yang anda bawa terutamanya telefon bimbit, charger dan keperluan lain kekal kering sepanjang pendakian naik dan turun. Bawa air mineral yang mencukupi, air minuman tenaga seperti 100 Plus, makanan seperti roti, biskut, gula-gula, cokelat dan lain-lain. Kelengkapan lain yang perlu adalah ubat-ubatan, tisu lembab, botol spray untuk mengambil wuduk, tikar atau pelapik, kain sarung dan plastik sampah. Jangan tinggalkan wisel, headlamp termasuk bateri, pisau rambo, tali, pemetik api atau lighter dan kompas bagi tujuan kecemasan. Satu perkara yang saya pelajari dalam aktiviti pendakian adalah tidak semestinya yang berbadan besar itu terkandas di tengah jalan dan tidak semestinya yang bertubuh kecil itu sampai awal ke puncak. Apa yang penting adalah yakin dan percaya yang anda boleh sampai ke puncak. PERKONGSIAN ILMU & PENGALAMAN Rajin-rajinlah mencari informasi berkaitan nama atau tempat bukit/gunung yang akan anda tawan. Maklumat berada dihujung jari. Jadi carilah sebanyak mungkin informasi berkaitan dengan bukit atau gunung yang akan didaki. Ianya penting kerana membantu memberi gambaran secara kasar tentang trek laluan, suasana sekitar, bentuk muka bumi, ketinggian, tahap kesukaran, jumlah air minum yang perlu dan lain-lain. Perlu berhati-hati kerana ada sesetengah bukit yang mempunyai ketinggian dan tahap kesukaran bersamaan dengan ketinggian gunung. Sebagai contoh Bukit Kutu yang terletak di Hulu Selangor berketinggian 1053 meter dan mempunyai tahap kesukaran yang agak mencabar. 50


Click to View FlipBook Version